PENGANTAR HATI BUAT BENZ ALI Menulis kata pengantar, buat aku kembali mempersoal; apakah sebenarnya yang mesti ku tebar? Pujian melambung agar buku ini laris terjual, atau kejujuran pandangan yang seharusnya tidak pernah bersifat salah atau benar? ……………………………………………………………………………………
Aku dan Benz Ali mungkin saling mengenal, namun tidaklah rapat hingga sering melepak bergurau bertepuk tampar. Namanya dulu mula aku dengar, dari polemik-polemik perdebatan yang bersifat kontroversial. Aku yang lemah media sosial, dan selalu skeptikal, tak berapa peduli pada peringkat awal. Aku sedang dalam momen hidup di mana aku lebih senang merayakan konsistensi berbanding kontroversi; solidariti, bukan populariti. Namun setelah aku sendiri membaca sebahagian daripada tulisan-tulisannya (termasuk buku ini, tidak semua buku), dan secara tidak sengaja terjumpa dan berbual di majlis-majlis berkerangka buku dan kesasteraaan, aku mula serba sedikit mampu memiliki sedikit kefahaman, tentang siapa Benz Ali ini, jika dia terpaksa aku identitikan;
1- Dia bukan menolak agama, dia cuma marah pada penghidap-penghidapnya. 2- Dia bukan tak sayang Tuhan, dia cuma sayang sama tinggi dengan sayangnya pada kemiskinan.
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
3- Dia bukan tak percaya Yang Esa, dia cuma tak mahu menduakan-Nya dengan syurga. 4- Dia masih Melayu Islam, dia cuma benci pada kebodohan.
Aku dan Benz Ali mungkin tak sekapal, tapi itu tak ada hal. Yang penting aku percaya kami masing-masing sedang cuba mengembangkan layar, untuk mengharungi lautan alam yang seharusnya sama seperti kejujuran pandangan kata pengantar; tidak bersifat salah atau benar.
Ayam Fared Binatang separa orang, perempuan separa jantan. 27 Ogos 2023
2
Nota Penulis Nampaknya kemungkinan besar Koleksi Puisi Masturbasi ini akan menerima nasib yang sama seperti abangnya, iaitu Antithesis bila-bila masa sahaja dari sekarang (11:42 malam, tarikh 22hb 8, tahun 2023, waktu Nota Penulis ini ditulis). Terima kasih saya ucapkan tiada terhingga pada semua kalian yang bersolidariti terhadap isu rampasan buku di Toko Buku Rakyat pada 18hb 8, tahun 2023. Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi), nampaknya masih sama nadanya, tidak ada apa-apa perubahan mendasar. Masih tetap nada yang bukan untuk menyelesakan pemerintah. Meskipun telah melalui lima Perdana Menteri, dan empat regim pemerintahan, nada buku puisi ini tetap sama. Tetap tidak digubah untuk membodek, mengampu atau menjilat pemerintah dan status quo. Selain isu rampasan buku Koleksi Puisi Masturbasi yang diharamkan (saya masih tertanya, adakah di Malaysia, ini satu-satunya buku puisi yang pernah dirampas?), naskhah ini diedit kembali dan diperkemaskan semula berbanding edisi asal. Ada sesetengah puisi di dalam naskhah ini tidak mempunyai tarikh dan dicatatkan tempatnya. Dan puisi-puisi ini, jika tidak salah saya kebanyakannya ditulis di Facebook, sama seperti buku Antithesis. Bezanya, Antithesis adalah status-status yang tidaklah begitu puitis dan bersifat anekdot atau catatan. Sementara Koleksi Puisi Masturbasi sememangnya ayat-
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
ayat yang dirancang untuk menghadirkan bunyi atau rima yang puitis. Puisi mengandungi tarikh. Dan dari tarikh itu kita boleh menyemak arkib -atau hari ini Google- apa yang berlaku pada tarikh itu. Maka ini menjadi kod-kod kepada puisi yang tidak disebutkan secara jelas lafaznya, tetapi jika mempunyai tarikh atau bulan pada tahun itu, mungkin boleh disemak, apakah peristiwa yang berlaku pada masa itu. Tetapi hanya tarikh sahaja, tanpa apa-apa catatan/catitan, apatah lagi yang digubah secara puitika metafora, tidak memberi apa-apa makna. Mungkin ia hanya sekadar berita. Di situ letaknya kekuatan, kerahsiaan dan keistimewaan puisi, yang tidak boleh ditafsir secara literal. Kerana bila nama sahaja literal, ia sudah tiada apa-apa tafsiran lagi. Tetapi puisi hanya menjadi sekadar permainan kata dan pendebungaan bahasa jika ia hanya terhenti sekadar itu tanpa memerhatikan hal-hal sekeliling. Puisi-puisi politikal selalunya mengandungi peristiwa dan sejarah, kisah dan darah, air mata dan derita, susah dan payah. Meskipun ia hanya kata-kata dalam satu muka surat atau dua muka surat, tetapi apabila puisi itu mampu merenung sekeliling, mengamati dan mempersoalkan, ia tidak akan mati di titik akhirnya, bahkan akan berlanjutan melampaui kertas yang menampung dirinya atau skrin yang ia melihat padanya. Puisi juga adalah menjadi medan bebas interpretasi, bergantung pada keilmuan, pengetahuan, pembacaan, pengalaman dan pengamatan seseorang itu. Jika keilmuan, 4
pengetahuan, pembacaan, pengalaman dan pengamatan seseorang itu kontol, maka bagaimana dia hendak menafsir jauh? Umpamanya mereka yang menjadi polis pemikiran (thought police), apakah yang kita mampu harapkan dari pemikiran dan penafsiran mereka? Seorang Cina dari Mentakab, terkesan dengan puisi TERLALU, jadi dia telah mencuba menerjemahkan puisi itu dengan bantuan Google Translate ke dalam Bahasa Cina. Seorang Kristian dari Borneo (petikan panjang lebar telah diletakkan di kulit belakang), terkesan dengan puisi, TUHAN, TOLONG TUNJUK JALAN, membandingkan puisi itu dengan doa yang menurutnya hampir serupa seperti doa Saint Francis of Assisi dan Mother Theresa of Calcutta. Hizam Mohd, di Facebooknya menyamakan puisi TERUS yang sangat disukai oleh Hifzs Hidayah, dengan puisi Rumi yang mengajak orang bertaubat,
Come, come whoever you are. Wanderer, worshiper, lover of leaving. It doesn’t matter. Ours is not a caravan of despair. Come, even if you have broken your vows a thousand times. Come, yet again, come, come. Sementara itu, Abror Rivai pula dalam prakata Koleksi Puisi Masturbasi edisi Merpati Jingga mengatakan, selain daripada seronoknya kembali dapat membaca puisipuisi perlawanan seperti Wiji Thukul, menghayati bait-bait ke-Tuhan-an seperti dalam lirik lagu Zubir Ali serta luahan rasa yang bengang dan marah-marah seperti sajak Chairil Anwar, dalam Benz (Koleksi Puisi Masturbasi) dia dapat
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
merasakan gelombang ketiga-tiganya sekali. Segalanya bertaut dalam Masturbasi, katanya. Saya menjangkakan buku ini akan diharamkan tidak lama lagi. Dan saya kemungkinan besar akan mewujudkan buku ini dalam bentuk ebook juga. Supaya ketika ia diharamkan dalam bentuk cetak, ia tetap mampu wujud, hidup dan berkembang dalam kolam atau sungai yang lain. Dan kerajaan authoritarian -yang mahu menjadi Polis Pemikiran- pasti tidak dapat menyekatnya. Kerana ruang internet seperti udara, angin dan matahari, tidak mampu disekat sesiapapun. Terima kasih tidak terhingga juga kepada Faisal Mustaffa yang memberikan peluang untuk saya menerbitkan dua buku di bawah rumah penerbitannya sebelum ini, iaitu novel sulung saya, Jalan Kiri Menuju Syurga, dan Koleksi Puisi Masturbasi. Tanpa ada orang memberikan kita peluang, adalah sukar dan berliku kita mengharung cabaran mendatang. Dan kini kedua-dua buku tersebut diterbitkan oleh REPUBLIKBUKU. Terima kasih jua pada Ayam Fared yang sudi menurunkan kata pengantarnya untuk edisi ini. Salam perjuangan. Salam hormat. Solidariti. Moga semua jiwa tidak berhenti untuk speak the truth, kulil haq walau kana muran, dan tidak mematikan conscience dirinya.
6
Akaun Maybank 158305320275 atas nama Amir Hamzah (sekiranya buku ini dijual dan tersebar melalui ebook, dan anda mahu menyumbang, sumbangan anda adalah amat dialu-alukan)
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
SASTERA Kekuatan sastera itu Sampai membuatkan si tua boleh terpenjara Pemuda didekam tanpa bicara Kekasih menderita lara Dan pemberontakan semakin membara 4hb September, 2013
8
ULAMA’ Ulama'-ulama' memang suka berkahwin banyak, Kerana nafsu mereka sangat kuat seperti kuda Mereka akan lebih cerdik jika kuat berjimak Dalil-dalil, nas-nas agama Berada dalam poket mereka Agama ini lesu jika ulama'nya menikah satu Belum lengkap agama ini Selagi nafsu kelamin tak dipenuhi Kalau kau belum kahwin banyak Dan kau tak beranak pinak dengan banyak Belum cukup kental lagi Islam kau... 11hb Ogos 2013, Kuala Lumpur
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
ANTARA TUHAN DAN ORANG MISKIN Tuhanmu Allah, Dzat maha Suci itu Tidak memerlukan amal ibadatmu Tetapi orang miskin yang lapar itu Menanti-nantikan kehadiran mu. Tuhanmu tidak akan mati kelaparan Disebabkan kamu tidak bertasbih memuji kebesaran Tetapi orang-orang miskin itu akan kebuluran Bila kamu sudah hilang kepedulian Puasa, hanyalah menahan lapar Jika orang miskin semakin lapar Jika orang miskin semakin terbiar Jika orang miskin semakin terlantar Zakat, cumalah zakat Bila hilang sudah berkat Bila orang kaya semakin berzat Dan orang miskin semakin melarat Bila orang kaya sentiasa merembat 10
Dan orang miskin kekal merempat Kamu tidak perlu mengetuk–ngetuk pintu Tuhan Untuk mencapai pangkat kesalehan Cukuplah kamu bersusah payah Mencari orang miskin yang tertinggal di jalanan Kerana kesalehan adalah kepedulian
huququl 'ibad muqaddamatun 'ala huquqillah 3hb Ogos 2013, Kuala Lumpur
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
ORANG-ORANG AGAMA Orang-orang agama semakin kotor kulihat, Semakin jahat merembat, Semakin laknat berlazat Dan umat makin tenat. 18hb Julai 2013, Kuala Lumpur 12
MASUKLAH KE NERAKA BERAMAI-RAMAI Apakah ini seruan Tuhan Kepada kita duhai insan Menerakakan siapa berlainan Adat kepercayaan akidah perbezaan? Masuklah ke neraka beramai–ramai Hilanglah kemanusiaan Putuslah harapan Agama bukan lagi mengajar kasih dan sayang sekarang menjadi tembok penghalang Masuklah ke neraka beramai–ramai Kenapakah keadilan tak dijadikan garisan Antara kita dan antara mereka Mengapa keimanan dijadikan taruhan? (kenapa tidak kau kafirkan saja kezaliman itu????) Masuklah ke neraka beramai–ramai
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Apakah Tuhan itu hanya untuk kamu Syurga itu hanya untuk kamu Dan neraka itu cuma untuk aku? Baik, biarlah jika begitu Biarlah jika Tuhan itu cuma untuk kamu Biarlah jika syurga itu cuma untuk kamu Dan neraka itu untuk aku Kerana hanya Tuhan saja tahu Apakah isi kalbuku. 23hb Jun, 2013
14
BURUH Yang memburuh peluh–peluh mereka Untuk mendapat segenggam beras untuk dibawa pulang Untuk diberikan kepada isteri dan anak tersayang Dan mereka dilayan seperti binatang di kilang. 20hb Julai 2013, Kuala Lumpur
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
BERKILO-KILO KEBENARAN Berkilo-kilo kebenaran Yang semalam dipikul Benar-benar sangat memukul. Berkilo-kilo kebenaran Di atas pundak ia terletak Ketika penat mulai berteriak Ketika pedih mulai membentak Melahirkan kami pemberontak-pemberontak Di bawah mentari terik menggigit Di atas tar panas membakar Kebenaran itu memang sangat pahit Dan mereka tega membiarkan kami terbakar Berkilo-kilo kebenaran Yang semalam dipikul Benar-benar meresahkan Entah gila apa merasuk kami Tetap keras meneruskan Memikul beban yang orang lain tak peduli
16
Sampai terkoyak rabak Plastik yang menampung Namun kudrat kami tegak Tetap menahan menanggung Berdoalah kami tidak rebah Berdoalah kami tidak pecah Memikul Berkilo-kilo kebenaran. 18hb Jun 2013, Petaling Jaya
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
TERTINDAS Bagi kami tiada Tuhan, Tiada malaikat, Tiada nabi, Tiada rasul, Tiada kitab Melainkan semuanya memihak kepada air mata orangorang yang tertindas. 2hb Julai, 2013 18
DEMAGOG Kami sudah tiada percaya lagi Bila syaitan berjubah semakin ramai Dan orang miskin pun semakin ramai Muhammad datang melawan gerombolan penindasan Menghapuskan perhambaan dari satu perhambaan Semangat itu akhirnya pudar memudar Di tangan demagog-demagog Yang wajahnya seperti malaikat Tetapi tamaknya serupa iblis. 2hb Julai, 2013
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
SILAP MATA Di Mahsyar tempat diperhitungkan Orang miskin dan orang kaya berdada Bagaimana orang kaya itu menjadi kaya Dijelaskan sejelas-jelasnya Apakah benar melalui keras usaha Ataupun 'silap mata'? 2hb Julai, 2013 20
‘UJIAN TUHAN’ Propaganda syaitan menyanyikan, Kaya-miskin, ujian Tuhan Tuhan mahu menguji, kau syukur ataupun kufur Aku mahu bertanya, Jika begitu wahai orang kaya, Bagikan aku kekayaan kau, Supaya kau boleh menjadi miskin sepertiku, Dan aku boleh menjadi kaya seperti kau. Mari kita tengok kau boleh bertabah ataupun tidak, Bersyukur ataupun kufur Dengan 'ujian Tuhan' ini. 2hb Julai, 2013 Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
SEPERTI BARU BALIK DARI NERAKA Senja itu, mereka baru dibawa pulang dari neraka Kepulan asap hitam masih kelihatan Berkepul–kepul naik menjilat ufuk langit Puing–puingnya masih berbau hangit Tanah–tanah mereka baru sahaja dirampas syaitan Untuk didirikan bangunan–bangunan kosmopolitan Dajal laknatullah menghantar segala lasykar, untuk melanggar Untuk menolak, untuk membakar Segala garuda, segala babi, segala celeng, segala anjing Telah dilepaskan, dari sarang, Dari kandang yang kotor mereka melompat Untuk menggigit, untuk menggugat, Untuk menjerit, untuk menjerat Membakar sesiapa yang engkar, yang mahu mencabar Harus dibakar hidup–hidup, Harus digonggong seperti yang berlaku di ‘Teluk Gong’. Alangkah syahdunya lewat petang itu Selain melihat kampung mereka dikoyak Selain bumbung berteduh mereka dikopak dan dipijak Selain ayam itik yang diternak berlari anak beranak 22
Adalah kerana malu dan pilu melihat wajah–wajah syaitan itu Yang berasal dari bangsaku. 14hb Jun
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
SULTANKU ADALAH TUHAN Sultanku adalah Tuhan Sultanku adalah tuhanku, Ku sembah dia sepanjang hari Sepanjang malam, sepanjang siang Apatah lagi jumaat, aku akan mengangkat tangan tinggitinggi, Aku berdoa moga sultanku tak mati–mati, Aku berdoa dia kekal abadi, Aku berdoa cucu cicitku pun tetap mengabdi Kepada monarki-monarki di bumi ini. Buatlah apa–apa sahaja tuanku, Kerana tuanku adalah beta Sementara patik adalah hamba, pacal hina Tuanku, adalah tu(h)anku, Patik adalah sa(ha)ya, Patik memang ditakdirkan untuk jadi hamba tuanku Dan tuanku dilahirkan untuk memperhambakan patik Biarlah patik menjadi kuda, ((kuda kepang pun tak apa, asalkan tuanku dapat duduk atas patik, patik akan rasa cukup lega)) 24
Tuanku, Tungganglah patik ke mana sahaja Cabuklah punggung patik sampai berbirat Pukullah dengan kayu golf sekalipun, Ketaatan kepada tuanku, Kewajiban patik zaman berzaman. Biarlah aku menjadi hamba abdinya Ku sembah dia kurukuk kusujud patuh kerana dia bagiku tuhan Kerana dia maha agung, kerana dia paling ulung Kurafak sembah sultanku kerana dia dewata raya, Kerana dia segala–gala, Kerana dia yang empunya, kerana dia mempunya, dan aku cuma miliknya Ku gantungkan gambarnya yang agung di atas pintu, ku tunduk setiap kali melintasi pintu, Sekarang kudengar ada gerakan mahu menentang sultanku, Menentang sultanku, bererti menentang tuhanku, Menentang sultanku, bererti menentang agamaku Ewah – ewah, Pantang anak Melayu menderhaka Langkah mayatku dahulu Kan kurodok mereka dengan keris Melayuku,
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Hidup Melayu! 9hb September
26
PONTENG Sidang parlimen pun tak boleh datang, Ada hati nak kerat tangan orang. Piirah mabuk. 7hb April Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
MALAUN Ahli-ahli politik malaun, Segala benda mereka kan seteru, Hanya bab kenaikan elaun, Semua mereka kan bersatu. 10hb April
28
RAJA Didekam dalam tahanan, dipenjara dari suara, dipisah dengan keluarga, dipagar oleh besi, diikat tangan dan kaki, dipasang rantai juga gari, dipasung undangundang, ditumbuk tulang rusuk, dipatahkan jari-jemari, dijerkah dan diludah.. Ouh, Tuhan, bilakah Raja-raja zalim akan dibakar api neraka Mu? 24hb September
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
KAU Tak tahu berapa lama sudah aku tersadai Dekat sini segalanya sudah tak sama Macam kita dulu-dulu Lain, segalanya sudah lain Semenjak hari-hari pertama Air mata bergenang basah Ketika kau minta pisah Tak tahu kau di mana sekarang, sayang Tak tahu ada lagi hati atau tak Cuma minta pada Dia, Kau selamat sahaja hendaknya Di penjuru mana pun, Walau apapun Ampunkan aku. 13hb Oktober, 2014
30
TERJAGA Terjaga di awal pagi Terasa begitu kosong Hilang segala sombong Nampak segala lompong Manusia itu meraba-raba mencari Makna kewujudan diri Sangatlah malang sekali Dilahirkan cuma untuk materi Hanya untuk mengumpulkan makanan (memenuhkan makanan di mulut) Dan berperang demi berebutkan pasangan (peperangan air mani) Apakah bezanya dengan haiwani Bahkan mereka lebih ria Seolah esok tiada apa Kenapa dia tidak begitu? Bukankah katanya dia juga dari mereka? Bukankah katanya dia juga dari hutan sana? Kenapa dia tidak begitu? Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Setiap hari memikirkan Ketakutan akan hari kemudian Akan pekerjaan hari ini Sedihnya Pedihnya Sakitnya hati Matahari akan terbit sekejap lagi Gelap malam akan pergi, Manusia tidak selamanya gembira Dan akhirnya Kita akan mati. Allah! 1hb Jun, 2014
32
UMAT PRAHARA Kerana yang khawwas tak kenal diri. Kerana yang khawwas tak kawal diri. Kerana yang khawwas tak puaspuas. Kerana yang khawwas tak pernah puas. Kerana yang khawwas menyangka awwam. Rosaklah umat, bila rosaknya ulama’. 20hb Mei, 2014
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Pada setiap yang tak termampu manusia melakukan, Berdoalah, sehabis-habis ikhtiar
La haula wala quwwata illa billah
Tiadalah kekuatan melainkan kekuatan Allah Dan seperti kata Rumi, dipetik Muthahhari, 'seluruh atom bumi dan langit, adalah perajurit-perajurit yang Haq, di saat-saat kritikal'.
34
SEMALAM DAN REVOLUSI Hari ini ditiup heningnya Hujan di waktu bening pagi Mengingatkan kami pada Semalam dan revolusi Ketika kami berlari-lari Berpegang tangan kekasih Dipancut air asid pemerintah Ketika kami ditempur ganas Oleh algojo murahan Ketika negara disapu bersih Oleh kapitalis-kapitalis bangsat tak betah kami diam sahaja tak betah kami melihat saja atau cuma berdoa biarlah esok ketika Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
semalam dan revolusi melabuhkan tirai menjadi sejarah menjadi saksi atas duri dan api yang kami lintasi selama ini. 24hb Februari, 2013 (tribute inspirasi puisi dari duri dan api SN Usman Awang )
36
DAN MERAH ITU TERBANG Dan merah itu terbang Hinggap kepada kau Waktu kau terlalu hitam Tenggelam dalam perkabungan Merindui mereka-mereka yang telah mati Meninggalkan kau keseorangan Di waktu malam hari kau memerlukan Hai jiwa-jiwa yang kesedihan Dengarkan teriakan mereka-mereka yang syahid Terkorban menjadi syuhada' di medan perang Gugur tersungkur, melawan akur Ayuhlah wahai kawan Hidup ini bukan tanpa tujuan Siapkanlah kuda-kudamu Yang telah ditambat semenjak sekian lama Waktu rehatmu telah pun usai Kini masa untuk benar-benar hidup! 22hb April, 2014 Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
DI SINI TIDAK ADA CARTE BLANCHE Di sini tidak ada carte blanche, Semuanya kena mengikut, Semuanya kena pak turut, Hanya angguk, Hanya yes, Hanya geleng, Jika disuruh geleng, Hanya no, Bila disuruh no, Tidak ada kebebasan fikrah di sini, Di sini tidak ada carte blanche. Pemenjaraan pemikiran berlaku di sini, Di tempat ini, Di bumi ini, Di negeri ini, Di tanah ini, Di sini tidak ada carte blanche. Akal mereka mati di sini Dilumpuhkan secara senyap 38
Hanya Tuhan yang Akbar tahu Betapa besarnya dosa jijik mereka! Semua didoktrin menjadi robot, Mesin atau terminator Untuk suatu Yang kononnya, Masa depan, Tiada apa yang boleh dilanggar, Tiada apa yang boleh didobrak, Di sini tidak ada carte blanche. Otak kami hanya membuntut sahaja Mengekori punggung yang terletak Sama paras dengan kemaluan binatang Hanya dibenarkan bernafsu kelamin Bercakap tentang perut Bercakap tentang makan apa Nak makan apa Nak makan di mana Apa?? Nak makan siapa? Di sini tidak ada carte blanche. Apa itu carte blanche?
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Kebebasan melaksanakan sesuatu, Mengikut kebijaksanaan sendiri.
(2011, Taiping)
40
MAKAR Melintasi hari-hari kesedihan Di mana ayah telah terbunuh Dan emak menjadi tunggal ditinggal Di atas perkuburan ayah Mereka telah berhenti meratap Dan mula melakar makar keji Dan di atas robohan madrasah ayah Yang telah menjadi sarang burung beranak Anak-anak kecil telah bersumpah Tak akan kami biarkan pengkhianatan ini!
(Memali, hujung 2012)
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
CARI Jika Tuhan mencari kami, Seperti Sulaiman mencari Hudhud-nya Kami tinggal di kawasan orang miskin Di mana ada orang miskin di situ ada kami Dan kami selalu sahaja merungut akan si kaya Sampai kapan orang miskin akan tetap miskin? 8hb Julai 2013, Kuala Lumpur
42
CARI II Kami mencari Tuhan Dan kami berjumpa Tuhan di tengah-tengah jalan Tidak mungkin Tuhan itu berada di "Rumah Tuhan" Dan orang miskin tetap tinggal dalam kemiskinan Dan orang di jalanan tetap terbiar dibiarkan. 8hb Julai, 2013
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
TERUS Terus-teruslah jadi manusia baik, hai saudara, Sejahat mana pun engkau Jangan berputus asa, Menjadi manusia baik, Kelak, Segala dosa-dosa engkau Akan ditelan masa, Akan dilupa manusia. Dan siapa antara kita, yang tak pernah berdosa? 24hb Jun
44
PERINGATAN KEPADA PENGUASA! Peringatan kepada penguasa! Hari ini, kami datang ke sini, untuk bertemu kamu, penguasa! Bukan untuk tunduk, bukan pula untuk rukuk, Bukan untuk mengadu, bukan pula untuk merayu, Tetapi untuk bertemu buku dengan ruas Kerana Tuhan pun sudah bosan Melihat kami masih merayu pada penguasa buas bertelinga kayu. Hai penguasa Bila hak kami dirampas Apabila ranjang kami bergoyang Dihinggut jentolak raksasa yang kamu hantar pagi tadi Untuk memusnahkan dan menghancurkan tanah dan masa depan kami, Pintu rumah kami dikopak, atapnya kau koyakkoyakkan, Kepala kami kau pijak - pijak, Tanah yang kami gembur telah kau gempur sampai hancur Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Kebun tanaman dan reban berisi ayam itik sudah lembik kau kerjakan Sampai anak-anak kami telanjang tidak berbaju Kerana rumahnya dibakar, dan asapnya masih menjilat pantat langit Sedang mahkamah belum selesai menghakimi.., Hai penguasa, Bila kami sudah tidak percayakan undang - undang, Bila undang - undang sudah tidak lagi berguna, Bila ahli politik sudah tidak berani membela orang miskin, Cuma berebut kerusi dan melempar kerusi, Bila Hakim cuma duduk di kandang, Bila polis cuma menyaksikan Hai penguasa!! Bila kami sudah tidak percayakan undang - undang, Apakah yang akan berlaku??? 23hb Jun
46
DATANG DARI MANA? Bukan kau sahaja, Bukan aku juga, Bukan tentang percayakan Tuhan Atau tentang keimanan yang dikatakan ketahyulan Tetapi semua ini datangnya dari mana Kami tertanya-tanya, Kau tertanya-tanya Aku tertanya-tanya Kita tertanya-tanya Sedih ini datang dari mana? Kecewa ini datang dari mana? Cemburu ini datang dari mana? Rindu ini datang dari mana? Tabah ini datang dari mana? Sabar ini datang dari mana? Jumaat, 13hb Jun 2014
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
‘SOMA DEWI’ (untuk Kelana Putra) Aku tak tahu, sampai bila kau sanggup menunggu Jasad dan ruhku terkurung di sini, terpenjara di bumi ini, Dipaku dengan segala dogma, dan ditahan tanpa bicara Mereka tidak mahu mendengarkan, apa-apa sahaja Alasan aku kemukakan, Mungkin, jika tidak di sini, dan akhirat itu wujud Bererti Tuhan juga wujud, Mungkin cinta kita ada makna di sana, Mungkin sana tempat kita menuai hasil derita di dunia Ampunkan aku wahai abang (untuk Soma Dewi) O Soma Dewi Setiap matahari terbit di pagi hari Dan tenggelamnya suria Mengingatkan aku kepada lemah lembut Kebaikan dan kasih sayangmu Seperti setahun lamanya aku berasa Cinta ini terlalu racun, terlalu bisa Aku hampir mati kerana menghirupnya 48
Aku tak tahu apakah penghujungnya Apakah kita akan mati dan tidak ketemu lagi? Maka aku merayu setiap senja, setiap bening pagi Pada Tuhannya langit dan bumi Melutut, menangis, meminta maaf Meminta ampun, mengaku segala dosa dan khilaf Terimalah taubat hamba Kalaulah kamu adalah taruhan, untuk mempercayai iman, Dengan disimpannya kamu, untuk suatu hari yang aku belum tahu Mungkin kerana dikaulah, Aku menjadi majnun di dalam iman, menjadi pencinta yang gila Yang mabuk dan larut dalam perkiraan orang modern Dianggap karut Biarlah, Kerna cinta ini mendorong aku kuat, tabah dan sabar, Menjadi seorang yang soleh dan mahu berbakti Biarlah, Manisnya iman yang kureguk ini, kerana mencintaimu, Bererti mencintai Tuhan, mencintaimu, bererti Mencintai keadilan, mencintaimu, bererti mencintai kebajikan, kecintaan, bererti kepedulian Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Biarlah Tuhan yang akan temukan kita, Dan Tuhanku, yang aku percaya, Tidak pernah sia - siakan, doa orang teraniaya (telah lama ampunkan kamu, sayang) Ahad, 8hb Jun 2014
50
HILANG Hilang Hilanglah dia hilang selamanya Hilang tidak berbayang, Hilang tak pulang–pulang Tiada lagi sayang Tiada lagi abang Tiada lagi riang dan girang Hanya yang tinggal cumalah bimbang Seperti layang–layang putus benang Jerit, laung dan raung, Tiada bersambung Dalam gelap malam yang kelam Hitam yang pekat Tenggelam sedalam–dalam Setelah lama berhempas Kali ini dihempas, terhempas Menjadi hampas selepas dipulas–pulas Tuhan, Adakah ini karma kerana kami menentangMu?
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
DAN KAU BUKAN TUHAN Dan kau bukan Tuhan Kerana kau juga lahir dari air pancut yang sama Dari sperma yang sama Dari kemaluan yang sama Dari kemahuan yang sama Maka apa tingginya kau berbanding aku? Maka apa mulyanya kau berbanding aku? Maka apa maksumnya kau berbanding aku? Kau bukan siapa pun untuk diminta ampun Kau bukan zillullah untuk dirafak sembah Untuk diarak nama dalam setiap jumaat penjilat Bukan Nabi saw pun Untuk diangkat nama Untuk dipuji dan dipuja Setiap masa 52
Untuk diagung-agungkan Setiap kali perhimpunan Atau perbarisan Kerana kau bukan Tuhan Lebih banyak kelemahan Dari kelebihan Lebih banyak kecacatan Lebih banyak ketempangan Lebih banyak kekurangan Dari kesempurnaan Dan kau barangkali cuma Tuan Cuma agong Cuma sultan Tapi kau tetap bukan Tuhan. 22hb Oktober, 2012
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
SANGKAR BESI Dari luar dan dalam Sangkar besi mereka berdoa, berharap mustajab Bila hujan merenyai pun tiba, mereka berkhemah memasang angan Tuhan terima Moga Tuhan mengkarma Bak titis hujan yang jatuh menimpa atap Dan dinding keras penjara besi Mereka memulakan bacaan Yaasin, Beramai-ramai mulai bergema Berharap saudara Omar yang ditangkap terbebas Dari dakwaan tiada berasas Dan moga DBKL, musnah selepas terbit sang suria. 22hb Disember, 2012 54
UNIVERSITY IS DEAD Untuk menjadi bodoh, kau perlu masuk universiti, Untuk zakar kau disunat sekali lagi, Dan tetek kau dipicit, Telur kau dikasi, Diskusi sudah mati, Aparat keparat mematai, mengekori, Yang hanya dibenarkan, adalah beromen Dan memantat-mantat, Untuk menjadi sampah, Kau perlu masuk universiti, Kerana universiti adalah bakul sampah, Lalat-lalat, kuman-kuman, penyakit-penyakit, Semuanya datang dari dalam universiti, Yang merosakkan masyarakat adalah kamu kaum universiti, yang melakukan jenayah akademi, Akan sampai masanya, Rakyat akan bangkit melawan universiti! 30hb November
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
KITA Kita beri mereka makan, Kita beri mereka undi, Kita beri mereka kuasa, Kita beri mereka harta, Kita beri mereka kereta, Kita beri mereka wanita, Kita beri mereka segala yang kita ada, Tapi mengapa mereka masih ponteng parlimen? 7hb April
56
FALSAFAH TEPI JALAN Jangan pandang orang tepi jalan, sebelah mata, Nanti kau terdiam kena tiaw, tak terkata-kata.
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
SUMPAH AYAH KULOP Kami tetap akan sembah pemerintah kami, Walau apa berlaku sekalipun. Cukailah kami sebanyak mana pun, Nescaya kami akan sembah kau, sampai ke liang lahad. Mampuslah kamu, kaum pembangkang, Kami tak akan dengar cakap kau, walau mati hidup Kembali. 3hb April 58
KEHIDUPAN Kadang-kadang, Kau perlukan masa bersendirian, Mencari makna-makna kehidupan, Kehidupan ini terlalu meletihkan, Jika hanya berkisarkan, Teduhan, seks dan makanan, Kalam para sufi sentiasa mengejutkan, Kerana kehidupanmu Sangat sementara, Syurgamu belum pasti bila Sedangkan nasibmu, entah .., Kau akan mati, Sementara revolusi belum pasti, Kau terlalu mencari kepastian, Sedangkan kepastian itu dihadapanmu, Kau terlalu angkuh dan takut mengaku, Kerana pengakuan, bererti ketewasan. Duhai kawan, Malanglah jika kau tak pernah memikirkan. 15hb Mac
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
ZILLULLAHU FIL ARDH Dia sultan paling jalang Zillullahu fil ard paling jalang Dia sultan paling pailang Bini orang bini dia Isteri orang isteri dia Tunang orang tunang dia Harta Negara harta dia Poket rakyat poket dia Tanah orang tanah dia Semua kerja dia tak payah Semua susah dia senang Siapa lawan dia pancung Kerana dia agong kerana dia paling agong. 22hb Februari
60
BERHALA Tiada lagi doa untukmu, berhala Jumaat ini aku sudah berhenti berdoa Memuji dan memuja Agar berhala hidup aman sentosa. Ini bukan lagi siri jumaat yang lalu Ini jumaat terbaru Bakal jadi jumaat musim baru Sudah sampai masa kita melakukan sesuatu Demi mimpikan negara baru Tangan mengadah ke langit Dikalih ke bawah Tiada lagi rafak dan sembah Hanya berdoa segera musnah Dan mahkotamu jatuh lalu pecah Tiada lagi doa untukmu berhala Kan tiba masa seperti Ibrahim jua Datang mengkapak leher-leher berhala Laksana Muhammad Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Ketika membuka kota Mekah Ketika membersih rumah Allah Tunggulah giliranmu Wahai berhala Bila tiada lagi doa untukmu. 27hb Disember, 2013
62
JENTIK DAN GOBLOK Mereka menjentik, kita dijentik, ah Dikurung disangka burung Diberi makan nampak budiman Dihukum seksa anggap biasa Ini penjara bukan? Betapa goblok jadi manusia di planet ini Kebinatangan itu kemanusiaan Kemanusiaan itu apa? Sudah hilang rasa, simpati sudah mati, belas tidak membekas, Hati sudah beku, semua tiada pilu, kita kaku membatu, kekal tidak membantu Isteri jadi balu, suami ditinggal syahdu Anak lahir piatu, rindu cuma dalam kalbu. Kau perasan kau paling baik [pemikiran paling jijik] Negara lain lebih buruk, lebih teruk Solidariti tinggi sampai jauh Palestina Negeri sendiri dialpa pula Bila semua jadi goblok Cuma mahu jaga tembolok Maka terus menjentiklah sang penjentik
(Bukit Aman, 2012) Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
PERCAYA Kau tak percaya Tuhan, Tapi kau maseh tak malu untuk tinggal di planet ajaib ini? Planet yang tergantung ibarat guli yang terapung Atas melekat di dinding alam pun tidak Bawah tersadai di galaksi pekat pun bukan Kau maseh tak malu? Oh, kau mahu percaya pula. Oh, kau percaya Tuhan itu ada Tetapi Tuhan itu tak tahu segala rinci dan segala-gala Cuma tahu hal-hal permukaan Umum tanpa menyeluruh Kulli tanpa juz'i. Tapi kau percaya pula yang Ciptaan Tuhan bernama manusia Boleh tahu segala-galanya Boleh mengerti itu dan ini Boleh lebih tahu dari Tuhan! Dan ciptaan-ciptaan Tuhan yang lain Seperti alam 64
Mampu menjalar ke ruang yang kompleks Lebih halus dari kuman Dan manusia nampak Sementara Tuhan tidak!
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
YASQUT Sebelum, revolusi dilangsungkan Telah lama berlangsung Seksa Derita rindu Dendam Yang menghasilkan Pati-pati Doa mujarab Yang begitu pahit Dan payau rasanya Untuk ditelan Dan dikunyah Tapi hasilnya Punya kesan Yang begitu mengujakan. Jalan-jalan di Iskandariah Dan Ismailiyah Juga Kaherah Yang telah lama sunyi, Lesu Letih dan bisu 66
Dari sorak Dan Sorai manusia Mulai diamuk Suara tanpa senjata Pistol tanpa peluru Manusia-manusia yang bosan Dan hampa Dengan Janji-janji manis. Revolusi protes Yang lebih tebal Dari kulit Mubarak Dan kereta-kereta kebal Di tanah Tahrer Adalah Berkat Azimat-azimat Mantera-mantera Yang dibaca Qardhawi Waktu didekamkan Bertahun-tahun Lamanya di perangkap besi.
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Keluarnya Para penganggur Di jalanan Sambil menyanyikan Lagu Yasqut-yasqut Mubarak Sebenarnya Bebuahan Yang ditanam oleh jasad Albanna yang agung Dan disirami Dedarahan Qutb yang mulia. Apa, Yang Menyebabkan Para imigran pelajar Tersesak-sesak Menunggu-nunggu Dijemput pulang oleh kapal terbang Setiap Negara masing-masing Adalah Hasil 68
Nangis rintih Orang-orang Ikhwan Dan HAMAS Yang terjerut Di pintu Sempadan Pada waktu-waktu malam GAZA yang sedang menangis. Keluarlah Mubarak Moga Allah Melaknati engkau Di mana sahaja engkau berada. 6hb Februari, 2011
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
BERHARAP MALAIKAT SINGGAH Pada mata para agnostik atheis Para malaikat tidak pernah singgah Di hari-hari peperangan Antara Seluruh angkatan bala tentera perang Belahan dunia timur Dan barat. Anak-anak kecil tanpa dosa Juga tiada pahala Yang mungkin jauh lebih suci dari para malaikat Turut dikambus tanah hidup-hidup Tanpa sempat menjerit Meraung Melihat Ayahanda, ibunda, kekanda Dan nenendanya Menjadi mayat sebelum berperang. Kebanjiran Secara besaran-besaran skala tsunami Acheh Dan gempa bumi puting beliung sakti 70
Memusnahkan dunia glokal kampung mustadhafin Pakistan, India, Indonesia Apakah itu semua? Dan, Betapa sakitnya jiwa hati ini Ditimpa petaka Bertala-tala dan Talu demi talu Seperti hati yang dihiris-hiris Dicengcang-cengcang Untuk dijadikan makanan si kaum kaya Apabila melihatkan kaum para pemodal Bermaharajalela Membentuk struktur dunia, Mengikut apa sahaja yang mereka suka!
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
BERBARIS Mereka berbaris Dalam satu barisan panjang Beratur penuh teratur Menyembah Memohon ampun Kepada dia (bukan dengan D capital) Yang sama sahaja dengan mereka Yang dicipta dari titis air mani yang sama Yang cuma dipakaikan mahkota Oleh mereka sendiri. Ampun tuanku Patik beribu-ribu ampun Sembah patik harap diampun Patik pacal yang hina 72
Ingin menghadap Duli paduka Tuanku yang maha mulia. 30hb Oktober, 2011
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
DARAH YANG TUMPAH Darah yang tumpah Pada tangan yang terputus Dari sebelah tangan Merasa bersalah Akibat melanggar perintah Atau pemerintah? Pada sebelah tangan yang satu Lagi juga terpisah Dengan darah yang mencurah-curah Dipancung algojo tanpa riak bersalah. Dia (Mahu menjerit-jerit, mahu berteriak-teriak, mahu meraung-raung tetapi memilih..,) Pasrah Dan berserah. Pemerintah yang sama Hadir di pesta yang sama Sebenarnya juga sama. Sama-sama mencuri Tetapi beza Antara dua darjat Langit dan bumi. Pemerintah yang mencuri 74
Hanya digari, disivil Dan dilepas dengan ikat dan jamin. Pesalah dari kasta bawah Dihudud Dengan katanya undang dari Allah, Benarkah? Undang-undang dari Allah Hanya dipakukan kepada rakyat bawah? Rakyat dari kasta bawah itu Kehilangan kedua belah penumbuknya Untuk selama-lamanya Kerana terpaksa mencuri Kerana pemerintah Terlebih dulu mencuri. 12hb Oktober, 2011
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
360, 000 Bukan, Bukan 360, 000 pengundi hantu bukan Bukan 360, 000 saman Bukan Bukan 360, 000 lesen Bukan Bukan 360, 000 permit bukan Bukan 360, 000 tol bukan Bukan 360, 000 Ringgit Malaysia Bukan Bukan 360, 000 bayi luar nikah bukan Bukan 360, 000 cincin bukan Bukan 360, 000 permata bukan 76
Bukan 360, 000 rasuah bukan Bukan 360, 000 ekor lembu bukan Bukan 360, 000 penganggur Bukan Bukan 360, 000 demonstran bukan Bukan 360, 000 revolusioner bukan Bukan 360, 000 ekar tanah tapi 360, 000 hektar tanah mahu dijual perompak. 22hb Disember, 2011
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
JIKA Jika benar, Benda hidup sama dengan benda mati, Mengapa yang hidup takut pada mati? Jika benar, Kita "from nothing", Mengapa kita takut, menjadi "nothing"? Dan, Para Sufi menari menyambut kematian, Kerana dapat berjumpa Tuhan mereka, Sementara yang lain ketakutan, Kerana kesalahan yang mereka lakukan. 7hb April
78
SUFI Jatuh hati pada sufi, Tenggelam dalam fana', Lautan tak terjangkau, Dunia adalah kemilau, Rasa bersalah bila tersilau, Leburkan diri, aku, Ceburkan pada mujahadah, Jihad paling akbar, Jihad menentang diri sendiri, Berperang melawan segala kemunafikan, Dan Tuhan jadi saksi, Mata air ini tak pernah berhenti, Mengharap kasihNya abadi. 5hb April
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
PERANG KELAS Makanan orang miskin, kena cukai, Makanan orang kaya, tak kena cukai, Ini perang kelas namanya, Atau orang miskin, dan orang kaya, Cukainya sama, katanya equality, Ini perang kelas namanya, Polis jadi benteng orang kaya, Tangkap orang-orang miskin yang protes, Ini perang kelas namanya, Rumah orang miskin kena roboh, Rumah yang ada makin mahal, Hanya orang kaya boleh tinggal, Ini perang kelas namanya, Mahkamah bicarakan demonstran, Nak keluar, beribu ringgit kena bayar, Ini perang kelas namanya! Wahai kaum miskin, sedarlah!! 25hb Mac
80
MEREKA Mereka yang Tidak Akan... Ulama' seperti Haron Jin, tak akan kena Hudud, dia tak akan mencuri kerana dia sudah kaya raya Sultan tak akan mencuri, kerana pintu istana mereka sudah diperbuat daripada emas, yang diambil daripada duit rakyat VIP elite, yang berzina, tak akan direjam dengan batu, kerana pintu hotel mereka, tak mampu diketuk oleh Jabatan Agama, yang akan kena Hudud, dikerat tangan, disula, disalib, direjam, dipancung sampai mati, adalah orang seperti kau, aku, kita. 20hb Mac
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
BANGSAT Kata seorang kawanku, Untuk menjadi bangsat, Kau kena menjadi polis, Tetapi untuk menjadi lebih bangsat, Kau kena menjadi ketua polis Negara. Aku cuma terdiam memikirkan. 28 Mac 82
KALAU Kalau; Puluhan ribu yang berkumpul di Rusila, Membayar seorang seringgit, Kepada keluarga OKZ13, Nescaya ringanlah beban mereka. Kalau; Puluhan ribu yang berkumpul di Rusila, Merempuh Pejabat Kastam, Yang akan mencukai kita 6%, Nescaya GST mungkin akan ditangguh. Akhir zaman, Nabi saw bersabda, Umatku ramai, tetapi seperti buih. 23hb Mac
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
PENDIRIAN Hidup mengikut arus, Kau cuma membuang masa, Matimu tak berguna, Tak ditangisi sesiapa, Kerana terlalu takut berbeza, Kau tak akan pergi ke mana, Masyarakat tak akan berubah, Bila kau tak berani mempersoal. Lawanlah, dan tetaplah berpendirian. 17hb Mac
84
TANGKAP Aku boleh tangkap siapa saja. Siapa lawan aku tangkap. Siapa demo aku tangkap. Siapa tweet aku tangkap. Kau boleh buat apa, rakyat?
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
MELANCAP Melancaplah kawan! Apa kau perlu takutkan? Dosanya cuma dengan kau dan Tuhan, Kerana kewangan kau yang membataskan, Nafsu pelir kau yang menjelir jelik Ianya tak tertahan - tahan, Dari kau menderita kesakitan, Lakukanlah dosa kau sendirian, Jangan menjual ayat-ayat Tuhan, Demi nafsu batin alat kelamin, Kau menjaja nama utusan, nama Tuhan, Dalam masyarakat yang sesak dengan nifak, Berpura alim, padahal maling, Perangilah segala syaitan berjanggut itu, Tariklah kain pelekat mereka sampai terlondeh, Rejamlah mereka dengan kata-kata, Biar mereka terlungkup malu, Merah muka mereka seperti dipalu Dan mereka akan terdiam bisu.
86
Jika lebih baik, Bermujahadahlah kawan, Dan Tuhan sebaik-baik teman.
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
KADANG Kadang, Tuhan tak menjawabmu terus, kawan, Tapi Dia mengasuhmu, Dari sehari, ke sehari Melalui mimpi, Dan pengalaman sehari-hari. Berdoalah kawan, Jangan putus asa dengan Tuhan. 11hb Mac 88
BULLSHIT Kau tak akan masuk neraka sebab tudung. Dan kau tak akan masuk syurga sebab tudung. Berhenti jadi bullshit lah kawan, Agama dan Tuhan, bukan sekadar tudung, Ianya berkisah tentang bagaimana hubungan kau sesama manusia, Tentang orang miskin, tentang sekolah–sekolah yang dhaif, Khalayak marginal yang tiada siapa peduli, Tentang masyarakat kilang yang para mufti tak pernah bincangkan Mereka sudah tinggal dalam neraka, dan kau mahu ajar mereka tentang neraka? ((Kau yang patut masuk neraka dulu, sebelum mereka, kerana kau tak pernah merasa sengsaranya neraka dunia, dan kau selalu berkhayal tentang vagina bidadari)) Kenapa kemiskinan tidak menjadi tajuk penting yang diajar, di madrasah? Dikuliahkan di universiti, diceramahkan di mana– mana; Bagaimana melawan kemiskinan? Jangan bullshit, bahawa kemiskinan itu takdir, Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
kemiskinan itu tak penting, Sedangkan ustaz kau makin kaya, dan berebut–rebut sampul di masjid, Kerana kemiskinanlah, bapak itu mencuri di pasaraya, Kerana kemiskinanlah, mereka menjadi gelandangan di kota raya, Kerana kemiskinanlah, mereka menjadi pemuas nafsu kaum lelaki Dan kau pasti masuk neraka, bila tak peduli pada orang miskin. Pasti. 27hb Februari
90
SAHABAT Untuk sahabat dunia akhirat, Yang telah tumpangkan aku selama berbulan-bulan lama, Yang sudi berkongsi bumbung, Membiarkan aku berteduh tanpa sewa, Sampai aku boleh berdiri Menapak, dan berlari, Kau buat aku percaya, Bahawa matahari masih ada, Dan hujan bukan selamanya Aku akan ingat kawanku, Seorang buruh. 28hb Disember, 2014
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
ULAMA’ II Kalau kau tak boleh dipersoal, Kalau kau tak boleh dipertikai, Kalau kau tak boleh ditanya, Kalau kau tak boleh diragui, Kalau kau tak boleh ditegur, Jadilah Ulama' PAS. 22hb Februari
92
DURI Seorang raja, baru sahaja mati, Rohnya pergi, meninggalkan negeri Saudi, Berharap yang berbaki, segera mengikuti, Tiadalah yang abadi, Melainkan Pencipta Langit dan Bumi, Kita bukanlah duli, bukanlah tapak kaki, Kita adalah duri, Memberikan mereka, sakit tak terperi. 23hb Januari
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
SURAT Surat kepada diri sendiri, Ke hadapan diriku sendiri, Aku telah mati, Telah kehilangan kata-kata, Telah musnah, Telah tenggelam, Di dasar yang paling dalam, Di malam yang paling hitam, Meraung dalam gaung, Menjerit, perit, pahit, maung, Hanya tinggal aku seorang, Rohku telah hilang Sudah tiada perasaan, Aku sudah tidak rasa apa-apa, Kehidupan ini apa, sebenarnya? Sudah hilang makna Jiwaku sudah hilang rusuh Aman dan nyaman adalah penyakit 94
Adalah sakit Telah hilanglah segala sakti Kesakitan sudah hilang Kesaktian sudah hilang Terdiam, terbisu, Aku sudah hilang di kalangan orang Orang yang lalu lalang Aku menjadi bayang Hanya wujud jika ada orang Jika tiada orang, tiadalah bayang, Kita adalah kewujudan kepada sebaliknya, Jika tiada kejahatan tiadalah kebaikan, Kita memerlukan kejahatan Untuk melihat kebaikan, Kebaikan tidak ada, Jika kejahatan tidak ada, Dan aku tertanya-tanya sendiri, Apalah erti kewujudan ini Aku tenggelam lagi, Sekali lagi, Melepasi segala kuala, Masuk ke pusar pusara Berputar, hanyut, Tenggelam tak timbul-timbul,
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Ke hadapan Tuhan, Aku memohon ampun, beribu ampun Atas kecil kerdilku, Memikirkan kandilMu yang terlalu Melimpah ruah cahaya, Terangnya benderang Sampai bengkak dan buta mataku, Tak nampak-nampak Akhirnya terjatuh, bergeletak, Tak bergerak. 13hb Januari
96
GETIR Di saat yang paling getir, di saat itulah kau akan kenal siapa kawan kau. 12hb November, 2014 Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
IDEA U can arrest me, but u can't arrest my idea, U can jail me, but u can't jail my idea, U can kill me, but u can't kill my idea. Ideologue die, but idea, immortal. 2hb Mac
98
PLEASE Dear God, Please forgive me, Please bless me. 15hb Mac
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
KELUARGA Ahli keluarga yang selalu salahkan kau, Yang selalu mengecewakan kau, Yang tak ada di waktu kau paling seorang, Ketika kau sakit pun mereka tak tahu (Tak mahu tahu?) Tapi di waktu mereka tiada siapa-siapa, Ketika mereka ada masalah, Kaulah yang akan mereka cari. 10hb Februari
100
LELAKI Lelaki, Jangan mati, Patah hati, cuma sekali, Biar, jika dia yang nak pergi, Terus mencari, Kalau gagal, cuba lagi, Usah resah hari - hari, Hidup ni sangat rugi, Kalau jatuh, dan kau berhenti. Selagi dunia belum tamat, Segalanya belum terlambat. 4hb Februari
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
MATA-MATA Hari ni kau memata-matai kami, Esok kau mungkin dibunuh oleh kerajaan sendiri. Bercakap benarlah hai saudara, Kerana esok mungkin tiada orang akan bercakap benar untuk kau. 13hb Januari 102
CANGKUK Cangkuk agama sudah putus, Seorang demi seorang mati ditaligantung, Dipotong tangan mereka, satu demi satu, Orang ramai berbondong-bondong, Keluar dari gereja, keluar dari biara, Keluar dari tokong, kuil, Masjid, 'Kami sudah hilang percaya, Tuhan sudah pergi' Begitu mereka merintih, Nabi-nabi palsu atau Dajal muncul satu persatu, Di kocek mereka, adanya syurga, Di murka mereka, adalah neraka, Dengarkan surah mereka, 'Siapa yang menghina kita, Melecehkan kita, meremehkan kita, Hentam, pukul, Pancung, tembak,
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Kerna dia adalah najis, Dan nyawanya adalah halal..,' Kami yang tersisa makin tersudut, Menggigil, Melihat banyaknya darah, Tumpah atas nama agama. 9hb Januari
104
UNTUK BAPAK Bapak, Biarlah, Kalah di mahkamah, Bukanlah bererti telah kalah, Orang yang kalah, Adalah orang yang menyerah Tak punya fikrah, Hanya tunduk dan pasrah, Mendongak hanya kerana berdaulah. Bapak, Biarlah, Bapak mati, Dibunuh pun Diasingkan, ditewaskan, Dipukul, dimalukan, Difitnah, dikafirkan Tetapi Tuhan ada Untuk bapak, Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Pemikiran bapak tetap hidup, Penulis akan mati, Tapi karyanya, kekal abadi Dan untuk seratus tahun lagi, Anak-anak bapak akan lahir Dan menggali kubur bapak. Bapak, tenanglah. 6hb Januari
106
KU Kau sebat duit rakyat, Kau cekau dengan cukai, Kau usir kaum gelandangan, Kau saman pemberi makan, Kau sergah peminta sedekah, Kau kacau peniaga jalanan, ((Kau hidup dengan makan duit haram, bagi anak bini kau makan duit haram)) Kau robohkan rumah opah, Dan kau harap, dosa kau boleh terhapus, Dengan Malam Cinta Rasul? Woi Kunan, (dan DBKL) Kau tengah mimpi apa? 1hb Januari
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
SUFI Kalau kau nak rasa manisnya beragama, Belajarlah dari orang Sufi, Kalau kau nak rasa kasarnya beragama, Belajarlah dari orang Salafi. 11hb Mac
108
PESAN Pesan pada seorang teman; Kalau aku jadi hang, Aku pusing satu Arab, Tak payah rancang - rancang Tak usah cakap lagi Jalan terus Tinggalkan semua Lepaskan semula Lepaskan segala, belenggu, Buang segala yang memasung hang Lepaskan semua Biar Tuhan naik saksi Bahawa hang telah berjalan Dan melihat sendiri, Apa itu sebenarnya, yang dipanggil kehidupan Dan tiada siapa yang boleh kalahkan hang lagi, Selepas dari hari ini.., Allah.. 20hb Disember, 2014
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
QOTD 'Ramai orang yang berjalan, tapi berapa ramai yang menulis perjalanannya?' 19hb Disember, 2014
110
ANTARA FARAJ DAN ORANG MISKIN Menjeritlah orang miskin itu, Seperti orang gila menjerit Bila hari–hari dia melihat Orang–orang miskin semakin ramai Yang miskin semakin miskin Yang kaya semakin kaya Argh... salah siapa kecelakaan ini? Agamawan semakin tambun Perutnya makin besar, membesar setiap hari Kekayaannya semakin bertambah dan bertambah Kehidupannya semakin mewah dari sehari ke sehari Isteri juga ditambah satu demi satu Kata mereka, ini Islam Muawiyah, pendiri Umaiyah. Orang miskin semakin tidak mendapat tempat Dan agamawan–agamawan semakin jahat kulihat Firman–firman Tuhan di tangan Dan sabda–sabda Rasul di kocek mereka Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Dan dunia semakin sempit neraka Dan mereka mendondangkan kepada kita, syurga. Syurga apa aku bertanya? Antara faraj dan orang miskin, Atas dunia aku melihat Ulama’ semakin jahat dalam nikmat Poket mereka semakin penuh Fatwa–fatwa mereka sentiasa lucu Poligami, seks, bidadari sentiasa laju di bibir mereka Kata mereka, ini ganjaran Tuhan kepada mereka Aku keliru, aku buntu Apakah ini agama, apakah ini wahyu? Manakah ia kepedulian terhadap orang susah? Mengapakah tak dijadikan kewajiban yang kau wajib pertahankan mati–matian? Sepertimana kau mempertahankan keharusan menikah dengan ramai perempuan?
112
Apakah agama kamu adalah faraj? Dan bila orang–orang Muslim sangat kritis kepada kamu, Dan mempertanyakan tanggungjawab sosial kamu Maka kami dijatuhkan hukuman kafir mandatori? Antara faraj dan orang miskin Di manakah kamu, hai saudara? (Antithesis, 2014)
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
JALAN Kawan, berjalanlah, Selagi kau hidup, Pasti ada jalan!
114
UTUH Ruh yang utuh, Masakan mampu dibunuh? 11hb Disember, 2014
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
BERAT Dosa memberatkan badan, membuatkan kaki dan tangan yang ringan menjadi berat untuk beramal, terasa berat, tak larat membaca dan menulis, kefahaman tak datang-datang walau beratus kali kau mengulang baca, Walau beratus buku telah kau beli, tapi sebuah pun begitu susah kau habiskan, betapa berat nya kaki untuk melangkah menunaikan pekerjaan-pekerjaan yang baik, Betapa banyak janji-janji yang tak tertunaikan, Betapa banyak kata-kata yang kau dustakan, Solat jadi tak lazat, ibadat jadi tak nikmat, kerana beratnya dosa dipikul bertan-tan tidak kelihatan, kemudian kau hairan, kenapa kau makin hari makin jauh dengan Tuhan. Berat. 19hb Ogos, 2014
116
TUHAN, TOLONG TUNJUK JALAN! Tuhan, Tolong tunjuk jalan Waktu kami kebodohan Waktu kami kebuntuan Waktu kami kebingungan Waktu kami kecelaruan Waktu kami kekusutan Waktu kami kesesatan Waktu kami kekufuran Waktu kami kekhilafan Waktu kami keseorangan Waktu kami kemurungan Waktu kami kesunyian Waktu kami kekalahan Waktu kami keputusan Waktu kami kehabisan Waktu kami kemarahan Waktu kami kelaparan Waktu kami kemiskinan Waktu kami kesakitan Waktu kami kesedihan Waktu kami kematian Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Tuhan, Tunjukkanlah kami jalan..! 15hb Mei, 2014
118
SYAITAN Apakah kau tak pernah kenyang-kenyang, wahai syaitan?? Selepas kampung Chubadak, kau ratakan, Seperti padang jarak, padang tekukur, kau kerjakan, Orang-orang miskin dan pikun tua seperti Nenek Wahidah, akan terpaksa mula membayar sewa, Mahkamah sudah tidak lagi berguna, Hakim adalah patung boneka kaum pemodal, dan Orang-orang politik, adalah orang-orang cacat, Parlimen adalah sarkas orang-orang kaya, Dan sekonyong-konyong datanglah, seorang Kunan, Yang membeli gelarnya, Ingin menghapuskan orang-orang miskin, Dan ingin menghapuskan orang-orang yang bersimpati Kepada orang-orang miskin, Seolah-olah orang-orang kaya belum cukup lagi hotel Untuk berjimak dan memanjakan kemaluan syahwat Mereka yang begitu besar itu,
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Seolah-olah orang-orang kaya belum cukup lagi mall Dan restoran mewah untuk mereka penuhkan perut Mereka yang boroi seperti binatang itu, Aku cuma ingin bertanya, Syaitan jenis apa kamu ini yang tak dapat diikat dan Dirantai, Apakah kamu tak pernah kenyang-kenyang wahai syaitan? 4hb Julai, 2014
120
ORANG KAYA DI ATAS MENARA TINGGI Orang kaya di atas menara tinggi Memandang ke bawah menara Terlihat miskin hina meminta-minta Orang kaya di atas menara tinggi, Memandang penuh benci, Orang-orang miskin mengotorkan bumi Orang kaya di atas menara tinggi Mencium ketiaknya wangi Orang-orang miskin busuk hapak Orang kaya di atas menara tinggi Meludah ke bawah Orang-orang miskin adalah sampah Orang kaya di atas menara tinggi Menyumpah seranah Orang-orang miskin adalah bedebah
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Orang kaya di atas menara tinggi Mahu menyaman, sesiapa yang dermawan Orang-orang miskin ditinggalkan Orang kaya di atas menara tinggi Menjadi menteri Orang-orang miskin akan dihapuskan. 4hb Julai, 2014
122
KAU II Kau sangka kau yang kata, kau yang sabda, kau yang firman, kau yang melakukan, segala kebaikan, kau yang melemparkan, kau yang memanah, Kau tertipu dengan kejadian, kau tertawan dengan segala keelokan yang kau sangka kau yang melakukan, Kau terlalu berangan lebih, untuk berjumpa Tuhan, atau mempertikaikan ketuhanan, kau sangka kau siapa? Kau terlalu hina dan kerdil untuk berjumpa Zatnya yang maha segala agung, Atas duniawi ini pun, pemimpin-pemimpin agung pun tak ingin berjumpa dengan kau yang biadab dan lancang lakunya, masakan Tuhan mahu melayan kau yang siapasiapa? Dan Tuhan, itu tidak datang mengadap kau, wahai hamba, Kerana Dia itu Tuhan, dan kau itu hambaNya, Dia menzahirkan diriNya, dalam kejadian demi Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
kejadian, kiasan demi kiasan, perlambangan demi perlambangan, Kau sangka, kau ciptaan paling mulia pernah Alam ciptakan, mengatasi kesucian para Nabi dan Rasul, kau sangka kau tak pernah berbuat walaupun secubit dosa, dan Tuhan wajib muncul di hadapan mata kau yang bulat dan rabun itu, kerana kau adalah sesuci bayi, Tuhan kena muncul depan mata kau, dengar segala permintaan kau, tunaikan segala permintaan kau, dan jangan cuba-cuba menguji kau, jika tidak kau akan menghempaskan mangkuk doa kau, dan mengugut untuk menjadi tidak bertuhan. Sekali lagi, Kau sangka kau siapa? Makhluk-makhluk adalah manifestasi Khaliq, dan Dia ada di mana-mana, jikalau kau sudi dan sedia memikirkan dan merenungkan. 1hb Ogos, 2014
124
ILAHI Berdoa tak henti - henti Kerana cinta yang tak mati-mati Pencinta sebenar akan hidup abadi Sementara yang palsu akan mati Dan api neraka dunia Adalah syurga bagi setiap Ibrahim Rabbighfirli ya Ilahi 1hb Julai, 2014
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
… Dan kami pun pergi selama-lamanya... Menghilang tanpa jejak... Tiada lagi tinggal... Di bumi yang busuk dan hapak... Dunia ini terlalu sempit untuk kami... Penyelongkar mitos-mitos karut... Penghidu bau-bau bal'am... Dan kami pun mati sekali lagi... Hidup di kehidupan seterusnya... 6hb Februari, 2014
126
‘CULT’ Masing-masing saling membina 'cult' masing-masing Seperti kanak-kanak kecil membina istana pasir Dan mereka kemudian mempertahankan apa-apa yang mereka menciptakan Dan mereka kemudian mempertahankan apa-apa yang mereka menuhankan Dan mereka kemudian menuhankan apa-apa yang mereka menciptakan Hasil-hasil tangan mereka dipuji dan dipuja Mereka bergembira bila hasil-hasil tangan mereka dipuji dan dipuja Mereka bersedih dan marah bila hasil-hasil tangan mereka dikeji dan dicela Begitulah kanak-kanak kecil... 2hb Februari, 2014
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
BANGSA YANG KALAH Minggu lalu, Ketika seorang presiden negeri pengkalan syaitan Datang bertamu di negerimu, (ketika kapal terbangmu belum dipulang) Semua tok-tok lebai berlari-lari menyambutnya Mencium-cium tangannya, Meninggalkan segala larang dan pantang konservatif Bahawa bukan beriman dilarang masuk rumah suci Nazi-nazi berbaju Melayu, Menyorokkan muka, menyorokkan sepanduk Yang fundamentalis dan gilakan rejam sampai mati Malu-malu dalam populist Orang-orang liberal pun keluar dengan mukanya yang berwajah dua Segala sumpah seranah bertukar puji memuji Di hadapan negara kononnya demokrasi Imej antikan bangsa Superman bertukar Dan ada orang-orang yang laparkan Ziarah para penjarah.. 128
Dan dunia kian menuju kehancuran Apabila yang cerdik - cerdik, Sudah pandai menjadi munafik. 28hb April, 2014
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
MISKIN Kalau kau miskin.. Kalau kau seorang yang miskin, Jangan kau biar kau miskin jiwa ragamu Kalau kau seorang yang miskin, Jangan kau biar kau miskin budi pekertimu, Kalau kau seorang yang miskin Jangan kau biar kau miskin belas kasihanmu, Kalau kau seorang yang miskin, Jangan kau biar kau miskin akan maruahmu Kalau kau seorang yang miskin Jangan kau biar kau miskin akan kasih sayang Kalau kau seorang yang miskin, Jangan kau biar kau miskin akan pengetahuan Kalau kau seorang yang miskin, Jangan kau biar kau miskin akan kawan - kawan Kalau kau miskin. (dan ketahuilah, kau adalah seorang yang kaya..) 13hb Mei, 2014 130
TERLALU Kau terlalu takut sangat untuk mempunyai musuh, Kau terlalu sangat berhati-hati, Kau terlalu sangat menjaga hati, Kau mahu hanya dipuji-puji, Kau tak mahu dikeji-keji, Kau tak mahu memaki, Kerana takut dimaki Kau takut menunjukkan siapa sebenarnya diri kau, Kau tenggelam dalam ketakutan yang mendalam, Takut dunia kenal wajah kau sebenarnya Percayalah cakap aku, Kau tak akan ke mana-mana. 17hb Oktober, 2014
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
太过了 你太害怕有敌人, 你也太细心了吧 你太在乎了, 你只是想被夸奖而已 你不想被人鄙视 你不想辱骂, 因为怕被骂, 你害怕暴露自己的真实身份 你沉浸在深深的恐惧之中, 怕全世界都知道你的真面目, 相信我, 你哪儿也去不了。 (Puisi TERLALU diterjemahkan ke dalam tulisan Mandarin oleh Boon Seong Chuah menggunakan Google Translate) 132
TURUNLAH KE BUMI! Duhai malaikat-malaikat Yang berasakan dirinya terlalu suci Terlalu bersih dari kotor dan debu Turunlah ke bumi! Tinggalkanlah seketika langit tempat kau tinggal Tuhan tak perlukan tasbihmu Sesekali, datanglah ke kaki-kaki lima Lihatlah anak-anak yang tak pergi sekolah Berkeliaran mencari apa-apa yang boleh dimakan Dan pakaian-pakaian lebihan Gelandangan busuk yang semakin bergelimpangan Nenek-nenek tua yang menjual makanan ringan Singgahlah ke lorong kupu-kupu malam Teduhkanlah sedikit mereka yang kurang kasih Dengan sayapmu yang lebar dan besar itu Lihatlah kedurjanaan syaitan yang menjadi-jadi Merosakkan Bani Adam yang dungu dan naif Kerana bagi mereka Tuhan sudah tak lagi peduli Kerana malaikatnya sibuk menjadi sami-sami Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
Duhai malaikat-malaikat Yang berasakan dirinya terlalu suci Turunlah ke bumi! 12 Mei, 2014
134
SYAIR Manusia rebah dihadrat Allah Manusia rebah diuji Allah Dihadap percubaan demi percubaan Untuk menguji tahap keimanan Paras imanku rendah Maka diuji tahap cinta manusia biasa Diuji hilang kasih si dia tersayang Rebahlah jiwa hamba dek ujian tak tertahan Barangkali imanmu tinggi Maka tunggulah ujian Sesuai dengan imanmu Dan si dia membalas, Dan seandainya ini syurga, saat ini juga, aku berlari Peluk kamu, kesat air mata kamu, maafkan aku, Sungguh, ini bekas bekas dosa-dosaku. dan seandainya Kamu tahu, aku juga patah hati. seperti mana kamu Patah hati. Amin, amin, ya rabbal 'alamin.. 12hb April, 2014 Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
ALLAH Allah, padamu hamba berserah, Tiada daya hamba ternyata lemah Ampunkan hamba yang begitu pongah Duhai Tuhan Allah, hamba mengaku kalah. April, 2014
136
(Istimewa Dari Rosli Ibrahim) Yang terlarang itu wilayah Tuhan atau Agama? Kalau wilayah terlarang itu Tuhan! Mengapa manusia masih terus tetap bertanya? Tuhan disaksikan atau Tuhan didefinisikan Yang terbatas menemukan Yang tak terbatas! Yang terlarang itu wilayah Tuhan atau Agama? Kalau wilayah terlarang itu Agama! Rahmat meliputi semesta Untuk siapa kalau tidak boleh bertanya? Apa makna tanpa rasa dan rupa? Kalau wilayah terlarang itu Tuhan! Kalau wilayah terlarang itu Agama! Aku cuma betanya bukan untuk sesiapa Aku mungkin kau kira keliru Yang terlarang itu wilayah Tuhan atau Agama? 23/9/2013
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
SEKITAR RAMPASAN BUKU DI TOKO BUKU RAKYAT
138
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
140
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
142
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
144
FOTO-FOTO KETERLIBATAN PENULIS SEPANJANG BERGIAT MEMBACA PUISI DI JALANAN SEBELUM 2016 Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
146
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
148
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)
Benz Ali
150
Koleksi Puisi Masturbasi (Edisi Reformasi)