Jawatankuasa Keija Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia
Sesuai Untuk Peringkat Menengah Tinggi
Bahasa Malaysia Menengah Tinggi Tiga
Penyelaras Editor: Wong Poh Giok Editor Seni: Leong Chooi Fong Reka Bentuk Kulit: Chau Wei Hwa Reka Bentuk Seni: Chau Wei Hwa Penjoisunan Teks: Goh Li Ping
© Dong Zong Hak cipta tcrpclihara. Mana-mana bahan atau bahagian dalum buku ini tidak dibmarkan diterbitkan xemula, disimpan dalam cam yang boleh dipergunakan lagi. atau ditukar kqpada apa•叩a bmtuk atau apa-apa cara. baik dengan clektnmik, mekanikal, fbtokopi, rakaman^ pengalihan bahasa dan sebagainya lanpa mendapat kebenaran sccara mcnulix daripada pihak penerbit (erlcbih dahulu.
© Dong Zong All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, translated in any other languages, or transmitted, in any fbrm or by any mean* electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without (he prior written permission of the publisher.
Disusun oleh: 菌教总华文独中工委会统一课程委员会 Jawatankuasa Kurikulum Bersama, Jawatankuasa Keija Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia
Diterbitkan & diedarkan oleh: 马来西亚华校童事联合会总会(奉总) Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Blok A, Lot 5, Seksyen 10, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 603-87362337 Fax: 603-87362779 Laman Web: www.dongzong.my E-mel:
[email protected] Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd.
Edisi: Terbitan pertama Ogos 2018
Cetakan: Cetakan kedua Febniari 2019
Penasihat: Dr. Chong Fah Hing Dr. Lim Swee Tin Penulis: Chong Yok Fong Tin Lee Hong Wong Nai Kung
Ahli Jawatankuasa: Agustinus Chong Chee Keong Jamilah Binti Mahali Lim Ah Hock Mohd. Azlan Bin Nasarudin Mohd. Rosli Bin Nordin Mohd. Shahril Bin Abdul Rahman Ng Hiang Meng Nor Jaffry Shah Bin Hashim Sek Choon Chiang Siti Hazura Binti Bardun Tin Lee Hong Wong Kwong Hui Yen Sui Len Editor: Lee Bee Kean (nama disusun mengikut unitan huruf)
Penghasilan buku ini telah melibatkan pelbagai pihak. Dengan ini, kami ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama memberikan sumbangan sehingga buku ini sempurna diterbitkan.
Buku Teks bahasa Malaysia peringkat Menengah Tinggi ditulis mengikut Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia Tabun 2002, semakan isi kandungan pelajaran Tahun 2011. Buku teks ini juga merupakan satu kesinambungan pembelajaran bagi buku teks bahasa Malaysia peringkat Junior Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia.
Buku teks peringkat Menengah Tinggi ini dibahagikan kepada tiga jilid, iaitu satu jilid bagi setiap satu sesi persekolahan selama tiga tahun. Setiap jilid buku teks mengandungi sepuluh unit. Rancangan bahan dan aktiviti pembelajaran bagi setiap jilid adalah berpandu kepada seminggu enam waktu dan setiap waktu pengajaran dan pembelajaran adalah selama 40 minit.
Sebagai satu pakej, siri buku ini dilengkapi dengan bahan-bahan pengajaran lain yang dirakam dalam cakera padat. Hal ini bertujuan untuk membolehkan guru mew可udkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan berkesan. Matlamat kandungan buku teks Menengah Tinggi ini bertujuan untuk mempertingkat penguasaan dan pemahaman bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina yang merupakan pembelajaran bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua. Kandungan bagi setiap pelajaran dirancang ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai asas kemahiran berbahasa. Oleh hal yang demikian, keempat-empat kemahiran utama, iaitu Kemahiran Mendengar, Kemahiran Membaca, Kemahiran Bertutur, dan Kemahiran Menulis diberikan penekanan dalam setiap unit supaya penguasaan yang menyeluruh dapat tercapai.
Di samping itu, penulisan buku teks peringkat Menengah Tinggi ini juga meliputi pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia mutakhir dan diterap melalui pendekatan yang berunsurkan tema-tema tertentu. Selain itu, nilai-nilai pendidikan moral dan kebudayaan Asia juga diterapkan melalui tema-tema tersebut. Semoga siri teks ini akan meningkatkan pencapaian bahasa pelajar di Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia. Kami berharap agar penerimaan sebarang maklum balas tentang ketiga-tiga bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan ini amat dialu-alukan supaya kami dapat meningkatkan kualitinya. Tenma kasih.
KANDUNGAN
Muka Surat
UNIT 1: PENGARUH GLOBAUSASI Perkembangan Teknologi Maklumat Global Mempengaruhi Kehidupan Manusio Membacadan Memahami
2
Mendenqar dan Bertutur
2.1 Membincangkan Impak Perkembangan Globalisasi 2.2 Mengenal Pasti Kedudukan Negara
9 ~9~
Menulis
3.1 Karangan Jenis Penerangan
10
3.1.1 Kaedah Menulis Karangan Jenis Penerangan
10
3.1.2 Contoh Karangan Jenis Penerangan
11
Tatabahasa
Morfologi 4.1.1 Hukum D-M
4.1.1.1 Re raturan Hukum D-M 4.1.1.2 Kekecualian Hukum D-M
Sintaksis 4.2.1 Penggunaan Hukum D-M
17
4.3 Peribahasa
18
Sastera
Puisi Moden-Di Bawah Langit yang Sama
19
Penterjemahan
22
UNIT 2: HAK PENGGUNA Kekusutan Masalah Kepenggunaan Terlerai Membacadan Memahami
24
Mendengar dan Bertutur ________2.1 AktMti Sumbang Saran__________ 2.2 Aktiviti Main Peranan
Menulis
3.1 Karangan Jenis Wawancara
34
3.1.1 Kaedah Menulis Karangan Jenis Wawancara
35
3.1.2 Contoh Karangan Jenis Wawancara
36
Tatabahasa
Morfologi ___________ 411 Kata Majmuk dan Penggandaan Kata Majmuk
Pengguna Bijak
Sintaksis 4.2.1 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
44
4.2.2 Cara Penukaran Ayat Cakap Ajuk kepada Ayat Cakap Pindah
Sastera Drama-Cempaka Berdarah
Penterjemahan
45
KANDUNGAN
Muka Surat
Hak Asasi Rakyat di Negara Malaysia Membaca dan Memahami
56 ■
Mendengar dan Bertutur 2.1 Menyampaikan Maklumat
63
2.2 Aktiviti Sumbang Saran
Menulls
3.1 Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi
65 6T
3.2 Rumusan
Tatabahasa
Morfologi 4.1.1 Kata Kerja Transitif Berimbuhan
69
4.1.1.1 Kata Kerja Transitif Berimbuhan Awalan
69
4.1.1.2 Kata Kerja Transitif Berimbuhan Apitan
70
Sintaksis 4.2.1 Ayat Aktif
72
4.2.2 Ayat Pasif
74
4.3 Peribahasa
75
Sastera Prosa Moden-Biarkan Samudera
77
Penterjemahan
80
UNIT 4: SEKALI JALAN TERKENA, DUA KALI JALAN TAHU Kes Penipuan yang Berlaku di Malaysia Membaca dan Memahami Mendengar dan Bertutur ________2.1 Aktiviti Berkumpulan_________ 2.2 Aktivit£Main Peranan 2.3 Aktiviti Sumbang Saran
Menulis
3.1 Karangan Jenis Dialog
91
3.1.1 Kaedah Menulis Karangan Jenis Dialog
91
3.1.2 Contoh Karangan Jenis Dialog
93
Tatabahasa Morfologi 4.1.1 Kata Pinjaman
4.1.1.1 Contoh Kata Pinjaman
99 1
Sintaksis 4.2.1 Mengenal pasti Kesalahan Ejaan dan Imbuhan
4.2.1.1 Kesalahan Ejaan 4.2.1.2 Kesalahan Imbuhan
Sastera Prosa Klasik-Hikayat Langlang Buana Penterjemahan
1061
KANDUNGAN
Muka Surat
Tanggungjawab Kita Sebagai Rakyat Malaysia Membacadan Memahami
112
Mendengar dan Bertutur
2.1 Aktiviti Memberikan Ulasan
117
2.2 Aktiviti Main Peranan
117
Menulis
3.1 Karangan Jenis Ceramah
118
3.1.1 Kaedah Menulis Karangan Jenis Ceramah
118
3.1.2 Format Karangan Jenis Ceramah
118
3.1.3 Contoh Karangan Jenis Ceramah
119
3.2 Rumusan
122
Tatabahasa
Morfologi 4.1.1 Kata Hubung ■
Sintaksis 4.2.1 Menggabungkan Ayat
125 127
4.2.2 Memisahkan Ayat 43 Peribahasa
129
Sastera 1301 1321
Puisi Tradisional-Pantun Enam Kerat Penterjemahan
UNIT 6: PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DAN KEDAMAIAN SEDUNZA Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kedamaian Sedunia Membaca dan Memahami
134
Mendengar dan Bertutur
2.1 Aktiviti Memberikan Ulasan 2.2 Aktiviti Peluasan Minda
Menulis
140 140 ■
3.1 Karangan Jenis Cereka
142
3.2 Contoh Karangan Jenis Cereka
143
Tatabahasa
Morfologi 4.1.1 Kata Ganda
Sintaksis
■
4.2.1 Kesalahan Penggunaan Kata atau Istilah
149
4.2.2 Kesalahan Penggunaan Tatabahasa
149
Sastera
Puisi Moden-Arkitek Kota Penterjemahan
履 154
KANDUNGAN
Muka Surat
Bumi Anugerah Untuk Kita, Amanah Untuk Dijaga Bukan bicemar 156|
Membaca dan Memahami Mendengar dan Bertutur
1621
2.1 Aktiviti Memberikan Ulasan
162 ■
2.2 Aktiviti Peluasan Minda
Menulis
3.1 Karangan Jenis Rencana
163
3.2 Contoh Karangan Jenis Rencana
164
3.3 Rumusan
167
Tatabahasa Morfologi 4.1.1 Kata Nama dan Pembentukan Kata Nama
168
Sintaksis 4.2.1 Mengenal Pasti Kesalahan Penggunaan Kata
Nama
169 17?
4.3 Peribahasa Sastera
172
Prosa Tradisional-Dua Geliga Hikmat
T74
Penterjemahan
Keprihatinan dan Sumbangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Membaca dan Memahami
176
Mendengar dan bertutur 2.1 Aktiviti Memberikan Ulasan
2.2 Aktiviti Peluasan Minda Menulis
3.1 Surat Kiriman Tidak Rasmi
182
Tatabahasa Morfologi 4.1.1 Kesantunan Bahasa
185
4.1.2 Panggilan Hormat
186
Sintaksis 4.2.1 Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang
187
Sastera Prosa Moden-Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong
Penterjemahan
189 192
KANDUNGAN
Muka Surat
UNIT 9: SAJIAN POPULAR MALAYSIA Amalan Pemakanan Rakyat Malaysia Membaca dan Memahami
194|
Mendengar dan Bertutur
■
2.1 Aktiviti Individu
200
2.2 Aktiviti Kumpulan
201 20?
2.3 Aktiviti Perkongsian Menulis 3.1 Karangan Jenis Catatan Diari
201
3.1.1 Format Karangan Jenis Catatan Diari
202
3.1.2 Kaedah Menulis Karangan Jenis Catatan Diari
202
3.1.3 Contoh Karangan Jenis Catatan Diari
202
3.2 Rumusan
205
Tatabahasa Morfologi 4.1.1 Pengenalan Laras Bahasa
206
4.1.1.1 Laras Undang-undang
207
4.1.1.2 Laras Ekonomi
207
4.1.1.3 Laras Sukan
208
4.1.1.4 Laras Sains
208
4.1.2 Kepentingan Laras Bahasa
209
Sintaksis 209
4.2.1 Jenis-jenis Ayat
4.2.1.1 Ayat Penyata
209
4.2.1.2 Ayat Tanya
209
4.2.1.3 Ayat Perintah
210
4.2.1.4 Ayat Seruan
210
212
4.3 Peribahasa Sastera
Puisi Tradisional-Syair Makna Riak
UNIT 10: PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Pembelajaran Tanpa Titik Noktah Membaca dan Memahami
218
Mendengar dan Bertutur 2.1 Aktiviti Perkongsian
2.2 Aktiviti Individu
Menulis 3.1 Karangan Jenis Perbincangan
3.2 Rumusan
Tatabahasa Morfologi 4.1.1 Pengenalan Neka Bahasa
223
■ ■ 223
224 224
226
4.1.1.1 Neka Bahasa Konteks Rasmi
227
4.1.1.2 Neka Bahasa Konteks Tidak Rasmi
228
Sintaksis 4.2.1 Latihan Keseluruhan Tatabahasa
PENGARUH GLOBALISASI
a. menghargai masa
b. bekerjasama c. bersyukur
d. rasional
:〃〃・」,I
Perkembangan Teknologi Maklumat Global Mempengaruhi Kehidupan Manusia Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat; a. mengetahui konsep globalisasi b. mengumpulkan maklumat tambahan tentang kesan globalisasi
c. mengetahui perkembangan globalisasi d. mengetahui kedudukan negara-negara di seluruh dunia
e. berkomunikasi dengan rakan-rakan secara berkesan
1. MEMBACA DAN MEMAHA^j| Baca petikan di hawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Kepesatan perkembangan teknologi maklumat secara globalisasi telah membawa manusia melangkah jauh ke hadapan. Globalisasi berasal daripada
perkataan bahasa Inggeris, iaitu globalization yang bermaksud universal dan
diperkenalkan oleh Theodore Levitte pada tahun 1985. Menurut Kamus Dewan, globalisasi merupakan proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan dan sebagainya disebarkan ke peringkat antarabangsa, terutama dengan
adanya kemudahan sistem komunikasi. Menurut James Petras (profesor sosiologi), proses globalisasi berlaku dalam
tiga tahap. Tahap pertama globalisasi berlaku sejak abad ke-18 semasa negara Eropah mengalami revolusi perindustrian. Tahap kedua globalisasi pula ialah hubungan perdagangan antara negara penjajah Barat semakin meningkat sehingga wujudnya keijasama ekonomi serantau. Seterusnya, tahap ketiga globalisasi
ialah ciptaan sistem perhubungan dan pengangkutan seperti kemunculan jaringan Internet yang memudahkan interaksi antara pedagang dari seluruh dunia itu telah
mengakibatkan perdagangan komoditi semakin rancak.
2
Memang tidak dapat disangkal lagi, perkembangan teknologi maklumat juga dikaitkan dengan perkembangan telekomunikasi, iaitu penciptaan telegraf
yang membolehkan seseorang mengirim dan menerima informasi dalam masa yang singkat. Selepas itu, penciptaan telefon tetap (fixed line) telah memudahkan
interaksi manusia secara langsung tanpa mengira waktu dan jarak. Seterusnya, kemajuan teknologi satelit telah membawa perubahan kepada kehidupan manusia,
iaitu ciptaan telefon selular yang dilengkapi dengan perkhidmatan Aplikasi Protokol
Tanpa Wayar (WAP), perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS), mel elektronik (e-mel), mel suara, dan Internet. Kini, perkhidmatan perbualan yang terbaharu seperti WeChat Messenger, Line Messenger, dan WhatsApp yang terdapat dalam telefon pintar membolehkan
penggunanya membuat panggilan video dan audio untuk berkomunikasi dengan
cepat tanpa memerlukan kos yang tinggi. Kepelbagaian fungsi telefon pintar yang
canggih
telah
mewujudkan
budaya
swafbto dalam kehidupan masyarakat dunia kini. Budaya swafbto telah dijadikan sebahagian daripada
cara
hidup
masyarakat
dunia. Mereka mengambil gambar
sendiri
menggunakan bimbit
atau
dengan telefon apa-apa
jua alat elektronik yang mempunyai
kamera
dan
kemudian dimuat naik ke laman-laman sosial individu
seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Twitter, dan Wechat Messenger. Segelintir masyarakat
suka merakamkan segala kegiatan mereka sendiri untuk dimuat naik ke laman
3
sosial bagi menunjukkan keyakinan diri. Misalnya, seorang remaja lelaki, Danny Bowman dari Britain dikatakan
telah menghabiskan 10 jam sehari untuk mengambil lebih 200 keping gambar swafoto. Kegagalannya untuk mendapatkan posisi gambar yang terbaik
mengakibatkan dia berasa sangat kecewa dan telah melakukan cubaan membunuh diri. Sementara itu, di St. Petersburg. Rusia,
Xenia Ignatyeva, seorang gadis berusia 19 tahun maut akibat teijatuh daripada jambatan kerana keasyikan untuk mengambil potret dirinya.
Selain itu, satelit pantau bumi digunakan untuk memantau permukaan bumi melalui
/
orbit untuk tujuan pemerhatian alam sekitar, kaji cuaca atau pemetaan topografi. Satelit ini juga
Aquarius
mencatatkan dan mengirimkan
QulkSCAF TRMM
tentang keadaan maklumat cuaca dan iklim bumi. Oleh
Terra
ISS・RapidScat, CATS EO-1
itu, manusia dapat membuat
persediaan lebih awal untuk
menghadapi musibah jika memperoleh maklumat tentang
bencana alam seperti banjir, ribut, dan taufan yang akan berlaku. Dalam hal ini, pembangunan satelit dapa:
Landsat7
SMAP
(USGS) Suomi NPP
(NOAA) SORCE, Landsat8
TCTE (NOAA)
(USGS)
GPM
GRACE (2)
,
membantu para saintis meramalkan d
mengkaji cuaca bumi. Pemantauan perubahan
cuaca dapat dilakukan dengan pantas jika kemajuan satelit dimanfaatkan. Bukan itu sahaja, penggunaan satelit
dan kapal angkasa dapat mengesan penipisan lapisan ozon, tumpahan minyak, kebakaran hutan dan sebagainya. Pengesanan yang cepat dan tepat juga dapat
CALIPSO
memantau pencemaran alam yang berlaku di mana-mana sahaja di bumi ini. Oleh
hal yang demikian, bantuan satelit yang canggih dapat memantau dan mengesan
kejadian yang bakal berlaku itu untuk mengurangkan j umlah mangsa yang terkorban akibat bencana alam yang berlaku tanpa mengira masa serta lokasinya. Kemunculan restoran makanan segera begitu banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan juga dikaitkan dengan perkembangan globalisasi. Restoran makanan
segera seperti Restoran McDonald s, Restoran Pizza Hut, Restoran Subway, dan Restoran Kenny Rogers mempunyai rangkaiannya di seluruh dunia. Seperti yang
dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian (15 Mac 2012), Restoran McDonald s
memiliki lebih 33,000 cawangan di 118 buah negara seluruh dunia dan mencatatkan jumlah pelanggan sebanyak 68 juta orang setiap hari secara purata. Sehingga hari
ini, Restoran McDonald s mencatatkan lebih daripada 240 buah lokasi restoran dan operasi perniagaan dijalankan secara francais di Malaysia. Masyarakat Malaysia
gemar mengikuti perkembangan industri pemakanan ala Barat yang mudah didapati, ringkas, dan cepat disediakan. Pihak pengurusan restoran McDonald s telah melancarkan aplikasinya dalam perkhidmatan telefbn bimbit bagi membolehkan
para pengguna membuat pembelian dalam talian. Pengiklanan makanan segera tersebut di skrin televisyen dan di setiap saluran media sosial turut menambat hati masyarakat Malaysia untuk mencuba
keenakan makanan tersebut dan menjayakan promosi
terbaharu mereka. Dengan kewujudan laman sosial seperti Twitter, proses pembedahan jantung
yang
dijalankan oleh pakar bedah Hospital Memorial Hermann
di Houston,
Northwest
Texas,
Amerika Syarikat dapat disaksikan
secara langsung oleh doktor-doktor seluruh
dunia.
Doktor
Michael
Macris telah menjalankan pembedahan
berganda pemintasan arteri koronari
terhadap pesakit yang berusia 57 tahun manakala
rakan
sejawatnya,
Doktor
Paresh Patel memberikan perkembangan prosedur pembedahan melalui Twitter dan menjawab soalan yang dikemukakan dalam talian. Sebelum itu, mereka berkongsi perkembangan terkini dan hasil kaji selidik yang menarik melalui telesidang sambil mendengar penerangan lintas langsung daripada penceramah. Mereka berkongsi
gambar dan rakaman video yang diambil ketika pembedahan dijalankan. Cara
sedemikian dapat memberikan pengetahuan kepada orang ramai tentang prosedur pembedahan jantung dan kaedah mencegah penyakit kardiovaskular.
Di Malaysia, Persatuan Pemakanan Malaysia
menyediakan orang
resipi
laman
untuk
peringkat
berdasarkan
melalui
sihat
web
sendiri,
www.nutriweb.org.my.
semua
umur iaitu
Segala
maklumat yang berkaitan dengan penyediaan
makanan
sihat
yang
berkhasiat boleh dilayari dalam laman web tersebut.
banyak
Malah, terdapat
panduan
penjagaan
kesihatan seseorang yang dapat
diamalkan
oleh
semua
insan.
Selanjutnya, Portal TryMasak Sihat
with Gas PETRONAS merupakan
portal masakan Malaysia dan saluran video
masakan
dalam
talian
(https://www.mymesra.com.my ). Cara
memasak sesuatu makanan didemonstrasikan oleh seorang tukang masak melalui rakaman video pendek. Sesiapa yang berminat untuk meningkatkan kemahiran memasak sesuatu
hidangan boleh melayari portal tersebut. Individu tidak perlu membazirkan
wang untuk menyertai kursus memasak di institusi kulinari. Semua penggunaan bahan dan panduan memasak juga dapat ditonton melalui Youtube. Di samping itu, pakar rawatan penjagaan kesihatan turut menggunakan aplikasi telefon bimbit atau telefon pintar bagi mengurus rawatan pesakit. Antaranya ialahjanji temu perubatan,
peringatan kepada pesakit agar mematuhi rawatan dan preskripsi maklumat keselamatan dapat disimpan dalam sesuatu aplikasi (Apps). Kaedah sedemikian turut digunakan oleh Institut Jantung Negara untuk mengingatkan pesakit tentang
tarikh rawatan dan persediaan awal sebelum mendapatkan rawatan. Penerokaan dalam bidang telekomunikasi di Malaysia bermula pada awal tahun
1970-an dengan pembinaan stesen satelit bumi di Kuantan, Pahang. Pembukaan
stesen satelit bumi yang telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra pada 6 April 1970 telah membuka lembaran baharu dalam sejarah telekomunikasi dan
menandakan kemajuan dicapai dalam perhubungan dengan dunia luar. Stesen satelit ini dihubungkan dengan satelit di ruang angkasa Lautan Hindi, Konsortium Satelit Telekomunikasi Antarabangsa (INTELSAT 3) yang merentasi Malaysia, India, Indonesia, United Kingdom, Jepun, dan Australia. Dalam hal ini, Radio Televisyen
Malaysia (RTM) mampu menyiarkan siaran secara langsung detik bersejarah pelancaran dan pendaratan kapal angkasaApollo di bulan. Kemaj uan telekomunikasi
semakin rancak apabila kerajaan Malaysia melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT-1) dengan menggunakan Arianes-4 pada 13 Januari 1996, di汰uti MEASAT-2 pada
13 November 1996, dan MEASAT-3
pada 12 Disember 2006. Sejajar dengan
yang
teknologi
perkembangan
kian pesat, pada 22 Jun 2009,
MEASAT-3 a menjadi
dilancarkan
pelengkap
kemampuan
bagi
kepada
MEASAT-3.
Usaha kerajaan menaik taraf perhubungan luar
telah
membolehkan
siaran televisyen, radio,
Internet dan sebagainya
dapat diterima dari seluruh
pelosok dunia. Umpamanya, rakyat
Malaysia
dapat
menonton kejohanan sukan pada peringkat antarabangsa secara langsung seperti Piala Dunia FIFAmelalui televisyen. Keputusan kejohanan tersebut dapat d汰etahui
oleh masyarakat dunia pada masa yang sama. Pendek kata, dengan adanya teknologi satelit, masyarakat seluruh dunia berpeluang untuk menyaksikan rancangan yang disiarkan di mana-mana negara secara langsung.
Sesungguhnya, perkembangan globalisasi di seluruh dunia telah membolehkan komunikasi dan interaksi manusia menjadi lebih pantas, cepat, serta berupaya merentasi batasan masa dan tempat. Perubahan teknologi yang canggih ini bukan
sahaja memajukan bidang telekomunikasi setiap negara bahkanjuga mempengaruhi kehidupun seharian masyarakat sejagat termasuklah rakyat Malaysia. Sehubungan dengan ini, majoriti kerajaan di selunih dunia terus memberikan fbkus dalam
membangunkan prasarana telekomunikasi negara masing-masing agar dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kedudukan lokasi atau taraf sosioekonomi.
%d
2H2。+ haba. Tenaga elektrik sei fuel dihasilkan daripada tindak balas gas oksigen dan gas hidrogen pada ketulenan tinggi. Gas hidrogen ialah sumber tenaga sekunder yang boleh dihasilkan daripada bahan bakar yang lain. Gas
hidrogen boleh dihasilkan daripada pelbagai sumber tenaga seperti bahan bakar fosil atau hasil sampingan tindak balas kimia dalam industri kimia
tenaga nuklear dan tenaga keterbaharuan (Renewable Energy). Antara
tengan keterbaharuan lain termasuklah melalui tenaga hidro, solar, biomas, angin, dan ombak.
4.1.2 Kepentingan Laras Bahasa
Antara kepentingan penguasaan dan penggunaan laras bahasa termasuklah: 哀
Memudahkan komunikasi dalam situasi sosial tertentu
史
Meningkatkan istilah-istilah dalam bahasa Malaysia
戍
Penggunaan pola bahasa yang tepat apabila membincangkan sesuatu topik
火
Menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas
4.2 Sintaksis 4.2.1 Jenis-jenisAyat 》Dalam
bahasa Malaysia, terdapat empat jenis ayat, iaitu 勾at Penyata,
Ayat Tanya, Ayat Perintah, dan Ayat Seruan.
4.2.1.1 Ayat Penyata » Ayat Penyata digunakan untuk menjelaskan atau menceritakan sesuatu. Ayat Penyata diakhiri dengan tanda noktah.
Contoh: Saya ke sekolah dengan menaiki bas.
4.2.1.2 Ayat Tanya » Ayat Tanya pula digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara ataupun
peristiwa dan diakhiri dengan tanda tanya. Kata Tanya digunakan sama ada pada permulaan ayat mahupun pada akhir ayat. Sekiranya Kata Tanya
digunakan di hadapan ayat, partikel -kah perlu dimasukkan selepas Kata
Tanya. Dalam sesetengah ayat, Kata Tanya boleh digugurkan.
Contoh: • Siapakah lelaki yang berbaju merah itu? • Lelaki yang berbaju merah itu siapa? • Lelaki yang berbaju merah itu ayah awak?
209
4.2.1.3 Ayat Perintah
» Ayat Perintah digunakan untuk menyuruh, meminta, mengundang, dan
melarang seseorang untuk melakukan sesuatu. Ayat Perintah boleh
dibahagikan kepada empat jenis, iaitu Ayat Suruhan, —at Permintaan, Ayat Silaan, dan Ayat Larangan. Contoh:
_ Jenis Ayat Perintah
Contoh ayat
Ayat Suruhan
Masukkan buah-buahan ini ke dalam peti sejuk.
Ayat Permintaan
Minta bersabar.
Ayat Silaan
Silalah masuk.
Ayat Larangan
Jangan buang sampah di sini. Usahlah bersedih atas pemergian ibumu.
4.2.1.4 Ayat Seruan ^ Ayat Seruan digunakan untuk menjelaskan perasaan seperti gembira,
kagum, hairan, dan suka. Tanda seru digunakan pada bahagian akhir ayat. Contoh:
• Wah, tingginya bangunan itu! • Nah, ambillah wang ini!
• Cis, berani engkau datang ke sini lagi!
210
J
A. Kenai pasti jenis ayat di bawah.
1. Usah bersedih atas kehilangan kucing kesayanganmu.
2. Cantik sekali bunga mawar yang mekar itu. 3. Wahai anakku, raj in-raj inlah menuntut ilmu!
4. Berapakah harga buku cerita ini? 5. Azman ialah seorang jurutera. 6. Jemputlah makan. 7. Oh, rupa-rupanya awak di sini! 8. Datuk Siti Nurhaliza ialah biduanita yang tersohor di Malaysia.
9. Tolong bersihkan bilik ini. 10. Awak ke mana?
B.
Bina satu ayat bagi setiap jenis ayat di bawah.
1.
Ayat Penyata
2. Ayat Tanya
3.
Ayat Seruan
4. Ayat Suruhan
5.
Ayat Permintaan
6. Ayat Silaan
4.3 Peribahasa Baca dan fahami maksudperibahasa berikut.
Peribahasa
Maksud
seperti mentimun dengan durian,
perlawanan yang tidak sebanding
menggolek Iuka, kena golek
antara orang lemah dengan orang kuat
binasa
seperti membuka pekung di dada
mendedahkan keburukan diri sendiri
yang teguh disokong, yang rebah
orang yang kuat dibantu, sedangkan
ditindih
orang yang lemah diperas
perang mulut
bertengkar
dengan
menggunakan
kata-kata yang keras dan kasar Abu Jahal
orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan
212
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang paling tepat.
Cecelia berasal daripada keluarga yang miskin. Ayahnya seorang penagih dadah. Namun begitu, berkat usaha Cecelia, dia begaya melanjutkan pelajaran ke
sebuah universiti tempatan. Cecelia berkenalan dengan seorang pelajar, Amelia
yang berasal daripada keluarga yang kaya. Amelia selalu berkelakuan jahat. Sikap Amelia ini menyebabkan dia digelar sebagai
oleh
pelajar-pelajar lain di dalam kelas. Keadaan ini mengakibatkan Amelia dan kawankawannya sering
dengan pelajar-pelajar lain.
Nasib yang malang turut menimpa Cecelia. Bagi Cecelia, Amelia tidak seharusnya menceritakan masalah keluarga Cecelia kepada orang lain kerana tindakan Amelia itu ibarat. Bukan itu sahaja, Amelia sering
memberitahu keburukan kakaknya sendiii kepada kawan-kawannya. Tindakan Amelia itu
. Bagi Cecelia, tiada gunanya dia
bertelagah dengan Amelia kerana akhirnya dia sendiri yang terpaksa menanggung segala keburukan ataupun kerugian
.
213
5. SASTERA
Objektif'Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pelajaran 加i, pelajar dapat; a. mengetahui maksud syair
b. mengenal pasti aspek-aspek sastera yang terdapat dalam syair
Puisi Tradisional-Syair Makna Riak Lagukan Syair Makna Riak. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sila ru/uk kepada buku Antologi Dirgahayu Bahasaku, muka surat 7.
214
Rangkap
Maksud
1
Riak membawa maksud perbuatan menunj uk-nunj uk sifat baik kepada orang ramai. Perbuatan menunj uk-nunj uk ini dibenci oleh Tuhan kerana boleh mendatangkan syirik.
2
Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa. Sesetengah pihak membesar-besarkan kemampuan mereka berlapar beberapa hari. Suara mereka diperlahankan seolah-olah tubuh badan mereka lemah demi menahan lapar.
3
Mereka juga berkelakuan sedemikian seolah-olah mereka tidak mementingkan duniawi agar orang ramai menganggap diri mereka warak. Mereka seolah-olah berkelakuan seperti orang yang berhemah tinggi sedangkan jauh di sudut hati, mereka mementingkan kemewahan duniawi.
4
Sesetengah orang pula suka menunjuk-nunjuk kepandaian mereka. Mereka berlagak dan selalu bercakap besar tentang ilmu yang dimiliki oleh mereka. Mereka tidak pernah bosan dan tidak berhenti-henti bercakap ketika di majlis-majlis keraian. Mereka juga tidak sedar bahawa nahu atau bahasa yang digunakan dan hujah-hujah yang disampaikan adalah bercampur aduk antara betul dengan salah.
^^^^^^^^^^^^^^Maksud
j
j'T
Rangkap
5
Kadang-kadang seseorang itu bercakap seolah-olah dia berilmu tinggi. Mereka memberikan gambaran seolah-olah mereka telah membuat penyelidikan supaya mereka disangka cerdik. Dengan itu, mereka akan mendapat ganjaran atau pengiktirafan atas kebijaksanaan mereka.
6
Perbuatan riak ini juga ditunjukkan melalui cara beipakaian seseorang. Mereka memakai serban yang berlilit ekor di kepala, meletakkan sejadah di bahu, dan memegang seuntai tasbih.
7
Ada perbuatan riak ditunjukkan ketika melakukan amalan berzikir. Mereka duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Namun begitu, niat yang sebenarnya adalah untuk menj adi ketua atau untuk mendapatkan pengaruh.
8
Sebenarnya, perbuatan riak itu boleh membawa bala kepada seseorang kerana amalan sedemikian tidak diterima Tuhan. Mereka yang bersifat riak ini umpama mengundang malapetaka kepada diri sendiri kerana sesungguhnya perbuatan riak ini dimurkai Tuhan.
Tema
Persoalan
Nilai
Pengajaran
sifat-sifat manusia yang riak atau suka menunjuk-nunjuk 1. sifat sesetengah orang yang pandai berpura-pura atau bersifat hiprokrit 2. manusia yang berkelakuan warak untuk menutup sifat mementingkan kebendaan atau duniawi 3. perbuatan menggunakan amal ibadat untuk menunjuknunj uk sifat warak seseorang 4. segala amal kebaikan menjadi sia-sia apabila dilakukan dengan niat untuk menunj uk-nunj uk 5. kemurkaan Tuhan terhadap sikap riak manusia
1. 2. 3. 4. 5.
kesederhanaan keikhlasan kesyukuran rasional bertanggungjawab
1. Kita hendaklah menjauhi sifat riak yang boleh membawa kepada syirik. 2. Kita haruslah melakukan sesuatu dengan ikhlas. 3. Kita haruslah sedar akan kekuasaan dan kemurkaan Tuhan.
215
卜---------------------------------
-O
Soalan Kefahaman 卜.............. ...................
-o
1. Berikan maksud perkataan riak dalam rangkap pertama Syair Makna Riak. 2. Bagaimanakah seseorang itu dikatakan riak dari segi pertuturan?
3. Mengapakah seseorang itu dikatakan mensyirikkan Tuhan?
4. Apakah kesan yang boleh berlaku j汰a seseorang itu bersifat riak? 5. Sekiranya anda mempunyai seorang rakan yang bersifat riak, apakah nasihat
yang akan anda berikan kepadanya?
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Pembelajaran Tanpa Titik Noktah ObjektifPengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat; a. memahami konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat b. mengenal pasti faedah Pembelajaran Sepanjang Hayat
c. mengenal pasti cara-cara melengkapkan diri dengan ilmu secara
berterusan d. berkongsi pendapat tentang perancangan masa hadapan
e. mengenal pasti peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran
1. MEMBACA DAN MEM.^^^ Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawah soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Kebiasaannya kita mempunyai pandangan bahawa proses pembelajaran akan terhenti sebaik-baik sahaja seseorang itu melangkah keluar meninggalkan alam persekolahannya
atau
setelah
melemparkan
topi
graduan mereka.
Hal
ini juga
melambangkan
graduan
tamatnya
alam buku-buku untuk mereka melangkah
Namun begitu,
ke alam pekerjaan.
pandangan sebegini tidak tepat lagi pada masa ini, lebih-lebih lagi apabila dunia
memasuki
alaf ke-21
yang
semakin
mencabar dan menuntut kepelbagaian
ilmu daripada setiap lapisan masyarakat. Lantaran
itu,
kini
muncullah
konsep
终身学习 Lifelong Learning
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Secara umumnya, pembelajaran bermaksud proses memperoleh ilmu
pengetahuan atau kemahiran. Sepanjang hayat diertikan sebagai segenap usia atau
218
umur. Secara khususnya, PSH merujuk kepada proses pendidikan yang mencakupi aktiviti pemerolehan pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi sama ada secara
formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan tanpa had umur.
Mungkin sesetengah pihak bertanya "Tidak cukupkah belajar sampai ke menara gading?”,"Perlukah kita terus-menerus belajar walaupun sudah berusia?^^ atau "Mengapakah Pembelajaran Sepanjang Hayat ini dirasakan perlu?" Segala persoalan ini dapat dileraikan jika kita memahami manfaat-manfaat
yang dapat kita peroleh melalui PSH ini. Manfaat yang pertama ialah kita mampu melengkapkan diri kita dengan ilmu terbaharu yang dapat mengelakkan diri kita
daripada ketinggalan dalam arus kemajuan semasa. Kadangkala, apa-apa yang kita belajar semasa di bangku sekolah sudah kurang relevan disebabkan kesan evolusi
dan pengaruh globalisasi terkini. Tambahan pula, melalui proses PSH ini, seseorang yang sudah lama meninggalkan alam persekolahan mampu mengejar ilmu dan
kemahiran baharu untuk membolehkan dirinya bersaing dengan tuntutan semasa. Seseorang itu juga dikatakan dapat memenuhi kepuasan diri melalui PSH
ini. Contohnya, seseorang individu yang sudah berusia akan berasa dirinya masih
berguna atau bernilai kerana melalui ilmu dan kemahiran yang baharu, dia bukan
sahaja dapat membaiki kehidupannya malah dapat terus memberikan sumbangan kepada masyarakat. Secara tidak langsung, apabila masyarakat kita berusaha
219
untuk mengayakan diri dengan ilmu, negara kita mampu melahirkan komuniti
berpengetahuan (Knowledgeable-communities). Dalam jangka masa panjang, kita dapat melahirkan modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu.
Pembelajaran Sepanjang Hayat ini tidak membataskan had usia seseorang dalam memperlengkap diri dengan ilmu. Contohnya, Maimunah Ibrahim yang
berasal dari Shah Alam, tidak menjadikan faktor usia sebagai penghalang untuk beliau mendapatkan ijazah pada usia 65 tahun. Dalam majlis konvokesyen Universiti
Sains Malaysia (USM) yang ke-48, graduan warga emas ini gembira kerana beqaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang Saijana Instruksi Multimedia. Menurut
beliau, keinginan untuk belajar tidak akan berhenti dengan ijazah saijana. Beliau mempunyai impian untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
dalam bidang yang lain. Beliau berkata bahawa belajar sepanjang hayat merupakan amalan mulia kerana ilmu pengetahuan sangat bernilai dan bermakna buat selamalamanya.
220
Pada alaf yang serba canggih ini, peluang untuk melanjutkan
pelajaran adalah terbuka luas. Kini, terdapat banyak peluang
e-pembelajaran menerusi Internet untuk membolehkan PSH khasnya bagi orang dewasa. Selain itu, terdapat universiti-universiti yang
mula
menawarkan
program
e-pembelajaran sepanjang hayat ini. Struktur kursus-kursus ijazah
yang lebih mudah ditawarkan
agar program yang disediakan tidak membebankan golongan yang sedang bekeija atau yang berkeluarga. Konsep pendidikan jarak jauh turut memantapkan PSH ini. Seseorang juga dapat meneruskan pembelajaran di kolej-kolej komuniti yang
menekankan PSH dengan menyalurkan kemahiran teknikal.
Pembelajaran Sepanjang Hayat ini sememangnya mendatangkan manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Ekoran itu, konsep PSH telah dijadikan teras
keenam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara sebagai agenda kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan malah
berkemahiran tinggi. Pembelajaran Sepanjang Hayat juga ditekankan dalam sistem pendidikan tinggi negara kerana wujudnya keperluan untuk melahirkan individu yang mempunyai daya saing global, iaitu sentiasa mampu memperbaharu
pengetahuan dan kemahiran mereka. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia
yang menginginkan kemajuan,
kita
haruslah menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu.
Belajarlah selagi nyawa dikandung badan.
221
1. graduan - mahasiswa yang menerima ijazah pada hari penyampaian
ijazah 2. konsep 一 pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu 3. pemerolehan - proses mendapat sesuatu
4. dileraikan - dijawab 5. evolusi - perkembangan 6. tuntutan 一 permintaan 7. menawarkan 一 menganjurkan 8. memantapkan 一 mengukuhkan
9. agenda 一 matlamat 10. menyahut - memberikan reaksi yang positif
卜......... .......................
o
Soalan Kefahaman 卜---------------------------------
-o
1. Berikan maksud rangkai kata sememangnya mendatangkan manfaat
berdasarkan petikan yang dibaca.
2. Apakah kebaikan Pembelajaran Sepanjang Hayat kepada kita? 3. Mengapakah konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat telah dimasukkan sebagai salah satu agenda kebangsaan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara?
4. Mengapakah peluang untuk melanjutkan pelajaran terbuka luas pada masa ini? 5. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang individu yang berhasrat untuk meneruskan kaedah Pembelajaran Sepanjang Hayat ini?
pg^M 2. MENDEhFGAR DAN BERTOTOR ,
2.1 Aktiviti Perkongsian Setiap orang mempunyai impian. Secara berkumpulan, kongsi impian masa depan anda dan langkah-langkah yang akan anda ambil untuk mencapai
rancangan masa depan anda.
2.2 Aktiviti Individu Cari infbrmasi yang berkaitan dengan kursus yang ingin anda ikuti di universiti pada masa hadapan. Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan kursus tersebut seperti; a) tempoh pengajian
b) syarat kemasukan kursus c) peluang pekeijaan bagi kursus tersebut
ObjektifPengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat;
a. menulis Karangan Jenis Perbincangan dengan lengkapnya
b. menulis rumusan mengikut format
3.1 Karangan Jenis Perbincangan
Kerajaan telah menggalakkan rakyat Malaysia untuk menuntut ilmu tanpa mengira usia dan jantina, Bincangkan faedah-faedah pembelajaran sepanjang hayat terhadap diri sendiri, masyarakat, dan negara. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350patah perkataan.
3.2 Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan ten tang faedah penggunaan e-pem belajaran dalam pendidikan dan langkah-langkah untuk merealisasikannya di institusi pendidikan tinggi di negara kita. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dalam era globalisasi, capaian Internet masa ini adalah begitu luas. Menurut
laporan yang dikeluarkan oleh Internet World Stats, status pengguna Internet di Malaysia pada tahun 2016 ialah lebih kurang 21 juta orang rakyat Malaysia. Kumpulan pengguna yang tertinggi adalah dalam kalangan remaja dan belia.
224
Fenomena ini meningkat lagi dengan wujudnya semakin banyak kemudahan wifi di tempat awam, restoran, sekolah, dan universiti. Hasil kajian melaporkan bahawa
secara puratanya, seorang rakyat Malaysia menghabiskan sembilan jam dalam
seminggu untuk melayari laman sosial seperti Facebook. Golongan muda yang berusia antara lapan tahun hingga 24 tahun menghabiskan
kira-kira lapan jam sehari untuk melayari Internet bagi pelbagai tujuan. Sekiranya
pengguna Internet ini, khususnya remaja dan belia menggunakan sebahagian daripada
tempoh masa itu untuk melayari laman yang berunsurkan pendidikan, nescaya kita dapat membina bangsa yang berilmu dan disegani. Bertepatan dengan gaya hidup
dan pembelajaran golongan muda dewasa yang dipanggil Generasi Y, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melalui Amanat Tahun Baru
2011 baru-baru ini mengumumkan rancangan kerajaan untuk melancarkan Dasar e-learning atau e-pembelajaran pada tahun 2011 bagi menggalakkan semua institusi
pengajian tinggi (IPT) membangunkan laman sesawang. Tindakan ini memudahkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran supaya lebih cekap dan berkesan. Inisiatif untuk membangunkan dan menggunakan e-pembelajaran bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran di IPT bermula sejak akhir tahun 1990-an selepas
pengumuman Koridor Raya Multimedia pada tahun 1996. Sistem ini telah membawa kepada pelbagai pengubahsuaian dan penambahbaikan kaedah pembelajaran moden ini. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperkenalkan penggunaan
e-pembelajaran secara menyeluruh merentas semua fakulti mulai tahun 2003 menerusi sistem pengurusan pembelajaran berasaskan sumber terbuka dan percuma
yang dikenali sebagai Moodie. Sistem ini beqaya menj imatkan kira-kira RM400,000 setahun peruntukan universiti berbanding dengan sistem lain yang lebih bersifot
komersial. Prof Madya Dr. Jamalludin Harun, pensyarah di Fakulti Pendidikan, UTM
yangjuga pengurus teknologi maklumat di CenterFor Teaching and Learning (CTL) UTM, berkata pada mulanya sistem e-pembelajaran IPT lain hanya memberikan ruang kepada pensyarah untuk menyebarkan nota kuliah dan arahan tugasan kepada
mahasiswa serta ruangan forum yang membenarkan mahasiswa berinteraksi sesama mereka dengan pensyarah berkenaan. Pensyarah tidak perlu membuat salinan nota
untuk dibawa ke dewan kuliah dan diedarkan kepada mahasiswa lagi. Mahasiswa
pula dapat memperoleh nota kuliah mengikut kesesuaian waktu dan tempat mereka
berada. Forum dalam e-pembelaj aran membenarkan mahasiswa berkongsi maklumat dengan memuat naik bahan yang berkaitan dengan kursus berkenaan. Pensyarah
juga dapat mengadakan kuiz melalui e-pembelajaran dan menggunakannya sebagai
saluran penghantaran tugasan mahasiswa. Proses penghantaran tugasan ini dapat
dikawal dengan tepat oleh pensyarah dengan menggunakan penetapan tempoh masa tamat penghantaran tugasan yang disediakan oleh sistem e-pembelajaran ini.
4. ■mTABAHASA
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat;
a. mengenal pasti Neka Bahasa dalam konteks rasmi dan tidak rasmi b. mengenal pasti kesalahan tatabahasa secara umum
4.1 Morfologi 4.1.1 Pengenalan Neka Bahasa
器 Neka bahasa boleh diinterpretasikan sebagai kesopanan dan kesantunan berbahasa seseorang pengguna bahasa ketika berinteraksi berdasarkan
taraf pengguna dan pendengar serta situasi atau konteksnya.
器 Contohnya penggunaan bahasa formal, bahasa tidak formal, bahasa halus, bahasa istana, dialek, bahasa pasar, dan bahasa-bahasa lain.
爨 Neka bahasa boleh dibahagikan kepada duajenis, iaitu dalam penggunaan konteks rasmi dan konteks tidak rasmi.
4.1.1.1 Neka Bahasa Konteks Rasmi U二 Digunakan di tempat rasmi, upacara rasmi, kehadiran rasmi, dan tujuan
rasmi
Neka Bahasa
Penggunaan
Neka Baku
• bahasa standard • biasanya digunakan di radio, televisyen, parlimen, mahkamah, sekolah, penulisan buku, surat, memo, minit mesyuarat • tiada penutur asli • bukan bahasa ibunda • tidak digunakan di rumah • dipelajari melalui proses pendidikan formal
Neka Istana
• digunakan oleh kerabat diraja • dalam upacara pertabalan • kerabat diraja boleh memilih sama ada menggunakan neka istana ketika berkomunikasi dengan rakyat sebaliknya rakyat wajib menggunakan neka istana ketika berkomunikasi dengan golongan raja. • contoh: beta, bersiram, santap, beradu, gering, perkenan
V
227
4.1.1.2 Neka Bahasa Konteks Tidak Rasmi
Neka Bahasa
228
-一
p Penggunaan
Neka Tempatan
• berdasarkan negeri atau daerah • digunakan oleh anggota dialek yang sama • contoh: pi (pergi), make (makan)
Neka Basahan
• hanya dalam wacana lisan • tidak menggunakan peraturan tatabahasa yang lengkap • contoh: nak, dah, mau
Neka Sopan
• digunakan dalam tulisan dan lisan • digunakan dengan orang yang lebih tinggi tarafhya • contoh: Saudari hendak pergi ke mana?
Neka Mesra
• digunakan ketika bertutur dengan orang yang mempunyai hubungan yang rapat • contoh: kakak, abang, pak cik
Neka Manja
• digunakan dalam keluarga yang terdekat • contoh: Timah (Fatimah)
Neka Remaja
• perkataan yang sering digunakan oleh remaja dan berubah mengikut perubahan masa • contoh: cun, bojio
Neka Kasar
• bahasa yang tidak mempunyai adab, tidak sopan dan tidak mesra. • contoh: bodoh, bingung, gila engkau, sial, kepala otak engkau
Neka Pasar
• tidak formal • contoh: Lu mana mau pigi?
4.2 Sintaksis 4.2.1 Latihan Keseluruhan Tatabahasa
A. Kenai pasti satu kesalahan tatabahasa dalam setiap ayat di bawah dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidakperlu menyalin ayat itu semula.
1. Hakim telah menjatuhkan penjenayah itu hukuman penjara selama tiga tahun.
2. Karangan yang disiarkan dalam majalah sekolah dihasilkan olehku. 3. Encik Hanif mengopek kulit buah durian itu manakala mendengar muzik.
4. Sai Leng membuat ayahnya secawan kopi pada petang itu. 5. Mak Timah memasukkan sedikit cili sos ke dalam masakannya. 6. Puan Siti menjemur jacket anak yang baru dicucinya di ampaian. 7. Dua orang pekeqa ini menyembur racun pada celah dinding rumah itu untuk membunuh anai-anai yang memakan dinding kayu itu.
8. Pragawati yang cantik itu menghidangkan makanankepada penumpang pesawat itu dengan sopan.
9. Pihak kerajaan menawarkan pelbagai intensif untuk memajukan projek pembangunan di kawasan pedalaman itu. 10. Encik Tiong dan keluarganya mengalas perut di Ahmad Medan Selera sebelum meneruskan peijalanan ke Pulau Pinang.
B. Kenai pasti satu kesalahan tatabahasa dalam setiap ayat di bawah dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidakperlu menyalin ayat itu semula.
1. Perabut yang telah rosak itu terus dihantar ke kilang untuk dibaiki.
2. Sultan Pahang menganugerahkan pingat kebesaran kepada mereka yang beijasa
kepada masyarakat sempena ulang tahun kelahiran baginda. 3. Kawasan perumahan itu beliau rasm汰an dengan memalu gong sebanyak tiga
kali di atas pentas.
4. Pak Cik Tanim menebas pokok durian yang condong di belakang rumahnya. 5. Akibat kerosakan mini bas, Aini terlewat ke sekolah semalam. 6. Nelayan itu menyirat jala-jala ikannya setelah menunggu musim tengkujuh berakhir.
7. Tandas yang kotor dan berbau hancing itu mereka telah bersihkan. 8. Selepas insiden itu, akhirnya Daniel menyedarkan kesilapannya dan beganji tidak akan mengulanginya.
9. Seorang kanak-kanak yang telah diculik telah beqaya menemukan oleh anggota
polis. 10. Ketua menteri-menteri yang menyertai mesyuarat itu telah dijemput ke dewan sajian untuk menikmati makanan.
230