Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya [1 ed.] 9789834352127

A critical collection of essays that reimagines Malaysian identity through the lens of forgotten histories, marginalised...
Author: F
6 downloads 97 Views 2MB Size
Pujian-pujian untuk Di Balik Malaysia

"Farish N o o r amat menonjol di kalangan ahli pemikir Malaysia yang hebat dan berani melepasi sempadan bangsa dan agama untuk melihat wujudnya rakyat Malaysia baru dan sedar sepenuhnya akan sifat-sifat penting masyarakat majmuk masa silam, sekarang dan akan datang, serta cabaran kuat menghadapi globalisasi. Pilihanraya u m u m 2008 telah memberikan makna penting kepada ulangtahun ke-50 kemerdekaan Negara - satu Negara berbilang bangsa demokrasi k i n i kelihatan lebih matang. Ini menyediakan suatu ujian kepada semua ahli pemikir Malaysia seperti Farish, untuk memberi cahaya kepada jalan ke arah wujudnya Malaysia Baru, di mana semua rakyatnya tanpa mengira kaum atau agama, dapat hidup bersama tanpa perbezaan." L i m K i t Siang, Penasihat D A P / A h l i Parlimen Ipoh T i m u r

"Sebagai penulis yang prolifik, penulisannya tersebar luas bagaikan api yang marak sebaik saja tersiar dalam Internet. Saya kagum dan hormat terhadap keberanian inteleknya serta keupayaannya menghubungkan keketatan dunia akademik dengan aktivisme. Malah apabila dia bercakap pun, anda pastinya akan tertarik oleh rayuannya yang penuh perasaan agar tidak lupa akan "Malaysia yang lain". Penulisan Farish perlu dibaca oleh semua aktivis yang mahu membina sebuah Malaysia bermasyarakat majmuk dan demokratik." Ivy Josiah, Pengarah Eksekutif, Pertubuhan Pertolongan Wanita

"Farish N o o r berkebolehan membuat kita berfikir mengenai perbezaan antara fantasi ahli politik dan kehidupan sebenar rakyat Malaysia melalui penjelasannya tentang latarbelakang sejarah mengenai isu-isu semasa. Lewat tulisannya, kita melihat alasan dan kepura-puraan. K i t a berharap, tulisannya menjadikan kita lebih bertekad unuk membetulkan kesilapan i n i . " M a r i n a Mahathir, Penulis, Aktivis & Blogger RantingsbyMM

"Jurang antara kesegaran sosial dan kelesuan politik seluruh dunia k i n i dicabar oleh ahli politik generasi baru seperti Barack Obama di Amerika Syarikat, yang begitu sensitif untuk memperbaikinya. Dengan caranya tersendiri, Farish N o o r telah memainkan peranan yang serupa di Malaysia. D i a telah menyedarkan ramai rakyat Malaysia terhadap penyimpangan yang serupa dalam masyarakat mereka. Farish menonjolkan ketegangan antara kesegaran kehidupan sosial dan keadaan statik sistem politik nasional dengan budaya politik dan mitologi sejarah yang mengelirukan. Dengan caranya sendiri, Farish adalah 'menteri dan ketua pengarah yang sendirian dalam bidang mengenalkan politik nasional dan pendidikan sejarah.' Saya kecewa dengan pelakon politik dan para pegawai mereka di Putrajaya. Berbanding Farish yang garang dengan kejelasannya, mereka pasti gagal melawaninya." Clive Kessler, Profesor Emeritus, Universiti N e w South Wales Sydney, Australia

"Analisis Farish N o o r tentang masyarakat majmuk Malaysia amat kuat dari segi keterbukaannya dan universalismenya, bukan sahaja pada masa k i n i tetapi juga dari segi interaksi budaya dan sejarah masa lampau. Pandangannya kritis dan berani, suatu huraian intelektual tentang isu semasa masyarakat majmuk Malaysia yang seharusnya mendapat perhatian semua pihak. Farish N o o r menghujah bahawa budaya ekslusif perkauman sekarang adalah hasil pengaruh negatif pecah-danperintah golongan elitis politik semasa untuk mengekalkan kuasa. Kalau masyarakat Malaysia mahu melihat masa depan negara i n i di mana semua dapat hidup bersama tanpa prasangka perkauman dan perbezaan status meskipun berjamak budaya, Farish menyediakan jalan yang jelas lewat tulisannya." Kassim A h m a d , Sasterawan, Intelektual dan Pengarang Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam

Buku-buku lain oleh Farish A. Noor: Terrorising the Truth (JUST, 1997) New Voices of Islam (ISIM, 2002) The Other Malaysia (Silverfish Books, 2002) Suara Baru Tentang Islam (INIS, Jakarta, 2003) Di San Z h i Yan Kan Ma Lai Xi Ya (Sin Chew Jit Poh, 2003) Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party (MSRI,, 2004) From Majapahit to Putrajaya (Silverfish Books, 2005) Islam Progresif: Peluang, Tentangan dan Masa Depannya di Asia Tenggara (Samha, Yogyakarta, 2005) Writings on the War On Terror (Globalmedia, Delhi, 2006)

PUSTAKA PERDANA

Diterbitkan oleh ZI Publications Sdn. Bhd. (398106-W) B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, P J U 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel : +603-7885 0021 Faks : +603-7885 0027 E-mel : [email protected] Sesetengah artikel dalam buku ini telah diterbitkan pada asalnya, tetapi dalam bentuk yang berlainan, di wtuw.malaysiakini.com dan www.kakiseni.com. Semua hakcipta terpelihara. Kecuali petikan-petikan pendek untuk ulasanulasan akhbar, majalah, Internet, radio, atau televisyen, mana-mana bahagian daripada buku ini tidak dibenarkan dikeluarkan semula dalam apa bentuk sekalipun sama ada secara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman, atau yang lain-lain sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada Penerbit. © ZI Publications Sdn. Bhd. (398106-W) Terbitan Pertama 2008 I S B N 978-983-43521-2-7 Konsep dan Reka Letak: Bright Lights at Midnight Reka Bentuk kulit buku: Fahmi Reza Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Farish A . N o o r 1967Di Balik Malaysia: dari Majapahit ke Putrajaya / Farish A. Noor Bibliografi: ms. 228 ISBN 978-983-43521-2-7 1. Malaysia - Politics and government. 2. Malaysia - Social conditions. 3. Malaysia - History. I. Judul 320.9595 Dicetak oleh: BS Print Sdn Bhd

FAR

Dalam Kenangan Allahyarham Rustam A. Sani (1944-2008)

Isi Kandungan Kata Pengantar

10

Pengenalan

12

Dilupa & Disanggah: Sejarah Kita dan Tokoh Sejarah 1

Projek Mega Sultan Iskandar Zulkarnain

20

2

Bagaimana 'Penghulu Syaitan' Membawa Islam Ke Dunia Melayu: Kedatangan Islam Secara Ajaib Ke Dunia Melayu Mengikut Hikayat Merong Mahawangasa

24

Kisah Persahabatan Muslim-Hindu: Raja Shah Mardan dan Berahman dalam Hikayat Indera Jaya

33

Hang Tuah yang Dahsyat: Mengapa Kita Perlu Mengkaji Semula Wira Kita yang Pincang

41

Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir dan Kesulitan Subjek Kolonial Moden (Bahagian 1)

45

Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir dan Kesulitan Subjek Kolonial Moden (Bahagian II)

53

Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir dan Kesulitan Subjek Kolonial Moden (Bahagian III)

63

3 4 5 6 7

8

Kasihan Keris yang Malang: Suatu Lambang Sejagat Menjadi Alat Politik Perkauman 76

Islam & Kekeliruan Kita 9

JAWI, 'Penyayang yang Tegas' dan Kawalan Akhlak

84

10

Kafirnya Kita: Mengapa Kita Perlu Berfikir Melangkaui Batasan Islam-Kafir (Bahagian I)

90

Kafirnya Kita: Mengapa Kita Perlu Berfikir Melangkaui Batasan Islam-Kafir (Bahagian II)

98

11 12

Fasis Agama di Kalangan Kita? (Bahagian I)

106

13

Fasis Agama di Kalangan Kita? (Bahagian II)

113

14

Fasis Agama di Kalangan Kita? (Bahagian III)

121

politik Malaysia - Ingatan Semula 15

Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Warisan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) yang Telah Luput Daripada Ingatan

130

Mengenang Seorang Lagi Tokoh Politik Islam: Ustaz Abu Bakar Hamzah Dinilai Semula

135

17

Apa Sudah Jadi Kepada Deklarasi Permatang Pauh?

140

18

Musim Amuk Tiba Lagi: Bagaimana Kita Mengekalkan Mitos Empayar

146

16

Identiti Politik - Mencari Peta Politik Kita Bersama 19

Malaysia dan Dongeng 'Tanah Melayu' (Bahagian I)

154

20

Malaysia dan Dongeng 'Tanah Melayu' (Bahagian II)

159

21

Bangsa-Bangsa Malaysia Yang Lain

165

22

Porno Dan Sheikh

170

23

Kuil-Kuil Malaysia yang Kita Musnahkan

180

24

Tahun yang Bergolak kerana Agama

184

25

Seorang Lagi Penyiar Mesej Malaysia Dikecam

188

26

Multikulturalisme Linguistik Atau Kezaliman Majoriti?

191

Mengenang Semula Sejarah Baru Malaysia (Artikel-Artikel Baru) 27

69 Yang Lain

28

Selamat Tinggal Melayu yang Seragam

29

Ke Mana Arah Tuju Kita? Jalan-jalan Yang Tidak Dilalui Pascatahun 1969

200 203

208

Kata Pengantar

"Pertentangan idea akan melahirkan kilauan kebenaran..." B u k u ' D i Balik Malaysia: D a r i Majapahit ke Putrajaya' adalah koleksi tulisan Farish A. N o o r sejak tahun 1999 yang merangkumi perbincangan tentang politik rasmi dan kehidupan awam di negara i n i . Di dalam tulisannya i n i , beliau telah mengolah semula sejarah negara kita dalam cara yang benar-benar mencerminkan kepelbagaian masyarakat majmuk Malaysia. Walaupun i n i bukanlah sesuatu yang baru, tulisannya masih lagi unik kerana ia membicarakannya daripada perspektif yang inklusif dan bukan daripada perspektif yang divisif, dengan mengambil kira realiti-realiti pahit yang sukar diterima sebelum i n i . K i t a boleh hanya bersetuju atau tidak bersetuju dengan tulisannya, tetapi keberaniannya mengemukakan idea dan cara berfikir yang baru perlu diberikan pujian kerana pada akhirnya, usaha-usaha sebeginilah yang akan membantu menganjak masyarakat Malaysia menjadi warganegara yang lebih berilmu. U n t u k membina sebuah masyarakat yang matang, percambahan idea, khususnya melalui penggunaan intelek, intuisi dan inspirasi perlulah digalakkan. Walaupun begitu, perlu diingat bahawa sementara idea baru mempunyai potensi untuk membawa perubahan besar dalam kehidupan, seringkali pula ia dicemuh, malah dianggap merbahaya, kerana sifatnya yang mempersoalkan status quo selalunya boleh mencetus ketidakstabilan. M i n a t saya terhadap tulisan Farish timbul daripada betapa perlunya kita mengkaji dan memahami masa lepas untuk mengelakkan kita daripada mengulangi kesilapan. Saya percaya, cita-cita kita untuk muncul sebagai sebuah negara maju dengan masyarakat yang moden dan bertamadun tidak akan tercapai sekiranya idea dan pemikiran kita masih terpenjara di dalam lingkaran usang. Dalam hal i n i , sesiapa sahaja sepatutnya diberikan ruang untuk menyuarakan segala pendapat mereka, selaras dengan amalan kebebasan bersuara dalam lingkungan yang dibenarkan oleh perlembagaan negara kita. Keistimewaan tulisan Farish A. N o o r ialah dedikasinya dalam mengaut sumber sejarah negara kita dan diadun dalam realiti masyarkat masa

k i n i yang jarang dibahas secara terus terang. Konsep 'ras' atau bangsa yang selama i n i diterima seadanya juga dikupas semula dengan tafsiran yang lebih luas dalam konteks rakyat berbilang bangsa dan budaya Malaysia. Penulisannya tentang masyarakat sosial dan politik Islam ikut ditautkan kepada hakikat sejarah dalam pelbagai dimensi dan universalismenya. Justeru itu, beliau menyediakan satu paradigma kepada masyarakat Islam bahawa mereka sebenarnya adalah anggota komuniti antarabangsa, saling bergantung dan berinteraksi dalam dunia luas, terbuka tanpa sempadan. Sdr Farish pastinya adalah intelektual terpilih yang berupaya mencantum jurang kefahaman yang selama i n i merupakan satu hambatan kepada pembinaan satu negara satu bangsa yang sebenar. B u k u i n i jelas mencerminkan suatu masa hadapan Malaysia, tetapi dalam masa yang sama ia turut dilayari tradisi sejarah budaya dan identiti untuk kita tatangi dengan penuh tanggung jawab. Sama ada melalui kuota atau pilihan raya, mobilisasi politik di Malaysia telah mula mencabar identiti, tabiat, kekeliruan dan prasangka lama. M e l a m paui semua i n i akan menjadi cabaran utama kepada semua rakyat Malaysia dalam abad ke-21 dan terdapat tanda positif bahawa perjalanan kita ke arah i t u telah p u n bermula. Malaysia perlu bangkit dari masa lalu sekiranya kita mahu menakluki masa depan.

D a t u k Z a i d Ibrahim Menteri Dijabatan Perdana Menteri Putrajaya Mei 2008

Pengenalan

D a r i Majapahit ke Putrajaya: Sebuah negara baru dan sejarah kuno

M

kata ini ialah gabungan aneh budaya yang berbezabeza, yang pernah — dan masih — menular dalam konsep yang kita cipta dan sesuaikan untuk diri kita. K i t a semua rakyat Malaysia kerana dilahirkan di negara i n i dan kerana pelbagai kebetulan yang berlaku. K i t a tidak memilih untuk dilahirkan di negara i n i . N a m u n faktor masa, sejarah, dan hal luar jangka telah membawa kita kepada keadaan yang ada sekarang i n i dan kita ditakdirkan menjadi warganegara suatu entiti buatan yang bernama Malaysia. Apakah ertinya menjadi rakyat Malaysia, dan apakah yang terkandung dalam kata Malaysia? Inilah persoalan asas yang mendorong saya memulakan k o l u m The Other Malaysia pada tahun 1999, iaitu ketika kemuncak era krisis pascaekonomi bilamana seruan ke arah perubahan disuarakan secara lantang di jalan-jalan Kuala Lumpur. Sebagai ahli sejarah politik yang mempunyai latar belakang dalam bidang falsafah, kesusasteraan, dan teori politik, saya mencuba bersikap objektif dan tidak mahu ditarik dalam pergolakan ketika itu tetapi sebaliknya hanya mahu menjadi pemerhati ala Proust, yang menyaksikan sebuah negara yang bakal dilahirkan di depan mata saya. The Other Malaysia pertama kali disiarkan setiap minggu d i k o l u m akhbar dalam talian, www.malaysiakini.com. Ia kemudian disiarkan dalam sesetengah akhbar utama, antaranya The Pakistan Daily Times, Khaleej Times, al-Qalam, Sin Chew Jit Poh dan Off The Edge. Setahun yang lalu, keterusannya terjamin apabila berlaku campur tangan yang tepat pada masanya daripada seorang lelaki dari Malaysia bernama Yusseri YusofF, yang menjalinkan hubungan silatulrahim dengan akademik yang melarat yang tidak arif tentang komputer dan yang masih menggunakan pensel dan pisau lipat. M a k a lahirlah laman penyelidikan www.othermalaysia.org dan d i laman inilah The Other Malaysia k i n i disiarkan setiap minggu. ALAYSIA:

Usaha kami di www.othermalaysia.org menjurus kepada usaha untuk memulakan kajian dan penulisan semula sejarah Malaysia

Pengenalan secara kritis, objektif, dan merubah gagasan yang memusatkan perhatian kepada Pihak L a i n . U n t u k sekian lamanya, sejarah Malaysia ditulis oleh cendekiawan dan ideolog Lelaki Melayu M u s l i m daripada Kelas Menengah yang dihormati. O l e h itu tidak hairanlah jika mereka menghasilkan sejarah negara yang menggambarkan kebimbangan dan kepentingan mereka sementara meminggirkan kemahuan dan hasrat yang lain-lain. Beberapa tahun yang lalu semasa mengajar di Universiti Malaya, saya ditanya oleh salah seorang pelajar saya: "Mengapakah buku sejarah kita tidak langsung memperkatakan peranan orang perempuan bukan Melayu dalam pembentukan Malaysia?" Soalan yang dilontarkan kira-kira sedekad yang lalu masih relevan hingga ke hari i n i . M a l a h agak memeranjatkan apabila kita lihat bahawa kisah sejarah rasmi Malaysia adalah suatu penghematan merewang yang kedap udara yang hanya memperkatakan tentang dirinya, olehnya, dan kepadanya. Jika buku-buku sejarah yang digunakan di Malaysia dewasa i n i dibaca sepintas lalu, maka orang akan menyangka bahawa kita hidup di negara yang penduduknya rata-rata terdiri daripada orang lelaki M e l a y u - M u s l i m kelas menengah; itu p u n perlu disedari bahawa kategori i n i boleh dirubah dan dipelbagaikan l a g i . . . . Tetapi apa gunanya menulis sejarah yang tidak membina yang hanya memperkatakan orang yang terpinggir? Agenda The Other Malaysia bukan sekadar menggantikan suatu huraian hegemoni dengan yang lain, atau untuk mengatakan huraian dominan adalah salah semata-mata kerana ia bersifat dominan; ataupun suara yang terpinggir perlu ditangani kerana ia dipinggirkan. Sebaliknya, matlamat kami adalah untuk mengadakan suatu dialog antara huraian dan tafsiran sejarah yang berbeza-beza i n i , untuk menghasilkan debat dalaman tentang apa erti rakyat Malaysia dengan menekankan bahawa Malaysia tidak mempunyai satu tetapi banyak sejarah Malaysia yang silang-menyilang, yang saling bertindih, dan saling menerobosi. Sebagaimana yang disangka, proses antara teks dan hubungan saling merewang yang berlarutan i n i bukanlah sesuatu yang mudah dan disenangi. Kadang-kadang huraian tentang peristiwa-peristiwa penting, misalnya perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan, tidak boleh diubah-ubah lagi. Tetapi i n i tidak seharusnya menjadi masalah bagi negara yang sudah matang, dan kita yang hidup di negara yang mendakwa sudah dewasa, seharusnya bertindak dan berfikir secara dewasa yang sedar bahawa sejarah ada kalanya kompleks, berpelbagai, dan penuh dengan percanggahan.

Di Balik Malaysia Dalam menjalankan usaha i n i , kami yakin dan berpegang pada komitmen kami untuk mewujudkan hak untuk memilih dan bertindak: pelbagai jalan yang dilalui dan boleh dilalui oleh Malaysia ditentukan oleh kita - rakyat Malaysia. K i t a seharusnya terus mengingatkan diri kita bahawa di sinilah letaknya kekuatan dan kekuasaan kita: keupayaan kita untuk membuat pilihan yang rasional dan untuk menentukan masa depan kita, berdasarkan syarat-syarat yang kita tetapkan. K i t a tidak mungkin akan sentiasa berjaya melakukan perubahan yang diharapkan, tetapi kita perlu terus bertindak, membuat keputusan, dan memilih (walaupun kemungkinan untuk berjaya amatlah tipis) dan dengan berbuat demikian kita memperteguh semula jati diri sejagat kita sebagai insan dan warganegera Malaysia yang dikurniai akal fikiran dan keupayaan. Oleh yang demikian The Other Malaysia ialah usaha untuk memusatkan kuasa dan tindakan setiap orang rakyat Malaysia, baik mereka warganegara Malaysia pada masa i n i ataupun nenek moyang kita yang hidup sebelum nama 'Malaysia' tercipta. Justeru, i n i adalah seruan agar penulisan sejarah rakyat dibuat oleh dan untuk semua rakyat. Jika buku sejarah tidak menceritakan kisah kita, maka masanya sudah tiba untuk kita mendapatkan semula suara kita yang tenggelam dan menegaskan jati diri kita dalam domain akademik dan penulisan sejarah khususnya. Kisah Malaysia adakah kisah kita semua. O l e h itu marilah kita menulisnya bersama-sama, dan marilah kita menulis kisah ini secara jujur dan utuh. K i t a sewajarnya memiliki huraian yang banyak dan inklusif. Pembaca budiman akan mendapati kebanyakan rencana yang terkandung dalam koleksi esei i n i merujuk zaman lampau untuk memperoleh sumber bagi menangani dilema yang berlaku sekarang i n i . Saya sering kali ditanya mengapa saya memberikan tumpuan pada zaman pra-Islam orang Melayu khususnya, seolah-olah ada sesuatu yang memaksa dan ada agenda yang mahu membawa kita kembali kepada zaman kegemilangan dewa dan raja. Saya juga sering diminta untuk menjejaskan pendirian saya tentang Islam dan politik, negara Islam, dan dialog antara agama dan antara budaya. Saya tidak mampu, walau bagaimanapun, memberikan jawapan yang dapat memuaskan semua yang bertanya. Lagipun The Other Malaysia bukan juadah untuk kepuasan diri individu atau pelawat yang berkunjung ke Malaysia dengan membekalkan maklumat pseudo-sejarah yang sukar difahami. Tidak, i n i adalah suatu usaha berterusan u n -

Pengenalan tuk merubah sejarah majmuk Malaysia dengan cara yang paling jujur yang terdaya dilakukan oleh kami, dan kami tidak segan-segan untuk menceritakan segala kisah silam kita yang kompleks dan mendedahkan segala percanggahan dan ketidakpastian. Mengkaji zaman lampau kita yang kompleks mengingatkan kita tentang kategori-kategori yang membosankan yang k i n i diguna pakai untuk melaksanakan pengasingan etnokaum yang menjadi asas budaya politik Malaysia yang pincang dan bercanggah. Dengan mengimbau semula zaman pra-Islam orang Melayu, misalnya, kami mengingatkan diri kami dan juga pembaca kami bahawa kategori 'Melayu' tidak semudah yang disangkakan oleh kebanyakan orang. D a n menjadi orang Melayu tidak semestinya menjadi orang Islam. Kerana jika begitulah halnya, bagaimanakah kita hendak mengkategorikan berjuta-juta orang M e l a y u - H i n d u dan Melayu-Buddha — yakni nenek moyang kita — yang hidup pada zaman dahulu? Mereka orang Melayu ataupun orang asing? Membangkitkan soalan-soalan yang sensitif dan sulk seperti i t u akan menyinggung perasaan sesetengah pihak yang berasa senang dengan zon selesa mereka yang terbatas itu. Walau bagaimanapun, ia suatu proses yang tidak dapat tidak, perlu dilakukan. Sesebuah negara menjadi matang hanya apabila ia telah mengalami proses kaji diri dan bertanya pada diri sendiri, yang sering kali seiringan mengkritik dan menilai diri sendiri. Sebagai sebuah negara yang masih muda dengan sejarah yang kuno, kita perlu menggunakan cara mengkritik dan menilai diri sendiri i n i juga untuk diri kita, supaya tahap yang kita tentukan untuk diri kita dan untuk negara kita sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. The Other Malaysia mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia yang berani bermuhasabah dan bertanya soalan yang kena pada masanya: Inikah yang dikatakan Malaysia? A t a u mungkin ada cerita lain yang perlu diungkapkan? Ekoran daripada Pilihan Raya ke-12, kita menyaksikan tandatanda awal dan sebenar bahawa negara mula menunjukkan kemampuan yang ada padanya dan politik kemasyarakatan yang berasaskan agama semakin tenggelam. M a k a masanya sudah tiba untuk bertanya soalansoalan i n i sekali lagi: Apakah istimewanya menjadi rakyat Malaysia dan apakah yang dimaksudkan dengan Malaysia? Aktivis dan ahli akademik i n i sangat-sangat berharap soalan i n i akan terus dihidupkan di pusat kekuasaan tatkala Malaysia bersiap sedia untuk melakukan perubahan keinstitusian dan struktur yang

Di Balik Malaysia besar. Saya amat terhutang budi khususnya kepada Datuk Z a i d Ibrahim, yang saya anggap salah seorang tokoh yang hebat di Malaysia dewasa i n i kerana idealnya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk, demokratik, dan terbuka; dan kepada ZI Publications kerana membantu menerbitkan buku i n i , yakni edisi terkumpul yang pertama daripada kolum The Other Malaysia yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia (bukan bahasa Melayu!). Saya amat berbangga menyaksikan terdapat ramai individu di negara i n i yang turut komited terhadap mewujudkan ideal Malaysia sungguhpun setelah sekian lama berada di bawah pentadbiran sedikian rupa. Di kalangan mereka terdapat wanita dan lelaki seperti Sivarasa Rasiah, L i m K i t Siang, L i m Guan Eng, Teresa Kok, Karpal Singh, Musa H i t a m , Rais Yatim, Hatta Ramli, dan Dzulkefly Ahmad. Saya juga ingin mengambil kesempatan i n i untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong The Other Malaysia walaupun penulis i n i sering dilanda masalah, dicemuh, dan difitnah. Pengorbanan yang terpaksa dibuat kerana menulis sesuatu yang bertentangan dengan pihak yang berkuasa memang disedari oleh kebanyakan ahli akademik, dan saya juga tidak sepi daripada dilanda kontroversi selama i n i . Usaha i n i tentunya tidak berhasil jika tidak disertai sokongan dan rangsangan yang berterusan daripada mereka yang saya anggap kawan, tempat mengadu, dan rakan pengembara dalam perjalanan menunju ke The Other Malaysia yang panjang dan jerih yang kita harapkan. Terima kasih kepada Yusseri 'Obi-Wan Grand Masta' Yusoff kerana sudi menaipkan teks The Other Malaysia ke dalam komputer, Tresnoku Jacqueline 'Lois Lane' A n n Surin, Zainah Anwar, Chandra Muzaffar, Ivy Josiah, M a r i n a Mahathir, M a l i k Imtiaz Sarwar, A n i l Netto, Fathi Aris Omar, A n i m a h Fuad Kosai, Sharaad Kuttan, Sumit Mandal, N o r a i n i O t h m a n , Clive Kessler; M. Bakri Musa dan Raja Petra Kamarudin khususnya kerana sudi menyiarkan semula kebanyakan k o l u m i n i di Internet. Saya berterima kasih kepada Fahmi Fadzil dan setiap petugas di Bright Lights at Midnight ( B L A M ) kerana menghasilkan rekabentuk buku dan kerja seni yang cemerlang; demikian juga kepada Fahmi Reza atas sumbangan artistiknya. Terima kasih juga kepada Christele yang terpaksa hidup dengan asap rokok saya bertahun-tahun lamanya, dan yang telah menyelamatkan saya kerana akhirnya berjaya mendesak saya untuk berjumpa pakar jiwa; dan kepada ibu saya, Noraishah binti C h e Teh yang bercekang mata kerana menunaikan solat hajat agar anaknya selamat dan tidak meringkuk dalam tahanan.

Pengenalan A k h i r sekali dan tidak kurang pentingnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca The Other Malaysia yang menjadi inspirasi sepanjang kehidupan saya sebagai aktivis dan ahli akademik, dan saya harap sumbangan yang tidak seperti i n i tidak akan mengecewakan kalian. Kepada mereka semua, saya hanya mengucapkan 'terima kasih' dan jumpa lagi di sempadan Malaysia yang baru. Another Malaysia bukan suatu impian: K i t a cuma perlu berusaha keras untuk menjadikannya suatu kenyataan. Farish A . N o o r Singapura - Surakarta - Yogyakarta, Mei 2008

in 1/

Dilupa dan Disanggah: Sejarah Kita dan Tokoh Sejarah

Projek Mega Sultan Iskandar Zulkarnain

Artikel ini ditulis pada awal tahun 2000, sewaktu istilah projek mega mula digunakan dengan meluas di Malaysia. Pembangunan negara yang pesat dan ekonomi yang terus berkembang selepas kemeleseta berlaku pada pertengahan tahun 1980-an adalah sebahagiannya dis kan oleh perkembangan sektor pembuatan dan industri, yang berlak apabila kerajaan Malaysia membuka pintunya kepada lebih banyak pelaburan asing terus (FDI) dan membolehkan modal masuk ke dala negara dengan menyediakan kemudahan kepada syarikat-syarikat dari segi bantuan infrastruktur dan logistik. Walau bagaimanapun, pertengahan tahun 1990-an, projek pembangunan besar-besaran ya dicadangkan oleh kerajaan mula membangkitkan kerisauan kumpul tertentu, daripada badan alam sekitar bukan kerajaan ( N G O ) hingga kepada persatuan pengguna. Rancangan seperti jambatan terpanja dunia, bangunan tertinggi di dunia, bandar terpanjang di dunia dan Koridor Super Multimedia (Multimedia Super Corridor) telah mencetuskan bangkangan daripada para pengguna. Selepas krisis politik t 1998-yang tercetus akibat pelucutan jawatan dan penahanan Timba Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim - istilah projek mega' mula digunakan oleh parti-parti pembangkang di Malaysia.

menjadi sebutan ramai kerana suasana politik yang sedang berubah di Malaysia dewasa i n i . Di dada akhbar- akhbar tempatan, sama ada akhbar aliran utama atau alternatif, kita terbaca dan terdengar tentang beberapa projek mega yang mula memenuhi landskap Malaysia yang lapang sebelum i n i . Bangunan yang terlalu tinggi, terlalu besar dan - yang paling memalukan - terlalu kosong; empangan yang tidak ada gunanya; jambatan yang tiada arah tujuannya; pusat beli-belah dan padang golf yang melebihi keperluan. Malaysia nampaknya menjadi mangsa penyakit pascapenjajah, yakni pembangunan pesat yang tidak seragam. Pemerintahnya cende" STILAH 'PROJEK MEGA'

Projek Mega Sultan Iskandar Zulkarnain rung untuk 'mengajar' bekas tuan penjajah dengan meniru segala apa yang dilakukan oleh 'Barat yang jahat' tetapi pada skala dan kadar yang lebih besar, lebih dahsyat, dan lebih teruk. Jika mereka membuat mikrocip, kita juga akan membuatnya—malah mikrocip kita adalah yang terbesar di dunia. Sesiapa yang terfikir bahawa projek-projek mega yang tidak berguna, yang menelan belanja dan masa yang begitu besar i n i ialah sejenis pembangunan yang baharu dan menarik untuk negara, sepatutnya berfikir semula kerana sejarah menunjukkan perkara sedemikian telah lama menjadi sebahagian budaya politik feudal dan neofeudal. Projekprojek mega tidak lahir melalui kaedah dan teknologi pembinaan yang baharu. M a l a h rakyat di kepulauan Melayu yang hidup pada zaman dahulu juga terpaksa membanting tulang kerana melaksanakan impian raja-raja mereka yang melambung tinggi dan tidak masuk akal. Salah seorang raja i n i berasal dari negeri Perak. Pada pertengahan kurun ke-18 ada seorang sultan bernama Sultan Iskandar Zulkarnain (tahun 1752-1765). Kisah eksploitasi baginda diceritakan secara terperinci dalam hikayat klasik Melayu berjudul Misa Melayu. Misa Melayu menceritakan Sultan Iskandar gemar meluangkan masa memikirkan projek-projek hebat yang dapat menaikkan dan mengharumkan nama baginda dan kerajaan baginda. Baginda membina beberapa buah masjid yang berjaya menyemarakkan nama baginda dan kedudukan baginda sebagai pemimpin Islam pada mata rakyat. Tetapi baginda juga mengadakan pelbagai aktiviti yang membazir dan pelik seperti acara lumba perahu (yang tentunya tidak dilengkapi enjin 'outboard" moden atau 'jet-ski'), ekspedisi memancing, pemburuan diraja, dan pesta besar-besaran. Suatu hari, Sultan Iskandar terfikir untuk membina sebuah menara yang tinggi di tengah-tengah kota. Baginda membayangkan menara tersebut sehebat monumen daripada zaman purba seperti yang diceritakan dalam epik-epik dahulu kala. Binaan i n i akan menjadi bangunan yang tertinggi di dunia yang dapat menarik ramai orang untuk melawat kerajaan baginda. Ia akan memecahkan sebarang rekod dunia dan melebihi sebarang jangkaan. Seluruh dunia akan bercakap tentang kegemilangan dan keagungan Perak. Mereka akan berkata: "Perak bo- leh!" A k a n tetapi membina monumen yang agam i n i bukan tugas harian bagi jemaah menteri baginda. Bendahara, Temenggung, dan Laksamana merayu baginda supaya memikirkan semula titah baginda

Di Balik Malaysia itu. Menara tersebut terlalu tinggi, terlalu besar dan terlalu mahal untuk dibiayai oleh kerajaan negeri. Apakah kesan daripada pembinaannya nanti? Apakah yang akan terjadi kepada kerajaan dan rakyat jika ekonomi negeri meleset nanti? Namun begitu, baginda tetap dengan pendiriannya. Baginda tidak menghiraukan bangkangan para menteri dan ahli istana dan menitah menara tersebut dibina. Oleh sebab enggan memenuhi titah baginda itu, para menteri meletakkan jawatan. Seperti mana yang teralcam dalam Misa Melayu: Apabila sudah putus fikirannya (Sultan Iskandar), maka ditentukanlah pembesar-pembesar yang bertanggungjawab untuk membangunkan mahligai itu. (Tetapi) kerana terlalu pelik bentuk dan rupa mahligai yang hendak dibangunkan itu, hingga tiga orang pembesar yang kanan - Bendahara, Temenggung dan menteri — terpaksalah meletakkan jawatan masing-masing, sebab tidak berupaya hendak menyempurnakan kehendak baginda yang luar biasa itu. Dengan tiada lagi pengkritik-pengkritiknya, baginda Sultan bebas meneruskan projek meganya. Akhirnya impian baginda tercapai dengan terbinanya menara -tersebut. Misa Melayu menggambarkan menara tersebut dengan kata-kata berikut: Akhirnya terdiri juga mahligai yang ganjil itu menurut bentuk dan rupa yang diangan-angankan oleh baginda (Sultan Iskandar). Mahligai itu sangat ajaib perbuatannya; belum pernah dilihat orang terdahulu daripada ini: kemuncaknya daripada perak bertatahkan emas dan permata budi manikam, tingkapnya daripada ijuk besi kursani, dindingnya berturap dengan nilam kapur yang diselang-selang dengan cermin dan kaca. Di tingkat yang ketujuh terdapat balai peranginan yang dipenuhi dengan kisi-kisi sekelilingnya. Dan dihujung tiaptiap kisi im pula bergantung daun budi berbentuk empat segi. Apabila ditiup angin, berbunyilah daun-daun budi itu seperti bunyi buluh perindu, dan apabila digoyang angin dan disinari cahaya matahari, maka bergemerlapanlah rupanya dipandang jauh... Menara tersebut sudah tentu merupakan suatu bangunan yang sangat ajaib. Puncak menara yang bergemerlapan dapat dilihat berbatu-batu

Projek Mega Sultan Iskandar Zulkarnain jauhnya. Siulan dan bunyi loceng dan kasau dapat didengari di seluruh kota. Menara dan kompleks bersebelahan yang kononnya menjadi kebanggaan rakyat - dan dikatakan 'istana rakyat' - namun akhirnya nyatalah rupa-rupanya istana itu dibina untuk baginda: Setelah siap mahligai itu, diadakan majlis doa selamat dan maulud. Dan pada esoknya berpindahlah baginda dengan segala isi istananya ke mahligai yang ajaib itu. Kisah Sultan Iskandar dan projek meganya itu menjadi iktibar kepada kita pada masa i n i bahawa pemimpin dan pemerintah adalah manusia biasa dan sesetengah mereka mempunyai ego yang sukar dikawal. Kemahuan dan titah Sultan tidak boleh dihalang ataupun diketepikan adalah suatu petunjuk bahawa sistem feudal zaman lampau tidak ada kebertanggungjawapan dan ketelusan, serta tiada sistem periksa dan imbang. Budaya taat membuta tuli kepada raja dikecam pada abad-abad yang berikutnya. Apabila Malaya berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1940-an dan 50-an, salah satu slogan yang digunakan ialah 'Raja itu Rakyat, dan Rakyat itu Raja'. Pada masa itu ramai orang percaya era feudalisme akan berakhir dan budaya politik Melayu akan berubah buat selamanya. Parti-parti nasionalis Melayu seperti U M N O , P K M M , dan P A S sama-sama merasakan yang era baharu akan bermula. A k h i r n y a rakyat memang benar-benar menjadi Raja, tetapi dalam suasana yang lebih dahsyat. Budaya dan amalan feudal yang lepas yang sepatutnya dihapuskan, diamalkan semula dengan penuh ghairah. Dengan bangkitnya U M N O dari kancah politik negara, budaya feudal masyarakat Melayu telah dibangkitkan dan disemarakkan lagi. Dewasa i n i Malaysia ditadbir mengikut budaya politik noefeudal yang ghairah mengadakan projek-projek mega untuk mengharumkan nama negara yang diusahakan oleh segelintir insan yang berkuasa. Nampaknya bayangan A l m a r h u m Sultan Iskandar yang ego itu terus menghantui kita dua setengah abad kemudian.

02

Bagaimana 'Penghulu Syaitan' Membawa Islam ke Dunia Melayu: Kedatangan Islam Secara Ajaib ke Dunia Melayu Mengikut Hikayat Merong Mahawangsa

Kedatangan Islam ke kepulauan Melayu sewajarnya dianggap salah satu kejadian dialog antara tamadun yang paling aman dan teragung dalam sejarah manusia. Tidak seperti kedatangan agama-agama lain tempat-tempat lain, kemasukan Islam ke dunia Melayu yang beragam Hindu-Buddha bukan melalui konflik tetapi lebih merupakan urusan dan adaptasi yang merewang. Ini jelas terbukti apabila kita membac hikayat dari zaman itu yang bercerita tentang berlakunya proses uru dan adaptasi yang merewang dan intelektual. Pendakwah Islam dan sufi zaman dahulu tidak menggunakan pendekatan eksklusif dan be muka terhadap orang Melayu: sebaliknya mereka menyemai nilai se Islam ke dalam rangka sosial dan budaya yang sudah sedia ada, mem bantu 'mengislamkan masyarakat Melayu dari dalam dan dari bawa Hari ini, hikayat dari zaman dahulu yang mengisahkan keheterogena dan kacukan saat awal sentuhan antara tamadun itu masih ada. Hikaya Merong Mahawangsa ialah hikayat klasik dalam kesusasteraan Melayu dan hendaklah dibaca dari perspektif sedemikian.

P

E N E R O B O S A N I S L A M K E dunia Melayu membawa perubahan yang berpanjangan dan merubah landskap sosiobudaya orang Melayu. Tetapi proses i n i amatlah kompleks dan berlaku secara perlahan. Tambahan pula, ketibaan Islam ke rantau i n i bukan dengan menggunakan kekerasan, tetapi melalui proses penyelesaian dan penyesuaian yang menyerlahkan kehebatan penduduk di rantau i n i .

Tetapi hendaklah juga diingat bahawa ketibaan Islam ke dunia Melayu berlaku pada era pramoden semasa rakyat tidak dibebani oleh pemahaman dialek D i r i dan Yang Lain. D u n i a tidak terbahagi mengikut bangsa, etnik, dan agama.

'Penghulu Syaitan' Beberapa abad yang pertama selepas Islam mendarat, berlaku pertukaran yang hebat dan menggalakkan antara akidah baru dengan idea dan sistem kepercayaan yang dominan di rantau ini—agama H i n d u , Buddha, dan faham jahiliah. Pada masa inilah pandangan dunia yang berbeza-beza i n i (masing-masing dengan dakwaan sejagatnya) menjadi rapat dan saling berinteraksi. O l e h itu tidak hairanlah jika seni dan budaya pada masa itu mencerminkan gabungan dan ciri-ciri kabur zaman itu. Keadaan i n i paling ketara dalam korpus hikayat-hikayat Melayu tradisional yang ditulis dalam abad ke-14 hingga abad ke-17. Hikayat lahir dari istana dan meriwayatkan kehebatan masa lalu dan kepastian masa hadapan. Dalam hikayat, kita melihat perubahan yang terjadi dalam dunia Melayu dengan kedatangan Islam dan—tidak lama selepas i t u - b u d a y a Barat. Salah satu tema paling menarik yang timbul dari semasa ke semasa dalam Hikayat adalah tentang kedatangan Islam. Dalam buku seperti Hikayat Patani, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Shah Mardan (Hikayat Indera Jaya), Hikayat Inderaputera, Sejarah Melayu, dan lainlain, kita menemui pelbagai mitos dan dongeng yang bercerita tentang kedatangan Islam ke dunia Melayu yang dikatakan ajaib dan menakjubkan. Penggunaan alat naratif seperti itu bukanlah sesuatu yang luar biasa. Lagipun, ketibaan Islam bukan sesuatu yang terjadi setiap hari. Ketibaannya mewujudkan anjakan paradigma dalam pemahaman orang Melayu terhadap diri sendiri, siapa mereka, dan tempat mereka di dunia i n i . Ilmu pengetahuan yang baharu menggantikan i l m u pengetahuan yang lama. Tetapi kedatangan Islam tidak mengakibatkan perpisahan daripada masa lalu yang total dan radikal. Jika kita berkata sebaliknya, i n i bermakna kita telah merubah fakta sejarah. Sungguhpun Islam meninggalkan kesan yang berkekalan, maka begitulah juga halnya dengan agama-agama pra-Islam yang lain. Percampuran antara masa lalu dan masa hadapan i n i sering kali terdapat dalam hikayat-hikayat yang kita baca. Salah sebuah hikayat i n i ialah Hikayat Merong Mahawangsa yang ada kalanya dikenali sebagai Sejarah Kedah. 1

Seperti kebanyakan hikayat lain, Hikayat Merong Mahawangsa ialah karya yang bersifat eklektik. Ia mengandungi pelbagai arus l i n guistik, kebudayaan, dan agama sehingga pembaca tidak dapat tidak terpaksa mendengar paduan suara pelbagai naratif (ada kalanya bersaing dan berlawan) yang berjalan seiringan. Watak-watak utamanya

Di Balik Malaysia ialah individu yang pelbagai ragam dan tiada akar u m b i : Merong Mahawangsa ialah laksamana armada Empayar R u m (Byzantine) yang belayar ke T i m u r kerana Putera R u m mahu mengahwini Puteri China. Baginda ialah keturunan indera dan dewa. Hikayat i n i bermula dengan Garuda (kuda bersayap milik Tuhan H i n d u Vishnu) berbual dengan N a b i Sulaiman. Merong Mahawangsa terdampar di pulau Langkapuri selepas armadanya dimusnahkan oleh Garuda yang bertaruh dengan N a b i Sulaiman bahawa dia boleh menghentikan perkahwinan yang akan berlangsung dan dengan berbuat demikian dia dapat menghalang kehendak A l l a h . Justeru dari mula lagi nyata Hikayat Merong Mahawangsa cerita yang amat rumit dan penuh dengan pelbagai budaya. Pengaruh H i n du, Buddha, dan jahiliah dapat dilihat dengan jelas, tetapi teks ditulis semasa Islam telah berakar u m b i di dunia M e l a y u . Salah satu persoalan utama yang cuba diselesaikan oleh teks walaupun secara tidak langsung, ialah kedatangan Islam ke dunia yang sememangnya kaya dan sarat dengan penanda. Mengikut Hikayat, Islam tiba di Kedah semasa ia diperintah oleh Raja Phra O n g Mahawangsa. Kerajaan baginda merosot dan berlaku banyak pembaziran. Seperti raja-raja pra-Islam yang lain, baginda kejam dan hidup dalam serba kemewahan. Baginda gemar makan dan suka berfoya-foya, dan mengabaikan tugas dan tanggungjawab terhadap negara (memang mudah dilakukan kerana harta negara menjadi miliknya). Kedah mengalami keruntuhan akhlak dan muflis. Justeru kedatangan Islam memang kena pada masanya. 2

3

Tetapi kedatangan Islam tidak diterangkan dengan tepat dari segi sejarah. Sebaliknya penulis Hikayat menghuraikannya dalam bentuk cereka. Hikayat meriwayatkan kedatangan Islam melalui naratif yang kompleks dan berbelit-belit dengan memperkenalkan watak bernama Sheikh Abdullah al-Yamani dari Baghdad. Mengikut Hikayat, Sheikh Abdullah ialah sarjana Islam yang bijak dan berilmu. Seluruh hidupnya dihabiskan dengan mempelajari Islam dan undang-undang syariah. Tetapi selepas mempelajari apa-apa yang sepatut diketahui, beliau mahu memahami sifat Syaitan dan mahu bertemu dengan Iblis. Sheikh mendapatkan nasihat gurunya (Sheikh Abdullah Tua). Gurunya menyuruh dia bertapa di bawah pokok. Sedang beliau bertapa, Sheikh dihampiri 'Penghulu Syaitan dan Iblis'. Penghulu Syaitan menawarkan untuk menunjukkan kepada Sheikh Abdullah cara-cara syaitan, dengan syarat Sheikh hendaklah

'Penghulu Syaitan mengikut peraturannya dan tidak akan campur tangan apabila Iblis melakukan apa yang patut dilakukan olehnya. Sheikh bersetuju lalu Iblis mengarahkan Sheikh memegang hujung tongkatnya. Mereka berdua pun ghaib. Penghulu Syaitan membawa Sheikh mengembara melampaui masa dan ruang. Mereka menyeberangi beberapa benua dan Iblis menunjukkan kepada Sheikh bagaimana dia mencetuskan huru-hara di dunia: dia menyemai benih-benih keraguan, ketakutan, dan kebencian dalam hati dan fikiran manusia, menggalakkan pembunuhan dan kemaksiatan, memulakan peperangan dan pertelingkahan (termasuk pertelingkahan rumah tangga apabila dia terdengar lapan isteri pedagang kaya hendak meracun suami mereka dan menjadikannya mati pucuk supaya mereka boleh menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain) dan bermacam-macam lagi. Mereka sampai di Kedah di istana Raja Phra O n g Mahawangsa di Langkasuka. Mereka tiba pada waktu subuh, betul-betul ketika raja yang kaki botol itu baru bangkit daripada peraduan dan masih pening-pening lalat. Tatkala Raja mencapai gelas minuman kerasnya, Iblis menyelak kain sarungnya dan kencing ke dalam gelas raja. A p a bila Sheikh bertanya mengapa Iblis berbuat begitu, Iblis mengatakan bahawa semua minuman keras mengandungi air kencingnya. Sheikh yang mengambil berat tentang adab tertib istana, menegur tindakan Iblis dan meminta Iblis berhenti berbuat perkara yang tidak sopan itu. Apabila mendengar teguran Sheikh, Iblis lalu berkata bahawa perjanjian mereka sudah tamat kerana Sheikh melanggar syarat untuk tidak campur tangan sepanjang mereka bersama. Tatkala dia berlalu dari situ, dia menarik tongkatnya dan dengan serta-merta Sheikh boleh dilihat semula. Raja yang sedang mabuk itu terkejut apabila mendapati seorang Arab tercegat di hadapannya. Baginda meminta Sheikh menjelaskan bagaimana dia boleh berada di situ. (Pembaca tidak diberitahu bagaimana Sheikh dari Yemen boleh bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi hal-hal yang tidak masuk akal seperti i n i memang sesuatu yang lazim dalam sesebuah cereka). Selepas mendengar cerita Sheikh, Raja yakin Sheikh bercakap benar lalu baginda mengisytiharkan niat baginda untuk memeluk Islam—agama yang melarang pengikutnya (baik rakyat ataupun raja) meminum kencing Syaitan. Baginda memanggil pegawai istananya menghadap. Sebaik sahaja keempat-empat orang Ketua Menterinya tiba, baginda bertitah seperti yang berikut:

Di Balik Malaysia Hai saudaraku keempat, adapun beta suruh panggil saudaraku keempat ini, maka adalah pagi-pagi hari ini orang pun belum lagi jaga dari tidurnya, maka datanglah tuan Sheikh Abdullah anak negeri Yamani dibawa oleh Syaitan Iblis datang ke peraduan beta sekali. Maka segala hal-ehwal kerja kejahatan itu sangadah gemarnya. Maka terlihatlah oleh tuan ini, maka ketakutanlah. Maka tuan itu pun ketinggalanlah susur kelambu beta, inilah yang menyuruh sekalian isi negeri Kedah ini membawa Shari'at agama Islam yang diturunkan Allah ta'ala pada Nabi Muhammad Rasulullah hamba-Nya lagi pesuruh-Nya, ialah Nabi yang akhiru'l-zaman. (hlm. 102) Seperti yang dikatakan, Raja itu memeluk Islam (dan mulai dari itu dikenali sebagai Sultan Mulzalfal Syah), tidak lagi meminum air kencing Iblis dan baginda memusnahkan semua patung dan berhala yang ada di istana (dan di negerinya). Selain sifatnya yang bertukar menjadi warak, episod Raja memeluk Islam dalam Hikayat wajar dianalisis secara mendalam.

Yang menariknya, Raja Phra O n g Mahawangsa berkata bahawa kedatangan Islam ke Kedah adalah kerana Iblis ("Datanglah tuan Sheikh Abdullah anak negeri Yajnani dibawa oleh Syaitan Iblis"). D a l baris i n i terkandung berbagai-bagai persoalan teologi dan falsafah yang amat kompleks dan rumit: hubungan antara Baik dan Jahat, watak dan status Iblis yang kabur. Iblis mempunyai pengetahuan yang tidak ternilai dan dalam masa yang sama, semua perbuatannya bertentangan dengan Kebaikan, serta perlunya ada Kejahatan. Persoalanpersoalan sedemikian sudah menjadi inti pati debat teologi Islam dan juga Kristian sejak berabad-abad lagi. Persoalan yang sama turut ditanya oleh ahli teologi Kristian pada zaman pertengahan yang mengatakan Kejahatan merupakan komponen yang penting bagi Kebaikan, kerana tanpanya Kebaikan tidak boleh wujud. Iblis juga dikemukakan sebagai makhluk yang mempunyai pengetahuan (walaupun pengetahuan yang ditegah). Apatah lagi, kerana pengetahuan yang ada pada Iblislah maka pengetahuan Sheikh menjadi lengkap. Oleh yang demikian ini menegaskan bahawa Yang Lain selalunya terdiri daripada Yang Lain dan ia sesuatu yang mesti ada untuk kepuasan D i r i . Pentingnya episod raja memeluk Islam kepada kita dewasa i n i adalah kerana ia juga menunjukkan bagaimana pemikir dan penulis Melayu-Islam pada masa lalu merasionalkan kedatangan Islam. Kisah

'Penghulu Syaitan perjalanan Sheikh Abdullah dengan Iblis yang ajaib itu melampaui masa dan ruang. Peranan Iblis sebagai utusan dan dalam masa yang sama, suatu unsur yang jahat, menjadikan kedatangan Islam semakin kabur. Bolehkah kebaikan datang daripada suatu kejahatan? Bolehkah sesuatu perbuatan dianggap baik sekiranya ia dilakukan dengan cara yang jahat? D a n bolehkah Iblis melakukan suruhan Tuhan? Kekaburan i n i (dan banyak lagi sepertinya) sentiasa ada dalam mana-mana hikayat. Tidak seperti teks-teks ideologi mubaligh zaman moden yang hambar dan beku, pemikir yang mengarang hikayat merupakan individu yang memahami masalah zaman mereka. Kekaburan dalam teks mereka mencerminkan kekaburan pada masa itu. Mereka tidak menyembunyikan kesukaran i n i tetapi sebaliknya memberikan penekanan. Mereka hidup bukan dalam dunia yang sempadannya sudah ditetapkan dan tidak boleh ditembusi, tetapi mereka hidup dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah, yang terbuka, dan cair. Barangkali perbezaan paling menarik antara hikayat dan karya penulis Islam dewasa i n i ialah cara masing-masing menangani zaman sebelum kedatangan Islam. Dalam hikayat, zaman sebelum kedatangan Islam dirasionalkan berdasarkan zaman Islam pada masa itu. Mereka tidak memburuk-burukkan atau menganggap zaman pra-Islam tidak penting. Penulis hikayat sangat peka terhadap masa lampau mereka dan sedar bahawa sejarah akan dikecam oleh generasi yang akan datang. Mereka yang mati tidak boleh mempertahankan dirinya. Justeru dalam hikayat, masa lalu ditangani dengan penuh hormat. Amalan i n i sudah luput pada masa i n i . Kepekaan mereka terhadap Yang Lain banyak didapati dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Misalnya, pembaca dimaklumkan bahawa manusia sudah tidak lagi dapat berhubung dengan makhluk halus dan kuasa ghaib. Manusia tidak lagi boleh bercakap-cakap dengan haiwan dan roh di hutan: Pada tatkala im segala binatang tiada boleh berkata-kata kepada zaman itu, kerana yang bernama Nabi Muhammad Rasulu'Llahu salla'Llahu 'alaihi wasallam itu sudah dizahirkan Allah Subhanahu'wata'ala ke dalam dunia ini. (hlm. 44) N a m u n demikian, seperti yang ditunjukkan oleh petikan di atas, keruntuhan dunia lama disebabkan oleh ketibaan perutusan bahar u - I s l a m - u n t u k semua manusia di muka bumi i n i . Hikayat tidak

Di Balik Malaysia menafikan dalam era pra-Islam, dunia haiwan dan manusia bertindantindih dan manusia boleh bercakap dengan haiwan dan r o h . Tetapi, apa yang sebenarnya mahu dikatakan oleh hikayat adalah bahawa dengan kedatangan N a b i Muhammad s.a.w., manusia tidak perlu lagi bercakap dengan haiwan kerana utusan terakhir Tuhan akhirnya sudah ada. (Dan haiwan boleh kembali kepada tabii asalnya.) Hikayat tidak menafikan keajaiban watak zaman lalu, tetapi hanya menganjurkan dakwaan bahawa ketibaan Islam merupakan suatu keajaiban yang terbaharu dan terakhir. 4

Perkara yang sama telah dibuat apabila Hikayat membincangkan pengaruh Islam terhadap pengajaran dan kepercayaan yang sedia ada: Maka jadi bersalahanlah daripada umat nabi yang dahuludahulu im daripada karamat Kitab al-Quran, habislah hilang hikmat dan ubatannya segala orang yang dahulu-dahulu itu daripada laduni, yakni yang terbang di udara dan yang melata di bumi, di dalam laut dan daripada segala ilmu sihir, yakni ilmu yang ghaib-ghaib daripada yang tiada diketahui... Dan segala hikmat dan ubatan orang tua-tua yang dahulu itu tiadalah menjadi guna, demikian lagi seperd iktikad yang tiada kebetulan itu seperti orang tua yang dahulukalanya yang menyembah berhala yang diperbuat yang boleh berkata-kata, atau tiada dapat berkata-kata seperti pohon kayu yang disembahnya, dan seperti matahari yang disembahnya dan seperti binatang yang disembahnya... (hlm. 77-78) Hikayat melihat kedatangan Islam sebagai pengetahuan dan kebenaran muktamad yang menyangkal semua kepercayaan yang lalu. Hikayat tidak menyahkan nilai yang dianggap intrinsik bagi mereka yang mempercayainya, yang terdapat pada ajaran dan kepercayaan dahulu. Kepercayaan generasi terdahulu (''segala hikmat dan ubatan orang tuatua yang dahulu") diganti dengan gagasan-gagasan baharu yang relevan dengan kehendak masa k i n i . Kalau sebelum i n i generasi-generasi terdahulu amat yakin akan i l m u mereka (ilmu sihir, yakni i l m u yang ghaib-ghaib) maka begitulah juga halnya dengan generasi masa k i n i yang yakin ajaran Islam adalah yang sebaik-baiknya. Hikayat tidak menggariskan sempadan jelas antara masa lalu dan masa k i n i . Hikayat mengaku bahawa setiap zaman mempunyai kebenarannya dan bahawa kebenaran masa lalu tidak boleh dibandingkan dengan kebenaran masa kini.

'Penghulu Syaitan Berlatarbelakangkan i t u semualah maka teks seperti Hikayat Merong Mahawangsa dikarang. Proses kedatangan Islam ke dunia Melayu yang kompleks diceritakan secara halus dan tidak ketara sehingga amat berbeza daripada teks ideolog Islamis masa k i n i yang kasar dan tidak sofistikated, yang hanya terfikir tentang agama Islam dan jati diri orang Islam dari segi dialektik yang membezakan 'kita' daripada 'mereka'. Walaupun para intelek Islam yang lebih dogmatik di kalangan kita hari i n i menganggap hikayat-hikayat i n i menganduni unsur k u fur dan menyeleweng, ia bagaimanapun lebih jujur dan terbuka dari segi pendekatannya terhadap persoalan yang kita hadapi dewasa i n i . D a l a m Hikayat Merong Mahawangsa kita membaca tentang pertembungan antara Islam dan zaman pra-Islam yang dipersembahkan secara berhati-hati dan penuh peka. D u a contoh—yakni rancangan jahat Garuda terhadap Raja R u m yang gagal dan membawa kepada terciptanya Langkapuri dan peranan Iblis dalam membawa agama Islam ke Kedah—kita dapat melihat bahawa unsur-unsur pra-Islam dan bukan Islam memainkan peranan yang penting dalam sejarah kerajaan Islam i n i . Bagi agama Islam, 'Yang L a i n perlu untuk mewujudkan yang satu lagi. Tanpanya akan luputlah jati diri Islam. Dengan mengemukakan Yang L a i n secara ambivalen, Hikayat Merong Mahawangsa mencuba menunjukkan bahawa jati diri tidak tetap tetapi berhubung kait, dan bahawa kehadiran Yang Lain yang dapat bertahan selama i n i adalah prasyarat jati d i r i . Walaupun rasa hormat dan kepekaan terhadap Yang Lain yang bukan Islam tidak wujud dalam masyarakat Islam Malaysia dewasa i n i (yang hancur musnah akibat amalan mengkategorikan jati diri dan perbezaan), kita perlu ingati bahawa orang Islam zaman dahulu dari zaman pramoden faham akan pentingnya perbezaan i t u . Dalam lipatan sejarah Melayu-Islam, etika dialog antara tamadun berlaku ketika Islam baru mula bertapak. O l e h sebab itu kita terhutang budi kepada dewa-dewa dan raja-raja yang terdapat dalam hikayat-hikayat yang kita baca.

Nota Akhir 1 Terdapat banyak edisi dan versi Hikayat Merong Mahawangsa yang berbeza-beza, tetapi satu edisi yang banyak terdapat di kedai buku setempat ialah Hikayat Merong Mahawangsa yang diedit oleh Siti Hawa Salleh dan diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1970 (Edisi kedua, 1991).

Di Balik Malaysia Langkapuri ialah lokasi yang penting. Pembaca dimaklum.kan tempat ini pernah diduduki oleh Seri Rama dan Raja Hanuman (daripada Ramayana atau Hikayat Seri Rama). Tetapi Rama dan Hanuman telah lama pergi dan yang tinggal hanyalah Garuda—sebagai tanda era Hindu masa silam yang terakhir. Oleh itu Garuda mewakili kesan terakhir era Hindu dan dialog kompleks antara Garuda dan Nabi Sulaiman mewakili dialog antara agama Hindu dan Islam dalam bentuk naratif. Hikayat Merong Mahawangsa barangkali ditulis pada bahagian pertama abad ke-17. Ia ditulis ketika teks sah seperti Kitab Undang-Undang Pelabuhan Kedah (tahun 1625) muncul dan selepas Kedah dikalahkan oleh Aceh (pada tahun 1619) ketika perang untuk mendapatkan monopoli pengeluaran lada hitam di rantau itu. Menjelang abad ke-18, ia diketahui di seluruh istana Melayu Kedah dan Pulau Pinang. (Hawa Salleh, 1991, hlm. viii-ix) Jelaslah bahawa Hikayat menerima hakikat bahawa sebelum kedatangan Islam, manusia boleh berhubung dengan benda-benda hidup yang lain seperti roh dan haiwan. Contohnya, dialog antara Nabi Sulaiman dan Garuda. Nabi Sulaiman bertindak sebagai pegawai perhubungan awam Tuhan tatkala baginda bercakap dengan Garuda yang berasal dari era Hindu. Tetapi dengan kedatangan Islam (dengan lahirnya Nabi Muhammads.a.w.), saluran komunikasi ini dianggap lewah kerana Tuhan telah melantik utusan dan wakil terakhir-Nya di dunia.

Kisah Persahabatan Muslim-Hindu: Raja Shah Mardan dan Berahman dalam Hikayat Indera Jaya

K

ketika orang Melayu-Muslim di Malaysia seo-lah-olah sengaja mahu memadamkan zaman sebelum nenek moyang mereka memeluk Islam, elok menjenguk ke kedaikedai buku untuk membeli sebuah dua buku hikayat. Sekutu ahli-ahli Islamis dan konservatif agama mungkin keberatan untuk mengakui zaman silam mereka, atau mengakui kebanyakan budaya Melayu-Indonesia sebenarnya adalah peninggalan pengaruh India yang pertama kali datang ke Kepulauan Melayu dahulu kala. Sikap menolak sejarah ada di mana-mana: masjid-masjid yang dibina mengikut model T i m u r Tengah/Asia Tengah yang tipikal dan hodoh hasil sumbangan wang minyak, serta tapak-tapak sejarah daripada zaman H i n d u - B u d d h a yang segala diabaikan. ITA Y A N G H I D U P

Walau bagaimanapun, sejarah lazimnya muncul semula bila dan di tempat yang tidak disangka-sangka. Bagi pelajar dan sarjana sastera dan kesenian Melayu-Indonesia klasik, peninggalan sejarah zaman sebelum Islam merupakan suatu hakikat yang tidak boleh diabaikan. Dalam teks Melayu klasik seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Panji Semarang, dan Hikayat Merong Mahawangsa, budaya dan agama saling mempengaruhi. Dalam karya-karya i n i , kebijaksanaan nenek moyang kita menggabungkan pelbagai budaya dan mengaturnya secara seiring telah membuka jalan untuk berdialog antara tamadun yang sememangnya sukar ditandingi dari segi kecanggihan dan kepekaan terhadap Pihak Lain. Salah sebuah buku i n i ialah Hikayat Indera Jaya (juga dikenali sebagai Hikayat Shah Mardan). 1

Di Balik Malaysia

Ceritanya terlalu panjang dan kompleks untuk diceritakan sepenuhnya di sini. Memadai dikatakan bahawa ia boleh dianggap sejenis 'kisah sahabat', kisah pengembaraan Raja Shah Mardan, raja yang memerintah Dar-al Hastan (yang atas sebab tertentu menukar namanya daripada Raja Indera Jaya) dan orang kanan dan juga penasihat baginda yang setia, Berahman (Brahmin). Mereka mengembara merentas dunia untuk mencari i l m u pengetahuan dan pengalaman. Semasa pengembaraan ini, banyak perkara aneh dan menarik berlaku kepada mereka berdua. Raja Indera Jaya bertukar menjadi burung dan kemudian menjadi monyet, bertemu ulama yang bernama Tuan Sheikh al-Din dan Tuan Sheikh Lukman al-Hakim, yang mengajar baginda rukun-rukun Islam dan juga i l m u Tarikat, Hakikat, dan Makrifat. Baginda bertemu para syahid yang turun ke bumi. Baginda disambut oleh malaikat Muqarabbin (yang menghadiahkan empat j i n kepada Indera Jaya untuk dijadikan hamba yang setia) dan bermacam-macam cerita lagi. Selain kejadian-kejadian yang luar biasa i n i , beberapa persoalan teologi dan falsafah yang kompleks turut diperkatakan, misalnya hubungan Manusia dengan A l a m Semula Jadi dan Kehidupan di A l a m Barzakh, tentang takdir, qada' dan qadar, serta tentang perpindahan roh. (Indera Jaya dan Berahman menunjukkan kebolehan berpindah roh daripada satu tubuh kepada tubuh yang lain). Jelaslah dari awal lagi Hikayat Shah Mardan/Indera Jaya ialah teks yang amat kompleks yang menggabungkan pelbagai unsur dan boleh diinterpretasikan berdasarkan laras yang berbeza-beza. Yang paling asas, ia dianggap teks pedagogi yang memperkenalkan asas akidah Islam kepada pembaca, walaupun dilihat dari kaca mata Sufi yang amat eklektik. Dari segi teologi, pandangan Islam yang diberikan (yang popular ketika itu) amat dipengaruhi oleh hakikat bahawa Tuhan itu Maha Esa dan Khalikah, sebagaimana yang dihuraikan dalam doktrin M u h y i al-Din ibn al-Arabi, Wahdat'ul Wujud, yang disebarkan secara meluas oleh ahli sufi Nusantara seperti Hamzah Fansuri dan Shamsuddin Pasai, tetapi selepas itu dianggap menyeleweng. Pengaruh al-Arabi diceritakan dengan jelas apabila Indera Jaya memperkatakan insan'ul kamil (orang yang sempurna), suatu konsep yang dihuraikan oleh ahli sufi berbangsa Sepanyol dari abad ke-13 (hlm. 53). Naratifnya juga banyak merujuk Hinduisme. Watak seperti Garuda (kuda jantan bersayap milikVishnu) ada disebut dalam teks i n i . 2

Raja Shah Mardan dan Berahman

Berahman, guru Hindu kepada Raja Islam: Pandangan positif Hikayat terhadap Hinduisme Boleh jadi aspek paling penting dalam Hikayat Shah Mardan/ Indera Jaya ialah gambaran yang positif tentang Hinduisme, yang wujud dalam watak Berahman (Brahmin), sungguhpun persahabatan antara Indera Jaya dengan Berahman tidak dapat bertahan dan kedua-duanya akhirnya tidak bertegur sapa kerana merebut seorang wanita. Pendapat kami bertentangan dengan pendapat Zabedah Abdullah yang mengatakan Berahman adalah 'antagonis' Shah Mardan/Indera Jaya (Prakata halaman xxix-xxx). Zabedah memberikan pandangan i n i kerana Berahman merupakan orang yang memperdayakan anak didiknya, Indera Jaya, supaya dia dapat menambat hati Puteri Jalul A s h i k i n . Berahman memindahkan rohnya ke dalam jasad Indera Jaya sementara roh Indera Jaya terperangkap dalam tubuh seekor monyet. Berahman bukan sahaja dapat menipu sang puteri yang sedang dilamun cinta, dia juga berjaya menipu Raja Bikrama Datia Wijaya, ayahanda puteri itu. Walau bagaimanapun, puteri tersebut tidak mudah dibodohkan seperti mana ayahandanya. A k h i r n y a Berahman menemuinya ajal dengan cara yang ngeri apabila badannya terpacak pada tiang. Meskipun terdapat pertentangan ego, hakikat sebenar adalah bahawa Berahman dan Indera Jaya merupakan dua watak utama dalam Hikayat ini dan Berahman yang mendorong Indera Jaya untuk mendapatkan pengetahuan. Sungguhpun pembaca dimaklumkan bahawa Indera Jaya dilahirkan dan dibesarkan sebagai orang Islam (dan diajar mengaji al-Quran pada usia tujuh tahun), Hikayat i n i memperkenalkan Berahman sebagai orang yang amat tinggi i l m u pengetahuannya: Syahadan, maka masyurlah wartanya (Indera Jaya) itu kepada segenap negeri asing-asing. Dan beberapa lamanya, maka tersebutlah perkataan ada seorang Berahman datang dari negeri Dar-al Qiyam. Adapun Berahman itu tahu ia akan ilmu hikmat nazar. Maka ia pun pergilah ke negeri Dar-al Hastan dan tidaklah beberapa lama berjalan itu, lalu ia masuk kedalam kota. Maka duduklah ia disuatu tempat. Maka orang dalam negeri itu pun banyaklah ia datang belajar kepadanya. Barang dikehendakinya diajarkan oleh Berahman itu. (hlm. 4)

Di Balik Malaysia Ceritanya terlalu panjang dan kompleks untuk diceritakan sepenuhnya di sini. Memadai dikatakan bahawa ia boleh dianggap sejenis 'kisah sahabat', kisah pengembaraan Raja Shah Mardan, raja yang memerintah Dar-al Hastan (yang atas sebab tertentu menukar namanya daripada Raja Indera Jaya) dan orang kanan dan juga penasihat baginda yang setia, Berahman (Brahmin). Mereka mengembara merentas dunia untuk mencari i l m u pengetahuan dan pengalaman. Semasa pengembaraan ini, banyak perkara aneh dan menarik berlaku kepada mereka berdua. Raja Indera Jaya bertukar menjadi burung dan kemudian menjadi monyet, bertemu ulama yang bernama Tuan Sheikh al-Din dan Tuan Sheikh Lukman al-Hakim, yang mengajar baginda rukun-rukun Islam dan juga i l m u Tarikat, Hakikat, dan Makrifat. Baginda bertemu para syahid yang turun ke bumi. Baginda disambut oleh malaikat Muqarabbin (yang menghadiahkan empat j i n kepada Indera Jaya untuk dijadikan hamba yang setia) dan bermacam-macam cerita lagi. Selain kejadian-kejadian yang luar biasa i n i , beberapa persoalan teologi dan falsafah yang kompleks turut diperkatakan, misalnya hubungan Manusia dengan A l a m Semula Jadi dan Kehidupan di A l a m Barzakh, tentang takdir, qada dan qadar, serta tentang perpindahan roh. (Indera Jaya dan Berahman menunjukkan kebolehan berpindah roh daripada satu tubuh kepada tubuh yang lain). Jelaslah dari awal lagi Hikayat Shah Mardam/Indera Jaya ialah teks yang amat kompleks yang menggabungkan pelbagai unsur dan boleh diinterpretasikan berdasarkan laras yang berbeza-beza. Yang paling asas, ia dianggap teks pedagogi yang memperkenalkan asas akidah Islam kepada pembaca, walaupun dilihat dari kaca mata Sufi yang amat eklektik. Dari segi teologi, pandangan Islam yang diberikan (yang popular ketika itu) amat dipengaruhi oleh hakikat bahawa Tuhan itu Maha Esa dan Khalikah, sebagaimana yang dihuraikan dalam doktrin M u h y i al-Din ibn al-Arabi, Wahdat'ul Wujud, yang disebarkan secara meluas oleh ahli sufi Nusantara seperti Hamzah Fansuri dan Shamsuddin Pasai, tetapi selepas itu dianggap menyeleweng. Pengaruh al-Arabi diceritakan dengan jelas apabila Indera Jaya memperkatakan insan'ul kamil (orang yang sempurna), suatu konsep yang dihuraikan oleh ahli sufi berbangsa Sepanyol dari abad ke-13 (hlm. 53). Naratifnya juga banyak merujuk Hinduisme. Watak seperti Garuda (kuda jantan bersayap milik Vishnu) ada disebut dalam teks i n i . 2

Raja Shah Mardan dan Berahman

Berahman, guru Hindu kepada Raja Islam: Pandangan positif Hikayat terhadap Hinduisme Boleh jadi aspek paling penting dalam Hikayat Shah Mardan/ Indera Jaya ialah gambaran yang positif tentang Hinduisme, yang wujud dalam watak Berahman (Brahmin), sungguhpun persahabatan antara Indera Jaya dengan Berahman tidak dapat bertahan dan kedua-duanya akhirnya tidak bertegur sapa kerana merebut seorang wanita. Pendapat kami bertentangan dengan pendapat Zabedah Abdullah yang mengatakan Berahman adalah 'antagonis' Shah Mardan/Indera Jaya (Prakata halaman xxix-xxx). Zabedah memberikan pandangan ini kerana Berahman merupakan orang yang memperdayakan anak didiknya, Indera Jaya, supaya dia dapat menambat hati Puteri Jalul Ashikin. Berahman memindahkan rohnya ke dalam jasad Indera Jaya sementara roh Indera Jaya terperangkap dalam tubuh seekor monyet. Berahman bukan sahaja dapat menipu sang puteri yang sedang dilamun cinta, dia juga berjaya menipu Raja Bikrama Datia Wijaya, ayahanda puteri itu. Walau bagaimanapun, puteri tersebut tidak mudah dibodohkan seperti mana ayahandanya. Akhirnya Berahman menemuinya ajal dengan cara yang ngeri apabila badannya terpacak pada tiang. Meskipun terdapat pertentangan ego, hakikat sebenar adalah bahawa Berahman dan Indera Jaya merupakan dua watak utama dalam Hikayat i n i dan Berahman yang mendorong Indera Jaya untuk mendapatkan pengetahuan. Sungguhpun pembaca dimaklumkan bahawa Indera Jaya dilahirkan dan dibesarkan sebagai orang Islam (dan diajar mengaji al-Quran pada usia tujuh tahun), Hikayat i n i memperkenalkan Berahman sebagai orang yang amat tinggi i l m u pengetahuannya: Syahadan, maka masyurlah wartanya (Indera Jaya) itu kepada segenap negeri asing-asing. Dan beberapa lamanya, maka tersebutlah perkataan ada seorang Berahman datang dari negeri Dar-al Qiyam. Adapun Berahman itu tahu ia akan ilmu hikmat nazar. Maka ia pun pergilah ke negeri Dar-al Hastan dan tidaklah beberapa lama berjalan itu, lalu ia masuk kedalam kota. Maka duduklah ia disuatu tempat. Maka orang dalam negeri itu pun banyaklah ia datang belajar kepadanya. Barang dikehendakinya diajarkan oleh Berahman itu. (hlm. 4)

Di Balik Malaysia

Raja Indera Jaya telah menjemput Berahman ke istananya kerana baginda mendapat tahu tentang kebijaksanaan Berahman dalam pelbagai perkara (Adapun Hamba ini menyuruh silakan tuan hamba (Berahman) ke mari ini kerana hamba mendengar khabar tuan ham akan pandai ilmu hikmat dan nazar-hlm. 5). Setelah menuntut dengan Berahman selama sembilan bulan, Berahman memohon untuk pulang tetapi dihalang oleh Indera Jaya. Ini menunjukkan terjalin hubungan mesra antara mereka berdua, tetapi yang lebih penting ia menunjukkan pendeta H i n d u i n i telah menyampaikan ilmu yang dianggap berguna oleh Indera Jaya. Dialektik guru-murid antara mereka berdua semakin ketara kerana setelah Berahman pulang ke tanah airnya, Indera Jaya yang hilang pedoman itu sesat di hutan semasa berburu dengan rombongan baginda. Sekali lagi kita mendapati ada persamaan tema yang terdapat pada teks agama H i n d u , Buddha, dan Islam dari zaman dahulu. Indera Jaya terpaksa menebus dosa semasa baginda seorang diri di hutan. K e adaannya sama seperti yang dialami oleh adik-beradik Pandawa yang menebus dosa masing-masing dalam Hikayat Pandawa Lima (epik Mahabharata versi Melayu). M o t i f yang sama juga digunakan dalam Jataka Wetsandon (Jataka Vesantara) dari tanah besar Asia Tenggara (yang terkenal di Burma, Negeri Thai, Kemboja, dan Laos) yang turut menggunakan kaedah hilang dan tebus dosa di hutan. 3

Hilang dalam Terjemahan: Hikayat Indera Jaya sebagai suatu Teks Eklektik Sesiapa yang membaca Hikayat Indera Jaya akan sedar bahawa ia teks yang eklektik. Walaupun teks i n i menggunakan pendekatan didaktik dan pedagogi dalam cara ia mengajar pembaca tentang rukun-rukun Islam, cara pelajaran ini disampaikan nyata luwes, eklektik, dan menyeluruh. Watak ulama yang ditemui oleh Indera Jaya semasa pengembaraannya merupakan orang yang ganjil: Sheikh L u k m a n a l - H a k i m , sebagaimana yang diceritakan, merupakan seorang yang "tiada makan dan tiada minum dan tiada tidur" (hlm. 20), lebih mirip pada fakir H i n d u daripada ulama yang alim dan berpengetahuan dalam hal-ehwal Islam. Semasa Indera Jaya berdialog dengan Sheikh L u k m a n , Sheikh Lukman memperkenalkan baginda kepada misteri i l m u makrifat dan tasawuf (hlm. 20-26).

Raja Shah Mardan dan Berahman Keeklektikan teks menjadi lebih ketara apabila naratif diteruskan. Dalam bab-bab berikutnya, Indera Jaya bertemu Garuda yang telah menyerang sebuah negara sehingga yang terselamat hanyalah raja dan puteri yang jelita. Dalam suatu kejadian di hutan, Indera Jaya mengalahkan Garuda sungguhpun peluang untuk Indera Jaya menang adalah tipis. (Indera Jaya meminta bantuan empat jinnya menyiat Garuda. Perlawanan empat-lawan-satu bukanlah suatu perlawanan yang adil. Indera Jaya berjaya menumpaskan Garuda durjana yang bersayap itu dan memenangi hati Puteri) (hlm. 34-36). Kemunculan Garuda, dewa H i n d u , dalam naratif membawa pengertian yang besar. A p a yang berlaku seterusnya lebih menakjubkan kerana penulis Hikayat mengetengahkan dialog agama Islam dengan agama H i n d u . Setelah Garuda mati, anak lelaki Garuda turun ke bumi untuk membalas dendam. A n a k Garuda ternampak Indera Jaya sedang tidur bersendirian dan menerkamnya. N a m u n , wira M u s l i m yang sedang nyenyak tidur i t u terbangun dan bersemuka dengan musuhnya yang lapar itu: Maka Indera Jaya pun berkata kepada anak Garuda itu, 'Engkau ini hendak memakan aku?' Maka kata anak Garuda itu, 'Hai manusia yang mengikut amarullah! Walau bagaimana sekalipun aku hendak memakan kamu, jikalau belum dengan titah Allah Ta'ala, dimanakan dapat sampai kehendak makhluk itu memati samanya makhluk? Jikalau belum lagi sampainya bilangannya ini, dimanakan dapat?' (hlm. 39). Tersentuh dengan kata-kata anak Garuda, Indera Jaya menitahkan musuh bersayap itu untuk membawanya ke gunung Dar-al Q i y a m kerana baginda mahu berdoa dan bertapa. Jika dahulu Berahman menjadi pemangkin sehingga timbul keinginan Indera Jaya untuk mendapatkan pengetahuan, k i n i Garuda pula menjadi alat untuk baginda memantapkan rohaniahnya. Watak-watak H i n d u dalam Hikayat i n i diberikan penghormatan menjadi teman dan pembantu Indera Jaya dalam usahanya untuk menebus dosanya. Jawapan Garuda kepada Indera Jaya (bahawa bukan dia, tetapi A l l a h Ta'ala, yang menentukan hidup dan mati seseorang) juga mengesahkan apa yang berlaku dalam cerita i n i tidak terpesong daripada akidah Islam. H a n y a Tuhan yang menentukan haluan Hikayat Indera Jaya (dan sesungguhnya keseluruhan naratif i n i adalah sebagai panduan

Di Balik Malaysia untuk memantapkan rohaniah supaya pembaca dapat kembali kepada Tuhan). Tetapi penting diketahui bahawa dalam teks yang pada asasnya bersifat Islam didaktik, agama H i n d u tidak dianggap agama yang bertentangan dengan Islam. Peranan Berahman dan Garuda yang kabur (serta makhluk halus seperti jin dan roh yang kabur) membuat teks ini menjadi menarik. Namun demikian, tarikan inilah yang dipersoalkan dewasa ini oleh neofundamentalis yang tidak akan teragak-agak mengecam Hikayat Indera Jaya dan hikayat-hikayat lain yang sepertinya kerana dikatakan mengandungi unsur bidaah dan boleh menyesatkan pembaca.

Sufisme dan sempadan Islam yang produktif tetapi kabur Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Hikayat Indera Jaya sememangnya teks didaktik bertujuan mendidik pembaca. Terdapat dua episod penting dalam teks ini yang memaparkan fungsi pedagogi i n i . Yang pertama berlaku semasa Indera Jaya mendapat pendidikan formal daripada guru sufinya, Sheikh Lukman al-Hakim (hlm. 19-29). Yang kedua berlaku ketika Indera Jaya (kini wira Islam yang sebenar-benarnya) memikat Puteri Jalul Ashikin dgn memperagakan kepintarannya (hlm. 46-59). Dalam kedua-dua episod ini, terdapat huraian teori evolusi rohaniah dan peningkatan akhlak seperti yang dijelaskan oleh al-Arabi. Mengikut al-Arabi, insanul kamil (manusia yang sempurna) adalah sintesis teologi klasik Islam dan epistemologi Yunani (Platonik dan Aristotelia). Bagi Indera Jaya, cakerawala merupakan sesuatu yang memaparkan semua ciptaan dalam suatu hierarki yang bersatu tetapi mempunyai tingkat kognitif-rohaniah (makam/maqam) dan menyeru insan supaya menjangkau alam lahiriah agar dia dapat mengenali Tuhan (suatu cara yang bijak untuk memikat had sang puteri—ini menunjukkan bahawa Falsafah suatu subjek yang berguna). Mungkin perkara yang paling penting yang hendak dinyatakan di sini adalah bahawa dalam Hikayat Indera Jaya, pendekatan sufistik membolehkan berlaku amat banyak tolak ansur dan penyesuaian, terutamanya apabila memperkatakan Pihak Lain yang belum/tidak memeluk Islam. Karya seperti Hikayat Indera Jaya mengingatkan kita bahawa kedatangan Islam ke kepulauan Melayu merupakan suatu proses yang kompleks dan panjang yang melibatkan banyak rundingan dan tolak ansur. Penulis Hikayat jelas mahu orang lain memeluk agama Islam,

Raja Shah Mardan dan Berahman namun demikian, kita tidak temui apa-apa cercaan tentang perkaraperkara yang lepas: malah Garuda yang memakan manusia diberikan peluang untuk menebus dosanya menerusi perbuatan anaknya. Hikayat Indera Jaya sewajarnya ditempatkan sebaris dengan karya-karya klasik sufi lain yang sezaman dengannya. Seperti karya sufi mistik yang lepas dan masa k i n i , naratif Hikayat Indera Jaya melibatkan dan bukan menolak, menyesuaikan dan bukan membezakan Islam dengan agama-agama lain. Proses pemindahan pengetahuan dan nilai secara translokal (yang wajar dikaji secara terperinci) mengambil kira sensitiviti dan norma masyarakat Melayu H i n d u - B u d d h a dan menyesuaikannya ke dalam konteks setempat secara berperingkat-peringkat. Membaca Hikayat Indera Jaya hari ini, dan dalam arus autoritarianisme agama-politik masa k i n i yang berkembang yang kita lihat di sekeliling kita, seharusnya ia dapat berfungsi sebagai peringatan akan saat yang lebih lembut pada masa lepas. Ditulis ketika Islam tidak dipolitikkan atau dipergunakan seperti sekarang i n i , ia mengarah kepada kemungkinan berlakunya dialog antara budaya dan antara agama yang berasaskan persefahaman dan rasa hormat dan bukannya pemaksaan, pengawalan fikiran, dan pengawasan akhlak masyarakat u m u m .

Di Balik Malaysia dapat digarap oleh manusia, walaupun asma' dan sifat Tuhan boleh diketahui kerana ia perlu dinyatakan menerusi fenomena sebenar. Hakikat bahawa hanya sifat-sifat Tuhan dilihat di dunia bermakna usaha untuk mendapatkan pengetahuan hendaklah merentasi Kenyataan dan menusuk ke dalam zat benda. Matlamat pembangunan rohaniah adalah untuk menyangkal rasional D i r i dan mengatasi kebergantungan kuasa menaakul supaya orang yang mencari kebenaran boleh mendapatkan pengetahuan muktamad tentang alam rohaniah (The Real). Memfanakan ego bertujuan membawa kepada keadaan baqa dengan individu hilang semua rasa Diri dan dengan itu dapat merasai sepintas lalu kewujudan Tuhan yang Abadi. Teori ini terangkum dalam Wahdat'ul wujud (Penyatupaduan Kewujudan). Al-Arabi menyatakan kewujudan sejagat Tuhan dan pada masa yang sama mencuba mempertahankan keesaan dan kekhususan Tuhan (kerana beliau tidak mahu mengatakan kehadiran berbilang di alam semesta dapat disamakan dengan Tuhan kerana ini akan memberikan gambaran bahawa Tuhan bersifat majmuk). Teori Wahdat'ul wujud al-Arabi kemudian ditentang hebat kerana dikatakan amat hampir dengan panteisme. 3

Dua buah cerita paling popular di kawasan Asia Tenggara ialah versi Melayu epik Mahabharata, Hikayat Pandawa Lima dan versi Burma-Thai cerita Buddha berjudul Jataka, ataupun Jataka Wetsandon. Dalam Hikayat Pandawa Lima, adikberadik Pandawa terpaksa hidup dalam buangan di hutan selepas takhta jatuh ke tangan sepupu mereka, Korawas yang pengecut, dalam suatu pertandingan dadu. Di hutan, adik-beradik Pandawa terpaksa menghadapi banyak dugaan (termasuk bencana alam) untuk hidup. Akhirnya keluarga kaki judi ini berjaya mendapat semula hak mereka selepas menempuhi banyak dugaan dan kesengsaraan di hutan. Dalam Jataka Wetsandon, Putera Wetsandon (Vesantara), dibuang ke hutan bersama-sama keluarganya selepas baginda memberikan gajah putih suci negara yang berharga kepada seorang Brahmin yang mengembara. Langkah ini, walaupun didorong oleh keinginan Putera Wetsandon untuk melepaskan kuasa dunia, menimbulkan kemarahan Raja dan orang ramai. Baginda serta-merta menghalau puteranya yang degil itu ke hutan. Semasa hidup dalam buangan, Putera Wetsandon menghadapi banyak cubaan dan kesengsaraan. Salah satunya adalah pertembungannya kali yang kedua dengan Brahmin yang tamak itu, yang memaksa baginda menyerahkan anak-anaknya untuk dijadikan hamba. Putera Wetsandon akhirnya disatukan semula dengan ayahandanya dan mendapat semula takhta dan kerajaannya. Jelas bahawa dalam kedua-dua cerita ini, hutan dijadikan suatu ruang pembersihan bagi watak utama sebelum mereka boleh mendapat semula kedudukan mereka dalam masyarakat.

04

Hang Tuah yang Dahsyat: Mengapa Kita Perlu Mengkaji Semula Wira Kita yang Pincang

[Rencana ini pertama kali disiarkan dalam majalah Off the Edge, Janu 2007.) Bertuahnya negara yang tidak ber-Tuah

A

kita perlu menilai semula wira kita, terutama sekali apabila mereka melakukan sesuatu melampaui batas. Saya memang sentiasa menyimpan dendam terhadap H a n g Tuah, budak raja yang disayangi oleh nasionalis yang mudah naik angin dan suka menghunus keris dan oleh patriot yang bermuka-muka yang tidak jemu-jemu melaungkan 'tak kan Melayu hilang di dunia'. Tetapi akhirakhir i n i , telatah H a n g Tuah dan kerisnya sudah jadi hambar, terlalu kerap diulang, dan terlalu membosankan bagi ahli akademik i n i . Jadi masanya sudah tiba untuk kita hentam lelaki i n i . DA MASANYA

Siapa yang tidak kenal H a n g Tuah dan sahabat-sahabatnya? Segala ujian dan cabaran yang dihadapi oleh wira negara i n i menjadi sebahagian proses pembangunan negara kita. Sejak kecil lagi kita disogokkan dengan peristiwa berdarah dan keberaniannya untuk mengekalkan status quo. H a n g Tuah dijadikan alat untuk memelihara rejim dan dia juga digelar orang upahan, seperti mana askar Inggeris yang taat dan setia kepada Ratunya. A d a kalanya Tuah dianggap sangat mulia dan baik. A n d a i kata kita masih mempertikaikan hal i n i , ada baiknya kita merujuk baris pertama Hikayat Hang Tuah (salah sebuah karya klasik Melayu yang ulung): Inilah Hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya.

Di Balik Malaysia "Terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya" memang kena pada tempatnya. M u n g k i n ada yang tidak setuju dan menganggapnya suatu kenyataan yang kurang tepat. Tetapi hakikatnya adalah bahawa Hang Tuah menjadi lambang hamba yang taat secara membabi buta. Dalam Hikayat ini, dia melakukan pelbagai perkara untuk memuaskan tuannya, Sultan Melaka, dan yang lebih penting, kerana melaksanakan segala titah perintah baginda. Peristiwa Tuah menikam H a n g Jebat sehingga mati dianggap suatu perbuatan taat setia kepada negara yang tidak berbelah bahagi. D a n dengan berbuat demikian mendahului konflik dialektik Hegel, iaitu etika negara lawan etika saudara dan keluarga. Sikap gila kuasa inilah yang membuat H a n g Tuah begitu penting dan disenangi oleh pihak berkuasa. Dewasa i n i , contoh warga tipikal yang mana lagi yang lebih sesuai? Bayangkan kita hidup di Malaysia yang moden ini bersama-sama sekumpulan H a n g Tuah yang sedia mati dan sanggup menggunakan kekerasan. Jangan berangan hendak mengadakan tunjuk perasaan dan protes yang dilakukan secara aman: Tentu Tuah dan sahabat-sahabatnya akan berada di barisan depan dan membalas ah kita semua. Dalam tahun 1960-an, segelintir pengkritik dan intelektual berhaluan kiri seperti Kassim A h m a d telah mencuba mengolah semula watak Tuah dengan memperlihatkannya sebagai budak suruhan raja. Ketika itu ramai yang berpendapat rakannya, H a n g Jebat, mempunyai pendirian yang bertentangan dengannya. Jika Tuah dikatakan taat membabi buta kepada raja, maka Jebat pula dikatakan telah menderhaka - sekurang-kurangnya sehinggalah orang seperti Chandra M u z a f far berpendapat Jebat juga taat kepada raja tetapi menderhaka setelah terpikat kepada seorang perempuan (perkara yang biasa berlaku). Bagi golongan liberal di kalangan kita, mengetahui bahawa Jebat juga ialah budak suruhan raja tentulah menyedihkan. Penggunaan Hang Tuah untuk tujuan politik hanya dapat dilakukan dengan menjadikan wataknya penting dalam pelbagai aspek. Kebanyakan kita hanya membaca Hikayat Hang Tuah edisi ringkas yang sesuai dibaca oleh murid sekolah rendah. Berapa ramai antara kita tahu tentang karya agung Hikayat Hang Tuah yang dikarang oleh Kassim Ahmad, yang disunting dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1962? Inilah Hikayat versi lengkap yang diterbitkan dalam dua Jilid dan mempunyai 523 halaman. Dalam Hikayat Hang Tuah yang definitif i n i , kita dapat melihat pelbagai watak Hang Tuah. Lelaki stereotaip yang gagah perkasa ini

Hang Tuah yang Dahsyat ditonjolkan tanpa kuasa dan kehebatan. Seperti yang dikatakan oleh Kassim A h m a d dalam pengenalan teks itu, dalam versi lengkap i n i kita dapat menyaksikan H a n g Tuah yang gagah, garang, dan berani akhirnya menjadi pencari dan ahli sufi yang bijaksana, sabar, dan warak. Perubahan i n i berlaku selepas dia membunuh Jebat dan jatuhnya kerajaan Melaka kepada Portugis dan seterusnya Belanda dan H a n g Tuah sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai utusan kepada kerajaan Melayu yang sudah tumpas i t u . Dalam bahagian kedua Hikayat inilah (yang hampir sama panjang dengan bahagian pertama), kita dapat menyaksikan H a n g Tuah bertukar menjadi sesaorang yang sama sekali bercanggah dengan sifat asalnya. D i a mengembara dari Vijayanagar (Kalinga) ke China, dari Ayudhya merentasi benua Asia sehingga ke Turki. Dalam pada itu wataknya berubah apabila dia meninggalkan segala bentuk keganasan. D i a banyak bertafakur memikirkan nasib manusia dan dunia i n i , dan akhirnya dia sedar bahawa sesungguhnya segala-galanya di dunia i n i bersifat sementara. Setelah mendapat taufik dan hidayat i n i , dia pun bertaubat. Tetapi malangnya dia tidak berupaya menyelamatkan d i r i nya daripada diperalatkan oleh ideolog dan demagog nasionalis yang revisionis. Tidak perlu diperkatakan lagi, bahagian kedua Hikayat Hang Tuah ini jarang dibaca dan dibincangkan. Sebabnya mudah sahaja: Hang Tuah tidak lagi dianggap macho, jantan, dan berkuasa. Tuah juga semakin menjauhkan dirinya daripada pengaruh istana yang suatu ketika membolehkan dia menggunakan kekerasan sewenangwenangnya. James B o n d tanpa agensi perisikan M I 6 hanyalah seorang samseng dengan senjata api; tetapi Tuah berjaya menebus maruahnya dengan membelakangi semua itu tanpa raja dan kerajaan Melaka. D a n inilah sebabnya mengapa Tuah yang terdahulu itu begitu penting kepada golongan nasionalis, sementara Tuah yang terkemudian itu perlu dilupakan, dihapuskan, dan disemadikan buat selama-lamanya. Sebagai kesimpulan, pencinta kedamaian macam saya i n i tidak wajar mengutuk Tuah, kerana dia sendiri yang menentukan haluan hidupnya daripada menjadi wira kepada menjadi pengembara. Pejuang yang bersenjatakan kris akhirnya bebas, dan dalam kebebasan itu dia berdepan dengan kekosongan yang menjadi suratan hidupnya. Pengembaraannya membawa dia menjelajah Asia, dan akhirnya insan yang dikenang sepanjang zaman i n i menjadi ahli sufi yang berdakwah kepada penghuni rimba. Nasionalis berdarah panas mungkin kurang

Di Balik Malaysia senang dengan nasib yang menimpa Tuah, yang sanggup meninggalkan kuasa untuk mencari jalan kebenaran. Tetapi dalam zaman ucapan yang berkobar-kobar dan retorik yang berapi-api i n i , perjalanan hidup Tuah yang semakin matang membuat kita terfikir bahawa manusia boleh belajar menjadi dewasa, dan dengan berbuat demikian, mereka akhirnya menjadi lelaki sejati.

44

Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir dan Kesulitan Subjek Kolonial Moden (Bahagian I)

Aku memikirkan maka sekelian-lah lama-nya umur-ku yang telah beberapa banyak ajaib dan beberapa peridaran dunia, dan adat, dan perkara yang tidak pernah didengar dan dilihat oleh nenek-moyangku, sekian itu telah ku lihat-lah. Munsyi Abdullah Hikayat Abdullah

M

k i n i sememangnya merupakan sebuah gagasan kolonial tiruan dari semua segi yang telah ditubuhkan, dibayangkan, dan dibina mengikut kuasa, i l m u , dan pengaruh mentaliti kerajaan kolonial yang eurosentrik. Sehingga k i n i politik Malaysia dibentuk mengikut logik keterbahagian bangsa dan perbezaan kaum, dan masyarakat Malaysia masih belum mampu memulakan projek radikal yang membenarkan kritikan dalaman dan soal siasat premis asas negara Malaysia. ALAYSIA

PADA MASA

Dalam kekalutan menulis dan menulis semula sejarah negara, beberapa orang insan telah dilupakan dan dipinggirkan. Mereka sebenarnya telah memberikan sumbangan sehingga terbentuk negara Malaysia seperti yang ada sekarang i n i . Ramai insan i n i merupakan personaliti yang aneh pada zamannya. Mereka merentasi sempadan bangsa, kaum, dan agama. Kerap kali mereka berada di antara batasan epistemik kolonial dan pemerintahan politik, mengganggu-gugat andaian dan kesinambungan kuasa kolonial yang mahu dikekalkan dan tidak mahu dipertikaikan itu. Salah seorang ialah M u n s y i Abdullah bin Abdullah Kadir yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran politik warga Malaysia moden (terutamanya Melayu Muslim). Walaupun ramai yang menganggap beliau pengasas pemikiran politik Melayu M u s l i m moden, ada juga yang tidak mahu beliau tergolong sebagai wira kebangsaan kerana latar belakangnya yang agak kabur. Dalam banyak hal, beliau merupakan prototaip orang Malaysia sebelum Malaysia mengimpikan kemerdekaan lagi. Beliau mendahului zaman AC

Di Balik Malaysia dan membuka jalan ke arah menyemarakkan semangat golongan nasionalis dan golongan intelektual masa hadapan Malaya/Malaysia dan, dalam banyak hal, beliau juga orang pertama yang membuat kritikan dalaman terhadap pemerintahan kolonial Barat di rantau i n i . Namun sehingga kini ahli sejarah dan cendekiawan Malaysia sukar untuk mengenai pasti Abdullah. M u n g k i n cara yang terbaik untuk mendekati beliau dan warisannya adalah dengan meninjau semula situasi kehidupan beliau sebagai subjek penjajah Inggeris di Melaka.

Kuasa, keganasan, dan penubuhan semula dunia Melayu pada era kolonial Munsyi Abdullah Hikayat Abdullah mengisahkan bagaimana kubu Belanda di Melaka dimusnahkan dan dilenyapkan dari muka bumi i n i . Residen Negeri Selat, Kolonel William Farquhar, mengumumkan pada suatu hari bahawa kubu yang ditinggalkan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda akan dirobohkan. Berita ini mengejutkan penduduk Melaka kerana seperti yang tertulis oleh Abdullah, kubu tersebut telah dibina oleh Vereenigde Oostindische Compagnie ( V . O . C . ) dan dianggap tidak dapat dirobohkan dan sukar dimusnahkan. Kubu Melaka itu dapat bertahan dalam beberapa peperangan dan penaklukan, malah ia terus berdiri gagah tanpa diganggu gugat oleh apa-apa kontingensi dan pergolakan hidup yang berlaku di sekelilingnya. Penjajah Belanda telah mewarisinya daripada Portugis dan seperti yang dikatakan oleh Winstedt, mereka terus menjajah negeri selat itu dengan nilai dan objektif mereka sendiri: 1

2

Benteng-benteng kubu A Famosa diberi nama baharu: St. Domingo menjadi Victoria, Madre Dios ditukar menjadi Emilia, Eleven Thousand Virgins ditukar menjadi Henriette Louise. Ia tidak lagi melambangkan kebesaran Tuhan, tetapi menjadi lambang kehebatan penaja perdagangan yang sebenar, dan tembok A Famosa tidak lagi menggambarkan kegemilangan Empayar Rom dan Zaman Pertengahan bila ia menjadi kubu lejar. 3

Namun, pada awal kurun ke-19, ketibaan Syarikat H i n d i a T i m u r British bukan sahaja membawa bersama mereka lejar, tetapi juga transformasi

Munsyi Abdullah (bhg 1) radikal dunia Nusantara Indo-Melayu. Tembok-tembok kubu Belanda itu terpaksa dirobohkan untuk memberikan jalan kepada perniagaan antarabangsa dan perdagangan bebas. Kerana bimbang Belanda akan menakluki Melaka semula dan k u b u akan terlepas daripada genggaman British, Koloner Farquhar telah memutuskan untuk melakukan sesuatu agar perkara i n i tidak berlaku. 4

Bagi tujuan i n i , sekumpulan k u l i telah dikerahkan untuk merobohkan tembok dengan memecahkan batu-batanya satu persatu. Perkara i n i agak melucukan bagi Abdullah kerana usaha i n i tidak berjaya. Ramai antara mereka keberatan melakukan tugas i n i kerana takut roh dan hantu yang berkeliaran di sekitar kawasan kubu tersebut (peninggalan sistem keadilan Portugis). Tugas itu juga memakan masa dan menelan kos yang banyak. A k h i r n y a Farquhar mengarahkan lubang digali di bawah salah satu tembok tersebut. Di dalamnya diletakkan serbuk letupan yang disambungkan pada fius. Penduduk Melaka diberitahu yang mereka akan menyaksikan suatu persembahan yang hebat yang belum pernah disaksikan sebelum i n i . Pada keesokan harinya, orang ramai telah berkumpul di tepi pantai untuk menyaksikan acara itu. Abdullah berada bersama-sama mereka. Beliau menceritakan bagaimana Farquhar tiba di kawasan itu pada p u k u l lapan pagi dengan obor di tangannya. Residen itu menghidupkan fius, dan Abdullah menggambarkan apa yang berlaku seterusnya dengan kata-kata yang berikut: Maka meletup-lah ubat bedil itu seperti bunyi petir; maka terbongkar-lah batu kota itu sebesar-besar rumah, dan ada yang sebesar gajah, berterbangan ke-dalam laut; maka ada batu yang terbang sampai ke-seberang dan mengenai rumah-rumah. Maka terkejut-lah orang semua-nya sebab mendengar bunyinya itu, serta dengan sebesar-besar hairan, sebab seumur hidup mereka itu belum pernah mendengar bunyi yang demikian, dan sebab melihat bagaimana besar kuasa bedil ini, sampai boleh mengangkat batu sa-besar-besar seperti rumah. Maka baharu-lah masing-masing perchaya yang boleh dipecah-kan oleh Inggeris kota itu. K u b u Melaka yang berdiri di situ sepanjang ingatannya, sudah tiada lagi. Rasa kagum terhadap pemusnahan kubu itu segera bertukar menjadi suatu kehilangan yang turut dirasai oleh penduduk Melaka. K u b u

Di Balik Malaysia tersebut telah menjadi permata bandar Melaka. Dengan hilangnya kubu itu, maka hilanglah juga identiti Melaka. Ibarat 'isteri yang kehilangan suaminya, maka hilanglah juga seri mukanya'. Abdullah sebenarnya amat terusik dengan apa yang berlaku im. Beliau menyaksikan bagaimana sejarah yang sekurun lamanya hilang lenyap dalam sekelip mata. V . O . C . Belanda telah berakhir dan Syarikat Hindia Timur Inggeris pula mengambil alih tempat itu. Era Belanda sudah berakhir dan bermulalah pula era British. British yang merupakan kuasa Barat yang terakhir, menyaksikan kejatuhan kuasa Melayu di rantau i n i dan menyerang mereka semasa mereka sangat lemah. British menakluki satu persatu bidang-bidang yang penting di rantau ini. Setelah memperoleh kuasa, mereka menunjukkan kebolehan mereka untuk mencipta dan menghancurkan sejarah dengan apa cara sekalipun. D u n i a yang dikenali oleh Abdullah berubah secara mendadak di hadapan matanya. Ia berlaku bukan disebabkan oleh keajaiban Dewaraja tetapi oleh Raja Inggeris Farquhar yang menggunakan kuasa teknologi moden yang tidak diketahui atau diperoleh oleh orang Melayu. 5

6

Semenjak kejatuhan Melaka di tangan Portugis, orang Melayu hilang peluang untuk membangun. K i n i , tiga kurun kemudian, Abdullah menyaksikan kesan daripada gabungan pengetahuan moden dan kuasa orang asing. Terpesona dengan apa yang dilihatnya, Abdullah dapat merasakan kelemahan dan ketidakupayaan penduduk negaranya apabila berdepan dengan kuasa baharu yang menjajah tanah air mereka. Munsyi Abdullah kini menghadapi kesulitan yang dialami sebagai subjek kolonial moden. 7

Yang pejal menjadi cair: Dunia moden Munsyi Abdullah Abdullah bin A b d u l Kadir, atau nama lainnya M u n s y i (Guru) Abdullah, dilahirkan pada tahun 1796, pada penghujung kurun ke-18 yang juga merupakan zaman kebangkitan dan kejatuhan beberapa empayar Melayu, kemunduran dan kemunculan dinasti-dinasti lama dan baharu, serta kebangkitan bintang baharu iaitu Britain di dunia Indo-Melayu. Abdullah merupakan keturunan Peranakan daripada campuran India dan Arab. Beliau adalah keturunan Sheikh A b d u l Kadir yang berasal dari Yemen. Beliau amat bangga dengan keturunannya yang terkenal kerana warak dan kaya ilmu agama serta bahasa. Beliau dilahirkan 8

9

Munsyi Abdullah (bhg 1) pada zaman penjajahan Belanda dan (kemudiannya) British, hidup di bawah pemerintahah undang-undang British dan bekerja dengan orang British sebagai guru bahasa dan penterjemah. Karya beliau, Hikayat Abdullah (tahun 1840), dan Kisah Pelayaran Abdullah (tahun 1838) memberi kita gambaran yang sukar diperoleh mengenai kehidupan orang Melayu M u s l i m pada kurun ke-19 yang dilihat dari kaca mata seorang Muslim-Peranakan yang bimbang akan arus pembangunan yang di luar kawalannya dan ada kalanya di luar pengetahuannya, dan tidak dapat difahami olehnya. Boleh dikatakan kritikan Abdullah terhadap tokoh, peristiwa, dan kemajuan pada zaman itu merupakan kritikan moden yang pertama mengenai keadaan orang Melayu yang hidup ditekan oleh penjajah yang dilihat dari kaca mata seorang Peranakan-Muslim yang merasakan orang Melayu perlu menukar cara hidup mereka dan menyesuaikan diri dengan tuntutan zaman moden yang baharu itu. K i t a boleh berhujah bahawa bukan sahaja Abdullah merupakan subjek kolonial moden berdasarkan tempat dan peranannya dalam rangka masyarakat kolonial dan hubungan kolonial, tetapi beliau juga subjek kolonial moden dari segi perspektifnya. Tindak balas beliau apabila berhadapan dengan kesukaran yang dialaminya adalah berasaskan syarat-syarat dan idea moden. Sesetengah sarjana seperti Chandra Muzaffar (tahun 1979) mengatakan Abdullah adalah seorang Peranakan-Muslim yang kepekaannya dan moresnya lebih mirip kepada mereka yang di bawah kuasa dinasti Melaka sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah di dunia M e l a y u . Yang dimaksudkan di sini adalah bahawa pandangan dunia politikagama Abdullah sangat dipengaruhi oleh konsep Melayu dan Islam, nilai ketaatan dan kepatuhan yang tradisional, juga sensitiviti, protokol, dan tingkah laku orang Melayu. Selain amat warak dan amat peka akan sensitiviti Melayu, beliau juga individu yang benar-benar moden dalam erti kata beliau melihat dunia sekeliling dengan pandangan moden. Beliau amat sedar tentang keadaan teruk yang menyelubungi dunia Islam pada amnya, dan keadaan Melayu M u s l i m yang menyedihkan khususnya pada awal kurun ke-19. Kesedaran i n i jelas dalam kritikan beliau terhadap masyarakat Melayu M u s l i m (terutamanya golongan pemerintah). Gabungan moraliti M u s l i m , pragmatisme, dan rasionaliti moden membuat kritikan beliau amat pedas dan tajam. Kritikannya amat tajam sehingga Chandra Muzaffar berkata, "Ia kritikan yang amat tajam tentang kerabat Melayu yang pernah wujud dalam masyarakat 10

Di Balik Malaysia

Melayu. Oleh itu Abdullah wajar dikenang dalam sejarah. D a r i aspek ini, beliau tiada tandingan walaupun pada zaman sekarang." Untuk memahami bagaimana dan mengapa sarjana Peranakan seperti Abdullah boleh mewujudkan kritikan yang mempunyai perspektif moden dan Islam terhadap masyarakat sendiri, kita perlu melihat keadaan beliau yang hidup dalam situasi kolonial dan mengapa beliau meminati dunia tuan kolonialnya... 11

Nota Akhir

Munsyi Abdullah (bhgl) pelabuhan berkubu Melaka daripada Portugis. Mereka mendapat bantuan daripada kuasa Melayu-Bugis Johor di selatan. Walau bagaimanapun, Belanda kemudian menghadapi an cam an baharu dalam bentuk kebangkitan kuasa empayar Aceh, Johor-Riau, dan kerajaan-kerajaan Melayu Muslim yang lain. Pada tahun 1756, Bugis berjaya menyerang Melaka, menyerang kawasan subbandar dan memusnahkan beberapa buah gudang dan barang simpanan. Pada tahun 1759, kuasa V . O . C . telah ditumpaskan oleh Putera Minangkabau bernama Raja Muhammad dari Siak. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila harta syarikat semakin berkurang disebabkan saingan daripada British, dan juga disebabkan pengurusan kewangan syarikat yang lemah di ibu pejabatnya di Amsterdam. Syarikat ini tumpas pada tahun 1795 apabila Syarikat Hindia Timur Inggeris diberi kuasa untuk mengambil alih kesemua harta Belanda di luar negara apabila tercetusnya peperangan Revolusi dan Napoleon di Eropah (tahun 17891815). Abdullah menetap di Melaka dan Singapura semasa kuasa-kuasa Barat sedang bersaing. Beliau berpengalaman hidup di bawah pemerintahan penjajah Belanda dan British dan berkhidmat sebagai penterjemah dan guru bahasa kepada residen dan kakitangan British. 7

Pada zaman Abdullah, semua bukti mengenai kegemilangan dan kebesaran kerajaan negeri Melaka telah lama hilang. Tetapi melalui rekod-rekod yang disimpan oleh anak lelaki penyerang Portugis Alfonso de Albuquerque, iaitu Alfonso yang Muda, dengan jelas menunjukkan bagaimana rakyat Melaka berjaya membina kekuatannya sebagai satu kuasa besar pada abad ke-16. Beliau mencatatkan selepas Melaka teruk dibom dan ditawan pada tahun 1511, tentera Portugis telah merampas 3,000 meriam (daripada 8,000 meriam yang dianggarkan milik orang Melaka). Beliau juga mencatatkan Melaka mempunyai jumlah besar harta kekayaan dan barang-barang perniagaan yang ditemui dan disimpan di bandar pelabuhan dan di istana raja yang terbakar semasa pertempuran. Daripada segi teknologi ketenteraan, Alfonso juga mencatatkan bahawa tukang-tukang membuat senapang dan peralatan tentera Melaka adalah setanding dengan peralatan yang dibuat di Jerman pada masa itu (hlm.127). Semua ini telah ditakdirkan hilang setelah keruntuhan kerajaan Melaka dan semasa pembinaan kubu A Famosa. Daripada sejak itu, perdagangan Melaka semakin mengecil, akibat daripada dasar yang dirancangkan oleh Alfonso de Albuquerque untuk memusnahkan semua perdagangan orang Islam di timur Suez, serta untuk melemahkan kuasa orang Islam di India dan Asia Tenggara. [Lihat: Alfonso de Albuquerque, Commentaries do Grande Alfonso de Albuquerque, Bab 22-28. 1576. Diterjemahkan dalam 'Albuquerque: Ceaser Timur, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1995]

8

Kurun ke-18 merupakan kurun yang bersejarah dalam sejarah Semenanjung Tanah Melayu. Pembunuhan Sultan Mahmud di Johor pada tahun 1699 telah menamatkan dinasti Melaka buat selama-lamanya. Seluruh Tanah Melayu mengalami pergolakan besar-besaran apabila kerajaan-kerajaan baharu mencuba mengisi ruangan yang ditinggalkan. Di Johor-Riau, pengaruh elit Bugis mula dirasai apabila mereka berusaha untuk mengambil alih kuasa di rantau ini. Mereka dicabar oleh Raja Kecil dari Siak dan angkatan beliau dari Minangkabau pada

DI

Di Balik Malaysia tahun 1718. Tetapi elit Bugis memperoleh kejayaan. Pada tahun 1721, Bugis telah mengambil alih Johor dan melantik Sultan Sulaiman sebagai pemerintah boneka. Dalam masa yang sama, kerajaan Perak, Selangor, dan Terengganu semakin maju dan makmur dan beransur-ansur membina kerajaan baharu yang bebas. Oleh itu kurun ke-18 dilihat sebagai tempoh yang penuh dengan huru-hara dalam sejarah Melayu kerana pada masa ini banyak kerajaan dan kuasa yang bangun dan jatuh. Begitulah yang difikirkan oleh British yang tiba selepas itu. 9

Perlu dinyatakan bahawa konsep 'bangsa' yang dilihat dari segi ras dan biologi yang berbeza seperti yang kita fahami sekarang ini, mempunyai pengertian yang berlainan pada zaman Abdullah. Charles Hirshman mendapati bahawa 'bangsa ialah ciptaan pihak koloni pada akhir kurun ke-19 dan seterusnya sebagai alat untuk membezakan komuniti yang berlainan di Malaya. Oleh itu, 'asimilasi orang India Muslim dengan orang Melayu semakin kerap berlaku dari awal hingga pertengahan kurun ke-19'. Bagi A C . Milner, kekhuatiran Abdullah tentang kebajikan orang Melayu menunjukkan beliau menganggap dirinya orang Melayu walaupun pada hakikatnya beliau bukan orang Melayu. Milner memberikan hujah bahawa polemik Abdullah sebahagiannya lebih mengarah kepada penyusunan semula makna istilah Melayu itu sendiri dari aspek yang lebih luas, iaitu kebangsaan dan kepentingan negara. Jadi, 'secara retrospek, penulisan Abdullah boleh dilihat sebagai penyumbang kepada keetnikan baharu, tetapi perlu ditekankan bahawa identiti etniknya terbentuk dalam situasi awal yang lebih 'cair'. [Lihat: Charles Hirshman, 'The Making of Race in Colonial Malaya', Sociological Forum, Jil.1. No. 2., dan 'The Meaning and Measurement of Ethnicity in Malaysia: An Analysis of Census Classifications', Journal of Asian Studies, 46:3. 1987. Dan A C . Milner, 'The Invention of Politics in Colonial Malaya, Cambridge UniversityPress.1594. hlm. 12.] Chandra Muzaffar mengatakan Abdullah 'daripada zaman Melaka kerana beliau dilahirkan pada tahun 1796 dan memberikan komen yang tajam terhadap kerabat Melayu pada awal kurun ke-19, iaitu sebelum British mula menguasai pentadbiran beberapa Kesultanan Melayu' (hlm. 41). Chandra terus menekankan bahawa penilaian Abdullah terhadap masyarakat Melayu berbaur keislaman: 'Islam memainkan peranan yang penting dalam pemikiran beliau. Terdapat banyak bukti yang menyokong kenyataan ini. Al-Quran menjadi asas pendidikannya. Keluarganya terdiri daripada guru agama yang disegani dan dihormati ramai dan bapanya amat menitikberatkan nilai-nilai Islam. Oleh itu Abdullah dapat menyerapkan nilai-nilai Islam sejak dari kecil lagi. Yang paling penting, kesemua penulisannya bermanifestasikan kesedaran Islam. Ini jelas sama ada dalam kritikannya terhadap adat resam retrogresif dan akhlak golongan diraja atau nasihat beliau kepada pemerintah tentang tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh mereka. Beliau membandingkan situasi sebenar dengan apa yang dituntut oleh agama Islam' (him. 47). [Chandra Muzaffar, 'Protector?: An Analysis of the concept and practice of loyalty in leader-led relationships within Malay Society. Aliran Press. Pulau Pinang. 1979.] Chandra, (1979) hlm. 41.

Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir dan Kesulitan Subjek Kolonial Moden (Bahagian II)

Tarikan kemodenan (sekular): Negeri Melaka yang moden pada zaman Abdullah

P

yang baharu bagi Munsyi Abdullah dan zamannya. Sejak beberapa kurun sebelum kedatangan kuasa Barat ke daerah i n i , Kepulauan Melayu telah pun mengalami perubahan. N a m u n begitu, perubahan yang berlaku di Melaka semasa zaman M u n s y i Abdullah iaitu pada kurun ke-19 merupakan perubahan mengikut kadar dan takat yang amat berbeza yang belum pernah berlaku sebelum i n i . Seperti kata Andaya: E R U B A H A N B U K A N L A H SESUATU

Zaman ini dicirikan oleh kadar perubahan, yang merupakan suatu fenomena global... Kepulauan Melayu yang lazimnya peka kepada perubahan perdagangan antarabangsa, kini didatangi kuasa ekonomi dan politik dari jauh yang akan mendekatkan benua Eropah dengan benua Asia. 1

Apabila pengaruh pentadbir penjajah Inggeris menjadi semakin kuat, penduduk tempatan yang tinggal di negeri yang dijajah dan di negeri yang masih berada di bawah pemerintahan raja-raja Melayu mendapati usaha mereka ke arah pembangunan menjadi semakin terhalang. Di samping itu, bentuk dan kandungan kemajuan itu ditentukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh rejim penjajah yang baharu ditubuhkan itu. Kedatangan Syarikat H i n d i a T i m u r British pada tahun 1795 menandakan kedatangan kumpulan pentadbir moden yang baharu. Mereka menganggap syarikat mereka i n i sebagai suatu kuasa besar yang boleh bertindak sewenang-wenangnya. Di bawah pimpinan pentadbirpentadbir i n i , sejarah dan geografi dipinda dengan begitu pesat sekali sehingga tidak terkejar oleh orang Melayu pada zaman itu. Kepulauan Melayu yang dikenali oleh M u n s y i Abdullah tidak lagi bersifat 'Melayu' dalam erti yang sebenarnya: Undang-undang syarikat Belanda, dan kemudian undang-undang syarikat British datang ke b u m i i n i dan 53

Di Balik Malaysia Munsyi Abdullah sendiri terpaksa mematuhi undang-undang yang dibawa oleh kompleks kuasa ketenteraan dan ekonomi yang asing i n i . Undang-undang yang digubal oleh penjajah telah membawa masuk ramai pendatang asing yang benar-benar merubah wajah tanah Melayu. Dasar imigrasi yang digubal oleh Stamford Raffles, iaitu penaung dan majikan Munsyi Abdullah, menyebabkan berlakunya perubahan yang dahsyat pada struktur sosial tanah Melayu. Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 telah memecahbelahkan dunia Melayu. Tersepit antara dua kuasa Barat yang sedang bertelingkah, kehidupan orang Melayu terumbang-ambing dan mereka tidak terdaya menentukan masa depan sendiri. Raja-raja Melayu yang bertanggungjawab dalam hal-hal keagamaan tidak menjalankan peranan mereka dengan baik dan dijadikan seumpama boneka. A p a bila berdepan dengan kekuatan tentera Inggeris, kerajaan dan dinasti Melayu yang agak rapuh mudah jatuh dan bangun sebagaimana kota Melaka yang teguh perkasa dirobohkan dan dibangunkan semula oleh mereka, iaitu pihak Inggeris, yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Kecuali Kesultanan Johor-Riau dan A c e h , setiap kerajaan Islam di Kepulauan Melayu terpaksa tunduk kepada penakluk dari Barat ini. Walaupun Munsyi Abdullah sedar akan keberanian penakluk dari Eropah, beliau amat tertarik pada sikap orang British yang gemar akan perubahan dan mereka juga memastikan perubahan i n i dilakukan oleh orang lain. Tidak seperti arus perubahan yang sedang berlaku di sekeliling mereka, pihak British seolah-olah tidak terjejas oleh kesulitan luar jangka dan pasang surut kekayaan kerana mereka mempunyai organisasi yang hebat dan kemahiran moden. Beberapa petikan daripada penulisan Munsyi Abdullah dapat memperlihatkan kenyataan i n i . Dalam Hikayat Abdullah, beliau bercerita tentang kedatangan armada perang British pada tahun 1811 kerana mereka mahu menakluki Jawa (ketika itu Jawa dijajah oleh Belanda yang sedang berperang dengan British). Beliau mendapati sebaik sahaja berita tentang konflik itu tersebar, maka hampir setiap hari kapal Inggeris sampai di pelabuhan: 2

3

... pada tiap-tiap hari selalu sahaja kapal sampai, pada se-hari empat-lima, barangkali sebuah, sehingga penuhlah pelabuhan Melaka kapal berlabuh, berjajar seperti dang pagar rupa-nya tiang kapal itu.

Munsyi Abdullah (bhg ll) Setiap hari kapal-kapal i n i akan tiba dengan membawa beratusratus askar, kuda, serta senjata api sehingga penduduk Melaka berasa hairan kerana mereka belum pernah melihat angkatan sebesar itu. Abdullah tertarik pada kebolehan tentera laut Inggeris yang dapat mengawal dan mendisiplinkan orang bawahan meskipun terdapat beberapa orang askar dan pelaut yang mabuk dan berperangai tidak sopan. Beliau menceritakan bagaimana askar marin ditugaskan untuk menangkap askar yang mabuk dan memberikan hukuman yang setimpal (sesuatu yang sangat disokong oleh beliau). Beliau juga berasa hairan melihat pasukan yang besar i n i yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan pangkat diberikan kelengkapan yang sama walaupun mereka datang dari segala pelosok. Perancangan dan logistik seumpama ini memberikan kesan yang mendalam kepada Abdullah yang menceritakan secara terperinci tentang pakaian seragam, peralatan, dan senjata yang digunakan oleh mereka. Keupayaan Inggeris mengawal pasukan tentera dan memastikan mereka taat berlandaskan terma kontrak yang impersonal, amat menarik perhatian Abdullah. M u n s y i Abdullah memberikan pujian khususnya kepada Farquhar, M i n t o , dan Raffles. Merekalah yang mengawal, memerintah pasukan tentera dan mentadbir tanah jajahan. Tentang Raffles iaitu penaung merangkap majikan, Abdullah telah membuat catatan yang berikut: Maka terlalu pandai dia memberi hormat akan orang serta dengan manis muka-nya; berbahasa dengan orang, enchek dengan enchek, tuan dengan tuan. Abdullah tidak mungkin terfikir bahawa orang yang amat dihormatinya itu juga merancang pembunuhan secara beramai-ramai orang Belanda yang dimusuhi di Palembang. Sikap diplomasi dan kebijaksanaan yang ada pada Raffles memang wajar dipuji walaupun pembunuhan yang diaturnya telah dilakukan oleh orang lain atas arahannya. Antara semua sifat yang d i m i l i k i oleh Raffles, Abdullah paling tertarik pada sifat Raffles yang rajin berusaha tanpa mengenai jemu: Dan lagi jikalau barang suatu perkara yang di-dengarnya itu, tiada-lah boleh sudah dengan sedikit, melainkan sampai kesudahan-nya. Dan lagi ada-lah selalu ia tinggal di-dalam tempat sunyi, maka tiada apa lain pekerjaan-nya melain menulis dan membacha kitab-kitab. Dan lagi apabila waktu ia belajar atau

Di Balik Malaysia berchakap, meskipun barang siapa datang ke rumah-nya, tiada ia mau bertemu, melainkan apabila habis: dan lagi ku lihat barang apa perbuatan-nya masing-masing dengan waktu-nya, tiada berchampur satu dengan satu. Kebolehan untuk mengawal diri sendiri, menguasai serta mengekang kemarahannya menjadikan Raffles orang yang dihormati dan terpuji oleh Abdullah, penganut Islam yang sangat alim itu. Paling penting, sikap sedemikian menjadikan Raffles orang yang dapat mengawal perjalanan hidup dan seterusnya layak memikul tanggungjawab sebagai gabenor yang sah di tanah jajahan. Sifat tekunnya yang membuat pentadbir penjajah i n i bekerja hingga larut malam tatkala orang Melayu sedang nyenyak tidur, juga ada pada diri isteri Raffles iaitu O l i v i a , yang turut dikagumi oleh Abdullah. Abdullah juga tertarik pada kebajikan, sifat adil dan sikap perikemanusiaan yang ditunjukkan oleh L o r d M i n t o , iaitu pegawai atasan Raffles. 4

Abdullah menganggap mereka simbol kemodenan. Menurut beliau, mereka berdisplin, rajin bekerja, inovatif, tekun, berwibawa, dan penuh kesedaran. Walau bagaimanapun, tidak seperti sarjana terkemudian yang lebih kritis seperti Syed Hussein Alatas , M u n s y i Abdullah tidak berusaha untuk memahami asas ideologi pandangan dunia mereka dan beliau enggan mengkaji kepercayaan dan praandaian yang menjadi tonggak penjajahan mereka. Beliau lebih tertarik pada kaedah dan cara yang digunakan oleh pentadbir penjajah yang cekap itu. Sebagai penjajah dan usahawan, Thomas Stamford Raffles merupakan produk ideologi kolonial-kapitalis yang banyak dipengaruhi oleh pemikiran A d a m Smith. A d a m Smith melihat dunia sebagai komoditi dan pasaran yang harus dijinakkan dan ditundukkan supaya mudah dieksploitasikan dengan cara yang paling rasional dan menjimatkan. 5

M a k a tidak hairanlah jika Raffles melihat persekitaran politik bangsa Melayu yang tidak teratur dan berpecah belah i n i sebagai suatu persekitaran yang kucar-kacir dan memerlukan campur tangan Inggeris. Bagi keadaan sosial orang Melayu pula, Raffles mengesyorkan supaya aktiviti mubaligh yang diamalkan oleh golongan Protestan diperkenalkan sebagai suatu cara untuk 'membajai minda penduduk asli yang kering dan gersang i n i ' . Berdasarkan pandangannya inilah maka lahirnya mitos tentang kekolotan orang Melayu dan pada kurun ke-19, hujah yang diberikan oleh Raffles tentang 'kemerosotan masyarakat Melayu telah diterima bulat-bulat oleh orang Eropah. 6

Munsyi Abdullah (bhg ll) Walaupun terdapat banyak perubahan dan pergolakan sosio-politik yang berlaku akibat campur tangan British, perkara yang paling menarik perhatian A b d u l l a h adalah bahawa Farquhar, M i n t o , dan Raffles merupakan pelaku dan pekerja yang dapat membuahkan hasil. Di bahagian lain karyanya, kita boleh melihat reaksi Abdullah terhadap pelbagai inovasi yang diperkenalkan oleh penjajah British. Beliau tertarik pada tahap penjagaan kesihatan, sistem undang-undang dan pentadbiran yang teratur dan terkawal, mesin percetakan, dan kaedah perancangan bandar mereka. Beliau tertarik pada sikap mencari dan memperoleh pengetahuan, di samping kebolehan mereka untuk menterjemah dan menimba pengetahuan daripada orang lain. Beliau juga berasa amat kagum kerana orang Eropah dapat mencetak skrip jawi dan dengan cara i n i mereka berupaya menimba pengetahuan dan sejarah bangsa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa cerita yang ditulis oleh Munsyi Abdullah merupakan pandangan beliau semata-mata. K i t a harus ingat bahawa A b d u l l a h ialah orang Islam Peranakan yang hidup dan bekerja di negeri yang dijajah oleh British. Beliau perlu mematuhi undang-undang tanah jajahan dan sistem kerajaan (dan bukannya undang-undang yang telah ditetapkan oleh raja Melayu). Tugasnya membolehkan beliau melihat sikap orang Eropah secara dekat. Apabila gambarannya tentang orang Eropah diletakkan bersama huraiannya tentang pencapaian mereka, jelaslah M u n s y i Abdullah tertarik pada pencapaian mereka dan bukan pada sikap mereka. Apabila huraiannya tentang undang-undang dan pemerintahan penjajah diletakkan bersama huraiannya tentang keadaan bangsa Melayu, jelaslah beliau sedar bahawa ada ketidakseimbangan kuasa yang ketara antara kedua-dua pihak itu. Secara langsung, naratif yang ditulis oleh Abdullah memperlihatkan kebimbangan beliau sebagai rakyat moden yang dijajah.

Di sebalik kemodenan: Kritikan terhadap perintah penjajah oleh Munsyi Abdullah Pada zaman itu dalam negeri Melaka belum-lah ada banyak Inggeris, maka orang melihat Inggeris pun seperti melihat harimau sebab nakal-nya dan garang-nya ... Maka pada masa itu tiada-lah pernah aku berjumpa dengan sa'orang Inggeris yang puteh mukanya melainkan sekalian-nya naik atas kuda hijau,

Di Balik Malaysia yakni mabok. Maka sampaikan kanak-kanak yang menangis maka kata ibu-nya 'Diam! Inggeris mabok datang!' maka diam-lah budak itu dengan takutnya... Maka apabila ada kapal Inggeris di-laut, maka sa'orang perempuan pun dada-lah boleh berjalan di-lorong-lorong; jangankan orang baik-baik, hamba orang pun tiada kelihatan ada-nya, sebab di-perbuatnya pekerjaan-nya chabul. Perenggan di atas terkandung dalam jilid pertama Hikayat Abdullah. Ternyata Abdullah, cerdik pandai berketurunan Melayu Peranakan, yang dituduh sebagai pemuja Inggeris (anglofili), langsung tidak tertarik dengan perangai dan akhlak orang British. M a l a h beliau bijak menilai orang Eropah. Kajian terperinci tentang Hikayat Abdullah menunjukkan bahawa Abdullah tidak mudah memberikan pujian. K r i t i k a n Abdullah (sebagaimana pujiannya) terhadap pemerintahan penjajah memfokus pada individu, peristiwa, dan amalan tertentu. Kritikannya tentang pemerintahan jajahan adalah berdasarkan etika. Ia lebih memfokus pada kelemahan sistem dan fungsi penjajahan dari segi etika dan kerohanian. Daripada kritikan ini, pegangan Abdullah sebagai penganut Islam amat dirasai kerana kritikannya tentang perintah penjajah adalah berdasarkan pandangan orang Islam yang dijajah dan terpaksa hidup di bawah undang-undang bukan Islam. Munsyi Abdullah, jika perlu, tidak teragak-agak mengutuk tingkah laku dan perangai melampau orang barat. Sebagai contoh, Abdullah memperhatikan tingkah laku askar dan pelaut British dan beliau tidak teragak-agak menceritakan perangai buruk mereka. Gelagat ganas dan maksiat askar dan pelaut Inggeris diceritakan secara terperinci. Jelaslah kepada Abdullah bahawa standard disiplin yang dikaguminya hanya tercapai melalui hukuman sebat dan tali gantung bagi mereka yang berbuat salah. Abdullah sedar bahawa 'disiplin Inggeris' tidak wujud dengan sendiri tetapi perlu dikuatkuasakan. Pandangan i n i sering dinyatakan dalam Hikayat. Pandangan Abdullah tentang bangsa-bangsa Eropah yang lain juga tidak seindah mana. Orang Belanda dikatakan kedekut dan tidak berakhlak. Kepulangan mereka ke Melaka selepas perang Napoleon bukan kepulangan yang dinanti-nantikan. Beliau menyatakan bahawa mereka mempunyai sistem pentadbiran yang sembarangan, yang tidak cekap, dan menindas. C i r i utama pentadbiran ialah kenaikan cukai 58

Munsyi Abdullah (bhgll) dan duti. Secara umumnya, orang Belanda dikatakan tidak mempunyai kualiti yang boleh dibangga-banggakan. Sistem pentadbiran mereka berbeza daripada sistem pentadbiran British yang menawarkan sistem pentadbiran yang teratur dan berdisiplin kepada orang Melayu. Oleh sebab orang Belanda ramai di Melaka dan kebanyakannya saudagar yang kaya, maka Abdullah berasa begitu sukar untuk menerima kehadiran mereka dan beliau menganggap mereka sebagai parasit dan orang yang terkutuk. Bagi bangsa-bangsa Eropah yang lain, Abdullah lebih berdiskriminasi dan memilih. Setelah meneliti gambaran yang diberikan oleh Abdullah tentang Farquhar dan Raffles, kita dapat melihat bahawa penterjemah dan guru bahasa muda i n i bijak menilai semasa menghuraikan tingkah laku mereka. Melalui Hikayat, kita mengenali mereka dengan lebih rapat dan melalui gambaran i n i kita dapat mempersoalkan kelayakan dan kredibiliti mereka sebagai pemerintah-pentadbir yang moden dan bertamadun, sebagaimana yang dianggap oleh mereka. Perubahan sikap dan gaya hidup yang ditunjukkan oleh Farquhar setelah dinaikkan pangkat menjadi kolonel, menurut catatan Abdullah, adalah yang berikut: Hatta se-telah beberapa lama-nya kemudian dari-pada itu, maka raja Farquhar itu pun bergelar-lah Kolonel Farquhar. Maka ada-lah semenjak ia bergelar Kolonel itu, mak orang puteh menjaga di-bawah ruman-nya itu; maka dahulu supai men-jaga. Setelah dinaikkan pangkat dan status, Farquhar mahu gaya hidupnya ditingkatkan. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk menjadi ketara apabila dia mahu membina 'istana' dan memelihara harimau. Farquhar juga mencuba menangkap dan menjinakkan gajah (mengikut laporan Abdullah, cubaan i n i menjadi bahan jenaka di kalangan penduduk Melaka). Abdullah berkata walaupun Farquhar dinaikkan pangkat, Residen Kolonel merangkap pemburu gajah i n i tidak mampu menangani penyelewengan dan maksiat yang berlaku dalam pentadbirannya. Abdullah banyak bercerita tentang Raffles. H a l i n i tidak menghairankan memandang mereka banyak menghabiskan masa bersama disebabkan tugas. N a m u n begitu, Abdullah tidak mungkin mengetahui semua masalah dan skandal yang dihadapi oleh Raffles, yang merahsiakannya daripada pengetahuan pekerja dan ahli keluarganya.

Di Balik Malaysia Hikayat i n i tidak memberitahu secara mendalam hubungan Raffles dengan pihak berkuasa British yang lain seperti Farquhar (yang tidak disukainya). N a m u n begitu, Abdullah bercerita tentang sifat ego dan sikap suka bermegah yang ada pada mereka berdua. Abdullah memberikan pandangan yang sebenar tentang tingkah laku Raffles. Abdullah menyifatkan Raffles sebagai insan yang sentiasa menerima tekanan daripada orang atasannya serta terpaksa menanggung beban akibat cita-citanya. Huraian Abdullah tentang pertelingkahan antara Raffles dengan Tengku Panglima Besar memberi kita idea tentang pandangannya terhadap penaung yang juga ketuanya i n i . Peristiwa tersebut berlaku sebelum angkatan penyerang British belayar ke Jawa. Raffles telah memanggil Tengku Panglima Besar menghadap. Raffles telah mengarahkan Tengku Panglima Besar menghantar watikah perutusan perundingan kepada Susunan Bantaram. Raffles mendapati bahawa misi tersebut tidak dilaksanakan dengan betul dan watikah tersebut tidak kesampaian. D a r i tempat persembunyiannya di belakang pintu, Abdullah menyaksikan perbalahan yang berlaku antara pegawai Syarikat dan bangsawan Melayu itu. Perbalahan itu memperlihatkan tingkah laku Raffles yang sebenarnya. Abdullah menceritakan betapa marahnya Raffles dan bagaimana Raffles hilang kesabaran di hadapan khalayak ramai. Raffles berasa amat marah apabila beliau mendapati perintahnya tidak dituruti. Beliau mengugut akan menghantar Tengku Panglima Besar ke tali gantung atau mengikatnya d i hadapan mulut meriam dan membedilnya. Abdullah kemudian mendapat tahu mengapa Raffles bersikap sedemikian. Kedatangan Lord M i n t o , iaitu komander angkatan penyerang, telah membuat Raffles menjadi gelabah. Abdullah turut menceritakan bahawa Raffles terpaksa memohon maaf kepada Lord M i n t o kerana tersilap membuat pertimbangan dan betapa malunya Raffles di hadapan Lord M i n t o . Daripada peristiwa i n i dan peristiwa-peristiwa lain, ternyata bahawa Abdullah sedar akan hubungan kompleks antara kuasa dan pihak berkuasa yang menentukan perhubungan antara pentadbir penjajah yang juga ketuanya. Walaupun Raffles merupakan pentadbir dan penggubal undang-undang yang terkemuka, beliau bukan yang utama dan terpenting kerana masih ada ramai lagi pegawai yang lebih tinggi dan lebih penting daripadanya. Huraian yang diberikan oleh Abdullah juga memperlihatkan tingkah laku Raffles yang sering disembunyikan

Munsyi Abdullah (bhg II)

oleh penulis biografi dan propaganda Barat yang amat mengaguminya. Menurut Abdullah, Raffles tidak teragak-agak untuk mengenepikan peraturan dan protokol Melayu jika perlu. Raffles juga sanggup menggunakan kuasa dan kekerasan untuk kepentingan sendiri. Sehubungan dengan itu, tidak wajar Abdullah dikatakan taat membabi buta kepada British. Pengkaji sejarah yang mahu menyembunyikan kelemahan yang ada pada pemerintah seperti Raffles sering memetik beberapa perenggan yang di luar konteks daripada Hikayat Abdullah. Mereka kerap menokok tambah dan bercerita tentang 'betapa kasihnya orang Asia i n i akan ketua Inggerisnya'. N a m u n begitu, apabila diteliti dan dikaji naratifnya dalam Hikayat, ternyata Abdullah bukan sahaja membezakan orang Eropah yang disukainya dengan orang yang dibencinya, beliau juga dapat membezakan unsur 'Kebaratan dan unsur 'Kemodenan yang dibawa orang barat. Walaupun Abdullah berani menceritakan tentang hasil Kemodenan, beliau masih was-was dan sinis terhadap beberapa aspek Kebaratan dan orang barat. Orang British menggunakan kaedah yang moden tetapi menurut Abdullah, kaedah i n i digunakan untuk melemahkan dan menyahstabilkan masyarakat Melayu melalui penggunaan dan penjualan senjata api serta perkara-perkara mudarat yang lain seperti candu. Kuasa Barat telah membawa bersama mereka beberapa alat Kemodenan; misalnya Raffles telah memperkenalkan mikroskop dan Farquhar pula membawa bahan ledakan. N a m u n begitu, kelengkapan ini bukannya hak Barat semata-mata seperti juga koleksi rama-rama, artifak, buku, manuskrip, surat-surat Melayu, dan tumbuh-tumbuhan yang dibawa pulang oleh Raffles untuk dipersembahkan kepada Ratu Inggeris. Setelah sekian lama berkhidmat dengan pentadbir penjajah, Abdullah dapat mempelajari cara mereka serta dapat memahami cara mereka berfikir. Abdullah sedar bahawa untuk membolehkan orang Melayu maju, mereka haruslah menerapkan cara-cara i n i . Masalah yang dihadapi oleh Abdullah adalah untuk meyakinkan orang Melayu dan orang Islam tentang hakikat i n i , dan betapa perlunya mereka mempelajari hal-hal mengenai Kemodenan.

Di Balik Malaysia 2

Pada tahun 1823, Stamford Raffles mengeluarkan suatu ordinan yang menjadi dasar sistem migrasi yang membawa masuk pendatang C i n a ke tanah jajahan. Di bawah sistem i n i , k u l i yang d i a m b i l bekerja dari C h i n a akan diberi tambang untuk pergi ke Negeri-negeri Selat dan Tanah M e l a y u . Setelah tiba di sana, mereka dipaksa bekerja untuk membayar balik hutang dan pinjaman yang d i a m b i l semasa pelayaran mereka. Tempoh m a k s i m u m mereka harus bekerja dengan mandur dan kongsi gelap ialah dua tahun. Tetapi tempoh i n i sering dilanjutkan. Pekerja yang digelar 'anak babi' i n i sering kali dianiayai mandur mereka. M e r e k a didera dan diperlakukan secara kejam. Tempat tinggal orang C i n a di l o m b o n g - l o m b o n g bijih sangat teruk. Sehubungan i t u , kerajaan C h i n a telah mengharamkan ekspot k u l i dari C h i n a serta mencuba menghapuskan kegiatan kongsi gelap dan k u m pulan penjenayah. N a m u n Raffles tidak mempedulikan penganiayaan yang berlaku kepada k u l i C h i n a i n i dan sebaliknya terus menggalakkan mereka berhijrah ke negeri-negeri yang dijajah Inggeris. Di Singapura, kedatangan pendatang dari C h i n a telah meningkatkan populasi negara i t u daripada 10,000 orang pada tahun 1824 kepada 18,000 orang l i m a tahun k e m u d i a n . Pada tahun 1827, orang C i n a merupakan k o m u n i t i yang terbesar di Singapura dan pada tahun 1845, jumlah mereka melebihi separuh penduduk Singapura.

3

Lihat: Lee K a m H i n g ,

The Sultanate of Acheh: Relations with the British 1760-

1824, O x f o r d University Press, Kuala L u m p u r , 1995. 4

Semasa bercerita tentang kedatangan L o r d M i n t o , jelas A b d u l l a h mengagumi sikap sederhana dan rendah d i r i L o r d M i n t o . Beliau terharu dengan tindakan L o r d M i n t o membebaskan mereka"yang dipenjarakan di dalam kurungan bawah tanah yang dibina oleh orang Belanda. Beliau berasa lebih k a g u m apabila L o r d M i n t o mengarahkan kurungan tersebut dirobohkan. Semasa pertemuan sekejap mereka di pejabat Raffles, L o r d M i n t o bercakap dalam bahasa H i n d i dengan A b d u l l a h dan L o r d M i n t o juga meminta A b d u l l a h mempelajari bahasa Inggeris. [lihat: A b d u l l a h , Bab 'Dari Hal Lord Minto

5

Hikayat. J i l i d 1. h l m . 77-83].

Kajian oleh Syed Hussein Alatas merupakan catatan yang paling terkemuka dan kritikal tentang Raffles dan kehidupannya. Lihat: S. H . Alatas, Thomas Stamford Raffles:

Schemer or Reformer?, Angus and Robertson, Australia, 1971, dan The

Myth of the Lazy Native, Frank Cass, L o n d o n , 6

Raffles, Memoir. J i l i d II h l m . 355.

1977.

07

Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir dan Kesulitan Subjek Kolonial Moden (Bahagian III)

Kritikan moden oleh Munsyi Abdullah: Pengetahuan sebagai suatu kuasa Ada-lah sesuatu hairan, lagi terchengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu ini, belum sedar akan diri-nya, ia tinggal dalam bodoh-nya itu... Maka mustahil pada akal, ada-kah orang yang tiada belajar itu boleh menjadipandai sendiri-nya? 1

Munsyi Abdullah Hikayat Abdullah

P

2 F E B R U A R I 1824, The Fame, iaitu kapal yang disewa oleh Stamford Raffles untuk membawanya, isteri keduanya Sophia dan harta bendanya pulang ke England telah terbakar di Bengkahulu, 50 batu dari pantai barat Sumatra. Semua harta bendayang dikumpul oleh Raffles tenggelam dan hilang buat selama-lamanya. Apabila Abdullah mendapat tahu tentang tragedi itu, reaksi beliau adalah seperti yang berikut: ADA MALAM

Dan lagi pula terkenangkan aku seperti perjanjian-nya hendak membuat kitab dari-hal negeri-negeri di-sebelah sini, serta janji-nya hendak me-masokkan nama-ku dalam kitab-kitab itu semua-nya sudah-lah hilang. 2

Jelaslah bahawa M u n s y i Abdullah lebih mementingkan kemasyhuran dan kekayaan dan bukan bimbang akan keselamatan Raffles. Abdullah, hamba dari Asia yang dikatakan taat membabi buta ke-

Di Balik Malaysia

pada penaung-ketua Inggerisnya, memperlihatkan pemikiran yang moden dan individualistik. N a m u n begitu, sekiranya kita memahami hubungan Abdullah dengan Raffles, pihak British, dan dunia Barat yang moden, tentu sekali kita faham mengapa Abdullah kelihatan bersahaja apabila mendapat tahu kapal The Fame tenggelam. Pertama sekali, Abdullah hidup di bawah pemerintahan penjajah moden. Beliau berfungsi dalam persekitaran kapitalisme-penjajah moden. Beliau diambil bekerja sebagai guru bahasa dan penterjemah oleh pegawai Syarikat. Oleh sebab itu, hubungannya dengan ketua penaung secara dasarnya adalah berbentuk kontraktual. Hubungan beliau dengan pihak British adalah secara profesional yang dikawal oleh mekanisme kontrak dan perjanjian undang-undang. Gaya hidup yang profesional dan moden membuat Abdullah menjadi insan yang instrumentalis dan pragmatik. Beliau percaya orang British dapat mengajarnya cara-cara moden untuk membolehkan beliau mencapai matlamatnya. Kerana sikap eklektik dan instrumentalis inilah maka wujud 'hubungan baik' antara Abdullah dengan penjajah British. Suatu episod yang dipetik daripada Hikayat memperkukuh kenyataan i n i . Apabila beliau diberitahu bahawa selepas tamatnya Perang Napoleon, pihak Belanda akan datang semula untuk menjajah negeri Melaka (antara tahun 1816-1824), beginilah reaksi Abdullah: Maka pada masa itu aku pun sangat-lah mashgul hati-ku sebab pada fikiran-ku bahwa sia-sia ada-nya penat-lelah-ku serta usaha-ku sekian lama ini aku pelajari huruf dan bahasa Inggeris itu, maka jikalau tiada Inggeris dalam negeri ini kelak, ke-pada siapa-kah aku hendak menjual dagangan-ku ini?...Apabila aku mendengar akan hal demikian, makin-lah bertambah fikiran-ku; maka terkadang-kadang menyesal-lah pula aku sebab berlajar Inggeris. 3

Kebimbangan Abdullah tidak dapat menjual perkhidmatan mengajar bahasa dan menterjemahnya kepada pelanggan seandainya British tiada, jelas menunjukkan beliau memutuskan untuk belajar bahasa Inggeris kerana kepentingan profesional dan kewangan semata-mata. Sikap instrumentalis terhadap pengetahuan dan pembelajaran merupakan aspek moden yang paling ketara dalam dirinya. Kesediaannya mempelajari dan menterjemah teks mubaligh seperti Kitab Injil menunjukkan sebagai sarjana Islam Peranakan, beliau bersikap profesional dan dapat

Munsyi Abdullah (bhg III) menjauhkan dirinya terpengaruh dengan kandungan teks yang diterjemah olehnya sungguhpun perbuatannya menterjemah Kitab Injil membimbangkan bapa dan kawan-kawannya. Sikap moden seperti inilah yang menunjukkan betapa cintanya Abdullah akan pengetahuan. Baginya, i l m u pengetahuan kunci kejayaan dan kekuasaan. Pengetahuan ialah unsur malar yang tidak diganggu gugat oleh perubahan yang berlaku di dunia sekelilingnya. Berdasarkan kepercayaan bahawa perlu ada asas yang kukuh dan teguh untuk mendapatkan kuasa, maka Abdullah menggunakan unsur-unsur i n i untuk mengkritik masyarakat Melayu. Seperti yang dihuraikan sebelum i n i , kekaguman Abdullah terhadap British bukan berdasarkan rasa kasih yang mendalam terhadap hal-hal kelnggerisan. Beliau masih kekal dengan kepercayaan, sikap, dan harga diri sebagai orang Islam Peranakan yang dibesarkan dengan didikan agama dan budaya. N a m u n begitu, Abdullah juga tertarik pada persekitaran sosiopolitik yang rasional dan teratur yang dibina oleh Syarikat H i n d i a Timur British di Melaka tetapi gagal dilakukan oleh pihak Belanda V . O . C . Abdullah mengutuk gejala rasuah, ketidakcekapan, dan kezaliman pemerintahan Belanda sebagaimana beliau mengecam struktur kuasa dan kesultanan Melayu yang berbentuk feudal. 4

Sejak dari awal hingga pertengahan kurun ke-19, Kesultanan Melayu masih diperintah mengikut norma dan tradisi feudal yang dianggap oleh Abdullah sebagai sudah lapuk dan tidak berakhlak. Dibayangi oleh impian mereka untuk memperoleh semula kuasa dan kegemilangan seperti pada zaman lampau, raja-raja Melayu gagal menyekat kuasa dan pengaruh Barat yang semakin mengancam, serta kuasa dari benua Asia yang berusaha mengukuhkan kedudukan di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, kerajaan Melayu jatuh satu demi satu semasa menentang lawan yang lebih kuat seperti Kerajaan Siam. Semasa proses kemerosotan berlaku, raja-raja Melayu sibuk merebut dinasti mereka dan cubaan masing-masing untuk mendapatkan hak sebagai pewaris tunggal keturunan dinasti Melaka. H a l i n i sudah lama luput daripada ingatan orang ramai dan hanya wujud dalam pelbagai hikayat dan salasilah yang direkodkan oleh khatib dan pegawai istana pelbagai kerajaan kecil di Semenanjung. Di luar kawasan istana, peperangan saudara dan lanun yang mengganas memecahbelahkan struktur sosio-politik dunia Melayu dan seterusnya membantutkan pembangunan orang Melayu. Persekitaran tidak stabil yang diperintah berdasarkan kerenah golongan bangsawan semata-mata i n i tidak 5

Di Balik Malaysia memberikan ruang untuk membentuk masyarakat autonomi yang bebas daripada kuasa dan pengaruh kerajaan. Yang lebih memburukkan keadaan, agama Islam bukan lagi kuasa politik yang dapat mencetuskan tentangan terhadap anti-imperial di kalangan orang Melayu (atau kuasa untuk mengekang pemerintah) apabila ia diletakkan di bawah kawalan dan naungan golongan elit. Semasa hayat Abdullah, satu-satunya kuasa Melayu yang dapat menggabungkan Islam sebagai sebahagian daripada wacana agama dan politiknya ialah kerajaan Bugis di Riau. Walaupun raja Riau ialah penyebar berilmu dan ketua Tarikat Naqshbandiyya (kuasa anti-imperialis utama di sesetengah bahagian dunia Islam, dari Chechnya, Daghestan, India hinggalah China), namun kerana Naqshbandiyya hanya dimonopoli oleh golongan elit, maka ajarannya hanya dianggap ideologi golongan elit yang introvert untuk menanamkan rasa taat di kalangan rakyat sementara kuasa Belanda dan Inggeris menjadi bertambah kuat. 6

Oleh itu, dari sudut pandangan M u n s y i Abdullah yang tinggal berdekatan, iaitu di Melaka dan kemudian di Singapura, maka jelaslah bahawa masalah kerajaan Melayu yang paling ketara ialah kekurangan yang ada pada mereka. Seperti Belanda, negeri Melayu kekurangan sistem undang-undang dan keadilan yang bersistem dan terkawal, dan tidak disalahgunakan. Tentera Melayu pula kekurangan disiplin dan keseragaman yang ada pada pasukan Syarikat H i n d i a Timur. Kerajaan Melayu kekurangan budaya impersonal dalam keprofesionalan birokratik dan meritokrasi yang membolehkan pekerja yang bagus dan berkaliber dinaikkan pangkat. Paling menyedihkan, masyarakat Melayu kekurangan pengetahuan dan kesedaran tentang kelemahan yang ada pada diri mereka. Kekurangan pengetahuan itu adalah kerana mereka jahil tentang pengetahuan moden dan ajaran Islam. Kekurangan ini juga menyebabkan orang Melayu mundur, ketinggalan, dan tidak membangun selaras dengan bangsa-bangsa lain di dunia i n i . Untuk mencuba memperbaiki keadaan i n i , Abdullah memberikan beberapa pedoman dalam bukunya Kisah Pelayaran Abdullah jilid kedua. Buku i n i banyak mengkritik masyarakat Melayu dan fokus utamanya ialah kelemahan raja-raja Melayu. Kritikan Abdullah bertujuan untuk mendedahkan kelemahan raja-raja Melayu dari segi kekurangan mereka berbanding dengan pemerintahan di negeri-negeri yang dijajah. Dari segi kriteria Kemodenan dan ajaran Islam, Abdullah mendapati banyak kelemahan pada raja-raja Melayu. Abdullah mendapati pentadbiran dan pemerintahan raja-raja

Munsyi Abdullah (bhg III) Melayu dalam keadaaan kucar-kacir dan menyeleweng sama seperti ketika Melaka diperintah oleh Belanda. Dalam Hikayat, Abdullah menceritakan nepotisme, rasuah, sikap p i l i h kasih, dan komplot jahat sudah berleluasa di kalangan raja Melayu. Seperti pemerintah Belanda, raja-raja Melayu tidak menghiraukan dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh rakyat mereka. Undang-undang kerajaan Melayu bersifat sembarangan sehingga boleh dikatakan peraturan tidak wujud langsung: ... hukuman atau perentah yang di-letakkan-nya atas rakyatnya itu semata-mata dengan hawa nafsu-nya sahaja, seperti orang yang di-kasehi-nya di-rengankan-nya, dan orang yang di-benci-nya di-beratkan-nya; dan lagi kalau bagaimana jahat atau aniaya anak-nya atau keluarga-nya atas rakyat-nya dan negeri-nya, di-biarkan-nya dan di-sembunyi-kan-nya. 7

Daripada pelayaran ke negeri-negeri di pantai T i m u r iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, Abdullah bercerita tentang kerajaan Melayu yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman menerusi bukunya berjudul Kisah Pelayaran. Beliau mendapati tidak ada langsung hubungan antara negeri tersebut dan keadaan menjadi bertambah buruk dengan tiadanya pemerintahan yang rasional dan terkawal. Negeri-negeri Melayu ini sedang berdepan dengan perang saudara serta konflik. Keadaan menjadi bertambah buruk dengan adanya pahlawan bersenjata dan pembunuh upahan yang d i p i m p i n oleh ketua yang mahu menonjolkan diri masing-masing. Jelaslah kepada Abdullah bahawa persengketaan dan pentadbiran yang lemah telah menyebabkan pembangunan ekonomi dan kemakmuran tidak dapat berkembang. Di Pantai Timur, ketiadaan aktiviti pasaran dan perdagangan menjadi bertambah parah akibat perdagangan yang terpesong. Barangan berharga seperti emas dan timah ditukarkan dengan candu dan senjata api. (Walaubagaimanapun, Abdullah sedar peranan orang Barat yang mengakibatkan hubungan perdagangan yang tidak saksama i n i : menurut beliau, pihak British memonopoli perdagangan candu dan menjualnya kepada orang Melayu. Akibatnya masyarakat Melayu menjadi porak-peranda.) Kelemahan pentadbiran kerajaan Melayu hanya satu daripada banyak perkara yang membimbangkan Abdullah. Perkara yang paling membimbangkan beliau ialah kesan gejala-gejala i n i terhadap moral

Di Balik Malaysia

dan kehidupan sosial orang Melayu. Abdullah juga bimbang kerana raja-raja tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemerintah Islam dengan baik. Beliau menyelar tingkah laku raja-raja i n i . Beliau sering memperkatakan maksiat dan perbuatan melampau yang dilakukan oleh raja-raja seperti yang tertulis dalam perenggan berikut: Apabila Raja-Raja itu menghendaki baik anak-anak perempuan atau barang suatu benda rakyat-nya, di-ambil-nya sahaja dengan tiada menjadi sa-suatu kesusahan atau takut kepada A l l a h ' . . . 'Jikalau anak (Raja) itu lagi kechil, di-carikan-nya anak-anak perempuan yang kechil menjadi kawan-nya bermain, dan tatkala sudah besar anak (Raja) itu di-sediakan-nya gundek, dan di-beri-nya keris akan dia, maka orang-orang negeri pun memberi hormat dan takut akan-nya sebab anak Raja, maka barang kehendak-nya di-perbuat-nya-lah ke-atas rakyat, maka sekalian rakyat itu pun tiada-lah menegah-nya. Maka bapa-nya itu pun melawan anak-nya bermain judi dan menyabong; maka ia tiada wang, di-berinya wang.. .' 8

Keruntuhan akhlak i n i juga berlaku kepada rakyat jelata. Abdullah memberikan gambaran yang terperinci tentang kehidupan di istana Kesultanan Melayu semasa kuasa Melayu sedang mengalami keruntuhan akhlak dan fizikal dalam bukunya Hikayat dan Kisah Pelayaran. Gambarannya tentang kerosakan akhlak di kalangan rakyat diperjelas dengan gambarannya tentang maksiat yang dilakukan oleh mereka seperti pelacuran, perjudian, penagihan candu dan arak. Abdullah sentiasa mengaitkan keruntuhan akhlak rakyat dengan keadaan politik yang berpecah belah. Kedua-duanya saling berkait dan tidak dapat dipisahkan. Rumusan yang dibuat oleh beliau adalah keras dan berterus-terang. Ternyata bahawa raja-raja Melayu gagal memperlihatkan imej mereka sebagai Khalifah Umat. Kegagalan i n i menjadi punca kemusnahan mereka, rakyat, dan Kerajaan Melayu secara keseluruhan: Ada pun di-jadikan Allah Raja-Raja itu sebab hendak memeliharakan segala manusia, dan menyuroh-kan ia berbuat baik, dan melarang-kan ia berbuat jahat; maka jikalau Raja-Raja atau anak-anak Raja itu juga membuat jahat dan membinasakan manusia, apa-lah kelak kesudahan-nya? Bukan-kah kebinasaan

Munsyi Abdullah (bhg III) dan chelaka itu datang ke'atas Raja itu dan ke'atas negeri-nya dan rakyat-nya? 9

Kritikan yang sama dibuat oleh Abdullah dalam Kisah Pelayaran apabila beliau menceritakan kali terakhir beliau berjumpa dengan seorang bangsawan bernama Tengku Temena. Sebelum berangkat pulang ke Singapura, Abdullah menasihati bangsawan malang itu dengan katakata berikut yang turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada raja-raja yang lain: 10

Ingat-ingat Tengku, lagi akan di-tanya Allah ta'ala pada hari kemudian akan segala hal rakyat itu kepada Raja-nya... Maka jangan-lah Tengku kira orang yang menjadi Raja itu terlebeh besar dan terlebeh mulia daripada rakyat-nya; melainkan orang yang terkechil lagi hina ada-nya, ia-itu hamba segala hamba Allah. Ada pun apabila sa-orang di-jadikan Allah ia Raja, bukannya sebab hendak memuas-kan nafsu-nya... melainkan sebab di-suroh Allah memeliharakan manusia, supaya tiada di-aniayai oleh sa-orang'. 11

Sebagai tanda perpisahan, beliau menghadiahkan sebuah buku teks dari abad ke-17 tentang Islam yang ditulis oleh Bukara al-Jauhari berjudul Taj-us Salatin. B u k u itu adalah sebagai panduan kepada raja-raja yang mengajar mereka perilaku seseorang pemimpin Islam. Menurut pandangan Abdullah, pentadbiran sultan dan raja Melayu yang berdasarkan politik dan agama tidak mencukupi dan tidak sah dari sudut Kemodenan dan Islam. Mereka bukan pemerintah-pentadbir moden yang berupaya membawa orang Melayu ke zaman moden ataupun Khalifah al-Mu'minin dan insanu'l-kamil yang berhak memerintah umat Islam. Sebaliknya, disebabkan oleh sikap mereka yang suka bermegah-megah, mengamalkan cara hidup yang tidak senonoh dan tidak berakhlak, mereka menjadi penghalang utama kepada kemajuan orang Melayu. Mereka merupakan golongan yang paling banyak melanggar h u k u m - h u k u m Islam. Gejala buruk yang berlaku di kalangan bangsawan seterusnya menular kepada rakyat jelata sehingga ia menjadi sesuatu yang l u m rah: ... ia'itu sebab dhalim dan aniaya perentah Raja-Raja, berlebehlebehan di-atas segala rakyat-nya, sa-hingga hati rakyat-nya itu menjadi sa'umpama tanah yang tiada berbaja lagi, maka

Di Balik Malaysia

sebab itu-lah tiada boleh bertumboh barang suatu pekerjaan, atau pengajaran, atau ilmu, atau kepandaian yang baik dalamnya. 12

Orang Melayu yang merana akibat ditindas oleh raja-raja mereka, turut menjadi mangsa akibat budaya, sikap berserah dan taat yang membabi buta kepada Kerajaan. Justeru itu, mereka tidak mendapat peluang untuk maju dan sebaliknya mereka dikongkong oleh adat resam dan amalan mereka: ... segala rakyat yang dalam negeri itu, masing-masing kedudokan-nya itu seperti abdi juga ada-nya, sebab segala mereka itu menurut adat yang jahat-jahat dan bodoh itu. Maka jikalau sa-kali pun ia hendak melepaskan adat-adat itu, tidak berani ia. 13

Disebabkan mereka tidak terdaya keluar daripada persekitaran yang tidak berubah-ubah i n i , orang Melayu hanya berdiam diri dan menunggu akan kemunculan seorang raja yang mampu memerintah dengan betul dan adil serta menaikkan semangat mereka serta membangkitkan semula Agama dan Kerajaan mereka. N a m u n begitu, Abdullah sedar hal sedemikian tidak mungkin berlaku akibat kelemahan dan sikap tidak peduli di kalangan raja. Abdullah merupakan orang pertama yang melihat secara komprehensif dan menyeluruh dilema yang dihadapi oleh orang Melayu. Abdullah sering mengecam adat resam dan amalan feudal Kerajaan yang dikuatkuasakan dalam bentuk pemerintahan k u k u besi yang terpaksa dilalui oleh rakyat. Ini jelas menunjukkan Abdullah sememangnya peka terhadap masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Abdullah telah mencuba beberapa kali untuk mendidik dan merubah sikap masyarakat di sekelilingnya. Beliau mencuba memujuk raja-raja Melayu untuk membuat perubahan serta bercerita tentang pentingnya i l m u pengetahuan. O l e h yang demikian i n i merupakan percubaan pertama yang dilakukan oleh bangsa Melayu yang bukan daripada golongan elit untuk mencabar dan memperbaiki keadaan bangsanya. Keberanian Abdullah mengatakan i l m u pengetahuan merupakan alat penting untuk bebas dan merdeka menunjukkan wujudnya gelombang pemikiran baharu yang tidak pernah berlaku sebelum zamannya. Walaupun usaha menimba i l m u pengetahuan

Munsyi Abdullah (bhg III) sememangnya suatu amalan yang mulia, namun pada zaman kapitalisme-penjajahan moden, Abdullah melihat i l m u pengetahuan sebagai alat moden untuk memperkasakan ekonomi, sosial, dan politik. Inilah yang disedari oleh Abdullah semasa bekerja dengan syarikat penjajah yang kapitalis itu. Beliau mahu berkongsi penemuan i n i dengan yang lain-lain. Malang sekali, pemikirannya agak terkehadapan dan melampaui tahap pemikiran zamannya.

Pemikiran yang terkehadapan dan melampaui zamannya: Munsyi Abdullah yang protoradikal Munsyi Abdullah benar-benar subjek kolonial moden. Justifikasi bagi kenyataan tersebut adalah seperti yang berikut: Pertama, Abdullah hidup dalam era moden semasa 'dunia baharu sedang dibentuk. Kisahnya jelas menunjukkan beliau amat kagum dengan pencapaian cemerlang disebabkan oleh arus kemodenan, yang dilihatnya di sekitar negeri-negeri yang dijajah kod undang-undang dan peraturan moden yang bukan bersifat peribadi dan dikuatkuasakan oleh personel birokratik di segenap pelosok dunia berdasarkan suatu sistem undang-undang. Tentera moden boleh dikerahkan ke serata benua tetapi masih mengekalkan kesatuan dan disiplin mereka. Sistem perdagangan dan komunikasi moden dapat menyatukan barangan dan perkhidmatan dari serata dunia dan menukarkan nilai barangan tersebut dengan menggunakan satu mata wang. Teknologi moden pula dapat membina dan memusnahkan sejarah yang berkurun-kurun usianya dalam tempoh beberapa saat sahaja. N a m u n begitu, Abdullah sedar pemerintah 'moden yang dikaguminya itu juga merupakan agen kuasa penjajah asing. Beliau tidak sepatutnya dikatakan 'minda yang terperangkap dalam dunia penjajahan seperti yang didakwa oleh sesetengah cerdik pandai. Sekiranya karya-karyanya diteliti, maka kita akan mendapati Abdullah sedar akan kelemahan orang Eropah walaupun mindanya ialah minda kritikal yang dimiliki oleh seorang rakyat yang hidup di bawah penjajahan yang terbatas dan menjemukan. Abdullah sama sekali tidak menolak dakwaan dan pencapaian kemodenan dan pemodenan. Beliau melihat kemodenan dan pemodenan sebagai alat dan kuasa yang boleh digunakan untuk membantu orang Melayu menjadi bertambah maju dan makmur pada zaman yang sedang pesat berubah itu. 71

Di Balik Malaysia Kedua, Abdullah ialah rakyat yang dijajah. Beliau sedar beliau adalah seorang rakyat yang beragama Islam dan berbangsa Melayu, yang tinggal di persekitaran yang diperintah dan dijajah oleh orang Barat yang bukan beragama Islam. Kesedaran i n i beberapa kali dinyatakan dalam kisah-kisahnya. Beliau hidup di dunia yang agama Islam bukan lagi kuasa yang kuat dan dunia Islam semakin lemah dan tunduk kepada kuasa penjajah Barat yang semakin menular. Dalam kisahnya, Abdullah sering kali mengutuk tingkah laku orang Eropah. Ini menunjukkan walaupun Abdullah kagum dengan pencapaian Eropah moden, beliau tidak selalunya tertarik pada peribadi orang Eropah. Sungguhpun beliau mengkagumi pentadbir-pentadbir British kerana memiliki keupayaan moden, beliau enggan belajar dan menjadi moden mengikut cara hidup mereka yang sekular. A k h i r sekali, Abdullah ialah rakyat Islam yang moden mengkritik ketidakadilan dunianya dari kaca mata Islam. Beliau melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat yang dijajah pada zamannya secara moden dan bersesuaian dengan tuntutan Islam. Perbezaan utama antara gagas an reformasi Abdullah dengan gagas an ahli reformasi Islam pada kurun ke-17, seperti Imam Bukhara al-Jauhari dan Sheikh Nuruddin al-Raniri, ialah sikap Abdullah yang amat peka dan mengambil berat tentang bangsanya. Bukhara dan Sheikh N u r u d d i n lebih memberikan tumpuan untuk membersihkan orang Melayu Islam daripada unsurunsur heterodoks dan bidaah, manakala Abdullah lebih mementingkan kemandirian Islam dan orang Islam. Berdasarkan suasana hidupnya dalam rangka sosio-politik tanah jajahan kuasa asing pada kurun ke-19 setelah runtuhnya kegemilangan Kerajaan Melaka, Abdullah sedar dan amat memahami betapa besarnya masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Abdullah melihat masalah tersebut berlaku akibat ketiadaan kuasa. Bagi beliau, sebab utama mengapa orang Melayu tidak terurus, tidak berdisiplin, tiada undang-undang dan ekonomi yang tersusun, serta budaya politik yang mantap adalah kerana mereka umat Islam yang tidak berakhlak dan berakidah. Oleh itu kritikan Abdullah boleh dianggap sebagai kritikan etika. Beliau melihat suasana ketiadaan kuasa i n i sebagai keadaan yang akan menjana suatu kitaran kemerosotan dan keruntuhan akhlak. Kritikannya bersifat deskriptif dan preskriptif. Sikapnya terhadap Kemodenan sangat pragmatik. Beliau melihat Kemodenan sebagai alat yang dapat mencapai dan merealisasikan matlamat. Abdullah mahu orang Melayu 72

Munsyi Abdullah (bhg III) mempelajari Kemodenan supaya mereka dapat maju dan membangunkan diri mereka sebagai umat Islam yang yakin dan progresif. Dari segi i n i , terbukti M u n s y i Abdullah merupakan orang Islam Peranakan yang sedia menerima kebaikan-kebaikan yang terdapat pada Kemodenan. Keupayaan beliau untuk berfikir secara M o d e n dan secara Islam sememangnya berevolusi dan mendahului zamannya kerana pada zaman itu, seperti yang dldakwa oleh pendakyah penjajah dan tradisionalis Melayu, kedua-duanya tidak boleh berjalan seiringan. Berbeza daripada pergerakan-pergerakan Islam yang lain pada waktu itu (seperti pergerakan Padri yang dipengaruhi oleh fahaman Wahabi di Minangkabau dalam tahun 1821-1838), beliau tidak menolak kemodenan duniawi yang sekular tetapi menganggapnya sebagai sesuatu yang berguna dalam perjuangan orang Islam untuk mereformasikan masyarakat mereka. O l e h itu kritikan Abdullah yang bersifat moden tentang keadaan orang Melayu merupakan 'kritikan yang paling lantang pada masa i t u ' (Chandra, 1979). Kebimbangan yang disuarakan oleh Abdullah sangat radikal sehingga gagasan awalnya telah diperkembangkan oleh ahli fikir Islam terulung dari negara-negara lain seperti Jamaladdin al-Afghani dan M u h a m m a d Iqbal pada akhir kurun ke-19. Walau bagaimanapun, dalam dunia Melayu yang begitu mencabar pada pertengahan kurun ke-19, suara Abdullah tidak kedengaran. Hingar-bingar akibat kemusnahan kota Melaka telah menenggelamkan bangkangan orang Melayu yang semakin merasai kesan peminggiran politik dan ekonomi oleh British dan masyarakat pendatang. Dari kurun ke-16 hingga kurun ke-18, orang Melayu masih belum bangkit daripada konflik persaudaraan yang dialami oleh mereka. Seperti kata Watson dan Andaya, 'peralihan kepada perubahan persekitaran politik dan ekonomi pada kurun ke-19 memerlukan masa. Malangnya, inilah satu-satunya yang tidak akan diberikan oleh imperialisme Barat'. Hanya setelah hampir sekurun berlalu dan menjelangnya kurun ke20, barulah kebanyakan orang Melayu mula sedar akan amaran yang disuarakan oleh Abdullah itu. 14

Di Balik Malaysia Nota Akhir 1

A b d u l l a h , Hikayat. J i l . 1. h l m . 36.

2

A b d u l l a h , Hikayat. J i l . 1. h l m . 207.

3

A b d u l l a h , Hikayat. J i l 1. h l m . 133-134.

4

Hikayat Abdullah menceritakan keganasan orang Belanda terhadap rakyat Melaka di bawah jajahan mereka. Semasa hayatnya, A b d u l l a h m u n g k i n sedar tentang keganasan orang Belanda di tanah jajahan mereka di H i n d i a T i m u r Belanda. O r a n g Belanda sentiasa bertelagah dengan orang I n d o - M e l a y u di Sana. Belanda terlibat dalam Peperangan Padri dengan orang M i n a n g k a b a u (tahun 1821-1838) dan kemudian menghadapi pemberontakan Pangeran Diponogero secara besarbesar dalam Peperangan di Jawa (tahun 1825-1830). Peperangan i n i dan perang yang berlarutan seperti Perang A c e h (tahun 1873-1912), adalah antara ciri penting pemerintahan Belanda d i H i n d i a T i m u r .

5

Satu contoh konflik antara kerajaan ialah perbahasan tentang Tuhfat al-Nafis tulisan Raja A l i H a j i yang disiapkan di Johor R i a u pada tahun 1860-an. Tuhfat mengisahkan sejarah penempatan Bugis di Selatan Tanah M e l a y u iaitu di JohorR i a u dan tentang dakwaan orang Bugis bahawa mereka ialah pewaris dinasti M e l a k a yang sebenarnya. Tuhfat d i k r i t i k dan dibahaskan sehingga k u r u n ke-20, lama selepas b u k u i n i siap ditulis. Versi Tuhfat yang diterbitkan di Terengganu dikarang oleh H a j i A b d u l Rahman, i m a m K u a l a Terengganu dan khatib kepada Sultan Zainal A b i d i n III (r. 1881-1918). Semakan utama versi Terengganu adalah dari segi salasilah yang terdapat dalam lampiran. Salasilah tersebut menyatakan keluarga Sultan Z a i n a l A b i d i n ialah pewaris sebenar tahta kerajaan M e l a k a dan mereka mendakwa d i r i mereka daripada keturunan empayar M e l a y u Sriwijaya dan Palembang yang awal (hlm xxviii). Jelaslah bahawa tujuan utama Tuhfat yang diterbitkan di Terengganu adalah u n t u k membuat tuntutan bahawa tahta kerajaan Terengganu merupakan kesultanan M e l a y u yang paling awal di Tanah M e l a y u dan Sultan Z a i n a l A b i d i n sendiri beria-ria mendakwa sedemikian. [Lihat Tuhfat al-Nafis, Naskah Terengganu. Diterbitkan oleh H o u s e of Tengku Ismail, Kuala Terengganu, 1991.]

6

Kajian A b u Hassan Sham tentang Tarikat Naqshbandiyya di R i a u menjelaskan bagaimana tarikat i n i digunakan oleh Kerajaan R i a u u n t u k menaikkan imej mereka sebagai Kesultanan Islam dan untuk mengukuhkan c i r i - c i r i Islam yang ada pada rajanya. Beberapa orang t o k o h Islam pada zaman i t u seperti Yang D i pertuan M u d a A l i (r. 1845-57) dan Raja A l i H a j i (pengarang Tuhfat al-Nafis) merupakan p e m i m p i n Islam yang terulung, jujur, dan d i h o r m a t i rakyat (hlm. 8081). N a m u n begitu, ada sebilangan raja yang menggunakan adat dan peraturan yang terdapat di Naqshbandiyya semata-mata untuk kepentingan p o l i t i k mereka. [Lihat: A b u Hassan Sham, Tariqat Naqsyabandiyyah dan peranannya dalam Kerajaan Melayu Riau sehingga awal abad Ke-20, d l m . Tamadun Islam di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.]

Munsyi Abdullah (bhg III) 7

Abdullah, Hikayat. Jil. II, hlm. 345.

8

Abdullah, Hikayat. Jil. II, hlm. 345.

9

Abdullah, Hikayat. Jil. II, hlm. 347.

10 Tengku Temena menjadi pengiring Abdullah semasa lawatannya ke Kelantan. Selepas pelayaran dan misi Abdullah tamat, Abdullah mendapat tahu Tengku Temena ketagih candu. Tubuhnya kurus kering dan kesihatannya terjejas. Gambaran yang diberikan oleh Abdullah tentang saat-saat terakhir beliau berjumpa dengan Tengku Temena merupakan episod yang paling menyayat hati dalam Kisah Pelayaran. Episod tersebut mengisahkan Tengku Temena bangsawan muda yang musnah masa depannya akibat kelemahan dirinya dan masyarakatnya yang tidak berakhlak. 11 Abdullah, Kisah Pelayaran, hlm. 87- 8 8. 12 Abdullah, Hikayat, Jil. II, hlm. 344. 13 Abdullah, Kisah Pelayaran, hlm. 31. 14 Watson dan Andaya, hlm. 113.

7*?

Kasihan Keris yang Malang: Suatu Lambang Sejagat Menjadi Alat Politik Perkauman

"Elle est belle, elle est tres feminine." (Ia begitu ayu, ia sungguh mempersonakan)

S

I N G A T kata-kata rakan saya bernama Nadia tatkala saya menunjukkan sebilah keris kepadanya sambil kami dudukduduk di serambi rumah kayu seorang sahabat di Kampung Bacok, Kelantan. Menurutnya, keris itu cantik, anggun, dan menawan. Saya tidak terkejut. Ini bukan kali pertama saya mendengar keris digambarkan sebagai suatu objek yang menawan; sesungguhnya kebanyakan kawan Eropah saya juga mempunyai pendapat yang sama. Pendapat mereka memang wajar: Malah bagi orang yang meminati keris sekalipun, keris merupakan objek yang cantik—daya tarikannya terletak pada bentuknya yang meruncing, berkelok-kelok, nampak mudah patah, dan semakin hebat jika sudah dimakan usia. AYA M A S I H

Tetapi anehnya, senjata lambang kebesaran penduduk Nusantara kini telah melahirkan alter ego yang menyimpang daripada sejarah dan tujuannya. A p a yang pada suatu ketika dahulu merupakan objek yang diagung-agungkan dan disanjung tinggi k i n i sudah hilang nilainya dan kini tinggal sebagai lambang sifat eksklusif etnonasionalis, objek yang melambangkan kelelakian dan lambang perkauman. Kasihan keris yang malang. Objek yang begitu hebat sewajarnya diperlakukan dengan baik dan bukan dicemari kerana tujuan yang keji dan hina.

Keris yang indah: Bukan lambang kelelakian Seperti kebanyakan pergerakan berhaluan kanan yang lain, anggota parti serta pemimpinnya akan mencari suatu objek yang boleh dijadi-

Kasihan Keris yang Malang kan lambang kuasa mereka. Bahawa keris dilihat dari segi politik dan ideologi, sebagai lambang kelelakian suatu bangsa bukanlah sesuatu yang luar biasa atau yang di luar jangkaan. Lihatlah di sekeliling kita. Boleh dikatakan semua pertubuhan berhaluan kanan menggunakan senjata untuk menggambarkan tujuan para pemimpin lelaki yang mahu menghebahkan hasrat dan matlamat politiknya melalui sesuatu objek. Pertubuhan berhaluan kanan (terutamanya yang bersifat militaris) memilih pelbagai jenis senjata untuk melambangkan kuasa kelelakian: Senapang (terutamanya Kalashnikov), roket, peluru, pedang, kapak, tukul, tombak, panah, damak, dan lain-lain lagi telah menghiasi perisai dan panji-panji kebanyakan pergerakan nasionalis berhaluan kanan. Justeru menggunakan keris sebagai lambang kuasa lelaki sememangnya dijangkakan, meskipun pada mulanya keris disangka berfiingsi sebagai senjata semata-mata. K i t a telah memperkatakan keris pertama-tamanya ialah objek keagamaan dan menjadi lambang jati diri agama-budaya. Asal usulnya bermula sejak zaman Hindu-Buddhisme di AsiaTenggara semasa penganut agama i n i juga menggunakan senjatasenjata lain. M a l a h amat sedikit bukti yang ada yang menyatakan keris digunakan sebagai senjata perang. Penduduk Nusantara mempunyai senjata lain untuk bunuh-membunuh, misalnya pedang, kapak, parang, dan tombak. Menjelang abad ke-18 dengan datangnya teknologi senjata yang baru dari India, Arab, dan Eropah, orang Asia Tenggara mula menggunakan senapang lantak dan kemudian senjata api dan meriam. 1

2

Keris merupakan objek adat istiadat dan pada mulanya ia dibuat oleh tukang-tukang Brahmin yang merahsiakan i l m u dan kemahiran mereka dalam kerja logam dan membuat keris. Keris bukan dijadikan senjata untuk rakyat jelata, tetapi dijadikan lambang agama dan budaya; kerana itulah maka terdapat begitu banyak acara dan upacara esoterik yang menjaga rahsia alat pemujaan i n i . Salah satu aspek esoterik riwayat keris ialah kaitannya yang rapat dengan falsafah dan amalan fahaman Tantraisme, iaitu suatu sistem fahaman dan kosmologi kuno pra-Vedanta yang wujud sebelum ajaran Aryan Vedanta yang kemudian berkembang dan dikenali sebagai H i n duisme. K i n i Tantraisme dianggap salah satu agama dan falsafah dunia yang terawal, dan amat disenangi khususnya oleh feminis kerana pandangannya terhadap Wanita sebagai punca pewujudan. Dalam rencana seperti i n i , huraian tentang pengaruh Tantraisme terhadap keris tidak mungkin dapat diberikan secara terperinci, memadailah dikatakan di 77

Di Balik Malaysia sini bahawa aspek tantrik pada keris dan riwayat keris dapat dilihat pada perlambangan yang ada padanya. Haruslah diingat bahawa keris merupakan objek bersepadu yang terdiri daripada dua bahagian: mata keris dan sarung. Gandingan kedua-dua bahagian tersebut (keris ditusuk masuk ke sarungnya) dapat disamakan dengan perlakuan bersetubuh. Keris yang menegak diibaratkan alat kelamin lelaki yang menusuk (linggam), manakala sarungnya diibaratkan objek yang ditusuk (yoni). N a m u n , tafsiran dari segi Tantraisme memberikan interpretasi yang sebaliknya dengan mendakwa bahawa kuasa kelelakian mata keris dibaluti dan dengan itu terbendung di dalam sarungnya yang melambangkan rongga wanita yang suci; dengan yang demikian melahirkan suatu keseimbangan dan kesejahteraan, apabila kewanitaan mengurung, merangkum, dan membendung kelelakian. Akhirnya, keharmonian sejagat akan tercapai apabila kuasa kelelakian yang hebat (dan berbahaya) dapat dijinakkan oleh kuasa kewanitaan. (Pencinta kaum wanita mungkin faham apa yang saya maksudkan, tetapi saya tidak berhasrat untuk menyimpang...) Oleh itu keris yang terdiri daripada mata dan sarungnya i n i , pada hakikatnya ialah objek yang bersifat feminis dengan aspek kewanitaannya yang menonjol dan aspek kelelakiannya yang tersembunyi. Beginilah sifat keris yang seharusnya diperlihatkan dan dipersembahkan: sentiasa bersarung dan tidak boleh dihunuskan di khalayak ramai. Pernah semasa saya mewawancara seorang peminat keris yang handal dari Jawa, saya diberitahu bahawa "seorang pencinta keris yang sejati akan sentiasa menyimpan kerisnya di dalam sarung. D i a tidak akan membiarkan kerisnya tanpa sarung, atau memperaga mata kerisnya di khalayak ramai." Kenapa, saya bertanya kepada Obi-Wan, lelaki tua yang mahir tentang keris; "Itu baru yang sopan Mas Farish, hanya goblok kasar yang telanjangkan kerisnya. Sanggupkan kamu membiarkan anak perempuan kamu telanjang di khalayak ramai? Kalau kamu sayang akan keris kamu, kamu akan memastikan ia sentiasa memakai 'baju' atau 'tertutup'. Sebab itulah pelindungnya dinamai sarung. Seperti sarung, ia hendaklah sentiasa dipakai untuk menghormati martabatnya dan supaya keris kelihatan sopan." Bagi penduduk Asia Tenggara yang berbudaya pada masa lalu seperti orang Jawa, seni memakai keris sama pentingnya dengan keris. Menghunus keris adalah perbuatan yang menghina masyarakat, keris, dan juga pemiliknya. Ia tindakan yang kasar, biadab, dan tidak beradat. Tetapi cuba kata begitu kepada orang yang menghunus kerisnya

Kasihan Keris yang Malang

di khalayak ramai sebaik sahaja kamera dihalakan ke arahnya. Dengan mencabut keris dari sarungnya, seseorang itu seolah-olah merendahkan martabat wanita. Di sinilah terletaknya lambang kelelakian perlakuan ini. Dengan satu gerak isyarat, objek yang menjadi lambang kewanitaan dan kecantikan yang disanjung selama i n i bertukar menjadi objek kelelakian yang melambangkan kuasa, pencerobohan, dan keganasan. Maka bermulalah ketidakakuran yang pertama terhadap keris, yang seterusnya diikuti oleh ketidakakuran-ketidakakuran yang l a i n . . .

Keris sejagat: Bukan lambang perkauman Ketidakakuran pertama terhadap keris terletak pada penyelewengan gendernya, daripada objek feminin menjadi objek maskulin. Ketidakakuran kedua berlaku apabila ia bertukar daripada objek sejagat menjadi objek khusus, dan seterusnya menjadi lambang jati diri sesuatu kaum-etnik. K i n i keris dianggap oleh sesetengah pihak sebagai lambang kuasa dan jati diri Melayu yang eksklusif. Berlatarkan negara Malaysia di mana politik perkauman telah menjadi sesuatu yang normal, keris kini dijadikan alat yang memisahkan orang Melayu daripada 'kaum-kaum' lain. Tetapi, benarkah keris m i l i k bangsa Melayu? Seperti yang dinyatakan sebelum i n i , asal usul keris Nusantara dapat ditelusuri sejak era H i n d u - B u d d h a semasa penduduk rantau ini terdiri daripada penganut H i n d u - B u d d h a . Justeru, sejak dari awal lagi keris mengandungi unsur-unsur yang berkait rapat dengan India dan benua kecil India. Ini menjadikan keris satu objek pan-Asia yang bukan berasal dari satu tempat atau satu sumber. Sebenarnya ia merupakan objek antara budaya yang merentasi pelbagai sempadan budaya dan geografi. Selain itu, jika ditelusuri keris juga mempunyai pengaruh falsafah dan amalan Tantra, H i n d u , dan Buddhisme, yang kadangkala begitu ketara pada sesetengah bentuk dan gaya keris. Harus diingat bahawa keris bukan objek homogenus, tetapi sebagai lambang yang membawa maksud berbeza mengikut keadaan tempatan. Pengumpul atau peminat keris yang sejati tahu bahawa keris Patani dan keris Jawa jauh berbeza dan bahawa terdapat beratus-ratus jenis keris. Antaranya keris panjang Sumatera Utara dan Minangkabau, keris sundang seperti pedang yang berasal dari Filipina Selatan (Mindanao

Di Balik Malaysia

dan Sulu). Di Semenanjung Tanah Melayu, terdapat banyak jenis keris; antaranya keris T i m u r Laut Patani, keris Kelantan, keris Terengganu, keris pantai Barat yang diilhamkan dari Sumatera, keris Johor yang diilhamkan daripada orang Bugis. Jika keris menjadi lambang 'bangsa Melayu,' maka mengapa terdapat begitu banyak jenis keris? Jawapan yang jelas bagi persoalan i n i adalah bahawa sebelum wujudnya pembahagian 'bangsa' yang berbeza-beza di Asia ciptaan penjajah, penduduk di rantau ini tidak menganggap diri mereka berasal daripada kaum atau bangsa tertentu. Pada waktu itu tidak wujud istilah 'bangsa Melayu' ('bangsa Cina', 'bangsa India', atau apa-apa sekalipun) sebelum penjajah Barat datang dan memecahbelahkan kita. Tidak ada satu pun hikayat yang ditulis sebelum abad ke-19 yang menggunakan konsep bangsa atau kaum atau menggelar orang Semenanjung sebagai 'bangsa Melayu'. Pada zaman i n i , adanya keris yang berbagai-bagai jenis mencerminkan kepelbagaian jati diri penduduk rantau i n i . Keris Kelantan wujud kerana ada orang Kelantan; keris Patani wujud kerana ada orang Patani. Tetapi tidak ada 'keris Melayu' kerana tidak ada 'orang Melayu': sehinggalah penjajah British datang dan melabel kita sedemikian... K i n i , sayang sekali objek yang menjadi lambang kemegahan serantau bertukar menjadi lambang jati diri suatu kaum atau bangsa. Keris merupakan objek sejagat kerana ia dikaitkan dengan falsafah Tantrisme, Hinduisme, Buddhisme dan Islam. Ia adalah objek sejagat kerana ia dikaitkan dengan pelbagai bangsa dan masyarakat Asia Tenggara. Menuruntarafkan objek yang mempunyai makna yang begitu kompleks menjadi lambang ideologi yang 'mudah', mungkin dapat memenuhi madamat politik, tetapi malangnya telah membunuh semangat sejagat keris. Bak sudah jatuh ditimpa tangga, keris telah 'dicemari' oleh orang yang menggunakannya untuk tujuan politik. Falsafah kompleks yang ada pada keris telah dikompromi oleh ahli politik yang menghunus dan menjulangnya di khalayak ramai; dan oleh demagog dan ideolog yang meletakkannya pada poster dan bendera. Bagaimanakah keris dapat mengembalikan kegemilangan dan kemegahannya setelah dicemari sedemikian rupa? Bolehkah dihidupkan kembali semangat sejagatnya setelah ia dipacakkan pada plakad yang padanya tertera slogan seperti "Keris i n i akan menghirup darah orang Cina"? Bagaimanakah keris dapat memelihara martabatnya sedangkan ada orang secara terangterang mahu menghunuskannya, mengucupnya, menjulangnya, dan

Kasihan Keris yang Malang bertanya bila ia boleh digunakan? Adegan menghunus dan menjulang keris sambil meluahkan rasa geram dan rasa tidak puas had sesuatu bangsa d i perhimpunan agung U M N O baru-baru i n i telah membuat keadaan menjadi bertambah buruk. Daripada suatu objek feminin yang suci ia jatuh ke lembah yang hina sebagai lambang kelelakian ahli politik yang kecewa. Daripada menjadi lambang falsafah sejagat, ia telah dituruntarafkan menjadi lambang politik perkauman. Atas nama politik dan kuasa, tidak ada objek dalam khazanah sejarah Nusantara yang mengalami nasib yang lebih buruk berbanding keris. Dalam proses keris dicemari kesuciannya dan disalahgunakan, kita dapat melihat dengan jelas sejauh mana penduduk Nusantara mengalami kemerosotan. Bukan keris yang telah dicemari maruahnya, tetapi etnonasionalis dan komunitarian di kalangan kita yang telah menunjukkan kepada kita bahawa mereka sanggup berbuat apa sahaja demi meneruskan agenda tertentu: Matinya Keris bukan di tangan musuh, matinya Keris d i tangan U M N O .

Nota A k h i r 1

Lihat: Farish A . N o o r , ' F r o m Majapahit to Putrajaya: The Keris as A S y m p t o m of Civilisational D e v e l o p m e n t a n d D e c l i n e ' . D l m . Journal of Southeast Asia Research, Jil.8, N o . 3 . School of O r i e n t a l and A f r i c a n Studies, L o n d o n , November 2000.

2

Ramai bijak pandai tentang keris menyatakan rasa sangsi mereka terhadap dakwaan bahawa keris digunakan sebagai senjata konvensional perang atas beberapa sebab: Pertama, ukuran bilah keris yang pendek berbanding senjata untuk memotong atau m e n i k a m yang lain pada masa i t u . Ini bererti keris tidak m u n g k i n digunakan sebagai senjata dalam perlawanan satu lawan satu terutamanya apabila musuh tidak menggunakan senjata yang sama. Kedua, bilah keris lazimnya terlalu pendek dan m e r u n c i n g dan tentunya akan bengkok atau patah jika digunakan untuk m e n i k a m . Ketiga, ramai cerdik pandai mendapati kebanyakan keris istiadat dianggap objek keramat yang tidak boleh dicemari darah atau sesuatu unsur kotor. Ini menunjukkan keris tidak m u n g k i n dijadikan senjata membunuh manusia. Keempat, kebanyakan keris istiadat d i u k i r indah dan dengan itu dianggap objek mewah dan lambang status. Jadi tidak m u n g k i n keris digunakan dalam peperangan biasa.

Islam & Kekeliruan Kita

JAWI, 'Penyayang yang Tegas' dan Kawalan Akhlak

{Pertama kali disiarkan dalam Malaysiakini.com pada 26 Februari '05 itu masih kekal dalam ingatan orang ramai dan masyarakat menunggu tindakan selanjutnya dengan perasaan sinis. Kerana kita pernah menyaksikan semua ini: serbuan yang dibuat secara berterusan, tuduh-menuduh, ancaman, dan penyalahgunaan yang akhirnya lenyap begitu sahaja. Tidak ada apa-apa yang luar biasa dengan kejadian terbaharu yang telah dilakukan oleh pengawal akhlak, yakni orang yang diamanahkan untuk memelihara kesucian agama Islam. Cara yang digunakan oleh mereka juga sukar difahami oleh kita semua. |

ERISTIWA S E R B U A N JAWI'

Parti-parti politik negara i n i , memang begitu sifatnya, memilih untuk berdiam diri dan enggan campur tangan; kecuali dua buah parti: PAS sekurang-kurangnya menggunakan hak demokratiknya untuk menjerat leher sendiri dengan menyokong tindak-tanduk JAWI (seperti halnya mereka menyokong Taliban dan pengistiharan jihad menentang Amerika Syarikat baru-baru i n i yang telah merosakkan imej sendiri lebih daripada apa yang dijangkakan oleh seterunya daripada parti U M N O ) sementara Gerakan, sebagai 'suara hati liberal daripada Barisan Nasional' menyeru kerajaan memikirkan keberkesanan sesuatu badan seperti itu. Parti-parti u t a m a - U M N O , M C A , M I C - d a n parti pembangkang utama termasuk Keadilan setakat itu tidak banyak memperkatakan hal i n i . Saya tidak mahu memperkatakan dengan lebih lanjut masalah dalaman parti-parti politik di Malaysia dan alasan mengapa parti seperti U M N O dan PAS masing-masing mengambil pendirian yang memang sudah dijangkakan itu. Perkara i n i telah pun diperkatakan sebelum i n i . Tetapi di sini saya ingin membangkitkan persoalan yang

JAWI - Penyayang Yang Tegas

lebih mendalam tentang hubungan Kerajaan dengan Prinsip Moral, dan mahu bertanya pertama-tamanya sama ada Kerajaan mempunyai hak untuk menggubal undang-undang dan menguatkuasakan prinsip moral negara. Inilah sebenarnya punca masalah, kerana kita di Malaysia tidak tahu apa tujuan penjaga akhlak' yang sebenarnya.

'Sayang yang Tegas' dan Kerajaan Negara moden memang banyak keanehannya. Pentadbiran moden menganggap negara sebagai suatu entiti yang telah ditetapkan batasbatasnya. Perbezaan dan perpecahan dalaman dipetak-petakkan. Bagi Malaysia, masyarakat majmuknya dibahagikan berdasarkan bangsa dan agama. D a l a m keadaan yang sedemikian, kita kekal menjadi negara yang berbelah bahagi dan impian untuk mewujudkan negara yang majmuk, inklusif, dan kompleks yang dapat menangani pelbagai perbezaan dalaman akan hilang lenyap begitu sahaja. Perlumbaan Islamisasi di Malaysia (yang umumnya melibatkan dan P A S ) telah membawa kepada pelbagai undang-undang dan institusi bertujuan 'menjaga' kebajikan masyarakat. Walau bagaimanapun, penjagaan yang berbentuk nasihat i n i dilakukan melalui dakwah yang mengamalkan sikap 'sayang yang tegas', yang lebih mirip kepada 'konservatisme yang penuh belas kasihan yang dipraktikkan oleh George Bush dan N e o - K o n yang berkuasa di Washington. UMNO

Peningkatan kuasa Islam politik di Malaysia bererti kerajaan semakin cenderung untuk 'menjaga' kebajikan akhlak dan kesejahteraan negara. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila semakin banyak kehidupan rakyat dipantau. Ini seterusnya menguatkan lagi (salah) faham bahawa Islam politik semestinya menjurus ke arah autoritarianisme dan pengawalan pemikiran rakyat. Malah, dakwaan bahawa Islamisasi menghasilkan regim autoritarianisme dan bersifat kuku besi merupakan suatu salah anggapan yang perlu ditangani dengan serius. Sebenarnya usaha politik moden itu sendiri merupakan titik permulaan ke arah pemusatan dan pengawalan, dan sebenarnya tidak ada negara moden ataupun susunan politik di dunia ini yang tidak menggunakan pentadbiran secara paksa. Jika perkembangan teori politik Barat dilihat sepintas lalu, kita akan dapati bahawa boleh dikatakan semua ahli teori politik utama Barat berdepan dengan masalah dan perkara yang sama yang melanda ulama Islam dewasa i n i , dan bahawasanya terdapat

Di Balik Malaysia beberapa persamaan dari segi pendekatan dan keprihatinan mereka: daripada Thomas Hobbes hinggalah kepada Karl M a r x , soalan pokok tentang pemikiran politik Barat adalah bagaimana mahu mewajarkan rantai yang membelenggu manusia dan bukan untuk terus menghapuskannya. Thomas Hobbes menyokong 'konsep pengawalan ketuhanan' di mana tujuan utama kerajaan adalah untuk mewujudkan susunan sosial yang egalitarian dan di mana pertentangan pendapat (terutamanya yang berhubung dengan dogma agama) akan dihapuskan. Dalam model Komanwel yang ideal yang terangkum dalam Leviathan Hobbes (1641), raja yang memerintah mewakili tuhan di muka b u m i i n i . Baginda memastikan ekonomi, norma sosial, dan kegiatan politik tidak melampaui batas-batas tertentu. Dalam banyak segi, ia sama dengan apa yang dititikberatkan oleh sesetengah pergerakan Islam yang melihat hukum Syariah dan H u d u d sebagai suatu cara untuk mengawasi masyarakat dan bukan sebagai kuasa aktif yang boleh digunakan untuk campur tangan secara langsung dalam kehidupan dan ruang peribadi warga atau pengikutnya. (Ini bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa Hobbes ialah pengasas ideologi Taliban—tetapi ingin menonjolkan bahawa pergerakan Islam dan rakan seperjuangan mereka dari Barat berkongsi masalah yang sama sejak dari dahulu lagi.) 1

Kebimbangan para ulama yang amat menitikberatkan prinsip moral dan kebaikan awam juga terdapat dalam gagasan para pemikir Barat seperti Rousseau. Sebagaimana Rousseau berharap untuk menjustifikasikan kerakyaatan secara paksa ke atas rakyat dengan memberikan penekanan pada tanggungjawab dan kemudahan untuk masyarakat umum, maka begitulah juga halnya dengan ulama Islam hari ini yang memberikan penekanan yang sama terhadap konsep ummah dan kebaikan dalam masyarakat Islam. Jika i n i seterusnya mewujudkan rakyat yang menurut kata dan submisif, kita perlu sedar bahawa usaha untuk menjinakkan masyarakat bukan hanya berlaku pada dan dalam agama Islam. Cabaran yang dihadapi oleh Rousseau (seperti mana yang dialami oleh ulama Islam hari ini) adalah untuk mencari kaedah untuk mewajarkan kekangan dan keakuran supaya dapat diterima pakai oleh masyarakat umum. 2

Malah jika dibandingkan gagasan pemikir politik Barat masa lampau dengan gagasan ulama Islam masa k i n i , maka kita akan dapati ada banyak persamaan: desakan untuk mencari justifikasi bagi arahan sosial, pemantauan, dan pentadbiran; perlunya merancang usaha me-

JAWI - Penyayang Yang Tegas

reka berpandukan rumusan teleologikal dan eskatologikal; perlunya meningkatkan situasi politik masa i n i ke tahap yang lebih besar dan luar biasa. Hobbes menyangka beliau mendapat jawapannya daripada 'Reason . Rousseau menemuinya pada 'State of Nature', sementara Hegel pula memperolehnya dalam 'Rationalisation of the Spirit'. Dalam kesemua kes i n i , 'tuhan' telah digantikan dengan konsep dan nilai lain (Reason, Nature, Spirit) sebagai langkah akhir yang menentukan kejayaannya. Hakikat bahawa negara dan kerajaan Islam hari i n i turut mengamalkan perkara yang sama seharusnya tidak membuat kita berasa sangsi, terperanjat, ataupun takut. Persoalan yang sebenar ialah: sejauh manakah kerajaan boleh campur tangan dalam kehidupan rakyat (kononnya untuk 'menjaga' kebajikan mereka) sebelum ia menjadi suatu penindasan dan autoritarianisme?

Humanisme dan Kasih Sayang Negara moden, baik di Barat mahupun di dunia Islam, amat bimbang akan individu dan agensi kemanusiaan yang berdikari. Boleh dikatakan mana-mana kerajaan sekalipun cenderung untuk terlalu mengawal dan mengawasi warganya kerana bimbang akan berlakunya porak-peranda. Inilah kelemahan asas dalam pemikiran teknokrat moden dan ulama Islam, kerana mereka tidak sedar bahawa manusia jauh lebih rasional dan mengambil berat tentang masyarakatnya daripada apa yang disangkakan. Ini menunjukkan adanya sikap tidak berperikemanusiaan yang menular dalam teknokrat sekular dan juga pada ideolog agama yang sama-sama takut akan humanisme. Kecenderungan negara m o d e n - b a i k yang sekular mahupun Islam—untuk memperluaskan bidang kuasanya ke tahap merupakan ancaman sebenar kepada pembangunan semula jadi masyarakat majmuk yang kompleks dan moden. Setidak-tidaknya ia memantau idea dan kepercayaan (misalnya buku teks yang ditulis oleh ideolog politik yang hanya menceritakan sejarah 'rasmi' sesebuah negara) dan yang paling dahsyat apabila pelaksanaan hukuman mati dilakukan di khalayak ramai seperti yang dilakukan oleh Taliban (yang rupa-rupanya ialah fenomena Islam politik moden yang tersasur). Kita juga harus menyangkal pendapat yang menyatakan bahawa manusia pada dasarnya tidak jujur, jahat, mementingkan diri sendiri, dan berbahaya kerana semua i n i tidak dapat dibuktikan secara saintifik

Di Balik Malaysia

(melainkan ada ahli sains berjaya menemui 'gen Karnival Brazil' dalam darah kita semua). Teori Hobbes bahawa manusia dilahirkan untuk saling bermusuhan juga tidak berasas sama sekali baik dari segi biologi mahupun sejarah; kebimbangan ulama bahawa masyarakat kini semakin parah dan jahil dan akan musnah juga tidak dapat dibuktikan secara saintifik Sungguhpun tidak ada bukti dan fakta yang kukuh, kita masih terus bertahan dengan sistem kerajaan yang menindas yang menyusup masuk ke dalam setiap apa yang kita lakukan, demi 'kebaikan bersama'. Jika kita melihat sepintas lalu sejarah manusia dan membuat perbandingan terhadap masyarakat-masyarakat lain yang dikatakan 'tidak moden, kita akan dapati bahawa manusia boleh hidup dengan rukun dan damai tanpa perlu ada penjaga untuk memantau mereka. Di Berlin, tempat saya bermastautin, terdapat banyak kumpulan orang muda yang berfikiran bebas yang berkongsi hidup, harta benda, dan tempat tinggal, dan memiliki tujuan dan jati diri yang sama (yang tidak menolak jati diri individu). Kumpulan i n i bersikap terbuka dan malah mengalu-alukan kedatangan saya untuk sesekali bermesra dengan mereka. Bolehkah kita, di Malaysia yang terlalu ketat diawasi i n i , membayangkan adanya kumpulan-kumpulan sedemikian di mana rakyat Malaysia boleh hidup dengan damai, setaraf, sayang-menyayangi, dikurniai akal, kuasa, dan kebebasan, hak serta tanggungjawab? K i t a sesungguhnya tidak mengharapkan perubahan besar seperti i t u daripada pihak berkuasa, kerana sesungguhnya mereka sudah terbiasa dengan budaya menguasai dan mengawal negara sejak dari dulu-dulu lagi. Jawapannya mungkin ada pada masyarakat majmuk kita. Hakikat bahawa rakyat Malaysia yang beragama Islam diberkas di kelab yang bebas dikunjungi oleh sesiapa sahaja menunjukkan bahawa sudah ada tanda-tanda interaksi antara pihak, sama ada disenangi oleh pihak berkuasa ataupun tidak. Internet juga menyediakan forum maya untuk membincangkan persoalan jati diri Malaysia yang kompleks. Perkara yang sama juga turut diperkatakan oleh seniman dan pembuat filem Malaysia seperti A m i r Muhammad dan Yasmin A h m a d . Yang menggembirakan adalah bahawa usaha mereka mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai. Pada tahun-tahun yang akan datang, kita semua boleh melihat balik hari-hari aneh i n i sebagai masa di mana rakyat Malaysia hampirhampir di seret ke kancah autoritarianisme oleh negara yang ketan-

JAWI - Penyayang Yang Tegas

dusan idea dan tidak mampu bergerak seiring dengan masa. Saya, khususnya, amat berharap keadaan i n i akan berlalu, tetapi untuk masa ini, kita sekurang-kurangnya boleh menyedapkan hati kita dengan berfikir bahawa walaupun berlaku perkara-perkara yang berselindung di sebalik politik Malaysia dan budaya politik, rakyat Malaysia masih berfikiran waras dan dapat mempertimbangkan yang mana baik dan yang mana buruk. Ini sekurang-kurangnya perlu dibanggakan. Jadi teruskanlah dan jangan berputus asa.

89

Kafirnya Kita: Mengapa Kita Perlu Berfikir Melangkaui Batasan Islam-Kafir (Bahagian I)

(Pertama kali disiarkan di Malaysiakini.com pada 13 November 2002)

K

bahawa kita hidup dalam sebuah negara di mana kepentingan sektarian merupakan sendi budaya politik dan bahawa pemikiran sektarian/komunitarian mewarnai setiap tahap dan bidang kehidupan rakyat Malaysia. Selama beberapa dekad, malah sebelum kemerdekaan sekalipun, rakyat Malaysia digalakkan (mula-mula oleh pihak penjajah dan kemudian oleh elit pascapenjajah) untuk memikirkan dan mengutamakan kepentingan masyakarat mereka yang sempit dan eksklusif. Aspek perkauman merupakan asas politik Malaysia, dan sempadan etnik buatan manusia i n i diperkukuh dan dipelihara oleh mereka yang bersifat perkauman dan oleh parti sektarian yang menerajui negara i n i . ITA S E M U A T E N T U S U D A H M A K L U M

1

Kita sedang menyaksikan proses menggaris batas-batas komunitarian yang berlaku dengan perlahan tetapi sudah tidak dapat dibendung lagi: jika pada masa lampau kita diajar untuk berfikir sebagai 'Melayu/Bumiputera', 'Cina' dan 'India', maka k i n i muncul pula satu lagi pembeza, iaitu agama. Rakyat Malaysia yang telah p u n dibahagibahagikan mengikut kaum, etnik, dan bahasa, k i n i mula mencurigai satu lagi unsur pembahagi: yakni antara orang Islam dan orang kafir. Perlu dinyatakan di sini bahawa perbezaan Islam-kafir adalah ciptaan manusia seperti mana halnya dengan perbezaan kaum/etnik. Perbezaan i n i diperkenalkan kepada kita sejak kita masih kecil. Bagi diri saya, saya berdepan dengan batas ummah Islam i n i ketika masih bersekolah. Peristiwa itu berlaku semasa saya belajar dalam kelas agama (sementara pelajar bukan Islam menghadiri kelas Sivik). Ustaz mengajar kami tentang orang Islam dan orang kafir. Menurut beliau, orang kafir adalah musuh kita dan oleh yang demikian orang Islam perlu sentiasa berwaspada. Orang kafir akan berbuat apa sahaja untuk melemahkan

Kafirnya Kita (bhg I) kepercayaan dan keimanan kita. Mereka bersekutu untuk menjatuhkan agama Islam. Inilah ustaz yang mendakwa kononnya buku teks biologi kami penuh dengan teori evolusi orang kafir dan muka surat yang mengandungi gambar rajah rangka manusia hendaklah dikoyak kerana gambar seperti i t u diharamkan oleh agama Islam. Sesetengah kami berasa keliru apabila diberitahu kawan dan guru kami adalah musuh kami yang perlu diawasi. Kerana mahu mendapatkan kepastian, saya pun pergi mendapatkan ustaz berkenaan dan mengajukan suatu soalan hipotesis. "Ustaz," saya berkata, "Kalau apa yang ustaz kata tentang orang kafir itu benar, tolong beritahu saya apa yang akan terjadi dalam keskes ini. Katakanlah di sebuah pulau yang terpencil tinggal sekumpulan orang yang tidak ada hubungan dengan dunia luar. Mereka tidak pernah tahu tentang agama Islam, orang Islam, tentang N a b i Muhammad s.a.w. atau mana-mana agama sekalipun. Adakah mereka dianggap kafir dan apa akan jadi kepada mereka?" Dengan suara yang keras dan hidung yang kembang kempis, ustaz itu memandang saya dan berkata, " H o i budak kurus kedengking dan telinga besar, berani kau bertanya soalan bodoh macam itu! Tentulah mereka kafir kerana mereka bukan orang Islam. Orang kafir akan dibakar dan tinggal dalam neraka buat selama-lamanya." Saya tidak setuju dengan pandangan beliau dengan alasan bahawa masyarakat rekaan i t u tidak pernah tahu tentang Islam ataupun tentang Nabi M u h a m m a d s.a.w. Wajarkah mereka dipersalahkan kerana tidak memeluk agama Islam? Mengapa mereka hams dihukum dan dipersalahkan kerana sesuatu yang tidak diketahui oleh mereka? Lalu ustaz itu p u n mengacukan jari telunjuk ke arah siling (tanda dia naik angin dan pasti ada orang yang akan disebat) dan memberikan amaran kepada saya bahawa saya akan gagal ujian agama jika saya terus bertanya soalan-soalan yang karut seperti itu. Lebih kurang dua dekad kemudian, saya semakin dewasa (dan harap-harapnya semakin bijak) dan pemahaman saya tentang agama Islam juga turut berkembang. Saya agak bengang dengan penjelasan ustaz yang tidak memuaskan itu. Soalan i n i terus menghantui saya bertahun-tahun lamanya (pembaca budiman, dengan jujur saya katakan bahawa bermalam-malam saya tidak dapat lelapkan mata kerana memikirkan perkara ini.) Soalan i n i menjadi bertambah relevan dan jawapannya amat penting buat masa i n i kerana kita hidup dalam dunia yang mempolitikkan

Di Balik Malaysia agama. Bentuk dan kandungan semua agama diputarbelitkan oleh mereka yang mendakwa pembela agama tersebut. Di dunia Islam, di Amerika yang diterajui oleh neo-Konservatif, di India yang berada di bawah kawalan fasis H i n d u BJP/RSS, ataupun di Israel yang dikawal oleh fanatik Zionis, kita dapat menyaksikan di sekeliling kita "tandatanda tiadanya sikap toleransi, ketaksuban agama, dan sektarianisme. Bukti pemikiran sektarian sedemikian dapat disaksikan melalui ucapan Perdana Menteri kita (Dato' Seri D r . Mahathir Mohamad) di Persidangan o i c baru-baru ini yang mengingatkan umat Islam tentang 'konspirasi jahat Yahudi' yang mahu memerintah dunia i n i melalui proksi. Jadi tidak hairanlah mengapa ulama Islam daripada parti pembangkang tidak menyangkal kenyataan yang u m u m i n i , kerana semua orang sudah maklum bahawa U M N O dan PAS mempunyai pendapat yang sama berkaitan dengan hubungan orang Islam dengan Yang L a i n . Yang peliknya, boleh dikatakan semua agama di dunia ini mendakwa ia mengajar pengikutnya supaya menjadi manusia yang penyayang, cintakan keamanan, dan berperikemanusiaan. N a m u n begitu jika anda menonton berita ataupun membaca akhbar beberapa tahun kebelakangan ini, anda tentu sedar terdapat sebegitu banyak kejadian bunuh-membunuh di seluruh dunia i n i . Kebanyakan pertumpahan darah ini dilakukan atas nama Tuhan. Di India, masjid dimusnahkan supaya fasis H i n d u dapat menghapuskan sejarah Islam di negara itu. Di Afghanistan, patung Buddha dimusnahkan supaya fasis Islam boleh lupa bahawa nenek moyang mereka adalah penganut fahaman Buddha dan H i n d u . Usaha untuk memadamkan sejarah silam berlaku dengan sebegitu pesat. Semua ini dilakukan atas nama Tuhan dan kasih sayang sejagat. Jika inilah yang dilakukan oleh orang warak untuk menunjukkan kasih sayang mereka terhadap orang lain, bayangkanlah apa yang sanggup dilakukan oleh mereka sekiranya mereka naik angin?

Walau bagaimanapun, punca masalah bukan terletak pada agama. Dalam agama Islam, Kristian, H i n d u , Buddha ataupun mana-mana agama sekalipun tidak ada perintah yang menyuruh 'kita pergi ke negara jiran lalu menggugurkan bom dan membuat serangan terhadap mereka supaya kita dapat meraih sumber kekayaan mereka atau membuat penghapusan etnik'. Tetapi seperti yang dihujahkan oleh Abdulaziz Sachedina dalam Islamic Roots of Democratic Pluralism (2001): 'Masalah agama dijadikan alat kepentingan politik sudah berlaku sejak dahulu kala lagi.' Soalannya adalah bagaimana dan mengapa agama sering kali dijadikan asas politik komunitarian dan/ataupun politik sektarian, 2

Kafirnya Kita (bhg I)

dan bagaimanakah kita dapat melepaskan diri daripada perangkap ini? Soalan i n i amat penting dalam konteks masyarakat majmuk seperti di Malaysia, India, Eropah, dan Amerika, kerana keadaan i n i — j i k a tidak ditangani tetapi dimanipulasikan—akan meledak suatu masa nanti.

Orang Kafir dan Yang Lain-lain: orang Islam perlu berfikir semula tentang perubahan dan perbezaan Kita boleh mengatakan bahawa punca masalah terletak pada istilah yang digunakan. Istilah kafir perlu difahami dan dianalisis mengikut konteks sejarah dan dalam keadaan i n i kita perlu menggunakan ijtihad. Kata kafir mengandungi banyak konotasi. Ia bersifat diskriptif, normatif, dan preskriptif. Kebelakangan i n i ada segelintir orang yang berniat baik (tetapi agak naif) yang berpendapat kata kafir bersifat neutral. Jika begitulah halnya, saya ingin mencabar mereka untuk pergi ke rumah jiran mereka dan memanggil mereka 'kafir dan tunggu apa yang berlaku seterusnya. Mereka akan sedar bahawa istilah kafir bukan sahaja merujuk orang bukan Islam: ia adalah istilah negatif yang menganggap Yang Lain mempunyai nilai-nilai yang bertentangan dan tidak seiring dengan ajaran Islam. Malah saya ingin menambah lagi dengan berkata bahawa istilah 'bukan Islam' itu p u n boleh menimbulkan masalah, kerana sekali lagi ia meletakkan umat Islam sebagai orang yang mematuhi norma sedang yang lain-lain tidak, yang diiktiraf dan dapat dikenal pasti melalui kekurangan yang ada padanya. Misalnya, kita tidak memanggil orang perempuan 'bukan lelaki'. A n d a i kata ada orang lelaki yang berbuat begitu, saya rasa dia akan diselar. Jadi mengapa orang Islam terus melihat insan lain sebagai orang yang tidak mempunyai apa yang kita ada (mereka tidak ada jati diri Islam) dan mengapa kita terus menggunakan kata-kata negatif seperti kafir dan bukan Islam dalam ungkapan harian kita? Seharusnya kita sedar bahawa dengan berbuat demikian, kita merendah-rendahkan mereka dan mungkin membuat mereka marah. Dengan menggunakan cara membeza yang mudah i n i , kita seolah-olah mahu menyeragamkan 'umat Islam', dan dengan berbuat demikian, orang lain akan tersalah anggap dan menyangka agama Islam hanya mementingkan dikotomi Orang Islam-Yang Lain, tidak mengendahkan masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat Islam yang

Di Balik Malaysia

sebenarnya lebih heterodoks, majmuk, dan kompleks dan tidak mungk i n dapat dibeza-bezakan dengan semudah itu. D a l a m kata lain, bagi masyarakat Islam, melihat penganut-penganut agama lain sebagai Yang Lain merupakan jalan mudah untuk tidak mempedulikan 'yang lainlain yang wujud dalam masyarakat Islam itu sendiri, dan cara mudah untuk menafikan perbezaan sedemikian juga wujud di kalangan kita. Marilah kita pergi ke akar umbi masalah i n i dan menyelidik asal usul kata i n i , bagaimana ia timbul, bagaimana ia mula-mula digunakan, dan bagaimana ia berkembang selama i n i .

The Oxford Dictionary of Islam mentakrif kafir dengan definisi yang berikut: 'kafir: Unbeliever. First applied to Meccans who refused sub mission to Islam, the term implies an active rejection of divine revelat All unbelievers are thought to face eternal damnation in the afterlife') (kafir: Orang yang bukan beragama Islam. Pertama kali digunakan kepada penduduk Mekah yang enggan memeluk agama Islam. Istilah ini merujuk mereka yang menolak dan menentang wahyu. Semua yang tidak beragama Islam akan dimasukkan ke dalam neraka di akhirat nanti). Kufur pula dihubungkaitkan dengan kafir yang mengikut kamus i n i 'is a significant concept in Islamic thought, the word kufr or one of its derivatives appears in the Quran 482 times'. (Suatu konsep yang penting dalam agama Islam, kata kufur atau kata terbitannya muncul sebanyak 482 kali dalam al-Quran). Menurut kamus itu lagi, kufur 'also means ingratitude, the wilful refusal to appreciate the benefits t God has bestowed'. (Tidak bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat yang diberikan oleh Tuhan). 4

Adakah i n i bererti ada pengaruh moral dan rasional: iaitu keadaan tidak percaya (dan tidak bersyukur) merupakan tindakan (ingkar) yang dilakukan dalam keadaan sedar? Adakah i n i bererti setiap orang kafir menolak bulat-bulat ajaran Islam—dan justeru i t u harus dipersalahkan dan wajar menerima balasan? U n t u k memahami perkara i n i kita perlu pergi lebih jauh dan merujuk asal usul perkataan i n i . Mereka yang mengkaji asal usul kata kafir tahu kata i n i berasal daripada kuffar, iaitu kata daripada bahasa Arab yang digunakan dalam bidang pertanian yang bererti 'menutup benih dengan tanah'. Bagaimanakah kata 'kuffar' berubah maknanya menjadi kafir? Prosesnya mudah. Ia dinamai perubahan' makna oleh pakar bahasa kerana makna sesuatu kata boleh berubah-ubah mengikut imbuhan yang di gunakan teks yang berlainan, dan diberikan makna b a r u — i a i t u 'menutup pintu

Kafirnya kita (bhg I) had seseorang' kepada ajaran Tuhan. C o n t o h seperti itu boleh didapati dalam buku-buku yang ditulis oleh para ulama dan malah Tuan G u r u Nik Aziz N i k M a t , M u r s h i d ' u l Am P A S , turut menyentuh hal ini dalam bukunya yang berjudul Tafsir Surah Yunus. 5

Sifat anjal kata kafir menunjukkan bahawa maknanya terikat pada konteks dan oleh yang demikian boleh berubah-ubah mengikut masa dan keadaan ia digunakan. Sesuatu kata boleh mempunyai makna yang berbeza bergantung pada konteks dan bagaimana ia digunakan. Ini merupakan fenomena semula jadi dan ia sesuatu yang lazim berlaku dalam mana-mana bahasa. Sejak dari zaman awal Islam lagi telah wujud pelbagai aliran fikiran mengenai makna dan status kafir (seperti yang telah saya katakan sebelum i n i , masyarakat Islam merupakan masyarakat yang kompleks dan mempunyai pendapat yang berbeza). Sungguhpun masa k i n i ramai orang Islam gemar mengaitkan kata kafir dengan pelbagai idea dan konsep yang negatif (justeru itu menghubungkaitkan kata i n i dengan kejahatan, musuh, orang luar, dsb) masih ada pendangan yang alternatif—berasaskan i l m u tauhid yang k i n i sedang dihidupkan semula oleh intelektual Islam seperti Rached G h a n n o u c h i — y a n g menempatkan kafir dalam batas-batas tertentu; dengan menganjurkan pandangan bahawa kafir adalah Yang Lain yang merupakan sebahagian (dan oleh itu penting) jati diri orang Islam, dan yang memberikan penekanan terhadap hubungan kemanusiaan yang dikongsi bersama oleh orang Islam dan penganut-penganut agama lain. Ia merupakan amalan yang berlaku sejak zaman pemikir-pemikir Islam seperti wali Sepanyol, Sheikh M u h y i a l - D i n al-Arabi yang dalam kitabnya berjudul Fusus al-Hikam, mendakwa sikap mengambil berat terhadap manusia lain dan menghormati kepercayaan dan gaya hidup mereka adalah sebahagian ketakwaan kita kepada Tuhan. Dalam kisah Nabi Yunus a.s. dalam Fusus al Hikam, beliau menulis: 6

Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia, dari segi jasmani mahupun rohani, adalah ciptaan dan kurniaan tuhan... justeru itu sikap mengambil berat terhadap hamba Allah adalah lebih baik daripada membunuh kerana mahu menunjukkan rasa cinta terhadap-Nya... Allah berfirman 'dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah. Sesungguhnya dia tidak menyukai orang yang zalim.' (42:40) ...

Di Balik Malaysia ini adalah kerana Yang Lain juga adalah ciptaan Allah, dan barang siapa memeliharanya juga memelihara Allah. Bagi ibn-al Arabi, jelaslah bahawa memupuk kasih sayang dan rasa hormat sesama insan adalah langkah ke arah pengabdian kepada Allah, dan sebarang penganiayaan, penyeksaan, dan diskriminasi yang tidak wajar adalah sama seperti pengkhianatan terhadap tuhan. Dewasa ini generasi pemikir Islam seperti Rached Ghannouchi, Nurcholish Madjid, A b d u l Karim Soroush, dan yang lain-lain turut memperkatakan hal yang sama: bahawa ikatan kemanusiaan mengatasi segala-galanya, dan bahawa hubungan orang Islam dengan orang lain hendaklah mengatasi dialektik bangkangan yang mewarnai hubungan orang Islam dengan penganut-penganut agama lain kebelakangan i n i dan yang jelas merugikan kedua-dua belah pihak. Tetapi bilakah tanggapan buruk terhadap orang bukan Islam ini timbul dan yang lebih penting, mengapa ia terus bertahan? Sekali lagi kita perlu meninjau semula lipatan sejarah untuk membantu kita mendapat jawapannya.

(Pengarang ingin mengucapkan terima kasih kepada Sumit Mandal d Suriya Osman yang turut membantu menulis rencana ini.)

Nota Akhir 1

Saya telah membangkitkan perkara i n i di dalam tulisan-tulisan saya yang sebelum i n i . M e m a d a i untuk menyatakan bahawa tindakan memperkenalkan bancian kaum/etnik merupakan sebahagian daripada usaha yang dilakukan oleh penjajah semasa abad ke-19 dan merupakan cara yang sesuai untuk kuasa penjajah Inggeris (seperti halnya Belanda, Perancis, Sepanyol dan Amerika) mengekalkan cengkamannya ke atas masyarakat majmuk yang boleh mereka pecah dan perintah. Bagaimanapun, adalah penting untuk diperhatikan bahawa bancian yang dijalankan oleh penjajah i t u telah menjadi semakin u m u m dalam penentuan kumpulan-kumpulan etnik yang luas. Bancian awal, umpamanya, tidak menganjurkan kewujudan k u m p u l a n ' M e l a y u ' yang seragam tetapi lebih kepada memberi penekanan mengenai perbezaan antara bangsa M e l a y u , Bugis, Jawa, Rawa, Kerinchi, M i n a n g , Patani, dsb. Begitu juga halnya dengan masyarakat dari C h i n a dan India, yang dibezakan mengikut k u m p u l a n - k u m p u l a n seperti H a k k a , H o k k i e n , Kantonis, Benggali, T a m i l , Punjabi, Pashtun, dsb. H a n y a pada pertengahan abad ke-20 sahaja barulah kategori yang luas mengenai M e l a y u , C i n a dan India diguna pakai.

Kafirnya Kita (bhg I)

Kafirnya Kita: Mengapa Kita Perlu Berfikir Melangkaui Batasan Islam-Kafir (Bahagian II)

(Pertama kali disiarkan di Malaysiakini.com pada 20 November 2003)

S

didebatkan dalam Bahagian I rencana ini, penggunaan kata kafir di Malaysia perlu difahami berlatarbelakangkan norma masyarakat yang mengamalkan politik sektarian dan perbezaan kaum yang sudah mendarah daging dalam pemikiran rakyat Malaysia. Inilah negara yang 'kaya' dengan ungkapan dan kata yang berbau perkauman seperti Melayu kampung, Cina babi, keling pariah, bayee, celup, mamak dan bermacam-macam lagi ungkapan menarik yang menggambarkan masyarakat kita yang berbilang kaum. Selain itu kita juga jangan lupa pada jurang kafir-Islam yang memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. EPERTI Y A N G T E L A H

Konsep kafir merupakan konsep yang ditentukan oleh budaya dan sejarah yang telah berkembang mengikut peredaran masa dan keadaan. Sungguhpun masyarakat Islam dahulu kala merupakan mangsa penganiayaan, mereka telah berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak-pihak lain. Kesarjanaan awal orang Islam— terutamanya dalam bidang tasawuf—menitikberatkan jati diri dan perbezaan yang tidak memburukkan pihak yang lain. Jadi bilakah pandangan buruk terhadap orang bukan Islam mula muncul? Sekali lagi kita perlu meninjau lipatan sejarah untuk membantu kita memahami masalah i n i .

Musuh di ambang pintu: Kemunculan semula orang kafir dan tertutupnya minda orang Islam Perlu disedari bahawa pada awal kemunculan agama Islam, hubungan orang Islam dengan penganut-penganut agama lain adalah baik: orang Kristian, Yahudi, Buddha, dan lain-lain hidup dalam peradaban Islam

Kafirnya Kita (bhg II) apabila kuasa orang Islam mula tersebar ke luar tanah Arab dan mula menjelajahi Eropah, A f r i k a , dan Asia. Satu lagi perkara yang sering kali dilupakan oleh orang Islam masa k i n i adalah bahawa penganut lain turut memainkan peranan yang penting kepada peradaban Islam: sungguhpun orang Arab Islam pada zaman dahulu dahaga i l m u , membina dan memperbaharui idea yang diterima oleh mereka daripada masyarakat-masyarakat lain, tetapi tidak dinafikan bahawa masyarakat-masyarakat i n i telah banyak meberikan sumbangan dalam memperkaya budaya Islam. Ke manakah peradaban Islam jika tidak ada sumbangan daripada orang India, Parsi, Cina, Yunani, R o m , A f r i k a , dan Eropah? Sikap terbuka dan pendedahan kepada budaya dan tradisi lain inilah yang membantu memperkukuh budaya majmuk yang ada pada masyarakat Islam. Jadi tidak hairanlah jika orang Islam zaman dahulu dapat bergaul dengan masyarakat lain secara positif kerana mereka tidak berasa terancam oleh pergolakan yang wujud dalam masyarakat sendiri. Aktivis dan intelektual kontemporari Islam sering kali memetik contoh daripada 'zaman kegemilangan Islam i n i , tetapi kita juga harus ingat bahawa ia juga merupakan zaman kegemilangan masyarakat Islam yang majmuk dan pelbagai: masyarakat Islam yang heterodoks, majmuk dan berbagai-bagai, dengan bermacam-macam aliran pemikiran, tradisi intelektual dan toleransi terhadap pendapat yang berbeza. Kaum Farisi sudah p u n wujud ketika i t u dan tradisi sempit i n i telah diamalkan oleh kaum Khawarij yang mendakwa hanya mereka 'orang Islam' yang sebenar-benarnnya sementara yang lain-lain adalah munafik dan sesat. Tetapi biasanya kumpulan i n i tidak dipedulikan ataupun dianggap penipu dan pentaksub. Walau bagaimanapun, peradaban Islam, seperti peradaban-peradaban lain, tidak dapat lari daripada kancah politik. Pada abad ke-12 dan ke-13, dunia Islam berdepan dengan cabaran baru yang akhirnya berjaya menumpaskan mereka dan membawa mereka ke jalan kemunduran: serangan orang M o n g o l . Orang Mongolia menjarah dan menawan Asia Tengah. Apabila Hulagu K h a n dan bala tenteranya menyerang kota Baghdad pada tahun 1258, beribu-ribu buah buku dibakar, cendekiawan dibunuh dan kesinambungan intelektual seluruh peradabannya hancur musnah. Orang kafir i n i meroboh pintu Dar'ul Islam, dan dengan demikian tertutuplah minda orang Islam. Setelah diserang oleh orang Mongolia, dunia Islam menangani krisis i n i dengan melahirkan generasi pemikir yang reaksioner, konser-

Di Balik Malaysia vatif, dan gerun pada orang asing. Antara yang paling menonjol ialah cendekiawan Hambali bernama Taqial-din ibn Taymiyya yang hidup pada tahun 1263 hingga 1328. Ketika itu b u m i Islam diancam oleh tentera Mongolia dan penjarah Kristian. O l e h yang demikian pandangan ibn Taymiyya terhadap undang-undang, politik, masyarakat, dan hubungan dengan masyarakat bukan Islam mengandungi rasa takut dan rasa tidak selamat yang mendalam terhadap penganut agama lain. Sehingga kini, beliau dianggap salah seorang cendekiawan yang paling reaksioner dan defensif dalam sejarah pemikiran orang Islam Sunni. 1

Ibn Taymiyya sentiasa bimbang akan ancaman luar terhadap agama Islam dan umat Islam. Penulisannya rata-rata mendesak orang Islam memelihara diri dan agama mereka dengan apa cara sekalipun. Beliau pernah berkata jika musuh berselindung di belakang seorang Islam dan menggunakan orang Islam itu sebagai benteng pertahanan, maka adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk membunuh orang kafir itu walaupun dengan berbuat demikian, mereka terpaksa juga mengorbankan orang Islam tersebut. Beliau menyokong usaha untuk memisahkan orang Islam daripada bukan Islam, dan menyeru orang Islam agar tidak menjalinkan hubungan dengan mereka kerana khuatir akan terpengaruh. Sikap eksklusif dan defensif i n i melahirkan budaya paranoid dan kawalan lampau di kalangan pengikut dan penyokongnya. Seruan Ibn Taymiyya untuk 'membersihkan' Islam dan amalan orang Islam telah melahirkan amalan takfir (menuduh orang Islam lain sebagai kafir) di kalangan pengikutnya. 2

Kafir dalam dewan: manipulasi politik yang dikendalikan oleh 'kafir laknat' dewasa ini Manipulasi politik dan penggunaan 'kafir laknat' oleh itu mempunyai sejarah yang panjang: ia bermula sejak zaman kejatuhan kuasa Islam dan sejak itu ia terus kekal dalam pelbagai teori konspirasi yang mahu menjelaskan sebab-sebab kemerosotan masyarakat Islam di seluruh dunia. Salah satu manifestasi fenomena i n i ialah 'Yahudi laknat'. Tetapi sebenarnya masalahini lebih daripada itu: Selagi orang Islam tidak dapat mengatasi masalah identiti dan perbezaan yang ada, dan selagi jati diri orang Islam terus berpegang kepada 'kita' lawan 'mereka', 'kelompok dalam' dan 'kelompok luar', maka selagi itulah sempadan ganas dan hierarki akan terus wujud.

Kafirnya Kita (bhg II) Kita yang hidup di b u m i bertuah yang bernama Malaysia i n i — yang 'sebenar-benarnya Asia' (truly Asia) seperti yang terdapat pada iklan pelancongan—seharusnya sudah biasa dengan fenomena ini. Para pemimpin kita, terutamanya mereka daripada parti MelayuMuslim seperti U M N O dan PAS, telah mengutarakan pelbagai gagasan untuk kita renungkan. K i t a telah diberikan amaran tentang putar belit orang Yahudi yang bongkak, taukeh C i n a yang berhijrah ke negara i n i untuk merampas kekayaannya, dan kafir laknat yang bertekad untuk memusnahkan orang Islam di mana-mana sahaja. Baru-baru i n i (pada 29 Oktober 2003), kekecohan telah berlaku di Dewan Rakyat apabila Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana M e n teri, Dato' N o h O m a r (sekarang Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) menggelar D A P dengan panggilan kafir harbi, sementara M C A — p e n y o k o n g setia U M N O — d i g e l a r dengan panggilan yang agak kurang kesat, kafir zimmi, yang boleh bekerjasama dengan U M N O . 3

Ini lantas telah mencetuskan bangkangan daripada ahli D A P di Dewan Rakyat, yang mungkin kurang senang dengan gelaran kafir— baik harbi mahupun zimmi (bagi sesetengah pihak, perbezaan itu tidak penting kerana yang lebih penting ialah Yang Lain dianggap kafir). H a l ini membuat kita teringat semula perbezaan yang kurang jelas antara 'good nigger dan 'bad nigger yang digunakan oleh tuan-tuan hamba di selatan Amerika sehingga abad ke-19. PAS juga tidak mahu ketinggalan. Pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar, M o h a m a d Sabu, Syed A z m a n dan A b d u l Fatah H a r u n turut menyokong rakan D A P mereka. Sungguhpun penulis menyokong tindakan para pemimpin PAS—sesungguhnya mereka telah berbuat yang sepatutnya—kita juga berharap mereka akan mengotakan apa yang dikatakan dan menunjukkan keberanian dan kejujuran yang sama apabila menangani ahli-ahli parti mereka yang menghentam kafir. Sebagai contoh, pemimpin agama mereka, Tuan G u r u N i k A z i z , pernah berkata, "Semua orang kafir di muka bumi i n i jahat belaka—tidak ada orang kafir yang baik—kerana dialah orang yang tidak mengenang budi Tuhan... Maksiat yang berlaku di dunia i n i sama ada oleh orang kafir ataupun fasik?

4

Dewasa i n i para pemimpin parti dan pergerakan Islam mungkin bertutur dalam bahasa demokrasi dan hak asasi (terutamanya apabila berdepan dengan penduduk Bangsar yang mempunyai toleransi perkauman atau agama yang sangat tinggi). Tetapi secara peribadi dan dalam mesyuarat tertutup, serta dalam ceramah mereka di kawasan

Di Balik Malaysia pilihan raya mereka di kampung-kampung, mereka terus menakutnakutkan pengikut Melayu-Muslim dengan cerita tentang orang kafir Kristian dan yang lain-lain yang memujuk beribu-ribu orang Islam agar memeluk agama mereka. Seharusnya kita semua sedar bahawa penggunaan kata kafir sebagai alat berpolitik sedang berleluasa di Malaysia. Yang malangnya, apabila Islam semakin dipolitikkan, maka penggunaan kata-kata seperti i n i juga akan meningkat apabila 'Islam' dan 'orang Islam' digunakan sebagai penanda sektarian dalam politik komunitarian yang dicipta untuk melindungi, memperjuangkan, dan mengetengahkan kepentingan masyarakat agama tertentu melebihi yang lain-lain. Akibat hubungan antara jati diri Melayu dengan jati diri Islam yang diperkenalkan dalam Perlembagaan Persekutuan, kata 'orang Islam' tidak boleh dipisahkan daripada 'Melayu', dan sebaliknya kata kafir dikaitkan dengan kaumkaum lain d i negara ini. (Akhirnya menggelar seseorang kafir sama seperti memanggilnya Cina apek ataupun keling, cuma kali i n i kata yang memang berbau perkauman i n i berselindung di sebalik agama). Kesan perkembangan berbahaya i n i jelas kepada kita semua: dalam konteks masyarakat majmuk seperti masyarakat kita yang sudah pun mengalami tekanan perkauman dan etnik, kebangkitan politik yang mengutamakan sesuatu agama dan menentang agama lain akan memusnahkan budaya demokratik yang sedang kita pelihara dan pupuk ini.

Kafirnya kita: Mengapa orang Islam perlu mengikis mentaliti perkauman para ulama Dari satu segi, kita semua adalah kafir—yakni dengan menganut agama tertentu, kita langsung menjadi ahli masyarakat agama itu dan oleh yang demikian kita dianggap orang luar oleh penganut-penganut agama lain. Orang Islam, seperti penganut-penganut lain, sering kali lupa akan hakikat i n i dan oleh yang demikian mereka memberi keistimewaan, mengutamakan, dan mewajarkan pandangan sendiri sementara mengenepikan pandangan dunia dan kepercayaan orang lain. Salah satu cara untuk keluar daripada kemelut i n i adalah dengan mengkaji semula pemahaman kita tentang apakah sifat-sifat orang Islam supaya dialog dengan pihak-pihak lain dapat diadakan dan supaya kita tidak menafikan kepercayaan-kepercayaan mereka. Ringkas-

Kafirnya Kita (bhg II) nya, kita tidak boleh berfikir secara berpuak-puak atau melihat diri kita sebagai 'golongan' orang Islam. Hujah i n i pernah disuarakan oleh intelektual dan aktivis Islam dari Indonesia yang bernama Nurcholish Madjid yang berkata: Bagi saya, jalan untuk keluar daripada krisis seperti itu adalah dengan memberikan penekanan pada sifat kesejagatan Islam, yang bukan sahaja serasi tetapi dapat berfungsi dengan baik dalam sistem politik yang demokratik. Orang Islam perlu ingat bahawa Islam mempunyai pandangan yang sejagat. Kesejagatan inilah yang menjadi inti pari Islam sebagai sebuah agama dan suatu sistem nilai. Dalam hal ini, Nabi Ibrahim a.s. merupakan contoh kemanusiaan sejagat yang wujud dalam agama Islam. Baginda bukan orang Yahudi ataupun Kristian, dan tentunya bukan orang Islam. Tetapi baginda diiktiraf sebagai nabi oleh kita semua. Mengapa? Baginda dikatakan nabi Islam kerana baginda percaya pada adanya tuhan. Oleh yang demikian, 'Islam' bererti berserah pada tuhan dalam erti yang paling universal. Kepercayaan kepada tuhan wujud dalam semua agama. Sifat kesejagatan Islam jelas apabila kita 'menyerahkan diri' kepada Tuhan. Kita seharusnya tidak lagi menganggap 'Islam' sebagai suatu nama atau label untuk kumpulan penganut tertentu sahaja. Untuk menjadi 'orang Islam' bukanlah bererti menjadi ahli sesuatu puak ataupun suku: sebaliknya kita seharusnya menganggapnya sebagai kecenderungan rohaniah atau keadaan fikiran; atau suatu Kewujudan. 5

Sesungguhnya ada banyak bukti teologi yang dapat menyokong dakwaan i n i . A l - Q u r a n jelas mengatakan bahawa kepelbagaian agama adalah sesuatu yang biasa, dan malah merupakan tanda kebesaran Tuhan. A l - Q u r a n memberikan huraian yang jelas tentang perlunya orang Islam menghormati kepercayaan, upacara, dan amalan agamaagama lain. M a l a h al-Quran mengatakan bahawa upacara dan amalan masyarakat-masyarakat lain juga datang daripada D i a , dan bukan 'rekaan' manusia. Seperti yang dijelaskan dalam surah al-Hajj: Bagi setiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali membantah kamu dalam urusan ini dan serulah kepada agama Tuhanmu. Sesungguhnya kamu benar-benar berada di jalan yang lurus (Surah al-Hajj, 22:67). Selain itu al-Quran juga mengingatkan orang Islam supaya tidak takbur dan memandang rendah terhadap orang lain, dan mengingatkan orang Islam bahawa hanya D i a dan bukan manusia yang menen-

Di Balik Malaysia

tukan siapa yang mendapat taufik dan hidayat-Nya. Terdapat banyak ayat Quran yang menyatakan bahawa kepercayaan dan keimanan orang lain bukan ditentukan oleh orang Islam, tetapi terletak pada kekuasaan-Nya. Misalnya, dalam ayat Surah al-An'am: Dan jika perpalingan mereka (daripadamu) terasa amat berat bagimu, maka jika k dapat membuat lubang di bumi atau tangga ke langit lalu kamu dap mendatangkan mukjizat kepada mereka, (maka buatlah). Kalau Alla menghendaki tentu sahaja Allah menjadikan mereka semua dalam juk sebab itujangan kamu sekali-kali termasuk orang yang jahil (Surah al-An'am, 6:35). Kemudian dalam surah yang sama, turut disebut bahawa Allah yang Maha Kuasa dan D i a yang menentukan keimanan seseorang. Ini ialah Petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi pet juk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-Nya (Sura al-An'am, 6:88). Sesungguhnya al-Quran jelas dalam hal bimbingan dan dakwah untuk memeluk Islam. Dalam Surah a l - N u r dinyatakan bahawa para nabi diutuskan untuk 'menyampaikan ajaran' dan mereka sekali-kali tidak menentukan agama seseorang. Katakanlah: Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul dan jika kamu berpaling maka ses ungguhnya kewajipan rasul itu adalah apa yang dibebankan kepada dan kewajipan kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibeba kepadamu. Dan jika kamu taat kepadanya, nescaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajipan rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang (Surah an-Nuur, 24:54.). Tuhanlah yang akhirnya yang membimbing hamba-Nya seperti yang dinyatakan dalam surah al-Qasas: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberikan petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih meng hui orang yang mahu menerima petunjuk (Surah al-Qasas, 28:56). A k h i r sekali, orang Islam perlu sedar bahawa apa-apa prasangka, kebimbangan, dan salah fan am yang ada pada mereka tentang orang lain adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Agama Islam tidak membenarkan berlakunya sebarang perkauman, prejudis, dan diskriminasi—apatah lagi diskriminasi terhadap kaum minoriti yang lemah dan sering kali dipersalahkan jika berlaku apa-apa dalam negara. Orang Islam sering menyebut Rahman, ya Rahim (Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang) tanpa benar-benar menghayati maksudnya. Tetapi ternyata sifat pengasih dan penyayang tuhan mengatasi segala pandangan sempit dan sifat perkauman yang ada pada orang Islam. D e m i agama Islam, dan demi demokrasi yang sihat yang diperjuang-

Kafirnya Kita (bhg II) kan di negara Malaysia i n i , kita perlu menghapuskan kata kafir yang bersifat mencemuh i n i sebelum lebih banyak lagi kerosakan berlaku kepada orang lain dan kepada kita. Perkauman dan prejudis—baik dari segi ras ataupun agama—tidak sewajarnya mendapat tempat di hati umat Islam. (Pengarang ingin mengucapkan terima kasih kepada Sumit Mandal dan Suriya Osman kerana membantu menulis rencana ini.)

Nota A k h i r 1

Fazlur R a h m a n (1979) mendapati program i b n Taymiyya u m u m n y a mengandungi penyataan semula syariah dan pewajaran nilai-nilai agama. Kebimbangan ibn Taymiyya adalah u n t u k menyatukan dan m e l i n d u n g i orang Islam daripada ancaman dan perpecahan dalaman m a h u p u n luaran. Tetapi kebimbangan beliau untuk memelihara ketenteraman dan perpaduan dengan apa sekalipun telah akhir nya membuat beliau mengambil jalan yang paling ekstrem: D a l a m karyanya berjudul as-Siyasa as-Shari'iya, beliau menulis ' h i d u p selama enam p u l u h hari di bawah pemerintahan yang kejam adalah l e b i h baik daripada hidup sehari dalam keadaan huru-hara.' (Rahman, 1979, hlm 268, n. 10). Sikap konservatif yang sedemikian rupa membuat beliau disenangai oleh ramai p e m i m p i n Islamn yang kejam. (Fazlur R a h m a n , Islam, edisi kedua, University of Chicago Press, Chicago, 1979.)

2

Saodah A b d u l R a h m a n , The Concept of Takfir (Accusing of Disbelief) Among Some Contemporary Islamic Movements with Special Reference to Egypt, Jabatan Teologi, Universiti B i r m i n g h a m , B i r m i n g h a m , M e i 1994, h l m 298.

3 4

Harakah, 29 Oktober, Noh Omar tarik balik kenyataan DAP sebagai kafir harbi. N i k A z i z N i k M a t , Tafsir Surah Yunus, N i l a m P u r i : Ma'ahad ad-Dakwah a l Imamah, 1998, h i m . 217. Perlu diperhatikan bahawa definisi N i k A z i z tentang kafir atau fasiq mencakupi orang Islam yang 'jahiP. Beliau menghujah bahawa orang Islam yang melakukan maksiat seharusnya dianggap kafir ataupun fasiq.

5

Farish A. N o o r , t e m u ramah dengan N u r c h o l i s h M a d j i d , Democracy and the Universalism of Islam, d l m . Farish A. N o o r , New Voices of Islam, Institut Pengajian Islam dalam D u n i a M o d e n ( I S I M ) , Leiden, 2002, h l m . 39.

Fasis Agama di Kalangan Kita? (Bahagian I)

(Pertama kali disiarkan dalam Malaysiakini.com berjudul 'Selamat Datang ke Talibanasia?' pada 29 Januari 2005)

T

I D A K B E B E R A P A L A M A D A H U L U , saya boleh berkata kepada diri sendiri: "Walau bagaimana teruk sekalipun keadaan di Malaysia, syukurlah kita tak tinggal di negara seperti Afghanistan yang dikawal oleh Taliban." Tetapi hidup i n i boleh memusnahkan impian kita dengan cara yang paling kejam, lalu kita mulai sedar bahawa semakin lanjut usia kita, kita tidak boleh terus dibuai angan-angan yang indah-indah. Ketika kita baru sahaja merasakan bahawa politik agama yang radikal pada tahun 1970-an dan 1980-an sudah p u n berlalu, maka berlaku pula beberapa kejadian yang memalukan yang membuat kita sedar bahawa di kalangan kita yang menetap di Malaysia i n i , ada segelintir insan yang mahu menjadi seperti orang Taliban. Pada tahun 2000, kita disogokkan dengan Rang Undang-undang Perlindungan Akidah Islamiah Perlis-yang antara lain, mencadangkan orang Islam yang didapati bersalah kerana melakukan sesuatu yang 'bertentangan dan 'bercanggah' dengan ajaran Islam dihantar ke pusat pemulihan akidah' supaya pemahaman dan amalan mereka dapat 'diperbetulkan oleh ahli agama negeri. (Mereka yang tidak akur akan dianggap 'murtad', dan dengan demikian langsung akan hilang sebahagian hak mereka.) Kita juga disogokkan dengan pelbagai hal yang remeh-temeh yang dikatakan bercanggah dengan ajaran Islam, merangkumi selaan terhadap para akademik, penulis, dan aktivis bebas yang dilakukan oleh kumpulan pendesak berhaluan kanan seperti P U M dan T E R A S pada tahun 2002 (yang kebetulan disokong oleh P A S dan beberapa 'reformis' Keadilan yang kononnya berpandangan liberal). Kemudian pada tahun 2003 dan 2004 demagog U M N O , yang juga tidak mahu ketinggalan, berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa

Fasis Agama (bhg I mereka juga mampu memantau perkembangan Islam dengan mengecam pendapat yang bercanggah, misalnya dengan memburuk-burukkan seorang penulis blog yang komennya disiarkan dalam laman blog persendirian yang dikatakan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Walaupun Islam Hadhari telah diuar-uarkan dan ada usaha untuk mempromosikan agenda 'Islam yang progresif dan sederhana' di Malaysia, orang ramai tentunya sudah sedar bahawa masih wujud unsurunsur menindas dalam masyarakat Malaysia. Ini amat ketara terutamanya bagi orang Melayu beragama Islam di Malaysia yang terpaksa hidup dibelenggu oleh pelbagai undang-undang yang mencengkam, mengganggu, dan mengekang yang mendasari amalan, pemahaman, dan tanggapan mereka terhadap agama Islam yang normatif. Bukti terkini tentang kepincangan yang semakin ketara ke arah dasar masyarakat autoritatif i n i berlaku beberapa hari yang lalu (13 Januari), apabila kira-kira seratus orang Melayu beragama Islam diberkas oleh 'penjaga akhlak' yang dikatakan berkhidmat dengan J A W I (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur. (Seeing Red over JAWI Raid, Sunday Mail, 23 Januari 2005). Menurut dakwaan sesetengah orang yang diberkas, pegawai JAWI telah bertindak "terlalu ghairah, menggunakan kata-kata 'kesat', 'biadab' dan 'angkuh'." Cara serbuan itu dibuat perlu dijelaskan sekali lagi di sini kerana ia dapat memberikan gambaran tentang cara pemikiran orang Malaysia yang kurang menyenangkan: lebih kurang pukul 12.55 malam, kirakira 50 orang yang berpakaian p rem an telah memasuki sebuah kelab malam. Sesetengah daripada mereka memakai pakaian seragam yang tertulis kata J A W I . Mereka mengarahkan muzik dimatikan dan mula mengasingkan orang ramai. Tiba-tiba "suatu pengumuman melalui sistem PA kelab meminta orang bukan Islam beredar ke bahagian lain dan 'terus berseronok-seronok' sementara yang lain-lain, kira-kira 100 orang beragama Islam disuruh berkumpul dalam dua kumpulan lelaki dan perempuan." (Sunday Mail, 23 Januari 2005). Apa yang berlaku berikutnya boleh dikatakan tidak berlandaskan norma-norma susila dan mengaibkan: warga Malaysia disuruh bercangkung di lantai, kemudian berasak-asakan ke dalam sebuah lori yang membawa mereka ke pusat tahanan d i ibu pejabat J A W I . Sesetengah mereka yang ditahan mendakwa pemandu lori memandu tanpa menghiraukan keselamatan walaupun mereka yang diberkas itu menjerit kerana cemas dan takut. D i ibu pejabat J A W I , mereka dikurung

Di Balik Malaysia di dalam lokap yang sempit dan terpaksa berdiri selama enam hingga sepuluh jam ditahan itu. Untuk meninjau cara berfikir penjaga akhlak' i n i , kita perlu sekali lagi merujuk kenyataan yang diberikan oleh mangsa-mangsa tersebut: "Pegawai-pegawai itu hanya memberikan tumpuan kepada gadis-gadis yang diberkas," kata sebilangan mereka yang ditahan. Wanita dikatakan dicaci dan diaibkan, malah ada yang disuruh 'berpusing' di hadapan 'penjaga akhlak' supaya mereka dapat melihat dengan lebih jelas dan dengan itu dapat 'menilai' sama ada wanita-wanita itu berpakaian sopan ataupun sebaliknya. Antara acara kemuncak pada malam itu adalah apabila seorang wanita terpaksa kencing dalam pakaiannya kerana dia tidak dibenarkan ke tandas; seorang lagi wanita diminta menurunkan beg tangannya (yang digunakan untuk menutup dada) supaya kakitangan J A W I dapat melihat puting buah dadanya dengan lebih jelas; dan seorang pelajar perempuan ditanya oleh penjaga akhlak' sama ada dia menindik kemaluannya (Sunday Mail, 23 Januari 2005). Nampaknya seks sentiasa bermain di fikiran 'penjaga-penjaga akhlak' i n i semasa serbuan dijalankan! M a k a kita pun tertanya-tanya: adakah mereka sudah lupa pada ajaran al-Quran yang menyeru orang lelaki untuk menundukkan pandangan dan berkelakuan dengan sopan? Mengikut apa yang dilaporkan, sesetengah mangsa berasa sungguh malu dan aib kerana 'dianiayai oleh orang yang seagama dengan mereka'. A p a sudah jadi dengan usaha Malaysia untuk menggalakkan Islam Hadhari yang progresif dan sederhana itu? Kalau beginilah tindak-tanduk yang diamalkan oleh pembela agama Islam' di Malaysia, maka lebih baik para pengundi memilih P A S dalam pilihan raya yang lalu!

Geneologi Autoritarianisme Kejadian yang berlaku pada malam 13 dan 14 Januari itu seharusnya mengingatkan kita bahawa walaupun berlaku sedikit perubahan dalam retorik rasmi dan Malaysia dikatakan negara Islam yang perpandangan sederhana oleh tidak lain dan tidak bukan pentadbiran neo-Kon Washington, tetapi sebenarnya tidak banyak perubahan berlaku di negara ini. Rakyat Malaysia juga harus sedar bahawa apa yang telah dilakukan demi 'memelihara kesucian agama Islam' meninggalkan kesan yang serius kepada masa depan Malaysia; status semua rakyat Malaysia - baik

Fasis Agama (bhg I) yang beragama Islam ataupun tidak; imej dan kedudukan Malaysia pada peringkat antarabangsa; serta kredibilitinya sebagai 'negara Islam yang sederhana'. Ia mencetuskan beberapa persoalan yang rumit, yang kurang menyenangkan, dan malah menyakitkan bahawa kita - sebagai rakyat Malaysia - perlu bertanya pada diri sendiri secara terbuka dan jujur. (Akan dihuraikan dengan lebih lanjut selepas ini.) Sebelum kita mula menyelesaikan masalah ini — yakni kebangkitan autoritarianisme agama-politik dan sikap tidak toleran agamapolitik yang semakin ketara di Malaysia - kita perlu terlebih dahulu memahami sifat masalah i t u sendiri. Masalah i n i mempunyai nama. Namanya ialah Fahaman Fasis. U n t u k pengetahuan mereka yang sudah melupainya, 'Fahaman Fasis' bukanlah sesuatu yang keji yang dicipta oleh askar Jerman atau Itali yang berhaluan kanan. Sebagai suatu ideologi dan perlakuan politik, ia mengandungi beberapa asas yang penting: 1.

Penggunaan kuasa, kekuatan, dan kekejaman dengan sewenangwenangnya untuk mencapai sesuatu matlamat politik;

2.

Penggunaan retorik yang defensif, sempit, dan bersifat introvert yang sentiasa mengingatkan masyarakat tentang 'bahaya dan ancaman;

3.

Penerapan budaya takut, paranoia, dan prejudis secara berleluasa yang melihat perbezaan pendapat dan perbantahan sebagai ancaman kepada perpaduan;

4.

Pengenalpastian yang dibuat secara licik terhadap kumpulan-kumpulan 'lain (dari segi agama, etnik, ras, dan jantina) yang dianggap 'ancaman luar' dan gejala 'buruk' yang perlu dibanteras; dan

5.

Kecenderungan untuk menggalakkan dan mengamalkan perpaduan yang tidak berbelah bahagi berlandaskan dialektik menentang yang melihat orang lain daripada kaca mata yang negatif yang wajar ditentang, dilawan, dan ditewaskan.

Atas sebab-sebab inilah maka 'Fahaman Fasis' ataupun kecenderungan fasis boleh didapati di mana-mana sahaja di dunia i n i , di kalangan kumpulan berhaluan kanan; baik daripada militaris neo-Kon yang me-

Di Balik Malaysia megang teraju kuasa di Washington; fundamentalis pelampau H i n d u dan golongan supremasi perkauman Aryan di India, Taliban dan elit Neo-Salafi/Wahabi dari dunia Islam. Semua kumpulan i n i mempunyai pandangan dunia dan sistem nilai yang sama, yang dimanifestasikan dengan pemantauan akhlak yang ganas, usaha memburu musuh, menyelar musuh mereka sebagai orang yang 'sesat, tidak berakhlak, keji' dan sebagainya. Di Malaysia, tanda-tanda awal kebangkitan autoritarianisme boleh didapati dalam budaya politik yang dominant negara i n i . Pada tahun 1970-an, budaya politik autoritarianisme Malaysia mula melahirkan kumpulan-kumpulan penentang tempatan yang serupa dengan budaya autoritarianisme yang ditentang oleh mereka: di kampus-kampus universiti di Malaysia, lahirlah kumpulan pelajar Melayu-Muslim berhaluan kanan yang mendakwa diri mereka 'aktivis Islam', tetapi sebenarnya lebih banyak memberikan tumpuan pada usaha untuk mengasingkan orang Melayu-Muslim daripada pelajar-pelajar lain. Mereka memulakan kempen dengan 'memantau' kehidupan kampus sehingga sanggup memecah masuk ke bilik asrama untuk mengawasi pelajar-pelajar Melayu-Muslim agar tidak melakukan perkara 'sumbang'. Dalam tempoh inilah munculnya aktivis seperti Ibrahim A l i dan pemimpinpemimpin pelajar Melayu yang lain. K i n i , logik autoritarianisme yang popular kembali kepada perkara asal, dengan kerajaan memainkan peranan yang tidak sepatutnya; yakni mengawasi nilai, kepercayaan, dan kehidupan peribadi rakyat Malaysia. Di luar lingkungan i n i , terdapat kumpulan-kumpulan seperti P U M , T E R A S , P A S dan U M N O yang sentiasa mengawasi tingkah laku, pemikiran, dan gaya hidup orang Melayu-Muslim, kononnya kerana mahu 'memelihara kesucian Islam'. Para akademik, penulis, aktivis, dan kini remaja yang mahu berlipur menjadi mangsa mereka. Terdapat usaha untuk menghukum orang Islam yang mempunyai pendapat yang berbeza, usaha untuk memburuk-burukkan kumpulan wanita Islam (misalnya Sisters in Islam), memburuk-burukkan homoseksual beragama Islam, dan sebagainya. Kemelut terakhir yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah apabila Ketua Menteri Melaka, M o h d A l i Rustam, mencadangkan supaya menghimpunkan Angkatan Belia 4B Melaka membantu kerajaan memantau rakyat Malaysia yang beragama Islam dan mengawasi kehidupan peribadi mereka - sekali lagi kononnya kerana mahu menjaga nama baik dan kesucian agama Islam.

Fasis Agama (bhg I)

Moral, Kempen Moral, dan Dahaga Kuasa Boleh dikatakan semua 'kempen moral' i n i tidak lain tidak bukan hanyalah usaha untuk memperluas kuasa kerajaan dan pihak yang memerintah. Sungguhpun kumpulan-kumpulan i n i mendakwa mahu mengawasi moral orang ramai demi 'kebaikan bersama', kewujudan penjaga akhlak seperti i n i adalah sesuatu yang sama sekali tidak bermoral. Pengawasan kehidupan peribadi warga negara ini, seperti yang dikatakan oleh George O r w e l l , merupakan langkah pertama ke arah pencabulan terhadap kehidupan peribadi orang ramai yang dilakukan oleh negara. Di sebalik slogan 'Agama Islam Terancam!', kita dapat menyaksikan kebangkitan banyak pergerakan autoritarian, daripada Taliban di Afghanistan, A h l i H a d i t h , Laskar Taiba/Jamaat'ul Dawa di Pakistan, Fron Pembela Islam, dan kumpulan-kumpulan seperti Majlis Mujahideen di Indonesia. Perlu diperhatikan bahawa sekiranya 'kempen moral' i n i mula dipraktikkan, maka yang menjadi mangsa ialah golongan yang paling lemah, yang paling kerdil, dan yang paling tersisih: kumpulan jantina yang minoriti, kanak-kanak, kumpulan ras/etnik yang minoriti, golongan miskin, penganggur, dan sebagainya. Yang menariknya, mengikut suatu laporan berhubung dengan kejadian yang berlaku di Kuala Lumpur itu, seorang pemuda Islam dibebaskan kerana dia mempunyai pertalian dengan orang kenamaan. (Sunday M a i l , 23 Januari 2005) Jadi di sini sudah p u n berlaku suatu percanggahan: ada dua standard prinsip moral, iaitu satu untuk orang yang berada dan satu lagi untuk orang miskin dan orang kebanyakan! Untuk sekian lamanya, orang Islam mahupun orang bukan Islam telah diugut supaya sentiasa berasa takut dan menyerah kepada autoritarian-autoritarian i n i yang mendakwa merekalah sahaja yang layak menentukan Islam yang 'sebenarnya' dan menyogokkan pandangan mereka i n i kepada masyarakat. Dalam sesetengah kes, ia telah mengakibatan penderitaan dan kematian orang yang tidak berdosa. Misalnya di sebuah negara Arab, penjaga akhlak telah mengunci pintu bilik asrama pelajar perempuan yang terbakar dengan alasan pelajar-pelajar tersebut tidak boleh dibenarkan keluar kerana sesetengahnya 'berpakaian tidak senonoh' dan tidak menutup kepala. Akibatnya ramai gadis terkorban. Tetapi penjaga akhlak i n i mempertahankan tindakan mereka itu dengan berkata bahawa gadis-gadis yang meninggal itu akan 'masuk ke syurga' kerana memelihara kesucian mereka! Ill

Di Balik Malaysia Adakah kita, rakyat Malaysia, juga akan berhadapan dengan perkembangan seperti itu? Negara i n i , yang pucuk pimpinannya berbangga kerana menjadi model negara Islam yang 'sederhana dan progresif k i n i hams bermuhasabah dan bertanya: berapa lama lagikah kita harus berdepan dengan pencerobohan hak dan ruang peribadi yang berlaku secara terang-terangan ini? Pucuk pimpinan yang d i p i l i h oleh rakyat pada tahun lepas dengan mendapat sokongan padu khususnya kerana rakyat Malaysia telah bosan dengan fahaman kuasa mutlak teokratik yang boleh dikatakan kolot yang disarankan oleh pihak pembangkang. Adakah i n i yang rakyat Malaysia mahu? A t a u sanggupkah kita, sebagai sebuah negara yang berdaulat, menunjukkan keberanian dan keyakinan politik untuk berkata buat kali pertama dan terakhir: bahawa kita tidak lagi sanggup melihat agama - apa-apa agama sekalipun - disalahgunakan untuk tujuan politik, dan bahawa kita tidak mahu diperlakukan seperti kanak-kanak, diperlekeh dan dikerasi oleh demagog? D a n yang paling utama, kita perlu ingat tentang hakikat yang mudah tetapi penting i n i - sebarang serangan terhadap mana-mana rakyat Malaysia (tidak kira ras, etnik, bahasa, jantina, ataupun budaya) adalah serangan terhadap masyarakat Malaysia pada keseluruhannya. Apabila seseorang rakyat Malaysia dicabuli, digugat, dan dianiayai haknya, maka kita semua turut menjadi mangsa penganiayaan itu. Inilah yang perlu kita sedari mulai dari sekarang. Seperti kata Spike Lee, pengarah filem bangsa Amerika: "Sedarlah wahai insan."

i

n

112

Fasis Agama di Kalangan Kita? (Bahagian II)

(Pertama kali disiarkan dalam Malaysiakini.com berjudul ' N o t just a Malay-Muslim problem' pada 31 Januari 2005)

D

yang berlangsung baru-baru i n i di Putrajaya, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah A h m a d Badawi berkata, "Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menunjukkan, melalui kata atau tindakan, bahawasanya sesebuah negara Islam boleh menjadi moden, demokratik, bertoleransi, dan berdaya saing dari segi ekonomi" ( B B C , Islam must help curb extremism, 28 Januari 2005). Walau bagaimanapun, sentimen sedemikian, sungguhpun wajar dipuji, tidak bererti sama sekali seandainya negara tuan rumah - Malaysia - turut menyaksikan kebangkitan kumpulan pengamal agama yang normatif dan skripturalis yang tidak moden (malah antimoden), tidak demokratik, serta tidak bertoleransi yang menggunakan jurucakap dan pembela sukarelawan untuk mengganggu-gugat majlis keraian dan acara awam di sana sini, menahan remaja Melayu-Muslim yang tidak melakukan sebarang kesalahan selain melepak beramai-ramai, dan kemudian menganiayai mereka dengan cara yang paling mengaibkan, memalukan, dan tidak berperikemanusian. Tindakan seperti i n i tidak dapat membantu menyemarakkan imej 'Islam Hadhari' yang mahu ditonjolkan oleh parti pemerintah masa ALAM MESYUARAT OIC

Di Balik Malaysia kini. Bagaimanakah tindakan pegawai J A W I yang sedemikian rupa itu dapat meningkatkan imej Islam sebagai agama yang memupuk kasih sayang sesama insan, berperikemanusiaan, dan bertimbang rasa? Kita menjadi bingung dan perasaan kita tersentuh oleh tindakan kasar yang telah dilakukan kerana mahu 'menjaga tatasusila.'

Islam, Kemelayuan, dan Pengawalan Konstitusi Melayu-Muslim Di Bahagian I siri rencana i n i , kita telah memperkatakan bahawa apa yang kita saksikan dewasa ini adalah semata-mata kebangkitan autoritarianisme yang berselindung di sebalik agama. Keadaan yang sama juga berlaku di tempat-tempat lain - antaranya rejim Taliban di Afghanistan, pemurni agama di beberapa buah negara Arab, fasis politikagama berhaluan kanan di India, Amerika, dan Israel - i n i hanyalah untuk menyatakan bahawa masalah autoritarianisme agama bukan cuma berlaku di Malaysia ataupun kepada agama Islam sahaja. D a r i segi analitis dan sebagai suatu tanggapan yang luar biasa, trend ini boleh dikategorikan 'fasisme' yang lazim difahami oleh kebanyakan orang. Tetapi persoalan yang sebenar adalah bagaimana dan mengapa kita menjadi begini. Inilah yang hendak diperkatakan sekarang ini. Sebelum kita berbincang dengan lebih mendalam, elok kita mengkaji beberapa fakta sejarah yang asas: semasa 'Zaman Keagungan Islam yang dibangga-banggakan itu, sebarang pengawalan oleh pihak berkuasa tidak wujud. Dalam memperkatakan hal i n i , kita teringat akan kajian Darius Rejali tentang Iran sebelum dan selepas revolusi. Dalam bukunya, Torture and Modernity, beliau menjelaskan bahawa dalam sejarah awal negara Iran (seperti halnya dengan kebanyakan negara di dunia ini) susunan sosial diselenggarakan oleh ahli masyarakat itu sendiri. 'Pengawalan' yang diamalkan dewasa i n i merupakan suatu fenomena moden yang muncul bersama-sama negara M o d e n . K i t a telah bincangkan sebelum i n i bahawa teka-teki pihak berkuasa bukan sahaja berlaku dalam agama Islam ataupun dalam masyasrakat Islam. A h l i falsafah politik dari Barat, seperti Hobbes, Locke, Rousseu, dan Kant turut berdepan dengan masalah yang sama: iaitu bagaimanakah sesebuah rejim mentadbir (mengawal dan mengurus) sesebuah masyarakat tetapi dalam masa yang sama memastikan ia tidak melemaskan, menguasai, 1

2

Fasis Agama (bhg II) dan membelenggu masyarakat yang dipimpin olehnya? A h l i teori Islam politik seperti al-Ghazali dan i b n Khaldun turut berdepan dengan masalah yang serupa. Pada keseluruhannya kita dapati - baik di dunia Islam mahupun di dunia Barat — semuanya mengharap agar keseimbangan, keadilan dan etika diutamakan. Kesemua cendekiawan ini bersependapat bahawa walaupun susunan sosial dan kestabilan perlu dipelihara demi mengelak daripada berlakunya huru-hara, ia T I D A K B O L E H digunakan untuk mewujudkan autoritarianisme, pemerintahan secara paksa, dan pemerintahan yang zalim. 3

Walau bagaimanapun, masalah akan muncul apabila ada rejim dan kaum elit yang mahu mengembangkan bidang kuasa seluas-luasnya untuk kepentingan politik semata-mata. Jika dan apabila rejim fasis ini wujud, maka bidang kuasa kerajaan juga akan turut bertambah. Dewasa i n i di seluruh dunia Islam kita dapat menyaksikan kemunculan pengaruh haluan kanan neo-fasis yang bercita-cita untuk mengawal masyarakat secara total. Perkara yang serupa turut dilakukan oleh Nazi dan Fasis di Eropah, serta rejim Komunis di bawah pimpinan Stalin dan M a o , dan juga rejim Pol Pot di Kemboja. Dalam semua kes tersebut, kewujudan pengawal akhlak' merupakan langkah pertama yang dilakukan oleh negara ke arah pencerobohan dalam kehidupan warganya yang paling peribadi, intim (dan oleh yang demikian begitu mudah dikecam). Sekali lagi kita teringat akan amaran George Orwell yang menakutkan dalam novelnya, 1984. Itulah sebabnya saya sudah berkali-kali mengemukakan bantahan bahawa kempen 'akhlak dan 'kesopanan seperti itu tidak ada kenamengena dengan piawai akhlak dan kesopanan, tetapi sangat berkait rapat dengan kuasa dan kawalan kerajaan. D a n dalam mana-mana kes sekalipun, sekiranya 'penjaga akhlak' begitu taksub dengan akhlak dan kesopanan, maka mereka seharusnya memberikan perhatian kepada masalah-masalah moral yang lebih parah yang wujud dalam masyarakat kita, antaranya rasuah dan surat layang yang berlaku dalam politik Malaysia, tahanan tanpa bicara, dan pembunuhan banduan dalam tahanan. Di Malaysia, jelas bahawa proses dan amalan pengawalan sosial ditujukan khususnya untuk satu sasaran: orang Melayu-Muslim. Sebabnya adalah jelas: faktor demograf menentukan bahawa sesiapa yang mengawal orang M e l a y u - M u s l i m yang menetap di Malaysia akan dapat menguasai seluruh negara. Ini adalah kerana masyarakat Melayu-Muslim merupakan jumlah pengundi yang paling ramai. 115

Di Balik Malaysia Memperoleh undian orang Melayu merupakan kunci untuk berkuasa di Malaysia, tetapi i n i hanya boleh dilakukan jika anda mengawal kesemua orang Melayu-Muslim. Proses i n i mula-mula dilakukan pada tahun 1940-an, apabila mendapati bahawa orang Melayu-Muslim merupakan golongan majoriti hanya dengan lebihan undi yang paling kecil. H a s i l daripada bancian yang dijalankan oleh pihak penjajah pada tahun 1910-an, 30an, dan 40-an menunjukkan bahawa orang Melayu sukar menguasai Malaya. Justeru itu U M N O pun ditubuhkan dan berjaya menyatukan lebih kurang 40 buah persatuan atas nama etnonasionalisme Melayu. Dari tahun 1940-an hinggalah tahun 1960-an, usaha untuk menguasai politik Melayu merupakan faktor utama yang membentuk politik di Malaya. Malah ketika itu kempen 'mengawal' orang Melayu sudah pun berjalan dengan rancaknya berikutan debat yang memperkatakan siapa 'Melayu sejati', siapa 'Melayu kacukan, dan siapa pula 'Melayu rojak' yang darahnya sudah tidak lagi tulen. (Pada masa itu orang seperti saya digelar D K K atau darah keturunan keling). Sejajar dengan i n i muncul pula budaya politik autoritarianisme yang mula menghakis hak-hak asas rakyat, dan menganggap sesetengah isu seperti perdebatan ketuanan Melayu sebagai mengandungi unsur menghasut dan salah dari segi politik. Undang-undang digunakan untuk membendung pendapat yang menentang dan media-media utama berada di bawah kawalan kumpulan etnonasionalis berhaluan kanan. Kesudahannya tentulah pemerintahan i n i menjadi semakin autoritarianisme dan merupakan politik majoritarianisme. Tetapi apa yang gagal disedari oleh kaum elit pendapat-pendapat lain yang merupakan cabaran terhadap komunitarian etnonasionalisme mereka yang eksklusif: iaitu wawasan politik yang berasaskan agama yang lama-kelamaan berkembang menjadi ideologi bangkangan yang teokratik. Menjelang tahun 1970-an dan 80-an, politik Malaysia menjadi semakin kemelut dengan adanya usaha untuk mempolitikkan agama Islam. Parti-parti politik Melayu-Muslim dalam negeri i n i — U M N O , PAS, A B I M dan Darul Arqam — bersaing untuk mendapatkan sokongan orang Melayu atas dasar agama Islam dan bukan ras. Islam dipolitikkan akibat perlumbaan Islamisasi antara U M N O dan PAS. Sepanjang tempoh ini, boleh dikatakan tidak ada kumpulan Islam di Malaysia yang berani mencabar logik yang sempit dan yang merugikan diri sendiri akibat perlumbaan i n i kecuali segelintir intelektual dan aktivis, antaranya Sisters in Islam.

Fasis Agama (bhg II) Kumpulan orang Islam yang berpengaruh ini bertindak tanpa mempedulikan orang lain dalam perlumbaan mereka untuk menunjukkan kelebihan mereka untuk menjatuhkan pihak lain. Baik U M N O mahupun P A S , masing-masing mendakwa dirinya mengamalkan Islam yang betid'. Kedua-dua belah pihak enggan mengakui bahawa dalam dunia Islam, memang wujud pendapat dan interpretasi yang berlainan. (Contohnya penindasan terhadap pergerakan Darul Arqam dan gangguan terhadap A y a h P i n ataupun A r i f f i n Mohammad.) Apakah yang kita - sebagai negara Malaysia - peroleh daripada i n i semua? Adakah masyarakat Malaysia lebih 'sopan' atau lebih 'bermoral' hasil daripada langkah mengawal agama dan moral ini? Tidak sama sekali jika kita lihat pada kegiatan rasuah yang semakin menjadi-jadi yang tersiar di dada-dada akhbar. D a n adakah orang Islam di Malaysia semakin terbuka dan maju dari segi pemikiran dan tindakan mereka? Tidak sama sekali jika dilihat daripada jumlah buku agama Islam yang terus-menerus diharamkan dan para akademik, intelektual, dan aktivis Islam yang terus diganggu gugat. Impian untuk mewujudkan Islam yang moden, bertoleransi, majmuk, dan demokratik di Malaysia nampaknya semakin malap kerana kita diganggu gugat oleh komunitarianisme agama, fundamentalisme, dan juga militan di rantau A S E A N ini. Tetapi yang paling dahsyat, pengawalan masyarakat MelayuMuslim turut mengancam projek yang paling sensitif: pembangunan negara. Dewasa i n i jenis negara apakah yang mahu dibangunkan oleh kita apabila terdapat satu jenis undang-undang untuk orang MelayuMuslim dan satu jenis lagi undang-undang untuk bangsa dan agama lain? Sementara parti Melayu-Muslim seperti U M N O dan P A S saling berlumba-lumba untuk menjatuhkan lawannya, dalam masa yang sama mereka juga mencetuskan syak wasangka dan salah faham di kalangan pelbagai kaum. A p a yang dahulunya hanya merupakan isu orang Melayu-Muslim k i n i sudah bertukar menjadi masalah negara, dan penulis ingin mengatakan bahawa ia k i n i sudah menjadi masalah setiap warga Malaysia.

Ini BUKAN Masalah Orang Melayu-Muslim! Mari kita berbalik kepada malam apabila lebih daripada seratus orang rakyat Malaysia dikasari oleh pihak berkuasa: menurut laporan media yang diberikan kepada kami, "suatu pengumuman melalui sistem PA

Di Balik Malaysia kelab mengarahkan orang bukan Islam beredar ke bahagian lain untuk 'terus berseronok-seronok' sementara yang lain-lain, kira-kira 100 orang beragama Islam, diminta membentuk dua kumpulan, lelaki dan perempuan." (Sunday Mail, 23 Januari 2005). Ini menuntut kita bertanya soalan yang paling menyakitkan dan memalukan: Apakah yang dilakukan oleh warga bukan Melayu/bukan beragama Islam ketika rakan-rakan mereka (saya membuat andaian bahawa mereka mempunyai kawan-kawan Melayu-Muslim) dikasari sedemikian rupa? H a l ini tidak dihebahkan tetapi sedang seratus orang rakyat Malaysia ditahan dan dikasari secara terbuka, yang lain-lain yang ada di situ 'beredar ke tempat lain di kelab itu dan terus berseronok-seronok.' J I K A itulah apa yang sebenarnya berlaku, maka serbuan yang dilakukan oleh J A W I d i kelab itu telah mendedahkan suatu aspek masyarakat Malaysia yang amat buruk dan sukar difahami. Sebelum saya dituduh menjadi dalang dalam isu bukan Melayu/bukan Islam, izinkan saya menegaskan perkara yang paling penting di sini: isu sebenar adalah bahawa sekumpulan warga Malaysia (tanpa mengira bangsa/agama) telah dikasari sementara yang lain-lain mengambil sikap endah tak endah. Dalam hal ini 'Islam' bukan menjadi isu dan 'Islam' tidak boleh dipersalahkan; tetapi yang harus dipersalahkan ialah autoritarianisme yang bertopengkan agama. Katakanlah terdapat suatu kejadian di mana sekumpulan penganut agama H i n d u , Buddha, ataupun Kristian yang ekstremis berhaluan kanan melantik diri mereka sebagai penjaga akhlak' bagi masyarakat mereka dan seterusnya mengawasi dan mengasari pengikut-pengikut mereka. Seandainya saya bersemuka dengan kumpulan itu, saya tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan hak-hak mereka yang teraniaya sungguhpun saya bukan beragama H i n d u , Buddha, ataupun Kristian. Perkara yang paling penting di sini ialah kemunculan kumpulan seperti itu mengancam perpaduan dan harmoni masyarakat Melayu secara amnya, dan oleh itu turut mengancam hak dan kebebasan asasi setiap warga Malaysia. Kita hanya boleh membuat andaian bahawa sikap membisu orang bukan Islam itu adalah hasil daripada dasar memecahbelahkan masyarakat yang sudah berdekad-dekad diamalkan di Malaysia. Untuk sekian lamanya, kumpulan Melayu-Muslim berhaluan kanan, parti dan organisasi telah menakut-nakutkan orang bukan Melayu-Muslim dengan memberitahu mereka bahawa mereka tidak ada hak untuk me118

Fasis Agama (bhgll) nyuarakan pendapat mereka tentang perkara yang berkaitan dengan agama Islam, dan bahawa mereka tidak ada hak untuk memprotes terhadap undang-undang dan peraturan yang semakin menindas yang telah diluluskan atas nama Islam. Tidak perlu dikatakan lagi, ini telah mewujudkan perasaan takut dan bimbang di kalangan warga Malaysia yang tentunya mahu memberikan pendapat mereka tetapi sebaliknya terpaksa menutup mulut mereka. Tetapi seperti apa yang telah berkali-kali diperkatakan oleh penulis ini: 'Islam' suatu agama yang agung yang tidak seharusnya ditangani oleh orang Islam sahaja. D a n sekiranya pihak pemerintah negara ini mahu menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam budaya negara, maka oleh yang demikian Islam merupakan masalah bersama bagi S E M U A rakyat Malaysia dan bukan hanya kepada orang Melayu-Muslim sahaja. Orang bukan Islam di Malaysia mempunyai hak untuk memberikan komen terhadap perlakuan, amalan dan perkembangan Islam normatif di Malaysia kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap kehidupan peribadi serta perlakuan dan hubungan mereka dengan orang Islam. Sekali lagi saya ingin membuat suatu perbandingan: sekiranya saya berada di India yang kebanyakan penduduknya beragama H i n d u ketika B J P / R S S yang merupakan fundamentalis H i n d u berhaluan kanan sedang berkuasa, saya rasa saya mempunyai hak untuk membuat komen tentang perkembangan agama H i n d u yang normatif di negara itu kerana ia juga melibatkan diri saya. Saya tidak perlu menjadi cendekiawan H i n d u untuk menyelar apa yang saya anggap sebagai putar belit agama oleh sekumpulan fasis H i n d u yang ekstremis. Begitu juga seseorang warga Malaysia yang bukan beragama Islam tidak perlu menjadi cendekiawan Islam untuk menyelar usaha mempolitikkan Islam yang tentunya akan meninggalkan kesan terhadap dirinya. Andai kata warga Malaysia sudah tidak lagi berani bersuara dan berbincang tentang agama dan politik, maka sesungguhnya masyarakat Malaysia sudah mencapai jalan buntu akibat tindak-tanduk sendiri. Kerana mengambil sikap berdiam diri bagi perkara seperti itu merupakan langkah pertama ke arah pengukuhan fasisme di kalangan kita. Inilah bahaya sebenar yang sedang kita hadapi: kerana tiada kepentingan bersama, jati d i r i , dan tanggungjawab sosial, kita mungkin akan memecahbelahkan negara Malaysia dan dengan berbuat demikian kita memberikan ruang untuk fasis berkuasa. N a m u n begitu, ada suatu cara untuk mengatasi jalan buntu i n i — suatu langkah yang berani. Ia memerlukan kita kembali kepada rukun119

Di Balik Malaysia rukun Islam yang sejagat, yang berperikemanusiaan dan merupakan ciri lazim dalam mana-mana agama sekalipun. D a n i n i juga bererti kita perlu membina pendekatan agama yang terbuka, dinamik, dan pluralis yang akan dapat menyelamatkannya daripada cengkaman politik komunitarian yang sempit. Tetapi langkah i n i memerlukan suatu nilai yang sukar dikenal pasti, tetapi memiliki kuasa yang sungguh kuat sehingga dapat menggegarkan sesebuah kerajaan dan membentuk masa depan sesebuah negara: kasih sayang.

Nota Akhir

Fasis Agama di Kalangan Kita? (Bahagian III)

(Pertama kali disiarkan dalam Malaysiakini.com berjudul 'The weapons against religious authoritarianism' pada 2 Februari 2005)

Kasih dan sayang sebagai benteng terhadap kebangkitan autoritarianisme agama

H

masyarakat Malaysia sudah mula sedar bahawa agama disalahgunakan untuk tujuan politik memang wajar dipuji. Selepas peristiwa pengeboman di Bali dan serangan di Jakarta baru-baru i n i , pihak berkuasa amat bimbang sehingga mereka menyiarkan siri tentang bahaya militan agama di kaca televisyen. Mesej yang hendak disampaikan ringkas dan mudah difahami: kita diingatkan bahawa Islam ialah agama yang mengutamakan Kasih dan Keamanan. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan Kasih dan bagaimana seseorang melahirkan politik kasih dan sayang? AKIKAT BAHAWA SEGELINTIR

Kerajaan Malaysia memang wajar berasa bimbang terhadap sebarang kebangkitan militan agama d i Malaysia dan di rantau A S E A N . Walau bagaimanapun, i n i menimbulkan persoalan yang lebih kompleks: bagaimana dan mengapa gerakan militan ini boleh terjadi? Sebahagian jawapannya terletak pada budaya autoritarianisme itu sendiri, yang akan diperkatakan dalam siri yang terakhir i n i . Hujah kita adalah bahawa autoritarianisme terjadi kerana tidak ada perasaan kasih sayang sesama insan, dan kelemahan i n i hanya boleh diatasi melalui politik yang berlandaskan kasih dan sayang. Dalam bahagian yang lalu dalam siri i n i , kita telah berhujah bahawa pengawasan orang Islam di Malaysia adalah peluasan pengawasan dan pengawalan terhadap orang Melayu. Ia menggambarkan masyarakat Malaysia yang berpecah belah, tidak stabil, dan menjurus pada politik komunitarianisme yang merugikan.

Di Balik Malaysia 'Etnopolitik komunitarianisme' di Malaysia bererti ahli setiap masyarakat terpaksa mencari pemimpin, bantuan, dan sokongan daripada kalangan masyarakat sendiri. Ini adalah suatu salah anggapan yang perlu diakui oleh kita semua, kerana ia menyembunyikan hakikat sebenar (baik dari segi logik mahupun dari segi biologi) bahawa tidak wujud 'kaum yang berbeza-beza', tetapi yang ada hanyalah suatu rumpun bangsa yang dianggotai oleh kita semua. Bertolak daripada premis yang menggelirukan ini, politik Malaysia dibina berlandaskan amalan pecah dan perintah (penjajah) yang pasti akan menggagalkan manamana usaha untuk membangunkan negara serta tidak mungkin akan lahir pemimpin yang akan disokong oleh rakyat sepenuhnya. Kerana matlamat utama politik adalah untuk memperoleh, menguasai, dan akhirnya mengawasi kawasan pilihan raya Melayu-Muslim khususnya, maka semua parti M e l a y u - M u s l i m telah mendendangkan lagu yang sama, dan tidak ada seorang p u n pemimpin Melayu-Muslim (kecuali mungkin Dato' O n n Jaafar dan Dr Burhanuddin al-Helmy) yang mahu berfikir tentang 'negara' sebagai suatu entiti. Dewasa ini kedua-dua parti Melayu-Islam - U M N O dan P A S — terperangkap dalam kancah kaum-etnik dan komunitarianisme agama. Oleh sebab kedua-dua parti mempertaruhkan masa depan mereka dalam perlumbaan Islamisasi' yang secara tidak langsung telah dimulakan oleh mereka sendiri, maka kedua-duanya tidak dapat lari daripada putaran ganas i n i . Tidak ada seorang p u n pemimpin MelayuM u s l i m dewasa ini yang sanggup menghentikan, mempersoalkan, dan merubah perlumbaan Islamisasi i n i sungguhpun ramai di kalangan mereka mengaku (secara peribadi) bahawa perkara i n i sudah berlarutan dan menyimpang jauh.

Jalan ringkas daripada autoritarianisme kepada sikap militan Politik yang berpecah belah ini boleh mencetuskan keadaan yang tidak stabil, yang hanya dapat dipelihara oleh sistem politik autoritarianisme yang disokong oleh undang-undang yang menindas seperti I S A . Sudah berkali-kali debat mengenai isu kedaulatan Melayu, kuasa utama Eksekutif, dan sebagainya terbantut oleh undang-undang yang melihat debat seperti itu sebagai perbuatan menghasut. Seperti yang telah dinyatakan sebelum i n i , inilah yang menyebabkan masyarakat bukan Melayu-Muslim berdiam diri kerana mereka dimaklumkan bahawa isu

Fasis Agama (bhg III) seperti perlumbaan Islamisasi adalah 'masalah orang Melayu sematamata'. Akibat strategi yang merewang i n i , penglibatan orang ramai dalam bidang politik dapat dibataskan, tetapi ia tidak berupaya membendung perlumbaan Islamisasi. Dalam persekitaran yang menindas, mencengkam, dan melemaskan i n i , maka tidak hairanlah jika kumpulan-kumpulan penentang di negara i n i turut mempamerkan budaya autoritarianisme yang ditentang oleh mereka. M u n g k i n ramai di kalangan kita menganggap ini sesuatu yang wajar. Jika kita tinjau sepintas lalu sejarah semasa Islam, kita akan dapati bahawa dalam kebanyakan kes, rejim k u k u besi dan kerajaan autoritarianisme telah melahirkan banyak kumpulan penentang yang ganas: rejim yang disokong oleh Amerika, Habib Bourguiba di Tunisia dan rejim Shah Iran terpaksa berdepan dengan kumpulan-kumpulan penentang yang ganas yang menggunakan Islam sebagai wacana untuk menggulingkan kerajaan. Sementara di Arab Saudi pula, kita melihat bagaimana usaha kerajaan untuk mengetengahkan interpretasi Islam Neo-Salafiyya Wahabi yang sangat konservatif itu telah melahirkan alQaeda dan Osama bin Laden. Contoh yang lebih rapat dengan kita ialah kemunculan gerakan yang semakin agresif dan angkuh yang mendakwa diri mereka pembela agama Islam'. Di Indonesia, kita menyaksikan kebangkitan kumpulankumpulan seperti Laskar Jihad, Fron Pembela Islam, Majlis Mujahideen Indonesia, dan sebagainya. D i Malaysia pula, J A W I , sebuah badan kerajaan yang sering bertindak dengan sewenang-wenangnya menjadi bukti bahawa autoritarianisme agama yang antimoden dan statik juga mula bertapak. A h l i politik mahu menyalahkan siapa selain diri sendiri kerana meletakkan kita dalam keadaan seperti ini? Masanya sudah tiba untuk kita memulakan suatu usaha yang benar-benar moden - untuk membincangkan arah tuju negara i n i , dan yang lebih penting, trajektori agama normatif di Malaysia. K i n i , kita lebih-lebih lagi perlu memperjelas dan memahami apa yang dimaksudkan apabila kita berkata bahawa Islam adalah suatu agama yang memupukkan kasih dan sayang sesama insan.

Di Balik Malaysia

Kasih sayang, etika, dan usaha untuk mengatasi prejudis 'Kasih sayang' bukanlah suatu hasrat lesu yang dilaung-laungkan oleh golongan hipi pada tahun 1960-an. H a r i i n i kita sering kali tidak memahami erti sebenar kasih dan sayang. K i t a mengaburkannya dengan ungkapan yang dangkal dan tidak menarik. Kasih dan sayang bukan sekadar menghadiahkan sejambak bunga atau coklat kepada kekasih pada H a r i Valentine. 'Kasih dan sayang' sesungguhnya adalah sesuatu yang mendasari segala etika. Ia merupakan suatu kuasa yang cukup kuat untuk menggegarkan kerajaan dan merubah masyarakat, dengan syarat kita faham maksud sebenar dan tanggungjawab yang terkandung dalam kata itu. 'Kasih dan sayang' ialah suatu pengiktirafan manusia sejagat yang kita kongsi bersama Yang Lain, dan oleh yang demikian ia memaksa kita bertindak untuk Yang Lain dan juga mempertahankan Yang Lain. Perkembangan yang berlaku di Malaysia dewasa i n i menunjukkan bahawa kita, sebagai sebuah negara, ketandusan Kasih dan Sayang. Mari kita berbalik kepada peristiwa yang berlaku di kelab malam di Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai: menurut laporan media, berikutan serbuan yang dibuat oleh 'penjaga akhlak' J A W I yang merempuh masuk ke dalam kelab itu dan membuat "suatu pengumuman melalui sistem PA kelab (mengarahkan) orang bukan Islam beredar ke bahagian lain untuk 'terus berseronok-seronok' sementara yang lain-lain, kira-kira 100 orang Islam, disuruh berkumpul dalam dua kumpulan, lelaki dan perempuan." (Sunday Mail, 23 Januari 2005). A p a yang berlaku seterusnya merupakan rentetan peristiwa yang menggugat maruah, kesaksamaan, dan hubungan silatulrahim mereka yang terlibat. Yang paling utama, perbuatan mengasingkan orang ramai itu sendiri mengandungi unsur berat sebelah yang sewajarnya dikecam. Apakah helah di sebalik tindakan mereka untuk membezakan orang Islam dan bukan Islam? Adakah penjaga akhlak J A W I itu mahu menyatakan kepada orang ramai bahawa keprihatinan mereka itu hanya terhadap orang Islam? Adakah i n i bererti orang bukan Islam (yang dianggap kafir) pastinya akan disumbatkan ke dalam neraka dan oleh yang demikian tidak ada gunanya diselamatkan? Pernahkan penjaga akhlak J A W I terfikir - untuk sejenak waktu - kesan buruk akibat tindak-tanduk mereka itu pada kaca mata orang bukan Islam (apatah lagi pelancong) yang ada di situ?

Fasis Agama (bhg III) Kita juga perlu memikirkan tentang layanan yang tidak berperikemanusian, memalukan, dan kasar yang diberikan kepada warga Malaysia beragama Islam. Adakah dengan memandang serong susuk badan wanita Malaysia dan mengeluarkan kata-kata kesat tentang kelakuan dan tubuh badan mereka akan dapat 'memulihkan' akhlak mereka yang terlibat? Nyata sekali kesannya berlawanan dengan apa yang diingini: tindakan kasar sedemikan rupa hanya menyahinsanikan lelaki dan perempuan yang ditahan dan merampas harga diri mereka sebagai insan yang war as — bertentangan dengan apa yang dituntut oleh agama Islam. Penghinaan dan penyahinsanian yang sengaja dilakukan terhadap Yang Lain wajar dianggap jahat, kerana 'Kejahatan' tidak mempedulikan hasrat kita untuk hidup bersatu padu dan saksama dalam sebuah masyarakat yang aman damai. Kita teringat akan falsafah etika Emmanuel Levinas - beliau merupakan mangsa peperangan yang diseksa oleh askar Nazi Jerman. Walaupun Levinas diseksa dengan kejam, beliau terselamat daripada kem maut dan meneruskan hidupnya - membina falsafah etika dengan mengatur seiring 'Kasih' dan 'Kejahatan'. 'Kejahatan' tidak mempedulikan manusia sejagat (justeru ia bertentangan dengan prinsip tauhid yang merupakan teras agama Islam), 'Kasih' pula merupakan usaha yang berterusan untuk memusnahkan benteng yang memisahkan kita semua. Oleh yang demikian, politik kasih dan sayang amat diperlukan di Malaysia dewasa i n i . Ia merupakan politik yang menganggap segala bentuk sektarianisme, komunitarianisme, strategi pengasingan, diskriminasi, dan penyahinsanian sebagai sesuatu yang pada dasarnya Jahat. Ini adalah kerana ia menentang usaha untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu dan saksama. A h l i politik kita bercakap tentang usaha untuk mempromosikan Islam sebagai suatu agama yang penyayang, tetapi adakah mereka benar-benar memahami maksud retorik yang berkobar-kobar itu? Usaha untuk mempromosikan agama Islam yang penyayang yang dapat diterima oleh semua orang menuntut kita terlebih dahulu untuk tidak berputus asa tetapi terus mengkritik politik pecah belah yang diamalkan di Malaysia. Politik pecah belah ini semakin bersifat dogmatik, autoritarian, dan eksklusif yang jelas dipergunakan untuk kepentingan politik masing-masing. Bolehkah parti seperti U M N O dan PAS (serta parti-parti lain) berubah, dan membuat anjakan etika-ide-

Di Balik Malaysia ologi yang hebat untuk lari daripada politik sektarianisme yang sempit supaya dapat menuju ke arah tingkat politik negara yang benar-benar inklusif? Jangan harap kita dapat melakukannya selagi masyarakat terus diam membisu dan berpeluk tubuh apabila berdepan dengan autoritarianisme yang disokong oleh negara. Kalau begitu, apa lagi yang perlu kita lakukan?

Berkasih sayang, bukan berperang! Apakah yang dimaksudkan dengan politik kasih dan sayang? Bagaimana kita hendak mengamalkannya? Jika kita bertolak daripada premis kemanusiaan sejagat (yang boleh ditemui dalam agama Islam dan agama-agama lain serta falsafah etika Barat yang sekular seperti yang dirumuskan oleh Levinas), maka politik kasih dan sayang sebenarnya ialah politik yang berusaha merapatkan jurang dan perbezaan budaya, kaum, ras, agama, jantina, dan kelas. Secara ringkas, matlamat politik i n i adalah untuk melihat semua orang hidup dalam keadaan aman dan saksama. Bagaimanakah politik seperti itu dapat dipraktikkan? Terlebih dahulu kita perlu menghapuskan penggunaan 'aku' dan ' k a m u ; 'kita lawan 'mereka'. Dalam kata lain, kita memilih dan menyokong parti politik yang antiperkauman, antiseksisme, dan antisektarianisme (sekiranya parti seperti itu masih belum wujud, ada baiknya kita menubuhkannya!). Ini juga bererti kita perlu mengambil kira keperluan, kesengsaraan, dan masalah Yang Lain, dan sedar bahawa penganiayaan hak warga Malaysia yang lain juga merupakan penganiayaan terhadap hak kita. Bagaimanakah kita dapat melawan serangan yang berlaku terusmenerus terhadap hak dan kebebasan kita ini? K i t a boleh menyertai mana-mana N G O dan menyokong kumpulan dan pergerakan yang selama i n i telah memperjuangkan hak kita. (Saya tahu tentang sebuah N G O yang memerlukan sokongan dan rangsangan anda: Sisters in Islam.) Selama i n i merekalah yang berada di barisan depan untuk mencabar kebangkitan autoritarianisme agama di negara i n i sedang kita semua leka berpesta. Ringkasnya, kita ulangperkara pokok yang ditegaskan selama ini: iaitu, dalam mana-mana masyarkat yang kompleks, berbilang kaum, dan berbilang agama yang sedang mengalami pemodenan dan pembangunan, pucuk pimpinan politik negara tersebut perlulah mewujudkan

Fasis Agama (bHg III) sebuah negara yang bukan sahaja stabil tetapi inklusif, serta mengambil kira kekompleksan dalamannya. Pucuk pimpinan politik mana-mana negara, jika mahu negara yang di bawah pimpinannya maju, perlu bebas daripada sentimen orang munafik dan mereka yang mempunyai kepentingan tertentu. Seseorang pemimpin yang mahu mentadbir sesebuah negara perlu mentadbirnya secara menyeluruh dan bukan hanya mentadbir kawasan pilihan rayanya. Tuntutan i n i bukan sahaja relevan bagi Malaysia, tetapi merupakan tuntutan sejagat yang perlu dipraktikkan oleh mana-mana masyarakat moden di dunia i n i . Bagaimanakah perkara i n i dapat diamalkan di Malaysia yang sebahagian besar penduduknya beragama Islam dan Islam akan terus menjadi pegangan utama pihak majoriti? Sebagai langkah permulaan, kita perlu kembali kepada rukun Islam yang bersifat sejagat, yang tidak membezakan mana-mana bangsa, etnik, darjah, dan bahasa. Ini bererti menghapuskan tindakan melampau mereka yang melantik diri sebagai 'pembela agama' yang memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik mereka dan mengembalikan Islam untuk dipelihara oleh orang Islam kebanyakan, yang tidak seharusnya dipinggirkan ataupun diperlakukan seperti kanak-kanak yang masih berhingus. Setelah diambil kira kesemuanya, i n i bererti membebaskan ekspresi normatif Islam daripada cengkaman demagog, ideologi, dan fasis autoritarian yang mabuk kuasa, supaya dalam amalan dan ungkapan harian, Islam dan orang Islam boleh berfikir, mengkritik diri sendiri, dan bijak menangani masalah masa k i n i . Ini akan menguntungkan agama Islam, umat Islam, serta orang bukan Islam, dan seterusnya menguntungkan Malaysia. Tetapi yang paling penting, semangat untuk bertanya, keupayaan berfikir, perasaan rendah diri, dan dinamik yang membuat kita mampu mewujudkan Islam M o d e n yang sebenarnya (moden dalam erti kata bersifat analisis dan wajar), yang juga dikenali dengan nama 'Islam Hadhari'.

Politik Malaysia - Ingatan Semula

Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Warisan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) yang Telah Luput Daripada Ingatan

Rencana ini ditulis pada tahun 2001, sewaktu negara masih amat pr hatin terhadap perbalahan antara UMNO dengan PAS. Sebahagian besar penulisan yang terdapat dewasa ini tentang Parti Islam Se- Tanah M {PAS) tertumpu pada strata kepimpinan semasa, serta orientasi ideol yang dipinda secara radikal selepas perubahan pemerintahan dalam parti itu pada tahun 1982. Kebangkitan kelompok ulama dalam parti menyebabkan PAS mengalami anjakan yang amat besar dari segi wa dan taktik, menjadikannya cenderung pada politik berbentuk auten dan nostalgik, yang membawa parti dan ahlinya kepada zaman silam Islam yang dilihat sangat sempurna. Namun tidak ramai yang sedar hawa sejarah PAS sebenarnya lebih kompleks daripada apa yang tern dan bahawa dalam tahun 1950-an dan 1960-an parti ini hampir-ham pir menjadi satu-satunya parti Islam sayap kiri di negara ini. Keada sedemikian banyak disebabkan oleh daya usaha Dr. Burhanuddin al Helmy, pemimpin parti ini sewaktu itu. Beliau sewajarnya dikira pem dan pemimpin politik Malaysia yang ternyata amat pintar dan petah

K

pergolakan antara dua kuasa yang seakan-akan mustahil didamaikan: kumpulan etnonasionalis konservatif U M N O dan kumpulan Islam konservatif PAS. Kebanyakan kita yang matang dalam politik bagi tempoh duajiekad yang lalu menganggap pertentangan dialektik antara kedua-dua parti tersebut sebagai sesuatu yang lumrah dalam politik Malaysia. Tidak pernah terlintas dalam fikiran kita bahawa keadaan boleh berbeza. Pada hakikatnya keadaan pernah berbeza suatu masa dahulu. INI MALAYSIA M E N Y A K S I K A N

Perlu kita ingat bahawa sejarah PAS bermula hampir seawal sejarah Bahkan, PAS muncul daripada keretakan dalaman U M N O apabila ahli U M N O daripada Biro Hal-Ehwal Agama membuat keputusan untuk memisahkan diri daripada parti dan menubuhkan organisasi politik sendiri pada tahun 1951. Pada tahun-tahun awal penubuhan PAS, ramai antara ahlinya menjadi ahli kepada kedua-dua parti, iaitu U M N O dan UMNO.

Dr. Burhanuddin al-Helmy

parti Islam yang baharu itu. Presiden pertamanya, Haji Ahmad Fuad, ialah presiden P A S dan pada masa yang sama juga ahli U M N O . Pada mulanya parti Islam yang mentah dan kurang pengalaman ini menghadapi banyak rintangan. Parti ini daif dan serba kekurangan sehingga pada pilihan raya tahun 1955, cuma 11 orang calon mampu diketengahkan dan hanya bantuan paling asas yang dapat diberikan, iaitu dalam bentuk poster dan sepanduk. Keadaan menjadi bertambah baik apabila kepimpinan parti diambil alih oleh Dr. Burhanuddin alHelmy, presiden ketiga P A S , pada tahun 1956. Dr. Burhanuddin menjadi salah seorang pemikir dan pakar kempen politik yang paling terserlah dalam lipatan sejarah Malaysia. Namun demikian terdapat amat sedikit penulisan tentang beliau. Tiada sebarang tugu, taman, atau bangunan yang dinamakan sempena nama beliau. Pada hal beliau mungkin menjadi pemimpin pertama Malaysia seandainya pihak Jepun tidak menyerah secara mengejut pada hujung Perang D u n i a Kedua dan sekaligus melupuskan janji mereka untuk menganugerahkan kemerdekaan kepada Malaya dan Indonesia. Lebih malang lagi, parti politik yang d i p i m p i n olehnya tidak merasakan beliau layak diberikan apa-apa ganjaran atas segala jasanya kepada parti itu. Pengabaian warisan Dr. Burhanuddin ini dapat difahami dalam konteks Malaysia yang sejarahnya ditulis oleh mereka yang berjaya untuk kepentingan sendiri. Bagi yang kecundang di perjalanan, seperti mendiang James Puthucheary yang baru-baru ini meninggal dunia, mereka sering kali dipinggirkan dan dilupakan. Budaya feudal pemerintah elit memastikan hanya aristokrat dan bangsawan sahaja yang layak mendapat tempat di ruang orbituari akhbar. Walau bagaimanapun, apa yang lebih menarik lagi adalah bagaimana dan mengapa warisan D r . Burhanuddin diabaikan oleh ahli partinya dewasa ini. Perkara i n i hanya menjadi jelas apabila kita memahami betapa berbezanya pendirian P A S pada tahun 1960-an berbanding dengan pendirian sekarang di bawah kepimpinan para ulama. PAS yang wujud pada lewat tahun 1950-an dan 1960-an tersangat jauh berbeza berbanding dengan apa yang terdapat sekarang. Ini banyak disebabkan oleh pandangan dunia Dr. Burhanuddin, presidennya ketika itu. Ideologi dan visi Dr. Burhanuddin berlatarbelakangkan perkembangan yang berlaku dalam dunia Islam ketika itu, dan dengan demikian ideologi dan visi tersebut serasi dan seiring dengan perkembangan dunia di sekitarnya. Ini berlaku semasa para pemikir

Di Balik Malaysia

dan pemimpin Islam berhadapan dengan pelbagai alternatif yang memerlukan pertimbangan mereka. Seperti kebanyakan golongan Islamis progresif yang segenerasi dengannya, Dr. Burhanuddin telah mencuba menggabungkan aliran pemikiran Islamis dan nasionalis, bertujuan mengetengahkan suatu pemahaman yang luas dan sejagat tentang nasionalisme yang menjangkau batasan-batasan sempit etnosentrisme dan politik perkauman. Di bawah pimpinannya, P A S berkembang menjadi parti Islamis radikal yang berpandangan nasionalis, anti-Kolonialis dan anti-Imperialis. Parti tersebut menitikberatkan kebebasan ekonomi, perjuangan menentang penjajahan, dan hegemoni Barat, serta perlunya mengetengahkan Islam aktivitis yang popular, yang dinamik dan berasaskan isu. Nasionalisme yang dibawa oleh Dr. Burhanuddin luas dasarnya dan tidak semata-mata berteraskan kategori essentialist perkauman atau politik keautentikan. Beliau menganggap identiti kebangsaan dan keempunyaan budaya sebagai ketentuan sejarah dan sebagai kategori yang perkembangannya perlu dibina atas dasar yang lebih k u k u h melalui agama dan etika. Untuk tujuan ini, beliau menerima nasionalisme dari kaca mata Islam untuk mewujudkan suatu ideologi nasionalis-Islamis yang dapat dijadikan alat bagi liberalisasi nasional dan emansipasi budaya. Gabungan aliran ideologi inilah yang telah melahirkan falsafah Islam PAS yang progresif dan kompleks di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin. Perbezaan falsafah politiknya amat bercanggah dengan pendirian kepimpinan parti itu dewasa i n i . Kepimpinan P A S telah secara terbuka mengisytiharkan komitmen parti itu terhadap perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam, namun presiden parti merupakan seseorang yang mahu menjalinkan pemikiran Islam, Nasionalis, Sosialis dan Reformis yang selari dengan intelek en vogue semasa di dunia pasca-penjajah waktu itu. Berbeza daripada ulama-ulama yang lebih konservatif, Dr. Burhanuddin tidak menggunakan ayat al-Quran dan hadis atau istilah esoterik yang kabur untuk mempengaruhi pengikutnya mahupun penentangnya. A h m a d Boestamam (presiden-pengasas P R M ) pernah menggambarkan beliau sebagai satu-satunya pemimpin Islam Malaya yang tidak menggunakan bahasa 'lebai kolot' atau 'fanatik agama. Pendekatan praktis Dr. Burhanuddin terhadap perjuangan politik dan sosial merupakan pendekatan yang mengutamakan kemahuan insaniah dan tindakan rasional. Beliau mengganggap manusia sebagai

Dr. Burhanuddin al-Helmy

pelakon utama sejarah dan beliau berpegang pada suatu kesejagatan politik yang bersifat duniawi, yang mana pertentangan antara kuasa dengan kepentingan merupakan perkara yang paling penting. Seperti para reformis dan modernis Islam abad ke-20 yang lain, beliau merupakan Islamis yang perjuangannya bersifat 'kekinian'. Beliau berbeza daripada pemikir-pemikir Islam yang sewaktu dengannya yang lebih konservatif dan dogmatik, yang terus bergantung pada tradisi rekaan mereka serta sejarah kegemilangan Islam. Bagi Dr. Burhanuddin, wira dan modelnya ialah tokoh-tokoh sezaman seperti Presiden Sukarno dari Indonesia dan Gamal Abdel Nasser dari Mesir. Tanggapan beliau tentang masyarakat Islam dan aturan politik yang ideal juga berasaskan perkembangan semasa. Beliau merujuk Persidangan Bandung dan paksi pan-Arab sebagai model sekutu politik dan bukan masyarakat Islam Madinah pada zaman N a b i M u h a m m a d s.a.w. Berbeza daripada pemikir-pemikir Islam yang lain, Dr. Burhanuddin sedar bahawa kesejagatan Islam mempunyai batas-batasnya. Walaupun beliau mengetengahkan pemahaman bahawa Islam bersifat sejagat, pada masa yang sama beliau memperakui bahawa perkara tersebut tidak mampu menarik minat mereka yang tidak berpegang pada atau menentang wacana teologinya. Kesegajatan Islam kekal sebagai kesejagatan bersifat particular atau khusus, yang tidak dapat diselaraskan sepenuhnya dengan wacana-wacana sejagat lain seperti Komunisme, Sosialisme, dan Humanisme Liberal. Dalam kes-kes tersebut, rundingan yang dilakukan dengan cara menentang dan membantah merupakan kunci kepada tindakan politik dan hegemoni. Dr. Burhanuddin tidak menumpukan perhatiannya kepada perbezaan antara pendirian ideologi golongan Islamis, Nasionalis, dan Sayap K i r i . Sebaliknya, beliau lebih memberikan penekanan pada rantaian kesamaan yang mengikat dan menyatukan usaha mereka. Inilah yang menjadikan beliau begitu berjaya dalam menyebarkan mesej Islam politik kepada khalayak ramai yang meliputi seluruh spektrum politik. Kemahiran Dr. Burhanuddin dalam rundingan turut membantu partinya merapatkan jurang ideologi antara golongan Islamis dengan Parti Rakyat dan Parti Buruh. Sementara para pemikir Islam dari tempattempat lain di dunia Islam ketika itu mengkritik secara terbuka sistem politik dan ideologi lain (Ab'ul Al'aa Maudoodi, pemimpin Jama'ati Island, pada tahun 1969 telah mengisytiharkan bahawa sesiapa yang bercakap tentang Sosialisme wajar dicabut keluar lidahnya), beliau sedar bahawa P A S perlu bersekutu dengan mereka.

Di Balik Malaysia

Walaupun beliau berjaya memperluas dan mengetengahkan agenda Islam politik, usaha beliau terbantut apabila beliau tiba-tiba hilang daripada arena politik. Selepas beliau ditangkap dan ditahan pada tahun 1965 di bawah A k t a Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau semakin uzur dan meninggal dunia pada tahun 1969. Segala pembaharuan yang diasaskan oleh beliau kemudian habis dirombak dan diuraikan melalui langkah-langkah yang dibuat oleh presiden parti itu yang berikutnya, Muhammad Asri M u d a , dari tahun 1970 hingga 1982. Politik etnonasionalis bawaan Asri M u d a yang mempertahankan dominasi politik dan kepentingan ekonomi Melayu telah mengasingkan PAS daripada parti dan organisasi bukan Melayu dan bukan Islam di Negara ini. Akhirnya, akibat rasa bangga yang keterlaluan serta kecenderungan beliau untuk melaksanakan kuasa penuh terhadap partinya, Asri telah dipecat pada tahun 1982 selepas beberapa siri skandal peribadi serta perbalahan dalaman parti yang sengit. 1

Sejak tahun 1982, PAS dipimpin oleh ulama angkatan baharu dan para pemimpin Islam yang berusaha untuk mentakrif semula Islam mengikut perspektif 'purist'. Mereka menganjurkan Islam revolusioner yang tersendiri, disuarakan menerusi wacana autentik bertujuan 'mensucikan' Islam dan penganutnya daripada unsur-unsur yang tidak Islamik seperti nasionalisme, humanisme, dan sekuralisme. Ini mengakibatkan terlerainya hubungan antara PAS masa k i n i dengan PAS dahulu buat selama-lamanya. Pandangan praktis Dr. Burhanuddin, dengan penekanannya yang nekad terhadap pengendalian masalahmasalah terkini dan terdekat, tidak mendapat tempat dalam wacana teokratik ulama PAS generasi semasa yang terus merujuk zaman lampau untuk mendapatkan model tokoh serta jalan penyelesaian. Dr. Burhanuddin nampak janggal dari segi tempat dan masa, dan walaupun kekal sebagai tokoh utama dalam perkembangan politik Malaysia dan Islam di negara ini, tiada siapa pun yang mengiktirafkan sumbangannya.

Nota Akhir 1

Dr. Burhanuddin sebenarnya Ahli Parlimen kedua yang ditahan di bawah ISA. Orang yang pertama ialah rakan lama dan sahabatnya, Ahmad Boestamam Presiden Parti Rakyat Malaya ketika itu. Mereka dituduh menjalankan aktiviti antiMalaysia dan Dr. Burhanuddin turut dituduh bermuafakat dengan golongan nasionalis Indonesia untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia. Beliau juga dituduh mencuba menubuhkan kerajaan di luar negara sewaktu dalam buangan.

Mengenang Seorang Lagi Tokoh Politik Islam: Ustaz Abu Bakar Hamzah Dinilai Semula

(Rencana ini ditulis pada tahun 1999.)

T

musim yang mengarut ini datang lebih awal. Beberapa minggu kebelakangan i n i perselisihan pendapat yang kecil dan remeh-temeh antara P A S dengan U M N O semakin menjadi-jadi, dan sekali lagi Malaysia berdepan dengan polemik "kami lebih alim daripada kamu." A H U N INI,

Sesetengah kita terperangkap dalam perdebatan antara kedua-dua pihak ini. Dalam situasi begini, andai kata kita ini orang Islam yang liberal, kita pasti termasuk dalam senarai "spesies yang hampir pupus." Selepas mengambil bahagian dalam beberapa perdebatan dan perbincangan terbuka tentang isu Negara Islam dan politik agama yang penuh ranjau di Malaysia, saya dihujani e-mel dan surat layang yang dihantar oleh "pembela Islam" yang tidak dikenali dan tidak dapat dikenal pasti. Mereka ini bercakap besar dan memang cukup berani, tetapi tidak cukup berani untuk memberitahu nama sebenar pada warkah mereka yang tajam dan berbisa i t u . 1

Walau bagaimanapun, hampir semua surat layang tersebut memperkatakan perkara yang sama. Rata-rata mereka menuduh saya "tidak menghormati ulama," dan saya patut dikutuk semata-mata kerana saya tidak sependapat dengan mereka, bahawa Malaysia wajar dijadikan Negara Islam, yang rakyatnya (jika bersalah) boleh direjam dengan batu hingga mati atau tangan dan kaki mereka dipotong. Sebelum tuduhan ini tersebar luas dan mendapat perhatian, izinkan saya menjelaskan kedudukan saya dengan ikhlas dan jujur. Bukan soal negara Islam yang sangat membimbangkan saya, tetapi yang merisaukan saya ialah penggunaan dan salah guna agama oleh ulama dan ahli politik untuk kepentingan politik mereka. Saya juga tidak menentang konsep Negara Islam per se—yang saya tidak setuju ialah usaha untuk memasukkan mana-mana agama dalam politik—baik Islam, Kristian, H i n d u , Buddha, Confucious, atau apa-apa agama sekalipun.

Di Balik Malaysia Saya selalu berpegang kepada hakikat bahawa kemasukan agama ke dalam ruang sivik akan menjejaskan proses demokrasi dan prinsipprinsip sekular yang menjadi asas demokrasi moden. Itulah pandangan peribadi saya, dan saya bersedia mempertahankannya baik secara peribadi mahupun secara terbuka di khalayak ramai. Namun, apa yang lebih membimbangkan ialah kesanggupan penyokong sesetengah parti dan gerakan politik menggunakan agama sebagai senjata untuk menentang musuh politik mereka. Apabila mereka menggunakan Islam sebagai senjata untuk membanteras komen dan idea orang lain dan melabel orang lain "orang Islam yang jahil," kita dapat mengagak arah mana tuju semuanya i n i . Kali terakhir krisis begini berlaku ialah pada awal tahun 80-an, iaitu apabila para pemimpin P A S mengatakan bahawa hanya parti mereka satu-satunya parti Islam yang sebenarnya di negara ini, dan sesiapa yang tidak menyokongnya dianggap kafir. Itulah suatu waktu yang menyedihkan dalam lipatan sejarah Malaysia kerana ahli parti PAS mendakwa mereka lebih Islam daripada ahli parti U M N O . A h l i U M N O pula menuduh ahli parti PAS 'kurang Islam' daripada mereka. Akhirnya kedua-dua pihak sanggup menggunakan wacana ketulenan dalam politik yang memberikan makna yang longgar dan eksklusif kepada agama Islam, dan ini tidak membantu membaiki imej dan kefahaman terhadap agama Islam itu sendiri. Persaingan siapa lebih Islam antara kedua-dua parti i n i telah melahirkan masyarakat Islam yang lebih konservatif, lebih reaksionis, dan lebih defensif, yang bertambah paranoid dan tidak berdaya. H a r i ini, sifat paranoid dan tidak berdaya ini terpancar dalam keghairahan dan semangat yang melampau di kalangan sesetengah ahli parti pembangkang Islam, yang seolah-olah berfikir bahawa mempertahankan Islam daripada kritikan luar adalah tanggungjawab suci mereka, walaupun kritikan itu datang daripada individu yang berniat baik dan bukan untuk memburuk-burukkan Islam, tetapi sebaliknya untuk mengutuk penyalahggunaan agama oleh sesetengah pengikutnya. Semangat yang membara ini disemarakkan lagi dengan penentangan dialektik oleh pihak parti pembangkang yang melagakan Islam dan penganutnya supaya menentang musuh dan ancaman dari luar, sama ada yang benar atau khayalan. Tindakan i n i terbukti berbahaya dan tidak produktif. Sudah banyak kali politik Islam i n i menggelapkan masa depannya, seperti dewa Yunani Saturn yang memakan anaknya sendiri. 136

Ustaz Abu Bakar Hamzah

Kita teringat akan nasib malang yang menimpa Ustaz A b u Bakar Hamzah, pemimpin veteran PAS yang mengkritik taktik dan tingkah laku sesetengah pemimpin dan ahli PAS pada tahun 1980-an yang d i anggapnya sebagai keterlaluan. Ustaz A b u Bakar telah sepanjang hayat menyumbangkan baktinya kepada PAS dan komited terhadap apa yang dianggapnya perjuangan sebenar PAS, iaitu membuktikan bahawa cara hidup mengikut Islam tidak bercanggah dengan kemodenan dan pembangunan, dan bentuk politik Islam serasi dengan demokrasi dan keadilan. Tidak seperti pemimpin-pemimpin lain yang muncul selepasnya, Ustaz A b u Bakar bukanlah produk pendidikan Islam tradisional. H a k i kat ini menjadi suatu faktor yang cukup merugikannya kemudian hari, apabila para ulama dan pengikut-pengikut yang taksub kepada mereka mula mencabar dan mempersoalkan latar belakang agamanya. Ustaz A b u Bakar Hamzah merupakan salah seorang pemimpin PAS yang berwibawa dan lantang bersuara pada tahun 70-an dan 80an. Sebagai aktivis dan pemikir yang tidak terikat pemikirannya, beliau kerap kali menimbulkan kemarahan pucuk pimpinan parti semasa era Asri M u d a (tahun 1970-82). Dalam tahun 60-an dan awal 70-an, kedudukan beliau dalam hierarki parti itu meningkat dan beliau d i lantik menjadi Ketua Pemuda PAS lalu dijadikan ahli Jawatankuasa Eksekutif. Apabila PAS (yang masih di bawah pimpinan Asri) menyertai Kerajaan Perikatan dalam tahun 1973, Ustaz A b u Bakar dilantik menjadi Setiausaha Parlimen. N a m u n ustaz A b u Bakar tidak bersetuju dengan rancangan Asri untuk membawa PAS masuk dalam kerajaan campuran Barisan Nasional. Jadi, pada tahun 1974 beliau meninggalkan parti itu dan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya yang berikutnya (menentang calon PAS yang bertanding atas tiket Barisan Nasional). Pada tahun 1976, beliau meninggalkan dunia politik Malaysia buat sementara waktu dan berangkat keluar negara untuk menyambung pelajarannya. Beliau menuntut di beberapa buah kolej dan universiti di Timur Tengah dan Eropah. Pada tahun 1981, beliau pulang lalu bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Kemudian, dengan bantuan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Ustaz Pak N i k Lah, beliau menyertai semula parti itu. Tidak lama kemudian, Ustaz A b u Bakar sekali lagi menentang pemimpin partinya apabila kumpulan ulama yang diketuai oleh Yusof Rawa, N i k Aziz, Fadzil Nor, dan H a d i Awang mengambil alih pucuk pimpinan parti itu pada tahun 1982. Beliau khususnya mengkritik para

Di Balik Malaysia ulama kerana menekankan kesetiaan dan ketaatan yang melulu terhadap mereka. Beliau menjadi semakin bimbang akan kecenderungan baharu P A S yang meletakkan kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada ulama, dan menentang taktik yang semakin melampau yang digunakan oleh sesetengah pemimpin dan ahli P A S yang baharu. Beliau menyelar sikap dogmatik dan fanatik yang keterlaluan di kalangan ahli PAS (yang menurutnya, digalakkan oleh ulama P A S sendiri), dan mengkritik Yusof Rawa kerana mempromosi ulama hingga ke darjat yang sedemikian tinggi. 2

Apabila P A S mula menuduh U M N O tidak Islam dan ahlinya orang Islam yang jahil, Ustaz A b u Bakar meluahkan bantahannya secara keras. Beliau membantah, mengatakan bahawa sikap tidak bertoleransi sedemikian bercanggah dengan ajaran Islam dan ulama seharusnya tidak menggunakan agama sewenang-wenangnya untuk membidas lawan mereka. Beliau mengutuk apa yang dilihatnya sebagai fanatisme dan ekstrimisme baharu di kalangan ahli P A S . Dalam satu rencana beliau menulis: Memangnya perangai orang-orang PAS sekarang ini suka mengkafirkan orang lain, suka pulau-memulau, suka rasa dirinya sahaja yang beriman dan bertakwa. Perangai biadab seperti ini masih berleluasa dalam PAS dan para Ayatollahnya gagal membendung, malah agaknya mereka suka melihat anak buah mereka suka kafir-mengkafir, pulau-memulau dan berasa diri mereka beriman tanpa orang lain. Perangai jahiliah yang beginilah yang akan meruntuhkan perjuangan PAS. 3

Kerana pendiriannya itu, Ustaz A b u Bakar Hamzah telah disingkirkan oleh partinya. Dengan mengutuk ulama yang digelar Ayatollah PAS itu, Ustaz A b u Bakar telah menimbulkan kemarahan ramai ahli parti yang muda, yang menuduhnya kafir dan munafik. Pada tahun 1985, beliau dicabar oleh kumpulan muda P A S dalam Muktamar tahunan. Pada tahun berikutnya, keahlian beliau digantung dan beliau terpaksa meletakkan jawatannya dalam parti tersebut. Beliau terus menulis dalam akhbar dan majalah seperti Mingguan Islam dan akhbar Watan. Tetapi sebenarnya pengaruhnya dalam parti P A S sudah berakhir. 4

Sekiranya pemimpin dan ahli P A S sanggup bertindak sejauh itu terhadap ahli mereka sendiri, sejauh manakah agaknya tindakan mereka terhadap orang lain yang bukan ahli P A S . E-mel dan surat berbisa

Ustaz Abu Bakar Hamzah

yang saya terima akhir-akhir i n i membuat saya terfikir tentang nasib malang yang menimpa Ustaz A b u Bakar Hamzah yang kerjaya politiknya terbantut angkara ahli partinya yang fanatik. Kisahnya memberi kita suatu pengajaran yang tidak ternilai, yang masih relevan: Fanatisme—baik dalam politik mahupun agama—akhirnya akan menelan setiap orang, termasuk orang yang fanatik itu sendiri. Sikap tidak bertoleransi dan minda tertutup sesetengah penyokong parti dan gerakan politik bercorak Islam di negara i n i akan mencetuskan kemusnahan

Nota Akhir 1

Kepada i n d i v i d u misteri yang menggunakan nama ' M u j a h i d Sebenar,' saya ingin menjelaskan bahawa anthrax tidak boleh d i k i r i m melalui e-mel, walau bagaimana dicuba sekalipun. Bagi saya, kenyataan i n i dibuat sebagai gurauan (yang tidak kena pada tempatnya).

2

Lihat: Ustaz A b u Bakar H a m z a h , " M e n g a k u i Kebenaran Suatu Kewajipan", Watan, 21 Julai, 1988.

3

Lihat: Ustaz A b u Bakar H a m z a h , " T i d a k Kenal M a t a H a t i dan D i t i m p a Perasaan", Mingguan Islam, 17 J u n 1988.

4

Walaupun beliau dicap talam dua m u k a dan pengkhianat oleh ahli partinya, tidak banyak pengkritik Ustaz A b u Bakar yang ingat bahawa beliau adalah salah seorang pemimpin PAS yang menentang A s r i M u d a dan yang menentang kemasukan PAS dalam Kerajaan Barisan Nasional (sedangkan Yusof Rawa dan N i k A z i z , keduaduanya bukan setakat menerima tawaran tersebut, malah telah diberikan jawatan dalam Kerajaan). T i d a k seperti

kebanyakan p e m i m p i n PAS yang memberontak

dan menentang parti sendiri, Ustaz A b u Bakar tidak suka melompat daripada suatu partinya kepada parti lain walaupun selepas keahliannya dalam PAS digantung. H a l i n i tidak berlaku kepada p e m i m p i n - p e m i m p i n PAS yang lain seperti A s r i , O s m a n A b d u l l a h , dan N a k h i e A h m a d — y a n g kesemuanya menyertai UMNO akhirnya.

Apa Sudah Jadi Kepada Deklarasi Permatang Pauh?

(Rencana ini ditulis pada tahun 1999.)

T

- meter pengukur tahap keanehan - jatuh menjunam melepasi sifar dan arah tuju politik Malaysia berubah sekali lagi. Kebelakangan ini kita asyik mendengar seolah-olah negara ini terdiri daripada golongan Islam-Melayu semata-mata. Tajuk-tajuk akhbar didominasi hal yang berkatian dengan komuniti tunggal melebihi yang lain. Daripada memberikan tumpuan pada hal-hal politik dan ekonomi seperti yang sewajarnya, kita leka berdebat tentang negara Islam, bahaya bikini dan kolam renang, siapa yang bersekedudukan dengan siapa (apa, di mana, dan bila) dan sama ada mangsa rogol perlu dihukum jika mereka gagal mengemukakan perogol dan saksi di mahkamah (suatu syarat yang sukar difahami, memandangkan perogol tidak akan berkeliaran di tempat kejadian dan tidak ramai pula saksi yang waras dan jujur sanggup berdiam diri semasa mangsa dirogol). ATKALA BACAAN BIZZAROMETER

Namun, tidak berapa lama dahulu, di sebuah negeri tidak jauh dari sini, semua orang bercakap tentang 'reformasi'. Banyak sungguh yang diperkatakan tentang perlunya reformasi, perlunya kita bebas daripada kategori essentialist dan dikotomi pembangkangan dalam politik Malaysia yang konvensional, serta perlunya kita berdepan dengan prasangka lama dan stereotaip yang sudah lapuk. Paling penting, tetdapat perbincangan tentang perlunya mencipta, buat pertama kalinya, suatu arena politik dan ruang awam kebangsaan yang benar-benar mengambil kira dan merangkumi semua kaum dan agama agar dapat bersatu dan berusaha mewujudkan negara Malaysia yang benar-benar berbilang bangsa dan agama.

Permatang Pauh

Walaupun mempunyai banyak kelemahan, Malaysia telah mencapai banyak kejayaan sepanjang setengah abad yang lalu. Negara yang disangka mudah meletus ini rupa-rupanya antara negara yang paling stabil di rantau A S E A N , berkat keberkesanan undang-undang lapuk yang bersifat menindas, yang telah berkali-kali digunakan (dan disalahgunakan). Kita bersyukur Malaysia sentiasa di bawah kuasa pihak awam dan bukan diterajui jeneral dan kolonel sebagaimana yang berlaku di negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Burma, Vietnam, dan Kemboja. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa kita berjaya. Tetapi perjalanan Malaysia masih jauh. Kita belum mewujudkan suatu kesepakatan kebangsaan yang merangkumi semua kaum dan agama agar mereka dapat hidup dalam keadaan selesa dan berasa mereka ada tempat di negara i n i . Naratif kebangsaan bagi mana-mana negara perlu mencerminkan kepelbagaiannya dan bukan sekadar memperuntukkan bahagian masing-masing kepada komuniti-komuniti yang ada, meminggirkan golongan yang kurang bernasib baik sedangkan golongan yang terserlah diberikan layanan yang istimewa. Seperti kata Ben Anderson, negara ialah suatu entiti khayalan dan khayalan kebangsaan perlulah sesuatu yang dapat dikenal pasti oleh semua rakyat. H a l ini mustahil tercapai apabila suatu gologan mendominasi yang lain lalu naratif kebangsaan sekadar menjadi monolog yang menyelar golongan yang lain. Gendala radikal akibat krisis ekonomi tahun 1997-1998 dilihat sebagai peluang untuk berpaling daripada masa lampau dan menggendalakan naratif yang sudah lama dominan dan tidak aktif. Kita semua merasakan sudah sampai masanya kita keluar daripada politik masa lampau yang bersifat perkauman yang sempit, dan berusaha ke arah suatu kesepakatan kebangsaan yang baharu demi masa hadapan kita. Boleh dikatakan inilah inti pati dan semangat 'Deklarasi Permatang Pauh' yang hampir luput daripada ingatan kita yang dikemukakan pada September tahun 1998 oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Deklarasi tersebut menggariskan matlamat dan ideal apa yang kemudian dikenali sebagai gerakan reformasi. Pada mulanya, gerakan itu memperkatakan politik Malaysia yang luas dasarnya. Mereka yang berasa tersisih atau terpinggir oleh budaya politik yang dominan di negara i n i tertarik padanya. Hakikat bahawa begitu ramai yang tampil menyokong perjuangan tersebut - pelajar, aktivitis, golongan akademik, pekerja, golongan profesional, dan ahli

Di Balik Malaysia

perniagaan daripada pelbagai kaum dan agama - menunjukkan bahawa inilah peluang untuk mewujudkan suatu gabungan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Ideal gerakan ini bersifat sejagat dan pada asasnya humanistik. Deklarasi berkenaan menyatakan ia berlandaskan "ajaran al-Quran yang menyeru kepada kebaikan D A N dimotivasi oleh tradisi Asia". Justeru, gerakan ini tidak memberikan keutamaan kepada mana-mana agama yang mengatasi sistem budaya dan kepercayaan yang lain. Selaras dengan ini, matlamatnya luas dan terangkum. Ia tidak mahu mewujudkan negara teologi yang mengutamakan sesuatu agama. Sebaliknya usaha adalah ke arah "menggalakkan pembaharuan bagi individu dan masyarakat secara keseluruhannya". Walau bagaimanapun, keadaan menjadi rumit apabila parti-parti politik mula campur tangan. Apabila gerakan reformasi diterima pakai oleh parti pembangkang Malaysia - P A S , P R M , D A P , dan kemudian, Keadilan - reformasi telah bertukar menjadi suatu projek politik dan wahana pilihan raya. Keadilan, satu-satunya parti yang diharapkan dapat mengatasi kemelut ini, telah berusaha menyatukan masyarakat. Ini ternyata berdasarkan komposisi parti yang berbilang kaum. (Ramai yang menganggapnya parti Gerakan tahun 1990-an.) Walau bagaimanapun, dalam politik, ideal tidak banyak diberikan penekanan; sebaliknya yang diutamakan ialah taktik dan strategi. Politik adalah tentang undi dan kerusi, wang dan kuasa. Sedang parti dalam Barisan Alternatif bertelingkah kerana merebut kerusi dan konstituensi, perbezaan ideologi mereka mula ketara. Akhirnya, kumpulan tersebut berpecah apabila ternyata D A P dan P A S , parti yang dominan, tidak bersefahaman dalam isu negara Islam yang sensitif. Sungguhpun PAS bersikap benar kerana menyatakan yang ia tidak hipokrit dalam menuntut penubuhan negara Islam yang d i p i m p i n dan diperintah oleh orang Islam, D A P yang sekular tentu sekali sukar menerima pendirian ini. Justeru itu kita semua sudah tahu susulannya. Namun, tatkala negara sedang bersiap sedia untuk pilihan raya yang akan datang, warga Malaysia masih tidak sepakat dan kurang pasti. Ketidakpastian mereka semakin menjadi-jadi kerana parti perikatan tidak lagi bersifat menyeluruh dan tidak lagi mencerminkan hasrat dan impian warga Malaysia. Oleh itu, pilihan yang ada bagi kita bukanlah pilihan dalam erti kata yang sebenar. Sehingga k i n i warga Malaysia masih tertunggu-tunggu anjakan paradigma yang dijanjikan tidak berapa lama dahulu. 142

Permatang Pauh

PAS pula membuat kenyataan bahawa orang yang bertanggungjawab menggerakkan reformasi tidak semestinya menjadi pilihan mereka untuk jawatan Perdana Menteri sekiranya pihak Pembangkang menang (Ketua Parti Yang Menang Majoriti, Jadi PM, Tak Semestinya Anwar: PAS, Malaysiakini, M e i 30, 2002). Adakah ini bermakna akan ada lebih daripada satu calon untuk jawatan tersebut? (Memandangkan PAS sememangnya tulang belakang B A , kita dapat mengagak calon siapa yang dipilih nanti.) Justeru, ke manakah hilangnya perjuangan reformasi yang suatu masa dahulu mendapat sokongan ramai itu? Atau mungkinkah selama i n i ia cuma suatu muslihat ke arah matlamat membina Negara Islam? Harus diingati bahawa perubahan ketara dan perolehan undi oleh Pembangkang pada tahun 1999 merupakan peringatan kepada pihak berkuasa untuk bertindak dengan bijak dan menangani keluhan rakyat secara menyeluruh. Saya tetap berpandangan bahawa apa yang berlaku bukan menandakan rakyat mahu menubuhkan negara Islam atau apa jua bentuk kepimpinan teologikal di negara i n i . Warga Malaysia tidak mahu menukar pimpinan yang sedia ada dengan pimpinan mullah. Apa yang kita cari ialah jalan keluar daripada kebuntuan politik yang menyebabkan negara hilang punca dan tidak berupaya menangani masalah-masalah yang melanda. Yang peliknya, yang pertama bertindak (walaupun dengan perlahan) ialah pihak berkuasa. Parti U M N O mula melakukan pembaharuan dalaman, sungguhpun hanya perubahan luaran. Pembangkang, sebaliknya gagal mengatur langkah dan asyik berbalah sesama sendiri kerana mahu mendapatkan pengaruh dan hegemoni. Sepatutnya mereka sama-sama berusaha memulih keadaan dan mencapai kesepakatan yang mampu berfungsi dengan jayanya, yang boleh menangani pelbagai tuntutan daripada masyarakat majmuk Malaysia. Sebaliknya mereka kembali kepada perjuangan lama mereka, yakni mereka lebih suci daripada lawan mereka. Sejarah akan melihat zaman ini sebagai satu lagi percubaan warga Malaysia untuk merubah dan menebus maruah yang gagal. Kita mesti keluar daripada situasi ciptaan sendiri i n i . Kita perlu berkembang secara beransur-ansur untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi, yang mana isu berkaitan kaum, etnik, dan agama dapat diselesaikan menerusi kesepakatan. Tetapi peluang ini seakan-akan telah hilang dan hanya segelintir ahli sejarah masih ingat tentang matlamat 'Deklarasi Permatang Pauh' yang wajar dipuji itu. K i t a telah mengorbankan ideal

Di Balik Malaysia

dan impian kita kepada tuntutan politik yang tidak semestinya sentiasa benar atau adil. Kita semua seharusnya berasa malu dan bersalah.

Nota K a k i Deklarasi Permatang Pauh Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud "tidaklah k a m i m a h u melainkan untuk melakukan islah sekuat daya k a m i " ; D a n berilhamkan tradisi budaya-budaya A s i a yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; D a n menginsafi bahawa Malaysia k i n i dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula; M a k a kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh; Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani.dari kesedaran bahawa sesungguhnya d i r i manusia itu m u l i a dan merdeka, m e m p u n y a i hak dan tanggungjawab, d i r i manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil; Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang m i s k i n ; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah; Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam d i r i manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia u n t u k berlaku zal i m menjadikan demokrasi satu kewajipan; Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi.menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. D u n i a i n i mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan i n d i v i d u ; Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya; Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang m u r n i dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya; Gerakan reformasi untuk membawa Bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Permatang Pauh Kami akan menggerakkan reformasi i n i dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang. Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi. Permatang Pauh, 1998

145

Musim Amuk Tiba Lagi: Bagaimana Kita Mengekalkan Mitos Empayar

Satu hari lagi, satu lagi amuk.

B

O L E H K A H K I T A M E N G H A R A P K A N Perhimpunan A g u n g U M N O berlangsung tanpa perwakilannya mengucapkan slogan-slogan 'Melayu dalam bahaya'. Barangkali sudah terlewat untuk membayangkan perhimpunan U M N O yang tidak menghunuskan keris di khalayak ramai, diiringi retorik tentang darah dan hak. Barangkali sudah terlambat untuk mengharapkan suatu hari nanti pemimpin U M N O akan menjadi matang dan meninggalkan tafsiran yang diwarisi daripada penjajah. Seperti yang diramalkan oleh kebanyakan orang, Perhimpunan Agung U M N O baru-baru i n i menghampakan. Walaupun pemimpin parti merayu dan mengingatkan orang ramai bahawa perjuangan Malaysia untuk mencapai kemerdekaan merupakan usaha bersama semua masyarakat, laungan kawasan tengah orang Melayu bergema lagi. Keris dihunus dan dijulang. Kata yang diucapkan berkisar tentang 'ancaman' dan 'konspirasi' terhadap bangsa Melayu. K i t a sudah lupa bahawa kategori kemelayuan itu sendiri adalah sesuatu yang dicipta oleh penjajah. D a n kita juga sudah lupa bahawa politik komunitarianisme eksklusif sudah wujud sejak dari zaman Empayar lagi. 'Melayu mudah lupa' bukan suatu ungkapan yang baharu. Betulkah Melayu mudah lupa? Ia dipersoalkan memandangkan sesetengah orang Melayu tidak lupa untuk menggunakan kesempatan yang ada untuk meraih simpati.

Di tengah-tengah semua i n i , semakin ramai arketip Melayu yang muncul. Apabila perwakilan U M N O meratapi nasib orang Melayu, maka

Musim Amuk Tiba Lagi akan keluarlah ungkapan-ungkapan yang stereotaip dan klise. Tuan penjajah kita tentunya berasa bangga: Selepas seabad diindoktrinasikan oleh penjajah, orang Melayu (sekurang-kurangnya orang Melayu U M N O ) akhirnya membatinkan mitos kononnya orang Melayu tidak rasional, mundur, dan malas. K i t a lalu teringat akan kata-kata Frank Swettenham yang menggambarkan Tanah Melayu sebagai bumi yang diduduki oleh orang amuk. Kata-katanya adalah seperti yang berikut: 'Malaya, bumi lanun dan amuk, rahsia kamu disimpan dengan baiknya, tetapi musuh akhirnya berjaya melepasi pinm kamu, dan tidak lama lagi penghalang Kemajuan akan menembusi daya tahan yang paling kecil, 'peradabkan' rakyat kamu, dan terapkan mereka dengan nilai akhlak yang tinggi.' 1

Bekas pemimpin U M N O , M o h a m a d Rahmat, adalah antara orang pertama yang mengucapkan kata yang dahsyat itu: "Jangan uji orang Melayu; mereka tahu 'mengamuk'." Perwakilan dari Melaka, Hasnoor Sidang Hussein, mencurah minyak ke dalam api apabila beliau dengan lancang berkata bahawa " U M N O sedia berkorban nyawa dan bermandi darah demi bangsa dan agama." A h l i Exco Pemuda U M N O , A z i m i D a i m , menambah dengan berkata bahawa "apabila keadaan menjadi genting, darah pahlawan Melayu akan mengalir dalam nadi kami." (Jadi kita mahu tahu: A p a terjadi jika keadaan tidak genting? Darah siapa yang mengalir dalam nadi mereka ketika itu?) Tetapi yang paling hebat ialah perwakilan Perlis, H a s h i m Suboh, yang mengajukan soalannya kepada Hishamuddin O n n : " D a t u k H i s h a m telah menghunus, mengayun, dan mencium kerisnya. K i t a nak bertanya kepada Datuk Hisham: bilakah dia hendak menggunakan kerisnya itu?" Ancaman hendak mengamuk dan menumpahkan darah telah menjadi sesuatu yang lumrah sehingga kita sudah lali dengannya. Sejajar dengan ancaman-ancaman lain seperti '13 M e i ' atau 'Operasi Lalang', ancaman orang Melayu akan mengamuk k i n i dianggap perkara yang mesti ada dalam ungkapan politik Malaysia dan ahli politik Malaysia khususnya. Darah dan keganasan menjadi sebahagian bahasa politik kita. N a m u n berapa ramaikah 'pembela' bangsa yang sanggup menumpahkan darah (darah siapa?) demi mempertahankan bangsa i n i benar-benar sedar akan kesan jangka panjang kata-kata dan perbuatan mereka itu? Berapa ramaikah komunitarian hebat i n i sedar bahawa den-

Di Balik Malaysia gan setiap ancaman amuk, dakwaan stereotaip bahawa orang Melayu tidak rasional menjadi semakin k u k u h dan mantap? Pada masa-masa begini ada baiknya kita kembali ke zaman silam dan melihat bagaimana ideologi politik perkauman dan stereotaip perkauman mula-mula diperkenalkan kepada pemikiran rakyat Malaysia. Fenomena amuk selamanya dilihat sebagai sesuatu ciri khusus penduduk kepulauan Melayu. M a l a h terdapat banyak penulisan tentang fenomena i n i sejak dari abad ke-16 lagi apabila orang Eropah pertama kali bertemu dengan penduduk di rantau i n i . Mengikut pendapat sebilangan sarjana Orientalis, orang Melayu umumnya bangsa yang tidak rasional dan panas baran. Pengenalan konsep pseudo-saintifik 'Bangsa' (alat penting dalam pembinaan ideologi Yang Lain yang dijajah mewajarkan politik pembahagian dan hierarki yang dipraktikan oleh Empayar) dapat diterima kerana adanya sifat-sifat tertentu pada rakyat yang dijajah itu. Berhubung dengan orang Melayu pula, fenomena amuk telah dipergunakan sebagai faktor penting yang melemahkan dan seterusnya mewajarkan penjajahan paternalistik terhadap 'bangsa' manusia yang lemah, tidak rasional, dan emosional i n i . Semasa era penjajah Britain, pegawai dan pentadbir penjajah di Malaya menjalankan urusan mereka dengan orang Melayu mengikut pemahaman budaya, politik, dan sejarah Melayu yang diracuni prasangka. Untuk mengukuhkan lagi pemerhatian u m u m yang dibuat tentang orang Melayu, pihak berkuasa penjajah juga bergantung pada alat pseudo-saintifik seperti kajian etnografi dan b a n d penduduk yang digunakan untuk membantu mengesan dan mengenai pasti kelompok peribumi yang berbeza-beza dan mengaturnya mengikut hierarki wacana penjajah. Di samping dakwaan para gabenor dan arkitek Empayar, teori eurosentrik ahli sains perkauman dan ahli sosial Darwin telah menambah kredibiliti dan justifikasi saintifik terhadap dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan di tanah jajahan dan dijadikan realiti politik dengan terciptanya masyarakat majmuk yang terpisah dan berlapis-lapis. 2

Seperti yang dijelaskan oleh Alatas (tahun 1977) dan Winzeler (tahun 1990), kajian tentang ciri dan amalan budaya Melayu yang dibuat oleh penjajah sering digunakan untuk menjustifikasikan sikap paternalistik mereka terhadap rakyat Melayu yang dijajah. C i r i - c i r i budaya Melayu seperti amuk, latah, dan lain-lain lagi dikaji dan didokumenkan secara dangkal, dengan memberikan penekanan kepada hal yang remeh-temeh yang berkaitan dengan fenomena tersebut. Kajian 3

Musim Amuk Tiba Lagi sedemikian juga digunakan untuk menguatkan lagi kepercayaan bahawa orang Melayu, dari segi budaya dan keturunan, jauh lebih rendah berbanding penjajah mereka kerana ciri-ciri lemah yang dimiliki oleh mereka. Dakwaan stereotaip bahawa orang Melayu keanak-anakan, tidak stabil, dan tidak boleh diharap lantas dikembangkan ke semua bidang dan lingkungan: daripada kesusasteraan orientalis hinggalah kepada kajian akademik yang 'serius', daripada bidang kesihatan dan kebajikan hinggalah kepada perancangan perumahan awam dan perbandaran. Begitu merebak dan berpengaruhnya kepercayaan tentang kelemahan orang Melayu sehingga ia terus dapat bertahan hingga ke era pascapenjajah mengikut persepsi orang Eropah mahupun orang Asia. 4

Jadi apabila pemimpin U M N O dewasa i n i mencapai keris mereka dan melaungkan slogan darah dan tentangan, adakah mereka sedar bahawa retorik mereka mengandungi unsur-unsur antropologi dan etnologi penjajah yang merupakan sebahagian tafsiran penjajah terhadap orang Melayu? Setelah menerima tafsiran penjajah terhadap orang Melayu sebagai 'bangsa' yang statik dan tidak berkembang, adakah pemimpinpemimpin i n i bersedia untuk meneruskan cereka penjajah i n i untuk sedikit masa lagi? Sungguh menghairankan bagaimana parti yang antipenjajah di Malaysia merupakan parti yang selama i n i melindungi dan memelihara warisan penjajah. Setiap kali pemimpin Melayu bercakap tentang ancaman mengamuk di khalayak ramai, tidak dapat tidak kita akan terdengar sayup-sayup cemuhan pentadbir penjajah masa lalu yang tidak habis-habis bercakap tentang bangsa Melayu yang tidak rasional, yang suka mengamuk walaupun kerana perkara yang kecilkecil...

Di Balik Malaysia

Identiti Politik - Mencari Peta Politik Kita Bersama

'Tanah Malaysia dan Dongeng

Melayu'

(Bahagian I)

22 Ogos 2007

K

dengan dongeng selagi ia hebat, merangsangkan, dapat membantu dan berguna untuk tujuan tertentu. Tetapi apabila dongeng i n i tidak lagi berguna kecuali mampu membuat kita terkenang zaman lalu yang sebenarnya tidak wujud, maka ia bertukar menjadi penjara yang membelenggu kita sepanjang hayat. Dongeng yang kononnya orang Eropah 'bertamadun hanya membuat Eropah semakin berfikiran sempit. Perbincangan serius dan membosankan mengenai 'nilai-nilai timur' hanya membuat kita beranggapan bahawa Asia tidak dapat membangun seperti yang berlaku sekarang i n i tanpa pengaruh dari dunia luar, dan dongeng mengenai pembangunan Indo-Aryan yang berterusan dan tidak tercemar hanya berjaya melahirkan Fasis Hindutva berhaluan kanan di benua kecil India. Meskipun mereka berasa megah, demagog yang mengeluarkan pendapat yang karut itu, seperti logik mereka, terus terbantut di pentas sejarah dunia. Nyata sekali bahawa keyakinan yang berasaskan sesuatu yang tidak kukuh akan pincang sepanjang masa... ITA

TERUS

DISOGOKKAN

Negara yang matang ialah negara yang mampu mengikis dongeng seperti itu, terutama sekali apabila madu yang terdapat dalam dongeng itu rupa-rupanya mengandungi racun yang berbisa. N a m u n racunlah yang kita m i n u m selama i n i , dan sebab itulah negara kita semakin parah jadinya. Tanda-tanda gejala i n i berada di mana-mana di sekeliling kita: apabila debat bodoh mengenai lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam

Dongeng 'Tanah Melayu (bhg I) rentak rap menjadi semakin parah dan mula mengandungi unsur perkauman, yang memaksa semua pihak mencari jalan selamat dengan berbalik kepada jati diri negara bangsa, maka tumpuan negara telah berpindah daripada perkara yang benar-benar penting yang melibatkan ekonomi dan beberapa kes undang-undang yang berat yang sedang dibicarakan di mahkamah-mahkamah negara i n i . Akhbar vernakular memainkan peranan sebagai orang tengah bagi setiap bangsa, dan sesungguhnya nada perkauman jelas terasa dalam bahasa politik negara. N a m u n begitu tidak seorang pun membangkitkan persoalan yang sebenar, walaupun kita perlu membincangkan video rap yang dibuat oleh seorang pemuda bernama Wee M e n g Chee, yang sewajarnya berbunyi begini: Jika seorang pemuda Malaysia terpanggil untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap apa yang dilihat di sekelilingnya berdasarkan apa yang sudah ditetapkan bagi setiap kaum, bukankah i n i sebenarnya menggambarkan politik perkauman dan berbelah bahagi yang diamalkan oleh parti-parti Barisan Nasional yang diterajui oleh U M N O ? Logik yang terdapat dalam lagu rap M e n g Chee hanyalah gambaran politik perkauman yang sudah sedia wujud di Malaysia. Adakah kita rakyat Malaysia berasa malu pada diri sendiri sehingga kita tidak sanggup berdepan dengan kenyataan dan menerima kesilapan sendiri? Tetapi akhbar-akhbar vernakular mendesak kerajaan agar mengambil tindakan terhadap M e n g Chee. Sambil mendabik dada dan mendakwa kononnya keharmonian masyarakat telah dicemari dan d i nodai, kita terdengar tokoh-tokoh masyarakat di kalangan kita berkalikali melaungkan: 'jangan tunduk', pertahankan maruah kita', 'kurang ajar', dan bermacam-macam lagi. Nampaknya debat waras tidak lagi diamalkan di Malaysia yang benar-benar Asia i n i . Nampaknya sesuatu kaum dalam negara i n i mahu menuntut hak yang setimpal daripada kaum yang lain. M e n g Chee bukan orang pertama dan pastinya bukan orang terakhir yang menerima padah kerana telah mengusik perasaan mereka yang hidup dalam ruang selesa dan jati diri yang tidak boleh diganggu gugat dan dipertikaikan lagi itu. Sebelum i n i sudah ada orang yang diseretkan ke muka pengadilan kerana menghina kaum dan agama. (Saya berkata begini berdasarkan pengalaman pahit saya.) N a m u n yang anehnya, di sebalik semangat berkobar-kobar dan meruap-ruap i n i terkandung seruan yang terselindung (dan k i n i d i matikan) supaya kita, sebagai sebuah negara, terus bersatu padu dan saling menghormati. Suara lantang kerajaan bergema dan tersekat-sekat

Di Balik Malaysia tatkala ia menyampaikan cakap angin yang tidak berjaya meyakinkan kita. D a r i satu segi kita terus berbohong - dan ia sebenarnya suatu pembohongan, sekurang-kurangnya kita hendaklah mengakui hakikat itu — bahawa negara bertuah yang berbilang kaum dan warna i n i hidup rukun dalam sebuah masyarakat majmuk. N a m u n dalam masa yang sama mulut yang mengeluarkan kata-kata manis i n i memberitahu kita bahawa di sebalik i n i semua, kita semua perlu akur bahawa sesetengah kaum - ataupun lebih tepat satu kaum - bumiputera - berhak mendapat keistimewaan. Mengapa? Adakah kita sudah menjadi sebuah negara yang pendiriannya sentiasa berubah-ubah yang tidak sedar akan adanya percanggahan sedangkan orang lain dapat melihatnya dengan jelas? 'Kesalahan' Meng Chee yang tidak dapat dimaafkan adalah kerana dia telah menggores perasaan dan mempertikaikan jati diri sebuah komuniri yang mendakwa dirinya sebahagian Malaysia tetapi terus terpisah daripada kita semua. 'Kesalahan' yang dilakukan olehnya - menyinggung perasaan dan maruah masyarakat tertentu - tidak setimpal kemarahan dan rasa sakit hati yang diluahkan oleh para pemimpin masyarakat itu sendiri, sehingga ada yang menjulang keris di khalayak ramai dan mengungkit asal usul dan keturunan yang sudah berkali-kali diperkatakan oleh para pemimpin. Pemidato pentas U M N O dan pemuda U M N O khususnya telah mendesak pihak-pihak lain menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu, sedangkan mereka lupa bahawa selama lima dekad yang lalu, kita - rakyat Malaysia - disogokkan dengan politik sempit mereka itu. N a m u n syarahan tentang harga diri dan jati diri terus dipupuk oleh suatu dongeng yang penting; bahawasanya negara kita i n i merupakan medan di mana dua bangsa bersaing dan bertikai: negara bangsa yang bernama 'Malaysia' dan bumi bertuah yang bernama 'Tanah A i r ' .

Meninjau Semula Tanah Melayu H a t i demagog memang mudah tersentuh apabila berdepan dengan bangkangan kukuh seperti i n i . Sebaik sahaja idea yang bercanggah dilontarkan, mereka mula naik angin; tangan mula mencapai keris; kaki melangkah ke pentas; mulut terbuka untuk melafazkan kata 'Mei' yang diikuti oleh angka tiga belas... Sensitiviti i n i terjadi kerana korpus politik etnonasionalis pascapenjajah di negara i n i dikekalkan oleh satu dongeng. Bahawa bumi

Dongeng 'Tanah Melayu (bhg I) anugerah tuhan i n i adalah hak milik suatu kaum. Daripada dongeng ini maka lahirlah tuntutan- tuntutan lain berhubung dengan hak, keistimewaan, peruntukan, dan kelayakan tertentu. Dongeng i n i dikekalkan melalui gagasan bahawa sebelum negara ini mendapat nama 'Malaysia', ia dikenali dengan nama 'Tanah Melayu'. Tetapi ahli sejarah tidak dapat mencari apa-apa fakta yang dapat menyokong dakwaan i n i kerana epik sejarah dan hikayat kita tidak ada menyebutnya. U n t u k sekian lamanya — ataupun lebih kurang sedekad yang lalu - saya tercari-cari b u m i mistik ini yang begitu dicintai dan disayangi oleh tenaga muda U M N O , namun saya tidak menemuinya. Hikayat Merong Mahawangsa (yang ditulis berperingkat-peringkat dari abad ke-17 hingga abad ke-18) tidak menyebut tentang hal ini, begitu juga dengan Hikayat Patani, Taj-us Salatin, Hikayat Shah Mardan, Hikayat Inderaputera, Silsilah Bugis, Hikayat Pasai, Hikayat Siak, dan lain-lain. Akhirnya suatu hari ketika saya sedang merayau-rayau di pasar lambak dan bazar antik di Eropah, saya terjumpa sekeping duit syiling tembaga yang sudah berkarat yang terukir kata 'Tanah Melayu' padanya, bertarikh akhir abad ke-19. Saya membawanya pulang dan membuka beberapa buah buku rujukan dan mendapati bahawa ia merupakan duit syiling yang tidak bernilai yang digunakan dalam perdagangan antara syarikat penjajah Eropah yang berpusat di Singapura dan Melaka dengan pedagang Melayu daripada kerajaan Melayu (yang semakin lemah) di tanah semenanjung. Ia adalah duit syiling yang digunakan dalam urusan jual beli yang tentu sekali merugikan pedagang Melayu, kerana duit i n i terasa tidak tulen dan semasa menimbang-nimbang duit itu di telapak tangan saya, saya p u n lalu terfikir: duit i n i , dengan kata 'Tanah Melayu' terukir padanya dalam huruf Jawi, melambangkan ironi zaman silam dan kenyataan yang menyakitkan tentang penjajah. Kerajaan Melayu telah dijajah, dipinggirkan, dan dijadikan lemah. A p a yang orang Melayu dapat setelah diperlakukan seperti itu hanyalah duit kusam yang padanya terukir kata 'Tanah Melayu'. Penjajah telah menjarah dan menodai bumi, sejarah, serta budaya orang Asia. Mereka memperkenalkan politik yang memecahbelahkan kaum dan bangsa yang menjadi sebahagian ideologi pecah dan perintah mereka. Seterusnya mereka mewujudkan masyarakat majmuk di mana si penjajah menjadi tuan. Dalam dekad dan abad seterusnya, rakyat yang dijajah pastinya akan dijajah sekali lagi apabila mereka

Di Balik Malaysia membatinkan logik dan epistemologi Empayar, dan dengan demikian, menyempurnakan usaha tuan penjajah yang datang menjarah bumi mereka, merompak sumber kekayaan mereka, tetapi tidak merubah minda mereka. Dewasa i n i , sedang politik etnonasionalis berdasarkan kaum berleluasa di Malaysia dan tatkala masyarakat kita masih berpecah belah mengikut kaum dan agama, kita berasa kesal dengan hilangnya ideal Malaysia yang mungkin tidak pernah wujud. Gangguan terhadap penulis blog, aktivis, dan pelajar seperti M e n g Chee menjadi peringatan kepada kita semua bahawa batas kaum, agama, dan etknik masih bernanah dan mencacatkan landskap negara kita, mungkin untuk selamalamanya. D a n tatkala suara lantang editorial akhbar vernakular mendesak kerajaan mengenakan tindakan terhadap M e n g Chee, ada baiknya mereka bertanya pada diri sendiri soalan mudah dan ringkas i n i : sudah setengah abad orang bukan Melayu diseru agar taat dan setia kepada idea dan gagasan Malaysia; untuk mengetepikan sejarah budaya mereka; menerima bahasa kebangsaan, budaya, malah juga pakaian dalam usaha untuk menyerapkan mereka ke dalam kehidupan Malaysia. Tetapi pembaca budiman, berapa ramaikah orang Melayu di Malaysia yang sebenar-benarnya orang Malaysia? D a n berapa ramaikah orang Melayu yang menganggap diri mereka sebagai orang Malaysia dan komited terhadap ideal rakyat Malaysia yang sebenar-benarnya? Adakah orang Melayu yang tinggal di Malaysia i n i benar-benar berjiwa Malaysia? Atau adakah orang Melayu i n i masih tinggal di bumi dongeng yang bernama 'Tanah Melayu', suatu gagasan yang dilahirkan oleh cendekiawan dan pentadbir Orientalis dari zaman penjajah; sebagai pampasan yang tidak berguna kepada orang yang dijajah yang harga dirinya bernilai sekeping duit syiling tembaga?

158

Malaysia dan Dongeng 'Tanah Melayu' (Bahagian II)

Malaysia dan Dilema Asimilasi

M

negara Islam. Inilah kesimpulan yang terpaksa diterima oleh kebanyakan warga Malaysia setelah baru-baru i n i Perdana Menteri menyatakan negara i n i ditadbir dan diperintah mengikut lunas-lunas Islam; suatu kejutan bagi kebanyakan kita yang tidak tahu bahawa tangkapan ISA, Operasi Lalang, Operasi Kenari, pengistiharan Darurat, dan sebagainya dilakukan di bawah pentadbiran kerajaan Islam. D a n adakah salah jika kita katakan bahawa pelbagai skandal rasuah, sistem perundangan yang semakin lemah, dwistandard yang berleluasa dalam penguatkuasaan undangundang, dan sebagainya merupakan contoh pentadbiran Islam? ALAYSIA RUPA-RUPANYA

Kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri baru-baru i n i tentu sekali menjadi tamparan hebat kepada kita yang berusaha untuk mengembalikan asas demokrasi yang sekular di Persekutuan Malaysia. Tetapi nampaknya sejarah negara i n i sekalipun mahu dicorakkan dan dibega-bega agar sepadan dengan agenda dan kepentingan pihak berkuasa. Setelah wujud selama setengah abad dan program bina negara selama lima dekad yang tidak membawa kita ke mana-mana pun, sekali lagi matlamat kita berubah. Bagaimanakah akan ada pembangunan jangka panjang yang bermakna sekiranya hala tuju pentadbiran negara ini asyik berubah-ubah? D a n sekiranya asas pentadbiran politik negara ini sentiasa diubah-ubah, kita seharusnya bertanya mengapa dan untuk siapa?

Di Balik Malaysia

Asimilasi dan zon selesa Melayu-Muslim Jangan kita lupa (kita sewajarnya sedar bahawa sejarah negara kita diputarbelitkan dan diubahsuai sedang kita berkata-kata ini) perlembagaan Malaya (kemudian Malaysia) membayangkan sebuah negara bangsa yang berbilang kaum dan agama yang bersatu menerusi perlembagaan demokratik yang sekular yang menganggap kewarganegaraan ialah nilai asas yang menyamaratakan kita semua sebagai ahli dan warga sebuah negara. Berdasarkan kewarganegaraan yang dikongsi bersama inilah maka kita semua diiktiraf rakyat Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia kita mempunyai status dan kedudukan yang sama di sisi undang-undang. Tidak ada rakyat Malaysia yang terlepas daripada tindakan undang-undang atau boleh melanggar undang-undang sesuka hatinya; dan setiap rakyat Malaysia seharusnya diperlakukan dengan adil dan saksama. Menjadi rakyat Malaysia juga bererti seseorang itu harus memberikan sepenuh taat setianya kepada negara Malaysia: bukan kepada bangsa, agama, kelas, atau kepentingan-kepentingan yang menjurus ataupun sektarian. C i r i - c i r i sejagat kewarganegaraan menuntut tanggungjawab dan hak dikongsi bersama dan oleh i t u kita mempunyai kedudukan yang sama tanpa mengira bangsa, etnik, ataupun jenis. N a m u n demikian, pakatan asas yang menggabungkan masyarkat berbilang kaum Malaya (kemudian Malaysia) telah tercemar sebahagiannya kerana faktor dalaman yang tidak terfikir oleh pemimpin generasi tahun 1950-an dahulu: peningkatan demografik masyarakat Melayu-Muslim, berserta kaum-kaum lain yang banyak berhijrah ke negara lain, telah merubah imbangan kaum di negara i n i sehingga kebanyakan kita — termasuk ahli politik dan cerdik pandai — mula memperkatakan 'blok Melayu yang bertambah kukuh' seolah-olah ia adalah suatu entiti yang padu dan seragam. Kerana bimbang perasaan 'blok Melayu' akan tersentuh telah menyebabkan kebanyakan kita berkali-kali mengalah kepada demagog etnonasionalis yang menganggap diri mereka penjaga kepentingan orang Melayu-Muslim dan yang menentukan kuasa tawar-menawar masyarakat itu. Justeru itu pengaruh politik orang M e l a y u - M u s l i m yang semak i n kuat i n i (dari segi pengundi dan jumlah undi) adalah sehebat suara lantang pemimpin masyarakat tersebut, sehinggalah membawa kepada peristiwa menghunus keris dan pidato berapi-api yang memalukan yang sering kita dengar beberapa tahun kebelakangan i n i .

Dongeng 'Tanah Melayu' (bhg II) Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada usaha untuk menggabungkan kepentingkan etnik masyarakat Melayu dengan tuntutan agama. N i l a i - n i l a i Islam diterapkan dan lama-kelamaan ia sebati dengan jati diri orang Melayu dan menjadi satu lagi unsur eksklusif yang membentuk masyarakat itu. Perlumbaan Islamisasi yang bermula dengan penuh semangat sejak awal tahun 1980-an di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Mahathir dan man tan Timbalan Menteri Anwar Ibrahim hanya membuat jati diri politik yang parah menjadi semakin tenat. Di sinilah letaknya tragedi pascapenjajah Malaysia. Sejak akhir tahun 1960-an, kuasa politik negara i n i dapat dirumuskan seperti yang berikut: bahawa hanya orang M e l a y u - M u s l i m sahaja yang boleh memegang pucuk pimpinan negara i n i dan syarat kebangkitan kuasa lelaki berkenaan (kaum perempuan sama sekali tidak layak) bergantung pada kebijaksanaannya menangani masalah perkauman dan agama. H a l ini menjadi nyata apabila pemuda U M N O berjaya menyingkirkan Tunku, dan sejak itu amalan i n i diteruskan. Pada tahun 1970-an, Anwar Ibrahim juga mengambil tindakan yang sama apabila dia mula dikenali dan kemudian menganggotai U M N O . Sejak itu setiap orang pemimpin pemuda U M N O telah mengambil langkah yang sama. Oleh itu, mengapa kita harus terkejut melihat keris dijulang-julang kebelakangan ini? Setakat i n i keadaan perlumbaan politik di Malaysia nampaknya sudah benar-benar man tap dan tidak mungkin boleh diubah lagi. Tetapi benarkah begitu? Bukankah pandangan-pandangan alternatif pernah dilontarkan oleh pemimpin yang sedia bertolak ansur dan mengutamakan kepentingan negara? Memang betul. Antaranya ialah D r . Burhanuddin al-Helmy yang merupakan salah seorang nasionalis pertama yang bukan sahaja berjuang menentang penjajah tetapi juga mahu mewujudkan Malaya yang adil dan saksama untuk semua kaum. D r . Burhanuddin adalah ahli generasi ' K a u m M u d a ' yang kemudian menjadi pemimpin P K M M ( M a layan Nationalist Party) dan seterusnya dilantik menjadi Presiden P A S pada tahun 1956 (sehingga 1970). K i n i ramai di kalangan kita sudah lupa akan tokoh i n i dan tidak ramai yang berminat untuk membaca kisah hidup beliau. D r . Burhanuddin berjuang seorang diri. Beliau adalah satu-satunya tokoh politik Malaysia yang unik kerana beliau enggan tunduk pada sektarian dan tuntutan yang berbau perkauman. Beliau juga telah melakukan sesuatu yang luar biasa ketika hayatnya dengan menyahkan unsur perkauman daripada kata 'Melayu'.

Di Balik Malaysia Dalam penulisannya seperti Asah Falsafah Kebangsaan Melayu (dicetak semula pada tahun 1963) dan Perjuangan Kita: 17 Ogos 1945 hingga 17 Ogos 1946, beliau berkata bahawa madamat kemerdekaan Malaya adalah untuk membangunkan semangat nasionalisme yang luas asasnya yang merangkumi dan tidak meminggirkan mana-mana kaum di negara i n i . Dr. Burhanuddin juga mendesak agar diwujudkan 'nasionalisme Melayu' yang mentakrif 'Melayu' sebagai seseorang yang dilahirkan, menetap, dan menganggap Malaya tanah airnya. Dengan berbuat demikian, dia menukarkan 'kemelayuan daripada kategori perkauman (ciptaan pihak penjajah) kepada kategori kewarganegaraan sejagat. Sepanjang kerjaya politiknya, D r . Burhanuddin menggesa penyokongnya menerima kewarganegaraan sebagai asas penglibatan politik mereka di negara ini, dan mengingatkan mereka tentang bahaya etnonasionalisme dan politik yang dicemari unsur perkauman. Tetapi malangnya tokoh kita i n i ditahan semasa zaman konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia dan meninggal dunia tidak lama kemudian selepas beliau dibebaskan daripada ISA. Sehingga k i n i , tidak ada pemimpin Malaysia berbangsa Melayu yang dapat menandingi komitmen Dr. Burhanuddin untuk mewujudkan politik antiperkauman dan nyahkaum negara i n i . Sebaliknya apa yang kita peroleh hari i n i adalah sesuatu yang bertentangan: usaha yang berterusan untuk menganjakkan matlamat agar memihak dan mengutamakan tuntutan kaum Melayu-Muslim khususnya, mengikut fahaman dan tafsiran para pemimpin U M N O .

Kesulitan asimilasi yang tidak diduga Berlatarbelakangkan zon selesa yang semakin luas yang ditentukan oleh U M N O inilah kaum-kaum lain d i Malaysia diseru untuk bersatu padu. Sebelum kita pergi lebih jauh, ada baiknya kita paparkan kepalsuan sesetengah dongeng yang sudah begitu lama sebati dalam diri kita. Pertama, dewasa i n i tidak wajar kita meminta mana-mana warga Malaysia untuk bersatu kerana kebanyakan warga bukan Melayu negara i n i sebenarnya merupakan keturunan pendatang generasi ketiga ataupun keempat yang suatu masa dahulu membanjiri landskap Malaysia. Tetapi apabila sahaja timbul masalah perkauman, orang bukan Melayu diingatkan negara i n i ialah negara 'Tanah Melayu' dan mereka kaum pendatang yang perlu belajar hidup bersatu padu. Kalau begitu,

Dongeng 'Tanah Melayu (bhg II) bilakah seseorang i t u layak digelar warganegara Malaysia yang sebenarbenarnya? Saya menimbulkan soalan i n i sebagai warga Malaysia yang menetap dan bekerja di Eropah, di mana seruan ke arah perpaduan dibuat berkali-kali, lazimnya oleh demagog perkauman berhaluan kanan yang tidak habis-habis bercakap tentang perlunya orang asing menerima cara hidup kebanyakan orang Eropah. Tetapi bagaimana kalau cara aliran utama i t u berbau perkauman, di mana perbincangan mengenai perkauman menjadi sesuatu yang lazim dan hegemoni dan di mana orang asing sering kali dipinggirkan? D a n bagaimana pula dengan kebanyakan orang Eropah yang masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa masyarakat Eropah k i n i terdiri daripada berbilang bangsa, kaum, etnik, dan agama; dan agama yang bukan berasal dari Eropah seperti Islam, H i n d u , dan Buddha k i n i mewarnai sebahagian landskap sosial Eropah? Dilema yang saya hadapi sebagai orang Malaysia beragama Islam di Eropah sama seperti yang dihadapi oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam di Malaysia hari i n i . Bagaimanakah etnonasionalis berhaluan kanan berbangsa M e l a y u - M u s l i m mengharap orang lain dapat menerima pakai budaya utama Malaysia sedangkan aliran utama itu hanya ditentukan orang Melayu-Muslim? Bagaimanakah kaum-kaum lain mendapat tempat dalam lipatan sejarah Malaysia sedangkan sejarah tidak mengendalikan dan meremehkan peranan penting yang d i mainkan oleh mereka untuk membangunkan Malaysia, peranan yang dimainkan oleh mereka pada zaman sebelum kedatangan Islam, serta peranan mereka dalam negara Malaysia yang k i n i berbilang agama? Orang Melayu berhaluan kanan menuntut orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam menjadi sebahagian negara bangsa, tetapi khayalan nasional i n i telah diwarnai unsur Melayu-Muslim. Jadi masih adakah ruang untuk kita bersatu padu? Punca masalah i n i ialah budaya politik jati diri yang berbau perkauman yang berleluasa di negara i n i sehingga ke hari i n i , peninggalan penjajah yang diwarisi dan diteruskan dengan penuh bersemangat oleh U M N O dan parti-parti komponen Barisan Nasional. Selagi budaya politik pecah belah i n i masih diamalkan di negara i n i , maka parti U M N O - meskipun retoriknya mengandungi unsur liberal - akan terus menjadi parti sektarian yang eksklusif yang menggubal politik pecah belah dan komunitarian.

Di Balik Malaysia L i m a puluh tahun selepas merdeka, kita masih melayani dongeng 'Tanah Melayu' yang dikatakan tanah air m i l i k sesetengah pihak, D a n selagi parti U M N O terus mengamalkan politik pecah belah ini dan menganggap pengundi M e l a y u - M u s l i m penyokong utamanya, maka keadaan i n i tidak akan bertambah baik. Impian kita untuk mewujudkan Malaysia untuk rakyat Malaysia di mana kewarganegaraan adalah hak semua rakyatnya tidak akan tercapai. Sebaliknya hak negara yang berbilang bangsa dan agama telah dirampas daripada kita, di depan mata kita oleh golongan elit yang memerintah yang mendakwa diri mereka pemimpin rakyat Malaysia', sedangkan tindak-tanduk mereka menunjukkan komitmen mereka terhadap demokrasi bersifat majmuk hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Suatu kesudahan yang sungguh menyedihkan.

Bangsa-Bangsa Malaysia Yang Lain

Artikel ini ditulis pada pertengahan politik di Malaysia secara dan melaksanakan

terbuka

batasan-batasan

tahun 2000,

semasa para pemimpin

membincangkan perlunya baru

menggubal

undang-undang mengenai peng-

gunaan dan capaian Internet. Pada masa itu, Internet dikatakan mencetuskan persengketaan dan perbalahan digunakan

untuk

di kalangan rakyat Malaysia dan ia

menyebarkan propoganda

antikerajaan.

ini timbul apabila berlaku krisis kewangan pada tahun politik pada tahun 1998. Dalam tempoh itu, 'chatting' yang mengutarakan pandangan banyakan

laman

dan pergerakan

web

Kebimbangan

1997 dan krisis

laman web dan kumpulan

alternatif mula bercambah.. Ke-

alternatif ini dikaitkan

reformasi yang popular itu.

dengan parti pembangkang

Sering kali laman web Ma-

laysiakini.com dijadikan contoh dengan alasan laman web ini dikatakan portal berita

bebas yang pro pembangkang'.

M

yang sedang membangun, berdepan dengan krisis 'sistem pentadbiran'. Istilah i n i bukan sahaja merujuk kesulitan yang dihadapi oleh pucuk pimpinan negara, tetapi juga merujuk masalah untuk memahami maksud perkataan 'pemerintahan' dalam konteks yang mempertikaikan dan mempersoalkan kategori-kategori moden yang lazim seperti sempadan, wilayah, kawasan jajahan, dan ekonomi diskursif. ALAYSIA, SEPERTI N E G A R A - N E G A R A L A I N

Sejak revolusi Internet pertama kali sampai ke negara i n i , pucuk pimpinan negara terpaksa bekerja keras untuk menghasilkan kaedah baharu untuk mentadbir dan mengawal masyarakat dan negara Malaysia. Masalahnya, kita tidak dapat mengenal pasti di mana letaknya sempadan sebuah negara yang bernama 'Malaysia' dan segala yang terkandung di dalamnya.

Di Balik Malaysia Kemajuan Internet telah menonjolkan beberapa aspek masyarakat Malaysia, baik yang lepas mahupun yang masa k i n i , yang sekian lama terpendam atau dipinggirkan. Tiba-tiba kita berdepan dengan pelbagai konstituensi yang selama i n i tidak zahir, daripada aliran agama yang percaya wujud masa depan yang makmur dan bahagia hinggalah kepada kumpulan yang didiskriminasikan berdasarkan jantina. Nampaknya rakyat 'Malaysia' selama i n i dibuai m i m p i yang indah-indah. Di sebalik perpaduan yang digembar-gemburkan itu, aspek-aspek 'Malaysia' yang lain mula menonjolkan diri. Perkembangan i n i memang sudah dijangkakan oleh mereka yang tahu keadaan yang sebenarnya. Beberapa tahun yang lalu, saya pernah tinggal di Sabah kerana bapa saya ditukar ke sana. Pengalaman hidup selama empat tahun di sana mengajar saya tentang pandangan dan keadaan masyarakat Malaysia yang dipinggirkan. Penduduk di Malaysia T i m u r sering kali merungut kerana mereka diketepikan dalam aspek budaya atau politik kebangsaan yang terhasil oleh propaganda dan jentera pendidikan Kerajaan. Hakikat bahawa konstituensi i n i merasakan mereka dipinggirkan adalah suatu ironi tetapi sudah dijangkakan. Ia merupakan suatu ironi kerana kita sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa Malaysia ialah negara yang berbilang kaum dan inilah yang menyatukan kita semua selama i n i . Setiap tahun kita menyaksikan perarakan H a r i Kebangsaan yang berwarna-warni yang disertai oleh hampir kesemua kumpulan etnik di Malaysia. Kerajaan akan memastikan semua kelompok masyarakat bersama-sama mengambil bahagian dalam perbarisan i n i untuk merealisasikan seruan kerajaan selama i n i . Walau bagaimanapun, jika dikaji secara teliti, kita akan melihat ketidakselarasan yang ketara mahupun tidak ketara, serta sikap berat sebelah yang wujud dalam seruan kebangsaan i n i . K i t a boleh menggunakan perarakan H a r i Kebangsaan sebagai contoh. K i t a dapat melihat penyertaan hampir semua kaum dan masyarakat etnik dalam perarakan tersebut. N a m u n begitu, tempat dan peranan yang diperuntukkan kepada setiap masyarakat etnik dalam perarakan tersebut jelas memperlihatkan kedudukan sesuatu kaum dalam masyarakat. Dengan hanya melihat kedudukan setiap konstituensi etnik, agama, dan budaya dalam perarakan, kita boleh mengetahui cara topografi sosio-budaya kita dilakarkan dan bagaimana tidak sekatanya rupa bumi politik di negara i n i . Saya sering terdengar rungutan bahawa dalam perarakan ini,

Bangsa-Bangsa Malaysia yang Lain kumpulan etnik dari Malaysia T i m u r diperlihatkan sebagai unsur 'eksotik' yang agak terkebelakang berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Tanggapan orang Malaysia T i m u r sebagai 'saudara kita yang berasal dari kawasan pedalaman' i n i diperkuat oleh iklan dan imej yang dipaparkan oleh kementerian pelancongan Malaysia. Malaysia Timur dipaparkan sebagai ' b u m i bermisteri' yang pernah dijajah oleh 'Raja Putih' (macamlah Malaysia Barat tidak mengalamai nasib yang serupa!), binatang buas berkeliaran dan penduduknya keturunan pemburu kepala yang ganas. Gambaran mengarut seperti i n i tidak mungkin terus-menerus diterima begitu sahaja. Lama-kelamaan, mereka yang dianiayai akan bertindak balas dan akan mencuba menolak gambaran itu. Perkara yang sama mungkin berlaku pada konstituensi-konstituensi lain di negara i n i yang merasakan diri mereka tertindas. Setelah sekian lama mereka dipinggirkan, tentunya mereka akan mencari jalan keluar untuk menyelesaikan ketidakseimbangan i n i . M a k a di sinilah Internet memainkan peranannya. Internet menjadi saluran penyelesaian bagi kebanyakan konstituensi yang merasakan mereka diabaikan dalam diskursif ekonomi negara. Seperti pistol yang dicipta untuk menerokai era moden, Internet juga berupaya mengimbangi perhubungan antara yang kuat dengan yang lemah, dan antara yang dominan dengan yang ditindas. Internet telah membuka jalan untuk membolehkan aktiviti-aktiviti diskursif lain dijalankan. Di ruang 'chatting' atau laman web yang merentasi ruangan siber yang belum diterokai, wujud sebilangan kumpulan yang membincangkan kewujudan negara Islam, perlunya memilih kerajaan sekular pada masa hadapan, dan sebagainya. Sekurang-kurangnya melalui cara i n i kita tidak perlu memperoleh permit polis untuk mengadakan mesyuarat yang melibatkan lebih daripada lima ahli pada sesuatu masa. Tindak balas daripada kerajaan terhadap perkara ini memang sudah dijangkakan. A h l i teknokrat dan sekurokrat menjadi cemas dan mencurigai laman-laman web i n i . Bahawa begitu banyak rangkaian diskursif bersifat peribadi dan berautonomi yang muncul secara mendadak membuat (sekurang-kurangnya segelintir daripada mereka) merasakan usaha untuk mengawal dan mengawasi laman-laman tersebut perlu ditingkatkan semasa pihak kerajaan memenuhi kemampuan maksimalisnya. K i n i timbul ura-ura untuk mengawal Internet dengan menguatkuasakan undang-undang antihasutan di ruang siber.

Di Balik Malaysia Walau bagaimanapun, tekanan dan kawalan i n i tidak dapat dan tidak mampu menyangkal kenyataan bahawa idea dan kepercayaan alternatif wujud dalam minda masyarakat kita. Integrasi tidak akan tercapai dengan mengawal aktiviti mereka. Mengawal laman web Islamis dan kumpulan chatting tidak akan dapat menghapuskan kewujudan komuniti-komuniti seperti mana homoseksualiti tidak akan terhapus dengan mengharamkan laman web kumpulan gay. Hakikat bahawa kumpulan sedemikian sememangnya sudah lama wujud dan berhak untuk terus wujud sudah tidak didebatkan lagi. N a m u n begitu langkah-langkah besar yang diambil untuk mengawal kumpulan-kumpulan tersebut jelas menunjukkan keadaan terdesak yang dialami oleh pihak berkuasa negara i n i . Berdasarkan hakikat-hakikat yang mencabar i n i , apakah pilihan yang ada pada pihak kerajaan dan rakyat? Pertama sekali, kita perlu sedar bahawa pemahaman kita yang paling konvensional dan ortodoks tentang kerajaan, cara pemerintahan, dan proses politik perlu dikaji semula secara radikal. Daripada terus beranggapan bahawa negara ini merupakan suatu entiti yang bersepadu dengan sempadan yang jelas, kita perlu akui bahawa sebenarnya negara i n i amat luas dan mempunyai rupa bumi yang tidak terbatas yang secara dasarnya bersifat terdedah, terbuka, dan berpelbagai. Masyarakat kebangsaan merupakan himpunan imaginasi secara kolektif dan lazimnya sering bersaing dan bertelagah antara satu sama lain. A h l i sekurokrat yang berfikiran tradisional akan berasa bimbang dengan keadaan i n i tetapi optimis yang waras akan melihatnya sebagai potensi untuk menghasilkan golongan yang berfikiran kritikal, positif, dan produktif. Dalam minda golongan i n i , idea dapat mengalir bebas dan mereka yang mempunyai idea yang terbaik akan berjaya. Hakikat bahawa kepentingan-kepentingan i n i akan bersaing dan bertembung juga merupakan sesuatu yang positif kerana komuniti yang dahulunya terasing k i n i terpaksa bergaul dengan komuniti-komuniti lain dan oleh itu mereka perlu menyesuaikan diri dan bertolak ansur. Sungguhpun kita saling membenci, kita perlu mempelajari satu bahasa untuk membolehkan kita berbalah menggunakan bahasa yang difahami. Seharusnya kita sudah lama sedar bahawa masyarakat Malaysia ialah masyarakat majmuk yang mempunyai cara hidup dan budaya yang tersendiri. Kesedaran i n i boleh dipupuk melalui Internet. Kesan daripada perkembangan i n i , tanggapan lama kita tentang masyarakat

Bangsa-Bangsa Malaysia yang Lain Malaysia mungkin dicabar. Sudah ada tanda-tanda bahawa nilai dan penanda jati diri politik semakin tidak tersebar dengan meluas di kalangan anak muda. N a m u n begitu, perubahan i n i tidak semestinya merugikan. Perbincangan warga Malaysia yang terdahulu yang statik dan monologikal, mungkin akan berubah menjadi naratif kebangsaan yang berpecah, pluralis, dan berbeza. Pada zaman akan datang, anak-anak kita mungkin tidak akan tahu tentang keadaan negara Malaysia pada suatu masa, yang dibatasi oleh vektor kaum, agama, dan etnik. D u n i a baharu yang mencabar pada masa hadapan akan lebih rumit dan memerlukan pemahaman baharu berhubung dengan governmentaliti. Sayang sekali pihak terakhir yang menyedari hal i n i ialah kerajaan.

Porno dan Sheikh

Atas sebab-sebab tertentu (yang mungkin mudah difahami oleh sesetengah pemerhati), agama dan seks menjadi topik paling popular dalam media Malaysia terutamanya tabloid vernakular. Pengawalan dan pemantauan seksualiti telah menjadi ciri utama sistem pentadbiran di Malaysia dewasa ini. Pegawai agama dan penjaga akhlak' diberikan kuasa untuk menceroboh ruang dan kehidupanperibadi rakyat biasa—kononnya untuk kebaikan mereka dan kebajikan masyarakat umumnya. Namun, Malaysia juga merupakan negara di mana terdapat pasaran gelap pornografi yang aktif. Hanya segelintir sahaja pengkritik yang mahu memperkatakan hubungan yang semestinya wujud antara kedua-duanya. Dalam mana-mana masyarakat yang tertekan, individu selalunya akan mencari cara dan jalan lain untuk melepaskan dan memenuhi perasaan yang tertekan. Hakikat bahawa perkara ini berleluasa di Malaysia dewasa ini merupakan suatu gambaran yang sedih tentang konservatisme yang sudah bertapak dan berakar umbi. Artikel ini ditulis pada pertengahan tahun 2001.

S

seks menjadi tajuk utama berita. Berita bahawa pengedar dan pembeli V C D dan D V D lucah boleh didakwa tentunya membuat peluh dingin mengalir di tulang belakang sampah masyarakat yang merewang di bahu-bahu jalan. Mereka yang terbabit dalam industri pornografi tentunya berasa kesal, dan oleh sebab kerajaan mahu menunjukkan keprihatinannya terhadap agama menjelang pilihan raya, maka ia telah memutuskan untuk mengambil tindakan khususnya terhadap golongan i n i . M u n g k i n orang yang benar-benar lega dengan langkah i n i ialah ibu bapa yang prihatin yang Icebelakangan i n i risau salinan cetak rompak Snow White atau 101 Dalmatians yang dibeli oleh mereka mengandungi adegan-adegan yang tidak sepatutnya. M u n g k i n mereka yang EKALI LAGI,

Porno dan Sheikh beraliran pascastrukturalis mahu membina semula watak Snow White dan mendakwa bahawa yang mendasari keseluruhan cerita itu ialah subplot yang menakjubkan tentang kekangan seksual dan nafsu yang tidak terluah. Tetapi untuk tiba-tiba mendapati Snow White berbogel dan dikelilingi beberapa orang lelaki yang bukan kerdil adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. A d a juga di antara kita yang dahaga propaganda Amerika dan tidak sabar-sabar hendak sampai ke rumah untuk menonton salinan haram Pearl Harbour atau Independence Day. Bayangkanlah betapa terperanjat dan terkejutnya mereka kerana baru beberapa minit menonton cerita H o l l y w o o d yang sebenarnya tidaklah sehebat mana itu, mereka disajikan dengan tayangan pasangan yang berpelukan dalam pelbagai posisi yang mengghairahkan. Seperti biasa, terdapat banyak lagi perkembangan dan liku-liku yang menarik dalam kempen akhlak yang dijalankan oleh pihak berkuasa i n i . Hakikatnya, langkah terbaharu i n i bukan sahaja berkait rapat dengan akhlak, tetapi juga dengan ekonomi. Sejak akhir-akhir i n i Malaysia dikecam oleh media antarabangsa dan multinasional asing kerana tidak bersikap tegas dalam mengawal penyebaran D V D dan V C D haram. H a l i n i juga ada kaitan dengan perisian komputer cetak rompak yang boleh mudah diperoleh di kedai-kedai di negara i n i . Semestinyalah sahabat baharu Malaysia, B i l l Gates, tidak menyenangi interpretasi ekonomi subaltern laissez-faire yang popular i n i . Sesungguhnya dalam banyak hal, ekonomi di Malaysia bebas daripada apaapa peraturan sehingga seseorang boleh mendapat apa-apa sahaja yang dia mahu, dengan syarat dia mempunyai wang dan tahu selok-belok untuk mendapatkannya. Krisis ekonomi tahun 1997 telah menjadikan halangan-halangan yang telah dibuat semakin telus. Oleh itu seseorang boleh mendapatkan apa-apa produk, barangan, atau perkhidmatan. Mereka yang mahu mempertahankan industri lucah sebagai suatu bentuk ekspresi artistik atau estetika hendaklah insaf. Dewasa ini pornografi hanyalah alat sampingan sistem kapitalis. Penghasilan dan penjualan bahan lucah hanyalah suatu industri. Industri lucah bukan didalangi oleh 'ibu ayam' yang bermekap tebal dari bilik rahsia mereka, tetapi dikendalikan oleh akauntan dan pengurus jualan yang membosankan. Kesenian hilang lenyap (bersama-sama erotisisme dan cita rasa) dan yang tinggal hanyalah usaha media untuk menyebarluaskan hasil mereka. Pornografi kontemporari merupakan suatu

Di Balik Malaysia yang amat bodoh, tidak senonoh, dan tidak sofistikated seperti filemfilem murahan yang dihasilkan oleh H o l l y w o o d dewasa i n i . Tetapi kos menerbitkan filem lucah jauh lebih rendah (sedangkan pulangannya jauh lebih tinggi). K o m u n i t i perniagaan antarabangsa marah kerana dengan adanya video dan V C D cetak rompak, keuntungan yang diraih oleh mereka berkurang. D a r i situlah datangnya desakan untuk mengadakan undang-undang dan kawal selia. N a m u n demikian, hakikat bahawa rakyat Malaysia menggunakan bahan porno merupakan sesuatu yang tidak pernah ditimbulkan oleh sesiapa pun. Usaha untuk mengajukan soalan yang begitu mudah tidak pernah dibuat. Mengapa? Kata orang, orang yang tertekan mudah terangsang. Kata-kata itu memang benar. Malaysia, sebagaimana yang kita ketahui, merupakan negara Asia dengan nilai Asia yang tulen. K i t a semua tidak mahu membincangkan seks secara terbuka kerana ia dianggap sesuatu yang dilarang. Perbincangan tentang seks dan seksualiti tidak dibenarkan sama sekali apatah lagi ada "penjaga akhlak" di kalangan kita yang akan mengingatkan kita. K i t a tidak sanggup mendedahkan kehidupan peribadi kita dan khayalan kita, kerana perkara i n i adalah sesuatu yang peribadi bagi kita. Tetapi selagi subjek yang kompleks dan amat beremosi i n i tidak dibicarakan secara terbuka dan dikendalikan secara bijak dan rasa hormat sebagaimana yang sepatutnya,mengapa kita harus terperanjat dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini? Permintaan terhadap bahan lucah dalam semua bentuk — D V D , V C D , video dan di ruang siber - membuktikan bahawa terdapat berjuta-juta rakyat Malaysia yang sentiasa berfikir tentang seks dan seksualiti. O l e h sebab mereka tidak dibenarkan membicarakan hal i n i secara terbuka, maka terpaksalah mereka melakukannya secara tersembunyi dan itulah sebabnya mengapa begitu ramai menggemari pornografi. Yang dahsyatnya, keadaan i n i akan menyebabkan tekanan menjadi semakin parah dan kenyataan diputarbelitkan. K i t a harus ingat bahawa bahan lucah komersil yang kontemporari ialah suatu fantasi yang tidak ada kaitan dengan kenyataan. Pelakon porno bukan manusia biasa. Mereka telah disuntik silikon dan plastik dan mereka tidak serupa dengan kita semua yang terpaksa hidup dengan ketuat, selulit, dan rambut yang semakin menipis. Dengan memaksa orang memasuki alam fantasi yang luar biasa itu, maka fantasi dan nafsu kita akan

Porno dan Sheikh didorong oleh keinginan dan khayalan yang tidak dapat direalisasikan. Pornografi komersil hanya akan menjauhkan kita daripada kebenaran dan selanjutnya akan menyesatkan kita. Akhirnya kita mengidamkan susuk tubuh seperti patung Barbie yang terdapat dalam siri Baywatch (atau Ally Mcbeal sekiranya anda gemar perempuan yang kurus). Yang anehnya, dewasa i n i masyarakat Malaysia tidak berupaya menangani subjek seksualiti dan hubungan seksual secara matang, dewasa, dan wajar. Ini sungguh menghairankan kerana di rantau ini, seks dan seksualiti berkait rapat dengan budaya dan tamadun masyarakatnya, dan seksualiti pula dihormati (dan dipandang suci) sebagai suatu perbuatan yang melibatkan syahwat dan rohaniah. Perkembangan tamadun yang berabad-abad lamanya di kepulauan Melayu telah menghasilkan suatu sistem budaya dan kepercayaan yang kompleks yang menggabungkan seks dan seksualiti dalam rangka kewujudan dan kehidupan di dunia. Seksualiti (dalam semua bentuk dan orientasi) dilahirkan secara terbuka dalam karya seni dan sastera seperti Hikayat Panji Semerang. M u n g k i n orang terakhir yang berani menimbulkan perkara i n i ialah Syed Sheikh al-Hadi, reformis dan pemikir moden yang hebat. Atas usahanya itu, beliau dianggap pengedar pornografi oleh para ulama yang dihormati. 1

Syed Sheikh a l - H a d i mungkin salah seorang tokoh yang paling penting dalam landskap politik, budaya, dan sastera Malaysia Moden abad ke-20. B u k u yang amat berinformasi tentang kehidupan dan idea beliau telah diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Sosiologi Malaysia (MSRI). 2

3

Sepanjang hayatnya, Syed Sheikh al-Hadi memperjuangkan pemodenan dan pembaharuan masyarakatnya. D i a benar-benar percaya Melayu-Muslim perlu diselamatkan daripada pengaruh dahsyat kemodenan sekular (yang diperkenalkan oleh Penjajah) dan tradisi reaksioner para ulama. Beliau berpendapat orang Melayu terperangkap antara dua sistem yang menindas dan terpesong yang akhirnya akan memusnahkan jati diri, bangga diri, dan subjektiviti mereka. Kerajaan penjajah British mahu menukar orang Melayu menjadi Orang Eropah moden sementara para ulama pula mahu menjadikan mereka orang Arab 'celup'. A l - H a d i berasa kesal kerana pemodenan mahupun tradisionalisme tidak mewujudkan insan yang merdeka yang sedar mereka ada hak untuk memilih dan mempunyai kuasa yang rasional. Bagi A l - H a d i , Islam - atau interpretasinya tentang Islam - pada dasarnya ialah suatu sistem nilai dan kepercayaan yang membuka

Di Balik Malaysia minda dan pandangan dunia seseorang. Beliau melihat dalam Islam suatu cara untuk membebaskan individu daripada prejudis dan rasa takut terhadap diri sendiri, kepercayaan yang karut, dan amalan lapuk. Bagi beliau, Islam juga merupakan suatu sistem kepercayaan yang menentang segala bentuk penindasan dan ketaksetaraan, dan dengan itu beliau menggunakannya sebagai suatu senjata diskursif untuk mengkritik struktur kuasa yang ada pada masa itu - termasuklah sistem yang memberikan kuasa kepada kaum lelaki dalam masyarakatnya. Di tengah-tengah pandangan dunianya ialah insan rasional yang menentukan takdir sendiri dan pemacu kemajuan. Menurut beliau, manusia merupakan nadi sejarah. Pembangunan masyarakat bergantung pada usaha dan keupayaan manusia. U n t u k membangunkan suatu masyarakat yang terbuka dan progresif, perlu ada usaha untuk memelihara insan yang berfikiran terbuka lagi progresif. Selain penekanannya terhadap pemodenan dan pembangunan kajian Melayu dan Islam, pandangan a l - H a d i terhadap wanita juga jauh berbeza daripada pandangan tradisionalis dan konservatif pada waktu i t u . Beliau mempertahankan pendidikan dan hak sama wanita, dan kerap membincangkan kebajikan wanita dalam majalahnya, alIkhwan dan juga dalam kedua-dua novelnya, Hikayat Faridah Hanum dan Hikayat Puteri Nurul'ain. Walaupun ramai di kalangan kita tidak pernah tahu tentang kedua-dua buku i n i , anda boleh mendapatnya di perpustakaan sekiranya anda benar-benar berminat. Sebaik sahaja buku-buku i n i diterbitkan, penulis diselar dan dikecam. 4

Hikayat Faridah Hanum (atau juga dikenali Setia Ashek Kepada Ma'ashoknya) berkisar tentang seorang gadis Melayu yang dipaksa oleh keluarganya berkahwin dengan sepupunya sedangkan mereka tahu dia sudah jatuh hati kepada Shafik Effendi. Faridah dipaksa berkahwin tetapi tetap setia kepada kekasihnya kerana dia enggan bersatu dengan suaminya. Kesudahannya, pasangan kekasih tersebut dapat bersatu semula walaupun terdapat pelbagai halangan dan rintangan daripada keluarga dan masyarakat. Apabila dibaca daripada perspektif hari ini, jalan ceritanya mungkin kelihatan biasa dan membosankan. Tetapi perlu diingat bahawa pada masa i n i , itulah novel pertama seumpama itu. Hikayat Faridah Hanum mungkin merupakan novel sastera Melayu moden yang pertama mengetengahkan wanita sebagai watak utamanya. Watak Faridah H a n u m mempunyai personaliti, kuasa, dan tujuan. D i a bukannya subjek pasif yang hanya memberikan tindak balas

Porno dan Sheikh terhadap persekitarannya. D a l a m novel i n i al-Hadi menegaskan perlunya hak individu dan kebebasan memilih. Faridah H a n u m menjadi lambang orang Islam yang progresif, yang tidak terikat oleh adat atau tradisi dan dapat bertindak secara rasional dan dalam masa yang sama berpegang kuat kepada ajaran agama dan memelihara akhlaknya. A p a yang benar-benar memeranjatkan pada masa itu adalah kerana Syed Sheikh a l - H a d i telah menggambarkan seorang wanita Melayu Muslim yang mempunyai keinginan dan kehidupan seksual sendiri. Dia enggan melayani kehendak suaminya (kerana mahu menyerah diri kepada kekasihnya) bererti wanita i n i memilih pasangan seksnya menurut rasa hati dan cita rasanya. Bagi al-Hadi, tubuh seseorang wanita adalah hak dan miliknya. D i a tidak boleh dipaksa menyerahkannya kepada sesiapa yang tidak disukainya. 'Kesalahan' besar Faridah H a n u m (kalaupun boleh disebut begitu) adalah kerana dia mahu memilih sendiri kekasihnya dan dia berasa dia berhak menikmati hubungan seksual dengan kekasihnya berdasarkan syarat-syaratnya. Keingkarannya terhadap suami pertamanya berlaku dalam bentuk penolakan seksual - sesuatu yang terlarang pada ketika itu (dan begitu juga pada masa ini). Novel i n i rata-rata telah membuat kumpulan konservatif pada masa itu berasa terkejut. Hikayat Faridah Hanum telah dikecam kerana dikatakan terlalu 'gasang', 'pornografik' dan 'lucah' oleh ulama-ulama tradisional kerana terdapat episod heroin berkhalwat dengan seorang lelaki (Shafik Effendi) yang bukan muhrimnya. Para ulama mendakwa al-Hadi ialah punca kejatuhan akhlak anak-anak muda yang terpedaya dengannya. N a m u n demikian, dalam karyanya, al-Hadi memaparkan Faridah H a n u m sebagai wanita M u s l i m yang berupaya membuat keputusan sendiri dan dengan itu dia sesungguhnya telah menerapkan nilainilai Islam yang sebenar. Hikayat Faridah Hanum yang dikatakan pornografik pada masa itu menunjukkan bahawa nilai moral masyarakat adalah relatif dan ia berkembang dan berubah. Dewasa i n i kita mungkin akan menyamakannya dengan novel Mills and Boons untuk remaja. Tetapi pada masa im Hikayat itu dikatakan 'buku pornografik' yang patut dibakar. Walau bagaimanapun, kesan hikayat itu yang sebenar dan yang berpanjangan adalah kerana ia menimbulkan beberapa persoalan penting tentang hubungan kita dengan tubuh kita, seksualiti kita dan hubungan seksual kita dengan orang lain. Sungguhpun dilempar dengan kecaman yang pedih, al-Hadi telah

Di Balik Malaysia berjasa kepada masyarakat kerana beliau berani membincangkan persoalan yang selama i n i dipendamkan. A k a r u m b i kepada teka-teki ini adalah: Adakah kita menganggap seksualiti sebagai sesuatu yang kotor dan berdosa ataupun sesuatu yang suci dan baik? Adakah seksualiti masalah peribadi bagi seseorang individu atau adakah ia sesuatu yang perlu ditangani oleh masyarakat? Pada titik manakah ada garis yang memisahkan sfera awam daripada sfera peribadi? Soalan-soalan i n i penting bagi kita yang hidup dalam zaman pemikiran kita dikawal dan penjaga akhlak' yang diberi kuasa untuk mengintip kita di celah-celah semak dengan kamera dan binokular inframerah. Kita perlu bertanya soalan-soalan seperti i n i kerana kerajaan menggunakan seksualiti (ataupun caj salah laku seksual) sebagai alasan untuk meredah masuk ke dalam rumah kita pada malam-malam buta untuk mengawasi kelakuan peribadi kita. K i t a perlu membangkitkan isu-isu i n i kerana kecaman awam (yang biasanya dibuat berdasarkan rasa takut dan prejudis) digunakan untuk memburuk-burukkan kumpulan jantina tertentu dan jantina minoriti di negara i n i . Dalam karya Syed Sheikh al-Hadi, seksualiti adalah urusan peribadi seseorang individu. Ia bersifat peribadi kerana bagi beliau, pada umbi seksualiti letaknya cinta — dalam apa juga bentuk — yang diasaskan pada etika dan hubungan etika dengan Pihak L a i n . Itulah sebabnya Faridah H a n u m enggan mengadakan hubungan seks dengan suaminya sedangkan ia sesuatu yang lumrah dalam kehidupan berumah tangga. D i a enggan menyerahkan dirinya kepada suaminya kerana dia menghargai dan mementingkan seksualiti dan kehidupan seksualnya, dan mahu memeliharanya untuk lelaki yang benar-benar dicintainya. Dalam hikayat i n i , seks adalah sesuatu yang perlu dilihat secara serius dan ditangani dengan rasa hormat, tetapi rasa 'hormat' dalam hal i n i tidak difahami oleh minda yang tertutup dan kolot. Faridah H a n u m bukan sahaja mencintai kekasihnya, dia juga berahi akan lelaki itu. Nafsu berahi dan tarikan berjalan seiring dalam novel al-Hadi, dan perlakuan seksual dilihat sebagai cara untuk meluahkan keinginan tersebut. M a r i kita kembali kepada persoalan masa k i n i : Jika pornografi telah menjadi suatu 'masalah' besar di Malaysia, kita perlu bertanya mengapa ia berlaku. Sekiranya begitu ramai orang Malaysia menjadi pelanggan bahan lucah, itu mungkin disebabkan mereka menyukainya. D a n sekiranya perkara lucah itu menggembirakan, maka bolehlah dikatakan itulah tujuan sebenarnya. Pornografi bertujuan mengghai-

Porno dan Sheikh rahkan dan merangsang, seperti mana k u i h berasa manis dan ubat pula ada untuk menyembuhkan kita. Tetapi kita harus ingat bahawa pornogran juga ada batasnya dan kita tidak seharusnya menipu diri sendiri. Bahawa orang Malaysia menjadi pengguna bahan lucah yang pasif bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana selama i n i pun kita memang menjadi pengguna pasif barang-barang yang tidak berguna. Pembangunan ekonomi kita yang 'sungguh menakjubkan hanya menghasilkan budaya remeh: kita makan makan an yang tidak berkhasiat, kita menonton filem yang tidak bermutu, kita mendengar muzik komersil yang membosankan, dan kita bina dan tinggal di bangunan yang hodoh. Jadi mengapakah kita harus terperanjat sekiranya bahanbahan lucah membanjiri negara i n i kerana negara yang malas dan banyak lemak i n i sanggup terpaku di hadapan TV berjam-jam lamanya untuk menonton hiburan yang tidak bermutu saban hari? Sekiranya bahan lucah adalah suatu bentuk hiburan, begitulah juga apa yang d i siarkan di kaca T V . Fantasi tentang perkara lucah adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan begitulah halnya dengan apa yang kita tonton di kaca TV setiap hari. (Sesiapa yang tidak setuju setakat i n i sila beritahu saya bagaimana Xena the Warrior Princess relevan dalam kehidupan harian kita, terutamanya apabila kita berada di tengah-tengah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur). Perkara paling buruk tentang semua fantasi media - sama ada seksual atau tidak — adalah kerana ia menjauhkan kita daripada kenyataan hidup dan hubungan sesama manusia yang sangat penting kepada kita. Bahaya bahan lucah adalah kerana ia membenarkan kita menyelinap ke dalam fantasi kita dan bukan membolehkan kita menukar fantasi menjadi kenyataan. Seperti mana orang dungu yang menonton filem aksi akhirnya menghidupkan fantasi dalam kepala dan bukan dalam kehidupan sebenar, pornografi juga akan merampas keupayaan kita untuk bermimpi dan berangan-angan dan sebaliknya menterjemahkannya menjadi komoditi untuk dipasarkan yang siap dibungkus dan diterbitkan secara besar-besaran. Masyarakat yang terjebak ke dalam kancah tidak akan dapat berkembang. Ia tidak dapat menjangkau perlakuan fizikal seks untuk mencapai tahap seksualiti dan erotik yang lebih tinggi. Ia merupakan masyarakat yang tidak melihat seks dan seksualiti sebagai cara untuk mencintai dan berhubung dengan Pihak L a i n . Inilah punca masalah yang mahu dikemukakan dengan cara yang lebih mudah

Di Balik Malaysia

A p a yang mahu ditunjukkan oleh beliau adalah bahawa sebagai insan yang waras, ada perasaan dan berakhlak, kita ada hak untuk mengetahui dan menikmati tubuh sendiri. Apatah lagi, sebagai insan berakhlak dan waras, kita juga mempunyai tanggungjawab etika terhadap pasangan dalam hubungan seks kita. U n t u k mendapatkan kepuasan untuk diri sendiri, kita perlu memberikan kepuasan kepada Pihak L a i n . Oleh itu, hubungan kelamin ialah perlakuan yang melibatkan aspek fizikal dan moral, dan semasa berlakunya perlakuan itu, wujud hubungan etika yang kompleks. Tetapi bagaimana semua i n i boleh terjadi seandainya masyarakat dan individu masih tidak dapat membezakan seks daripada cinta, seks daripada keerotikan, dan seks daripada seksualiti? Selagi kita tidak dapat melihat perbezaan-perbezaan i n i , maka saya berani berkata bahawa sebagai sebuah komuniti, kita mengalami krisis emosi dan psikologi yang parah yang bukan hanya melibatkan persoalan epistemologi. Dan itu masalah yang jauh lebih besar yang sengaja diketepikan oleh penjaga akhlak' masyarakat kita.

NotaAkhir 1

Saya ada menyebut perkara ini dalam sesetengah teks yang terdahulu tetapi saya rasa ia perlu diulang semula. Hikayat Panji Semerang ialah teks klasik Melayu yang menceritakan tentang kehandalan Panji, pahlawan Jawa yang hidup di kepulauan Melayu kuno. Cerita penuh dengan kisah moral dan banyak juga memperkatakan 'cinta sejenis' antara pasangan sama jantina. Edisi yang boleh dipercayai diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai sebahagian siri khas hikayat Melayu klasik.

2

Syed Sheikh Ahmad al-Hadi dilahirkan pada 22 November 1867 di Kampung Hulu, Melaka. Bapanya, Syed Ahmad ibn Hasan ibn Saqaf al-Hady al-Ba;alawi, daripada keturunan Arab dari Hadrami. Semasa beliau masih muda, beliau dijadikan anak angkat oleh Raja A l i Kelana, kerabat diraja Riau. Beliau menuntut di Mekah, Beirut, dan Kaherah. Di Universiti al-Azhar, beliau terpengaruh oleh pemikir reformis dari Mesir, Muhammad Abduh. Bersama-sama Sheikh Mohamad Tahir, Sheikh Mohamad Salim al-Kalili dan Haji Abbas Mohamad Tahar, beliau menerbitkan majalah reformis, Al-Imam, pada tahun 1906 di Singapura. Pada 4 Februari 1908 beliau membuka Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah di Singapura. Antara tahun 1909 hingga 1915 beliau menjadi peguam bela di Mahkamah Syariah Johor Bahru. Tetapi pada tahun 1915, beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan untuk kembali ke Melaka dan membuka madrasah di situ (bersama-sama Haji Abu Bakar Ahmad), yang kemudiannya dikenali

Porno dan Sheikh sebagai M a d r a s a h A l - H a d i . Walau bagaimanapun, penduduk M e l a y u Melaka tidak menyenangi ajarannya yang dianggap terlalu radikal dan kontroversi pada masa i t u . Pada tahun 1919, beliau berpindah ke Pulau Pinang untuk membuka sebuah lagi madrasah iaitu Madrasah al-Mashoor. Madrasah i n i m u n g k i n merupakan madrasah 'reformis' radikal dari zaman penjajah yang paling terkenal. Pada tahun 1927, a l - H a d i meninggalkan kerjaya dalam bidang pendidikan dan m e m buka Jelutong Press di P u l a u Pinang, yang menjadi salah sebuah badan penerbitan reformis terkemuka di negara i n i . Jelutong Press menerbitkan terjemahan tafsir a l - Q u r a n oleh M u h a m m a d A b d u h dan juga pelbagai artikel dan b u k u reformis penting yang lain. L i h a t : A l i j a h G o r d o n , (ed.)

The Real Cry of Syed Sheikh al-Hady. Institut

Penyelidikan Sosiologi Malaysia ( M S R I ) , K u a l a L u m p u r . 1999. L i h a t : Lenore M a n d e r s o n , Women, Politics and Change: The Kaum Ibu UMNO of Malaysia

1945-1972.

East A s i a n

Social

Studies

University Press, O x f o r d . 1980. ( H l m . 20-21).

Monographs

Series,

Oxford

Kuil-Kuil Malaysia yang Kita Musnahkan

(Rencana ini diterbitkan pertama kalinya dalam www.kakiseni.com)

N

dan geografl diperkaya apabila tedalu ditentukan. Dalam hal i n i , kita di Malaysia i n i memang - atau pada suatu masa - kaya. Kaya kerana kita berada di persimpangan asia. Tanah i n i merupakan titik pertemuan pelbagai budaya dan tamadun dari tanah besar C h i n a hingga ke Asia Tenggara, Asia Tengah, Mediterranean, dan Eropah. E G A R A SEKAYA GEOGRAFINYA;

Jika kita melihat semula peta (peta lisan dan peta grafik) peninggalan zaman Ptolemy dan lain-lain, kita akan mendapati bahawa sesungguhnya negeri i n i dianugerahi banyak kelebihan. Di Kepulauan Melayu terdapat beberapa buah kerajaan dan empayar yang paling hebat di muka bumi i n i : Angkor, Majapahit, Srivijaya, Langkasuka, Khmer, Mataram, Vijaya, Champa, Indrapura . . . dan banyak lagi. Wilayahwilayah ini tidak terpinggir: Mereka berdagang dengan empayar C h i na dan dinasti-dinasti yang memerintah tanah besar India dan Lanka. Semasa saya melawat Sri Lanka awal tahun i n i , saya berada di tengahtengah puing biara Anuradhapura yang agung itu. Saya duduk dan terfikir tentang perjalanan para rahib Lanka ketika mereka mengembara hingga ke Jawa, membawa bersama-sama mereka tradisi Theravada dan Tantraisme dan menyebarkannya sepanjang perjalanan mereka. Bumi Asia Tenggara menyaksikan perpindahan besar yang berlaku pada masa lalu. Kompleks k u i l Pagan, Angkor, dan Borobudur mengingatkan kita pada penduduk Asia Tenggara masa dahulu yang mempunyai pandangan dan menjalani kehidupan harian yang sejagat. Sesungguhnya kita orang Asia Tenggara bukan manusia yang berfikiran sempit. Malangnya, geografi tidak mempunyai cara untuk mempertahankan dirinya daripada penulisan sejarah politik dan sejarah yang di-

Kuil-Kuil Malaysia yang Kita Musnahkan politikkan, dan b u m i di rantau i n i tidak berupaya mempertahankan dirinya daripada rekonstruksinisme ideologi yang hebat. K i n i Asia Tenggara terus menjadi landskap yang dipertikaikan walaupun pertikaian i n i tidak kena-mengena dengan perebutan untuk mendapatkan sumber tetapi kerana mahu melenyapkan masa lalu untuk memperteguh pengaruh masa k i n i . K i t a seharus sedar akan semua i n i apabila pada tahun 1970-an dan tahun 1980-an rantau i n i dilanda oleh gelombang agama konservatif yang berkait rapat dengan kepentingan politik taifah. K u i l besar Borobudur menjadi mangsa pertama apabila dibom oleh orang Islam radikal yang mendakwa bahawa masanya telah tiba untuk membersihkan Indonesia daripada peninggalan pengaruh Hindu-Buddha, dan bahawa pemusnahan patung Buddha itu adalah petanda kemunculan zaman yang baharu. Sesetengah orang Islam yang radikal berasa kecewa melihat beribu-ribu orang pelancong membanjiri negara itu untuk melihat keagungan Borobudur, tetapi tidak berasa kagum melihat patungpatung realis Soviet dan tugu-tugu di Jakarta yang dibina untuk memperingati ahli politik Indonesia atau bangunan utilitarian-modernis yang hodoh yang dibina menggunakan wang sumbangan Arab Saudi. Di Malaysia kita juga terdengar suara-suara yang serupa. Tidak lama dahulu seorang sarjana agama dan ahli politik yang terkenal kerana ilmu batin tentang j i n dan makhluk halus menyuarakan rasa kesalnya kerana ada sebuah bandar di utara yang masih menggunakan nama 'Indera Kayangan. D a l a m ucapannya, beliau berkata nama bandar tersebut seharusnya digantikan dengan sesuatu bercirikan Islam yang dapat mencerminkan suasana semasa. (Kita tertanya-ranya apakah nama Islam yang dirasakan sesuai itu. Macamlah nama sekalipun ada identiti agama...) Sejak kebelakangan i n i kita turut menyaksikan usaha untuk memadahkan kesan sejarah dengan sewenang-wenangnya: sebagai contoh, pemusnahan k u i l H i n d u di seluruh Semenanjung. Sungguhpun setiap kali ia dimusnahkan, kita diberitahu bahawa itu adalah demi 'pembangunan' dan lagipun k u i l berkenaan dibina tanpa kebenaran. Lalu kita p u n tertanya-tanya adakah Angkor Wat atau Borobudur dibina di tapak yang dibenarkan, ataupun mungkin juga mereka yang membina kedua-duanya telah terlebih dahulu memohon permit. Satu kes yang dimaksudkan ialah k u i l Mariamman Muniswaran di Batu L i m a , Jalan Tampin, berhampiran Seremban. Rekod sejarah estet yang dahulunya menduduki tapak tersebut menjelaskan bahawa

Di Balik Malaysia k u i l itu dibina sekitar tahun 1870-1890. O l e h itu k u i l tersebut berusia antara 110 hingga 130 tahun. Strukturnya yang sederhana dengan atap biasa yang melindungi patung dewa, berlatarbelakangkan pokok banyan yang gah dan redup menjadi saksi bahawa ia sesungguhnya bangunan yang sudah tua. Lebih menarik lagi, ketika saya berkunjung ke sana dua minggu yang lalu, saya menemui sebuah tokong kecil Cina di belakang k u i l dan pokok itu. Di k u i l itu ada sebuah patung kecil Raja Jawa yang dijadikan totem pemujaan! Inilah contoh gabungan dan kacukan pelbagai budaya. Sesiapa sahaja, termasuk mereka yang mahu meruntuhkan struktur i n i untuk membesarkan jalan, pasti sedar akan unsur unsur H i n d u , C i n a , dan Melayu yang ada di kuil itu. Mereka yang bercakap berpandukan undang-undang mungkin dapat memahami mengapa kuil i n i perlu dirobohkan. Pada 26 Februari 2005, struktur k u i l i n i telah dimusnahkan oleh pekerja dengan menggunakan tukul besi, tetapi dibina semula oleh penganut yang sering berkunjung ke situ. Nasib k u i l kecil itu sedang didebatkan di mahkamah, dan sehingga k i n i belum tercapai kata sepakat. Pemihak pembangunan pastinyalah akan mengatakan kehilangan sebuah kuil tidak akan menjejaskan landskap. Lagipun, sudah banyak k u i l berjaya dirobohkan, jadi apa lebihnya dengan yang ini? Tetapi di sini kita terpaksa mencelah "untuk- menyatakan sesuatu yang sudah terang lagi jelas. A d a dakwaan yang mengatakan 'kuil India' menyakitkan mata, dibina secara haram, ia tidak sepadan dengan keseluruhan cita rasa dan corak landskap Malaysia. Tetapi kita jangan sekali-kali lupa akan sesetengah fakta yang asas: Pertama, kuil-kuil yang dimusnahkan i n i bukan k u i l 'India' tetapi kuil Malaysia yang merupakan sebahagian landskap budaya-agama Malaysia seperti juga dengan masjid, gereja, dan pagoda di negara ini. Dengan menggelarnya ' k u i l India', kita seolah-olah menganggapnya sesuatu yang Asing yang bukan kita anuti dan m i l i k i . Kuil tersebut dibina oleh orang H i n d u Malaysia di b u m i Malaysia dan lantas menjadi sebahagian landskap Malaysia. Kedua, ciri-ciri Malaysia yang terdapat pada k u i l - k u i l i n i bermakna mengiktiraf Hinduisme telah dan kekal sebagai sebahagian struktur budaya masyarakat Malaysia. Ia bukan kepercayaan dan budaya yang asing yang dibawa ke negara i n i tatkala kita sedang nyenyak tidur. Tiada yang baharu, ganjil, asing, atau luar biasa tentang Hinduisme di Malaysia. Malah ia adalah salah satu asas jati diri Malaysia dan Melayu dan telah menjadi sebahagian budaya dan sejarah organik orang M a 182

Kuil-Kuil Malaysia yang Kita Musnahkan laysia melebihi mana-mana kepercayaan dan budaya yang lain. Bukti yang nyata ialah bahasa Melayu. Misalnya, ayat "Mahasiswa-mahasiswi berasmara di asrama bersama pandita yang curiga" terdiri daripada kata-kata Sanskrit. Ketiga, usaha mempertahankan kuil i n i hendaklah dilihat oleh semua rakyat Malaysia sebagai masalah semua rakyat Malaysia, dan bukan masalah orang Malaysia yang beragama H i n d u sahaja. H i d u p di negara yang kesan sejarahnya semakin menipis setiap masa, kita semua perlu sedar bahawa b u m i kita i n i kaya dengan budaya dan sejarah selagi kita bersama-sama memelihara dan melindunginya. Pemusnahan secara bersistem landskap kerohanian Malaysia dengan itu hendaklah dilihat sebagai masalah negara dan masalah semua rakyat Malaysia. Kita tidak seharusnya menanggapnya masalah ' H i n d u semata-mata, atau lebih teruk lagi, 'masalah India'. (Tidak ada 'orang India' di Malaysia kecuali warganegara India yang memegang pasport India. Yang Lain-lain ialah rakyat Malaysia yang percaya atau tidak percaya akan ajaran dan amalan H i n d u . ) Ringkasnya, apa yang kita saksikan hari i n i ialah pemusnahan kuil Malaysia, dan oleh i t u kita orang Malaysia wajar berasa bimbang. Tidak kiralah apa agama yang kita anuti: i n i ialah isu yang perlu kita tangani bersama. U n t u k menyatakan k u i l i n i ialah k u i l Malaysia yang letaknya di sini, di tanah air kita sebagai sebahagian jati diri bersama. Saya dibesarkan di Kuala Lumpur. Pada waktu subuh saya terdengar laungan azan dari masjid berhampiran dan bunyi loceng dari kuil H i n du yang berdekatan. Dewasa i n i loceng k u i l tidak berbunyi lagi; dan justeru dunia saya — dan dunia anda — semakin ketandusan.

Tahun yang Bergolak kerana Agama

(Rencana ini terbit pertama kalinya dalam akhbar The Sun, 30 Disember 2006.)

K

sesuatu yang peribadi bagi orang Malaysia. Ini merupakan tahun kita hidup dalam bahaya kerana percaya pada sesuatu agama. D a l a m tahun ini isu kepercayaan seseorang dan agama yang dianutinya menjadi masalah orang ramai. Debat diadakan di tempat-tempat awam dan dipolitikkan. A d a beberapa soalan yang tidak dapat dielakkan: Adakah Malaysia masih merupakan negara demokrasi berperlembagaan dan undangundang sivil Persekutuan merupakan kuasa yang tertinggi? Adakah kita semua rakyat Malaysia, atau adakah kita — berdasarkan tinjauan pendapat yang dibuat baru-baru i n i — dikelompokkan berdasarkan kepercayaan agama dan/atau latar belakang kita? D a n bagaimanakah masa depan Malaysia jika kecenderungan komuniti agama dan etnik terus tidak dikawal? Bagaimanakah projek pembinaan negara dapat berkembang dalam tahun dan dekad yang akan datang? Adakah negara i n i akhirnya akan berpecah belah akibat adanya kecenderungan emparan yang mendorong sebilangan kita mencari perpaduan dan jati diri di kalangan sendiri? Selain episod menghunus keris dan sesekali sikap berang etnonasionalis, perkembangan-perkembangan luar biasa yang berlaku sepanjang tahun 2006 antaranya ialah demonstrasi dan protes yang diadakan sebagai gerak balas terhadap jerayawara seluruh negara yang dianjur oleh parti campuran Perkara 11 pada awal tahun i n i . Gambar foto EPERCAYAAN NAMPAKNYA B U K A N LAGI

Tahun yang Bergolak kerana Agama yang diambil bergenia dengan kemarahan yang meluap-luap: 'Jangan hina h u k u m - h u k u m Tuhan', 'Jangan singgung Islam dan orang Islam', 'Hentikan konspirasi Zionis terhadap Islam' - begitulah bunyi amaran yang terdapat di sepanduk-sepanduk. Kerana akur kepada permintaan mereka, kerajaan telah melarang sebarang perbincangan umum mengenai kebebasan beragama di Malaysia. Tetapi berdiam diri bukanlah penawar atau jawapan kepada soalan yang tidak akan lenyap itu. Sudah ada pergelutan undang-undang yang melibatkan rakyat Malaysia yang sudah mati yang agamanya tidak dapat dipastikan. Keluarga Rayappan Anthony, Chandran Dharmadass, M. Moorthy mengalami tekanan emosi apabila mahkamah Syariah mengisytiharkan lelaki-lelaki tersebut meninggal dunia sebagai orang Islam sedangkan keluarga mereka menegaskan sebaliknya. Kemudian terdapat pula kes orang Islam seperti Lina Joy, yang meninggalkan agama asalnya untuk memeluk agama lain. Mereka diberitahu bahawa status dan jati diri baru mereka hendaklah disajikan oleh pihak berkuasa agama sekali lagi. K i t a pun mula bertanya: Undang-undang manakah yang paling tinggi di Malaysia? Persoalan i n i kompleks dan sarat dengan muslihat politik Ia boleh membuat ramai orang berasa kurang senang - namun begitu ia perlu betul-betul dibangkitkan secara jujur dan terbuka. Ia melibatkan kebebasan asas semua rakyat Malaysia dan juga masa depan negara ini. Memang ramai orang Islam akan berkata bahawa persoalan kebebasan beragama tidak wujud dalam hidup mereka. Kebimbangan ini begitu mendalam sehingga di mana-mana sekalipun, ia ditangani dengan cara yang luar biasa. Dalam beberapa kes yang digembar-gemburkan dari luar negara seperti di Mesir dan Afghanistan, orang Islam yang mahu memeluk agama lain dikatakan 'tidak waras' ataupun 'tidak stabil'. Kebanyakan orang Islam masih tidak dapat mengerti bagaimana seseorang yang telah memilih Islam tergamak meninggalkan agama ini. Pokok pangkalnya adalah kerana ia bertitik tolak daripada premis bahawa semua orang Islam bebas menganut agama Islam. Tetapi berapa ramaikah orang Islam di Malaysia memilih untuk menjadi orang Islam, dan berapa ramai orang Islam menganut agama ini kerana dia dilahirkan dalam keluarga Islam? (Begitu juga berapa ramai orang Kristian, H i n d u , Buddha, Sikh memilih agama yang dianuti oleh mereka? D a n berapa ramai antara kita yang jati diri agama dibebankan kepada kita semata-mata kerana faktor kebarangkalian kelahiran?)

Di Balik Malaysia Orang Islam serta pengikut agama-agama lain terpaksa menerima kenyataan bahawa kita hidup dalam masyarakat majmuk yang kompleks, yang mengandungi perbezaan agama dan pelbagai alternatif agama. Apabila kita hidup bersama mereka yang berlainan agama, kita bukan sahaja perlu menerima dan menghormati perbezaan-perbezaan yang wujud, tetapi kita juga harus sedar bahawa orang lain juga menganggap agama mereka benar dan penting. D a l a m proses interaksi rentas budaya yang berlaku setiap hari i n i , dari semasa ke semasa akan berlakulah tindakan melampaui dan menyeberang sempadan (budaya, etnik, dan agama). Hanya segelintir agama sahaja yang dapat menyesuaikan diri dengan realiti pilihan individu i n i ketika berdepan dengan alternatif sebenar. Kegagalan untuk mengambil kira realiti kehidupan pelbagai budaya jelas berlaku di Malaysia pada masa k i n i . Justeru berlakulah reaksi sentak lutut di kalangan masyarakat agama apabila salah seorang anggotanya mahu meninggalkan kumpulan itu untuk menyertai kumpulan lain. Ungkapan 'Islam dalam bahaya' bukan sesuatu yang unik. Di sana sini kedengaran keluhan-keluhan janggal yang sama: 'Hinduisme dalam bahaya' laung orang H i n d u , 'Kristian diancam' keluh orang Kristian. Sungguhpun kita tahu bahawa perbezaan agama sememangnya wujud, kita enggan menerima kenyataan bahawa seseorang berhak memilih agamanya. Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat dan agama lambat-laun terpaksa menangani persoalan kebebasan beragama. Jalan keluar dengan menggunakan retorik teori konspirasi dan plot jahat 'Zionis yang zalim' hanya berupaya mencetuskan rusuhan, tetapi tidak membantu memudahkan proses pilihan dan agensi agama. Sudah sekian lama kita beranggapan bahawa struktur berbilang budaya masyarakat Malaysia ditampung oleh poster dan iklan pelancong. Dan ketika iklan-iklan i n i memberitahu pelancong bahawa kita masyarakat berbilang budaya, berbilang agama, saling menyayangi dan hidup dalam harmoni, k u i l - k u i l di Malaysia diruntuhkan dan sejarah praIslam Malaysia dipinggirkan. Sudahnya persoalan yang penuh duri dan ranjau i n i membawa kita kembali ke persoalan asal siapa dan apa yang dimaksudkan dengan rakyat Malaysia? Jika persoalan kita mahu dijadikan persoalan politik nasional yang berasaskan konsep warganegara sejagat yang identiti bangsa, etnik, dan agama kurang penting dibandingkan dengan identiti nasional kita, maka perbahasan tentang kebebasan beragama perlu di-

Tahun yang Bergolak kerana Agama lakukan dalam konteks Malaysia yang mengutamakan undang-undang sivil Malaysia mengatasi yang lain-lain. Ini ialah sistem undang-undang yang menjamin hak kepada sesiapa yang memeluk Islam, dan seharusnya juga menjamin hak kepada seseorang untuk meninggalkan Islam: Bukan kerana Islam agama yang kurang penting, tetapi kerana orang Malaysia seharusnya berhak menjadikan Islam agamanya dan yang utama dalam hidupnya. Tetapi peraturan i n i seharusnya bersifat sejagat dan tidak berat sebelah. Semangat dan nilai sejagat inilah yang dibahaskan sekarang. D a n untuk mewujudkan masa depan Malaysia yang menjadi m i l i k semua rakyat Malaysia, maka setiap orang hendaklah mempertahankan kesejagatan i n i . Menganut sesuatu agama seharusnya tidak mengancam masa depan kita.

Seorang Lagi Penyiar Mesej Malaysia Dikecam

T

ditarik balik. Kenyataan ini betul bagi kebanyakan kita terutamanya ahli politik yang lupa bahawa kita hidup dalam era teknologi komunikasi moden dan setiap patah kata, setiap ujaran, malah setiap sendawa dan kentut sekalipun akan dirakamkan untuk tatapan generasi masa hadapan. ERLAJAK CAKAP M E M A N G SUKAR

Baru-baru i n i Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak, dalam suatu persidangan akhbar di Kuala Lumpur, telah melafazkan semula moto orang politik bahawa Malaysia ialah sebuah 'negara Islam' yang 'tidak pernah bergabung dengan mana-mana pihak' untuk menjadi sekular dan bahawa pembangunan Malaysia adalah 'berlandaskan hukum Islam' (Bernama, 17 Julai 2007). Tentu sekali kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu telah mencetuskan rasa bimbang di kalangan rakyat Malaysia yang - selama 50 tahun lebih - menyangka negara i n i mengamalkan demokrasi berperlembagaan dan ia bukan negara teokratik. Sehubungan itu bangkangan telah disuarakan oleh pelbagai pihak, daripada golongan elit liberal yang menetap di bandar hinggalah kepada pemimpin parti yang umumnya bukan dianggotai oleh orang Melayu dan orang Islam di negara i n i . Mereka mahu penjelasan tentang isu tersebut dan kenyataan semula tentang dasar politik Malaysia yang bersifat sekular i n i . Apabila ketidakpuasan orang ramai semakin memuncak, kerajaan Malaysia bertindak seperti yang dijangkakan. Sedang Timbalan Perdana Menteri makan angin di Australia, kerajaan telah mengeluarkan larangan menyeluruh terhadap apa-apa perbincangan mengenai perkara i n i , dengan alas an ia akan menimbulkan kemarahan

Seorang Lagi Penyiar Mesej Malaysia Dikecam dan salah faham antara pelbagai kaum dan agama di negara ini; walhal punca salah faham dan keresahan i n i datang daripada kenyataan T i m balan Perdana Menteri sendiri. Meskipun pihak media dilarang membincangkan isu negara Islam itu, masyarakat Internet Malaysia terus menguar-uarkan persoalan itu di beberapa laman web dan blog di seluruh negara. Malah, berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jelaslah bahawa perbincangan politik yang paling menarik dan bermakna berlaku di Internet. Pihak berkuasa Malaysia ternyata sekali berasa bimbang terhadap peranan yang dimainkan oleh Internet dalam menentukan rentak dan irama politik Malaysia. Atas sebab inilah maka beberapa orang ahli politik yang konservatif daripada parti Barisan Nasional telah menyeru kerajaan agar mengadakan sekatan terhadap kegiatan penulis blog dan mereka yang menyiarkan idea mereka di ruang siber. Kononnya mereka menyebarkan berita palsu terhadap negara dan mencemari imej pemimpin negara i n i . Tuduhan yang serupa juga dilemparkan oleh pemimpin sesetengah negara seperti Korea Selatan dan China di mana pembangkang dianggap mengancam keamanan negara. Lebih kurang seminggu yang lalu, seorang penulis blog Malaysia - Nathaniel Tan — ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis kerana menyiarkan berita yang menuduh sesetengah ahli politik di negara ini terbabit dalam rasuah. K i n i apabila larangan menyeluruh yang menghalang forum debat awam tentang isu negara Islam dikuatkuasakan, maka orang ramai mula menyuarakan rasa bimbang mereka kerana khuatir i n i merupakan langkah kerajaan untuk mengawal ruang siber dan menutup mulut penulis blog" dan penulis siber. Berikutan penahanan dan seterusnya pembebasan Nathaniel Tan, M u h a m m a d Taib, mantan Menteri Besar dan ahli parti U M N O telah membuat laporan polis mengenai seorang lagi penulis siber Malaysia yang terkenal, Raja Petra Kamarudin, yang mempunyai laman net yang popular, iaitu Malaysia Today (www.malaysia-today.net). Raja Petra, melalui rencana dan siarannya di Malaysia Today dituduh menghina raja, menjanjikan martabat Islam, dan mencetuskan kebencian di negara i n i . Sehingga k i n i belum dapat dipastikan lagi yang mana satu siaran Raja Petra yang dikatakan menghina raja dan negara. Beliau walau bagaimanapun, menganggap tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Menurut Petra: "Saya bukan mahu memburuk-burukkan Islam. Tudu-

Di Balik Malaysia han seperti itu memang mudah dibuat kerana apabila saya menulis tentang agama, saya menyatakan pendirian saya yang bersifat subjektif dan oleh yang demikian boleh didebatkan. Tetapi apa yang sebenarnya membuat mereka cemas ialah pendedahan saya tentang amalan rasuah di negara i n i , yang disokong oleh dokumen-dokumen yang saya siarkan pada laman itu. M a m p u k a h mereka menafikannya?" Laman web Raja Petra yang mendedahkan amalan rasuah di kalangan ahli politik, usahawan, rangkaian penjenayah Malaysia dan juga angkatan polis Malaysia dikunjungi oleh beribu-ribu orang setiap hari. Kebelakangan i n i pasukan polis Malaysia dilanda pelbagai masalah, skandal, dan pendedahan yang berkaitan dengan kekejaman pihak polis, kematian semasa dalam tahan, dan yang terkini peritiwa mantan Timbalan Perdana Menteri, A n w a r Ibrahim, yang dibelasah oleh polis. K i n i para aktivis, wartawan, dan pakar undang-undang berasa bimbang tentang kesan perkembangan i n i terhadap masa depan negara, kerana penahanan Nathaniel Tan dan laporan polis yang dibuat terhadap Raja Petra menandakan bahawa ada usaha untuk menutup mulut penulis blog. Seperti kata M a l i k Imtiaz, peguam yang terkenal di Malaysia: "Sungguh mendukacitakan sekiranya tindakan terakhir ini merupakan sebahagian kempen untuk menutup domain awam yang membincangkan perkara-perkara penting seperti perlembagaan Malaysia dan persoalan sama ada negara Malaysia negara Islam ataupun tidak." Di tengah-tengah kekalutan i n i , kerajaan Malaysia menafikan tuduhan yang dilemparkan dan memberikan tindak balas. Rangkaian televisyen milik kerajaan, R T M 1, menyiarkan rancangan yang mengutuk akhbar tempatan kerana telah 'mencetuskan kekacauan dengan membangkitkan isu perkauman dan agama yang sensitif. Sementara itu pemimpin parti U M N O terus melaung-laungkan retorik etnonasionalisme yang sarat dengan sentimen kemasyarakatan. Percanggahan jelas kelihatan. Kerajaan yang pemimpinnya sedang bercuti di luar negara menjadi lumpuh sedangkan orang yang menyiarkan mesej i t u pula menerima padahnya.

Multikulturalisme Linguistik atau Kezaliman Majoriti?

(Pertama kali disiarkan dalam Malaysiakini. com pada 26 Mac 2005)

D

E W A S A I N I M A L A Y S I A menyaksikan suatu fenomena yang seakan-akan tayangan semula drama bersiri yang diminati ramai: politik negara semakin panas disebabkan permintaan yang semakin hebat daripada pelbagai kumpulan etnolinguistik yang mahu mempertahankan pendidikan vernakular. Secara ringkas, alasannya yang diberikan adalah kerana Malaysia mempunyai pelbagai etnik, pelbagai kaum, dan pelbagai bahasa perlu dan seharusnya dipertahankan melalui sistem persekolahan yang berbeza, yang membolehkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah pilihan masing-masing, dan sesetengah sekolah i n i merupakan sekolah vernakular yang bahasa pengantarnya ialah bahasa ibunda masyarakat itu sendiri.

Seperti yang diketahui u m u m , pendidikan ialah suatu topik yang kompleks dan sering kali penuh kontroversi di kebanyakan negara. Di Eropah misalnya, kita menyaksikan perdebatan yang sama tentang masa depan sekolah kebangsaan untuk kumpulan minoriti tertentu. Larangan memakai tudung kepada pelajar Islam di sekolah di Perancis, dan cubaan untuk mengawal perkembangan sekolah berbahasa Pengantar Turki di Jerman, kedua-duanya mengarah kepada isu yang sama: kebimbangan bahawa sistem pendidikan kebangsaan tidak dapat menampung multikulturalisme, dan bahawa permintaan pendidikan yang mengkhusus kepada budaya/agama/bahasa tertentu akan melahirkan masyarakat yang semakin berpecah belah. Yang anehnya, penyokong multikulturalisme dalam kedua-dua masyarakat tersebut k i n i adalah wakil yang berpendirian paling eksklusif, konservatif, dan komunitarian dalam masyarakat mereka. Di Perancis dan Jerman, kumpulan yang mendesak supaya diwujudkan pen-

Di Balik Malaysia didikan (agama) Islam yang berasingan merupakan wakil masyarakat Islam yang paling defensif. Sebaliknya, pejuang sistem pendidikan kebangsaan k i n i mendapati diri mereka dicap sebagai 'asimilasionis yang tiada toleransi', yang mahu menghapuskan semua kepelbagaian atas nama persefahaman dan perpaduan negara. Perdebatan yang pan as dan penuh rasa benci berterusan sementara anak-anak orang Islam mahupun bukan Islam dalam diam-diam melarikan diri di belakang sekolah untuk menikmati keseronokan menghidu gam.

Komunitarianisme dan kuasa pemisah Biar saya menjelaskan kedudukan saya sebelum kita meneruskan perbincangan i n i : saya menentang segala bentuk politik komunitarianisme, termasuklah pendidikan berasaskan komunitarianisme. Sememangnya saya tidak pernah menyokong pandangan tentang pendidikan berasingan berasaskan kaum/etnik/bahasa ataupun agama kerana permintaan sedemikian sentiasa berdasarkan keperluan komunitarian yang bersifat jangka pendek, eksklusif, dan akhirnya akan gagal. Inilah masalah yang sedang kita hadapi di Malaysia hari i n i apabila permintaan terhadap pendidikan vernakular yang berasingan disokong oleh golongan Islam tegar, yang jelas sekali mengintai peluang untuk mengemukakan permintaan mereka yang mahu sistem sekolah agama untuk para pengundi Melayu Islam. Orang biasa pun sudah menyedari implikasi permintaan sedemikian apabila permintaan tersebut digabungkan sebagai suatu kelompok: sekiranya kempen pendidikan Melayu Islam dan kempen pendidikan vernakular C i n a Malaysia berjaya, jaringan sosial di Malaysia yang sudah sedia rapuh akan semakin robek disebabkan kuasa pemisah yang menekankan perbezaan dan bukannya persamaan, di kalangan rakyat Malaysia. K i t a dapat membayangkan suatu masyarakat dengan warganegara Malaysia keturunan Melayu Islamnya pergi ke madrasah, belajar bahasa Arab dan sejarah Arab-Islam, manakala warganegara Malaysia keturunan C i n a dan India pula akan diajar dalam bahasa masing-masing. Di manakah pula tempatnya untuk budaya kebangsaan dan budaya sepunya? Bagaimanakah warga Malaysia dapat berkomunikasi dalam ruang perbincangan yang sepunya? Apabila golongan Islam berhaluan kanan di Malaysia menyokong golongan pendidik vernakular C i n a , kita seharusnya segera menyedari

Multikulturalisme Linguistik apa maknanya: i n i bukanlah suatu bentuk perkongsian sebanding, tetapi lebih merupakan gabungan penting antara kumpulan yang saling mencurigai. Satu-satunya perkara yang menyatukan mereka adalah bahawa golongan vernakular Islam ataupun C i n a tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah yang ada pelajar daripada komuniti lain. K i t a mungkin teringat gabungan kehendak yang ironik antara kaum N a z i di Jerman dengan kaum Yahudi Jerman aliran konservatif: apabila kaum N a z i memperkenalkan undang-undang baharu untuk memisahkan orang berbangsa Jerman daripada orang Yahudi, mereka disokong oleh golongan Yahudi konservatif yang juga tidak mahu anggota komunitinya berinteraksi dengan aliran utama Jerman itu. (Kita semua tahu bagaimana berakhirnya politik komunitarian yang memecahbelahkan masyarakat i n i di Jerman. K i t a akan memperkatakan hal ini dengan lebih lanjut kemudian). U n t u k menyatakan bahawa satu-satunya faktor yang menyatukan semua rakyat Malaysia ialah rasisme mungkin adalah klise, tetapi i n i adalah suatu kenyataan. Desakan terhadap pendidikan vernakular dan agama yang berasingan mendedahkan kenyataan yang tersembunyi ini. D a n atas alas an i t u permintaan golongan komunitarian pendidik perlulah didedahkan kerana ia tidak lain, hanyalah komunitarianisme pemecah belah yang menyemarakkan keinginan untuk berpecah atau berpisah yang sedang merobek negara kita. Hakikat i n i pula membuka satu lagi pekung di dada: jika masyarakat Malaysia hari i n i dipecahbelahkan dan semakin banyak kumpulan mendesak pengasingan etnik/bahasa/budaya dan agama, apakah maknanya usaha negara Malaysia untuk membina negara bangsa? Jika ibu bapa C i n a mahu menghantar anak mereka ke sekolah vernakular Cina, apakah maknanya prestasi sekolah kebangsaan? Inilah persoalan sebenar yang belum lagi dicari jawapannya, sekurang-kurangnya oleh golongan demagog yang gabas dalam parti U M N O dan gabungan Barisan Nasional yang memerintah sekarang.

Di manakah sejarah warganegara Malaysia keturunan Cina dan India? Mengapakah pembinaan negara bangsa gagal di Malaysia? Berdasarkan definisi dan praksis, negara bangsa ialah suatu entiti buatan yang perlu dibina. Dalam sesetengah kes, misalnya negara bangsa Pakistan. Negara bangsa itu sendiri mungkin suatu entiti rekaan

Di Balik Malaysia sepenuhnya tanpa asas dalam sejarah. Dalam kes yang lain pula, misalnya kes Indonesia, ia hanya berdasarkan segala macam sejarah yang saling berkait, yang merentangi sempadan politiknya. Malaysia pula nampaknya merupakan gabungan kedua-duanya. Tidak dapat dinafikan bahawa 'Malaysia' seperti yang kita ketahui hari i n i ialah suatu binaan pascapenjajahan bentuk moden. Bekas-bekas penjajahan masa lalu dapat dilihat dalam institusi politik Malaysia itu sendiri, dan juga dalam undang-undang penjajah yang banyak kelemahan (misalnya A k t a Keselamatan D a l a m Negeri), yang ditinggalkan oleh British dalam jagaan 'penduduk asalnya'. Satu lagi tinggalan penjajah masa lalu ialah cara pemikiran kerajaan penjajah dan politik yang memecahbelahkan kaum, yang digunakan oleh British untuk mengesahkan dan mewajarkan politik pecah dan perintah. Logik kaum dan kekauman i n i tertanam begitu mendalam sehingga politik Malaysia masih berpecah disebabkan sempadan etnik/ kaum/budaya hingga ke hari i n i . D a n kerana jasa baik parti pemerintah Barisan Nasional berhaluan kanan, maka masyarakat Malaysia sedikit sekali mencapai kemajuan dari sudut perkembangan erti identiti kebangsaan bersama yang luas, abstrak dan tidak bersifat perkauman. Oleh yang demikian, adakah menghairankan jika bayang-bayang sektarianisme yang buruk itu menonjolkan dirinya dewasa ini? Sejak tahun 1957, budaya politik Malaysia telah ditentukan oleh tiga faktor utama: komunitarianisme Melayu, autoritarianisme moden (yang diasaskan pada neofeudalisme), dan Islam yang dipolitikkan. Hakikat demografi menunjukkan kuasa dan pengaruh politik Melayu Islam semakin bertambah, suatu faktor yang menjadi bertambah buruk dengan adanya 'persaingan pengislaman yang sempit dan membinasakan diri antara dua parti Melayu Islam, U M N O dan P A S . Politik yang berpusatkan diri sendiri i n i , yang menumpukan perhatian hampir seluruhnya pada usaha mendapatkan undi orang Melayu Islam, telah mengesampingkan dan melenyapkan suara-suara lain pada semua peringkat di Malaysia, sama ada peringkat politik, ekonomi, mahupun budaya. Sudah pasti salah satu mangsanya yang pertama ialah sistem pendidikan itu sendiri. Sebagai sebuah negara buatan yang baharu seperti Malaysia, kita seharusnya sama-sama merancang suatu sistem pendidikan kebangsaan yang bersifat cuknp inldusif, terbuka, majmuk, dan abstrak, yang meliputi sebanyak yang mungkin kumpulan budaya/etnik/bahasa ke dalam gambaran yang bersifat kebangsaan i n i . Kes pembi-

Multikulturalisme Linguistik naan negara yang berjaya antaranya ialah Amerika Syarikat. Ia yang berjaya membina semangat kebersamaan yang membolehkan setiap warganegaranya mendapat hak sebagai warga Amerika, sungguhpun wujud sejarah imperialisme, kolonialisme, perhambaan, dan perkaumannya. B u k t i kejayaan i n i jelas apabila kita melihat kumpulan minoriti A m e r i k a (daripada kumpulan minoriti etnik hinggalah kepada kumpulan minoriti jantina) menyuarakan kehendak mereka sebagai rakyat A m e r i k a dan demi rakyat Amerika. Malangnya i n i tidak pernah berlaku di Malaysia atas sebab yang mudah, iaitu kumpulan minoriti lain tidak pernah berasa diterima baik sebagai rakyat Malaysia. Politik komuniti yang berpecah sejak empat dekad pertama selepas merdeka sebaliknya menyaksikan sektarianisme etnik/kaum/agama yang semakin teruk, dengan pemimpin utama Melayu Islam (daripada golongan 'ultra' U M N O tahun 1960-an kepada P A S pimpinan A s r i M u d a pada tahun 1970-an hinggalah kepada golongan gabas dalam Pemuda U M N O hari ini) yang menekankan ketuanan dan kekuasaan Melayu melebihi yang lain-lain. Konsep 'Ketuanan Melayu' (yang hari i n i menjadi bertambah buruk dengan adanya Ketuanan Islam) memastikan usaha membina negara akan gagal kerana ia meminggirkan komuniti-komuniti lain dalam negara secara bersistem. Buktinya terdapat dalam sistem pendidikan kebangsaan kita hari ini: buat golongan cauvinis Melayu yang gabas dalam U M N O , yang mendakwa orang C i n a Malaysia 'tidak patriotik' apabila mereka meminta sistem pendidikan yang berasingan, satu soalan dikemukakan: J I K A anda dilahirkan sebagai orang C i n a , orang India, atau orang perempuan di negara i n i , di manakah tempat anda dalam sejarah negara? D u n i a historiografi Malaysia yang rasmi tidak memberikan ruang dan peluang untuk menyebutkan sumbangan wanita dan komuniti bukan Melayu dalam pembangunan budaya, ekonomi dan politik dalam negara yang dikenali sebagai Malaysia hari i n i . Bilakah kali terakhir anda membaca tentang wanita atau orang bukan Melayu di Malaysia yang memainkan peranan aktif dan penting dalam pembinaan negara? Hubungan dan interaksi silang budaya yang berabad-abad lamanya telah sengaja diabaikan dalam penulisan buku-buku sejarah kita. D a n dalam pengajaran sejarah di sekolah-sekolah kita, kita mengabaikan sumbangan S E M U A kumpulan kaum/budaya/etnik yang menyumbang ke arah pembinaan Malaysia. Jadi, mengapa kita harus terkejut jika orang bukan Melayu terasa perlu menarik diri daripada sistem tersebut?

Di Balik Malaysia Soalan tersebut boleh diperluas untuk meliputi isu bahasa itu sendiri. Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia berkait rapat dengan kepelbagaian bahasanya. N a m u n tidak satu p u n daripada bahasa Cina (Mandarin, Hokkien, Kantonis, dll) atau bahasa kaum India (Urdu/ H i n d i , Tamil, dll) yang dituturkan oleh orang Malaysia dianggap wajar dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan sebagai subjek yang sah agar dapat dipilih oleh pelajar Malaysia. Jadi, jika pelajar Melayu atau India mahu belajar bahasa Mandarin, adakah dia perlu pergi ke sekolah jenis kebangsaan Cina? Mengapakah pilihan i n i tidak terdapat dalam sistem pendidikan sekolah kebangsaan itu sendiri? Inilah halangan yang telah kita bina untuk diri kita sendiri di Malaysia: kegagalan bersama untuk mencapai ciri kebangsaan yang meliputi kita semua telah membuka jalan kepada golongan demagog pemisah berhaluan kanan yang mempermainkan isu kaum/komuniti dan mempergunakan rasa tidak terjamin komuniti kita. Golongan berkuasa Melayu terus memperkatakan isu 'kejatuhan bangsa Melayu'; golongan komunitarian C i n a bercakap tentang 'pembasmian identiti Cina'; manakala golongan konservatif Islam menakut-nakutkan pengikutnya dengan teori pakatan jahat tentang perang menentang Islam'. Semua kumpulan i n i - sama ada golongan majoriti, ketuanan komuniti Melayu, atau golongan "pemisah di kalangan orang Islam atau vernakular C i n a — hanya berfikir dalam lingkungan politik komunitarian masing-masing; dan tiada satu p u n yang terfikir tentang negara secara keseluruhannya. Lebih memburukkan masalah i n i ialah perbezaan ketara dari segi kuasa dan demografi yang menentukan bahawa kumpulan komunitarian tertentu dilihat dan digambarkan sebagai 'lebih tidak wajar' berbanding dengan yang lain (walhal semua kumpulan komunitarian sama-sama tidak wajar dari segi kehendak eksklusif mereka). Inilah sebabnya, sebagai contoh, mengapa kempen golongan pendidik Cina sentiasa diserang atas alas an 'eksklusivisme kaum' mereka manakala penyokong sistem pendidikan Islam - yang kebetulan Melayu Islam - dilayan lebih baik. Bukti i n i dapat dilihat dalam perbincangan hangat yang disiarkan dalam media Melayu vernakular dan dalam bahasa yang digunakan oleh sesetengah pemimpin U M N O yang bertindak keterlaluan sehingga mengatakan kempen tersebut sebagai 'komunis yang terpendam' dan musuh dalam selimut; sementara logik 'ikatan umat Melayu' menjamin penyokong Sekolah Agama Rakyat (SAR) akan terus dilihat sebagai 'saudara Melayu'.

Multikulturalisme Linguistik Adakah jalan keluar daripada kecelaruan yang kita sendiri wujudkan ini? Sebenarnya, satu cara adalah dengan memilih kerajaan yang lebih cenderung ke arah membina negara secara keseluruhan sebagai agenda utamanya. Tetapi itu hanya akan tercapai dalam beberapa tahun lagi. K i t a perlu sentiasa ingat tentang identiti Malaysia yang saling berkait dan bahawa ruang dalam negara ini adalah untuk kita semua. Kita masih jauh terpesong daripada penolakan secara sedar terhadap politik kaum yang berpecah (kerana kebanyakan rakyat Malaysia masih berfikir dari sudut kaum dan tidak dapat memandang satu sama lain sebagai rakyat Malaysia; dan belum dapat menilai secara dalam dan secara sedar identiti kebangsaan kita yang bersifat gabungan, kacukan, dan buatan. Malaysia memerlukan sistem pendidikan yang benar-benar bersifat kebangsaan yang inklusif, yang mengambil kira serta menggambarkan kepelbagaian dalam politik negara kita. Malah ini sebenarnya sistem pendidikan kebangsaan yang menggambarkan kepelbagaian dalaman kita, dan juga pelbagai zon kacukan yang kabur yang wujud dalam bahasa popular yang bercelaru, budaya popular, malah dalam kehidupan peribadi kita. Dapatkah sistem pendidikan yang bersifat dekonstruktif dan menyiasat diri i n i wujud di Malaysia? Selagi kita tidak bersedia untuk mempersoalkan sesetengah andaian, pandangan, dan prasangka kita yang paling asas, jangan haraplah perkara ini akan terjadi.

Mengenang Semula Sejarah Baru Malaysia (Artikel-Artikel Baru)

'69 Yang Lain

A

D A M A S A - M A S A N Y A o r a n g t u a m a c a m saya i n i n a i k a n g i n , tetapi m u j u r l a h saya t i d a k m e n c a p a i keris d a n m e n g a m o k ( p a l i n g tidak saya h a n y a m e l o m p a t d a r i t i n g k a t l i m a , t a p i k i s a h i n i tidak

sesuai d i h e b a h k a n d i s i n i ) . B a g i sebuah negara y a n g s e m u d a i n i (rasa-rasanya m a s i h boleh dikatakan

muda),

sesetengah

pemimpin

lama

kita

terus-menerus

m e m b a n g k i t - b a n g k i t k a n k i s a h - k i s a h l a p u k y a n g b e r l a k u t i d a k beberapa l a m a d a h u l u . M u s i m p i l i h a n raya s u d a h d a t a n g d a n p e r g i , d a n bagi a h l i sejarah seperti saya, t e m p o h - t e m p o h negara d i l a n d a histeria amat m e m b o s a n k a n kerana k e t i k a i n i l a h b e r l a k u m u s i m ' k i t a j a h a n a m k a n sejarah'; suatu kegiatan y a n g k h u s u s n y a sangat d i m i n a t i o l e h a h l i p o l i t i k k i t a y a n g m e n y a n g k a s e m a k i n b a n y a k fakta sejarah d i m u s n a h k a n oleh mereka, m a k a p e l u a n g m e r e k a u n t u k d i l a n t i k s e m u l a a k a n semakin cerah. A n t a r a p u t a r belit y a n g h a m b a r d a n basi y a n g d i s a j i k a n kepada k i t a b a r u - b a r u i n i ialah Peristiwa 1 3 M e i y a n g telah p u n d i k e t a h u i oleh semua orang. N a m p a k n y a d e m a g o g d a n o r a n g y a n g s u k a m e n a k u t n a k u t k a n k i t a t i d a k j e m u - j e m u d e n g a n k i s a h seram i n i . D a n a n d a i kata k i t a terlena kerana jelak m e n d e n g a r cerita y a n g m e n j e m u k a n k i n i , tiga abjad d a n d u a angka keramat i n i a k a n m u n c u l s e m u l a u n t u k m e n a k u t n a k u t k a n k i t a : M , E , d a n I ; 1 d a n 3 . A p a b i l a i a d i g a b u n g k a n , maka rasa takut semua o r a n g a k a n m e m u n c a k d a n i b u - i b u k i t a p u n m u l a menyorokkan t i n ikan sardin dan roti.

'69 Yang Lain Setelah semua keputusan pilihan raya dikira dan jelaslah bahawa kita berada di ambang Malaysia baharu, maka ada baiknya kita semua bermuhasabah dan meninjau semula zaman yang sudah berlalu. Justeru kita perlu mendapatkan maklumat yang betul. Kejadian yang berlaku pada pertengahan bulan M e i '69 telah berlanjutan selama beberapa hari dan apa-apa pertumpahan darah yang berlaku ketika itu mujurlah berlaku di bandar-bandar di Pantai Barat sahaja. Baru-baru ini semasa saya berada di Kelantan (kerana mengikuti kempen pilihan raya), peristiwa M e i '69 i n i dibangkitkan berulang-ulang kali. Yang menariknya, orang Kelantan yang saya temui bersikap acuh tak acuh mendengar kata hikmat i n i . Lagipun, perkara itu berlaku di seberang sana, kalau tidak salah, di sebuah bandar raya bernama Kuala Lumpur. Jadi, mengapa orang Kelantan perlu risau dengan apa yang berlaku di Kuala L u m p u r yang nun jauh di sana? Memang betul. D a n tatkala kita berdolak-dalik dengan relativisme, ada baiknya kita memperkatakan hujah i n i dengan lebih lanjut: Mengapa orang yang tinggal di Terengganu, Perlis, Pahang, Sabah, ataupun Sarawak perlu susah hati dengan apa yang berlaku pada bulan M e i tahun 1969? Inilah seperkara yang dilupakan oleh kita semua. Bagi kebanyakan orang yang tidak menetap di Lembah Kelang, Ipoh, Georgetown ataupun mana-mana bandar di Pantai Barat, 13 M e i 1969 sama seperti hari-hari yang lain (sehinggalah berita tentang kejadian di KL mula tersebar di seluruh negara.) Sungguhpun berita tentang huru-hara yang berlaku di bandar-bandar i n i sudah tersebar luas, berjuta-juta rakyat Malaysia masih menjalani kehidupan seperti biasa. Tarikh 13 M e i 1969 yang dijadikan titik perubahan dalam lipatan sejarah negara kita adalah sesuatu yang dibuat secara sedar. Suatu tarikh telah dipetik, diabadikan dan dipulihara dalam ekonomi yang kedap udara yang membuatnya tidak boleh lagi diubah suai, dikritik, ataupun dipersoalkan. Seolah-olah tarikh keramat ini disimpan untuk generasi masa depan dan akan digunakan untuk menceritakan semula peristiwa yang telah berlaku di Malaysia. Tetapi mengapakah sejarah kita bermula dan berakhir dengan tarikh keramat ini, padahal sebenarnya penduduk negara i n i yang berbilang bangsa dan budaya sudah berkurun-kurun hidup dalam aman damai, muhibah, dan kasih mesra? Sebab itulah kita perlu berulang-ulang kali meninjau semula tarikh 13 M e i 1969 untuk mengeluarkan dan mengaktifkan semula pelbagai peristiwa yang berlaku ketika itu, untuk mengingatkan kita semua bahawa sebenarnya ada banyak 13 M e i , dan justeru tarikh yang

Di Balik Malaysia satu i n i tidak seharusnya diberikan pengertian yang khusus; pengertian yang tidak boleh diubah suai dan tertutup buat selama-lamanya. Sesetengah daripada kita belum dilahirkan pada 13 M e i 1969. Oleh yang demikian, tarikh i n i tentunya membuat anda keliru dan anda hairan mengapa ibu anda membeli sardin Cap A y a m sebaik sahaja ahli politik menyebut tarikh keramat itu. Sesetengah kita pula ada banyak benda lain yang perlu dibuat daripada mengasah pisau dan menceroboh rumah jiran dan membunuh mereka. Saya pula ketika itu baru berusia dua tahun dan seronok menyambut hari lahir saya, menunggang kuda kayu dan makan kek yang dibuat dalam bentuk kapal terbang (dengan kipasnya sekali). Kawan saya tidak dapat datang ke majlis hari lahir saya kerana perintah berkurung. D a n oleh sebab mereka juga berumur dua tahun, mereka tidak ada kad pengenalan untuk membolehkan mereka melepasi sekatan jalan raya. Ibu saya bertugas sebagai pembaca berita televisyen ketika itu (beliau membaca berita dengan tidak lain tidak bukan, Datuk Seri Samy Vellu). Ibu pergi ke R T M diiringi oleh dua buah trak askar. Jadi begitulah kenangan saya pada 13 M e i yang lalu: menunggang kuda sambil makan kek, didendangkan lagu 'Happy Birthday' oleh askar infantri ke-11. O l e h itu mengapa kita tidak boleh mengenang semula peristiwa itu dengan cara yang lain tanpa diganggu gugat oleh ahli politik?

Selamat Tinggal Melayu yang Seragam

T

M E L A Y U H I L A N G D I D U N I A . " Begitulah kata H a n g Tuah. Seruan yang penuh semangat i n i , walau bagaimanapun, menggambarkan unsur menentang, kebimbangan, dan keprihatinan yang berpanjangan rakyat yang tempat dan kedudukannya di dunia i n i bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Dilihat dalam konteksnya yang sebenar, maka akan jelaslah makna yang terkandung dalam ungkapan i n i : inilah seruan untuk rakyat bersatu padu yang dilakukan oleh seorang wira ketika perubahan sedang berlaku, tatkala kekayaan dan kemakmuran negeri Melaka mula tergugat apabila ia tewas di tangan Portugis. AKKAN

Tetapi malangnya, seperti yang sering kali berlaku, cerita Tuah disalah faham dan disalahgunakan untuk kepentingan-kepentingan lain yang bersangkut paut dengan politik dan bukan sejarah. H a n g Tuah, pencinta kedamaian, warak dan berfalsafah, telah d i cabuli oleh konservatif berhaluan kanan di kalangan kita yang sangat menggemarinya. D a n yang tinggal hanyalah tokoh etnonasionalis yang statik dan dua matra yang mempunyai banyak persamaan dengan M a t Rempit yang menganggotai barisan Pemuda U M N O dewasa ini. Kita lupa bahawa pada penghujung Hikayat H a n g Tuah, wira i n i telah meninggalkan keris dan sultan, membelakangkan hidup duniawai dan sebaliknya mengejar kepuasan rohani. N a m u n demikian, pahlawan dan demagog perkauman telah mempergunakan tokoh malang ini untuk agenda etnonasionalis mereka. Dewasa i n i rasa bimbang bahawa suatu masa nanti bangsa Melayu

Di Balik Malaysia akan hilang dalam lipatan sejarah telah menguasai hati dan fikiran masyarakat Melayu berhaluan kanan ekoran daripada Pilihan Raya yang ke-12 dan kekalahan teruk yang dialami oleh U M N O khususnya. H a k i kat bahawa Kelantan jatuh ke tangan PAS tidak diendahkan, kerana di negara kita ini, ada yang berpendapat sungguhpun Kelantan mungkin jatuh ke tangan golongan M u l l a h , mereka masih M u l l a h Melayu, dan oleh yang demikian Tanah Melayu yang tercinta i n i masih dikuasai oleh orang Melayu. Sebaliknya kebimbangan yang kita saksikan dewasa i n i terarah kepada negeri-negeri kosmopolitan yang majmuk di pantai Barat, yang mana D A P telah meraih kemenangan besar (yang memang patut) di Pulau Pinang, Perak, dan Selangor. Kebimbangan dan kebencian etnoperkauman telah p u n tercetus di khalayak ramai: tunjuk perasaan di Pulau Pinang yang diadakan bertujuan menakut-nakutkan orang Melayu yang menyangka tanah m i l i k mereka akan dirampas dan Ketuanan Melayu akan tergugat. Akhbar Melayu tempatan khususnya telah menggunakan kesempatan i n i dan tidak habis-habis memperkatakan setiap gangguan dan ancaman terhadap maruah orang Melayu. Ruang editorial mereka penuh dengan kata biadab dan kurang sopan yang dilontarkan kepada sesetengah pihak. Usaha terakhir untuk menyokong perpaduan Melayu telah berlaku dengan terbentuknya Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), yang ditubuhkan secara tergesa-gesa oleh 25 buah badan bukan kerajaan Melayu-Muslim dan kumpulan lobi yang menyeru orang Melayu-Muslim supaya bersatu padu dan mempertahankan status dan kedudukan Islam di negara i n i . Usaha telah dibuat untuk mempengaruhi anggota PAS yang goyah, dengan alasan bahawa perpaduan orang Melayu-Muslim perlulah diutamakan mengatasi segala-galanya. Semua aspek telah dipergunakan dengan sepenuhnya: perpaduan Melayu, perpaduan Islam, kepentingan kaum, dan sebagainya.

Lagi-lagi tentang perkauman Hakikat bahawa pertubuhan seperti itu dibentuk sebaik sahaja keputusan pilihan raya pada bulan M a c 2008 diumumkan menceritakan kepada kita tahap kebimbangan yang masih wujud dalam masyarakat kita yang berbilang kaum. Tetapi benarkah kita terkejut dan wajarkah kita terkejut dengan perkembangan ini?

Selamat Tinggal Melayu yang Seragam Menjelang Pilihan Raya ke-12, jelas kepada kita semua bahawa penggemblengan etnik dan kaum masih merupakan faktor utama dalam kempen yang diadakan. Kegagalan yang dialami oleh M I C khususnya, adalah kesan langsung daripada tindakan Hindraf, sebuah pertubuhan yang telah menonjolkan kelemahan M I C untuk mempertahankan kaumnya dan untuk menentang etnosupremis U M N O yang berhaluan kanan i t u . Prestasi buruk M C A dan Gerakan juga adalah akibat anggap an meluas di kalangan rakyat Malaysia keturunan C i n a bahawa kedua-dua parti tersebut tidak berupaya menghalang tindakan perkauman yang melampau oleh sesetengah anggota U M N O yang gopoh dengan tingkah laku menjulang keris. Perpindahan undian secara besar-besaran melambangkan hasrat rakyat untuk memperoleh perubahan yang sebenar (dan semoga berkekalan) dan juga melambangkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap pucuk pimpinan M I C , M C A , dan Gerakan yang sudah tidak bertaring itu. Tetapi andai kata inilah sebabnya, maka malangnya kita sebenarnya tidak memperoleh apa-apa kemajuan dan tidak menjangkaui politik yang berasaskan perkauman. K i t a juga jangan lupa bahawa pada kemuncak kempen pilihan raya, satu lagi gabungan yang terdiri daripada 88 buah badan Melayu-Muslim bukan kerajaan telah mengemukakan tuntutan mereka terhadap semua parti, menyeru mereka agar mereka mengenai pasti apa yang mereka mahu, antaranya menolak sekularisme dan pluralisme, dialog antara agama, penganiayaan terhadap cendekiawan Musl i m yang dilabel 'liberal' ataupun 'sekular', dan pengiktirafan Malaysia sebagai negara Islam. Unitarian Melayu-Muslim B B M P juga turut didorong oleh kepentingan yang ekslusif, sempit, dan yang suntuk akal untuk melindungi, menaikkan, dan mengangkat kepentingan kaum mereka sahaja. Inilah pertubuhan yang memberikan perhatian kepada keperluan dan aspirasi kaum mereka sahaja. Dengan pendirian sedemikian rupa, ia boleh dilabelkan Melayu dan bukan Malaysia. Malah kita boleh mendakwa matlamat dan tujuan B B M P tidak berbeza daripada madamat kumpulan-kumpulan ekslusif berhaluan kanan yang hanya mementingkan kaum sendiri dan bukan masyarakat u m u m di Malaysia, yakni yang dianggotai oleh kita semua. Premis tercela yang mendasari B B M P , dan yang akhirnya akan mencetuskan percanggahan dalaman, adalah seperti premis kebanyakan pertubuhan kemasyarakatan berhaluan kanan yang lain: politiknya bersifat sempit, mudah, dan tidak tepat dari segi sejarah. 205

Di Balik Malaysia

Bukan seorang tetapi ramai orang Melayu Kelemahan politik yang berasaskan perkauman di Malaysia bermula sejak era bancian yang dilakukan oleh penjajah, apabila tanggapan tentang kumpulan bangsa yang seragam pertama kali dicipta untuk memenuhi kepentingan ekonomi penjajah yang tidak seimbang, tidak adil, dan menindas. Proses membahagikan dan mengasingkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum adalah kesan langsung kapitalisme penjajah yang berasaskan perkauman. Amalan pecah dan perintah ini berjaya kerana pihak penjajah menggunakan senjata dan bancian. Bancian penjajah telah menyempitkan skop masyarakat tempatan di Asia ke tahap di mana landskap yang merangkumi pelbagai warna i n i akhirnya hanya terdiri daripada tiga kumpulan: Melayu, C i n a , dan India. Hilanglah sudah semua suku kaum di Malaysia i n i : kumpulankumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai budaya, etnik, bahasa, dan agama yang tidak menyenangi pemetakan yang dibuat secara sembarangan dan sewenang-wenangnya. Tetapi bilakah masyarakatmasyarakat i n i — Melayu, C i n a , dan India — seragam dan sejenis? Jika hilangnya 'kemelayuan merupakan perkara yang membimbangkan ramai orang pada masa i n i , maka kita perlu bertanya: adakah kesatuan Melayu benar-benar wujud? K i t a perlu mengimbau kembali sejarah kita dan mengkaji semula makna kata yang digunakan dalam bidang politik dewasa i n i . Laungan H a n g Tuah, "Takkan Melayu hilang di dunia" dibuat tatkala tanggapan 'Melayu' itu sendiri diragui dan malah sering kali diragui oleh orang Melayu, yang sedar dan dapat menerima bahawa tidak wujud satu bangsa Melayu, sebaliknya ia merangkumi pelbagai masyarakat Melayu. Pada ketika itu tanggapan tentang Tanah Melayu merupakan konsep yang asing kerana kerajaan Malayur bukan terletak di semenanjung Melayu tetapi di hujung bahagian selatan Sumatera, bersebelahan Palembang. Malah, ungkapan "Takkan Melayu hilang di dunia" terdiri daripada kata-kata Melayu, Sanskrit, dan Parsi yang menggambarkan sifat sejagat dan kosmopolitan masyarakat yang melahirkan lingua franca yang kini kita kenali sebagai bahasa Melayu (yang sewajarnya dinamai bahasa Malaysia). Seruan untuk menyatupadukan orang Melayu seharusnya d i rubah dan dianalsis secara kritikal berdasarkan landskap sejarah yang hebat i n i . D a n kita seharusnya mengingatkan diri kita sekali lagi bahawa tanggapan tentang kesatuan bangsa Melayu (seperti halnya den-

Selamat Tinggal Melayu yang Seragam gan kesatuan C i n a ataupun India) pada asasnya adalah rekaan penjajah yang bermula sejak era Empayar dan politik perkauman imperialisme. Sesetengah etnonasionalis berhaluan kanan di kalangan kita mungkin tidak begitu senang apabila mendapati zon selesa yang dijaga dengan baik itu akan hilang. Tetapi kita semua harus sentiasa ingat bahawa b u m i i n i adalah tanah air kita semua dan tempat semua budaya kita bercampur dan bergaul untuk sekian lamanya. Malah, proses budaya yang saling bertindih, saling menerobos dan menyerap yang berlaku sekian lama inilah yang melahirkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya yang benar-benar Asia. Setelah akhirnya berjaya menyaksikan runtuhnya rasa setia terhadap etnik dan bangsa pada malam yang bersejarah itu, maka marilah kita memulihara rasa gembira i n i agar ia dapat bertahan. Ini adalah tanggungjawab kita dan tanggungjawab terhadap nenek moyang kita yang berasal daripada berbilang kaum yang telah berjaya mengatasinya dan saya yakin kita boleh melakukannya sekali lagi. Orang Melayu tidak akan hilang di dunia i n i selagi kita faham bahawa orang Melayu adalah suatu masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan. Baik orang Melayu mahupun Orang Lain, kita semua adalah rakyat Malaysia dan negara i n i adalah milik kita semua.

Ke Mana Arah Tuju Kita? Jalan-Jalan Yang Tidak Dilalui Pascatahun 1969

C

biasanya sama seperti cara ahli geografl menulis, kerana sejarah yang ditulis olehnya kaya dengan metafora geografi. Kita bercakap tentang landskap bangsa, pergerakan idea, dan batasan antara era tatkala kita mengkaji sesuatu sejarah. Biasanya ahli sejarah merupakan cendekiawan yang memerlukan kompas dan peta. D i a mencari arah tatkala arah tidak ada, dan mencuba mengenai pasti arah-arah yang boleh dilalui dan akan dilalui oleh negara, individu, dan gagasan. O l e h yang demikian, ekoran daripada Pilihan Raya Malaysia yang ke-12 yang berlangsung baru-baru ini - yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai suatu tsunami - lagilagi metafora geografl - membuat kita mula bertanya: ke mana arah tuju Malaysia selepas ini? ARA A H L I SEJARAH M E N U L I S

A h l i sejarah, walau bagaimanapun, bertanggungjawab untuk mengkaji semula kejadian yang sudah berlalu, kerana persoalan yang menjurus kepada masa depan yang kabur tidak dapat dimengerti kecuali kita tahu asal usul kita. O l e h itu, kerana menjangkakan persoalan yang bakal timbul, marilah kita menangani beberapa persoalan yang sewajarnya sudah dibangkitkan sebelum i n i . Asubhabhavana, mengikut pandangan dan amalan Buddha, adalah suatu konsep di mana roh resah yang sedang mencari keamanan dan kedamaian hendaklah terlebih dahulu bertafakur sejenak dan mengimbau semula jalan sesat yang telah diambil yang membuat ia k i n i resah, sengsara, dan dilanda krisis. Mengapakah seseorang bersi-

Ke Mana Arah Tuju Kita? fat perkauman, ahli politik pecah amanah, pasangan tidak setia, dan ibu bapa menipu? Bagi pengikut Buddha, ada banyak jalan yang boleh dipilih, dan akhirnya seseorang akan memilih jalan yang membawanya kepada keadaan yang ada sekarang i n i . A k a n ada nisab muktamad yang akan menjawab segala teka-teki dan yang akan membuka pintu pemahaman kita. Berhenti seketika, merenung sejenak, mengimbau, dan menelusuri semula setiap langkah yang telah kita lalui - inilah permulaan proses menjawab persoalan yang menghantui kita selama i n i . Sebagaimana yang berlaku kepada seseorang individu, maka begitulah juga halnya dengan sesebuah negara. Malaysia dicipta sebagai sebuah negara demokrasi berperlembagaan yang sekular, yang penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. D a n setiap orang rakyatnya berhak mendapat peluang yang saksama untuk maju dan berjaya. N a m u n demagog berhaluan kanan yang ada pada masa ini berdiri di pentas dan menjulang keris, mengisytiharkan hak keistimewaan suatu bangsa atau agama melebihi yang lain-lain. Sungguhpun sesetengah rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pembangunan yang berlaku pada tahun 1980-an dan 1990-an, masih ada beriburibu rakyat yang miskin, dipinggirkan, dan tidak mempunyai suara. Setengah abad selepas mencapai kemerdekaan, masih ada perbezaan yang amat ketara dari segi pengagihan kekayaan dan pembangunan di Semenanjung Malaysia dan jurang di antara Timur dan Barat Malaysia begitu ketara sekali. Bagaimana hal i n i boleh berlaku, dan jalan manakah yang telah kita pilih yang membawa kita kepada keadaan yang menyedihkan yang ada sekarang ini? A d a banyak peluang untuk kita membetulkan keadaan i n i , nam u n kerap kali ahli politik negara i n i memilih jalan mudah yang menjaminkan kejayaan politik yang diingini oleh mereka ketika itu, tanpa mengambil kira kesan terhadap politik, sosial, dan negara amnya. Dalam banyak bidang seperti bahasa, pendidikan, kesaksamaan jantina, hubungan ras, dan pendirian negara terhadap agama dan hubungan antara agama, golongan elit politik Malaysia sewajarnya bertindak dengan bijak dan memilih jalan yang betul agar negara kita aman makmur. N a m u n apabila peluang-peluang i n i muncul, ramai antara mereka memilih politik komunitarianisme dan sektarian dan tidak terfikir untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang luas dan abstrak untuk rakyat Malaysia di mana aspek kewarganegaraan Malaysia paling diutamakan. Tatkala kita meninjau semula sejarah silam kita ekoran

Di Balik Malaysia daripada rundingan semula kontrak sosial tahun 1969, kita juga perlu mengkaji dan meneliti kesilapan-kesilapan yang lalu.

Kegagalan kita untuk membentuk bahasa Malaysia untuk semua bangsa Salah satu kegagalan kita yang paling menonjol dalam projek membina negara Malaysia ialah usaha kita untuk membina suatu bahasa kebangsaan yang menjadi lingua franca rakyat Malaysia. Sedangkan debat yang tidak berkesudahan tentang sama ada BM dinamai Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Melayu berlarutan berabad-abad lamanya, jelaslah bahawa masyarakat Malaysia yang majmuk terus berpecah belah dari segi bahasa dan budaya. Isu yang penuh duri dan ranjau ini tentang apa yang dimaksudkan dengan 'bahasa ibunda' bagi kebanyakan rakyat Malaysia telah mencetuskan sekurang-kurangnya suatu perselisihan faham politik yang besar antara parti komponen Barisan Nasional, yang seterusnya dijadikan alasan yang kuat untuk mengenakan tindakan keselamatan peringkat seluruh negara yang keras yang dinamai Operasi Lalang pada tahun 1987. Yang ironiknya, semua orang sudah tahu bahawa pemimpin-pemimpin komunitarianisme BN yang gabas, yang berlagak prihatin terhadap isu bahasa tahun 1980-an, masih bercakap dalam bahasa Inggeris apabila mereka tidak berada di khalayak ramai. Sikap hipokrik para pemimpin kita - daripada mana-mana parti sekalipun - tentang isu bahasa kebangsaan adalah sesuatu yang sudah diketahui oleh semua orang Malaysia yang matang. M a l a h , isu bahasa kebangsaan kita adalah satu daripada beberapa perkara yang dibangkitbangkitkan dalam arena politik Malaysia dan setiap orang pemimpin komunitarianisme akan memperkatakan hal i n i sekurang-kurangnya sekali sepanjang kerjaya politiknya. M u n g k i n inilah perkara yang paling mendukacitakan tentang politik Malaysia selepas penjajah dan tentang pembangunan Malaysia selepas tahun 1969. Boleh dikatakan setiap orang yang mahu maju dalam kerjaya politik dan bercita-cita untuk menjadi pemimpin telah menggunakan isu komunitarianisme i n i , dengan mempergunakan aspek ras dan bahasa yang amat sensitif i n i . H a n y a kebelakangan ini sahaja BM diberikan nama baru, iaitu Bahasa Malaysia, setelah ditakrif semula sebagai Bahasa Melayu oleh ahli politik yang nasionalis. Isu ini

Ke Mana Arah Tuju Kita? masih diperdebatkan sehingga ke hari i n i . Oleh yang demikian, ada baiknya kita meninjau semula sejarah silam kita untuk mencari titik tolak di mana negara i n i tersilap langkah dan terpesong buat selamalamanya. M a r i l a h kita bermula dengan mengingatkan diri kita tentang beberapa fakta sejarah yang asas: Bahasa Malaysia ialah suatu bahasa kacukan seperti halnya dengan bahasa U r d u , yang dipanggil 'bahasa kem'. Ia adalah gabungan bahasa H i n d i , Parsi, Arab, dan bahasa-bahasa lain dari A s i a Tengah. Bahasa Malaysia juga mengandungi kata yang d i ambil daripada bahasa Sanskrit, Arab, dan bahasa-bahasa pribumi yang lain dari rantau Asia Tenggara. Ia turut dipengaruhi oleh bahasa dari Barat, misalnya bahasa Inggeris, bahasa Belanda, dan bahasa Portugis. Bertolak dari premis i n i , ia sukar difahami bagaimana mereka yang mahu menonjolkan orang Melayu dan jati diri Melayu sebagai sesuatu yang tegar, tertutup, dan tulen, menjadikan bahasa Malaysia salah satu agenda mereka. N a m u n itulah yang berlaku sebaik sahaja debat mengenai status Bahasa Kebangsaan berlaku pada tahun 1950-an. Pascatahun 1969 menyaksikan usaha untuk memperhebat debat mengenai status bahasa Malaysia. Penyokong dasar pro-Melayu (yang mahu BM dijadikan Bahasa Melayu dan dengan itu adalah milik suatu kaum) datang daripada pelbagai peringkat parti Melayu-Muslim, pertubuhan, badan-badan bukan kerajaan, dan pertubuhan pelajar. Seperti kebanyakan isu yang berjaya menarik minat orang ramai ketika itu, kebanyakan debat i n i diadakan di kampus yang dianjurkan oleh pelajar etnonasionalis berhaluan kanan yang bekerjasama rapat dengan pelbagai kumpulan budaya, linguistik, dan agama pelajar Melayu di kampus, misalnya Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya ( P B M U M ) dan Persatuan Melayu Universiti Malaya ( P M U M ) . Pada tahun 1974, ketua pelajar P M U M dan P B M U M menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan untuk membenarkan Kolej T u n k u A b d u l Rahman ditubuhkan yang merupakan salah satu tuntutan utama M C A terhadap U M N O . Pelajar Melayu daripada universiti tempatan amat marah terhadap keputusan kerajaan yang membenarkan sebuah kolej C i n a menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditubuhkan ketika usaha sedang dipergiat untuk menjadikan BM bahasa pengantar di semua institusi pengajian tinggi di negara i n i . Sebelum itu, mereka telah menconteng papan tanda di kampus yang masih tertulis dalam bahasa Inggeris. Mereka juga menyelar projek Kolej T A R dengan alasan bahawa sebagai sebuah institusi swasta,

Di Balik Malaysia. ia hanya akan menjadi punca pendapatan tambahan bagi pemimpin M C A yang kaya-raya. Rentetan bangkangan dan tunjuk perasaan i n i memuncak apabila kampus-kampus universiti tempatan dirampas dan dikuasai oleh persatuan pelajar pada bulan September tahun 1974. Kampus Universiti Malaya dikuasai oleh ahli P M U M yang diketuai oleh Kamarazaman Yacob, yang selepas itu telah menubuhkan Majlis Tertinggi Sementara. Sementara pelajar etnonasionalis berhaluan kanan menyeru BM dijadikan Bahasa Melayu dan diangkat menjadi bahasa utama negara i n i , pertubuhan dan parti M e l a y u - M u s l i m yang lain juga turut melakukan perkara yang sama. Baik U M N O mahupun P A S sama-sama berkeras mahu mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa orang Melayu, dan dengan demikian, apabila BM diiktirafkan Bahasa Kebangsaan, penguasaan orang M e l a y u - M u s l i m hendaklah diakui dan diterima oleh semua rakyat Malaysia. Pada tahun 1970-an, P A S diketuai oleh pemimpin komunitarianisme pro-Melayu yang bernama A s r i M u d a . Beliau bukan sahaja membawa P A S memasuki kerajaan campuran Barisan, tetapi beliau juga merupakan penyokong hak keistimewaaan orang M e l a y u - M u s l i m . Kecaman yang sering kali dilakukan oleh A s r i terhadap rekod kerajaan di bawah pentadbiran U M N O dari segi pembangunan" budaya dan bahasa merupakan salah satu faktor yang membuat U M N O mengambil sikap defensif dan memaksa kerajaan di bawah pentadbiran T u n k u A b d u l Rahman (dan kemudian, Tun Razak) untuk bertindak. Pada tahun 1970, kerana didesak oleh P A S dan para pembela bahasa dan budaya Melayu, kerajaan lalu melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang antara matlamat utamanya adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pada tahun 1971, Tun Razak menubuhkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang memberikan laluan kepada Dasar Kebudayaan kebangsaan Malaysia yang turut mengutamakan budaya dan jati diri orang Melayu mengatasi yang lain-lain. Kajian yang teliti tentang sejarah Malaysia sejurus selepas tahun 1969 akan menunjukkan bahawa boleh dikatakan setiap orang pemimpin Melayu-Muslim yang terkenal: Mahathir Mohamad, Asri M u d a , Anwar Ibrahim, d l l . - menganggap diri masing-masing pembela bangsa, agama, dan bahasa mereka. Tetapi sementara kemelayuan dan Islam tidak boleh dihegemoni secara berkesan dan dijadikan alat untuk menguasai seluruh negara, sebaliknya bahasa boleh digunakan untuk tujuan itu. Dengan mendakwa BM adalah bahasa orang M e -

Ke Mana Arah Tuju Kita? layu dan menuntut BM diberikan tempat istimewa yang sejajar dengan keistimewaan orang Melayu, etnonasionalis i n i berusaha keras untuk memastikan domain dan budaya rakyat Malaysia yang berkembang ekoran daripada peristiwa tahun '69 i t u akan diwarnai dan disunrik dengan jati diri orang M e l a y u - M u s l i m . Pemusatan agenda etnolinguistik Melayu juga bererti masyarakatmasyarakat etnolinguistik yang lain hanya mempunyai dua pilihan: Sama ada menerima kedaulatan bahasa Melayu sebagai BahasaKebangsaan ataupun keluar daripada sistem dan justeru mereka akan dipinggirkan. Malangnya, kebanyakan pemimpin, jurucakap, dan cendekiawan komuniti-komuniti yang lain memilih yang kedua, dan keadaan menjadi bertambah parah apabila masing-masing berbalik kepada enklaf linguistik masing-masing. D a r i tahun 1970-an hingga 1990-an, kita telah menyaksikan pembangunan Malaysia yang berat sebelah di mana satu bahasa - Bahasa Malaysia — dijadikan batu aras dan penanda kolektif sebuah masyarakat etnik-bangsa. Dalam pada itu, usaha untuk menghapuskan dan melupakan sejarah BM dan ciri-ciri kacukan dan majmuk itu dilakukan secara bersistem, dan dengan itu memperkukuhkan dakwaan bahawa BM adalah unik dan terhasil daripada budaya Melayu yang utuh. N a m u n demikian, semua entonasionalis i n i lupa (ataupun buatbuat lupa) bahawa BM bersifat kacukan dan lingua franca yang eklektik yang mengandungi unsur-unsur budaya kaum-kaum lain, antaranya C i n a , India, Arab, Thai, Indonesia, Eropah, dan sebagainya. Sebaliknya BM dianggap suatu sistem bahasa yang unik, tulen, dan tidak tercemar. Suatu pandangan yang sama sekali meleset. (Malah, tidak ada bahasa di dunia i n i , baik bahasa C i n a , Jepun, Tamil, Inggeris, dan sebagainya, yang boleh dikatakan tulen.) Situasi i n i menjadi semakin buruk apabila masalah budayalinguistik i n i menemui jalan buntu yang memaksa masyarakatmasyarakat lain berpaling kepada 'bahasa ibunda' masing-masing. Lama-kelamaan, mereka mula melobi supaya pendidikan dalam bahasa ibunda diadakan bagi hampir-hampir setiap masyarakat bangsa-etnik di Malaysia i n i . Malangnya, tokoh-tokoh masyarakat ini turut mempamerkan ciri-ciri demagog, eksklusif, dan perkauman seperti yang ada pada rakan-rakan supremasis Melayu-Muslim mereka. Kegagalan Malaysia adalah kerana tidak mampu mewujudkan generasi pemimpin pascatahun 1969 yang akan menolak nilai dan amalan nasionalisme lingusitik tetapi sebaliknya dapat menerima segala

Di Balik Malaysia kepelbagaian dan kekacukan yang ada. A p a yang sangat-sangat diperlukan oleh Malaysia ialah seorang pemimpin yang mampu berkata kepada segenap lapisan masyarakat: "Bahasa Melayu bukan hanya bahasa untuk orang Melayu: Lihatlah kosa kata BM dan anda akan nampak dengan jelas pengaruh masyarakat-masyarakat lain. Jadi marilah kita terima ciri-ciri majmuk dan berpelbagai y a n g terdapat pada bahasa i n i . Marilah kita menggunakannya dan memperkaya kosa katanya supaya ia benar-benar menggambarkan sifat masyarakat Malaysia yang majmuk." Tetapi sayangnya, pemimpin seperti i n i tidak wujud-sebaliknya kita disogokkan dengan nasionalis-nasionalis yang bersifat perkauman yang gemar berdiri di atas pentas untuk menuntut hak istimewa kaum mereka berdasarkan sejarah dan jati diri mereka, dan sedikit p u n tidak mengambil kira keperluan rakyat Malaysia secara amnya. Seandainya kita memilih jalan ke arah mengiktirafkan kepelbagaian dan kemajmukan yang sudah p u n sedia wujud dalam B M , bayangkanlah apa yang akan terjadi! Bergerak daripada premis bahawa BM merupakan bahasa kacukan yang tidak mempunyai semantik tetap dan batasan semiotik, kosa kata BM boleh diperluas dan diperkembang dengan mengguna pakai dan meminjam lebih banyak kata daripada bahasa-bahasa lain. Lagipun, BM jelas salah satu bahasa proto-Indonesia yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan Arab. Seandainya perancang Bahasa Kebangsaan yang baharu i n i diberikan mandat untuk mengubah suai bahasa i n i , maka pada hari i n i BM tentunya mengandungi kata yang berasal daripada dialek M a n d a r i n , Kantonis, U r d u , Jawa, Bugis, Aceh, Thai, Inggeris, dan sebagainya. Berbeza dengan negara jiran, Indonesia, yang sedar bahawa bahasa dan wacana sememangnya bersifat anjal, bahasa kita sebaliknya menjadi kaku dan beku. Selama i n i apa yang sebenarnya wujud ialah bahasa pasar yang k i n i menjadi bahasa pengantaraan sebenar rakyat Malaysia. Sayang sekali, selepas setengah abad merdeka, kita masih tidak mempunyai Bahasa Kebangsaan yang boleh diterima pakai oleh semua rakyat Malaysia.

Islam, Islamisasi dan perlumbaan Islamisasi Dalam sosiobudaya dan landskap politik Malaysia, agama dan Islam khususnya telah mengalami perubahan yang begitu ketara sekali. Sekali

Ke Mana Arab Tuju Kita? lagi naluri saya sebagai ahli sejarah terpanggil untuk mengemukakan pendapat: Jika kita melihat gambar foto hitam putih mesyuarat Wanita U M N O dan P A S pada tahun 1970-an, kita akan mendapati kebanyakan wanita Melayu-Muslim P A S dan U M N O mengenakan baju kebaya ataup u n baju kurung. Jarang sekali mereka memakai tudung sebagaimana yang berlaku sekarang i n i . Boleh dikatakan tidak ada yang menutup muka. Yang paling penting, pada masa itu mereka tidak dipaksa memakai tudung atau menutup muka. Jika kita membaca akhbar terbitan tahun 1970-an, kita tidak akan terbaca mengenai pegawai pencegah maksiat yang meredah masuk ke rumah warganegara Malaysia kerana mahu tahu apa yang dilakukan oleh mereka di rumah sendiri. Tidak ada laporan tentang Kitab Injil dirampas di lapangan terbang. Tidak ada kempen benci atau ancaman mati terhadap penulis dan cendekiawan. Tetapi menjelang akhir tahun 1970-an, i k l i m negara telah bertukar. D a n sekali lagi puncanya ialah kebangkitan komunitarianisme dan politik komunitarianisme; mula-mula di kampus universiti dan kemudian merebak ke tempat-tempat awam. K i t a lupa bahawa perlumbaan Islamisasi Malaysia yang selepas itu diteruskan dengan penuh semangat oleh U M N O dan P A S pada mulanya berlaku d i kampus oleh pertubuhan pelajar Islam seperti A B I M dan Persatuan Pelajar Islam Malaysia. Pemimpin mereka pada masa itu ialah Razali Nawawi, Sidiq Fadhil dan Anwar Ibrahim dan seterusnya kumpulan inilah yang memulakan proses pengawalan akhlak' (yang sekarang i n i menjadi perkara biasa bagi kita semua) di kampus. D a r i tahun 1980-an dan seterusnya, apabila pemuda-pemuda i n i dilantik oleh U M N O dan P A S (Anwar Ibrahim menganggotai U M N O pada tahun 1982 dan H a d i Awang menganggotai P A S sejurus selepas itu), proses Islamisasi p u n berlaku d i kampus apabila U M N O dan P A S bersaing untuk membuktikan parti mana yang lebih Islam. Setelah tiga dekad lebih proses Islamisasi berlaku dalam masyarakat Malaysia yang pincang i n i , hubungan antara agama dan kaum menjadi paling genting sejak tahun 1957. Masyarakat kita berpecah belah berdasarkan kaumagama, perkahwinan dan perceraian menjadi semakin sulit kerana adanya pantang larang agama dan batasan undang-undang, sekatan dikenakan terhadap penggunaan perkataan seperti A l l a h ' oleh orang yang bukan beragama Islam, mayat direbut daripada keluarga si mati. Setelah tiga puluh tahun berusaha (yang nyata tidak dilakukan dengan bijak) untuk menerapkan nilai-nilai Islam terhadap warganega-

Di Balik Malaysia ra Malaysia, adakah masyarakat kita dewasa i n i semakin bersih, berakhlak, dan beretika? Atau kita menyaksikan pencabulan terhadap proses kehakiman, perundangan, dan birokratik yang berlaku dengan tidak putus-putus? Bagaimanakah Malaysia boleh menjadi negara yang adil dan berakhlak sedangkan penjaga akhlak' sendiri melakukan cemuhan dan gangguan seksual terhadap anak-anak muda yang diberkas oleh mereka? Bagaimanakah kesucian agama Islam dapat dipulihara apabila suami dan isteri dipaksa berpisah dan teks-teks agama lain dirampas daripada penganutnya? D a r i awal lagi sudah jelas bahawa jalan ke arah Islamisasi tidak ada kena-mengena dengan akhlak, etika, ataupun agama Islam. Seperti yang berlaku pada kebanyakan projek Islamisasi peringkat negara yang lemah dan akhirnya membinasakan, keseluruhan perlumbaan Islamisasi yang berlaku pada tahun 1980-an i n i hanya berjaya memajukan kerjaya dan cita-cita orang seperti Mahathir M o h a m a d , A n w a r Ibrah i m , Fadzil Noor, H a d i Awang, dll. Agenda U M N O dan P A S dapat d i laksanakan kerana kedua-duanya telah mempergunakan Islamisasi dan masing-masing mendakwa keislaman mereka lebih hebat daripada parti lawan mereka. Tetapi apakah manfaat yang diperoleh oleh warganegara Malaysia daripada kedua-duanya? Usaha terkini untuk memoderatkan dan membendung gelombang Islamisasi yang terpesong i n i wujud dalam bentuk 'Islam Hadari' yang diperkenalkan oleh pentadbiran Abdullah Badawi. Langkah yang tidak berkesan i n i , bertujuan untuk menggagalkan amalan mengaburkan maldumat dan faham dogma, adalah di bawah kawalan pihak berkuasa sepenuhnya. Masihkah kita ingat tidak lama dahulu kerajaan inilah yang memberitahu kita supaya tidak mempertikaikan prinsip-prinsip Islam Hadari? Nampaknya pendirian Islam Hadari yang moderat ini terpaksa disogokkan kepada orang ramai dengan cara yang tidak moderat! Selain menyediakan taman tema Islam dan masjid kristal, berjayakah Islam Hadari membuka minda orang Islam dan membenarkan warganegara Malaysia berfikir secara bebas selayak orang yang sudah dewasa dan yang bertanggungjawab? Lihatlah betapa banyaknya buku diharamkan di negara i n i . Jawapannya mungkin ada di situ... Jalan ke arah Islamisasi dibuat semata-mata kerana semua pemimpin Melayu-Muslim tahun 1970-an, 80-an, dan 90-an mempunyai pandangan sempit bahawa kepentingan masyarakat Melayu-Muslim yang dominan perlu diutamakan dalam semua percaturan politik mere-

Ke Mana Arab Tuju Kita? ka. Seandainya mereka mahu menang dalam pilihan raya, maka pengundi majoriti perlulah diutamakan. Kepercayaan bahawa zon selesa orang M e l a y u - M u s l i m tidak boleh diganggu gugat dan dipersoalkan telah membantu menghidupkan cara politik agama i n i untuk sekian lamanya, kerana baik U M N O mahupun P A S , masing-masing percaya bahawa jika orang M e l a y u - M u s l i m berasa puas hati, maka dapadah mereka berbuat sesuka hati mereka. Pendapat karut i n i lemah kerana U M N O , P A S , A B I M , ataupun pertubuhan-pertubuhan M e l a y u - M u s l i m yang lain di negara i n i sedar masyarakat M e l a y u - M u s l i m sedang berkembang dan berubah. D a n sebaik sahaja ada tanda-tanda perkembangan dan perubahan, maka pemimpin-pemimpin Melayu-Muslim tersebut — baik daripada U M N O mahupun P A S — akan menyuarakan seruan-seruan lantang bahawasanya 'Islam sedang dikecam' untuk meraih sokongan orang ramai. Seperkara lagi yang terpaksa kita - rakyat Malaysia - tanggung ialah perpecahan masyarakat kita dari segi perbezaan agama yang semakin ketara. Apabila tahun 1980-an berlalu dan memberikan laluan pada tahun 1990-an, semakin banyak undang-undang diperkenalkan untuk menyusahkan rakyat yang mahu kekal hidup dalam masyarakat majmuk di mana jati diri boleh bersilang tindih. Peraturan tentang apaapa sahaja baik persediaan dan jualan makanan hingglah kepada cara berpakaian, etika, dan tingkah laku di khalayak ramai yang membuat penganut agama Islam, Kristian, H i n d u , Buddha, dan agama-agama lain semakin sukar berkongsi makan m i n u m , menyambut sesuatu keraian bersama-sama, dan tentunya berkahwin dan hidup bersama. Semua i n i terjadi akibat amalan memetak-metakkan manusia mengikut bangsa dan agama yang gemar dilakukan oleh parti-parti politik di Malaysia, dan inilah agenda khusus U M N O dan P A S . D a n sungguhpun jelas bahawa usaha Islamisasi yang dilakukan oleh kerajaan i n i mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan dari segi sosial dan politik, namun baik U M N O mahupun P A S , ataupun mana-mana pertubuhan Islam di negara i n i , enggan mengabaikannya. Selepas peristiwa M e m a l i tahun 1985, negara i n i telah menyaksikan pelbagai konfrontasi yang berpunca daripada sikap komunitarian agama. Tetapi adakah ahli politik kita berfikir panjang? Adakah mereka mengkaji kesilapan serta sikap pentingkan kaum mereka yang sempit itu? Tentunya tidak. Pemimpin U M N O dan P A S terus saling menyelar dan mengutuk. Cacian menjadi fitnah dan akhirnya membawa kita

Di Balik Malaysia kepada keadaan di mana jika seseorang mahu bertukar agama, dia akan dianggap murtad dan pengkhianat bangsa dan masyarakat yang seagama dengannya. Pluralisme agama, seperti Sekularisme atau Demokrasi sekalipun, k i n i dianggap sesuatu yang tercemar dan berbahaya. Ugutan maut menjadi perkara biasa. Penulis dan ahli akademik seperti saya sudah lali dengan i n i semua: "Berhati-hati dengan apa yang anda tulis, mereka akan membunuh anda." Adakah i n i sebuah negara bernama Malaysia yang diimpikan pada tahun 1957? Adakah nenek moyang kita berjuang untuk memperoleh kemerdekaan semata-mata supaya kita bernaung di b u m i yang berleluasa dengan ugutan, fitnah, dan penganiayaan? Jalan yang sewajarnya diambil sejak dari awal lagi ialah jalan yang memperakukan kesejagatan agama, yakni yang menyokong dan menganjurkan nilai sebenar semua agama dan yang memupuk sikap menghormati semua masyarakat agama. Malaysia memerlukan generasi pan-Malaysia yang enggan tunduk pada tekanan, yang enggan mempergunakan komunitarianisme dan sifat eksklusif agama, tetapi sebaliknya memberikan tumpuan kepada masyarakat Malaysia amnya dan bukan hanya kepada masyarakat agama mereka. Tetapi pada tahun 1970-an dan 1980-an, hanya segelintir yang memperjuangkan itu semua tetapi malangnya menjelang tahun 1990an, suara-suara i n i telah dilenyapkan atau disingkirkan. K i t a seharusnya jangan lupa bahawa Malaysia sudah banyak hilang pemimpin dan cendekiawan yang mempunyai pendirian yang benar-benar bersifat Malaysia. M u n g k i n kehilangan yang paling besar kepada Malaysia dan akademia Malaysia khususnya ialah penyingkiran Profesor Syed Hussein al-Attas yang dilakukan oleh orang gabas yang mendakwa diri mereka pejuang agama Islam dan kedaulatan Melayu. Dengan ketiadaan beliau, minda orang M e l a y u - M u s l i m menjadi semakin sempit, dan ekoran daripada itu ramai lagi cerdik pandai M e l a y u - M u s l i m yang progresif seperti Kassim A h m a d , yang tentunya mampu mengutarakan bentuk Islam yang lebih moden, sejagat, dan pluralistik, turut disingkirkan. Pergerakan Islam Malaysia yang baru tumbuh tidak berusaha untuk mengkaji dan menilai kelemahan sendiri sebagaimana yang berlaku di Indonesia, dan malangnya kita juga tidak mempunyai tokoh seperti Nurcholish M a d j i d . Setelah tiga dekad berlalu, tokoh-tokoh Islam kita lebih cenderung mengkritik pakaian yang dikenakan oleh penyanyi pop seperti Beyonce dan tidak mampu mengadakan perbin-

Ke Mana Arah Tuju Kita? cangan tentang pasca-Islam yang memperkatakan isu-isu penting seperti hegemoni global dan neo-kolonialisme. Islamisasi tidak membuka minda rakyat Malaysia ataupun mewujudkan pemerintahan etnik di Malaysia. Ia hanya berjaya meletakkan orang ramai dan masyarakat M e l a y u - M u s l i m khususnya di bawah tempurung. Berdasarkan pengajaran yang diperoleh daripada sejarah, kita sedar bahawa semua pelakon dan agen inilah yang membantu menghakiskan semangat pluralis Malaysia, tetapi sehingga k i n i mereka belum pun i n saf-insaf.

Memecahbelahkan atau berkongsi negara? Jika kita sanggup dan sedia berkongsi, sekeping roti sekalipun boleh dimakan oleh sepuluh orang. Tetapi jika kita enggan berkongsi, sebendang beras sekalipun tidak akan dapat memuaskan nafsu seseorang individu. K i t a harus ingat Malaysia ialah suatu konsep buatan yang abstrak. Kata 'Malaysia' ialah suatu ciptaan dan sejarah kita merupakan produk ciptaan yang menggabungkan berjuta-juta manusia. Dengan mengamb i l kira ciri-ciri kebetulan, kebergantungan, dan sejarah yang ada pada zaman lampau dan jati diri kita, i n i akan membolehkan kita menggunakan imaginasi, inovasi, dan adaptasi. Malaysia bukan sahaja bertitah kerana mempunyai kedudukan geografi yang strategik di antara T i m u r dan Barat, tetapi ia juga mempunyai masyarakat dan budaya yang berbilang kaum. Selain i t u warganegaranya juga bertuah kerana berpeluang untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Tetapi malangnya, kita tidak berbuat begitu. Sebaliknya, sejak dari awal lagi Malaysia dibentuk berdasarkan logik hubungan ras yang tidak bererti. Ia dibentuk pada zaman penjajah yang mengamalkan corak pemerintahan pecah belah supaya masyarakat Asia bertelagah sesama sendiri, dan dengan demikian memudahkan mereka mewujudkan hierarki kaum supaya penjajah Eropah berada di bahagian atas dan masyarakat Asia yang ditindas berada di bawah. Akibat bancian yang dilakukan oleh pihak penjajah, kapitalisme yang berbau perkauman, ekonomi plural untuk memenuhi keperluan pihak penjajah dan imperialisme, akhirnya telah mewujudkan tanggapan 'bangsa'

Di Balik Malaysia yang berbeza-beza di Malaysia. K i t a semua seharusnya sedar tanggapan 'bangsa' yang berbeza-beza i n i ialah suatu konsep palsu yang tidak berasas dari segi sains ataupun logik. Perbezaan bangsa tidak wujud sama sekali, kerana sebenarnya semua manusia adalah sama. Jika kita menyangkal pendapat i n i ataupun kita berkata bahawa perbezaan kaum mungkin wujud, samalah seperti kita mengatakan orang Melayu, C i n a , India dan lain-lain berbeza-beza sepertimana berbezanya ikan, ayam, lembu, dan serangga. Tetapi kita tahu ia tidak benar, jadi mengapa kita masih melayani tanggapan ini? Salah satu sebab mengapa politik perkauman dapat bertahan di Malaysia adalah kerana daya tarik emotif dan psikososial terhadap mereka yang mengharapkan ketenangan dan perpaduan di kalangan orang yang dianggap sama seperti mereka. Tanggapan tentang perbezaan bangsa mungkin suatu 'rekaan yang penting' (seperti yang dikatakan oleh Edward Said), tetapi ia adalah rekaan yang sangat berkesan yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan politik. A h l i - a h l i teknokrat dan pentadbir dari zaman penjajah sedar akan pentingnya perbezaan bangsa bagi modus politik imperial pecah dan tadbir mereka. D a n malangnya hakikat i n i turut disedari oleh pemerintah generasi pertama pascapenjajah Malaysia. Malaysia boleh mengambil jalan yang lain dengan menolak premis politik perkauman sejak dari awal lagi, dan sesungguhnya inilah yang berlaku pada tahun 1940-an dan 1950-an apabila generasi intelektual yang progresif seperti D r . Burhanuddin al-Helmy mara untuk mencadangkan suatu rangka kerja Malaysia yang sama sekali baharu. D r . Burhanuddinlah (yang kemudian menjadi Presiden PAS yang ketiga) orang pertama yang mencadangkan 'bangsa Malaysia' dan warganegara Malaysia' untuk semua orang, berasaskan premis mudah bahawa sesiapa yang dilahirkan di Malaya dan menganggap negara ini tanah airnya akan diiktiraf rakyat Malaya/Malaysia. Beliau antara beberapa orang yang menentang politik etnonasionalis yang berasaskan kaum yang semakin menular pada masa itu. O l e h itu tidak hairanlah jika Dr. Burhanuddin dituduh komunis dan 'pembelot bangsa' oleh ramai etnonasionalis ketika itu. Malang sekali bagi negara Malaysia yang baru bebas daripada penjajah kerana tokoh yang berwawasan i n i , yang mengimpikan negara Malaysia untuk seluruh rakyat yang menjangkau logik politik perkauman, meninggal dunia selepas beliau ditahan di bawah ISA pada tahun 1969.

Ke Mana Arah Tuju-Kita? Ekoran daripada peristiwa tahun 1969, pihak berkuasa memulakan proses rundingan semula kontrak sosial antara masyarakat Malaysia. Tetapi sekali lagi rundingan semula berhubung dengan syarat-syarat proses pembinaan negara dibuat berlandaskan politik perkauman dan hubungan kaum mengikut amalan penjajah. Sejak tahun 1969, hubungan kaum di Malaysia adalah berlandaskan pendapat bahawa wujud kaum yang pada asasnya berbeza-beza di negara i n i . Boleh dikatakan tiada usaha dibuat untuk merubah tanggapan jati diri kaum dan perbezaan kaum; tiada usaha dibuat supaya kita boleh berbalik kepada pemahaman jati diri bersama yang lebih mudah difahami, diakronik, dan hanya berbeza dari segi dalaman, yang sudah wujud sebelum zaman penjajah lagi. Sebaliknya kita diberitahu bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga komponen yang berbeza: Melayu, C i n a , dan India, serta golongan minoriti yang dikelaskan sebagai 'Yang L a i n - l a i n . Selain pemetakan kaum i n i , turut wujud ekonomi politik etnoperkauman yang mengaitkan jurang ekonomi dengan jurang etnokaum. Inilah cereka yang kita — rakyat Malaysia — diberitahu selama i n i : Bahawa masyarakat Malaysia bukan terdiri daripada warganegara Malaysia tetapi daripada tiga kaum yang setiap satunya sama sekali berbeza. K i t a diberitahu orang Melayu merupakan golongan majoriti tetapi mereka miskin. Sebaliknya orang C i n a dan India adalah golongan minoriti tetapi ekonomi negara berada di tangan mereka. Oleh yang demikian ketidakseimbangan i n i perlulah ditangani dengan mengembalikan kuasa politik dan ekonomi kepada golongan majoriti; dan juga untuk memastikan jati diri budaya dan negara Malaysia dapat menggambarkan 'realiti' demografik negara i n i . Walaupun pemahaman kita tentang 'realiti' demografik pada masa itu adalah berasaskan cereka yang diada-adakan untuk kepentingan politik perkauman. Apakah yang tercapai daripada pemerintahan yang terpesong dan yang berasaskan perkauman selama tiga dekad yang lalu? Pertamanya, kita masih tidak mampu mewujudkan budaya Malaysia dan jati diri negara yang akan menjadi hak milik bersama. Sejarah Malaysia pascapenjajah yang ditulis mengandungi huraian etnosentrik yang berat sebelah yang memberikan keutamaan kepada golongan majoriti, dan yang boleh dikatakan menolak, meminggirkan, dan menutup mulut kaum-kaum lain di Malaysia. Jika orang bukan Melayu dan wanita bukan Islam mencari tempatnya dalam lipatan sejarah yang dihuraikan dalam buku-buku sejarah, dia akan berasa kecewa kerana

Di Balik Malaysia buku-buku i n i tidak langsung memperkatakan sumbangan orang yang dipinggirkan sepertinya. Di Fakulti Kesusasteraan dan Kemanusiaan di Malaysia, inilah disiplin yang paling didebatkan dan dipolitikkan pemikiran yang berbau perkauman menular dengan meluas dan analisis berasaskan kaum masih berlaku. D a n dalam persembahan dan sambutan yang diadakan untuk meraikan negara kita — sama ada dalam acara sambutan kemerdekaan yang diadakan setiap tahun mahupun iklan pelancongan yang mempelawa pelancong asing untuk datang ke Malaysia - kita tidak habis-habis mengulangi kepercayaan kita yang tidak dinyatakan bahawa kita masih sebuah negara yang berpecah belah. Sedang cereka tentang perbezaan kaum dikekalkan dalam semua domain awam dan dalam semua bidang, daripada akademik, media, pelancongan hinggalah kepada perdagangan, tiga dekad kebelakangan i n i juga menyaksikan pencerobohan yang berteruskan dalam satu lagi bentuk komunalisme: iaitu desakan entonasionalis kaum yang semakin menjadi-jadi yang mahu jati diri etnik-kaum tertentu diterima pakai sebagai jati diri negara amnya. Ini merujuk kebangkitan etnonasionalis Melayu-Muslim di kalangan kita, yang sudah sekian lama mendakwa budaya Malaysia hendaklah pertama sekali menggambarkan budaya dan jati diri orang Melayu dan bumiputera-Muslim. Tahun 1980-an dan 1990-an yang menyaksikan pembangunan Malaysia yang pesat, yang kononnya dianggap salah sebuah ekonomi 'harimau Asia' turut menyaksikan jentera kuasa naungan yang digunakan untuk menyebarluaskan dan menghasilkan semula visi Malaysia yang semakin menitikberatkan hal-ehwal dan jati diri politik orang Melayu-Muslim. Sejak itu - dengan kerjasama secara diam-diam oleh pemimpin U M N O dan P A S - landskap sosial dan budaya Malaysia telah diubah untuk menggambarkan penguasaan orang Melayu-Muslim. Inilah juga yang menyebabkan kaum-kaum lain dipinggirkan.

Kesan daripada semua i n i adalah apa yang ada sekarang i n i . Kerajaan Melayu-Muslim berasa wajar untuk membina 62 buah masjid di seluruh negeri Terengganu dalam masa dua tahun, tetapi pada masa yang sama kuil-kuil H i n d u dimusnahkan di seluruh negara demi pembangunan dan kemajuan. Tambah parah lagi, k u i l - k u i l H i n d u yang dimusnahkan i n i dlabel k u i l 'orang India' walhal ia sebenarnya kuil H i n d u orang Malaysia, yang dibina di atas b u m i Malaysia, oleh penganut H i n d u Malaysia yang juga warganegara Malaysia. Justeru, gereja Kristian, kuil Buddha, dan gurdwara Sikh yang terdapat di serata negara i n i seharu

Ke Mana Arah Tuju Kita? Malaysia — dan bukan bangunan kepunyaan negara asing. Satu lagi kesan politik perkauman selama lima dekad i n i ialah suasana takut dan bimbang yang wujud dalam kerajaan di bawah pimpinan B N . Ini adalah kerana B N telah menabur bibit-bibit syak wasangka dan salah faham di kalangan masyarakat berbilang etnik dan agama di negara i n i . D a n rasa bimbang i n i amat ketara di kalangan orang M e l a yu dan bumiputera-Muslim kerana mereka diberitahu berulang-ulang kali bahawa hak keistimewaan diberikan kepada mereka kerana mereka golongan yang lemah, yang mempunyai masa depan yang tidak terjam i n dan justeru mereka memerlukan bantuan, naungan, dan kawalan kerajaan. Setelah memecahbelahkan negara sebegitu lama, adakah kita - rakyat Malaysia - k i n i bersedia untuk membayangkan politik Malaysia yang saling berkongsi? Jalan yang sewajarnya diambil ialah jalan ke arah mewujudkan sebuah negara yang mana warganegaranya mempunyai kepentingan, hak, dan tanggungjawab yang sama. Itulah wawasan orang seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy serta ahli-ahli pergerakan seluruh Malaysia, kesatuan kerja, dan pergerakan antipenjajah tahun 1940-an dan 1950-an. A p a yang sepatutnya dilakukan oleh Malaysia ekoran daripada peristiwa 1969 adalah untuk membuka jalan bagi membangunkan budaya dan jati diri politik seluruh Malaysia di mana kewarganegaraan dan bukan ketaatan bangsa yang eksklusif diutamakan. K i t a perlu membina pusat-pusat pengajian yang dapat menyatakan dengan tegas sejarah kita bersama dan tidak menyatakan semula cereka tentang perbezaan kaum. K i t a perlu merubah pemahaman kita tentang jati diri negara dan masyarakat supaya ia dapat diterima oleh semua orang dan kita dapat sama-sama menghargai masa lampau dan nenek moyang kita yang sudah bergaul mesra dan hidup bersama; kita perlu secara radikal mempersoalkan cara dan amalan hubungan kaum yang mahu memupuk harmoni tetapi sebenarnya memecahbelahkan masyarakat. D a n kita perlu mewujudkan zon selesa untuk semua rakyat Malaysia agar semua orang dapat merasakan bahawa dia mempunyai tempat di negara yang dipanggil tanah airnya, dan jati dirinya tergambar dalam huraian yang kita hasilkan untuk kita semua. N a m u n , atas sebab-sebab yang jelas, jalan ini tidak dilalui kerana ada jalan lain yang lebih mudah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Jalan i n i mempergunakan bangsa dan agama. Mengikut pemerhatian kami, hampir semua pemimpin yang muncul dalam arena politik selepas tahun 1969 memiliki ciri-ciri perkauman dan sektarian. Di

Di Balik Malaysia manakah pemimpin Malaysia yang boleh bersuara untuk semua rakyat Malaysia? Peristiwa lampau seharusnya mengajar kita supaya berhatihati dengan janji manis ahli politik dan konco-konco mereka. Perdana Menteri Abdullah Badawi menegaskan bahawa beliau mahu menjadi 'Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia'. Tetapi apabila sesetengah rakyat Malaysia berjumpa dengan beliau untuk merayu agar k u i l H i n d u mereka dilindungi, adakah beliau mempedulikan rayuan mereka? Atau adalah beliau mengarahkan polis menangkap warganegara-warganegara Malaysia itu? Saya pernah menulis sebelum i n i : "Anda tidak dapat mendengar keluhan orang ramai jika anda menyembur gas pemedih mata ke muka mereka."

Jalan yang perlu diambil untuk mewujudkan Malaysia baru Ungkapan 'Malaysia berada di persimpangan adalah kata-kata yang sudah basi dan tidak imaginatif. Lagipun setiap negara sentiasa berada di persimpangan sejarahnya, kerana sesungguhnya sejarah sentiasa hidup dan setiap saat pastinya akan menjadi titik sejarah suatu hari nanti - seandainya kita mahu berbuat begitu. Selama setengah abad kita diberitahu Malaysia belum bersedia untuk menghadapi perubahan; bahawa masanya belum sesuai untuk mewujudkan Malaysia untuk rakyat Malaysia; bahawa rakyat Malaysia belum bersedia untuk mengamalkan politik yang bukan berlandaskan perkauman; dan bahawa institusi politik Malaysia tidak boleh diubah dalam sekelip mata. Dakwaan-dakwaan hambar dan separuh masak i n i disogokkan kepada kita tanpa sebarang analisis dibuat terlebih dahulu. Siapa kata rakyat Malaysia belum bersedia untuk berubah? Siapa yang memutuskan bila Malaysia boleh dan akan menjangkaui politik perkauman? Siapakah akhirnya yang menentukan Malaysia jenis mana yang kita semua mahu? The Other Malaysia bermula sebagai suatu projek akademik-aktivis yang mempunyai agenda yang jelas: untuk menilai, merubah, dan membina semula sejarah kita supaya laluan dapat dibuat untuk mengkaji semula projek Malaysia. K a m i tidak pernah dan tidak akan memohon maaf kerana bersikap kemalaysiaan dan kerana mahu menonjolkan visi alternatif untuk mewujudkan Malaysia yang plural, demokratik, bebas, dan nyahkaum di mana setiap rakyat Malaysia diberikan peluang untuk menggunakan potensi yang ada pada dirinya sebagai insan

Ke Mana Arah Tuju Kita? mulia yang bebas membuat pilihan. K a m i juga tidak mahu meminta maaf kerana agenda antiperkauman, antiseksis, antisektarian, dan antikemasyarakatan yang kami dukungi selama i n i . Tugas membina semula negara, walau bagaimanapun, adalah tugas dan tanggungjawab kita semua - rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia bukan rakyat biasa kerana negara Malaysia bukan negara biasa. Dalam banyak-banyak negara bangsa pascapenjajah di dunia i n i , negara kita mungkin salah sebuah negara yang paling majmuk dari segi kaum, agama, dan bahasa. M e m a n g mentadbir negara Malaysia bukan suatu tugas yang mudah dan usaha untuk mewujudkan negara Malaysia untuk rakyat Malaysia juga bukan sesuatu yang mudah. Tetapi apabila kita meninjau semula zaman lampau kita dan mengambil kira segala peluang dan jalan yang ada yang sepatutnya kita, sebagai sebuah negara merdeka, ambil tetapi sebaliknya tidak, maka kita sewajarnya sedar bahawa negara kita mampu menjadi negara yang benar-benar hebat dan kehebatan i n i bukan terletak pada pencakar langit dan monumen, tetapi pada rakyatnya. Jadi semuanya terletak pada kita, rakyat Malaysia, untuk mengkaji semula langkah dan jalan yang mahu diambil bermula dari sekarang. Peranan kita adalah untuk sentiasa menuntut parti politik dan institusi di negara i n i agar mengambil kira dan peka terhadap keperluan rakyat Malaysia dan untuk mewujudkan budaya dan perjalanan politik negara yang inklusif, plural, dan sentiasa berubah supaya sesuai dan dapat diterima pakai oleh masyarakat Malaysia baru yang sedang lahir ketika i n i . K i t a harus ingat kuasa bukan terletak pada manipulasi alat kerajaan ataupun institusi pentadbiran. Kuasa juga terletak pada keupayaan kita untuk menggunakan hak kita, menyatakan bantahan kita, meletakkan batas kita, menyuarakan tuntutan kita dan mengarahkan mereka yang memegang pucuk pimpinan. Dengan melaksanakan hak kita untuk mengundi, dengan terlibat secara aktif dalam persatuan kemasyarakatan, dengan menuntut kebebasan akhbar, dengan menuntut ketelusan dan kebertanggungjawaban daripada wakil rakyat kita, dengan mewujudkan piawai tingkah laku beretika dalam pentadbiran - kita menjadi pelakon dan agen dalam lipatan sejarah negara kita. Malaysia tidak mungkin wujud tanpa kita: rakyat Malaysia. D a n rakyat Malaysialah yang akan menentukan perjalanan Malaysia mulai dari sekarang. K i t a mengharapkan masa depan yang lebih gemilang untuk semua rakyat Malaysia. Perkara-perkara larangan dan rasa b i m -

Di Balik Malaysia bang yang lepas - daripada pertempuran hinggalah kepada perselisihan kaum yang diada-adakan — perlu dirubah semula secara kritis dan disanggah satu demi satu. Begitulah caranya sesebuah negara menjadi matang, dan begitulah juga caranya kita menjadi warganegara yang matang bagi sebuah negara yang matang. Tugas saya, sebagai ahli sejarah, adalah untuk mengingatkan kita tentang pelbagai kemungkinan dan pilihan yang ada yang tidak wujud sedikit masa yang lalu. Tetapi marilah kita memandang ke hadapan dan mengambil langkah berani untuk menuju ke arah Malaysia baru setelah kita belajar daripada kesilapan yang lalu.