Koleksi Ucapan Mahathir 1981–1990

A comprehensive collection of public addresses and official speeches by Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad from 1981 to 199...
Author: M
56 downloads 113 Views 6MB Size
M E N T E R I P E N E R A N G A N MALAYSIA KATA-KATA A L U A N

S

yabas diucapkan kepada Jabatan Perkhidmatan Penerangan di atas inisiatif dan dayausahanya menerbitkan buku "Koleksi Ucapan Mahathir" sempena 10 tahun kepimpinan Dato' S e r i Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ia adalah merupakan satu sumbangan yang positif ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat

Sebagai seorang pemimpin dan negarawan tanahair yang matang dan dinamis pemikirannya, Dato' Seri Dr. Mahathir memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa dan berwawasan. Adalah menjadi hasrat beliau untuk membentuk bangsa Malaysia sebagai bangsa yang berjaya dan mempunyai kualiti hidup yang tinggi serta budaya kerja yang cemerlang, melalui pentadbiran yang bertanggungjawab dan berkesan. Dato' Seri Dr. Mahathir, sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh, telah mengilhamkan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dengan masyarakatnya mempunyai nilai-nilai yang mulia serta hidup secara demokratik dan bertolak-ansur, penyayang, progresif, makmur serta dihormati dan mampu bersaing dengan masyarakat antarabangsa. Di arena antarabangsa, kepimpinan dan kewibawaan Dato' Seri Dr. Mahathir begitu terserlah. Beliau dianggap sebagai 'wira' atau 'suara baru' Dunia Ketiga kerana pandangannya dan sikapnya yang tegas serta ucapan-ucapannya yang begitu lantang dan berani di dalam membincangkan isu-isu seperti hak asasi manusia, perdagangan bebas, masalah alam sekitar, demokrasi, dasar Apartheid dan keganasan kaum. Kini, Malaysia berdiri megah di kalangan masyarakat dunia dan diiktiraf sebagai sebuah negara Islam yang maju dengan masyarakat majmuknya hidup di dalam aman dan damai. Oleh itu adalah wajar rakyat segenap lapisan mengambil iktibar daripada segala perjuangan beliau untuk memajukan negara. Melalui buku koleksi ucapan ini, dapatlah kita sama-sama mendekati Dato' Seri Dr. Mahathir dan menghayati ucapan-ucapan beliau yang terkandung di dalamnya berbagai amanat, pandangan dan panduan yang iii

akan membimbing masyarakat Malaysia untuk sama-sama menyumbang kepada pencapaian matlamat-matlamat pembangunan negara.

(DATO' MOHAMED RAHMAT) Menteri Penerangan Malaysia

iv

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN PENERANGAN MALAYSIA KATA-KATA ALUAN

U

saha Jabatan Perkhidmatan Penerangan mengumpul ucapan-ucapan Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sepanjang satu dekad beliau menjadi Perdana Menteri adalah bertujuan untuk mengabadikan segala perjuangan, aspirasi dan Wawasan beliau untuk dijadikan sebagai satu lagi warisan khazanah negara yang akan dapat dinilai dan dihayati sebagai bahan rujukan untuk generasi akan datang.

Penerbitan buku-buku ini juga diharap akan dapat memupuk minat membaca di kalangan semua golongan masyarakat, terutama generasi muda. Cetusan idea yang bernas serta kritikan yang berterus-terang oleh Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di dalam ucapan-ucapan beliau diharap akan dapat menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia untuk bersama-sama berusaha bagi membangunkan negara. Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang menuju kepada status negara maju, memerlukan rakyat yang berfikiran maju, matang serta bermaklumat. Sempena dengan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Y.B. Dato' Mohamed bin Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia serta Y . B . Dato' Fauzi bin. Abd. Rahman, Setiausaha Parlimen, Kementerian Penerangan di atas buah fikiran serta galakan yang telah diberikan bagi menjayakan penerbitan buku-buku koleksi ucapan ini. Saya juga merakamkan sepenuh penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku ini.

(ABAS BIN SALLEH) Ketua Pengarah Perkhidmatan Penerangan Malaysia v

KANDUNGAN

Kata-kata Aluan Menteri Penerangan Malaysia Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Perkhidmatan Penerangan Malaysia Pendahuluan Ucapan-ucapan:

Ucapan Perdana Menteri Y . A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 18hb. Julai, 1981 Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Opening of the International Islamic Youth Camp Morib, Selangor on 10th. August, 1981 Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara perasmian Akademi Laut Malaysia dan Penyampaian Sijil di Tanjong Dahan, Melaka pada 15hb. Ogos, 1981 Ucapan Perdana Menteri Y . A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena perasmian Pembukaan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera pada 16hb. September, 1981 Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Jamuan Makan Malam anjuran Kelab Kebangsaan Wartawanwartawan Malaysia di Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada 12hb. Oktober, 1981 Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam U D A Kuala Lumpur pada 25hb. Oktober, 1981 vii

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur pada 6hb. November, 1981

22

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Persidangan "Perspectives in Prenatal Medicine" di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 13hb. November, 1981

25

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena pembukaan Rasmi Lebuhraya Papar ke Sindumin di Negeri Sabah pada 17hb. November, 1981

28

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis perasmian Muktamar Islam Abad Ke-15 Hijrah, Kuala Lumpur pada 24hb. November, 1981

30

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis perasmian Kursus Agama anjuran Biro Agama U M N O Malaysia di Dewan UMNO, pada 27hb. November, 1981

36

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad merangkap Menteri Pertahanan di upacara Penyampaian Diploma Maktab Tunis Angkatan Tentera pada 3hb. Disember, 1981

42

Ucapan Perdana M e n t e r i Y . A . B . Dato' Seri D r . M a h a t h i r bin Mohamad di majlis perasmian Hari Pelawat Jambori Kebangsaan Pandu Puteri Malaysia di Universiti Pertanian Malaysia pada 12hb. Disember, 1981

45

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, membentangkan Rang Undang-Undang Akta Waktu Standard Malaysia 1981 di Dewan Rakyat pada 21hb. Disember, 1981

47

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam Tahunan PPTD, Kuala Lumpur pada 27hb. Disember, 1981

49

Perutusan Tahun Baru oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 31hb. Disember, 1981

53

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara meletak Batu Asas Bangunan Lembaga Urusan dan Tabung Haji pada 15hb. Januari, 1982

57

viii

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara pembukaan Rasmi Bandar Baru Cheras pada lhb. Februari, 1982

63

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam anjuran Majlis Peguam Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur pada 12hb. Februari, 1982

64

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Jamuan Negeri sempena Lawatan ke Negeri Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 22hb. Februari, 1982

68

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam Ulangtahun Ke-44 Fei San Malaysia, Kuala Lumpur pada l0hb. Mac , 1982

71

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis penyampaian Hadiah Peraduan Mengarang Berunsur Islam sempena Perayaan Abad Ke-15 Hijrah di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 12hb. Mac, 1982

76

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad semasa membentangkan Rang Undang-Undang Badan Pencegah Rasuah di Dewan Rakyat pada 19hb. Mac, 1982

80

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis perasmian Kursus Kadi, Imam dan Pegawai Agama di Selangor Darul Ehsan pada 28hb. M a c , 1982

82

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis perasmian Pameran "Malaysia Kesayanganku" di Muzium Negara pada 31hb. Mac, 1982

85

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio Malaysia pada 20hb. April, 1982

88

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara perasmian Kursus Kefahaman Islam Peringkat Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 3hb. Mei, 1982

91

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis perasmian Memorial Tun Abdul Razak di Seri Taman, Kuala Lumpur pada 6hb. Mei, 1982

94

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis perasmian Pameran Sains 1982 dan Pelancaran Tabung Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara pada 6hb. Mei, 1982

97

ix

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perhimpunan Hari Belia Negara di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 15hb. Mei, 1982

101

Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri Y . A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda, Kuala Lumpur pada 2hb. Jun, 1982

106

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan, Perak pada 13hb. Jun, 1982

108

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Penutup Musabaqah Membaca Al-Quran Angkatan Tentera pada 19hb. Jun, 1982

113

Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia, malam Hari Raya 1402 pada 21hb. Julai, 1982

116

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara perasmian Pameran "Malaysia 25 Tahun" di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 23hb. Ogos, 1982

119

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perayaan Hari Wanita Malaysia Ke-20 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 25hb. Ogos, 1982

121

Perutusan Perdana Menteri Y . A . B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena 1 Muharam 1403 melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 17hb. Oktober, 1982

124

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam Persidangan Rotary di Kuala Lumpur pada 20hb. November, 1982

127

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Penyampaian Anugerah Akhbar Malaysia 1981 di Kuala Lumpur pada 28hb. November, 1982

130

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Muzium Sejarah Negeri Melaka di Bangunan Studthuys, Bandar Melaka pada 17hb. Disember, 1982

134

x

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis perasmian Pertemuan Dunia Melayu 1982 di Dewan Besar, Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka pada 18hb. Disember, 1982

137

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), Kuala Lumpur pada 20hb. Disember, 1982

142

Perutusan Tahun Baru 1983 oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 31hb. Disember, 1982

148

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Sambutan Hari Keputeraan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Kuala Lumpur pada 8hb. Februari, 1983

152

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad merangkap Menteri Pertahanan di upacara Perasmian Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat yang Kedua di Kem Terendak, Melaka pada 17hb. Februari, 1983

156

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pelancaran Kempen Anti-Dadah Peringkat Kebangsaan, Kuala Lumpur pada 19hb. Februari, 1983

159

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Launching Ceremony of the "Leadership by Example" Campaign, Kuala Lumpur on 19th. March, 1983

162

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Mercutanda di Persimpangan Lebuhraya Persekutuan dengan Jalan Lapangan Terbang Subang pada 24hb. Mac, 1983

168

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Perbarisan Perdana sempena Hari Polis 1983 di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada 26hb. Mac, 1983

171

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pelancaran Perayaan 35 Tahun G P M S di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada l0hb. April, 1983

173

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Penyampaian Derma kepada 16 Badan Kebajikan dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kuala Lumpur pada 29hb. April, 1983

177

xi

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad as the President of the Malaysian Red Crescent Society at the Official Opening of the Fifth Conference of Red Cross/Red Crescent Leaders of Asean, Kuala Lumpur on 7th. May, 1983

180

Keynote address on Science and National Development by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Official Opening of Forum Sains Kebangsaan, Universiti Pertanian Malaysia on 10th. May, 1983

183

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1983/1403, Kuala Terengganu pada 28hb. M e i , 1983/ 15 Syaaban, 1403

191

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Opening of the International Conference on Islam and Technology, Kuala Lumpur on 2nd. June, 1983

195

Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh Y . A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia, malam Hari Raya 1403 (1983) pada l l h b . Julai, 1983

198

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Pembukaan Konvensyen CUEPACS, Kuala Lumpur pada 28hb. Julai, 1983

201

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad semasa membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1983 di Dewan Rakyat pada lhb. Ogos, 1983

208

Ucapan Perdana Menteri Y . A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Konvensyen Pendidikan Kelapan di Maktab Perguruan Sultan Idris pada lhb. Ogos, 1983

214

Ucapan Perdana Menteri Y . A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Simposium ke Arah Dasar Komunikasi Negara, Kuala Lumpur pada 6hb. Ogos, 1983

219

Perutusan Hari Kebangsaan yang Ke-26 oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 30hb. Ogos, 1983

225

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena dengan Permulaan Rangkaian Kedua Televisyen Malaysia ke Sabah dan Sarawak pada 31hb. Ogos, 1983

228

xii

Address by the Prime Minister Y A . B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Opening Ceremony of the 17th. Malaysia-Singapore Congress of Medicine, Kuala Lumpur on 8th. September, 1983

230

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pelancaran Kempen Kebersihan Seluruh Negara di Padang Letak Kereta Benteng Selera, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur pada 2hb. Oktober, 1983

232

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Muzium Sains Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur pada 4hb. Oktober, 1983

235

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Awal Muharam 1404 melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 6hb. Oktober, 1983

239

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Pertandingan Akhir Kuiz Sains Kebangsaan 1983, Kuala Lumpur pada 8hb. Oktober, 1983

242

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Kesyukuran di Ibu Pejabat Perkim, Kuala Lumpur pada 22hb. Oktober, 1983

245

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di pembukaan Persidangan Undang-Undang Malaysia Ke-7, Kuala Lumpur pada 31hb. Oktober, 1983

249

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pertandingan Syarahan dan Mengarang dalam Bahasa Malaysia bagi Merebut Piala Perpaduan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) seluruh Malaysia di Auditorium Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur pada 17hb. November, 1983

254

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pelancaran Zamalah atau Fellowship Sastera Berita Harian, Kuala Lumpur pada 20hb. November, 1983

257

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Persidangan Dua Tahunan yang Ke-17 Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU), Kuala Lumpur pada 28hb. November, 1983

263

Penerangan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad mengenai Urusan Parlimen di Dewan Rakyat pada 2hb. Disember, 1983

268

xiii

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Perletakan Batu Asas Bangunan Satok, Kuching, Sarawak pada l0hb. Disember, 1983

271

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia, Kuala Lumpur pada 12hb. Disember, 1983

275

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the International Symposium on Technology, Culture and Development, at the University of Malaya, Kuala Lumpur on 12th. December, 1983

280

Perutusan Tahun Baru 1984 oleh Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pada 31hb. Disember, 1983

284

Speech by Prime Minister Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad on the Conferment of Honorary Fellowship at the Annual Dinner and Fellowship Night of the Malaysian Institute of Directors, Kuala Lumpur on 6th. January, 1984

287

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad semasa membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1984 di Dewan Rakyat pada 9hb. Januari, 1984

290

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mengarang dan Melukis Sejarah Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada l l h b . Februari, 1984

298

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Bandar Baru di Ladang Hawthornden, Setapak , Kuala Lumpur pada 26hb. Februari, 1984

301

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1984 di Dewan Rakyat pada 19hb. Mac, 1984

305

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Jamuan Makan Malam sempena Perayaan Jubli Perak Institusi Jurutera Malaysia pada 13hb. April, 1984

309

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena upacara Menandatangani Perjanjian Labuan di Labuan, Sabah pada 16hb. April, 1984

xiv

314

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perpisahan Rasmi oleh Kerajaan bagi Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen pada 23hb. April, 1984

317

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Perhimpunan Hari Belia Negara di Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur pada 15hb. Mei, 1984

319

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pembukaan Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Stadium Kubu, Melaka pada 15hb. M e i , 1984/14 Syaaban 1404

322

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Pembukaan Pameran Tamadun Islam di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 21hb. Mei, 1984

326

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad on the theme 'Leadership by Example' at the Jaycees' AsiaPacific Regional Conference' at Genting Highlands on 25th. May, 1984

330

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam Perpisahan bagi Bekas Ketua Setiausaha Negara Y.Bhg. Tan Sri Hashim bin Aman, Kuala Lumpur pada 14hb. Julai, 1984

333

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Sukarela Kebangsaan, Kuala Lumpur pada 27hb. Julai, 1984

335

Ucapan Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perlantikan District Governor dan Ahli-ahli Kabinet Lions Club, Kuala Lumpur pada 27hb. Julai , 1984

338

Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri Y A B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Majlis Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat di Istana Negara pada 28hb. Ogos, 1984

340

Perutusan Hari Kebangsaan yang Ke-27 oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 30hb. Ogos, 1984

342

xv

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Pelancaran Yayasan Seni di Auditorium Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur pada 8hb. September, 1984

347

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Opening of the 2nd. International Combined Scientific Meeting organised by the Colleges of General Practitioners, Physicians and Surgeons of Malaysia, Kuala Lumpur on 12th. September, 1984

350

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis pembukaan Rasmi Kampus Utama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 22hb. Oktober, 1984

353

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam sempena Perayaan Jubli Perak Persatuan Doktor-doktor Perubatan Malaysia, Kuala Lumpur pada 27hb. Oktober, 1984

358

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara pembukaan Rasmi Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur pada 29hb. Oktober, 1984

361

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Fellowship D i n n e r of the Institute of Management Consultants, Malaysia, Selangor Darul Ehsan on 7th. November, 1984

364

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Penyampaian Hadiah Kewartawanan anjuran Institut Akhbar Malaysia, Selangor Darul Ehsan pada 9hb. November, 1984

367

Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Kelapan pada 15hb. November, 1984

371

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad membentangkan Usul Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat pada 16hb. November, 1984

373

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Pertandingan Syarahan dalam Bahasa Malaysia Peringkat Kebangsaan bagi Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, Kuala Terengganu pada 18hb. November, 1984

375

xvi

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di pembukaan Rasmi Markas Panglima Armada T L D M di Lumut, Perak pada 20hb. November, 1984

377

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam GAPENA, Kuala Lumpur pada 23hb. November, 1984

379

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di pembukaan Simposium Mengenai Penjagaan Kesihatan, Kuala Lumpur pada 6hb. Disember, 1984

382

Speech by the Prime Minister Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Malaysian Institute of Management Dinner on 28th. December, 1984

385

Perutusan Tahun Baru oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 31hb. Disember, 1984

389

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Perayaan 25 Tahun Parlimen Malaysia di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 30hb. Mac, 1985

393

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Perhimpunan Belia Antarabangsa di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 15hb. Mei, 1985

398

Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia, malam Hari Raya Aidilfitri 1405 Hijrah/1985 Masihi pada 18hb. Jun, 1985

401

Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Majlis Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat di Istana Negara pada 27hb. Jun, 1985

404

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam Tahunan anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Petaling Jaya pada 7hb. Ogos, 1985

406

Perutusan Hari Kebangsaan yang ke-28 oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 30hb. Ogos, 1985

411

xvii

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Awal Muharam melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 15hb. September, 1985

414

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis perasmian Pusat Islam Malaysia pada 16hb. September, 1985

417

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Masjid Kementah, Kuala Lumpur pada 20hb. September, 1985

422

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di pembukaan Rasmi Seminar Pengajian Islam Peringkat Kebangsaan sempena Perayaan Jubli Perak Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 21hb. September, 1985

425

Ucapan Perdana M e n t e r i Y . A . B . Dato' Seri D r . M a h a t h i r bin Mohamad di majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Penglibatan Ibubapa Dalam Pencegahan Dadah, Kuala Lumpur pada 26hb. Oktober, 1985

428

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Opening of the 20th. World Management Congress, Kuala Lumpur on 3rd. November, 1985

432

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di jamuan Makan Malam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, Kuala Lumpur pada 9hb. November, 1985

435

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the 8th. Malaysian Law Conference, Kuala Lumpur on 14th. November, 1985

440

Ucapan Perdana Menteri merangkap M e n t e r i Pertahanan Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Penyampaian Diploma Maktab Turus Angkatan Tentera, di Bangunan Parlimen pada 6hb. Disember, 1985

445

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Ekspo Keusahawanan Pelajar '85, Kuala Lumpur pada 7hb. Disember, 1985

448

Perutusan Tahun Baru 1986 oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 31hb. Disember, 1985

453

xviii

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Muzakarah Kesedaran Islam Pegawai-pegawai Kerajaan, Kuala Lumpur pada 4hb. Februari, 1986

457

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam anjuran Kelab Kebangsaan Wartawan-wartawan Malaysia, Kuala Lumpur pada lOhb. Mac, 1986

461

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad semasa Mcnjawab Perkara-perkara yang Dibangkitkan Mengenai Jabatan Perdana Menteri ketika Perbahasan Atas Titah Di-Raja (1986), di Dewan Rakyat pada 19hb. Mac, 1986

466

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Perbarisan Hari Polis di Pusat Latihan Polis, Jalan Gurney, Kuala Lumpur pada 29hb. Mac , 1986

473

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Pembukaan Rasmi Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan, Kuala Lumpur pada 24hb. April, 1986

475

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam Persatuan Doktor-doktor Perubatan Malaysia di Kuala Lumpur pada 25hb. April, 1986

479

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Seminar Biografi Malaysia di Rumah Universiti, Universiti Malaya pada 26hb. April, 1986

482

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Penyampaian Hadiah Bahasa Persatuan Linguistik Malaysia dan Public Bank di Menara Tabung Haji pada 30hb. April, 1986

485

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Penutup Musabaqah Membaca Al-Quran Angkatan Tentera Malaysia 1986 di Padang Kawad, Kementah pada 7hb. Mei, 1986

489

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Penutup Musabaqah Membaca Al-Quran Polis Di-Raja Malaysia di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur pada 17hb. Mei, 1986

491

Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia, malam Hari Raya Aidilfitri 1406 Hijrah/1986 Masihi pada 7hb. Jun, 1986

494

xix

Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri Y . A . B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Majlis Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat di Istana Negara pada 21hb. Jun , 1986

498

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam Pertubuhan Jurukur Malaysia, Kuala Lumpur pada 28hb. Jun, 1986

500

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Konvensyen Bahasa Kebangsaan anjuran Biro Kebudayaan U M N O Malaysia di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 14hb. Julai, 1986

503

Speech by the Prime Minister Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the First ISIS National Conference on National Security at the Institute of Strategic and International Studies, Kuala Lumpur on 15th. July, 1986

507

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Penyampaian Hadiah Kewartawanan anjuran Institut Akhbar Malaysia, Kuala Lumpur pada 20hb. Ogos, 1986

512

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Kebajikan Masyarakat, Kuala Lumpur pada 25hb. Ogos, 1986

516

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Pameran "Bangsa Tegas Negara Teguh" di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 28hb. Ogos, 1986

519

Perutusan Hari Kebangsaan yang Ke-29 oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 30hb. Ogos, 1986

522

Perutusan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Menyambut Maal Hijrah 1407 pada 4hb. September, 1986

526

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Persidangan Perwakilan C U E P A C S yang Ke-17, Kuala Lumpur pada 20hb. Oktober, 1986

528

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perjumpaan dan Makan Malam Polis-Sebaran Am, Kuala Lumpur pada 23hb. November, 1986

533

xx

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Nadwah Wanita Islam Se Malaysia di Kompleks Tabung Haji, Selangor pada 28hb. November, 1986

535

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad merangkap Menteri Dalam Negeri ketika membentangkan Rang Undang-Undang Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1986 (Bacaan Kali yang Kedua) di Dewan Rakyat pada 4hb. Disember, 1986

539

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad semasa membentangkan Rang Undang-Undang Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986 di Dewan Rakyat pada 5hb. Disember, 1986

542

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad merangkap Menteri Dalam Negeri di majlis Perasmian Persidangan Serentak Persatuan-persatuan Polis, di Subang Jaya, Selangor pada 9hb. Disember, 1986

553

Perutusan Tahun Baru 1987 oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 31hb. Disember, 1986

556

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Seminar "Ke Arah Peningkatan Keupayaan Pengurusan di Negara Ini", Kuala Lumpur pada 3hb. Januari, 1987

559

Speech by the Honourable Prime Minister of Malaysia Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Official Opening of the 8th. Meeting of the Islamic Foundation for Science, Technology and Development (IFSTAD) Scientific Council, Sarawak on 23rd. February, 1987

565

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Seminar Peringkat Kebangsaan anjuran GEMAPUTRA di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 24hb. Mac, 1987

568

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam GAPENA-ESSO, Kuala Lumpur pada 3hb. April, 1987

572

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di pelancaran Hari Kesedaran Sivik di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 4hb. April, 1987

576

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pembukaan Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan, di Pusat Islam pada 13hb. April, 1987

579

xxi

Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia, malam Hari Raya Aidilfitri 1407 Hijrah/1987 Masihi pada 27hb. Mei, 1987

583

Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia kepada D.Y.M.M. S.P.B. Yang diPertuan Agong oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Majlis Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat di Istana Negara, Kuala Lumpur pada l l h b . Jun, 1987

586

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis perasmian Pameran "Duniaku" di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 9hb. Julai, 1987

588

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Penutup Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat Kebangsaan, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kuala Lumpur pada 15hb. Ogos, 1987

591

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad kepada Murid-murid/Pelajar-pelajar sempena Menyambut Hari Pahlawan pada 17hb. Ogos, 1987

593

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Menyambut Maal Hijrah 1408 di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 26hb. Ogos, 1987

596

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam dan Pelancaran Buku Daftar Hari Merdeka 1986, Kuala Lumpur pada 29hb. Ogos, 1987

599

Perutusan Hari Kebangsaan yang Ke-30 oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 30hb. Ogos, 1987

601

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad semasa Merasmikan Konvensyen Kemiskinan Pergerakan Pemuda UMNO, Kuala Lumpur pada 12hb. September, 1987

604

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia, Kuala Lumpur pada 19hb. September, 1987

608

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pelancaran Buku Sasterawan Negara Usman Awang di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 24hb. September, 1987

610

xxii

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Seminar Antarabangsa Mengenai Perpaduan Ummah di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 28hb. September, 1987

613

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Muzium Orang Asli, di Gombak, Selangor pada 29hb. September, 1987

617

Kenyataan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Dewan Rakyat pada 28hb. Oktober, 1987

620

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Seminar Kebangsaan Kebajikan Masyarakat, Kuala Lumpur pada 6hb. November, 1987

625

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Persidangan - Seminar Antarabangsa Pengajian Tamil di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 15hb. November, 1987

628

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Jamuan Makan Malam Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, Kuala Lumpur pada 21hb. November, 1987

630

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Ceramah Mengenai Pengurusan Kualiti, Kuala Lumpur pada 26hb. November, 1987

634

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad membentangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Akta Untuk Meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, di Dewan Rakyat pada 3hb. Disember, 1987

637

Ucapan Perdana M e n t e r i Y . A . B . Dato' Seri D r . M a h a t h i r bin Mohamad membentangkan Rang Undang-Undang Bernama Suatu Akta Untuk Meminda Akta Polis 1967, di Dewan Rakyat pada 4hb. Disember, 1987

646

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Memperingati Jasa Tokoh-tokoh Tabung Haji di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 7hb. Disember, 1987

652

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Pelancaran Khemahkerja Kejiranan di Hutan Lipur Kanching, Taman Templer pada 8hb. Disember, 1987

655

xxiii

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di pelancaran "Gerakan Cintailah Bahasa Kita", Kuala Lumpur pada l l h b . Disember, 1987

658

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Perayaan Jubli Perak Kesatuan Guru-guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur pada 19hb. Disember, 1987

663

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di pelancaran Minggu Penyiaran dan Penerangan di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 27hb. Disember, 1987

667

Perutusan Tahun Baru 1988 oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 31hb. Disember, 1987

670

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melancarkan Tahun Pembaca 1988 melalui Radio dan Televisyen pada 21hb. Januari, 1988

674

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pelancaran Yayasan Nadwah Akademi Islam (NADI) Berhad, di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 6hb. Februari, 1988

678

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1988 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 17hb. Mac, 1988

682

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad merangkap Menteri Dalam Negeri ketika membentangkan Rang Undang-Undang Untuk Meminda Akta Pertubuhan 1966 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 18hb. Mac, 1988

696

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 16hb. April, 1988

701

Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia, malam Hari Raya Aidilfitri 1408 Hijrah/1988 Masihi pada 16hb. Mei, 1988

704

Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Majlis Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi D.Y.M.M S.P.B Yang diPertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada lhb. Jun, 1988

708

xxiv

Ucapan Perdana M e n t e r i Y . A . B . Dato' Seri D r . M a h a t h i r bin Mohamad di majlis Perhimpunan Hari dan Minggu Belia, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 4hb. Jun, 1988

711

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Opening of the 3rd. International Combined Scientific Meeting organised by the Colleges of General Practitioners, Physicians and Surgeons of Malaysia, Kuala Lumpur on 28th. July, 1988

715

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pelancaran Rancangan Pemasyarakatan, Kuala Lumpur pada lhb. Ogos, 1988

718

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian majlis Perhimpunan Guru-guru Takmir Masjid Seluruh Malaysia di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 2hb. Ogos, 1988

724

Perutusan Perdana Menteri Y . A . B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Hari Kebangsaan yang ke-31 melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 30hb. Ogos, 1988

728

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pembukaan Seminar ke A r a h Peningkatan Program Pencegahan Rasuah Dalam Perkhidmatan Awam di INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 17hb. Oktober, 1988

730

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Pembukaan Stesen Satelit Bumi Kuantan 2-A, Pahang Darul Makmur pada 13hb. November, 1988

734

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Malam Wartawan Malaysia 1988 anjuran Institut Akhbar Malaysia, Kuala Lumpur pada 19hb. November, 1988

737

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Pameran "Patriot dan Negarawan Tun Sir Henry H.S. Lee" di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 19hb. November, 1988

743

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Ijtimak Ulama Ke-5 di Kompleks Jemaah Haji Kelana Jaya, Subang, Selangor Darul Ehsan pada 25hb. November, 1988

745

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian "Kuala Lumpur Poetry Reading 88" di Auditorium Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur pada 25hb. November, 1988

749

xxv

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat ( K G M M B ) Koperasi K G M M B Bhd. 1988 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 3hb. Disember, 1988

752

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Petaling Jaya, Selangor pada 18hb. Disember, 1988

757

Perutusan Perdana Menteri Y . A . B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Tahun Baru 1989 melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 31hb. Disember, 1988

762

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perpisahan Rasmi oleh Kerajaan bagi Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Kuala Lumpur pada 5hb. April, 1989

765

Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia, malam Hari Raya Aidilfitri 1409 Hijrah/1989 Masihi pada 6hb. Mei, 1989

768

Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia oleh Y . A . B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Majlis Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 7hb. Jun, 1989

771

Ucapan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad ketika membentangkan Pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Bacaan Kali Kedua), di Dewan Rakyat pada 23hb. Jun, 1989

774

Ucapan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad ketika membentangkan Pindaan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, Bacaan Kali Kedua, di Dewan Rakyat pada 26hb. Jun, 1989

777

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato.' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Perasmian Kongres Cendekiawan Melayu 11 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada lhb. Julai, 1989

780

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Konvensyen CUEPACS, Kuala Lumpur pada 8hb. Julai, 1989

784

xxvi

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Persidangan Perwakilan Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU), Kuala Lumpur pada 15hb. Julai, 1989

790

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Merasmikan Pelancaran M i n g g u Sains dan Teknologi Kebangsaan 1989, Kuala Lumpur pada 14hb. Ogos, 1989

793

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Perasmian Persidangan Tamadun Melayu ke-11, Kuala Lumpur pada 15hb. Ogos, 1989

798

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Perayaan 55 Tahun Perkhidmatan Awam Malaysia di Arkib Negara, Kuala Lumpur pada 22hb. Ogos, 1989

803

Perutusan Perdana Menteri Y . A . B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Hari Kebangsaan yang Ke-32 melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 30hb. Ogos, 1989

808

Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia Kerajaan dan Rakyat Malaysia oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Kesembilan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 18hb. September, 1989

812

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Pameran "Komanwel K i n i " di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada l l h b . Oktober, 1989

814

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di pelancaran Gerakan Budaya Kerja Cemerlang di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1989

816

Kenyataan Akhbar oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena upacara Menandatangani Perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya di Haadyai, Thailand pada 2hb. Disember, 1989

821

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) di Kuala Lumpur pada 3hb. Disember, 1989

823

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Sambutan Ulangtahun ke-15 Rukun Tetangga, Kuala Lumpur pada 4hb. Januari, 1990

828

xxvii

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perbarisan Hari R E I A Tahun 1990 di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 13hb. Januari, 1990

832

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam Perpisahan bagi Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Salehuddin bin Mohamed di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 3hb. Februari, 1990

837

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Opening of the "XI World Congress of Cardiology PreCongress Symposia on Interventional Cardiology and Echocardiography", Kuala Lumpur on 7th. February, 1990

841

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Kampung Budaya Sarawak di Santubong, Kuching, Sarawak pada 15hb. Februari, 1990

844

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia anjuran Institut Akhbar Malaysia, Petaling Jaya, Kuala Lumpur pada 22hb. Februari, 1990

847

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Tapak Institut Jantung Negara di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada 23hb. Februari, 1990

850

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, di Kuantan, Pahang pada 2hb. Mac, 1990

853

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad merasmikan Seminar Etika Pengurusan di Institut Latihan Pengurusan Petronas, Selangor Darul Ehsan pada 13hb. Mac, 1990

856

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1990 di Dewan Rakyat pada 14hb. Mac, 1990

861

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Perasmian Seminar Al-Quran Antarabangsa di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 19hb. Mac, 1990

863

Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, malam H a r i Raya A i d i l f i t r i 1410 Hijrah/1990 Masihi pada 26hb. April, 1990

868

xxviii

Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Majlis Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 6hb.Jun, 1990

870

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad mengenai Usui Ucapan Takziah atas Kembalinya ke Rahmatullah Y.A. Bhg. Tun Hussein Onn di Dewan Rakyat pada l l h b . Jun, 1990

873

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Makan Malam Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Petaling Jaya pada 15hb. Jun, 1990

875

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the 9th. Regional Conference of Dermatology, Kuala Lumpur on 19th. June, 1990

880

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Pelancaran Program Bersih dan Indah Peringkat Kebangsaan di Padang Majlis Bandaraya Ipoh pada 24hb. Jun, 1990

883

Perutusan Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 30hb. Ogos, 1990

888

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pelancaran Majalah Khidmat, Kuala Lumpur pada l0hb. Oktober, 1990

891

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan 1990, Kuala Lumpur pada l l h b . November, 1990

894

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad mengenai Usui Ucapan Takziah di Atas Kembalinya ke Rahmatullah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bekas Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada lOhb. Disember, 1990

898

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the International Chinese Newspapers Convention, Kuala Lumpur on 10th. December, 1990

902

Perutusan Perdana Menteri Y . A . B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Tahun Baru 1991 melalui Radio dan Televisyen Malaysia pada 31hb. Disember, 1990

905

xxix

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Jamuan Makan Malam Tahunan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Kuala Lumpur pada 23hb. Februari, 1991

909

Malaysia: The Way Forward: Working Paper presented by the Prime Minister Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Inaugural Meeting of the Malaysian Business Council, Kuala Lumpur on 28th. February, 1991

914

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pelancaran Operasi Pungutan Zakat secara Korporat, Kuala Lumpur pada 8hb. Mac, 1991

927

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di perasmian Pameran Pendidikan British, Kuala Lumpur pada 28hb. Mac, 1991

933

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Perhimpunan Perpaduan sempena Hari Pekerja 1991, di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 20hb. Mei, 1991

937

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin di majlis Perasmian Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Kuala Lumpur pada 27hb. Mei, 1991 944

Mohamad

Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di Majlis Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kuala Lumpur pada 5hb. Jun, 1991

948

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Kongres Obstetrik dan Ginekologi Kedua, Subang Jaya, Selangor pada 7hb. Jun, 1991

950

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Menandatangani "World Declaration on the Survival, Protection and Development of Children", Kuala Lumpur pada 18hb. Julai, 1991

953

Speech by the Honourable Prime Minister Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Official Launching Ceremony of 'Malaysia: Heart of Southeast Asia' Book Project, Kuala Lumpur on 26th. July, 1991

957

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Perasmian Mesyuarat Ketua-ketua Perwakilan serta Pelancaran Institut Diplomasi dan Perhubungan Luar Negeri di Institut Tadbiran Awam (INTAN) pada 12hb. Ogos, 1991 XXX

960

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Pelancaran Kad Pengenalan Bermutu Tinggi, Kuala Lumpur pada 13hb. Ogos, 1991

966

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kolej Pakar Perubatan Am Malaysia, Subang Jaya, Selangor pada 16hb. Ogos, 1991

969

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Pelancaran Buku Daftar Hari Merdeka dan Jamuan Makan Malam, Kuala Lumpur pada 29hb. Ogos, 1991

972

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Perlancaran Setem Pos Kenang-kenangan Bekas-bekas Perdana Menteri di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 30hb. Ogos, 1991

974

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan M A S E U di Dewan Cancelor, Universiti Malaya pada 7hb. September, 1991

977

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Muhibah, Kuala Lumpur pada 9hb. September, 1991

983

Speech by the Prime Minister Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad at the Official Opening of the International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), Kuala Lumpur on 4th. October, 1991

986

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di majlis Konvokesyen Kolej Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 5hb. Oktober, 1991

992

Ucapan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di upacara Pelancaran Rasmi Yayasan Ubaidi, Kuala Lumpur pada l l h b . Oktober, 1991

996

Perutusan Perdana Menteri Y . A . B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Radio dan Televisyen Malaysia sempena Perayaan Hari Keluarga Kebangsaan 1991, di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada lOhb. November, 1991

998

Perutusan Perdana Menteri Y . A . B . Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sempena Tahun Baru 1992 melalui Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pada 31hb. Disember, 1991

1001

xxxi

''KUALITI

A D A L A H SESUATU KEADAAN YANG CEMERLANG ATAU AMAT BAIK TETAPI KEBAIKAN ITU TIDAK TERHAD ATAU TETAP PADA SESUATU TAHAP. IANYA TIDAK STATIK. IA BERGERAK SEPANJANG MASA. JUSTERU ITU, APABILA SAHAJA KITA MENCAPAI KUALITI YANG KITA KEJAR, KITA MENDAPATI ADA LAGI KUALITI YANG LEBIH TINGGI YANG MESTI KITA KEJAR. SETELAH KITA MENGEJAR DAN MENCAPAI KUALITI YANG BARU YANG MENJADI MATLAMAT KITA, SEKALI LAGI KITA MENDAPATI ADA LAGI KUALITI YANG LEBIH BAIK DARIPADA ITU YANG PERLU KITA KEJAR. DENGAN ITU, USAHA KITA TIDAK BERHABIS-HABISAN DAN TIDAK ADA HADNYA DAN KITA PERLU MENGEJAR KUALITI SEPANJANG MASA''

(Amanal Y.A.B. Perdana Menteri semasa melancarkan "Gerakan Budaya Kerja Cemerlang" pada 27 November, 1989)

PENDAHULUAN 'Koleksi Ucapan Mahathir' adalah merupakan rangkaian 4 jilid buku yang diterbitkan oleh Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia sebagai satu usaha untuk mengabadikan ucapan-ucapan Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sejak beliau memegang teraju kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri yang keempat. Rangkaian 4 jilid buku 'Koleksi Ucapan Mahathir' ini merangkumi ucapan-ucapan Dato' Seri Dr. Mahathir selama 10 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, iaitu daripada bulan Julai, 1981 hingga Disember, 1991. Buku-buku tersebut dijilid mengikut 4 bidang utama, iaitu Sosial, Ekonomi, Politik dan Antarabangsa. Klasifikasi yang sedemikian dibuat semata-mata untuk memudahkan proses rujukan memandangkan kepelbagaian topik-topik yang disentuh oleh Dato' Seri Dr. Mahathir di dalam ucapan-ucapan beliau. Sebagai seorang pemimpin yang pragmatik dan berwibawa, wawasan dan pandangan Dato' Seri Dr. Mahathir yang tegas, bernas dan berani melalui ucapan-ucapan beliau sering sahaja mendapat perhatian masyarakat tempatan dan antarabangsa. Oleh itu, melalui rangkaian buku-buku 'Koleksi Ucapan Mahathir' ini, Jabatan Perkhidmatan Penerangan merakamkan selayang pandang ucapan-ucapan Dato' Seri Dr. Mahathir, yang di dalamnya terkandung berbagai aspirasi, harapan serta wawasan beliau yang boleh dijadikan panduan untuk memahami, menghayati dan mengrealisasikan matlamat-matlamat Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Nasional. Secara keseluruhannya, apa yang jelas ialah ucapan-ucapan Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad mencerminkan hasrat beliau untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang bermaruah serta di pandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat dunia. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan, khususnya Pejabat Perdana Menteri, Bahagian Penerangan Luar Negeri, Kementerian Luar Negeri, Arkib Negara dan lain-lain bagi menjayakan penerbitan buku 'Koleksi Ucapan Mahathir' ini.

Pengarah, Bahagian Akhbar dan Perhubungan, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia.

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA DI STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR 18HB. JULAI, 1981

A

lhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Kitab Suci Al-Quran sebagai pertunjuk bagi orang-orang yang beriman. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w.) dan sekalian keluarga dan sahabat-sahabatnya. Saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan taufik dan hidayahnya, Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa bagi kali yang ke-22 dapat kita teruskan seperti masa-masa yang lalu dalam bulan Ramadan 1401 Hijrah yang penuh berkat. Sesungguhnya Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran pada kali ini adalah merupakan suatu yang sangat bererti dan bersejarah bagi negara kita, kerana upacaranya adalah bersempena dengan sambutan abad yang ke-15 Hijrah, yang sama-sama kita rayakan sekarang ini. Sukalah saya mengambil kesempatan pada malam yang berbahagia ini, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Tan Sri Syed Nasir bin Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Pusat Musabaqah Membaca Al-Quran pada tahun ini, dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat kerana dapat mengelolakan Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran ini dengan sempurna dan teratur.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat datang kepada Qari dan Qariah yang mewakili negara masing-masing, hakim jemputan dan pemerhati-pemerhati dari negara-negara Islam. Mudah-mudahan semasa tuan-tuan dan puan-puan berada di Malaysia dapatlah melihat dan meninjau secara dekat keadaan di Malaysia, di samping bergaul dan menghubungkan tali silaturahim sesama Islam . Seperti yang kita sedia maklum Musabaqah Membaca Al-Quran yang telah kita jalankan semenjak dipelopori oleh Y T M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah banyak membawa kejayaan dan memberi manfaat serta kesan yang mendalam, khasnya di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Musabaqah seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan semangat persaudaraan di kalangan masyarakat Islam di negara ini, bahkan ia juga merupakan salah satu jambatan untuk menjalinkan semangat persaudaraan dan persahabatan di kalangan umat Islam dari berbagai negara yang telah menyertai Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang telah kita anjurkan sejak bertahun-tahun. Adalah diharapkan juga, melalui Musabaqah ini akan dapat mendorong dan menambahkan minat umat Islam untuk membaca, meneliti serta mengkaji Al-Quran 1

itu dijadikan pedoman hidup yang menyeluruh bagi mencapai kemakmuran dan mendapat kejayaan yang diredai oleh Allah Subhanahu Wataala di dunia dan akhirat. Di samping itu Musabaqah ini memberi peluang kepada kita untuk memperkenalkan ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-Quran kepada yang belum atau bukan Islam supaya mereka tahu bahawa agama Islam adalah agama yang adil kepada semua manusia dan tidak menghalang kejayaan dunia seperti ianya tidak menghalang kejayaan di akhirat kelak. Dengan pengenalan ini maka rakyat Malaysia yang bukan Islam khasnya akan dapat mendampingi rakyat yang Islam dengan lebih dekat tanpa keraguan yang timbul kerana tidak kenal apa dianya ajaran ajaran Islam. Oleh yang demikian maka tema "Kejayaan Dunia dan Akhirat Menurut A l Quran" yang dipilih untuk tahun ini adalah sangat sesuai dengan keadaan negara kita pada masa ini. Tema ini adalah melambangkan matlamat dan tujuan sebenar negara dan Kerajaan bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama. yang sentiasa berusaha untuk mengukuhkan kejayaan umat Islam dan seluruh rakyat di negara ini yang sedang menghadapi pembangunan yang pesat. Sesungguhnya, jika diselidiki dan difahami betul-betul isi kandungan Al-Quran itu, nescaya kita dapat menemui berpuluh-puluh ayat yang menerangkan dan menggalakkan umat Islam mencungkil dan membongkar segala sumber kekayaan dan kemewahan yang ada ini untuk kemakmuran kita di dunia ini. Sebagai contoh, Firman Allah menurut ayat 31 Surah Al-A'raf yang bermaksud: "Katakanlah hai Muhammad siapakah yang berani mengharamkan perhiasan-perhiasan Allah (kemewahan hidup) yang dikeluarkan untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya", dan menurut ayat 77 Surah Al-Qasas, Allah telah berfirman yang bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada kamu akan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian kamu dari dunia". Adalah jelas dari ayat-ayat tadi bahawa Al-Quran bukan sahaja mengajar hubungan antara manusia dengan Tuhannya untuk mencapai kebahagiaan di akhirat tetapi manusia digalakkan untuk merebut peluang-peluang yang ada di dunia ini untuk kebahagiaan dan kemewahan dalam kehidupan mereka. Untuk menjamin supaya umat Islam benar-benar hidup bahagia dan beroleh kejayaan, Islam menganjurkan supaya kita jangan memisahkan di antara dunia dan akhirat. Ini kerana dunia adalah jambatan ke akhirat. Di dalam hukum-hukum agama Islam tidak ada sebarang pemisah di antara kedua-duanya, maka tidak timbul sama sekali soal agama boleh jadi penghalang kepada kemajuan dunia dan adalah sematamata untuk akhirat. Sukalah saya menarik perhatian tuan-tuan dan puan-puan sepintas lalu kepada sejarah pembangunan negara Islam secara meluas selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. pada tahun ke-11 Hijrah. Kejayaan pembangunan negara Islam secara serius bermula 2

semenjak pemerintahan Khalifah Omar Al-Khatab, yang telah mengembalikan ketenteraman negara. Kemenangannya menghapuskan golongan orang-orang murtad dan mereka yang enggan membayar zakat serta golongan-golongan anti-Islam yang dipimpin oleh beberapa orang nabi-nabi palsu yang muncul di beberapa tempat di Semenanjung Arab pada masa itu. Semenjak pemerintahan Khalifah Omar Al-Khatab pada tahun 13 Hijrah, pembangunan dunia Islam terus berjalan dengan pesatnya dan berjaya menegakkan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya selama lebih dari enam kurun yang berakhir dengan kejatuhan Kota Baghdad pada tahun 656 Hijrah. Bahkan jika ditinjau secara lebih mendalam selepas zaman kejatuhan Baghdad itupun, masih ada negaranegara Islam yang dapat mengekalkan kejayaan Islam dalam pemerintahannya, sehinggalah pada tahun 1336 Hijrah. Dan semenjak itu hanya satu atau dua negara sahaja yang mampu melaksanakan usaha-usaha pembangunan yang bercorak Islam. Walaupun demikian kejayaan negara-negara ini tidaklah seperti yang tercapai di zaman gemilang Islam. Sesungguhnya kekuatan umat Islam ketika itu adalah kerana mereka telah benar-benar melaksanakan tuntutan Al-Quran yang menyuruh umat Islam supaya berpegang teguh kepada ajaran Allah . Seperti yang seringkali saya tegaskan bahawa usaha-usaha pembangunan yang kita jalankan selama ini bukanlah semata-mata ditumpukan kepada aspek material atau kebendaan yang tidak bertentangan dengan kehendak Islam, tetapi dalam usahausaha pembangunan yang sedia ada di negara ini sememangnya sudah termasuk ciriciri kerohanian yang juga sesuai dengan kehendak-kehendak Islam. Sesungguhnya untuk meningkatkan tahap kebahagiaan umat Islam di negara ini bukanlah mudah, apa lagi dengan kurangnya tenaga kepakaran kita yang mendalam dalam kedua-dua aspek pembangunan rohani dan jasmani. Oleh yang demikian, saya berseru kepada sekalian intelek Islam di negara ini, agar bersepakat dalam usaha menolong Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan program-program pembangunan yang selari dengan lunas-lunas ajaran Al-Quran. Usaha Kerajaan untuk membaiki keadaan hidup rakyat yang miskin dan daif yang sebahagian besarnya terdiri dari masyarakat Islam adalah selaras dengan ajaran Al-Quran. Saya sukalah berseru kepada umat Islam sekalian, supaya bersama-sama menyahut usaha Kerajaan dengan mengambil bahagian dan memenuhi peluang dalam meninggikan taraf hidup mereka sehari-hari agar lebih terjamin masa hadapan dan generasi umat Islam yang akan datang. Pada pandangan saya adalah tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa hasrat seseorang Islam dalam mencapai kesenangan dan kemakmuran hidup di dunia ini adalah untuk membolehkan ia mengerjakan ibadah dan menjalankan hidup secara yang diredhai Allah dalam keadaan yang lebih selesa dan tenteram. Hasrat seperti ini adalah digalakkan oleh Islam. 3

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini sukalah saya berseru sekali lagi kepada kaum muslimin dan muslimat agar mereka sentiasa mendampingi Al-Quran dan mengamalkan ajaran-ajarannya. Jadikanlah tema Musabaqah tahun ini sebagai landasan dan pegangan hidup kita untuk membina kekuatan umat Islam bagi menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Akhirnya, saya berdoa semoga Musabaqah Membaca Al-Quran pada kali ini dilimpahkan Allah dengan taufik dan hidayahNya.

4

SPEECH BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE OPENING OF THE INTERNATIONAL ISLAMIC YOUTH CAMP MORIB, SELANGOR 10TH. AUGUST, 1981

S

aya mengucapkan terima kasih kepada penganjur Khemah Belia Islam Antarabangsa ini yang telah memberi penghormatan kepada saya untuk berucap dan seterusnya merasmikan perjumpaan ini. Pada pendapat saya aktiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan belia Islam di peringkat antarabangsa adalah satu perkara yang harus digalakkan. Di samping menjadi teras kepada usaha-usaha Pembangunan, belia juga merupakan pasukan yang penting dalam usaha-usaha meningkatkan syiar Islam.

It is a great honour for me to be invited to address this International Islamic Youth Camp today. I take this opportunity to extend a warm welcome to all of you. To the foreign participants it is my hope that your stay here will not only be beneficial to you and to Islam but also a memorable one. I also take this opportunity to thank the Organization of Islamic Conference, the World Assembly of Muslim Youth (WAMY) and the Ministry of Culture, Youth and Sports, Malaysia for their efforts in organizing the Camp. Malaysia considers it a great honour to have this Islamic Youth Camp held here. We all should be proud that we belong to the brotherhood of a great religion. The greatness of Islam, among other things, lies in the relevance and comprehensiveness of its message and substance. It is aimed at uplifting mankind to the level of one brotherhood based on a refined ethical life befitting Allah's expectation of man as His vicegerent in this world. It is, therefore, the prime duty of Muslims to strive to improve their spiritual, economic, social and political well-being and to make this world a better world for all mankind. For various reasons, this is indeed an urgent task and a heavy responsibility. Firstly the present civilization is experiencing a rapid change which transforms our way of life and our environment, bringing into direct competition various value systems. Secondly, the enemies of Islam, recognizing the potentials of Islam as a social, economic and political force, is intent upon disrupting the development of a genuine, progressive and united Muslim brotherhood. Thirdly, the Muslim community is yet to harness and mobilize fully the available and potential resources created by Allah for its progress and development, so essential for its defence as well as the spread of the teachings of Islam . Islam, as a great religion, must have a great ummah. This should not only be in terms of numbers, but also of the ummah's orientation, discipline, strength and contribution to its spiritual, social, economic and political upliftment and that of mankind in general. 5

The source of dynamism for the total development of the Muslim community is Islam itself. The teachings of Islam is relevant for our progress and development. Allah urges His followers not only to learn from His creations, but also to utilize and derive benefits from them. Allah created everything for mankind so that mankind will utilize Allah's creation for the well-being, progress and development of mankind. It is unfortunate that what Allah has created has been utilized or harnessed more by the non-Muslim than by the Muslims; leaving the Muslims indebted and dependent on non-Muslims, Muslims have neglected their duty by not making use fully of what is "halal" that Allah has lavished upon them. Muslims must discard the wrong idea that the present world is for non-Muslims and that only the next world is for the Muslims. Both this world and the hereafter are for the Muslims. It should be as much our duty to seek worldly well-being as it is to prepare ourselves for the next. Muslims rightly condemn the materialistic ostentation on non-Muslims. But this condemnation is only justified because non-Muslim materialism is not associated with spiritual values. Material achievement and progress is nevertheless essential because without it Muslims will become very dependent on the non-Muslims for so many of their needs. Certainly this is not what Allah expects of the Ummah. Islam wants its followers to be self-sufficient, independent and progressive. If we are not, it is because we have not followed the correct injunctions of Islam Some Muslims profess to look down upon scientific and technological advancement and regard them as Western and, therefore, non-Islamic. This is a wrong perception. Science and technology are not the privileged possession of anyone. Indeed it is the Muslims who rediscovered science and technology and enhanced their application for the betterment of mankind. If there is anything wrong with these areas of human knowledge, it is the result of their application by men. Thus, an aeroplane can be used to carry people or death-dealing bombs. Or a knife can be used to prepare food or for committing murder. Participants at this Camp arrived here by modern modes of transportation as result of scientific and technological progress. I am delivering my speech through the use of modern equipments made possible by the advancement of science and technology. The materials and the knowledge for progress are the gifts of Allah. It is very unfortunate that we, Muslims, are backward in many fields just because we choose not to value the many things that Allah has endowed us with. Certainly, it is to the advantage of our enemies if we are plagued by negative attitudes and remain weak. If we truly value the gifts of Allah, we should be the one to make use of them for the benefit and progress of our ummah and in the defence and spread of our religion. The possibilities are limitless. It is for the Muslims to intensify the use and application of science and technology for their development, to revise and revive their intellectual traditions and to actively pursue development. This being a youth conference, I am sure that you will be discussing, among other things, the role of youths. We all agree that youths have a very important role in 6

society and development. The youths of today will surely inherit the world. The critical question is whether they could wait patiently for their turn so that the world they inherit will be sound and wholesome or should they wrest it from their elders now even if their inheritance is destroyed in the process. There may be a case where things are so bad that it may be necessary to destroy before rebuilding. But in most instances much of the improvement needed could be built upon the existing foundation without resorting to destruction. Therefore, to make it a rule that preliminary destruction is the only feasible choice is negative. Firstly, to rebuild from destruction is expensive. Secondly, the instability which accompanies the process of destruction is not so easily terminated. Instability breeds instability, and instability cannot but obstruct reconstruction. And, thirdly, of course the enemies of Islam will thrive on our instability. Allah has endowed us with the faculty to think. Surely it is a negation of this gift of Allah if we rush in to destroy dogmatically in order to rebuild. Allah in His unfathomable wisdom has endowed the Muslim countries with untold wealth. This wealth is being used to improve the lives of Muslims by providing them with various amenities. The task of constructing these amenities require tremendous manpower. 900 million Muslims, of which 50% is made of able-bodied youths, should be able to provide the necessary manpower. But, alas, we find that our youths are unwilling or unproductive. And so rich Muslim countries depend on the skills and services of others. This is most unfortunate. It renders Muslims, despite their wealth, dependent and vulnerable. It renders Muslim countries weak and subject to influence by mercenaries who do not have their interest at heart. It brings about disrespect for the Muslims and for Islam. The time has come for Muslim youths to free the Muslim world from this dependence. While they should be interested in the political aspects of Muslim nations, Muslim youths should not neglect their more mundane duties. With the physical attributes of youths and their numbers they should train and discipline themselves so that they can take the place of the civil mercenaries upon whom the Muslim countries have to depend now. This should be done not because Muslims wish to be insular but because there is need for Muslims to be self-reliant and independent. Can Muslims hope to defend the practice of Islam and to safeguard their interests and inheritance? There is really no other way. As Muslim youths you must face this reality. Do not be carried away by visions of fame and power through youth-created upheavals in the Muslim world when what the Muslim world really needs is just skill and dedication to work. As I have indicated, the Muslim youths have an important role to play in development and in deciding the future course of the ummah and the world as a whole. This places a heavy burden on the shoulders of our youth leaders. What is important, I believe, is for them to be guided by the true teachings of Al-Quran and the sunnahs of 7

the Prophet Muhammad s.a.w. If I may recall Islam does not preach destruction; in many verses of the Al-Quran, Allah says He does not love those who cause destruction or disturbance even. Allah also asks the believers to work hard and to use His bounty which He has created for us so that there would be improvement to the well-being of the ummah. While the responsibility is big the reward in the hereafter, if not now, would also be great. But I know you will work as good Muslims without thought for reward. Surely the betterment of the Muslims and their continued ability to adhere to the teachings of Islam without hindrance are rewards in themselves. I know you have come here to deliberate seriously on Islam and the roles that you and other youths should play to safeguard and strengthen our religion and the Ummah. I am sure that you will attain these objectives. But while you are here I would invite you to have a closer look at this country. We.cannot claim to have created a completely Muslim nation. But as country where Muslims are actually a minority we have tried and suceeded as well as anyone can succeed to inject into the administration and life of this country both Islamic character and Islamic teachings. We freely admit that there is more to be done but force will not be our means now as it has never been our means in the past. The spread of the practice of Islam in this country shall be by example and by precepts as enjoined by the true teachings of Islam. And as you look around you may see the results, for although this country has a large non-Muslim population, yet Islam is accepted as the religion of the country and Islamic activities are fully accepted and supported by non-Muslims. The harmony in this country has been beneficial to Islam. Let no one try to destroy it through doctrinaire teachings and a rigidity that is non-Islamic. Let a good thing be recognised because it is good. Let no one be blinded merely because in his deliberate search he has come upon something which to him is fundamental to Islamic practice. And in the pursuit of his favourite obsession he destroys all the good that has been done. I pray to Allah for His Guidance so that you and I can, through this conference; be of service to Islam and the Ummah. With this prayer I now declare this International Islamic Youth Camp open.

8

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PERASMIAN AKADEMI LAUT MALAYSIA DAN PENYAMPAIAN SIJIL DI TANJONG DAHAN, MELAKA 15HB. OGOS, 1981

T

erlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Akademi Laut Malaysia yang telah menjemput saya ke Majlis Perasmiannya pada pagi ini serta memberi penghormatan kepada saya untuk berucap di majlis ini dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para pelatih sebentar lagi.

Sebagaimana kita maklum, adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju dan lengkap dengan berbagai kemudahan dan kemampuan selaras dengan kehendak Pembangunan negara. Dari segi sejarah kita adalah sebuah "maritime". Usaha-usaha Pembangunan kita juga menunjukkan wajarnya kita menjamin kedudukan kita sebagai sebuah negara "maritime". Tetapi, di dalam usaha serba moden sekarang, kita tidak akan dapat mencapai kedudukan ini kecuali kita mengamhil daya usaha untuk menyediakan tenaga pelaut yang terlatih dan berkelayakan dengan secukupnya bagi memenuhi kehendak-kehendak kita dari masa ke semasa. Perlunya sebuah akademi laut yang dapat menampung keperluan tenaga pelaut kita dalam semua kategori telah dirasakan semenjak tahun enam puluhan lagi. Keperluan ini telah ditegaskan dengan nyata sama sekali oleh UNDP dalam laporannya dalam tahun 1974. Memandangkan kepada kekurangan kakitangan iktisas di bidang perkapalan seperti dialami oleh agensi-agensi Kerajaan dan juga pihak swasta dan ketiadaan kemudahan latihan yang lengkap di negara ini, keputusan telah dibuat bagi menubuh sebuah akademi laut yang bertaraf antarabangsa dengan seberapa segera. Setelah menimbang faktor-faktor tertentu, keputusan telah dibuat untuk menubuhkan akademi tersebut di Melaka dengan terlebih dahulu menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di Pusat Latihan Perkapalan Malaysia, Tanjong Dahan, yang dibina dengan daya usaha Yayasan MATES. Dengan usaha gigih semua pihak, pada hari ini kita dapat sama-sama menyaksi dan meraikan penubuhan Akademi Laut Malaysia. Selaras dengan Pembangunan negara kita yang pesat, bidang dan industri perkapalan di negara kita telah mencapai tahap perkembangan yang membanggakan. Bidang ini, saya yakin akan terus berkembang selaras dengan hasrat dan cita-cita kita 9

untuk menjadi negara "maritime" yang mempunyai penuh kemampuan. Ini pasti akan tercapai memandangkan kepada perdagangan kita yang luas dan semakin meningkat dengan negara-negara asing dan tahap pembangunan kita di dalam sektor-sektor pertanian, perusahaan dan perkhidmatan. Akademi Laut Malaysia, dalam hal ini, mempunyai peranan yang amat penting dalam pembekalan pelbagai kategori tenaga terlatih tempatan yang kita perlukan. Adalah dijangkakan bahawa dalam tempoh sepuluh tahun, 1981 hingga 1990, gunatenaga pelaut daripada kategori kelasi hinggalah ke jawatan kapten kapal ialah kira-kira 14,400 orang. Ini merupakan satu cabaran yang besar bukan sahaja kepada Akademi Laut Malaysia tetapi juga kepada kaum belia di negara kita. Akademi ini membuka berbagai peluang latihan dan pekerjaan di dalam bidang perkapalan dan perlautan. Menjelajah lautan dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan, jauh dari sanak saudara, bidang ini merupakan satu cara hidup dan kerjaya yang penuh "adventure". Sejarah menunjukkan ini pernah menjadi cara hidup kita di masa lampau. Berjaya atau tidaknya kita menjadi negara "maritime" moden yang berkemampuan dan dapat dibanggakan bergantung kepada sumbangan belia. Atas kesungguhan belialah terletaknya kejayaan kita sebagai negara "maritime". Jika kita tinjau perkembangan bidang perkapalan moden negara dan perbandingan dibuat nescaya kita akan dapati bahawa negara kita merupakan negara perlautan yang boleh dikatakan paling terakhir memasuki bidang ini. Negara India, umpamanya, telah memulakan bidang perkapalannya sejak tahun 30an lagi. Indonesia di sekitar tahun 40an dan Singapura dalam tahun 60an. Negara-negara ini adalah jauh lebih maju dalam industri perkapalan masing-masing dan mereka juga maju dalam bidang latihan dan pembelajaran bagi para pelautnya. Oleh itu, kita seharusnyalah berusaha dengan gigih dan penuh tekad untuk meletakkan asas-asas yang kukuh bagi menjamin negara kita akan mencapai taraf sebagai negara "maritime" moden secepat mungkin. Sebagai sebuah Akademi yang penting dan ulung, pelbagai kursus perkapalan akan dianjurkan oleh Akademi ini. Di samping kursus-kursus kepegawaian dalam bidang Perhubungan Radio Laut dan Pelayaran hingga ke peringkat Kapten Kapal, Kursus Kejuruteraan Laut juga akan diadakan bagi melatih jurutera-jurutera kapal. Bagi menentukan bahawa pengetahuan dan perkembangan baru dalam bidang dan industri perkapalan mendapat perhatian, kursus-kursus ulangan dan lain-lain kursus yang perlu akan juga dianjurkan, dari masa ke semasa. Pada hari ini telah lahirlah Akademi Laut Malaysia. Saya berasa amat bertuah kerana, dengan izin Allah, saya telah diberi penghormatan untuk menyerahkan Piagam Akademi ini. Piagam Akademi ini mempunyai erti yang besar sekali. Angotaanggota Akademi hendaklah sentiasa menjaga kedudukan dan taraf Akademi dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan sebagaimana dilambangkan oleh Piagam Akademi ini. Akademi Laut Malaysia adalah sebuah institusi yang dikelolakan oleh Yayasan M A T E S iaitu sebuah yayasan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat. Walaupun 10

Akademi ini mempunyai wakil-wakil Kerajaan di dalam Lembaga Pengurusnya, ia adalah dikelolakan sebagai organisasi swasta. Dalam konteks ini, saya yakin, dengan kebijaksanaan Lembaga Pengurusnya Akademi Laut Malaysia dapat dikendalikan dengan cara yang paling efektif dan efisien bagi memenuhi objektif-objektifnya. Pada pendapat saya sejajar dengan proses pemodenan yang berlaku di sekeliling kita dalam semua bidang dan lapangan, sesebuah organisasi, khususnya yang mempunyai matlamat-matlamat pembangunan seperti Akademi ini, mestilah sentiasa "innovative" dan mencari jalan untuk memperbaiki prestasinya dari masa ke semasa. Saya harap ini akan menjadi panduan kepada Akademi ini. Saya yakin bahawa, dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, Akademi ini akan maju dan berkembang dengan pesatnya. Saya berdoa agar Akademi ini dapat menunaikan hasrat dan memenuhi cita-cita memajukan industri perkapalan dan dapat memberi sumbangan yang berkesan ke arah meletakkan asas-asas yang kukuh dalam meningkat negara kita sebagai negara "maritime" moden. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta syabas kepada semua pihak yang telah membuat sumbangan dan yang telah berusaha dengan gigihnya untuk menjayakan pelaksanaan Akademi Laut Malaysia ini. Kepada para pelatih yang berjaya dan akan menerima sijil-sijil mereka pada pagi ini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya dalam kerjaya mereka masing-masing. Dengan segala sukacitanya saya merasmikan Akademi Laut Malaysia.

11

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA PERASMIAN PEMBUKAAN MAKTAB PERTAHANAN ANGKATAN TENTERA 16HB. SEPTEMBER, 1981

S

aya bersyukur ke hadarat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya hadir pada hari ini untuk merasmikan pembukaan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera.

Selaku Menteri Pertahanan, saya berasa amat bangga dengan Angkatan Tentera khususnya dan Kementerian Pertahanan amnya, yang telah berjaya menubuhkan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera ini. Kepada semua yang berkenaan saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah. Saya percaya bahawa seluruh rakyat akan bersamasama dengan Kerajaan mengalu-alukan penubuhan Maktab ini, yang juga melambangkan satu lagi tahap kemajuan negara kita. Sesungguhnya adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk sentiasa berusaha bagi meningkatkan lagi mutu profesionalisme semua perkhidmatan Kerajaan, baik perkhidmatan awam mahupun perkhidmatan tentera. Kecekapan dan keupayaan serta kejujuran tiap-tiap perkhidmatan akan dapat membantu dalam usaha-usaha Pembangunan negara. Sebagai sebuah negara yang merdeka Malaysia perlu mempunyai satu Angkatan Tentera yang cekap dan terlatih untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara. Dalam hal ini latihan adalah merupakan satu aspek yang sangat penting dalam usaha kita membentuk satu Angkatan Tentera yang mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dan berkesan. Penubuhan Maktab Pertahanan ini adalah satu lagi kemajuan bagi meningkatkan kemampuan kepimpinan Angkatan Tentera kita. Angkatan Tentera, sebagai satu profesion, mestilah mempunyai pemimpin-pemimpin yang mahir dalam bidang pengurusan dan pertahanan. Untuk menjalankan tanggungjawab mereka pegawai-pegawai Angkatan Tentera kita juga memerlukan pengetahuan dalam berbagai aspek kemasyarakatan. Saya berasa sukacita bahawa kursus di Maktab ini akan merangkumi perkara-perkara tersebut dengan menitikberatkan, antara lain, perancangan dan perlaksanaan gerakan gabungan tiga khidmat, iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara dan juga Pengajian strategi. Pada hemat saya, semua pegawai Kerajaan, termasuk juga pegawai tentera, mestilah mempunyai pengetahuan am yang luas dan sentiasa mengikuti perkembangan di dalam dan di luar negeri, terutama sekali mengenai pergolakan di 12

rantau ini serta memahami implikasinya terhadap negara kita. Pengetahuan seperti ini amatlah penting untuk merancang dan melaksanakan rancangan-rancangan pertahanan dan keselamatan negara. Kerajaan sentiasa memberi perhatian yang berat kepada keselamatan dan pertahanan negara. Peruntukan yang besar telah diberikan kepada keselamatan dan pertahanan negara di bawah Rancangan Malaysia Keempat. Dengan peruntukan ini Angkatan Tentera kita akan diperkuat dan diperbesarkan dari segi bilangan anggotanya, alat-alat kelengkapan dan kemudahan yang lain. Alat-alat dan senjata-senjata yang akan diperolehi kelak adalah yang moden dan 'sophisticated'. Sebagai sebuah negara yang membangun adalah sukar bagi kita untuk membeli alat-alat 'sophisticated' ini dengan banyak. Kita hendaklah sentiasa sedar akan hakikat ini. Oleh yang demikian kita hendaklah menggunakan peruntukan yang besar itu dengan sebaik-baiknya dan dengan cara yang paling berkesan. Untuk mencapai objektif ini kita memerlukan pentadbiran pengurusan pertahanan yang cekap dan strategi pertahanan yang baik. Dengan adanya pengurusan yang cekap dan efektif dapatlah kita mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran atau 'wastage' dan mengurus pembekalan kelengkapan serta kemudahan untuk Angkatan Tentera kita dengan licin dan teratur. Pengurusan yang baik juga akan menjamin pelaksanaan rancangan-rancangan yang melibatkan kebajikan anggota-anggota tentera kita dan keluarga-keluarga mereka. Saya rasa dengan adanya Maktab ini perkara-perkara seumpama ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Saya difahamkan bahawa kursus yang pertama di Maktab ini dihadiri juga oleh pegawai-pegawai polis dan awam. Ini adalah satu langkah yang bijak. Perlaksanaan rancangan pembangunan Kementerian Pertahanan melibatkan berbagai agensi termasuk Perkhidmatan Awam. Untuk memastikan bahawa rancangan-rancangan pembangunan ini dapat dilaksanakan dengan teratur adalah perlu bagi pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam memahami keperluan-keperluan serta masalah-masalah pertahanan negara dan Angkatan Tentera. Di samping itu pula pegawai-pegawai tentera perlu memahami cara-cara dan masalah-masalah pentadbiran awam. Melalui persefahaman ini baharulah dapat diwujudkan sikap yang positif yang akan menentukan kelicinan pelaksanaan rancangan-rancangan pembangunan bagi Angkatan Tentera kita. Saya harap pegawai-pegawai dari Angkatan Tentera, Polis dan Perkhidmatan Awam akan menggunakan peluang ini untuk memupuk persefahaman yang lebih erat kerana ketiga-tiga bahagian ini wujud bukan kerana kepentingan masing-masing tetapi kerana kepentingan negara. Maktab Pertahanan Angkatan Tentera ini banyak bergantung kepada jabatanjabatan Kerajaan, universiti-universiti dan pihak swasta bagi mendapat pegawaipegawai serta pensyarah-pensyarah untuk memberi syarahan dalam bidang kepakaran yang tertentu. Bantuan dan sumbangan seperti ini adalah sentiasa diperlukan. Sumbangan yang diterima oleh Maktab ini adalah menggalakkan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepada Maktab Pertahanan Angkatan Tentera ini. 13

Saya berharap Angkatan Tentera akan terus berusaha untuk meningkatkan latihan pegawai-pegawai kanannya hingga ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang ketenteraan, bidang pengurusan dan bidang-bidang yang lain. Dengan adanya latihan yang tertib dan tersusun kita dapat meningkatkan lagi kecekapan serta kemampuan pegawai-pegawai tentera kita dan amnya Angkatan Tentera kita. Seterusnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yang akan mengikuti kursus yang pertama kali Maktab ini. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera.

14

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MULLS JAMUAN MAKAN MALAM ANJURAN KELAB KEBANGSAAN WARTAWAN-WARTAWAN MALAYSIA DI KELAB SELANGOR, KUALA LUMPUR 12HB. OKTOBER, 1981

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Kelab Kebangsaan Wartawan-wartawan Malaysia kerana menjemput saya ke majlis pada malam ini untuk meraikan saya. Saya merasa sungguh gembira dapat bersama-sama dengan para wartawan-para wartawan - iaitu satu golongan yang boleh disifatkan sebagai mempunyai pengaruh yang besar dan ada pula yang mengatakan bahawa kadangkala wartawan-wartawan adalah lebih berpengaruh daripada ahli-ahli politik. Saya telah diberitahu bahawa Kelab Kebangsaan Wartawan-wartawan Malaysia ini selain daripada mengadakan jamuan-jamuan makan, dan ini tidaklah salah, juga akan menambahkan lagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bidang kewartawanan. Ini memanglah baik dan saya harap usaha-usaha seumpama ini dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.

It is indeed a pleasure for me to be with you, distinguished members of the press. In extending to me the invitation for the function tonight, which I am told is in my honour, the National Press Club has asked me to give a speech - not only a speech but also to be prepared to face a barrage of questions. After having enjoyed this sumptuos dinner I do not have much choice but to accede to the request. Now may I take this opportunity to share with you some of my thoughts on the subject of the role and responsibilities of the Press in Malaysia. Perhaps I should say, let me reiterate some of my already known views about the Press in Malaysia and everywhere else. We in Malaysia are committed to a democratic form of Government. This is embodied in our Constitution, in the Rukunegara and in the manifestos of the various political parties. For democracy to function effectively and thrive we need an informed public. In a democracy, it is the people who in the final analysis decide the policy and the direction of the Government. And the party elected by them to form the Government is the one which they consider is capable of implementing and pursuing policies which they generally approve. The better informed the public is on all issues the better are they able to make the right decisions as to which party should form the government. Therefore an important function of the Press in a democratic society is to educate and inform the public on issues so as to enable them to make their choice. I am happy to see that the Press in this country has discharged this important function admirably. Of late the Press have been even more active in this area. New 15

techniques and approaches are being used in order to elucidate public concerns, behaviour and reactions. This is a healthy trend. However, I noticed, that in some cases, a few of our reporters in their enthusiasm and zeal were somewhat carried away with the result that the reporting tends to be rather non-factual and verging on sensationalism. There have also been cases where the reporting has been anything but objective. While the Press has the right to expose any shortcomings, whether in the Government or in the private sector, it also has a responsibility to present a balanced picture. We should not forget the success and the achievements. Unless your reporting is balance reporting will result in the creation of an image of a country that doesn't seem to be able to do anything right. You know very well that we do a lot of right things in this country. How else can you explain the prosperity and the good life?. Even the poor in this country are better off than the poor elsewhere. As to the objects of your investigative reporting, it is important to remember that they are largely human. Their ability to defend themselves is very limited. Inaccurate and possibly slanderous reporting will create despondency and will not help achieve the good results that we are all after. This is particularly so of Government officers, who by and large are abled and hard-working. In our multi-racial society the responsibility of the Press goes beyond just accurate reporting. The sensitivities of the various races have to be considered. Political stability and the peaceful co-existence among the races are two important conditions which the Government strives to promote and preserve. In all our actions and policies the Government takes special care that these two factors are always taken into consideration. It would be inimical to the efforts of the Government if the Press in their overzealousness were to report event without giving due consideration to the sensitivities of the various races. Some of you regard the need to exercise certain restraint in order not to ruffle these sensitivities as a limitation to the proper and effective working of the media. I believe, however, that these constraints should be regarded as a challenge to the skill and maturity of our journalists, broadcasters and others in the media and also as a test of their sense of responsibility. As members of the Press, you are no doubt concerned with the freedom of the Press. You know my views on the freedom of the press. I don't believe that absolute freedom of the press exists anywhere, even in the liberal western countries. There is always some restrains exercised if not by the Government at least by the owners, advertisers, employees and others. Thus we have papers which are socialist, communist or conservative - labels which imply a slant on reporting. A conservative journalist will not get the freedom he wants in a socialist paper and vice-versa. And of course a socialist reader will not get the freedom of the press in a conservative paper. Even if the people who disagree with the slant of a particular paper are given space, their views are immediately smothered by the editor's reply or comments which are published immediately. Thus the freedom of the press are for those who agree and even these few are not too free. The media exercises its own censorship, not in accordance with national needs but according to the narrow views of the people who control the paper. 16

These are facts which I state. Even now as the Prime Minister I do not get the freedom of the press. Within the country and more so outside, my words are often twisted in order to suit the purpose of the particular journal which frequently is nothing more than the desire to popularise and increase the circulation of the paper. Recently I received a call from B B C London who asked for my comments on the Government's policy with regards to British suppliers. I refused this telephone interview because I know everything I said would be used against me and against Malaysia. For me the BBC is not a part of the free press system. What I say is unpleasant. But if you examine yourself you will admit that frequently reporting by the Press has done a lot of harm, particularly sensationalist reporting. The exposures of private views have rendered diplomacy not only difficult but less effective. If everyone of us knows of the private thought that we entertain of each other, we will not be on talking terms. Apply this to nations and the result will be strained relations if not war. A case in point is the statement attributed to Mrs. Gandhi recently. The Thai response was completely predictable and justified. However, I cannot imagine a head of government of Mrs. Gandhi's stature being so undiplomatic. Now of course it has been denied that she made those remarks on Thailand. But the "fat's already in the fire". Relations will never be quite the same again. Freedom of the press should be exercised with restraint and responsibility. But quite a few of those in the profession feel that restraint and responsibility means a limitation on the freedom of the press. If total licence is considered as freedom of the press, than freedom of the press does not exist anywhere in the world. And in the view of the people outside the select group who control the Press in one way or another, freedom of the press also does not exist. Freedom of the press is a myth, a myth invented by the so-called liberal west to serve their own purpose — since they, through their world-wide control of the media, stand to benefit most. Our Press should not subscribe to that kind of freedom, much less be a part of their indirect intellectual hegemony. We should think of what is good for our country and our people as a whole. If we think of our country and our people then the narrow interests of the Press as an institution fades into insignificance. The needs of the nation and the people are infinitely greater. And towards these greater needs the press is in a most eminent position to contribute. Just as you can agitate the people, you can also calm them and help them develop those values that can contribute most towards their well-being. Malaysia needs a period of stability during which to consolidate its gains and to build up the work ethics and values that will make it strong and viable. The Government will do its best. But the Government needs the cooperation of everyone, including of course the press. You have done well so far, but there is much more to be done before all the peoples of Malaysia are united with one single objective, to build a greater Malaysia, where peace and prosperity and the freedom of the responsible are assured. Bagi mengakhiri ucapan saya, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada The National Press Club yang telah sudi menjemput saya dan memberi peluang 17

kepada saya berucap. Saya berharap saya tidak dianggap terlalu 'dogmatic'. Sebagai seorang yang biasa di 'banned' dari mengedar pendapatnya melalui tulisannya saya faham betapa tinggi nilainya peranan media. Di samping itu saya juga percaya bahawa "the loss of a minor freedom for an individual is of little consequence as compared to the well-being of a nation". Saya berharap pendapat saya ini ditimbang oleh tuan-tuan dan puan-puan. Sungguhpun apa yang saya perkatakan ini tidak menyenangkan, tetapi saya percaya jika tuan-tuan dan puan-puan membuat bandingan antara sekarang dan dahulu, antara Malaysia dan beberapa negara lain, tuan-tuan dan puan-puan akan dapati bahawa "the bark is worse than the bite".

18

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM UDA KUALA LUMPUR 25HB. OKTOBER, 1981

T

erlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Menteri Perusahaan Awam Datin Paduka Rafidah Aziz, Pengerusi, Ahli-ahli Jemaah dan Pengurusan UDA kerana telah sudi menjemput saya dan isteri saya ke Majlis Makan Malam Sepuluh Tahun UDA ini.

UDA yang diwujudkan sepuluh tahun yang lalu merupakan salah sebuah perbadanan awam yang terpenting bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Bani, khususnya berhubung dengan objektif penyusunan semula masyarakat di bandar-bandar. Tanggungjawab UDA ini, tidak dapat dinafikan, adalah besar dan masih banyak usaha yang perlu dibuat bagi menjamin pencapaian objektif penyusunan supaya bandar-bandar kita mencerminkan kedudukan kaum yang seimbang di Malaysia. Malaysia, sebagai sebuah negara yang merdeka dan mempunyai rakyat berbilang kaum mestilah menumpukan segala usaha untuk memupuk perpaduan negara. Penyusunan semula masyarakat melalui Pembangunan dan pembaharuan semula bandar-bandar dengan cara sistematik dan teratur di mana aspek-aspek sosial dan budaya diberi perhatian di samping aspek ekonomi merupakan salah satu usaha yang penting ke arah perpaduan. Penubuhan U D A sebagaimana kita semua maklum, adalah dengan tujuan untuk menyusun semula masyarakat. Dalam hai ini, UDA bukanlah agensi tunggal yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk mencapai matlamat ini. Pencapaian matlamat penyusunan semula masyarakat mestilah menjadi tanggungjawab semua pihak walaupun UDA memegang peranan yang utama di bandar-bandar. Memandang kepada pentingnya peranan UDA dalam konteks Dasar Ekonomi Bani, usaha-usaha telah dibuat untuk menjamin supaya kegiatan-kegiatan UDA dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi. Berdasarkan kepada kajiannya, UDA telah mengambil dayausaha untuk menentukan kawasan-kawasan yang perlu diberi keuta maan khususnya dalam pelaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Keempat. Oleh itu di bawah Rancangan Malaysia Keempat, UDA akan menjalankan kegiatan-kegiatannya di kawasan tertentu dan akan mengkhusus kepada beberapa aktiviti sahaja. U D A akan menumpukan perhatian dan kegiatannya kepada empat belas buah bandar, iaitu Alor Setar, Butterworth, Bandar Melaka, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kelang, Kuantan, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Petaling Jaya, Seremban, Shah Alam dan Tanjong Tokong. Bandar-bandar ini telah dipilih berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu yang di antara lain termasuk agihan penduduk mengikut kaum, agihan pendapatan, kemampuan dan kehendak pembeli dan lain-lain. 19

Saya sedar bahawa pihak UDA tidak akan dapat memainkan peranannya dengan berkesan tanpa sokongan dan kerjasama daripada pihak agensi-agensi Kerajaan yang lain, terutamanya badan-badan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri. Semua badanbadan Kerajaan, sama ada peringkat Persekutuan atau Negeri mempunyai peranan yang "complementary" dalam pencapaian Dasar Ekonomi Baru. Kerjasama erat di antara badan-badan dan agensi-agensi ini mestilah wujud supaya perancangan dan pelaksanaan dapat dijalankan dengan lancar. Kerajaan memandang berat terhadap tindak-tanduk mana-mana jua pegawai yang mementingkan agensi sendiri semata-mata sehingga terjejas Dasar Ekonomi Baru. Sikap enggan bekerjasama atau tindakan yang menjejaskan penyelarasan tidak harus wujud di kalangan pegawai pegawai kita di mana-mana jua. Agensi atau jabatan bukanlah satu 'empire' yang harus bertindak untuk menakluki semua, tetapi adalah semata-mata alat bagi mencapai matlamat nasional. Saudara-saudara sebagai anggota dan kakitangan U D A sepatutnya berbangga dapat berkhidmat dengan UDA iaitu sebuah Perbadanan yang mempunyai peranan yang begitu penting. UDA memegang amanah Kerajaan, dan adalah menjadi harapan Kerajaan dan rakyat agar ianya dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan dan sempurna. Sebagaimana kita semua maklum masanya cuma tinggal sepuluh tahun sahaja lagi untuk mencapai matlamat di bawah Dasar Ekonomi Baru yang ditentukan di bawah rancangan jangka panjang dua puluh tahun. Oleh itu, adalah amat penting sekali perbadanan-perbadanan awam, termasuk U D A menumpukan sepenuh perhatian agar matlamat-matlamat Kerajaan dapat dicapai dengan jayanya. Negara kita mempunyai banyak perbadanan awam. Perbadanan-perbadanan awam yang diwujudkan mempunyai peranannya masing-masing. Ada di antaranya yang khusus menjadi alat pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, iaitu seperti UDA. Tetapi, sama ada sebuah perbadanan atau jabatan itu mempunyai peranan yang langsung atau tidak dari segi pencapaian Dasar Ekonomi Baru ia mestilah berkesan dalam mencapai objektif dan matlamat yang ditentukan baginya tanpa apa-apa penyelewengan dibenarkan berlaku, ia mestilah ditadbirkan dengan efisien; ia mestilah menggunakan sumber-sumber yang ada dengan cara yang produktif; ia mestilah menjamin di mana yang sesuai, supaya terdapat keuntungan. Dengan lain perkataan, apa yang kita kehendaki ialah suatu pengurusan yang berkesan bagi menjamin sektor-sektor awam yang produktif. Ini mestilah menjadi panduan dan komitmen setiap pegawai sektor awam mereka yang tidak membantu atau enggan membantu meningkatkan mutu pengurusan sektor awam tidak mempunyai tempat di dalam sektor ini. Di sini patutlah juga saya ulangkan hasrat Kerajaan yang memerintah sekarang. Hasrat Kerajaan tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju yang dihormati oleh seluruh dunia, iaitu menuntut kemajuan kerana kemajuan boleh memberi kepada penduduk Malaysia kesejahteraan dan kemakmuran baik dari segi rohani ataupun jasmani. Untuk mencapai taraf kemajuan yang kita idami bukanlah satu perkara yang sukar. Yang dikehendaki semata-mata ialah tiap-tiap seorang daripada kita, iaitu rakyat Malaysia, menjalankan tugasnya dengan jujur dan dedikasi. Semata-mata dengan membuat kerja yang dipertang20

gungjawab dengan sepenuhnya akan menjadikan negara kita negara maju. Status atau jawatan yang dipegang tidak penting dalam usaha-usaha ini. Seorang budak pejabat boleh menolong menjayakan usaha pembangunan negara dengan menjalankan tugasnya dengan jujur. Begitu juga seorang pegawai tinggi ataupun seorang tokoh politik. Hasil daripada usaha-usaha yang dijalankan ini akan dirasai oleh semua pihak. Negara yang maju akan menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada semua penduduknya, termasuklah kita sendiri. Sebaliknya, sifat cuai dan malas bekerja di kalangan rakyatnya menjadi negara ini lemah dan mundur. Akibatnya hidup kita akan tertekan dan kita akan menjadi kecewa dan merana. Sumber yang terpenting sekali bagi membawa kejayaan kepada negara dan diri kita sendiri ialah fikiran dan tenaga manusia yang boleh disalurkan dan digunakan secara membina. Sumber alam yang lain tidak akan membawa kejayaan tanpa usaha dan ketekunan manusia. Oleh itu rakyat Malaysia mestilah sanggup berusaha dengan gigih dan bekerja dengan keras demi menjaga maruah serta kepentingan rohani dan jasmani kita semua. Kualiti pengurusan UDA bergantung kepada pegawai dan kakitangannya. Adalah menjadi harapan saya agar saudara-saudara sekalian bekerja dengan penuh berdisiplin dan memikul tanggungjawab dengan jujur dan dedikasi. Setiap seorang daripada kita di dalam perkhidmatan awam memikul tanggungjawab dan memegang amanah yang besar dan apa-apa kecuaian atau penyelewengan bukan sahaja merupakan pengkhianatan tetapi juga dosa. Akhir kata, saya mengucapkan kepada saudara-saudara sekalian selamat menjalankan tugas dan selamat majujaya.

21

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN KESATUAN PENGHULU/PENGGAWA SEMENANJUNG MALAYSIA KUALA LUMPUR 6HB. NOVEMBER, 1981

T

erlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia yang telah sudi menjemput saya ke Persidangan Perwakilan Tahunannya kali ini dan memberi penghormatan kepada saya untuk berucap dan seterusnya merasmikan persidangan.

Semenjak kemerdekaan, usaha-usaha Pembangunan di negara kita telah berjalan dengan pesatnya. Sistem politik dan pentadbiran selepas merdeka telah membawa Pembangunan dan perubahan yang besar kepada bidang sosial dan ekonomi, perhubungan antara individu dengan individu berubah, selera dan kehendak rakyat juga berubah. Peranan penghulu juga turut berubah. Kalau pada zaman dahulu penghulu merupakan satu-satunya tempat untuk anak-anak buah berlindung, mendapat nasihat dan kata pemutus, peranan penghulu sekarang sudah menjadi lebih luas dan tanggungjawab serta tugas mereka telah meliputi berbagai-bagai aspek Pembangunan. Untuk mengisi dan memberi erti kepada kemerdekaan Kerajaan telah menumpukan perhatian kepada program dan projek yang dapat membawa kemakmuran kepada rakyat dan negara. Dasar Ekonomi Baru merupakan satu peringkat yang penting di dalam Pembangunan negara kerana Dasar ini berlandaskan kepada falsafah Pembangunan dalam konteks kesan-kesan sejarah dan suasana masyarakat berbilang kaum. Di samping memberi keutamaan kepada aspek ekonomi atau Pembangunan fisikal kita juga mementingkan aspek kerohanian. Tujuan kita ialah untuk memperbaiki kualiti hidup, kedua-duanya bagi tujuan dunia dan akhirat, yang mana memerlukan aspek-aspek kebendaan dan juga kerohanian. Pelaksanaan Pembangunan yang berkesan, sebagaimana saudara-saudara maklum adalah satu perkara yang mudah diperkatakan tetapi payah dilaksanakan lebihlebih lagi kerana Pembangunan itu sendiri adalah untuk manusia dan melibatkan manusia. Orang-orang yang akan membangunkan dan mereka yang hendak dibangunkan mestilah faham akan maksud serta proses Pembangunan supaya Pembangunan akan memberi faedah yang sebenar-benarnya. Nilai-nilai hidup yang berbeza serta keadaan sosio-ekonomi masyarakat adalah merupakan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi jaya atau tidaknya Pembangunan. 22

Penghulu adalah orang yang paling rapat dengan orang-orang yang hendak dibangunkan. Di sinilah letaknya peranan penghulu sebagai orang perantaraan di antara Kerajaan dengan rakyat. Penghulu hendaklah memahami dengan sejelas-jelasnya tentang corak, bentuk dan aspirasi masyarakat setempat. Ia mestilah berdamping rapat dengan masyarakat di bawah tadbirannya kerana dengan cara demikianlah ia dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan. Dengan cara ini juga penghulu akan dapat memahami tentang keadaan, kehendak dan perangai masyarakat yang didampingi dan memberi kepimpinan kepada mereka. Perhubungan demikian pasti dapat meningkatkan lagi penglibatan rakyat di dalam pembangunan dan penerimaan rakyat terhadap sesuatu program atau projek. Kejayaan pelaksanaan pembangunan bergantung kepada penglibatan semua pihak. Tiap-tiap seorang daripada kita mempunyai peranannya masing-masing. Sekiranya tiap-tiap seorang daripada kita faham dan menjalankan tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan sanggup berkorban untuk negara maka negara kita sudah pasti akan bertambah maju lagi. Kita mestilah bekerja kuat di samping memperbaiki kecekapan dan meningkatkan daya pengeluaran masing-masing. Sumber-sumber alam yang masih banyak terbiar atau tidak digunakan dengan sepenuhnya mestilah dipergunakan dengan cara yang lebih berkesan dan menguntungkan. Sebagai penjawat awam yang berdamping rapat dengan rakyat di kampung-kampung, penghulu boleh dengan daya usahanya sendiri menarik minat dan memberi semangat kepada penduduk-penduduk di luar bandar supaya melibatkan diri dalam usaha pembangunan dengan lebih gigih lagi. Menggerakkan tenaga masyarakat tempatan, khususnya penduduk-penduduk di luar bandar, memang merupakan satu perkara yang rumit. Masalah ini, saya rasa, dapat diatasi sekiranya penghulu sendiri menunjuk teladan dengan bekerja kuat dan mempamerkan sifat inginkan kejayaan kepada masyarakat sekeliling. Penghulu hendaklah cuba mempelopori kegiatan-kegiatan yang mendatangkan faedah kepada masyarakat. Tiap-tiap kejayaan akan menjadi perangsang kepada masyarakat setempat. Sebagai pentadbir di peringkat mukim, penghulu merupakan pusat pemerhatian masyarakat setempat. Oleh itu penghulu hendaklah sentiasa mempelopori perangai yang bersih dari segala amalan yang tidak baik seperti penglibatan dengan rasuah dan sebagainya. Penghulu hendaklah sentiasa jujur dan menjadi pembimbing kepada anak-anak buahnya. Seperti yang saya sebutkan penghulu sebagai pentadbir mukim, hendaklah berusaha memahami tentang kegiatan-kegiatan Jabatan-jabatan Kerajaan yang terdapat di daerah mereka kerana jabatan-jabatan ini adalah secara langsung bertanggungjawab terhadap pembangunan. Hubungan erat dan persefahaman penghulu dengan rakyat dan jabatan akan menjadi landasan untuk mempercepatkan proses pembangunan. Walaupun kita berbangga dengan kestabilan negara dan kemakmuran yang kita capai kita tidak harus lupa bahawa kita sentiasa menjadi sasaran anasir jahat yang ingin melihat pecah-belah di kalangan rakyat dan huru-hara kepada negara. Alhamdullillah, hingga kini kita dapat mematahkan ancaman dan cabaran musuh musuh negara dengan kerjasama dan sokongan semua pihak. Sebagaimana tuan-tuan maklum, untuk 23

menjamin proses pembangunan berjalan dengan lancar dan jayanya, rancangan pembangunan kita juga memberi perhatian yang wajar kepada masalah keselamatan dan pertahanan negara. Kita hendaklah sentiasa sedar bahawa masalah pembangunan adalah merupakan masalah keselamatan. Jika sekiranya keselamatan negara terjejas pembangunan juga akan terjejas. Ketenteraman dan keamanan yang wujud semestinyalah kita pertahan dan kekalkan. Dalam hubungan ini, penghulu hendaklah sensitif terhadap tindak-tanduk anasir-anasir jahat yang cuba mempengaruhi, memperalat dan meracuni fikiran orang-orang kampung demi untuk mencapai tujuan jahat mereka. Penghulu hendaklah menjadi orang perantaraan iaitu sebagai "mata dan telinga", Kerajaan. Jika kegiatan anasir jahat ini dapat dikesan dari akar umbi lagi maka ini dapat memudahkan Kerajaan mengawal dan mematahkan usaha jahat anasir-anasir tersebut. Sejak dahulu hingga sekarang suasana tenteram dan aman yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu khususnya bolehlah dibanggakan. Perpaduan yang wujud di kalangan orang-orang Melayu bukan sahaja dapat membantu Kerajaan meningkatkan kesejahteraan hidup di negara ini malah membantu menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Perpaduan di kalangan orang-orang Melayu perlu dan boleh dipertingkatkan lagi dengan dorongan dan daya usaha pihak-pihak tertentu termasuk penghulu. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat ini, penghulu hendaklah sentiasa berdamping rapat dan melibatkan diri secara aktif di dalam semua kegiatan masyarakat setempat. Kehadiran dan penglibatan penghulu di dalam kegiatan masyarakat setempat bukan sahaja memberi perangsang malah menjadi faktor pengikat untuk meningkatkan perpaduan masyarakat di peringkat mukim. Perpaduan dan keamanan di kalangan masyarakat Melayu di peringkat mukim adalah merupakan asas bagi perpaduan negara seluruhnya. Dalam hal ini, penghulu hendaklah sentiasa bijak dan sentiasa mengkaji tentang kehadiran dan penglibatan golongangolongan yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat. Kehadiran penghulu hendaklah dapat menimbulkan kesedaran untuk bersatupadu. Perpaduan yang wujud hendaklah sentiasa diawasi supaya ianya tidak digugat oleh fahaman dan hasrat mana-mana parti politik yang ingin memecah belahkan perpaduan dan menjejaskan keamanan. Saya telah menyentuh beberapa perkara berhubung dengan penghulu dan penggawa yang dapat membantu mempercepatkan pencapaian matlamat dan dasar Kerajaan dan negara. Tanggungjawab penghulu dan penggawa bukanlah terhad kepada bidang-bidang yang saya sebutkan di atas tadi. Banyak lagi bidang yang harus mendapat perhatian. Memanglah berat beban kerja dan tanggungjawab penghulu. Saya berharap penghulu dan penggawa sekalian menerimanya dengan penuh insaf dan tanggungjawab. Saya percaya persidangan perwakilan ini akan memberi faedah bukan sahaja kepada golongan penghulu dan penggawa tetapi juga kepada negara. Kemajuan yang dicapai oleh penghulu akan menambahkan lagi keupayaan pihak Kerajaan untuk membangunkan negara. Saya mengucapkan kepada saudara-saudara sekalian selamat bersidang dan dengan ini juga merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia yang ketujuh. 24

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN PERSIDANGAN "PERSPECTIVES IN PRENATAL MEDICINE" DI FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 13HB. NOVEMBER, 1981

T

erlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur Persidangan ini yang telah memberi penghormatan kepada saya untuk merasmikan Majlis pada pagi ini. Saya mengamhil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kunjungan dan penyertaan peserta-peserta luar negeri. Kepada peserta-peserta tempatan pula saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas daya usaha mereka untuk meneliti satu aspek bidang perubatan yang penting bagi negara kita.

Before I go into the subject proper of this meeting, may I be permitted to say a few words on man and his plans. "What man proposes, God disposes". We have often heard this saying quoted usually to imply that man can plan for all he is worth but God can frustrate all his plans. Obviously this saying derives from the pre-Islamic concept of God as baleful and oppressive and constantly demanding sacrifices. But we know that Allah is Merciful and Compassionate. He does not frustrate us because He is spiteful. Therefore we can plan and regulate, with faith in Allah and His bounty, and what He determines should be our achievement may be even greater than we have a right to expect. Indeed if we look back our good fortune is totally undeserved. But we do not look back, nor are we given to gratefulness to our Creator. I say this as a preamble because there are likely to be people who will regard planning for health care as a trespass on the power of Allah to dispose things as He wills. Nothing is further from the truth. All we are doing is to tie the proverbial camel. If Allah wills that the camel be stolen after that, we do not question His wisdom. But surely to do nothing to prevent the loss of the camel is tantamount to expecting Allah to work for us. I cannot think of anything exhibiting a lack of taqwa than to regard Allah as literally your servant, to look after your property. Health is a properly, a nikmah, conferred us by Allah. As we learn more and more about health and the sciences related to it, we must realize that it is not Allah Who conferred upon the newborn the deformities and the weaknesses. It is all largely our fault. Allah meant the newborn to start life well and healthy, as clean physically as it is spiritually. But, we through our laziness and failure to learn to understand the physiological and pathological laws of Allah, we have caused the newborn to be handicapped at birth. It is not the will of Allah to cast a blight on the child. It is we who have 25

caused it. And we are doubly to be blamed. If, knowing we can prevent the handicap, we do not do so. It is in this light that I see all our efforts to ensure freedom from ill-health. Just as Allah has given us light so we may see our way, so has He given us the faculty to think in order that we may understand His laws and use them to prevent our blundering around in the world He created. It is in this light that we should see the provision of basic health care as a priority in this country. It is in fact an important aspect of our total effort to improve and uplift the quality of life of our people. One of the ways for achieving this objective has been the provision and improvement of infrastructure services for as wide a segment of the population as possible. This has contributed to a considerable decline in our mortality trends and a steady increase in life expectancy over the years since our Independence in 1957. With regard to infant deaths, we have also seen an encouraging decline of more than 60% since 1955. This Conference is, I believe intended to look at a narrower aspect of health hazard, namely the perinatal mortality rate. The perinatal period is now considered to be a very important phase of human development because what happens during this period may affect the quality of life thereafter. In this respect, too, there has been a decline, but a more modest one of about 29% over the 1958-1978 period. Health care providers and planners in their respective roles ought to be concerned with this discrepancy. I understand this concern has been translated into a proposal for a Perinatal Project in Malaysia funded initially by the United Nations For Populations Activities (UNFPA). This project aims to study the rather slow improvement in our perinatal performance and to suggest corrective measures which could be undertaken to rectify this. Since various agencies are involved in the design and provision of broad health care services for the population, it is perhaps appropriate that the Ministry of Health, the National Family Planning Board and the National University of Malaysia are collaborating in this Project. The functions of these agencies should be clearly defined. It appears that the National Family Planning Board is providing the initial fund and core personnel to allow experts from the National University of Malaysia to develop a system of perinatal care which is of acceptable standard using the facilities of the Ministry of Health already in existence in and around the Maternity Hospital, Kuala Lumpur. The interaction and cooperation of these agencies should help us assess our performance critically, and ultimately give rise to measures for improving our perinatal performance in the near future. If this commendable collaborative effort should succeed in its goals, perhaps this framework could lead to the establishment of the first Perinatal Centre in the country, to be followed in later years by the establishment of similar centres. Mishaps which occur during the perinatal period are implicated not only in neonatal and infant deaths, but, the survivors of these mishaps could end up with various types of mental and physical handicaps. Prediction of mishaps before they occur and proper intervention could conceivably enable the practising specialists in this field of medicine to reduce disabilities arising during this crucial period of human develop26

ment. However, before the specialists can step in, the ordinary health care personnel should be able to detect pregnant mothers who are high risk cases, and to refer them. Thus not only the specialist but the generalist physician and other allied personnel, particularly nurses and midwives, have their respective roles to play in order to optimise pregnancy outcome. The role of informed public health personnel in educating the public is also of relevance here. Counselling on spacing of pregnancies, proper nutrition during pregnancy and recognition of early danger signs by the lay public could also lead to better perinatal performance at the national level. Technological advancement has been rapid over the last couple of decades enabling the present day specialist to doctor the mother as well as the baby while still in the womb. Expertise available at the National University of Malaysia should continue to develop this area of study and help transfer relevant knowledge for the benefit of all in this country. Despite preventive measures, however, some babies may still be born with problems requiring urgent attention. Therefore, an organized approach in the management of these babies in special units need to be developed. Investments in sophisticated technology alone may not be a sound economic proposition. Only special centers can hope to handle these because specially trained manpower, both medical and para-medical, is required. It is here that the Faculties of Medicine in the universities can play a role, both in terms of training and organisational planning. In order to plan strategies, problem areas need to be defined. One of the tools of modern scientist is statistics. I was made to understand that during the preparatory stages of this Project relevant statistics have been compiled. Here, again the various agencies involved in the Project could interact to translate these into tangible terms for practical application. Data collection and management should be standardized to facilitate comparative studies of performance in other areas of the country as well as for comparing our performance with those available at other international centres. The National University of Malaysia, as the research and training element of this working group should consider the enhanced role it could play. This Conference has brought together various people involved in this branch of Medicine. The deliberation of this Conference with the participation of the invited speakers should serve to improve your understanding of the relevant aspects of Perinatal Medicine in this country. Saya harap Persidangan ini akan berjaya melahirkan buah fikiran yang dapat meningkatkan lagi kemampuan bidang perubatan perinatal di negara kita. Dengan kata-kata ini saya dengan segala sukacitanya merasmikan Persidangan ini dan melancarkan Projek Prenatal Malaysia.

27

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA PEMBUKAAN RASMI LEBUHRAYA PAPAR KE SINDUMIN DI NEGERI SABAH 17HB. NOVEMBER, 1981

S

aya mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudara sekalian kerana telah memberikan sambutan yang sangat meriah kepada saya pada hari ini. Sebahagian besar daripada saudara-saudara sekalian telah datang beramai-ramai dari tempat-tempat yang jauh dan dari kawasan-kawasan pendalaman untuk bersama-sama menghadiri majlis ini. Di atas susah payah saudara-saudara semua saya sekali lagi mengucapkan terima kasih.

Saya merasa sukacita mengetahui bahawa projek lebuhraya Papar ke Sindumin ini yang sepanjang 68 batu dan berharga RM50 juta telah siap semenjak akhir tahun 1980 iaitu setelah tiga tahun dalam pembinaan. Ini adalah salah satu daripada projek-projek yang telah disiapkan mengikut jadual sungguhpun jadual itu telah dipanjangkan sedikit oleh sebab-sebab cuaca dan keadaan tanah. Di sini sukalah saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak di atas segala usaha untuk menyiapkan lebuhraya ini. Pembinaan lebuhraya Papar ke Sindumin ini adalah sebahagian daripada keseluruhan strategi untuk mempastikan bahawa Negeri Sabah mempunyai satu rangkaian jalanraya yang menghubungi satu bandar ke satu bandar dan dari bandar-bandar di sebelah barat dengan bandar-bandar di sebelah timur negeri Sabah ini. Lebuhrayalebuhraya yang dibina menjadi nadi dalam Pembangunan ekonomi dan sosial Negeri Sabah, terutamanya memandangkan pada masa ini N e g e r i Sabah sedang meningkatkan lagi usaha-usaha pembangunanya. Ia akan mendekatkan lagi hubungan di antara semua rakyat di Negeri Sabah. Dalam konteks Pembangunan, sistem perhubungan yang lengkap adalah asas bagi membolehkan rakyat menerokai aktivitiaktiviti ekonomi yang dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka. Dua lagi lebuhraya yang sedang di dalam pembinaan ialah lebuhraya Tamparuli ke Ranau dan lebuhraya Sempurna ke Lahad Datu. Lebuhraya Tamparuli ke Ranau yang panjangnya 44 batu dianggar memakan perbelanjaan sebanyak RM95 juta. Ia dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan. Pada masa ini dibina pada sebahagian besarnya mengikut aliran (alignment) jalan yang telah ada dan adalah dijangka siap dalam masa dua tahun lagi. Pembinaan lebuhraya dari Papar ke Sindumin ini bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan perhubungan rakyat Negeri Sabah, dari Kota Kinabalu ke Papar dan ke 28

Sindumin sahaja bahkan juga terus ke Negeri Sarawak di mana satu lagi lebuhraya dari Lawas ke Merapok sedang di dalam pembinaan. Dengan siapnya lebuhraya Lawas-Merapok sepanjang 18 batu itu pada akhir tahun ini, perjalanan dari Kota Kinabalu ke bandar-bandar dalam Negeri Sarawak akan dapat menjadi lebih cepat dan mudah. Dengan cara ini akan tercapailah tujuan Kerajaan bagi memperkukuhkan lagi perhubungan di antara rakyat Malaysia di kedua-dua negeri ini. Ini juga akan memudahkan pergerakan penduduk-penduduk, tenaga pekerja, alat-alat jentera yang penting untuk kemajuan dan pembangunan pertanian dan industri dalam kedua-dua Negeri ini. Di bawah Rancangan Malaysia Keempat, Kerajaan Persekutuan telah membuat peruntukan sebanyak RM5,918 juta bagi kemudahan-kemudahan infrustruktur asas seperti jalanraya, bekalan air, dan elektrik bagi seluruh negara kita. Daripada jumlah ini, Negeri Sabah telah diperuntukkan RM691.2 juta. Peruntukan untuk Negeri Sabah akan ditambah sekiranya perlu dan ada kemampuan untuk melaksanakan projek-projek tambahan. Pembinaan lebuhraya memanglah sukar dan memakan belanja yang banyak. Tetapi apabila satu-satu lebuhraya itu siap dan hendaklah diberikan perhatian yang sama seperti pembinaan jalanraya itu sendiri. Dalam usaha-usaha perancangan dan pembinaan infrastruktur pihak perancang bukan sahaja mesti mengambilkira aspek-aspek ekonomi projek itu, tetapi juga mestilah memikirkan bahawa orang ramai yang mana projek itu ditujukan adalah sedia untuk menerima dan merebut peluang-peluang dari pembinaan projek pembangunan itu. Dengan cara ini sesuatu projek itu akan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya terutama sekali oleh pihak yang menerimanya. Dalam hal ini pihak-pihak perancang hendaklah mengusahakan program-program pembangunan mereka secara bersepadu supaya sesuatu projek pembangunan ini dapat memberi faedah maksima kepada rakyat. Sebelum saya sudahi ucapan saya ini, sukalah saya memberikan tahniah kepada Kementerian Kerjaraya dan Kemudahan-kemudahan Awam Malaysia yang bertanggungjawab bagi pembinaan jalanraya-jalanraya Persekutuan di Negeri Sabah ini, kepada Kerajaan Negeri Sabah, dan kepada Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah yang menjadi badan pelaksana bagi projek-projek jalanraya ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pemandu yang mengandungi semua badan-badan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berkenaan yang telah menjalankan tugas-tugas mereka dengan baik dan sempurna. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, saya dengan sukacitanya mengistiharkan lebuhraya ini dibuka dengan rasminya.

29

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN MUKTAMAR ISLAM ABAD KE-15 HIJRAH KUALA LUMPUR 24HB. NOVEMBER, 1981

S

aya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur MuktaMar ini, terutamanya Yang Berhormat Datuk Muhammad Nasir selaku Pengerusi Jawatankuasa, yang telah sudi menjemput saya Menghadiri majlis ini. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk merasmikan perhimpunan yang penting ini.

Muktamar ini, pada hemat saya, adalah amat penting dan sesuai sekali dengan suasana dan tujuan perayaan Abad ke-15 Hijrah. Muktamar ini adalah ekoran kepada Seminar Kebangsaan Mengenai Konsep Pembangunan Dalam Islam yang dilangsungkan pada bulan Mac tahun ini. Saya mengambil pelunag ini untuk mengucapkan tahniah kepada penganjur Muktamar dan semua pihak yang telah memberi kerjasama dan berusaha menyelenggarakan persediaan Muktamar ini. Semoga segala usaha dan titik peluh semua pihak bagi menjayakan Muktamar ini akan diterima oleh Allah Subhanahu Wataala sebagai amalan yang diredhaiNya It is indeed an honour and a privilege for me to be given this opportunity to address this distinguished gathering of Muslim scholars and intellectuals gathered here to celebrate the advent of the 15th. Century of Hijrah in a manner most meaningful to Islam i.e by the serious discussion of the problems faced by Muslims in general and the spread of the teachings and practice of Islam among Muslims in particular. It is a symbol of Islamic ethical values that we do not make merry in our celebration of this significant event but instead we devote our time to the serious study of how to make Islam more and more a way of life of our Muslim brothers and sisters. Perhaps I may be permitted to draw attention to the lesson of the Hijrah- the flight of our Prophet Muhammad s.a.w from Mekkah to Madinah 1401 years ago. It was a flight from persecution - even from attempted murder by the treacherous Quraish. It could have been an inglorious episode. But instead the Hijrah marked such an important milestone in the spread of Islam that it was accepted as the beginning of the Islamic era. The Hijrah is remembered and revered because it was not a retreat but rather a move or a manoeuvre to strengthen Islam. And indeed following the Hijrah to Madinah the spread of Islam gained momentum until eventually the faithful were able to return to Mekkah in victory. The Hijrah was indeed the turning point wherein 30

Islam which was confined to a few in Mekkah became the religion of 900 million people in the world today. There is a lesson to be learnt here. Islam is not spread by battering our heads against stone walls, by obstinacy and foolhardiness and certainly not by arrogance and by force. Islam is spread by wisdom and strategy; wisdom to know and recognise our weaknesses as much as our strength, and knowing these, to plan our strategy. The weakness of today may be the strength of tomorrow. A step back may mean many steps forward later on. Allah is always with us, if only we will exert ourself to help ourself. The Hijrah has inspired and sustained many Muslims even in the blackest hour. It has helped many to soldier on. I hope that the Hijrah will hold this meaning to all Muslims whether in defeat or in victory. There is no room for despair in our struggle, for Allah is with us always. As we gather here to ponder on the problems that we face in upholding the teachings and practice of Islam, our minds cannot help but be filled with memories of the golden age of Islam - the age when civilization meant Islam and none other. The others were living in darkness when Islamic teachings raised man above the barbaric ways of their past. But then this glorious period passed away and Islam at the beginning of 20th century of Al-Masihi was totally dominated or overshadowed by others. There was hardly a Muslim community which was not ruled by others or at least dominated. The Muslims were divided and fragmented and all their wealth was taken away from them. They became the poorest and the most dependent of people. We can blame others for our fall from glory, for the sad fate of the Muslims and Islam. We can bewail the fact that our skills and our knowledge have been removed from us and copied. We can condemn the treachery of others. But all our outpourings and condemnation will be of no avail, for we have no power to force others to do what we want them to do for us. If we are sincere and truthful to ourselves and to Islam we must admit that much of what has befallen us is due to our own fault as much as the glorious period of Islam was due to our practicing the true teachings of Islam. When Islam urges us to acquire knowledge we chose to divide knowledge into spiritual and non-spiritual and we reject what we termed non-spiritual knowledge. When Islam urges us to be prepared to defend ourselves we chose to ignore that war cannot always be fought with horses and camels and swords, that new weapons are needed. Consequently we were defeated. When Islam urges tolerance, we chose to be arrogant and to force upon others that which we have no power to do. When Islam permits the acquisition of wealth and that giving is better than receiving, we chose to glorify poverty and honour those who beg from others. And there are many other things that we do and in fact preach which are contrary not only to the teachings of Islam but to its very spirit. 31

These are our faults and because of them we are now weak and have to beg for even the needs for defending Islam. Allah in His infinite wisdom has lately granted the Muslims untold wealth. But instead of seizing upon this opportunity to regain our strength we squander them on needless luxuries while at the same time we quarrel over the right usage of such wealth. And so despite the bounty of Allah we are still dependent upon others for our well-being and our security. This is not the theme of our Muktamar but I do not think it is out of place to remind ourselves that our salvation lies with us, Insya-Allah. We have no right to presume that Allah will provide for us merely because we are followers of the true religion and we perform the ibadah strictly and regularly. For Him to help us we have to make the efforts to help ourselves. If Allah so wished all the Quraish would have embraced Islam. But Allah sent Muhammad Rasullullah s.a.w. to explain His Message and to show the light and Muhammad had to work at preaching Islam for 23 years before Allah declared that Islam was finally the complete religion. If the Prophet of Allah had to work, surely we who are mere followers of Islam, we with our weaknesses and our faults have to work even harder. Ibadah is not just the performance of fardu'ain. In Islam everything that we do for the sake of Islam is ibadah. Certainly the acquisition of knowledge, the willingness to work hard and to subject ourselves to discpline are all ibadah in Islam for they give strength and security to the Muslims and to Islam. This Muktamar is concerned with dakwah and the problems associated with it. It is enjoined upon everyone of us to spread the correct teachings of Islam among the Muslims although among us there must always be a group of people who will call upon us to do what is good and to abstain from what is bad and to preach Islam. It is our duty, and the duty particularly of the ulamahs to solve the problems of dakwah. The spread of the teachings of Islam among the Muslims should not really be a problem. We presume that the propagators of Islam would know what is the correct teaching and would only propagate what is right. But alas some of the followers of Islam are often ignorant and without the ability to distinguish what is right from what is wrong, and the propagators too might be ignorant or worse still might be moved by objectives other than sincere dakwah. Consequently wrongful and deviationist teachings are often propagated. This has been so not only now but throughout the history of Islam. I am aware that there are scholars who advocate absolute freedom for anyone wishing to propagate Islam. It is not for me to say whether such absolute freedom is right or wrong. But we have today many sects which started among Muslims but which are now no longer recognised as Islamic. Still these sects flourish and still call themselves followers of Islam. And many are the people who are misled by these sects and have for practical purpose discarded Islam. We now declare some of these sects as unlslamic and do not allow them to preach among Muslims just as we do not allow the propagators of other religions to preach among Muslims. But if we say that we should be absolutely liberal, why do we 32

prevent these people from preaching among us. We do so because we know that if these people are allowed to preach then some Muslims will be misled and confused and will no longer be Muslims who follow the Quran and the Sunnah. There are people who would like to mislead and confuse Muslims and even destroy their faith in Islam. A lot of books on Islam are written by Zionists and others and these people have no intention to propagate the teachings of Islam. A the same time there are a lot of Muslims whose knowledge of Islam is minimal. The consequence of allowing everyone to preach Islam could be confusion and loss of faith among those Muslims who are unable to distinguish between what is right and what is wrong. There are also those among Muslims whose preaching of Islam are directed towards other objectives. For these people wrong interpretations are of minor consideration as long as they achieve their real objectives. The result would be to pollute the teachings of Islam with extraneous matters or even to render Muslims unIslamic. The history of Islam is replete with accounts of how deviationist sects were formed and how assasinations became a weapon for a few of these sects. Today once again we see the emergence of such sects. In Malaysia itself we have seen a murderous attempt made on innocent bystanders and public servants by a group of deviationists. And of course in many villages, Muslims are divided against each other to the extent that they will not pray in the same mosque, will not recognise marriages solemnised by people they dislike or say funeral prayers over the bodies of brother Muslims whom they have arbitrarily condemned as non-Muslims. Religion is not mere ideology. It is a deep commitment that cannot be changed easily, once a faith is accepted, it is most difficult to change the faith. Similary once an interpretation of the religious belief is accepted, it is almost imposibble, especially among Muslims, to correct or change the interpretation. Among Muslims the followers of one sect will not readily accept the practice of other sects, even though they may accept the other sect as Islamic. Of course when they regard a sect as unlslamic they will not allow themselves to be influenced. On the other hand the followers of the sect condemned as unlslamic may consider the condemnation as wrong, and that their own interpretation of Islam is the right interpretation. Consequently they will adhere to their wrong interpretation come what may. To them, they are the ones with the right interpretation and they will therefore cling to it with tenacity. It can be seen that once a wrong interpretation is accepted, it is difficult or almost imposibble to correct it. This is so because religion is largely a matter of faith, most of which is unquestioning. It is not entirely a matter of logic or reason which can be argued with and proven wrong. And religion among those lacking in learning and knowledge both of the religion itself and of worldly matters is likely to involve greater commitment than with the knowledgeable. The importance of the dakwah is obvious here. If the correct and accepted teachings of Islam are propagated then we would be fulfilling the injunctions of the 33

Quran. But to spread the wrong interpretation of Islam cannot be interpreted as dakwah. It is indeed the antithesis of dakwah and a Muslim community would be failing in its duty if it was to stand by while someone is blatantly undermining the faith of the Muslims. Islam does not elevate the absolute freedom of the individual into an article of faith as it is now being regarded in western countries. The Muslim individual is enjoined to relate himself to Allah and to the community i.e. the community in which he lives. He may not do what is injurious to the community particularly in the pursuit of his own selfish gains. The concept of total and absolute individual freedom has no place in a Muslim community. The good Muslim must consider the interests and the good of the community in all that he does. The community has a right to protect itself from the individual members of the community if such individuals propose to damage or misled the community or some of its members. Western concepts of the rights of individuals has resulted in the destruction of moral values. Thus the phenomenon of streakers who run naked in public as a demonstration of the freedom of the individuals. Such is the value placed on individual rights that the public do not feel scandalised by such bahaviour. Instead the newspapers report this event with glee. Similarly, again as a demonstration of the rights of individuals, the most atrocious clothing are worn, faces are painted, drugs are taken and orgies held. The community does not really do anything to prevent what was once regarded even by Western cultures as depravity. Everyone it seems should be allowed to do their own thing. Islam does not subscribe to such individual freedom. There are codes of behaviour which must be adhered to in the Islamic community. Similarly in the teaching or propagation of Islam the Muslim community has a duty to ensure that individualistic and perverted teachings which are damaging to Islam are not allowed to go on unchecked. Another aspect of the dakwah which merits the attention of this Muktamar is the faith and understanding of Islam among those who has only recently embraced Islam. In Malaysia we have seen many instances where large numbers of people embrace Islam but are subsequently left to their own devices. This is so because we find it extremely difficult to get Muslims willing to work and teach among these new brothers who live in remote areas under primitive conditions. Yet we find many Muslims willing to give up everything in oerder to involve in dakwah among those whose knowledge and practise of Islam are already considerable - or at least much more than those who have newly embraced Islam. There is new fervour among Muslims of all strata and calling. We now find doctors, engineers, sociologists, accountants who are willing to devote much time on dakwah. Indeed some of these people in their fervour have decided to give up their 34

vocations entirely in order to participate in the dakwah - such is their commitment, however misguided. Unfortunately very few of these people are willing to work among our new brothers and sisters in order to enlighten them on Islam. What is needed is not the giving up of everything worldly in order to become a mendicant in the service of Allah, and thereby gain merit exclusively for oneself. As a Muslim, our sacrifice should be not only in the performance of those ibadah are for oneself only but also those which will help bring Islamic enlightenment to our less fortunate brothers and sisters who by the grace of Allah have chosen to embrace Islam. Dakwah that concentrates on the already knowledgeable in Islam in order to achieve near perfection in the adherence to the teachings of Islam is enjoined upon. But surely those who are ignorant of most of the tenets of Islam because they have only just embraced the religion of Allah, surely they cannot be forced to wait while we seek to ensure that our knowledge and practice of Islam is beyond reproach. Such an attitude would imply a selfishness that is quite unlslamic. Islam is blessed in having so many Muslim scholars and intellectuals who are willing to travel thousands of miles to Malaysia in order to discuss the problems Muslims and the duty of spreading the teachings of Islam among Muslims. But we also need to have Muslims who may not be great scholars or intellectuals but who are willing to spread the teachings of Islam among our new brothers in the remote areas of Malaysia. We do not require that they give up all their professions. Indeed if they are doctors and social workers, they would be very useful practising their skills among the sick and the ailing in the new Muslim communities. I leave this to our Islamic conscience. The Malaysian Government is willing to help in every way to strengthen and make effective the dakwah activities. I would like to assure you that the Government is fully commited to this task. Let us not waste our time in destroying in order to build. That is not necessary at all. What is required is to build on whatever strength we have. And I can assure you that in Malaysia we have a lot that can be put in the service of the dakwah. I pray to Allah s.w.t. that He will guide you in your deliberations. I pray to Allah that this conference will not be just another intellectual exercise but will indeed contribute in a tangible way towards solving the multitude of problems that face the Muslim world, particularly those concerned with dakwah. With these prayers I now declare this Muktamar open.

35

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN KURSUS AGAMA ANJURAN BIRO AGAMA UMNO MALAYSIA DI DEWAN UMNO, 27HB. NOVEMBER, 1981

S

ebelum saya sentuh tajuk persidangan ini ingin saya memberi sedikit gambaran tentang keadaan di sekitar U M N O sebagai sebuah parti Islam yang terbesar dan utama di Malaysia dan persekitaran orang Islam di zaman ini juga. Persekitaran merupakan satu keadaan dan faktor yang penting kerana kita tidak hidup dalam suasana yang kosong di mana kita sahaja wujud dan orang lain tidak wujud. Sebaliknya adalah nyata sekali bahawa kita hidup dalam satu alam yang bukan sahaja penghuninya terdiri daripada lain-lain makhluk Allah tetapi makhluk ini pula adalah berbeza-beza rupa bentuk dan sifatnya. Manusia yang ada di sekelililng kita adalah berbeza antara satu dengan lain sehingga mereka sering bermusuh-musuhan kerana timbulnya pendapat dan kepercayaan yang berbeza-beza. Perbezaan juga terdapat di kalangan mereka yang seagama. Perbezaan ini kadang-kadang begitu nyata dan ketara sekali sehingga sukar sekali untuk kita mencari dan mengenal persamaannya. Demikianlah juga jika kita bandingkan orang-orang Islam daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan orang-orang syiah. Terdapat pula ramai yang menganggap diri mereka sebagai orang Islam sedangkan kepercayaan mereka sudah terkeluar daripada ajaran Islam, umpamanya kaum Kadiani.

Persekitaran kita tidak terhad kepada keadaan semasa, atau keadaan dunia sekarang ini. Kita mempunyai sejarah-sejarah yang mulia dan bahagia dan juga sejarah yang menghina. Adakalanya dalam sejarah, sesuatu bangsa atau kumpulan agama dihormati kerana kekuatan dan kekayaannya, dan ada pula masanya yang bangsa dan kumpulan yang sama itu menjadi lemah dan ditindas oleh kaum lain atau penganut agama lain. Dan ada masanya sesuatu kaum itu telah dimusnahkan terus sehingga tidak wujud lagi dengan tidak meninggalkan apa-apa bekas atau kesan. Hakikat persekitaran dari segi keadaan semasa dan dari segi sejarah adalah perkara yang perlu diambilkira kerana tidak mungkin sesuatu golongan atau kumpulan itu berada sebagai kumpulan tunggal dan wujud secara tersendiri di dunia ini. Allah telah berfirman bahawa manusia dijadikan bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, dan bukanlah tujuan Allah S.W.T mengadakan suku-suku atau bangsa-bangsa itu untuk mengasingkan mereka di antara satu dengan yang lain, tetapi sebaliknya tujuannya ialah supaya mereka berkenal-kenalan dan berbaik-baik. Nyatalah bahawa wujudnya berbagai kaum dan bangsa yang berbeza-beza adalah dengan kehendak Allah dan oleh itu mempunyai hikmatnya. Perlunya sesuatu kaum atau bangsa itu hidup di 36

dalam satu persekitaran atau suasana di mana terdapat berbagai-bagai kaum dan bangsa adalah juga kehendak Allah. Fahaman tentang adanya lain-lain kaum dan lain-lain bangsa dalam suasana atau persekitaran sesuatu bangsa itu adalah amat penting bagi orang Islam; orang-orang U M N O yang semuanya adalah Islam juga harus memahaminya. Hakikat ini adalah diiktiraf dan diakui oleh seluruh dunia Islam. Dalam Persidangan Negara-negara Islam di Taif pada awal tahun ini yang hadir bukan sahaja peserta-peserta Islam tetapi juga peserta-peserta Kristian yang mewakili beberapa buah negara Islam. Seorang paderi Kristian telah menyampaikan ucapan kepada persidangan tersebut dan seorang lagi Paderi Kristian dari Palestin telah menghantar perutusan ucap selamat bersidang dan kejayaan. Ramai pula paderi-paderi daripada berbagai-bagai mazhab agama Kristian yang hadir sebagai pemerhati di persidangan di Taif itu. Islam berkembang dari Tanah Arab hingga meliputi seluruh dunia dengan mengambilkira faktor-faktor persekitarannya. Bahkan perkembangan Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w. telah menitikberatkan keadaan di sekelilingnya. Adakalanya satu langkah ke belakang perlu diambil untuk membolehkan dua langkah ke hadapan diambil kemudiannya. Pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w. pernah dihantar berpindah ke negara Kristian supaya selamat dari penindasan kaum jahiliah di Mekah. Begitu juga Rasulullah s.a.w. sendiri telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya berhijrah ke Madinah demi keselamatan Baginda bagi membolehkan Baginda mengatur strategi untuk mengatasi kaum jahiliah dan mengembangkan agama Islam. Demikianlah pentingnya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah sehingga tarikh penghijrahan ini diakui dan ditentukan sebagai tarikh permulaan perkiraan takwim atau kalendar dalam Islam. Tidak sesiapa pun boleh menafikan bahawa tindakan mengambilkira keadaan sekeliling atau persekitaran dalam menjaga keselamatan orang Islam dan bagi pengembangan agama Islam adalah suatu yang diizin dan disuruh oleh Islam. Islam tidak menyuruh penganutnya bersikap angkuh dan bertindak secara buta-tuli. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah melengkap dan menyempurnakan agama Islam melalui Nabi terakhir junjungan kita Muhammad s.a.w. Ada mereka yang berpendapat bahawa oleh sebab agama Islam serta peraturan-peraturannya telah lengkap, yang perlu ialah dilaksanakan sahaja segala ajaran Islam sebagaimana dibuat oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. tanpa lain-lain pertimbangan lagi. Pendapat ini adalah pendapat yang tidak berasas kepada fahaman yang mendalam terhadap strategi bagi mengamal dan mengembangkan agama Islam dalam keadaan dan suasana tertentu. Bagi menjelaskan perkara ini cuba kita tinjau umat Islam yang hidup sebagai golongan minoriti yang kecil di negara-negara yang diperintah oleh bukan Islam. Pemerintahan bukan Islam ini tidak mengizinkan undang-undang Islam dilaksana dan dikuatkuasakan walaupun di kalangan golongan minoriti Islam sahaja, jauh sekali dari menjadi amalan negara tersebut. Apakah ini bermakna bahawa semua golongan minoriti Islam di negara-negara bukan Islam itu tidak Islam, atau tidak mahu mematuhi ajaran Islam, atau kurang Islam? Sebenarnya mereka adalah Islam dan perbuatan mereka adalah perbuatan yang diizinkan oleh Islam dalam keadaan darurat yang mereka hadapi. 37

Umat Islam sekarang sedang berada di dunia yang sebahagian besar penduduknya ialah bukan Islam. Sementara di zaman keagungan Islam, orang Islam memiliki segala pengetahuan dan menguasai dunia baik dari segi ekonomi, pengetahuan, ketenteraan atau politik. Di zaman kita ini, kerana kelalaian orang Islam sendiri, ekonomi, pengetahuan, ketenteraan dan politik dunia dikuasai oleh orang bukan Islam. Hendak tak hendak orang Islam terpaksa "meminta-minta" daripada orang bukan Islam dalam hampir semua bidang, selain dari bidang rohaniah. Oleh kerana ini, walaupun orang Islam berjumlah 900 juta, mereka menjadi "minoriti" yang lemah di dunia. Kita tidak dapat bersaing, jauh sekali menandingi orang bukan Islam dalam bidang ekonomi, pengetahuan, ketenteraan atau politik. Mereka yang mendakwa negara mereka sebagai negara Islam dengan penduduk yang seratus peratus Islam pun tidak berhenti-henti "meminta-minta" dari orang lain untuk menjaga keselamatan orang Islam. Kita sedar bahawa sistem politik dan ekonomi Barat telah berakar-umbi dengan teguhnya di dunia. Sebagai kumpulan minoriti di dunia, kita masyarakat Islam tidak dapat memaksa dunia menerima sistem politik dan ekonomi Islam. Sebaliknya, untuk menjaga kepentingan Islam, Islam mnegizinkan kita mengambil tindakan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam walaupun tidak berasal dari sistem Islam. Dalam keadaan darurat kita diharuskan "flexibility" yang lebih luas lagi. Dan bagi ramai dari kita, keadaan adalah cemas dan merupakan darurat. Sistem kewangan dunia yang digunakan sekarang yang bergantung bukan sahaja kepada penggunaan emas dan perak, tetapi wang kertas dan cek bukanlah dari sistem Islam. Dari sistem ini telah wujud sistem bank, penukaran wang, surat-janji, pengadilan janji-janji perdagangan, pelaburan, ekspot-import, insurans dan lain-lain lagi. Sistem ini menguasai seluruh dunia sehingga kita tidak dapat tidak mesti menggunakannya. Kita juga tidak dapat mengasingkan diri dari dunia bukan Islam. Apakah dapat kita mengeluarkan minyak dan lain-lain bahan tetapi tidak menjual kepada orang bukan Islam. Sebaliknya jika kita tidak memperdulikan kekayaan yang dikurniakan Allah dan ingin hidup seperti zaman purba, kebolehan kita mempertahankan diri jika diancam oleh musuh dari dunia luar adalah tipis sekali. Kita mungkin kalah dan akan ditakluk. Menerima dan mengamalkan sistem lain sedangkan Islam mempunyai sistemnya sendiri mungkin menjadikan kita seolah-olah tidak menghiraukan ajaran Islam. Tetapi sepertimana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah, iaitu berundur untuk menyelamatkan Islam untuk masa depan, tidaklah juga salah jika kita pada hakikatnya membuat perbuatan yang sama kerana hendak menyelamatkan diri kita dan menyediakan diri untuk kemenangan kemudian. Cuba kita kajikan hakikat yang sebenar. Di mana-mana juga dalam dunia Islam, bank dan sistem bank barat wujud. Dalam keadaan yang mana wang yang banyak didapati oleh negara Islam sebagai pendapatan daripada sumber minyak, masalah pengurusan wang yang bertimbun-timbun ini telah menjadi masalah yang besar. Tidak semua benda boleh dibeli dengan wang yang banyak ini sama ada di dalam negeri sendiri ataupun dari negeri-negeri Islam yang lain. Jika wang yang banyak ini 38

dibelanjakan untuk membeli barang dari negara barat, maka baratlah yang akhirnya mendapat keuntungan daripada pengeluaran minyak di negara-negara Islam. Sebenarnya sebahagian besar hasil daripada kekayaan minyak adalah digunakan untuk membeli "sejuta satu" barang dan alat kelengkapan dari barat yang memberi keuntungan besar kepada mereka. Tetapi, bakinya masih banyak lagi. Jika wang ini disimpan sahaja, nilainya tetap akan merosot kerana inflasi yang teruk yang mel'anda dunia termasuk negara-negara pengeluaran minyak. Ada mereka yang menyimpan wang ini tanpa menerima faedah. Tetapi semua tempat simpanan wang, sama ada bank atau institusi lain menggunakan wang yang disimpan dengan mereka untuk diberi sebagai pinjaman dengan faedah. Akibatnya sementara individu Islam tidak menerima faedah sendiri, maka keuntungan dari faedah dapat kepada orang yang bukan Islam. Sebenarnya banyak bank kepunyaan orang Zionis mendapat untung dari menyimpan wang orang Islam dan keuntungan ini sebahagiannya tentulah diguna untuk kepentingan Israel. Untuk mengurus wang yang ber'Billion-billion' Ringgit, tak mungkin wang tunai, sama ada wang kertas, atau emas, atau perak digunakan. Cek-cek dan lain-lain surat janji terpaksalah diguna. Semua ini adalah sebahagian dari sistem bank barat. Oleh kerana itu bank-bank tumbuh seperti cendawan di negara Islam terutamanya semenjak zaman minyak mahal. Sebenarnya perniagaan bank merupakan salah satu perniagaan yang terbesar sekali dalam dunia Islam kerana orang Islam tidak mempunyai teknologi dan pengetahuan yang secukupnya dalam bidang pembuatan barang-barang dan lain-lain bidang perusahan dan perniagaan. Adalah jelas sekali bahawa setengah-setengah negara Islam terperangkap dengan kekayaan mereka sendiri. Tetapi wujudnya terlalu banyak perniagaan bank bukanlah sesuatu yang patut diterima baik oleh orang Islam. Kita cuma dapat menerima keadaan ini sebagai sesuatu yang sementara sahaja. Tetapi sebelum kita dapat berpindah kepada aktiviti ekonomi yang diizinkan oleh Islam, kita perlulah menguasai segala pengetahuan dalam bidang ini. Jika kita secara buta-tuli cuba mencebur diri dalam bidang yang kita tidak mempunyai pengetahuan yang cukup, kita akan ditipu sepertimana negara Islam telah ditipu selama hampir 100 tahun untuk menjual minyak dengan harga yang amat murah. Kita boleh menyalahkan orang yang menipu kita tetapi kita tidak boleh melepaskan diri kita sendiri daripada perbuatan tidak menghiraukan ajaran agama Islam supaya kita menuntut ilmu. Kerana tidak ada ilmulah kita tidak dapat mengeluarkan minyak yang ada dibumi kita dan tidak tahu menapis dan memasarnya. Kerana tidak ada ilmulah, kita tidak dapat mengadakan perniagaan dan perusahaan yang sesuai bagi kepentingan kita. Kesalahan adalah pada diri kita, terutamanya mereka yang sengaja menghalang penguasaan ilmu oleh kita. Di waktu ini, walaupun negara-negara Islam ingin mempraktikkan sistem ekonomi Islam sepenuhnya, hakikatnya ialah dalam dunia yang ekonominya ditakluk oleh orang lain kita tidak harus mengambil tindakan yang melulu yang boleh melemahkan kita lagi. Kita juga tidak mungkin mengasingkan diri. Membuang barang buatan orang bukan Islam tidak akan menjadikan kita lebih Islam atau boleh menyelamatkan kita. 39

Begitu juga cuma memakai pakaian yang kita reka dan kita namakan pakaian Islam tidak juga akan menyelamatkan kita. Hanya dengan menguasai ilmu dan kebolehan yang diperlukan barulah dapat kita menyelamatkan diri kita. Kita harus faham latarbelakang Islam dalam negara kita dan latarbelakang Islam dalam dunia moden. Kita harus faham kerana kita bertanggungjawab terhadap keselamatan Islam dan orang-orang Islam. Jika masyaraat Islam membuat sesuatu kerana keangkuhan atau kerana nafsu, atau membiar sesuatu yang merbahaya berlaku kerana tidak mengambilkira kemampuan mereka, dan kerana perbuatan mereka Islam dan orang Islam terjerat dan terpaksa tunduk kepada orang lain, dan mungkin pula terpaksa berpisah dari agama Islam maka merekalah yang bersalah, merekalah yang sebenarnya memisahkan orang Islam dari agama mereka. Merekalah yang berdosa. Sebab itu kita harus faham dan kita harus berhati-hati. Kita tidak mahu nasib orang Afghan menimpa kita. Hari ini beberapa negara Islam sudah menjadi negara Komunis yang menolak Allah S.W.T. kerana kelemahan orang Islam sendiri. Mereka tidak berupaya mempertahankan diri mereka dari serangan ideologi dan fizikal musuh Islam. U M N O dan ahli-ahlinya perlu faham keadaan persekitaran. Segala tindakan yang diambil hendaklah berdasarkan kepada kesedaran terhadap persekitaran dan keupayaan diri sendiri. Kita hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan supaya kelemahan kita tidak menghalang pelaksanaan ajaran Islam. U M N O sebagai sebuah parti Islam mempraktikkan segala yang disuruh oleh Islam. Mungkin ada orang yang menuduh bahawa U M N O sebagai parti yang memerintah tidak melaksanakan semua undang-undang Islam. Ini tidaklah benar kerana apa yang kita buat adalah mengikut landasan yang diizinkan oleh Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Langkah-langkah yang cermat dan berhati-hati adalah selaras dengan kehendak Islam. Sebaliknya, mereka yang menuduh UMNOlah yang tidak menurut hukum Islam. Dan ini boleh kita buktikan bila-bila sahaja. Walaupun demikian U M N O sebagai parti Islam tidak akan bersikap sebagai musuh kepada mereka yang menuduh secara melulu itu. Kita bersedia untuk mendampingi mereka, untuk berbaik-baik dengan mereka dan untuk bekerjasama dengan mereka. Kita bersedia kerana kita ingin membuat apa yang disuruh oleh Islam dan apa yang boleh kita buat untuk Islam. Jika kita menegur, jika kita mengambil tindakan untuk menghalang perbuatan kafir-mengkafir, perbuatan pulau-memulau, perbuatan berjemaah berasingan, perbuatan tidak mahu menunaikan fardhu kifayah, ini semua kita buat kerana kita adalah orang Islam yang mahu patuh kepada hukum-hukum Islam. Sebagai orang Islam, sebagai Parti Islam dan sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab kepada orang Islam dan agama Islam di negara ini, adalah menjadi satu kesalahan besar dan berdosa jika kita lihat satu kesalahan dibuat terhadap agama Islam tetapi kita tidak mengambil tindakan, sedangkan kita berupaya mengambil tindakan. 40

U M N O sebagai parti Islam dan pendukung agama Islam dalam Kerajaan yang memerintah sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam mempunyai tanggungjawab yang berat. Kita tidak bertindak kerana ingin memenangi pertandingan politik. Kita bertindak kerana kehendak Islam dan ajarannya. Siapa juga yang berpegang kepada pendapat ini adalah kawan kita. Siapa yang mencabul agama Islam akan kita tentang. Tetapi jika mereka insaf dan berbalik kepada ajaran Islam, kita akan menerima mereka. Kesalahan mereka dahulu akan dibalas oleh Allah S.W.T. Yang kita boleh buat ialah menerima mereka yang telah sedar mengenai kesalahan mereka. Bukanlah bagi kita untuk membaca apa yang tersemat di dalam hati mereka. Yang kita perlu terima sebagai manusia biasa ialah apa yang nyata kepada kita sahaja. Ini adalah prinsip dan asas perjuangan UMNO sebagai parti Islam di Malaysia. Ini, saudara-saudari sebagai pemimpin parti U M N O harus tahu. Tidak harus ada kekeliruan di kalangan ahli U M N O tentang peranan U M N O sebagai pendukung agama Islam. Dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan kursus agama ini.

41

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MERANGKAP MENTERI PERTAHANAN DI UPACARA PENYAMPAIAN DIPLOMA MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA 3HB. DISEMBER, 1981

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya hadir di Upacara Penyampaian Diploma Maktab Tunis. Angkatan Tentera pada tahun ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Komandan khususnya dan Lembaga Maktab amnya kerana mengundang saya untuk menyampaikan diploma-diploma kepada graduan-graduan Maktab ini.

Saya sukacita mendengar bahawa Maktab Tunis Angkatan Tentera telah berjaya mengeluarkan bilangan pegawai-pegawai yang berkelayakan 'lulus maktab turus' (lmt) atau 'pass staff college' (psc) yang begitu besar. Dari permulaan yang kecil lagi sederhana sebelas tahun dahulu, Maktab Turus Angkatan Tentera telah mencapai banyak kemajuan. Bilangan pegawai-pegawai tentera sendiri dan dari seberang laut yang menjalani kursus turus di Maktab ini telah meningkat dengan begitu banyak. Kemampuan Angkatan Tentera untuk berdikari dalam bidang pengajian tinggi ketenteraan adalah sejajar dengan matlamat Kerajaan. Saya ucapkan tahniah kepada Panglima Angkatan Tentera, Lembaga Maktab, Komandan dan Staf Maktab, dahulu dan sekarang atas usaha dan sumbangan mereka terhadap kemajuan dan kejayaan yang telah dicapai oleh Maktab setakat ini. Saya percaya dan yakin kemajuan ini akan berterusan dalam tahun-tahun akan datang. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada para graduan yang sebentar lagi akan dianugerahkan dengan diploma kelulusan Maktab Turus Angkatan Tentera, Haigate. Tuan-tuan haruslah berpuashati kerana telah berkursus di Haigate ini sebagai suatu langkah kemajuan. Di sini tuan-tuan telah menjalani satu kursus yang telah disesuaikan kepada keperluan Angkatan Tentera kita sendiri. Apa yang tuan-tuan pelajari di Haigate adalah untuk mengatasi masalah-masalah yang sudah dan akan tuan-tuan hadapi dalam urusan harian tuan-tuan sebagai pegawai turus atau pemerintah. Oleh itu, tuan-tuan adalah lebih bersedia dan lengkap dari rakan-rakan sejawat tuan-tuan yang menghadiri kursus yang sama di seberang laut. Saya ingin mengingatkan tuan-tuan sekalian bahawa urusan tuan-tuan tidak habis di Haigate sahaja. Pengajian yang tuan-tuan perolehi itu adalah persiapan dan kelengkapan bagi tuan-tuan menempoh peringkat baru iaitu peringkat pertengahan dalam perkhidmatan atau profesion tuan-tuan. Dengan kelayakan baru ini, tuan-tuan 42

akan diberi tanggungjawab yang lebih dari dahulu. Dengan itu, saya menyeru kepada tuan-tuan sekalian supaya mengumpulkan segala kepintaran tuan-tuan untuk menghadapi keadaan dan cabaran dalam tahun-tahun lapan puluhan ini. Para hadirin sekalian, sudahpun termaklum bahawa dalam Rancangan Malaysia Keempat, Kerajaan telahpun melancarkan satu Rancangan Perkembangan Angkatan Tentera yang terbesar pernah diusahakan. Ini membuktikan perhatian berat yang diberikan oleh Kerajaan kepada pertahanan dan keselamatan negara. Dengan peruntukan ini, Angkatan Tentera kita akan bukan sahaja diperbesarkan dari segi bilangan anggotanya tetapi lebih penting lagi akan diperkuatkan dengan mengganti dan menambah alat-alat dan senjata-senjata yang kemaskini, 'sophisticated' dan sesuai untuk keperluan kita sendiri. Sebagai sebuah negara yang masih membangun, adalah sukar bagi kita untuk membeli alat-alat yang 'sophisticated' yang begitu mahal dengan banyak. Kita hendaklah sentiasa sedar akan hakikat ini. Oleh yang demikian, kita bukan sahaja perlu, malahan wajib, menggunakan peruntukan yang ditetapkan bagi urusan pertahanan itu dengan sebaik-baiknya dan dengan cara yang paling berkesan. Untuk mencapai objektif ini, kita memerlukan daya pengurusan dan pentadbiran pertahanan yang cekap dan strategi pertahanan yang efektif. Dengan adanya daya pengurusan yang cekap dan efektif, dapatlah kita mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran atau 'wastage' dan mengurus pembekalan kelengkapan serta kemudahan untuk Angkatan Tentera kita secara maksima. Pengurusan yang baik juga akan menjamin perlaksanaan rancangan-rancangan yang melibatkan kebajikan anggota-anggota tentera kita dan keluarga-keluarga mereka. Para hadirin sekalian, tuan-tuan juga sedia maklum bahawa segala rancangan yang disediakan oleh Kerajaan tentu sekali mencabar kebolehan kita semua untuk mempertinggikan usaha-usaha pertahanan kita sejajar dengan perkembangan 'economic interest' kita dan dengan perubahan yang dapat kita ramalkan di rantau ini yang mungkin kita hadapi dalam tahun-tahun akan datang. Ini bererti kita wajib mempertinggikan lagi mutu profesionalisme kita bukan sahaja dalam bidang taktik ketenteraan, bahkan juga dalam bidang pengurusan dalam Angkatan Tentera. Sukatan yang kita guna bagi memperkukuhkan kejayaan dalam bidang pengurusan ini semestinya termasuk daya usaha kita menyumbang tenaga dalam usaha Kerajaan mengatasi masalahmasalah sosial dan ekonomi. Dengan sebab itu, maka pengertian yang mendalam mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat adalah penting dan menjadi latarbelakang cara pemikiran kita. Hanya dengan menunjukkan kebijaksanaan dan dedikasi kita dalam cara melaksanakan tugas sahajalah kita akan boleh menunjukan teladan bahawa pertahanan negara ini adalah untuk memenuhi keperluan semua pihak dan sayugia membabit pihak masyarakat kita. Saya rasa dengan Kursus Turus yang tuantuan ikuti selama sebelas bulan ini, tuan-tuan berkeupayaan memberi perhatian yang sewajarnya kepada keadaan masyarakat yang begitu mencabar dewasa ini. Pada hemat saya, semua pegawai Kerajaan, termasuk pegawai tentera, mestilah mempunyai pengetahuan am yang luas dan sentiasa mengikuti perkembangan di dalam dan di luar negeri, terutama sekali mengenai pergolakan di rantau ini serta memahami implikasinya terhadap negara kita. Pengetahuan seperti ini amatlah 43

penting untuk merancang dan melaksanakan rancangan-rancangan pertahanan dan keselamatan negara. Saya difahamkan bahawa kursus tahun depan di Maktab ini akan terus dihadiri oleh pegawai-pegawai awam selain daripada pegawai-pegawai dari luar negeri dan Polis. Perlaksanaan rancangan pembesaran Kementerian Pertahanan melibatkan pelbagai agensi termasuk Perkhidmatan Awam. Untuk memastikan bahawa rancanganrancangan perkembangan ini dapat dilaksanakan dengan teratur, adalah perlu bagi pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam memahami keperluan-keperluan serta masalahmasalah pertahanan negara dan Angkatan Tentera. Di samping itu pula, pegawaipegawai tentera perlu memahami cara-cara dan masalah-masalah pentadbiran awam. Melalui persefahaman ini, baharulah dapat diwujudkan sikap yang positif yang akan menentukan kelicinan perlaksanaan rancangan-rancangan perkembangan Angkatan Tentera kita. Saya harap pegawai-pegawai dari Angkatan Tentera, Perkhidmatan Awam dan Polis akan menggunakan peluang ini untuk memupuk persefahaman yang lebih erat kerana ketiga-tiga bahagian ini wujud bukan kerana kepentingan masingmasing, tetapi kerana kepentingan negara. 'To all the overseas students of the College, I would like to congratulate you on your success. It is privilege to have you as students here and the college is proud to carry you on its roll of graduates. I trust that the knowledge you have gained at the Staff College will prove beneficial in your new duties in your own Armed Forces. I hope you have enjoyed your stay in Malaysia and I would like to express the hope that you will maintain the links you have etablished in our country during your stay here. I would like to extend my best wishes for the happiness and continued success in your military career." Sebagai penutup, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya menamatkan kursus tahun 1981 ini. Di samping itu, saya ingin juga memberi tahniah kepada isteri-isteri mereka yang secara langsung atau tidak langsung telah membolehkan suami mereka mencapai kejayaan dalam kursus ini. Saya berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga kita dapat menunaikan tugas-tugas kita pada masa akan datang dengan jaya dan berkesan.

44

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN HARI PELAWAT JAMBORI KEBANGSAAN PANDU PUTERI MALAYSIA DI UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA 12HB. DISEMBER, 1981

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia kerana menjemput saya dan memberi penghormatan kepada saya untuk berucap dan seterusnya merasmikan Hari Pelawat Jambori Pandu Puteri pada hari ini. Saya merasa sungguh gembira kerana dapat bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan di majlis ini. Persatuan Pandu Puteri bersama dengan lain-lain golongan masyarakat turut menyumbangkan tenaga di samping membantu di dalam kerja-kerja amal kepada masyarakat.

Saya percaya Jambori ini akan memberi peluang kepada peserta-peserta sekalian untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat sambil mempelajari dan mendalami cara hidup masing-masing yang berlatarbelakangkan cara hidup dan kebudayaan yang berlainan. Perhimpunan ini bukan sahaja dapat memupuk disiplin dan semangat toleransi serta persefahaman di kalangan pandu puteri sekalian tetapi juga dapat memberi sumbangan ke arah mengerat dan meningkatkan lagi perhubungan dan jalinan persaudaraan di kalangan masyarakat antarabangsa. It is an honour for me to be invited to address this gathering on the occasion of the Jamboree's Visitors' Day. I take this opportunity to congratulate the Girl Guides Association of Malaysia for its initiative and effort in organising this Jamboree. Though a little bit late to all the campers, especially those from overseas, I extend a very warm and hearty "Selamat Datang" to Malaysia. I hope your stay at this Camp as well as your visits are pleasant and enjoyable. At the same time, I hope the week-long activities at the camp will be a rewarding one. To the local campers who have come from the various states of Malaysia, this Jamboree does not only offer an opportunity for you to broaden your circle of friends but also to extend the bond of international friendship. The fact that this Jamboree is held at "Kem Indah" gives a special significance. Your decision to name this camp the "Camp of Beauty" is very appropriate indeed. It is indeed a camp of beauties. At the same time the experience at this camp with its natural beautiful environment should give rise to a beautiful feeling as a result of a combined mental and spiritual enlightenment and a true sense of understanding and sisterhood. This Jamboree held at this beautiful camp gives a special sense of close intimacy with nature. We are very much part of nature and there is very much to learn from nature. Camping which is a normal activity in guiding is a useful activity in bringing 45

members closer to nature. The natural setting with its open space, fresh air, and a lot of green everywhere gives us the feeling of peace and harmony for us to appreciate our place in the total system. Activities in this type of setting can give a special meaning and impact to our well-being especially as most of us live in artificially-created concrete jungles and are too busy to be able to commune with nature. I am sure your week long stay in this camp will enrich you with new experiences and help you to understand better your role as members of the guide movement and of your society. The future of a nation depends on the well-being and harmonious development of today's children. Children - whether boys or girls - are our most precious resource. We were young once and how we were moulded during this important stage of our development would inevitably determine the type of adults we are going to be. It is, therefore, important that this critical period should be filled with useful and beautiful experience and memories. Guiding is a movement which caters for the needs of the young and prepares them for adulthood. Guiding in this respect has focused rightly by providing a well-balanced training programme for young girls. Today we are living in a world where social ills are becoming quite an epidemic. The present generation is witnessing moral decay and drug abuse. Young boys and girls are becoming the targets of irresponsible "moral brokers" who push them into immoral activities. Misuse and abuse of drugs is socially destructive. Governments are burdened with a heavy task of ensuring that drug abuse will not plague our societies and reduce our young ones into irresponsible citizens and social misfits. It is equally the responsibility of adults as well as the young ones to ensure that drug culture is rejected and repulsed. To the guides, may I say that you are young and you have the facilities and amenities to prepare yourselves for the world of tomorrow. It is important that you learn to face the adult world and fulfil your duties and shoulder your responsibilities as good citizens. Your united efforts towards this end will contribute greatly to the progress of your community and nation. I understand that the cultural show which you have just presented is the highlight of the camp activities. Our culture is a manifestation of our way of life, our belief and our activities. Your show will not only add colour to the total camp activities but will also allow the participants from different backgrounds to have some glimpses of each other's heritage. In the process you will learn to appreciate the similarities and the differences in your varied way of life and learn to respect each other and see the beauty of each other's culture. I am glad the various ministries and departments, including the Tourist Development Corporation and the army as well as private individuals have contributed to the setting up of this "Kem Indah." I always believe that grit and cooperation are the main ingredients of success. I am confident that with the right spirit this Jamboree will be a success.

46

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA WAKTU STANDARD MALAYSIA 1981 DI DEWAN RAKYAT 21HB. DISEMBER, 1981

S

aya mohon mencadangkan supaya satu Rang Undang-undang bernama Akta Waktu Standard Malaysia 1981 dibacakan kali yang kedua.

Rang Undang-undang Akta ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan waktu rasmi bagi seluruh Malaysia mulai lhb. Januari, 1982 ini. Saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat tentu sudahpun faham mengenai tujuan untuk mengadakan satu waktu rasmi sahaja bagi seluruh negara. Sebagaimana Ahliahli Yang Berhormat maklum, kita sekarang ada dua waktu rasmi. Satu waktu rasmi bagi Semenanjung yang ditetapkan 7 1/2 jam terdahulu dari 'Greenwich Mean Time' (GMT) sejak tahun 1941 dahulu, dan satu lagi waktu rasmi bagi Sabah dan Sarawak yang telah ditetapkan 8 jam ke hadapan GMT. Perbezaan waktu Selama 1/2 jam ini membawa kepada perbezaan-perbezaan lain, antaranya yang paling ketara ialah perselisihan waktu mula dan tamat bekerja di antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Perselisihan dalam waktu bekerja ini telah merugikan waktu komunikasi rasmi semasa waktu pejabat selama lebih kurang 2 jam sehari di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk menghapuskan perbezaan yang wujud di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak walaupun pada hakikatnya kedua-dua Wilayah ini dipisah oleh lautan yang besar. Namun demikian, langkahlangkah bagi merapatkan perhubungan, mewujudkan saling persefahaman serta mengeratkan lagi ikatan silatulrahim di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak masih boleh diusahakan. Cadangan untuk menyeragamkan waktu rasmi bagi seluruh negara adalah merupakan salah satu usaha-usaha positif ke arah mencapai matlamat ini. Kerajaan telah mengkaji cadangan untuk menyeragamkan waktu rasmi bagi seluruh negara serta juga penentuan waktu yang sesuai untuk maksud ini. Waktu rasmi Sabah dan Sarawak sekarang ini, iaitu 8 jam terdahulu daripada G M T adalah dipilih sebagai waktu standard bagi Malaysia. Ini bermakna pada 11.30 malam, 31hb Disember 1981, waktu Semenanjung akan diubah 1/2 jam ke hadapan menjadikannya sama dengan pukul 12.00 tengah malam mengikut waktu Sabah dan Sarawak sekarang ini. Waktu Sabah dan Sarawak telah dipilih kerana waktu ini didapati lebih sesuai dari segi penjimatan ke atas waktu siang atau 'daylight saving' serta juga akibatnya ke atas keselesaan dan kebiasaan kehidupan rakyat Malaysia pada keseluruhannya. Adalah disedari bahawa pemilihan waktu ini yang memerlukan 47

Semenanjung mempercepatkan waktunya selama 1/2 jam memerlukan pembiasaan oleh rakyat dalam kehidupan mereka sehari-hari. Ini, saya yakin, akan dicapai dengan secepat mungkin. Satu lagi sebab mengapa waktu Sabah dan Sarawak dipilih ialah mengikut amalan antarabangsa perbezaan waktu di antara satu zon dengan zon yang berikutnya adalah satu jam dan waktu Sabah dan Sarawak didapati menepati prinsip perbezaan itu. Sekiranya waktu Semenanjung digunakan ianya akan terkeluar dari sistem zon waktu antarabangsa iaitu, cuma setengah jam perbezaan antara zon yang terdahulu dan terkemudian darinya. Selaras dengan pelaksanaan waktu standard Malaysia, waktu rasmi pejabat juga akan diseragamkan bagi seluruh negara mulai lhb. Januari 1982. Waktu rasmi pejabat mengikut waktu standard Malaysia adalah dikekalkan, iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 4.15 petang bagi Negeri-negeri yang cuti minggunya hari Ahad. Bagi Negeri-negeri yang cuti minggunya hari Jumaat, waktu tamat pejabat ialah jam 4.00 petang. Bagi pekerja-pekerja pejabat di Semenanjung mereka akan mula bekerja 1/2 jam lebih awal dari masa sekarang dan waktu rasmi tamat waktu pejabat adalah juga 1/2 jam lebih awal. Bagi hari Jumaat pula, waktu rehat tengah hari adalah diubah sedikit, iaitu daripada jam 12.00 tengahari hingga 2.30 petang waktu Semenanjung sekarang, kepada jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang waktu standard Malaysia. Ini adalah untuk memberi masa yang cukup bagi pekerja yang berugama Islam menunaikan fardhu Jumaat. Bagi Sabah dan Sarawak waktu rehat pada hari Jumaat adalah kekal seperti diamalkan sekarang ini. Mengenai waktu sekolah, kajian yang teliti sedang dibuat supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan akibat negatif kepada murid-murid sekolah. Jadual semua sistem pengangkutan dalam negeri akan juga diubahsuaikan selaras dengan waktu standard Malaysia mulai lhb. Januari 1982 i n i . Saya suka memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Kerajaan Singapura telahpun bersetuju untuk mengikut jejak langkah Malaysia dengan menetapkan waktu standardnya 1/2 jam ke hadapan GMT. Tuan Yang Di-Pertua, saya memohon mencadangkan.

48

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN PPTD KUALA LUMPUR 27HB. DISEMBER, 1981

B

agi pihak isteri saya dan diri saya sendiri, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, khususnya kepada Yang Berusaha Dr. Elyas Omar, Presiden PPTD, serta sekalian ahli-ahli Jawatankuasa PPTD kerana sudi menjemput saya ke Majlis Makan Malam Tahunan ini dan di atas penghormatan yang diberikan kepada saya.

Bagi saya PTD memberi erti pegawai-pegawai kanan yang bertugas sebagai pengurus dan eksekutif sebahagian besar daripada sektor awam. Anggota PTD merupakan sebahagian besar daripada mereka yang berkait rapat dengan prestasi jentera perkhidmatan awam. Oleh itu peluang untuk hadir bersama-sama saudara-saudara sekalian di dalam Majlis seperti ini, merupakan satu peluang keemasan bagi saya untuk memperkatakan sesuatu. Walaupun semenjak saya memegang jawatan Perdana Menteri saya telah beberapa kali berpeluang untuk berucap ataupun menjelaskan perkara-perkara tertentu kepada anggota-anggota perkhidmatan awam - termasuk setengah daripada saudara-saudara sekalian - ini merupakan kali pertama saya berpeluang bertemu dan berhadapan dengan pegawai-pegawai PTD dengan begitu ramai sekali. Oleh itu, sukalah saya mengambil kesempatan ini untuk menyentuh sedikit sebanyak mengenai peranan dan tanggungjawab pengurus dan eksekutif. Apa yang saya sentuh hanya merupakan sebahagian kecil atau "the tip of the iceberg" dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, iaitu bidang yang menjadi kemahiran saudara-saudara sekalian. Saya yakin, dengan pengetahuan dan pengalaman tentulah saudara-saudara sekalian dapat merenung perkara-perkara ini dengan lebih terperinci dan teliti. Bagi saya terdapat dua model pemerintahan ataupun pengurusan. Model pertama ialah apabila kita begitu kagum dengan pencapaian kita hinggakan kita menjadi puas had dan lalai hinggalah sesuatu keadaan membangunkan kita daripada khayalan. Model kedua ialah apabila kita sentiasa berpendirian bahawa apa yang kita capai adalah masih rendah jika dibandingkan dengan kemampuan dan kebolehan yang ada atau yang mungkin kita adakan yang mengakibatkan kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki apa-apa jua yang kita buat. Yang membezakan kedua-dua model ini ialah dua perkara, pertama "sense of purpose," dan kedua ialah "sense of urgency." Model bagi kita ialah model yang kedua yang saya sebutkan sebagai "possibility model" - iaitu di mana sesuatu itu dapat kita usaha dan capai sekiranya kita 49

mempunyai tekad, jelas tujuannya dan kita memberi keutamaan dan kepentingan kepadanya. Oleh itu, elok kita lupakan model pertama, iaitu apa yang boleh kita anggap sebagai "complacency model" yang akan menjadikan seseorang manusia sebagai individu yang tidak bermaya dan sesuatu bangsa dan negara sebagai bangsa dan negara yang mundur dan lemah. Bagi saudara-saudara yang telah menjelajah dunia atau melawat negara-negara lain tentu bersependapat dengan saya bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dapat kita kagumi. Begitu juga kita - tidak kira keturunan, agama dan kepercayaan atau latarbelakang - adalah bertuah dapat menjadi rakyat negara ini. Bagi setengah negara, bukan sahaja hampir mustahil bagi rakyat asing untuk menjadi warganegara tetapi peluang-peluang untuk menyertai kegiatan ekonomi dan memperbaiki taraf hidup bagi sebahagian besar penduduk adalah begitu malap sekali. Lihat sahaja kepada kebanyakan negara dan kita tentu bersyukur bahawa rakyat kita, sebagai rakyat Malaysia tidak mengalami kebuluran yang sekarang menimpa berjuta-juta manusia, kita tidak dilanda malapetaka bencana alam yang meragut nyawa dan memusnahkan harta benda dan tanaman dengan luas dan besar-besaran. Sebagai sebuah negara membangun yang kecil dengan masalah-masalahnya di tengah-tengah suasana politik dan ekonomi antarabangsa yang tidak begitu baik dan stabil, kita tidak dapat tidak mesti meletakkan "sense of purpose" dan "sense of urgency" sebagai dua penentu atau pertimbangan dalam semua tindakan kita, tidak kira sama ada dalam perkara dasar, perancangan ataupun pelaksanaan, dan tidak kira sama ada perkara itu kecil atau besar. Syukur, alhamdulillah, kita bernasib baik mempunyai berbagai sumber alam dan bahan mentah yang bernilai dan diperlukan oleh dunia, iklim kita baik dan dapat menyuburkan tanaman dan tumbuhan, situasi kita dari segi geografi membantu dalam kegiatan dan hubungan ekonomi kita. Jika kita insafi segala faktor-faktor yang saya sebutkan itu kita akan sedar bahawa kita mempunyai potensi dan segala kemungkinan untuk menjadi satu bangsa dan negara yang maju dan disegani umum. Faktor yang boleh menjadikan cita-cita ini sebagai kenyataan ialah kegigihan berusaha untuk memenuhi tujuan dan matlamat cita-cita itu dengan "a sense of urgency." Semenjak saya memegang jawatan Perdana Menteri saya telah berulang-kali menegas dan menjelaskan betapa pentingnya usaha yang gigih dan dedikasi di dalam menjalankan kerja. Sifat-sifat ini bukanlah terhad kepada mana-mana pihak atau golongan malahan harus menjadi sifat dan keperibadian bangsa Malaysia moden. Oleh itu ciri-ciri ini juga semestinyalah menjadi ciri pengurus dan eksekutif moden, tidak kira sama ada mereka bekerja di dalam sektor awam ataupun sektor swasta. Yang harus menjadi pendorong dan penggerak setiap rakyat ialah mutu usahanya dan tingkat pencapaiannya dalam melakukan sesuatu. Mutu usaha dan tingkat pencapaian yang tinggi harus memberi kepuasan yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan ganjaran material. Pegawai-pegawai Kerajaan adalah pengurus dan eksekutif yang bertanggungjawab bagi menggerakkan jentera Kerajaan untuk mencapai matlamat-matlamat yang 50

ditentukan. Kerajaan adalah pemegang amanah rakyat dan ia harus menjalankan tanggungjawab-tanggungjawabnya dengan cekap, licin dan bersih. Setiap pegawai Kerajaan, tidak kira sama ada ianya seorang pentadbir atau seorang pegawai profesional dan teknikal, harus mendukung hasrat yang saya sebutkan itu. Setiap pegawai dalam konteksnya adalah seorang pengurus dan eksekutif dan ianya tidak harus lupa atau lalai daripada tugas-tugas yang dikehendaki daripada seorang pengurus atau eksekutif. Seseorang pegawai mestilah memberi perhatian yang personal kepada tugas-tugas pengurusan seperti perancangan, pengawalan, pengawasan, pembangunan staf, kewangan, 'maintenance' dan lain-lain. Saya menyebutkan perhatian personal kerana mengambil tindakan terhadap sesuatu kes atau fail dalam bidang kewangan misalnya tidak semestinya bermakna seseorang pegawai itu telah melaksanakan tugas kewangan kerana pelaksanaan tugas kewangan yang sempurna ialah dengan memberi kepentingan dan mengambil perhatian kepada setiap aspek kewangan dari segi perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan pengawasannya. Tanpa konsep yang jelas mengenai tugas-tugas ini dan cara melaksanakannya yang kemas dan teratur, peralatan dan suasana moden mungkin tidak dapat menolong. Itulah sebabnya kadang-kadang sesebuah organisasi itu tidak putus-putus mempunyai masalah. Seseorang pegawai juga mestilah mempunyai sikap untuk melaksanakan tugastugas ini dengan paling cekap dan licin. Ia harus belajar, harus membaca, harus meluaskan pengalaman supaya ia dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Biarlah saya memberi satu contoh untuk membuktikan bahawa sebenarnya pengurusan adalah lebih merupakan perkara yang berasaskan "common sense." Misalnya bila saya membuat perhatian tentang kecantikan dan kebersihan ataupun "beautification and cleanliness," dengan senang sahaja kita dapat melihat sejauh mana prinsip "common sense" ini telah digunakan oleh anggota-anggota yang bertanggungjawab bagi melaksanakan tugas ini. Untuk mencantikkan tepi-tepi jalan, pokok-pokok telah ditanam. Di sini elok juga kalau pegawai yang berkenaan melengkapkan dirinya dengan membaca buku mengenai pokok-pokok dan sifat-sifat pokok-pokok tertentu dari segi penyakit dan penjagaannya dan meluaskan pengalamannya mungkin dengan bertanyakan kepada tuan punya-tuan punya "nursery" untuk mendapatkan panduan yang lebih praktikal. Saya sebutkan perkara ini kerana ada ketikanya pokok yang ditanam tidak teratur, ataupun pokok yang banyak menggugurkan daun ditanamkan di tempat yang banyak lalu lintas hingga menyusahkan pembersihan. Ataupun pokok yang memerlukan jagaan yang begitu teliti telah ditanam di tempat-tempat yang susah untuk dija ga. Ada kalanya mereka yang menyiram disuruh menyiram walaupun pokoknya telah mati. Ada ketikanya pokok-pokok yang digunting dengan begitu rapi untuk memberi kecantikan tetapi ranting-ranting yang dipotong tidak dibuangkan serta merta tetapi dibiarkan pula begitu sahaja. Apabila mesin memotong rumput digunakan tempat tempat yang sukar dicapai oleh mesin dibiarkan begitu sahaja untuk dihiasi oleh lalang ataupun rumput-rumput yang panjang. Saya boleh terus-menerus menghuraikan tentang "common sense" dalam bidang kecantikan dan pembersihan ini. Begitu juga saya rasa saudara-saudara sekalian tentu dapat memerhati dan merasai "the state of the civil service" yang memerlukan tindakan kita bersama untuk memperbaiki keseluruhan jentera Kerajaan. 51

Saya percaya sekiranya setiap pegawai Kerajaan memberi kepentingan dan keutamaan kepada "sense of purpose," "sense of urgency," dan "common sense," dan melihat sesuatu suasana dan keperluan tugas dari kaca mata-kaca mata ini sudah tentu banyak yang akan dapat kita capai. Dengan ini barulah bermakna segala usaha memperbaiki sistem dan peraturan supaya perkhidmatan yang diberikan bertambah baik dan peralatan serta suasana kerja dan membantu dalam tindakan yang lebih berkesan. Saya harap pegawai-pegawai kanan yang berada di barisan hadapan, sama ada dalam perkhidmatan apa jua sekalipun, akan membuat interpretasi yang jelas dan membina daripada prinsip-prinsip yang dikehendaki bagi membantu menggerak keseluruhan anggota-anggota Kerajaan untuk memasuki dan mendukung era baru dalam usaha meningkatkan prestasi jentera dan kemampuan Kerajaan. Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia yang dahulunya dipanggil M C S adalah dianggap sebagai "elite service." Ungkapan ini mempunyai sejarahnya dalam sistem pentadbiran Kerajaan penjajah di mana terdapat unsur-unsur "tuan dan hamba." Selepas merdeka, dan dengan hasrat kita untuk membawa negara kita kepada satu tahap pencapaian yang setaraf dengan negara-negara maju dan tamaduntamadun besar, konsep "elite" mestilah membawa erti kepimpinan yang berjiwa rakyat dan yang didorong oleh mutu pencapaian yang tinggi. Saya yakin, sekiranya setiap pegawai PTD melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri yang saya sebutkan tadi dan seterusnya berusaha untuk meningkatkan kemampuannya bagi memberi perkhidmatan yang paling bermutu kepada negara, PTD akan menjadi "avant garde" yang membawa perubahan kepada satu-perkhidmatan awam yang berpotensi dan dinamis. Saya ingin melihat fenomena ini berlaku dalam masa yang sesingkat-singkatnya. Dengan pesanan dan harapan ini saya mengucapkan kepada saudara-saudara sekalian selamat maju jaya dan selamat berkhidmat untuk negara.

52

PERUTUSAN TAHUN BARU PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 31HB. DISEMBER, 1981

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana berpeluang menyampaikan sepatah-dua kata kepada rakyat Malaysia sempena ketibaan tahun baru 1982. Dengan menjelangnya lhb. Januari, 1982 kita meninggalkan tahun 1981 sebagai sejarah. Kita meninggalkan peristiwa-peristiwa dan cabaran-cabaran yang telah kita hadapi. Semoga sejarah yang kita lalui akan menjadi pengajaran kepada kita sekalian dalam mengukuhkan lagi tekad dan azam kita dalam perjuangan dan dalam menuju ke arah kejayaan yang lebih besar di masa-masa hadapan.

Pada masa kita berjuang untuk mencapai kemerdekaan, cita-cita kita hanyalah semata-mata tertumpu kepada hasrat untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Sememangnya tidak siapapun yang ingin hidup sebagai hamba kepada penjajah. Dan tidak ada siapapun yang Sanggup melihat kekayaan negaranya dibawa ke negara asing untuk kesenangan hidup orang lain.Tanpa kemerdekaan, selama itu lah kita tidak mungkin menikma yang berdaulat. Kemerdekaan dan kebebasan daripada belenggu penjajahan adalah merupakan keutamaan perjuangan kita pada ketika itu. Justeru itu, pada ketika itu, kita kurang memikirkan apakah bentuk dan rupa masa depan negara yang menjadi hasrat dan idaman kita. Kemerdekaan membawa berbagai kemungkinan - iaitu kemungkinan untuk menguasai nasib kita sendiri, kemungkinan untuk memiliki dan mengawal kekayaan kita sendiri, dan kemungkinan untuk mengatur serta menempa masa depan yang penuh bererti. Kemerdekaan dengan sendirinya tidak menentukan kejayaan dan kebahagiaan. Sesungguhnya banyak negara yang sesudah mencapai kemerdekaan telah menjadi lebih terkongkong kerana tidak dapat menguasai urusan rumahtangga masing-masing dengan berkesan. Cuma apabila kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain baharulah kemerdekaan mempunyai makna. Malaysia, pada umumnya, amat bernasib baik. Bilangan penduduk kita adalah sederhana berbanding dengan keluasan Wilayah kita. Malaysia boleh menampung 50 hingga 70 juta orang penduduk, tetapi pada masa ini negara kita cuma mempunyai 14 juta orang penduduk. Oleh itu, kita masih boleh mengagihkan kekayaan yang sederhana dengan cara yang lebih saksama. Sebaliknya, beberapa negara di benua Asia begitu padat dengan penduduk sehingga tak mungkin diadakan peluang bekerja, bekalan makanan dan tempat tinggal yang sempurna. Sebahagian besar penduduk di negara-negara ini hidup merana. Malaysia memiliki banyak sumber alam dan bahan mentah yang bernilai tinggi di pasaran dunia. Kita mempunyai bijih timah, minyak dan tembaga. Kita adalah 53

pengeluar getah asli, lada, balak dan minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia. Negara bukan sahaja mendapat hasil yang lumayan daripada eksport bahan-bahan ini, tetapi juga daripada cukai pendapatan yang dikenakan ke atas pedagang-pedagang bahan-bahan ini, walaupun kita terdedah kepada turun-naiknya harga pasaran bahanbahan ini. Berbanding dengan kebanyakan negara membangun yang lain, Malaysia adalah sebuah negara yang subur. Tetapi bukan itu sahaja, negara kita juga tidak terdedah kepada bencana alam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, banjir yang besarbesar ataupun ribut taufan. Ini semua adalah rahmat dan nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada kita, jika kita renungkan. Dalam konteks persekitaran alam antarabangsa, kedudukan kita tidak terpencil sebagaimana setengah negara yang tidak bernasib baik yang berada di tengah-tengah lautan yang besar, atau di puncak gunung yang jauh dari lalulintas lautan. Kita berada di persimpangan lalulintas laut dan udara yang memberi berbagai-bagai faedah kepada kita. Faktor ekonomi yang menjadikan kawasan ini sebagai wilayah rebutan dan pertelingkahan kuasa-kuasa penjajahan pada satu ketika dahulu adalah juga faktor yang memberi faedah kepada kita. Sumber alam yang kaya dan lain-lain kurniaan Tuhan kepada negara kita tidak dengan sendirinya membawa kebahagiaan hidup dan kemakmuran. Untuk ini, kita perlu berusaha - berusaha mengeluarkan sumber alam, melebur dan membentuk serta memasarkannya. Kita boleh bergantung kepada orang lain untuk memperdagangkan barang-barang ini tetapi ini bermakna orang lain yang dahulu dapat nikmat yang lebih dan kita akan terhutang kepada mereka. Untuk mengecap nikmat sepenuhnya kita perlu berusaha sendiri. Di sinilah letaknya kunci kebahagiaan. Memang benar, dalam berbagai jenis usaha, kita tidak mempunyai kebolehan, atau pengetahuan atau kecekapan. Tetapi semua ini boleh diperolehi dari orang yang mempunyainya. Demikianlah Tuhan menjadikan manusia, jika sesuatu dibuat berulang-ulang tak dapat tidak kecekapan akan diperolehi. Yang penting ialah kesanggupan bekerja dan berusaha tanpa mudah kecewa. Malangnya ada orang yang menasihat kita supaya jangan bekerja kuat kerana kononnya ini akan menjadikan kita sebagai robot, sebagai hamba kepada majikan, sebagai orang yang taksub dengan kebendaan. Mereka menyuruh kita mengancam masyarakat sebagai cara untuk mendapat upahan yang lebih. Mereka dari negara yang maju, yang sebenarnya tahu bahawa kunci kejayaan ialah kerajinan bekerja, sudah mempengaruhi orang Malaysia dengan berbagai pendapat yang bertujuan supaya kita tidak bekerja dan oleh itu tidak dapat bertanding dengan mereka. Dan kitapun sudah terpengaruh dan seperti burung nuri yang pandai berkata-kata kita suarakan slogan-slogan mereka. Bilakah kita akan sedar bahawa kita telah dipermainkan oleh mereka, bahawa walaupun negara telah dibebaskan, fikiran kita masih dijajah?. Bilakah kita akan sedar bahawa masa depan kita bergantung kepada kesanggupan kita bekerja, dan bekerja dengan rajin, bukan sebagai hamba kepada 54

upahan tetapi kerana tanggungjawab dan kesayangan kepada kebebasan dan maruah kita? Walaupun Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan mempunyai masalah-masalah perkauman, kita masih menikmati kestabilan politik. Tetapi, kita juga harus faham bahawa kestabilan politik tidak wujud dengan sendirinya. Ianya wujud kerana ada usaha yang bersungguh-sungguh ke arahnya. Dalam hal ini, kita tidak boleh lalai walau sedikitpun, kerana kestabilan politik boleh lenyap dengan sekelip mata sahaja jika kita tidak mengawasinya. Dan sekali kestabilan politik hilang ia tidak mudah dipulihkan semula. Kestabilan politik ada kaitan yang rapat dengan kestabilan ekonomi. Negara yang kaya-raya dengan hasil minyak yang besar sekalipun tidak dapat mengecap kekayaannya jika keadilan ekonomi tidak wujud. Jika kita lihat pergolakan di beberapa negara kita akan faham bagaimana ketidakadilan ekonomi menghancurkan kestabilan politik. Dan kerana tidak ada kestabilan politik maka ekonomi pula telah merosot dengan kesan yang buruk kepada tiap-tiap seorang daripada penduduknya. Hidup mewah dan bahagia bermakna hidup bebas dari penindasan dan berkemampuan untuk mengecap kemakmuran negara. Oleh sebab inginkan kebebasan, kita memilih sistem demokrasi. Demokrasi yang kita pilih adalah dengan tujuan supaya tidak ada seseorang, ataupun kumpulan, yang boleh menindas rakyat seluruh negara. Penggunaan kuasa di dalam demokrasi oleh sesiapa sahaja bukan sahaja perlu dibuat dengan berhati-hati tetapi mempunyai hadnya. Pemimpin tidak dapat membuat sesuka hati dan memberi keutamaan kepada diri sendiri, tetapi sebaliknya dikehendaki memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat dan negara. Cuma dengan cara ini sahaja keadaan dalam negara akan stabil dan maju. Menjelang tahun baru ini marilah kita renungkan segala nikmat yang kita miliki dan bersyukur dengannya. Dengan kesyukuran ini marilah kita baharui azam kita untuk menjadikan negara kita Malaysia negara yang aman, makmur dan bahagia. Untuk ini yang diperlukan ialah perubahan sikap, dan pengenepian sedikit soal upahan bagi diri sendiri. Kita harus baiki sikap terhadap bekerja iaitu bekerja dengan lebih jujur dan bertanggungjawab. Apa juga kerja yang dibebankan kepada kita, kita jalankan dengan penuh minat dan dedikasi kerana berpegang kepada amanah. Ganjaran yang kita perlu hargai ialah hormat, hormat dar' masyarakat dalam negeri dan hormat dari masyarakat antarabangsa. Maruah kita me tilah k'ta junjung tinggi. Kita akan mulakan tahun 1982 setengah jam lebih awal di Semenanjung Malaysia. Kita akan memulakannya bersama-sama dengan saudara sebangsa kita di Sabah dan Sarawak. Permulaan ini adalah simbol perpaduan. Pada tahun 1982 ini juga kita akan mula menggunakan sistem ukuran metrik di seluruh negara bagi mengganti berbagai jenis ukuran yang sudah ketinggalan zaman. Dengan ini sekali lagi persamaan dicapai di seluruh negara. 55

Dengan diperbaharui azam dan sikap serta penyamaan waktu dan sistem ukuran, Malaysia telah sampai ke ambang era yang baru, era yang boleh menentukan taraf pencapaian dan kemajuan Malaysia yang lebih tinggi lagi. Sama ada Malaysia akan mencapainya atau ddak terpulanglah kepada rakyat Malaysia sendiri. Untuk menyambut tahun 1982 saya berdoa mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan membuka hati kita semua supaya sedar terhadap nikmat dan kurniaanNya dan dengan itu membuktikan kesyukuran melalui amalan nilai-nilai yang baik yang sudah tentu akan membawa kebahagiaan kepada rakyat dan negara.

56

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA MELETAK BATU ASAS BANGUNAN LEMBAGA URUSAN DAN TABUNG HAJI 15HB. JANUARI, 1982

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia serta izinNya dapat kita bersama-sama hadir di Majlis Meletak Batu Asas Bangunan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) pada pagi ini.

Majlis ini adalah satu acara yang penting dan bersejarah. Ia menandakan satu tahap kemajuan yang telah dicapai oleh LUTH sejak Lembaga ini ditubuhkan dua puluh tahun dahulu. L U T H telah mara jauh ke hadapan sejak penubuhannya. Saya masih ingat keraguan yang telah disuarakan terhadap syor Profesor Di-Raja Ungku Aziz mengenai kemungkinan mengumpul wang simpanan bakal haji di dalam satu tabung. Hari ini keraguan itu terbukti tidak berasas dan diganti dengan pendapat bahawa sudah sememangnyalah tabung seperti ini pasti berjaya. Saya ingatkan tentang keraguan ini kerana kita mudah lupa dan kerana lupa berkenaan sesuatu kita tidak mendapat pengajaran yang sepenuh daripadanya. Apakah pelajaran yang boleh didapati daripada kejayaan penubuhan Tabung Haji? Pelajaran yang terpenting sekali ialah keraguan terhadap sesuatu rancangan yang baik tidak sepatutnya mengganggu pelaksanaan rancangan tersebut. Kita harus berani mencuba. Pelajaran yang kedua ialah sesuatu rancangan tidak akan berjaya tanpa ketabahan hati dan ketekunan. Rancangan akan tinggal sebagai rancangan sahaja jika usaha yang gigih tidak ada. Tabung Haji berjaya kerana ia dirancang dengan teliti dan diuruskan dengan penuh minat dan dedikasi. Segala tenaga dan kecerdikan yang ada pada umat Islam di negara ini telah dikerah untuk menyumbang dan memberi kejayaan pada Tabung Haji. Memang ada kelemahan dan kegagalan kadangkala dalam urusan Tabung Haji tetapi berbanding dengan kejayaannya kita masih boleh berbangga dengan peranan yang dimainkan oleh Tabung bukan sahaja dalam memudahkan urusan fardhu haji bagi kian ramai umat Islam di Malaysia, tetapi di samping itu dalam membantu mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Islam di negara ini. Peranan utama Tabung Haji masih pengurusan ibadat haji tetapi peranan ekonominya juga menjadi sebahagian besar daripada tugas keagamaanya. Kita tahu bahawa kemiskinan itu lebih hampir kepada kekufuran. M a k a dengan itu adalah ditakuti masyarakat Islam yang miskin akan lemah imannya. Ini harus diingat kerana ada yang berpendapat bahawa kemiskinan adalah sama dengan keteguhan iman. Ini mungkin berlaku jika orang Islam yang miskin itu berada di kalangan orang Islam yang kaya yang boleh menolongnya. Tetapi jika semua orang Islam miskin mereka 57

cuma boleh mendapat pertolongan daripada orang lain. Di waktu itulah iman mereka akan diancam. Oleh itu peranan Tabung dalam memulihkan ekonomi umat Islam di Malaysia adalah satu peranan yang penting bagi umat Islam dan agama Islam. Pengurusan Tabung mestilah dibuat dengan baik supaya sebahagian daripada kelemahan orang Islam di Malaysia dapat di atasi. Pembinaan bangunan L U T H yang batu asasnya akan diletakkan pada hari ini adalah satu lagi usaha ekonomi untuk mempertahankan kedudukan orang Islam. Kita boleh adakan bangunan ini kerana agama Islam tidak menjadi penghalang kepada kemajuan ekonomi umat Islam, sebenarnya jika tidak kerana kehendak satu dari lima rukun Islam, mungkin kita tidak dapat mengumpul wang yang cukup untuk pembinaan bangunan ini. Tetapi di sini juga patut kita renung sejenak. Sudahkah kita boleh berpuas hati dengan kejayaan orang Islam di Malaysia. Kita sudah ada kekayaan yang sedikit sebanyak berkesan. Tetapi sudahkah kita mempunyai lain-lain kebolehan yang diperlukan oleh umat Islam. Di seluruh negara Malaysia kita melihat begitu banyak masjidmasjid yang baru dan indah. Tetapi orang Islam yang mendapat masjid ini tidak mampu membinanya sendiri. Kita bukan sahaja tidak mampu tetapi tidak mahu membinanya, tidak mahu mencebur diri dalam bidang pembinaan bangunan. Anak muda Islam lebih sukakan kerja ringan di pejabat-pejabat dan kilang-kilang dari bekerja dalam keadaan tidak selesa dan berat. Sikap ini mengekalkan kita sebagai umat yang bergantung kepada kecekapan orang lain. Dan orang yang bergantung kepada orang lain tidak bebas, hina dan mudah ditindas. Kita bernasib baik dinegara ini kerana memiliki kuasa politik. Jika kita masih dijajah, penindasan yang tidak terhad akan dilakukan ke atas kita, seperti yang dilakukan kepada rakyat minoriti Islam di beberapa negara yang anti-Islam. Oleh itu, sementara kita boleh berbangga dengan bangunan yang akan kita dirikan, kebanggaan itu hendaklah disertai dengan keinsafan terhadap kelemahan yang masih ada pada kita, dan kerana insaf kita membuat resolusi untuk mengatasi kelemahan ini. Apa yang diperlukan daripada kita amatlah mudah dan ringan berbanding dengan apa yang dibebankan ke atas orang Islam di zaman Nabi dan di zaman-zaman Islam berkembang. Mereka di zaman-zaman yang lepas ini terpaksa menghadapi berbagai rintangan hinggakan nyawa sendiri diragut kerana mempertahankan dan memperbaiki nasib orang Islam. Tetapi kita cuma dikehendaki mempelajari ilmu dan kecekapan tangan dan untuk sanggup berusaha. Kita amatlah bernasib baik dan bahagia. Tetapi kita tidak menghargai semua ini dan tidak berusaha bersungguh-sungguh mengekalkannya. Ramai dari kita cuma memilih amalan-amalan ibadat untuk diri sendiri di akhirat dengan tidak memikir tanggungjawab kita terhadap umat Islam yang ada. Tumpuan semata-mata kepada diri sendiri baik bagi dunia atau untuk akhirat bukanlah apa yang dituntut oleh agama Islam. Di samping membuat ibadat untuk bekalan diri sendiri seorang Muslim harus berusaha untuk kebaikan dan pengekalan agama Islam dan umat Islam. Kita boleh berdoa kepada Allah S.W.T. seperti kita akan 58

berdoa di penghujung upacara ini tetapi kita juga perlu bekerja dan berusaha bukan semata-mata kerana upah yang akan diperolehi tetapi kerana semangat kelslaman yang sebenar. Sikap ini bukan sahaja perlu untuk bangunan ini tetapi untuk semua kerja yang akan mempertingkatkan keupayaan umat Islam untuk berdiri di atas kaki sendiri. L U T H telah mara jauh ke hadapan sejak ianya ditubuhkan. Di samping itu kita tahu ada kelemahan-kelemahan dalam perjalanan Tabung ini. Sementara kita patut buat teguran, kita juga harus ingat bahawa pengurusan kerja haji bukanlah sesuatu yang mudah. L U T H hendaklah cuba memperbaiki pengurusan kerja haji tetapi bakalbakal haji pula hendaklah memberi kerjasama dengan mengikut peraturan-peraturan yang telah disediakan. Jika ini dibuat masalah akan berkurangan. Tetapi masalah tidak akan hapus sama sekali kerana dalam urusan haji ada lain-lain pihak yang terlibat, yang tidak berada di bawah kuasa L U T H atau kuasa Kerajaan negara kita. Sementara kita mesti berusaha supaya kita boleh mengerjakan ibadat haji tanpa sebarang masalah, kita juga patut ingat bahawa ibadat haji adalah sebagai cabaran kepada kita yang mana kita perlu hadapi dengan tidak hanya mengeluh sepanjang masa. Saya telah berucap panjang sedikit dalam majlis ini kerana saya anggap upacara hari ini mempunyai makna yang amat besar bukan sahaja kepada LUTH tetapi juga kepada umat Islam di negara kita ini. Saya berdoa ke hadrat Allah S.W.T. supaya usaha kita ini direstui oleh-Nya dan bangunan yang akan kita dirikan ini akan menjadi perangsang kepada kita untuk mengamal dan mempertahankan ajaran Islam. Dengan ini saya dengan sukacita merasmikan perletakan batu asas bangunan Lembaga Urusan Tabung Haji dengan berdoa mudah-mudahan pembinaanya berjalan dengan selamat; Insya-Allah.

59

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PEMBUKAAN RASMI BANDAR BARU CHERAS 1HB. FEBRUARI, 1982

D

i majlis yang indah pada hari yang berbahagia ini kita akan melancar dan menamakan sebuah bandar baru, iaitu sebuah bandar yang dirancang dan dibangun dengan kemas mengikut prinsip-prinsip perancangan bandar yang moden. Bandar ini memenuhi kehendak dasar dan konsep yang telah digubal untuk Pembangunan negara - iaitu dasar dan konsep "decentralization" atau penyebaran pentadbiran dan Pembangunan. Bandar baru di Cheras ini adalah hasil penyusunan Pembangunan ibukota supaya tidak semua Pembangunan tertumpu di pusat bandar, tetapi sebaliknya, Pembangunan adalah diagih-agihkan antara beberapa bandar satelit yang dibangun dan dimajukan serta lengkap. Dengan cara ini tekanan ke atas pusat bandar dapat dikurangkan tanpa menjejaskan dan membantut perkembangan dan kemajuan ibukota itu sendiri.

Di dalam rancangan pembesaran ibukota secara teratur, beberapa buah bandar satelit lagi akan dibangunkan, di antaranya ialah, satu di Hawthornden Estate dan satu lagi di Bukit Jalil. Oleh kerana Pembangunan bandar-bandar satelit adalah dirancang dari awal, maka masalah kesesakan dan kesempitan seperti yang terdapat di ibukota sekarang akan dapat dikurangkan. Rancangan juga dibuat supaya sistem jalan dan lain-lain kemudahan pengangkutan akan menghubungi semua bandar-bandar satelit dengan pusat bandar di ibukota. Kemudahan rekreasi, kawasan lapang dan kebun-kebun bunga, dan berbagai perkhidmatan perlu akan disediakan untuk mempertingkatkan lagi taraf dan keselesaan hidup di bandar. Semua ini adalah dibuat kerana Pembangunan negara kita, Malaysia, tidak dapat tidak akan mengakibatkan penghijrahan penduduk dari luarbandar ke bandar. Lebih pesat Pembangunan lebih ramai lagilah penduduk yang akan berpindah dan tinggal di bandar. Pembangunan bandar dalam konteks ini bermakna penyediaan bandar untuk penduduk yang berasal dari luarbandar. Ia juga bermakna penyesuaian penduduk luarbandar dengan kehidupan di bandar. Dalam proses penyusunan semula pula, Pembangunan bandar akan mengubah corak bandar supaya ianya tidak lagi mencerminkan pemisahan kaum-kaum di Malaysia. Bandar-bandar di Malaysia di masa-masa yang akan datang akan mencerminkan campuran kaum yang terdapat di Malaysia. Bukan sahaja mereka akan tinggal bersama-sama di bandar, tetapi mereka akan bekerja, berniaga, bermain dan berehat bersama-sama. Dengan ini maka dapatlah kita membentuk satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu. Masalah yang dihadapi dalam merancang dan membangun bandar ialah kesannya terhadap nilai dan bekalan tanah. Apabila terdapat sahaja sesuatu rancangan untuk membangunkan sesebuah bandar maka nilai tanah akan melambung naik. 60

Keluasan tanah yang boleh didapati pula, biasanya tidak dapat menampung keperluan untuk menyediakan kawasan kediaman dan perniagaan. Dalam keadaan ini, perancangan bukan sahaja perlu mengambilkira keselesaan dan kehendak penduduk tetapi juga masalah kos. Sudah tentu tidak mungkin didirikan rumah banglow atau rumah kampung dengan halaman yang luas di dalam sebuah bandar bagi keperluan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. Kehidupan di bandar mempunyai hadhad dan keistimewaan-keistimewaannya dan tidak mungkin sama dengan kehidupan di luar bandar. Memandangkan kepada hakikat ini maka sudah tentu kita bukan sahaja berkehendakkan perancang bandar yang cekap tetapi juga bakal penduduk yang dapat menyesuaikan diri dan menerima konsep hidup di bandar. Oleh kerana faktor-faktor kos dan luas kawasan yang terhad maka penduduk di bandar hendaklah sanggup tinggal dalam keadaan yang lebih sesak dibandingkan dengan keadaan di luar bandar. Kita harus menerima hakikat bahawa tidak mungkin sebuah rumah berharga RM20,000 atau kurang dari itu dibina di atas sekeping tanah yang sempit dan mahal yang berharga RM100,000 misalnya. Harga tanah sepatutnya cuma satu pertiga daripada jumlah kos pembangunan sepenuhnya. Dengan lain-lain perkataan, penduduk bandar haruslah sanggup tinggal di rumah-rumah pangsa untuk menjimatkan perbelanjaan. Lebih pesat pembangunan lebih ramailah yang terpaksa tinggal di dalam sesuatu kawasan. Semua pihak bersetuju bahawa kebersihan dan kecantikan bandar adalah perkara yang baik. Di samping itu kita juga harus ingat bahawa kebersihan dan kecantikan bandar memerlukan bukan sahaja usaha dari pihak berkuasa bandaran tetapi penduduk-penduduk bandar sendiri. Bandar-bandar yang akan kita rancang dan bangun akan dihias dengan pokok-pokok dan taman-taman - tetapi untuk memelihara kebersihan dan kecantikan dan bagi memberi kesan kepada usaha ini, kita mestilah bersama-sama memelihara dan menjaga keadaan bandar kita. Penghuni rumah-rumah dan kedai-kedai hendaklah memberi kerjasama dan menolong pihak berkuasa bandaran dengan menjaga kawasan masing-masing sehinggalah ke tepi jalan di hadapan kediaman masing-masing. Bagi mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa atau "flat," pokok-pokok bunga boleh dihias di tingkap-tingkap. Seberapa yang boleh janganlah menghias rumah pangsa dengan bendera-bendera dari kain-baju yang telah dicuci. Saya ingin mengesyorkan supaya para arkitek merekabentuk bangunan kediaman, terutamanya rumah-rumah pangsa, supaya mempunyai tempat-tempat menyidai dan menjemur kain-baju di tempat-tempat yang sesuai bagi menjaga kebersihan dan kecantikan bangunan dan kawasan sekitarnya. Salah satu ciri kebudayaan kita di Malaysia ialah perniagaan secara menjaja. Kita tidak dapat menafikan bahawa perniagaan secara menjaja memenuhi sebahagian daripada keperluan masyarakat kita. Selain daripada menjadi sumber pendapatan kepada peniaga kecil perniagaan menjaja sebenarnya dapat membantu mengurangkan inflasi dan oleh kerana itu harus diberi perhatian. Kerajaan tidak berniat untuk menghapuskan peniaga-peniaga kecil dan penjaja. Sebaliknya perniagaan kecil dan penjaja hendaklah digalakkan bukan sahaja untuk memenuhi kehendak masyarakat tempatan tetapi juga sebagai daya penarik kepada pelancong. 61

Bagi menggalakkan peniaga kecil dan penjaja, apa yang diperlukan ialah tempat-tempat berniaga yang selesa yang disediakan awal-awal lagi bagi mereka. Tempat-tempat perniagaan ini hendaklah sentiasa bersih dan dibekal dengan air dan api elektrik. Pihak berkuasa bandaran hendaklah mengambil berat tentang persediaan tempat-tempat seperti ini dan janganlah hendaknya menanti hingga keadaannya telah menjadi masalah baharulah kemudahan hendak disediakan. Pihak peniaga kecil dan penjaja pula hendaklah memberi kerjasama dengan mengikut peraturan, terutamanya peraturan berkenaan dengan kebersihan. Mereka harus ingat bahawa lebih bersih dan menarik tempat mereka berniaga lebih majulah perniagaan mereka. Tiada siapa yang suka makan-minum di tempat yang kotor dan busuk. Pihak berkuasa bandaran dan tuanpunya bangunan hendaklah mengelak daripada mengenakan sewa yang tinggi ke atas tempat-tempat perniagaan, khususnya bagi peniaga kecil dan penjaja. Di sini izinkanlah saya memberi sedikit nasihat kepada saudara-saudara saya yang telah memilih saya sebagai penaung kepada Persatuan Penjaja. Perniagaan kecil sepatutnya menjadi perniagaan sementara - iaitu sementara menjadi besar. Saya sedar ada mereka yang berpendapat bahawa perniagaan mereka tidak mungkin dapat menjadi besar, tetapi hakikatnya ialah ada di antara peniaga kecil yang sekarang sudah menjadi peniaga sederhana dan besar. Jika mereka boleh maju, saya yakin yang lain juga boleh - jika ada usaha, rancangan dan keikhlasan. Saya berharap peniaga kecil juga akan mengikis pendapat bahawa keuntungan hanya boleh dijamin sekiranya tidak ada sewa yang dikenakan atau perlu dibayar. Sebenarnya ramai yang berniaga di tempat yang dikenakan sewa yang tinggi tetapi mendapat keuntungan lumayan. Tetapi, pada mulanya beban sewa tentulah sukar dipikul. Sepertimana telah saya sebutkan kehidupan di bandar adalah berbeza dari kehidupan di kampung. Di kampung kita kenal semua yang tinggal di kampung kita dan kita tahu apa yang berlaku kepada jiran-jiran kita. Penyakit yang terdapat di bandar ialah kita tidak ambil kisah berkenaan dengan jiran kita. Biasa terjadi kerusimeja, pinggan-mangkuk rumah jiran dicuri siang-siang hari di hadapan mata, tanpa disedari oleh jiran tetangga bahawa kecurian telah berlaku. Penyakit tidak ambil kisah mengenai orang lain yang terdapat di bandar ini perlulah diatasi kerana jika kita tidak berkenalan dengan jiran dan mengambil berat tentang masalah jiran tetangga kita, satu hari mungkin kita pula menghadapi masalah sedangkan jiran kita tidak mengambil peduli. Oleh kerana sikap aku-aku dan kamu-kamu ini terdapat dengan luasnya di bandar-bandar, Kerajaan akan mengarahkan Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara supaya berusaha melaksanakan "konsep kejiranan" untuk menjamin setiap penduduk kawasan perumahan mengenali jiran-jiran sekelilingnya. Dengan cara ini kita bukan sahaja dapat menjaga keselamatan rumahtangga dan harta-benda kita tetapi dapat membina satu masyarakat yang lebih bersatu-padu dan aman sejahtera. Ini adalah satu hasrat yang harus menjadi idaman dan cita-cita kita semua. 62

Berbalik kepada bandar baru yang kita rasmikan pada hari yang berbahagia ini, saya berdoa mudah-mudahan segala-gala yang baik dalam kehidupan masyarakat bandar akan wujud di bandar baru ini. Akhir kata, dengan tidak berlengah-lengah lagi, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya dengan segala sukacitanya merasmikan Bandar Baru Cheras ini dengan menamakannya 'BANDAR T U N A B D U L RAZAK'.

63

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN MAJLIS PEGUAM SEMENANJUNG MALAYSIA, KUALA LUMPUR 12HB. FEBRUARI, 1982

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Majlis Peguam Semenanjung Malaysia yang telah memberi penghormatan kepada saya untuk berucap sepatah dua kata kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada malam ini. Bukanlah selalu saya berpeluang untuk berhadapan dengan ahli-ahli pertubuhan profesional yang terkemuka seperti ini, dan bagi saya peluang ini adalah merupakan satu peluang yang istimewa.

I am very honoured to be able to attend your function tonight and to be given the opportunity to say a few words. By profession you may know that I am a doctor of medicine and my forays into the legal world are not likely to be approved by you. But as a legistor, or law maker, I have no choice but to be an amateur lawyer. So forgive me my trespass. I have often been told by foreigners that Malaysians are a fortunate people. Some Malaysians who have been abroad are sometimes heard to say the same thing grudgingly. But some Malaysians, particularly those who have never been abroad cannot say anything good about being citizens of this country. I am not annoyed or angry over this. Not being able to see the forest for the trees is a common phenomenon. Also when you are too close you will see the moles and warts on the face and the beauty is no longer a beauty. But perceptions not withstanding, there is a need for us to stand back and look again at our country. I commend this to you - because it would improve your perspective and perhaps, with due respect, make you better lawyers and better citizens. I am not saying you are not, but there is no harm in seeking to improve. What is there in Malaysia that we should be happy about. Legally, quite a lot of things. I did not notice it, but a legal person pointed out to me that of the countries which became independent after the war, perhaps only Malaysia retains its Constitution. There has been admittedly a number of amendments, but it is still there. Lots of other countries have thrown their constitution out of the window and opted for various versions of other forms of Governments. I will not elaborate but I am sure the subject will make interesting comparative study. Then there is Malaysian democracy. Again admittedly it is not one hundred percent Westminster. But elections are held regularly and people opposed to the Government do get elected if the people really want them to be elected. Other countries also claim to be democratic but opposition candidates never seem to be elected. 64

that Dr. Tan Chee Khoon is a Tan Sri. 'You mean you actually give such award to people who are opposed to you?", they asked. Some people in this county and outside are fond of talking about how some Malaysians are second class citizens. Tun Hussein, when he was Prime Minister said he wouldn't mind being second class if the kind of people who are said to be second class citizen are truly second class. But Malaysia has never legislated into being two classes of citizens. On the other hand, a country very close to our hearts has recently legislated into being not two classes, but three classes of citizens. Incidentally that country also refused to recognize passports issued by them to coloured colonials. Perhaps, not many of us noticed this. Some members of your Council had voiced objection to the detention without trial of some of our citizens. We make no apology for doing so. As you know we have recently released quite a few. But more than that we have now decided to free even the hard core on condition that they leave this country. I know there will be people who will demand that as citizens they have a right to stay in this country. But in this country, society's rights override those of individuals. If the individuals do not care for the interests of society, then society has a right to deprive them even of their lives under certain circumstances. If we can deprive an individual of his life and send him into the next world, we can also deprive him of his rights in this country and send him into the rest of the world. The world is a big place. He can have his full freedom there. Those who are so moved by his sufferings can now alleviate them by accepting him as citizen and giving him the rights of citizenship. It is our experience that people who condemn racialism or whatever else, soon change their minds when they have the spectre of ra-cial problems, or whatever, at their doosteps. It is also our feeling that those who talk of human rights from a distance are less concerned when such rights are ignored in front of their noses. I think I have said enough about why we have reasons to be happy, legally speaking, in Malaysia. I regret that what I have said may not make good fare before, during or after dinner. But I am given to reminding myself all the time about the blessings that I enjoy. It is a practice that has done me a lot of good and has sustained me in times of trials and tribulations. I am convinced that it will be good for everyone. Whenever you think that life in Malaysia is a misery, I suggest you count your blessings here. If after that you still feel like packing your bags to live abroad, I am sure you will be truly happy abroad. I am not suggesting that this is what anyone of you wishes to do. But it is no secret that a lot of our professionals have packed their bags and gone. I am saying this to such people, in this room or outside. It is worthwhile to remember that one has to take the good with the bad. There is no place where everything is going to go one's way all the time. So I do hope you will recognise that Malaysia is not a bad place entirely, even from the point of view of justice. If you recognise that, then I think you will feel a bit happier - and that happiness will contribute to the sum total of happiness in this coun try - and happiness is good for the nation. It contributes towards stability which contributes towards a host of other good things. 65

The Bar Council is an institution that is vested with certain roles in Malaysia. There is no doubt that the roles designated are meant for the general good of the nation. Among these is that of advising the government, where necessary, on matters affecting legislations and the administration and practise of the law in Malaysia. Now the word advice here is English literal and not English diplomatic. In the days of colonialism the British invented the British Adviser whose "advice when given must be accepted". Only a moron would call that advice. Advice is good counsel which may, or may not be accepted. The Government is studying the role of the Bar Council with regard to lawmaking. If it is your role to advise the Government on the making of the laws, then you should have that role. However, the operative word is advice - literal. We had been reluctant in the past because proposals tor new laws are generally confidential. I am sure that if your advice is called for, you will guard the confidentiality of the proposals even though you may not like it. If the Government wishes to have a public discussion then it will say so. The Government will study your advice but it reserves the right to accept or reject it. And when the proposal becomes law then I presume the legal community's role would be limited to the application of the law. Lawmakers should make the law and the practitioners should practice it. The only way the lawmakers that you don'tlike can be stopped from making laws is to defeat them in the elections. As I said earlier, in Malaysia it is possible for lawmakers to lose in the elections. I speak from experience as you may know. However, without campaigning for the next election I would like to point out that change is not always for the better. We see in many countries agitations for change-and when there was change the people and the nation were worse off. I have spoken ad nauseam on the tremendous potentials of Malaysia. These potentials will only mean something if we can apply ourselves to exploiting them. Up to this point in time Malaysia has made tremendous progress - even though our detractors may disagree. That progress has been possible because of the continuance of strong Governments i.e. Governments with large majorities in Parliament. We are told that power corrupts and absolute power corrupts absolutely. However, power is a necessity if society is to remain orderly. There should not be absolute power - but power, effective power, there must be - if society is to thrive and progress. The majorities that the ruling party commands are absolutely necessary in order to maintain an orderly society. Governments sometimes have to do unpleasant things, just as doctors sometimes have to cut in order to heal. A responsible Government, in order to give its best to the people, has to be strong. In the two-party system found in some developed countries, the see-sawing between two equally matched parties has resulted in weak and ineffective Governments. Powerful-Governments, of course, pose a certain danger, even though it may not be absolute. There is a fear that, because the party which forms the Government in our country commands two-third majorities all the time, it will exploit that majority. I am not saying that this is not possible, but in a developing country the need for strong Governments is so great that the danger of vesting too much power in a Government 66

must be accepted. As I said before, we have to accept the good with the bad. There is no way we can have our cake and eat it too. Lawyers, I am sure, are not too happy over the strength of the Government. But I can assure you that the alternative, i.e. weak Governments are going to be worse, for the nation as well as for your practice. For my part, and for obvious reasons, I pray and hope that Malaysians will vote into power strong Governments which are able to rule - not just reign. And with such rule the potentials of Malaysia will in time be fully harnessed for the good of everyone. Doctors and lawyers do not usually see eye to eye. In the past Malaysian Prime Ministers had been lawyers and they and you got on famously. I would not like to break that tradition. This is why I met your representatives recently. I had listened carefully to the methodical recitation of your grouses one by one by your President. I must admit the recitation was an eye-opener and that there are a number of things raised by your President which we may have to look into. I have been doing just that. I hope, therefore, that the traditional "animosity" between lawyers and doctors will not mar our relations. I would like to conclude by saying how happy I am to be among so many eminent people and I look forward to working with you for a better Malaysia. Thank you once again for your kind invitation.

67

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS JAMUAN NEGERI SEMPENA LAWATAN KE NEGERI KELANTAN DI ISTANA BALAI BESAR KOTA BHARU, 22HB. FEBRUARI, 1982

S

aya mengucap syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana, dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat saya membuat lawatan ini, iaitu lawatan saya yang pertama ke Negeri Kelantan setelah memegang jawatan Perdana Menteri. Di atas persediaan serta sambutan yang diberikan kepada saya dan rombongan saya, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang indah yang diduduki sebahagian besarnya oleh orang Islam dari bangsa Melayu yang cekap dan rajin. Mereka tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk keperluan hidup dan Pembangunan mereka. Seperti orang Islam di lain-lain tempat juga mereka memerlu pengetahuan tentang Islam melalui tukar fikiran dan penyerapan ajaran dari seluruh dunia. Ramai juga dari anak Kelantan yang berminat mempertinggikan pengetahuan agama; sudah tentu tidak kurang dari minat orang-orang di Negeri-negeri lain di Malaysia. Memandang kepada faktor-faktor ini sepatutnya Kelantan menjadi aman dan makmur. Islam sebagai agama yang menjadikan keamanan sebagai satu dari namanya dan sebagai satu cara bersalaman atau "greetings", sepatutnya menjadi panduan kepada satu negeri yang penduduknya majoriti terdiri dari orang Islam. Tetapi hakikatnya ialah berlainan daripada apa yang secara logik sepatutnya berlaku. Kita dapati Kelantan dengan begitu ramai orang Islam yang cekap dan rajin adalah di antara Negeri-negeri yang ketinggalan dalam serba-serbi. Seperti biasa ini berlaku bukan kerana Islam menjadi penghalang tetapi kerana terdapat sebilangan kecil orang Islam di Kelantan yang kelslamannya berada cuma di bibir. Oleh kerana orang-orang ini telah dapat mempengaruhi rakyat Selama 18 tahun, maka masyarakat Islam Kelantan yang sepatutnya aman dan makmur didapati berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan. Seluruh umat Islam di Malaysia, dan saya percaya di dunia juga, berasa sedih kerana kejadian ini. Tetapi Allah maha kuasa. Pada tahun 1978 orang Kelantan sendiri melalui pilihanraya menentukan kemungkinan Kelantan menjadi aman dan makmur. Sejak itu kita telah lihat Pembangunan yang luar biasa. Banyak kemajuan telah dicapai dan banyak lagi yang akan dilaksanakan. 68

Kerajinan dan kecekapan orang Kelantan membolehkan mereka bersaing dengan siapa sahaja dengan jayanya. Segala bidang kerja dipenuhi dengan anak Kelantan sendiri. Demikianlah kemampuan mereka sehingga tenaga mereka melimpah ke Negeri-negeri jiran dan lain-lain Negeri, bahkan ke luar negeri. Di mana sahaja ada kerja yang memerlukan kecekapan, di situ terdapat orang Kelantan. Sepatutnya dengan terdirinya sebuah Kerajaan yang betul-betul berpegang kepada ajaran Islam seperti yang terdapat sekarang, Kelantan tidak punyai masalah lagi. Malangnya pada masa-masa yang lampau ini masalah ini cetus semula. Pengaruh politik yang tidak menghiraukan ajaran Islam berkembang semula. Kita lihat bagaimana seruan Islam supaya orang Islam bersatu-padu diganti dengan seruan yang kononnya berpunca dari Islam bahawa orang Islam patut berbalah sesama sendiri kononnya untuk mencari jalan yang benar. Begitu juga sungguhpun Islam menegah perbuatan mengkafir dengan sewenang-wenang, perbuatan ini dibuat oleh orang-orang yang pengetahuan Islam amat cetek dan yang lebih taksub kepada kepentingan politik parti dan rebutan kuasa. Hari ini sekali lagi kita lihat perpecahan di kalangan orang-orang Islam di Kelantan sehingga lebih banyak tenaga ditumpu kepada politik parti daripada pembangunan umat Islam. Kerajaan Kelantan dan pendokong Kerajaan Kelantan tidak boleh dipengaruhi oleh emosi dalam perkara ini. Kerajaan hendaklah berpegang kepada ajaran Islam dalam pentadbirannya. Ada orang yang mentafsirkan Islam semata-mata sebagai perbuatan potong tangan dan kepala. Bagi mereka Islam tidak wujud selagi tangan dan kepala tidak dipotong. Tetapi kita tahu Islam adalah lebih daripada itu. Islam sebenarnya menekankan kesejahteraan dan kebahagian umat. Dengan kesederhanaan yang ditunjuk oleh Kerajaan kita menjadikannya benar-benar Kerajaan Islam, kerana ianya membawa kebahagian dan keamanan kepada umat. Janganlah kerana orang lain menyalahguna dan menyalahtafsir agama Islam untuk kepentingan mereka kita pula turut berbuat demikian. Kita akan terus mencari jalan untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar yang diredhai oleh Allah S.W.T. Pembangunan Negeri Kelantan sekarang sudah mencapai kemajuan yang baik. Segala kemudahan yang penting telah diadakan. Tidak lama lagi sebuah pelabuhan akan diadakan supaya barang-barang dapat dibawa terus ke Kelantan dari tempat tempat lain melalui kapal. Lapanganterbang juga akan dibesarkan supaya kapalterbang yang besar dan berat dapat mendarat. Lebuhraya timur -barat yang akan dibuka tidak lama lagi akan memudahkan perjalanan antara pantai timur dengan pantai barat Malaysia. Memang ada yang berkata ini akan memudahkan orang luar datang ke Kelantan dan mengancam penduduk Kelantan. Saya kurang faham tentang perkara ini. Ramai anak Kelantan sanggup pergi ke Singapura untuk bekerja secara langsung di bawah arahan Cina Singapura. Tetapi usaha untuk membolehkan mereka balik bekerja di Kelantan ditentang oleh segelintir 69

orang dari Kelantan. Apakah mereka suka supaya anak Kelantan berkejar ke negara asing untuk mengabdikan diri? Selagi peluang kerja tidak cukup di Kelantan, selama itulah anak Kelantan terpaksa berhijrah. Tetapi dengan adanya lebuhraya dan lain-lain pembangunan anak Kelantan akan dapat balik bekerja untuk Negeri sendiri. Kerajaan Barisan Nasional Negeri Kelantan yang memerintah sejak 1978 telah menjalankan tugas dengan cekap dan dedikasi. Saya mengucapkan tahniah kerana kesungguhan Kerajaan Kelantan untuk membangunkan Kelantan. Dalam sistem yang kita amalkan, tak dapat tidak pendapat yang berbeza-beza akan timbul dalam pentadbiran. Pendapat yang berbeza ini adalah satu kekuatan dan bukan kelemahan. Jika semua pendapat dalam anggota Kerajaan adalah sama, maka tidak perlu kita ada lebih dari seorang sebagai Kerajaan. Dalam dewan mesyuarat dan exco yang penting ialah suara ramai dan kesanggupan oleh minoriti menerima pendapat majoriti. Juga jika perbalahan berlaku, keputusan ketua hendaklah dihormati walaupun pahit ditelan. Saya berharap konsep dan semangat demokrasi ini difaham oleh semua pihak. Saya berharap juga pegawai-pegawai memahami sistem ini. Jika sistem ini diamal seperti dirancang, pentadbiran yang baik tetap akan berlaku. Kerajaan Pusat sentiasa memerhati perjalanan Kerajaan Negeri. Memanglah terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat akan cuba menolong di mana perlu dan mungkin. Walaupun demikian, tentulah ada perkara-perkara yang di luar dari keupayaan Kerajaan Pusat mengatasinya. Untuk mengelak dari berlakunya masalah yang tidak dapat diatasi, Kerajaan Negeri hendaklah berhati-hati dalam merancang dan mendapat nasihat Kerajaan Pusat terlebih dahulu. Ini akan menentukan masalah tidak berlaku terlalu kerap. Kerajaan yang ada sekarang ingin melihat wujudnya Kerajaan yang cekap, licin dan bersih di seluruh Malaysia. Sudah tentu Kelantan tidak dikecualikan. Kita tidak mungkin mengadakan Kerajaan yang seratus peratus cekap, seratus peratus licin dan seratus peratus bersih. Tetapi ini tidak sepatutnya melemahkan semangat kira untuk berusaha ke arah matlamat yang mulia ini. Saya berharap semua anggota Kerajaan Kelantan, sama ada dari ahli politik atau pegawai hendaklah berusaha untuk mencapai matlamat yang telah kita tentukan. Insya-Allah usaha kita akan membawa lebih banyak kejayaan kepada Negeri Kelantan. Akhirnya saya sekali lagi mengucap terima kasih kepada Kerajaan Kelantan, ahliahli politik dan pegawai-pegawai yang telah memberi sambutan terhadap lawatan saya. Saya berharap perhubungan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan akan baik selama-lamanya. Saya berdoa mudah-mudahan pembangunan Kelantan tidak terganggu kerana khayalan dan tamaknya orang-orang tertentu.

70

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM ULANGTAHUN KE - 44 FEI SAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 10HB. MAC, 1982

S

aya mengucapkan terima kasih kepada pihak Fei San Malaysia kerana menjemput saya dan isteri saya ke majlis ini. Ini adalah kali kedua saya telah berpeluang menghadiri majlis makan malam ulangtahun Persatuan ini dan saya mengucapkan terima kasih di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk berucap sepatah dua kata pada malam ini.

Saya amat berbesar hati kerana dijemput ke majlis pada petang ini dan dapat bersama-sama dengan ramai pemimpin-pemimpin yang terkenal dan terkemuka daripada lebih dari 200 pertubuhan masyarakat Cina. Pertubuhan-pertubuhan ini sesungguhnya mempunyai peranan yang amat penting. Mereka telah membuat sumbangan yang berguna dalam masa 25 tahun semenjak kita mencapai kemerdekaan dan saya yakin bahawa dengan kepimpinan yang bertanggungjawab dan dedikasi tuan-tuan sekalian akan dapat terus membuat sumbangan positif kepada komuniti, masyarakat keseluruhan dan negara. Kita sekarang berada di ambang satu era baru di dalam Pembangunan. Rakyat Malaysia golongan lama atau yang tua, termasuk mereka yang hadir di majlis ini, mungkin masih ingat ketika sebelum kemerdekaan dan masa-masa permulaan kita mencapai kemerdekaan - kita perlukan perjuangan dan kegigihan untuk meletakkan negara ini di atas satu asas yang kukuh untuk menentukan masa depan yang terjamin untuk kita semua. Pada masa itu kita bersetuju mengenai beberapa prinsip tertentu sebagai asas membina dan membangunkan negara dan bangsa kita. Prinsip-prinsip penting ini telah dirumus sebagai asas Perlembagaan negara dan kemudiannya digunakan untuk menggubal Rukunegara dan Dasar Ekonomi Baru. Keutamaan kita ialah perpaduan dan kita telah bersetuju tentang alat bagi memupuk perpaduan iaitu melalui satu bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan, di mana norma-norma dan nilai-nilai masyarakat peribumi menjadi asas cara hidup kebangsaan kita rakyat Malaysia. Tidak seperti banyak negara-negara lain di mana pengaruh kebudayaan asing dan kaum pendatang telah tidak diterima langsung, kita di Malaysia amat bernasib baik kerana rakyat kita diberi jaminan kebebasan untuk mempelajari dan mengamalkan kepercayaan dan kebudayaan mereka masing-masing di dalam rangka dan had-had yang di tentukan oleh Perlembagaan dan dasar-dasar negara. 71

Rakyat Malaysia yang mendapat peluang untuk melawat ke luar negeri akan dapat membanding betapa baiknya nasib rakyat negara ini. Saya yakin bahawa kita telah dapat membawa pembangunan, kestabilan dan kemakmuran, iaitu usaha-usaha untuk faedah rakyat semua kerana kita memberi nilaian yang tinggi terhadap "sensitivities" masyarakat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan terdapat hasrat dan cita-cita kebangsaan. Sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum, kira tidak dapat mengelak daripada keraguan dan rasa tidak puashati di kalangan pihak-pihak tertentu terhadap perlaksanaan dasar-dasar negara. Pada hakikatnya tidak ada mana-mana negara pun di mana semua rakyatnya puashati dan tidak ada seorang pun yang merungut. Sesungguhnya sudah pasti akan timbul kritik dan rasa tidak puashati walaupun keadaan semuanya memuaskan - ini adalah sifat semulajadi manusia yang sentiasa tidak puashati walaupun mereka mempunyai segala-galanya. Rasa tidak puashati yang dilahirkan di sana sini di negara kita terhadap sesuatu isu tidak dapat dielakkan. Tetapi terdapat kecenderungan di kalangan setengah pihak yang ingin memutar-belit dan membesarbesarkan sesuatu isu dengan tujuan untuk mencetuskan "psikologi rusuhan" bagi menggerakkan rakyat atau sebahagian masyarakat untuk menentang Kerajaan. Saya harap semua rakyat yang bertanggungjawab di negara kita tidak akan menganggap segala-gala yang baik dan indah yang kita punyai dengan sewenang-wenang dan membiarkan diri kita diperalatkan oleh golongan-golongan yang sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan potensi bagi mewujud dan menjamin masa depan yang "viable" bagi semua. Perlaksanaan Kurikulum 3M merupakan satu contoh yang baik menunjukkan bagaimana sesuatu isu yang kecil mengenai perlaksanaan satu dasar yang telah dipersetujui oleh Kerajaan telah diputarbelitkan oleh setengah-setengah pihak yang bertujuan untuk membangkitkan sentimen perkauman dan persengketaan di kalangan rakyat. Malang sekali mereka yang kononnya juara-juara yang memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina telah menyalahtafsir dan menyelewengkan isu 3M ini hingga kepada satu tahap di mana penyokong-penyokong Kerajaan juga telah menjadi mangsa dan menjadi begitu emosional. Saya menyatakan ini malang sekali bukan kerana saya ingin melihat masyarakat Cina Malaysia harus menjadi pasif tetapi menjadikan sesuatu perkara sebagai satu isu ia hendaklah benar-benar memahami perkara itu dengan sejelas-jelasnya. Kita harus sedar bahawa dalam banyak perkara kita berhadapan dengan bahaya perselisihan kaum yang boleh menyekat pembangunan negara kita. Saya ingin menyatakan di sini dengan setegas-tegasnya bahawa Kerajaan tidak mempunyai apa-apa tujuan untuk menukarkan ciri Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Perbekalan-perbekalan di dalam Perlembagaan yang menjamin kebebasan penggunaan bahasa ibunda setiap kaum di negara ini akan sentiasa dihormati. Semenjak dahulu lagi akhbar-akhbar tempatan telah banyak menyentuh tentang Seksyen 21 (2) Akta Pelajaran 1961. Perbekalan Seksyen 21 (2) ini adalah satu perbekalan yang memberi makna kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menukar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaa Cina atau Tamil kepada Sekolah Rendah Kebangsaan apabila sesuatu 72

permintaan dibuat. Saya pernah membuat penjelasan bahawa walaupun kuasa ini ada pada Kerajaan, bukanlah menjadi tujuan Kerajaan untuk menggunakan kuasa ini bagi menukarkan Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan sekiranya rakyat tidak berkehendakkan demikian. Sesungguhnya dalam jangka masa 25 tahun yang lalu cuma terdapat satu kes sahaja di mana perbekalan ini telah digunakan untuk menukarkan sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan. Ini telah dibuat berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan oleh ibubapa dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang berkenaan. Kerajaan dengan sendirinya tidak akan menyalahgunakan kuasa ini. Ini adalah jaminan yang dapat saya berikan bagi pihak Kerajaan. Oleh itu saya harap bahawa dengan jaminan saya ini tidak akan timbul lagi apa-apa keraguan di dalam fikiran masyarakat Cina dan Tamil Malaysia bahawa perbekalan undang undang ini akan digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh Kerajaan. Saya harap tidak akan timbul lagi salah tafsiran, sama ada dengan sengaja atau tidak, yang memupuk perasaan cemas dan keliru mengenai sesuatu perkara yang seharusnya tidak menjadi isu apaapa pun. Salah satu tindakan yang diambil oleh Kerajaan baru ialah menarik balik pengharaman buku "The Malay Dilemma" karangan saya. Ini perlu dibuat kerana adalah penting bagi rakyat di negara ini untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam buku itu dan tidak secara mendengar ulasan daripada orang lain yang tujuannya mungkin tidak sihat. Buku ini akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina, Tamil dan Bahasa Malaysia bagi membolehkan sesiapa yang ingin membacanya berbuat demikian. Saya bukanlah bertujuan untuk mengiklankan buku saya ataupun mencari faedah kewangan. Tetapi saya ingin menjelaskan bahawa buku tersebut telah ditulis di dalam tahun 1969 - 1970 dan pendapat-pendapat di dalamnya adalah berasaskan suasana yang terdapat pada ketika itu. Banyak daripada perkara-perkara yang saya sebutkan di dalam buku itu telah berubah pada hari ini. Setelah sepuluh tahun Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan banyak perkara-perkara telah diperbetulkan. Setengahsetengah perkataan kesat yang digunakan di dalam buku ini mungkin tidak lagi berasas. Sesungguhnya perkataan-perkataan kesat yang dikeluarkan dalam tahun 1969 dan 1970 oleh setiap orang tidak mempunyai tempat lagi sekarang. Saya tidak menuntut maaf di atas apa yang telah saya tulis ketika itu sebagaimana juga saya tidak mengharap sesiapa jua menuntut maaf kerana apa yang mereka katakan terhadap saya dan mengenai isu-isu perkauman pada ketika itu. Tetapi adalah amat penting bagi kita untuk menyedari tentang hakikat bagaimana hampirnya kita kepada kecelakaan dan kemusnahan dan bagaimana dengan limpah kurnia Tuhan kita telah dapat mengelak daripadanya. Kita tidak harus lupa peristiwa 1969 kerana ia adalah satu pengajaran kepada kita mengenai bahaya-bahaya keadaan tidak seimbang antara kaum dan tentang politik perkauman. Sebagaimana saya pernah tegaskan kita sekarang berada di ambang satu era kejayaan dan pencapaian yang besar di dalam berbagai-bagai lapangan. Kita sedang melihat dan mempelajari daripada negara-negara yang maju di dalam bidang sains dan teknologi. Saya telah menegaskan bagaimana perlunya kita meniru aspek-aspek 73

tertentu etika bekerja yang diamalkan oleh orang-orang Jepun dan Korea dan kita akan menghantarkan orang-orang kita untuk mendapat latihan di Republik Korea dan Negeri Jepun. Rakyat negara ini mestilah berusaha mempelajari bahasa-bahasa baru bagi keperluan ini dan adalah menjadi harapan dan hasrat saya bahawa setiap rakyat Malaysia akan menerima pendekatan baru terhadap pelajaran dan latihan secara positif supaya kita akan mendapat mengecap nikmat dan faedah pembangunan dan kemajuan dan bukannya diperalatkan oleh anasir-anasir perosak yang ingin membantut kemajuan dan memusnahkan perpaduan dan kestabilan yang ada pada kita. Kita merupakan sebahagian daripada masyarakat antarabangsa dan pembangunan kita adalah menjadi sebahagian daripada pembangunan dunia keseluruhannya. Kita mestilah menerima apa yang baik daripada pengalaman-pengalaman orang lain dan membina satu masa depan bagi kita yang dapat kita nikmati dan banggakan. Pertubuhan-pertubuhan Cina telah memainkan peranan yang penting di dalam lapangan sosial dan ekonomi di negara kita Malaysia. Sekarang setelah kita berada di peringkat persediaan ke arah peringkat pembangunan yang pesat, adalah amat penting bagi tuan-tuan sekalian untuk bersiap sedia bagi memainkan peranan yang lebih besar. "Racial-exclusiveness" pertubuhan-pertubuhan hendaklah dikurangkan secara beransur-ansur supaya setiap orang di dalam aktiviti-aktiviti yang sama dapat menyertainya. Ini bukan sahaja dapat membantu mengukuhkan ekonomi tetapi juga ia dapat memperbaiki harmoni antara kaum di negara ini. Dengan harmoni antara kaum yang meningkat usaha kita untuk mencapai kemakmuran yang lebih lagi akan dapat dipertingkatkan. Saya bukan memaksa pendapat saya ini diterima tetapi sekadar mengharapkan bahawa saudara-saudara akan menimbangkannya dengan teliti dan secara insaf. Malaysia dapat dikatakan sebagai sebuah negara yang agak besar. Peluang-peluang adalah terbuka dengan luasnya bagi setiap orang. Mungkin saudara-saudara tidak dapat semua yang dicita-citakan tetapi saudara-saudara boleh mendapat sesuatu yang tidak jauh bezanya. Baru-baru ini seorang orang asing telah menulis sebuah novel mengenai Malaysia di mana, Meng seorang budak Cina tidak mendapat tempat di Fakulti Perubatan di sebuah universiti. Ia telah ditawarkan tempat di Fakulti Sains. Mengikut buku itu Meng telah menjadi begitu marah dan telah memilih kehidupan sebagai seorang penjenayah. Ini adalah gambaran yang salah mengenai kaum Cina. Tentu sekali kekecewaan yang sedikit seperti yang diceritakan itu tidak akan menjadikan seorang Cina sebagai penjenayah. Kaum Cina merupakan satu kaum yang pragmatis. Mereka telah dapat menghadapi berbagai kesulitan dan berjaya mencapai kemakmuran dalam suasana yang lebih buruk. Mengatakan bahawa mereka akan menjadi penjenayah dengan semudah itu adalah satu penghinaan terhadap kaum Cina dan kebudayaan mereka. Di Malaysia saudara-saudara mungkin mendapat apa yang saudara-saudara idamkan jika dibandingkan dengan keadaan di kebanyakan negara-negara lain. Tetapi sekiranya tidak saudara-saudara harus berkelakuan seperti orang Cina, iaitu menyesuaikan diri dengan keadaan. Saya yakin saudara-saudara akan berjaya walaupun 74

dalam keadaan yang kurang memuaskan. Sesungguhnya dengan suasana pembangunan perindustrian yang pesat saudara-saudara tidak mungkin tidak berjaya sebagaimana juga orang-orang lain. Apabila semua orang berjaya, Malaysia akan menjadi lebih makmur dan negara ini akan menjadi bumi bertuah yang tidak ada gantinya. Kerajaan sekarang bercita-cita dan berhasrat untuk melaksanakan pemerintahan secara adil dan saksama. Segala apa yang dijamin di dalam Perlembagaan akan sentiasa dipatuhi dan dihormati. Di samping itu perjanjian "gentleman" yang dicapai oleh pengasas negara ini akan dihormati. Perlembagaan dan persefahaman asal di kalangan pemimpin-pemimpin berbagai-bagai kaum di Malaysia akan menjamin kestabilan dan keharmonian negara ini. Sekarang terletaklah kepada rakyat untuk memberi sokongan kepada dasardasar yang digubal oleh Kerajaan. Pertubuhan-pertubuhan saudara-saudara sekalian pasti boleh memainkan peranan yang besar di dalam konteks ini. Pertubuhan-pertubuhan ini adalah pengaruh dan dapat membuat hubungan dengan mudah sekali dengan masyarakat. Mereka harus membantu menerangkan kepada ahli-ahlinya dan rakyat umum, terutamanya masyarakat Cina mengenai sikap Kerajaan. Mereka harus faham tentang semangat persefahaman dan kerjasama yang menjadi daya penggerak bagi setiap kaum di negara ini dalam perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan. Mereka tidak harus bertindak dengan emosi tanpa terlebih dahulu berhubung dengan Kerajaan atau sekurang-kurangnya dengan salah sebuah parti komponen Barisan Nasional sekiranya timbul sesuatu isu yang melibatkan mereka atau masyarakat Cina. Mereka harus melakukan ini semua bukan hanya kerana mereka sendiri dapat menikmati kehidupan di dalam negara yang ditadbir dengan baik tetapi kerana mereka adalah rakyat Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia mereka harus berbangga dengan kestabilan, kemakmuran dan kebaikan negara mereka. A k h i r kata izinkanlah saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudara sekalian kerana telah menjemput saya dan isteri ke majlis ini. Kami berdua mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara-saudara dan pertubuhan-pertubuhan saudara-saudara sekalian.

75

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN MENGARANG BERUNSUR ISLAM SEMPENA PERAYAAN ABAD KE-15 HIJRAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 12HB. MAC, 1982

S

aya mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya dan isteri saya bersama-sama menghadiri majlis ini. Di atas jemputan dan penghormatan yang diberikan kepada saya untuk berucap di majlis ini clan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang "Peraduan Mengarang Berunsur Islam Sempena Abad Ke-15 Hijrah" saya terlebih dahulu mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih.

Abad ke-15 Hijrah dilihat oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai zaman kebangkitan semula Islam, zaman untuk menebus kembali keagungan Islam dan zaman kebanggaan bagi umat Islam. Tetapi, untuk mencapai cita-cita dan hasrat ini ada yang memilih jalan untuk semata-mata mendekati akhirat dengan meninggalkan segala hubungan yang bersifat keduniaan. Bagi mereka hidup terpencil dari masyarakat umum, dapat beribadat dan mempunyai habuan sekadar cukup untuk menyara hidup adalah sebenar-benar cara hidup dituntut oleh Islam. Selainnya adalah dianggap sifat jahiliah. Golongan yang lain pula memandang kebangkitan Islam di Abad Ke-15 Hijrah ini sebagai satu isyarat untuk melaksanakan satu revolusi yang menyeluruh, menghapuskan segala apa yang ada dan membina sistem pemerintahan dan Kerajaan yang dikatakan Islam oleh mereka dengan satu permulaan baru. Golongan ini, dan juga golongan "ascetic" yang pertama itu, ingin mempengaruhi dunia Islam untuk menerima dan mengamalkan prinsip-prinsip mereka berasingan, yang mana kita tahu, jika diterima oleh sebahagian besar umat Islam, boleh membawa kehancuran kepada umat Islam sendiri. Yang a eh ialah golongan-golongan ini tidak memperhitungkan apakah kemampuan yang a i pada umat Islam ketika mi, ajaran serta prinsip-prinsip Islam yang sebenar sebagai agama universal, rintangan yang wujud serta cabaran dan bahaya yang mesti dilalui akibat tindakan yang mereka rancangkan. Mereka tidak memikirkan hikmat perjuangan Rasulullah s.a.w serta sahabat dengan petunjuk Allah S.W.T yang menjelaskan kepada kita betapa pentingnya rategi, tektik dan diplomasi dalam perjuangan Islam. Sejarah dengan jelas menegaskan betapa keperibadian dan akhlak Rasulullah s.a.w yang begitu luhur dan tinggi telah menjadi kuasa penarik bagi manusia menganuti Islam. Bukan sahaja sanak-saudara malahan pihak musuh kagum 76

dengan sifat Rasulullah s.a.w yang benar-benar mencerminkan keperibadian serta akhlak manusia tulen sebagaimana yang dituntut oleh Allah S.W.T. Keagungan Islam yang kita ingin kembalikan ialah yang diasaskan kepada sifatsifat yang disanjung tinggi dan dihormati oleh manusia. Islam tidak dikembangkan dengan menumpahkan darah manusia yang tidak berdosa, memecah-belahkan umat Islam, dan memesongkan ajaran Islam dengan menabur fitnah kerana kepentingan diri dan politik kumpulan-kumpulan. Islam dikembangkan dengan memberi gambaran yang sejelas-jelasnya tentang intisari dan keperibadian Islam yang mementingkan keadilan, moderasi, diplomasi, perikemanusiaan, keunggulan ilmu pengetahuan dan usaha dan sifat-sifat yang luhur yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w serta sahabat yang nyata dapat dilihat oleh manusia. Dengan prinsip-prinsip ini Islam telah mengukuhkan kedudukannya hingga diterima oleh semua lapisan masyarakat tidak kira hamba atau pemerintah dan tidak kira bahasa atau keturunan. Itulah semangat dan prinsip kebangkitan Islam yang ditunjukkan kepada kita oleh Allah S.W.T. Kita perlu menimba segala hikmah di dalam Islam bagi mencungkil segala potensi untuk membuktikan prinsip-prinsip serta perjuangan Islam sebagai cara hidup universal. Keagungan Islam bermakna kekuatan akidah, perpaduan serta persefahaman, dan kemajuan ekonomi - pertanian dan perindustrian serta lain-lain - ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, pelajaran, dan seterusnya apa yang dapat menjadi perisai bagi melindungi kita daripada fitnah dan ancaman anasir-anasir yang ingin merosakkan kita. Ini haruslah menjadi perjuangan umat Islam kerana kelemahan umat Islam dalam mana-mana aspek akan memanjangkan lagi masa umat Islam dipengaruhi dan dicengkam oleh orang lain. Salah satu aspek yang harus mendapat perhatian kita ialah tradisi penulisan umat Islam. Ahli-ahli teologi, ahli-ahli fikir, ahli-ahli sains Islam telah menyingkap bidang ilmu pengetahuan sehingga zaman kebangkitan semula atau 'Renaissance' di Eropah sebenarnya adalah diasaskan kepada pencapaian tokoh-tokoh Islam. Sayangnya tradisi penulisan Islam ini telah malap dan tenggelam timbul sebagaimana yang kita dapat perhatikan ketika Aceh, Pasai dan Melaka menjadi pusat perkembangan Islam di rantau ini. Menjelang Abad Ke-15 Hijrah kita juga sedar dengan kemunduran kita dari segi penulisan. Peraduan mengarang sempena dengan sambutan Abad Ke 15 Hijrah ini harus menjadi titik permulaan bagi usaha penulisan yang berteraskan Islam di negara kita. Walaupun peraduan ini membuat tumpuan kepada penulisan sastera namun apa yang diperlukan ialah penulisan yang lebih gigih dan giat dalam semua lapangan, serta mempunyai ramai ulamak yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Islam, cerdik-pandai dan para akademis bagi berbagai bidang yang pasti dapat menghasilkan karya-karya asli yang tinggi nilainya serta memperkenalkan karya-karya terjemahan daripada Bahasa Arab atau bahasa-bahasa lain yang perlu menjadi sumber kepada masyarakat kita yang dahagakan ilmu pengetahuan tuntutan Islam. Banyak 77

buku-buku sumber yang berguna kepada masyarakat kita yang masih belum diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Begitu juga kurang sekali hasil sastera Islam yang dapat membentuk keperibadian masyarakat kita dan bagi menjadi perisai dan penawar di dalam menghadapi berbagai cabaran semasa dan akan datang. Berhubung dengan "Peraduan Mengarang Berunsur Islam" ini, sukacita saya mendapat tahu bahawa sambutan daripada para penulis adalah amat menggalakkan. Ini adalah sejajar dengan keadaan di luar dunia penulisan, di mana perhatian terhadap agama Islam, baik di mana saja, begitu meluas dan mendalam. Penyertaan para pelajar dalam peraduan ini, dengan berbagai judul esei masing-masing, dengan sendirinya membuktikan bahawa generasi muda kita sedang menerus dan memperteguhkan tali keagamaan yang sudah lama menjadi pegangan yang tidak diragui. Keadaan yang menggembirakan ini, pada fikiran saya, adalah hasil kemampuan penganut agama Islam menyaring pengaruh luar dan bersikap sederhana tetapi rasional dalam menghadapi soal-soal yang berkaitan dengan agama Islam. Bidang penulisan merupakan satu cara berdakwah yang berkesan. Tetapi, demi kepentingan Islam, setiap penganut agama Islam mestilah mengisi dakwahnya dengan hasrat untuk mengembalikan kekuatan dan keagungan umat dan bukan untuk polemik yang melemahkan atau memecahbelahkan umat. Kita hendaklah sedar bahawa ada kuasa-kuasa yang ingin memusnahkan Islam kerana Islam bercanggah dengan ideologi mereka. Kiranya kita lemah pastilah mudah bagi mereka ini untuk memasukkan kita ke dalam perangkap mereka, dan jika kita telah masuk ke dalam perangkap mereka Islam akan dimusnahkan oleh mereka. Allah S.W.T menuntut kita untuk menyeru ke jalanNya. Tetapi seruan yang dituntut ialah seruan yang dibuat secara berkesan, mengikut lunas-lunas tertentu dan dibuat dengan jujur dan baik. Jika seseorang itu menyeru ke jalan kebaikan, sedangkan tingkah lakunya boleh dipersoalkan atau pihak tertentu mencanangkan keunggulan Islam, sedangkan taktiknya mempengaruhi masyarakat begitu bercanggah dengan semangat kelslaman yang sebenar, ini tidak akan membawa umat Islam ke mana-mana. Ini akan hanya memudarkan syiar Islam, dan malah boleh menghancurkan perpaduan umat Islam sendiri. Gejala buruk ini amatlah dipandang berat. Jika gejala ini mula bercambah atau telah menular, kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk membanterasnya. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada para pemenang peraduan menulis cerpen, drama, esei (pelajar dan umum) dan antologi puisi yang berunsur Islam. Sumbangan mereka mudah-mudahan memberikan manfaat yang sewajarnya, juga tanda pencapaian mutu penulisan sempena Abad Ke-15 Hijrah ini. Amatlah kena pada ketikanya karya-karya yang memenangi peraduan ini diterbitkan dalam bentuk buku. Penerbitan seperti ini diharapkan akan dapat tersebar luas untuk bacaan masyarakat. Penerbitan seperti ini juga boleh menjadi bahan bacaan umum yang sungguh berfaedah kerana isinya berusaha membentuk atau membina ketakwaan di kalangan para pembacanya. Dengan cara ini, ajaran-ajaran yang tidak 78

baik dapat dicegah kerana para pembaca dapat melihat serta menilai mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang hakiki dan mana yang palsu. Bagaimanapun, kepada para penulis sekalian, perseimbangan antara persoalan karya dan mutu penciptaan hendaklah selalu diperhitungkan. Saya yakin di tahun-tahun yang akan datang mutu penulisan yang berunsur Islam akan terus berkembang dan matang sesuai dengan perkembangan masa yang sentiasa berubah dan maju. Pencapaian serta kemajuan rohaniah yang berteraskan ketakwaan kepada Allah S.W.T. adalah amat penting sejajar dengan kehendak Islam dan juga cabaran yang dihadapi oleh manusia dari masa ke semasa. Akhir kata saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang-pemenang peraduan dan berdoa semoga Allah S.W.T akan sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada kita dalam semua rancangan dan tindakan kita untuk memajukan umat Islam.

79

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG BADAN PENCEGAH RASUAH DI DEWAN RAKYAT, 19HB. MAC, 1982

S

aya mohon mencadangkan satu Rang Undang-undang untuk menubuhkan Badan Pencegah Rasuah, bagi memberi kuasa-kuasa kepada pegawai-pegawai Badan itu dan bagi membuat peruntukan-peruntukan yang berkenaan dengannya dibaca kali kedua.

Tujuan utama Rang Undang-undang ini ialah untuk menukarkan nama Biro Siasatan Negara kepada nama asalnya iaitu Badan Pencegah Rasuah. Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah. Sebagaimana yang saya seringkali nyatakan, hasrat utama Kerajaan baru ialah untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang bersih, cekap dan licin. Untuk mencapai matlamat ini perhatian yang berat adalah diberi kepada usaha-usaha untuk mencegah sebarang perbuatan rasuah. Dalam keadaan sekarang, bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada B S N adalah luas dan meliputi berbagi jenis penyelewengan seperti kes-kes berhubung dengan pecah amanah, penipuan dan sebagainya. Ini telah menimbulkan anggapan masyarakat bahawa B S N adalah juga badan yang mengendalikan kes-kes penyelewengan dan perbuatan curang yang bukan bersifat rasuah. Sekiranya kita terus membenarkan Biro ini dengan bidang tugas yang begitu luas, ia tidak dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan berkesan untuk mencegah perbuatan rasuah. Ia akan terus menumpukan kepada perkara-perkara kurang penting, sementara kes-kes rasuah yang tulen tidak dapat diberikan perhatian yang penuh. Usaha menukar nama B S N ialah salah satu daripada langkah-langkah meningkatkan perjalanan organisasi Biro tersebut. Lain-lain langkah termasuklah usaha-usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pegawai-pegawai Biro menjalankan siasatan dengan cara melatih dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang lebih profesional. Di samping cadangan menukar nama itu, cadangan juga dibuat supaya diadakan peruntukan membolehkan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah mengeluarkan 80

perintah-perintah pentadbiran tetap atau 'standing orders' berhubung dengan pengawasan am, latihan, tugas dan kewajiban pegawai serta disiplin pegawai, dan lain-lain perkara yang perlu untuk kebaikan pentadbiran Badan itu. Rang Undang-Undang ini juga membuat peruntukan bahawa apa-apa perbuatan yang dilakukan dan perintah-perintah yang dikeluarkan sebelum berkuatkuasanya Akta baru ini adalah perlu diteruskan dan dianggap sebagai tindakan dan perintah Badan Pencegah Rasuah ini. Dengan terlaksananya Akta Badan Pencegah Rasuah, Akta Biro Siasatan Negara 1973 adalah dimansuhkan. Saya yakin dengan perubahan-perubahan yang saya sebutkan tadi, institusi mencegah rasuah ini akan dapat memainkan peranannya yang lebih aktif dan berkesan dan mudah-mudahan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang tidak dicemari rasuah dan rakyatnya terus menikmati keadaan hidup yang bersih. Saya mohon mencadangkan.

81

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN KURSUS KADI, IMAM DAN PEGAWAI AGAMA SELANGOR DARUL EHSAN 28HB. MAC,1982

S

yukur saya ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat saya bersama-sama hadir di Majlis ini dan bertemu muka dengan para kadi, imam dan pegawai agama sekalian.

Saya yakin, kursus yang diadakan ini berfaedah dan menepati kehendak agama suci kita yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan dan menuntut penganutnya mengisi diri dengan ilmu pengetahuan. Sebagaimana Islam mempunyai pengertian ibadah yang luas, begitu pulalah dengan ilmu pengetahuan, apatah lagi jika ilmu pengetahuan itu boleh meningkatkan lagi kemampuan umat Islam dan menerangkan lagi syiar agama suci kita. Oleh itu, saya harap semua pihak, sama ada dengan usaha sendiri ataupun secara kerjasama dengan badan-badan lain, akan sentiasa memberi perhatian kepada usaha meningkat dan memperluaskan ilmu pengetahuan di kalangan, bukan sahaja kadi, imam, pegawai agama dan tokoh-tokoh agama kita, malahan di kalangan umat Islam umumnya. Apabila saya dijemput untuk berucap, selalunya saya menarik perhatian kepada keadaan-keadaan di negara-negara lain. Perbandingan keadaan kita dengan keadaan orang lain, sama ada dari segi perkara-perkara yang dianggap baik mahupun dari segi perkara-perkara yang dianggap tidak baik, boleh menajamkan pertimbangan kita. Baru-baru ini saya telah melawat beberapa negara Islam di kawasan Teluk Parsi. Saya juga telah melawat beberapa negara Islam yang lain. Dari pemerhatian saya, dan mungkin pemerhatian saudara-saudara yang pernah melawat ke tempat-tempat ini, kita dapat melihat satu perubahan yang pesat berlaku. Pembangunan fizikal dapat dilihat di sana-sini, jalanraya-jalanraya yang begitu lebar, bangunan yang besar-besar dan cantikcantik semuanya menjadi perkara biasa di negara-negara Islam yang dikurniai kekayaan minyak oleh Allah s.w.t. Tetapi sayangnya usaha-usaha di kebanyakan negara terpaksa bergantung kepada tenaga dan kepakaran luar. Ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana dunia Islam telah ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemampuan; walaupun tiba-tiba wang hasil minyak mencurahcurah, perbelanjaannya bagi Pembangunan menguntungkan orang lain. Itulah sebabnya Malaysia memberi keutamaan kepada segala aspek yang boleh membangunkan kita sebagai umat yang serba mampu asalkan jalan-jalan kita itu jalanjalan yang halal. Kalau semua orang Islam tidak sukakan dunia kerana mengikut 82

setengah-setengah gesaan mereka yang sempit pandangan, kita bukan sahaja akan terus lemah tetapi yang lebih celaka ialah kita akan dimakan dan ditelan oleh musuhmusuh Islam. Kita mahukan semua orang menunaikan fardhu 'ain, di samping itu kita mahukan semua orang Islam menuntut dan bantu-membantu menyempurnakan fardhu kifayah yang menjadi beban kita semua. Jika kita mundur, jika kita lemah, mengubah kedudukan kita kepada kedudukan yang maju dan teguh selaras dengan kehendak Islam adalah juga fardhu kifayah dan tidak kurang pentingnya bagi masa depan kita. Malaysia akan berusaha memainkan peranan yang positif di kalangan masyarakat Islam sedunia dan, dalam hal ini, kita tidak dapat lari dari tanggungjawab menyatupadukan umat Islam di negara kita supaya peranan kita di peringkat dunia Islam akan lebih berkesan dan bererti. Kalau umat Islam ingin kuat dan maju - dan kita semua mesti kuat dan maju, kita mestilah bantu-membantu dan bersatu. Kerana tenaga dalam perpaduan tidak ada tolok-bandingnya. Oleh itu sesiapa juga yang menyeru dan bertindak supaya umat Islam pulau-memulau, benci-membenci dan lain-lain lagi hanyalah membawa kita kepada mulut musuh kita untuk dikunyah dan ditelan, sedangkan kita mempunyai segala kemungkinan mereka mencari jalan untuk melemahkan kedudukan kita. Saya merasa sedih kerana ada pihak-pihak yang sengaja melaga-lagakan Islam sedangkan Islam tidak menyeru umatnya berpecah-belah; bukan sahaja ini hina di dalam pandangan Islam tetapi hina di pandangan orang-orang lain. Saya harap pemimpin-pemimpin masyarakat, pemimpin-pemimpin politik dan lain-lain pemimpin, terutamanya di mana golongan pengikut mereka mungkin terlibat dengan memecah-belahkan umat Islam, hendaklah berani menyuarakan tentangan mereka terhadap perkara yang terkutuk ini. Kerana tanpa melarang, tanpa menyekat sedikit sebanyak, tanggungjawab di atas persengketaan di kalangan umat yang seagama adalah menjadi beban dan tanggunjawab pemimpin-pemimpin berkenaan. Kebanyakan mereka yang terpedaya ini tidak bersalah. Tetapi, oleh sebab mereka sayangkan agama mereka, mereka lurus maka mereka telah menerima pendapatpendapat yang kononnya daripada pakar-pakar agama. Rakyat harus sedar bahawa usaha-usaha untuk membawa pecah-belah di kalangan umat Islam tidak menjadi isu di negara-negara lain; sekurang-kurangnya bukan kerana kepentingan politik. Ini ada pula yang mengkafirkan orang U M N O kerana menjadi ahli U M N O . Iman dan dalamnya Islam seseorang hanya berada di lubuk hati masing-masing, cuma Allah yang Maha Mengetahui. Kalaulah orang U M N O kafir, mengapa Kerajaan Saudi membenarkan semua orang yang berdaftar dengan Tabung Haji untuk menunaikan fardhu Haji ke Mekah? Mengapa mereka tidak tanya dahulu siapa ahli parti apa? Ada pula mereka yang mendakyahkan agama telah merosakkan nama baik Kerajaan dan usaha-usaha Kerajaan. Kononnya itu haram dan ini haram sehinggakan jika tidak berhati-hati seseorang itu akan meningggalkan segala rezekinya di Malaysia ini. Duit dari Kerajaan haram, bantuan Kerajaan haram, dan lain-lain lagi. Rakyat harus berhati-hati kerana ini akan membawa kemunduran kepada umat Islam dan golongan 83

yang memfitnahkan ini akan akhirnya berjaya mengatakan bahawa kemunduran umat Islam ialah kerana Kerajaan yang melemahkan. Setiba saya dari lawatan ke Negara-negara Teluk baru-baru ini, saya telah mengumumkan bahawa sebuah Universiti Islam Antarabangsa akan ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini adalah universiti kepunyaan umat Islam sedunia. Ia akan menyediakan semua mata pelajaran yang selaras dengan konsep ilmu pengetahuan untuk tamadun Islam yang agung dan ia akan menjadi alat perpaduan di kalangan umat Islam, tidak kira rupa dan keturunan, tidak kira bahasa dan budaya asal mereka. Inipun ada yang mengatakan Universiti ini sebagai alat politik. Jadi susah kita mempertahankan setiap tindakan kita sekiranya ada pihak yang sentiasa irihati, syakwasangka dan sentiasa sedia untuk memutar-belit dan membuat fitnah. Kalau saya ingin bermain politik banyak yang boleh di heboh-hebohkan, itu ini dan apa saja untuk memesongkan fikiran dan pertimbangan rakyat. Ini bukan tujuan Kerajaan sekarang dan bukan menjadi amalan Barisan Nasional. Kalau kita menang pun biarlah kerana kita amanah dan jujur. Sebenarnya masih banyak usaha yang boleh dibuat bagi faedah umat Islam di negara kita dan di dunia Islam. Pertama ialah dengan usaha-usaha Kerajaan, badanbadan Islam dan pencinta Islam. Kedua dengan persaudaraan dan perpaduan Islam. Ketiga dengan memperbaiki segala cara dan kaedah kita memperbaiki umat dan pentadbiran Islam. Kehadiran saudara-saudara sekalian di dalam kursus ini juga merupakan peluang untuk memikirkan dengan lebih luas dan mendalam berbagai cara yang boleh kita usahakan bersama demi kebaikan dan kemajuan umat. Saya harap saudara-saudara sekalian akan menguatkan benteng bagi mempertahankan perpaduan serta keluhuran Islam dan menjadi penghubung dan penawar di dalam suasana masyarakat kita yang sangat-sangat memerlukan perpaduan. Akhir kata, dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani, saya dengan segala sukacitanya merasmikan kursus ini.

84

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN PAMERA ''MALAYSIA KESAYANGANKU"DI MUZIUM NEGARA 31HB. MA

S

aya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang mengambil daya-usaha untuk menganjurkan pameran "Malaysia Kesayanganku" ini, dan di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk merasmikannya, saya mengucapkan terima kasih.

Pameran ini merupakan satu usaha yang penting bagi meningkatkan kesedaran dan keinsafan rakyat Malaysia terhadap tanggungjawab mereka kepada tanah tumpah darah mereka. Pembangunan yang pesat tidak memberi apa-apa makna sekiranya rakyat miskin dan tandus dari segi semangat dan rasa kasihankan tanahair, iaitu satu aspek dari perkembangan rohani dan satu dimensi yang termesti dalam Pembangunan. Antara lainnya, usaha-usaha Pembangunan mestilah kerana kasih dan cintakan tanahair. "Hubbul watan, minal iman" atau "Kasihkan tanahair adalah sebahagian daripada iman", demikianlah sebuah hadith junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Saya harap usaha-usaha untuk memupuk kesedaran dan membangkitkan semangat rakyat supaya kasihkan negara ini akan sentiasa diusahakan. Saya khuatir sekiranya semangat cintakan tanahair ini tidak sentiasa dipupuk, ianya akan menjadi begitu lemah hinggakan kita mungkin menjadi bangsa yang dikuasai oleh kepentingan peribadi semata-mata - sesuatu yang tetap akan membawa kehancuran kepada negara. Sejarah serta peristiwa semasa jelas menunjukkan bahawa apabila penduduk sesebuah negara lebih mementingkan diri daripada masyarakat dan negara maka kelemahan menimpa negara itu. Sebaliknya, apabila rakyat mengutamakan negara, bukan sahaja negara menjadi makmur tetapi rakyat juga bahagia. Kerana cintakan tanahair maka negara kita telah dapat dibebaskan. Ada yang berpendapat bahawa nasionalisme tidak penting, tetapi belum ada sebuah negarapun yang mencapai kemerdekaan tanpa nasionalisme. Memang ada orang yang bersimpati dari jauh tetapi minat mereka tidak termasuk usaha untuk membebaskan negara atau bangsa lain - ataupun jika berminat, mereka tidak mampu. Akhirnya yang mesti menggadai nyawa dan harta benda ialah penduduk negara yang berkenaan. Dan mereka cuma akan Sanggup menghadapi cabaran jika mereka cintakan negara mereka. Inilah yang kita lihat di Afghanistan hari ini. Sementara ramai yang bersimpati, cuma orang Afghanistan sahaja yang berkorban untuk merebut balik negara mereka. 85

Setiap rakyat negara ini harus bersyukur, dengan sebenar-benar syukur kerana lahir di negara ini, menjadi rakyat negara ini, dapat berteduh dan mencari rezeki di negara ini. Tidak ada mana tempatpun di dunia ini yang baik seratus peratus pada pandangan rakyatnya. Begitu juga dengan Malaysia. Tetapi, seribu kali syukur, Malaysia dilimpahi dengan rahmat, nikmat dan rezeki yang tidak ada bandingannya. Sekiranya ini direnungi dengan insaf, akan timbullah rasa halus yang begitu menghargai segalagalanya yang ada pada kita di Malaysia ini, walaupun sedikit. Tidak ada sebab mengapa kita tidak mengasihi serta berbangga dengan negara ini. Alangkah ruginya sekiranya ada di antara kita yang tidak mahu, atau tidak tahu mensyukuri kerana nikmat ini, dan sebaliknya, berusaha memburukkan negara sendiri dan merobohkan peradaban yang telah kita bina sekian lama ini. Jika kita bersyukur dan menghargai sesuatu kurniaan, kita tidak harus sematamata berkata kita bersyukur. Nilai yang tinggi yang kita beri kepada nikmat mestilah ditunjuk dengan tidak mensia-sia atau membazirkan apa yang kita terima. Orang yang bersyukur mestilah menggunakan hadiah yang diterima dengan cara yang membawa kebahagiaan kepadanya. Inilah tanda sebaik-baiknya orang yang bersyukur. Jadi kalau kita bersyukur kerana kemerdekaan tanahair kita maka hendaklah kita berusaha untuk menjadikan tanahair kita sebuah negara yang kuat dan kukuh, yang dihormati oleh orang lain dan yang kekal dalam keadaan baik ini. Untuk ini kita perlu berusaha, perlu bekerja, perlu meningkatkan lagi keupayaan kita, bukan kerana kepentingan diri tetapi untuk menjadikan negara yang dikurniakan kepada kita negara yang tidak rosak dan hancur-lebur dalam sekejap masa. Jika kita tidak suka pemberian kita kepada orang dimusnahkan dalam sekelip mata, tentulah kita tidak akan merosak atau mempertarungkan pemberian Tuhan. Apakah yang perlu kita buat untuk membuktikan penghargaan kita terhadap nikmat yang telah kita terima. Sebenarnya yang diperlukan adalah sedikit sahaja iaitu kesanggupan bekerja dan belajar dengan tertib dan tekun. Hasil dari tumpuan kepada dua perkara ini bukanlah sahaja negara akan mendapat manfaat tetapi diri sendiri juga akan mendapat kebahagiaan. Demikianlah hikmat bekerja untuk bangsa dan nusa. Memanglah benar juga bahawa tumpuan kepada belajar dan bekerja sahaja tidak mencukupi. Untuk menjadi masyarakat yang berbahagia kita perlu memiliki nilai-nilai kemasyarakatan yang tinggi. Sebab itu kita telah gubalkan lima asas falsafah negara kita yang dipanggil Rukunegara. Rukun-rukun ini tidak bertentangan dengan agama kita, walau apapun agama yang kita anuti. Jika kita benar-benar berpegang kepada rukun-rukun ini nescaya negara kita akan menjadi stabil dari segi politik dan pesat membangun dari segi ekonomi tanpa menjadi terlalu materialistik. Saya berharap agar setiap golongan masyarakat negara ini sentiasa berikhtiar untuk memupuk perasaan cinta dan kasihkan tanahair. Seterusnya kita hendaklah menyalurkan perasaan ini untuk membina negara yang kita sayangi ini dengan asasasas perpaduan, kestabilan dan keharmonian. 86

Saya juga berharap apa yang dipamerkan ini, sedikit sebanyak akan membangkitkan semangat cintakan tanahair dan memberi manfaat kepada rakyat sekalian. Akhir sekali, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya dengan sukacitanya merasmikan pameran "Malaysia Kesayanganku" ini.

87

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO MALAYSIA 20HB. APRIL, 1982

K

ita telah mencapai Kemerdekaan 25 tahun yang lalu. Dalam tempoh 25 tahun itu kita telah menghadapi berbagai cabaran dan mengalami berbagai perubahan. Perubahan-perubahan yang berlaku telah memberi manfaat kepada negara dan rakyat keseluruhannya. Kita telah mencapai kejayaan di dalam berbagai bidang. Segalagalanya ini telah dicapai dengan perjuangan dan usaha Kerajaan Perikatan - seterusnya Barisan Nasional - dengan sokongan dan kerjasama rakyat berbagai kaum dari segenap lapisan.

Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat membuktikan pilihan yang bijaksana. Kita bukan sahaja menikmati keamanan, keharmonian, kestabilan dan kemakmuran, tetapi setiap rakyat, secara langsung dan tidak langsung, telah dapat mengecap faedah daripada kejayaan ini. Di sana sini kita dapat lihat tanah-tanah dibuka, rakyat ditempatkan di kawasan-kawasan Penempatan, rumah-rumah dan bangunan dibina, jalan raya dan pengangkutan diperbaiki dan diperluaskan, berbagai kemudahan seperti air, elektrik, pusat-pusat kesihatan, sekolah, tempat ibadah dan lain-lain telah diadakan. Taraf hidup rakyat berbagai golongan, kaum dan lapisan masyarakat telah menjadi bertambah baik. Mungkin hari ini ramai daripada kita, termasuk ramai rakyat luarbandar, yang dapat berbangga dengan pencapaian mereka. Anak-anak atau saudara-mara kita bukan sahaja telah mendapat pelajaran, malahan telah mendapat pelajaran tinggi di Universiti tempatan ataupun di luar negeri, termasuk di Mesir, di Iraq, di Arab Saudi, di Amerika dan lain-lain negara. Mungkin bila kita sakit, anak kita ataupun saudara-mara kita yang menjadi doktor yang merawat kita, mereka yang mengajar anak-anak kita, mereka yang menjadi pegawai-pegawai di mana kita mendapat pertolongan dan bantuan. Sekarang ini kita dapat melihat bumiputera sebagai usahawan, sebagai kontraktor dan sebagai pakar-pakar di dalam berbagai bidang dan di universiti-universiti. Negara kita dikurniakan dengan berbagai-bagai sumber alam yang bernilai. Kita menjadi pengeluar bijih timah, getah, kelapa sawit, kayu balak dan petroleum serta lain-lain bahan yang penting. Dengan sumber kekayaan negara dan dengan Kerajaan Barisan Nasional yang dedikasi dan berusaha membawa faedah dan kemakmuran kepada rakyat, kita telah mencapai tahap kemajuan dan Pembangunan yang boleh kita banggakan. Kita telah mendapat kedudukan yang baik di kalangan negara-negara yang sedang membangun. Ini semua adalah kejayaan dan pencapaian kita. Ini adalah kurniaan dan nikmat Tuhan kepada kita. Dan ini adalah hasil kematangan dan kebijaksanaan rakyat 88

meletak kepercayaan kepada Kerajaan yang berhasrat untuk membela nasib keseluruhan rakyat dan yang ingin menempa masa depan yang gemilang bagi negara. Cara pemerintahan kita adalah cara demokrasi. Rakyat mempunyai hak untuk memilih parti politik yang membentuk kerajaan. Dan pada hari ini kita masih tegak mengamalkan sistem demokrasi ini. Kita tidak sanggup sistem ini dicabuli dan dirosak oleh sesiapa jua. Rakyat harus insaf betapa nasib rakyat sesetengah negara yang telah kehilangan kebebasan memilih Kerajaan mereka dan bagaimana pula rakyat sesetengah negara beransur-ansur kehilangan kebebasan ini. Pemulihan demokrasi selepas peristiwa 1969 telah membuktikan kejujuran Kerajaan yang didokong oleh Perikatan dan Barisan Nasional terhadap sistem demokrasi. Rakyat perlukan Kerajaan Barisan Nasional yang kuat untuk menjamin dan memelihara demokrasi. Di samping berbagai kejayaan, kita tidak dapat nafikan bahawa masih banyak yang perlu kita usahakan. Kita masih di dalam proses untuk mengukuhkan lagi asasasas keadilan dan perpaduan. Kita sedang menyusun semula masyarakat, membasmi kemiskinan dan meningkatkan mutu kehidupan rakyat. Kita sedang membangunkan negara kita sebagai negara yang setanding dengan negara-negara yang telah maju dengan perseimbangan asas-asas nilai rohani yang mulia lagi tinggi dengan kemajuan jasmani dan fisikal. Barisan Nasional menerima hakikat bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Kita memegang amanah untuk melindungi semua pihak. Semua pihak pula mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk bersama-sama menjamin masa depan yang cerah dan penuh harapan bagi Malaysia. Kita yakin bahawa rakyat yang layak mewarisi negara ini dan meneruskan aspirasi negara ialah rakyat yang berpandukan kepada lunas-lunas Rukunegara. Barisan Nasional akan menjamin keluhuran dan ketinggian syiar Islam dan memelihara kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama lain sebagaimana yang pernah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Kita percaya dengan prinsip hidup berbaik-baik dengan semua berdasarkan sikap hormat-menghormati. Prinsip ini bukan sahaja terhad kepada kehidupan di dalam masyarakat kita tetapi di dalam hubungan persahabatan kita dengan negaranegara lain. Kita akan memberi keutamaan kepada persahabatan di kalangan negara ASEAN dan di kalangan negara-negara Islam. Bersama dengan negara-negara Islam yang lain, kita akan berusaha mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh umat Islam dan bersama negara-negara membangun kita akan menuntut keadilan di dalam sistem perhubungan antarabangsa. Barisan Nasional memberi keutamaan kepada tanggungjawab terhadap rakyat, kepada keadilan bagi semua untuk mengecap kemakmuran dan peluang-peluang yang wujud di negara ini, dan kepada kesederhanaan dalam segala tindakan kita. Kita akan terus memperjuang dan menegakkan prinsip-prinsip ini demi kepentingan dan amanah yang menjadi tanggungjawab kita. 89

Sesungguhnya Kerajaan yang kuat sahaja yang dapat membela nasib rakyat dan membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara. Bukan pihak pembangkang yang kuat yang dapat menjamin Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Sebaliknya ini akan tercapai dengan kebijaksanaan rakyat yang memberi kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional kerana rakyatlah yang akan mengadili Barisan Nasional apabila ia berhadapan dengan rakyat sekali lagi. Barisan Nasional adalah satu pasukan. Kekuatannya bukan terletak kepada orang perseorangan dan ketokohan seseorang ahli atau pemimpin. Kekuatannya ialah kerana tindakan cara berpasukan. Inilah yang menjadi asas perpaduan dan kejayaannya. Pasukan Barisan Nasional terdiri daripada tokoh-tokoh yang berkemampuan untuk berkhidmat dan mereka mewakili kepentingan semua golongan dan lapisan masyarakat. Barisan Nasional berjanji untuk menegakkan Kerajaan bersih, cekap dan amanah. Insya Allah, dengan sokongan rakyat kita akan menepati janji kita ini, dan Insya-Allah rakyat akan mengecap faedah daripada janji ini. Pada 22 haribulan April ini rakyat sekali lagi mendapat penghormatan untuk menempa masa depan negara. Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan sekalian akan menggunakan hak mengundi dengan bijak dan dengan penuh pertimbangan bagi menjamin masa depan kita dan masa depan anak-anak kita yang lebih cemerlang. Saya harap tuan-tuan dan puan-puan sekalian memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional.

90

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PERASMIAN KURSUS KEFAHAMAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI, 3HB. MEI, 1982

S

aya merasa amat gembira sekali kerana mendapat peluang untuk hadir bersamasama di majlis yang dihadiri oleh para imam dari seluruh negara yang datang dari jauh dan dekat ini. vSaya mengucapkan terima kasih kepada penganjur Kursus ini, iaitu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Rabitah Al-Alam Al-lslami yang berpusat di Mekah Al-Mukaramah, yang telah memberi penghormatan kepada saya untuk berucap sepatah dua kata di Majlis yang permai ini. Pada kebiasaannya kursus-kursus seperti ini, ataupun kegiatan dakwah yang sering dilakukan di negara ini, adalah dianjurkan dengan daya-usaha dan kebijaksanaan pendakwah-pendakwah tempatan semata-mata. Tetapi, bermula dari sekarang, kita sudah memasuki suatu peringkat baru dalam kegiatan dakwah di mana badanbadan antarabangsa, seperti Rabitah Al-Alam Al-lslami di Mekah Al-Mukaramah, sudah mengambil bahagian.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yayasan Dakwah dan juga Rabitah Al-Alam Al-lslami yang telah berjaya mengambil langkah untuk mengadakan kursus seumpama ini. Saya berharap usaha-usaha seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan sama-samalah kita berdoa semoga ianya diberkati Allah jua. Kita, sebagai sebuah negara Islam, bersedia bekerjasama dengan mana-mana badan atau pertubuhan Islam peringkat antarabangsa dalam usaha mengukuhkan kedudukan dan perpaduan umat Islam dan perkembangan agama suci Allah S.W.T. Kerajaan Malaysia menyambut dan menyunjung tinggi usaha Rabitah membantu mempertingkatkan peranan masjid-masjid yang ada di negara ini. Sebuah Jawatankuasa Masjid Peringkat Persekutuan di bawah Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Agama Islam telahpun ditubuhkan dan sedang meneliti rancangan kerjasama antara Negeri-negeri di Malaysia supaya masjid dapat dijadikan pusat dakwah dan perpaduan umat Islam yang utama. Pihak Kerajaan Malaysia juga, dengan permintaan Rabitah A l - A l a m Al-lslami, telah bersetuju untuk melantik seorang wakil negara ini untuk menduduki dalam Jawatankuasa Masjid Peringkat Regional yang berpusat di Jakarta di bawah naungan Rabitah Al-Alam Al-lslami. 91

Imam bukan sahaja orang yang memimpin qariah dalam ibadat sembahyang berjemaah, tetapi adalah juga pemimpin masyarakat Islam. Khutbah yang disampaikan tiap-tiap Jumaat bertujuan menerangkan agama Islam dan membentuk sifat yang tinggi bagi masyarakat. Selain dari itu imam dikehendaki juga memberi nasihat dan penjelasan terhadap berbagai soal kemasyarakatan serta kekeliruan berkenaan dengan agama Islam dalam masyarakat. Jelaslah bahawa peranan imam tidak terhad kepada masjid sahaja tetapi meliputi gerak-geri masyarakat Islam tempatan. Imam-imam yang telah dilantik tentulah dilantik kerana pengetahuan mereka dalam memimpin anak makmum dalam ibadat sembahyang dan lain-lain bidang di dalam agama Islam yang memerlukan kepimpinan. Tetapi memandangkan mereka juga dikehendaki memimpin masyarakat Islam umumnya maka pengetahuan mereka dalam agama tentulah perlu diperluaskan lagi dari masa ke semasa bagi menunaikan tanggungjawab ini dengan berkesan. Lebih luas pengetahuan mereka lebih berkesanlah kepimpinan mereka dan lebih bahagialah masyarakat Islam. Sepertimana kita semua maklum hukum Islam bukanlah untuk zaman Nabi Muhamad s.a.w sahaja tetapi adalah untuk semua zaman. Sudah tentu hukum Islam adalah secucuk dengan zaman kita ini. Tetapi kita tidak dapat nafikan bahawa zaman kita ini adalah berbeza keadaanya dengan zaman Nabi kita ataupun zaman Khulafa-Al-Rasyidin. Keadaan dan perkembangan di zaman ini dan kaitannya dengan perlaksanaan hukum Islam perlulah benar-benar difahami oleh umat Islam supaya akidah mereka tidak tergugat dan mereka tidak merasa kecewa. Dalam hal ini pemimpin masyarakat Islam seperti imam-imam perlulah tahu kedudukan orang Islam sebenarnya dari segi masa, tempat dan kebolehan dan juga perubahan persekitaran yang berlaku sepanjang masa di dalam dunia yang moden ini. Kegagalan memahami perkara-perkara ini dengan sewajarnya akan menjadikan imam-imam kurahg berkesan sebagai pemimpin masyarakat Islam. Pendapat yang tidak mengambilkira proses pemodenan yang sedang berlaku sudah tentu akan mengelirukan orang Islam dan akan mengurangkan kemampuan mereka untuk mengatasi cabaran-cabaran dan soal-soal yang timbul dari keadaan dunia yang seperti kita tahu kurang berminat dengan agama. Masjid dan mimbar adalah tempat yang amat berkesan untuk berdakwah. Islam bukan agama yang negatif yang cuma tahu melarang. Dalam Islam terdapat imbangan antara larangan dengan desakan. Kita disuruh bertaburan di muka bumi Allah ini mencari rezeki selepas berjemaah. Islam menyuruh kita berniaga, bekerja, berdisiplin, mencari harta, mencari ilmu, menjelajah ke sana sini, meneliti dan membuat kajian, melengkapkan diri dengan alatan pertahanan dan seribu satu usaha lain demi kebahagiaan hidup umat Islam. Oleh itu kita hendaklah memberi tekanan yang sama kepada desakan yang dituntut oleh agama seperti yang kita berikan kepada larangan. Masjid dan mimbar yang tidak berkesan dalam memandu umat Islam dalam tugas-tugas dunia yang dihalalkan dan disuruh oleh agama Islam, tetapi yang sebaliknya menumpukan semata-mata kepada larangan tidaklah boleh dikatakan memenuhi kehendak Islam. Aspek ini mestilah diberi perhatian 92

dan ditekankan jika kita benar-benar berpegang kepada agama Islam sepenuhnya dan tidak mahu orang Islam ditindas kerana mereka lemah, miskin dan tidak mempunyai keupayaan. Sekali lagi kita dapat lihat peranan yang perlu dimainkan oleh imam-imam. Masjid adalah tempat orang Islam berkumpul, menjalin perhubungan silaturrahim. Tentulah salah jika masjid dijadikan tempat kita memecahbelahkan orang Islam. Tetapi malangnya ini pernah terjadi di negara kita. Apakah peranan imam di sini. Tentulah mereka akan bersalah jika perkara yang mungkar ini dibiarkan berlaku. Tetapi kadangkala mereka tidak berupaya untuk mengatasinya. Di sinilah kita perlu mempertingkatkan keupayaan imam-imam kita supaya dapat kita membanteras kejadian yang malang i n i . Sekali lagi peningkatan keupayaan dan pengetahuan imam-imam menjadi kewajipan yang begitu penting. Tidak ada sesiapapun yang boleh berkata bahawa pengetahuannya sudah mencukupi, walaupun dalam bidang yang khusus baginya. Pengetahuan mesti dituntut seumur hidup sehingga akhir zaman. Mungkin kadangkala kita diberitahu tentang apa yang kita sudah pun tahu. Tetapi dalam kursus seperti ini kita perlu ingat bahawa apa yang kita memang tahu mungkin tidak diketahui oleh peserta yang lain. Oleh itu kita perlu bersabar dan bertimbang rasa kepada orang yang lain dan kepada mereka yang ditugas untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan. Tidak dapat tidak sikap ini akan membawa kebaikan kepada kita dan saudara-saudara kita. Saya yakin bahawa kursus ini akan mendatangkan banyak faedah secara langsung kepada peserta-peserta, dan secara tidak langsung kepada anak makmum tuan-tuan dan kepada umat Islam keseluruhannya. Saya juga yakin bahawa dengan pengetahuan yang bertambah tuan-tuan imam boleh menyedia dan membekalkan umat Islam untuk meghadapi cabaran dunia moden. Saya percaya tuan-tuan akan dapat mengukuhkan akidah dan iman ahli-ahli jemaah tuan-tuan supaya sedikit sebanyak mereka boleh memainkan peranan sebagai pendakwah tanpa dipengaruhi oleh niat-niat yang lain dari yang dituntut oleh agama Islam. Inilah harapan kita semua. Insyallah, kita akan mencapai tujuan kita ini, jika tidak sepenuhnya sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya. Dengan kursus kefahaman Islam yang berterusan diadakan dari masa ke semasa kita akan capai matlamat kita ini. Dengan harapan ini, dan dengan doa kehadrat Allah S.W.T. supaya maksud kita tercapai, saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan Kursus Kefahaman Islam ini.

93

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK DI SERI TAMAN, KUALA LUMPUR 6HB. MEI, 1982

S

aya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dapat bersama-sama hadir di Majlis Perasmian Memorial Tun Abdul Razak yang bersejarah pada pagi ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah Arkib Negara yang telah sudi menjemput saya dan isteri saya untuk menghadiri majlis ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha serta memberi kerjasama untuk melaksanakan dan menjayakan projek ini. Sejarah sesuatu bangsa dan negara merupakan satu perkara yang amat penting. Sejarah adalah gedung pengalaman, satu drama yang tidak berakhir - penuh dengan watak-watak yang mempengaruhi detik-detik yang dilalui. Sesuatu bangsa yang agung ialah sesuatu bangsa yang memberi nilai yang tinggi kepada sejarah dan yang mengambil pengajaran dari sejarah. Kerana dari sejarahlah kita dapat menghargai kehormatan diri kita sebagai bangsa - kita dapat menginsafi kedudukan kita di dalam keseluruhan pengertian sejarah, kemanusiaan dan alam semesta. Sejarah akan memberi kepada kita tenaga dan juga landasan di dalam menempa masa depan kita. Negara kita kaya dengan sejarahnya. Sebagai negara yang muda kita amat bertuah kerana di antara tokoh-tokoh dan negarawan kita masih ramai yang dapat bersama-sama melihat pencapaian kita. Pada hari ini kita berbangga kerana dua orang bekas Perdana Menteri, iaitu Y T M Tunku Abdul Rahman dan YAB Tun Hussein yang begitu banyak menabur jasa kepada bangsa dan negara dapat bersama-sama memeriah dan memberi erti kepada majlis ini. Pada hari ini kita berkumpul di satu majlis untuk memperingati salah seorang daripada tokoh-tokoh penting kita. Tokoh tersebut ialah Allahyarham Tun Haji Abdul Razak yang malangnya, ketika usia masih muda, telah meninggalkan kita. Allahyarham Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Yang Kedua, banyak mempengaruhi sejarah tanahair. Allahyarham telah mencebur diri dalam politik tanah air semenjak awal-awal lagi. Beliau merupakan salah seorang daripada tokoh-tokoh penting yang meletakkan asas-asas perjuangan untuk menuntut Kemerdekaan dan seterusnya dalam menempa sejarah Malaysia Merdeka. Pada hari 94

ini kita berbangga bersama-sama keluarga dan sanak-saudaranya memperingati tokoh yang diberi penghormatan negara sebagai Bapa Pembangunan. Sesungguhnya Allahyarham Tun Abdul Razak memberi begitu banyak tumpuan perhatian kepada pembangunan. Setiap detik usianya adalah digunakan untuk mengisi dan memberi erti kepada Kemerdekaan. Allahyarham menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air, bermesra dan menggesa rakyat untuk mengubah nasib, bergaul dengan para pegawai dan pelaksana dan meneliti perjalanan jentera Kerajaan. Hinggalah kita begitu terpegun dengan berita pemergiannya ke rahmatullah kerana beliau - hingga ke saat-saat akhir - tetap meletakkan kepentingan rakyat dan negara di atas kepentingan peribadi, walaupun kesihatan beliau di masa-masa yang akhir telah terganggu. Sesungguhnya jasa Allahyarham begitu besar kepada kita semua dan sudah pastilah jasa-jasa dan sumbangan-sumbangan beliau harus diingati oleh rakyat Malaysia, generasi demi generasi. Seri Taman di mana kita berada sekarang merupakan tempat kediaman Allahyarham Tun Abdul Razak semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya setelah beliau menjadi Perdana Menteri sehinggalah ke akhir hayatnya iaitu dari tahun 1963 ke tahun 1976. Y A B Tun Hussein Onn, ketika memegang jawatan Perdana Menteri, juga mendiami Seri Taman. Di sinilah sebahagian besar daripada perbincangan-perbincangan, keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan yang mempengaruhi serta menentukan sejarah negara telah dibuat. Mungkin ada diantara hadirin di Majlis ini yang dapat mengenang kembali liku-liku sejarah untuk mengingati kembali detik-detik dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Seri Taman. Di Seri Taman inilah sebahagian daripada usia Allahyarham Tun dihabiskan. Bagi keluarga Allahyarham tentulah banyak yang menjadi kenangan pahit di Seri Taman ini. Memandangkan rapatnya Seri Taman dengan Allahyarham Tun, oleh itu adalah tepat dan bersesuaian sekali Seri Taman ini dihayati sebagai Memorial Tun Abdul Razak, iaitu sebagai satu tinggalan sejarah yang penting bagi memperingati Allahyarham sebagai seorang tokoh, pejuang dan negarawan tanahair kita. Memorial ini akan menempatkan segala rupa benda yang berkaitan dengan Allahyarham, sama ada di dalam bentuk asal sepertimana ketika Allahyarham mendiami kediaman ini ataupun dengan cara lain. Projek Memorial ini yang julungjulung kali diadakan di negara ini adalah satu usaha Kerajaan untuk memperingati seorang bekas Perdana Menteri. Tujuan Projek ini, bukanlah untuk mendewa-dewakan seseorang tokoh negara tetapi sebaliknya adalah untuk memperlihatkan kepada rakyat,khususnya kepada jenerasi kemudian, tentang nilai perjuangan, pengorbanan, harapan serta aspirasi seorang Perdana Menteri terhadap negara, bangsa dan agama. Adalah penting bagi seluruh rakyat dan setiap generasi menginsafi perjuangan dan pengorbanan bagi membina dan memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara. Semasa kita mengejar kejayaan dan kemajuan kita juga harus sentiasa mengingati tentang segala pengorbanan yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin kita 95

yang telah terlibat penuh di dalam menempa masa depan negara. Kita tidak harus lupa segala jenis pengorbanan dan kerjasama bagi membebaskan negara dari belenggu penjajahan dan kita tidak harus lupa dengan bahaya yang telah dapat kita atasi serta nilai dan harga segala pencapaian kita hingga ke hari ini. Tidak sesiapa pun yang insafkan sejarah akan menjadi angkuh dengan kejayaan yang dicapai, malah apa yang harus setiap rakyat lakukan ialah bersyukur dan berterima kasih. Saya mendapat tahu bahawa bahan-bahan yang telah dikumpul mengenai Allahyarham Tun adalah amat banyak. Tetapi oleh sebab terhadnya bangunan dan kawasan ini cuma sebahagian sahaja daripada barang-barang tersebut yang dapat di pamerkan di sini. Namun demikian saya gembira mendapat tahu bahawa pihak Arkib Negara yang bertanggungjawab menguruskan Memorial ini akan mengubahsuaikan bahan-bahan pameran mengikut tema-tema tertentu dengan menekan aspek-aspek penting di dalam sejarah hidup Allahyarham dari masa ke semasa. Ini adalah perlu bagi sesuatu Memorial seperti ini kerana ianya hendaklah senantiasa hidup dan dapat membuktikan bahawa segala sumbangan tokoh itu berguna sepanjang zaman. Saya berharap pameran yang disediakan di Memorial ini akan menarik minat orang ramai terhadap sejarah dan warisan tanah air walaupun secara tidak langsung, khususnya di kalangan generasi muda. Kita perlu semaikan rasa dan semangat cintakan tanahair di kalangan anak-anak kita dan di dalam hal ini peranan bahan-bahan sejarah adalah amat penting bagi menyingkap perasaan ini. Bahan-bahan di dalam Memorial ini seharusnya akan dapat menimbulkan minat dan memberi dorongan serta perangsang kepada generasi muda untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Sumbangan dan khidmat bakti Allahyarham Tun untuk membangunkan negara ini tidaklah seharusnya tinggal sebagai kenangan tetapi hendaklah menjadi aspirasi kepada anak-anak muda untuk berazam dan bercita-cita untuk bersama-sama menyumbang untuk negara. Dengan harapan ini saya, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, dengan sukacitanya merasmikan pembukaan Memorial Tun Abdul Razak.

96

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN PAMERAN SAINS 1982 DAN PELANCARAN TABUNG PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN SAINS NEGARA 6HB. MEI, 1982

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinNya dapat saya bersama-sama menghadiri Majlis Perasmian Pameran Sains 1982 dan Pelancaran Tabung Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara pada petang ini.

Bagi saya majlis ini adalah satu majlis yang amat penting dalam konteks perimbangan Pembangunan di negara kita. Pameran Sains dan juga penubuhan Tabung Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara merupakan detik-detik penting dalam sejarah negara kita. Ini bukanlah kerana sains membuktikan pencapaian negara kita dalam bidang Pembangunan atau sains meletakkan kita dalam kumpulan negaranegara maju - tetapi kerana sains adalah satu ilmu yang memperkenalkan segala isi kandungan dan susunan alam yang dicipta oleh Tuhan. Kita digesa oleh Allah S. W. T. supaya memerhatikan langit dan bumi dan segala isinya supaya kita lebih mengetahui. Lebih khusus dan mendalam kita mengkaji dan mengenal segala ciptaan Tuhan akan lebih kagum kita dengan susunan rapi dan kompleks benda-benda dan makhluk yang diciptakan Allah. Dari atom yang sehalus-halusnya kepada alam semesta yang tidak terhingga besarnya, semuanya adalah tersusun mengikut hukum-hukum tertentu dan memainkan peranan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Hukum-hukum Allah menentukan gerak-geri dan perhubungan antara satu badan atau benda dengan yang lain supaya manusia boleh memahami dan menggunakan ciptaanNya. Yang diperlukan ialah kesanggupan meneliti hukum-hukum Tuhan dan dari itu dapatlah kita turun pada musim yang tertentu dan menyuburkan bumi supaya dapat kita bercucuk tanam, begitu jugalah kita boleh tahu bahawa besi bila dibakar menjadi lembut dan boleh dibentuk dan seterusnya atom boleh dijinakkan untuk mengeluarkan kuasa bagi kegunaan manusia. Semua ini adalah kuasa Tuhan dan Tuhan yang menentukannya. Tetapi orang yang angkuh memperkenalkan sains sebagai ilmu yang seolah-olah tidak ada kaitan dengan Allah, dan susunan gerak-geri "matter" dikenalkan sebagai "scientific laws" yang terasing dari hukum-hukum Allah. Saya memperingati hakikat ini supaya sekurang-kurangnya kita di Malaysia tidak lupa daratan. Sains adalah ilmu yang menjadi kepunyaan manusia jauh sebelum perkataan sains dicipta atau diperkenalkan. Sains cuma satu cara mengenal ciptaan dan hukum-hukum Tuhan yang diasaskan kepada kajian yang teratur yang tidak 97

dipengaruhi oleh khayalan manusia. Tidak ada emosi dalam sains. Yang dikehendaki ialah mengenai hakikat yang ditentukan oleh Tuhan. Dengan pengenalan ini kita akan lebih faham keagungan Tuhan dan kurniaanNya kepada kita. Oleh kerana kita lebih tahu apa yang dikurniakan kepada kita sebagai insan maka dapatlah kita gunakan kurniaan ini dengan lebih berkesan dan lebih mendatangkan kebahagiaan kepada kita. Sepertimana hujan membolehkan kita bercucuk tanam, begitulah pemecahan atom boleh digunakan oleh kita untuk menjanakuasakan dan lain-lain. Inilah sebabnya yang kita berminat dengan sains dan teknologi yang menyusuli sains. Ilmu pengetahuan boleh digunakan untuk kebaikan atau untuk keburukan. Begitu jugalah dengan ilmu sains. Jika sains digunakan untuk keburukan, ini bukan kerana sains itu tidak baik tetapi kerana manusia yang jahat menguasai sains. Menghapuskan sains untuk mengelak dari berlakunya kejahatan bukanlah caranya kerana kejahatan boleh berlaku tanpa sains. Untuk menguasai kesan keburukan dari sains caranya ialah untuk orang yang baik dan bertanggungjawab menguasai sains. Jika kita berpendapat bahawa kita adalah baik dan orang lain tidak baik atau berniat jahat maka menjadi tanggungjawab kitalah menguasai ilmu sains. Kita menggalak pelajaran sains dan penyelidikan di bidang sains kerana kita ingin guna sains untuk kebaikan dan untuk memelihara diri kita dari ditindas dan dihina oleh orang lain. Akan bersalahlah kita jika kerana salahfaham tentang sains dan teknologi kita menolaknya. Sains bukan ciptaan dan hak orang Barat. Sains adalah susulan dari ilmu-ilmu kajian alam sekeliling yang telah disusun caranya supaya perasaan dan khayalan manusia tidak mempengaruhi kajian kebenaran susunan dan hukum-hukum yang ditentukan oleh Tuhan. Oleh itu tumpukanlah kepada ilmu ini tanpa melupakan ibadat yang lain. Akan kita lebih faham dan kagum dengan kebenaran Tuhan kerana ciptaanNya yang begitu teratur dan tersusun dan begitu berpotensi memanfaatkan manusia. Saya tujukan penjelasan ini bukan kepada orang Islam sahaja tetapi kepada semua orang, khususnya kepada cerdik-pandai di Malaysia. Janganlah kita jadi angkuh kerana kita memahami "the nature of matter and its application" dan kita fikir tidak ada siapa yang boleh mengatasi kita. Semua yang kita pelajari adalah hukumhukum Tuhan terhadap "matter" dan penggunaan ilmu yang kita kuasai cuma boleh dibuat jika ia secucuk dengan hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Tuhan. Oleh itu bersikap rendah dirilah kita. "Scientology" dan "atheisme" tidak akan wujud jika kita tahu punca pengetahuan kita dan kita sujud kepada Tuhan yang Maha Kuasa. Bangsa Malaysia akan menjadi lebih bahagia dan lebih mulia jika "perspective" yang sebenarnya dalam mempelajari ilmu sains dan teknologi yang menyusulinya difahami sepenuhnya oleh kita. Apa yang dicapai oleh sains setakat ini, walaupun begitu mengkagumkan sekali, hanyalah merupakan sebahagian kecil daripada kemampuan yang dirahmatkan oleh Tuhan kepada kita daripada gedung ilmu pengetahuan yang menunggu kita. Yang menjadi penghalang terhadap kemajuan kita di dalam semua lapangan dan bidang yang diredai ialah semangat dan usaha. Oleh itu usaha untuk menyedar rakyat supaya 98

berminat terhadap sains dan teknologi sebagai alat untuk kemajuan perlulah diadakan. Majlis ini merupakan titik-titik penting di dalam kemajuan sains dan teknologi, ilmu pengetahuan dan penyelidikan yang saintifik di negara kita. Sehingga sekarang sains masih merupakan satu perkara asing yang ganjil kepada kebanyakan rakyat Malaysia. Ramai yang takut memasuki bidang sains kerana dianggap susah dikuasai. Anggapan ini menjadi satu benteng yang tinggi yang menyekat penggunaan sains dalam mencapai kehidupan yang lebih bahagia. Sementara kita dengan mudahnya mengguna hasil sains di negara asing, kita sendiri tidak mengguna cara sains dalam kajian dan teknologi sains dalam memperbaiki alatalat dan pengeluaran kita. Di sini nampaknya jelas bahawa anggapan bahawa sains adalah satu misteri yang kita tidak mungkin kuasai perlu dihapuskan. Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sains dalam bentuk yang mudah difahami oleh semua orang. Sebuah syarikat Jepun, iaitu Matsushita telah bersetuju mengadakan pameran model-model yang menerangkan beberapa asas-asas sains dan juga cara-cara alat-alat rekaan manusia yang menggunakan asas-asas sains ini terutama dalam bidang elektronik. Model-model ini akan dipamerkan di satu dewan pameran di Universiti Teknologi di Kuala Lumpur. Model-model ini akan ditukar dan diperbaharui apabila alat-alat yang lebih moden dicipta. Melalui model-model ini kanak-kanak dan orang dewasa akan dapat faham dengan mudahnya asas-asas sains dan cara asas-asas ini digunakan dalam alat-alat yang menolong memudahkan kehidupan manusia. Dengan cara ini kita berharap sains tidak lagi menjadi satu misteri atau ilmu yang ajaib tetapi sebaliknya dikenal dan difaham oleh semua. Selain daripada rancangan ini institusi-institusi yang memberi keutamaan kepada sains, teknologi dan penyelidikan akan mendedahkan sains secara menyeluruh. Sehingga kini walaupun televisyen menunjuk siri-siri sains, semuanya adalah buatan luar negeri yang menimbul perasaan terasing dan keajaiban. Patut juga kita adakan gambar-gambar yang memperkenalkan asas-asas sains dengan mengguna peristiwa dan contoh di dalam negara kita sendiri. Umpamanya berkenaan dengan bercucuk tanam. Gambar-gambar yang mudah difaham boleh dibuat yang menunjuk bagaimana pokok-pokok tumbuh dari benih hingga ke peringkat mengeluar hasil, atau peranan serangga dalam tumbuh-tumbuhan atau bagaimana ternakan ikan diasaskan kepada sains dan seribu satu peristiwa lagi. Tidak menjadi salah jika pakar-pakar dari luar negeri diguna buat permulaan sehingga kita memiliki kecekapan mengeluarkan gambar-gambar itu. Di samping itu semua perpustakaan hendaklah dilengkap dengan gambar-gambar sains yang mudah difahami yang mengggunakan gambar-gambar sebagai cara menjelaskan proses-proses sains yang berjalan. Tumpuan hendaklah diberi bukan sahaja kepada kanak-kanak di sekolah tetapi kepada orang dewasa terutama kaum tani yang perlu faham proses tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber saraan mereka. Sains sebagai ilmu bukanlah untuk ahli sains sahaja. Sains di zaman ini adalah untuk orang ramai. Oleh itu adalah penting orang ramai mengenali sains dan mengetahui peranannya dalam kehidupan mereka. Kita tidak mahu rakyat di negara ini 99

tercengang dengan kebolehan orang lain kerana mereka tidak faham bagaimana orang asing menggunakan sains untuk membuat itu dan ini. Tidak ada sesuatu yang lebih melemahkan semangat daripada kurang pengetahuan. Kita tidak mahu rakyat Malaysia lemah semangat sehingga mudah ditawan jiwa mereka. Saya telah menyentuh dengan ringkas mengenai rangka dan tempat sains, teknologi, ilmu pengetahuan dan penyelidikan di dalam konteks negara kita. Rangka yang saya sebutkan itu merupakan asas Dasar Sains Negara. Saya harap Majlis Kebangsaan bagi Kemajuan Sains dan Penyelidikan akan memperkemaskan aspekaspek dasar ini bagi membolehkan kemajuan sains dan penyelidikan berkembang mengikut kehendak negara. Perseimbangan hendaklah diberi kepada aspek-aspek asas dan gunaan atau 'basic and applied' dan kepada sains mutlak dan juga sains kemasyarakatan. Tindakan hendaklah juga diambil supaya kemajuan sains dan penyelidikan akan memberi hasil yang optimum kepada kita kerana, sebagai negara yang kecil dengan kemampuan kewangan yang terhad, kita terpaksa menjamin tindakantindakan kita tidak menimbulkan pembaziran dan pertindihan aktiviti. Institut-institut penyelidikan, termasuk institut-institut pengajian tinggi yang mempunyai fungsi-fungsi penyelidikan hendaklah memberi keutamaan kepada penyelarasan dan mutu penyelidikan di samping mengambil daya usaha untuk meningkatkan kemampuan penyelidik ahli-ahli sains dan penyelidik-penyelidik tempatan. Saya difahamkan bahawa Majlis Kebangsaan Bagi Kemajuan Sains dan Penyelidikan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sedang berusaha untuk memperkemaskan lagi usaha ke arah kemajuan sains dan penyelidikan di negara kita. Saya rasa masanya telah sampai bagi pendekatan ke arah memajukan sains dan teknologi serta penyelidikan di negara kita mendapat samburan yang lebih positif daripada semua pihak yang berkenaan. Tabung Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara dan sumbangan sebanyak RM1 juta daripada Kerajaan tidak akan mencapai tujuannya jika tidak bersama-sama mendapat sumbangan dan kerjasama sektor swasta dan lain-lain pihak. Oleh itu sukalah saya menggesa supaya Tabung ini dianggap oleh semua pihak sebagai tanggungjawab bersama bagi memajukan sains dan penyelidikan di negara kita. Dengan harapan ini, saya dengan segala sukacitanya merasmikan pelancaran Tabung Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara dan seterusnya merasmikan Pameran Sains 1982.

100

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA DI STADIUM NEGARA, KUALA LUMPUR 15HB. MEI, 1982

S

aya mengucap syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama berkumpul di majlis yang permai pada pagi ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Y . B . Datuk Mokhtar Hashim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kerana telah sudi menjemput saya dan isteri saya menghadiri Perhimpunan Hari dan Minggu Belia Negara pada pagi ini dan di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk berucap sepatah-dua kata sempena Hari dan Minggu Belia Negara dan seterusnya untuk melancarkan Yayasan Belia Malaysia. Saya difahamkan di dalam perhimpunan Hari dan Minggu Belia pada tahun ini, kita disertai oleh tetamu-tetamu khas yang datang dari negara-negara ASEAN, Korea Selatan dan Negara-negara Komanwel. Kepada tetamu-tetamu khas dari luar negeri ini, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran mereka dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana dapat bersama-sama meraikan Majlis kita ini. Belia - sama ada lelaki mahupun wanita - merupakan satu golongan yang penting di dalam sesebuah negara dan mereka adalah sebagai penentu masa depan sesuatu masyarakat dan negara. Pentingnya belia bukan sahaja terletak kepada bilangan mereka yang ramai dan sebagai tenaga utama di dalam masyarakat, tetapi juga dari segi peranan sebagai penyambung antara satu generasi dengan satu generasi. Malaysia, sebagai sebuah negara berbilang kaum yang masih di dalam proses Pembangunan dan sedang menghadapi cabaran ke arah pembinaan satu bangsa Malaysia yang bersatu-padu, sangat-sangat bergantung kepada golongan belia yang aktif, berdisiplin dan progresif. Sebagai satu bangsa kita mewarisi satu sejarah yang penting. Zaman penjajahan menjadi pengalaman yang tidak dapat kita lupakan. Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dan segala usaha kita untuk membina negara Malaysia moden memaksa kita melalui berbagai liku-liku sejarah dan membawa kita berhadapan dengan berbagai cabaran. Kita tidak harus lupa dengan semua ini. Kita tidak harus lupa dengan hakikat bahawa asas negara Malaysia yang merdeka adalah penerimaan 101

unsur-unsur keperibadian masyarakat pribumi dengan mengambil kira hakikat wujudnya nilai-nilai kaum-kaum lain yang berada di Malaysia. Semasa kita mencapai kemerdekaan kita telah mencapai persetujuan antara kaum dalam banyak hal dan persetujuan itu dicapai kerana kita pentingkan masa depan yang bahagia. Oleh itu, walaupun masa berlalu, dan generasi yang baru akan meninggal sejarah yang telah kita lalui jauh ke belakang, mereka tidak harus lupa tentang asas-asas dan perjanjianperjanjian yang telah dicapai oleh pejuang-pejuang kemerdekaan kita. Kaum belia sebagai penghubung antara generasi harus membawa bersama mereka sejarah bangsa Malaysia moden ini supaya, walau dalam apa jua keadaan sekalipun, mereka yang datang kemudian daripada kita akan sentiasa menghormati asas-asas dan persetujuan-persetujuan yang telah kita capai semasa kita memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. Saya menyentuh soal sejarah kerana sesuatu generasi. khususnya generasi muda, yang lupa pada sejarah mungkin akan hilang pertimbangan dan panduan dan mungkin akan bertindak berpandukan desakan dan emosi yang akibatnya akan merugikan. Sejarah menunjukkan kepada kita bagaimana kaum belia dapat mengubah sesuatu masyarakat dan masa depan sesuatu negara. Tidak semestinya semua perubahan ini untuk kebaikan. Sama ada kebaikan akan menyusul atau tidak bergantung bukan semata-mata kepada niat tetapi juga kepada cara perubahan itu diusahakan. Ada belia yang bertindak melalui ugutan dan kekerasan dan ada yang menyusun langkah dengan tertib dan terancang untuk mencapai matlamat perjuangan mereka. Ugutan dan kekerasan akan membuahkan ugutan dan kekerasan yang silih berganti dan berlarutan. Tidak sesiapa pun yang akan berjaya secara berkekalan. Pemerintahan yang diasaskan kepada ugutan dan kekerasan tidak akan dapat memerintah melainkan dengan cengkaman kuku besi. Dan pemerintahan jenis ini akan membawa kepada tentangan, ugutan dan kekerasan. Sebaliknya pemerintahan yang diasaskan kepada proses undang-undang dan keadilan akan membawa ketenteraman dan kejayaan. Oleh itu semua pihak hendaklah menghormati dan berpegang kepada peraturan-peraturan yang telah dibuat. Jenerasi yang muda juga terikat dengan peraturan-peraturan ini walaupun mereka tidak terlibat dengan proses menggubal peraturan-peraturan ini. Hari dan Minggu Belia Negara tahun ini dengan temanya "BELIA. BERDISIPLIN N E G A R A PROGRESIF" mempunyai kaitan dengan apa yang telah saya sentuh itu. Negara kita yang menghadapi berbagai-bagai cabaran memerlukan kaum belia yang penuh disiplin kerana dengan belia yang berdisiplinlah akan lahir masyarakat dan bangsa yang berdisiplin. Kita perlukan masyarakat yang berdisiplin bukan kerana kita mahu bermegah-megah dengan disiplin atau kita mahu hapuskan daya pemikiran yang tersendiri tetapi kerana disiplin boleh membawa kebaikan, ketenteraman dan kemakmuran kepada negara. Tanpa disiplin huru-hara akan berlaku dan tidak ada negara yang boleh maju dan berjaya jika huru-hara melandanya sepanjang masa. Disiplin merupakan satu tanggungjawab - tanggungjawab untuk menghormati nilai-nilai serta peraturan-peraturan yang wujud di dalam masyarakat dan negara; tanggungjawab untuk menentukan yang kita sentiasa memberi kepentingan kepada apa102

apa jua yang baik untuk masyarakat dan negara; tanggungjawab untuk sama-sama menjamin keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan kita bersama. Di setengahsetengah negara - malangnya, di negara-negara yang dianggap maju - terdapat unsurunsur kebebasan yang keterlaluan yang menghancurkan segala-gala yang telah dibina dan diwarisi sejak berkurun-kurun. Tanpa masyarakat yang berdisiplin, atau yang menghormati disiplin, pemerintahan yang berkesan dan berfaedah tidak akan wujud. Tidak ada pemerintahan yang boleh mengurangkan jenayah, rusuhan, kerosakan akhlak dan lain-lain melainkan masyarakat sendiri menyertai dan merestui tindakan pemerintah. Rakyat yang tidak berdisiplin sudah tentu tidak akan menyertai dan mengizinkan tindakan pemerintah. Akan menjadi sia-sia sahajalah perbelanjaan dan tindakan mengadakan pemerintahan jika pemerintahan tidak berkesan. Nyatalah bahawa disiplin adalah penting bagi masyarakat dan negara. Oleh kerana belia juga adalah anggota masyarakat maka disiplin belia sebenarnya adalah untuk kebaikan dan kejayaan diri sendiri. Baru-baru ini kita telah menekankan soal daya pengeluaran atau "productivity". Daya pengeluaran bermakna keupayaan membuat apa juga dengan cekap, cepat, baik dan murah. Tidak syak lagi keupayaan ini akan dapat menjadikan masyarakat dan negara kita lebih maju dan sejahtera. Bukan sahaja kita akan memperolehi pendapatan yang lebih tetapi harga barangan juga akan menjadi rendah - iaitu inflasi akan berkurangan. Disiplin mempunyai kaitan yang amat rapat dengan daya pengeluaran. Lebih tertib dan teratur cara-cara bekerja lebih baik dan bertambahlah hasil kerja. Oleh itu sekali lagi kita dapat melihat pentingnya disiplin dan perlunya ia diamalkan oleh belia kira. Mungkin ada kumpulan yang akan berkata bahawa jika kita berdisiplin, kita akan menjadi robot - satu alat yang tidak berakal - fikiran. Mereka yang membawa hujah ini mempunyai tujuan tertentu. Mereka tidak suka kita berjaya dan bersaing dengan mereka. Mereka mahu kita kekal sebagai hamba mereka. Dan sesiapa di antara kita yang menyambut seruan supaya kita tidak berdisiplin dan sebaliknya mengikut dakyah orang asing ini adalah alat penjajah fikiran atau "the tools of the thought imperialist" yang menyusul "territorial imperialist" yang kita tentang dan singkir dahulu. Negara Malaysia sekarang pesat membangun. Pembangunan juga bukan untuk bermegah-megah. Tujuan pembangunan kita ialah untuk kebaikan dan untuk memelihara maruah dan keselamatan kita. Selagi kita tidak mempunyai kebolehan dan kemampuan membangun negara sendiri, selama itulah kita akan ditindas dan dihina secara langsung atau tidak langsung. Untuk pembangunan kita memerlukan tenaga, terutamanya tenaga belia. Kecekapan dan kemahiran boleh kita perolehi melalui latihan dan pengalaman. Kerajaan sanggup mengadakan segala kemudahan latihan sesuai dengan kelayakan dan keperluan masing-masing. Tetapi yang penting sekali ialah kesanggupan belia memikul tanggungjawab dengan bekerja keras bagi mempertahankan maruah negara. Kita dapati sekarang terlalu ramai belia yang terlalu memilih kerja. Sebenarnya jika terdapat sikap sanggup bekerja tidak ada seorang pun yang akan menganggur di 103

Malaysia. Tetapi kerana terlalu memilih, baik dari segi jenis kerja ataupun tempat kerja, pengangguran sentiasa mengiringi kita. Keadaan seperti ini hanya mengakibatkan pembangunan Malaysia tergendala dan maruah kita terancam. Belia hendaklah menganuti falsafah hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata. Kepentingan negara hendaklah diambilkira bersama. Kepentingan negara akhirnya akan membawa kebaikan yang lebih kekal kepada diri sendiri. Mereka yang mengutamakan kepentingan diri akan merasai nikmat cuma sedikit dan sekejap sahaja. Sebaliknya jika negara sudah maju nikmat yang lebih akan dirasai dengan cara yang lebih kekal. Oleh itu sambutlah panggilan negara dan bersama-samalah berusaha bagi membina bangsa dan negara yang dihormati oleh dunia. Ingatlah bahawa yang akan mewarisi negara yang bermaruah ini ialah belia sendiri. Bagi Kerajaan matlamat telah pun ditentukan dan segala jentera akan digunakan untuk menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan disegani oleh dunia. Di samping itu kesejahteraan hidup rakyat Malaysia tidak akan diabaikan. Bersih, cekap dan amanah adalah cogankata kita dan ianya tidak akan dibiarkan sebagai cogankata sahaja. Rakyat telah merestui matlamat Kerajaan dan rakyat telah memberi mandat kepadanya. Sekarang bukan lagi masa untuk berhujah tetapi sekarang ialah masa melaksanakan janji. Belia juga terlibat dengan pencapaian matlamat yang telah ditentukan. Belia berada di mana-mana sahaja. Mereka berada dalam Kerajaan dan di luar Kerajaan, di institusi-institusi pelajaran, di kilang-kilang dan di ladang-ladang. Kemajuan tidak dapat dipisahkan dari belia; tidak ada yang dinikmati oleh masyarakat dan negara yang tidak akan dikecap oleh belia. Tiap tindakan dan usaha yang dilakukan oleh belia akan membawa kesan dan akibat kepada belia. Baik yang dilakukan baiklah kesannya dan buruk yang dilakukan akan membawa keburukan kepada belia. Peranan belia tentulah jelas dalam Malaysia yang membangun ini. Berusahalah dengan bersih, cekap dan amanah tanpa melupakan nilai-nilai rohaniah yang bersama dengan kemajuan 'material' akan membawa kebahagiaan hidup bagi kita semua. Saya difahamkan, suatu kerjasama di dalam bidang ekonomi belia telah pun dicapai baru-baru ini di antara Koperasi Belia Nasional (KOBENA) dengan Koperasi Pemuda Indonesia (KOPINDO). Saya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua badan koperasi ini kerana kejayaannya memulakan kerjasama di dalam bidang ekonomi. Saya berharap semoga kerjasama seperti ini akan juga dapat dibuat dengan negaranegara ASEAN yang lain. Pada hari ini juga Yayasan Belia Malaysia akan dilancarkan. Pelancaran Yayasan ini membawa erti bahawa kemajuan pertubuhan-pertubuhan belia dan lain-lain pihak yang terlibat kerana telah berjaya menubuhkan Yayasan ini. Saya percaya Yayasan ini dapat membantu pertubuhan-pertubuhan belia menjalankan kegiatan-kegiatannya dengan lebih bermakna, sama ada di peringkat nasional, mahupun di peringkat antarabangsa. Saya menyeru kepada setiap pihak yang berkeupayaan supaya menghulurkan sumbangan kewangan kepada tabung Yayasan ini. Kepada pihak yang telah bermurah 104

hati menyumbangkan kepada tabung Yayasan ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Akhir kata, saya dengan sukacitanya melancarkan Yayasan Belia Malaysia dan merasmikan Hari dan Minggu Belia Negara 1982.

105

UCAPAN TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG OLEH PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI BAGINDA KUALA LUMPUR, 2HB. JUN, 1982

D

engan penuh hormat dan takzimnya patik - bagi pihak diri patik sendiri serta bagi pihak Kerajaan dan rakyat sekalian - mohon menyembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tuanku pada hari ini.

Patik sekalian berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga dilanjutkan usia serta dilimpahkan rahmatNya Kebawah D u l i Tuanku serta Baginda Raja Permaisuri Agong. Patik sekalian juga berdoa semoga Baginda Tuanku berdua sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat serta kekal memerintah dan berkhidmat dalam jawatan yang tertinggi di Persekutuan ini dengan bertambah-tambah daulat dan kemuliaannya. Suasana ekonomi dunia masih mengalami kemerosotan dan mengancam kemajuan banyak negara, khususnya negara-negara membangun. Walaupun negara kita telah mengambil tindakan-tindakan yang tegas bagi mengurangkan kesan kemerosotan ekonomi dunia ini, namun demikian dalam hubungan ekonomi antarabangsa moden kita tidak dapat mengelakkan diri daripada pengaruh kemerosotan ini. Keadaan ini telah menjadi lebih genting lagi dengan sikap kurang simpati dan kejujuran setengah-setengah negara maju terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh dunia ketika ini. Memandangkan kepada hakikat ini, kita terpaksa mengkaji semula keutamaan program-program dan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Keempat. Tujuannya ialah bagi membolehkan kita memelihara ekonomi negara dan mengurangkan kesan-kesan yang buruk kepadanya. Walau bagaimanapun Kerajaan akan terus memberi perhatian dan keutamaan kepada program-program dan projekprojek yang dapat memberi faedah kepada rakyat. Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sedang memberi keutamaan kepada semua usaha yang dapat meningkatkan daya pengeluaran sebagai satu dari usahausaha memulihkan ekonomi negara. Tindakan-tindakan tertentu sedang diambil ke arah mewujudkan satu etika kerja yang mementingkan disiplin dan kesungguhan bekerja di kalangan semua rakyat. Insya-Allah, dengan penglibatan semua pihak, lebihlebih lagi penglibatan rakyat biasa, usaha-usaha kita ini akan mencapai kejayaan. 106

Patik sekalian yakin bahawa di bawah naungan Tuanku, negara Malaysia akan terus berada di dalam suasana aman, sejahtera dan makmur. Patik sekalian juga yakin bahawa dengan pimpinan Tuanku taraf kehidupan rakyat akan meningkat dan perpaduan serta ketahanan di kalangan mereka akan menjadi bertambah kukuh. Patik bersama-sama dengan menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri serta sekalian pegawai dan kakitangan Kerajaan akan terus berusaha dengan lebih giat lagi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab patik sekalian dengan bersih, cekap dan amanah. Pada hari yang berbahagia dan penuh istiadat ini, patik bagi pihak diri patik sendiri dan bagi pihak Kerajaan dan rakyat sekalian dengan segala hormat dan takzimnya mohon menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Tuanku.

107

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN PERAK, 13HB. JUN, 1982

T

erlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, dapat saya dan isteri saya bersamasama menghadiri Majlis Pembukaan Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada malam ini. Kepada saudara-saudara sekalian yang hadir, saya mengucapkaan terima kasih, kerana sudi menyeri dan meraikan upacara yang mulia ini. Semoga penyertaan kita ini diberkati Allah subhanahu wataala dan kita akan menerima kurnia petunjuk dan hidayahNya.

"Disiplin dan Kesungguhan Bekerja Di dalam Islam" yang menjadi tema Musabaqah kali ke-24 ini harus direnungi oleh setiap anggota masyarakat Islam malahan harus juga diteliti oleh sesiapa jua - kerana ia bukanlah sahaja sesuatu yang disuruh oleh agama Islam tetapi, sebaliknya, ia merupakan perkara umum yang dapat memberi faedah dan syafaat kepada sesiapa juga yang mengamalkannya. Disiplin dan kesungguhan mempunyai kaitan yang amat rapat. Disiplin - sama ada dari luar, ataupun yang datang dari dalam diri seseorang, merupakan rangka sistem nilai dan peraturan yang menjadi daya penggerak bagi tindakan dan tingkah-laku seseorang. Disiplin lahir dari penerimaan bahawa mengawal diri dari melakukan apa yang ditegah atau dilarang, adalah lebih baik bagi diri sendiri dan bagi masyarakat daripada mengikut nafsu atau dari tindakan untuk mendapat keuntungan jangka pendek. Kesungguhan pula ialah ketekunan dan dedikasi dalam melakukan sesuatu, walaupun berat dipikul atau dianggap merugikan pada mulanya. Kesungguhan mungkin lahir dari disiplin, dan mungkin juga lahir kerana kepercayaan dan keyakinan. Sebaliknya, kesungguhan pula boleh membawa kepada disiplin. Oleh itu, jelaslah bahawa disiplin dan kesungguhan mempunyai kaitan yang rapat dan menjadi daya penggerak yang berkesan bagi seseorang atau sesuatu masyarakat yang inginkan kebahagiaan. Saya telah menyentuh mengenai disiplin dan kesungguhan secara umum. Sebenarnya, sebagai orang Islam, kita boleh melihat disiplin dan kesungguhan dengan cara terperinci dan mendalam kerana Islam merupakan satu cara hidup yang paling sempurna yang mengutamakan disiplin dan kesungguhan. Banyak amalan dan peraturan yang perlu kita patuhi sebagai seorang Islam. Sembahyang, misalnya, mempunyai peraturan dan tertib. Sebelum sembahyang kita 108

diwajibkan mengambil wudhu'. Pakaian dan tempat sembahyang pula mesti bersih. Seterusnya, setiap yang dilakukan waktu sembahyang mestilah teratur dan haruslah dengan khusyuk serta ikhlas. Kita tunduk kepada Tuhan yang satu, dan mengakui kebesaranNya, supaya kita selalu insaf akan kelemahan kita sebagai manusia dan syukur atas segala nikmat yang kita kecap di dunia ini. Kerana sembahyang yang kita lakukan dengan disiplin dan kesungguhan, maka kita akan menjadi manusia yang lebih bahagia - yang insaf dan bertimbang rasa, yang tidak angkuh dan yang tidak menimbulkan kacau-bilau di dalam masyarakat kita. Disiplin dan kesungguhan dalam Islam bukan terhad kepada amalan sembahyang sahaja. Tiap-tiap sesuatu yang disuruh oleh agama Islam mempunyai aturan dan cara yang ditentukan - ada yang wajib, ada yang sunat dan ada yang harus. Semuanya ini disusun untuk kebahagiaan dan kemajuan jika kita patuh dan bersungguh dalam amalan kita. Jika pada hari ini umat Islam dihinakan, diejek-ejek, lemah dan tidak hidup bahagia, ini adalah kerana kita tidak patuh kepada ajaran Islam yang sebenar. Ramai dari kita yang membuat tafsiran sendiri, yang lebih mengutamakan apa yang dianggap rupa dan bunyi Islam daripada isi kandungan dan amalan yang sebenar. Isi kandungan Islam kita belakangkan sementara kita utamakan perkara titikbengik yang kita cipta dan perjuangkan sehingga berlaku perpecahan di kalangan orang Islam. Sementara Tuhan berfirman bahawa kelebihan seseorang Islam yang lain ialah kerana takwa kepada Allah, kita dapati ada yang tidak mengambilkira soal takwa tetapi mengutamakan amalan-amalan yang lain yang kononnya menjadikan seseorang itu lebih Islam dari yang lain. Islam bukanlah satu kepercayaan sahaja tetapi adalah satu cara hidup yang meliputi semua gerak-geri kehidupan penganutnya. Di antara yang diperlukan untuk menjadi orang Islam atau masyarakat Islam yang sempurna ialah disiplin dan kesungguhan. Tanpa disiplin dan kesungguhan atau keikhlasan, amalan tidak mempunyai makna. Begitu juga apabila membuat sesuatu kerja, disiplin dan kesungguhan sahaja yang boleh mendatangkan hasil yang berkesan. Kerja yang dibuat semata-mata kerana memenuhi waktu, atau bagi mengisi syarat bagi mendapat upah, bukanlah mengikut cara yang disuruh dalam Islam. Hasil yang sepenuhnya tidak boleh didapati dengan cara ini dan itulah sebabnya hingga sekarang umat Islam masih mudah ditindas dan dipermainkan. Hakikat ini mungkin begitu pahit untuk kita terima. Kita selalu menegas, dan kita pula selalu mendengar tentang keagungan Islam hinggakan kebanyakan kita berada seolah-olah di awang-awangan. Kita mengagungkan Islam bukan kerana Islam, tetapi kerana kita tidak mahu berhadapan dengan hakikat bahawa, sebagai orang Islam, kita lemah dalam segala-galanya. Memang Islam agung, Islam mulia, Islam lengkap dan Islam sempurna. Tetapi apakah dengan semata-mata melaungkan Islam agung, Islam mulia, Islam lengkap dan Islam sempurna kita telah sampai kepada kebenaran mengenai diri kita sendiri sebagai umat dan individu Islam. Kebenaran ini memanglah pahit dan yang pahit pula selalunya menjadi ubat yang paling mujarab. Begitulah juga bagi kita umat Islam, kita harus berani berhadapan dengan kenyataan bahawa kita lemah, kita mundur, kita kurang berkemampuan, dan lebih-lebih lagi kita 109

kurang disiplin dan kita kurang kesungguhan. Kita ddak menggunakan segala sumber, tenaga dan potensi yang ada pada kita bagi mengubah "nasib" kita - bukan kerana Islam melarang, tetapi kerana kita berminat cuma dengan perkara-perkara yang mudah dalam Islam. Malangnya, perkara yang memerlukan disiplin dan kesungguhan kita belakangkan kerana bercanggah dengan nafsu yang ada pada kita. Tidak ada cara yang paling berkesan bagi menjamin masa depan umat Islam kecuali dengan meningkatkan disiplin dan kesungguhan di dalam semua lapangan, termasuk lapangan pekerjaan. Di samping menjalankan amal ibadat kita dengan penuh disiplin dan khusyuk serta bersungguh-sungguh, kita juga hendaklah bekerja dan berusaha mengikut landasan disiplin dan kesungguhan yang dikehendaki oleh Islam. Di dalam Islam, setiap individu dikehendaki bekerja dan berusaha dan menjalankan sesuatu kerja atau tugas dengan bersungguh-sungguh, dengan ikhlas dan dengan penuh minat. Orang yang enggan bekerja, malu dengan sesuatu pekerjaan yang halal, atau cuma sanggup meminta-minta sahaja dari orang lain, ataupun tidak mahu bekerja bersungguh-sungguh adalah hina di dalam Islam. Ini setiap individu Islam harus terima dan insafi. Islam menyuruh kita berusaha dan berikhtiar. Kita memohon kepada Allah semasa dan setelah kita berusaha dan berikhtiar. Islam tidak menyuruh kita berserah bulat-bulat kepada takdir, dan jika sesuatu yang malang berlaku kita tidak harus berputus asa. Islam adalah agama yang dinamis bukan pasif - jika ia dilihat sebagai pasif ini adalah kerana orang yang melihatnya itu pasif; tetapi Islam tidak pasif. Perkembangan Islam dari semenanjung Arab ke seluruh dunia, termasuk ke Malaysia, adalah kerana usaha yang aktif, bukan dengan cara pendakwah Islam menunggu di tempat lahirnya Islam. Baru-baru ini Kerajaan menggesa rakyat untuk mengikut dan mempelajari sikap dan tara-cara kerja orang-orang Jepun dan orang-orang Korea Selatan. Mungkin ada mereka yang keliru dengan hakikat sebenar gesaan ini. Yang kita pentingkan di sini ialah sikap dan tata-cara orang-orang ini bekerja dan inilah yang kita mahukan. Sebagai orang Islam kita disuruh menuntut ilmu walaupun ke Negeri China. Menuntut ilmu memerlukan disiplin dan kesungguhan. Mempelajari cara bekerja dari Jepun dan Korea adalah sebahagian dari usaha menuntut ilmu. Desakan Kerajaan supaya meniru dan mengamalkan etika kerja orang-orang Jepun dan Korea tidak bertentangan, malahan adalah selaras dengan kehendak hadith Nabi s.a.w. yang menyuruh kita menuntut ilmu walaupun hingga ke Negeri China. Cuma mereka yang tidak mahu orang Islam berjaya, kuat, bebas dan bahagia sahaja yang akan membuat tafsiran lain terhadap gesaan Kerajaan supaya mencontohi tata-cara kerja orang-orang Jepun dan Cina. Agama mereka adalah agama mereka, dan agama Islam adalah agama Islam; tidak ada yang dicampur-aduk dari segi agama jikalau kita meniru cara kerja atau menuntut ilmu dari orang lain. Kaedahnya adalah sama dengan membeli senjata ciptaan orang lain untuk mempertahankan umat Islam atau menggunakan lain-lain alat ciptaan mereka untuk keperluan dan kepentingan kita. Yang penting ialah ilmu dan cara kerja yang kita pelajari akan membebaskan kita dari segi keselamatan dan kebahagiaan kita. Oleh itu tindakan Kerajaan tidak harus ditafsirkan untuk tujuan-tujuan tertentu. 110

Kerja yang halal dilakukan dengan disiplin dan kesungguhan, sebagaimana dituntut oleh Islam, adalah ibadat. Jika setiap individu Islam melihat kerjanya sebagai ibadat yang mana buruk-baiknya akan ditimbang dan dihisab untuk menentukan balasan di akhirat kelak, golongan pekerja Islam akan menjadi golongan pekerja yang paling berdisiplin dan kuat bekerja dan akan menjadi tenaga yang paling berkesan di dalam membina negara Islam dan mengembangkan syiar Islam. Oleh itu, amalan memilih kerja yang mudah dan selesa sahaja amatlah tidak sesuai dengan ketabahan dan kawalan nafsu yang dikehendaki oleh Islam. Banyak kerja-kerja yang penting sekarang ini diserah kepada orang lain kerana kerja-kerja ini tidak selesa atau tidak menarik minat orang-orang Islam. Sebaliknya, mereka suka kepada kerja-kerja ringan, kerja berpangkat dan kerja yang tidak memerlukan kecekapan, disiplin dan kesungguhan. Ramai pula yang tidak dapat, atau tidak sanggup bekerja dengan orang lain, sama ada dengan mereka yang seagama, ataupun yang berlainan agama. Semua ini telah menyebabkan mereka tidak bebas dan berdikari. Ada pula golongan orang Islam yang berpendapat bahawa orang yang bekerja kuat seperti yang diarahkan adalah robot, iaitu jentera yang tak berfikiran. Sebenarnya mereka yang membuat dakwaan inilah yang menjadi robot kerana mereka sebenarnya mengikut secara buta-tuli pendapat yang disarankan oleh segolongan orang sosialis di Barat yang tidak mahu orang lain bekerja kuat, maju dan menandingi mereka yang sebenarnya sudah mula mengalami kesan kemalasan pekerja-pekerja mereka. Sekarang ini kita kerap menyebut perkataan dakwah. Perkembangan minat berdakwah adalah sesuatu yang dialu-alukan. Tetapi kerapkali tafsiran dakwah dibuat secara sempit di mana keutamaan diberi semata-mata kepada ibadat untuk diri sendiri tanpa memberi perhatian sewajarnya terhadap kesejahteraan masyarakat dan kebahagiaan umat. Demikianlah sempitnya kegiatan dakwah sehingga ia mencetuskan perpecahan dalam masyarakat Islam, sedangkan dalam Islam masyarakat adalah lebih penting dari individu. Di sini patutlah pengertian terhadap dakwah dibetulkan supaya dakwah akan menjadikan masyarakat Islam lebih teguh dan bahagia. Dakwah Islamiah bermaksud tindakan mengembangkan amalan Islam sebagai "Ad-din" yang bermaksud cara hidup yang membawa kejayaan dan kesejahteraan kepada umat Islam. Cara hidup yang membawa kejayaan termasuklah kesanggupan berdisiplin dan bersungguh-sungguh di dalam sesuatu tugas, kerana tanpa disiplin dan kesungguhan, sesuatu rancangan dan cita-cita akan tinggal sebagai rancangan dan cita-cita sahaja. Orang Islam yang bertanggungjawab mestilah menerima hakikat ini dan menghentikan tentangan terhadap usaha dan kerja kerana kononnya kerja mempunyai matlamat kejayaan 'material' di dunia sahaja. Kerja dan amal ibadat adalah sama, dan keduaduanya adalah secocok. Kerja adalah sebahagian dari ibadat jika tujuannya ialah untuk kebaikan dan bukan kerana tamak kepada harta dan kekayaan. Oleh itu berdakwahlah dengan penuh insaf dan pengertian dan janganlah kita berpecah-belah kerana tujuan dan matlamat lain. Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran adalah acara yang mulia yang harus memberikan kita banyak keinsafan dan pengajaran. Kita harus mengambil peluang dari Majlis ini untuk mendapat teladan dan pengajaran dari ayat-ayat Al-Quran yang diperdengarkan. Seterusnya kita harus berusaha untuk menghayati prinsip-prinsip 111

yang dianjurkan oleh Islam sebagaimana diterangkan di dalam ayat-ayat yang dibacakan. Bersamalah kita berdoa semoga Allah s.w.t. memberkati kehadiran kita di Majlis ini dengan melimpahkan petunjuk dan menguatkan iman kita. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Musabaqah Membaca A l Quran dan Kerajaan Negeri Perak serta semua pihak yang telah bekerja kuat untuk membuat segala persiapan bagi menjayakan Majlis ini. Akhir kata, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya dengan segala sukacitanya membuka Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan ini dengan rasminya.

112

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PENUTUP MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN ANGKATAN TENTERA 19HB. JUN, 1982

S

aya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Musabaqah yang telah sudi menjemput saya dan isteri saya ke Majlis Penutup Musabaqah Membaca Al-Quran Angkatan Tentera malam ini dan saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat hadir di majlis ini.

Sebagaimana kita maklum, tema Musabaqah Angkatan Tentera pada kali ini ialah 'Al-Quran Menyatakan Segala'. Maksud tema ini dapat kita renungi dengan jelasnya daripada Al-Quran ayat 138 Surah 3 yang bermaksud: (Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. Firman Allah s.w.t. itu jelas menjadi dalil bahawa kita dapat menimba dari A l Quran segala apa jua asas pengajaran dan panduan yang kita perlukan. Tetapi, ini tidak bermakna bahawa kita akan mendapat hasil dari petunjuk dan apa yang dijanjikan itu semata-mata dengan meminta-minta dari Tuhan. Kita masih perlu menggunakan akal fikiran dan tenaga yang ada pada kita. Tanpa usaha dan kesanggupan memikul tanggungjawab serta mengatasi segala rintangan, kita tidak akan mencapai matlamat yang ditujukan. Sementara kita memohon dan menyerah kepada Tuhan rabbul'alamin kita mesti menambat unta dan memeliharanya. Hari ini dunia sekali lagi menyaksikan keangkuhan dan kekejaman bangsa Yahudi yang tidak berbeza dari kekejaman regim Nazi di masa Hitler memerintah Jerman. Wilayah Arab dilanggar tanpa mempedulikan pendapat dunia dan askaraskar Bangsa-bangsa Bersatu. Orang-orang awam, kanak-kanak dan orang-orang tua dibom, ditembak dan dibunuh. Beribu-ribu telah mati dan cedera kerana manusia yang bengis seperti Nazi Jerman memerintah Palestin dengan sokongan pihakpihak tertentu. Kita sedih melihat perbuatan tidak berperikemanusiaan ini. Negara-negara Islam, dan Arab di gesa supaya merayu kepada dunia supaya mendesak Yahudi memberhentikan pencerobohan dan kekejaman Nazi yang mereka lakukan. Tetapi apakah kali ini pihak lain akan mendengar rayuan kita sedangkan dahulu mereka tidak mendengar. Apakah orang yang tidak sedikit pun bersimpati dengan kita, yang berideologi kebendaan dan yang tidak percaya kepada Tuhan akan menolong kita? Kita khayal jikalau kita memikirkan kita akan ditolong. 113

Apa yang berlaku sekarang ialah kita membaca Al-Quran dan kita dengan fasih menyebut ayat-ayat Quran, tetapi kita tidak mengikut petunjuk yang terdapat di dalamnya. Musabaqah Membaca Al-Quran mungkin memberi tumpuan kepada ketertiban membaca, kepada lagu dan lain-lain. Tetapi lebih penting dari semua ini ialah musabaqah membaca Al-Quran memberi peluang kepada kita mendengar dan memahami panduan yang terkandung dalam Al-Quran supaya kita sedar dan kita amalkannya. Bagi Angkatan Tentera mesej dalam Al-Quran yang perlu diambil berat dan diamalkan ialah persediaan bagi mempertahan umat Islam dan wilayah-wilayah mereka. Di zaman Rasullullah yang perlu ialah kuda dan pedang. Di zaman ini pula yang diperlukan ialah peluru berpandu dan kereta kebal, latihan yang kemas dan susunan pertahanan yang mengambilkira taktik dan strategi moden. Al-Quran menyuruh kita berdisiplin dan jangan membantah atau membelakangkan perintah. Jika semua suruhan ini kita patuhi dan kita amalkan, kita tidak lagi perlu khayal dengan harapan bahawa apabila kita diserang, orang lain akan membantu kita. Hari ini Lubnan diceroboh. Mungkin hari esok kita dan kita akan ditewaskan jikalau tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk mempertahankan watan kita tidak diambil berat. Mungkin ada di antara kita yang akan menyoal kenapa kita, kenapa tidak orang lain yang ditugaskan untuk mempertahankan negara. Jika sesiapa yang ditugaskan untuk mempertahankan negara bertanya kenapa dia dan tidak orang lain, maka tidak akan ada siapa pun yang akan memikul tugas ini. Jika semua kita menunggu dan berharap kepada orang lain bagi mempertahankan negara, dan orang lain pun akan memikir demikian, tentulah tidak akan ada siapa pun yang akan memikul tanggungjawab ini dan negara kita boleh ditawan dan dijajah pada bila-bila masa sahaja. Kenyataan yang kita perlu terima ialah dalam mempertahankan negara ada yang akan memikul senjata dan ada yang tidak. Di zaman moden ini tidak siapa pun yang akan selamat. Semuanya akan diserang dan semua akan menghadapi bahaya. Tentulah menjadi lebih baik jika pasukan yang terlatih ditugaskan untuk menangkis serangan musuh daripada kita berdebat siapa yang perlu kehadapan lebih dahulu. Tidak ada keselamatan tanpa korban. Jika kita menghabiskan masa mengeluh terhadap nasib, nasib kita akan menjadi malang. Dalam Islam mengeluh dan kecewa tidak mempunyai tempat. Nabi Allah Ibrahim a.s. tidak bertanya mengapa anaknya Ismail yang perlu dikorbankan. Kita semua tahu apa dianya balasan dari Tuhan kepada orang yang ta'at ini. Sekiranya Al-Quran menjadi petunjuk yang lengkap bagi memandu kehidupan kita di dalam semua aspek kehidupan politik, sosial, ekonomi, ketenteraan, dan lain-lain - kita perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran. Kita mungkin tertarik dengan bacaan yang merdu; di samping itu juga kita dapat membaca dan mendengar ayat-ayat dan tafsirannya. Tidak dapat tidak kita akan lebih faham isi kandungan Al-Quran dengan menghadiri majlis membaca Al-Quran seperti yang diadakan pada malam ini. Inilah tujuan sebenar yang kita adakan musabaqah membaca Al-Quran. Yang lainnya adalah selingan sahaja guna untuk menarik minat kita mendekatkan diri kepada ajaran dalam Al-Quran Al-Karim. 114

Beberapa hari lagi umat Islam akan mula menunaikan ibadat puasa Ramadan sebagai menyempurnakan salah satu rukun Islam yang lima. Umat Islam dikehendaki membanyakkan beribadat, lebih-lebih lagi membaca Al-Quran di dalam bulan Ramadan. Oleh itu bulan Ramadan merupakan satu ketika yang paling penting bagi mengasah dan mengisi kerohanian kita dengan amalan-amalan yang baik dan akhlak yang mulia. Di negara kita pada masa ini telah terdapat banyak buku-buku agama termasuk terjemahan Al-Quran di dalam bahasa Malaysia. Umat Islam bukan sahaja dapat memperolehi terjemahan Al-Quran dan tafsiran Al-Quran, malahan bermacam-macam buku yang dapat meluaskan lagi pengetahuan masyarakat mengenai berbagai aspek agama Islam. Kita harus merasa bertuah kerana keadaan ini adalah lebih baik daripada masamasa yang lalu di mana begitu sukar sekali untuk kita mendapat bahan-bahan bacaan mengenai agama dan kalau pun ada, kebanyakannya ditulis dengan Bahasa Melayu lama yang susah difahami oleh peringkat muda di dalam masyarakat kita. Bertambahnya sumber bacaan bagi kita adalah satu rahmat dan kita hendaklah mengambil peluang ini untuk mendalami pengetahuan kita mengenai Islam dan tentang isi kandungan Al-Quran, mudah-mudahan dengan usaha kita itu, kita akan mendapat petunjuk dan manfaat yang bertambah lagi. Kita maklum bahawa pada masa ini dunia sedang mengalami perubahan yang amat pesat dan masyarakat yang lemah pegangan agamanya sedang dipengaruhi oleh berbagai gejala yang tidak sihat. Kita tidak boleh membenarkan negara dan masyarakat kita dibinasakan oleh gejala-gejala ini. Kita harus waspada bahawa bibitbibit penyakit sosial boleh meresap ke dalam angkatan tentera dan akan melemahkan negara kita. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berpegang kepada ajaran-ajaran Al-Quran dan berlindung dengan Allah s.w.t. Janganlah kerana sedikit masalah kita membenar diri kita dipengaruhi oleh perasaan yang meluap-luap yang akhirnya membawa kepada tindakan yang tidak bertanggungjawab. Angkatan Tentera yang tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin bukanlah angkatan tentera. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang-pemenang Musabaqah ini. Walau bagaimanapun kita harus sedar bahawa sesuatu musabaqah membaca Al-Quran bukanlah diadakan untuk berbangga sama ada dengan majlis yang disediakan atau pun dengan kemenangan, tetapi ialah kerana memuliakan Al-Quran dan mempelajari daripadanya. A k h i r kata, saya dengan nama A l l a h yang Maha Pemurah lagi M a h a Mengasihani dengan segala sukacitanya menutup Musabaqah Membaca Al Quran Angkatan Tentera ini.

115

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI OLEH PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA MALAM HARI RAYA 1402 21HB. JULAI, 1982 yukur, alhamdullilah, kita umat Islam telah selamat menyempurnakan puasa sebulan 'bulan Ramadan, dan esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Kalau kita teliti, puasa sebulan Ramadan adalah satu perjuangan, atau jihad bagi umat Islam, kerana puasa, bukan sahaja bererti menahan diri dari lapar dan dahaga, serta dari perkara-perkara lain yang dilarang ketika berpuasa, tetapi juga merupakan peperangan melawan dan mengawal hawa nafsu dengan bersenjatakan iman, takwa dan ibadat. Perjuangan ini bukan dengan niat dan semangat semata-mata, tetapi dengan amalan, kesungguhan serta disiplin. Oleh sebab besarnya hikmat puasa, maka Allah Subahanahu Wataala menambahkan pahala dan ganjaran terhadap ibadat dan kebaikan yang dilakukan dalam bulan yang mulia ini. Ibadat puasa dapat membawa satu perubahan yang besar, iaitu satu kemenangan kepada diri kita, jika diamal dengan tekun dan sabar. Jihad sepanjang bulan Ramadan merupakan satu latihan yang berkesan bagi membawa kita melalui satu proses perubahan sebagai orang Islam yang sejati. Bukan sahaja kita harus tekun dan sabar menjalankan puasa, tetapi puasa kita hendaklah dibuat dalam keadaan biasa, iaitu keadaan di mana kita menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab seperti di bulan-bulan lain. Yang penting ialah, di samping bekerja dengan tekun, kita juga meningkatkan ibadat yang kita amalkan. Sekiranya kerana berpuasa kita mengabai, atau meringan-ringankan kerja, maka ini tidaklah memberi makna kepada puasa kita, kerana ini kita sebenarnya telah tunduk kepada desakan nafsu. Jika kita berpuasa dengan tekun dan mengikut kehendak ajaran Islam yang sebenar, kira tidak akan mengabaikan amalan ibadat harian, dan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita, malah kita akan menambahkannya, dan kita akan melakukannya dengan penuh insaf dan rela hati. Kita akan membayar zakat, dan kita akan bersedekah dengan penuh keimanan. Justeru itu, kedatangan Hari Raya akan merupakan detik kemenangan bagi kita. Yang menjadi harapan kita ialah kemenangan yang berterusan di mana kita dapat menghayati nilai-nilai Islam yang menjadi dorongan dan asas segala amalan dan gerak-geri kita. Hikmat puasa yang harus membawa perubahan yang besar kepada umat Islam masih belum mencapai tarafnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Umat 116

Islam belum lagi mencapai kemenangan yang diharapkan di mana mereka bersatupadu di bawah naungan panji-panji Islam untuk membela maruah dan kehormatan Islam dan ummah. Tahun ini sahaja Masjidil Aqsa telah dicemar dengan pembunuhan yang dilakukan di dalamnya oleh pihak Yahudi. Dan baru-baru ini pihak Israel juga telah mencabul kedaulatan Lubnan hinggakan begitu ramai menjadi korban. Umat Islam terpaksa mengalami peristiwa sedih seperti ini dengan berpeluk tubuh kerana kita tidak mampu membuat apa-apa yang bermakna. Orang Islam sanggup berperang dengan orang Islam sehingga satu pihak mencapai kemenangan tetapi berhadapan dengan pencabulan oleh bangsa Israel yang cuma 3 juta, kita kaku dan tidak dapat membuat apa-apa dengan berkesan. Yang lebih menyedihkan ialah masih ada orang Islam yang tidak sedar dengan nasib yang menimpa umat Islam dan suka bersengketa sesama sendiri. Ketika kita sedang menyambut Hari Raya, kita hendaklah insaf bahawa ramai di antara saudara-saudara Islam kita di negara-negara lain yang tidak akan dapat merayakan hari kebesaran Aidilfitri ini. Ada yang bergelumang dengan darah dan peperangan, ada yang ditindas, dan ada yang tidak bebas menunaikan ibadat kepada Allah Subhanahu Wataala. Kita bukan sahaja harus berdoa, malah harus berusaha dengan segala upaya kita, untuk menebus nasib malang yang menimpa umat Islam. Marilah kita bersama-sama meneguhkan azam kita untuk menjadikannya sebagai perjuangan. Segala peristiwa sedih dan pedih yang menimpa umat Islam adalah pengajaran bagi kita semua. Soalnya ialah apakah kita faham pengajaran yang terdapat dalam peristiwa-peristiwa ini, dan kita menjadikannya pedoman. Penebusan maruah dan wilayah Islam, bukan tanggungjawab orang Palestin sahaja tetapi adalah tanggungjawab seluruh ummah. Tanggungjawab ini bukan memerlukan suara yang berani dan lantang dari sejauh 4000 batu, tetapi persiapan dan disiplin yang betul-betul berkesan. Persiapan bermakna menguasai ilmu peperangan yang setimpal dengan cara dan alat yang sesuai dengan zaman elektronik ini. Sesungguhnya yang lebih penting ialah kebolehan dan kemampuan kita sendiri dan bukannya pertolongan dari kawan-rakan yang berkepentingan. Untuk membuat persiapan ini kita perlukan bukan dua tiga hari, atau dua tiga bulan, atau dua tiga tahun, tetapi puluhan tahun. Yang penting bukan semangat berkobar-kobar yang 'panas tahi ayam', tetapi dedikasi dan azam yang tinggi dan berterusan. Tidak ada masalah yang tidak boleh diatasi jika kita mempunyai azam yang kuat dan jika kita menggunakan masa dan akal fikiraan untuk membuat persiapan. Jika kita sanggup mengakui hakikat kebenaran ini, satu hari nanti akan dapat kita tebuskan kembali maruah kita, dan agama kita. Tetapi, jika kita masih leka dengan berpoya-poya, dunia akan ketawakan kita. Sebenarnya perjuangan menebus maruah umat Islam, dan agama Islam, akan dimenangi dari bilik-bilik kuliah, dari makmalmakmal dan dari kilang-kilang. Dari tempat-tempat inilah persiapan untuk perjuangan perlu dibuat, dan di sini jugalah nilai tentang kesediaan umat Islam akan ditentukan. Medan perang adalah tempat terakhir bagi mencapai maksud perjuangan. Cuma mereka yang khayal sahaja yang akan memikirkan lain daripada ini. 117

Di Hari Raya yang mulia ini kita seharusnya dapat menginsafi tentang diri kita yang serba lemah dan kekurangan. Kita harus bersyukur di atas segala rahmat dan nikmat daripada Allah Subahanahu Wataala. Kita hendaklah membuktikan kemenangan kita setelah melalui sebulan Ramadan dengan menjadi manusia yang insaf, baik dan berguna - baik dan berguna kepada diri sendiri, kepada keluarga dan sahabat, dan kepada masyarakat dan negara Malaysia. Satu perkara yang tidak boleh kita, umat Islam di Malaysia, lupakan ialah nikmat dan kebahagiaan hidup kita di negara ini. Sungguhpun penduduk negara ini bukan semuanya penganut agama Islam, tetapi Islam menjadi agama rasmi dan orang Islam mempunyai kedudukan yang istimewa. Perhubungan antara orang Islam dan bukan Islam di Malaysia adalah baik dan kita hidup dalam rukun damai. Ini adalah amat berbeza dengan keadaan yang terdapat di beberapa buah negara di mana orang Islam dan bukan Islam bersama-sama hidup dalam sebuah negara. Kebahagiaan hidup orang Islam di negara ini adalah berasaskan sifat toleransi di dalam Islam. Sifat ini amat penting diamalkan kerana kehormatan yang ditunjuk kepada agama Islam adalah bergantung kepada sifat dan sikap yang mulia yang kita amalkan dalam hubungan kita dengan orang lain. Keadilan Islam dalam pemerintahan negara ini adalah jelas dan nyata. Tidak ada percubaan untuk menindas atau memaksa sesiapa mengikut dorongan hawa-nafsu yang berselindung di belakang tafsiran Islam yang tidak berasas. Pada Hari Raya ini orang Islam berpeluang sekali lagi memperkenalkan budi pekerti Islam yang tinggi dan mulia. Kita akan mengadakan rumah terbuka untuk semua kaum, dan ini bukan sahaja menjalinkan persahabatan antara kaum di negara kita, tetapi ia juga mencerminkan "kedamaian" yang menjadi asas nama agama kita. Kepada orang-orang bukan Islam di negara ini, saya menjemput mereka bersama-sama bergembira pada Hari Raya Aidilfitri. Malaysia yang berbilang kaum memerlukan perhubungan yang baik di antara kaum supaya semua dapat mengecap nikmat dari kestabilan dan kemakmuran negara ini. Hari Raya merupakan satu peluang terbaik bagi orang Islam dan bukan Islam menjalinkan perhubungan yang mengekalkan Malaysia di dalam aman dan makmur. Sebagaimana biasa, Hari Raya tidak mungkin disambut oleh semua di dalam suasana meriah dan gembira. Ada yang malang kerana tidak bersama-sama dengan sanak-saudara yang dikasihi dan ada yang tidak bernasib baik kerana kurang kemampuan. Di samping itu ada yang terpaksa bertugas berjauhan dari anak-isteri kerana mempertahankan negara. Semua ini tidak harus menghampakan, kerana Hari Raya melambangkan kemenangan, dan tidak ada kemenangan tanpa perjuangan. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf zahir dan batin dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sekalian umat Islam.

118

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PERASMIAN PAMERAN "MALAYSIA 25 TAHUN" DI MUZIUM NEGARA, KUALA LUMPUR 23HB. OGOS, 1982

T

erlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur Pameran Malaysia 25 Tahun kerana memberi penghormalan kepada saya untuk melakukan upacara perasmian Pameran pada petang ini. Seterusnya saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Muzium Negara, terutamanya Yang Berbahagia Dato Shahrum Yub, dan juga lain-lain pihak yang telah bekerja keras bagi menjayakan Pameran ini. Pameran Malaysia 25 Tahun ini adalah amat penting sekali. Kita tidak harus melihatnya semata-mata sebagai salah satu acara bagi mengisi program perayaan Jubli Perak Kemerdekaan negara kita, tetapi yang lebih penting lagi, ialah untuk membantu meningkatkan ingatan dan keinsafan kita terhadap peristiwa-peristiwa serta liku-liku sejarah tanahair kita. Tanpa mengenali sejarah, kita tidak akan tahu dari mana kita datang dan apakah masalah yang telah kita hadapi. Tanpa pengetahuan ini kita bukan sahaja tidak akan tahu bersyukur tetapi kita tidak akan tahu bagaimana menghadapi cabaran dan berusaha mencapai kejayaan. Tanpa pengetahuan dan kesedaran ini kita akan didera dengan mengulangi kesilapan kita berkali-kali.

Seminggu lagi, iaitu tepat pada 31 Ogos, negara kita akan merayakan ulangtahun 25 tahun sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat. Tempoh 25 tahun sejarah negara adalah satu jangka waktu yang panjang dan padat untuk diliputi sepenuhnya oleh sesuatu pameran seperti yang diadakan ini. Walau bagaimanapun, liputan hanya merupakan satu aspek sahaja. Yang lebih penting ialah kemampuan Pameran ini membangkitkan perasaan halus di hati sanubari kita —perasaan kagum, bangga, insaf serta hormat dan cintakan negara. Tercapainya kemerdekaan 25 tahun lalu memberi satu permulaan baru bagi kita. Di samping itu, ia menjadi beban baru bagi kita kerana sejak itu kitalah yang bertanggungjawab terhadap pencapaian cita-cita yang lebih besar, iaitu cita-cita untuk membangunkan sebuah negara yang kuat dan sihat, yang dihormati oleh dunia. Oleh itu, erti kemerdekaan bukanlah semata-mata pembebasan dari pemerintahan penjajah tetapi, yang lebih utama dan penting ialah semangat, dorongan dan tindakan kita untuk mengisi dan membawa kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada bangsa dan negara. Proses mengisi dan mengekalkan kemerdekaan adalah satu proses yang berterusan. Buat sementara kita mungkin bergantung kepada orang asing untuk 119

menolong membangunkan negara kita. Tetapi, kita tidak boleh berharap kepada orang lain untuk selama-lamanya. Kitalah yang perlu berusaha untuk membangunkan negara kita sendiri. Malangnya, kita tidak mempunyai segala kecekapan yang diperlukan dan kadang-kadang kita terlalu malas untuk membuat kerja-kerja tertentu. Sifatsifat ini mestilah dikikis. Kecekapan boleh kita dapati jika kita berusaha. Dan sifat tidak ingin membuat kerja yang berat dan kotor atau sifat jika membuat kerja ringan, tidak dibuat bersungguh-sungguh boleh kita atasi jika kita betul-betul berminat. Yang harus kita ingat ialah maruah dan kehormatan kita berada di tangan kita sendiri. Jika kita tidak mahu membela maruah kita maka kitalah yang perlu disalahkan. Jika kita tidak dihormati, maka merdeka tidak mempunyai makna. Bukan kekayaan negara yang memberi makna kepada kemerdekaan tetapi maruah dan kehormatan yang ditunjuk kepada bangsa dan negara. Tujuan pameran ini ialah untuk menyedarkan kita. Pengasas negara kita telah menunaikan tanggungjawab mereka. Mereka telah merebut balik kemerdekaan dan mereka telah merintis jalan ke arah negara yang bahagia. Sekarang ialah masa kita. Jika kita gagal maka akan sia-sia sahajalah perjuangan pemimpin-pemimpin negara dan pejuang-pejuang yang terdahulu dari kita. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menggesa penulis dan para artis serta intelektual kita untuk meneroka bidang-bidang penulisan, drama dan perfileman dengan cara lebih giat lagi sebagai alat menyedarkan rakyat terhadap nilai kemerdekaan. Pada hemat saya, inilah salah satu bidang yang sangat-sangat kita perlukan di dalam usaha pembangunan dan 'nation-building'. Dua puluh lima tahun merdeka dan sejarah sebelumnya serta harapan dan cita-cita kita untuk masa hadapan adalah bahan yang perlu dikaji, ditulis dan dikemukakan kepada rakyat. Akhir kata, dengan segala sukacitanya saya merasmikan Pameran Malaysia 25 Tahun ini.

120

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERAYAAN HARI WANITA MALAYSIA KE-20 DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR 25HB. OGOS, 1982

T

erlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Fatimah dan Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia kerana menjemput saya dan isteri saya ke Majlis Perayaan Hari Wanita 1982 ini.

Hari Wanita kali ini jatuh ketika kita sedang membuat persiapan merayakan 25 tahun merdeka. Pada hemat saya, ini menjadikan Hari Wanita kali ini sebagai satu peristiwa yang penting. Sesuai dengan ini Perayaan Hari Wanita ini memberi peluang yang istimewa kepada wanita, khususnya pertubuhan-pertubuhan dan pergerakanpergerakan wanita, untuk merenung peranan dan pencapaian yang telah dibuat setakat ini dan langkah-langkah yang perlu dibuat bagi masa hadapan. Hari ini penduduk Malaysia telah meningkat kepada 14 juta orang. Kira-kira lebih sedikit dari 60% ialah mereka yang lahir selepas merdeka. Memandang bahawa nisbah penduduk lelaki dan perempuan adalah agak sama, jumlah penduduk perempuan yang lahir selepas merdeka adalah kira-kira 60% juga. Separuh daripadanya berada di bangku sekolah ataupun sedang menuntut di institusi pelajaran tinggi, sedangkan yang lainnya adalah tenaga pekerja di dalam berbagai-bagai bidang. Sesuku abad merdeka membawa banyak kemajuan kepada rakyat dan negara. Kaum wanita telah bersama-sama di bawa arus perubahan. Hari ini wanita bukan sahaja bekerja di sawah dan bendang, menjaja dan lain-lain kegiatan yang disamakan dengan aktiviti tradisional, tetapi ramai yang telah memasuki sektor-sektor moden. Sekarang kita dapat berbangga dengan ramainya peguam-peguam, doktor-doktor, jurutera-jurutera, pengusaha-pengusaha, ahli-ahli sains dan matematik wanita yang dahulunya susah untuk kita impikan. Malahan sekarang, kita juga mempunyai sejumlah yang tidak kecil pemimpin-pemimpin wanita di peringkat menteri dan timbalan menteri dan pentadbir serta pengurus-pengurus wanita. Dalam sebuah negara yang penduduknya tidak begitu ramai, penglibatan wanita dalam bidang-bidang yang disebutkan amatlah penting bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di waktu Pembangunan berlaku dengan pesatnya. Dilema wanita di zaman moden ini ialah penyesuaian antara dua peranan utama iaitu sebagai suri-rumah dan ibu dengan kerjaya. Di Barat dilema ini telah 121

menjadi begitu menonjol bermula dalam tahun 60an hinggakan timbul gerakan untuk memperjuangkan hak persamaan tanpa batasan bagi wanita. Ada di antaranya yang melihat masalah wanita kerana kewanitaannya. Gerakan pembebasan wanita dalam suasana bebas yang melulu telah memerangkapkan wanita di dalam berbagai jenis kegiatan yang akhirnya menghinakan wanita sendiri. Tetapi, kita bersyukur kerana gerakan ini tidak merebak dan mempengaruhi kita secara menyeluruh. Kita dapat umumnya mengambil yang jernih dan membuang yang keruh. Sekarang di Barat, suasana telah beransur berubah kerana mereka telah sedar semula bahawa apa yang diperlukan bukanlah kebebasan tanpa batasan tetapi kehormatan antara peria dan wanita yang membawa kebahagiaan kepada famili dan masyarakat. Famili dan kerjaya adalah sama penting. Ini bukan sahaja kepada wanita malah kepada lelaki juga. Soalnya, ialah mencari penyelesaian bukan dari segi perspektif lelaki atau wanita seolah-olah kedua-duanya bertentangan, tetapi dari perspektif kepentingan famili dan masyarakat. Proses pembangunan kita haruslah melihat kehendak famili yang sihat dan dinamis di mana masalah famili tidak mengongkong peranan suami isteri sebagai ibubapa dan dari segi kerjaya. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berlainan. Ini harus menjadi pertimbangan dalam penyesuaian antara tanggungjawab keluarga dan kerjaya. Ada pengurus wanita yang baik dan ada pengurus wanita yang lemah; begitu juga dengan lelaki. Tetapi mungkin ada aspek-aspek kerjaya yang lebih menarik minat wanita atau di mana sifat-sifat kewanitaan lebih penting. Ini tidak harus menimbulkan iri hati kerana yang penting ialah apabila kita mempunyai peranan, kita menunaikan peranan kita dengan baik. Lelaki atau wanita tidak ada bezanya dari segi kelemahan dalam bidangbidang tertentu. Pada hemat saya, dalam kita membangunkan negara, asas perjuangan kaum wanita ialah nilai-nilai ketimuran kita. Wanita sendiri mestilah menjamin keluruhan nilai-nilai ini dan memupuknya di kalangan wanita. Saya yakin dengan cara ini, nilainilai ini, iaitu asas yang sebenar-benarnya menjamin peranan dan kedudukan wanita di dalam masyarakat, akan menjadi nilai masyarakat sendiri. Saya rasa inilah tugas yang utama. Di samping itu usaha-usaha yang gigih hendaklah dibuat bagi mengkaji aspekaspek yang boleh menjamin kedudukan wanita yang sewajarnya, dari segi undangundang, sosial mahupun ekonomi. Wanita adalah ibu, isteri atau anak. Mereka mempunyai tempat yang penting di dalam masyarakat. Kita pernah mendengar 'syurga di bawah telapak kaki ibu.' Nabi Muhammad s.a.w. pula, di samping menyanjung tinggi isteri yang taat, mengatakan bahawa antara lelaki yang baik ialah yang baik terhadap isterinya. Seterusnya anak yang baik ialah anak yang taat. Inilah antara nilai-nilai yang seharusnya wujud dengan nyatanya di dalam masyarakat. Nilai-nilai yang berdasarkan kebudayaan timur kita menjamin persamaan dan keadilan; ia tidak merugikan lelaki dan ia tidak pula menjatuhkan kedudukan wanita. Ia adalah landasan yang wajar dan sederhana yang harus dipupuk kerana penerimaannya secara meluas akan menyelamat dan menjamin kejayaan semua pihak. 122

Kemajuan wanita di negara kita tidak harus diukur dengan kriteria pelajaran, pekerjaan, taraf sosial dan ekonomi ataupun peranan di dalam politik sahaja. Tidak kurang pentingnya ialah aspek kerohanian. Kemajuan yang tidak berteraskan kepada kematangan dari segi kerohanian bukanlah kemajuan yang sebenarnya. Seseorang wanita mungkin berjaya dari segi kerjayanya tetapi tanpa asas kerohanian yang mendalam dan kuat ia mungkin gagal di dalam peranan kekeluargaannya. Malangnya kegagalan ini sukar sekali untuk diteliti oleh seseorang itu sendiri sedangkan ianya mempunyai implikasi yang amat mendalam. Oleh itu saya percaya aspek kerohanian ini harus dijadikan sebagai satu faktor yang diberi pertimbangan yang khusus di dalam strategi memajukan wanita oleh pergerakan-pergerakan wanita. Saya mengambil peluang ini untuk mengucap tahniah kepada Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia kerana dengan ketekunannya tabung kebajikan dan pelajarannya dapat dilancarkan pada hari ini. Mungkin terdapat lain-lain tabung yang seakan-akan sama, dengan menumpukan perhatian kepada aspek-aspek yang sama. Saya percaya penindihan aktiviti haruslah dielakkan bagi menjamin keutuhan pergerakan wanita. Saya sebutkan perkara 'duplication' di sini kerana pada pendapat saya banyak aktiviti yang memerlukan perhatian, dan penindihan tugas tanpa pengawasan yang teliti hanya boleh menjejaskan prestasi pergerakan wanita keseluruhannya. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada keempat-keempat tokoh pemimpin wanita yang akan dikurniakan Pingat Emas Tun Fatimah kerana jasa-jasa mereka. Pengurniaan pingat kepada Yang Berbahagia Toh Puan Suhailah, Puan P.G. Lim, Yang Berbahagia Datin Athi Nahapan, dan Yang Berbahagia Datin Hajjah Kamsiah adalah penghormatan yang besar kepada jasa-bakti mereka dan ini seharusnya menjadi perangsang kepada wanita untuk terus berbakti kepada bangsa dan negara. Saya harap Hari Wanita akan memberi erti kepada setiap wanita dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita dan selamat maju jaya kepada kaum wanita di seluruh tanahair.

123

PERUTUSAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA 1 MUHARAM 1403 MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 17HB. OKTOBER, 1982

P

ada hari ini maka genaplah 1402 tahun sejak Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah. Demikianlah pentingnya penghijrahan ini sehingga tarikhnya dijadikan tarikh permulaan bagi perkiraan zaman Islam. Sebenarnya Nabi menerima wahyu yang pertama 13 tahun lebih awal dari penghijrahan ke Madinah. Penentuan penghijrahan sebagai tarikh permulaan zaman Islam tentulah mempunyai erti yang istimewa.

Jika kita kaji sejarah Islam dan sejarah dunia kita akan dapati bahawa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. pada lhb. Muharam tahun pertama Islam adalah satu peristiwa yang bukan sahaja membawa kesan kepada umat Islam pada ketika itu dan pada zaman ini tetapi bagi seluruh umat manusia. Dari tarikh itulah bermula perkembangan Islam dengan pesatnya ke seluruh dunia sehingga berlakulah perubahanperubahan yang kekal hingga sekarang. Penghijrahan juga menjadi satu teladan bagi umat Islam tentang kesabaran dan ketabahan hati dalam menghadapi penindasan dan cabaran yang mana inilah yang akhirnya membawa kejayaan. Penghijrahan merupakan satu ikhtiar dan penyerahan kepada Allah Subhanahu Wataala. Penyerahan sahaja tanpa ikhtiar tidak akan membawa kemenangan. Perjalanan dari Mekah ke Madinah yang jauh melalui padang pasir, dengan dikejar oleh musuh dan perompak adalah juga satu ujian terhadap keteguhan iman mereka yang menyertai kumpulan ini. Dan tidak syak lagi pengalaman penghijrahan telah mengukuhkan semangat pengikut-pengikut Nabi serta mengkagumkan orang-orang Madinah.

Dari peristiwa ini umat Islam di zaman-zaman yang mereka ditindas bolehlah mencari inspirasi bagi mengukuhkan semangat. Sebenarnya apa yang dihadapi oleh umat Islam sekarang tidak sebegitu berat dan teruk seperti cabaran yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam di zaman ini amat ramai. Sebahagian daripada mereka kaya-raya. Mereka memerintah wilayah-wilayah yang besar. Sudah sepatutnyalah mereka mencapai kejayaan. Tetapi mereka tidak mencapainya. Sebaliknya mereka di usir dari sat asing, diseksa dan dibunuh tanpa mereka boleh membuat apa-apa. Mereka cuma meraung dan merayu kepada orang lain. Di Palestin dan Lubnan mereka diserang, dibunuh beramai-ramai dan diusir dengan sewenang-wenang oleh Yahudi dan kawankawan mereka. Dengan pemindahan orang Palestin, kita sekali lagi melihat peristiwa penghijrahan.

124

Memang benar nasib buruk orang Islam sekarang disebabkan oleh perbuatan orang Yahudi dan penyokong-penyokong mereka. Kita patut salahkan mereka ini dan kita patut kutukkan mereka. Tetapi kita patut juga periksa diri kita sendiri. Apakah semangat dan ketabahan hati yang terdapat pada Nabi Besar kita dan sahabat-sahabat Baginda ada pada kita?. Jikalau kita jujur maka jawabnya ialah kita tidak, iaitu tidak tabah hati, tidak sanggup menghadapi cabaran dan yang penting sekali tidak sanggup berusaha atau berikhtiar untuk menuju ke arah kejayaan. Yang jelas ialah kalau kita lemah, maka kita perlu kuatkan diri kita, jika kita kurang cekap maka kita perlu berlatih untuk menguasai kecekapan, dan jika kita kekurangan ilmu maka kita mengejar ilmu walaupun ke negeri Cina. Ini semua jelas dan dituntut oleh Islam tetapi kita masih asyik berpoyapoya, masih suka mencari alasan dan sebab kenapa kita tidak mungkin buat itu dan ini, masih hendak menyalahkan orang semata-mata. Selagi kita tidak sanggup bertindak secara positif, selama itulah kita akan dipermainkan orang dan ditindas. Memperingati detik-detik sejarah dan pengalaman tidak berguna melainkan ianya menjadi pengajaran kepada kita. Pada awal Muharam ini kita patut ingatkan balik peristiwa penghijrahan supaya kita dapat manfaat dari satu peristiwa dalam sejarah Islam yang penting ini. Awal Muharam bukan untuk berehat dari kerja atau bercuti atau perayaan tetapi adalah untuk kita memperkukuhkan nilai-nilai dan keazaman kita, mempertingkatkan keupayaan kita dalam semua bidang. Jika kita pelajar maka kita perlu belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika kita pekerja maka kita perlu kerja dengan jujur dan dedikasi. Jika kita peniaga kita perlu menjaya dan mempertingkatkan perniagaan dan perusahaan kita. J i k a kita pemimpin kita perlu menumpukan lebih banyak tenaga dan usaha dalam membentuk satu masyarakat Islam yang dihormati oleh semua pihak. Pendek kata Awal Muharam adalah satu hari untuk memperbaharui azam dan tekad sebagai orang Islam yang 'committed' kepada kebesaran agama Allah dan kesejahteraan penganut-penganutnya. Di Malaysia kita berada dalam sebuah negara yang menghormati Islam dan memberi tempat kepada orang-orang Muslim. Keadaan ini adalah satu nikmat yang perlu kita hargai. Di Malaysia juga orang Islam berkuasa. Walaupun demikian kita harus ingat ramai penduduk Malaysia terdiri dari bukan-Islam. Kuasa kerapkali menjadikan manusia angkuh dan tidak bertimbangrasa. Oleh kerana orang Islam berkuasa, mungkin ada di antara mereka yang berpendapat bahawa keadilan Islam dan timbangrasa Islam tidak perlu dipanjangkan kepada orang bukan-Islam. Mungkin ada yang berpendapat bahawa kita ambil sahajalah semua untuk kita. Dan tetap ada yang berpendapat bahawa kita tidak perlu bekerjasama dengan orang bukan-Islam. Pada mereka kita perlu ingatkan bahawa Islam berkembang di Mekah dan di Madinah di zaman Nabi kerana keadilan dan timbangrasa Islam. Kerana ini jugalah Islam dihormati dan disegani. Pada satu haribulan Muharam ini kita perlu ingatkan diri kita bahawa keangkuhan kuasa tidak ada tempat dalam pemerintahan yang berlandaskan Islam. Sementara hak orang Islam kita pelihara, hak orang lain kita jaminkan mengikut ajaran Islam. Dengan ini bukan sahaja Islam akan dihormati tetapi 125

penindasan terhadap orang Islam yang menjadi minoriti di negara lain dapat dikurangkan. Satu haribulan Muharam patutlah dijadikan satu tarikh untuk kita semua merenung dan mengkaji sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. terutama penghijrahan dari Mekah ke Madinah. Dengan ini saya mengucap selamat mencontohi semangat penghijrahan dalam semua perjuangan hidup dan mad kita. Mudah-mudahan kita akan mendapat nikmat daripadanya, insya-Allah.

126

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM PERSIDANGAN ROTARY KUALA LUMPUR 20HB. NOVEMBER, 1982

T

erlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada penganjur Majlis ini di atas jemputan kepada saya dan isteri saya, dan di atas penghargaan yang diberikan kepada saya untuk berucap pada majlis malam ini. Kepada sekalian ahli Kelab Rotary, yang datang dari jauh dan dekat, saya harap Majlis ini dan perjumpaan yang diadakan bukan sahaja dapat mengeratkan perhubungan di kalangan ahli sekalian tetapi juga dapat membuahkan idea-idea baru ke arah memenuhi hasrat mencapai objektif-objektif Kelab.

As Rotarians who share common aspirations to serve the community, yet differing in career backgrounds, I am sure that there is no subject which is of no interest to you. But this evening I may have to disappoint you with a subject which is more your area of competence - social organisations and their public role. Here I am not referring to social organisation as a specific sociological term but as any voluntary organisation whose objective is social and public welfare and good. There are many social organisations in today's societies. It is both a necessity as well as a response to the complexity and pressures of modern life. The objectives of social organisations differ; some organisations cater to the specific needs of its members, while others, in addition, address the needs of the community or society at large. While the first category is a common phenomenon and ubiquitous in nature, the second is more an urban phenomenon. This intrinsic difference is not a necessary reflection that urbanites are more socially conscious than the rural folks but rather the need for organisations is more felt in the urban areas, where lack of time and opportunity for interactions create social cleavages and separations. Nor is this a reflection that the rural areas are lacking in problems and therefore deserve less attention. The world is in more trouble than ever. Our so-called civilisation is gripped by greed, selfishness and arrogance. Sometimes I just wonder what is becoming of man and humanity. People are becoming more educated and literate. Progress in terms of knowledge - scientific, technological - and material has been astounding. Leaders are more able to meet and confer and have dialogues. Yet we see more sufferings around us, globally. Rotarians with its motto "Service Above Self - He Profits Most Who Serves Best" surely has a lot to teach the leaders of the world - leaders of man. 127

Humanity would forever be in gratitude if they can put this simple axiom into practice and save the world from more catastrophes. This is where I see social organisations as an effective vehicle towards achieving order - not just social order, but also economic and political order. There is a lot that social organisations can do to awaken the conscience of society. For basicallly that is what is missing - conscience. The rich and the powerful in society and in the community of nations have stifled their conscience and replaced it with arrogance. Human society and the world is the poorer by it, unless and until social groups dedicate themselves to the awakening, of society's higher attribute - the conscience. Rotarians are an enlightened group. With so much problems that our world is facing, Rotarians in 157 countries have a very important role to play. To bridge an international understanding that can inculcate and foster a truly international reponsibility for peace and prosperity world-wide is a very difficult task yet an urgent one. Your international nature is a positive attribute and I am confident you will channel your efforts to this end. In Malaysia, we encourage public participation in rendering services or implementing projects for the benefit of the public. This can be done in two ways. Firstly, the members of the public, through their associations or organisations, can plan and implement projects for the benefit of the public, as is being done by Rotarians in this country. Examples of other organisations that are doing the same are the Lions, Apex and Jaycees. The second method is where the people in an area or locality join in with the government to plan and implement projects for their benefit. The contribution may be physical or in the form of funds raised or contributed. There are times when projects are implemented in this country on a Ringgit to Ringgit basis i.e. the Government contributes a Ringgit for every Ringgit raised for the project by the people in the locality. The Government does not really encourage this because it may be caught up in expenditures not budgeted for. This does not mean a lack of appreciation on the part of the Government. It is simply because certain budgetary procedures are necessary if public funds are to be properly administered. While we appreciate the role that gifts and donations play in helping to ameliorate the living conditions of the needy in our society, we have to be careful to avoid nurturing an attitude of over-dependence on outside help. Service clubs should therefore not choose the easy way out as represented by fund-raising and fund distribution. They should find ways and means of stimulating self-help. It is far better to participate in a "gotong-royong" in which club members and the beneficiaries take part than to merely make a gift of a ready-made facility. A "gotong-royong" project not only makes the result of the effort available to the recipients but help to inculcate the spirit of service which is the raison d'etre of the service clubs. No one can deny that a community which values and encourages voluntary service by its members will be a much better society. 128

I do hope the two-day district conference will consolidate not only ideas from Rotarians from Malaysia but also from our guests from Singapore and Brunei. My wife and I would like once again to express our gratitude to the organisers of this gathering for inviting us to this dinner and the opportunity given to me to share some of my thoughts with you.

129

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PENYAMPAIAN ANUGERAH AKHBAR MALAYSIA 1981 KUALA LUMPUR 28HB. NOVEMBER, 1982

M

alam ini adalah malam untuk para wartawan. Saya sendiri, walaupun sering bertemu dan ditemui oleh para wartawan, jarang sekali dapat bertemu sekali gus, seeara serentak, dengan begini ramai para wartawan, dalam suasana yang ramah dan mesra pula. Oleh itu, pada kesempatan yang sangat baik ini, saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para wartawan sekelian, dari semua jenis media, yang telah turut memainkan peranan yang positif dalam usaha membina dan membangunkan negara yang kita cintai ini.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Institut Akhbar Malaysia, dan Jawatankuasa Pengelola, yang telah berjaya menyelenggarakan Anugerah Akhbar Malaysia kali yang kedua ini. Saya percaya, usaha yang baik seperti ini, apabila dilaksanakan dengan jujur dan bersunguh-sungguh, akan mendatangkan hasil yang berguna untuk kita semua. Semenjak saya memasuki gelanggang politik, saya mempunyai banyak sebab untuk berterima kasih kepada para wartawan. Walaupun ada beberapa kerat yang tidak begitu bersimpati dengan saya, tetapi umumnya, "treatment" yang saya dapati dari akhbar dan lain-lain media tidaklah mengeciwakan, bahkan memberangsang dan memberi semangat kepada saya. Dan ini pula bukan semenjak menjadi Menteri, atau Perdana Menteri, tetapi semenjak dari masa saya masih menjadi "backbencher" pada pertengahan tahun enam-puluhan. Saya amat terhutang budi kepada wartawan sekalian. Sebab itulah saya tidak dapat mengikut nasihat supaya tidak terlalu kerap berjumpa dengan wartawan kerana saya terlalu mudah "shoot my mouth" atau latah. "Excuse" saya ialah latahpun kadang-kadang membawa keuntungan. Lihatlah kesan terhadap "we will shoot the refugees" - sungguhpun "wrongly reported", dunia terpaksa memberi perhatian yang serius kepada masalah "boat people" dan membuka pintu untuk mereka. Tetapi saudara-saudari, "the affairs of state" tidak boleh diuruskan dengan latah sepanjang masa. Kita harus ada rancangan dan pengurusan yang menitikberatkan matlamat yang tertentu. Dalam pengurusan ini, bukan sahaja Kerajaan yang perlu memainkan peranan, tetapi semua rakyat dalam semua bidang perlu memainkan peranannya masing-masing. Buruh yang mencuci longkang dan memotong rumput mempunyai peranan seperti jugalah menteri dan pegawai tinggi. Memang tanggung130

jawab berbeza-beza, tetapi mandur tanpa buruh dan anak buah tidak akan dapat menjayakan apa-apa. Dalam konteks pembangunan negara, Menteri dan Perdana Menteri adalah mandur sahaja. Semua rakyat adalah kakitangan negara. Masing-masing mempunyai tugas dan harus menjalankan tugas dengan sempurna. Dan di antara kakitangan negara ialah wartawan-wartawan. Di sini izinkan saya memberi sedikit pandangan sebagai mandur pertama tentang peranan wartawan dan media massa. Tidak siapa boleh menyoal bahawa wartawan dan media massa merupakan satu kuasa dalam negara. Akhbar biasa disebut sebagai The Fourth Estate" - demikianlah kedudukan akhbar dalam penentuan nasib sesebuah negara. Kuasa bermaksud bertanggungjawab. Kuasa tanpa tanggungjawab bermakna anarki ataupun "dictatorship". Siapa yang memiliki kuasa tidak penting. Tanpa sikap bertanggungjawab oleh pihak yang berkuasa, anarki dan "dictatorship" tetap akan wujud. Sebaliknya, kuasa amatlah penting untuk kesejahteraan dan kebahagiaan masyarakat. Tanpa kuasa, sekali lagi akan muncul keadaan yang anarkis. Oleh kerana ini kita tidak rasa iri hati kerana wartawan dan media massa berkuasa. Sebaliknya pihak Kerajaan ingin merayu kepada wartawan-wartawan supaya menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk membantu pembangunan negara yang kita cintai ini. Kerajaan tidak mempunyai lain niat melainkan untuk menjadikan negara ini negara yang aman dan makmur dengan membawa kebahagiaan kepada semua penduduk. Wakil-wakil yang hari ini membentuk Kerajaan tidak berniat untuk memperkayakan diri melalui kuasa yang diberi kepada mereka. Tujuan dan matlamat Kerajaan ialah semata-mata mengabdikan diri kepada negara dan penduduknya. Malangnya Kerajaan, walaupun begitu luas kuasanya, walau bagaimana jujur sekalipun, tidak dapat dengan sendirinya membangunkan negara kita ini. Untuk pembangunan negara, tiap-tiap seorang rakyat hendaklah memainkan peranan masing-masing dengan rajin dan jujur. Di sinilah terdapat kelemahan. Ramai dari rakyat sudah menyerap nilai-nilai kebaratan, sudah dikuasai oleh "dole mentality" - iaitu sikap di mana Kerajaan mesti "subsidise" segala kekurangan. Penyerapan ini bermula semenjak zaman penjajah lagi dan telah meningkat kerana sistem demokrasi memberi kuasa memilih Kerajaan kepada rakyat Jika perniagaan rugi, Kerajaan mesti ada ganti-rugi, jika harga jualan jatuh, Kerajaan mesti beri subsidi, jika harga barang naik atau inflasi berlaku, Kerajaan mesti tambahkan gaji dan kurangkan cukai. Oleh kerana kepercayaan bahawa segala malapetaka yang menimpa diri harus diatasi oleh Kerajaan maka "resilience" atau ketahanan rakyat sudahpun lumpuh. Kerajaan yang memerintah rakyat yang lemah tidak mungkin menjadi Kerajaan yang kuat. Dan Kerajaan yang lemah yang memerintah rakyat yang lemah tidak mungkin mewujudkan negara yang kukuh dan kuat Kelemahan yang terdapat di kalangan rakyat sekarang ini boleh diatasi. Apa yang diperlukan ialah perubahan sikap, perubahan ke arah mewujudkan rakyat yang 131

lebih rajin dan lurus, yang boleh berdikari, yang sanggup mempertahankan maruah. Untuk mencapai matlamat ini segala alat pelajaran dan pengetahuan adalah penting Dan di antaranya ialah akhbar dan wartawan. Saya yakin saudara-saudari bukan sahaja menganggap diri sebagai wartawan tetapi lebih dari itu - sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Saya juga yakin saudara-saudari ingin melihat negara ini, dan rakyatnya maju dan hidup bahagia. Memandang bahawa yang penting ialah sikap rakyat, maka tentulah saudara-saudari akan memainkan peranan yang positif dalam usaha menjadikan rakyat Malaysia rakyat yang rajin, jujur dan berdikari. Cara mana sikap ini dapat dibentuk oleh akhbar dan media lain ialah perkara yang saudara-saudari lebih mengetahui. Pepatah "the pen is mightier than the sword" bermakna lebih banyak boleh dibuat oleh pena daripada pedang. Sebagai patriot, sebagai golongan yang bertanggungjawab, saya yakin, pena saudara-saudari akan ditajamkan dan digunakan untuk membentuk peribadi yang dikehendaki. Bukan sahaja Kerajaan akan menganggap saudara-saudari sebagai rakan seperjuangan tetapi rakyat akan berterima kasih akhirnya walaupun mereka tidak akan begitu terhibur dengan tulisan wartawan yang tidak berminat dengan perkara-perkara yang "sensational," dengan skandal seks dan cerita-cerita dongeng. Dalam banyak perkara, saya adalah "old-fashion." Saya masih bercakap berkenaan patriotisme, berkenaan bekerja kuat, mengutamakan kepentingan umum dan lain-lain. Di zaman ini patriotisme dianggap kolot. Ramai dari anak Malaysia tidak segan-segan memburukkan nama negara sendiri di luar negeri supaya dapat tepukan belakang dari orang Barat khususnya. Ramai yang menganggap kerajinan bekerja sebagai pengabdian kerana ini adalah fesyen di negara asing. Ramai yan mengutamakan individu lebih daripada masyarakat sebagai tanda kebebasan. Walaupun dianggap kolot, saya masih percaya kepada nilai-nilai lama - kerana ada bukti-bukti yang jelas bahawa nilai-nilai lama ini membawa kebaikan kepada pengamalnya. Di kalangan wartawan juga tentulah ada yang moden dan ada yang "old-fashion." Saya ingin merayu kepada yang moden supaya memikir semula tentang nilai-nilai baru yang diserap dari Barat ini. Kita adalah negara membangun. Kita perlu memperkukuhkan negara kita. Dalam negara kita pula terdapat masalah kaum dan "inequitability." Jika negara yang kaya-raya boleh jadi kucar-kacir dan lemah kerana nilai-nilai moden ini, apatah lagi negara membangun seperti Malaysia. Apakah kita akan terlalu rugi jika kita dikatakan tidak moden. Apakah sanjungan tinggi orang asing terhadap kita lebih utama dari kejayaan dan ketahanan negara dan bangsa kita. Bagi saya jawapannya mudah. Adalah lebih baik negara dan bangsa kita menjadi kuat dan bahagia dari segala puji-pujian dan tepukan belakang dari orang lain. Wartawan Malaysia hendaklah berusaha supaya nilai-nilai asing yang negatif dikikis, bukan sahaja dari diri sendiri tetapi dari semua rakyat. Kerajaan telah memikir semula dan hasil kajian ini ialah "Look East Policy" kita. "Look East" tidak bermakna kita akan membeli barang semuanya dari negara-negara 132

Timur. Yang kita sanjung tinggi dan kita alu-alukan ialah nilai hidup yang dimiliki oleh beberapa bangsa Timur. Sebenarnya nilai-nilai ini adalah "universal" yang diakui semua - tetapi sementara kita pandai bercakap tentang nilai-nilai kita yang baik, kita tidak pula begitu mengamalkannya. Jadi "Look East" ini ialah untuk mempelajari cara mengamal nilai-nilai yang sudahpun kita percayai dalam segala urusan kita. Sekali lagi wartawan dan media massa-mempunyai peranan yang penting. Memang benar kita tidak boleh serap semua nilai-nilai Jepun dan Korea. Memang benar ada amalan orang Timur yang tidak perlu dan tidak baik untuk ditiru. Tetapi tentulah semua wartawan tahu bahawa maksud Kerajaan ialah menyemai dan memupuk nilai yang baik sahaja. Tidak ada niat untuk meniru patriotisme bangsa lain sehingga sanggup "hara-kiri", tetapi apakah taat setia kepada negara, kepada perusahaan yang memberi peluang kepada kita, satu keburukan? "Look East" bukan bermakna meniru secara buta-tuli, tetapi memilih yang baik dan menolak yang buruk. Inilah yang perlu dijelaskan oleh akhbar dan wartawan - bukan kerana hendak sokong Kerajaan tetapi kerana bertanggungjawab, kerana sayang kepada negara sendiri, kerana ingin maju dan bahagia. Semua ini adalah sentimen yang agak "old-fashion," tetapi nilai dan sikap yang baik tidak patut dikebelakangkan semata-mata kerana "it is no longer the inthing." Malam ini ialah malam untuk para wartawan. Malam ini bukan malam untuk syarahan atau "unsolicited advice" dari Perdana Menteri. Apa yang telah saya perkatakan bukanlah sebagai nasihat Perdana Menteri tetapi adalah semata-mata rayuan dari seorang rakyat kepada saudara-saudari sebagai rakyat negara ini. Tentulah wajar kita bersikap bertanggungjawab dan mencintai negara ini. Malam ini kita meraikan juga tokoh-tokoh wartawan yang telah menang Anugerah Akhbar Malaysia 1981. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka. Saya harap dan saya yakin mereka akan memainkan peranan, bukan sahaja sebagai wartawan, tetapi sebagai rakyat negara yang kita cintai ini.

133

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A,B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN MUZIUM SEJARAH NEGERI MELAKA DI BANGUNAN STUDTHUYS, BANDAR MELAKA 17HB. DISEMBER, 1982

S

aya amat bangga mendapat peluang menghadiri majlis ini dan bagi pihak diri saya juga isteri saya, saya mengucapkan berbanyak terima kasih.

Negeri Melaka adalah sebuah negeri yang kaya dengan sejarah. Sebagai sebuah empayar di zaman silam, Melaka bukan sahaja mencatatkan berbagai peristiwa penting malah ia adalah satu pusat perdagangan dan kebudayaan yang penting di dunia. Melaka, dalam sejarah, merupakan pusat pentadbiran pertama di negara kita yang mempunyai hierarki teratur seperti sultan, bendahara, temenggong, shahbandar, penghulu dan sebagainya. Sebagai pusat perdagangan, Melaka berjaya menjalinkan hubungan dengan beberapa kuasa asing, daripada Majapahit di Jawa hingga ke Negeri China. Bandar ini juga dahulu merupakan pusat pertemuan berbagai kaum melalui perdagangan laut, sehingga bercantum berbagai unsur yang sekarang ini dikenali sebagai kebudayaan Melayu. Perpaduan masyarakat berbagai keturunan adalah satu hakikat yang harus menjadi contoh kepada masyarakat sekarang. Sejarahnya yang gemilang, terutama sebagai kota perdagangan yang maju, telah menarik minat kuasa-kuasa besar di barat. Berikutan dengan itu Melaka telah dijajah kira-kira 456 tahun oleh Portugis, Belanda dan akhirnya Inggeris. Kesan-kesan penjajahan di kota Melaka dapat dilihat dengan jelas, termasuklah bangunan Studthuys ini yang akan menjadi bangunan Muzium Sejarah Melaka. Sekarang kita telah merdeka dan kemerdekaan kita telah melepaskan Melaka dari belenggu penjajah setelah begitu lama di bawah pemerintahan kuasa asing. Melaka mencatat detik penting sejarah Malaysia Merdeka bila Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengumumkan tarikh kemerdekaan tanahair kita dahulu. Melaka mestilah mencari jalan untuk memperkembangkan asas ekonominya, dan ini adalah satu cara bagi kita menuju ke arah kegemilangan yang telah ditempa pada zaman kesultanan Melaka dahulu. Melaka tidak dikurniakan dengan hasil minyak petroleum atau balak seperti beberapa buah negeri yang lain. Oleh yang demikian, pelancongan, pada pandangan saya, bolehlah dijadikan unsur baharu untuk membangunkan negeri ini, dan saya sangat berbangga kerana Kerajaan Negeri telah me134

nyusun beberapa projek untuk menarik pelancong ke negeri ini. Negeri ini telahpun mempunyai sejarah yang menjangkau beberapa abad dari kesultanan Melaka, zaman pemerintahan barat dan sehingga merdeka; dan dengan itu banyak meninggalkan kesan-kesan sejarah. Saya penuh yakin kesan-kesan sejarah di Negeri ini akan menjadi tarikan utama pelancong, bukan sahaja dari dalam negeri, bahkan dari luar negeri. Usaha menarik pelancong ke negeri ini bukan sahaja berkehendakkan penglibatan Kerajaan Negeri, tetapi juga kerjasama orang ramai. Kerajaan Negeri boleh merancangkan kemudahan penginapan, projek pelancongan seperti muzium sejarah ini, kemudahan pengangkutan dan sebagainya. Para pelancong akan bertemu dengan penduduk tempatan, seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual kraftangan, kakitangan restoran dan kedai-kedai makan. Dengan itu bukan sahaja layanan dan perkhidmatan harus cekap dan bermutu, bahkan kita mestilah juga mesra, jujur dan amanah. Kalau tambang teksi sepatutnya RM1, janganlah apabila nampak muka 'orang luar' tambangnya menjadi RM2. Sekali tertipu, seseorang yang mengalami tindakan yang buruk ini akan hilang kepercayaan kepada kita. Ini bukan sahaja menjejas industri pelancongan tetapi juga imej kita. Kita pernah dengar beberapa buah kota di negara asing di'cap' sebagai penuh penipuan, perkhidmatan kurang memuaskan, penduduknya tidak berbudi pekerti, banyak rasuah dan sebagainya. Kalau kita tidak mengawasinya, para pelancong luar negeri sesama sendiri akan mengingatkan bakal-bakal pelancong supaya berjaga-jaga mengenai pembayaran teksi, membeli kraftangan, dan sebagainya. Akhirnya akan timbul rasa takut untuk datang ke Malaysia. Fikirlah tentang kebaikan jangka panjang sebelum terperangkap dengan keuntungan semasa. Apa yang kita harapkan ialah gambaran yang baik dalam semua hal. Bukan kerana kita mahu dipuji tetapi lebih kerana imej yang betul mengenai kita sebagai masyarakat yang berhemah tinggi dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi. Biarlah pelancong berasa senang melancong ke Malaysia, seterusnya ke Melaka, dan tiada berasa ragu-ragu atau takut. Dewasa ini semua negara bersaing hebat untuk menarik para pelancong, dan para pelancong mempunyai banyak pilihan selain dari melancong ke negara kita. Pendek kata, semua yang berkait rapat dengan perusahaan pelancongan mestilah bekerjasama dan memberi sumbangan positif bagi menjaminkan industri pelancongan yang sihat di negara kita. Agensi pelancongan kerajaan juga mempunyai peranannya sendiri. Di samping menyediakan kemudahan infrastruktur pelancongan, agensi-agensi kerajaan perlu sentiasa mengawasi perkara-perkara yang kurang menyenangkan hati para pelancong dan orang ramai, terutamanya kebersihan dan kecantikan alam sekeliling. Projek Muzium Sejarah Negeri Melaka ini memanglah sesuai ditempatkan di bangunan lama ini, kerana bangunan ini mempunyai sejarahnya sendiri. Bukanlah kita hendak membanggakan sangat bangunan yang didirikan oleh penjajah, tetapi kita juga berbangga dengan persekitarannya ini, yang lima abad lalu merupakan sebahagian 135

dari kawasan pusat pemerintahan empayar Melaka. Saya berharap mu-zium ini akan terisi penuh dengan bahan-bahan sejarah dalam masa beberapa tahun lagi. Saya juga berharap Kerajaan Negeri akan memperbanyakkan lokasi pelancongan di sekitar kota ini, supaya setiap orang pelancong dapat melihat berbagai tempat sejarah, dan tempat pelancongan lain, dalam masa melancong ke Melaka. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan perasaan bangga kerana dijemput merasmikan asas Muzium Sejarah Negeri Melaka ini, dan menyaksikan sendiri bahanbahan sejarah yang sedia terkumpul.

136

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN PERTEMUAN DUNIA MELAYU 1982 DI DEWAN BESAR, MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU, MELAKA 18HB. DISEMBER, 1982

T

erlebih dahulu saya mengucapkan Selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran saudara-saudari para jemputan sekalian, khasnya para sarjana, penulis dan budayawan dari luar negeri, iaitu dari Indonesia, Negeri Thai, Filipina, Singapura, Brunei dan Sri Lanka.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional yang telah mengambil daya usaha dan kerjaya menganjurkan Pertemuan Dunia Melayu 1982 ini. Di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk berucap sepatah dua kata, dan seterusnya merasmikan pertemuan ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Pertemuan cendekiawan seperti ini, bukan sahaja memberi kesempatan untuk saudara-saudari berbincang dan mencari penyelesaian mengenai pelbagai persoalan sosio-budaya ras Melayu, tetapi juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan setiakawan dan kerjasama serantau. Hari ini, bila kita memperkatakan tentang 'Dunia Melayu', kita berhadapan dengan sesuatu yang kesamaran. Dari segi geo-politiknya, apa yang mungkin dianggap sebagai 'Dunia Melayu' merangkumi Wilayah yang tersebar luas di Nusantara. Dari segi kebudayaan pula, ia merangkumi aneka budaya daerah dan kesukuan yang telah mengalami perkembangan yang agak terasing dan tersendiri semenjak runtuhnya Empayar Melayu dan Wilayah ini dipecah-belahkan oleh penaklukan kuasa-kuasa asing. 'Dunia Melayu' mempunyai sejarah gemilang sebelum kedatangan kuasa-kuasa asing ke rantau ini yang telah membahagi-bahagikannya. 'Dunia Melayu' di dalam sejarah merupakan pusat peradaban yang tinggi, pusat kebudayaan dan perkembangan ilmu pengetahuan, dan pusat perdagangan yang penting. 'Dunia Melayu' dapat berbangga dengan negarawannya, pahlawan-pahlawanya, ahli-ahli pelayaran dan penerokanya, tokoh-tokoh agama, sasterawan dan ahli falsafahnya. Kedatangan kuasa-kuasa Barat, bukan sahaja telah melenyapkan 'Dunia Melayu' dari lembaran sejarahnya yang gemilang, tetapi juga telah dinodai "world-view" Melayu hinggakan 'Dunia Melayu' merupakan interpretasi mengikut kaca mata penjajah. Bukan sahaja 137

kita telah dijajah dari segi politik, dan dengan putar belitnya diperas pula dari segi ekonomi, malahan cara pemikiran dan nilai-nilai kita juga telah disogok dengan pendapat-pendapat dan nilai-nilai mereka. 'Dunia Melayu' hampir hilang teras-teras identitinya, dan 'Dunia Melayu' hampir lenyap dari sejarah. Syukur Alhamdulillah, kebangkitan semangat nasionalisme telah dapat menebus semula 'Wilayah Melayu' walaupun bukan lagi seperti 'Dunia Melayu' di zaman kegemilangannya. Hari ini, apa yang kita dapati ialah negara-negara kecil yang merdeka di mana penduduknya mungkin berketurunan Melayu, atau cuma golongan minoritinya Melayu. Masyarakat keturunan Melayu tersebar di sana-sini, bukan sahaja di kawasan Nusantara dan Pasifik, malahan hingga ke beberapa tempat lain seperti Sri Lanka, Malagasy dan juga di Amerika. Kita tidak boleh mengubah sejarah. Dan kita tidak harus memporakperandakan suasana politik dengan mengapi-apikan nasionalisme Melayu sempit untuk mewujudkan 'Dunia Melayu' sebagaimana di dalam sejarah dahulu kala. Tetapi, kita boleh mengubah nasib kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara warisan Melayu sebagai warisan peradaban masyarakat dunia yang progresif. Dalam hal inilah saudara-saudari dibebankan dengan satu tugas yang amat mencabar. Usaha-usaha ini mestilah dilaksanakan dalam rangka geo-politik yang wujud pada masa ini. Keruntuhan politik 'Dunia Melayu' bukanlah kerana nenek moyang kita tidak bersemangat dan tidak berani. Ia berlaku kerana kita berhadapan dengan bangsa yang lebih tinggi ilmu pengetahuan dan teknologinya daripada kita, dan ia berlaku kerana kita ditipu-helahkan, dan kita disemaikan dengan bibit-bibit perpecahan supaya kita tidak boleh bersatu-padu. Ia berlaku kerana, dengan cara halus, bangsa asing telah dapat menguasai fikiran kita, hingga kita memandang rendah kepada diri kita sendiri, apa sahaja yang ada pada diri kita. Bangsa penjajah menonjol-nonjol kebudayaan, supaya kita lebih mementingkan seni dan budaya, warisan dan sejarah, sementara ilmu pengetahuan, ekonomi dan politik dipisahkan supaya tidak diberi perhatian, dan supaya kita lemah. Kita juga disogokkan dengan nilai-nilai dan kebudayaan mereka supaya akhirnya hilang identiti, dan menyanjung tinggi apa yang ada pada mereka. Sekarang, setelah merdeka kita perlu membebaskan diri kita dari segala rupa bentuk pengaruh yang melemahkan kita. Yang penting di sini ialah memupuk semula nilai dan keperibadian Melayu kita yang mempunyai dinamismenya tersendiri. Dengan perkataan lain, kita perlu menebus semula maruah kita sebagai satu rumpun bangsa yang berkeperibadian tinggi, dan berkeupayaan menjadi manusia yang maju dalam semua bidang. Inilah yang perlu menjadi teras "world-view" Melayu Moden. Kita tidak harus lagi terperangkap sebagai "katak di bawah tempurung". Kita perlu berjejak di dunia nyata, dan mencari kemuliaan dan kemajuan di dunia nyata yang mencabar ini. 138

Salah satu alat yang boleh digunakan bagi menggerakkan usaha ke arah "world view" Melayu yang dinamis ialah dengan penulisan. Saudara-saudari yang menguasai alat ini, perlulah menggunakan daya penulisan dan daya kreatif bagi menggerakkan pemikiran'Dunia Melayu' mengikut landasan-landasan yang telah saya sebutkan tadi. Sama ada dari segi penulisan sejarah, puisi, novel, cerpen, penyelidikan dan lain-lain, dorongannya haruslah untuk memupuk dan membangkitkan nilai-nilai mulia di kalangan suku-suku keturunan Melayu. Biarlah akhirnya sumbangan kita menjadi daya penggerak 'Dunia Melayu Baru' yang menyumbangkan kemajuan di setiap ceruk rantau di mana juga keturunan Melayu berada. Sekarang izinkan saya menyentuh 'Dunia Melayu' dalam konteks yang lebih khusus iaitu konteks negara Malaysia. Kebudayaan adalah keseluruhan manifestasi pemikiran dan nilai mulia sesuatu masyarakat. Perbincangan tentang kebudayaan harus bebas daripada segala prasangka politik. Tetapi, harapan ini tidak mungkin berlaku lagi dalam keadaan sekarang, di mana kebudayaan selalunya ditiup dengan semangat politik yang rumit dan sensitif. Hal ini amat jelas dalam percaturan politik di beberapa negara baru. Kita juga berhadapan dengan masalah ini di Malaysia. Pembinaan kebudayaan kebangsaan berhubungan langsung dengan perpaduan nasional dan pembentukan keperibadian nasional berasaskan kehidupan rakyat berbagai keturunan, agama dan kebudayaan yang sama sekali berlainan. Tetapi, kita telah dapat meletakkan beberapa asas semasa kita mencapai kemerdekaan. Yang menjadi beban kita sekarang ialah pelaksanaannya. Dalam keadaan seperti ini, kebudayaan nasional bukanlah lagi warisan nenek moyang yang tumbuh dan berkembang serta mengalami perubahan melalui proses yang bebas. Malahan sebaliknya, kebudayaan nasional, seperti juga aspek-aspek kehidupan moden yang lain, perlu dibina dan dimajukan mengikut 'perancangan' dan dengan pendekatan serta strategi tertentu. Beberapa tahun lalu, apabila menyebut 'perancangan kebudayaan' ada orang yang merasa aneh kerana kebudayaan seharusnya tumbuh dan berkembang dengan natural, sebagai warisan manusia dari satu generasi ke satu generasi. Sekarang, 'perancangan kebudayaan' telah menjadi perkara biasa dan diterima. Sungguhpun sebenarnya suatu kehidupan itu merupakan satu warisan, namun ia tidak statik; ia sentiasa mengalami perubahan yang ada kalanya, begitu radikal sifatnya. Kemampuan kebudayaan mengalami perubahan seperti ini, memberikan kita harapan untuk merancang dan melakukan perubahan-perubahan, sesuai dengan keperluan semasa. Kita boleh meninggalkan nilai-nilai dan amalan-amalan yang merugikan, atau yang bertentangan dengan kepentingan nasional; kita boleh memupuk dan memperkukuhkan nilai-nilai yang baik yang belum menjadi amalan masyarakat; dan kita boleh juga menanam nilai-nilai baru yang boleh membantu kita membina bangsa yang kuat. Dan ini semua dapat dilakukan tanpa merosakkan, malah memperkukuhkan keperibadian kita sebagai satu bangsa. 139

Kebudayaan Melayu, sejak ratusan tahun, telah memperlihatkan kemampuan untuk berkembang di samping perkembangan kebudayaan luar, sama ada dari Asia mahupun dari Barat. Bahasa, kesusasteraan, kesenian, pemikiran, nilai dan norma, dan cara hidup orang Melayu telah begitu banyak berubah. Oleh kerana itu, apabila Dasar Kebudayaan Kebangsaan menetapkan kebudayaan kebangsaan akan hanya menerima unsur-unsur kebudayaan asing yang sesuai dan wajar, ini bukanlah suatu hal yang baru, dan bukan pula sekadar kata-kata saja. Kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini, yang menerima asimilasi unsur-unsur kebudayaan asing, dan yang menjadikan Islam sebagai unsur yang penting, sebenarnya adalah sesuatu yang telah berlaku sejak ratusan tahun yang lampau. Perbezaannya ialah perkembangan pada masa lalu berlaku tanpa tindakan dan perancangan, sehingga ikut terserap unsur-unsur yang tidak membantu dan tidak diingini, malah menghalang pertumbuhan kebudayaan kebangsaan yang wajar, yang boleh membentuk satu bangsa yang kuat dan benar-benar setia kepada negara Malaysia. Semasa kita membuat persiapan untuk kemerdekaan, dan juga waktu kita memulakan hidup sebagai negara baru yang merdeka, persetujuan bersama telah dibuat mengenai pembinaan perkara pokok yang penting, yang dianggap sebagai asas bagi pembinaan bangsa dan negara kita yang moden ini. Perkara-perkara pokok itu telah menjadi asas kepada Perlembagaan negara kita. Rukunegara dan Dasar Ekonomi Baru juga dirumus dalam rangka yang telah dipersetujui itu. Matlamat dan keutamaan kita, tidak lain, ialah perpaduan dan keutuhan suatu bangsa - yang stabil, makmur dan sejahtera. Kita semua telah bersetuju, perpaduan dan keutuhan itu akan kita bina dan pupuk melalui satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan; satu kebudayaan, iaitu kebudayaan kebangsaan. Maka bahasa kebangsaan diasaskan kepada bahasa Melayu, dan kebudayaan kebangsaan ialah kebudayaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal pribumi Malaysia. Kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing sebagai kebudayaan kesukuan, dalam rangka dan batas-batas tertentu, adalah terjamin dalam Perlembagaan negara kita. Dengan demikian, persoalan konsep kebudayaan kebangsaan tidak timbul lagi, sama seperti persoalan bahasa kebangsaan juga tidak timbul lagi. Yang menjadi persoalannya hanyalah usaha dan tanggungjawab untuk mengisi konsep ini, bagi kepentingan hidup bersama. Jika kita semua benar-benar inginkan sebuah negara yang aman makmur, dengan kehidupan rakyatnya yang damai serta bahagia, bahasa dan kebudayaan tidaklah seharusnya lagi dijadikan isu politik yang hanya akan menguntungkan golongan yang anti-perpaduan, dan yang taat setianya boleh diragukan. Usaha-usaha pihak penganjur dan ahli-ahli jawatankuasa penyelenggara pertemuan yang bersejarah ini adalah membanggakan. Tentulah banyak masa, fikiran dan tenaga yang telah dicurahkan bagi menjayakan pertemuan seperti ini. Saya mendapat 140

tahu, ada orang-orang yang 25 tahun lalu bertungkus-lumus menyelenggarakan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang pertama, masih ikut menyumbangkan tenaga dan fikiran bagi menjayakan Pertemuan Dunia Melayu 1982 ini. Adanya 'orang-orang lama' yang masih sanggup bekerja yang harus kita sanjung tinggi. Semoga, dengan semangat yang tidak kunjung padam seperti ini, kita dapat berusaha menebus maruah dan harga diri kita sebagai warganegara dunia yang mempunyai keperibadian dan peradaban tinggi. Akhir kata, dengan harapan ini, saya dengan sukacitanya mengisytiharkan Pertemuan Dunia Melayu 1982 ini dibuka dengan rasminya.

141

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK (PPTD) KUALA LUMPUR, 20HB. DISEMBER, 1982

S

ekali lagi saya diberi penghormatan menghadiri majlis makan malam tahunan PPTD. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Presiden, Ahli-ahli Jawatankuasa serta sekalian ahli Persatuan di atas jemputan untuk saya dan isteri saya menghadiri majlis ini.

Sebagai penaung Persatuan, saya berbangga dapat berdamping rapat dengan pegawai-pegawai PTD. Tetapi, saya menjadi penaung Persatuan tentulah tidak dengan syarat supaya saya hanya memperkatakan yang baik-baik saja. Ini tentulah tidak adil, lagipun sudah menjadi minat dan kebiasaan saya - mungkin kerana latar belakang sebagai Doktor - untuk men"diagnose" segala macam penyakit, tetapi tujuannya baik. Dalam pengurusan pun ada juru-audit pengurusan, penganalisa pengurusan, dan lainlain, yang mengkaji penyakit-penyakit organisasi; jadi, jika saya membuat teguran mengenai pengurusan dan organisasi Kerajaan pun, semangatnya adalah sama juga, dan tidak dengan tujuan untuk menghina atau "ridicule" sesiapa. Kita tidak kerap berasa terhutang budi kepada penjajah. Mereka menakluk kita kerana kepentingan mereka, dan mereka memperolehi banyak keuntungan dari penjajahan yang mereka lakukan. Walaubagaimana pun, penjajahan juga membawa beberapa perubahan yang menguntungkan pihak yang dijajah terutama apabila kemerdekaan dicapai. Di Malaysia, di antara warisan dari penjajahan yang menguntungkan kita ialah sistem pentadbiran, dan pengalaman pentadbiran. Memang benar di zaman British mereka tidak menyerahkan jawatan-jawatan yang penting kepada pegawai tempatan. Dan kerapkali pula pegawai British yang dilantik tidak mempunyai kelulusan dan pengalaman yang mencukupi, bahkan ramai juga yang terlibat dengan rasuah. Namun demikian, pegawai-pegawai tempatan dapat mempelajari sistem dan cara pentadbiran sehingga dengan mudahnya mereka dapat mengambil-alih jawatan-jawatan yang terpenting sejurus selepas kita merdeka. Tidak siapa boleh menafikan bahawa kebolehan pegawai-pegawai pentadbirlah yang memberi "continuity" dan tunjang kepada kemajuan negara. Semenjak merdeka, perkhidmatan awam Malaysia telah menghadapi banyak cabaran. Kerajaan bukan lagi terhad kepada "maintenance of law and order" dan 142

memungut hasil. Dalam jangkamasa 25 tahun sahaja, peranan Kerajaan sudah diperluaskan sehingga terlibat dengan semua gerak-geri ekonomi, sosial dan politik dalam sebuah negara yang merdeka. Pegawai yang dahulunya cuma tahu mengikut arahan "tuan", sekarang ini terpaksa mewakili negara dalam rundingan dengan negara-negara maju dan membangun di seluruh dunia. Dan umumnya, prestasi yang dicapai tidak memalukan, bahkan ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa perwakilan dari Malaysia disanjung tinggi. Kita percaya, walau apa sekalipun terjadi kepada kepimpinan politik, Kerajaan boleh diurus oleh pegawai-pegawai dari PTD dengan jayanya. Mungkin juga ahli-ahli politik tidak penting - sekurang-kurangnya jika tidak ada pertelingkahan di antara beberapa perkhidmatan yang menjalankan tugas masing-masing sebagai anggota Kerajaan. Semenjak tahun 1974 - iaitu selama 8 tahun saya berkhidmat dengan Kerajaan, saya berterima kasih dan berbangga kerana kerjasama dan bantuan yang diberi oleh pegawai-pegawai PTD, khususnya kepada saya. Tanpa nasihat dan panduan dari mereka, saya tidak yakin saya akan tahu selok-belok pentadbiran, yang mana tanpa pengetahuan ini, penguatkuasaan dasar-dasar parti Kerajaan tidak mungkin menjadi kenyataan. Saya amat terhutang budi kepada pegawai-pegawai PTD yang menolong menjayakan perjalanan tugas saya. Saya rasa, jika prestasi saya sebagai menteri tidak memuaskan, tentulah sukar bagi saya mengisi jawatan politik yang tertinggi di negara ini. Sementara saya akui peranan PTD, kita tentu semua faham bahawa semua bahagian perkhidmatan awam adalah anggota kepada satu badan - iaitu Kerajaan. Untuk membolehkan badan ini bergerak dengan licin dan lancar, interaksi dan koordinasi antara anggota-anggotanya adalah perlu. Seperti mana badan tidak boleh bergerak ke arah apa-apa matlamat jika gerakan tangan dan kaki tidak di"synchronise"kan, begitu juga Kerajaan tidak dapat berjalan dengan berkesan jika tidak ada "synchronisation" antara anggota-anggotanya. Dalam konteks Kerajaan, Jemaah Menteri adalah kepala, dan lain-lain bahagian dalam perkhidmatan awam adalah tangan dan kaki. Cuma jika tangan dan kaki mengikut arahan kepala dan bergerak secara "coordinated" baharulah sebuah tubuh-badan dapat bergerak dengan jayanya. Semua ini adalah "elementary." Semua ini boleh dirangkumkan dalam satu perkataan - "interdependence." "We need each other." Perkhidmatan awam tidak boleh diasingkan dari lain-lain institusi negara kerana semua institusi yang menjadi "constituents" kepada negara saling bergantung antara satu sama lain. Walaupun ada institusi yang lebih utama dan penting, dianya dengan sendirinya tidak mungkin berkesan. PTD adalah lebih utama. Oleh kerana itu kebolehannya mestilah tinggi. Apa yang diwarisi dari British tidak mencukupi lagi. Pemerintahan yang begitu kompleks, yang diperlukan oleh negara moden, bermakna PTD mestilah mempertingkatkan kecekapan dan minat. Di sini terdapat satu sikap yang boleh menjejas prestasi penca143

paian PTD - bukan di kalangan semua pegawai, tetapi sebahagian daripadanya. Walaupun cuma sebahagian yang kecil, tetapi demikianlah berkesannya sikap ini, sehingga ia boleh menjejaskan pencapaian PTD keseluruhannya, dan juga prestasi negara. Sikap yang saya maksudkan ialah "negativism." "Negativism" adalah satu sifat yang boleh muncul dalam berbagai bentuk. Ianya boleh muncul sebagai reaksi yang begitu pantas terhadap apa-apa cadangan atau rancangan yang baru. Mereka yang mempunyai sifat negatif ini sering berkata bahawa apa yang dicadangkan itu tidak mungkin dijayakan kerana berbagai sebab. Belum lagi cadangan dikaji, dan cara-cara melaksanakannya digubah, sudahpun diputuskan bahawa cadangan itu dan ini tidak mungkin. Bahayanya sikap ini ialah keperluan membuktikan bahawa "negativism"nya itu adalah berasas. Oleh itu, bukan sahaja tidak akan ada usaha untuk menjayakan cadangan yang baru, bahkan mungkin ada usaha untuk menggagalkannya supaya bolehlah ianya berkata, "I told you so." Sikap negatif ini mengekalkan amalan yang kolot, walaupun nyata amalan itu tidak baik, dan menghalang perubahan baru yang mungkin membawa kesan yang baik. Tidak ada perubahan baru yang 100 peratus tetap membawa kebaikan. Bagi orang yang negatif, ianya akan menonjol keburukan yang ada pada yang baru "to the exclusion of apa juga kebaikan. Sebaliknya, keburukan amalan yang lama tidak disebutkan. Bahkan ada yang mempertahankan yang lama bermati-matian. Dengan ini maka kemajuan tidak boleh dicapai. Seperkara yang menyebabkan amalan lama disukai ialah dengan amalan lama tidak perlu dibuat penyesuaian. Tidak ada yang perlu dipelajari, dicuba dan dilatih untuk kelancaran kerja. Apa yang biasa dibuat akan diteruskan sahaja. Sebaliknya, dengan yang baru, satu proses mempelajari dan melatih perlu diadakan. Dalam proses ini, kelemahan mesti dikesan dan diatasi. Semua ini memerlukan pertukaran dalam amalan yang sudah dibiasakan dan untuk ini pula satu usaha mesti dibuat. Kadang-kadang sikap negatif ini muncul dalam urusan harian yang melibatkan orang ramai. Jika sesuatu yang dipohon oleh sesiapa ditolak maka tidak ada kerja berkenaan dengannya yang perlu diusahakan. Sebaliknya berkata "Ya" kepada apa permohonan bermakna menerima beban kerja tambahan berkenaan dengan permohonan tersebut. Pegawai yang baru mungkin lebih positif. Tetapi sikap positif ini tidak kekal. Setelah mengalami kebuntuan kerana lain-lain pegawai tidak begitu berminat, maka pegawai baru pun hilang minat positifnya. Penerimaan teguran ini pun akan berbeza antara mereka yang positif dengan yang negatif. Sudah tentu sikap negatif cuma dipunyai oleh segelintir pegawai sahaja. Tetapi yang tidak negatif pun kadang-kadang tidak begitu sanggup menerima teguran 144

seperti ini, kerana kata mereka, yang sebenarnya menjadi majoriti dari pegawai, tidaklah perlu dibangkitkan apa yang melibatkan cuma satu kumpulan yang kecil sahaja. Tetapi, saya berpendapat sikap positif bermakna kesanggupan mendengar pendedahan seperti ini, kerana dari kesalahan orang lain kita akan lebih sedar dan berhati-hati tentang diri kita. Oleh itu, saya berharap semua pegawai akan menerima teguran ini sebagai usaha ikhlas ke arah kebaikan, dan bukan usaha memburukkan sesiapa. Yang perlu dibuat ialah menyoal diri sama ada unsur-unsur negatif ini ada pada diri sendiri dalam apa-apa bentuk, dan menyingkirkannya jika ada. Ringkasnya, sikap positif mestilah ditunjukkan berkenaan dengan teguran ini. Untuk keamanan masyarakat, kita perlukan Kerajaan, atau lebih tepat lagi pemerintahan. Tugas pemerintah ialah menjaga supaya anggota masyarakat mendapat perlindungan daripada yang bengis dan nakal di kalangan mereka. Undang-undang dan peraturan-peraturan adalah digubal, dan dikuatkuasakan oleh pemerintah, demi matlamat ini. Di zaman ini, tanggungjawab Kerajaan sudah menjadi begitu besar sehingga tidak mungkin rakyat, ataupun pegawai, mengetahui semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. Oleh itu, banyak dari urusan Kerajaan bergantung kepada budibicara pegawai-pegawai berkenaan. Dengan perkataan lain, pegawai-pegawai diberi kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dan peraturan-peraturan pemerintahan. Tidak hairanlah jika dalam keadaan ini kita kerap lupa akan tugas Kerajaan. Kita kerap memikirkan bahawa Kerajaan wujud semata-mata untuk mencegah dan menyekat, dan bukan menentukan supaya rakyat dapat hidup tanpa gangguan dan sekatan dari mana-mana pihak dalam masyarakat. Tujuan saya memperingati peranan Kerajaan dalam masyarakat ialah supaya kita semua tidak lupa terus akan peranan ini. Kerajaan wujud untuk kebahagiaan seluruh rakyat. Kerajaan bukan satu jentera untuk membendung gerak-geri yang halal oleh rakyat. Oleh itu, Kerajaan perlu berusaha untuk menentukan rakyat di semua peringkat mendapat pertolongan yang sewajarnya dari Kerajaan sepanjang masa. Dalam konteks rakyat, Kerajaan bukan selalunya bermakna wakil yang dilantik oleh mereka, tetapi lebih kerap ialah pegawai dengan siapa mereka mengadakan perhubungan setiap masa. Di sinilah peranan Kerajaan sebagai pemelihara kebahagiaan rakyat menjadi penting. Kerajaan sudahpun mengadakan dasar menolong rakyat desa dan rakyat lain yang memerlukan bantuan Kerajaan. Kali ini saya ingin canangkan pula sikap dan peranan Kerajaan terhadap swasta. Kerajaan ini tidak berpendapat yang pihak swasta itu adalah musuh Kerajaan yang mesti ditekan secukup-cukupnya. Sebaliknya, Kerajaan ini berpendapat bahawa pihak swasta adalah rakan atau pun 'partner' Kerajaan. Sikap ini berasas kepada "a fact of life" - iaitu kemajuan swasta adalah kemajuan negara dan kemajuan Kerajaan 145

sendiri. Kerajaan, dengan secara hampir langsung, adalah rakan perkongsian yang memiliki 40 hingga 50 peratus dari saham percuma syarikat-syarikat swasta. Setiap kali mereka untung, Kerajaan mengambil 40 hingga 50 peratus dari keuntungannya itu sebagai cukai. Duit inilah yang kita guna untuk membayar gaji pegawai dan lainlain urusan pentadbiran. Walaupun jikalau syarikat-syarikat swasta rugi Kerajaan tidak secara langsung rugi, tetapi dari segi kira-kira Kerajaan rugi, kerana tidak dapat memperolehi pendapatan dari cukai yang dikenakan atas keuntungan. Selain dari itu, setiap kali syarikat swasta rugi, negara terpaksa memikul beban masalah yang timbul darinya. Peluang kerja akan kehilangan, modal akan merosot, mungkin wang pinjaman tidak dapat dibayar, barang-barang akan reput atau susut nilai, dan lain-lain lagi, yang cuma dapat dikesan apabila yang menganggur, dan yang turut rugi kerana kegagalan sebuah syarikat atau perusahaan, membuat pengaduan berkenaan dengannya. Untuk mengelak dari kemalangan yang disebabkan oleh kegagalan dalam perniagaan, Kerajaan, iaitu pegawai-pegawai, perlu memberi khidmat dan kerjasama yang bersih, cekap dan beramanah kepada pihak swasta. Janganlah kita soal atau berasa irihati kerana khidmat kita menjadikan mereka kaya dan kita tidak dapat apa-apa. Di dalam negara Malaysia, sistem kita memberi tempat kepada yang kaya supaya Kerajaan dan masyarakat dapat berkongsi kekayaan dan kecerdasan mereka untuk kepentingan am, dan kepentingan pegawai yang berkhidmat. Walaupun pegawai perlu memberi khidmat kepada swasta, ini tidak bermakna bahawa kita perlu menolong mereka yang sebenarnya tidak berminat dan tidak mempunyai kebolehan. Mereka yang semata-mata berharap kepada Kerajaan untuk mendapat keuntungan, tidak membawa keuntungan kepada sesiapa. Apa yang berlaku ialah duit Kerajaan dipindah ke kocek mereka. Mereka ini patut diberitahu awal-awal lagi bahawa mereka perlu mengubah sikap dan cuba berdiri di atas kaki sendiri. Dasar Ekonomi Baru tidak bermakna mengambil duit Kerajaan untuk dimasukkan ke poket sesiapa, walaupun bumiputera. Dasar Ekonomi Baru bermakna khidmat istimewa dari Kerajaan untuk mengurangkan kemungkinan kerugian berlaku. Tentulah jelas dari ini bahawa pegawai mesti cekap menilai keadaan, dan memiliki sikap yang jujur dan positif. Khususnya, tanggungjawab pegawai ialah memberi khidmat yang positif, yang bertujuan bukan sahaja menjayakan, tetapi menjayakan dengan secepat mungkin apa juga rancangan swasta. Asalkan Dasar Ekonomi Baru dipatuhi, segala rancangan swasta mestilah dibantu oleh pegawai tanpa apa-apa irihati, atau keangkuhan kuasa. Sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa Kerajaan, bahkan negara, memiliki saham percuma dalam semua perniagaan dan perusahaan, besar atau kecil, iaitu jikalau mereka untung. Kegagalan semua perniagaan dan perusahaan adalah kegagalan Kerajaan dan masyarakat, dan kejayaan mereka juga adalah kejayaan dan keuntungan Kerajaan dan negara. Akhir sekali, saya ingin sebutkan tentang peningkatan pengetahuan di kalangan pegawai-pegawai. Kerapkali terjadi apabila sahaja kita tamat belajar di universiti, kita 146

tidak lagi teruskan amalan membaca. Jika pelajaran hendak ditambahkan, kita bergantung kepada seminar, simposium dan lawatan-lawatan, terutama ke luar negeri. Sementara saya tidak menafikan peranan seminar dan lawatan, saya berpendapat tabiat membaca buku amatlah berkesan dalam mempertingkatkan pengetahuan. Kita perlu membaca bukan sahaja tajuk-tajuk yang ada kaitan dengan kerja, tetapi juga lain-lain tajuk. Ini termasuklah bacaan berkenaan dengan agama rasmi kita, berkenaan dengan sejarahnya dan tamadunnya. Dengan pembacaan yang luas ini, maka kita akan menjadi anggota masyarakat dan pegawai pentadbir yang lebih berkesan. Nasihat ini mungkin dianggap "puerile" - atau nasihat untuk anak-anak - kerana kita semua tahu tentang baiknya membaca dan mencari ilmu dan pengetahuan tambahan. Tetapi, saya tahu ramai dari pegawai-pegawai tidak begitu tertarik dengan amalan ini. Bahkan ada yang tidak membaca apa-apa yang telah ditunjuk sebagai "required reading." Ini saya tahu kerana tiada siapa yang membuat "quote" dari buku-buku tertentu dan tidak ada perbincangan tentang hujah-hujah dalam buku-buku ini dan bagaimana mengamalkannya dalam pentadbiran. Saya bercakap panjang lebar dalam majlis makan malam ini, walaupun ini bukanlah kuliah, dan mungkin apa yang saya perkatakan tadi merupakan teguran dalam "public." Mungkin ada yang tersinggung. Tetapi, ini adalah satu forum yang dihadiri oleh sebilangan besar dari pegawai PTD dan ini merupakan peluang bagi saya berhubung dengan seramai-ramainya pegawai PTD secara langsung. Melalui akhbar pula, mungkin lebih ramai lagi akan mengetahui tentang kandungan ucapan ini. Mereka yang bersikap positif akan menumpukan kepada kandungan ucapan ini, dan bukan soal kena atau tidak tempat dan masanya. Saya percaya semua dari saudarasaudari ingin menjadi pegawai yang bersikap positif dan oleh itu ucapan ini akan mempunyai kesan. Malam ini adalah malam untuk bersuka-suka. Oleh itu, perkara-perkara yang lebih terperinci mengenai apa yang saya sentuh secara ringkas, saya serahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk difikir dan dijadikan program yang dipraktikkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam. PTD memegang jawatan di berbagai jabatan; tentulah mudah bagi tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk membawa "mission" ini, dan menjayakan amanah ini. Akhirnya, saya ucapkan selamat menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. dan tahun baru 1983 dan selamat maju jaya.

147

PERUTUSAN TAHUN BARU 1983 Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 31HB. DISEMBER, 1982

D

alam ucapan Selamat Tahun Baru yang Pertama dibuat oleh saya pada tahun lalu, saya telah menegaskan betapa kita perlu bersyukur bahawa Malaysia tidak mempunyai bahaya malapetaka seperti gempa bumi, ribut taufan dan lain-lain. Sepanjang tahun 1982 kita sekali lagi terpelihara dari bermacam malapetaka sama ada semulajadi atau yang disebabkan oleh keganasan manusia. Memang benar baru-baru ini kita menghadapi banjir yang membawa maut kepada beberapa orang. Memang benar kematian akibat nahas di jalanraya masih di paras yang mengecewakan. Tetapi kita terpelihara dari nasib yang menimpa beberapa negara yang dilanda ribut taufan, gempa bumi, kebuluran, pengangguran, peperangan dan penjajahan oleh kuasa-kuasa asing.

Dalam bidang ekonomi, sementara banyak negara-negara, termasuk negara yang maju, mengalami kemerosotan yang teruk, kita di Malaysia, walaupun terpaksa berjimat cermat lebih dari dahulu tetapi tidaklah hingga terpaksa meminta bantuan luar, mengemis dan merana, Ekonomi kita masih kukuh, dan peluang-peluang kerja masih begitu banyak, sehingga banyak kekosongan yang tidak dapat diisikan oleh warganegara. Dalam bidang politik dan keselamatan negara, kita terus stabil. Pada bulan April yang lalu, kita telah mengadakan Pilihanraya Umum dalam suasana yang tenang dan Parti Barisan Nasional sekali lagi diberi kepercayaan meneraju Kerajaan Malaysia. Sepanjang tahun 1982 tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dan ancaman pengganas komunis dapat dibendung dengan berkesan. Perhubungan kita dengan negara-negara asing adalah baik dan persahabatan rapat telah dijalin dengan beberapa negara kecil dalam konteks kerjasama negara-negara membangun atau 'south-south cooperation'. Saya boleh senaraikan lebih banyak lagi nikmat yang telah kita terima dalam tahun 1982. Sepertimana kita telah bersyukur dahulu, maka kita harus bersyukur sekali lagi dengan perlindungan yang diberi kepada negara kita daripada segala ancaman malapetaka dalam tahun 1982. Alhamdulillah. "All praise be to God". Segala puji kepada Allah Subhanahu Wataala. Nikmat yang kita rasai ini ialah kerana kita menduduki sebuah negara yang penduduknya tidak lupa daratan, tidak terlalu terpikat dengan kebendaan. Perasaan kita terhadap negara ini adalah istimewa. Sama ada kita dari keturunan Melayu, China, India, Iban, Kadazan atau lain-lain, Malaysia adalah negara kita. Malaysia adalah negara yang kita tumpukan taat setia kita. Malaysia adalah negara yang kita cintai. 148

Ramai warganegara Malaysia kerap lupa akan keistimewaan negara kita ini. Tetapi apabila mereka berdagang ke negeri orang dan mereka merasai berbagai jenis tekanan, bahkan adakalanya mereka dihina atau dipandang rendah, maka pada ketika itu mereka akan teringat kepada keistimewaan negara sendiri. Apabila mereka balik ke tanahair, maka bukan sahaja mereka akan merasai lega dan senang hati, tetapi perasaan kasih mereka kepada negara sendiri akan menebal dan melanda hati mereka. Mereka akan merasai perasaan ini apabila mereka menjejak semula bumi bertuah Malaysia tetapi ramai juga yang tidak mahu menyatakannya, kerana sentimen ini kononnya "out of fashion'. Kepada golongan seumpama ini, sekarang adalah zaman untuk memburuk-burukkan negara sendiri. Kita tidak menyuruh rakyat Malaysia mendabik dada dan bermegah-megah tetapi kita tidak harus malu kerana kita cintakan negara kita. Pepatah Melayu "Hujan emas perak di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, masih juga kita inginkan negeri sendiri". Tidak ada manusia yang berhati baru hingga ia tidak sedikitpun mencintai tanah tumpah darahnya. Hadith Nabi "Habbul watan, minal iman" kasihkan negara sendiri adalah sebahagian daripada iman. Tidak ada satu sebab mengapa kita tidak boleh menyayangi negeri di mana kita dilahirkan dan kita membesar. Malaysia, negara yang terpelihara dari berbagai bencana, yang indah, aman dan makmur, yang memberi perlindungan kepada kita, harus menjadi tumpuan taat setia dan kesayangan kita sebagai tanda kesyukuran kita. Tidak sesiapa meminta negara ini disayangi atau meminta rakyat memiliki semangat patriotisme sehingga sanggup membelakangkan agama kita. Kesayangan kepada negara ini tidak melibatkan tentangan terhadap agama Islam khususnya. Memang benar jika patriotisme kita menimbulkan perasaan sombong dan bongkak dan melibatkan peperangan dengan negara Islam lain, seperti yang sedang berlaku di beberapa buah negara, ini adalah bertentangan dengan Islam. Tetapi kita tidak berperang melainkan dengan komunis iaitu musuh Islam. Oleh itu adalah wajar kita memiliki semangat cintakan negara sendiri. Semangat inilah yang dahulu menghancurkan Malayan Union dan membawa kepada kemerdekaan. Oleh itu semangat kebangsaan, patriotisme mestilah disanjung tinggi oleh rakyat, supaya kita terus sanggup mempertahankan negara kita ini dari semua jenis serangan, yang bersenjata atau yang tidak, dan kita sentiasa bersyukur dengan perlindungan yang didapati darinya. Ingat Afghanistan. Yang berjuang untuk membebaskan Afghanistan ialah orang Afgha sendiri. Hanya dengan semangat kebangsaan sahajalah yang Afghanistan dapat dibebaskan. Orang lain yang bukan orang Afghanistan akan melafazkan simpati. Semangat sayang kepada negara sendiri tidaklah bermakna semata-mata menikmati segala kemudahan dan kebahagiaan yang boleh dikecap. Mereka yang sayang kepada negara sendiri mestilah berasa bertanggungjawab untuk menjadikan negaranya lebih baik, lebih kuat dan lebih dihormati. Setiap warganegara mestilah mempunyai hasrat untuk menyumbang kepada pembangunan negara yang dikasihi ini. 149

Semenjak kita merdeka, kita telah melancarkan beberapa rancangan pembangunan. Tujuan kita ialah untuk membangunkan negara. Masanya sudah tiba untuk kita memperkatakan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembangunan. Apakah pembangunan cuma bermakna pembinaan jalan dan lain-lain kemudahan untuk rakyat sahaja? Atau apakah pembangunan juga bermakna menjadikan negara kita salah satu daripada negara yang maju yang mempunyai kebolehan tersendiri dalam semua bidang? Ada pendapat dari dalam dan luar negeri yang berkata memadailah jika kita dapat pendapatan yang cukup dari pengeluaran bahan mentah. Ada pula yang mahu kita menjadi negara perindustrian. Kita telah merasai pahit-manis nasib sebagai pembekal bahan mentah. Sebaliknya tidak mungkin kita menjadi negara perindustrian tulen. Untuk menjamin kestabilan dan kekukuhan ekonomi dan keselamatan negara kita, kita terpaksa bergantung kepada kedua-dua punca kekayaan. Hanya kita berpendapat keupayaan kita dalam bidang industri belum seimbang dengan peranan kita sebagai pembekal bahan mentah. Oleh itu maka adalah mustahak kita tumpukan tenaga dan kekayaan kita kepada pembangunan industri ke paras yang boleh membebaskan kita dari manipulasi pasaran bahan mentah oleh negara-negara maju. Pengeluaran industri kita mestilah mampu bersaing dengan keluaran dari negara-negara lain dalam pasaran dunia. Hanya yang perlu kita tuntut ialah hak berdagang dalam pasaran dunia seperti juga negara lain berhak memasarkan barangan mereka di pasaran kita. Strategi "import-substitute industrialisation" mestilah diganti dengan "export-oriented industrialisation" yang tidak bergantung kepada perlindungan dari Kerajaan untuk mendapat kejayaan. Untuk menjayakan strategi ini kita perlu penyertaan rakyat secara bersungguhsungguh. Kita tahu rahsia bagi menjayakan matlamat kita dan kita mempunyai bekalan tenaga dan "material" yang cukup untuk melaksanakan rancangan kita. Tetapi tenaga dan "material" dengan sendirinya tidak memadai. Lebih penting dari itu ialah kesanggupan rakyat di semua peringkat bekerja dengan penuh dedikasi dan disiplin. Janganlah kita cuai dalam menjalankan tugas atau terlalu memilih kerja atau kita enggan berdisiplin. Janganlah kita fikir semata-mata berkenaan dengan kepentingan diri sendiri tanpa mengambilkira kepentingan masyarakat dan negara. Sebaliknya, anggapkanlah pembangunan dan pencapaian matlamat negara sebagai pembangunan diri sendiri, kerana sebenarnyalah pembangunan negara akhirnya akan membawa kebahagiaan dan keuntungan kepada diri sendiri. Kita tidak semata-mata ingin menjadikan negara kita negara yang berindustri, tetapi kita juga ingin persekitaran yang indah. Bagi tujuan ini arahan telah diberi kepada semua agensi Kerajaan dan kuasa-kuasa tempatan untuk membersihkan kawasan dan memperindahkan alam sekeliling. Hasilnya sudahpun dapat dilihat. Tetapi sekali lagi usaha seperti ini tidak akan memberi hasil yang berpatutan jika rakyat tidak bekerjasama. Bagi masyarakat yang tidak menjaga kebersihan dan keindahan, seribu arahan dan seribu pekerja tidak akan dapat memperbaiki keadaan. Oleh itu bersama-samalah kita berusaha menjaga alam sekeliling kita, membersih dan mengindahkannya supaya tidak siapapun akan kecewa. Jagalah kampung halaman, bangunan dan bandar, pantai dan taman seolah-olah semuanya adalah milik kita sendiri. Sepertimana kita tidak suka orang lain merosak dan mengotorkan alam sekeliling kita, begitulah pula kita perlu menjaga kebersihan dan keindahan sekitar kita. Kekayaan tidak bermakna, dan 150

pembangunan tidak berguna tanpa "quality" dalam kehidupan kita. Malaysia bukan sahaja harus membangun tetapi harus indah. Akhirnya rakyat juga yang akan menikmati keindahan ini. Adalah menjadi satu amalan di kalangan orang-orang Barat bahawa sebagai menyambut tahun baru, mereka membuat resolusi-resolusi mengenai apa yang akan diamalkan oleh mereka dalam tahun baru. Amalan ini adalah satu amalan yang baik jika resolusi yang dibuat adalah untuk berbuat baik dan mereka betul-betul mengamalkannya. Memandang kepada ini mungkin ada baiknya jika pada hari kita menyambut tahun 1983 ini, kita membuat beberapa resolusi. Bagi Kerajaan, resolusinya ialah untuk mempertingkatkan lagi khidmat kepada rakyat sebagai tanda kesyukuran terhadap nikmat tahun 1982 - tahun yang Barisan Nasional sekali lagi diberi kepercayaan - tahun yang terpelihara dari segala macam bencana yang diramalkan akan berlaku kepada negara kita. Segala usaha yang diperlukan bagi membangunkan negara kita Malaysia akan diselenggarakan dengan penuh tekun dan jujur oleh Kerajaan - baik di peringkat pusat, negeri atau tempatan. Kerajaan akan meneruskan amalan kepimpinan melalui teladan atau "leadership by example". Bagi rakyat pula, saya syorkan resolusi untuk hidup rukun damai antara kaum dan keturunan, untuk menyingkirkan tabiat memilih kerja atau malas bekerja, untuk mengukuhkan disiplin dan akhir sekali untuk menebalkan semangat cinta kepada negara. Saya tujukan syor ini kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira keturunan atau agama. Bersama-sama kita berganding bahu untuk menghadapi cabaran tahun 1983, supaya kita dapat mendirikan sebuah negara yang indah dan makmur, stabil dan kukuh yang dihormati oleh dunia. Saya memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wataala supaya permintaan kita dimakbulkan. Saya mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada tuan-tuan dan puanpuan dan saudara-saudari sekalian. Bersuka-sukalah secara sederhana dan peganglah kepada resolusi-resolusi yang disarankan. Mudah-mudahan kita akan mendapat kebahagiaan, Insya-Allah.

151

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN YANG TERAMAT MULIA TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ, KUALA LUMPUR 8HB. FEBRUARI, 1983

T

erlebih dahulu, bagi pihak semua rakan seperjuangan dalam Barisan Nasional, dengan perasaan penuh gembira dan tulus ikhlas, saya menyampaikan doa dan ucapan 'selamat hari jadi' kepada pemimpin agung kita, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, sempena hari keputeraannya yang ke-80 ini. Mudahmudahan Allah cucuri rahmat dan lanjutkan usia beliau, sihat walafiat dan sentiasa bahagia, sambil meneruskan sumbangannya kepada agama, bangsa dan tanah air yang kita cintai ini.

Di samping itu, pada hari yang bertuah i n i , marilah kita sama-sama bersyukur kehadrat Ilahi, atas limpah kurniaNya yang membolehkan kita semua bertemu pada malam ini dalam suasana yang aman dan tenteram. Sesungguhnya, keamanan dan ketenteraman yang kita dari berbagai kaum nikmati sekarang ini, adalah salah satu dari hasil pimpinan dan jasa bakti Yang Teramat Mulia Tunku yang tak ternilai harganya dan yang akan kekal abadi dalam kenangan kita bersama. Tiga puluh satu tahun yang lampau, apabila Tunku memulakan kerjasama politik U M N O - M C A bagi menghadapi pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur, terjadilah satu 'perkahwinan politik' yang melahirkan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional; dan tanpa disedari, Tunku sebenarnya telah meletakkan asas kerjasama politik dan asas perpaduan rakyat yang menyebabkan kestabilan politik sepanjang suku abad ini. Keberanian Tunku mencipta kerjasama ini tidak boleh dipertikaikan. Di waktu kaum-kaum di Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat kuat berkonfrontasi, usaha ke arah kerjasama antara kaum adalah satu perkara yang merbahaya bagi seorang pemimpin yang bergantung kepada sokongan ramai menganjurkannya. Tetapi 'the charm and personality of the Tunku won over everyone.' Hari ini kita melihat betapa langkah Tunku merupakan langkah yang bijak. Sementara di negara-negara lain di mana penduduk terdiri daripada berbagai kaum, ketenteraman dan Pembangunan diganggu sepanjang masa kerana sengketa kaum, di Malaysia perselisihan antara kaum adalah minimum. Kestabilan politik dan ketenteraman di Malaysia adalah hasil yang terbesar dalam usaha Tunku. Saya yakin selagi parti campuran yang diasaskan oleh Tunku dalam tahun 1952 berkuasa, dasar dan prinsip perjuangan Tunku akan dikekalkan. 152

Yang Teramat Mulia Tunku telah menjadi salah seorang tokoh yang terpenting dalam sejarah moden Malaysia. Kejayaan beliau dan kemampuan beliau melibatkan diri secara langsung dalam politik negara kita selama hampir suku abad, sebagai Presiden U M N O , Pengerusi Perikatan, Ketua Menteri dan Perdana Menteri, telah menyebabkan penciptaan satu zaman yang tersendiri dalam sejarah Malaysia, zaman yang penuh dengan cabaran, zaman yang memulakan satu lagi babak baru dalam sejarah negara kita. Oleh kerana itu, apabila kita menghargai dan mengingati Tunku, kita sebenarnya menghargai dan mengingati sejarah bangsa dan negara kita. Dan bagi suatu bangsa yang bertekad untuk terus maju dan kukuh, mengingati serta mempelajari sejarah amatlah penting, kerana sejarah adalah contoh dan teladan. Sejarah membentangkan kepada kita peristiwa suka-duka dan kegagalan serta kejayaan masa lalu. Sejarah juga menjelaskan kepada kita bahawa dunia dan kehidupan manusia terus berubah. Pemimpin akan silih berganti, pergi dan datang; perubahan juga tiada siapa yang dapat menahan. Yang dapat dan perlu kita lakukan ialah menjalankan ikhtiar supaya perubahan itu dapat dikawal dan dibentuk, sesuai dengan kehendak dan keperluan kita, satu bangsa yang merdeka dan bermaruah. Dalam zamannya itu, Tunku telah menjadi pemimpin gigih yang meneruskan perjuangan kebangsaan yang telah dimulakan menjelang Perang Dunia Kedua dulu. Di bawah pimpinannya, maruah dan kemerdekaan negara dapat ditebus kembali. Sesudah itu, sebagai tokoh politik dan negarawan, Tunku memulakan langkah mengisi kemerdekaan. Lagi sekali, di bawah pimpinannya, asas dan infrastruktur yang kukuh bagi menegakkan sebuah negara moden yang maju telah dapat dibina. Apa yang telah saya sebutkan ialah perjuangan Tunku selepas beliau berpindah ke Kuala Lumpur dan memasuki arena nasional. Sebagai orang Kedah saya tahu perjuangan Tunku bermula lebih awal dari itu - sebenarnya sebelum Perang Dunia Kedua. Setelah kembali ke tanah air selepas ke United Kingdom untuk belajar, Yang Teramat Mulia Tunku telah menceburkan diri dalam usaha menolong rakyat. Di waktu saya masih kecil, nama Tunku sudahpun terkenal di kalangan rakyat Kedah sebagai seorang anak raja yang bersimpati dan dekat dengan rakyat. Mungkin Tunku tidak ingat tetapi sebagai Setiausaha Kesatuan Pemuda Melayu Kedah, saya menjemput Yang Teramat Mulia Tunku, yang diwaktu itu menjadi 'Superintendent of Education' (jika saya tidak silap) untuk menyaksi 'preview' satu sandiwara di Sekolah Perempuan Seberang Perak yang telah dipinjamkan oleh Tunku kepada Ketua Pemuda Melayu Kedah. Di waktu kita menentang Malayan Union, 'petition' yang dihantar kepada Kerajaan British oleh Kesatuan Melayu Kedah, Seberkas dan Kesatuan Pemuda Melayu Kedah ditulis oleh Tunku sendiri. Aktiviti politik di waktu Yang Teramat Mulia Tunku masih berkhidmat dengan Kerajaan Kedah tidak menyenangkan beberapa pihak - tetapi kepada rakyat, penyertaan Tunku dalam perjuangan rakyat amatlah dihargai. Oleh itu memanglah kena pada tempatnya apabila Tunku dijemput untuk 153

menjadi Yang Di-Pertua U M N O selepas U M N O kehilangan ketua. Langkah ini merupakan langkah yang terpenting sekali dalam sejarah Malaysia. Di Kedah dan di seluruh Malaysia kita semua kenal dan kenang jasa-jasa Yang Teramat Mulia Tunku. Tetapi ini tidak bermakna bahawa dunia tidak mengenali beliau. Sebenarnya Tunku juga telah berjasa kepada dunia amnya. Sikap yang tegas yang ditunjukkan oleh beliau terhadap dasar apartheid Afrika Selatan akhirnya telah membawa kepada penyingkiran negara itu dari Komanwel. Di kalangan negara-negara Islam pula, jasa Tunku sebagai pengasas dan Setiausaha Agung pertama Komanwel Islam yang dianjurkan oleh beliau dan sekarang dikenali sebagai 'Organisation of Islamic Conference' tidak dapat dilupakan. Demikianlah perasaan yang dimainkan oleh Tunku sehingga di beberapa negara Afrika dan negara Islam, Malaysia cuma dikenali jika nama Tunku Abdul Rahman disebut. Tanpa apa-apa perasaan angkuh, kita boleh katakan Tunku memang sudah menjadi 'world statesman'. Kita turut berbangga dengan kejayaan ini. Maka sekarang, sebagai tanda penghargaan kita yang paling bererti ialah menjadikan kewajipan serta tanggungjawab kita, khususnya para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional, untuk mempastikan supaya asas dan infrastruktur yang telah dibina oleh Tunku akan terus kukuh dan kekal. Sekiranya berlaku keretakan atau kerosakan di mana-mana, maka perlulah kita perbaiki dengan musyawarah dan muafakat bersama. Dan adalah menjadi kewajipan kita juga, untuk menentang habishabisan barang siapa juga yang hendak merosak dan merobohkan asas dan infrastruktur nasional ini. Salah satu musuh paling besar ialah kata-kata, kegiatan dan tindakan yang boleh menyalakan api perkauman dan yang bertentangan dengan kepentingan nasional. Tunku tidak pernah bermain-main dengan politik, apa lagi politik perkauman. Maka kita juga tidak seharusnya cuba-cuba bermain politik, lebih-lebih lagi memperalatkan politik untuk kepentingan diri dari kelompok, untuk mempertahankan kekuasaan dan memperkayakan diri sendiri. Yang Teramat Mulia Tunku adalah seorang putera Malaysia yang tulen. Cita-cita beliau dan tindak-tanduk beliau sentiasa mengutamakan kepentingan nasional, lebih daripada kepentingan sempit untuk kaumnya sendiri sahaja. Beliau tidak pernah merasa takut dan sentiasa bersedia menerima apa juga kritik dan hukuman, demi untuk kepentingan nasional. Beliau bukan sahaja tidak mendapat apa-apa faedah 'material' untuk peribadinya daripada jerih payah perjuangan ini, malah harta miliknya sendiri telah dikorbankan, demi untuk perjuangan bangsa dan tanahairnya. Hidupnya sentiasa sederhana. Kesenangan dan kebahagiaannya ialah kehidupan yang harmoni, aman dan damai. Inilah antara warisan paling berharga yang ditinggalkan kepada kita, apabila beliau dengan senang hati, mengucapkan selamat tinggal kepada kegiatan politik secara langsung. Sempena malam bertuah ini, lagi sekali sebagai tanda penghargaan kita kepada beliau, marilah kita sambut warisan paling berharga ini dengan ikrar akan menyambung perjuangan yang diasaskan olehnya. 154

Majlis ini bukanlah untuk saya. Tetapi dengan izin hadirin sekalian saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf secara terbuka atau 'publicly' terhadap apa-apa kata-kata kesat dan tindakan yang biasa saya lakukan kerana perbezaan pendapat dengan Yang Teramat Mulia Tunku dahulu. Walaupun pada 'detail'nya mungkin ada perbezaan antara pendapat saya dengan Yang Teramat Mulia Tunku tetapi amnya saya bersetuju dengan dasar perpaduan nasional yang diperjuangkan oleh Tunku dan saya akan teruskan dasar kerjasama antara kaum ini. Akhir kata, bagi pihak seluruh anggota parti-parti komponen Barisan Nasional, saya memohon ke hadrat Allah Rabbulalamin, semoga Tunku sentiasa sihat dan bahagia sepanjang masa.

155

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MERANGKAP MENTERI PERTAHANAN DI UPACARA PERASMIAN UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK TENTERA DARAT YANG KEDUA DI KEM TERENDAK, MELAKA 17HB. FEBRUARI, 1983

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama di upacara pembukaan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat tahun 1983, pada pagi ini.

Di antara tugas-tugas utama sesebuah Angkatan Tentera di masa aman ialah menjalankan latihan, iaitu bagi melengkapkan para perajurit dengan segala pengetahuan, kecekapan dan kemahiran untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kita tidak dapat menjamin apa yang akan berlaku pada hari esok. Kita juga tidak selalu dapat mempastikan bila musuh akan bertindak. Oleh yang demikian, latihan-latihan mestilah dilaksanakan berterusan dan dengan penuh daya usaha, kepintaran dan dengan bersemangat. Dengan cara ini, setiap anggota angkatan tentera akan sentiasa cekap, cekal dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Saya merasa bangga kerana Tentera Darat telah dapat terus mengadakan acaraacara seperti ini sebagai salah satu langkah ke arah memenuhi keperluan latihan yang saya sebutkan tadi. Walaupun Ujian Kemahiran Menembak ini akan menanam semangat pertandingan antara unit-unit, tetapi konsep memberi latihan adalah lebih penting. Janganlah menang-kalah dipentingkan, tetapi mereka yang cekap patut berusaha meningkatkan kecekapan masing-masing, dan yang kurang cekap, patutlah berlatih lagi. Adalah menjadi harapan negara supaya kecekapan angkatan tentera keseluruhannya akan semakin meningkat. Kemelesetan ekonomi dunia, dan langkah-langkah jimat-cermat yang diambil oleh negara juga melibatkan angkatan tentera. Ia tidak seharusnya menjadi batu penghalang kepada usaha-usaha latihan. Malahan kita hendaklah mengambil keadaan ini sebagai satu cabaran atau ujian ke atas kemampuan kita meneruskan tugas di dalam serba kesempitan. Cabaran ini akan mempastikan sejauh manakah kemampuan daya pemikiran dan keazaman kita bagi mengatasi segala kekurangan. Dalam peperangan sebenarnya, kita akan menghadapi berbagai cabaran dan berbagai kesempitan. Angkatan tentera yang bersemangat akan berjaya mengatasi apa-apa kesempitan dan masalah. Saya yakin para perajurit kita mempunyai semangat untuk mengatasi kesempitan di masa kemelesetan ekonomi ini, yang boleh dikatakan kecil jikalau dibandingkan dengan kesempitan segala-galanya di masa perang. 156

Menyentuh tentang 'keazaman', ianya juga adalah satu daripada matlamat yang hendak disemaikan di sebalik dasar 'Pandang ke Timur'. Kita semua tahu negeri Jepun telah hancur di dalam Peperangan Dunia Kedua. Begitu juga Korea Selatan mengalami kerosakan besar akibat peperangan. Kalau ditinjau dari segi kemusnahan yang dialami oleh negara-negara berkenaan, mereka tidak akan dapat bangun dalam masa seratus tahun. Akan tetapi, rakyat kedua-dua negara ini telah mempelajari dari pengalaman tersebut dan menjadikannya sebagai satu cabaran bagi mengukuhkan azam untuk terus hidup dan maju. Hasil dari keazaman ini kedua-dua negara tersebut bukan sahaja dapat membangun semula tetapi kemajuan mereka juga merupakan salah satu yang mengkagumkan di dunia selepas peperangan tersebut. Oleh kerana kita menghadapi kemelesetan ekonomi ini, semua jabatan kerajaan termasuklah Angkatan Tentera dikehendaki berjimat-cermat serta berhati-hati, terutama sekali tentang pembelian alat-alat baru dan pengambilan tambahan anggota tentera. Namun demikian kita semua mempunyai keupayaan untuk berkembang dan membangun dari segi kecekapan, kemahiran dan menebalkan semangat. Pada masa ini kita harus mengambil peluang ini bagi menempah kemajuan dari aspek-aspek yang saya sebutkan tadi. Dalam hal ini cogankata Tentera Darat 'Satu Peluru Satu Musuh' adalah bersesuaian dan menepati matlamat Tentera Darat sendiri. Cogankata ini membawa pengertian dan menuntut setiap anggota Tentera Darat mempunyai kemahiran menembak dengan cekap dan tepat. Kalau kita teliti, cogankata ini juga membawa pengertian untuk berjimat-cermat. Ianya mengingatkan kita supaya tidak membazir dalam apa jua, sesuai dengan kemahuan dan dasar negara untuk berjimat-cermat. Jika dibandingkan dengan beberapa negara lain, negara kita masih bernasib baik. Malaysia bukan sahaja subur, tetapi kaya dengan hasil buminya. Akan tetapi, ini tidak bermakna kita boleh terus hidup bermewah-mewahan dan membuat apa sahaja sewenang-wenangnya. Kita mestilah melatihkan diri kita supaya tidak membazir. Saya berharap Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat ini akan menanamkan semangat persaingan yang sihat di kalangan anggota-anggota Tentera Darat. Semangat ingin mengatasi pihak lawan perlu disemai dan dipupuk supaya menjadi sebati dengan jiwa setiap perajurit. Semoga semangat ini dapat dihalakan kepada musuh dalam peperangan, atau tatkala menentang musuh negara. Saya telah difahamkan bahawa ujian kemahiran menembak ini adalah salah satu daripada acara sambutan Jubli Emas Tentera Darat. Pada hemat saya, Tentera Darat kita telah cukup dewasa dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Banyak kejayaan yang telah dicapai selama ini dan tidak kurang juga pengalaman-pengalaman pahit yang dirasai oleh Tentera Darat kita dalam melalui liku-liku perjuangannya. Rakyat dan negara Malaysia amat menyedari akan hakikat ini. Seluruh rakyat menghargai perjuangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini oleh seluruh angkatan tentera amnya, dan Tentera Darat khasnya. 157

Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut perayaan jubli emas kepada seluruh anggota Tentera Darat. Semoga Allah Subhanahu Wataala akan memberi perlindungan dan kekuatan kepada saudarasaudara untuk meneruskan perjuangan bagi mempertahankan negara kita ini. Di samping itu bersama-samalah kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala semoga roh-roh perajurit kita yang terkorban dicucuri rahmat dan mendapat tempat yang mulia di sisiNya. Dengan ini, saya dengan sukacitanya mengisytiharkan acara Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat tahun 1983 ini dimulakan dengan rasminya.

158

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PELANCARAN KEMPEN ANTI-DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN, KUALA LUMPUR 19HB. FEBRUARI, 1983

S

aya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Kempen Anti-Dadah yang terdiri dari wakil semua negeri atas usaha merancang dan menjayakan Kempen Anti-Dadah yang bermula pada hari ini.

Masalah dadah bukanlah satu perkara baru. Sebagaimana kita maklum, ia telah meresapi masyarakat kita sejak beberapa tahun lalu. Juga masalah ini bukanlah satu masalah yang terhad kepada negara kita sahaja; ia adalah masalah sedunia. Malangnya masalah dadah ini tidak begitu diambilberat sebagai satu perkara yang amat serius oleh masyarakat umum. Tetapi bagi keluarga penagih dadah, tidak ada sesuatu yang lebih menyiksa daripada kesan penagihan kepada penagih dan kepada ibu bapa, sanak-saudara dan keluarga keseluruhannya. Ancaman dan keluh-kesah yang disebabkan oleh penagih terhadap keluarga menghilangkan sama sekali kebahagiaan hidup sehingga ibu dan bapa, anak dan isteri terus merana. Bagi masyarakat dan negara, bukan sahaja beban bertambah, tetapi sebarang urusan dan kerja tergendala. Sebenarnya dadah merupakan satu kecelakaan yang amat besar yang boleh menghapuskan kebahagiaan dalam keluarga, dalam masyarakat dan dalam negara. Bagi yang menjadi penagih, mereka sebagai bangkai bernyawa yang tidak berfaedah kepada diri sendiri atau sesiapa. Sekali terjatuh dalam lembah kehinaan ini, tidak mungkin mereka bangun semula. Usaha memulih penagih dadah cuma berjaya jika penagih mempunyai semangat yang cekal - dan mereka yang menjadi penagih biasanya lemah. Biasanya rakyat menunjukkan reaksi secara spontan apabila berhadapan dengan sesuatu wabak penyakit seperti taun, demam denggi dan sebagainya, dan mereka Sanggup menggembleng tenaga, dan bekerjasama untuk mengatasinya kerana mereka sedar akan ancaman terhadap diri mereka dan keluarga mereka sendiri. Begitu juga dengan ancaman komunis terhadap demokrasi, kita mendapat reaksi positif dari rakyat sehingga kita dapat membendungnya. Malangnya ancaman dadah tidak menimbulkan tahap reaksi yang seharusnya. Ada mereka yang masih memikirkan ancaman dadah tidak akan melibatkan diri mereka, dan mereka tidak nampak dengan jelasnya yang penagihan dadah boleh mengancam kesejahteraan diri mereka, bahkan kebahagiaan zuriat mereka. Sejak beberapa tahun lalu Kerajaan dan juga beberapa badan sukarela telah mengambil tindakan untuk membendung dan membanteras ancaman dadah di kalangan masyarakat kita. Sungguhpun Kerajaan dan badan-badan yang berkenaan telah menjalankan tugas masing-masing dengan giat, statistik menunjukkan bahawa bilangan 159

penagih dadah masih bertambah. Pada masa ini bilangan penagih yang berdaftar adalah lebih kurang 79 ribu orang. Jika nisbah bagi setiap orang penagih dadah yang didaftarkan terdapat pula sekurang-kurangnya tujuh lagi yang tidak di daftarkan, bilangan penagih dadah di negara kira adalah tidak kurang dari setengah juta orang, iaitu satu jumlah yang menakutkan. Bukan sahaja golongan ini menjadi beban kepada masyarakat, tetapi pengaruh mereka ke atas masyarakat umum adalah sangat buruk dan meluas. Masyarakat yang dikuasai oleh dadah akan dilanda oleh berbagai jenayah dan tidak akan mempunyai maruah dan peradaban. Sudah tentu masyarakat ini tidak akan berupaya mempertahankan diri atau membangunkan negara, sama ada dalam bidang 'material' atau 'spiritual'. Lambat-laun masyarakat ini akan hancur atau dikuasai oleh orang asing. Menyedari bahawa pengedar dadah adalah penjenayah yang terbesar yang menyebabkan wabak penyalahgunaan dadah ini, Kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang yang keras. Pengedar dadah adalah sejenis penjenayah yang amat kejam dan tidak bertimbang rasa. Kerana tamak, mereka sanggup memperdaya dan menjerat kanak-kanak sekolah sehingga terdapat penagih yang berumur 10 tahun. Sekali terperangkap penagih tidak melepaskan diri lagi. Secara tidak langsung kanakkanak yang terperangkap ini sudah dihukum mati, kerana bukan sahaja hidup mereka tidak mungkin lagi sempurna tetapi umur mereka tetap disingkatkan. Demikianlah kesan dadah dan demikianlah kejam dan zalimnya pengedar dadah. Bagi mereka yang memikir hukuman terhadap pengedar adalah terlalu berat, tidak ada usaha yang lebih baik dari menyebar amaran kepada yang berminat menjadi pengedar bahawa mereka mungkin dihukum mati. Adalah terlalu lewat jika jenayah sudah dilakukan. Peranan undang-undang dalam menghalang merebaknya penyalahgunaan dadah memang tepat, tetapi akhirnya yang betul-betul berkesan ialah kesedaran masyarakat tentang buruknya akibat penagihan dadah. Jika masyarakat sedar dan bertanggungjawab maka awal-awal lagi akan disemai dalam hati dan fikiran kanak-kanak tentang kehinaan dan bahaya menjadi penagih. Jika anak-anak kita membesar dengan kepercayaan bahawa penyalahgunaan dadah adalah satu jenayah yang dahsyat, yang lebih buruk dari mencuri dan menyamun, maka mereka akan mengelakkan diri dari terlibat dengan dadah. Jika ibu bapa mengambil berat bukan sahaja terhadap didikan anakanak mereka, tetapi juga mengawasi gerak-geri mereka di zaman serba bebas ini, kemungkinan mereka menjadi penagih akan berkurangan. Oleh itu setiap anggota masyarakat, terutama yang dewasa dan mempunyai anak atau adik dalam lingkungan umur yang merbahaya, mestilah memikul tanggungjawab ini. Janganlah tunggu sehingga nasi menjadi bubur. Berhati-hatilah tentang gerak-geri mereka yang di bawah jagaan kita supaya bersama-sama dapat kita hapuskan gejala ini. Dari segi rawatan dan pemulihan, banyak wang-ringgit dan tenaga telah disalurkan oleh Kerajaan untuk merawat dan memulihkan mereka yang telah dihinggapi oleh tabiat dadah. Malangnya sebilangan besar daripada penagih yang telah dirawat dan dipulihkan telah balik semula kepada tabiat lama dan menjadi penagih semula. Statistik di kalangan negara-negara maju menunjukkan hampir 90 peratus daripada penagih dadah yang telah dipulihkan berbalik kepada tabiat penagihan mereka dalam 160

jangka masa 4 atau 5 tahun. Bukti-bukti seperti ini adalah sangat mengecewakan. Sungguhpun begitu kita tidak harus berputus asa dan mesti terus berikhtiar mencari jalan untuk menjamin pemulihan yang kekal dan berkesan. Sesungguhnya pemulihan yang kekal memerlukan kerjasama pihak ibu bapa, keluarga penagih dadah dan masyarakat amnya. Memandang kepada hakikat ini, peperangan melawan penyalahgunaan dadah perlulah ditumpu kepada "prevention" lebih dari yang biasa dibuat dahulu. Segala badan sukarela dan jabatan Kerajaan yang terlibat mestilah menyusun satu strategi baru yang bertujuan menyekat perkembangan tabiat ini. Selain dari usaha untuk menyekat kemasukan dadah dan pengedarannya, orang ramai mesti dikejutkan berkenaan bahaya dadah dan didorong supaya mengambil bahagian yang aktif dalam kempen pencegahan yang perlu diteruskan sepanjang masa. Berhubung dengan ini, Kerajaan akan melaksanakan satu konsep baru dalam pemulihan penagih dadah melalui apa yang dinamakan 'Pusat Serenti'. Mengikut konsep ini, kakitangan daripada beberapa agensi yang berkaitan dengan rawatan dan pemulihan penagih dadah akan dipusatkan di satu tempat. Agensi-agensi berkenaan termasuklah Kementerian Kebajikan Am, Kementerian Kesihatan, tentera, polis, P E M A D A M , Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Selaras dengan kempen yang dilancarkan hari ini, Kerajaan akan juga mengambil beberapa langkah bagi menentang gejala dadah ini. Kerajaan akan meminda peruntukan undang-undang dalam Akta Dadah Merbahaya 1952 bagi mengetatkan lagi undang-undang tersebut. Saya berharap peruntukan undang-undang yang baru ini akan memberi kuasa yang lebih kepada pihak penguatkuasa. Di samping itu, Kerajaan akan menubuhkan satu Pasukan Petugas Anti-Dadah di Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras semua kegiatan memerangi dadah di negara kita. Pasukan Petugas ini akan dianggotai oleh pegawai-pegawai yang dipinjamkan dari berbagai kementerian dan jabatan yang terlibat dalam gerakan anti-dadah. Cawangan-cawangan Pasukan Petugas ini akan juga ditubuhkan di semua negeri. Kepada agensi-agensi kerajaan dan badan-badan sukarela yang terlibat dengan pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan, saya berharap semua usaha hendaklah dibuat bagi meningkatkan lagi mutu program pencegahan dadah kerana kepentingan sesuatu kempen ialah kesannya, dan kesannya bergantung kepada prestasi programnya. Dengan ini saya dengan sukacitanya melancarkan Kempen Anti-Dadah ini dengan rasminya.

161

SPEECH BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE LAUNCHING CEREMONY OF THE "LEADERSHIP BY EXAMPLE" CAMPAIGN KUALA LUMPUR 19TH. MARCH, 1983

A

ll praise be to Allah Subhanahu Wataala upon Whose grace, we are able to gather here this morning in this stadium, for the purpose of strengthening and renewing our resolve to increase the quality and level of our productivity, in line with our aspiration to create a harmonious, strong dan sovereign nation.

Malaysia is a developing country with a multi-racial population. Although we can be proud of the development we have achieved since our independence 26 years ago, we are still far behind when compared with the developed countries. We do not just wish for wealth, but we realise that a nation and a people that is weak and backward will not be respected. We have to acquire all forms of knowledge that is now possessed by the developed nations in order to safeguard our honour and integrity. It is only when we have attained their level of development that we will be able to hold our own and not be pushed around and bullied. Only those without honour are willing to let their nation be belittled. Our principal hope and aim is to safeguard the sovereignty of this nation and the honour of its people. It is with this realisation, that the government has promised an administration that is clean, efficient and trustworthy. This promise is made because a government that is clean, efficient and trustworthy, will not only speed up the rate of development but will also enable Malaysians to live a better life as a result of practising these virtues. We do not doubt that a government that is clean, efficient and trustworthy will facilitate and improve the machinery of government, further increase productivity and make this nation stable and strong. However, these promises were made by the political leaders only. There was no similar promise made by the bureaucrats on whom rests the responsibility of realising these hopes. An administration that is clean, efficient and trustworthy will only be meaningful when its leaders, heads of government departments and officers have these values, and hence government leaders, both in politics and the civil service, have to make a pledge in an effort to inculcate and to ensure that these values are practised. It is therefore important that these promises be extended to all members of the civil service. It is for this reason that we are gathered here today to make this pledge. 162

Making a pledge is meaningless unless it is practised. In order to ensure that the promise made is fulfilled, it is of utmost importance that the leaders practise it themselves. It is pointless for the leaders to urge others to do good, if they themselves do not practise what they preach. It is true that leaders being human are not free from errors. However, the public is willing to forgive mistakes if they are made unintentionally and for so long as efforts are made to do good and mistakes are corrected. What I meant by mistake here is not correcting false accusations that are often made but correcting truly genuine mistakes. To spread vicious lies is a heinous act that should not be done by anyone. To lead by providing good examples is the most effective way to ensure that good deeds are practised by all. There can be no gain by saying one thing but doing another. This is the reason behind the theme of the campaign "Leadership by Example" that is launched today. To set good example is indeed a heavy responsibility. However, to those who are sincere, and who wish to see Malaysia become a peaceful and progressive nation, respected and revered, this heavy responsibility will surely be shouldered with grit and determination. A l l of us that are gathered here today are leaders in our own right while at the same time we are also followers. The same is true for those who are not present here today. Each of us have our leaders but in turn we have others below us. Even if it may not be so now, but we ourselves, one day will be leaders in our own fields. Hence, each of us must begin by setting good examples that can convince everyone and ensure that the administration of this nation is carried out efficiently. The first good example that we must show is cleanliness in all its aspects both morally and physically. To be morally clean means to possess good thoughts and ideals and to carry out our duties as promised without any ulterior motive or unworthy intentions. We should not delay our work for the purpose of procuring bribes. What is not rightfully ours should not be taken. We should not be involved in any form of crime or bribery. We should not misuse or abuse authority and we should not be arrogant. We must be properly dressed and be of good behaviour. We must also ensure the cleanliness of our environment, whether at home or at our place of work. We must avoid polluting the environment. In short, all that is righteous should be practised and all that is evil must be avoided. I am sure we are all aware of the importance of skill. No work can be done well without proper skill. While the education that we received in school provide us with the basic knowledge, skill can only be obtained through appropriate training and experience. As such, we have to continuously develop the skill, seek and acquire the relevant knowledge and practise repeatedly until competency is acquired. Each of us have our own special abilities, and these abilities can be improved through repeated practice. Hence, we must work hard. 163

We must not be satisfied with what we can do. We have to continuously improve our ability through research, education and practice. God willing, if we are patient and determined we will eventually improve our skill. We must make quality our aim because it will not only benefit us but also society. A nation that is administered by people who are skilled will become more progressive and stable. This in turn will ensure the country's honour. The third pledge that we have to undertake is trustworthiness. Trustworthiness is a very important element in society. Without this quality disorder will prevail. If we cannot depend on or delegate work to others then it will be impossible for us to manage our work or finances or to manage government and public property. The management and administration of government cannot be the responsibility of just one person. Many will be involved in the management of government. If the civil service cannot be relied on then the government will collapse, and there will be anarchy which will threaten our very own lives. Every member of the civil service, whatever his rank is entrusted with authority. Authority is given because without it, administration and supervision which is the responsibility of government cannot be carried out. Unfortunately, authority is very easily abused. When abused, authority will no longer be an instrument for supervision but will instead become an obstacle which will in turn destroy society. Misuse of authority, whether in the issuing of hawkers, licences or in approving contracts worth millions of dollars, will inevitably have damaging results on society. In the end, all of us will lose because of lack of trustworthiness. This is also true in the day to day management of government. If a letter from the public is deliberately misdirected, or payment is not made as scheduled, or directives not properly followed, then the administration will become weak and ineffective. This will result in Malaysia remaining as a developing nation and her people left behind in all fields. We will forever be belittled and looked down upon. It is obvious that with an administration that is not clean, efficient and trustworthy at all levels, that is from political leaders and senior civil servants to the lowest official, Malaysia and Malaysians can never be successful and progressive and respected by all. The independence that we achieved will then be meaningless for the country's status and honour will be that of a colonised nation and its people that of a slave. There is no one whom we can blame because our fate has been entrusted to us when we achieved independence twenty six years ago. It is for this reason that we want to have a government that is clean, efficient and trustworthy. However, being clean, efficient and trustworthy alone is not enough. We need to have other good traits as well. We need to be disciplined, systematic in our work, polite, courageous, of good behaviour, diligent and possessed of other good qualities which will make us a better society. These are qualities that are upheld by every religion. A l l these qualities reflect the responsibility and the spirit of give and take that is the sine qua non of an individual in a society. These qualities are proof of 164

the love of man of his society, and his nation. The Prophet Mohammad (may the peace and blessings of Allah be upon him) once said,"Habul watan minal iman" - To love your own country is part of faith. By taking this pledge today we are making a commitment to show good example as a leader. Good deeds will not only improve the civil service, but also society, including ourselves. We do not lose by providing good service, for the good derived by society will also be felt by us. In view of this, we must not regard the service that we render as a commodity for sale for a certain amount of payment. Does service for one's self requires payment from others? Does it not mean that rendering good service is a reflection of civic consciousness? Is not service to the public a virtue? If we answer 'yes' to all these questions, then the service we give should be more than just earning a living. We must be prepared to provide better service to achieve this noble objective. As such, I would like to stress that we should not work merely for the remuneration that we receive, but it should be more than that. We should work for the people, for the nation and for the Almighty, Who has bestowed upon us innumerable blessings. We should not be too calculating with regard to the worth of our work, but we should regard our work as a contribution to the society and country. We should not only be conscious of the blessings derived from a nation that is stable and peaceful but we should also be grateful for it. For our gratefulness our rewards will be greater. We are a multi-racial nation. Although there exists racial differences within the community, generally we live in peace and there is good relations between the different races. Compared to other multi-racial or multi-religious nations, where racial clashes resulting in deaths are quite common, the racial understanding and harmony found in this country is something all Malaysians can be proud of. However, the cooperation and understanding that we have among ourselves can be further improved. In this country we cannot avoid having different races working together in one workplace. There are also situations where the head and the workers are of different races. In such a situation, feelings of ill-will and dissatisfaction will arise and there will be accusations of discrimination, sabotage and so on. There might be some basis to these accusations, no matter from which race it comes. However, the element of suspicions because of race differences, often tends to exaggerate these minor issues. These suspicions will be further fuelled if an interested party is involved, resulting in tension and affecting work. This occurs in government departments and also in private firms. It is obvious that such a situation is unhealthy and not conducive to the progress of the nation. I wish to appeal to all, both in the government and the private sector, to do away with suspicions and accusations. In multi-racial Malaysia, we cannot avoid mingling with one another during work. It is to our best interest if we could avoid discrimination 165

and should this occur and suspicion aroused, we ought to cast it aside and concentrate on the work that has to be carried out satisfactorily. Conscientious employees will, in due time be respected, looked up to and will receive fair rewards. In other words we should accept this reality of working in a multi-racial society and adjust ourselves accordingly. We should stop making accusations but instead strengthened inter-racial relations, both during and after office hours. In our efforts to raise our living standards and the well-being of our society and nation, we have two choices one, short term and the other, long term. Those who are greedy will choose the short term course. Although the 'benefits' will accrue to them earlier, in the long run they stand to lose. It is those who give priority to short term gains that are most often involved in corruption and other irregularities. On the other hand if our aim is a long term gain, we have to make sacrifices in order to enjoy the benefits which is much more lasting. It is for this reason that we have to make sacrifices in order to achieve a more lasting benefit. As such we ought to give priority to long term gain. It is better for us to work hard now, as this will not only be to our advantage but as our nation becomes more developed and progressive our future generations too will surely stand to benefit. They will possess high integrity, they will be respected and hence will be able to ensure that future generations too will be better off. Therefore, let us sacrifice for our religion and our nation, as this will have the effect of bringing about more lasting benefits for those who practise it. Today we will make a pledge - a pledge to show good example, to practise all values that are good, to make our nation stronger and more developed, and to make our multi-racial society a happier, united and progressive society. We make this pledge to build a greater nation so that no one will ridicule or look down on us. If we adhere to this pledge, God willing, we will achieve our objectives. As a sign that the pledge we make is done with all sincerity, we must show that we hold firmly to it. We must be prepared to sacrifice as proof of our sincerity to this pledge. May I suggest that we sacrifice 15 minutes of our time daily for the society and country as a symbol of our adherence to this pledge. We should arrive at work at the appointed time, but leave the office 15 minutes later than the normal finishing time. This is our voluntary contribution towards the society and nation. God willing, we will all be able to benefit from it. I am only making a suggestion. It is not compulsory. However, as this is a good practice and since we have pledged to lead by example, I am convinced that we will not let down the society and nation. Nevertheless, we must bear in mind that our pledge will not be fully realised merely by working this extra 15 minutes. We need to do a lot more so as to give meaning and substance to our pledge. This gathering today involves officials from the public sector only. However, the example that we show today will surely be emulated by the private sector. This country needs citizens that are efficient, trustworthy, hard working and disciplined in order 166

to make this country prosperous and stable. The Government will not be able to achieve it's aims if the public and private sectors do not give their full cooperation and do not practice the noble values that we have propounded today. God willing, if we are humble and grateful we will be rewarded. Let us pray that God will bestow upon us the strength and courage needed to carry out these resolutions of ours successfully. It is with this hope, and in the name of Allah The Most Merciful, that I launch this "Leadership by Example" campaign.

167

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN MERCUTANDA DI PERSIMPANGAN LEBUHRAYA PERSEKUTUAN DENGAN JALAN LAPANGAN TERBANG SUBANG 24HB. MAC, 1983

T

erlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Penganjur majlis kerana memberi peluang kepada saya berucap sepatah-dua kata di majlis ini.

Baru-baru ini Kerajaan telah menganjurkan konsep Persyarikatan Malaysia atau "Malaysia Incorporated". Walaupun konsep ini bukanlah konsep yang baru kepada kebanyakan orang, tetapi mungkin ada yang terkeliru dengannya. Secara ringkasnya, saya ingin jelaskan bahawa "Malaysia Incorporated" bermakna pemerintah dan swasta bukanlah sektor yang bertentangan antara satu dengan yang satu lagi, tetapi adalah anggota yang sepakat dalam usaha menjadikan negara lebih efisien dan "competitive". Dalam konsep ini Kerajaan harus berusaha secara positif untuk menjayakan peniaga dan pengusaha, dan mereka pula harus menganggap Kerajaan sebagai rakan yang perlu dibantu kerana Kerajaan bukan sahaja ditugas untuk Pembangunan dan kestabilan negara, tetapi adalah sebahagian dari jentera yang boleh menjayakan segala kegiatan ekonomi negara. Hasil dari kerjasama dan tolong-menolong ini ialah negara akan kaya dan stabil, yang sudah tentu membawa manfaat kepada Kerajaan, kepada peniaga dan pengusaha, dan kepada rakyat keseluruhannya. Sebagai satu persyarikatan, keupayaan Malaysia bersaing dengan negara lain dalam bidang perdagangan dan perusahaan adalah lebih tinggi. Sebaliknya, jika Kerajaan dan swasta asyik berkonfrontasi, "efficiency" dan "productivity" negara ini tidak dapat dipertingkatkan, dan kita tidak mungkin bertanding dengan negara lain dengan jayanya. Demikianlah konsep Malaysia Incorporated dan maksudnya. Sepertimana kita semua maklum, Kerajaan wujud bukan dengan tujuan memberi peluang kerja kepada pegawai dan kakitangan semata-mata. Kerajaan juga tidak diadakan untuk memberi kuasa kepada orang-orang tertentu. Pegawai, kakitangan dan ahli politik diberi gaji dan kuasa adalah semata-mata untuk mengawal keadaan dalam negara, dan perhubungan luar, supaya negara terpelihara dari huru-hara yang menjejaskan Pembangunan dan kekukuhan negara. Hasil dan cukai yang dikutip bukan sahaja untuk bayaran upah kepada anggota kerajaan tetapi adalah untuk penyediaan, pembinaan dan penyelenggaraan segala kemudahan yang diperlukan oleh rakyat - termasuk peniaga dan pengusaha. Tetapi, sungguhpun Kerajaan mengadakan peruntukan untuk infrastruktur dan lain-lain, mustahil semua yang diperlukan dapat dibiayai atau disediakan oleh Kerajaan. Rakyat di semua peringkat masih dikehendaki berusaha untuk menentukan 168

keadaan dalam masyarakat menjadi lebih bahagia. Sebab itulah badan-badan sukarela ditubuhkan, dan tabiat yang baik digalakkan. Tidak ada Kerajaan di dunia ini yang boleh mengawal keadaan alam sekeliling sepenuhnya jika rakyat suka melakukan jenayah, menipu, mencemar alam sekeliling dan mencetuskan huru-hara sepanjang masa. Sebab itu dalam usaha kita untuk mengindahkan alam keliling kita, setelah pembangunan mencemarkannya sedikit sebanyak, bukan sahaja Kerajaan yang perlu berusaha, tetapi orang ramai juga perlu berusaha. Peranan yang terpenting sekali dari orang ramai ialah mengelak dari mencemar alam sekeliling. Bagi yang mampu pula, mereka patut berusaha sendiri bukan sahaja untuk menjaga keadaan yang sedia ada tetapi juga mengindahkan keadaan di sekeliling rumahtangga dan kampung halaman mereka. Dan bagi mereka yang lebih mampu, seperti hartawan-hartawan dan syarikat-syarikat, mereka patutlah membantu Kerajaan dalam usaha mengindahkan alam sekitar. Dengan ini, maka Kerajaan dan rakyat melalui syarikat-syarikat dan hartawan-hartawan, akan menjadi satu badan atau 'corporation' - atau persyarikatan yang bergerak untuk kebaikan negara, sekurang-kurangnya dalam bidang pemeliharaan alam sekeliling. Mungkin soal ditimbul tentang faedah yang akan diperolehi oleh individu atau syarikat yang "public-spirited" ini. Secara terus dan langsung, mungkin tidak ada balasan. Saya juga yakin, syarikat yang menyumbangkan wang-ringgit dan tenaga tidak berharap kepada balasan secara langsung. Tetapi, secara tidak langsung banyak manfaat akan diperolehi oleh mereka yang "public -spirited" ini. Negara yang indah dan bersih dengan sendirinya akan membawa kemakmuran yang akan dinikmati oleh orang hartawan dan syarikat yang wujud dalam masyarakat dan negara yang miskin dan daif. Kerajaan, baru-baru ini, telah menumpukan perhatian kepada pembersihan dan pengindahan negara. Sementara kebanyakan dari tempat-tempat awan diselenggarakan sendiri oleh Kerajaan, sebagai sebahagian dari konsep tanggungjawab bersama Kerajaan dan swasta, Kerajaan telah menjemput syarikat-syarikat untuk mengambilalih tanggungjawab untuk mengindahkan kawasan-kawasan tertentu oleh mereka. Sambutan daripada pihak swasta boleh dikatakan menggalakkan. Di antara yang terbesar ialah rancangan raksasa di persimpangan jalan ke lapangan terbang yang telah ditawarkan kepada syarikat U M W , sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia. U M W di bawah pimpinan Dato Eric Chia, telah membawa cadangan untuk mengindahkan kawasan ini dan membina satu mercutanda yang boleh menjadi "landmark" kepada pelawat-pelawat dari luar negeri serta penduduk negara ini sendiri. Projek ini adalah projek yang terbesar sekali yang pernah dicadangkan secara sukarela oleh syarikat swasta dalam program mengindahkan negara ini. Saya diberitahu bahawa RM1 juta telah dibelanjakan untuk pembinaan menara jam dan taman disekelilingnya. Selain dari itu pihak U M W pula sanggup membelanjakan hampir RM6 ribu sebulan untuk menyelenggarakan kawasan ini. Saya ingin mengucap tahniah dan berterima kasih kepada Dato Eric Chia dan Syarikat U M W kerana menyambut seruan Kerajaan dan orang ramai. Sikap seperti inilah yang akan menjadikan Malaysia negara 169

yang dihormati dan disanjung tinggi. Saya berharap hartawan dan syarikat-syarikat lain akan mencontohi teladan U M W dalam bidang ini. Insya-Allah mereka akan mendapat banyak manfaat darinya. Seperkara yang boleh dibanggakan ialah projek ini disiap-sedia dalam jangkamasa empat bulan sahaja. Ini mencerminkan "efficiency" syarikat U M W dan pengurusnya, yang mana ia bolehlah dijadikan sebagai contoh pengurusan baik kepada swasta mahupun kepada Kerajaan. "Efficiency" seperti ini amatlah secocok dengan hasrat dan desakan Kerajaan. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada U M W kerana kecekapannya. Program mengindahkan negara menjadi lebih penting kerana proses pembangunan kerap-kali mencemar alam sekeliling dan meluput keindahan semulajadi. Kita bernasib baik kerana negara kita begitu subur sehingga penanaman pokok-pokok menjadi lebih mudah. Oleh itu, kita patutlah mengambil peluang menjaga suasana persekitaran kita. Pengindahan Malaysia akan menjadikan negara kita bukan sahaja lebih cantik dipandang, tetapi juga lebih selesa dan tenteram. Oleh itu, program ini seharusnyalah diberi sokongan oleh semua pihak. Tentulah Kerajaan akan membantu individu, yayasan dan pihak swasta yang ingin menjayakan program pengindahan Malaysia, dan lain-lain program bagi faedah masyarakat. Tetapi, ini seharusnyalah dilihat sebagai kerjasama dan tidak menambahkan beban kepada Kerajaan. Dari masa ke semasa, cara-cara yang lebih sesuai bagi memperbaiki lagi kerjasama ini haruslah dikaji bersama. Dengan ini saya, dengan sukacitanya, merasmikan projek mercutanda binaan Syarikat U M W ini.

170

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PERBARISAN PERDANA SEMPENA HARI POLLS 1983 DI PUSAT LATIHAN POLLS, KUALA LUMPUR 26HB. MAC, 1983

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izinNya, dapat kita sekalian berkumpul di upacara perbarisan sempena menyambut Hari Ulangtahun Polis yang ke-176.

Perbarisan yang kemas dan segak, yang telah tuan-tuan dan puan-puan tunjukkan sebentar tadi, melambangkan mutu disiplin di kalangan anggota Polis Diraja Malaysia. Saya harap tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dan seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia, akan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi setiap masa, dan menjadikannya landasan dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas harian. Saya telah difahamkan bahawa tema Hari Polis kali ini adalah sama dengan tema "Kepimpinan Melalui Teladan" yang gerakannya dilancarkan beberapa hari dahulu. Tema ini adalah amat sesuai, kerana pada hakikatnya, setiap orang anggota polis adalah pemimpin di mata masyarakat, dari segi peranannya mendukung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara. Penguatkuasaan undang-undang adalah dengan tujuan untuk mewujudkan keamanan dan ketenteraman negara dan harus menjadi alat memupuk semangat menghormati undang-undang di kalangan rakyat. Dengan asas dan suasana tenteram inilah sahaja kita dapat mempastikan bahawa setiap rakyat dapat menikmati hak-hak mereka yang tercatat dalam perlembagaan negara tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa, dan Pembangunan dapat dilaksanakan dengan teratur. Sesungguhnya pengekalan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan merupakan tugas penting pasukan Polis Diraja Malaysia. Sebagai pemimpin yang menjadi teladan kepada orang ramai, beberapa kualiti serta sikap tertentu perlu dimiliki dan ditunjukkan oleh anggota polis. Seseorang pemimpin hendaklah mempunyai pengetahuan luas, bukan dari segi selok-belok kerjanya sahaja, tetapi juga pengetahuan am, pengetahuan mengenai masyarakat, dan lain-lain, malah pengetahuan agama yang cukup supaya ia menjadi manusia yang dapat diteladani oleh orang lain. Pengalaman dan pengetahuan akademik yang diperkukuhkan dengan iman akan memupuk mentaliti dan personaliti yang bersih, cekap dan amanah. Bersih dilambangkan oleh perwatakan yang terhindar dari sebarang unsur yang boleh menggugat kejujuran kita, dan cekap dicerminkan oleh 171

kegigihan melaksanakan dasar-dasar dan peraturan-peraturan perkhidmatan tanpa digugat oleh hawa nafsu atau egoisme individu. Beramanah pula menunjukkan kematangan keperibadian yang lahir dari keinsafan tanggungjawab kepada masyarakat, agama dan negara. Sebagai agensi profesional, bidang-bidang tanggungjawab polis memerlukan kepakaran yang berbagai dan khusus. Tuan-tuan dan puan-puan semua hendaklah terus memperkemas dan meningkatkan keupayaan diri untuk menghadapi suasana dan cabaran yang berubah-ubah. Pengetahuan, kecekapan dan kepatuhan kepada disiplin adalah amat penting. Ia akan membolehkan tuan-tuan dan puan-puan bertindak dengan objektif dan berkesan. Imej sesuatu perkhidmatan tidak bergantung kepada jumlah arahan atau peraturan yang dikeluarkan oleh sesuatu jabatan, tetapi kepada nilai-nilai dan tahap prestasi serta tingkah laku setiap anggota, bahagian dan lapisan organisasi dalam mencapai objektif-objektifnya. Oleh itu, kita hendaklah menanamkan sifat-sifat rajin bekerja, dedikasi, sanggup mengkritik diri sendiri di samping mengawal tutur-kata, berbudi bahasa dan bersopan-santun. Dalam apa jua keadaan, tuan-tuan dan puan-puan hendaklah sentiasa bersabar dan menunjukkan kesanggupan mengawal diri dari bertindak mengikut perasaan, atau di luar lunas-lunas yang sah walaupun ketika menghadapi sesuatu keadaan yang mencemaskan. Sifat-sifat ini perlu dimiliki oleh setiap anggota polis. Sesungguhnya kelicinan tugas-tugas polis amat bergantung kepada sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh orang ramai. Untuk menjamin perhubungan yang baik ini, tuan-tuan dan puan-puan perlulah sentiasa sensitif terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang ramai, khususnya bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan negara. Segala usaha hendaklah diatur untuk mengatasi masalah-masalah mereka. Dengan cara inilah keyakinan orang ramai terhadap polis akan dapat diperkukuhkan lagi. Bangsa yang mulia ialah bangsa yang individunya maju dari segi perseimbangan material dan rohani. Pasukan polis yang berwibawa memerlukan perseimbangan ini, malah perseimbangan inilah yang boleh melahirkan bangsa dan negara yang bermaruah dan berkeperibadian tinggi. Dalam hal ini, Pasukan Polis mempunyai peranan yang penting. Saya harap, dari masa ke semasa, tahap prestasi Pasukan Polis akan meningkat, dengan usaha yang menyeluruh oleh setiap anggotanya.

172

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PELANCARAN PERAYAAN 35 TAHUN DAN PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN GPMS KE-35 DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI 10HB. APRIL, 1983

T

erlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden GPMS dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perayaan kerana menjemput saya ke majlis ini, dan seterusnya di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk membuat sepatah-dua kata ucapan sempena dengan perayaan ulangtahun GPMS yang ke-35 dan Mesyuarat Agung Gabungan kali yang ke-35. Saya amat berbangga dengan aturcara sambutan yang disediakan bagi perayaan ini yang termasuk pameran sejarah G P M S , jaguh pidato antara belia, simposium antarabangsa, program Pembangunan kebudayaan GPMS, dan lain-lain lagi yang akan mengisi perayaan ini dari masa ke semasa.

Sejarah kemerdekaan negara kita mencatat berbagai-bagai sumbangan badanbadan sukarela Melayu yang bergerak mengikut aktiviti-aktivitinya tetapi yang bersama giat berjuang untuk mencapai dan mengisi kemerdekaan negara. Salah satu daripada badan-badan ini ialah GPMS yang lahir sepuluh tahun sebelum merdeka dan masih gigih memperjuangkan nasib orang Melayu di bidang pelajaran. Setelah dua puluh tahun merdeka, pencapaian orang-orang Melayu dalam bidang pelajaran telah meningkat, dan sekarang, kita dapat berbangga bahawa anakanak Melayu telah dapat meneroka bidang-bidang dan mata-mata pelajaran yang dahulunya hanya menjadi impian kita semata-mata. Kini terdapat anak-anak Melayu kita yang berkelayakan paling tinggi dan menjadi pakar di dalam berbagai-bagai bidang termasuk bidang-bidang sains dan teknologi. Ini adalah satu manfaat kemerdekaan. Tetapi, kita hendaklah sedar bahawa pencapaian kita ini tidak berlaku tanpa usaha, tanpa kesedaran anak-anak, ibu-bapa dan pemimpin-pemimpin sekelian. Dari segi semangat kemerdekaan ia adalah sebagai permulaan sahaja kerana masih banyak yang perlu dibuat dan dimajukan. Banyak perubahan yang telah berlaku semenjak kita mencapai kemerdekaan. Dengan perubahan-perubahan yang berlaku ini, kita, sebagai anggota masyarakat Melayu, harus mengubahsuai peranan dan perjuangan kita supaya prestasi pencapaian kita akan meningkat lagi, sesuai dengan kehendak keadaan zaman serta cabaran. Pada hari ini, kita sedang meneroka bidang-bidang yang dahulunya menjadi lapangan kaum-kaum lain, dan lapangan-lapangan yang kita bergantung kepada orang 173

lain. Inilah salah satu caranya kita mengisi kemerdekaan. Namun demikian, kita harus terus bergiat meningkatkan kemampuan kita untuk terus mengisi ruang-ruang di mana orang-orang Melayu masih lemah. Dalam hal ini, bagi membolehkan usaha ini dibuat dengan lebih berkesan lagi, golongan cerdik-pandai Melayu dari semua bidang, lebih-lebih lagi mereka di dalam bidang sains dan profesional, harus menyertai kegiatan GPMS dan lain-lain pertubuhan. Dengan cara ini dapat diperkembangkan lagi, malahan kemampuan dan prestasinya, untuk memperjuangkan taraf pelajaran orang Melayu akan menjadi semakin meningkat, sesuai dengan kehendak dan keperluan kita masa kini dan masa depan. Badan-badan sukarela Melayu, dengan sejarah dan semangatnya dalam memperjuangkan kemerdekaan, mestilah dipupuk dan diteruskan. Tetapi, dengan kemampuan orang Melayu yang semakin meningkat, kita harus sedar tentang suatu gejala tidak sihat yang telah meresapi masyarakat Melayu. Badan-badan sukarela, sebagaimana juga badan-badan ekonomi dan politik Melayu, sedang mengalami keadaan di mana terdapat klik-klik, atau kumpulan-kumpulan, yang tindak-tanduknya kadangkala melemahkan sesuatu badan itu secara menyeluruh. Pengikut orang itu dan pengikut orang ini, jika menjadi ciri di dalam sistem persatuan orang Melayu, akan hanya melemahkan perjuangan orang Melayu sendiri, dan kita mungkin akan kehilangan semangat merdeka' yang menekankan perpaduan sebagai asas kekuatan kita pada satu ketika dahulu. Cara pemikiran yang mewujudkan 'barrier' atau sekatan-sekatan tertentu mengikut kumpulan-kumpulan seperti ulamak dan bukan ulamak, lepasan universiti itu dan lepasan universiti ini, kumpulan dari bidang itu dan bidang ini, boleh menjadi benteng keangkuhan bagi melemahkan pencapaian dan prestasi masyarakat Melayu. Tidak mengapa jika wujud kalangan itu dan kalangan ini, sekiranya ia diasaskan kepada semangat untuk menyatukan sumbangan ke arah matlamat akhir kita. Tetapi jika 'barrier' yang wujud hanya memupuk rasa keakuan, dan 'aku lebih penting dan aku yang lebih berhak', ia hanya akan menyemaikan bibit-bibit perpecahan di kalangan orang Melayu. Jika semasa kita memperjuangkan kemerdekaan kita sentiasa berpegang teguh kepada pepatah 'bersatu kita teguh bercerai kita roboh', semangat pepatah ini tidak kurang pentingnya sekarang ketika kita sedang membina satu bangsa Malaysia yang makmur, sejahtera dan bersatu-padu yang memerlukan asas-asas kebangsaan yang kuat. Sebagaimana kita maklum, dan yang menjadi hasrat orang Melayu ialah teras kebangsaan ini ialah unsur-unsur pribumi. Adalah menjadi harapan saya, bahawa perkara ini sentiasa diberi perhatian yang teliti, dan dengan insaf, oleh setiap orang Melayu. Inilah sebalik kata Hang Tuah 'Takkan Melayu hilang di dunia'. Kerajaan sedang berusaha untuk mengukuhkan kemampuan negara dengan berbagai-bagai cara, pendekatan dan strategi. Baru-baru ini gerakan kepimpinan melalui teladan telah dilancarkan bagi sektor awam. Gerakan ini, walaupun dimulakan dengan sektor awam, hendaklah menjadi gerakan yang meliputi seluruh masyarakat. Bangsa Melayu mempunyai peranannya yang amat penting dalam menjayakan gerakan ini hingga ia menjadi nilai hidup kita. Saya sebutkan perkara ini di sini kerana kepimpinan Melayu menjadi teras kepada kepimpinan negara ini, dan kepimpinan inilah yang akan 174

menentukan sama ada kita dapat menggerakkan negara kita kepada tahap pencapaian yang setanding dengan negara-negara maju. Badan-badan sukarela Melayu, dan badanbadan politik dan ekonomi Melayu, adalah tempat kepimpinan negara dilahirkan. Oleh itu, kita tidak harus lupa pada hakikat bahawa kematangan dan kemampuan badanbadan Melayu adalah jaminan kepada kejayaan orang Melayu dan" kemakmuran Malaysia. Dalam Perhimpunan Agung U M N O yang lalu, saya telah menyatakan bahawa masih ramai daripada orang Melayu yang mempunyai sikap negatif, yang masih tidak sanggup berusaha, tidak sanggup belajar dan tidak sanggup bekerja. Saya juga telah menyatakan pentingnya kita menjadi contoh teladan yang baik bagi membawa kenyataan kepada hasrat kita untuk menjadi bangsa dan negara yang bermaruah. Jika kita berusaha, dan kita mencapai tahap kepimpinan di segenap peringkat, dan di dalam semua lapangan, kita tidak perlu mencari-cari contoh dari mana-mana jua malahan kita yang akan dicontohi oleh orang. Tetapi, bagi mencapai tahap ini, kita mestilah sedar dan bergiat mengatasi apa-apa jua kelemahan kita, walaupun berhadapan dengan kenyataan kelemahan kita itu pedih. Kita mesti berani menghadapi dan mengatasinya. Walaupun kita dapat menikmati faedah kemerdekaan dan pembangunan, jika sebahagian besar daripada masyarakat kita masih dikongkong oleh sikap-sikap negatif, kita hanya akan kerugian. Salah satu daripada perkara yang menyedihkan, dan amat malang bagi orang Melayu, ialah suburnya sikap bergantung kepada orang lain, kepada Kerajaan dan kepada nasib. Hinggakan dalam soal agamapun, ada anggota masyarakat Melayu yang ingin bergantung kepada semua bentuk pemberian, dari tempat ibadat kepada tikar sembahyang, pinggan-mangkuk dan belanja untuk mengadakan sesuatu majlis keagamaan melainkan jika niat usaha ini diasaskan kepada kepentingan lain. Jika dilihat dalam bidang pelajaran pula terdapat setengah-setengah penuntut Melayu yang merasakan mereka berhak mendapat tempat di institusi-institusi pelajaran tinggi, sedangkan apabila mereka berada di institusi-institusi ini mereka terpaksa dipaksa untuk belajar, untuk menghadiri kuliah dan tutorial, untuk membaca dan membuat itu dan ini, sedangkan segala-galanya adalah untuk faedah mereka dan bagi menebus maruah bangsa mereka sendiri. Mereka seolah-olah menganggap apabila mereka masuk ke universiti, mereka harus lulus, kerana anggapan mereka apabila masuk universiti kesudahannya ialah, tidak lain, hanya lulus. Penuntut-penuntut Melayu cuai dengan Bahasa Malaysia kerana anggapan mereka Bahasa Malaysia bahasa mereka. Apakah pencapaian tinggi anak-anak kaum-kaum lain di banding dengan pencapaian anak-anak Melayu dalam Bahasa Malaysia tidak menjadi bukti? Kita harus berbangga dengan pencapaian anak-anak kaum-kaum lain dan kita tidak harus iri hati kerana Bahasa Malaysia adalah bahasa seluruh rakyat Malaysia. Tetapi, sebaliknya kita harus sedar dan insaf bahawa jika kita lemah kerana kita cuai, dan indah tak indah dengan kecapaian kita, tentulah kita selama-lamanya akan menjadi bangsa yang lemah dan tidak ada apa bantuanpun yang akan memberi faedah jangka panjang. Semuanya ini adalah negatif bagi orang Melayu, negatif bagi masyarakat, dan negatif bagi Islam. Jika ini menjadi ciri hidup masyarakat Melayu ia hanyalah petanda keburukan akan menimpa orang Melayu. 175

Apa yang saya sebutkan ini hanyalah sekadar pembuka mata bagi masyarakat Melayu sendiri untuk berhadapan dengan kenyataan lebih besar yang ada pada kita. Mungkin ia tidak sedap di dengar, dan mungkin ada orang yang marah kerana saya menyentuh kelemahan orang-orang Melayu. Tetapi, kepada saya, kewajipan kita sebagai orang Melayu bukanlah untuk berbangga-bangga, dan mengkhayalkan orang Melayu di alam impian. Tanggungjawab kita ialah supaya kita dapat bersama-sama mengatasi kelemahan-kelemahan orang Melayu. Sepertimana di dalam keadaan perang, pihak yang hanya berbangga-bangga, tetapi mempunyai kelemahan, akan hanyalah ditimpa kekalahan. Anak-anak Melayu di zaman kita hari ini lahir dan hidup di dalam keadaan kemewahan. Alhamdulillah, dengan kehendak Allah mereka tidak mengalami kepahitan sebagaimana yang telah dilalui oleh orang-orang tua mereka dahulu dalam zaman penjajahan, zaman perang dan zaman semua kepayahan. Oleh sebab mereka mengenai kemewahan tanpa kesusahan, nilai kebahagiaan bagi mereka adalah tidak sama dengan mereka yang telah merasai pahit-maungnya hidup. Oleh itu, bukan sahaja mereka take for granted' segala-gala kebaikan, malahan ramai pula, tanpa bersyukur dengan kebahagiaan yang dinikmati, telah memburuk-burukkan negara ini, tidak ubah seperti rakyat asing yang tidak sukakan kemakmuran dan kesejahteraan yang kita telah bersusah payah berusaha ke arahnya. Saya harap kita dapat bersama-sama menyedarkan diri kita, dan anak-anak kita, supaya mereka mempunyai kemampuan dan kematangan untuk menerima negara ini sebagai warisan apabila tiba masanya nanti, dan untuk membawanya ke tahap pencapaian yang lebih tinggi lagi. Yang kita usahakan sekarang ialah untuk kebahagiaan mereka, dan adalah menjadi tanggungjawab mereka pula untuk menjamin kebahagiaan ini akan berterusan, hingga ke generasi-generasi yang akan datang. Sempena dengan perayaan ulang tahun GPMS ini, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Gabungan dan sekelian ahlinya. Dengan ini juga, saya dengan sukacitanya, melancarkan perayaan ulang tahun 35 G P M S dan merasmikan Mesyuarat Agungnya yang ke 35.

176

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA 16 BADAN KEBAJIKAN DAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA KUALA LUMPUR 29HB. APRLL, 1983

S

aya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Syarikat Kewangan Sim Lim Malaysia Berhad kerana menghulurkan derma sebanyak RM150,000 bagi pihak Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, dan menyampaikan derma orang ramai sejumlah lebih dari RM1 juta yang dikutip oleh syarikat ini kepada 16 badan kebajikan lain pada malam ini.

Badan-badan perniagaan biasanya mempunyai satu unit khas untuk mengendali dan merapatkan hubungan antara para pengguna, atau pembeli dan orang ramai. Berbagai nama diberikan kepada unit ini, tetapi yang penting ialah kesannya. Bagi sesebuah perniagaan, kesan utama yang diharapkan ialah sokongan masyarakat pengguna atau pembeli. Tetapi, kesan yang lebih luas ialah dari segi "social obligation" atau tanggungjawab sosial sesebuah badan perniagaan terhadap masyarakat dan negara. Aspek ini, walaupun tidak asing bagi kita, masih belum menjadi ciri masyarakat perniagaan kita. Itulah sebabnya ada kalanya kita mendengar sungutan-sungutan para pengguna dan pembeli tentang etika golongan peniaga. Sehingga kini mereka tidak faham tentang diri mereka sebagai 'corporate citizen" yang mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat yang memberi peluang dan keuntungan kepada mereka. Tetapi, alhamdullillah, sekarang ada tanda-tanda bahawa semakin banyak syarikat-syarikat di Malaysia yang mengambil berat tentang peranan mereka sebagai warganegara "corporate" di Malaysia kita ini. Derma yang dihulurkan oleh Syarikat ini adalah satu dari buktinya. 'Trend" ke arah kesedaran ini malangnya dicemar oleh kegiatan yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. "Bogus housing developer", "backyard pharmaceutical manufacturers" dan lain-lain telah bertempat di negara kita, dan ramai pengguna telah tertipu melalui berbagai-bagai cara. Walaupun golongan yang menjalankan aktiviti haram ini mungkin kecil, tetapi kesannya amatlah buruk kepada masyarakat. Sekali pengguna hilang kepercayaan, semua perniagaan akan menjadi malap. Kita dapat lihat ini berlaku di sebuah "crown colony" di mana barang tiruan dijual dengan meluas. Akibatnya ialah pengguna dan pembeli tidak lagi menaruh kepercayaan dan tidak mahu membeli barang-barang, walaupun yang "genuine" atau asli. Maka ekonomipun terus merosot. 177

Mungkin keadaan ini belum begitu berleluasa di negara kita, tetapi keadaannya memerlukan tindakan yang tegas. Dalam hal ini, Kerajaan dengan sendirinya, tanpa usaha dan tindakan tegas oleh sektor swasta dan pengguna, mungkin tidak dapat mengatasinya dengan berkesan. Adalah bagi kebaikan dan masa depan sektor swasta sendiri dan kita semua, yang keadaan ini diatasi, dan diatasi dengan tegas dan segera. Baru-baru ini saya telah menganjurkan konsep Persyarikatan Malaysia bagi mewujudkan satu persefahaman dan kerjasama antara sektor awam dan swasta. Saya dukacita kerana masih terdapat orang yang tidak faham dengan maksud Persyarikatan Malaysia atau "Malaysia Incorporated". Saya telah menerima cadangan supaya saya menjadi pengarah syarikat-syarikat yang ditaja oleh orang ramai kerana mereka berpendapat bahawa dasar "Malaysia Incorporated" bermakna Kerajaan berniaga sebagai syarikat, bersama dengan swasta. Sekali lagi ingin saya jelaskan bahawa "Malaysia Incorporated" adalah gelaran bagi sebuah negara di mana Kerajaan dan swasta bekerjasama untuk menjayakan ekonomi negara seolah-olah negara adalah sebuah syarikat yang mana Kerajaan dan swasta menjadi "partner" atau rakan perkongsian. Kerjasama ini amatlah logik kerana keuntungan pihak swasta akan menguntungkan Kerajaan - dan negara - melalui hasil. Sebaliknya, kerugian oleh pihak swasta bermakna Kerajaan tidak akan mendapat hasil, dan rakyat juga tidak akan merasai nikmat dari perbelanjaan hasil. Oleh itu, pegawai kerajaan patutlah berusaha untuk bersama-sama menjayakan semua perniagaan. Seperti kejayaan sesebuah syarikat juga, kejayaan "Malaysia Incorporated" tidaklah boleh bergantung kepada satu "partner' sahaja. Sementara kita berkehendakkan pegawai kerajaan bekerjasama bagi menjayakan Persyarikatan Malaysia, "partner" dari pihak swasta juga perlu memberi kerjasama. Janganlah anggap pegawai kerajaan sebagai orang suruhan yang boleh diarah buat itu dan ini. Sebaliknya diplomasi hendaklah digunakan oleh pihak swasta untuk mendapat kerjasama pegawai. Seelokeloknya perhubungan antara kedua-dua pihak hendaklah merupakan perhubungan antara rakan perkongsian, dan bukan "master dan servant" atau "servant and master". Dalam sistem demokrasi, kekayaan rakyat adalah kekayaan negara, dan kekayaan negara adalah kekayaan rakyat. Kerajaan adalah semata-mata pengurus atau "managers" yang mengurus segala kegiatan bersangkutan dengan pembangunan negara. Lebih banyak kekayaan yang dikeluarkan hasil usaha rakyat, lebih banyaklah pendapatan negara yang akan dapat disalurkan oleh Kerajaan untuk membekalkan segala infrastruktur yang diperlukan oleh masyarakat. Hari ini pendapatan per kapita rakyat Malaysia cuma dua ribu dollar US setahun, sedangkan di negara maju pendapatan mereka adalah lapan ribu dollar US setahun atau lebih. Dengan perkataan lain, kita masih miskin. Tetapi, rakyat di semua peringkat mendesak untuk mendapat infrastruktur yang setaraf dengan rakyat negara maju. Sementara peniaga memerlukan telefon automatik, teleks, lapangan terbang, pelabuhan dan lain-lain, rakyat di kampung memerlukan jalan, air dan elektrik. Tidak ada keutamaan yang terlalu tinggi bagi mana-mana pihak kerana tanpa perniagaan 178

tidak mungkin negara memperolehi hasil untuk dibelanjakan untuk jalan-jalan kampung, elektrik dan air. Kedua-dua pihak adalah penting untuk negara. Jika kita ingin kepada semua kemudahan-kemudahan ini negara perlukan hasil yang lebih tinggi, yang bermakna daya pengeluaran rakyat mestilah dipertingkatkan secepat mungkin. Dalam analisa yang terakhir daya pengeluaran inilah yang terpenting sekali dalam pembangunan negara. Kekayaan rakyat memang menguntungkan rakyat sendiri. Bukan sahaja hasil yang dikutip oleh Kerajaan akan dibelanjakan untuk rakyat, tetapi kerja-kerja kebajikan di kalangan rakyat dapat diadakan. Pada malam ini Syarikat Sim Lim akan menghulurkan derma kepada Persatuan Bulan Sabit Merah dan lain-lain badan kebajikan. Sudah tentu jika Syarikat ini tidak berjaya mendapat keuntungan, masyarakat tidak akan dapat bantuan ini. Sudah tentu bukan sahaja Syarikat Sim Lim yang dapat menghulurkan derma ini, tetapi di Kuala Lumpur sahaja, malam-malam amal sering diadakan di mana syarikat-syarikat swasta tidak cuai membantu dengan derma dan lain-lain. Sementara kepentingan pekerja dan pelanggan mesti diberi pertimbangan yang wajar, keuntungan bagi syarikat tidak kurang pentingnya kerana dari keuntungan inilah Kerajaan mendapat hasil dan segala derma yang dikeluarkan. Apa-apa jua usaha kita mestilah mementingkan masyarakat dan negara. Sektor swasta yang sihat dan bertanggungjawab boleh memberi sumbangan yang besar kepada masa depan negara kita yang lebih bahagia. Tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak yang boleh menjejaskan tanggapan rakyat terhadap sektor swasta boleh melemahkan usaha kita. Oleh itu, adalah menjadi harapan saya bahawa masyarakat perniagaan di negara kita akan menggembleng tenaga untuk memupuk etika perniagaan yang sihat dan membina, serta membuat sumbangan ke arah kesejahteraan rakyat dan negara. Sebagai negara berbilang kaum, perkembangan sektor swasta yang sihat, selaras dengan kehendak dasar-dasar negara, boleh memperkukuhkan lagi perpaduan, dan ini boleh dianggap sebagai satu pelaburan oleh pihak swasta. Akhir sekali, saya selaku Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, berbangga dengan sumbangan Syarikat Kewangan Sim Lim Malaysia Berhad kepada Persatuan ini. Saya yakin, sumbangan ini akan membantu Persatuan ini di dalam berbagai-bagai aktivitinya, dan akan menjadi contoh kepada syarikat-syarikat swasta lain untuk memikirkan cara-cara yang lebih berkesan lagi ke arah menjadi "corporate citizen" yang bertanggungjawab dan bertimbang-rasa.

179

SPEECH BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AS THE PRESIDENT OF THE MALAYSIAN RED CRESCENT SOCIETY AT THE OFFICIAL OPENING OF THE FIFTH CONFERENCE OF RED CROSS/RED CRESCENT LEADERS OF ASEAN KUALA LUMPUR 7TH. MAY, 1983

I

take this opportunity, on behalf of my wife and I, to express our sincere appreciation to the organisers of the Fifth Conference of Red Cross/Red Crescent Leaders of Countries within ASEAN, for inviting us to be present here to-day. It is, indeed, a privilege and honour for me to address this gathering of distinguished delegates, observers and guests from so many organisations. On behalf of the Government and the people of Malaysia, I have great pleasure in welcoming you all to Kuala Lumpur. To you, Your Royal Highness, may I assure you that your visit to Malaysia, besides being a historical event, is yet another expression of strong bonds of friendship and cordial relations that exist between Thailand and Malaysia.

To the distinguished delegates from the ASEAN countries and observers from Japan and Brunei, as well a representatives from the International Committee of the Red Cross and the League of Red Cross Societies, on behalf of the Malaysian Red Crescent Society, I extend a warm welcome and I hope that this Conference will further strengthen our movement on world-wide and regional bases. The presence and participation of others from the various national and international organisations is proof of the support for the movement. I understand that this Conference is the fifth in the series, but the first in Kuala Lumpur. I am confident that this Conference, held from time to time, will not only be beneficial to the Red Cross and Red Crescent Societies but will also help in fostering greater cooperation for the sucess of ASEAN. The theme that you have adopted for this Conference, that is "The A S E A N approach for Red Cross and Red Crescent Societies in the Eighties", shows how sensitive the movement is towards adjusting to new development and changing realities. The theme allows the Conference to adopt a forward-looking view which could prove very rewarding and stimulating for every participant. We are living in an era of rapid change. Not only are things around us changing, but we ourselves are being subjected to change. Never before have we witnessed such a phenomenon whereby we are both the active agent as well as object of change. Scientific and technological advancement have been one of the main facilitators of this change. New discoveries, inventions and innovations in the various fields offer us 180

tremendous possibilities in improving our well-being and our environment. Nevertheless, positive developments always carry some undesirable effects, while some are subject to misuse and abuse. The advancement of science and technology has resulted in new inventions and innovations in both hardware and software in the areas of health and medicine, communication and transportation, weapons and machinery among others. While new drugs, methods and techniques are progressing in the field of medicine, the sufferings of the people afflicted by the use of new weaponry, or even misuse and abuse of drugs, neglect of security precautions in factories and plants, and widespread crime and brutality with sophisticated weapons brings about a new and complicated dimension in the role of the Red Cross and Red Crescent in providing aid, welfare and social services. The feneral advancement made does not reduce the need for the services of the Red Cross and Red Crescent societies. Famines, disasters, accidents and such like are still very much with us. In addition we now have the plight of refugees resulting from political and military conflicts which require the services of the Red Cross and Red Crescent and other voluntary organisations. Indeed there are more and more areas in which the services of the Red Cross and Red Crescent are needed. The fact that our services are more and more required by suffering humanity is itself a reward which should encourage us to strive further in performing our role. During the late seventies, the ASEAN Red Cross and Red Crescent Societies rallied round their respective Governments to deal with the problem of the Vietnamese Boat People by providing various forms of social care. The A S E A N countries certainly benefitted from the dedicated and effective services provided by the Red Cross and Red Crescent Societies as auxiliaries to their respective Governments. In fact, they demonstrated to their Governments certain specific aspects of coping with this problem which was somewhat new to this region. From the reports of the previous Conferences of this nature, I understand that the ASEAN Red Cross and Red Crescent Societies have taken a serious view of the 1976 Declaration of ASEAN Foreign Ministers With Regard to Disaster. I am glad to note that at the Fourth Meeting of ASEAN Experts on Natural Disasters, held in Kuala Lumpur in December 1981, our Red Cross and Red Crescent Societies participated as a group. Natural disasters which tend to become increasingly destructive because of larger populations and zones of economic activities is of grave concern to us. Since these natural phenomena will continue to occur, we cannot avoid but be more prepared. While the prime responsibility still lies with the Governments, the community organisations nevertheless have an important role to play. I am glad to note that the ASEAN Red Cross and Rec Crescent Societies continue to play an active role in the various forms of counterdisaster response activities, mainly through disaster preparedness and relief. The Red Cross and Red Crescent Societies, like almost all other voluntary organisations, are bound to experience the effects of the current world-wide economic recession. The slow-down in growth experienced by the public and private sectors 181

invariably be reflected in their financial and other forms of support for the voluntary sector. Hence, it is imperative that the voluntary agencies take a closer look at their present organisation and operations. They need to reassess the needs and priorities of their programmes and evaluate their performances in order to achieve a higher degree of accountability. Wherever possible, duplication of programmes and activities should be avoided and effective managerial input be provided to meet new challenges. This Conference demonstrates the relationship and concern of ASEAN countries on a people-to-people basis. ASEAN people have many things in common. It is through interaction and cooperation of A S E A N organisations, such as the Red Cross and Red Crescent Societies, that we are able to appreciate our common problems and aspirations. We need to continually find alternatives to the traditional approaches of the developed countries. We need to plan and develop solutions to our common problems based on our regional experiences and resources. I am sure that you will also identify realistic ways and means of implementing the recommendations to be made at this Conference, and I am sure that the people and Governments of ASEAN are looking forward to learning about your deliberations and recommendations. With these words, I have great pleasure in declaring the Fifth Conference of Red Cross/Red Crescent Leaders of Countries within A S E A N open, and wish you all every success.

182

KEYNOTE ADDRESS ON SCIENCE AND NATIONAL DEVELOPMENT BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE OFFICIAL OPENING OF FORUM SAINS KEBANGSAAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA 10TH. MAY, 1983

S

aya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk memberi ucapan dan juga membuka Forum Sains Kebangsaan ini. Walau bagaimanapun, oleh sebab saya terpaksa berlepas ke luar negeri pagi ini, saya meminta maaf kerana tidak dapat hadir bersama di majlis ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Dr. Sulaiman Daud, Menteri Pelajaran kerana sudi menyampaikan ucapan ini bagi pihak diri saya.

Saya mengambil peluang ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Universiti Pertanian Malaysia di atas usaha-usaha menganjurkan Forum ini, dan saya berharap Forum ini akan berjaya melahirkan perakuan-perakuan yang konkrit dan praktikal selaras dengan tema dan tujuannya. Man is God's special creation. While science may regard him as one of the categories of animals, his ability to reason differentiates him from the others. He has all the animal instincts, but he is more mobile and able to control his environment and destiny. Man's ability to reason enables him to progress, from one stage of being to another - from a primitive state to a more civilized state. In other words, he is gifted with the ability to choose, between good and bad, to differentiate what is moral and immoral. He has the choice of what he should be, and become. From history we see this progress though it may not be linear. Today, we are at another stage of progress. The achievements made within this last few centuries has been unprecedented. Discoveries, inventions and innovation in the fields of science and technology have changed almost everything and we are on the threshold of an age of excellence. Given man's ability to make choices to serve his general good, the question is whether he is fulfilling the mission of promoting greater humanity? This may sound philosophical - and philosophical indeed - but, this is the question facing man all the time - before, now and in the future. It is for this that he is gifted with the ability to reason, not just to seek knowledge and truth but with the knowledge to be of service to humanity. Existence is not just living and surviving - eating and making merry. Existence is a quality of fuller fulfillment - materially and spiritually - a better quality of life and living. 183

Development is, therefore, an environment that enables individuals to have a truly meaningful existence as human beings in the context of the whole scheme of existence, and therefore, a process for achieving this higher state of well-being. It is a totality and a balanced progress within a normative framework, at the core of which is humanity. National development is a major preoccupation of modern states. It is an instinctive response to man's quest for better existence. National development is the process of achieving a better state of well-being given a certain set of norms and values of what is good and desirable. The concept of development and national development has gone through a process of change and adaptation itself. While initially it's emphasis was more on material economic progress, today, more and more it is seen as a total upliftment and balanced progress. Today, development is no longer accepted as a cultural-bound westernbiased phenomenon, but as a contrived phenomenon with importance placed to its particular context. Its material and physical components are regarded only as a dimension and more as a means for realising a greater, fuller and meaningful human existence materially and spiritually. Science has indeed played an important role in development. Development - its concept and techniques owes a lot to scientific development both in the fields of soft and hard sciences. Unfortunately modern day branches of knowledge, developed more on less independently of each other. The people of various disciplines, again as a modern day phenomenon of knowledge explosion and obsessions with protecting the legitimacy and mystique of one's field, do not necessarily share a common philosophy about the place of science and development. It is indeed, infortunate, that philosophy which has been the apex of, and an integrative point of pre-modern knowledge is no longer performing that role. Thus today many people are still arguing about value-free and value-laden science. While such arguments may have its merit, humanity is at stake. Science - both hard and soft sciences - are not optimally utilized for the exclusive good of man; its abuse allows the evolution of a culture that is contrary to the higher ideals and basic norms of humanity. Moral decadence, brutality and social upheavals, militancy and oppression are manifestations of some dysfunctional effects of science on modern day generation. Not that science is bad, but some people who apply it lacks humanity at heart. If there is misuse or abuse, it is the society, and more specifically the individuals in the society. We should not place the blame on science. The pursuit of science must go on, and even at a greater pace but serious considerations must be given to enable science to be utilized for the greater good of men and humanity. It is an area within the realm of conscience. A greater segment of the human race in every period of human civilization lives in indignity - oppression, hunger, disease, femine, and poverty. This we are also witnessing in our times, today. Yet, the paradox is that we also claim that we have the potentials of producing enough food for the whole world population, and to raise the standard of living of the whole human race to a level unknown before. 184

Today, vast sums of funds are being used for military purposes and human sufferings are made to support the war industry. And again vast sums are spent to maintain international outfits whose preoccupation is empty rhetorics. Big nations may be able to indulge in these luxury but not the smaller nations. We are still far from meeting the challenge facing humanity. To optimise the application of knowledge, science and technology for the betterment of mankind, is a challenge facing us, the present generation. Malaysia is most fortunate. Though events in our history have posed us with many problems, we have the necessary ingredients to make Malaysia a case of success in national development. Given abundant natural resources, what we need now is a motivated and hard working society with high moral values and discipline, and the proper application of science and technology to serve our needs and aspirations for greater achievements. In our case, science and technology, and indeed the whole spectrum of knowledge must be developed and utilized as a tool for fulfilling our aspirations towards peace, prosperity, unity and justice for all Malaysians. In its widest sense, science is the systematic method of describing and controlling the material world and is based on the study of natural laws of the universe. The development of scientific laws, theories and principles over the last 6,000 years are a result of man's enquiring mind in his search for knowledge and truth. Science does not create but discover what exists. We in Malaysia, view knowledge and science as the pre-requisite, of all human endeavours. In accordance with the teaching of Islam we believe that it is our duty to create and develop a conducive environment for the promotion of knowledge and sciences which in essence are efforts in confirming divine truth. Our Prophet Muhammad s.a.w. said "The quest for knowledge is obligatory on every Muslim". Science does not just serve human curiosity but more importantly it is to serve his needs. We cannot deny that the world is shaped by technology and that the successful application of science have resulted in technological breakthrough as well as in the production of trained and competent manpower for national development. Science is "know-why" while technology is "know-how". In other words, science produces knowledge while technology helps in the production of wealth. Science without the by-play of technology becomes sterile, and technology without science becomes moribund. Let us take a lesson from history. The golden age of Islamic civilization was the period of high achievement in various sciences. This has triggered the Renaissance in Europe and led the West on a new road to scientific development and glory. Science in the Islamic world became neglected and eventually led to the decline of the Islamic civilization as a pacesetter in world affairs. 185

Today nations, including Malaysia, look forward to science and technology for salvaging stagnant economies and in overcoming misery and poverty. However, in order to ensure a healthy development there must be a balance both in the development and application of hard and soft-sciences. This is necessary if we are to ensure a balanced development and reduce the unintended consequences and undesirable effects of development. Science and technology is a powerful instrument of social change; its effects on modernization is not merely through improved technology but also through changing the lives of individuals and of societies and nations. Some generalisations have been made on the reasons why developing nations show little progress towards achieving greater prosperity. Firstly, it is the lack of adequate resources especially skilled manpower and advanced technical know-how. Secondly, the failure to recognize the important role of science and the scientific community; the scientists are kept "on tap - not on top" and denied position of social responsibility. Thirdly, out of necessity a high priority is given to arms build-up than to scientific and social development, and fourthly, there is a lack of sincere co-operation from advanced nations which are still holding fast to the theory of scarcity and are reluctant to see the developing economies as equal competitiors and partners in international affairs. Such generalisations may not be wholly applicable to Malaysia, but being a developing nation there are much to be done to take us through the take-off stage. On achieving independence we embarked on programmes in nation-building and socio-economic development. "Rome was not built in a day," but we do not have all the time in the world either. So we strive and made use of the resources and capabilities that we had. Now, through this cumulative process, we are on a stronger foundation for greater achievements. Where, before, we had no university, we now have five universities and numerous technical institutions. Education in the sciences has been encouraged and given higher priority over the general education in the arts. We established research institutions in agriculture, forestry, medical sciences, industry and even on the application of nuclear materials. A National Council for Scientific Research and Development, a consultative body to advise the Government on scientific and technical matters and to ensure that research activities are geared towards national development needs and goals was established in 1975. Education is important. Every year thousands graduated from universities and colleges in our country as well as from colleges and universities overseas, and many are being trained in science and technological fields. We are aware that the development of our human resources is equally as important as the development of natural resources. Without indigenous science and technology, the resources of a nation cannot be fully exploited for our development. 186

With our efforts we have progressed in a number of fields. In terms of research on the production of rubber from Havea plants we are ahead of other nations; our work on tropical diseases are commendable, and our approach to land settlement is an example for many developing countries. We cannot be contented with our achievement but, on the other hand, we have to address ourselves to the challenges ahead of us in entering the new decade. Whether there is any need for extensive education in science and technology for Malaysia is no longer a question. The task before us is to ensure that our educational development and our research are constantly geared towards our specific cultural, socio-economic and political milieu. Do science curricula in our schools and universities contain the elements that are needed? What are the necessary adaptation required? These are basic questions which are pertinent to our aim in fostering a dynamic scientific community. The greatest challenge in science education is the process of instilling the right attitudes to learning and conducting our work. Attitude is a product of environment. The attitude towards work and production of technological goods shown by the Japanese differ greatly with that of the western nations such as Britain or the U.S.A and this factor explains partly for the advancement in high technology attained by the former. On the other hand, the attitude towards enquiry and towards seeking new knowledge, has put Britain and U.S.A ahead of others in terms of innovations and invention. Similarly, the Germans have excelled themselves in chemistry because the Germans in general are thorough in their analysis, classification and construction of systems. It is therefore essential for us in Malaysia to develop and incorporate into our culture the kind of attitudes that can make science and technology the basis of our development. What we want in Malaysia, at this point in time, is a greater, more aggressive, and appropriate utilisation and application of science and technology for our development in the various fields. Our economic growth requires the concurrent development of agriculture and industry whose symbiotic relationship should be maximally nurtured and developed together. Whereas agricultural technology must necessarily be adapted to the specific environment or ecological circumstances and the local farming system, industrial technology and techniques, if so needed, can usually be transplanted without major modifications. Nevertheless in both cases, given the specific needs and the particularity of a given situation, supporting institutions will be required to help select or generate the most appropriate technology and to adapt it to suit the local needs and conditions. Therefore, the improvement of indigenous technology and adaptation of imported technology, deserve close attention. In this regard we need a sensitive scientific and research community. In our effort to enhance improved technology, expenditure alone may not serve our goals. There must, at the same time, be a right attitude to see to a balanced development of a continuous innovation chain-linking scientific research, market research, development design, production, and market acceptance. 187

Experience elsewhere has indicated the need to keep basic and applied research in proportion to development and design, and to other scientific and technological activities. A proper and systematic co-ordination of science, technology and production is a must. And since linkages between government, production and research are important, and that their effectiveness may be more decisive than the actual physical form of the overall organisation, then a well-formulated strategy and plan with the necessary co-ordinative mechanism is a prerequisite and necessitates a centralised function at the national level where decision can be made in relation to national goals and priorities. In the process of utilizing science and technology for development, we must make the best use of our national scientific and technological potential, in a two-way interaction with economic and social planning. We need to strengthen the supporting service activities, and raising the general level of productive competence. We need to make the best use of imported technology while at the same time generate appropriate indigenous ones. This requires attention both to the mechanism for the transfer of technology, and to the propagating of our own scientific and technological competence. In other words, we need a balanced distribution of scientific and technological personnel besides an adequate supply of managerial and enterpreneurial talents. Since the impact of industrialization through science and technology, industrializing countries have been facing the problem of striking a balance between adopting western technology and maintaining traditional values. The adoption of new technology and along with it alien negative norms is not what we want. There is this twin problem of preserving positive traditional values on the one hand, and changing attitudes and values to suit the demands of modern technology on the other. We must be sensitive to this and our education, formal and informal, has an important role to play to see to it that our people can sieve through what is necessary and appropriate. The teaching of science must take a new orientation. The overall objective of the new approach in science teaching is to foster a living science, as a dynamic force for societal improvement Our efforts must be geared towards the creation of a scientific mind. So far, science teaching has remained in its traditional form where sciences are taught for science sake, without showing much of its usefulness and practicality in everyday life. In the classrooms, scientific laws are learnt, not discovered; hypothesis are not tested but taught Such a curriculum does little to develop an attitude for a critical enquiry, adaptability and objective understanding. Thus the ability to critically observe, analyse and conclude on everyday phenomena has remained to be the exclusive realm of scientists alone. The general public continues to be passive consumers of scientific facts, discoveries and inventions. In fact, there is a tendency for some people to look upon science as something mysterious and complicated. As such scientific discoveries and inventions are not analytically viewed as an ordinary achievements of mankind. The make up of a scientific mind begins from young, and there must be continuous follow through. Given the present situation the task again falls on the scientific community to assist in making science education more interesting and applicable to 188

the daily lives of the different level of our people. Science must be made to serve and not as a plaything of exclusive few who are scientists. We must strive to see to the birth of Malaysians who not only specialize in various fields but both having and able to utilize the tools and instruments of science and the humanities as a way of life. The question of social-technical balance in development is an important dimension. In striving for a balanced development of scientific and humanistic knowledge there is a need to incorporate within the social dimension, moral and religious elements. As a matter of fact we have made a good start in this respect through the restructuring of the primary school syllabus where a more scientific and natural approach to the study of nature and society is complemented by the inculcation of religious and moral values. We will continue to strengthen this base at the secondary and tertiary levels so that increased technical learning at these level would not result in the production of scientists who are not socio-culturally sensitive. In working towards the above objectives, our scientists themselves have a big role. They should organize themselves into some kind of a national society which will serve as a forum for exchanging ideas on matters relating to science and development. Many models are available but one which suit our own need and special socio-political situation will need to be evolved. I have been stressing the fact that advancement in science and technology is important in national development. At the core of it is research and development (R&D). This colitical of research and development underscored by the role accorded to R & D by most developed countries, where the component of R & D is around 2% 3% of the Gross National Product and the priorities of research areas are quite well defined. However, in third world countries this component has been lacking, be it in terms of funding, organization or the establishment of priorities. For example, research expenditure for most third world countries have been less than the UNESCO recommended ratio of 1% of GNP. In the case of Malaysia, public expenditure on research was only 0.63% for 1980 and 0.64% for 1981. Among the logical reasons cited for inadequate research funding are the huge capital outlay involved in R & D as well as the the long span of time necessary before benefits can be reaped and this is especially so in the case of basic research. Greater commitment will have to be given if we are to see the support role of science and research come to reality. While the public sector role is critical no less important is the share of the private sector. No less also is the critical role of research entities to organize institutions and research threats as a prove of their capability and sense of commitment. We must now concentrate to set our priorities in the light of our long term objectives. Basic and applied research are complementary and mutually reinforcing. The product of basic research must not be merely imported but instead basic research must be undertaken locally for the upgrading and adaptation of information for advanced applied research as well as the exploration of new frontiers. In the case of Japan there is no denying that a great investment has been put into the establishment of infrastructure for basic research as far back as 1930's. The present advanced stage of Japanese 189

science and technology can be attributed to this investment. Presently Japan has one of the most elaborate mechanism for science policy organisation in the public sector as well as the most comprehensive network of basic and applied scientific research institutions in both the public and private sector. Indeed, Japan spends some 3% of her GNP for research - the highest research investment in the whole world. Research and development also require manpower planning and development so as to ensure adequate supply of manpower necessary to carry out research and utilize the benefits of research. Manpower policy must be tailored to cater for the needed development. The task of performing intensive formal as well as in-service training functions should be jointly provided by the public and private sectors, and it is hoped that this can be made possible in the future. In Japan, private corporations have enormous training facilities including enrolment into company-owned technical schools, colleges as well as two year training apprenticeship for newly hired engineers. This is possible partly due to the life-time employment system whereby investment on training of personnel is not wasted due to high turnover of employees. From the experiences of our six national plans we should be in a better position to devise a national manpower development plan that incorporates not only the necessary training of manpower in critical areas of science and technology, but also the contribution of the private sector in the training as well as the forecasting of future manpower to meet required target. Co-operation between the private sector and the public sector is still the essence. This no less fit our concept of Malaysia Incorporated. The private sector will have to shoulder some of the responsibilities in R & D as well as manpower planning and development. On the other hand, the bureaucracy has to fully appreciate the nature of research and its benefits to national advancement. It is in this light that leadership in research organizations should be headed by competent managers who can organize efficient research and appreciate the needs and aspirations of scientists. At the same time, to ensure maximum productivity of research, sufficient motivation must be devised in terms of status, incentives and rewards. Only then can support, funding and utilization of research be given its proper place, be it in terms of basic or applied research, between agriculture and industry and even between foreign and local expertise. Through all these planned efforts we are hopeful perhaps to slowly but surely develop, mould and generate Malaysians, with "trained and organised common-sense" - as Huxley defines science, who will be more able to appreciate the role and forces of science in our national development. With these words, I now have the pleasure of declaring this Forum officially opened.

190

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1983/1403 KUALA TERENGGANU 28HB. MEI, 1983/15 SYAABAN, 1403

A

lhamdullillah, saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat saya bersama-sama hadir di majlis perasmian Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang bahagia ini. Sebagai majlis yang ke-25, mungkin muslimin-muslimat di negara kita mengharapkan acara Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan ini disambut dengan besar-besaran. Tetapi, dalam keadaan ekonomi yang lembab, di mana segala perbelanjaan perlu dibuat dengan jimat, upacara ini juga terpaksa dibuat dengan sederhana sahaja. Kepentingan Musabaqah Membaca Al-Quran tidak bergantung kepada cara sambutannya. Yang lebih penting ialah kesannya terhadap umat Islam dan negara. Kesan yang diharapkan ialah kefahaman umat Islam tentang maksud dan ajaran A l Quran, dan minat umat Islam untuk meningkatkan lagi kefahaman ini, serta mengamalkan hukum, prinsip dan nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam. Semenjak dua tahun yang lepas, Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan telah bergilir-ganti ditempatkan di negeri-negeri. Setelah diadakan di Negeri Sembilan dan Negeri Perak, kali ini Negeri Terengganu pula telah mendapat penghormatan menjadi tuan rumah kepada majlis yang mulia ini. Bagi pihak diri saya, saya merasa sukacita sekali dengan keputusan untuk mengadakan Musabaqah Peringkat Kebangsaan kali ini di Negeri Terengganu.

Negeri Terengganu adalah salah sebuah negeri di Semenanjung yang hampir keseluruhan penduduknya beragama Islam. Terengganu sememangnya mempunyai sejarah yang penting dalam perkembangan agama Islam di Nusantara ini. Penemuan Batu Bersurat membuktikan bahawa Negeri Terengganu merupakan salah satu tempat di mana Islam mula-mula berkembang di negara kita. Tidak hairanlah kiranya terdapat ramai pula tokoh-tokoh agama yang penting yang tercatat di dalam sejarah negeri ini. Oleh itu, majlis kita ini juga bolehlah dikatakan sebagai satu majlis bagi menghormati Negeri Terengganu sebagai pusat perkembangan Islam, tokoh-tokoh Islamnya, dan usaha-usaha gigih yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ke arah kemajuan agama Islam. Walaupun Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang hampir semua penduduknya beragama Islam, dan usaha-usaha ke arah kemajuan agama Islam senti191

asa mendapat keutamaan yang tinggi, malangnya terdapat juga kurang persefahaman di kalangan segelintir umat Islam di tempat-tempat tertentu hingga mengakibatkan berlakunya perpecahan rumah tangga, permusuhan, fitnah-memfitnah dan kafirmengkafir. Keadaan ini seharusnya tidak berlaku, dan malang sekali bagi umat Islam di negeri ini kerana perkara ini tidak diberi perhatian yang serius oleh setengah-setengah pihak yang kononnya memperjuangkan kepentingan Islam. Dalam kita berusaha ke arah menegakkan syiar Islam di negara kita, di mana penduduk Islam hanya merupakan kira-kira lima puluh peratus sahaja, gejala-gejala yang tidak sihat dan merbahaya ini hanya melemahkan usaha-usaha ke arah memperluaskan pengaruh agama Islam di negara kita. Walaupun umat Islam berbangga dengan apa yang dianggap sebagai kesedaran baru di kalangan umat Islam di seluruh dunia, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah umat Islam berpecah-belah, bersengketa sesama sendiri sehingga terus berperang. Berpuluh ribu orang Islam telah mati kerana peperangan antara orang Islam dengan orang Islam. Di negara kita sendiri, walaupun peperangan tidak berlaku tetapi usaha untuk memecah-belah orang Islam sedang dipertingkatkan. Usaha ini disembunyi di belakang apa yang dikatakan perjuangan untuk Islam. Kegiatan ini tidak ada di zaman dahulu di waktu peluang untuk merebut tempat dan kuasa tidak diberi melalui sistem demokrasi. Dahulu semua orang Islam di Malaysia bersatu-padu sehingga dapat mereka melawan penjajah untuk merebut kemerdekaan. Tetapi sekarang segala usaha untuk mengekal perpaduan dan mengguna kuasa yang dimiliki oleh orang Islam untuk mengukuhkan kedudukan dan ketahanan orang Islam sudah terganggu. Kesedaran baru orang Islam sebenarnya bukan kesedaran tetapi merupakan satu keangkuhan di kalangan satu golongan yang cuma melihat peluang bagi diri sendiri, baik di dalam negara kita atau di seluruh dunia Islam. Islam meletakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan umatnya di peringkat yang tertinggi sekali. Itulah sebabnya Islam sangat-sangat melarang sesuatu golongan memandang rendah golongan yang lain, dan melarang seseorang melemparkan tuduhan kepada seseorang yang lain tanpa bukti dan tanpa saluran yang ditentukan. Demikianlah pula Islam menganjurkan cara hidup berbaik-baik, hormatmenghormati dan saling membantu sekalipun dengan mereka yang bukan Islam. Sebenarnya prinsip-prinsip Islam yang mulia inilah yang telah menarik ramai pengikut kepada Rasullullah s.a.w. Bukan sahaja orang-orang yang tertindas tertarik mencari perlindungan di bawah naungan Islam, malahan seteru Islam yang ketatpun, kerana kagum dengan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w., telah turut menjadi pengikutnya dan berjuang bermati-matian kerana Islam. Prinsip-prinsip Islam yang tinggi ini jugalah yang telah membawa Islam ke seluruh pelusuk dunia. Hinggakan hari ini umat Islam merupakan satu umat yang terbesar di dunia dari segi bilangannya. Walaupun prinsip-prinsip Islam merupakan prinsip-prinsip yang begitu tinggi nilainya, sejarah Islam dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa Islam sentiasa mempunyai musuh-musuhnya yang terdiri dari mereka yang menggugat prinsipprinsip murni ini. Telah timbul mereka yang pernah menganggap diri mereka sebagai 192

Nabi, sebagai Imam Mahadi, dan lain-lain lagi hinggakan pencemaran ini telah dapat pula mempengaruhi mereka yang cetek kefahaman dan imannya, dan justeru itu melemahkan Islam. Di zaman kita juga perkara-perkara ini berlaku, dan ini semua adalah pencemaran yang mencabar setiap anggota umat Islam yang benar-benar berpegang kepada Islam dan bertakwa. Bersama-samalah kita berdoa dan berusaha membenteraskan anasir-anasir yang merosakkan kesucian Islam dan melemahkan umat dan syiar Islam. Setiap kali kita mengadakan Musabaqah Membaca Al-Quran, kita memilih tematema tertentu bagi memperkukuhkan asas-asas dan prinsip-prinsip yang dianjurkan oleh Islam. Kali ini tema Musabaqah Membaca Al-Quran ialah "Kebersihan Asas Kesempurnaan Iman". Walaupun tema ini boleh dianggap jelas, dan tidak seharusnya menimbulkan apa-apa persoalan, tetapi biasanya sesuatu yang mudah dan jelas itu pula kurang diberi perhatian dan difikirkan dengan mendalam dan meluas. Sebab itu tema kebersihan ini perlu ditekankan. Sebenarnya, kebersihan mempunyai peranan yang penting di dalam keseluruhan cara hidup Islam. Biasanya kebersihan dikaitkan dengan amal ibadat sahaja. Kalau dalam sembahyang kebersihan secara sepintas lalu ialah bersih tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang. Tetapi, setiap perkara yang dituntut oleh Islam tidak terhad kepada amal ibadat semata-mata. Sebagaimana kita maklum, Islam adalah Ad-din, iaitu keseluruhan cara hidup — hidup sebagai seorang individu, hidup berkeluarga, hidup bermasyarakat, hidup bernegara, dan hidup sebagai umat Islam sedunia. Sesuatu prinsip yang dianjurkan ialah dengan tujuan supaya ianya akan sebati menjadi nilai dan mempengaruhi pemikiran dan gerak-langkah seseorang di dalam kehidupan setiap masa, setiap hari, sepanjang hayat seseorang. Prinsip-prinsip yang mulia lagi tinggi ini membezakan umat Islam dengan manusia sejagat. Sekiranya kita tidak dapat melihat perbezaan ini, ini bermakna prinsip-prinsip ini belum lagi menjadi sebati di kalangan kita. Ini juga bermakna kita belum lagi memikul tanggungjawab kita sepenuhnya sebagai umat Islam. Ini pula tentulah memberi gambaran yang salah kepada masyarakat bukan Islam dan orang Islam yang tidak begitu mendalam pengetahuan Islamnya. Ini semua memberi kesan yang negatif ke arah memupuk generasi Islam yang berkemampuan memainkan peranan yang lebih berkesan ke arah kemajuan umat Islam seperti yang dituntut oleh agama Islam. Kebersihan yang dituntut oleh Islam meliputi semua aspek kehidupan kita - dari perkara-perkara yang terhad kepada diri sendiri sahaja hinggalah kepada perhubungan sosial, kegiatan ekonomi, pentadbiran dan pengurusan serta politik. Dalam Islam apa yang baik tidak harus dipaksa lagi, dan harus menjadi manifestasi keimanan. Begitu pulalah dengan kebersihan yang menjadi salah satu asas dan prinsip yang penting dalam Islam. Kebersihan yang dimaksudkan oleh Tema Musabaqah kita, "Kebersihan Asas Kesempurnaan Iman", ialah kebersihan yang menjadi nilai, prinsip dan cara hidup, 193

bukan setakat perkara-perkara tertentu sahaja, atau dalam pengertian yang sempit. Kebersihan di sini meliputi kebersihan hati dan jiwa seseorang. Kalau hati bersih, niat akan menjadi bersih, fikiran bersih dan kelakuanpun akan menjadi bersih. Hati yang bersih ialah hati yang penuh keimanan yang benar-benar berasaskan kepada pengertian dan penerimaan hukum Islam yany sebenarnya. Apabila hati kita bersih, kita dapat mengelakkan diri kita daripada busuk hati; kita dapat menghindarkan daripada buruk sangka, fitnah-memfitnah dan segala keburukan dan kejahatan, bukan sahaja bagi diri kita, tetapi juga bagi keluarga, jiran dan masyarakat kita. Sebaliknya kita dapat memupuk persefahaman, hormat-menghormati dan berbaik-sangka sesama umat Islam dan sesama manusia. Kita akan dapat meletak diri kita di tempat yang wajar sebagai mukmin yang bertakwa kepada kebesaran Allah Subhanahu Wataala. Justeru itu hilanglah keangkuhan serta segala sifat-sifat dan kelakuan yang keji. Manusia adalah makhluk Allah yang lemah tubuh badannya. Tetapi Allah Subhanahu Wataala telah mengurniakan kepada manusia keistimewaan berakal fikiran. Dengan ini manusia mengatasi kelemahannya. Penganut agama Islam pula adalah manusia yang lebih istimewa kerana bukan sahaja mereka petunjuk serta kekuatan kepada kita dalam segala usaha suci kita untuk mengembalikan kemurnian nilai-nilai Islam di dalam aktiviti kehidupan kita. Akhir kata, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, saya dengan sukacitanya membuka Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan ini dengan rasminya.

194

SPEECH BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE OPENING OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM AND TECHNOLOGY KUALA LUMPUR 2ND. JUNE, 1983

T

erlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia kerana menjemput saya ke majlis ini, dan di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan pembukaan Persidangan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur Persidangan di atas segala usaha bagi menjayakan Persidangan ini. Saya yakin, dengan penglibatan cerdik-pandai terkemuka yang diundang khas ke Persidangan ini, persidangan ini akan mencapai maksud dan tujuannya dengan jayanya, insya-Allah. I am greatly honoured to be given the opportunity to address this distinguished gathering of scholars. Though the majority of the participants are Malaysians, some have indeed travelled some distance from as far away as the U S A And though the subject of the conference is Islam and Technology, I am happy to note that the conference is not confined to only Muslim scholars. I am confident that with your varied background, experience, and expertise, this conference is assured of success, Insya-Allah. Until quite recently, development has been construed as being incompatible with religion, in particular Islam. Islam was viewed as an obstacle to development. Even today there are people who still believe that religious values constitute a major obstacle to progress. This view has been replaced slowly by a more positive stance among the academic circle, but there are Muslims who still reject progress and development as not in consonance with Islam. This is most unfortunate since Muslims constitute about a billion of the world population and Islam does subscribe to progress and development. While Islam places importance on the hereafter,it does not preach the rejection of this world. Islam makes the acquisition of knowledge obligatory on all Muslims male and female - and Islam requires its followers to work and to do good. Only ignorance of the total philosophy and teaching of Islam makes one believe that Islam is opposed to development. It is true that there are certain aspects of development which is bad, and in such cases, they are not only not in line with Islamic principles, but also 195

socially undesirable. But development and progress, within the parameters permitted by Islamic principles, can never be incompatible. Knowledge is progress. Prophet Muhammad (s.a.w) told us to seek knowledge even to China. China at that time was not the centre of Islam but a centre of civilisation, and therefore, this urge to seek knowledge even to the remotest part of the world by the Prophet (s.a.w) should make the Muslims truly aware of the importance of acquiring knowledge. Certainly what the Prophet (s.a.w) meant then was not Islamic knowledge but the knowledge which is temporal in nature. At the same time, knowledge is not meant to replace our faith, but to support our faith. In many instances in the Quran, Allah (s.w.t) draws our attention so that we reflect on the infinite cosmos and to creations as proof of His Existence, Oneness and Power. In Islam, the quest for knowledge, and the satisfaction of our curiosity is a pursuit for truth. Knowledge is, therefore, not for the sake of knowledge, but for truth. In addition, knowledge is also to be of service to mankind. In other words, knowledge is subjective - it should be in support of the quest for Divine truth and to serve the good of mankind. There are branches of knowledge which need not necessarily lead us to divine truth, but we cannot reject them as long as they can serve to improve our well-being. Mathematics, physics, astronomy, chemistry, biology, engineering and others have been in the service of mankind from the beginning of man's history. Not only have this body of knowledge served us but they have also helped us to understand, to a certain extent, the mystery of creations. Early Muslim Scholars had a share in the development of the various body of knowledge. It is unfortunate, however, that even though knowledge can help strengthen our faith.and improve our well-being, there are individuals who preach the irrelevance of knowledge and progress to Muslims. Technology is the specific application of knowledge in the various fields in the service of man. Certainly, there can be abuse of knowledge and technology. Defence technology can be abused for offensive destructive purposes. Space technology can be diverted from one of space exploration to one of military surveillance. But this only indicates man's weaknesses rather than the wickedness of knowledge and technology. The fact that a third of the world's population is Muslims and they inhabit the less developed parts of the world today shows how much Muslims are dependent on the others for their well-being. The image of the Muslims today compared to the period of excellence during and immediately after the time of the Prophet (s.a.w) is most distressing. This is far from what Islam promises and expects of us, and it is of our own making. Today Muslims can only be proud of its past - the relics of Islamic civilisation at its peak. Today Muslims are a deprived group, generally lacking in resources and capability. Their image is not the image of a people who are strong in faith, progressive, united, tolerant and knowledgeable. No doubt the orientalists have to some extent painted a wrong picture of Islam and Muslims, but Muslims themselves, in their orientation and conduct, have not done much to erase this tarnished image. 196

The progress of mankind as a whole cannot depend on a segment of the world, the so-called developed world. If the world is to achieve a better state of well-being, everyone has to play his role, Muslims irrespective. After centuries of backwardness and dependence, it is now time that Muslims improve their state of well-being and contribute to the well-being of the whole international community by acquiring knowledge and technology and use them for their betterment Although Muslims are a deprived group, there are Muslim countries which are endowed with resources. There are also Muslims with skills and expertise. What is wanting is a cooperative effort to see to the utilisation of these resources for the common good. In this age of space technology and the microchips, Muslims have a lot of catching up to do. Every minute of indifference on our part to the changing technology, may mean decades of efforts to achieve parity. As Muslims we must be concerned with our way of life. But indifference and rejection cannot help in making us better Muslims. On the other hand, it will make us more dependent on and influenced by others. It is only by being involved in the quest for knowledge, and in developing the necessary technology for our benefit can we survive this age of rapid change and challenges. I do not claim to be an expert on technology, but what I have seen has made me more confident that for Muslims to be an effective partner in the modern international community, and to be of service to mankind, we must strengthen our resolve to acquire the necessary knowledge and technology in keeping with the times. Much of the responsibility lies with the Muslim scholars and practitioners to instill among Muslims the right spirit and attitude that can help Muslims catch up with the others in the field of modern technology. For us in Malaysia, we cannot be indifferent to the rapid technological changes around us. The resources that we are blessed with cannot be expected to last forever unless we develop our capability, technology and know-how to exploit them efficiently by ourselves, to explore new opportunities and to prepare for the future. Others will not help us forever. Others will not help when we most need help. We can only depend on ourselves. In a world that is shaped by technology, our rejection of it can only lead to continuing weakness and to possible extinction. Already some Muslims have lost faith and have rejected Islam because of our poverty in technology and the achievements that are associated with it. On this note, I now declare this Conference officially open, and I wish you all success in your deliberations.

197

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA MALAM HARI RAYA 1403 (1983) 11HB. JULAI, 1983

A

lhamdullilah - segala puji bagi Allah Subhanahu Wataala dan bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izinNya kita akan menyambut Aidilfitri - Hari Raya Fitrah setelah kita berjaya berpuasa Selama satu bulan.

Kegembiraan Hari Raya ini ialah kerana kita telah berjaya bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara-perkara lain yang dilarang, bahkan juga melawan hawa nafsu sepanjang kita berpuasa sebulan. Kita telah memenuhi kehendak disiplin berpuasa dan juga memperolehi hikmat dan faedah ibadat puasa. Bagi umat Islam, bulan Ramadan adalah bulan yang mulia yang sentiasa dinanti-nantikan. Bulan Ramadan dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wataala dengan ganjaran yang besar ke atas semua amal ibadat yang dilakukan. Justeru itu seseorang akan rugi jika ia mensiasiakan puasanya, dan tidak mengambil kesempatan semasa bulan Ramadan ini untuk menunaikan sebanyak-banyak amal ibadat dan kebaikan, serta mengeluarkan fitrah bagi menyempurnakan ibadat. Sebagaimana kita sekalian maklum, berpuasa bererti mengamalkan disiplin yang sangat tinggi. Disiplin yang kita amalkan Selama sebulan ini sepatutnyalah diteruskan dalam kehidupan harian kita. Sebarang usaha bagi mencapai kejayaan memerlukan disiplin dan tanggungjawab. Seseorang hanya boleh memperolehi sesuatu dengan sempurna sekiranya ia tertib dan berdisiplin. Sesebuah negara juga hanya akan dapat maju dan membangun, sekiranya penduduk berdisiplin. Bagi negara kita Malaysia yang sedang membangun dan berusaha untuk mencapai tahap Pembangunan yang lebih tinggi, disiplin merupakan satu faktor yang amat penting. Kepada umat Islam, bulan Ramadan merupakan satu peluang untuk meninggikan lagi tahap disiplin mereka. Syukur alhamdulillah, kita telah berjaya menunaikan satu daripada rukun Islam yang lima dan satu bentuk disiplin yang kuat dalam Islam.

Pada Hari Raya Fitrah yang mulia ini, kita merayakan kemenangan kita dalam melawan nafsu. Perayaan ini bermakna amalan puasa kita menjadikan kita umat yang lebih sabar, lebih sanggup kita bersuka ria pada Hari Raya Fitrah ini, kita hendaklah merayakannya mengikut lunas-lunas Islam. Kita tidak seharusnya menganggap Hari Raya ini semata-mata sebagai hari untuk bergembira, hari untuk memenuhi kehendak hati dan nafsu kita, dan hari untuk melupakan segala korban yang telah kita lakukan pada bulan puasa. Sebaliknya kita hendaklah teruskan sifat dan amalan mulia yang kita amalkan sepanjang bulan Ramadan.

198

Islam menuntut agar kita berbaik-baik dan tolong menolong sesama manusia. Islam menggalakkan persaudaraan dan dengan itu umat Islam mesti rela bermaafmaafan dan melupakan segala sengketa dan perselisihan faham yang telah berlaku. Hari Raya yang mulia ini adalah satu hari bagi seluruh umat Islam untuk bermaafmaafan antara satu sama lain serta mengeratkan lagi silaturahim. Hari Raya juga bererti hari bagi kita memperbaharui hubungan kekeluargaan. Ini bermakna kita pulang ke kampung halaman untuk menemui ibu-bapa, kaum-keluarga dan saudara mara dalam suasana yang meriah dan harmoni. Sama ada seseorang itu tinggal jauh atau dekat dengan kampungnya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk pulang ke tempat ia dibesarkan. Perjumpaan sekeluarga seperti ini akan lebih mengeratkan lagi tali perhubungan dan persaudaraan dalam keluarga, yang mana ini adalah asas masyarakat Islam. Pada hari yang mulia ini juga, umat Islam akan mengadakan rumah terbuka. Kita menerima bukan sahaja saudara-mara dan jiran tetangga tetapi juga rakan-rakan dan pelawat-pelawat dari semua bangsa dan agama. Hari Raya ialah hari untuk menggalakkan persefahaman dan persaudaraan yang lebih erat. Ini amatlah penting terutama sekali memandangkan negara kita adalah sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum. Perpaduan dan persefahaman adalah faktor yang penting bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara kita ini. Islam adalah agama kedamaian dan di Hari Rayalah yang perlu kita buktikan kepada semua pihak akan maksud Assalamualaikum - "Peace be with you" -, selamat pagi, selamat petang dan seterusnya. Di hari yang mulia ini juga, marilah kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah meninggalkan kita. Ingatan kita kepada mereka tentu akan menjadikan kita insan yang lebih insaf akan jasa mereka yang sudah pergi, dan insaf bahawa akhirnya kita juga akan kembali ke rahmatullah. Mudah-mudahan akan hilanglah perasaan sombong dan angkuh yang sering menyerang kita. Negara kita berada dalam keadaan aman makmur. Kita semua seharusnya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah mengurniakan ketenteraman dan kesejahteraan kepada negara kita. Kita telah dapat menjalankan ibadat kita dalam keadaan tenang. Dalam hal ini kita sepatutnyalah mengenang jasa-jasa sebahagian daripada penduduk kita, iaitu anggota pasukan keselamatan, yang telah bertungkus lumus dan bersusah payah menentukan negara kita terus aman. Kita terhutang budi kepada semua anggota angkatan tentera, polis dan lain-lain pasukan keselamatan kita, yang telah mengorbankan nyawa dan tenaga untuk menentang musuh-musuh negara supaya kita dapat tinggal dalam keadaan aman dan terselamat. Sebahagian daripada anggota pasukan keselamatan kita kini bertugas di beberapa tempat termasuk di kawasan sempadan. Di hari yang mulia ini, mereka jauh 199

dari keluarga mereka. Walau bagaimanapun kita berharap mereka dapat merayakan Hari Raya bersama-sama keluarga mereka pada masa depan. Kerajaan dan rakyat sentiasa menghargai sumbangan pasukan keselamatan kita. Marilah kita bersamasama berdoa semoga anggota pasukan keselamatan kita sentiasa terpelihara. Akhir sekali, bagi pihak Kerajaan dan bagi pihak diri saya sendiri, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Fitrah kepada semua muslimin muslimat sekalian. Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negeri khususnya kepada penuntut-penuntut kita. Saya serta keluarga saya juga memohon maaf, zahir dan batin di atas apa jua kesilapan yang mungkin telah kami lakukan di masa-masa yang lalu.

200

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN PEMBUKAAN KONVENSYEN CUEPACS KUALA LUMPUR 28HB. JULAI, 1983

S

aya mengucapkan terima kasih kepada CUEPACS, kerana menjemput saya dan isteri saya ke majlis ini, dan di atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk memberi ucapan dan merasmikan Konvensyen ini.

Sebagaimana kita maklum, salah satu perbelanjaan yang besar yang perlu ditanggung oleh Kerajaan ialah untuk membiayai perkhidmatan awam. Dengan jumlah kakitangan awam kira-kira 700,000 orang yang berkhidmat di dalam berbagai cabang perkhidmatan awam dari jumlah 14 juta orang penduduk, ini menjadikan nisbah seorang anggota perkhidmatan awam kepada 20 orang penduduk yang perlu diberi perkhidmatan. Dan jika dilihat dari jumlah tenaga pekerja pula, satu daripada 8 orang tenaga pekerja adalah di dalam Kerajaan. Dari jumlah hasil Kerajaan Persekutuan sebanyak RM16.7 ribu juta dalam tahun 1982, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan lebih daripada 1/3 iaitu sebanyak RM6.7 ribu juta untuk gaji termasuk elaun dan pencen. Angka-angka yang saya sebutkan ini menunjukkan bahawa Kerajaan merupakan majikan yang terbesar, dengan begitu ramai pekerja yang perlu dibiayai. Walaupun ada pendapat yang berkata Kerajaan tidak sepatutnya memikir tentang pulangan atau 'return' dari kos yang besar ini, tetapi rakyat yang membiayai perbelanjaan ini melalui aneka jenis cukai berhak mengharap akan perkhidmatan yang memuaskan. Haruslah diingat bahawa kakitangan Kerajaan akan membawa kebaikan kepada mereka sendiri sebagai rakyat. Saya berbangga dengan gerakan kesatuan sekerja di Malaysia, khususnya CUEPACS, yang telah menyambut baik seruan Kerajaan untuk mengadakan khidmat yang bersih, cekap dan beramanah dan untuk mempertingkatkan daya pengeluaran. Di negara yang demokratik, Kerajaan yang sebenar ialah rakyat. Anggota Kerajaan yang terdiri dari ahli politik cuma diberi kuasa dan tugas memerintah kerana tidak mungkin semua rakyat mentadbirkan negara. Bahawa rakyatlah yang sebenar berkuasa menjadi jelas memandangkan mereka boleh menurunkan Kerajaan yang dipilih, atau sebahagian atau orang-orang tertentu dalam Kerajaan tersebut, lima tahun sekali. Keadaan adalah berlainan dengan pegawai dan kakitangan yang kekal. Jawatanjawatan mereka adalah terjamin dari sebarang tindakan oleh rakyat. Cuma suruhanjaya perkhidmatan sahaja yang boleh bertindak terhadap kakitangan Kerajaan mengikut undang-undang tertentu. 201

Namun demikian, oleh kerana kesatuan-kesatuan sekerja dalam Kerajaan dan CUEPACS tidak bertindak di luar batasan seperti yang berlaku di beberapa negara lain, khidmat Kerajaan tidaklah tergendala kerana tindakan perusahaan yang tidak bertanggungjawab. Negara berasa terhutang budi kepada C U E P A C S dan lain-lain kesatuan kakitangan Kerajaan kerana sikap ini, terutama di waktu Kerajaan dan negara menghadapi kemelesetan ekonomi. Saya percaya walaupun kepimpinan CUEPACS mungkin bertukar, sifat bertanggungjawab ini akan dikekalkan. Sejak adanya kesatuan sekerja nasib pekerja sudahpun berubah menjadi lebih baik. Di waktu konsep "general trades union" digubalkan, pekerja menghadapi penindasan yang tidak berperikemanusiaan. 'General trades union' menjadi penting supaya gerakan sekerja dapat menangkis penindasan dengan tindakan yang bukan sahaja mengancam majikan yang menindas tetapi juga majikan-majikan lain. Akhirnya melalui "general strike" pekerja dapat mengancam negara jika negara tidak sanggup membendung majikan yang ganas. Alhamdulillah, berkat kuasa kesatuan sekerja dan senjata tindakan perusahaan, sedikit demi sedikit nasib pekerja diperbaiki sehingga penindasan tidak berlaku lagi, walaupun kadangkala terdapat kes seperti di Selancar Empat. Masyarakat dan Kerajaan juga terpaksa mengubah sikap dan mengadakan jentera, serta undangundang yang melindung pekerja. Demikianlah perubahan yang berlaku sehingga di beberapa buah negara kesatuan sekerja membentuk parti politik yang berjaya mendirikan Kerajaan. Sepatutnya Kerajaan yang didirikan oleh kesatuan sekerja mendapat sokongan dari mereka dan terpelihara dari sebarang ancaman tindakan perusahaan. Hakikatnya adalah berlainan dari teori. Di Britain, di waktu Kerajaan Buruh memerintah, lebih banyak mogok berlaku sehingga negara yang kaya-raya itu menjadi lemah dan tidak lagi dapat bersaing dengan negara lain. Walaupun jelas bahawa kelemahan Britain disebabkan oleh tindakan yang melulu oleh kesatuan sekerja, kesatuan-kesatuan sekerja tidak hirau, bahkan mereka membuat tuntutan-tuntutan yang lebih tidak munasabah lagi. Dahulu kesatuan sekerja ditubuh untuk membendung penindasan. Yang penting dahulu ialah sikap yang berperikemanusiaan dari majikan. Tetapi sekarang kesatuan dan senjata pekerja di Barat tidak lagi diguna untuk membanteras penindasan. Sebaliknya senjata ini digunakan untuk menambah kepada pendapatan yang sudah ada, walaupun pendapatan itu sudah melimpah. Bukan sahaja buruh yang membuat tuntutan, bahkan mereka yang menerima gaji yang berpuluh ribu sebulan pun mengugut untuk mendapat lebih lagi, dan sesudah diberi, masih menuntut lagi. Di Barat, layanan yang adil sudah tidak ada kaitan dengan tindakan perusahaan. Yang mendorong ke arah tindakan perusahaan ialah keangkuhan kuasa-kuasa gerakan massa (mass movement) dengan tindakan perusahaan yang boleh mengancam bukan sahaja majikan tetapi masyarakat tempatan dan negara. Kemampuan majikan 202

melayan tuntutan tidak lagi diambilkira. Begitu juga kesan buruk terhadap harga dan "competitiveness" barang-barang keluaran tidak dipedulikan. Kadangkala, walaupun kesatuan dan pegawainya tidak bersetuju, pekerja teruskan juga tindakan perusahaan. Pegawai yang lemah kerapkali mengikuti kehendak ahli kesatuan kerana ingin mengekalkan jawatannya. Dengan ini tanggungjawabpun dihapuskan dan nafsu bermaharajalela. Oleh kerana industri negara Barat telah hilang "competitive edge" kerana beberapa sebab termasuk gaji atau upahan yang terlalu tinggi, maka timbullah desakan supaya sekatan import digunakan untuk menjamin "viability" industri dan peluang bekerja. Dengan ini maka industri negara membangun seperti Malaysiapun terancam dengan kesan yang buruk kepada pekerja tempatan. Demikianlah kuatnya pengaruh kesatuan sekerja negara Barat sehingga pekerja di negara membangun masih terus menyokong mereka dan memberi kuasa kepada orang-orang tertentu walaupun yang untung adalah pekerja negara maju dan yang rugi ialah pekerja negara membangun. Apa yang saya perkatakan ini adalah kenyataan. Tidak ada niat dari Kerajaan Malaysia untuk menindas pekerja atau membelakangkan kesatuan sekerja. Tetapi, hakikat yang kita akui ialah keadaan sekarang tidak sama dengan keadaan pada abad kesembilan belas di waktu sistem kesatuan sekerja digubal. Tujuan pekerja di Eropah tidak sama dengan tujuan pekerja di Malaysia dan di lain-lain negara membangun. Mereka ingin hidup mewah dan cuba mempengaruhi pekerja kita dengan cara hidup mereka, walaupun dengan tindakan mereka itu, ekonomi negara kita akan rosak dan pekerja kita akan menganggur. Jika mendapat peluang, kesatuan sekerja asing tidak segan-segan campurtangan dalam urusan ekonomi dan politik rumahtangga kita. Mereka sanggup bertindak terhadap harta kita di negara mereka, kerana mereka tahu kita tidak akan mengancam harta mereka di sini. Perbezaan keadaan di zaman sekarang dan zaman dahulu perlu dikaji. Apakah sistem dan tindakan yang sesuai dalam abad kesembilan belas dan awal dua-puluhan masih sesuai di suku terakhir abad dua-puluhan ini? Apakah cara konfrontasi, ugutan dan tindakan perusahaan diperlukan untuk mengatasi masalah sekarang? Apakah sosial, ekonomi dan "political cost" sistem lama tidak merugikan kita akhirnya? Apakah keuntungan bagi orang lain dari tindakan perusahaan kita? Soalan-soalan ini bukan ditujukan kepada kesatuan sekerja dan pekerja semata-mata. Sebenarnya dalam masyarakat moden ada tiga pihak yang terlibat dengan semua masalah sosial - iaitu kedua-dua pihak yang bersengketa dan juga Kerajaan. Dalam konfrontasi majikan dengan pekerja, pihak yang ketiga ialah Kerajaan. Oleh itu soalan-soalan tadi ditujukan bukan semata-mata kepada pekerja dan kesatuan mereka, tetapi juga majikan (dan mungkin persatuan majikan) dan Kerajaan. Ketigatiga pihak ini hingga sekarang berpendapat bahawa pekerja dengan majikan adalah musuh dan segala tindakan mestilah berasas kepada permusuhan ini. Bahawa mungkin ada perhubungan cara lain antara majikan dengan pekerja tidak terlintas di hati sesiapa. 203

Sebenarnya di zaman moden ini perhubungan antara majikan dan pekerja lebih merupakan perhubungan antara dua rakan, atau "partners". Sebagai rakan, mereka menghadapi masalah dan nasib yang sama. Anggapan majikan bahawa pekerja boleh digugurkan bila-bila masa jika rugi, dan anggapan pekerja bahawa mereka boleh meninggalkan satu majikan untuk pergi bekerja dengan majikan yang lain apabila gaji ditawar lebih tinggi sedikit, adalah salah belaka. Oleh kerana majikan dan pekerja adalah rakan perkongsian dan bukan musuh, maka Kerajaan pula perlu mengubah sikap, undang-undang dan cara bertindak terhadap kedua-dua pihak. Inilah sebabnya yang, antara lain, Kerajaan mengesyorkan "in-house union" dan bukan "trade union". Dalam semua trade, syarikat-syarikat yang ditubuhkan tidak semuanya sama besar dan sama kuat. Percubaan menyamakan layanan antara syarikat-syarikat kecil dan besar akan menghapuskan syarikat yang kecil dan lemah dengan kesan yang buruk bukan sahaja kepada majikan tetapi juga kepada pekerja. Sebaliknya syarikat-syarikat kecil adalah sama penting dengan syarikat-syarikat besar dalam membangunkan ekonomi negara. Jika diberi peluang, syarikat yang kecil inilah yang akan menjadi syarikat yang besar. Dalam "in-house union", pekerja-pekerja tidak dibahagikan mengikut 'trade', tetapi sebaliknya semua pekerja adalah ahli kesatuan sebuah syarikat. Nasib mereka terikat dengan kuatnya kepada maju-mundurnya syarikat. Terpulanglah kepada mereka menentukan kejayaan syarikat mereka. Oleh kerana majikan menganggap pekerja sebagai rakan dan majikan sedar akan peranan pekerja menjayakan syarikat, maka majikan terpaksa melayan pekerja sebagai rakan yang berhak mendapat imbuhan dari usaha mereka. Majikan tidak lagi perlu berunding dengan orang asing yang memimpin "general trade union". Rundingan akan diadakan dalam keluarga. Jika "in-house union" ini diamalkan bersama dengan "life-time employment" dan bayaran bonus mengikut paras keuntungan yang didapati, maka besar kemungkinan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak majikan atau kesatuan tidak berlaku. Walaupun demikian, harus diingat bahawa sistem tidak menjamin kejayaan. Yang memberi kesan kepada sistem ialah mereka yang menyertainya. Tetapi kemungkinan "in-house union" berjaya dalam zaman moden ini adalah lebih tinggi dari sistem "trade union" yang 'impersonal', yang diasaskan kepada anggapan bahawa pekerja dan majikan adalah musuh. Bagi negara, segala tindakan perusahaan adalah tidak wajar dan merugikan. Di sini, negara bermakna rakyat, kerana kerugian akibat mogok dan lain-lain akan mengurangkan hasil-mahsul Kerajaan untuk dibelanjakan kepada rakyat. Dalam persaingan antara negara, tindakan perusahaan tetap akan melemahkan negara yang terlibat. Negara yang maju sekalipun akan lumpuh apabila diserang bertalu-talu dengan tindakan perusahaan. Dalam negara yang ekonominya lumpuh, tambahan pendapatan yang didapati oleh pekerja tidak bermakna, kerana inflasi akan meningkat dan nilai matawang akan jatuh. Semua yang saya perkatakan ini dapat disaksi dengan jelasnya di beberapa negara maju di Barat. 204

Satu perkara yang menarik perhatian pekerja dalam Kerajaan ialah rancangan Kerajaan untuk menswastakan beberapa perkhidmatan Kerajaan. Ramai yang khuatir bahawa jika tindakan ini diambil mungkin mereka akan menemui nasib yang malang. Kerajaan tidak ada niat untuk memburukkan nasib sesiapa. Rancangan pengswastaan terpaksa dijadikan satu alternatif bagi Kerajaan kerana khidmat yang dimiliki oleh Kerajaan sudahpun bertukar corak dan memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi. Sebagai contoh, satu projek telefon yang besar pada tahun 1960 memerlukan perbelanjaan RM500 ribu, tetapi projek telefon "exchange" pada tahun 1982 memerlukan komitment sebanyak RM10 juta. Berhadapan dengan masalah ini, Kerajaan mempunyai tiga pilihan: pertama, menangguhkan pembangunan, kedua, berhutang atau ketiga, serahkan kepada pihak swasta. Jika pembangunan ditangguhkan, maka negara dan rakyat tidak akan maju. Jika hutang terlalu banyak, maka beban kewangan negara akan meningkat sehingga tidak dapat dipikul. Sebab itulah, untuk beberapa bidang, Kerajaan memilih untuk menswastakan perkhidmatan Kerajaan. Pekerja-pekerja Kerajaan akan diberi peluang memilih sama ada ingin kekal dengan Kerajaan atau ingin bekerja dengan majikan baru. Apa yang diharapkan ialah pekerja tidak cuba menggunakan objektif Kerajaan untuk meminta lebih dari hak mereka, seperti telah berlaku dahulu dengan beberapa pihak. Janganlah ganggu pembangunan negara untuk rakyat kerana terlalu mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sikap yang sedemikian akan mengganggu pembangunan negara, dan jika pembangunan negara terganggu akhirnya pekerja itu sendiri yang akan rugi. Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai Persyarikatan Malaysia. Saya harap tidak lagi timbul kekeliruan antara Persyarikatan Malaysia dengan Penswastaan atau "Privatisation". Persyarikatan Malaysia bermakna khidmat yang baik diberi oleh kakitangan Kerajaan kepada pihak swasta kerana kejayaan mereka menguntungkan negara, Kerajaan dan kakitangannya. Sebenarnya gaji yang dibayar kepada kakitangan Kerajaan adalah hasil dari kutipan cukai dari swasta. Dari RM6.7 ribu juta bagi membiayai gaji, elaun dan pencen kakitangan awan dalam tahun 1982, sejumlah RM5.2 ribu juta adalah dari hasil berbagai cukai yang dikenakan ke atas sektor swasta. Memandang kepada hakikat ini, maka amatlah wajar kita memberi layanan yang baik kepada swasta. Lebih banyak mereka untung lebih banyaklah cukai yang dapat kita kutip, dan lebih besar kemungkinan mengadakan semakan gaji. Sebarang perkara yang menghalang pihak swasta dari mendapat keuntungan akan mengurangkan ongkos Kerajaan untuk perbelanjaan pentadbiran dan lain-lain. Oleh itu anggaplah Malaysia sebagai sebuah syarikat dalam mana kita dan syarikat swasta bekerja kerana kepentingan bersama. Inilah yang dikatakan "Malaysia Incorporated" atau Persyarikatan Malaysia. Jangan rasa irihati jika kerja kita menolong swasta mendapat berjuta-juta Ringgit, kerana 45 peratus dari keuntungan mereka adalah hak Kerajaan. Dan Kerajaan tidak melabur satu senpun. Tahun ini CUEPACS akan memilih kepimpinan yang baru. Saya ingin memberi pengakuan bahawa Kerajaan sanggup dan akan bekerjasama dengan sesiapa juga 205

yang dipilih. Kerajaan berharap akan dapat menjalin perhubungan yang berasas kepada perkongsian atau "partnership" antara C U E P A C S dengan Kerajaan sebagai majikan. Konfrontasi tidak ada tempat dalam perhubungan ini. Kerajaan tidak berbeza dari syarikat dalam perjalanannya. Lebih efisien pentadbiran Kerajaan, lebih banyak hasil akan diperolehi oleh Kerajaan. Dengan hasil yang lebih ini, kita akan buat peruntukan untuk semua rakyat - yang mana ini juga akan menguntungkan kakitangan Kerajaan. Selain dari itu, Insya-Allah kita akan timbang kemungkinan menyemak semula skim gaji bila tiba masanya. Walaupun pendapatan kita adalah penting, saya berharap kita semua tidak bekerja semata-mata kerana gaji. Kita perlu kerja kerana kepuasan yang didapati dari tugas yang dijalankan dengan sempurna atau "job satisfaction". Saya yakin saudarasaudari tentu tidak suka Malaysia dikenal dan dihina sebagai sebuah negara yang mempunyai pentadbiran yang lemah, kakitangan yang malas dan terlibat dengan rasuah. Oleh itu, patutlah kita tingkatkan kecekapan dan daya pengeluaran kila sepanjang masa. Sebenarnya, kitalah yang akan mewarisi hasil tindakan kita ini. Lebih produktif kita, lebih baiklah kehidupan kita. Sebaliknya, kitalah yang akan menjadi malang jika kita tidak meningkatkan daya pengeluaran kita. Saya juga berharap walau siapapun memimpin CUEPACS mereka tidak akan lupa bahawa Malaysia masih sebuah negara yang membangun. Sepertimana orang yang miskin yang berlagak sebagai orang yang kaya akan menderita akhirnya, begitu juga Malaysia tidak boleh berlagak dan mengamal amalan-amalan negara yang kaya. Negara yang kaya boleh memberi layanan yang istimewa terhadap tuntutan pihakpihak tertentu dan boleh mengatasi masalah yang berlaku akibat tindakan yang keterlaluan, tetapi negara membangun akan lumpuh dan menderita jika dihadapi dengan masalah yang sama. Tiada siapa di negara ini akan mendapat faedah jika negara kita lumpuh dan menjadi pengemis seperti beberapa negara membangun yang lain. Hakikat yang perlu kita ingat selalu ialah, akhirnya yang menguntungkan semua pihak dalam negara yang demokratik ialah kekayaan negara, hasil dari peningkatan daya pengeluaran semua pihak. Saya meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan kehendak saudara-saudara tentang beberapa tuntutan. Walau bagaimanapun, saya berjanji masalah kebajikan pekerja akan diberi pertimbangan sewajarnya bila keadaan mengizinkan. Bersabarlah, dan bersama-samalah kita berusaha untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang baik, dan bersama-samalah kita berdoa semoga keadaan ekonomi segera pulih supaya kita dapat mengatur strategi dan program yang lebih kemas lagi bagi faedah semua, termasuk golongan pekerja awam. Sementara itu berjimat-cermatlah dan kerjalah dengan lebih efisien dan produktif. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada CUEPACS yang mewakili anggota perkhidmatan awam sekalian di atas pemberian Pingat Emas kepada saya, walaupun berat rasanya untuk saya menerimanya, kerana saya belum membuat apaapa yang melayakkan saya mendapat penghormatan ini, dan saya tidak dapat menunaikan tuntutan saudara-saudari, dan terpaksa pula meminta kerjasama saudara206

saudari untuk terus bersabar dan membuat sumbangan bagi memperbaiki perkhidmatan awam. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Di-Pertua C U E P A C S dan saudara-saudari sekalian, dan dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan Konvensyen ini dibuka.

207

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1983 DI DEWAN RAKYAT 1HB. OGOS, 1983

S

aya mohon mencadangkan supaya satu Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan bagi kali kedua.

Undang-undang adalah satu ciri penting bagi sesuatu negara, kerana undangundang membolehkan sesebuah negara menjalankan pentadbiran dan kegiatannya dengan teratur dan terjamin. Undang-undang juga menentukan rakyat dan lain-lain anggota masyarakat sesebuah negara hidup aman damai dan terpelihara dari sebarang ancaman atau penindasan. Tetapi, oleh kerana sesebuah negara dan masyarakatnya tidaklah statik, dan sebaliknya sering berubah dan bertukar corak, maka undang-undang terpaksa dipinda dan disesuaikan dari masa ke semasa. Demikianlah undang-undang buatan manusia. Cuma undang-undang Tuhan sahaja yang tidak dapat diubah. Walaupun demikian, Kerajaan tidak berminat untuk meminda undang-undang asas negara, iaitu Perlembagaan, dengan sewenang-wenangnya. Pindaan yang dicadangkan ini perlu dibuat kerana keadaan dalam negara telah berubah sehingga peruntukan baru terpaksa diadakan untuk menjaga kepentingan rakyat dan pengurusan pentadbiran. Rang Undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini adalah bagi tujuan meminda beberapa Perkara Perlembagaan, termasuk Perkara I, Eksekutif, Badan Perundangan Persekutuan, Suruhanjaya-suruhanjaya, Kehakiman, Kuasa-kuasa Darurat dan Jadual-jadual Kelapan dan Kesembilan. Kebanyakan pindaan yang dibentangkan adalah merupakan pindaan berbangkit sahaja, yang bertujuan menjelas dan menghapuskan keraguan terhadap peruntukan yang sedia ada. Semangat dan prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tidak akan terjejas dengan pindaan yang dicadangkan ini. Pindaan kepada Perkara 43A bertujuan membuat peruntukan dalam Fasal (2) kepada Perkara itu supaya menjelaskan bahawa seseorang Timbalan Menteri semasa membantu Menteri dalam menjalankan kewajipan dan fungsi Menteri, hendaklah mempunyai segala kuasa yang dipunyai oleh Menteri, bagi maksud membantu Menteri itu. Pindaan seumpama ini juga dicadangkan kepada Perkara 43B bagi menjelaskan bahawa seseorang Setiausaha Parlimen mempunyai segala kuasa yang dipunyai oleh Menteri dan Timbalan Menteri, semasa membantu mereka dalam menjalankan kewajipan dan fungsi mereka. Pindaan ini akan membolehkan Timbalan Menteri dan Setiausaha 208

Parlimen dengan arahan Menteri, mengemukakan Rang Undang-undang tertentu dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara apabila Menteri berkenaan tidak dapat menjalankan tugasnya kerana sesuatu sebab. Ini tidak bermakna Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen berkuasa seperti Menteri dan boleh mengganti Menteri dalam Jemaah Menteri atau mengendalikan tugas-tugas yang dihadkan kepada Menteri sahaja. Pindaan juga dicadangkan kepada Perkara 46 berhubung dengan bilangan kerusi Dewan Rakyat. Pindaan terakhir kepada bilangan kerusi Dewan Rakyat telah dibuat dalam tahun 1973. Semenjak itu bilangan pemilih yang berdaftar telah bertambah hampir 50%. Memandangkan kepada pertambahan bilangan pemilih ini, adalah dicadangkan supaya peruntukan Perkara 46 dipinda untuk menambah bilangan kerusi di Dewan ini sebanyak 22 kerusi lagi, iaitu 18 bagi Semenanjung Malaysia dan 4 bagi Negeri Sabah. Dengan pindaan ini jumlah kerusi bagi Dewan Rakyat ialah 176. Bilangan kerusi bagi Negeri Sarawak tidak berubah, kerana Sarawak telah meminda kawasan pilihanrayanya dalam tahun 1977 dan Perlembagaan tidak mengizin pindaan sebelum genap 8 tahun. Tambahan kerusi yang dicadangkan adalah seperti berikut: - 2 i) Johor Kedah - 1 ii) Kelantan - 1 iii) Melaka - 1 iv) Negeri Sembilan - 1 v) Pahang - 2 vi) Pulau Pinang - 2 vii) - 2 viii Perak Sabah - 4 ix) Selangor - 3 x) - 1 Terengganu xi) - 2 xii) Wilayah Persekutuan Bagi Negeri Perlis tidak ada tambahan. Parlimen, mengikut Perlembagaan, berkuasa menentukan bilangan kerusi Dewan Rakyat untuk tiap-tiap Negeri. Penentuan sempadan kawasan-kawasan pilihanraya akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya setelah pindaan mengenai bilangan kerusi diluluskan. Urusan kajian bagi menentukan sempadan kawasan pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya hanya boleh dibuat selepas 8 tahun, tetapi tidak melebihi 10 tahun sesudah urusan kajian yang terakhir. Dengan demikian, urusan penentuan sempadan kawasan bagi kali ini, mestilah selesai tidak lewat dari 26hb. Julai, 1984. Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan baru cuma akan diguna bagi pilihanraya umum yang akan datang. Jika sesuatu pilihanraya kecil perlu diadakan sebelum pilihanraya umum akan datang, kawasan-kawasan yang sedia ada sekarang akan digunakan. Pindaan yang dicadangkan kepada Perkara 48 ialah untuk menetapkan, iaitu mana-mana Ahli Parlimen yang hilang kelayakannya di bawah peruntukan Perkara 209

48(1)(e) atau Perkara 48(2), maka hilang kelayakan itu hendaklah berkuatkuasa hanya selepas 14 hari dari tarikh sabitan dan hukuman menurut peruntukan PerkaraPerkara itu. Pindaan ini juga memperuntukan iaitu jika dalam tempoh 14 hari, Ahli itu membuat rayuan atau membawa lain-lain prosiding mahkamah berkenaan sabitan dan hukuman itu, maka hilang kelayakan hendaklah mula berkuatkuasa hanya selepas tamatnya tempoh 14 hari dari pelupusan rayuan atau lain-lain prosiding mahkamah. Jika seorang Ahli itu memasukkan suatu petisyen untuk mendapat ampun dalam tempoh 14 hari dari hari pelupusan rayuan atau lain-lain prosiding mahkamah, hilang kelayakan itu hendaklah mula berkuatkuasa sebaik sahaja petisyen itu dilupuskan. Peruntukan mengenai penangguhan kuatkuasa hilang kelayakan yang tersebut tidak terpakai bagi maksud penamaan calon pilihanraya atau perlantikan ke manamana Dewan Parlimen. Pindaan seumpama ini juga dicadangkan dalam Jadual Kelapan bagi Ahli-ahli Dewan-dewan Negeri. Berikutan dari pindaan kepada Perkara 48 yang disebutkan itu, Perkara 53 juga adalah dipinda bagi memperuntukkan bahawa hilang kelayakan seseorang Ahli yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 48(1) (e) atau 48(2) akan berkuatkuasa secara automatik mengikut peruntukan-peruntukan Fasal baru (4) Perkara 48 tanpa Dewan mengambil apa-apa keputusan mengenai soal hilang kelayakan Ahli yang berkenaan. Pengalaman kita telah menunjukkan betapa sukarnya untuk mendapatkan caloncalon bagi jawatan Yang Di-Pertua, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan. Masalah ini lebih ketara sejak berkuatkuasanya peruntukan yang melarang seseorang pemegang jawatan tersebut dari menjadi ahli lembaga, atau dari menjadi seorang pekerja pertubuhan, atau melibatkan diri dalam perusahaan, perdagangan, perindustrian atau lain-lain pengusahaan. Dengan adanya larangan-larangan yang sebegitu ketat, maka kebanyakan orang yang difikirkan sesuai dan layak dilantik memegang jawatan itu, tidak berminat menerima perlantikan itu. Ini telah menimbulkan satu masalah untuk mencari dan melantik orang-orang yang benar-benar layak dan sesuai memegang jawatan-jawatan tersebut. Oleh itu adalah perlu demi kepentingan negara, larangan-larangan kepada Timbalantimbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat ditarik balik dan bagi Ahliahli Suruhanjaya dilonggarkan. Walau bagaimanapun larangan-larangan tersebut dikekalkan bagi Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta Pengerusi-pengerusi Suruhanjaya. Dengan itu Perkara 56, 57, 114 dan 142 adalah dipinda. Syarat-syarat kerja akan dipinda melalui proses pentadbiran. Berhubung dengan pindaan kepada Perkara 57, tujuannya adalah untuk menambahkan seorang lagi Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat. Pengwujudan jawatan baru ini adalah bagi membolehkan Dewan ini menjalankan urusan-urusannya dengan lancar. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, semakin bertambah tanggungjawab Kerajaan, maka semakin banyaklah urusan Parlimen. Ini bermakna tanggungjawab Yang Di-Pertua dan Timbalannya juga bertambah. Keperluan kepada 210

seorang lagi Timbalan Yang Di-Pertua lebih ketara lagi pada masa persidangan Belanjawan, ataupun apabila Dewan terpaksa bersidang hingga lewat malam. Dalam keadaan seperti ini, adalah agak berat bagi Yang Di-Pertua dan Timbalannya menjalankan tugas sebagai pengerusi, terutamanya apabila salah seorang daripada mereka uzur atau meletak jawatan, atau mempunyai tugas-tugas rasmi yang lain yang perlu juga ditunaikan. Perkara 59 memperuntukan, bahawa jika seseorang Ahli tidak mengambil tempatnya dalam masa tiga bulan dari tarikh Majlis Parlimen bersidang bagi pertama kalinya selepas ia dipilih, atau dalam masa yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Majlis Parlimen, maka kosonglah tempatnya itu. Pindaan kepada Perkara 59 adalah dengan tujuan melanjutkan masa yang wajib bagi seseorang Ahli mengambil tempatnya dari tempoh tiga bulan kepada enam bulan. Tanpa pindaan ini, Dewan terpaksalah meluluskan satu usul untuk membolehkan seseorang Ahli itu mengambil tempatnya selepas tiga bulan yang tersebut. Negeri Melaka tidak mempunyai tanah rezab Melayu khas bagi orang Melayu, tetapi sebaliknya mempunyai "tanah adat Melaka" atau "Malacca customary land". Tanah adat Melaka ini boleh dimiliki oleh orang Melayu sahaja, tetapi kawalan ke atas tanah adat Melaka tidak dapat dilakukan dengan berkesan di bawah peruntukan undang-undang yang sedia ada. Mengikut Perkara 90(1) Perlembagaan Persekutuan, dan Seksyen 108 Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963, tanah adat Melaka tidak boleh dipindahmilik, dipajak atau diturunmilik kepada orang bukan Melayu. Namun demikian, sekatan-sekatan ini pada amalannya, tidak menghalang orang bukan Melayu menguasai atau menduduki tanah adat Melaka. Kajian mengenai perkara ini menunjukkan bahawa seluas 364 hektar tanah adat Melaka telah digadai kepada orang bukan Melayu. Tetapi sebenarnya tanah itu telah dijual serta diduduki dan diusahakan oleh mereka ini. Untuk mengatasi masalah ini, adalah dicadangkan supaya Perkara 90 Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk membolehkan sekatan-sekatan tertentu dikenakan melalui undang-undang berkenaan. Dalam tahun 1978 rayuan kepada Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy dalam perkara-perkara Perlembagaan dan jenayah telah dihapuskan sama sekali dan Mahkamah Persekutuan adalah merupakan mahkamah yang terakhir dan muktamad dalam perkara-perkara tersebut. Tetapi rayuan dalam kes-kes sivil yang tertentu telah dikekalkan dan pada masa ini rayuan kepada Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy dalam kes-kes sivil tersebut boleh dibuat. Masanya telah sampai untuk kita memansuhkan sama sekali rayuan kepada Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy. Kita telah merdeka selama lebih dari 25 tahun. Dalam masa itu hakim-hakim kita telah menunjukkan kebolehan mereka dan dapat mengendalikan semua kes termasuk kes-kes sivil dengan memuaskan. Maka adalah 211

wajar kita mempunyai kepercayaan kepada hakim-hakim kita sendiri untuk membuat keputusan yang adil dan bijaksana. Oleh itu, pindaan yang dicadangkan mengenai Perkara 131 dan 121 serta Perkara-perkara lain dalam Bahagian EX Perlembagaan, adalah bagi memansuhkan peruntukan yang membenarkan rayuan dibuat kepada Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy dan memperuntukkan Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah rayuan terakhir di negara ini dan menamakannya sebagai Mahkamah Agung (atau 'Supreme Court'). Walau bagaimanapun, tarikh berkuatkuasanya pindaan ini akan ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui Pemberitahuan dalam Warta. Ini adalah perlu memandangkan kepada hakikat bahawa tindakan-tindakan lain mesti diambil sebelum pindaan ini dapat dikuatkuasakan. Tindakan-tindakan tersebut adalah berkaitan dengan pindaan yang perlu dibuat kepada Perjanjian di antara Kerajaan kita dengan Kerajaan British mengenai rayuan dalam perkara sivil kepada Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy dan pindaan kepada undang-undang negara kita dan undang-undang British dalam perkara yang sama. Negara kita mengamalkan sistem Pemerintahan Beraja mengikut Perlembagaan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, sebagai tumpuan kesetiaan dan kemuncak dalam sistem pemerintahan negara dan negeri, mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan Negeri. Kedudukan yang tinggi ini adalah juga dicerminkan dalam Rukunegara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja merupakan simbol perpaduan dan taat setia segenap lapisan masyarakat. Kedudukan yang istimewa ini bererti bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja merupakan institusi yang tidak berpihak. Begitu juga halnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja tidak melibatkan diri dalam hal-hal politik. Memandangkan kepada hakikat inilah, maka Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan-perlembagaan Negeri masing-masingnya memperuntukkan bahawa dalam urusan pentadbiran negara, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja bertindak atas nasihat Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Perlembagaan ada membuat peruntukan di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budibicara Baginda di dalam beberapa perkara. Perisytiharan darurat tidak termasuk di dalam bidang tugas di mana Baginda boleh bertindak atas budi-bicara Baginda. Perkara 40(1) dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang diPertuan Agong akan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau Menteri yang ditugaskan oleh Jemaah Menteri. Pindaan kepada Perkara 150 adalah bertujuan untuk menjelaskan bahawa Perdana Menteri dipertanggungjawabkan untuk menasihat Kebawah Duli Yang 212

Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai perisytiharan darurat. Mengikut prinsip sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara kita, kuasa membuat undang-undang adalah hak Parlimen. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat, masing-masing dengan tugas dan tanggungjawabnya. Proses mewujudkan sesuatu undang-undang itu berakhir dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menurunkan tandatangan perkenan Baginda. Oleh kerana kadang-kala ada kemungkinan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, atas sebab-sebab tertentu, tidak dapat memberi perkenan kepada sesuatu Rang Undang-undang dengan segera, maka adalah dicadangkan supaya Perkara 66(5) dipinda bagi memperuntukan bahawa selepas 15 hari Rang Undang-undang itu dipersembahkan kepada Baginda, maka hendaklah disifatkan bahawa Baginda telahpun memperkenankannya. Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO:2)1973. Akta ini, antara lain, telah membuat peruntukan tentang perubahan sempadan Negeri Selangor, perlepasan kuasa-kuasa Kerajaan Negeri Selangor terhadap kawasan Wilayah Persekutuan, bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas Wilayah Persekutuan, dan beberapa peruntukan lain berbangkit daripada penubuhan Wilayah Persekutuan. Walaupun Perlembagaan Persekutuan, ataupun undang-undang yang ada kaitan dengan penubuhan Wilayah Persekutuan tidak menyatakan secara khusus bahawa Wilayah Persekutuan adalah merupakan sebahagian daripada Persekutuan atau Malaysia, tetapi adalah nyata Wilayah Persekutuan menjadi sebahagian daripada Malaysia. Namun demikian, untuk mengelak dari sebarang keraguan, atau tafsiran yang berlainan, maka Jadual Kesembilan dicadangkan dipinda dengan memasukkan satu butiran baru, iaitu butiran 27 untuk menjelaskan bahawa Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang mengenai semua perkara berhubung dengan Wilayah Persekutuan. Walaupun Perlembagaan negara merupakan undang-undang yang tertinggi, namun ia adalah undang-undang. Sebagaimana kita maklum, Perlembagaan kita mengandungi peruntukan-peruntukan yang terperinci jika dibandingkan dengan Perlembagaan setengah-setengah negara lain. Oleh itu, adakalanya bagi membolehkan undang-undang lain diadakan atau diperkemaskan, perubahan-perubahan tertentu kepada Perlembagaan perlu dibuat. Ada ketikanya pindaan hakiki kepada Perlembagaan perlu juga dibuat. Perlembagaan kita telah dipinda pada masa-masa yang lalu, dan kali akhir kita meminda Perlembagaan ialah dalam tahun 1981. Pindaan kepada Perlembagaan bukanlah dibuat dengan sewenang-wenangnya, tetapi setelah mengambilkira berbagai-bagai faktor, dan tujuannya adalah untuk kepentingan rakyat, dan pemerintahan serta pentadbiran negara yang berkesan.

213

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI KONVENSYEN PENDIDIKAN KELAPAN DI MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS 1HB. OGOS, 1983

T

erlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Suluh Budiman, penganjur Konvensyen Pendidikan Kelapan, yang telah memberi penghormatan kepada saya untuk berucap di majlis ini dan seterusnya merasmikan konvensyen ini.

Kepada Suluh Budiman, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas daya usaha untuk mengadakan majlis forum ini sempena dengan perayaan Jubli Intan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim bagi membincangkan satu tajuk yang penting dalam konteks Pembangunan dan masa depan negara kita, "Pendidikan dan Nasionalisme", satu tajuk yang menarik, mempunyai pengertian yang luas, dengan sudut-sudut kontroversinya. Teras perbincangan iaitu 'penentuan konsep dan penerokaan strategi' menjadikan tajuk ini lebih mencabar lagi. Namun demikian, dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yang mewakili cerdik-pandai, para pendidik atau "practitioners", dan mereka yang berminat dengan bidang pendidikan , saya yakin, konvensyen ini dapat menghasilkan rumusan-rumusan yang berguna, sebagai panduan bagi pihak-pihak berkenaan, dalam memperbaiki lagi sistem dan persekitaran pendidikan di negara kita, selaras dengan matlamat dan aspirasi negara. Nasinonalisme memainkan peranan yang penting di dalam sejarah manusia. Semangat nasionalisme adalah satu pendorong utama di dalam sesuatu perjuangan kemerdekaan dan usaha-usaha memelihara hak dan kedaulatan. Tetapi, konsep nasionalisme tidak mempunyai pengertian yang universal. Salah satu ciri yang membezakan pengertiannya ialah, sama ada apa yang dikatakan sebagai "action" harus terhad kepada sesuatu rumpun bangsa atau suku kaum, dengan ciri-ciri identiti budaya asalnya yang tertentu. Pada hari ini, hasil dari perkembangan peradaban dan "crossmigration", sesebuah Wilayah yang khusus mempunyai rumpun bangsa yang "homogeneous' hampir-hampir tidak wujud lagi. Sekarang, konsep "nation" biasanya diselaraskan dengan konsep "nation state", di mana ciri "homogeneity" tidak dapat lagi diberi keutamaan. Begitulah keadaannya, jika kita mengambil contoh kebanyakan negara, termasuk negara kita Malaysia. Yang penting bukan lagi untuk kembali ke dalam sejarah lampau, tetapi untuk memupuk ciri-ciri baru bagi asas sesuatu bangsa yang baru, di dalam suasana realiti yang baru dan dengan kemampuan yang ada pada kita. Bagi kita di Malaysia, walaupun kita merupakan satu masyarakat majmuk, dengan suku-suku kaum yang berlainan, kita haruslah beransur-ansur memupuk terasteras dan ciri-ciri bangsa Malaysia moden, sesuai dengan aspirasi kebangsaan mengikut realiti keadaan semasa, dan cita-cita kita di masa hadapan. 214

Dalam keadaan hari ini, ada sesetengah pihak di negara kita, yang bulat-bulat menolak nasionalisme sebagai bukan-Islam. Keadaan ini telah membawa keraguan di kalangan sebahagian dari rakyat, yang kurang memahami tentang konsep nasionalisme dan pertaliannya dengan Islam. Maksud firman Allah Subhanahu Wataala, yang menyatakan bahawa manusia dijadikan berpuak-puak dengan tujuan supaya mereka mengenali antara satu sama lain, harus memberi pengertian kepada kita, bahawa kejadian kita, sebagai bangsa dan suku-suku kaum, adalah sebagai ujian bagi kita, untuk mempraktikkan konsep persaudaraan dan hidup berbaik-baik bagi manfaat bersama. Malahan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa cintakan tanahair adalah sebahagian daripada iman. Yang salah dari segi Islam bukan nasionalisme tetapi jika kita mendewa-dewakan tanahair, atau sesuatupun sehingga mengenepikan Islam. Adalah bagi kepentingan Islam, jika Islam dipupuk di dalam konteks tertentu, seperti sesebuah negara, dan usaha-usaha juga dijalankan untuk memperkukuhkan persaudaraan Islam sejagat. Tetapi, untuk menolak nasionalisme kerana fahaman yang sempit boleh menjejaskan pencapaian objektif-objektif jangka panjang yang sebenarnya akan mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dianjurkan oleh Islam. Dari apa yang saya sebutkan, nasionalisme mempunyai peranan yang penting, bukan sahaja dalam konteks memperjuangkan kemerdekaan,tetapi juga dalam usahausaha untuk mengisi kemerdekaan dan membawa negara melalui berbagai liku cabaran semasa dan cabaran-cabaran akan datang. Dalam konteks masa kini, nasionalisme memberi erti yang lebih meliputi dan menyeluruh. Ia bukan semata-mata memberi erti dorongan untuk mencapai kemerdekaan dan mendaulatkan sesuatu bangsa dan negara, tetapi yang lebih penting, ialah untuk mengisi kemerdekaan dan kedaulatan dengan nilai-nilai dan cita-cita baru, yang mana dalam konteks negara kita ia meliputi juga nilai-nilai Islam sejagat yang sedang diterapkan di dalam pentadbiran dan cara hidup masyarakat. Tetapi, satu hakikat yang harus kita sedari, ialah pengertian umum biasanya mengaitkan nasionalisme dengan kemerdekaan semata-mata dan dalam konteks yang sempit, hinggakan semangat masyarakat yang menyebabkan daya pendorong, dan daya kreatif dan kemajuan, menjadi semakin luput daripada generasi ke satu generasi. Kecuali jika semangat yang menyeluruh ini dipupuk dengan sedar, dan dengan menggunakan cara-cara yang berkesan, sesebuah masyarakat dan negara akan menjadi lemah. Salah satu daripada media yang terpenting, bagi memupuk semangat nasionalisme dengan interpretasi yang luas secara berterusan ialah pendidikan. Nasionalisme yang sesuai bagi setiap masa ialah nasionalisme yang menjadi pendorong individu dan masyarakat untuk bergerak mencapai aspirasi yang mulia dari segi kemajuan fizikal dan 'spiritual'. Individu yang perlu dilahirkan ialah individu yang mempunyai sistem nilai yang menyeluruh, yang insaf tentang peranan dan tanggung jawab terhadap diri dan masyarakatnya, yang berteraskan moral dan didorong oleh semangat inginkan kejayaan dan kebahagiaan. Ia mestilah sanggup menjadi individu yang sanggup berdikari, menyanjung dan mengamal nilai-nilai yang tinggi dan mulia, yang di dalam konteks negara kita selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. 215

Ciri-ciri nasionalisme secara menyeluruh ini harus diterapkan melalui cara-cara yang berkesan ke dalam masyarakat. Pendidikan sudah tentu merupakan saluran yang terpenting bagi penyerapan nilai-nilai ini. Alam pendidikan adalah satu persekitaran atau "environment" yang luas yang bukan sahaja meliputi sistem pendidikan formal, malahan berbagai interaksi dan' reaksi formal dan tidak formal, yang menjadi keseluruhan pengalaman yang membentuk keperibadian. Persekitaran yang berbeza-beza dari segi geo-politik, ekonomi, sosio-budaya, sistem nilai dan kekeluargaan, dan nilai-nilai lain, menjadikan sistem pendidikan formal yang terancang, bagi mewujudkan satu bentuk bangsa dan persekitaran yang dicita-citakan, begitu penting sekali. Soalnya sekarang ialah supaya kita benar-benar memahami konsep nasionalisme yang menyeluruh dan dinamik ini, tanpa menimbulkan resah-kesah dan perpecahan. Begitu juga soalnya bagaimana kita harus memasukkan ciri-ciri nasionalisme yang menyeluruh ini di dalam satu keseluruhan sistem pendidikan. Usaha kita harus merangkumi semua aspek keutamaan ciri-ciri masyarakat yang telah dilahirkan. Seterusnya bagaimanakah kita harus membuat penekanan kepada aspek-aspek yang meliputi falsafah dan nilai di dalam keseluruhan strategi, pendekatan dan program pendidikan supaya usaha-usaha kita dapat memperkukuhkan lagi kedudukan kita di dalam suasana yang pesat berubah dan kian mencabar? Banyak perubahan yang telah berlaku dalam tempoh sesuku abad kita merdeka. Suatu gejala yang jelas kelihatan ialah generasi baru telah beransur-ansur terpisah dari pengalaman generasi dahulu, dan telah timbul golongan-golongan yang cuma mendewa-dewakan negara-negara lain dan mengecam negara sendiri tanpa memperhitungkan faktor-faktor dan keadaan di negara kita yang berlainan dari negara-negara lain. Begitu juga terdapat sebahagian rakyat yang merasakan bahawa kemerdekaan adalah tangga yang penghabisan dan jaminan tetap bagi satu kehidupan yang mewah tanpa tanggungjawab, dan usaha yang gigih dan berterusan. Misalnya, kalau dahulu pegawai-pegawai penjajah sanggup merentas hutan dengan gajah, dan berkhidmat di kawasan pendalaman yang terpencil, tetapi sekarang pegawai tempatan tidak sanggup berkhidmat sebagai guru atau pegawai pentadbir di setengah-setengah negeri dan daerah dengan berbagai-bagai helah - jauh, terpencil, tidak ada kemudahan dan lainlain. Ada sebilangan rakyat pula yang begitu memilih kerja, hinggakan orang-orang asing terpaksa diambil untuk mengisi sesetengah jenis pekerjaan yang ditolak oleh rakyat tempatan. Di ladang-ladang, misalnya, terdapat masalah kekurangan buruh sedangkan peratusan yang menganggur di negara kita adalah lebih 5% dari tenaga pekerja. Apa yang perlu sekarang, ialah bagi kita untuk menilai semula di manakah kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam keseluruhan sistem pendidikan kita, dan cara hidup kita, dan bagaimanakah kita harus memperbaikinya, supaya nilai-nilai yang sesuai dapat disemai di dalam masyarakat kita, dari generasi ke generasi. Konsep pendidikan yang sempit, mementingkan fakta semata-mata tanpa memperseimbangkan dengan unsur-unsur sejarah dan kebudayaan serta aspirasi negara, tidak mungkin dapat melahirkan satu persekitaran pendidikan yang boleh mewujudkan bentuk 216

masyarakat yang menghayati nasionalisme yang saya maksudkan tadi. Tentulah dalam hal ini, apa yang kita perlukan ialah penyatuan yang seimbang antara pendidikan sains, teknologi, 'humanities' dan moral yang berorentasikan aspirasi-aspirasi kita sendiri. Kita harus mengambil apa-apa yang baik - apa-apa yang baik yang ada pada kita dan apa-apa yang baik dari luar. Begitu juga kita harus menolak apa yang buruk dari luar dan mengikis apa yang buruk yang ada pada kita. Pendidikan moden yang berteraskan falsafah dan sistem pendidikan Barat, biasanya lebih memisah-misahkan bidang-bidang pengajian, dan mementingkan pengkhususan dari awal-awal lagi, dan lebih memberi keutamaan kepada kepentingan individu daripada kepentingan umum. Seseorang yang lahir di dalam sistem pendidikan moden akan dididik mengikut acuan-acuan tertentu - umpamanya melalui acuan untuk menjadi pakar ekonomi, ahli sejarah, saintis, ahli agama dan lain-lain, yang masing-masingnya memandang sesuatu mengikut kepentingan dan kacamata masing-masing sahaja. Tidak hairanlah jika sekarang ini bermacam-macam seminar yang diadakan dengan tajuk-tajuk tertentu, membuat rumusan supaya aspek-aspek itu dan ini secara khusus dimasukkan di dalam kurikulum pendidikan. Seminar tentang kependudukan mahukan murid-murid diajar tentang kependudukan, seminar tentang "environment" membuat perakuan supaya mata pelajaran "environment" diajar di sekolah-sekolah, seminar tentang dadah, seminar tentang 'sex', dan lain-lain lagi menganjurkan supaya mata-mata pelajaran ini diwajibkan. Ini cuma menunjukkan bahawa persekitaran pendidikan tidak dapat menyediakan satu pengalaman yang menyeluruh yang dapat mendidik seseorang sebagai anggota masyarakat yang sempurna dan lengkap. Perkara ini bukan terhad kepada kita sahaja, malahan boleh dikatakan dialami oleh semua negara, walau apapun ideologi dan sistem. Soalnya ialah bagaimanakah caranya yang paling sesuai dan berkesan bagi mengadakan persekitaran pendidikan yang dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang menjadi rungutan berbagai-bagai pihak. Ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicari penyelesaian, kecuali bagi mereka yang asyik dengan khayalan mereka. Pendidikan tidak terhad kepada bilik-bilik darjah dan bilik-bilik kuliah. Pendidikan adalah satu proses mengumpul pengalaman dan menghayati nilai-nilai hidup dari persekitaran yang luas. Ibubapa, keadaan rumah-tangga dan masyarakat setempat, alam sekeliling serta berbagai-bagai faktor lain, mempengaruhi pendidikan seseorang individu. Dari buaian hingga ke liang lahad, proses pendidikan terus berjalan bagi tiap orang dari kita. Walaupun guru-guru memainkan peranan yang penting, aktiviti "extra-mural" dan kegiatan-kegiatan kanak-kanak setiap peringkat ia membesar mempengaruhi proses integrasi pengalamannya. Soal sama ada kita dapat menyemai nilai-nilai kebangsaan atau nasionalisme menyeluruh yang kita hasratkan, memer lukan interaksi pendidikan formal dan tidak formal yang memberi penekanan bukan sahaja terhadap ilmu pengetahuan tetapi juga kepada penyedaran dan keinsafan. Nasionalisme yang kita perlukan, seperti saya sebutkan, bukan konsep yang sempit dan "parochial", tetapi penyerapan nilai-nilai yang menyeluruh bagi membolehkan kita menyempurnakan tujuan hidup yang bahagia, yang menjamin kewibawaan sebagai bangsa dan negara yang bermaruah dan berdaulat, dengan tidak melupakan akan kebahagiaan kita di akhirat. 217

Tajuk konvensyen ini tidak mungkin saya singkap di dalam satu ucapan. Saya percaya tuan-tuan dan puan-puan, dengan kepakaran dan pengalaman masing-masing, dapat meneliti aspek-aspek penting dengan lebih terperinci. Saya juga yakin, perbincangan tuan-tuan dan puan-puan sekalian akan menghasilkan penemuan-penemuan yang dapat membantu kita memupuk semangat nasionalisme yang selaras dengan aspirasi dan mengikut kehendak dan konteks kita. Dengan harapan ini saya membuka Konvensyen Pendidikan ini dengan rasminya.

218

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN SIMPOSIUM KE ARAH DASAR KOMUNIKASI NEGARA KUALA LUMPUR 6HB. OGOS, 1983

S

aya mengucap tahniah kepada Kementerian Penerangan di atas daya usahanya menganjurkan Simposium Ke Arah Dasar Komunikasi Negara i n i . Tajuk Simposium ini merangkumi aspek-aspek yang amat luas, dan usaha untuk membincangkannya adalah merupakan satu usaha yang herani.

Tempoh sesuku abad kita merdeka telah memberi peluang kepada kita untuk meletakkan beberapa asas penting ke arah menjamin kewibawaan dan keutuhan negara kita. Faktor-faktor sejarah, politik dan sosio-ekonomi, masalah-masalah dan cabaran, serta aspirasi-aspirasi kita telah membolehkan kita menggambar dan mengukir satu "vision" tentang masyarakat dan masa depan negara yang akan kita tempa. Hasrat dan cita-cita kita ialah untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia moden yang bermaruah, dengan keperibadian dan nilai hidup yang tinggi, maju, makmur, sejahtera, harmoni dan bersatupadu. Negara Malaysia yang ingin kita wujudkan ialah negara Malaysia yang maju, utuh, berkewibawaan, stabil dan mempunyai ketahanan. Dengan hasrat dan cita-cita ini, sudah tentulah menjadi tanggungjawab kita untuk mengukuh, serta menggubal dasar-dasar yang sesuai, bagi memandu kita ke arah memenuhi aspirasi dan "vision" kita ini. Komunikasi merupakan satu aktiviti dan alat yang penting di dalam kehidupan sesuatu masyarakat dan negara, lebih-lebih lagi di dalam konteks proses "nationbuilding" seperti di negara kita. Sebagai sistem perhubungan dan interaksi dua hala, komunikasi membantu proses sosialisasi dan pendidikan, pembentukan nilai dan cara hidup serta kebudayaan, pencapaian dan penyatuan aspirasi dan penggerakan ke arah memenuhi hasrat dan cita-cita kita. Dalam sesebuah negara membangun, di mana dasar-dasar dan strategi-strategi tertentu telah digubal bagi membawa perubahan yang menyeluruh, kejayaan dasar-dasar dan strategi-strategi ini amat bergantung kepada kemampuan dasar dan sistem komunikasi. Komunikasi bukan satu perkhidmatan secara kebetulan, atau "incidental" sahaja, tetapi merupakan elemen yang integral dalam keseluruhan proses Pembangunan. Oleh itu, pembentukan satu dasar komunikasi negara yang menyeluruh merupakan satu imperatif. Tentulah soal mewujudkan satu dasar komunikasi negara boleh menimbulkan berbagai reaksi di kalangan pihak-pihak tertentu, khususnya di kalangan mereka yang khayal dengan konsep kebebasan kebaratan, dan prinsip "right to communicate", dan 219

melihatnya di dalam suatu "vacuum" tanpa memberi pertimbangan kepada hakikat konteks-konteks tertentu. Tetapi, hakikatnya ialah, kebebasan mutlak tidak wujud di mana-mana jua, walaupun di negara-negara yang dianggap paling liberal. Kebebasan harus menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan negara di dalam konteksnya yang tertentu. Kebebasan adalah untuk kebaikan, dan bukan untuk kemusnahan dan keruntuhan. Dalam konteks komunikasi, kebebasan pada hakikatnya mempunyai erti yang sungguh mendalam di mana kebebasan itu hendaklah dianggap sebagai cara bagi kita mencapai objektif-objektif kebangsaan kita. Kebebasan tanpa tanggungjawab akan kelak menghalang pencapaian objektif dan matlamat kita. Di dalam usaha kita untuk membimbing masyarakat bagi mencapai objektif dan matlamat negara, kita tidak boleh membenarkan kepentingan sesuatu golongan tertentu, atau kepentingan peribadi yang mutlak mengatasi kepentingan umum dan kepentingan negara, kerana ini kelak akan mengakibatkan anarki yang akhirnya akan memusnahkan kebebasan. Dengan itu, dalam usaha kita menggubal sesuatu dasar negara, kita hendaklah menentukan bahawa dasar itu diasaskan kepada kepentingan dan realiti negara kita. Kita juga hendaklah memberi perhatian supaya dasar itu diasaskan selaras dengan matlamat negara kita, iaitu sebuah negara yang membangun yang mengamalkan demokrasi dan bebas. Oleh yang demikian, di dalam penggubalan dasar komunikasi negara, kita tidak harus terikat dengan mana-mana model; kita harus mempunyai model kita sendiri dengan latarbelakang negara dan realiti setempat dan semasa, dengan segala kebaikan yang kita cita-citakan. Sebagai suatu proses yang kompleks, yang mempunyai banyak sumber, pengaliran dan sasaran, sesuatu dasar komunikasi yang menyeluruh hanya dapat merangkumi aspek-aspek penting sahaja sebagai rangkanya. Walau bagaimanapun, pentingnya diwujudkan satu dasar komunikasi negara tidak dapat dinafikan, lebih-lebih lagi di dalam konteks negara kita, di mana kita bukan sahaja mempunyai hasrat yang besar untuk menjayakan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang makmur, sejahtera, terjamin dan bermaruah, tetapi memandangkan bahawa kita mempunyai berbagai masalah, yang mana tanpa kawalan-kawalan tertentu, masalah-masalah ini boleh dieksploitasikan dan mendatangkan bencana dan kehancuran kepada kita sendiri. Pembentukan satu dasar yang menyeluruh, seperti dasar komunikasi negara, walaupun rumit dan memerlukan kefahaman mengenai berbagai sudut penting, dan juga memerlukan data yang lengkap, tidak mungkin dapat diwujudkan jika kita mahukan suatu keadaan yang ideal. Apabila kita menerokai alam dasar, kita telah meletakkan diri kita di dalam dunia subjektif, di mana kelengkapan dan kesempurnaan data dan pengetahuan adalah mustahil. Biasanya sesuatu dasar adalah hasil daripada apa yang dikatakan "limited productivity of knowledge", atau daya pengeluaran ilmu pengetahuan yang terhad. Saya difahamkan bahawa Simposium ini akan disertai oleh mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam hal-hal komunikasi - wakil-wakil media massa seperti akhbar, radio, televisyen, buku, filem, agensi berita, bidang-bidang pengiklanan, perhubungan awam, pemasaran, telekomunikasi, industri pemerosesan data, perpustakaan dan ahli-ahli akademik dalam bidang 220

komunikasi dan penerangan. Penglibatan yang luas ini, saya percaya, dapat membantu Simposium ini meneliti berbagai aspek yang perlu diberi perhatian sebagai asas dasar komunikasi negara. K i t a mempunyai asas falsafah negara dalam bentuk Perlembagaan dan Rukunegara, dan kita mempunyai beberapa dasar penting yang mengisi falsafah ini dan bagi membawa kenyataan kepada aspirasi kita. Dasar Ekonomi Baru bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan perseimbangan ekonomi antara kaum. Begitu juga dengan dasar-dasar lain, yang meliputi aspek-aspek bahasa, pelajaran dan pembentukan identiti kebangsaan. Kerana pertaliannya yang begitu erat dengan pembangunan dan "nation-building", dasar komunikasi haruslah selaras dengan dan bagi maksud memberi erti kepada, dasar-dasar lain yang wujud untuk menggerakkan masyarakat dan negara bagi pencapaian matlamat-matlamat tertentu. Contohnya, jika salah satu matlamat dasar pelajaran adalah untuk menghapuskan buta huruf, maka dasar komunikasi hendaklah membolehkan sistem komunikasi digerakkan untuk menyediakan persekitaran pendidikan non-formal untuk membantu dalam pembasmian buta huruf, dan peningkatan fungsi E T V , dan penyesuaian programprogram pendidikan melalui media massa. Jika dasar ekonomi memberi penekanan terhadap pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat, maka dasar komunikasi harus membolehkan masyarakat memahami dan melibatkan diri secara positif ke arah pencapaian matlamat-matlamat dasar ini. Kita sedang berada dalam era perkembangan teknologi komunikasi moden. Teknologi komunikasi, dengan perkembangannya yang pesat dari segi "hardware" dan "software", akan mengubah tamadun manusia. Perkembangan ini, walaupun mempunyai manfaatnya, sebagaimana dengan banyak perkara-perkara lain juga, ia boleh menimbulkan implikasi tertentu, khususnya kepada negara-negara membangun. Perkembangan teknologi ini, selain daripada akan mewujudkan ketidak-perseimbangan, akan membolehkan "domination" pihak yang menguasai teknologi ini ke atas pihak yang lemah dari segi teknologi ini. Bagi kita, ia boleh menggugat hasrat dan cita-cita kita untuk mengukuhkan falsafah dan cara hidup kita sendiri. Nilai-nilai yang ingin kita pupuk akan menjadi sukar untuk dilaksanakan. Implikasi yang besar ialah mereka yang mengawal maklumat, yang secara tidak langsung juga memegang kuasa, mungkin menggunakan teknologi komunikasi semata-mata untuk kebaikan atau kepentingan sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang lain. Berhubung dengan teknologi komunikasi, pada 23 Jun lalu, Presiden Amerika telah membuka sebuah pusat komunikasi satelit pertama di dunia, bertempat di New York. Pusat ini dikatakan boleh menghubungi semua satelit domestik dan juga beberapa satelit antarabangsa dengan menggunakan "disc antenna". Melalui saluran kabel fiber optik yang menggunakan kuasa laser, berbagai gedung perniagaan dan perindustrian di Amerika Syarikat boleh mendapati maklumat dengan kelajuan yang tidak dapat diduga sebelum ini. Tentulah kemampuan maklumat seperti ini amat menakjubkan, tetapi di sebaliknya pula, ia juga membimbangkan. Implikasi kemajuan pesat dalam bidang komunikasi ini ialah bahawa ia mewajibkan kita membuat perancangan yang lebih rapi mengenai pelaburan sumber negara 221

dalam bidang ini, dan keutamaan yang harus diberi kepada kemajuan infrastruktur komunikasi. Penyediaan infrastruktur asas seperti kemudahan elektrik, telefon, perkhidmatan pos yang moden perlu dipercepatkan supaya barangan komunikasi dapat dimiliki oleh sebilangan rakyat yang ramai dan tidak sahaja mereka yang tinggal di bandar dan berkemampuan sahaja. Rakyat pula perlulah dilatih untuk menggunakan alat-alat komunikasi baru ini bagi membantu meningkatkan lagi daya pengeluaran mereka. Oleh kerana sebuah dasar memerlukan instrumen perundangan yang berkesan untuk mengawal perlaksanaannya, persoalan sama ada instrumen perundangan yang ada berkemampuan untuk menyelesaikan setiap masalah yang akan berbangkit dari perkembangan komunikasi tersebut, perlu juga diberi perhatian. Zaman satelit, komputer dan elektronik merupakan satu cabaran kepada kita. Kita berada dalam zaman revolusi komunikasi dan maklumat. Setiap negara maju berlumba-lumba untuk menguasai maklumat yang ada dalam segala bidang dengan apa cara jua. Kerana itu, negara kita hendaklah memesatkan pembangunan media yang wujud sekarang dan juga kemudahan serta latihan bagi mengendali sistem komunikasi dan maklumat yang baru. Sehingga kini, kita masih amat bergantung kepada negara-negara maju untuk peralatan dan juga "software" komunikasi. Malaysia perlulah berusaha untuk mencapai kemampuan mengendalikan sistem komunikasinya sendiri. Setakat ini, walaupun usaha-usaha permulaan telah dibuat, kita masih jauh ketinggalan. Sebagaimana kita maklum, perbincangan mengenai "New World Information Order" telah menarik perhatian dunia selama hampir dua abad, dan walaupun soal "self-reliance" ini sentiasa dilaungkan, tetapi malangnya, pencapaiannya tidak seberapa. Pengaliran sehala masih terus wujud. Masanya telah tiba untuk memperkuatkan kemudahan komunikasi sendiri, dan antara lainnya, memperkuatkan agensi berita nasional untuk tugas pemberitaan dalam dan luar negeri. Kerjasama serantau perlu diperkukuhkan dalam usaha mengurangkan ketidak-seimbangan pengaliran maklumat dari negara maju ke negara membangun, dan bahan-bahan penyiaran, sama ada dokumentari, mahupun hiburan, perlu diusahakan sendiri tanpa bergantung kepada sumber luar. Langkah-langkah ini adalah perlu, kerana sistem komunikasi dan penerangan tempatan yang lembab dan lemah, akan mengakibatkan penerapan unsurunsur yang tidak diingini. Di samping itu, kita juga perlu melibatkan diri dalam rangkaian kerjasama serantau dan dengan negara-negara membangun untuk meningkatkan kecekapan yang memuaskan sambil mengadakan pertukaran bersama bagi memelihara identiti dan kepentingan serantau ini. Amatlah tidak adil bagi agensiagensi negara maju dapat menyebar dan memperolehi keuntungan dari sebaran berita, tetapi agensi-agensi dari negara seperti Malaysia tidak dapat langganan dari media di negara maju. Amatlah tidak adil terdapatnya pengaliran wang dari yang miskin kepada yang kaya. Kemampuan membuat dan menggunakan bahan dan peralatan komunikasi sendiri bermakna bahawa tenaga manusia perlu dilatih untuk menyediakan negara ke arah ini. Jenis-jenis tenaga mahir yang diperlukan, termasuklah mereka yang dapat mengeluar dan menggunakan bahan-bahan komunikasi, yang mengumpul dan 222

menyebar maklumat, dan mereka yang terlibat dalam operasi peralatan komunikasi tersebut. Apa yang dapat diramalkan ialah jenis-jenis pekerjaan dalam bidang ini akan menjadi lebih khusus, atau "specialised", dan sebarang kekurangan dalam latihan dan kepakaran akan mengakibatkan kegagalan dalam mencapai objektif "self-reliance" yang saya sebutkan itu. Ciri-ciri asas yang perlu dipupuk melalui dasar dan sistem komunikasi negara harus diberi perhatian. Di antara ciri-ciri asas yang boleh menggerakkan masyarakat kita ke arah aspirasi dan "vision" masa hadapan masyarakat dan negara kita ialah "an informed society", kreatif dan inovatif, bertanggungjawab dan responsif. Pembentukan orientasi ini perlu bermula semasa di alam kanak-kanak dan dibangku sekolah lagi di mana kanak-kanak hendaklah diberi peluang, dalam persekitaran yang sesuai, untuk membentuk daya cipta mereka sendiri melalui proses pembelajaran yang tidak terhad kepada penghafalan fakta, maklumat dan konsep semata-mata, tetapi diresapkan dengan kebolehan berfikir, menganalisis dan mencipta. Kanak-kanak dibimbing untuk membuat ciptaan baru dengan menggunakan alat-alat elektrik dan elektronik, dan dengan itu fahaman konsep dan daya kreatif dan aplikasinya akan wujud. Sistem yang menekankan penghafalan fakta tanpa kebolehan berfikir, menganalisa dan mencipta akan mewujudkan masyarakat yang pasif, yang tidak dinamis. Dalam menekankan keperluan membina kemampuan pengendalian sistem komunikasi negara, media 'interpersonal' tidak harus diketepikan. Kita tidak harus lupa tentang peranan media tradisional dan interpersonal, walhal masyarakat kita mempunyai prinsip-prinsip hidup bermasyarakat; bergotong-royong, bermesyuarah, hormat-menghormati dan kemesraan bersama telah menjadi amalan kita, dan semangat ini perlu sentiasa dipupuk sebagai saluran komunikasi yang penting. Terutama sekali dalam proses perubahan masyarakat (sosial change), dari komuniti tradisional kepada komuniti moden, adalah perlu dipupuk sikap yang bersesuaian dengan perubahan yang ingin dihasilkan, dan di sinilah letaknya peranan media' interpersonal'. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kesemua media komunikasi mempunyai, antara lain, fungsi untuk menyampaikan mesej dan maklumat Kerajaan kepada rakyat dengan jelas, supaya tidak timbul salah faham dan salah tafsiran. Salah faham mengenai mesej-mesej Kerajaan akan berlaku apabila media komunikasi mengabaikan tanggungjawab sosial mereka terhadap negara dan rakyat. Ini bermakna media-media tersebut akan cuba memberi interpretasi ke atas isu dan masalah-masalah negara dari kacamata mereka semata-mata, yang berasaskan nilainilai mereka sendiri atau nilai kebaratan yang mungkin tidak sejajar dengan nilai-nilai kebangsaan. Mereka sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka demi mendapatkan keuntungan atau mendapat nama. Akibat dari pengabaian tanggungjawab sosial, media-media tersebut akan mencetuskan penyalahgunaan hak kebebasan dan ini mungkin menimbulkan huru-hara di dalam negara. Di sinilah letaknya apa yang boleh kita ertikan sebagai "contextual professionalism" Ini tidaklah bermakna bahawa peranan media-media tersebut hanyalah setakat menyebarkan penerangan, mesej dan menimbulkan kesedaran untuk melibatkan 223

penyertaan rakyat dalam projek-projek pembangunan Kerajaan sahaja. Perlu ditegaskan di sini, bahawa media komunikasi mestilah juga memainkan peranan sebagai jentera untuk menyalurkan maklumbalas, mengenalpasti keperluan dan keutamaan pembangunan, serta untuk mengesan dan menilai prestasi matlamat pembangunan keseluruhannya. Tetapi, maklumbalas ini tidaklah seharusnya dijadikan alat untuk menggugat prinsip-prinsip asas yang telah diterima. Apa yang kita perlukan ialah maklumbalas yang kritikal, tetapi sihat dan membina, yang akan dapat membimbing Kerajaan sebagai pemegang amanah rakyat, dalam usaha-usahanya bagi menjamin pencapaian matlamat dan objektif negara. Memandangkan usaha-usaha ke arah mewujudkan dasar komunikasi negara melibatkan banyak isu, mungkin Simposium ini tidak boleh dianggap sebagai forum yang tunggal. Mungkin perlu juga diadakan bengkel-bengkel kecil untuk membincangkan masalah-masalah pokok secara terperinci, dari segi perlaksanaan dan implikasinya, dan berbagai aspek dari segi penyesuaian sistem komunikasi dengan asasasas dasar yang dicadangkan. Usaha-usaha mewujudkan satu dasar komunikasi negara yang boleh memperkukuhkan asas-asas bangsa dan negara kita, dan yang dapat membantu kita memenuhi hasrat dan aspirasi kita adalah amat relevan bagi kita. Saya harap Simposium ini dapat melahirkan satu rangka panduan yang boleh dijadikan asas pembentukan dasar ini. Dalam hal ini, pendekatan kita harus berjejak di dunia nyata. Pengwujudan satu dasar yang ideal dan lengkap mungkin mustahil. Yang penting ialah kita mengadakan rangkanya dahulu, dan dari pengalaman serta pelaksanaannya, kita perkemaskannya pula dari masa ke semasa. Adalah menjadi harapan saya bahawa Simposium ini akan membawa kita selangkah lebih dekat kepada hasrat Kerajaan untuk menggubal satu dasar komunikasi negara. Saya berharap perbincangan tuan-tuan dan puan-puan akan memberi faedah dan manfaat kepada kita semua. Dengan ini saya dengan rasminya membuka Simposium Ke Arah Dasar Komunikasi Negara.

224

PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-26 Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 30HB. OGOS, 1983

A

ssalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Selamat malam kepada semua rakyat Malaysia.

Esok iaitu pada 31hb. Ogos, 1983 genaplah negara kita Malaysia berusia 26 tahun. Alhamdulillah, dengan limpah rahmat, dan hidayat Allah Subhanahu Wataala, dan dengan persefahaman dan muafakat, kita telah dapat menghadapi berbagai cabaran pada tahun ke-26 kita merdeka. Keadaan kemelesetan ekonomi antarabangsa masih berterusan. Walaupun ada tanda-tanda yang menunjukkan keadaan sudah mula menjadi semakin baik, kita mestilah berhati-hati bagi menjamin bahawa segala usaha yang telah dibuat selama 26 tahun untuk membina negara kita tidak terjejas. Tanggungjawab memelihara kemerdekaan dan kehormatan negara bukanlah tanggungjawab pihak-pihak tertentu, seperti para pemimpin, atau pegawai Kerajaan, ataupun pihak tentera dan polis semata-mata. Tugas ini merupakan tugas bersama, dan tidak seorang pun yang cintakan negara boleh menganggap dirinya dikecualikan. Peranan utama setiap orang daripada kita dalam memelihara negara yang kita sayangi ini ialah dengan sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan umum dan kepentingan jangka panjang lebih daripada kepentingan diri dan kepentingan jangka pendek. Setiap tindakan kita, walau dalam apa keadaan sekalipun, hendaklah sentiasa mengambil kira keadaan di negara kita, dan sejauh mana sesuatu tindakan itu akan mendatangkan keburukan atau kebaikan kepada masyarakat dan negara akhirnya. Kita harus ingat bahawa tindakan tiap seorang walaupun kecil kesannya tetapi amat berkesan apabila dijumlahkan kesemuanya. Sebab itu walau apa pun peranan kita dalam masyarakat, kita tidak boleh memandang ringan akan kesannya. Apa yang terjadi kepada individu atau masyarakat adalah balasan kepadanya. Jika dibuat baik, baiklah balasannya. Jika buruk, buruklah balasannya. Allah Subhanahu Wataala maha adil. Peristiwa 13 Mei 1969 telah kita alami sebagai satu peristiwa yang pedih. Barubaru ini beberapa negara tetangga kita telah mengalami peristiwa berdarah seperti yang kita alami dahulu. Kesan daripada peristiwa-peristiwa seperti ini adalah amat mendalam sekali sebagai luka ia meninggalkan parut dan menjadi ingatan sepanjang masa. Oleh itu kita harus berhati-hati supaya perasaan dan emosi tidak terlalu menguasai tindak-tanduk dan fikiran kita pada bila-bila masa sekalipun. Kita tidak harus lupakan hakikat bahawa kestabilan adalah sesuatu yang amat berharga. Sekali tergugat mungkin kita akan kehilangannya buat selama-lamanya. Kestabilan adalah asas kemajuan, dan kemajuan bersama adalah landasan kebahagiaan kita. 225

Walaupun kita sedang menghadapi tekanan kemelesetan ekonomi, kita tidak harus lupa bahawa kita mempunyai peluang keemasan untuk membimbing negara kita ke arah satu tahap kemajuan yang setanding dengan negara-negara maju. Bahkan dari usaha-usaha untuk memperseimbangkan pembangunan kita dengan kemajuan kebendaan dan kerohanian, kita mempunyai asas untuk mencapai kejayaan lebih dari apa yang kita duga. Namun demikian, semuanya ini adalah amat bergantung kepada sejauh mana kita dapat bersama-sama berganding bahu dan berusaha. Di dalam sesebuah negara berbilang kaum seperti negara kita, kemajuan tidak mungkin dicapai melainkan jika kita dapat mengurangkan tumpuan kita kepada soalsoal perbezaan dan kepentingan yang berlainan, dan sebaliknya kita utamakan unsurunsur persamaan dan kerjasama. Bagi bumiputera, tertinggalnya mereka di belakang berbanding dengan kaum lain, menyebabkan perasaan iri hati dan benci yang ketara. Sebaliknya, bagi bukan bumiputera pula, terganggunya kemajuan mereka kerana perlunya mereka menunggu bumiputera, juga menimbulkan rasa kecewa dan muram. Tetapi, jika emosi diketepikan, maka kedua-dua pihak tentu akan mengaku bahawa tidak mungkin mereka mendapat layanan seratus peratus seperti dikehendaki oleh mereka. Sebenarnya di negara-negara yang penduduknya terdiri dari satu kaum pun, perasaan kecewa dan marah ini ada - iaitu disebabkan oleh perbezaan taraf sosial misalnya miskin dan kaya, bandar dan luar bandar, pekerja dan majikan, dan lain-lain. Jika hakikat ini diakui dan diterima, dan dengan senang hati segala urusan diteruskan dengan dedikasi tanpa terlalu dipengaruhi emosi dan sentimen,nescaya kita akan berjaya dan kehidupan menjadi lebih tenang dan aman bagi semua pihak. Maksud perkara ini ditekankan ialah supaya kita terima keadaan yang tidak dapat dielak dan diubahkan ini dengan tenang dan menjalankan tugas-tugas kita. Mereka yang dapat berbuat demikian bukan sahaja akan berjaya tetapi kehidupan mereka akan lebih sempurna dan bahagia. Bagi penduduk Malaysia yang berbilang kaum penerimaan hakikat dan dasar oleh semua pihak akan membolehkan kita bekerjasama antara satu dengan lain dan kerjasama ini tetap akan membawa lebih banyak hasil. Penerimaan dasar dan sekatan-sekatan yang tidak dapat dielak dalam masyarakat majmuk yang tidak seimbang pembangunannya hendaklah dilakukan secara ikhlas. Melepas batuk di tangga atau pengalaman dasar secara tidak jujur, umpamanya usahasama di mana Ali tidur atau digalak supaya tidur oleh Baba, bukan sahaja akan menjejaskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru tetapi mungkin akan memaksa supaya lebih banyak masa diperuntukkan untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Oleh itu amalkanlah Dasar Ekonomi Baru dengan jujur. Lebih cepat matlamat ini dicapai, lebih pendeklah masa yang diperlukan untuk menjayakan dasar. Dasar Ekonomi Baru bukan sahaja soal angka-angka matlamat yang dicapai, tetapi lebih penting dari itu ialah perseimbangan kecekapan dan kebolehan. Jika ini sudah dicapai maka segala pertandingan antara kaum, apabila berlaku, tidaklah akan menjadi pertandingan yang tidak adil, di mana satu pihak jauh lebih kuat dan berkeupayaan dari pihak yang ditandinginya. Keupayaan bertanding dengan asas-asas yang sama dari semua aspek akan membawa keyakinan kepada semua pihak dan mengurangkan perasaan syak wasangka antara kaum. 226

Dalam kita berusaha menjalankan berbagai kegiatan pembangunan, janganlah kita lupa bahawa di dalam zaman moden ini terdapat berbagai gejala yang boleh merosakkan masyarakat. Di antara gejala ini ialah pengaruh dadah. Dadah adalah amat merbahaya sekali kerana ia boleh melemahkan keseluruhan ketahanan kita sehingga kita dengan mudah boleh ditewaskan oleh orang lain. Sebenarnya dadah boleh dan mungkin dijadikan alat oleh musuh kita untuk menghancurkan kita. Keluarga yang mempunyai anggota yang terlibat dengan dadah tentu tahu akan penderitaan yang dialami. Dan masyarakat yang dipenuhi dengan penagih dadah akan menderita sama seperti keluarga yang terlibat. Oleh itu perangilah dadah seperti kita perangi syaitan. Bersempena dengan Hari Kebangsaan negara kita kali ini, marilah kita bersamasama berusaha meningkatkan persefahaman untuk mengukuhkan lagi ketahanan kita dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa dan akan datang. Negara Malaysia adalah negara kita dan kita amat bertuah menjadi anak watannya. Bersama-samalah kita menggembleng fikiran dan tenaga ke arah kemajuan dan kesejahteraan negara kita.

227

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA DENGAN PERMULAAN RANGKAIAN KEDUA TELEVISYEN MALAYSIA KE SABAH DAN SARAWAK 31HB. OGOS, 1983

A

ssalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam bahagia kepada tuantuan dan puan-puan yang saya hormat!

Sebentar lagi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak akan dapat secara langsung mengikuti siaran Rangkaian Kedua Televisyen Malaysia. Dengan sampainya siaran Rangkaian Kedua ini ke Sabah dan Sarawak, kita telah berjaya membina dan menggunakan satu lagi jambatan yang akan mengeratkan hubungan silaturahim di antara rakyat negara kita. Televisyen mula wujud di negara kita 20 tahun yang lalu, mula-mulanya di Semenanjung. Dalam tahun 1971, siaran televisyen diluaskan ke Sabah, dan diluaskan lagi bagi melipud seluruh negara dalam tahun 1978, apabila Rangkaian Pertama diperluaskan ke Sarawak. Kebanyakan negara yang sedang membangun lazimnya mengendali satu rangkaian siaran televisyen, kadangkala di kawasan-kawasan tertentu sahaja, tetapi dalam masa yang singkat, kita di Malaysia telah berjaya mengadakan siaran televisyen yang meliputi seluruh negara melalui dua rangkaian. Ini adalah satu perkembangan dan kemajuan yang boleh kita banggakan. Perkembangan dan kemajuan teknologi amat mengkagumkan. Bukan lagi menjadi perkara ajaib bagi manusia berada di angkasa lepas dan balik ke dunia. Dunia secara beransur-ansur sudah menjadi kecil. Perjalanan yang pantas dari satu tempat ke satu tempat yang dipisah oleh benua, gunung-ganang dan lautan yang luas sudah tidak menjadi masalah. Manusia boleh berhubung di antara satu dengan lain, walau beribu batu jauhnya sekalipun boleh dibuat dalam sekelip mata. Inilah perkembangan dan kemajuan yang nyata yang dibawa oleh teknologi elektronik. Wujudnya siaran televisyen yang meliputi seluruh negara kita adalah dalam konteks perkembangan dan kemajuan ini. Sungguhpun lautan luas memisahkan Semenanjung dan Sabah dan Sarawak, kemajuan teknologi yang mencipta satelit telah boleh kita jadikan jambatan yang menghubungi kita semua. Dengan adanya siaran rangkaian kedua, maka bertambahlah peluang menerima penerangan, pengetahuan dan hiburan bagi saudara-saudara di Sabah dan Sarawak, sama seperti yang diperolehi oleh saudara-saudara kita di Semenanjung. Untuk mewujudkan siaran rangkaian kedua ke seluruh negara, kita telah mendirikan tujuh lagi stesen pemancar di Sabah dan tujuh lagi di Sarawak. Kita juga 228

menggunakan kemudahan satelit, selain dari mendirikan stesen satelit bumi, untuk menjamin kejayaan siaran. Lebih kurang 46 juta ringgit telah dibelanjakan. Kira-kira 25 juta ringgit daripadanya ialah untuk mendirikan pemancar televisyen dan segala kelengkapan yang diperlukan oleh R T M . Sebelas juta ringgit digunakan untuk mendirikan alat penyambung gelombang mikro, atau 'microwave link', dan alat-alat yang berkenaan, supaya pancaran siaran sampai dari satu tempat ke satu tempat. Lebih kurang 9 juta ringgit pula dibelanjakan untuk mendirikan stesen satelit bumi. Walaupun perbelanjaan adalah begitu besar, Kerajaan menganggap ianya adalah satu pelaburan yang tidak dapat dinilai untuk menjamin perpaduan kebangsaan dan perhubungan rapat masyarakat majmuk di Malaysia. Proses integrasi ataupun perpaduan kebangsaan sudahpun meliputi semua bidang seperti sukat dan timbang yang menggunakan sistem metrik, waktu standard, dan sekarang, siaran televisyen. Oleh kerana dunia ini semakin kecil dan perhubungan manusia semakin pantas, bagi negara Malaysia yang.tidak begitu luas kawasannya, waktu yang sama itu memudahkan media elektronik kita berkhidmat kepada negara. Dengan wujudnya siaran rangkaian kedua ke seluruh negara, yang nyata ialah penduduk-penduduk di Sabah dan Sarawak sekarang mempunyai lebih dari satu rangkaian televisyen untuk dipilih. Dengan demikian banyaklah lagi pengetahuan yang dapat ditimba. Pandangan sudah tentu semakin luas, kawasan pedalaman sudah tidak lagi terpencil dari ibu negara serta, perkembangan semasa dapat dilihat dan diikuti secara sepontan di mana-mana sahaja di negara ini. Dengan adanya peluang menyaksi lebih banyak rancangan di peti televisyen, adalah diharapkan supaya contoh-contoh yang sesuai akan dijadikan teladan untuk membaiki cara hidup kita dari segi rohaniah dan jasmaniah. Rancangan-rancangan dengan penerangan adalah asas bagi melepaskan rakyat daripada pandangan yang sempit dan pemikiran yang cetek. Dengan tersebarnya siaran televisyen ke seluruh negara adalah diharapkan ianya akan merupakan sebagai 'catalyst' untuk membawa kemajuan kepada kawasan-kawasan yang jauh dan terpencil. Sambil menyaksikan perkara-perkara baru dan kemajuan semasa yang mengkagumkan yang mungkin mengubah sikap dan pandangan, janganlah kita lalai akan betapa besar nilai seni, budaya dan tradisi yang kita warisi turun-temurun. Tiada gunanya kita berbangga dengan kemajuan dan perkembangan teknologi moden, sekiranya kita membelakangkan warisan kita. Melalui televisyen juga dapatlah kita melihat dan menikmati seni dan tradisi yang begitu banyak di negara kita. Jambatan yang baru dibina ini bukan sahaja menghubung saudara di merata tempat di tanahair kita, tetapi juga menjadi penghubung untuk memupuk tradisi silam supaya tidak luput dimakan zaman, supaya dapat dijadikan kemegahan kita semua. Tradisi budaya kita yang kaya inilah yang mewujudkan identiti bangsa dan negara kita. Akhirnya, saya ucapkan selamat menonton Rangkaian Kedua Televisyen Malaysia kepada semua penduduk negeri Sarawak dan Sabah.

229

ADDRESS BY THE PRIME MINISTER Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE OPENING CEREMONY OFTHE 17TH. MALAYSIA-SINGAPORE CONGRESS OF MEDICINE KUALA LUMPUR 8TH. SEPTEMBER, 1983

B

eing dedicated to the pursuit of medical excellence, with members drawn from the cream of the medical profession, this Congress, organised by the Academy of Medicine of Malaysia, represents a major activity in promoting a high standard of medicine. This Congress brings together medical experts from Malaysia and Singapore to share their experiences and the fruits of their research. And with the presence of the Presidents and representatives of the Royal Colleges of Medicine of the United Kingdom and Australasia, as well as many eminent specialists from renowned medical institutions abroad, I feel very privileged indeed to be invited to address this distinguished gathering.

Seven years ago, as the Minister of Education, I had the honour to deliver the Tun Ismail Oration at the 11th. Congress. At that time, the Congress was held at the General Hospital, where convention facilities were limited. Judging from your programme and this venue, the Congress has come a long way. This, no doubt, is a reflection of the progress and increased sophistication that you have achieved in the past years. I have not practised medicine for more than a decade. Nonetheless, medicine is always close to my heart, and when the Academy invited me to accept the honorary membership, I felt greatly honoured that I am still remembered as a member of the profession. I may not contribute directly to the practice of medicine as such. However, being an honorary academician, I certainly will become more aware of the aspirations of the profession. I hope I could in some way contribute towards the Academy's objective of promoting and maintaining the highest standard of professional practice in this country. When Malaysia achieved independence more than two decades ago, we only had a handful of medical specialists. The country now has a sizeable number of highly qualified doctors. Most of them hold memberships or Fellowships of the Royal colleges of the United Kingdom and Australia. We will, in the foreseeable future, still look to the Royal Colleges to assist us in the training of our specialists. But sending our doctors for training overseas has many inherent drawbacks, in terms of the high cost of training abroad, and the loss of service during the period they are away. Some doctors, sad to say, do not care to return after completing their training. 230

Malaysia needs many more highly qualified doctors to staff the institutions of higher learning, and to man the major hospitals, Equally important, we need specialists who are competent to handle the situation in the smaller district hospitals which are often not well equipped, and which often do not have a full complement of specialists. There is, therefore, a place for the handy-man type of specialist personnel. There is a need to design a programme of post-graduate training geared to the needs of the country. We need to train many of our own specialists and I believe we do have the necessary expertise. I am confident, the Royal Colleges will assist us in this task. The concept of Malaysia Incorporated which I put forward to the nation some time ago, can apply equally well to the area of post-graduate training. It is time that all medical professionals, whether in universities, government hospitals, or the private sector join forces in a common effort to lay a firm foundation for the development of post-graduate medical training in Malaysia. Increased affluence has resulted in hightened public expectations for highly skilful medical care. It has also created a demand for private specialist medical care. As a result there is a brain drain from public institutions to the private sector. We now have a situation where the institutions have some of the finest facilities and sophisticated equipment in the country, while a large number of our senior and experienced people are engaged in private practice. Could we have a happy marriage of the two situations: Could the Government privatise part of the medical service so that private specialists could render their service to patients in hospitals and at the same timeimpart their experience and skill to younger colleagues? Should we offer government specialists limited rights to private practice? Such ideas have been tossed time and again. The Government will study the implications and see whether a satisfactory arrangement can be worked out. I understand our 'Look East Policy' has attracted interest from medical professionals, medical technologists and the pharmaceutical firms of Japan. The Technology Transfer Institute of Tokyo had recently organised a seminar on technology transfer, and now I am happy to see a Japanese medical trade exhibition at this Congress. By looking east I mean emulating those good qualities of countries in East Asia in our effort to develop Malaysia. Our medical services have long benefitted from our traditional ties with those of the West. I am confident we will continue to enjoy this close relationship. However, there is also a good deal we can learn from the countries in the East The Academy could perhaps take the initiative to foster a closer relationship with its counterparts in Southeast and East Asian countries, so that Malaysia can advance the cause of medicine by marrying the best from the East and West With these words, it is now may pleasure to declare the Congress open, and to wish you success.

231

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KEBERSIHAN SELURUH NEGARA DI PADANG LETAK KERETA BENTENG SELERA JALAN MUNSHI ABDULLAH, KUALA LUMPUR 2HB. OKTOBER, 1983

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Kebangsaan Kempen Kebersihan Seluruh Negara dan Jawatankuasa Upacara Pelancaran kerana memberi kesempatan kepada saya melancarkan Kempen Kebersihan Seluruh. Negara pada pagi ini.

Kebersihan adalah penting dalam kehidupan kita. Sesungguhnya tidak ada sesiapapun yang suka kepada keadaan sekeliling atau persekitaran yang kotor dan penuh dengan sampah sarap. Dari kecil lagi kita dididik supaya sentiasa menjaga kebersihan selaras dengan kehendak agama dan masyarakat. Semua agama mengajar kita supaya menjaga kebersihan dan menjadikan amalan harian di dalam kehidupan kita. Demikianlah utamanya kebersihan sehingga bagi orang-orang Islam, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Keadaan yang kotor dengan sampah sarap dan bau busuk bukan sahaja menimbulkan pemandangan yang jelik dan rasa jijik bahkan membawa kesempurnaan hidup kepada semua orang. Kalau keadaan di rumah kita bersih, kita lebih terpelihara dari berbagai jenis penyakit yang dibawa oleh serangga dan kuman. Di sekolah kebersihan membawa keselesaan kepada murid dan guru yang mana akan menolong pengajaran dan penyerapan ilmu dengan lebih sempurna. Kalau tempat kerja kita bersih, kita dapat mewujudkan suasana kerja yang baik yang akan menimbulkan daya pengeluaran yang lebih tinggi. Kalau kampung, bandar dan negara kita bersih, maruah kita tidak akan terjejas dan kita akan dihormati oleh orang lain. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap orang daripada kita untuk menjaga kebersihan rumah dan halaman kita, kawasan-kawasan perumahan, tempat-tempat kerja - bangunan-bangunan Kerajaan dan swasta, kilang-kilang dan tempat-tempat awam. Walaupun kebersihan itu baik, malangnya sebahagian besar daripada kita cuma menerima kebenaran ini tanpa mengamalkannya. Seperti apa jua yang baik, masyarakat kita nampaknya hanya dapat menerima sesuatu kebaikan itu jika dipaksa dan dikawal oleh undang-undang. Sikap ini akan merugikan masyarakat dan individu kerana ia membawa kepada perbelanjaan penguatkuasaan dan segala masalah yang datang dengan usaha menguatkuasakan seperti penyalah-gunaan kuasa, rasuah, tekanan dan lain-lain. Adalah lebih baik sesuatu yang baik, seperti kebersihan, diamalkan tanpa paksaan. 232

Tanggungjawab menjaga kebersihan selalunya dianggap sebagai tugas pihak berkuasa. Pandangan ini adalah salah. Tidak ada Kerajaan di dunia ini yang boleh membersihkan alam sekitar jika rakyat mengotorkannya sepanjang masa. Apakah dapat Kerajaan menghantar tukang sapu untuk mengutip atau menyapu setiap kali kita membuat sampah. Sebenarnya perkara ini dapat dilihat apabila orang ramai berkumpul di satu-satu tempat seperti di pertunjukan di Taman Perdana umpamanya. Sampah yang dibuang menjadikan Taman Perdana sebagai taman sampah pada keesokkan harinya. Tidak mungkin pembersihan dibuat oleh pekerja dengan serta merta. Pandangan di taman yang indah ini menjadi begitu buruk sekali. Sebaliknya jika tiap seorang daripada kita sedar akan kebersihan dan berasa bertanggungjawab, maka dengan tidak mengotorkan keadaan di sekeliling kita di mana-mana juga kita berada, maka masalah pekerja tidak senang untuk membersihkan kawasan di bawah jagaan mereka tidak akan timbul. Tentulah jelas bahawa kebersihan bukan hasil dari kerja menyapu-cuci tetapi lebih bergantung kepada tabiat masyarakat tidak suka membuat sampah. Sebenarnya yang diperlukan cuma sedikit sahaja, iaitu tidak membuang sampah melainkan di tempat-tempat yang disediakan. Kempen ini adalah kempen kesedaran. Kita keluar beramai-ramai untuk membersih kawasan kerana sekian lama kita telah mengotorkannya dan tidak mungkin pekerja biasa membersihkan dengan sempurna. Selepas kempen ini mereka boleh menjalankan tugas dengan lebih mudah. Tetapi sama ada mereka boleh menjaga kebersihan bergantung kepada kesedaran kita terhadap tanggungjawab kita selepas kempen ini. Jika kita sentiasa menjaga kebersihan maka kerja pembersihan bolehlah dibuat oleh pekerja dengan sempurna. Yang penting dalam kempen ini ialah kesedaran kita akan tanggungjawab kita sepanjang masa selepas kempen ini tamat. Jika tabiat menjaga kebersihan tersemi dalam hati kita kerana kempen ini, maka bolehlah kita katakan kempen ini berjaya. Jika selepas ini kita balik kepada tabiat lama maka sia-sia sahajalah kempen ini. Kempen ini adalah bagi tempoh lebih kurang satu bulan dan meliputi seluruh negara, dan melibatkan semua peringkat pentadbiran Kerajaan - Persekutuan, Negeri, Daerah, Penguasa Tempatan, bandar-bandar dan kampung, serta badan-badan swasta, badan-badan sukarela dan semua lapisan masyarakat negara ini. Sumbangan dan penyertaan sukarela oleh badan-badan swasta, badan-badan sukarela, kelab kebajikan dan orang-orang persendirian dalam menjayakan Kempen dan program kebersihan ini adalah amat bermakna sekali ke arah menjadikan kebersihan sebagai nilai dan cara hidup kita. Ini akan mencerminkan kesanggupan semua pihak untuk memikul sesuatu tanggungjawab bersama. Dengan cara ini, kita sama-sama dapat berusaha menjadikan kebersihan sebagai salah satu ciri identiti rakyat dan negara kita dan seterusnya mempastikan supaya satu persekitaran yang bersih diwujudkan di seluruh negara. Kita sering bertanya apakah nilai Islam yang hendak diserapkan oleh Kerajaan. Saya ingin nyatakan di sini iaitu kebersihan adalah satu daripadanya. Sepertimana kita dikehendaki bersih dan tempat juga bersih apabila kita sujud kepada Tuhan, begitu jugalah dalam alam yang kita hidup ini keadaan mestilah bersih. Dengan ini maka satu lagi nilai Islam akan kita amalkan. 233

Kempen ini merupakan satu permulaan sahaja. Yang lebih penting ialah melalui Kempen ini semua pihak hendaklah menjadikan kebersihan diri dan sekitar sebagai tanggungjawab kita sepanjang masa. Pihak-pihak yang mempunyai kakitangan dan alat hendaklah mengatur sistem dan cara menjaga kebersihan kawasan masingmasing dengan kemas dan teratur sepanjang masa. Saya harap perkara ini sentiasa diberi perhatian supaya Kempen ini tidak menjadi satu perkara yang dipandang ringan oleh sesiapapun. Saya berharap Kempen ini akan mencapai matlamat kita untuk memupuk kesedaran tentang nilai kebersihan dan keperluan mewujudkan satu "environment" yang bersih di seluruh negara dan menanam perasaan tanggungjawab awam yang baru di kalangan semua lapisan masyarakat. Dengan ini saya dengan sukacitanya melancarkan Kempen Kebersihan Seluruh Negara dengan rasminya.

234

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN MUZIUM SAINS ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KUALA LUMPUR 4HB. OKTOBER 1983

T

erlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap di majlis ini, dan seterusnya untuk merasmikan Muzium Sains Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia pada hari ini.

Tertubuhnya Muzium Sains Elektrik ini memberi erti yang amat besar kepada kita. Pertama, projek ini membuktikan kerjasama yang boleh dilaksanakan di antara sektor awam dan sektor swasta. Dalam hai ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Syarikat Matsushita Electric Industrial, Jepun, khususnya kepada Tan Sri Matsushita, walaupun tidak berada bersama kita hari ini, dan juga kepada Dato Toshihiko Yamashita yang telah membuat sumbangan alat-alat elektronik dan kelengkapan yang bernilai lebih RM1 juta bagi Muzium ini. Kedua, dengan sebahagian daripada kerja-kerja untuk melaksanakan projek ini dikendalikan sendiri oleh kakitangan Universiti ini, termasuklah dari segi rekabentuk dan kejuruteraan, membuktikan keupayaan kakitangan Universiti menyelenggarakan projek di samping menjalankan tugas biasa. Ketiga, projek ini merupakan satu asas bagi mengukuhkan lagi usaha-usaha kita di dalam bidang Pembangunan sains dan teknologi. Muzium ini telah disyor, kerana di Malaysia, walaupun perkataan sains dan teknologi sering didengar dan Pembangunan negara diasaskan kepada pengetahuan sains dan teknologi, tetapi umumnya kita masih merasa ragu-ragu dan menganggap sains dan teknologi sebagai satu jenis misteri yang tidak mungkin difaham dan dikuasai oleh kita. Orang ramai masih berpendapat bahawa sains dan teknologi adalah bidang yang dikhaskan kepada orang-orang yang berotak geliga sahaja, dan orang biasa tidak mungkin faham sama sekali bidang-bidang ilmu ini. Dengan berleluasanya pendapat seperti ini maka timbullah ketakutan untuk memasuki bidang pelajaran atau pekerjaan yang melibatkan pengetahuan sains dan teknologi. Tidak dapat tidak sikap dan pengertian ini akan menjadikan kita mundur dan ketinggalan zaman, serta terpaksa bergantung kepada orang lain dalam segala kerja yang memerlukan pengetahuan sains dan teknologi. Sebab itu, sementara kita pantas membeli radio, television dan bermacam alat elektronik, tetapi apabila sahaja kerosakan berlaku maka kita kurang yakin ada orang kita yang boleh memper235

baikinya. Semakin bertambahnya alat-alat yang diasaskan kepada sains dan teknologi, semakin ketinggalanlah kita. Muzium Sains Elektrik ini bertujuan menerangkan asas-asas sains elektrik dengan cara yang mudah difaham walaupun oleh orang yang tidak mempunyai pelajaran asas sains. Dengan kefahaman ini maka perasaan dan pendapat bahawa ilmu ini bukanlah untuk kita dan anak kita akan dapat dikurangkan. Bahkan mungkin minat kita untuk mempelajari atau memasuki bidang sains elektrik dan lain-lain sains akan menjelma. Sebenarnya ilmu sains bukanlah satu misteri tetapi satu bidang ilmu yang diasaskan kepada logik akal fikiran dan susunan alam yang teratur yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Kita tidak harus takut kepada apa yang dijadikan oleh Tuhan kerana semuanya adalah untuk kebaikan kita, jika kita mengetahui akan bentuk dan kegunaannya. Juga dap sesuatu yang dijadikan oleh Tuhan mempunyai susunan dan cara yang tertib yang boleh difaham oleh kita jika kita tahu kuncinya. Kunci inilah yang akan kita kenali jika kita menuntut ilmu sains seperti yang diseru oleh agama Islam. Sebagaimana kita maklum, negara kita Malaysia mempunyai sumber kekayaan yang banyak jika dibandingkan dengan kebanyakan negara membangun yang lain bahkan dengan setengah-setengah negara yang maju. Potensi besar yang ada pada kita terbukti dengan kejayaan yang kita capai dalam tempoh 26 tahun kita merdeka. Kita telah mencapai kemajuan di dalam hampir semua bidang. Namun demikian, bagi memenuhi harapan dan aspirasi kita yang tinggi kepada kehidupan yang bahagia kita terpaksa menumpukan perhatian ke arah peningkatan kemampuan kita di dalam bidang-bidang sains dan teknologi. Tanpa kemampuan sains dan teknologi kita tidak mungkin menggunakan segala potensi yang ada pada kita dengan berkesan. Ini amat jelas sekali jika kita lihat pengalaman negara-negara yang maju. Negara Jepun misalnya boleh dikatakan tidak mempunyai sumber kekayaanpun, tetapi dengan menumpukan perhatian kepada bidang sains dan teknologi, ia telah dapat bersaing dengan negara-negara yang dahulunya begitu maju dengan berjaya sekali. Bagi menjamin ia sentiasa di hadapan, sekarang kita lihat negara Jepun telah menyediakan satu strategi untuk menduduki tempat yang pertama di dalam sains komunikasi secara "integrated". Inipun harus menjadi pengajaran kepada kita di mana kita harus sentiasa memikirkan pelaburan jangka panjang di dalam bidang sains dan teknologi. Walaupun kelengkapan di Muzium ini merupakan kelengkapan yang diimport dan direka di Jepun, ini harus dianggap sebagai permulaan sahaja. Yang lebih penting ialah akhirnya kita sendiri harus mencipta dan mengeluarkan alat-alat dan kelengkapan kita sendiri bagi mengisi Muzium ini. Akhir-akhir ini pakar-pakar tempatan telah menunjukkan minat di dalam penyelidikan dan merekabentuk serta menghasilkan ciptaan-ciptaan tertentu. Bukan sahaja pakar-pakar kita telah membuat kemajuan di dalam teknologi getah dan kelapa sawit, malahan berhubung dengan kuasa solar dan bio-gas, dan kakitangan Universiti Teknologi sendiri telah berjaya menerokai bidang "software" komputer yang dapat 236

mengunakan tulisan jawi. Bagi saya usaha-usaha ini adalah amat membanggakan sekali. Saya harap semua pihak akan menyokong dan memberi kerjasama untuk melahirkan satu masyarakat pencipta tempatan kita sendiri. Kepada pakar-pakar tempatan saya harap mereka tidak bersikap bergantung kepada sesiapa untuk membuktikan kebolehan mereka. Di negara-negara maju "inventors" atau pencipta biasanya mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menghasilkan sesuatu ciptaan atau "invention". Ada kalanya perbelanjaan yang perlu amat besar sekali. Seseorang pencipta didorong oleh daya ciptanya dan tidak menghiraukan penat lelah serta soal pembiayaan. Namun demikian, saya yakin, demi kejayaan yang lebih lagi bagi "inventors" kita, pihak-pihak yang berkemampuan, khususnya syarikatsyarikat swasta haruslah membantu kumpulan-kumpulan yang berminat untuk memajukan bidang sains dan teknologi di negara kita, dan jika boleh kita hendaklah samasama menjamin bahawa "invention" yang dilahirkan oleh pakar-pakar tempatan kita akan mencapai tahap untuk mendapat hakcipta dan pasaran di peringkat antarabangsa. Adalah menjadi harapan negara bahawa pakar-pakar dan peminat-peminat berbagai jurusan sains dan teknologi akan meneroka alam "invention" dan memulakan satu tradisi baru bagi negara kita sebagai negara yang mempunyai daya cipta di dalam semua lapangan, lebih-lebih lagi di dalam lapangan penggunaan sumber alam kita. Muzium ini terhad kepada satu lapangan sains dan teknologi, iaitu sains dan teknologi elektrik dan komunikasi. Banyak lagi bidang yang tidak diliputi oleh Muzium ini. Bidang-bidang ini tentulah menarik minat institusi-institusi lain yang mempunyai kepakaran di dalam bidang-bidang berkenaan. Adalah menjadi harapan saya bahawa universiti-universiti tempatan yang lain akan mengambil usaha yang wajar untuk mengadakan muzium-muzium yang serupa bagi bidang-bidang tertentu untuk melengkapkan usaha-usaha meningkatkan minat masyarakat kita di dalam semua aspek sains dan teknologi. Di antara bidang-bidang yang perlu ditonjolkan termasuklah bidang-bidang sains dan teknologi perubatan, pertanian, komputer, astronomi dan lain-lain. Minat terhadap sains dan teknologi perlu dipupuk di kalangan kanak-kanak sekolah. Di samping menggalakkan penubuhan kelab-kelab sains di sekolah-sekolah, usaha-usaha juga hendaklah dipertingkatkan untuk mengadakan kelab-kelab komputer supaya kanak-kanak di sekolah akan didedahkan kepada perkembanganperkembangan moden dengan seberapa segera. Dengan cara ini kita dapat mewujudkan persekitaran sains dan teknologi dalam satu generasi, dan dengan cara ini juga usaha-usaha pembangunan yang dijalankan akan mendapat sokongan tenaga manusia yang mempunyai orientasi sains dan teknologi yang sesuai dengan kehendak kita. Di sini sukalah saya mengesyorkan supaya kerjasama yang erat dapat dijalin antara pihak swasta dengan sistem pelajaran negara. Kelab-kelab sains, komputer dan lain-lain di sekolah-sekolah bukan sahaja boleh dibantu oleh syarikat-syarikat swasta, malahan pakar-pakar di institusi-institusi pengajian tinggi dan tokoh-tokoh swasta boleh menjadi penaung dan menjadi penasihat bagi menggalakkan lagi minat kanak237

kanak di dalam kegiatan-kegiatan berkenaan. Saya yakin, kerjasama seperti ini akan memberi faedah kepada semua pihak. Akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Syarikat Matsushita Electric Industrial Co. Ltd, Jepun dan kepada Tan Sri Matsushita kerana mendermakan alat-alat dan kemudahan-kemudahan yang dipamerkan di Muzium ini. Saya berharap Muzium ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelawat-pelawat, khususnya kanak-kanak sekolah dan pelawat-pelawat dari luar Kuala Lumpur, bahkan bagi Universiti ini di dalam memajukan pengajian dan penyelidikan sains dan teknologi. Dengan ini saya dengan sukacitanya membuka Muzium Sains Elektrik ini dengan rasminya.

238

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA AWAL MUHARAM 1404 MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 6HB. OKTOBER, 1983

A

lhamdulillah, syukur kita kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bersama-sama sekali lagi menyambut tahun baru Hijrah. Bersempena dengan ketibaan tahun baru Hijrah 1404 saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat menyambut tahun baru kepada semua rakyat, khususnya muslimin muslimat sekalian.

Awal Muharam yang menandakan awal tahun Hijrah mempunyai erti yang amat besar bagi umat Islam. Hijrah Rasulullah s.a.w. dari Kota Mekah ke Madinah bukanlah satu tindakan seorang yang ingin menyelamatkan diri tetapi sebaliknya sebagai tindakan untuk menyusun strategi bagi menjamin keselamatan dan kemenangan Islam dalam jangka panjang. Dengan itu peristiwa Hijrah adalah satu peristiwa yang harus membawa banyak pengajaran kepada umat Islam dalam menghadapi berbagai cabaran hidup di dunia. Kalau diteliti, keseluruhan perjuangan Rasulullah s.a.w. merupakan satu gabongan tindakan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam yang tulen iaitu sentiasa berikhtiar, sabar dan tidak putus asa, dan sentiasa berserah kepada Allah Subhanahu Wataala. Hijrah Rasulullah s.a.w. adalah dengan tujuan untuk mempertahankan agama Allah serta nilai-nilai murni Islam, bukan kerana takut ataupun kerana angkuh. Hijrah Rasulullah s.a.w. menandakan titik perubahan dan perkembangan tulen umat manusia. Dengan hijrah inilah lahir satu sistem hidup bermasyarakat yang sempurna, yang mengubah kekuatan umat Islam daripada satu umat yang lemah kepada satu umat yang kuat dan berkemampuan, menjadikan umat Islam yang tidak mempunyai sebarang identiti berjaya membangun sebuah masyarakat dengan sistem pemerintahan yang tersendiri yang menjamin keselamatan umat Islam serta bukan Islam. Bagi kita di Malaysia peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w. memberi pengajaran yang banyak. Salah satu daripada pengajaran yang amat berguna kepada kita sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama ialah bagaimana Rasulullah s.a.w. dapat menyusun satu masyarakat Madinah yang terdiri daripada berbagai kaum dan kepercayaan menjadi satu masyarakat yang bersefahaman, bersatu dan hormat-menghormati. Rasulullah s.a.w. telah membukti dan mempraktikkan Islam sebagai satu sistem hidup bermasyarakat yang berasaskan persaudaraan dan keadilan sosial. Bukan sahaja umat Islam yang menerima sistem hidup ini malahan mereka yang bukan Islam juga turut patuh kepada nilai-nilai Islam yang pada hakikatnya adalah nilai-nilai mulia yang universal. 239

Kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah s.a.w. dalam peristiwa Hijrah ini ada hubungannya dengan perjanjian damai Hudaibiah iaitu dengan Arab Quraisy Mekah, di mana di peringkat awal terdapat bantahan-bantahan yang disuarakan oleh para sahabat, seolah-olah tidak percaya kepada pucuk pimpinan. Cara halus dan sikap tolak ansur Rasulullah s.a.w. berjaya menghasilkan keputusan yang cemerlang yang pada akhirnya menghilangkan rasa tidak puas hati di kalangan para sahabat. Penerimaan Rasulullah s.a.w. terhadap perjanjian tersebut adalah satu langkah jangka panjang yang bijak, yang penuh perhitungan serta dengan sifat kesabaran. Kita perhatikan bahawa semua ini menjadi panduan bagi kaum Muslimin mengamalkan sikap terbuka dan sabar dalam menghadapi apa-apa jua keadaan dan cabaran. Daripada kepimpinan Rasulullah s.a.w. yang diteladani oleh para sahabat dan umat Islam ketika itu, satu peradaban yang tinggi telah dapat dilahirkan dalam satu tempoh yang pendek sahaja. Selepas kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan khalifah-khalifah yang awal, telah muncul berbagai pentafsir yang menjadikan agama Islam begitu kompleks dan mengelirukan. Jika pada hari ini umat Islam hidup merana, berpecah dan bersengketa sesama sendiri, sebabnya bukanlah kerana agama Islam tetapi kerana bermacam tafsiran yang dibuat oleh berbagai orang yang berkepentingan. Sekiranya umat Islam ingin mencapai kejayaan yang didapati di zaman Rasulullah s.a.w. yang diperlukan ialah amalan sifat, taktik, strategi dan diplomasi yang ditunjuk oleh Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabatnya. Bagi kita di Malaysia, usaha bagi mencapai kejayaan adalah di tangan kita — umat Islam dan rakyat yang berpegang kepada prinsip kesejahteraan kemakmuran dan hidup berharmoni. Usaha-usaha Kerajaan adalah untuk menjamin amalan nilainilai murni Islam di kalangan umat Islam dan amalan nilai-nilai universal yang baik di kalangan bukan Islam supaya wujud satu bangsa dan umat manusia yang bertamadun tinggi. Usaha-usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat Islam, tetapi juga kepada masyarakat bukan Islam. Dengan itu masyarakat bukan Islam tidak seharusnya menaruh prasangka terhadap usaha-usaha ini. Kepada masyarakat Islam sendiri, nilai-nilai Islam hendaklah benar-benar diikuti dan diamalkan, kerana ianya merupakan perkara wajib dan menjadi contoh kepada seluruh anggota masyarakat di negara ini. Umat Islam tidak akan dihormati dan dijadikan contoh selagi umat Islam sendiri tidak sanggup menunjukkan kewibawaan agama Allah, dengan jujur dan ikhlas. Keagungan Islam dengan nilai-nilai murni dalam ajarannya, tidak hanya terbatas kepada keperluan akhirat sahaja tetapi merangkumi kehidupan duniawi. Di dalam Al-Quran surah Al-Qasas ayat 77, Allah Subhanahu Wataala berfirman yang bermaksud: "Dan tuntutlah bersungguh-sungguh melalui segala kurniaan Allah kepadamu itu keselamatan di akhirat, tetapi janganlah engkau lupa habuanmu di dunia, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi ini, sesungguhnya Allah tidak suka kepada yang berbuat kerosakan". 240

Maksud firman ini adalah jelas tentang tuntutan supaya kita memberi keutamaan kepada kehidupan dunia bersama-sama dengan kehidupan di akhirat. Sesungguhnya segala bentuk kehidupan di dunia yang berlandaskan kepada kebaikan mempunyai hubungan dan menjamin ganjaran di akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala suka sesiapa daripada kamu yang menjalankan kerja dengan baik". Maksud kerja yang baik adalah tepat dengan kedudukan manusia sebagai khalifah Allah di dunia. Islam melarang sama sekali umatnya berpeluk tubuh dan hanya berdoa mengharapkan rezeki datang menggolek tanpa berusaha. Pernah pada suatu ketika sekumpulan orang menemui Rasulullah s.a.w. seraya berkata: "Sesungguhnya si anu berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam, serta memperbanyakkan ingatan kepada Allah". Maka sabda Rasulullah s.a.w.: "Siapakah di antara kamu yang menanggung makan minumnya?" Jawab mereka: "Kita semua". Sabda Rasulullah s.a.w.: "Kamu semua adalah lebih baik daripadanya". Dengan itu kita menggalakkan rakyat negara ini bekerja bersungguh-sungguh bagi menjayakan pembangunan negara yang bersesuaian dengan nilai-nilai murni ajaran Islam. Oleh itu, bersempena dengan dbanya tahun baru Hijrah 1404 ini, sewajarnyalah kita mengubah sikap dan memperbaharui azam dengan semangat maju ke hadapan untuk menepati hikmat Hijrah Rasulullah s.a.w.

241

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PERTANDINGAN AKHIR KUIZ SAINS KEBANGSAAN 1983 KUALA LUMPUR 8HB. OKTOBER, 1983

S

aya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dapat bersama saudara saudari sekalian pada malam ini untuk mengikuti pertandingan akhir Kuiz Sains Kebangsaan 1983 bagi sekolah-sekolah menengah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur kerana menjemput saya ke majlis ini, dan seterusnya mengucapkan syabas atas daya usaha semua pihak menganjurkan pertandingan ini.

Saya telah difahamkan bahawa Pertandingan Kuiz Sains seperti ini adalah yang terulung diadakan, dan saya amat tertarik hati serta bangga kerana Pertandingan ini adalah anjuran bersama badan-badan profesional sains, dengan kerjasama beberapa kementerian. Penglibatan serta kerjasama seumpama ini adalah satu perkara yang disanjung tinggi dan menggalakkan sekali, dan menjadi satu petanda baik bagi perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi di negara kita. Sebagaimana kita maklum, peradaban serta kemajuan manusia mempunyai hubungan yang amat erat dengan kemajuan sains dan teknologi. Pencapaian dunia moden dalam berbagai bidang adalah hasil penemuan-penemuan sains dan Pembangunan teknologi, khususnya dalam beberapa abad yang akhir ini. Kalau kita teliti, salah satu faktor yang membezakan dunia maju dengan dunia membangun adalah kemajuan dan kemampuan sains dan teknologi masing-masing. Pengetahuan sains dan kemampuan teknologi begitu penting sekali bagi sesebuah masyarakat. Sains adalah alat dan cara yang membantu kita mencari kebenaran. Begitu pula teknologi ialah alat dan cara yang boleh membantu memperbaiki kehidupan kita. Dan kita tentu faham, bahawa sains dan teknologi tidak bertentangan dengan agama, apatah lagi dengan Islam yang amat menitikberatkan sekali umatnya menuntut ilmu dan menggunakan akal fikiran kurniaan Allah Subhanahu Wataala. Al-Quran, bagi orang yang faham dan yakin, adalah "reference point" bagi semua bidang ilmu pengetahuan. Teori kejadian alam, pergerakan planet, kejadian kehidupan daripada air, dan perkiraan waktu mengikut kiraan tahun solar dan tahun lunar, semuanya telah tercatat di dalam Al-Quran lebih dari 14 kurun yang lampau, sedang kan para saintis moden hanya sedar tentang hakikat ini baru-baru ini sahaja. Ini adalah satu perkara yang harus menimbulkan keinsafan betapa umat Islam telah dikurniakan Allah Subhanahu Wataala dengan asas ilmu pengetahuan dengan Al-Quran tetapi mereka tidak begitu menghiraukannya. 242

Sains dan teknologi boleh membantu kita dalam banyak hal. Ilmu sains boleh mengukuhkan lagi keimanan kita, kecualilah jika mata hati kita tertutup dan kita terpesong daripada prinsip dan intisari Islam yang sebenarnya - semoga dielakkan kita daripada demikian. Sekarang umat Islam telah ketinggalan kerana mengabaikan kepentingan ilmu pengetahuan, ilmu sains dan lain-lain yang dikurniakan kepada mereka. Bila Allah Subhanahu Wataala menyuruh kita mengumpul ilmu pengetahuan, ada yang cuma mengambil untuk akhirat dan ada yang mementingkan dunia semata-mata, dan ada pula yang angkuh dan tidak mahu bekerjasama serta menggembleng dan memperseimbangkan ilmu pengetahuan bagi kepentingan dan kehormatan diri dan umat. Kita sedang berada dalam satu zaman kemajuan sains yang amat pesat. Namun demikian, apa yang diterokai dan diketahui setakat ini, sama ada mengenai alam kosmo yang tidak terbatas, kejadian makhluk dan manusia, alam bumi dan dasar lautan adalah amat sedikit sekali. Tetapi, sebagai makhluk yang istimewa, yang dikurniai dengan intelek dan akal fikiran, kita mestilah menerokai alam yang belum kita ketahui. Dengan kefahaman yang lebih kita boleh memperbaiki nasib kita dan keadaan seluruh umat manusia. Sebenarnya semua yang dicipta oleh ahli sains dan diguna di zaman moden ini adalah dijadikan oleh Tuhan, lebih banyak dan lebih mengkagumkan ciptaan-ciptaan ini lebih bermaknalah kebesaran Tuhan yang mengizin dan menjadikan semua ini untuk hambaNya di dunia. Di negara kita, sains masih menjadi perkara yang asing kepada sebahagian besar anggota masyarakat. Di kalangan masyarakat kita, ada mereka yang memandang sains sebagai bidang yang susah dan yang penuh dengan mistri dan hanya untuk orang yang berotak geliga sahaja. Sebenarnya dalam apa jua bidang, bidang itu tidak semestinya susah kalau dipelajari dengan teratur dan sistematik. Dulu kebanyakan orang Melayu umpamanya tidak yakin anggota masyarakat mereka dapat menjadi jurutera, juruterbang dan pakar dalam berbagai bidang. Tetapi, dalam tempoh tidak sampai satu generasi kita sekarang dapat menemui orang Melayu yang menjadi pakar dalam bidang-bidang yang tidak dimimpikan kemungkinannya oleh orang Melayu. Begitu juga pada satu masa dahulu kita percaya cuma orang Barat berkulit putih sahaja yang boleh mencipta itu dan ini. Tetapi hari ini kita dapat lihat dalam berbagai bidang orang Barat terpaksa meniru ciptaan orang-orang Timur. Demikianlah bila ada minat, segala kelemahan dapat diatasi. Kita telah meletakkan asas bagi kemajuan kita. Dan apa yang kita sedang usaha dan rancangkan adalah bagi membawa kemajuan yang lebih besar lagi. Sekarang ialah masa untuk memperluas dan memperkukuhkan asas ini supaya seluruh masyarakat kita dapat bergerak serentak dengan kemajuan sains, teknologi dan semua bidang ilmu pengetahuan. Ini boleh kita lakukan jika kita berusaha dan yakin dengan diri sendiri, Insya-Allah. Penglibatan badan-badan profesional dalam penganjuran pertandingan ini membuka kemungkinan yang lebih besar lagi, iaitu kemungkinan badan-badan profesional 243

menggerakkan daya usaha untuk melahirkan ciptaan-ciptaan sains dan teknologi tempatan. Saya harap saudara-saudari yang mempunyai minat dan kemampuan akan mengadakan kumpulan-kumpulan bagi menghasilkan "invention" kita sendiri. Alam pendidikan, terutama sekolah, adalah tapak yang penting bagi memajukan pemikiran sains di kalangan masyarakat. Kelab-kelab sains, seperti kelab matematik, kelab astronomi, kelab komputer mestilah dipupuk dan diberi orientasi yang mudah dan disesuaikan dengan penggunaan seharian. Para pendidik mestilah meneroka dan mencari jalan bagi menjadikan mata-mata pelajaran sains sebagai bidang-bidang yang mudah difahami dan boleh digunakan untuk kepentingan seharian. Di negara maju, mata-mata pelajaran sains dianggap" interesting" tetapi di negara kita ia lebih dianggap sebagai "dry subjects", yang membosan dan menakutkan. Bersempena dengan majlis ini sukalah saya menggesa para ahli sains dan pendidik sekalian untuk berusaha menjadikan alam sains sebagai alam yang orang biasa boleh merasa selesa, dan bukan untuk segelintir manusia sahaja. Dengan harapan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan acara Pertandingan Akhir Kuiz Sains Kebangsaan 1983.

244

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DIMAJLIS KESYUKURAN DI IBU PEJABAT PERKIM, KUALA LUMPUR 22HB. OKTOBER, 1983

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat bersama-sama menunaikan sembahyang fardu isyak dengan wakil-wakil P E R K I M dari seluruh Semenanjung Malaysia dan wakil-wakil BINA dari Sarawak dan USIA dari Sabah di Majlis Kesyukuran ini.

Saya mengucapkan tahniah kepada pemimpin-pemimpin PERKIM, terutamanya Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman, yang telah berusaha untuk membina sebuah bangunan secantik ini sebagai salah satu sumber kewangan bagi kegiatan P E R K I M pada masa depan. Bangunan ini adalah satu lambang kejayaan P E R K I M , yang juga menjadi contoh dan pengajaran kepada umat Islam bahawa usaha adalah kunci kejayaan. Bilangan umat Islam di dunia kian bertambah. Islam telah menjadi agama kedua besarnya di Eropah. Di Britain, misalnya terdapat 1.5 juta orang Islam, dan di Denmark pula dua orang memeluk agama Islam setiap minggu. Dua puluh lima tahun yang lalu, hanya 25% penduduk Afrika beragama Islam, tetapi pada masa sekarang jumlah orang Islam telah meningkat sehingga pada tahun 1980, 50% penduduk Afrika terdiri dari umat Islam. Ini bererti agama Islam terus-menerus berkembang dan jumlah umatnya terus meningkat. Kalau kita mengkaji sejarah, jelaslah jumlah umat Islam terus bertambah terutama sekali disebabkan faktor-faktor akal dan rohani, atau 'intellectual and spiritual qualities'. Thomas Arnold, seorang penjajah Inggeris dan penyebar agama Kristian, dalam bukunya The Preaching of Islam,' menyatakan faktor utama yang dapat menarik lebih ramai orang lain memeluk Islam ialah contoh kehidupan orang-orang Islam itu sendiri. Ia memberi contoh Ricoldus de Monte Crucis, seorang pendita Dominican yang melawat Asia Barat pada hujung abad ketigabelas yang memuji-muji orang-orang Islam. Beliau juga menyebut bahawa dalam tulisan-tulisan barat mengenai Perang Salib banyak terdapat puji-pujian ke atas peribadi dan perangai orang-orang Islam. Bahkan pemimpinpemimpin agama Kristian memuji Khalifah-khalifah Othmaniyah. Misalnya Makrios, Ketua Gereja Orthodox pada abad tujuhbelas pernah berdoa 'Wahai Tuhan, kekalkan Kerajaan Othmaniyah selama-lamanya kerana mereka berlaku adil terhadap semua agama ". Sejarah telah membuktikan bahawa selama 1,400 tahun umat Islam telah menjamin dan melindungi pengikut-pengikut agama lain di negara-negara Islam. 245

Walaupun pertumbuhan ini membanggakan, kita juga harus sedar bahawa berpuluh-puluh juta umat Islam di negara Soviet akan pupus dalam satu generasi dan apa yang akan tinggal adalah kumpulan ethnik yang berasal dari orang Islam — betapa ideologi komunis dapat menghapuskan Islam. Contoh teladan daripada umat Islam sendiri adalah merupakan dakwah yang paling berkesan. Dalam kehidupan sehari-hari, kalau kita sendiri tidak mengamalkan nilai-nilai Islam, bagaimanakah kita dapat menarik minat orang lain terhadap Islam. Misalnya, ramai orang Asli yang langsung tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan mengenai agama Islam. Seminar Dakwah di kalangan orang Asli, yang diadakan pada bulan Mei 1980, telah mengemukakan maklumat bahawa orang-orang Melayu yang tinggal berdekatan dengan orang Asli tidak menunjukan budi pekerti dan contoh teladan yang baik kepada orang Asli, dengan mencuri buah-buahan dan lain-lain hasil tanaman mereka, serta memandang rendah dan tidak mahu mendampingi atau memberi kerjasama kepada mereka. Satu penyelidikan yang dibuat baru-baru ini ke atas orang-orang Cina yang memeluk agama Islam di Kuala Lumpur menunjukkan 40% daripada mereka memeluk agama Islam oleh kerana pengaruh kawan-kawan Islam mereka. Di Amerika pula 44% memeluk agama Islam melalui pengaruh kawan juga. Ini menunjukkan bahawa dakwah yang paling berkesan ialah penyampaian melalui contoh teladan dan tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari. Sifat amanah, jujur, taat, berperikemanusiaan dan sebagainya sudah tentu dapat menjelaskan tentang nilai-nilai Islam. Di samping itu, seperkara yang penting bagi orang-orang yang memeluk agama Islam ialah ajaran akhlak yang lengkap dan cara kehidupan yang mudah diamalkan. Di Amerika, satu penyelidikan telah menunjukkan bahawa 72% lelaki yang memeluk agama Islam berpendapat bahawa Islam tidaklah lebih sulit diamalkan daripada agama mereka sebelumnya. Tentulah tidak benar bahawa peraturan-peraturan Islam meyusahkan mereka yang memeluk agama Islam. Di sini kita pentingkan nilai-nilai rohaniah seperti keimanan, kejujuran, keikhlasan dan kemuliaan yang dituntut oleh Islam. Janganlah Islam ditakrif sebagai rupa bentuk fizikal yang kononnya menggambarkan orang Islam, ataupun menekankan perkara-perkara kecil terlebih dahulu. Islam hanya menuntut amalan yang terdaya dilakukan oleh seseorang itu pada satusatu ketika. Tersebarnya Islam ke setiap pelusuk dunia merupakan hasil dakwah semua umat Islam. Mereka mempunyai semangat dan azam untuk menyampaikan risalah Islam kepada semua. Setiap orang Islam wajib membimbing manusia kepada perbuatan yang baik dan menasihati mereka supaya berhenti daripada perbuatan buruk. Inilah sebabnya setiap orang Islam dikehendaki mengamal serta menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Tugas ini bukanlah tugas orang yang digaji untuk mengajar agama semata-mata, tetapi menjadi tugas seluruh umat Islam. Sebenarnya pertubuhan-pertubuhan seperti P E R K I M merupakan satu perkembangan baru dalam sejarah Islam, kerana sebelum abad dua puluh, tugas menyebarkan Islam hanya dijalankan oleh orang perseorangan. 246

Oleh kerana tidak ada kependetaan, atau 'sainthood' dalam Islam, ianya bererti penyebaran agama Islam merupakan tanggungjawab setiap orang Islam. Orang yang memeluk agama Islam selalunya memeluk Islam kerana mereka mengerti kelebihan dan keagungannya, dan oleh yang demikian mereka sendiri menjadi penyebar Islam. Islam mudah diamalkan kerana apa yang diwajibkan oleh Islam boleh diamal dengan mudahnya. Jika masalah amalan timbul, ini ialah kerana ada pihak yang hendak mewajibkan yang sunat dan mengukur keIslaman dengannya. Yang wajib adalah wajib kerana Allah Subhanahu Wataala menentukannya. Yang sunat pun demikian. Adalah salah bagi sesiapa mencuba meminda hukum Allah Subhanahu Wataala dan menilaikan kelslaman melalui pindaan ini. Sebenarnya cuma Allah Subhanahu Wataala sahaja yang boleh menilaikan kelslaman sesiapa. Apabila Islam berkembang ke benua Afrika, kehidupan orang-orang Afrika yang memeluk agama Islam berubah dan mereka menjadi manusia berpakaian kemas, dan mereka mengingini kampung mereka menjadi bersih, mereka menjaga kehormatan perempuan dan mereka bekerja dan berusaha. Dalam pentadbiran, keputusan-keputusan dibuat mengikut peraturan dan bukan menurut nafsu atau kehendak seseorang. Oleh kerana orang-orang Islam bersih, sembahyang dalam waktu dengan izin Allah, berusaha keras, menjauhkan benda-benda yang tidak baik, bertolak ansur dan menghormati orang lain, jujur dan amanah, maka orang-orang bukan Islam pun tertarik dan memeluk agama Islam. Inilah cara Islam disebarkan di gugusan kepulauan Melayu. Seseorang yang memeluk agama Islam mempunyai perasaan harga diri dan keperibadian yang menguatkan keimanannya dan menarik orang-orang lain memeluk agama Islam. Orang Islam tidak pernah menolak yang baik dari kebudayaan orang-orang lain selagi ianya tidak bercanggah dengan asas-asas Islam. Orang-orang Islam sentiasa menghormati adat-istiadat, kebiasaan dan perasaan tempatan. Orang-orang Islam sentiasa menunjukkan sifat ingin menolong orang yang susah dan sehingga hari ini banyak orang daripada kasta-kasta rendah di India memilih agama Islam kerana mereka dilayan dengan baik oleh orang-orang Islam. Islam sentiasa melawan segala bentuk penindasan, eksploitasi dan kezaliman. Bagi bangsa Rome dan Farsi, Islam membebaskan mereka dari satu sistem pemerintahan yang tidak adil. Sistem ekonomi Islam diasaskan kepada persamaan, keadilan, kesederhanaan, berdikari, pencegahan penindasan dan monopoli, menepati janji, amanah dan pembahagian zakat kepada mereka yang kurang bernasib baik. Ini menarik orang untuk menganuti agama Islam. Sebuah Kerajaan Islam atau sebuah Kerajaan yang berusaha untuk memupuk nilai-nilai Islam dalam pentadbirannya tidak akan menjadikan rakyat bukan Islam sebagai rakyat kelas dua. Ini telah dibuktikan oleh sejarah negara-negara Islam. Semua menikmati hak yang sama dan sama-sama menunaikan kewajipan masing masing terhadap masyarakat dan negara. Percubaan negara-negara barat yang memisahkan agama daripada lain-lain kegiatan masyarakat telah menyebabkan ciptaan ideologi seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Pemisahan ini telah membawa kesan-kesan yang buruk 247

sehingga ramai dari orang Barat sekarang kehilangan haluan. Anak muda di barat sekarang menghadapi 'crisis of identity, feeling of insecurity' dan telah jadi 'alienated' atau terasing dari masyarakat. Maka wujudlah 'Hippism' 'Punks', 'Hedonists', 'Anarchists' dan lain-lain yang menghapuskan perbezaan antara haiwan dengan insan. Dalam keadaan seperti ini cuma Islam dan nilai-nilai universal yang diakui oleh manusia yang waras yang boleh memberi harapan kepada masyarakat manusia. Sebab inilah maka Kerajaan telah menentukan bahawa nilai-nilai Islam akan diserapkan dalam pentadbiran negara Malaysia yang kita cintai ini. Islam adalah agama dakwah. Dalam Islam dakwah dan toleransi tidak bercanggah. Toleransi Islam membenarkan bukan hanya kewujudan lain-lain agama, kepercayaan dan kebudayaan, tetapi juga sistem undang-undang peribadi yang berbeza. Setiap orang Islam mengharapkan nilai-nilai mulia diamalkan oleh semua orang di dunia ini. Akhirnya, sekali lagi saya merakamkan penghargaan kepada yang Teramat Mulia Tunku dan lain-lain pemimpin P E R K I M kerana memberi peluang kepada saya berucap di Majlis Kesyukuran ini.

248

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PEMBUKAAN PERSIDANGAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA KE-7 KUALA LUMPUR 31HB. OKTOBER, 1983

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Majlis Peguam Malaysia kerana diberi peluang berucap di Persidangan Undang-undang Malaysia ke-7 ini. Tahun lalu saya hanya berpeluang bersama tuan-tuan dan puan-puan di majlis makan malam, tetapi tahun ini diberi peluang pula membuka Persidangan ini. Di sini saya akan mengambil peluang memberi beberapa pandangan mengenai masyarakat peguam dan undangundang di Malaysia.

All my predecessors as you know belonged to the same discipline as yours, and I would consider them, therefore, fortunate for every time they were in your midst, they were certainly not strangers. Our first Prime Minister was even more fortunate as his deputy was no less learned in the same discipline. It is certainly understandable that those with the legal bias would be more inclined to entertain the conviction that in democracy, the rule of law can best be maintained and defended only by leaders who are learned in the legal profession. Your discipline is law and mine is medicine. However both demand the highest degree of integrity. As individuals, both make mistakes for it is only human to err. Some say lawyers write them while doctors "bury" them. I would prefer to say that the mistakes of lawyers go six feet up while those of doctors go six feet down. However, I am not a practising doctor any more. For better or for worse, I am now very much involved with the law, or more precisely in law-making. My mistakes can no longer be buried. They are too exposed to avoid public scrutiny. And so it is incumbent upon me to avoid mistakes as much as humanly possible. That means, of course, that the Government must be extremely careful. I am told that among lawyers there is the belief that they are the watchdogs of the private citizens against encroachments of the Executive. However, they must admit that in this day and age, they do not have the sole monopoly of the watchdog role. Various groups have cropped up who are equally concerned over the exercise of authority by the Executive. In a democratic society the most pertinent and most effective watchdog is the electorate themselves. They are the ones who choose the Government and in the final analysis they are the sole authority to bring it down. Other bodies may claim to be more intelligent and knowledgeable, but in a democracy they cannot impose their will on the majority. But a democracy also provides a role for the minority. They will not be ignored. They will be heard. They will influence decisions. Indeed they are acknowledged as an 249

integral part of the democratic process. But they may not negate the wishes of the majority. That is why I stated in my last speech to you that the Government is willing to listen to the advice of the Bar Council. It will take such advice seriously. Whether the advice is given before, during or after is not of absolute significance. Indeed the Government has been known to amend laws because of criticism after the law has been implemented. It is never too late to correct. Many were the unfortunate people who were hanged for stealing lambs in England before it dawned on the British that it was a miscarriage of justice. Many have been hanged all over the world before the people of the West suddenly felt it was morally wrong to take a life. But as soon as the mores changed, laws were changed to accommodate it. The point that I am trying to make is that you will be given a hearing whenever the need arises. If possible we will listen to you before legislating. But sometimes it is not possible to do so. As I said it is not too late. I have met your representatives over the latest piece of legislation that you are not happy with. You have also submitted your comments and advice in writing. The Government will consider all the points raised. But as I have said before, advice is good counsel which may or may not be accepted. The Government will do its best to accept but you should not be too disappointed or discouraged if it rejects the advice. The present administration is anxious to provide a high standard of service. We have adopted the slogan "bersih, cekap dan amanah" or "clean , efficient and trustworthy" as our slogan. We will endeavour to live up to this slogan. Needlees to say, such a slogan should not be confined only to the Government if this country is to progress. Everyone should try to adhere to these excellent principles. Certainly the professionals in the private sector have a duty to make the national slogan meaningful. As a professional body, the Bar Council is duty bound to oversee the professional behaviour of its members. In some countries, the legal profession has fallen into disrepute because ethics have been thrown side in favour of quick gains. Some make this profession only a side-line as they moved into more lucrative business. There is no way we can stop lawyers and other professionals from forsaking their professions, (I am myself a culprit) but the fear is that the only lawyers left will be young lawyers. Like all young people they will be more impetuous. It is essential that older lawyers take a greater interest in the profession and in the professional bodies such as the Bar Council. It is important to remember also that the Government will have to tap the private sector for judges - and judges must come from among the older members of your profession. I observe that one of the papers to be discussed at this Conference is on Emergency Powers and the Rule of Law. You are of course entitled to your views but it is important to remember that emergency powers are designed for a special situation. Strictly speaking emergency implies a short-term need, but as you know, the British 250

taught us that emergencies can last for years and years. Since we have borrowed so much of their laws, we see no reason to reject the Emergency Powers given the situation that we are in. While you and I are quite safe in this hall, a lot of our soldiers are fighting in the jungle, fighting a very real war in which death can come quite suddenly and limbs lost through booby traps and the like. If things seem calm in the populated areas, it is because the forces are sweating it out in the jungles and the Emergency Powers are being enforced. By all means criticise the Emergency Powers but do not forget that we do have a real emergency on our hands. We have been quite liberal and tolerant lately. But as the Malay saying goes "Give the calf and you will be asked for the thighs". At one time when we were not so liberal we were asked to be a bit liberal. Now that we are, we are told that it is not enough. We need to do more. Indeed we are expected to abolish powers of detention and emergency laws completely. Preventive detention seems to be quite unacceptable to a lot of people. But to those who are threatened, it does not seem too unreasonable. It would be interesting to study the result of releasing avowed terrorists and homicidal maniacs among society. No matter how much we wish to believe in the essential goodness of everyone, the fact still remains that hardened psychopathic criminals, murderers and terrorists do exist. For them the kind of laws that deter others are quite irrelevant. Anything that we do must be related to the environment that we live in. The laws of a society are not exempt from the need to suit their environment. We may study law in England or Australia or elsewhere, but although the principles can be accepted, the practice cannot be totally adopted. Malaysia is a developing country where average earnings are far below that of developed countries. What this means is that Malaysia can only afford the laws that are within its means. In Western countries, litigation is very popular. Everyone sues everybody else as he feels he can make something out of it. Thus if you sprain your ankle coming down the stairs of a friend's house, you sue him. If a doctor misses something during his examination, you sue the doctor. Of course you sue the Government for everything under the sun. The sums that you sue for have grown faster than the rate of inflation in Argentina. There is a feeling that the power to sue will ensure a safer society. This is unfortunately a form of self deception. The money that the litigant gets must come from somewhere. If the insurance pays, it simply means you will have to pay a bigger premium. As the award increases, so will the premium. In the end, the cost to a society given to litigation will be much more than the protection the law is supposed to afford. But in addition to this cost to society, service would actually be poorer. It is well known that doctors will not go to the aid of an accident victim in case he may be sued for someting or other. And of course if you see a doctor, he is likely to carry out all the tests in order to avoid any possibility of being sued for negligence. A l l these of course cost money - a lot of money. In the final analysis society has to pay a high price for becoming a litigious society. 251

I am mentioning this because there is a trend towards more litigation for bigger awards in Malaysia. There is a tendency to forget that Malaysia is not a developed country. It cannot afford the kind of awards that make headlines. It is wrong to think that is only the insurance company which will pay the cost. In the long run it is the society which has to pay. Should Malaysia become a litigious society long before it can afford it, then a lot of poor people are going to suffer. I hope that the lawyers, the Bar Council and everyone else concerned will give this matter some thought. Apart from litigation, there are other practices in foreign countries which lawyers think should be adopted simply because other countries practise them. Of late exposures are popular. We have the saga of the Pentagon Papers and the revelations of the names of CIA agents. There is a rather naive assumption that all that needs to be done to solve problems is to expose them to the public. To them if the nation is endangered or secret agents killed, that is a small price to pay. But events have shown that nothing is to be gained by such exposure. Indeed more damage is done by them than otherwise. I would like to suggest that we do not accept everything that is done by the socalled civilised and advanced countries as being perfect. They are far from being so. In fact there is evidence of a lot of disillusionment with their own systems, values and mores of the developed countries. What is good for General Motors is not necessarily good for the country. What is good for Europe and America is not necessarily good for Malaysia. So please think carefully first before suggesting that western mores should be applied in Malaysia without regard for the peculiarities of the environment in which we live. We may be actually retarding the development of Malaysia by prematurely adopting mores and ethics that are foreign to us. We have associations, societies and organisations which bring together members of particular trades, interest groups or professions. The legal profession in Malaysia has the Bar Council. In relation to bar councils, I am attracted to a statement made by a lawyer in a weekly magazine recently that bar associations are acting more as trade unions for lawyers, protecting the lawyers' interest, rather than being responsible to the needs of society. I do not really subscribe to such an opinion, but we ought to ponder a while, and take this in a positive light. Any association for the matter will only attract membership if, and only if, it can protect the interest of its members. But once it is established, an association has also to consider and adjust to its environment. In this country, there is no denying that there are always people in need of justice, but legal costs may deny them justice. The Government has realised this and has set up the Legal Aid Bureau for the small man. However, the government may not be able to do much. It is restricted by funds and also by personnel. Here individuals and interest groups like the Bar Council will be able to play a more meaningful role by extending their service to the small man. In this regard, you may deliberate on ways and means to make justice accessible to as many of our fellow citizens as possible. This is more the social responsibility of lawyers for the general welfare of the public. I 252

have made such a call to other associations as well. I hope this call will not be construed as specially addressed to the legal profession in this country. I am confident that you will not take this in its negative sense, but rather in the spirit of serving the well-being of all Malaysians. With the gathering of such active and learned minds, you will undoubtedly not fail to have very useful and fruitful discussions. I now take great pleasure in declaring this 7th Malaysian Law Conference open.

253

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERTANDINGAN SYARAHAN DAN MENGARANG DALAM BAHASA MALAYSIA BAGI MEREBUT PIALA PERPADUAN SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN ( CINA ) SELURUH MALAYSIA DI AUDITORIUM DEWAN BANDARAYA, KUALA LUMPUR 17HB. NOVEMBER, 1983

T

erlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kesatuan Guruguru Besar Sekolah-sekolah Cina Malaysia di atas daya usahanya menganjurkan Peraduan Bersyarah dan Mengarang Peringkat Kebangsaan Bagi Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Sumbangan ini, saya yakin, akan memperkukuhkan lagi usaha-usaha kita untuk memupuk perpaduan di kalangan berbagai lapisan rakyat di negara kita.

Salah satu keperluan asas bagi sesuatu bangsa atau negara ialah keselamatan dan keamanan. Dalam suasana keselamatan yang terjaminlah sesuatu bangsa dapat menjalankan usaha-usaha untuk membawa kemakmuran dan kesejahteraan. Namun demikian, soal keselamatan dan keamanan selalunya kurang diberi pertimbangan oleh masyarakat atau golongan-golongan tertentu, lebih-lebih lagi dalam keadaan biasa. 'Peace and security are normally taken for granted'. Sebagaimana udara untuk kita bernafas dan air yang menjadi sumber kehidupan, keselamatan dan keamanan juga dianggap percuma dan sentiasa wujud bila-bila masa sahaja. Cuma mereka yang pernah mengalami sengsara, dan pernah kehilangan keamanan yang dapat menghargai nilai keselamatan dan keamanan. Soal keselamatan dan keamanan menjadi lebih utama lagi di dalam keadaan seperti kita di Malaysia ini di mana rakyat berbilang kaum mempunyai sentimen-sentimen tertentu. Dalam hai inilah soal keselamatan dan perpaduan mempunyai peranannya yang amat penting. Setelah sesuku abad kita merdeka kita telah dapat membina sebuah negara yang aman, makmur dan berkemampuan. Peristiwa 13 M e i 1969, walaupun pendek dan meragut nyawa yang sedikit jika dibandingkan dengan rusuhan-rusuhan seperti ini di negara lain, menunjukkan kepada kita bagaimana mudahnya suasana aman dan tenteram dapat menjadi keruh dan kucar-kacir hanya dengan sentimen yang diapi-apikan oleh setengah-setengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Ia juga menunjukkan bagaimana sesuatu peristiwa boleh menghancurkan dan memusnahkan segala usaha dan titik-peluh bagi membina perpaduan. 254

Bagi kita di Malaysia khususnya, kita harus menerima hakikat bahawa tidak ada alternatif bagi kita, iaitu semua kaum, untuk hidup bersama dan menentukan 'destiny' kita bersama. Begitu juga kita harus menerima hakikat bahawa tidak ada sesiapapun yang boleh memenuhi semua hasratnya apatah lagi sesuatu kaum atau golongan. Adalah tidak tepat jika mana-mana pihak menganggap sesuatu pihak yang lain dapat memenuhi hasratnya dengan sepenuhnya. 'Absolute justice and absolute equality' tidak wujud di mana-mana di dunia ini. Yang menjadi hakikat ialah usaha-usaha untuk memperbaiki sesuatu keadaan dan kita haruslah berusaha untuk memperbaiki keadaan dari masa ke semasa. Yang utama ialah kepentingan ramai atau majoriti dan dengan mengambilkira aspek-aspek kepentingan lain yang melibatkan golongangolongan minoriti. Inilah asas demokrasi yang sebenarnya. Negara Malaysia yang merdeka, dengan Perlembagaan dan dasar-dasar tertentu, menyediakan satu suasana yang baik bagi semua rakyat. Kalau di setengah-setengah negara lain rakyat minoriti ditindas dan dirampas peluang mereka, dan tidak dibenarkan untuk mengamalkan cara hidup dan kebudayaan mereka, di Malaysia ini tidak berlaku, malahan rakyat berbagai keturunan dan kepercayaan mempunyai kebebasan dan jaminan untuk meneruskan cara hidup mereka dengan dilindungi oleh Perlembagaan. Tetapi, sebagaimana saya sebutkan, manusia tidak pernah puas dan mereka 'take for granted' apa-apa nikmat yang ada pada mereka. Manusia selalu tamak, dan apabila senang mereka lupa tentang kesenangan dan mereka mendesak untuk mendapat itu dan ini tanpa mengira kesan buruk yang akan melenyapkan kesenangan yang telah wujud itu. Itulah sebabnya kita harus menyemaikan keinsafan di kalangan rakyat supaya di samping kita mengecap berbagai-bagai nikmat kita dapat pula menambahkan lagi kebaikan kepada kita dan generasi yang akan datang dengan berbagai-bagai usaha. Peringkat yang paling utama bagi kita menyemaikan kesedaran ini ialah di peringkat kanak-kanak - kanak-kanaklah yang akan menjadi generasi baru yang akan menentukan masa depan negara kita. Jika kita mengeruhkan keadaan dan menyemaikan kecurigaan di hati mereka tentang hidup bersama di dalam keadaan harmoni, kita mungkin dapat memenuhi sentimen dan emosi kita, tetapi sebaliknya kita telah menggugat asas perpaduan mereka. Sistem pelajaran kita mempunyai kelonggaran-kelonggaran bagi membolehkan kaum-kaum yang berlainan mempelajari bahasa ibunda mereka. Di samping itu sebagai sebuah negara yang berdaulat kita mempunyai Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia yang menjadi simbol dan alat perpaduan. Hakikat ini memang telah diterima dan kita dapati sekarang setelah sesuku abad merdeka generasi berbagai kaum telah dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan baiknya. Saya amat berbangga dengan kebolehan ramai bukan Melayu yang dapat bertutur dengan fasih dan berkesan dalam Bahasa Malaysia, bahkan setengahnya lebih baik pertuturannya daripada orang Melayu sendiri. Ini bukan sindiran tetapi hakikat. Sebenarnya ada gejala-gejala yang menunjukkan bahawa orang Melayu sendiri harus mempertingkatkan kemampuan mereka dalam Bahasa Malaysia. Yang menjadi soal sekarang ialah sebahagian daripada bukan Melayu melalui persekolahan rendah jenis kebangsaan di mana mungkin Bahasa Malaysia kurang 255

mendapat perhatian daripada murid-murid sekalian. Walaupun penyaluran seperti ini membolehkan murid-murid menguasai bahasa ibunda mereka tetapi dalam konteks kenegaraan kemampuan mereka dari segi Bahasa Malaysia tidak harus diabaikan. Sebenarnya soal bahasa tidak harus dikait-kaitkan dengan sentimen perkauman. Kita harus berpegang kepada pendirian bahawa bangsa Malaysia moden bukan sahaja mesti menguasai Bahasa Malaysia bahkan jika termampu hendaklah menguasai sebanyakbanyak bahasa. Kita juga mahu rakyat Malaysia selesa dengan Bahasa Inggeris dan kita juga mahu rakyat Malaysia mempelajari bahasa-bahasa lain seperti bahasa Arab, Peranchis, Jepun, Russia dan lain-lain lagi. Oleh itu kita hendaklah menyediakan pemikiran kita dan pemikiran generasi akan datang tentang pentingnya bahasa dari segi identiti kebangsaan dan dari segi kita sebagai anggota masyarakat antarabangsa. Bagi menghadapi cabaran masa depan kita harus mempunyai sikap positif terhadap semua perkara. Itulah sebabnya Kerajaan sedang mengutamakan penerapan nilai-nilai yang tinggi dan sikap positif di kalangan rakyat supaya kita dapat membina asas yang kukuh sebagai bangsa dan negara yang maju dan makmur setanding dengan bangsa-bangsa lain dan negara-negara lain yang telah maju. Dengan kemajuan yang berlaku sekarang, generasi baru kita perlu meningkatkan kemampuan untuk menerima berbagai jenis ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuanlah yang menjadi asas segala kemampuan, dan jika kita mahukan kemajuan kita mestilah menguasai ilmu pengetahuan dengan secukupnya. Jika kita sibuk dengan sentimen, kita akan kaya dengan sentimen, tetapi tandus dari segi ilmu pengetahuan, dan jika ini menjadi amalan kita, kita akan rugi dan generasi kita akan rugi, dan sebagai satu bangsa kita akan terus ketinggalan sedangkan orang lain akan berada jauh di hadapan, dan semakin sukarlah bagi kita untuk menandingi mereka. Saya harap usaha seperti yang dijalankan oleh Kesatuan ini akan dipertingkatkan lagi bagi membolehkan persaingan di kalangan semua murid berbagai kaum, dan isi pertandingan yang diadakan disesuaikan dengan nilai-nilai positif yang dapat membina satu generasi yang berkemampuan untuk membawa perpaduan yang lebih erat dan kemakmuran serta kesejahteraan yang lebih bermakna kepada negara kita Malaysia. Dengan harapan ini, dengan sukacitanya saya membuka Peraduan Bersyarah dan Mengarang Peringkat Kebangsaan bagi Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dengan rasminya.

256

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PELANCARAN ZAMALAH ATAU FELLOWSHIP SASTERA BERITA HARIAN KUALA LUMPUR 20HB. NOVEMBER, 1983

S

aya mengucapkan terima kasih kepada penganjur acara malam ini kerana menjemput saya untuk bersama-sama dalam pertemuan ini, dan atas penghormatan untuk berucap kepada para golongan intelek dan penulis. Ilmu pengetahuan mempunyai peranan yang amat penting sekali dalam sesebuah masyarakat. Penguasaan ilmu pengetahuan membezakan taraf tamadun sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain, antara masyarakat primitif dengan masyarakat bertamadun. Ilmu pengetahuan juga adalah alat yang dapat membekal dan mempertingkatkan segala bentuk kemampuan bagi seseorang atau kumpulan. Demikianlah juga dengan sesuatu masyarakat. Di sinilah letaknya peranan dan pengaruh golongan intelek dan penulis.

Tetapi, wujudnya golongan intelek dan penulis tidak semestinya menentukan kesan yang bernilai, membina, sihat dan berkesan kepada masyarakat. Ini adalah disebabkan ilmu pengetahuan mempunyai asas falsafahnya, dan asas falsafah inilah yang mencorakkan bentuk penekanan dan kesan hasil intelektual dan penulisan di dalam sesuatu masyarakat. Falsafah ini pulalah yang menjadi penghubung antara berbagai golongan di dalam masyarakat. Falsafah yang mempunyai arah bagi membina masyarakat yang sihat, dengan perselariannya di kalangan berbagai golongan di dalam masyarakat - pemerintah, cendekiawan dan karyawan serta rakyat akan mengukuhkan asas dan jentera bagi pembentukan identiti dan nilai kenegaraan serta nilai hidup anggota masyarakat. Bagi kita sekarang soal pertama ialah apakah kita sebagai anggota masyarakat Malaysia telah menghayati semua aspek falsafah negara Malaysia yang maju, moden dan bermaruah? Di sini yang penting ialah sama ada kita dapat menerima hakikat bahawa semua yang baik adalah menjadi harapan dan hasrat kita. Dalam zaman moden, sistem komunikasi telah menjadi alat pembentukan masyarakat yang penting, dan para intelek dan penulis menjadi golongan penting yang menggerak dan mempengaruhi sistem ini. Dengan perkataan lain, pemikiran dan masa depan sesuatu masyarakat, dengan langsung dan tidak langsung, dikuasai oleh para intelek dan penulis. Oleh itu, soal kedua ialah sejauh mana para intelek dan penulis dapat menguasai bidang-bidang ilmu pengetahuan tertentu yang dapat 257

membantu mereka membuat sumbangan yang maksimum kepada masyarakatnya. Sekarang, dengan tradisi perkembangan ilmu pengetahuan mengikut disiplin-disiplin tertentu, seseorang hanya terdedah kepada disiplinnya sahaja, jika ia tidak berusaha untuk mengumpul pengetahuan yang luas di luar sistem pengetahuan yang formal. Penggunaan sesuatu disiplin sahaja tidak boleh menjadikan seseorang sebagai manusia yang lengkap. Itulah sebabnya akhir-akhir ini, konsep multi-disiplin dan inter-disiplin amat ditekankan. Tetapi, apa konsep sekalipun tidak dapat menjamin pengetahuan yang menyeluruh kecuali seseorang itu mempunyai minat dan cintakan ilmu pengetahuan. Katakanlah seseorang wartawan yang diserahkan bidang politik untuk menjadi liputannya. Tidak cukup baginya mengikuti persidangan parlimen untuk menjadikannya seorang wartawan yang berkaliber. Tidak cukup dengan mengambil beberapa kursus di sesebuah institusi pelajaran tinggi. Ia mesti berminat untuk membaca apaapa jua mengenai politik dan sistem politik, perkembangan politik, penyelidikan politik, membaca jurnal dan makalah, meneliti apa-apa jua yang mempunyai hubungan dengan politik. Tentulah di sini banyak perkara yang mempunyai hubungan dengan politik - bukan sahaja pentadbiran dan ekonomi, tetapi juga psikologi, misalnya. Begitu juga dengan seseorang intelek atau cendekiawan. Kalau bidangnya ialah ekonomi, kecondongannya terhadap ekonomi akan menjadikannya seorang yang berat sebelah dan tidak atau kurang mengambilkira terhadap aspek-aspek lain di dalam sesuatu huraiannya. Itulah sebabnya dewasa ini banyak terdapat bentuk penulisan yang hanya mengambilkira sesuatu sudut sahaja hingga mengelirukan pembaca yang kurang lengkap ilmu pengetahuannya. Perkara yang ketiga ialah cara penyampaian sesuatu penulisan. Kita mungkin pernah mendengar ungkapan good English is simple English'. Ini benar bagi apa-apa bahasa juapun - bahasa yang baik ialah bahasa yang mudah. Kalau bahasa merupakan alat perantaraan antara manusia, bahasa yang mudah tentulah menjadi alat penyambung yang paling luas. Malangnya di dalam masyarakat kita terdapat golongan yang seolah-olah berselindung di sebalik bahasa yang kononnya tinggi tetapi sukar difahami untuk menyampaikan hasil pemikiran mereka. Sekiranya konsep bahasa yang mudah merupakan bahasa yang berkesan tidak diterima oleh para penulis, pengaruh penulia akan menjadi begitu terbatas sekali. Apalah gunanya sesebuah hasil sastera yang hanya boleh difahami dan dinikmati oleh beberapa orang sahaja. Di sini suka saya menyentuh tentang kekaburan pendapat mengenai mutu seni. Ada. di kalangan kita yang sanggup berdalih dengan hujah-hujah yang lemah bagi mempertahankan mutu seni dan mutu sastera yang lemah. Sebagai contoh, saya mendapati setengah-setengah pihak yang mengatakan hasil sastera dan filem kita tidak bermutu kerana mereka tidak dapat memasukkan unsur-unsur yang dapat mengghairahkan, misalnya babak-babak seks dan lain-lain. Pendapat seperti ini bukan sahaja dapat mempengaruhi pemikiran peminat seni kita tetapi memesongkan hakikat sebenarnya bahawa mutu sesuatu hasil seni tidak bergantung kepada unsur seks. Banyak filem Barat, misalnya, yang tidak mempunyai unsur seks tetapi dipilih sebagai filem yang terbaik, malah ada filem yang tidak mempunyai pelakun wanitapun menjadi 258

filem yang disanjung tinggi oleh peminat filem. Kalau D.H. Lawrence terkenal dengan Lady Chatterley's Lover' yang mempunyai babak yang mengghairahkan, Kafka dan Hemingway dapat menghasilkan karya-karya yang bermutu tanpa menggunakan unsur-unsur seks. Para sasterawan kita juga boleh menjadi penulis yang berkalibar seperti Kafka dan Hemingway atau Pramoedya Ananta Toer jika dipupuk dengan sikap cintakan ilmu pengetahuan, dan mutu kerana mutu semata-mata, dan bukan kerana 'commercialism'. Selagi kita berdalih untuk mempertahankan kelemahan-kelemahan kita, selama itulah kita tidak dapat menghasilkan sesuatu yang baik kerana kita sentiasa mengejar impian dan ingin menjadi orang lain, bukan diri sendiri yang bermaruah dan berkemampuan. Begitu juga di kalangan penulis, konsep kebebasan menjadi satu pendirian yang amat dipertahankan. Sesiapa juga pentingkan kebebasan, tetapi kebebasan mutlak tidak wujud di mana-mana, dan kebebasan tanpa sempadan dan tanggungjawab menjadi asas bencana dan kehancuran. Di dalam konteks sesebuah masyarakat dan negara, kebebasan sesuatu pihak dan golongan hanyalah sekadar ia tidak mengancam kepentingan umum dan kepentingan ramai. Sesebuah masyarakat atau negara tidak boleh dianggap sebagai sebuah makmal bagi mengeksperimen sesuatu teori sosial. Kita tidak boleh menguji sejauh mana sesuatu kebebasan sebelum ianya mendatangkan kehancuran dan penderitaan kepada anggota-anggota masyarakat. Adalah menjadi lumrah di kalangan wartawan dan pengkritik sosial bahawa peraturan-peraturan tertentu hanya menyekat kebebasan, dan apabila sesuatu mudarat berlaku kerana peraturan-peraturan dilonggarkan, ataupun kerana mereka menjalankan kebebasan tanpa batas dan mengakibatkan bencana, yang mereka kritik pula ialah pihak yang bertanggungjawab. Inilah yang dikatakan kebebasan dan kritik tanpa moral dan tanggungjawab, dan inilah salah satu pengaruh yang tidak membina yang dibawa oleh Barat. Setiap kebebasan ada tanggungjawabnya. Setiap orang yang menuntut hak kebebasannya mesti sanggup bersikap bertanggungjawab apabila kebebasan itu diberikan kepadanya. Apakah erti tanggungjawab, dan tanggungjawab kepada siapa? Pertamanya, sebagai anggota sesuatu masyarakat, tentulah kita perlu bertanggungjawab kepada masyarakat atau bangsa. Kedua, sebagai masyarakat yang beragama, tentulah kita perlu bertanggungjawab kepada agama. Ketiga, sebagai rakyat sesebuah negara, tentulah kita perlu bertanggungjawab kepada negara. Ini semua bermakna bertanggungjawab kepada diri kita sendiri. Apabila kita bertanggungjawab terhadap sesuatu, bererti kita perlu menjaga dan memeliharanya daripada sebarang ancaman atau bencana. Tanggungjawab kita terhadap bangsa misalnya, memerlukan supaya kita menjaga maruah dan keselamatan bangsa walaupun kita harus menggadai nyawa. Begitulah jika kita bertanggungjawab kepada agama, kita perlu memelihara agar ia tidak tercemar - kita perlu berusaha seperti seorang mujahid supaya ia berkembang dan dihormati walaupun di kalangan musuh kita. Golongan penulis, sebagai anggota dalam masyarakat, tentulah tidak terlepas daripada tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Dalam konteks inilah 259

kebebasan dan tanggungjawab penulis mesti dilihat dan dikaji. Penulis boleh menulis mengenai penderitaan dan kemelaratan dalam masyarakat. Kerana memang masih ada kemiskinan dan penderitaan dalam masyarakat. Bukan sahaja penulis berhak menulis mengenainya, bahkan ia adalah satu tanggungjawab. Tetapi jikalau sesebuah karya amat menekankan unsur-unsur negatif, dan ini mungkin terjadi dengan cara langsung atau tidak langsung kerana kurang pertimbangan terhadap kesan psikologi, ia boleh meruntuhkan sesebuah masyarakat. Mungkin ada penulis yang ingin menggambarkan kurangnya kudrat untuk berusaha atau sikap terlalu menyerah kepada nasib sehingga tiada ikhtiar untuk mengatasi masalah. Penulisan seperti ini tentulah tidak mengandungi unsur tanggungjawab kerana ia tidak menggalakkan manusia supaya berusaha mengatasi keadaan azab dan penderitaannya itu. Ia tidak memberi rangsangan supaya manusia mengubah sikapnya daripada sikap negatif kepada sikap positif. Ia tidak dapat mengajak manusia supaya berani menghadapi cabaran dan tidak menyerah kepada nasib. Ia tidak akan berjaya menyemaikan semangat seseorang supaya berusaha bersungguh-sungnguh untuk mengatasi masalah. Ringkasnya, karya begitu tidak akan berjaya untuk meningkatkan dayatahan dan dayasaing manusia. Dayatahan dan dayasaing adalah kekuatan dalam diri seseorang yang boleh menjamin kejayaan, bahkan 'survival'nya. Begitu juga dengan kegemaran kepada yang pelik dan ajaib. Cerita hantu Kumkum dibesar-besarkan sehingga meletakkan masyarakat Melayu dalam ketakutan yang memalukan. Kita ketawakan wanita hamil di Indonesia yang menyembunyikan diri di bawah katil kerana takut gerhana. Tetapi apakah kita berbeza dari mereka ini? Kenapakah histeria berlaku cuma di kalangan murid wanita Melayu sahaja? Tidakkah tumpuan kepada cerita seram yang ditulis oleh kita memainkan peranan dalam peristiwa ini? Dalam setiap tamadun, golongan penulis bukan sahaja menjadi pencatat zamannya tetapi dalam banyak hal mereka juga menjadi pemimpin pemikiran masyarakatnya. Hakikat ini juga benar dan jelas dalam sejarah masyarakat kita. Penulis-penulis kita telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam zaman rakyat memperjuangkan kemerdekaan, begitu juga sewaktu kita mula-mula hendak mengisi kemerdekaan itu. Dalam semua peringkat itu golongan penulis mendapat kebebasan yang sewajar dan secukupnya dan mereka telah menggunakan kebebasan itu dengan penuh rasa tanggungjawab mengikut kehendak dan ketentuan zamannya. Zaman yang sedang kita hadapi dan akan kita hadapi ini adalah zaman yang lebih mencabar. Pertamanya, kerana keadaan negara kita sendiri yang jauh lebih maju. Kedua dan yang sangat penting pula ialah keadaan masyarakat dunia yang tidak henti-henti berlumba mengejar kemajuan dalam pelbagai bidang. Tentulah amat malang bagi masyarakat kita jikalau penulis-penulis kita tidak menghiraukan degup gerak kemajuan yang sedang berlaku di sekitarnya dan sebaliknya 260

tenggelam dalam kesedihan dan rasa rendah diri yang melulu. Tentulah amat malang bagi kita jikalau golongan penulis kita tidak dapat mencari dan menggali rahsia dan hikmah kejayaan bangsa lain untuk dikemukakan kepada masyarakat Di sinilah letaknya tanggungjawab penulis zaman ini, tanggungjawab saudara-saudara sekalian. Kebebasan atau batas kebebasan menjadi lebih penting bagi penulis-penulis Malaysia kerana mereka bertugas dalam suasana dan persekitaran yang agak luar biasa iaitu negara yang berbilang bangsa, agama dan adat resam. Begitu juga taraf sosial dan ekonomi masyarakat pula tidak sama. Di samping itu masyarakat dan negara kita terdedah kepada ancaman luar yang menunggu untuk mengeksploitasikan kelemahan-kelemahan yang ada kepada kita. Jika kebebasan seperti yang dimengertikan oleh penulis-penulis Barat digunakan sebagai ukuran atau diamalkan oleh penulis-penulis tempatan, ia boleh menyebabkan kesan yang negatif kepada negara, termasuk ancaman ke atas keselamatan. Sayangnya terdapat segolongan kecil penulis tempatan yang tidak dapat menerima hakikat sebenar. Mereka terus menghayati konsep kebebasan seperti yang dimengertikan oleh penulis-penulis Barat sekalipun mereka tahu akan padahnya jika kebebasan seperti itu diamalkan di dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama seperti di negara ini. Adalah wajar kita mengingatkan diri kita dari masa ke semasa bahawa punca utama tercetusnya peristiwa 13hb. Mei, 1969 ialah kerana setengah kalangan politik waktu itu terlalu ghairah dengan kebebasan bersuara dan mengemukakan pendapat hingga lupakan had dan batasan yang boleh diterima oleh rakyat berbilang bangsa. Oleh kerana kedudukan para penulis yang istimewa di dalam masyarakat negara ini, cara mereka menggunakan kebebasan menjadi lebih penting dan kritikal dari golongan lain. Kebebasan adalah senjata. Ia boleh digunakan dengan berfaedah oleh orang-orang yang bertanggungjawab atau dengan cara yang merugikan oleh pihakpihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan sentiasa menganggap golongan penulis sebagai rakan karib dalam pentadbiran dan pembangunan negara. Saya sendiri sentiasa mengalu-alukan kritik yang membina serta maklumbalas yang diberikan oleh para penulis, sama ada ia seorang sasterawan atau wartawan. Oleh kerana para penulis diberi kepercayaan mengamalkan kebebasan secara terbuka, maka adalah menjadi tanggungjawab setiap penulis bukan sahaja memahami had dan batasan kebebasan itu tetapi juga melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang jitu supaya kebebasan itu dapat diamalkan dengan bijaksana. Sebelum penulis mengkritik dan membuat ulasan mengenai sesuatu perkara, ia haruslah mendalami dan melengkapkan diri dengan sebanyak-banyak maklumat dan butir mengenai perkara tersebut. Komen-komen cetek dan tidak terperinci bukan sahaja mengelirukan pembaca, tetapi menyulitkan usaha Kerajaan atau mana-mana juga pihak yang berkenaan untuk menyelesaikannya. Penulis harus tahu apa yang mereka lakukan dan melakukannya dengan penuh tanggungjawab. Menulis tentang kebaikan dan menyokong apa-apa yang baik yang dilakukan oleh Kerajaan bukan menjadi alat propaganda. Ia sebenarnya membuktikan keberanian sese261

orang penulis. Memang mudah dan popular bagi seseorang penulis mengecam atau mengkritik terutama jika ditujukan kepada orang yang berkuasa. Tetapi untuk memperdengarkan sesuatu yang 'factual' dan baik walaupun tidak popular amatlah berat. Demikian juga dengan lain-lain pendapat yang bertentangan dengan aliran pendapat semasa. Penulis yang berasa bertanggungjawab mestilah berani jika pembinaan negara hendak diteruskan. Pengkritik sosial mestilah berani memperkatakan yang benar di samping mengecam yang salah. Di samping itu penulis juga mestilah didorongi oleh kebijaksanaan atau 'wisdom'. Bukan kebijaksanaan untuk memutarbelitkan kenyataan atau kerana apa-apa muslihat tetapi untuk menimbang antara yang baik dan yang buruk — kebijaksanaan untuk bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab demi kepentingan keselamatan dan kesejahteraan hidup kita dan masa depan negara kita. Saya berbangga dengan usaha memulakan Fellowship Sastera Berita Harian. Saya harap usaha-usaha seperti ini akan menjadi contoh kepada lain-lain pihak dan seterusnya dapat melahirkan karyawan dan hasil-hasil penulisan yang memenuhi citacita Malaysia Bahagia. Dengan harapan ini, saya dengan sukacitanya melancarkan Fellowship Sastera Berita Harian dengan rasminya.

262

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN PERSIDANGAN DUA TAHUNAN YANG KE-17 KESATUAN PERKHIDMATAN TEKNIK SEMENANJUNG MALAYSIA (MTSU), KUALA LUMPUR 28HB. NOVEMBER, 1983

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa MTSU kerana sudi menjemput saya berucap dan seterusnya merasmikan Persidangan Dua Tahunan yang ke-17 MTSU ini.

Keteguhan sesebuah negara amat bergantung kepada tumpuan dan minat yang diberikan oleh setiap golongan dan individu terhadap kepentingan negara dan kepentingan ramai. Di Barat, orientasi liberalisme dan sikap individualisme serta egoisme masyarakat yang menonjol, walaupun telah membawa kemakmuran dalam jangka pendek, sebaliknya telah mendatangkan kesan yang buruk kepada masyarakat. Hari ini, oleh kerana setiap golongan merasakan merekalah yang penting dan kepentingan mereka mengatasi segala-gala yang lain, negara mereka tidak lagi dapat ditadbirkan dengan berkesan. Desakan dan tuntutan oleh pihak-pihak yang berkepentingan melemahkan jentera pentadbiran negara. Di Barat kita lihat falsafah pertentangan atau 'confrontation' sebagai asas cara hidup bennasyarakat. Orientasi ini tidak banyak bezanya dengan 'dialectics' di dalam ideologi komunis. Yang berbeza ialah, di dalam konteks demokrasi liberal, pertentangan digalakkan dan golongan-golongan berkepentingan mempunyai pengaruh yang besar hinggakan kepentingan ramai Sanggup diketepikan. Satu peristiwa yang memberi gambaran tentang akibat falsafah 'confrontation' telah terjadi baru-baru ini di Belanda. Oleh kerana kemelesetan ekonomi, Kerajaan Belanda mengambil keputusan mengurangkan gaji pekerja awam, termasuk polis, sebanyak 6%. Pada satu hari Perdana Menteri Belanda diserang oleh beberapa orang kakitangan Kerajaan. Pihak polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan Perdana Menteri cuma melihat tanpa menolong Perdana Menteri. Dalam sistem komunis pula, pertentangan tidak mempunyai tempat dan semua pihak mesti mengikut kehendak pemerintah semata-mata walaupun pada teorinya kuasa berada di tangan pekerja atau rakyat, tetapi sebenarnya, kuasa sentiasa berada di tangan segolongan kecil yang tidak membenarkan sesiapa jua bersuara. Kalau kita teliti di negara kita, keutamaan ramai sentiasa dipentingkan dan kebebasan yang tidak menghalang kepentingan dan adat resam masyarakat sentiasa terjamin. Ini adalah cara yang mendatangkan manfaat kepada semua - kepada individu dan juga kepada masyarakat. 263

Kemampuan dan potensi sesuatu masyarakat, sebahagian besarnya terletak kepada persefahaman dan semangat kerjasama. Bagi faedah dan manfaat semua, kita tidak harus melihat sesuatu dengan kaca mata konflik atau konfrontasi. Di sini saya anggap konflik sebagai tenaga yang disalurkan kepada sesuatu yang negatif, dan kerjasama atau persefahaman sebagai tenaga atau 'energy' yang disalurkan kepada sesuatu yang positif. Itulah sebabnya falsafah hidup kita harus memberi keutamaan kepada kerjasama dan persefahaman. Konsep Persyarikatan Malaysia, misalnya, mencerminkan falsafah ini. Dalam hubungan perusahaan juga, konsep persefahaman dan kerjasama harus mengambilalih konsep 'dialectics' atau konfrontasi. Banyak manfaat yang akan dinikmati oleh semua pihak dengan falsafah dan konsep ini. Konsep konflik hanya menjadikan pihak-pihak yang harus bekerjasama sebagai musuh - yang satu meragui yang lain dan tidak mengambilkira kepentingan yang lain. Akhirnya, kedua-dua pihak juga yang rugi. Semua perkara menjadi masalah, dan masalah yang kecil menjadi masalah besar. Perkara ini semakin disedari. Di Amerika misalnya, ada kesatuan sekerja yang telah beransur-ansur mengubah sikap terhadap pengurusan dan memandang kerjasama sebagai cara yang paling 'logical' bagi kebaikan bersama. Tetapi, kesedaran ini hanya timbul setelah kemelesetan ekonomi menjejas industri-industri mereka dan pengangguran yang amat ketara melanda Amerika Syarikat. Manusia tidak semestinya melalui peristiwa pedih sebelum insaf. Bagi kita di Malaysia pengalaman masyarakat dan negara lain harus memberi keinsafan dan mengukuhkan falsafah hidup kita yang mementingkan persefahaman dan kerjasama. Bagi sesebuah negara membangun, daya pengeluaran yang tinggi setiap rakyat amat perlu bagi menjamin masa depan yang cerah dan berjaya. Tentulah kestabilan dan keselamatan menjadi faktor utama yang menyediakan 'environment' bagi peningkatan daya pengeluaran. Tetapi, kestabilan dan suasana keselamatan yang wujud tidak akan membawa kesan kepada daya pengeluaran jika rakyat tidak mempunyai orientasi dan sikap positif terhadap daya pengeluaran. Semasa meneliti Dasar Pandang ke Timur, satu perkara yang menarik ialah peningkatan pendapatan yang cepat di kalangan pekerja-pekerja di Korea, Jepun dan Taiwan. Sebenarnya pekerja di ketiga-tiga buah negara ini dahulu mendapat pendapatan jauh lebih rendah daripada pekerja Malaysia. Apabila dikaji kita dapati bahawa pelaburan di ketiga-tiga negara ini meningkat dengan cepat kerana semua perusahaan mendapat keuntungan yang besar. Keuntungan yang besar ini disebabkan oleh produktiviti pekerja mereka yang tinggi. Apabila industri bertambah kerana untung, bilangan pekerja yang menganggur menurun sehingga syarikatsyarikat berebut-rebut untuk mengambil pekerja. Dalam keadaan ini gaji terpaksa dinaikkan supaya pekerja tertarik dengan tawaran syarikat. L e b i h tinggi 264

produktiviti, lebih untung syarikat, lebih banyak pelaburan, lebih banyak pula pekerja yang diperlukan - dan lebih tinggilah gaji yang ditawar. Sebaliknya di Eropah di mana tuntutan gaji tidak ada kaitan dengan produktiviti, perniagaan merosot dan pengangguran bertambah sepanjang masa. Biasanya yang menjadi keutamaan kepada para pekerja ialah gaji yang lebih tinggi dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Tetapi, gaji tinggi dan kemudahan, jika tidak selaras dengan daya pengeluaran yang meningkat, hanya akan memburukkan keadaan. Apabila gaji dinaikkan semuanya akan naik, dan yang akan menderita ialah orang yang berpendapatan rendah. Bagi mereka, mengikut pepatah Melayu, yang berlaku ialah "menang jadi arang, kalah jadi abu". Hanya dengan peningkatan daya pengeluaran yang tinggi sahaja yang akan menghalang inflasi mendahului kenaikan pendapatan. Kemelesetan ekonomi bukanlah alasan yang dibuat-buat untuk tidak berbuat sesuatu bagi kepentingan kakitangan awam. Kakitangan awam kita seharusnya berasa bertuah kerana di musim kemelesetan ekonomi inipun Kerajaan sentiasa membuat penelitian untuk memperbaiki lagi keadaan mereka. Baru-baru ini Kerajaan telah meluluskan garis dasar mengenai memberi peluang-peluang naik pangkat daripada skim perkhidmatan dalam kumpulan rendah kepada skim perkhidmatan dalam kumpulan yang lebih tinggi, dengan mengutamakan pengalaman dan kebolehan. Dengan itu, lantikan ke kumpulan yang lebih tinggi tidaklah lagi berdasarkan hanya kepada kelayakan akademik. Misalnya, seseorang Pembantu Teknik dalam Kumpulan B boleh dilantik ke jawatan Jurutera dalam Kumpulan A sekiranya ia mempunyai pengalaman dan kebolehan bagi jawatan yang tinggi itu. Peluang ini juga terbuka kepada mereka di dalam Kumpulan C dan D yang boleh dilantik ke jawatan dalam kumpulan yang lebih tinggi. Di sini saya ingin tegaskan bahawa mereka yang benar-benar berpengalaman dan berkebolehan sahaja yang berpeluang ditimbangkan oleh Kerajaan untuk menyandang jawatan dalam kumpulan yang lebih tinggi itu. Kebiasaannya, mereka yang berpengalaman ini adalah mereka yang telah berjaya untuk ditimbangkan bagi memegang jawatan Tingkatan Kanan, Tingkatan Khas dan Tingkatan Tertinggi bagi satu-satu jawatan itu. Justeru itu pekerja-pekerja awam hendaklah membuktikan kemampuan mereka menjalankan tugas masing-masing. Sebagaimana saudara-saudari maklum, Kerajaan telah mengumumkan beberapa dasar baru setahun dua yang lalu. Salah satu yang menarik perhatian kesatuan-kesatuan sekerja ialah dasar pengswastaan beberapa perkhidmatan yang diuruskan oleh Kerajaan. Saya tidak hairan tentang kecurigaan sebahagian daripada ahli kesatuan sekerja mengenai perkara ini. Sudah tentulah ahli-ahli mengharapkan kesatuan melindungi kepentingan mereka. Ini adalah sesuatu yang dijangkakan, dan dengan itu Kerajaan juga mengharapkan kesatuan-kesatuan sekerja seperti CUEPACS, M T S U 265

dan lain-lain sentiasa cuba mendapatkan penjelasan yang wajar mengenai dasardasar Kerajaan yang melibatkan kepentingan pekerja, dari masa ke semasa. Seperti yang saudara-saudari maklum, kakitangan awam yang terlibat dalam urusan pengswastaan boleh memilih sama ada untuk terus berkhidmat dengan Kerajaan, atau berkhidmat untuk majikan swasta yang baru. Inilah pilihan yang ada pada dasarnya, tetapi Kerajaan sedar bahawa bagi mereka yang terlibat, ada berbagai perkara lain yang terpaksa juga ditimbangkan. Atas kesedaran inilah Kerajaan terus membuat kajian dan semakan supaya kakitangan yang terlibat tidak mengalami kerugian. Dengan semangat supaya seberapa ramai kakitangan yang terlibat tidak akan rugi, Kerajaan akan melancarkan Dasar Pengswastaan ini dengan penuh berhati-hati dan secara berperingkat-peringkat. Segala kelemahan peringkat awal akan dikaji dan diatasi. Tetapi, saya yakin, sebahagian daripada kakitangan yang terlibat akan mendapat keuntungan, sama ada dari segi kewangan, pengalaman baru atau kepuasan kerja dan cabaran baru. Walaupun masalah permulaan atau 'teething problems' sudah tentu akan timbul, terutama dari kaca mata kesatuan-kesatuan sekerja, saya berharap kakitangan yang terlibat akan sentiasa memikirkan semangat atau 'spirit' dan tujuan Kerajaan dalam melaksanakan dasar ini, yang antara lainnya diharap akan mengurangkan beban kewangan Kerajaan dalam mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu, dan juga bagi meningkatkan kecekapan atau efisiensi menguruskannya. Seluruh rakyat, termasuklah kakitangan yang terlibat dan keluarga mereka, akan menikmati keuntungan daripada perkhidmatan yang baik. Sekiranya keuntungan kepada negara dan rakyat umum sentiasa difikirkan, saya yakin apa-apa masalah pelaksanaan dasar ini tidak akan menjadi isu dan persengketaan, tetapi akan dianggap sebagai beban dan cabaran bersama yang harus diatasi oleh Kerajaan, kesatuan-kesatuan sekerja dan pihak pengurusan badan-badan berkenaan secara teratur, tenteram dan menguntungkan semua pihak. Dasar Pengswastaan sedang dilaksanakan. Kerajaan telah memilih firma swasta bagi mengendalikan Rangkaian Ketiga TV. Sistem 'aerobus' yang akan dilaksanakan di ibukota Kuala Lumpur juga akan diswastakan. Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah perkhidmatan baru dan belum ada kakitangan awam yang terlibat. Ini adalah salah satu langkah berhati-hati Kerajaan, iaitu melaksanakan dasar ini dengan badan-badan baru yang tidak melibatkan kakitangan awam. Dengan cara ini kita dapat mempelajari dengan lebih mendalam selok-belok mengenai pengswastaan bagi menjamin kejayaannya. Saya harap kesatuan-kesatuan akan lebih sensitif terhadap isu-isu yang sedang diperjuangkan, atau yang mendapat perhatian Kerajaan. Misalnya daya pengeluaran. Kesatuan sekerja merupakan salah satu institusi yang berpengaruh bagi menggalakkan ahli-ahli meningkatkan daya pengeluaran mereka. Kerajaan telah melancarkan Bulan Daya Pengeluaran Negara baru-baru ini, dan saya harap kesatuan-kesatuan 266

sekerja akan memainkan peranan mereka bagi memupuk dan meningkatkan daya pengeluaran atau hasil kerja setiap ahli masing-masing. Daya pengeluaran yang lebih tinggi seharusnya mendapat sanjungan bukan sahaja oleh majikan, tetapi juga oleh rakan sekerja dan masyarakat. Faktor utama bagi mencapai cita-cita ini ialah kerajinan dan dedikasi, dan ianya harus dipupuk di kalangan setiap peringkat ahli kesatuan. Memang pernah terjadi bahawa yang rajin itu kadang-kadang disindir atau dianggap tidak mengikuti norma kumpulan atau 'group'. Ini berlaku bukan sahaja dalam perkhidmatan awam, bahkan juga dalam firma swasta, dan ini sudah semestinya merugikan majikan, dan akhirnya pekerja-pekerja sendiri yang akan rugi. Di sinilah kesatuan-kesatuan sekerja dapat sama-sama berusaha untuk membawa kesan-kesan positif kepada peningkatan daya pengeluaran. Kesatuan-kesatuan sekerja mestilah bersama-sama memupuk nilai supaya kerajinan dimuliai dan dihargai di kalangan ahli-ahli. Dengan usaha bersama oleh semua pihak bagi menanam tabiat kerajinan ini, kita berharap daya pengeluaran negara kita akan meningkat dan kita akan mencipta satu era yang lebih cerah bagi semua. Mengenai tuntutan-tuntutan oleh kesatuan-kesatuan sekerja perkhidmatan awam, saya difahamkan M T S U telah mengemukakan beberapa rayuan kepada Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya berharap, dengan hubungan rapat antara M T S U dan J P A beberapa perkara yang tidak menjadi halangan kepada Kerajaan akan dapat ditimbangkan dari masa ke masa. Saya yakin, beberapa perkara yang dikemukakan telah difikirkan oleh Kerajaan, dan satu-dua tuntutan itu adalah di peringkat pertimbangan. Akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada M T S U kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap hari ini. Dan dengan ini juga, saya dengan sukacitanya membuka Persidangan Dua Tahunan yang ke-17 M T S U ini dengan rasminya.

267

PENERANGAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MENGENAI URUSAN PARLIMEN DI DEWAN RAKYAT 2HB. DISEMBER, 1983

S

aya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menerangkan kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini mengenai perkara yang berkaitan dengan urusan Parlimen.

Dalam persidangan Dewan Rakyat pada bulan Julai yang lalu, Dewan ini telah meluluskan beberapa Rang Undang-Undang yang mana kemudiannya telah dibahas dan diluluskan pula oleh Dewan Negara. Rang Undang-Undang berkenaan adalah:a.

Akta Paten 1983,

b.

Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983,

c.

Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 1983,

d.

Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 1983,

e.

Akta Probet dan Pentadbiran (Pindaan) 1983,

f.

Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Pindaan) 1983,

g.

Akta Taman Negara (Pindaan) 1983,

h.

Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983.

Tujuh daripada lapan Rang Undang-Undang ini telahpun diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan tugastugas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang sekarang ini masih gering. Rang Undang-Undang yang belum diperkenankan ialah Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983. Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983 belum lagi diperkenankan kerana Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja tidak bersetuju dengan beberapa bahagian daripada pindaan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang itu. Bahagian-bahagian yang tidak diperkenankan ialah:a.

Perkara 66(5) berhubung dengan perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke atas Rang Undang-Undang, 268

b.

Perkara 150 berhubung dengan Perisytiharan Darurat,

c.

Perkara mengenai Jadual Kelapan kepada Perlembagaan yang menyentuh perkenan oleh Raja-raja dan Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri ke atas Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh dewan-dewan undangan Negeri.

Oleh kerana Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja tidak berkenan supaya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pindaan-pindaan itu, maka terbuntulah usaha-usaha Parlimen setakat itu. Saya sendiri selaku Perdana Menteri telah berusaha sedaya upaya merafak sembah penjelasan dan rayuan kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja supaya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pindaan-pindaan itu waktu saya mengadap Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja pada 13hb. Oktober, 1983 di Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun, semua hujah-hujah yang saya kemukakan itu telah tidak diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Sebagai langkah lanjut, saya telah meminta jasa baik Majlis Tertinggi U M N O supaya dapat mencari formula jalan keluar. Melalui saluran U M N O ini kita telah menawarkan beberapa cadangan yang tidak mencemar maruah mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh wakilwakil U M N O kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja pada 20hb. November yang lalu di Istana Kayangan, Shah Alam telah tidak diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia. Cadangan-cadangan itu semua merupakan pindaan-pindaan kepada pindaanpindaan asal yang difikirkan boleh mengatasi kekhuatiran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Penyembahan tawaran pindaan-pindaan yang berkenaan meliputi ke semua Perkara 66(5), Perkara 150 dan Jadual Kelapan. Kerajaan berasa kecewa kerana kegagalan usaha ini. Untuk mengelakkan kegelisahan rakyat, perutusan U M N O itu telah merafak sembah memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja untuk membuat satu kenyataan, dan kenyataan inilah yang telah disiarkan atas nama Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, selepas majlis mengadap pada 20hb. November itu. Perkembangan-perkembangan ini telahpun saya laporkan kepada Jemaah Menteri. Dalam konteks ini pihak Jemaah Menteri berpendapat adalah menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri supaya perkara ini dilaporkan kepada Parlimen. Maka inilah saya memaklumkan perkembangan-perkembangan ini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini pada hari ini. 269

Ingin saya tegaskan di sini bahawa tujuan Kerajaan mencadangkan pindaan-pindaan Perlembagaan adalah untuk melicinkan lagi pentadbiran negara supaya tidak timbul salah tafsiran mengenai peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan. Dengan adanya pindaan-pindaan itu perjalanan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan akan menjadi lebih jelas dan tepat. Tetapi saya merasa dukacita kerana ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mengambil kesempatan memutar-belitkan perkara ini sehingga menjadi kecoh di kalangan rakyat. Walau bagaimanapun pihak Kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Insya-Allah, usaha ini akan mencapai kejayaan akhirnya.

270

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PERLETAKAN BATU ASAS BANGUNAN SATOK KUCHING, SARAWAK 10HB. DISEMBER, 1983

S

aya mengucap ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan juga kepada Lembaga Simpanan dan Kemajuan Tanah, atau LCDA, kerana sudi menjemput saya datang ke Kuching untuk merasmikan upacara Perletakan Batu Asas Bangunan Satok ini.

Saya datang ke Sarawak dengan perasaan penuh gembira, bukan sahaja kerana sambutan orang-orang Sarawak sentiasa begitu meriah dan bersemangat, tetapi kerana tiap kali saya datang ke sini, saya nampak pembangunannya semakin pesat. Pembinaan projek Bangunan Satok ini merupakan satu projek yang akan memberi peluang kepada Bumiputera menyertai lapangan perniagaan dengan lebih teratur dan sempurna lagi. Saya berharap mereka yang akan mendapat, atau yang telah dibahagikan kedai-kedai di kawasan ini, tidak akan menjualkannya untuk mendapat keuntungan yang segera. Gunakanlah kedai-kedai yang baru itu nanti bagi membuktikan Bumiputera boleh maju seperti kaum-kaum lain dalam lapangan perniagaan. Setiap individu, setiap kaum dan masyarakat mempunyai maruah. Kita tidak ingin dicemuh, disindir dan diperkecil-kecilkan oleh orang lain. Sebagai satu golongan, bumiputerapun tidak ingin dicemuh, disindir dan diperkecil-kecilkan. Kalau begitu kemahuan kita, tangggungjawab meningkatkan maruah itu adalah ditanggung oleh setiap orang anggota masyarakat bumiputera. Salah satu lapangan di mana bumiputera hendak memelihara maruahnya ialah lapangan perniagaan. Kita harus mengakui bahawa masih banyak lagi yang mesti kita usahakan dan yang kita harus lakukan untuk mencapai peringkat yang dicapai oleh kaum bukan bumiputera. Kita mestilah melangkah lebih besar lagi untuk mencapai kejayaan seperti itu. Justeru itu, sekarang ini bukan masanya untuk bumiputera mencari keuntungan jangka pendek dan mencari jalan senang bagi keselesaan hidup masa kini. Kalaulah begitu sikap kita, bumiputera bukan sahaja dicemuh dan diperkecil-kecilkan oleh kaum lain, tetapi akan dicemuh dan diperkecil-kecilkan oleh keturunan kita sendiri. Keturunan kita akan tahu bahawa ibu-bapa dan datuknenek mereka telah menggadai maruah dengan tidak berusaha, tidak bekerja kuat dan tamakkan wang untuk kesenangan beberapa tahun sahaja. Yang paling sedih sekali apabila sebahagian dari keturunan kita mengikut jejak langkah yang tidak sihat ini. Sekiranya ini terjadi, maka berpanjanganlah maruah bumiputera tidak dapat ditebus. 271

Sebaliknya, sekarang ini janganlah berlaku lagi gejala kurang semangat ini. Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan di sini, dan bumiputera seluruh negara, tidak mahu ini berlaku. Dengan itu kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertekad untuk mencapai kejayaan. Setiap usaha kita ada hasilnya. Kejayaan kita hari ini akan kita nikmati dan nikmatnya itu akan menjadi pendorong kepada generasi muda kita dan seterusnya. Semasa hayat kita, kita harus meninggalkan sesuatu yang boleh dikenang oleh keturunan kita. Kejayaan ini juga akan menaikkan maruah bumiputera. Saya yakin tuantuan dan puan-puan mempunyai semangat kuat ini dan kita akan berjaya. Sarawak akan menghadapi pilihanraya tidak lama lagi. Seperti pilihanraya-pilihanraya yang lalu, saya pasti semua parti politik rancak menegak prinsip dan perjuangan parti mereka. Berbagai perkara termasuk mencaci dan mengutuk parti-parti lawan akan dilaungkan di sana-sini. Ini termasuklah dakwaan bahawa satu-satu parti itu boleh melaksanakan itu dan ini. Ada kata-kata yang boleh dikotakan, dan ada yang tinggal kata-kata sahaja. Berkata-kata itu senang, apatab lagi di musim pilihanraya ini, di mana ramai yang dapat memperkatakan dengan teori-teorinya, petikan dari rujukan dan sebagainya. Tetapi melaksanakan apa yang dikatakan susah sekali. Di musim inilah rakyat Sarawak sepatutnya berhati-hati supaya jangan memberi kepercayaan kepada mereka yang pandai berkata-kata, tetapi tidak bijak melaksanakannya. Rakyat Negeri ini hendaklah juga memikirkan kestabilan dan masa depan negara ini. Berkaitan dengan kestabilan ini, parti-parti yang berpengaruh di kalangan satu-satu kaum dan puak sahaja tidak mungkin dapat menjamin kestabilan. Kebanyakan parti-parti politik di negara kita ini dapat menarik sokongan dari satu-satu suku kaum tertentu, tetapi sekumpulan parti-parti itu telah berusaha bekerjasama supaya pertimbangan dan tindakan mereka mengambilkira kepentingan semua kaum. Bagi menjaga kestabilan, perpaduan dan hubungan rapat antara kaum supaya kemajuan negara berjalan lancar, maka tertubuhlah Parti Perikatan, dan kemudiannya diperbesarkan kepada Barisan Nasional. Walaupun parti-parti komponen menarik perhatian satu-satu kaum, Barisan Nasional dapat memerintah dengan menjaga kepentingan berbagai kaum negara ini. Dengan saling bekerjasama antara semua parti komponen, maka dapatlah kita mewujudkan kestabilan. Saya harap janganlah dibiarkan emosi kita sewaktu pilihanraya ini mencacatkan perpaduan atau persaudaraan kita. Dalam konteks perpaduan ini, saya berbangga bahawa Bahasa Kebangsaan tidak menjadi isu kebangsaan lagi, tetapi dihebohkan oleh satu dua golongan semasa pilihanraya sahaja. Memang ada kelompok-kelompok kecil di sana-sini yang masih membangkitkan hal ini, tetapi golongan mereka semakin lama semakin kecil, sehingga tidak menjadi isu kebangsaan, tetapi isu pilihanraya untuk satu dua kawasan tertentu. Ini disebabkan semakin hari semakin ramai dari kita yang menyedari pentingnya satu bahasa bagi menjadi alat penghubung antara rakyat negara ini. Di musim pilihanraya ini timbul juga soal Kebudayaan Nasional. Seolah-olah kebudayaan semua suku kaum akan hapus, dan sebaliknya kebudayaan pribumi sahaja yang akan timbul dan yang lainnya tenggelam. Saya telah mengambil peluang menerangkan hal ini beberapa kali. Kita mengambil ciri-ciri dan pola-pola kebudayaan 272

pribumi yang boleh menjadi identiti, atau pengenalan kepada kebudayaan negara ini. Dalam kita membentuk kebudayaan nasional, amalan kebudayaan kaum-kaum lain tidak pernah dihalang dan ini dibuktikan dengan tindak-tanduk Kerajaan sejak kita merdeka 26 tahun yang lalu. Selama 26 tahunlah kita telah membuktikan bahawa kita tidak memaksa seseorang mengamal kebudayaan yang asing bagi mereka. Dari segi pembangunan, rakyat Sarawak patut berasa bertuah kerana Kerajaan Negeri yang stabil selama ini telah dapat membawa kadar pembangunan yang membanggakan di Negeri ini. Berbagai projek pembangunan dalam sektor pertanian, perindustrian dan kemudahan infrastruktur telah dilaksanakan sejak Sarawak memasuki Malaysia. Walau bagaimanapun, ada golongan yang nampak pembangunan Sarawak ini di Kuching dan Bintulu sahaja. Saya tidak nafikan bahawa terdapat beberapa projek besar di dua tempat ini. Apabila sesuatu itu besar, maka senanglah nampak. Yang kecil pula jarang kita nampak, tetapi yang kecil itu banyak bilangannya. Yang sebenarnya, apa yang dikatakan kecil itu bukanlah kecil setakat dua tiga ribu Ringgit, bahkan beratus ribu Ringgit hingga perpuluh juta Ringgit. Dari segi pertanian, projekprojek melalui Lembaga Kemajuan Tanah dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak, projek pertanian bersepadu, dan skim perairan memakan perbelanjaan beratus juta Ringgit. Pembangunan irifrastruktur seperti jalanraya, jambatan, elektrik dan air terus diperluaskan. Pembangunan dari segi pelajaran, kesihatan dan aspek sosial yang lain berjalan terus dengan rancaknya. Kepada orang-orang tertentu, terutama pemimpin parti-parti pembangkang, kalau dilihatpun, projek-projek seperti itu diperkecil-kecilkan. Seperti yang saya katakan tadi, memang terdapat beberapa projek besar seperti di Bintulu. Kita mendapati projek L N G dan projek baja urea ASEAN di sana. Projekprojek seperti ini adalah projek pembangunan ekonomi yang memberi hasil kepada negara. Misalnya, penjualan gas cecair asli ke luar negeri membawa masuk aliran tukaran wang asing ke negara kita. Hasil inilah yang kita gunakan untuk projek-projek pembangunan yang lain. Rakyat Sarawak di pendalaman dan kawasan-kawasan lain tidak harus berasa kurang senang apabila Kerajaan lebih membangunkan dua tiga tempat sahaja di Negeri Sarawak ini. Kalau kita perhatikan benar-benar, projek-projek besar merabuka peluang-peluang kerja yang banyak bukan sahaja untuk penduduk setempat, tetapi juga untuk penduduk Sarawak dari pendalaman dan tempat-tempat lain. Dengan itu, kita sendiri dapat melihat projek-projek besar di Kuching dan Bintulu bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.tetapi dari tempattempat lain di Sarawak. Apabila ramai rakyat Sarawak yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran yang diperlukan, saya pasti ramai lagi yang akan mendapat peluang pekerjaan di projek-projek besar ini. Ini termasuklah mengambilalih pekerjaan yang sekarang ini diuruskan oleh warganegara asing. 273

Saya menyeru sekali lagi supaya penduduk Sarawak memikirkan kestabilan dan kesejahteraan masa depan Malaysia dan juga masa depan Sarawak, apabila diberi peluang memilih Kerajaan Negeri di pilihanraya akan datang ini. Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Patinggi Haji Abdul Taib Mahmud telah membuktikan kebolehan dan dedikasinya memperjuangkan nasib dan taraf hidup rakyat Negeri ini. Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan L C D A kerana memberi peluang kepada saya melakukan upacara Meletak Batu Asas Bangunan Satok ini.

274

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEWARTAWANAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 12HB. DISEMBER, 1983

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Malam Wartawan Malaysia kerana menjemput saya untuk berucap dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada wartawan-wartawan yang berjaya pada tahun ini.

Majlis yang meriah ini diadakan untuk memberi pengakuan dan penghargaan kepada wartawan-wartawan yang terpilih kerana kecemerlangan mereka dalam bidang yang tertentu. Saya percaya saudara-saudari sekalian sentiasa berusaha untuk meninggikan lagi prestasi masing-masing. Dengan adanya peraduan dan penghargaan seperti ini, secara tidak langsung akan mendorong para wartawan kita untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi, bagi meninggikan mutu kewartawanan mereka. Media massa dan para wartawan, terutamanya dalam negara membangun, mempunyai peranan yang tertentu dan mereka, seperti juga golongan profesional yang lain, memikul beban tanggungjawab yang berat. Apatah lagi apabila media massa ini berfungsi dalam masyarakat yang bukan sahaja sedang pesat membangun, tetapi juga masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini. Dalam keadaan yang sedemikian, para wartawan dan media massa mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Mereka juga bertanggungjawab mempastikan agar kegiatan mereka tidak bercanggah dan tidak menghalang arus Pembangunan negara. Dalam konteks ini media massa hendaklah sentiasa menentukan bahawa sebarang penulisan, rencana dan laporan yang dibuat hendaklah objektif, 'balanced' dan membina untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemusykilan di kalangan rakyat. Penulisan-penulisan yang dapat memberi sumbangan ke arah meningkatkan lagi tahap pencapaian dalam bidang sosial, ekonomi, politik, kemasyarakatan dan lain-lain hendaklah diberi tumpuan dan keutamaan. Walau bagaimanapun, ini tidak bererti bahawa berita dan rencana yang kritikal dan menegur tidak seharusnya diterbitkan. Sepertimana yang saudara-saudari maklum, memang terdapat dalam akhbar-akhbar kita, bukan sahaja teguran tetapi juga pendedahan atau 'expose' dari masa ke semasa mengenai sesuatu kelemahan atau penyelewengan yang berlaku. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengulangi sekali lagi, bahawa Kerajaan sedia menerima teguran dan kritikan ini. Malahan kami sentiasa memberi perhatian terhadap kritikan dan 'expose' ini. Kami anggapkan 'expose' dan teguran ini sebagai satu jenis 'feedback' yang perlu dikaji, dan sekiranya didapati benar, kami akan berusaha untuk membetulkan keadaan. Walau bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan menerima tuduhan-tuduhan yang melulu dan 275

yang tidak berasas, yang sengaja dibesar-besarkan untuk menarik minat pembaca atau kemasyhuran pemberita-pemberita tertentu. Sebarang niat buruk seperti ini, sekiranya terdapat, akan ditentang. Di sini izinkan saya membuat sedikit teguran terutama kepada akhbar dan majalah dalam Bahasa Malaysia. Banyak dari akhbar dan majalah ini menyiarkan cerita seram, cerita hantu dan bermacam-macam lagi perkara ganjil dan ghaib. Akibatnya ialah pembaca mereka, dan masyarakat Melayu terutamanya sudah jadi takut kepada bayang-bayang. Mereka nampak hantu di mana-mana sahaja. Ramai dari murid perempuan sekolah Melayu, terutama yang berasrama sering dilanda histeria, menjerit-jerit dengan ketakutan. Ada kalanya sekolah terpaksa ditutup dan pokok terpaksa ditebang. Kesan dari pupukan kepercayaan kepada hantu dan lain-lain makhluk khayalan ialah masyarakat yang hidup dalam ketakutan. Masyarakat yang hidup dalam ketakutan ini tidak mungkin berjaya, bahkan tidak mungkin mempertahankan diri. Kekalahan orang Melayu dalam peperangan dahulu kala berasas kepada kepercayaan bahawa musuh mereka mempunyai kuasa ghaib. Ini menghapuskan kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri. Dengan itu maka mudahlah mereka ditewaskan. Saya percaya bahawa cerita-cerita seram dan cerita hantu ini amat menarik. Tetapi saya ingin merayu kepada akhbar dan majalah supaya tidak menggunakan jalan yang mudah ini untuk mendapat pelanggan. Kita akan kesal kemudian hari jikalau kerana hendak menjual surat khabar kita jadikan orang Melayu bangsa yang kolot yang takut kepada bayang-bayang. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan Kerajaan kepada media massa kita atas peranan dan khidmat mereka. Pada keseluruhannya media massa kita telah menjalankan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab, sensitif akan 'environment' di mana mereka bergerak, serta berhatihati dan cermat dalam laporan-laporan yang dibuat. Akhir-akhir ini pula pihak media massa kita telah sekali lagi membuktikan tanggungjawab mereka. Sebagai contoh, akhbar-akhbar dan para wartawan telah berhatihati apabila membuat laporan mengenai pindaan Perlembagaan. Mereka telah menunjukkan kedewasaan dan kematangan mereka dalam membuat lapuran mengenai perkara ini. Walaupun terdapat pihak-pihak tertentu yang mempunyai bermacam cerita yan 'juicy', yang mengghairahkan dan yang sengaja disebarkan dengan tujuan untuk mendapat tempat di dalam akhbar, tetapi akhbar-akhbar kita tidak rela memakan umpan ini. Ini adalah bukti yang jelas tentang profesionalisme para wartawan kita. Mereka tidak rela menjadi alat kepada golongan yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu yang bertentangan dengan kehendak ramai. Walaupun ceritacerita seumpama ini sedap dibaca dan sudah tentu akan melariskan jualan akhbar, tetapi akhbar-akhbar kita tidak mudah dipengaruhi. Media massa kita benar-benar sedar akan tanggungjawab utama mereka kepada masyarakat dan negara. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara-saudari sekalian. 276

Tidak berapa lama dahulu saya telah menulis satu rencana yang disiarkan dalam akhbar The New Straits Times berkenaan dengan pandangan saya terhadap akhbar dan pemberita. Tulisan saya itu agak kritikal sedikit terhadap 'press' dan peranan 'pressmen'. Saya sebutkan rencana ini kerana dalam T I M E magazine keluaran minggu lepas terdapat satu rencana mengenai pandangan orang-orang Amerika terhadap akhbar dan pemberita mereka. Orang Amerika nampaknya baru sedar bahawa laporan yang mereka terima dari pemberita mereka adalah tidak tepat, tidak 'factual' tetapi sebaliknya mencerminkan pendirian politik pemberita. Mereka juga sedar akan 'ambition' pemberita-pemberita yang ingin mendapat nama sehingga tidak sama sekali memperdulikan tekanan jiwa yang mereka lakukan dengan pendedahan terhadap masalah dan penderitaan sasaran laporan mereka. Inilah 'extract' dari rencana T I M E magazine itu; "The most fundamental of this question is: Can you believe what you read or see? The credibility of all journalists was damaged in 1981 when Washington Post reporter Janet Cooke was forced to return a Pulitzer Prize after admitting that she had invented the title character of "Jimmy's World", a portrait of an eight-year-old heroin addict. A month later, New York Daily News columnist Michael Daly admitted that he had made up the name of a British soldier who, he reported, had shot a juvenile in B e l f a s t . . . . The rash of fraud infected the New York Times when its Sunday magazine published a report from Cambodia by freelancer Christopher Jones. In fact, Jones had written the story while at his home in Spain and for part of it had plagiarized a 1930 novel by Andre Malraux - La Voie Royale." Inilah jenis laporan yang dibuat oleh pemberita dan akhbar terkemuka di Amerika. Sudah tentu apabila mereka melaporkan tentang negara kita, fitnah mereka tidak ada had sama sekali. Tidak ada yang terlalu buruk untuk dilapor tentang kita. Sebaliknya sebarang kebaikan tidak ada tempat dalam halaman akhbar mereka. Sebaliknya pemberita dan akhbar kita tidak demikian. Walaupun ada yang tertarik dengan cara-cara pemberita asing umumnya kita masih bersikap bertanggungjawab. Sikap dan tanggungjawab akhbar tempatan tidak menyenangkan beberapa wartawan Malaysia who are in the pay of the foreign press. Orang-orang ini, terutama yang berasa kecewa kerana tidak mendapat sesuatu bagi diri sendiri di masa berkhidmat dalam negara, tidak jemu dengan memutar-belitkan berita negara sendiri, supaya 'they are given a pat on the back by their foreign masters. We watch the antics of these pet poodles with utter contempt and derision'. Hubungan erat antara kerajaan dengan media massa dalam negeri bererti bahawa kedua-dua pihak boleh bekerjasama demi kepentingan dan kebaikan umum. Ia juga adalah bukti, bahawa dalam melaksanakan tugas mereka, pihak akhbar tidak seharus dan semestinya bersikap konfrontasi dengan Kerajaan. Media massa yang bekerjasama dengan pihak berkuasa tidak akan hilang kredibilitinya. Saya menyebut demikian oleh kerana ada yang berpendapat, terutamanya di Barat, bahawa kononnya sebarang kerjasama antara media massa dan pihak berkuasa akan lama-kelamaan mengikis kredibiliti media massa. Di Malaysia kerjasama rapat dan persefahaman 277

antara media massa dan Kerajaan telah menghasilkan ikatan yang menguntungkan kedua-dua pihak. Sebagai bukti kita dapat melihat pertumbuhan 'readership' atau pembaca akhbar-akhbar Malaysia, terutama akhbar dalam bahasa Malaysia. Sementara di negara-negara membangun yang lain akhbar-akhbar kurus-kurus belaka, di Malaysia akhbar semakin tebal dan semakin tinggi mutu cetakan dan isi kandungannya. Kita di Malaysia telah beberapa kali dapat mengatasi masalah yang kita hadapi dengan jayanya. Setiap kali kita menghadapi masalah yang besar, golongan-golongan asing termasuk beberapa akhbar dan majalah di Barat, meramalkan Malaysia akan hancur. Tetapi kita bukan sahaja dapat mengatasi masalah-masalah itu, bahkan dapat mengambil dan mengatur langkah-langkah yang tertentu bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya semula perkara seumpama itu. Dalam hal ini Kerajaan yakin bahawa kita akan dapat mencapai penyelesaian kepada perkara yang kita hadapi sekarang ini melalui rundingan, demi untuk kepentingan rakyat dan negara. Isu yang lebih besar daripada ini telah dapat kita atasi di masa-masa yang lepas. Maka tidak ada sebab mengapa soal ini tidak boleh pula diatasi. Insya Allah, kita akan dapat mencari penyelesaian yang membawa manfaat kepada kita semua. Kerajaan memang sentiasa berusaha untuk membantu pihak media massa dalam tugas-tugasnya. Bukanlah menjadi niat Kerajaan untuk menyulitkan kerja saudarasaudari dengan merahsiakan segala urusan kerajaan. Kerajaan sedar bahawa bersikap sedemikian hanya akan menimbulkan khabar-khabar angin yang mungkin membawa kesan yang memudaratkan 'public opinion'. Walau bagaimanapun saya ingin menegaskan di sini bahawa Kerajaan kadang-kadang tidak dapat memberi maklumat dan keterangan dengan sewenang-wenangnya apabila sahaja diminta oleh para wartawan. Memang ada maklumat dan keterangan yang boleh diberi, dan ini memang sudahpun dilakukan oleh pegawai-pegawai Kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk berbuat demikian. Tetapi mengenai perkara-perkara yang penting, yang menyentuh umpamanya keselamatan negara, sudah pasti pihak kerajaan tidak dapat memberikan maklumat itu dengan begitu mudah. Perkara-perkara yang penting, yang melibatkan keselamatan negara dan orang ramai, hadnya boleh diumumkan setelah ianya dikaji dengan teliti dan mendalam dan setelah difikirkan bahawa pengumumannya tidak akan mendatangkan apa-apa masalah. Oleh itu saya berharap saudara-saudari sekalian memahami akan hal ini dan bersabar dan tidak pula cepat menuduh pegawai-pegawai Kerajaan tidak mahu bekerjasama. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan sedikit pendapat saya mengenai rencana-rencana luar negeri yang selalu disiarkan dalam akhbarakhbar tempatan. Sepertimana kita maklum kebanyakan daripada rencana-rencana ini, adalah yang diterima dari agensi-agensi berita dan akhbar-akhbar asing terutamanya dari negara-negara Barat. Sebagai contoh, kita membaca mengenai nasib orang-orang Palestin, politik antarabangsa, perkembangan-perkembangan di negaranegara membangun dan lain-lain yang ditulis oleh wartawan-wartawan Barat. Memang benar ada di antara mereka ini yang sungguh bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin dan negara-negara yang membangun, dan rencana-rencana 278

mereka inilah yang selalunya disiarkan oleh akhbar-akhbar kita. Mungkin akhbarakhbar kita memetik rencana-rencana tersebut oleh kerana agensi-agensi berita dan akhbar-akhbar Barat ini mempunyai wartawan-wartawan atau wakil-wakil mereka yang bertugas di hampir seluruh pelusuk dunia, dan oleh itu mereka mengeluarkan lebih banyak lagi rencana jika dibandingkan dengan agensi-agensi berita dan akhbarakhbar negara-negara membangun. Saya rasa ini tidak harus menjadi alasan bagi akhbar-akhbar Malaysia untuk bergantung kepada mereka dalam mendapatkan rencana-rencana sepertimana yang saya sebutkan tadi. Akhbar-akhbar kita, saya fikir, sepatutnyalah berusaha untuk membuat rencana-rencana seperti yang ditulis oleh wartawan-wartawan asing ini. Memang ini sudah dibuat, tetapi belum begitu banyak lagi. Saya berpendapat bahawa perkembangan mengenai hubungan Utara-Selatan, perjuangan rakyat Palestin, perkembangan ekonomi dan politik dunia dan sebagainya, seharusnya dapat ditulis oleh wartawanwartawan kita sendiri, dari kacamata dan perspektif kita sendiri. Saya percaya ramai di antara saudara-saudari yang mempunyai kebolehan, bukan sahaja untuk menghasilkan penulisan-penulisan seumpama ini, bahkan juga yang lebih bermutu. Mungkin apa yang perlu sekarang ini ialah kepercayaan yang lebih kepada diri sendiri, kesungguhan dan kesanggupan untuk mengubah sedikit corak bekerja daripada yang biasa dibuat. Dewasa ini, apabila Malaysia sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh, supaya dalam beberapa aspek kita tidak terlalu bergantung kepada sesuatu pihak atau punca, adalah diharapkan bidang kewartawanan juga tidak terlalu bergantung kepada punca-punca tradisional mereka bagi mendapatkan bahanbahan berita dan rencana. Sebaliknya akhbar-akhbar yang terkenal dan maju di Malaysia, hendaklah menghantar 'foreign corresponden't mereka ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan berita sekarang. Janganlah tunggu hingga Perdana Menteri membuat lawatan, barulah diadakan liputan. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Malam Wartawan Malaysia kerana menjemput saya dan isteri saya ke majlis ini. Kepada pemenang-pemenang saya mengucapkan tahniah dan kepada mereka yang tidak berjaya kali ini, cubalah lagi.

279

SPEECH BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON TECHNOLOGY, CULTURE AND DEVELOPMENT, AT THE UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR 12TH. DECEMBER, 1983

I

am honoured and delighted to have this opportunity to be with you on this auspicious occasion. It is a pleasure to welcome each and everyone of you to Malaysia and in particular to Kuala Lumpur. I wish you every success in your deliberations and I hope you will find time to see a part of this country.

This is perhaps the first time that technology and development are to be linked and studied together with culture. The tendency has always been to forget culture entirely when dealing with technology and development. The result is that importation of foreign technology and concepts of development has been disappointing to a lot of developing nations. As a newly developing country, which is fast industrialising and undergoing change, the theme of this symposium is significant and very relevant to us. The interplay of technology, culture and development, while it can be complementary, can also tear a society apart if not fully appreciated, integrated and guided. We know that man does not live by material gains alone. We must have a reasonably satisfying spiritual and cultural life. We should not forget that man requires spiritual nourishments in addition to the material necessities in order to enjoy a decent existence. It is probably this realisation that has influenced the organisers of this Symposium. I look forward to the results of your discussions, which I hope will not be entirely academic but will give due consideration to the need for practical application particularly in the context of the complex Malaysian society and environment. Indeed, I am rather envious of all the participants who will have a splendid opportunity to learn and exchange ideas concerning this rich mixture of vital topics. As this is not going to be my privilege I hope you do not mind if I take this opportunity to voice some of my thoughts on these subjects. Firstly, let me say a few words about culture and its role in the advancement of technology and development. What a society is is truly the result or the product of its culture - particularly the value system aspect of culture. Of course if we care to go further backwards we will find that the value system of a society is influenced by its environment. But the environment can be shown to affect different societies differently. Thus continous hardship may either reduced society to passive fatality or it may induced hardiness which enables the society to overcome the challenges of life. 280

Assuming that the environment has produced passivity and a fatalist philosophy, the value system will be such that innovation and inventiveness will be uncommon. Indeed lethargy normally develops. The struggle against adversity will not characterize that society. In the really bad cases, the society is given to extreme self-pity and dependence on others. Self-pity and dependence on others is in fact a characteristic of a lot of underdeveloped or developing countries. Such countries are usually lacking in discipline and the will to fight adversity. The value systems and culture of the society in these countries are influenced by the basic philosophy of dependence on others and passivity. There is no reaching out for knowledge and advancement. Rather there is a continuous clamour to be given everything in the ready-to-use state. For such a society technology transfer is not possible or at least is not easy to achieve. The attitude militates against it because the acceptance of new technology requires a certain degree of discipline and desire for change and self improvement. Basically a transfer of technology is like the acceptance of a fishing rod in order to get food instead of getting the food itself when that is what is asked for. Few would have the patience to go fishing when hungry. Similarly the passive society would not want to learn to make an electric fan when it is hot. It is easier to buy or be given an electric fan. This is a simplistic analogy of the cultural resistance involved in the transfer of technology but nevertheless it is an apt analogy. The point that is being made is that before technology can be successfully transfered or while it is being transfered, the cultural resistance must be overcome. This can only be done if there is an understanding of the culture of the transferee community, or better still the differences of the cultures of the transferors and the transferees. If there is this understanding and the right allowances or preparations made, the transfer of technology will succeed. If culture is ignored, there will be resistence and failure or insignificant success at best. That is why I am very attracted to the theme of this symposium. It is the first time that culture is being discussed in conjunction with technology and development. Hitherto there has been much talk on the need for technology transfer and the role of the transferor. The receptivity and capacity of the transferee has not received much attention. I hope this symposium will give this aspect their serious attention. On the question of the transfer of technology itself, I would like to look back into history, our best teacher. Over five thousand years ago, the Egyptians discovered the technique of glass blowing. This technique spread through the Mediterranean, Europe and Asia with very little improvement until recent times. There was no clamour for a transfer of technology nor any organised effort to do so. Nevertheless tech nology transfer did take place and eventually improved upon. Mass production techniques for the manufacture of glass tubing and plate glass have now been devised and perfected. In navigation, the Arab travellers perfected the astrolabe, while the Europeans learned about the compass from the East. These are striking examples of 281

the dissemination of technology. The social and political consequences of this diffusion are well known. Today, the so-called third world countries are striving to achieve rapid material progress by wholesale importation of a variety of technologies from the advanced countries. However, analogous to the process of the life sciences, technology cannot always be transferred without considerable adaptation. The receiving country has to meet one vital prerequisite: trained manpower, before it can successfully absorb an imported technology. This principle seems to be common sense, yet it is often forgotten in the surge of national pride and personal greed that lead to excessive absorption of foreign technology. The results have not been entirely to the good of the recipients' societies. If we look closely we will find that the absorption of foreign technologies implies and involves cultural changes. If the cultural changes are incompatible with the existing culture then disorientation and confusion results. Needless to say a disoriented and confused society is not the kind of society that is desirable. Perhaps it would not be irrelevant for me to refer briefly to the pricing of technology. No technology is too dear if the resulting outflow of economic benefits exceeds its aggregate real cost. On the other hand, no technology is too cheap if it involves a seemingly unending entanglement with servicing costs and inventories that ultimately impoverishes the recipient and render it more and more dependent. There is an old proverb - "Beware of Greeks bearing gifts". I believe this refers to the story of the Trojan Horse. There is a significant precept here for all the newly-developing countries. Developing countries have to be careful not to acquire obsolete technology which some advanced countries may wish to dump on them. In finding a fair and reasonable price for purchased technology, a third world country has to take into account not only what it must pay the supplier, but also the whole of the real costs involved in adopting the technology and training local manpower to operate it. It is my observation that the more dynamic the pace of modernisation in a country, the greater will be its need for new foreign technologies. Technology in development is not a one-off affair. It is a flow with an exponential growth rate. Any country which hopes to be a substantial recipient of the new technologies developed by the advanced countries must have an expanding capacity to absorb more of such technologies. I have spoken of resources including manpower as prerequisites of this absorptive capacity. Now I will turn to one of the most critical aspects of economic progress. This is popularly known as "R & D", or Research and Development. I would emphasise that while some 'R' and a little D' may have to be imported all the time, there is no real substitute for sustained R & D at home. In a world dominated by national self-interest, it would be naive to expect any country to carry out R & D for the benefit of another country. We must carry out our own R & D to meet our own 282

needs. Any work done by other countries should be regarded as a bonus which may not be depended upon as a reliable source. I do agree that research always seems to be rather expensive. And, good research must be terribly expensive. Yet, if we are to succeed in development, we must invest substantial resources in research. The high costs appear to be so because excellent work frequently needs to be spread over a long period before its applied value ultimately becomes apparent. Then an even longer period is needed before any application can yield worthwhile economic results. Third world countries must therefore be selective in research and may perhaps be forced to limit themselves to researches in application before they venture into pure research. It must be remembered that with such a wide field open to research there is no way for any country to cover every aspect of research. Somewhere along the line it will have to buy the results of the work of others, no matter how advanced and rich that country is. Our primary problem is to identify areas in which we wish to disburse our limited research funds. Whatever is funded should be adequate. Here we enter the domain of politics and priorities. Research results are the tasks of scientists. Priorities for funding are the business of the policy makers. Harmony between these two parties will optimise progress. Above all, in Research & Development the greatest problem is to frame the right question so that the proper lines can be laid down for rigorous empirical enquiry. That problem can be overcome if there is an understanding of the development needs of the country. The sponsors of this symposium — Honda Foundation of Tokyo, Centro Febbraio 74 of Rome, International Association of Traffic and Safely Sciences, (IATSS) of Tokyo, and Institute of Advanced Studies, University of Malaya — are people who are very knowledgeable in the subjects that have been chosen. That they have chosen to hold this symposium in Malaysia, a developing country, is significant. The participants too are people eminently qualified to discuss this important interaction between the sciences and what is in fact the basics of the humanities, that is culture. I have no doubt that there is much to be gained from this symposium, for the developing world and for Malaysia in particular. I look forward to the results of your deliberations. I look forward also to the follow-up actions that will have to be done if the symposium is not going to be merely an exercise in philosophical thinking. Finally I would like to wish you a very warm welcome to Malaysia and an enlightening experience. Now I have great pleasure in declaring this International Symposium on Technology, Culture and Development open.

283

PERUTUSAN TAHUN BARU 1984 Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) 31HB. DISEMBER, 1983

A

ssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmatNya dapat sekali lagi saya berucap kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian sempena tahun baru 1984. Kita semua patut bersyukur kerana sepanjang tahun 1983, negara kita sekali lagi terpelihara daripada malapetaka dan bahaya yang besar. Walau bagaimanapun banjir telah berlaku di beberapa kawasan di Malaysia. Ianya telah mengakibatkan kesusahan, kerosakan harta benda dan juga kehilangan nyawa. Namun demikian kita harus bersyukur bahawa jentera Kerajaan yang bersiap sedia untuk menghadapi keadaan telah menjalankan usaha-usaha bantuan dan pertolongan dengan licin dan teratur bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir itu. Jabatan-jabatan Kerajaan yang berkenaan akan terus memberikan bantuan sewajarnya. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, sama ada dari Kerajaan atau badan-badan sukarela yang telah bekerja dengan tidak mengenal penat lelah untuk menolong membantu mangsa-mangsa banjir. Keadaan politik negara kita juga stabil. Ini membolehkan ekonomi terus kukuh dan berkembang, dan rakyat dapat menjalankan tugas tanpa merasa takut dan bimbang. Meskipun kita turut mengalami kesan-kesan buruk akibat kemelesetan ekonomi dunia, tetapi dengan berjimat cermat dan dasar fiskal serta kewangan yang realistik dan praktikal, kita dapat menghadapi kemelesetan ini dengan lebih berkesan dan berjaya, jika dibandingkan bukan sahaja dengan negara-negara membangun, tetapi juga dengan negara-negara maju. Peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan tetap wujud dan taraf kehidupan rakyat pada umumnya tidak terjejas. Keadaan keselamatan negara juga adalah terjamin dan bertambah baik. Ancaman saki-baki pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thailand dapat kita bendung dengan berkesan. Percubaan penyokong-penyokong mereka dapat kita patahkan. Pasukan keselamatan kita sentiasa teguh dan sedia menghadapi apa juga cabaran. Kestabilan, kemakmuran dan suasana aman damai yang kita nikmati ini adalah satu rahmat besar yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala kepada kita. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita semua pula, untuk menentukan supaya keadaan 284

stabil, makmur dan aman ini kekal abadi. Memang masih ada rakyat yang hidup miskin dan kurang sempurna. Sebab itulah kita perlu terus berusaha. Kerajaan akan terus menjalankan berbagai ikhtiar untuk menghapuskan kemiskinan. Kerajaan berazam untuk menentukan kehidupan yang wajar dan sempurna untuk seluruh rakyat yang rajin dan sanggup berusaha. Sebagai satu bangsa yang sentiasa membuat perubahan dan melaksanakan rancangan yang boleh membawa kemajuan, kita sentiasa saja berhadapan dengan masalah, tuntutan dan cabaran. Salah satu cabaran yang paling menarik perhatian umum dalam tahun 1983 ini ialah perkara pindaan perlembagaan. Alhamdulillah, salah faham dan kebimbangan yang timbul daripada hal ini telah dapat kita selesaikan menurut cara dan tradisi kita. Kejayaan ini memperkuatkan keyakinan Kerajaan, bahawa dengan sumbangan dan sokongan serta perpaduan rakyat, tidak ada masalah yang tidak dapat kita selesaikan. Kita akan terus memelihara sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Sepanjang tahun 1983 ini, saya telah mengajak tuan-tuan dan puan-puan bekerja kuat dan mengamalkan etika kerja yang baik. Saya juga telah meminta tuan-tuan dan puan-puan sama-sama ikut menjayakan Dasar Pandang Ke Timur, Persyarikatan Malaysia, Pengswastaan dan konsep serta dasar-dasar lain. Saya telah meminta tuantuan dan puan-puan sama-sama mengamalkan konsep Kepimpinan Melalui Teladan dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam segala bidang kehidupan. Tidak ada dasar atau konsep dalam dunia ini yang baik seratus-peratus. Tentulah ada keburukan dan kelemahan padanya. Tetapi sebagai makhluk yang boleh berfikir kita boleh buang yang keroh dan ambil yang jernih. Dasar dan konsep yang telah kita tentukan tidaklah mempunyai banyak aspek yang keroh. Oleh itu kita tidak perlu menghabiskan masa membahas dengan panjang lebar kebaikan dan keburukan sementara dasar dan konsep tadi dibiarkan tanpa diamal dan dilaksanakan. Di samping itu kita tidak sepatutnya terlalu taksub dengan kebendaaan dan mengukur sesuatu semata-mata dari segi keuntungan jangka pendek bagi diri kita. Kita juga harus berfikir tentang keuntungan bagi masyarakat dalam jangka panjang. Keuntungan masyarakat akhirnya akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kita. Juga orang lain yang perlukan bantuan akan mendapat nikmat tanpa mengurangkan nikmat yang kita terima. Perasaan tamak, jika dijadikan asas kehidupan kita, tetap akan merosakkan masyarakat dan membawa bermacam malapetaka. Oleh itu dalam menjalankan tugas, janganlah kita fikir semata-mata tentang upahan, tetapi juga terhadap kemuliaan khidmat yang baik dan jujur. Insya-Allah, kita tidak akan rugi kerana kebaikan dan kejujuran kita. Berkenaan dengan penerapan nilai-nilai Islam janganlah kita tumpukan sematamata kepada larangan dalam Islam tetapi sebaliknya hendaklah kita amalkan tabiat dan sikap yang baik yang diutamakan oleh Islam. Kerajinan, amanah, kejujuran, bertimbangrasa, bertanggungjawab adalah nilai-nilai yang mulia dalam Islam dan 285

masyarakat Islam mestilah mengamalkannya. Bagi orang bukan Islam nilai-nilai ini juga dipandang mulia dan tidaklah timbul percanggahan jika mereka juga mengamalkan nilai-nilai ini. Dengan ini maka masyarakat majmuk di Malaysia akan lebih kuat perhubungannya dan segala kebaikan yang datang dari amalan yang baik ini akan dikecapi oleh semua rakyat dari semua kaum dan agama. Pada saat-saat menjelang tahun baru 1984 ini, marilah kita berganding bahu, bekerja dan menunaikan kewajipan masing-masing dengan tekad dan azam yang lebih kuat. Matlamat kita ialah mewujudkan satu keadaan di mana setiap rakyat - di mana juga mereka berada - dapat hidup bahagia dan sempurna, dan menegakkan negara Malaysia yang maju dan bermaruah . Selamat tahun baru dan selamat sejahtera. Semoga Allah Subhanahu Wataala memberkati segala usaha kita.

286

SPEECH BY PRIME MINISTER Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD ON THE CONFERMENT OF HONORARY FELLOWSHIP AT THE ANNUAL DINNER AND FELLOWSHIP NIGHT OF THE MALAYSIAN INSTITUTE OF DIRECTORS, KUALA LUMPUR 6TH. JANUARY, 1984

I

t is with much pleasure that I wish to express my gratitude for your kind gesture in admitting me into your Academy of Fellows, an honour and privilege I cherish.

When President T u n Tan invited me to accept the award of Honorary Fellowship, I thought it would be confined to attending your annual dinners and fellowship events. However, after hearing the President's address, I am touched by the Institute's assurance to work with the Government and the society for the good of our country. I am confident that with such collaboration from corporate directors we are poised for even greater heights in bringing peace and prosperity and accelerated economic development to our people. The role and responsibility of the Institute of Directors, no doubt a new organisation but an integral part of the private sector leadership, is important and crucial in achieving our development programmes. The various concepts we have advocated are aimed at enhancing our people's quality and way of life, to achieve modernity without loss of our esteemed traditional and cultural values. As I have stated time and time again, it is not our intention to transform Malaysians into Japanese, or to give all contracts to the Japanese and Koreans through our Look East Policy. Rather what we have in mind is to encourage Malaysians to adopt the best of what the Japanese and Koreans have practised in the development of their countries, left almost desolate after the end of hostilities in World War II. Today the two are frequently described as economic miracles. We need to adopt the work style of their workers, managers and directors, suitably modified of course, if we are to make headway in international trade. This Institute has amongst its membership eminent industrialists, business magnates, aggressive entreprenuers and captains of commerce and industry. With this galaxy of leadership in the corporate sector, there is much you can do by way of sharing the benefit of your experience and knowledge with your counterparts in Government agencies and organisations. In making Malaysia Incorporated and Privatisation a reality, the combination of expertise from both the public and private sectors will no doubt contribute greatly to the success of our national plans. If the centre of gravity in world affairs is shifting to our part of the globe, and signs are certainly pointing in that direction, then it is only appropriate that we gear 287

ourselves to take on the responsibilities attached to that shift. As a priority we need urgently to train and develop our human resources. We need to steer away from too much emphasis on the age-old dependence on humanities studies to enter into the world of increasing science and technology. Only at our peril could we afford to ignore this development. We have embarked on pragmatic industrialisation policies since independence and we have also embarked on joint ventures resulting in many new investments in Malaysia. Many of the foreign investors and partners have brought their systems and technologies along. But this has not resulted in the growth of locally-owned industries employing the new technologies. This may be because there is an unwillingness of foreigners to transfer technology. On the other hand it must be admitted that a number of Newly Industrialising Countries or NICs seem to have been able to acquire and employ these new technologies on their own. We have to ask why Malaysians seem unable to acquire the technologies that Japan, Korea, Taiwan, Hong Kong and even Singapore seem able to acquire. Is it because we are being discriminated against or is it because our approach or preparedness to accept new technologies are wrong? If foreigners relatively unfamiliar with our laws and our bureaucracy can come here and employ local labour to build a building faster and better than us, is it because they have secret technologies or is it simply because we think our way is superior and there is nothing to learn from others? These are questions that we must ask ourselves. We are not totally without technology of our own. In the field of rubber, oil palm and even cocoa planting we are possessed of superior technology. How keen are we to transfer to potential competitors these technologies? How then do we expect others to voluntarily give us their technological secrets? There is a price to be paid. But more than that there is really a need to be ready to learn, to be quite inquisitive and dedicated. Technology is not static. It develops by the seconds almost. What we acquire today may be obsolete tomorrow. And so it is not just a question of acquiring new technology, but it is also necessary that we have the knowledge and the means to develop the technology. We do not have to go into everything. We need to select a few and specialise - for we are short on qualified manpower. Let us have less belly-aching on the reluctance of others to transfer technology but instead let us focus ourselves on certain areas and concentrate on them. We have indeed done this in the plantation industry. There is no reason why we cannot do it in other industries. One area that cannot be missed if we are to industrialise is the metals. No country which does not understand the behaviour and application of metals can ever hope to industrialise. And the basic metal for industry is still iron and steel. The motto of the Institute, I understand, has only recently been adopted. The words "Integrity, Initiative and Progress", I trust will not remain mere words, but will be translated into positive action. Integrity is the hallmark of corporate success. Without it whatever initiative you have or progress you make will become meaningless. Without integrity in any organisation, Government or private, corruption and immorality can creep in to cause corporate decay and eventual collapse. Without integrity too, morale amongst employees, managers, consumers and Government as 288

well as industry will decline, and such a state is, of course, very detrimental to the economy and the country. We must utilise all the physical, human and other resources available to us to the best of our ability for the good of the nation. And integrity is a resource that has a distinct and definite bearing on the success of this nation. The government is pleased to note that there are frequent dialogues between the public and private sectors. We would like to see more of such meetings. This type of session strengthens confidence and trust in each other and dispels rumours, suspicion and mistrust. It clears the air and strengthens the links between both sectors. As I have said many times, there is no problem that cannot be solved if the intention to reach compromise without sacrificing principles is present. After all, have we not, despite our diversities, lived together in relative harmony and peace all these years? Tolerance, goodwill and understanding have made Malaysia truly unique in the international community of nations. These characteristics need to be continuously nurtured. Before I conclude may I thank you all once again for this Fellowship award. Thank you also for the kind sentiments expressed on your behalf by your colleagues in their respective citations. However, I feel the description of me were somewhat too over-powering and inflated. We really do not want anyone with an inflated ego in this country - least of all the Prime Minister. Whatever achievements made in the national interest has been due to team effort and to the support and cooperation of the people. The people have always been the strength of the government. God willing, with the continued support of the people we can look ahead to a more stable and prosperous Malaysia.

289

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1984 DI DEWAN RAKYAT 9HB. JANUARI, 1984

D

engan izin Tuan Yang Di-Pertua saya ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan beberapa perkara yang ada kaitan dengan Perlembagaan yang hendak dipinda umumnya, dan tugas-tugas Kerajaan serta perhubungannya dengan Raja-raja.

Kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan kerana kita sudah ada model atau contoh. Contoh yang tepat bagi kita ialah sistem yang diamalkan oleh negara British. Semasa kita dijajah, kita telah dapat melihat dari jauh dan dekat, bagaimana sistem ini berjalan dan kesan serta hasil daripadanya. Sistem ini pula amat sesuai dengan peralihan zaman di mana kita dapati banyak daripada sistem Raja berkuasa mutlak telah ditamatkan kerapkali melalui kekerasan dan diganti dengan republik. Oleh kerana kita tidak ingin menghapuskan sistem beraja maka kita terpaksa pilih sistem Raja Berperlembagaan untuk melindungi kedudukan Raja-raja. Sistem tradisional kita sendiri, iaitu sistem yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu Semenanjung dan juga di Negeri-negeri lain dalam Gugusan Pulau-pulau Melayu yang sekarang dikenali sebagai Indonesia ialah sistem Raja mutlak - Raja yang berkuasa penuh, yang terlibat secara langsung dengan pentadbiran. Walaupun di waktu kita mengamalkan sistem Raja mutlak ada ketikanya dalam sejarah Negerinegeri Melayu yang menunjukkan kemajuan yang pesat dan kekuatan yang boleh dibanggakan, tetapi umumnya sejarah yang berkisar di keliling istana-istana tidaklah begitu cemerlang. Rebutan takhta, perang saudara, pemecahan negeri, pajakan kepada kuasa asing dan lain-lain lagi sering berlaku. Pendek kata penerimaan British sebagai kuasa metropolitan adalah disebabkan oleh kelemahan dalam Negeri-negeri Melayu akibat sengketa atau "intrigue" di kalangan mereka yang berminat untuk menduduki takhta atau kerana pentadbiran yang boros dan tidak cekap. Mereka yang arif dalam sejarah Tanah Melayu dan Gugusan Pulau-pulau Melayu lebih mengetahui dalam perkara ini. Sebaliknya perjuangan untuk kemerdekaan melibatkan rakyat secara langsung. Apabila tamat Perang Pasifik rakyat dan Raja-raja Melayu berharap akan kembali kepada "status quo ante" - iaitu kepada keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, di mana Negeri-negeri Melayu dilindungi oleh British yang kononnya memerintah secara tidak langsung. Kedudukan ini bukanlah begitu baik, terutama di Negeri-negeri Bersekutu iaitu Federated Malay States. Tetapi, dari segi kebebasan kedudukan, ini lebih baik 290

daripada kedudukan di Negeri-negeri Selat atau Straits Settlements yang diperintah sebagai "colonies" - atau tanah takluk British. Mereka, iaitu British, mempunyai kuasa penuh dalam Straits Settlements. Tidak ada raja atau orang tempatan lain yang perlu dilayan atau diberi bayangan kuasa. Tetapi dari Whitehall di London, sebelum pun Jepun diusir dari Semenanjung, pihak British telah merancangkan pengambilan Negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan atau "colony" dicantum dan disamakan tarafnya dengan Straits Settlement. Siapa sahaja yang tinggal dalam Negeri-negeri Semenanjung dan Selat akan dianugerahkan kerakyatan Malayan Union yang dirancangkan itu. Soal taat setia tidak akan diambilkira sama sekali. Kuasa yang sedikit yang ada pada Raja-raja Melayu pun akan dirampas. Mereka cuma akan dijadikan ketua agama dan adat istiadat - ini pun secara minimal sahaja. Untuk maksud ini British menghantar Sir Harold MacMichael seorang pegawai yang biasa menjadi "Commissioner" di Palestine di waktu Palestine masih diperintah terus oleh British. Bermula dengan Sultan Ibrahim, Johor, semua Raja-raja dipaksa oleh Harold MacMichael memperkenankan penyerahan kuasa sepenuhnya kepada British dan menerima penyatuan negeri-negeri Melayu Semenanjung untuk menjadi Malayan Union yang diperintah terus oleh Whitehall sebagai koloni British. Rakyat telah menentang rancangan British dari awal-awal lagi. Malangnya tidak ada perhubungan antara rakyat dengan Raja. Penasihat British Kedah, umpamanya, tidak membenarkan rakyat menyerahkan memorandum mereka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan. Tanpa koordinasi dan sokongan antara rakyat dengan raja maka tidak mungkinlah raja menentang British dengan berkesan. Beberapa pucuk surat bantahan telah diutuskan oleh beberapa orang Raja tanpa dilayan oleh British. Walaupun Raja-raja telah memperkenankan secara rasmi Malayan Union, rakyat tidak juga berhenti daripada menentangnya. U M N O telah ditubuh untuk mengumpulkan orang Melayu yang pada ketika itu tidak bersatupadu dan masih menganggap diri mereka sebagai rakyat Negeri dan Raja Melayu masing-masing, dan telah meneruskan tentangan mereka terhadap Malayan Union. Akhirnya Malayan Union terpaksa dibubar dan Negeri-negeri Melayu Semenanjung balik semula ke taraf lama sebagai "protectorate" dan Raja-raja Melayu mendapat balik status mereka sebagai Raja yang berdaulat dalam Negeri. Negeri-negeri Melayu dicantum dalam satu persekutuan atau "federation" yang diberi nama Federation of Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi rakyat tidak puas dengan semata-mata balik kepada kedudukan lama, iaitu sebagai jajahan yang dilindungi oleh British di mana warganegara Persekutuan tidak berhak memerintah sendiri. Pentadbiran dan dasar-dasar pemerintahan dibuat oleh pegawai-pegawai British yang mengetuai semua jabatan. Orang-orang tempatan, terutamanya orang Melayu, tidak dapat mengetuai barang suatupun jabatan. 291

Majlis Perundangan Persekutuan, atau "Federal Legislative Council", yang kononnya mewakili penduduk tempatan dilantik oleh British dan pendapatnya boleh diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh "British High Commissioner". Cadangan U M N O supaya seorang orang Melayu, khususnya Yang Di-Pertua U M N O ketika itu, Dato' Onn Jaafar, dilantik sebagai "Deputy High Commissioner" telah ditolak oleh Majlis Raja-raja. Oleh kerana Persekutuan ini juga pada hakikatnya adalah tanah takluk British maka rakyat, melalui U M N O dan Perikatan, yang telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihanraya 1955 telah menuntut supaya Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan penuh. Ada suara-suara dari kalangan tempatan sendiri yang menyoal keupayaan Tanah Melayu merdeka. Mereka ini bertanya di mana dia angkatan pertahanan Tanah Melayu. Kita tidakpun boleh membuat jarum, bagaimana boleh kita buat kapal perang untuk mempertahankan negara kita? Akhirnya pada tahun 1957 kuasa British diluputkan juga dan jawatan "High-Commissioner" yang dianggap lebih tinggi daripada Raja-raja Melayupun dihapuskan. Tempatnya diganti oleh seorang Raja Berperlembagaan yang diberi gelaran Yang di-Pertuan Agong. Dari sejarah moden ini tentulah jelas bahawa rakyat telah berjuang melalui U M N O , pertama untuk mendapat balik kuasa daripada British, dan kedua untuk meletakkan Raja di tempat yang lebih tinggi daripada di zaman British. Untuk mengelak politik mempengaruhi ketaatan rakyat kepada Raja, sistem Raja Berperlembagaan, di mana Raja menjadi simbol kedaulatan dan tumpuan taat setia telah dipilih. Walau apa pun parti yang mendirikan Kerajaan, taat setia ditumpukan kepada Raja, dan pemerintahan dibuat dengan nama Raja. Dengan ini maka nama Raja-raja tidaklah akan tercemar dalam gelanggang politik. Perlembagaan digubal untuk maksud mewujudkan negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Tetapi perlembagaan ciptaan manusia tidaklah sunyi dari kecacatan. Oleh kerana itu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian dijadikan Perlembagaan Malaysia terpaksa dipinda berkalikali. Bukanlah menjadi niat Kerajaan ini untuk meminda Perlembagaan dengan sewenang-wenangnya. Tetapi, oleh kerana pada tahun 1983 masa sudah genap untuk meminda kawasan pilihanraya, maka peluang ini diambil untuk menyemak lain-lain peruntukan yang tidak tepat atau tidak kemas. Di antara peruntukan yang tidak kemas ialah Perkara 66(5) di mana tafsiran boleh dibuat bahawa Parlimen sebenarnya tidak berkuasa dan negara ini diperintah oleh Raja yang mempunyai kuasa mutlak dan tidak tertakluk kepada Perlembagaan. Oleh kerana tidak kemasnya peruntukan Perkara 66(5) ini maka telah timbul peristiwa-peristiwa di Negeri-negeri yang mana buat satu jangkamasa Kerajaan Negeri memerintah di luar dari undang-undang. Supaya peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi maka Perkara 66(5) perlulah diperkemaskan. 292

Peristiwa yang berikut daripada pindaan kepada Perlembagaan yang dibuat pada bulan Julai 1983 jelas menunjukkan bagaimana tidak kemasnya peruntukan Perkara 66(5) ini. Buat beberapa bulan usaha Kerajaan menggubal undang-undang terhalang, sehingga timbul soal sama ada benar atau tidak negara Malaysia mengamal sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Orang asingpun, terutama majalah-majalah tertentu, dalam sekelip mata telah menjadi 'royalist' dan memberi galakan kepada pihak-pihak tertentu supaya satu krisis yang berpanjangan tercetus di Malaysia. Dalam negara pula, parti pembangkang dan beberapa orang yang sudah kehilangan tempat telah mengambil peluang dengan mengadakan demonstrasi, kononnya kerana merekalah yang sebenarnya mendukung sistem beraja mutlak. Oleh kerana parti pembangkang dan orang-orang yang berkepentingan tadi memulakan demonstrasi maka parti Kerajaan juga terpaksa mengadakan rapat umum untuk menghilangkan kekeliruan di kalangan ahli-ahli parti dan juga orang ramai. Alhamdullilah, akhirnya masalah pindaan ini telah dapat diselesaikan dengan cara tolak-ansur sepertimana semua masalah lain di Malaysia diselesaikan. Keinginan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah dapat dilihat daripada tawaran yang dibuat. Tetapi prinsip bahawa kata pemutus ialah hak wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat masih terjamin walaupun Kerajaan rela bertolak-ansur. Yang menyedihkan ialah penyelesaian ini sepatutnya tercapai tanpa demonstrasi dan kekeliruan, yang sedikit sebanyak mengeruhkan perhubungan rakyat dan raja. Tanggungjawab terhadap kekeruhan ini mestilah dipikul oleh mereka yang sengaja mencetuskan masalah di mana sepatutnya tidak ada masalah. Mereka inilah yang dikatakan petualang yang ingin melihat Kerajaan dan negara ini diserang dengan bermacam malapetaka. Ingin saya jelaskan di sini bahawa kuasa Parlimen terkandung dalam Perkara 66(5). Pindaan yang dibuat bertujuan menghapuskan segala keraguan tentang hak Parlimen membuat undang-undang. Dalam tempoh 15 hari daripada sesuatu rang undang-undang dipersembah untuk diperkenankan, rang undang-undang itu tetap akan menjadi undang-undang. Dalam pindaan baru yang akan dikemukakan pada hari ini tempoh 15 hari dipinda menjadi 30 hari campur 30 hari. Tetapi yang penting ialah tidak lagi ada keraguan tentang penggunaan syarat perkenan oleh Yang diPertuan Agong untuk menolak keputusan Parlimen. Ini akan menentukan bahawa pentadbiran negara tidak akan terganggu, dan peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lepas tidak akan berulang lagi. Pindaan yang dikemukakan pada hari ini, pada pendapat setengah-setengah pakar perlembagaan, memberi kuasa baru kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengambil bahagian secara langsung dalam penggubalan undang-undang. Sebaliknya ada pendapat yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong memang mempunyai kuasa tidak memperkenankan mana-mana undang-undang yang dilulus oleh Parlimen. Walau apa pun pendapat pakar-pakar, yang jelas ialah di bawah peruntukan asal Perkara 66(5), Parlimen tidak terdaya mengambil apa-apa langkah yang diasaskan kepada 293

Perlembagaan bagi mengatasi keengganan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan mana-mana undang-undang yang dilulus oleh Parlimen. Pindaan baru yang dikemukakan hari ini memberi jalan yang terang untuk mengatasi apa-apa kebuntuan jika sekiranya Baginda tidak bersetuju dengan apa-apa undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain dalam Perlembagaan yang menentukan kuasa mengikut budibicara Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja. Mengikut pindaan kepada Perkara 66 yang dicadangkan hari ini, jika sesuatu rang undang-undang (yang bukan rang undang-undang berkenaan dengan kewangan) dilulus oleh Parlimen dan dipersembahkan untuk diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Baginda dalam masa 30 hari membuat teguran secara yang diperuntukkan, maka rang undang-undang tersebut hendaklah dipertimbangkan semula oleh Parlimen. Ini bermakna bahawa teguran Yang di-Pertuan Agong akan dibahas dalam Parlimen, suatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Parlimen. Walaupun tidak ada larangan terus mengenai teguran secara tertentu terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja tetapi mengikut adat dan tradisi, ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Negeri tidak pernah melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dalam perbahasan ataupun ucapan-ucapan lain. Berkaitan dengan ini izinkan saya sebut peruntukan dalam Akta Asutan 1948 yang ada hubungan: Perkara 3(1) dalam Akta Asutan berbunyi; "Sesuatu 'kecenderungan menghasut' ialah kecenderungan (a) bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan". Tetapi, Akta yang sama juga membuat pengecualian di dalam Perkara 3(2) seperti berikut: "Walau apapun peruntukan seksyen kecil (1) apa-apa perbuatan, ucapan ...tidak boleh disifatkan sebagai menghasut semata-mata oleh sebab ia mempunyai kecenderungan:(a) (b)

(c)

bagi menunjukkan bahawa seseorang Raja telah dikelirukan atau tersilap dalam mana-mana langkah tindakan yang diambil olehnya; bagi menunjukkan kesilapan-kesilapan atau kecacatan-kecacatan dalam mana-mana Kerajaan atau Perlembagaan ...dengan tujuan hendak membetulkan kesilapan-kesilapan atau kecacatan-kecacatan itu; bagi memujuk rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah ...supaya cuba mendapatkan diubah, dengan cara yang sah, apa-apa perkara dalam wilayah Kerajaan itu yang tertubuh menurut undang-undang; dll. 294

Apa yang jelas daripada peruntukan dalam Akta Asutan ialah teguran boleh dibuat terhadap Raja dan Kerajaan dengan cara yang sah dari segi undang-undang; dan keduanya apa-apa teguran yang sah bagi Raja-raja juga sah bagi Kerajaan dan sebaliknya. Sepertimana kita semua tahu, teguran terhadap Kerajaan adalah perkara biasa, baik dalam dewan-dewan undangan ataupun di luar. Oleh kerana teguran adalah perkara biasa dalam perbahasan, dalam membahaskan kenyataan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di waktu merujuk balik undang-undang yang telah diluluskan oleh dewan, maka teguran tentulah terpaksa dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen. Sungguhpun ini merupakan pemisahan daripada adat dan tradisi, tetapi ia dibenar oleh Akta Asutan sepertimana diperuntukkan dalam pengecualian yang telah saya sebutkan. Namun demikian ingin saya jelaskan bahawa Akta Asutan masih berkuatkuasa dan Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah berhati-hati apabila membuat teguran yang melibatkan Raja-raja atau Kerajaan. Oleh kerana Raja-raja tidak mengambil bahagian dalam perbahasan, maka Kerajaan adalah bertanggungjawab bagi menangkis semua teguran dan jika perlu akan mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta yang berkenaan. Saya ingin mengambil kesempatan ini membangkitkan satu lagi perkara yang ada kaitan secara tidak langsung dengan tajuk pindaan Perlembagaan yang dikemukakan ini. Ahli Yang Berhormat dari Jelutong pada satu masa dahulu telah menulis surat kepada saya bertanya berkenaan dengan hak rakyat berhubung dengan tindakan raja. Sepertimana kita semua maklum semua rakyat dalam negara Malaysia diberi perlindungan undang-undang yang ditadbir oleh mahkamah. Tetapi Perkara 181 (2), menyebutkan bahawa: 'Tiada apa-apa perbicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu Negeri atas sifat dirinya sendiri". Dari segi peranan dalam pemerintahan adalah jelas bahawa Raja bertindak tertakluk kepada undang-undang utama negara - iaitu Perlembagaan. Tetapi, dalam tindakan atas sifat dirinya sendiri, Raja tidak boleh didakwa di mahkamah biasa. Walaupun Raja tidak boleh dibicara dalam mahkamah, ini tidaklah bermakna bahawa Raja bebas untuk melakukan jenayah atau menyiksa sesiapa, merampas harta atau mungkir dalam bayaran hutang. Maksud peruntukan Perkara 181(2) ialah Raja tidak boleh dibicara dalam mahkamah biasa. Ini tidak bermakna bahawa perbuatan yang dianggap salah bagi rakyat biasa tidak salah bagi Raja. Oleh itu Ahli Yang Berhormat dari Jelutong dan rakyat tidak harus khuatir kerana jenayah tidak boleh dilakukan oleh Raja yang memerintah walaupun baginda 295

bebas dari tindakan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh mahkamah biasa. Perlembagaan tidak bermaksud bahawa perbuatan jenayah boleh ditafsir sebagai keistimewaan bagi Raja-raja yang memerintah. Sekarang izinkan saya menjelaskan tentang cadangan-cadangan kepada peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang dimaksudkan dalam Rang Undangundang yang dibentangkan hari ini. Mengenai Perkara 66 Kerajaan bercadang untuk meminda peruntukan yang ada. Ini adalah berikutan daripada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja tidak bersetuju supaya Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong memperkenankan peruntukan yang ada mengenai perkenan Yang di-Pertuan Agong meluluskan Rang Undang-undang. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi pihak Kerajaan dan Duli Yang Maha Mulia Rajaraja telah bertolak-ansur dalam perkara ini. Dalam usaha tolak ansur itu Duli Yang Maha Mulia Raja-raja telah menerima tawaran Kerajaan seperti mana yang terkandung dalam pindaan kepada Perkara tersebut dalam Rang Undang-undang yang dibentangkan hari ini. Mengikut cadangan yang baru sesuatu Rang Undang-undang yang disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan oleh Baginda hendaklah diperkenankan oleh Baginda dalam tempoh 30 hari selepas ianya dipersembahkan kepada Baginda, iaitu bagi Rang Undang-undang yang bukannya Rang Undang-undang kewangan. Dalam tempoh 30 hari tersebut Yang di-Pertuan Agong boleh mengembalikan Rang Undang-undang itu kepada Parlimen sekiranya Baginda mempunyai sebab-sebab bantahan kepada Rang Undang-undang itu. Jika Yang di-Pertuan Agong tidak mengemukakan apa-apa bantahan dalam tempoh 30 hari itu, Rang Undang-undang itu hendaklah jadi undang-undang selepas tamatnya tempoh tersebut. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong mengembalikan Rang Undangundang itu untuk dipertimbangkan semula oleh Parlimen kerana ada bantahan tertentu maka kedua-dua Dewan Parlimen hendaklah segera menimbangkan semula Rang Undang-undang itu. Apabila Rang Undang-undang itu sekali lagi diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen dengan pindaan atau tidak, Rang Undang-undang itu hendaklah sekali lagi dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan oleh Baginda dan Baginda hendaklah memperkenankannya dalam masa 30 hari selepas Rang Undang-undang itu dipersembahkan kepada Baginda. Jika kerana apa-apa sebab Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan Rang Undang-undang itu setelah genap 30 hari, Rang Undang-undang itu akan menjadi undang-undang seolah-olah Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankannya. Berkenaan Perkara 150, iaitu mengenai Perisytiharan Darurat dan juga Seksyen Sebelas kepada Jadual Kelapan berhubung dengan perkenan Raja-raja meluluskan Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri, Kerajaan bercadang untuk memansuhkan peruntukan yang ada sekarang dan berbalik kepada peruntukan yang ada sebelum ini. Ini adalah juga merupakan tawaran Kerajaan dalam usaha bertolak-ansur dengan Duli Yang Maha Mulia Raja-raja apabila Baginda khuatir dengan peruntukan yang ada sekarang. 296

Melalui usaha meminda peruntukan-peruntukan Perlembagaan dalam Rang Undang-undang yang dibentangkan hari ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengemukakan cadangan Kerajaan supaya memansuhkan Seksyen 4(2) kepada Jadual Kelapan. Ini adalah bertujuan untuk membolehkan Dewan Undangan Negeri menentukan bilangan ahli dewan tanpa apa-apa sekatan. Seksyen 4(1) jadual tersebut memperuntukkan bahawa bilangan ahli Dewan Undangan Negeri adalah sebagaimana yang ditentukan oleh undang-undang yang diluluskan oleh dewan tersebut. Namun demikian, bilangan itu hendaklah ditetapkan mengikut formula yang diperuntukkan dalam Seksyen 4(2) jadual yang sama. Kerajaan berpendapat bahawa formula yang ditetapkan oleh seksyen itu tidak lagi sesuai dan ada kalanya sukar hendak dipraktikkan. Dengan itu Kerajaan mencadangkan supaya Seksyen 4(2) dimansuhkan untuk memberi 'flexibility' kepada Dewan Undangan Negeri menentukan bilangan ahli dewan itu tanpa kaitan dengan bilangan Ahli Dewan Rakyat. Saya ingin mencadangkan.

297

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN MENGARANG DAN MELUKIS SEJARAH MALAYSIA DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR 11HB. FEBRUARI, 1984

S

aya berasa gembira kerana berpeluang bersama di upacara penyampaian hadiah Peraduan Mengarang dan Melukis Sejarah Malaysia, anjuran Persatuan Sejarah Malaysia ini. Sukalah saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi tahniah di atas usaha Persatuan Sejarah Malaysia untuk menimbulkan minat dan kegemaran terhadap hal-ehwal sejarah melalui pertandingan mengarang dan melukis seperti yang dianjurkan ini, di samping menjalankan pelbagai kegiatan yang lain seperti pengeluaran majalah dan makalah kajian sejarah. Semoga usaha ini akan terus dipergiatkan demi memupuk perasaan cintakan negara, bangsa serta warisan yang dihayati bersama.

Pengetahuan tentang warisan dan sejarah negara memungkinkan kita berfikir dan membuat perhitungan yang waras bagi menyelesaikan masalah-masalah masa kini dan masa depan. Apa yang dinilaikan sebagai baik seharusnya dijadikan pedoman dan yang buruk pula dijadikan sempadan. Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan berkali-kali. Salah satu kesan sejarah yang boleh dijadikan contoh atau pedoman ialah masyarakat akan maju atau mundur mengikut apa yang sepatutnya bagi masyarakat itu. Dalam Bahasa Inggeris "We get what we deserve', yang bermakna jika kita malas dan tidak bertanggungjawab, kita akan rasai kesan darinya; tetapi, jika kita rajin kita akan mendapat hasilnya. Tidak ada gunanya kita menyalahkan orang lain. Soalkan diri sendiri dahulu. Satu perkara yang tidak sepatutnya terlalu mengkagumkan kita ialah kenangan tentang keagungan kita di zaman dahulu. Masyarakat yang sering bercakap tentang zaman gemilang dahulu ialah masyarakat yang sudah jadi mundur sekarang dan tidak ada lain yang hendak dibanggakan melainkan sejarahnya. Yang kita hendak ialah pelajaran dari sejarah lama dan kejayaan di zaman ini. Ramai dari kita meraba-raba mencari 'hero' dalam sejarah kita. Kadang-kadang kita tidak begitu menyoal apakah benar 'hero' kita itu sebenarnya 'hero'. Kita lupakan sahaja akan keburukannya dan kita mendewa-dewakannya. Untuk apa? Supaya kita boleh kata kita dari keturunan yang megah. Tetapi semua ini adalah khayalan dan sudahpun tidak ada dan tidak berkesan lagi. Yang penting ialah pencapaian kita 298

sekarang ini. Apakah benar kita boleh berbangga dengan pencapaian kita hari ini? Jika tidak, apakah kita harus khayal dengan yang lama ataupun kita tentukan di mana kita silap dalam sejarah kita dan kita elak dari melakukan kesilapan yang sama sekali lagi. Inilah peranan sejarah, bukan untuk berkhayal dengan 'hero-hero' ciptaan kita, tetapi untuk menentukan di mana kita salah dan apa yang harus kita buat. Kalau rebutan takhta menyebabkan penyerahan negara kita kepada bangsa asing, hari ini jangan kita ada lagi rebutan di kalangan orang yang berkuasa — iaitu rakyat Kita patut bersatu hati dan kita tumpukan segala usaha untuk memperkuatkan negara kita. Tidak ada gunanya penukaran sistem jika amalan lama yang melemahkan kita diteruskan. Penerusan amalan lama yang buruk bermakna kita tidak dapat apa-apa pelajaran dari sejarah kita. Dalam sejarah negeri-negeri dalam Malaysia, tidak ada satu masa yang lebih berpeluang dari sekarang. Sebelum penjajahan British, negeri-negeri Melayu di Semenanjung dan di Pulau Borneo adalah negeri-negeri yang kecil, yang terasing antara satu dengan yang lain dan pula kerap berperang sesama sendiri. Dalam tiap-tiap negeri ini rebutan tempat dan kuasa berlaku dan kuasa asing sering dijemput untuk membantu pihak ini dan pihak itu. Akhirnya kesemua negeri-negeri ini jatuh ketangan British dan menjadi tanah takluk British. Tetapi sekarang kita sudah merdeka dan semua negeri-negeri di Semenanjung dan utara Pulau Borneo adalah disatukan. Kita menjadi sebuah negara yang besar dan boleh menentukan nasib kita, kemajuan negara kita, dan kebahagiaan hidup rakyat kita. Tetapi, oleh kerana kita tidak mengetahui dan mempelajari dari sejarah kita, maka kita timbulkan bermacam-macam halangan terhadap pembangunan negara kita. Jika sejarah menjadi panduan kita, maka apa yang perlu kita buat sekarang ialah mengukuhkan perpaduan, mengurus pemerintahan dengan baik, merancang pembangunan, melaksanakan rancangan ini dengan penuh minat dan dedikasi dan seterusnya jika ada apa-apa yang terkurang maka tindakan mestilah diambil untuk mengisi kekurangan ini. Jika kita kurang ilmu, maka hendaklah kita berusaha mempelajari dan mengumpul ilmu-ilmu ini. Jika kita kekurangan kecekapan maka hendaklah kita latihkan diri sehingga kita cekap. Jika kita miskin maka hendaklah kita berusaha untuk mendapatkan kekayaan. Mungkin ada halangan dan rintangan. Mungkin ada pengorbanan yang perlu dibuat. Semua masalah boleh kita atasi, asalkan sahaja kita tahu tentang akibat buruk yang akan menjadi nasib kita jika kita tidak membuat apa yang perlu seperti yang kita pelajari dari sejarah kita. Jika sejarah negara-negara di dunia dikaji, maka kita tidak dapat tidak akan kagum bagaimana banyaknya negara-negara yang mengalami nasib yang lebih kurang sama. Kita akan dapati bahawa negara-negara biasanya muncul, menjadi maju, meningkat ke puncak kemajuan dan selepas itu akan mula merosot dan menjadi daif. Ada kalanya negara-negara ini terus hilang dari muka bumi. Demikianlah dengan Carthage, Old Egypt, Byzantium, Rome, Empayar Mogul, Empayar Inca, 299

Empayar Islam, Majapahit, Sri Vijaya dan lain-lain lagi. Tetapi ada pula yang berjaya membangun semula setelah beberapa kurun lemah atau dijajah. Ada pula yang kemajuannya terhad dan tidak pernah meningkat ke puncak. Soal yang perlu ditanya ialah apakah sebabnya yang sesuatu bangsa yang biasa maju boleh menjadi mundur sehingga ditenggelami sejarah. Di sinilah pengetahuan sejarah yang mendalam amat berguna untuk kira mencapai kemajuan dan mengelak dari nasib buruk yang mungkin menimpa kita setelah maju. Jika sejarah dikaji, maka kita akan lihat peranan nilai-nilai yang mulia dalam menjayakan sesuatu bangsa. Biasanya bangsa yang akan berjaya memberi nilai yang tinggi kepada kerajinan, keberanian, amanah dan kejujuran. Ilmu pengetahuan dimuliakan dan demikian juga kecekapan dalam bidang-bidang tertentu. Apabila nilai-nilai ini sudah menjadi sebahagian daripada kebudayaan sesuatu bangsa, maka bangsa dan negara itu akan mencapai kejayaan yang cemerlang. Pengaruh mereka akan berkembang dan mereka akan dihormati dan disegani. Buat beberapa lama kedudukan tinggi mereka akan terpelihara. Tetapi kerapkali kemewahan dan kesenangan mengubah nilai hidup mereka. Kerajinan dan keberanian tidak dihargai lagi. Mereka mengguna hamba atau orang-orang di bawah takluk mereka untuk tugas berperang atau bekerja berat. Mereka tidak menuntut ilmu lagi. Amanah merosot. Kadang-kadang mereka terlalu asyik dengan keseronokan atau dengan falsafah tinggi atau dengan kepercayaan yang tidak berasas. Sedikit demi sedikit merekapun mula menjadi lemah dan mundur. Semakin lemah dan mundur mereka, semakin banyak mereka bergantung kepada orang lain untuk bermacam-macam kepentingan mereka. Akhirnya orang yang mereka kuasai dahulu menguasai mereka dan sejarah merekapun tamat. Kadang-kadang kesedaran timbul semula dan bangsa dan negara mereka dipulih semula. Tetapi, seperti Phoenicia dan Sri Vijaya, keduaduanya tidak bangun semula dan hilang dari muka bumi ini. Inilah pelajaran-pelajaran yang boleh diperolehi dari sejarah. Mempelajari sejarah sebagai bahan akademik, sebagai satu daripada bidang kemanusiaan adalah terlalu sempit dan cetek. Sejarah mesti dipelajari kerana kita ingin mendapat panduan daripadanya, kerana kita ingin mengelakkan daripada malapetaka, dan dari dimusnahkan oleh masa. Inilah peranan sejarah, inilah gunanya yang sebenar. Saya berbangga dengan minat saudara-saudari terhadap sejarah. Tetapi, janganlah lupa akan pelajaran yang boleh diperolehi darinya - pelajaran moral yang boleh menentukan sama ada kita berjaya atau tidak. Akhirnya, sukalah saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Persatuan Sejarah Malaysia kerana berjaya menganjurkan Peraduan Mengarang dan Melukis Sejarah ini. Kepada pemenang-pemenang, saya mengucapkan tahniah.

300

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN BANDAR BARU DI LADANG HAWTHORNDEN, SETAPAK, KUALA LUMPUR 26HB. FEBRUARI, 1984

S

yukur Alhamdulillah kerana dengan limpah rahmat Allah maka dapatlah kita samasama hadir di upacara merasmikan bandar baru di Ladang Hawthornden ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan kerana memberi peluang kepada saya untuk merasmikan majlis pada hari ini. Bandar baru di Ladang Hawthornden ini merupakan bandar baru yang kedua yang sedang dibangunkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sepertimana tuantuan dan puan-puan sedia maklum bandar baru yang pertama dibuka, ialah Bandar Baru Tun Razak yang mula dilaksanakan pada tahun 1975. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga akan mengadakan bandar baru yang lain termasuklah di kawasan Sentul dan Bukit Jalil dan kedua-dua projek ini adalah dalam berbagai peringkat perancangan. Projek bandar baru di Ladang Hawthornden ini bukan saja merupakan satu Pembangunan ke arah mewujudkan sebuah bandar baru yang moden, malahan terdapat beberapa ciri yang tertentu yang patut dibangun dan diperkembangkan. Pertamanya, projek ini adalah dijalankan secara usahasama di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sebuah syarikat tempatan. Penglibatan pihak swasta dalam projek ini mencerminkan hasrat Kerajaan membangunkan negara kita ini menerusi konsep Persyarikatan Malaysia. Saya mengucapkan tahniah kepada Dewan Bandaraya dan Syarikat Paremba di atas usahasamanya melaksanakan projek yang besar ini. Saya juga difahamkan bahawa perancangan bandar baru di Ladang Hawthornden ini memberi peluang serta membantu usaha-usaha ke arah memperkenalkan beberapa cara pembinaan yang lebih moden dan cepat lagi bukan sahaja kepada kontraktor-kontraktor tempatan malahan juga kepada para pekerja itu sendiri. Usaha-usaha pemindahan teknologi moden di dalam industri pembinaan ini adalah merupakan satu cabaran kepada kontraktor-kontraktor pembinaan, khususnya kontraktor-kontraktor bumiputera agar mereka tidak ketinggalan.

Dalam projek sebesar ini tentulah penggunaan beberapa teknologi moden akan lebih berkesan, cekap dan menguntungkan, di samping dapat mempercepatkan lagi tempoh siapnya pembinaan rumah-rumah yang dicadangkan. Saya merasa bangga mengetahui bahawa sebilangan besar daripada pekerja-pekerja di projek ini merupakan rakyat tempatan dan mereka ini nampaknya sudahpun dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan kaedah teknologi yang moden itu. 301

Seperti mana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum Kerajaan bersetuju dengan cadangan menjual rumah-rumah pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada penyewa-penyewanya. Saya telahpun diberitahu yang dasar tersebut telahpun mula dilaksanakan. Rumah-rumah pangsa ini semenjak dari mula dahulu lagi sememangnya dibina untuk disewakan dengan sewaan bulanan yang rendah berbanding dengan kadar sewaan rumah-rumah di sektor swasta di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Tetapi dengan kelulusan tersebut ianya bukan sahaja dapat membantu mengurangkan beban kos penyelenggaraan bagi pihak Dewan Bandaraya malahan juga membantu ke arah mencapai matlamat Kerajaan untuk memberi peluang kepada seberapa ramai yang mungkin dari keluarga di negara ini untuk memiliki sebuah rumahnya yang tersendiri. Sukacita saya menyatakan di sini bahawa melalui projek usahasama ini boleh dikatakan kebanyakan daripada rumah-rumah yang akan dibina nanti akan dijual terus kepada orang awam. Pihak Dewan Bandaraya mungkin akan mengekalkan sebilangan kecil rumah-rumah tersebut untuk tujuan disewakan kepada golongan berpendapatan rendah yang terpaksa dipindahkan disebabkan terlibat dengan projek-projek pembangunan Kerajaan. Kerajaan bersetuju dengan corak perancangan pembangunan di bandar baru ini yang lebih menekankan ke arah menyediakan kemudahan-kemudahan sosio-ekonomi yang lengkap bagi sesuatu bandar. Rekabentuk kawasan kediaman juga memberi penekanan khusus ke arah mencapai jalinan hubungan interaksi antara penduduk yang lebih kerap. Adalah diharapkan ianya akan dapat melahirkan satu masyarakat yang lebih padu dan bertimbangrasa serta mempertingkatkan lagi perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain di samping memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab. Ingin saya tegaskan di sini bahawa sama ada bandar kecil ini menjadi penginapan yang selesa dan indah bergantung bukan kepada bangunan dan infrastruktur yang disediakan tetapi kepada pilihan penghuni rumah-rumah ini. Tidak ada pentadbiran yang boleh mengawal dan menjaga kesempurnaan mana-mana bandar jika penduduknya sendiri tidak bersama-sama memelihara kesempurnaan ini dan memberi kerjasama kepada pihak yang dipertanggungjawabkan secara rasmi. Jika kita semua patuh kepada peraturan-peraturan dan berbangga dengan keadaan alam sekeliling kita, bukan sahaja kehidupan kita akan menjadi lebih bahagia, bahkan perbelanjaan untuk menjaga kawasan di sekitar kita akan berkurangan. Dan tabungan yang didapati dari pengurangan belanja ini boleh dibelanjakan untuk lain-lain kepentingan kita. Satu fenomena yang tidak dapat dielakkan yang berpunca dari pembangunan yang pesat ialah penghijrahan penduduk-penduduk kampung ke bandar-bandar. Aliran ini berlaku kerana di bandar-bandar peluang kerja adalah lebih banyak. Bandar pula mempunyai bermacam jenis hiburan dan peristiwa yang menarik. Kehidupan di bandar juga boleh dikatakan lebih murah dari di kampung kerana lebih banyak barang perlu dan tidak perlu boleh didapati yang tidak tertekan dengan kos pengangkutan. Apa yang meningkatkan kos kehidupan bandar ialah kediaman dan keinginan berlumba-lumba dari segi cara hidup dengan jiran-jiran. Kerana penghijrahan inilah di bandar-bandar kita, kita dapati banyak kawasan setinggan. Di sini terdapat ramai yang baru berhijrah dari desa. Keadaan di kawasan 302

setinggan amatlah tidak sempurna. Sebenarnya keadaan adalah lebih buruk dari keadaan di kampung. Kerajaan memang berhasrat supaya ramai dari penduduk kampung berhijrah dan tinggal di bandar-bandar. Maksud Kerajaan bukanlah supaya mereka menukar kehidupan kampung dengan kehidupan sebagai setinggan. Maksud Kerajaan ialah supaya penduduk-penduduk dari kampung mendapat keselesaan hidup yang ada di bandar-bandar. Kawasan setinggan dan kehidupan sebagai setinggan tidaklah mencerminkan keselesaan kehidupan di bandar. Hakikat yang mesti diterima ialah tempat tinggal di bandar memerlukan lebih banyak perbelanjaan daripada tempat tinggal di kampung, walaupun dari segi lain-lain perbelanjaan di bandar mungkin rendah sedikit. Hakikatnya juga ialah rumah berasingan seperti di kampung tidak dapat dibina dalam bandar oleh majoriti terbesar penduduk bandar. Perumahan di bandar mestilah mengambilkira kos tanah yang amat tinggi dan betapa sukarnya untuk mendapatkan kawasan tanah. Oleh itu lebih ramai penduduk terpaksa dan mesti menduduki di atas satu ekar tanah di bandar berbanding dengan satu ekar di luar bandar. Jika kita ingin tinggal di bandar hakikat ini mesti diterima. Untuk menurunkan kos tanah, dan dengan itu kos perumahan, kita mesti sanggup untuk tinggal di rumah bertingkat-tingkat atau berderet-deret. Juga kita mesti sanggup tinggal di rumah sewa, bahkan berkongsi bilik atau flat jika sewa mahal. Bagi orang bujang kehidupan tidak boleh seperti orang yang sudah berkeluarga. Jika belum mampu berkeluarga, tunggulah dahulu sehingga mampu berkahwin. Janganlah kita angkuh dan berkata kita tidak sanggup tinggal dalam flat. Di kampungpun, di waktu kita tinggal dengan ibu bapa, kita bernasib baik jika kita dapat bilik sendiri. Biasanya kita berkongsi bilik bila bujang ataupun hampar tilam di mana-mana sahaja bila tiba masa tidur. Saya sendiripun kongsi bilik kecil dengan abang saya di masa bujang dan tinggal di rumah ibu bapa saya. Pendek kata kita memang biasa dengan kehidupan dalam keadaan sempit. "Flat-flat" di bandar biasanya lebih selesa daripada keadaan di rumah ibu bapa kita. Sudah tentu "flat" di bandar adalah lebih selesa dari rumah-rumah setinggan. Jikalau kita anggap rumah setinggan kita lebih baik dari "flat", ini bermakna kita mampu menyewa atau membeli rumah kos rendah yang dibangunkan oleh Kerajaan atau swasta. Kawasan-kawasan setinggan sekarang boleh dibangunkan dengan cara yang membolehkan lebih ramai tinggal di kawasan yang berkenaan. Dengan ini maka ramailah yang akan hidup lebih sempurna dalam bandar. Kerajaan sedia membantu untuk tujuan ini jika setinggan-setinggan sendiri sanggup berkongsi nikmat. Janganlah kita hendak kawasan setinggan kita untuk kita sahaja atau hendak rumah banglo milik sendiri yang didapati percuma atau dengan harga murah atau sewa yang lebih rendah dari sewaan rumah setinggan kita. Janganlah pandang hina kepada hidup dalam "flat". Dan janganlah anggap bahawa kerana kita tak mampu 303

beli tanah maka kita berhak atas tanah orang lain. Sepertimana kita tidak suka harta kita dirampas orang, kita janganlah anggap harta orang adalah hak kita, dan jika tuan punya memerlukan balik harta mereka maka mereka mesti bayar pampasan kepada kita. Kita sekarang ini sedang cuba menyemai nilai-nilai yang baik di negara ini. Bukan sahaja mereka yang berada harus mengamalkan nilai-nilai yang baik ini tetapi kita semua mesti mengamalkannya. Jika kita terima bahawa kemiskinan memberi hak kepada kita membelakangkan nilai yang baik, maka huru-hara akan melanda masyarakat. Yang baik adalah baik samada kita berada atau tidak berada. Begitu juga yang buruk adalah buruk tanpa mengira miskin atau kaya. Sebenarnya masalah perumahan boleh diatasi oleh masyarakat kita. Kerajaan mempunyai cara dan rancangan untuk ini. Tetapi apa jua cara dan rancangan sekali pun tidak mungkin berjaya jikalau tiap seorang dari kita mahu kehendak diri sendiri dilayan sepenuhnya. Ada sahaja orang yang hendak jadi jaguh yang kononnya ingin memperjuangkan hak setinggan-setinggan. Mereka suka setinggan tinggal sebagai setinggan, kerana jika tidak ada setinggan mereka tidak ada peluang jadi jaguh. Bukan kepentingan setinggan yang mereka perjuangkan. Mereka perjuangkan kepentingan mereka sendiri. J i k a harta mereka dirampas walaupun untuk kebaikan setinggan, reaksi mereka berbeza sekali. Pada hari kita merasmikan rancangan perumahan untuk rakyat ini saya ingin merayu kepada semua pihak, terutama setinggan-setinggan, supaya memberi kerjasama kepada Kerajaan. Insya-Allah masalah kehidupan dalam bandar akan dapat diatasi dengan lebih awal jika kita sanggup korban sedikit sebanyak kemahuan kita. Akhirnya kita semua akan dapat hidup sempurna. Selain daripada merasmikan bandar baru ini, saya juga diminta untuk memberikan nama kepada bandar baru ini. Jadi sejak beberapa hari yang lalu saya telah memikirkan berbagai-bagai nama dan pada hari ini saya ingin memberikan nama yang telah dipilih itu. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan sekalian bersetuju dengan nama bandar baru ini. Dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan bandar baru yang diberi nama "WANGSA MAJU", iaitu pendekan kepada "Bandar Baru Titiwangsa Maju".

304

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 2) 1984 DI DEWAN RAKYAT, 19HB. MAC, 1984

S

aya mohon mencadangkan iaitu satu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengadakan peruntukan mengenai penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, dan bagi membuat pindaan-pindaan lain kepada Perlembagaan Persekutuan, dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1984 ini adalah dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai perkara-perkara berhubung dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan. Bahagian kedua adalah mengenai pindaan-pindaan yang perlu kepada Perlembagaan Persekutuan bagi melaksanakan penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan. Dan bahagian ketiga adalah berkaitan dengan beberapa pindaan lain kepada Perlembagaan Persekutuan. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah mencapai persetujuan bagi menjadikan Pulau Labuan dan pulaupulau di bawah pentadbirannya sebagai Wilayah Persekutuan. Wilayah ini akan ditadbirkan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Tujuan utama menjadikan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan adalah untuk memesatkan lagi Pembangunan pulau itu. Pulau Labuan mempunyai potensi yang besar untuk berkembang sebagai sebuah kawasan pelancongan dan pusat bagi persidangan rantau dan antarabangsa. Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mengambilalih usaha bagi mencorak dan memesatkan lagi Pembangunan Pulau Labuan agar usaha-usaha Pembangunan dapat dijalankan dengan teratur dan menjadi contoh daya penggerak kepada Pembangunan di rantau itu. Memandangkan jauhnya jarak yang memisahkan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, langkah ini akan menjadikan Pulau Labuan sebagai lambang mendekatkan lagi Kerajaan Persekutuan ke negeri-negeri itu. Saya percaya langkah ini dapat mengeratkan lagi hubungan Kerajaan Persekutuan dengan negerinegeri tersebut serta mempertingkatkan proses integrasi negara. Penubuhan Wilayah Persekutuan yang baru ini merupakan satu lagi peristiwa yang bersejarah bagi Malaysia. Saya suka melahirkan rasa penghargaan penuh Kerajaan Persekutuan di atas pandangan jauh serta kemurahan had Kerajaan Negeri Sabah kerana bersetuju menyerahkan Pulau Labuan untuk dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan. Penyerahan Pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan tidak melibatkan apaapa bayaran pampasan atau ganti rugi kepada Kerajaan Negeri Sabah. Apa yang diminta oleh Kerajaan Negeri ialah supaya bangunan 'Sri Labuan' yang ada di pulau itu 305

serta tanah yang menjadi tapak dan kawasan bangunan itu akan terus kekal menjadi hakmilik Kerajaan Negeri Sabah sebagai rumah rehat Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan telah memberi persetujuan terhadap permintaan itu. Kerajaan Persekutuan akan meneruskan segala usaha pembangunan yang sedang dijalankan di Labuan oleh Kerajaan Negeri serta menambahkan lagi kemudahan infrastrukturnya. Sejajar dengan cita-cita ini, Kerajaan juga akan berusaha memperkukuhkan lagi peranan Pulau Labuan sebagai sebuah pelabuhan bebas cukai dan seterusnya sebagai pusat perdagangan entrepot bagi rantau A S E A N . Usaha ke arah mencapai matlamat ini dijangka akan memesatkan pertumbuhannya dengan perubahan struktur dan pembentukan ekonomi moden yang membuka banyak peluang pekerjaan dalam kegiatan-kegiatan yang produktif. Semuanya ini akan mendatangkan faedah kepada rakyat Malaysia, terutama sekali rakyat di rantau tersebut. Sebagaimana Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan dahulu, perubahan kedudukan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan bermakna juga pemindahan kuasa dan bidang-bidang kuasa yang lengkap ke atas Pulau Labuan daripada Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Persekutuan. Ini diperuntukkan dalam fasal-fasal 3,4, 5 dan 9 dalam Bahagian I Rang Undang-Undang ini. Beberapa pindaan kepada Perlembagaan yang terkandung dalam Bahagian II serta Jadual kepada Rang Undang-Undang ini juga memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan, serta yang berbangkit dari langkahlangkah untuk menjadikan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Dalam hal ini, Kerajaan akan memberi keutamaan agar pemindahan kuasa dan bidangkuasa tersebut tidak akan menimbulkan apa-apa gangguan dalam pentadbiran harian Pulau Labuan ataupun kesulitan kepada penduduknya. Beberapa peruntukan telah diadakan dalam Undang-Undang ini bagi menjamin agar masalah seumpama ini tidak akan timbul. Antara peruntukan-peruntukan ini adalah:a.

Fasal 6 yang memperuntukkan agar apa-apa undang-undang yang sedia terpakai di Pulau Labuan melainkan Perlembagaan Negeri, terus berkuatkuasa selepas ianya menjadi Wilayah Persekutuan sehinggalah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen berkuatkuasa;

b.

Fasal 8 yang membolehkan supaya pentadbiran Pulau Labuan diteruskan sebagai Majlis Perbandaran serta juga sebagai pelabuhan bebas cukai;

c.

Fasal 17 yang menbolehkan penggunaan bahasa pribumi di Mahkamah Anak Negeri (Native Courts) diteruskan;

d.

Fasal 19 yang mengekalkan hak kemasukan penduduk-penduduk asal Labuan ke Sabah dan pemastautin mereka di negeri itu.

Saya juga suka memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa sebuah Jawatankuasa Peringkat Pegawai yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara telah 306

ditubuhkan oleh Kerajaan untuk menyelaraskan segala tindakan pentadbiran bagi mempastikan supaya tidak timbul apa-apa masalah kelak. Jawatankuasa ini juga sedang menyelaraskan tindakan bagi menyerap pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri Sabah yang berkhidmat di Pulau Labuan pada masa ini untuk membolehkan mereka terus menyumbangkan khidmat mereka apabila Labuan menjadi Wilayah Persekutuan. Selain daripada itu, saya ingin juga menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa peruntukan telah juga diadakan dalam Fasal 15 Rang Undang-Undang supaya seseorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undang Negeri Sabah yang kawasan pilihanrayanya sekarang ini meliputi Pulau Labuah, akan terus menduduki kerusinya selepas penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan. Ulangkaji persempadanan kawasan pilihanraya yang sedang dijalankan pada masa ini akan memperuntukkan satu bahagian pilihanraya Parlimen Sabah sekarang. Ulangkaji tersebut juga akan membuat peruntukan supaya bilangan bahagian-bahagian pilihanraya Negeri Sabah akan tetap sama bilangannya seperti sekarang ini. Berhubung dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan, beberapa kemusykilan telah ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai hak rakyat Sabah, dan sama ada satu pungutan suara telah diadakan di Sabah. Soalan seumpama ini tidak seharusnya timbul kerana sebenarnya tidak terjadi kehilangan hak bagi sesiapa pun. Semasa Kuala Lumpur dicadang menjadi Wilayah Persekutuan dahulu, pungutan suara tidak pernah diadakan. Setelah Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan tidak ada sesiapa yang kehilangan hak. Sebagaimana yang telah saya tegaskan di Persidangan Dewan ini yang lalu, rakyat Sabah samada di tanah besar Sabah atau di Pulau Labuan adalah juga rakyat Malaysia yang mempunyai hak yang sama dengan semua rakyat Malaysia. Telah juga saya nyatakan tadi bahawa perubahan kedudukan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan adalah bertujuan bagi memperkukuhkan lagi hubungan yang telah terjalin antara Kerajaan Persekutuan dengan Negeri Sabah. Apa-apa kemajuan yang tercapai di pulau tersebut adalah untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, apatah lagi rakyat Malaysia di Sabah yang berhampiran sekali de ngannya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Raja-raja dalam mesyuaratnya yang lalu telahpun bersetuju dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan dan cadangan undang-undang Persekutuan untuk maksud ini. Dewan Undangan Negeri Sabah dalam mesyuaratnya baru-baru ini juga telah meluluskan Undangundang Negeri berkaitan dengan perkara ini. Pendek kata, kesemua kehendak Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan telah dipenuhi. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan beberapa pindaan kepada peruntukan-peruntukan tertentu yang lain dalam Perlembagaan Persekutuan. Di antara pindaan-pindaan yang dicadangkan itu, saya ingin menjelaskan sedikit mengenai cadangan pindaan kepada Perkara 55 dan Perkara 113(2). 307

Adalah dicadangkan supaya Perkara 55 dipinda dengan mengadakan Fasal (5), (6) dan (7) yang baru di bawah Perkara tersebut bagi menentukan supaya rang undang-undang yang belum selesai dibahas dalam Parlimen tidak luput pada waktu penggal Parlimen diberhentikan (prorogued) dan supaya rang undang-undang yang menunggu pertimbangan semula oleh Parlimen menurut Fasal (4A) Perkara 66, atau yang menunggu persetujuan Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (4) (a) atau Fasal (4A) Perkara 66, tidak terluput disebabkan Parlimen diberhenti atau dibubarkan. Pindaan kepada Perkara 113 pula adalah:a.

untuk membolehkan Suruhanjaya Pilihanraya memulakan urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihanraya pada bila-bila masa selepas genap 8 tahun daripada tarikh berakhirnya urusan persempadanan semula yang lepas. Urusan persempadanan itu hendaklah diselesaikan dalam tempoh 2 tahun daripada tarikh ianya dimulakan;

b.

untuk membolehkan Suruhanjaya Pilihanraya menjalankan persempadanan semula sementara (an interim review of constituencies) apabila jumlah keanggotaan Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan Negeri diubah. Persempadanan semula ini akan hanya meliputi kawasan yang terlibat dengan perubahan dan tidak akan mengubah tempoh minimum 8 tahun yang ditetapkan di antara dua persempadanan semula (the general review). Urusan persempadanan semula sementara ini hendaklah diselesaikan dalam tempoh dua tahun daripada tarikh berkuatkuasanya undang-undang yang mengubah keanggotaan Dewan Rakyat ataupun Dewan-dewan Undangan Negeri. Persempadanan semula sementara ini akan dijalankan mengikut Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan;

c.

memperuntukkan tarikh-tarikh permulaan dan berakhirnya sesuatu urusan persempadanan semula bagi mempastikan supaya tempoh-tempoh yang disyaratkan akan dikira dengan tepat.

Di samping itu, adalah perlu diadakan satu peruntukan sementara (transitional provision) bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihanraya menyelaraskan secara sah urusan persempadanan semula yang sedang berjalan sekarang. Cadangan pindaan kepada Perkara-perkara yang lain tidaklah perlu saya jelaskan oleh kerana telah sedia terkandung dalam huraian kepada Rang Undang-Undang Pindaan-pindaan tersebut adalah bertujuan untuk mengemaskinikan beberapa peruntukan tertentu selaras dengan kehendak pembangunan dan kemajuan negara. Saya mohon mencadangkan.

308

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA PERAYAAN JUBLI PERAK INSTITUSI JURUTERA MALAYSIA 13HB. APRIL, 1984

S

aya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Institusi Jurutera Malaysia kerana menjemput saya dan isteri saya ke majlis jamuan tahunan sempena Perayaan Jubli Perak institusi ini. Bersempena Perayaan Jubli Perak ini, saya difahamkan Institusi Jurutera Malaysia mengadakan seminar dan program-program untuk menunjukkan peranan yang dimainkan oleh para jurutera dalam Pembangunan negara semasa suku abad yang lampau. Sebagai langkah mengisi kemerdekaan, rakyat telah dibekalkan dengan beberapa kemudahan seperti menambahkan jalan-jalan tar ke kampung-kampung dan memasang batang-batang paip di tepi-tepi jalan untuk bekalan air, merentang kawat-kawat elektrik di atas tiang-tiang kayu bagi menghantarkan tenaga elektrik ke kampung-kampung dan memajukan parit dan taliair seluas-luasnya seperti perairan Muda dan Tanjung Karang untuk meningkatkan pengeluaran bagi penanam padi.

Projek kejuruteraan yang besar juga seperti projek skim hidro-elektrik, merentang kabel dasar laut telekom dari Kuantan ke Kuching dan lapangan terbang antarabangsa telah dilaksanakan. Semenjak Merdeka hingga ke hari ini, sumbangan tenaga para jurutera kepada Pembangunan negara tidaklah boleh dinafikan. Juruterajurutera di negara ini, sama ada mereka di dalam perkhidmatan awam seperti JKR, Telekom, JPT dan L L N , atau dalam sektor swasta, patutlah berasa bangga kerana di mana saja mereka berada, mereka nampak tersergam hasil rekaan dan pembinaan yang mereka telah kendalikan. Semuanya adalah untuk kebahagiaan rakyat dan kemajuan negara. Perayaan Jubli Perak oleh para jurutera adalah kena pada masanya setelah memainkan peranan dalam konteks Pembangunan negara selama suku abad. Kerajaan dan rakyat negara ini sentiasa menghargai sumbangan para jurutera terhadap kemajuan dan Pembangunan negara ini. Kita bercita-cita mewujudkan sebuah negara yang berjaya, dihormati dan bermaruah. Setiap sektor dan golongan rakyat di negara kita ini hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk mewujudkan sebuah negara yang kita cita-citakan itu. Sebuah negara yang bermaruah bukanlah satu 'vision' yang abstrak, tetapi adalah satu hakikat yang perlu dibina dan dipupuk sehingga menjadi nyata. Segala ilmu dan kepakaran, serta teknologi mestilah dikerah untuk maksud ini. 309

Di sini ingin saya berucap sedikit mengenai teknologi. Sebenarnya tidak ada satu negara atau satu bangsa yang menguasai semua teknologi yang terdapat di dunia ini. Bagi negara yang termaju sekalipun, ada teknologi yang tidak dikuasai olehnya dan terpaksa diperolehi dari negara lain. Pendek kata negara-negara adalah 'inter-dependenf dari segi teknologi. Oleh kerana itu, mempelajari teknologi dari negara lain bukanlah bermakna kita mundur atau tidak bebas, atau satu perkara yang hina. Jika kita ingin maju kita bukan sahaja perlu mempelajari teknologi dari orang lain, tetapi kita mesti sanggup berusaha sedaya upaya untuk menguasai teknologi yang diperlukan. Di Malaysia kita sering mendengar kelohan tentang keengganan pihak orang asing memindah teknologi mereka kepada kita. Kita selalu menyalahkan orang lain kerana mereka tidak jujur dalam 'technology transfer' dan tidak mahu 'transfer' teknologi dengan sepenuhnya. Yang pertama yang saya ingin perkatakan ialah kita amat 'naive' jika kita percaya orang lain akan memindahkan teknologi mereka dengan sepenuhnya kepada kita. Jika kita mempunyai teknologi, kita juga tidak berminat memindahkan sepenuhnya, bahkan separuh daripada teknologi kita kepada orang. Kenapakah kita boleh percaya bahawa kita berhak mendapat dengan sepenuhnya teknologi orang lain? Yang kedua yang perlu saya perkatakan ialah walaupun negara-negara yang maju tidak berminat untuk memindah sepenuhnya teknologi mereka, tetapi pemindahan teknologi tetap berlaku juga dan beberapa negara yang dahulu tidak mempunyai teknologi, sekarang sudah menguasai berbagai teknologi dan mencapai kemajuan. Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan juga Singapura sekarang memiliki teknologi yang diperolehi dari negara-negara maju dan berjaya menggunakan teknologi itu untuk bertanding dengan negara-negara maju. Dengan perkataan lain negara-negara ini berjaya mendapat teknologi dari orang lain dan menggunakannya dengan berkesan. Soalnya mengapa Malaysia begitu sukar mendapat teknologi? Apakah ada diskriminasi terhadap Malaysia? Pada pendapat saya, tidak ada diskriminasi terhadap Malaysia, dan tidak ada sebab mengapa diskriminasi patut ada. Jika kita kaji diri kita sendiri, kita akan dapati sebabnya mengapa kita sukar mendapat teknologi orang. Yang pertama, kita tidak sanggup membeli teknologi jika harganya mahal mengikut taksiran kita. Kita anggap harga itu mahal kerana kita ingin gunakan teknologi itu secara terhad atau 'limited' - umpamanya untuk pasaran dalam negeri sahaja, yang bermakna keuntungan tidak mencukupi untuk membiayai harga teknologi yang tinggi. Kaedahnya samalah dengan membeli kapalterbang jenis 747 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Yang keduanya, kita mahukan supaya teknologi diserah di atas talam emas kepada kita. Kita hendak semua teknologi tanpa kita menyoal, bertanya, menyelidik, mengkaji dan mengikuti segala-gala yang ada kaitan dengan penguasaan teknologi yang kita minati. Dalam bidang binaan, umpamanya Dayabumi, Kerajaan menuntut 310

supaya pihak pembina Jepun melatih ahli-ahli profesional dan tidak profesional dari Malaysia dalam semua bidang, daripada penggunaan 'steel-frame' sehingga ke pengurusan projek, iaitu memindah teknologi kepada kita. Malangnya tidak ramai orang kita yang berminat. Semua memberi 'excuse' atau alasan tidak ada masa. Ada yang berkata tidak ada apa yang hendak dipelajari. Tetapi hingga sekarang tidak ada syarikat 100% milik rakyat Malaysia yang boleh mengguna 'steel-frame construction' untuk membina bangunan sebesar Dayabumi dalam masa yang singkat sebagai syarat yang dikenakan. Peluang mendapat teknologi sudah terlepas kerana kita semua terlalu sibuk atau kita terlalu 'proud' untuk mempelajari dari orang lain. Begitu juga dalam bidang-bidang lain. Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan semua dapat meniru dan merekabentuk bermacam-macam barang termasuk komputer dengan menggunakan 'microchip' dan lain-lain komponen elektronik. Malaysia telah menjadi pengeluar 'microchip' yang terbesar di dunia tetapi tidak ada pengusaha tempatan yang mengguna 'microchip' untuk apa-apa 'product'. Bahkan tidak adapun perusahaan tempatan yang boleh membekal perusahaan 'microchip' kepunyaan syarikat asing dengan bermacam-macam keperluan asas mereka. Bagaimanakah Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan boleh memperolehi teknologi dan kita tidak? Tidak ada gunanya kita selalu menyalahkan orang lain bila kita tidak dapat teknologi mereka. Pandanglah juga kepada diri sendiri. Apakah yang kita usahakan untuk mendapat teknologi? Apakah kita sudah menyediakan asas-asas pengetahuan kita supaya kita mudah memahami teknologi yang kita minati dan mengisi kekosongan kerana pemilik teknologi tetap akan menyembunyi sebahagian daripada teknologi mereka? Apakah kita sendiri sudah mengadakan kemudahan-kemudahan untuk 'research and development' yang mencukupi? Apakah badan-badan profesional kita sudah memberi galakan yang cukup untuk 'research projects and publication of the results in research papers by local professionals'?. Let us not kid ourselves into believing that the developed world feels that they owe us a living, that it is their bounden duty to help us compete against them. Let us not be so naive. They may help us at the basic level, but we have to use our own effort if we wish to take off. Let us not be too sensitive when some criticisms is directed at us. Let us stop belly-aching. If we want to progress we will have to prepare ourselves as fully as possible to accept the new technology - prepare spiritually and physically as well as in terms of the basic knowledge. In other words we need to change our attitudes and our approach towards the acquisition of new technology. We need to fight for new technologies; not to wait for them to fall into our laps. Another area which has drawn criticisms from Malaysians is the inroads made by foreign construction companies into the Malaysian construction industry. Let me say this loud and clear. The Government is not anxious to enrich foreigners, nor for that matter are the other Malaysian companies and institutions. But the fact is that when the Malaysian construction industry was confined to Malaysians there was a couldn't careless attitude. Hardly any construction was finished on time. One high rise building in Kuala Lumpur took 8 years to complete. Cost over-runs was the rule and a 311

100% increase in the final cost was not unusual. There was no attempt made to impart on-the-job training to bumiputeras or even non-bumiputeras. Government's desire to see the New Economic Policy applied in practical terms was rejected, ignored or bypassed. No attempt was made to acquire and apply new technology. Project management was quite primitive, with contractors having too many jobs to give personal and sustained attention to any of the projects. The officers working on the sites were regarded as unimportant and therefore chosen from less-skilled people. With the advent of foreign contractors, not only has new technology been brought in but project management is of a very high order. Despite language and bureaucratic difficulties, they have been able to meet their obligations. Frequently construction work is finished ahead of time. In one instance at least, a 7-year guarantee is given for any structural defects which may show up. Such is the impact of this invasion by foreign construction companies, that Malaysian construction companies have been forced to improve on their performance. As I said, the Government is not anxious to enrich foreigners. We hope that what is happening now is temporary. We hope to see Malaysian companies acquiring the necessary skills and organisation to compete with foreign companies. But let us acknowledge that the improvement of Malaysian companies cannot happen overnight. As a first step, there should be joint-ventures with foreign companies where Malaysian partners must shoulder fully their share of the risk and the work. They must be aggressive in order to get the know-how and the techniques. Eventually there should be purely Malaysian companies which are big enough even for full turn-key projects. And finally Malaysian companies should be able to go abroad and compete for construction work in other countries including America and Europe. This sounds like an impossible dream - but anything is possible if we are prepared to face and overcome challenges. We have tackled rubber, palm oil, and cocoa, none of which are indigenous to the country - and we have become the greatest in these fields. There is no reason why we cannot tackle other fields. Begin small, but set your targets high. We may not hit the target, not in our lifetime, but we can come close to it. Remember when Malaysian Airlines first wanted to fly to London, there was so much scepticism. Everyone wanted our airline to stay domestic. But today we are flying 4 times a week to London. It would be unthinkable to have no M A S service to London. Yet it was once an impossible dream, or more correctly a fantasy. The Government will play its role. We will be sympathetic. We will listen to your grouses and we will act where necessary. But if the Government seems to be acting against your interest, please remember that it is not from a desire to begin charity abroad. Sometimes it is necessary to jolt people out of their complacency and smug self-satisfaction. Unpopular though it may be, the Government must off and on apply the shock treatment. What I say here is not meant for the engineers alone. It is meant for all Malaysians, professionals as well as non-professionals. As the Malay saying goes, 312

"Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipis tidak datang melayang", "What is round may not come rolling towards you, nor discs fly in your direction". If we want something we must go and get it. We are what we deserve to be. If we are not prepared to work hard for ourselves then we deserve to be left behind. So, before we blame others, spare some thoughts for our own shortcomings and correct them. I have said a mouthful. The forum may not be the right one. Guests of honour do not usually deliver a lecture to their hosts. However we are in the process of changing the attitudes of the whole nation. The professionals are an important element of the nation. They cannot be left untouched in the process that we have embarked on. They too must change. And since I am always in a hurry I cannot wait for another occasion to bring the professionals in line with the current efforts at accelerating the pace of development of Malaysia. Saya berterima kasih kepada Institusi Jurutera Malaysia kerana sudi mengurniakan 'Fellowship Kehormat' kepada saya. Ini merupakan satu penghargaan yang saya banggakan. Asas pemberian fellowship ini telah diterangkan oleh Yang Berbahagia Yang Di-Pertua institusi ini, dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Hassan dan ahli-ahli jawatankuasa institusi ini kerana menjemput saya ke Perayaan Jubli Peraknya ini. Kepada semua ahli Institusi Jurutera Malaysia, saya ucapkan selamat berbakti kepada negara dan masyarakat.

313

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA UPACARA MENANDATANGANI PERJANJIAN LABUAN DI LABUAN, SABAH 16HB. APRIL, 1984

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan rahmat serta hidayatNya ke atas kita semua sempena peristiwa bersejarah yang berlangsung pada pagi ini.

Upacara menandatangani perjanjian Labuan telahpun disempurnakan oleh saya dengan YAB Ketua Menteri Sabah, dengan disaksikan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Sabah bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah. Kelahiran Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini membawa erti yang amat besar bukan sahaja bagi kita semua tetapi juga bagi generasi yang akan datang. Ia mempunyai erti yang besar kepada kita semua oleh kerana ia merupakan satu lagi kejayaan yang boleh kita banggakan dalam perkembangan dan kemajuan negara ini sejak tertubuhnya Malaysia dahulu. Sememangnya menjadi hasrat kita semua untuk menjalin dan mengerat lagi kemesraan sesama kita di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak. Walaupun kita terpisah agak jauh oleh Laut Cina Selatan, tetapi ini tidak seharusnya menjadi sebab mengapa kita rasa berbeza atau terasing di antara satu sama lain. Memang ada jalan untuk meluputkan perasaan itu dari sanubari kita sekiranya kita berusaha mencarinya. Saya yakin pewujudan Wilayah Persekutuan Labuan adalah merupakan satu usaha yang positif dan konkrit ke arah mencapai matlamat integrasi dan perpaduan negara yang kita semua harapkan. Saya berdoa ke hadrat Ilahi supaya kita semua, baik di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak akan sentiasa berdiri teguh, sehati dan sejiwa sebagai rakyat Malaysia. Kita tidak seharusnya terlalu sensitif dan mudah tersinggung. Inilah yang menjadi harapan dan impian kita semua yang ikhlas bagi negara ini, agar pada satu hari nanti, perasaan perbezaan dari segi perkauman, bangsa, agama dan kenegerian atau kewilayahan yang berunsur negatif akan lenyap dari bumi Malaysia, negara yang kita kasihi ini. Bagi pihak Kerajaan Persekutuan, saya mengambil kesempatan ini untuk melahirkan setinggi-tinggi penghargaan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah yang telah bersetuju menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. 314

Sesungguhnya ini adalah satu pengorbanan yang amat besar di pihak Kerajaan Negeri Sabah yang telah mengenepikan kepentingan sendiri demi untuk kemajuan dan kesejahteraan negara dan rakyat. Semangat pengorbanan ini sudah menular dan tidak lama lagi Pahang pula akan menandatangani perjanjian yang sama. Kepada rakyat Malaysia yang tinggal di Pulau ini, saya suka memberi jaminan bahawa hak keistimewaan mereka tidak sedikitpun akan berubah atau terjejas dengan berubahnya kedudukan Labuan menjadi Wilayah Persekutuan. Kehidupan mereka dan begitu juga pentadbiran dan aktiviti-aktiviti harian di Labuan akan terus berjalan seperti biasa berasaskan kepada undang-undang yang sedia wujud di pulau ini. Untuk maksud ini Kerajaan telah membuat tawaran penyerapan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kerajaan Negeri Sabah yang berkhidmat di Pulau Labuan agar mereka dapat terus menyumbangkan khidmat mereka di Labuan, yang kini menjadi Wilayah Persekutuan. Perkhidmatan mereka adalah perlu bagi membantu menjayakan rancangan-rancangan pembangunan yang diatur oleh Kerajaan untuk Wilayah Persekutuan Labuan. Rakyat Malaysia di Labuan juga tidak seharusnya berasa bimbang yang mereka akan kehilangan wakil di Parlimen. Ulangkaji persempadanan kawasan pilihanraya yang sedang dijalankan pada masa ini akan memperuntukkan satu Bahagian Pilihanraya Parlimen Sabah sekarang. Ulangkaji tersebut juga akan membuat peruntukan supaya bilangan Bahagian-bahagian Pilihanraya Negeri Sabah akan tetap sama bilangannya seperti sekarang ini. Sememangnya menjadi salah satu matlamat Kerajaan Persekutuan untuk berusaha memajukan Labuan sebagai satu pusat pentadbiran dan pertumbuhan yang dinamik. Bersesuaian dengan matlamat ini, Kerajaan akan terus memperkukuh dan memperkembangkan pulau ini bukan sahaja sebagai sebuah pusat pelancongan yang benar-benar menarik, tetapi juga sebagai sebuah pusat 'entreport' yang penting di ASEAN, sesuai dengan kedudukannya sekarang sebagai sebuah pelabuhan bebas cukai. Usaha ini dijangka akan mengerakkan lagi pertumbuhan pelbagai aktiviti ekonomi yang akan menambahkan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan di Labuan. Semuanya ini adalah dalam rancangan Kerajaan Persekutuan yang akan berusaha untuk mencorak dan memesatkan lagi pembangunan pulau ini agar ia menjadi daya penggerak kepada pembangunan di rantau ini. Hasil dari semua usaha ini sudah tentu akan mendatangkan faedah yang besar kepada rakyat Malaysia di rantau ini, khasnya yang berada di Labuan sendiri, serta di Sabah dan juga di Sarawak. Saya mempunyai keyakinan dengan penubuhan Wilayah Persekutuan ini. Labuan akan terus maju dan makmur, menjadi lambang perpaduan di antara rakyat Malaysia di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak bagi mencerminkan kemajuan bangsa dan negara Malaysia yang setanding dengan negara-negara lain yang maju di dunia ini. Saya berdoa mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan memberkati segala usaha kita dan memberikan perlindungan serta taufik dan hidayatnya kepada kita semua pada setiap masa. 315

Dengan ini, saya dengan sukacitanya mengisytiharkan iaitu mulai dari hari ini, 16hb. April, 1984, bersamaan dengan 14hb. Rejab Tahun Hijrah 1404, Wilayah Persekutuan Labuan ditubuhkan. Semoga Wilayah Persekutuan Labuan ini berkekalan sebagai simbol perpaduan, keamanan dan kemakmuran bagi rakyat Malaysia untuk selama-lamanya.

316

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERPISAHAN RASMI OLEH KERAJAAN BAGI KEBAWAH DULI-DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG DI DEWAN BANKUET, BANGUNAN PARLIMEN 23HB. APRIL, 1984

P

atik bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, ingin menyembah junjung kasih kepada Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, di atas limpah perkenan Tuanku berdua berangkat ke Majlis Perpisahan oleh Kerajaan ini kepada Kebawah Duli Tuanku berdua.

Ampun Tuanku, patik bagi pihak Kerajaan dan rakyat sekalian terlebih dahulu ingin merakamkan terima kasih atas jasa dan perkhidmatan Kebawah Duli Tuanku kepada negara sejak 5 tahun yang lalu. Negara kita telah mengalami kemajuan pesat dalam semua lapangan seperti ekonomi, sosial dan pendidikan, semasa di bawah naungan Kebawah Duli Tuanku. Walaupun negara ini telah sama-sama mengalami kesan kemelesetan ekonomi dunia tiga tahun yang telah lalu, Kerajaan di bawah naungan Tuanku telah berjaya mengurangkan kesan itu, bahkan negara telah berjaya maju ke hadapan dengan kadar yang sederhana. Patik sekalian sungguh menyanjung tinggi minat Tuanku dalam beberapa lapangan. Kebawah Duli Tuanku memang layak sekali digelar sebagai 'peminat sukan utama'. Minat Tuanku itu dapat disaksikan oleh rakyat, bukan sahaja tatkala Kebawah Duli Tuanku beramah mesra dengan ahli-ahli sukan negara ini, bahkan dapat disaksikan juga tatkala Tuanku sendiri menyertai bersama di dalam beberapa permainan yang diadakan, sama ada di ibu kota ataupun di tempat-tempat lain. Bahkan Kebawah Duli Tuanku merupakan seorang Raja yang telah mengetuai Persatuan bolasepak peringkat negeri yang ulung sekali di negara ini. Di samping itu patik dan rakyat sekalian sungguh menyanjung tinggi apabila Kebawah Duli Tuanku berkenan dijadikan ahli kehormat seumur hidup Persatuan Bolasepak Malaysia, iaitu Raja yang ulung juga dianugerahkan dengan kehormatan dalam bidang sukan bolasepak di negara ini. Patik dan Kerajaan mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan setinggi tahniah kepada Kebawah Duli Tuanku di atas penganugerahan pingat emas 'Olympic Order' oleh Majlis Olimpik Antarabangsa baru-baru ini. Melalui arena sukan inilah Kebawah Duli Tuanku dapat mendekati hati kecil nurani bukan sahaja peminat-peminat sukan tanahair, bahkan juga rakyat jelata negara ini. Kebawah Duli Tuanku terkenal juga sebagai seorang peminat kesusasteraan dan mengambil berat tentang perkembangannya. Kebawah Duli Tuanku bukan sahaja 317

menghadiri sendiri beberapa upacara dan perjumpaan kesusasteraan, tetapi pernah juga membaca puisi dan sajak di upacara-upacara tersebut. Patik dan rakan-rakan lain menganggap minat Kebawah Duli Tuanku itu sebagai penggalak utama kepada perkembangan kesusasteraan di negara ini sejak lima tahun yang lepas. Patik berharap minat Kebawah Duli Tuanku akan terus menjadi penggalak kepada perkembangan bidang ini di masa hadapan. Patik dan anggota-anggota Kerajaan ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kebawah Duli Tuanku kerana telah memberi panduan dan galakan dalam beberapa perkara semasa patik dan anggota-anggota Kerajaan menjalankan tugas harian mentadbir negara ini. Patik yakin Kebawah Duli Tuanku akan terus memberi sumbangan bagi kesejahteraan negara pada masa hadapan. Patik bagi pihak Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Kebawah Duli Tuanku di atas peranan yang dimainkan oleh Kebawah Duli Tuanku menjadi 'Duta Di-Raja' kepada negara ini. Kebawah Duli Tuanku telah melakukan beberapa lawatan ke luar negeri dan negara ini menerima manfaatnya dengan lebih dikenali oleh rakyat di negara-negara yang dilawati oleh Kebawah Duli Tuanku itu. Kebawah Duli Tuanku telah juga menaikkan imej negara ini melalui kemesraan Kebawah Duli Tuanku tatkala berkenan menerima kunjungan pelawat-pelawat utama dari luar negeri. Patik bagi pihak Kerajaan dan rakyat, berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala mencucuri rahmat ke atas Kebawah Duli Tuanku. Patik berdoa semoga Kebawah Duli Tuanku akan terus aktif di dalam bidang yang diminati oleh Tuanku seperti sukan dan kesusasteraan. Menjelang keberangkatan Kebawah Duli Tuanku ke Negeri Pahang, patik berdoa semoga negeri Pahang dan rakyatnya akan terus makmur. Patik bagi pihak Kerajaan dan rakyat juga ingin merakamkan penghargaan dan junjungan kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang sentiasa menjadi inspirasi kepada kesejahteraan negara ini. Di samping selalu berada di sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Tuanku Raja Permaisuri selalu berkenan menghadiri upacara perasmian di ibu negara ini dan di tempat-tempat lain. Patik dan rakyat sekalian berdoa semoga Kebawah Duli Tuanku Raja Permaisuri Agong akan dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu Wataala. Sekali lagi patik bagi pihak Kerajaan dan rakyat menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kerana sudi berangkat ke Majlis Perpisahan rasmi ini.

318

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PERHIMPUNAN HARI BELLA NEGARA DI STADIUM JALAN RAJA MUDA KUALA LUMPUR, 15HB. MEI, 1984

K

ita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama di upacara yang begitu bermakna kepada belia negara ini. Saya mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kerana sudi mengundang saya untuk merasmikan Hari Belia Negara 1984 ini.

Saya perhatikan bahawa Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengekalkan tema perayaan Hari dan Minggu Belia tahun lepas iaitu "Belia Berdisiplin Negara Progresif'. Pengulangan tema ini adalah wajar kerana kebahagiaan belia serta peranannya sebagai golongan pelapis yang menyakinkan bergantung kepada disiplin. Tanpa disiplin tenaga belia tidak dapat dipadukan. Tenaga yang tidak dipadukan tidak mungkin menggerakkan negara ke arah kemajuan. Statistik menunjukkan bahawa 76% penduduk di negara kita ini adalah di bawah umur 35 tahun. Terdapat lebih kurang 4.6 juta belia yang berumur di antara 15 hingga 34 tahun. Dari ini adalah jelas belia merupakan sebahagian besar penduduk di negara ini, dan tenaga belia menjadi sumber yang penting bagi Pembangunan negara. Lebih berdisiplin belia, lebih mudah mereka dilatih, dan lebih tinggi lagi nilai sumbangan yang boleh diberi oleh mereka kepada negara. Oleh kerana inilah maka kita sering mendengar slogan seperti "Belia Harapan Bangsa", "Belia Tunggak Negara", "Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok", "Belia Erat Negara Aman", "Belia Bersatu Negara Maju" dan lain-lain lagi. Memandang kepada hakikat inilah maka Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada aspirasi golongan muda, dan berusaha melengkapkan mereka dengan segala pengetahuan dan kecekapan yang diperlukan oleh mereka. Insya-Allah, apabila sampai giliran bagi belia mengambilalih tempat orang dewasa, negara tidak perlu khuatir kerana mereka layak dan mampu membangunkan negara dengan lebih pesat lagi. Kerajaan mengalu-alukan sumbangan yang diberi oleh belia kepada Pembangunan negara dan kebajikan masyarakat. Melalui persatuan-persatuan belia dan badanbadan kebajikan, secara langsung dan tidak langsung, belia telah berjaya membantu Kerajaan dalam berbagai bidang Pembangunan. Di samping itu melalui aktiviti sukan, belia bukan sahaja memelihara kesihatan badan, tetapi kejayaan mereka dalam berbagai pertandingan telah meningkatkan imej negara. 319

Walaupun demikian, kita tidak boleh berpuas hati kerana belia serta negara masih menghadapi bermacam-macam masalah. Di antaranya ialah merebaknya penyalahgunaan dadah di kalangan belia. Mereka yang terlibat menjadi beban bukan sahaja kepada keluarga mereka tetapi juga kepada masyarakat dan negara. Jika tidak dihentikan dengan cepat, penyalahgunaan dadah ini akan membawa maut sebelum belia itu mengenai hidup dewasa. Dadah adalah satu malapetaka yang perlu diperangi oleh belia secara habishabisan. Jika tidak, mungkin tidak akan ada pengganti kepada orang dewasa yang ada sekarang. Tidak akan ada kepala keluarga apabila ayah dan ibu meninggal. Tidak akan ada pengganti kepada anggota masyarakat yang ada sekarang. Dan akhirnya akan tamatlah riwayat bangsa. Belia yang insaf dan bertanggungjawab tidak boleh membenarkan malapetaka dadah ini menimpa masyarakat kita. Tindakan yang positif mesti diambil. Lebihkan kegiatan persatuan supaya minat kepada persatuan serta aktivitinya menyekat mudamudi dari tercebur dengan jenayah dadah. Dekatkan diri dengan ibubapa dan keluarga ahli persatuan supaya kebebasan tidak melampaui batas. Tingkatkan kegiatan sukan supaya terpelihara dari kegiatan yang tidak sihat. Satu lagi cabaran yang terbesar bagi rakyat Malaysia ialah mewujudkan perpaduan kaum dan membentuk satu bangsa yang berdaulat. Dasar-dasar Kerajaan seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara merupakan beberapa dasar pokok yang bertujuan membentuk satu bangsa, tanpa menghapuskan identiti dan kebudayaan kaum-kaum yang berada di Malaysia. Tugas ini amatlah berat tetapi matlamat ini bukanlah perkara yang mustahil jika ada minat dan usaha. Belia dari semua kaum harus mengadakan lebih banyak kegiatan yang membawa kepada aktiviti bersama. Ini perlu kerana kebanyakan dari persatuan belia dikhaskan untuk kaum-kaum yang khusus. Pertandingan antara persatuan-persatuan belia dari berbagai kaum perlu diadakan dengan semangat kesukanan dan persaudaraan. Yang penting bukan kemenangan tetapi peluang untuk bercampur-gaul dan beramah mesra. Untuk menentukan usaha ini mencapai matlamatnya, persatuan belia perlu diberi kursus berkenaan dengan adat-resam dan sensitiviti kaum masing-masing. Belia mestilah melatih diri supaya sensitif kepada pantang-larang masing-masing. Janganlah sengaja mencari amalan yang boleh memisahkan belia dari berbagai kaum. Pada hemat saya, sempena dengan Tahun Antarabangsa Belia pada tahun hadapan, satu program yang berkesan untuk belia hendaklah diwujudkan, terutamanya bagi meningkatkan lagi minat kaum belia menyertai pertubuhan-pertubuhan belia. Saya difahamkan bahawa sehingga kini, hanya lebih kurang 1.3 juta belia yang menjadi ahli dalam berbagai pertubuhan belia yang berdaftar di negara ini. Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan seharusnyalah berusaha dengan lebih giat lagi supaya dapat menarik para belia menyertai 320

pertubuhan-pertubuhan belia. Penyertaan belia dalam organisasi belia dan pertubuhan sukarela yang lain, hendaklah disemai di kalangan belia kita sejak di peringkat persekolahan lagi. Pelajar-pelajar di semua peringkat persekolahan, termasuk pusat pengajian tinggi, hendaklah digalakkan menyertai atau memimpin sesuatu organisasi di peringkat masing-masing. Menyentuh tentang belia umumnya, saya merasakan amat perlu bagi Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memberi perhatian kepada para belia di bandar. Mereka ini memerlukan bimbingan dan penyesuaian dengan nilai hidup di bandar. Pembangunan bandar tidak akan mencapai matlamat sebenarnya sekiranya gejala-gejala masyarakat di bandar tidak dibendung ke arah kehidupan yang baik, sesuai dengan kebudayaan di negara ini. Sepertimana kita semua maklum, negara sedang berusaha untuk menjadikan bandar-bandar kita lebih selesa sebagai tempat tinggal untuk lebih ramai rakyat dalam negara ini. Semakin maju negara, semakin besarlah bandar dan semakin ramai penduduknya. Tetapi jika keadaan di bandar hodoh dan kotor, penambahan penduduk bukan sahaja akan menambahkan masalah tetapi akan memburukkan lagi keadaan di bandar. Sebenarnya tidak ada bandar yang boleh bersih dan cantik semata-mata kerana adanya kakitangan dan pekerja yang ditugaskan. Kebersihan bandar bergantung kepada tabiat penduduknya. Jika kebersihan menjadi sebahagian dari tabiat penduduk, maka bersihlah bandar. Oleh itu, adalah penting kita mendidik muda-mudi kita supaya menghargai kebersihan dan mempunyai "civic pride" terhadap bandar-bandar di mana mereka tinggal. Persatuan belia hendaklah memainkan peranan yang aktif dalam memupuk nilai-nilai yang baik ini supaya bukan sahaja kita akan hidup sempurna tetapi tidak akan berasa malu dengan keadaan negara kita. Sementara menunggu nilai yang baik diserapkan, kumpulan-kumpulan belia hendaklah memainkan peranan dalam kempen-kempen kebersihan. Mereka tidak perlu menunggu sehingga kempen diadakan, tetapi hendaklah mengadakan kempen mereka sendiri sepanjang masa. Saya mengalu-alu dan mengucapkan syabas kepada Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kerana telah mengambil tindakan yang konkrit menganjurkan program 'Kempen Gerak Belia' di seluruh negara. Saya percaya ini bukanlah semata-mata sebagai satu program Tahun Belia Antarabangsa, tetapi sebaliknya Kempen Gerak Belia' ini adalah program jangka-panjang yang teratur dan sistematik yang akan memberi kesan. Semua agensi Kerajaan serta pertubuhan belia di semua peringkat di seluruh negara diharapkan dapat turut sama membantu dan bekerjasama dalam menjayakan Kempen Gerak Belia' di peringkat masing-masing. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Hari Belia Negara tahun ini, dan sempena upacara ini saya juga merasmikan pelancaran Kempen Gerak Belia Negara.

321

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PEMBUKAAN MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN DI STADIUM KUBU, MELAKA 15HB. MEI, 1984/14 SYAABAN 1404

S

aya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah dan kurniaNya Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun ini dapat diadakan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur kerana menjemput saya untuk menyampaikan sepatah dua-kata dan seterusnya untuk merasmikan Musabaqah ini.

Saya sangat tertarik dengan tema Musabaqah Membaca Al-Quran tahun ini, iaitu 'Berilmu, Berusaha Tuntutan Al-Quran'. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ilmu pengetahuan memainkan peranan yang utama dalam membentuk peribadi seseorang. Ilmu pengetahuan menjadi pengukur yang penting di dalam menilai kualiti seseorang. Orang yang berilmu akan memberi manfaat bukan sahaja kepada dirinya sendiri, tetapi juga kepada orang lain. Lantaran itu memanglah kena pada tempatnya jika orang yang berilmu itu mendapat tempat yang terhormat dan dipandang mulia oleh masyarakatnya. Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang yang berjasa dalam tamadun kemanusiaan, adalah mereka yang berilmu pengetahuan yang tinggi dan berusaha untuk beramal dengan ilmu tersebut. Nama-nama seperti Ibn Farabi, Ibn Taimiyiah dan Imam Ghazali adalah sebahagian kecil daripada tokoh-tokoh dalam tamadun Islam yang boleh dijadikan bukti. Sebenarnya banyak contoh yang hampir dengan kita yang dapat dilihat, direnung dan difikirkan untuk dijadikan pengajaran. Sesuatu kejayaan, kebaikan dan keselesaan hanya dapat dicapai melalui persiapan ilmu yang lengkap dan sempurna. Sesungguhnya keperluan terhadap ilmu tidak sama sekali dibatasi oleh sempadan geografi, bangsa atau warna kulit. Sebab itu kita dapat melihat semua bangsa di dunia ini terus berlumba-lumba untuk mencari ilmu, kerana mereka tahu bahawa tanpa ilmu pengetahuan, masa depan mereka akan tercabar. Semangat inilah yang mesti ada pada umat Islam, lebih-lebih lagi di zaman yang serba mencabar seperti sekarang. Baik buruk dan maju-mundur umat Islam adalah terserah kepada umat Islam sendiri, kerana Allah Subhanahu Wataala tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa kecuali bangsa itu sendiri yang mengubahnya. Menuntut ilmu pengetahuan merupakan satu tugas utama kepada manusia. Dengan ilmu pengetahuan, manusia akan dapat membezakan yang baik dengan yang buruk, yang berfaedah dengan yang tidak. Malahan peranan ilmu pengetahuan dalam kehidupan manusia lebih jauh dari itu. Orang yang berilmu pengetahuan akan dapat mengatur segala perancangan dan program-program dalam kehidupan sehariannya 322

dengan tersusun, kemas dan praktik. Orang yang mementingkan ilmu pengetahuan tidak akan jemu dan bosan untuk mempelajari apa sahaja ilmu pengetahuan yang boleh memberi manfaat kepada diri dan juga masyarakatnya. Lantaran itu, mereka tidak akan mensia-siakan masa begitu sahaja tanpa memberi apa-apa faedah. Islam sebagai agama yang sempurna dan lengkap yang berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. amat menidkberat terhadap ilmu pengetahuan. Menuntut ilmu pengetahuan merupakan satu kewajipan bagi setiap orang Islam. Demikianlah pendngnya ilmu pengetahuan dalam Islam sehingga wahyu yang pertama yang diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w. ialah "Iqraa"' iaitu "Baca". Pada ketika itu belum ada Al-Quran yang hendak dibacakan. Yang ada ialah buku-buku ilmu yang lain. Lantaran itu, apabila tabiat suka membaca dan menulis itu menjiwai diri seseorang, maka ia akan memperolehi banyak pengetahuan, yang mana ia boleh menjadi panduan kepadanya dan kepada masyarakatnya. Lebih banyak pengetahuan yang diperolehi, lebih banyaklah manfaat yang akan didapati. Sudah tentu masyarakat yang mempunyai lebih ramai orang yang terpelajar dan berpengetahuan, maka lebih maju dan bahagialah masyarakat itu. Sebaliknya jika masyarakat itu mundur, maka bilangan orang yang terpelajar tentulah berkurangan. Dan masyarakat Islam yang mundur menjadi demikian kerana mereka tidak berpegang kuat kepada kehendak agama Islam supaya lebih membaca - iaitu lebih mengejar pengetahuan yang bermanfaat. Suruhan dan tuntutan di sini bukanlah bererti sebarang buku dan apa sahaja ilmu perlu dipelajari. "Knowledge for the sake of knowledge" atau "Mengejar ilmu kerana ilmu" bukanlah slogan yang secucuk dengan agama Islam. Pengetahuan yang dituntut oleh Islam ialah yang boleh membawa kepada kebaikan ataupun yang boleh memberi perlindungan kepada orang Islam. Di samping ilmu yang ada kaitan secara langsung dengan keimanan dan amal-ibadat, orang Islam perlu juga mempelajari ilmu yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan mereka. Al-Quran menuntut supaya kita perhatikan langit dan bumi dan haiwan yang dijadikan oleh Tuhan. Kerana perhatian ke langitlah yang orang Islam boleh belayar menyeberangi lautan dan mengembangkan Islam. Tanpa kebolehan ini maka Islam akan terhad kepada Semenanjung Arab sahaja, dan orang Melayu akan kekal dengan kejahilan mereka. Bintang di langit tidak menambah pengetahuan agama, tetapi kerana bintang di langit, Islam berkembang dengan luasnya. Begitu juga kerana gelombang radio, ajaran agama dapat disampaikan kepada tiap-tiap rumah orang Islam setiap hari, walaupun berjauhan dari pensyarah agama. Pengetahuan tentang bintang di langit dan gelombang radio di angkasa adalah penting dan secara tidak langsung dituntut oleh agama. Dari sini jelas bahawa tuntutan Islam dalam mempelajari dan menuntut ilmu pengetahuan itu, bukanlah setakat ilmu-ilmu yang membicarakan masalah-masalah berhubung dengan iman dan amal-ibadat, atau halal-haram dan sah-batal semata-mata. Ilmu-ilmu lain yang penting untuk kesejahteraan manusia juga dituntut oleh Islam. Di samping itu, harus kita ingat bahawa walaupun ada ilmu yang boleh mendatangkan keburukan, ini bukanlah disebabkan oleh ilmu itu sendiri. Keburukan ilmu itu datang 323

dari penyalahgunaannya. Sepertimana sebilah pisau boleh mengukir patung dari kayu, pisau yang sama boleh juga mengukir khalimah "Laillaha Illallah, Muhammad Rasulullah". Yang salah bukannya pisau tetapi pengukir yang mengukir patung. Yang melakukan kebaikan juga pengukir, bukannya pisau. Begitu juga dengan ilmu pengetahuan. Menuntut ilmu pengetahuan, selain dari memberi faedah yang dapat dilihat semasa hidup di dunia ini, juga dijamin oleh Allah Subhanahu Wataala dengan beberapa ganjaran di akhirat. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang keluar kerana menuntut ilmu akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berjuang pada jalan Allah sehingga ia kembali". Terdapat beberapa kelebihan bagi orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Orang yang berilmu biasanya berfikiran lebih maju dan rasional. Ia dapat mengatasi masalah dengan lebih mudah. Sudah tentu ia dapat memberi pertolongan yang lebih wajar dan berkesan kepada masyarakatnya. Dengan demikian, bukan sahaja ia hidup lebih bahagia tetapi masyarakat juga dapat menumpang berlindung dengan pengetahuannya. Ilmu mempunyai kaitan yang rapat dengan usaha. Usaha tanpa ilmu tidak akan membuahkan hasil yang baik dan kadangkala boleh membahayakan diri sendiri. Demikianlah juga ilmu tanpa usaha, ia akan jadi beku dan tidak berfaedah. Pepatah Arab mengatakan bahawa: "ilmu tanpa usaha, gila; dan berusaha tanpa ilmu bererti sia-sia". Kedudukan berusaha dalam Islam adalah sama dengan nilai ilmu pengetahuan, selagi seseorang itu berkemampuan untuk melakukannya. Islam sangat menyanjung umatnya yang rajin bekerja seperti sabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "sesungguhnya Allah itu cinta kepada orang mukmin yang bekerja (iaitu tidak menganggur)". Berusaha untuk menyara kehidupan yang sempurna adalah perkara yang diwajibkan oleh Al-Quran bagi seseorang orang Islam. Surah Al-Jumu'ah, Ayat 10 menyatakan: "kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertaburanlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)". Ayat yang ringkas ini memberi pengertian kepada kita bahawa Islam tidak menyuruh kita sembahyang sehingga tidak berhenti untuk mencari rezeki dari kurniaan Tuhan. Sebaliknya selepas sembahyang Jumaat pun, kita disuruh pergi ke sana-sini untuk mendapatkan kurniaan Tuhan - iaitu hasil kerja yang halal. Dalam Islam masa ditentukan untuk ibadat-ibadat yang wajib. Penentuan ibadat kepada yang wajib dan yang sunat, serta penentuan masa bagi yang diwajibkan, tentulah kerana Islam mahu penganutnya mendapat masa yang lapang untuk urusan lain, seperti mencari nafkah. Jika tugas dan kerja kita bercanggah dengan kegiatan keagamaan, seperti mendengar syarahan atau zikir dan wirid yang berpanjangan, sebabnya 324

bukanlah kerana kita sengaja ingin menjadikan ibadat sebagai alasan untuk kita mengelak dari menjalankan tugas atau bekerja. Sebenarnya ibadat yang diwajibkan oleh Islam adalah begitu mudah dan singkat, dan mempunyai beberapa kelonggaran. Dengan itu, tidak ada sebab kenapa ibadat boleh menghalang kerja atau kerja menghalang ibadat. Jikalau ada pertembungan antara ibadat yang wajib dengan kerja kita, maka ini adalah perbuatan kita sendiri. Islam tidak boleh disalahkan jika orang Islam ketinggalan dalam menuntut ilmu atau mencari nafkah. Penjelasan ajaran Al-Quran mengenai ilmu pengetahuan dan berusaha adalah berhubung rapat dalam menentukan taraf kehidupan manusia di dunia ini, dan seorang Islam yang beriman mestilah yakin bahawa kehidupan di dunia ini bukan berakhir dengan kematian, malahan akan dibangkitkan semula dengan satu kehidupan yang abadi. Maka sudah semestinyalah kita umat Islam, di samping beribadat dan selalu mengingati Allah, melengkapkan diri dengan berbagai ilmu pengetahuan, dan berusaha memajukan diri kita sepanjang masa. Kehidupan dan kesenangan dunia hendaklah dijadikan jambatan untuk mencapai kebahagiaan di akhirat. Ingatlah kemiskinan adalah hampir kepada kekufuran. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Melaka yang telah menganjurkan Musabaqah Membaca Al-Quran pada tahun ini. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pusat Musabaqah, Yang Berbahagia Datuk Seri Haji Kamaruddin, dan seluruh ahli jawatankuasa yang bekerja keras sehingga majlis yang mulia ini dapat dijalankan. Saya berdoa semoga Musabaqah pada tahun ini akan meninggalkan kesan yang lebih bermakna kepada umat Islam, bukan sahaja di Melaka tetapi juga di seluruh negara. Akhir kata, dengan nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang, saya dengan sukacitanya mengisytiharkan Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali yang Ke-26 ini dibuka dengan rasminya.

325

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN PEMBUKAAN PAMERAN TAMADUN ISLAM DI MUZIUM NEGARA, KUALA LUMPUR 21HB. MEI, 1984

S

aya amat berbangga dengan usaha dan inisiatif Muzium Negara dan Berita Harian untuk menganjurkan Pameran Tamadun Islam, dan juga terhadap sokongan yang diberi oleh berbagai pihak, individu dan golongan bagi menjayakannya. Usaha ke arah membina negara Malaysia yang makmur dan berjaya, dengan masyarakat progresif yang mengamalkan nilai-nilai mulia dan tinggi, serta berkemampuan dalam semua bidang tidak boleh dilaksanakan semata-mata oleh Kerajaan. Usaha ini memerlukan sokongan dan penglibatan semua pihak. Pameran Tamadun Islam menggambarkan kemampuan berbagai pihak di negara kita untuk bekerjasama ke arah mencapai matlamat murni negara. Dengan ini maka terlaksanalah konsep 'Malaysia Incorporated'.

Pameran tamadun Islam bertujuan untuk memperkenalkan kepada orang Islam dan bukan Islam di Malaysia tentang perkembangan seni dan kebudayaan, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, dan lain-lain kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam semenjak Nabi Muhammad s.a.w. diutus sebagai Rasulullah untuk menyampaikan agama Islam. Tiada sesiapa yang melihat pameran ini yang tidak akan kagum dengan pencapaian orang Islam di zaman silam. Mungkin ramai yang tidakpun tahu bahawa adanya begitu banyak kemajuan masyarakat Islam dalam bidang-bidang yang sekarang ini dikuasai oleh orang-orang Barat. Sudah tentu sebilangan daripada orang Islam akan berasa bangga dengan sejarah tamadun Islam. Walaupun demikian, pameran ini tidak boleh dianggap berjaya jika orang Islam yang menyaksikannya cuma berbangga dengan apa yang dilihat. Masyarakat yang bermegah-megah dengan kegemilangan sejarahnya adalah masyarakat yang sudah menjadi mundur dan tidak lagi dapat berbangga dengan keadaannya sekarang. Sebenarnya masyarakat Islam termasuk dalam kategori ini. Zaman keagungan Islam sudah lepas, dan sekarang ini walaupun orang Islam kaya, mereka secara langsung dan tidak langsung dijajah oleh orang lain. Dan mereka tidak berupaya untuk melepaskan diri mereka daripada penjajahan ini. Pameran ini hanya boleh dianggap berjaya jika ia dapat menyedarkan orang Islam tentang warisan mereka, tentang kelemahan mereka sekarang berbanding 326

dengan dahulu, dan membangkitkan semangat untuk sekali lagi berusaha supaya zaman kegemilangan Islam kembali semula. Jika dahulu orang Islam dapat menegakkan tamadun yang meliputi seluruh dunia, tidak ada sebab mengapa tamadun Islam tidak boleh sekali lagi mempengaruhi dunia. Islam telah berkembang secara besar-besaran di luar dari Semenanjung Arab selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Demikianlah luasnya perkembangan ini sehingga Sepanyol dan Peranchis di Barat dan China serta Filipina di T i m u r termasuk dalam wilayah Islam. Orang-orang Islam yang membawa tamadun Islam ke tempat-tempat ini bukan sahaja arif dalam bidang agama tetapi telahpun menerap dan meneroka bermacam-macam ilmu baru. Daripada orangorang Arab Jahiliah yang cuma tahu menggunakan unta dan kuda untuk menyeberangi padang pasir, mereka sudah menjadi satu bangsa yang tahu menyeberangi laut dengan menggunakan 'celestial navigation', mencipta dan menggunakan kompas, pakar dalam bidang astronomi, "architecture', mengubat bermacammacam penyakit, membedah, mengguna logam, mencipta ilmu hisab baru termasuk Aljibra, mengkaji Alchemy dan bermacam-macam lagi ilmu selepas memeluk agama Islam. Adalah jelas bahawa agama Islam telah membuka mata dan hati orang Arab Jahiliah yang memeluk agama Islam sehingga mereka menjadi bangsa yang berjaya. Islam tidak menutup pintu kepada ilmu, sebaliknya telah membuka peluang kepada orang Islam supaya menuntut ilmu dan menggunakannya untuk mendirikan satu tamadun yang teragung sekali. Ilmu yang sudah ada pada orang-orang Greek dan tamadun lain telah dipelajari, diselidiki dan ditokok-tambah sehingga akhirnya orangorang Eropah terpaksa pergi ke universiti-universiti dalam empayar Islam untuk menuntut ilmu. Pameran ini dapat menunjukkan sebahagian kecil sahaja daripada hasil ilmu yang dikuasai dan dimiliki oleh orang-orang Islam yang menjadikan tamadun Islam begitu gemilang. Malangnya selepas lapan ratus tahun, tamadun Islam di Barat Eropah telah merosot. Di Timur Eropah pula kemerosotan mula berlaku dalam abad ke-18, dan di Asia Tengah pada suku abad yang pertama abad ini. Proses kemerosotan ini masih berlaku, dengan banyak wilayah Islam yang terlepas ke tangan orang, dan orang-orang Islam tidak dapat menegak dan mempertahankan tamadun mereka. Jikalau dahulu orang Eropah terpaksa mencari ilmu dari universiti-universiti Islam, hari ini tidak kurang daripada 300,000 penuntut Islam terpaksa menuntut ilmu yang dahulu diterokai oleh orang Islam di universiti-universiti bukan Islam. Di samping itu ramai pula orang Islam yang berhijrah dan terpaksa tinggal di negara-negara bukan Islam kerana keadaan di negara mereka sendiri tidak sempurna. Kemerosotan tamadun Islam berpunca daripada dua perkara. Yang pertama ialah pemimpin-pemimpin negara Islam yang memerintah mengikut sistem feudal telah khayal dengan kemewahan hidup mereka sehingga lupa kepada ajaran327

ajaran Islam. Mereka ini menyimpan beratus gundek untuk memenuhi kehendak nafsu mereka, sementara pemerintahan tidak dipedulikan. Yang kedua ialah wujudnya kumpulan-kumpulan ulamak yang membawa tafsiran Islam yang sempit. Mereka ini menolak semua ilmu lain sebagai sekular melainkan yang khusus berkenaan dengan agama. Dunia ini kata mereka ialah untuk orang kafir. Dengan ini maka perkembangan ilmu pengetahuan yang telah menolong menegakkan tamadun Islam dan menyebar Islam ke seluruh duniapun tersekat. Semakin lama semakin kurang bilangan orang-orang Islam yang terpelajar dalam bidang sains, teknologi, hisab dan lain-lain. Sementara itu, tafsiran agama semakin lama semakin sempit sehingga Islam terhad kepada ibadat dan soal-soal seks. Soal ilmu pengetahuan, pertahanan, kemasyarakatan, kebajikan dan lain-lain yang menjadi asas peradaban sesuatu masyarakat tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Sementara kemerosotan berlaku di negara-negara Islam, orang orang Eropah telah melalui satu proses pertukaran yang amat besar kesannya kepada tamadun Islam. Di zaman kegemilangan Islam, orang Eropah berada dalam "Dark Ages' atau zaman kegelapan. Agama mereka melarang mereka daripada mempelajari berbagai ilmu kerana dikatakan bertentangan dengan kuasa Tuhan. Dengan itu tamadun mereka tidak bergerak dan mereka terus jahil. Jika ada sesiapa yang cuba meneroka ilmu baru, ianya mungkin dibakar hidup-hidup. Tetapi, ada diantara mereka yang membelakangkan larangan ini dan telah belajar di universiti-universiti Islam atau meneliti buku-buku ilmiah karya saintis Islam. Apabila negara-negara Islam ditewas, ilmu yang ada pada orang Islam telah dirampas oleh orang Eropah dan mereka mula mempelajari ilmu-ilmu ini dengan meluas. Inilah permulaan 'The Renaissance' atau zaman Kelahiran Semula' orang Eropah. Mereka telah memperluaskan bidang pelajaran dan menggunakan pengetahuan yang mereka perolehi untuk menyerang wilayah-wilayah Islam. Di penghujung abad ke-19 dan permulaan abad ke-20 telah kelihatan kehancuran tamadun Islam di tangan orang Eropah. Hampir semua negara Islam dijajahi. Apa yang dnggal, ialah beberapa bangunan dan khazanah yang membuktikan tamadun Islam di zaman yang telah berakhir beratus tahun dahulu. Pameran ini memberi peluang kepada semua pihak menyaksi dan memahami tamadun Islam. Orang-orang Islam boleh berbangga dengannya tetapi tidak boleh khayal. Orang Islam sepatutnya menjadikan pameran ini sebagai peringatan tentang tugas dan tanggungjawab mereka. Di zaman ini pun terdapat kedua-dua faktor yang saya sebutkan tadi. Ada kekayaan yang mengkhayalkan pemimpin-pemimpin beberapa negara Islam sehingga mereka lupa akan ajaran Al-Quran. Dan ada juga kumpulan yang cuba menghalang pelajaran ilmu pengetahuan yang tidak khusus mengenai agama. Dengan adanya kedua-dua faktor ini, tamadun Islam tidak mungkin mencapai kegemilangan yang diidamkan. Jika kita tidak mahu menjadi bahan pameran kelemahan tamadun Islam abad ke-15 Hijrah oleh zuriat-zuriat kita, kita harus hapuskan kedua-dua faktor tadi, dan kira jadikan sebagai teladan orang-orang seperti Ibn Khaldum, Ibn Rushdi, Ibn Sina, Musa A l Khwarizmi, Ibn Batuta, Tariq ibn Ziyad dan lain-lain tokoh Islam yang telah menjadikan 328

tamadun Islam begitu gemilang sehingga kita kagum dan boleh menumpang bangga dengannya. Jika kita dapat mencontohi mereka dan membawa balik zaman kegemilangan Islam, maka dapatlah kita berkata bahawa pameran ini sedikit sebanyak telah berhasil. Sebenarnya kebangkitan tamadun Islam yang baru dan cemerlang bukanlah satu perkara yang mustahil. Kita mempunyai cerdik-pandai yang hampir setanding dengan tokoh-tokoh yang saya sebutkan tadi. Tetapi, kita tidak memberi galakan dan peluang kepada mereka. Kerana kita tidak menghargai mereka, maka kita tidak mengadakan kemudahan untuk mereka menjalankan kajiselidik mereka dan kita tidak memberi upahan yang wajar. Demikianlah rendahnya nilai mereka dalam masyarakat Islam sehingga ramai daripada mereka terpaksa berhijrah ke Eropah dan Amerika yang sanggup membekalkan apa yang diperlukan oleh mereka. Sudah tentu hasil karya mereka diperolehi oleh negara-negara yang memberi tempat kepada mereka. Alangkah ruginya orang Islam apabila ini berlaku. Sementara itu satu kempen sedang dijalankan untuk menghapuskan ilmu yang kononnya sekular, walaupun ilmu-ilmu ini telah diterokai oleh orang-orang Islam sendiri. Universiti-universiti Islam memberi tumpuan cuma kepada pelajaran agama. Ilmu-ilmu lain tidak mendapat perhatian ataupun diajar secara cetek sahaja, tanpa kajian yang mendalam seperti yang dibuat oleh pakar-pakar Islam di zaman kegemilangan Islam. Jika kita benar-benar menghargai tamadun Islam, maka kita harus berusaha sekarang ini juga untuk memperbaiki kedudukan orang Islam. Pembaziran wang, peperangan sesama sendiri dan kekolotan pandangan terhadap perkembangan ilmu mestilah dihapuskan. Sebaliknya segala kekayaan orang-orang Islam hendaklah diguna untuk menegak semula pengetahuan, kecekapan dan pembangunan umat Islam. Insya-Allah, jika tidak kita sendiri, generasi akan datang mungkin akan dapat menikmati tamadun Islam yang gemilang semula. Bahawa kita tidak mungkin dapat menyaksikannya tidak mengapa. Tugas kita ialah untuk membina asas yang kukuh untuk generasi-generasi yang akan datang dan ini patut menjadi satu tanggungjawab yang mulia yang harus kita pikul dengan bangganya. Ingatlah sesuatu tamadun tidak menjelma dalam sekelip mata. Berpuluh, bahkan beratus tahun akan berlalu sebelum sesuatu tamadun mencapai puncaknya. Tetapi semua tamadun mesti ada permulaan. Apa yang kita harus buat ialah mengambil langkah-langkah permulaan ini. Jika pameran ini dapat menggerakkan kita untuk mengambil langkah ini maka berhasillah ia. Jika tidak maka sia-sia sahajalah segala usaha yang mulia ini. Walaupun saya belum boleh pastikan hasil pameran ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muzium Negara dan Berita Harian kerana menganjurkan Pameran ini. Saya yakin sekurang-kurangnya usaha ini sedikit sebanyak akan memberi sumbangan kepada langkah-langkah Kerajaan untuk mempertingkatkan lagi kefahaman mengenai tamadun Islam di kalangan masyarakat Malaysia. Akhir kata, dengan segala sukacitanya saya membuka Pameran Tamadun Islam ini dengan rasminya

329

SPEECH BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD ON THE THEME 'LEADERSHIP BY EXAMPLE' AT THE JAYCEES' ASIA-PACIFIC REGIONAL CONFERENCE' AT GENTING HIGHLANDS 25TH. MAY, 1984

I

would like to congratulate Jaycees Kuala Lumpur and Jaycees Malaysia for accepting the responsibility of hosting this Jaycees' Asia-Pacific Regional Conference. To the foreign participants of this Conference, I would like to welcome you all to Malaysia and I hope you will enjoy your stay in this country.

This gathering of active and public-spirited young people from Asia and the Pacific region shows the vast potential that this region holds for the future in terms of human resources. This gathering also reflects the spirit of cooperation, friendship and solidarity that exist among the countries and peoples in this area. I am indeed pleased to see that there is a close rapport and understanding as manifested by this Conference today, and it is our duty to ensure that this bond of friendship be further strenghtened. Young people represents an important and dynamic group. As in the case of Malaysia and many other Asia-Pacific countries, the young generation forms a large segment of the population. In other words, youth constitutes a large segment and has an important role to play in improving societal and national well-being. A healthy and dedicated young people would be able to contribute positively towards these goals. Conversely, indisciplined and uncommitted youth would be a liability and a threat to national resilience. The young would have to be instilled with the desire to play a responsible role in society, to preserve cherished traditions, to assist in the development of the nations and to be prepared to make sacrifices if called for in the interest of their societies. This burden is a heavy one and it calls for true dedication, loyalty and commitment. We are today living in a world which while offering hope and optimism, is clouded by uncertainty, insecurity, and instability as a result of events and developments around us. We are not only living in a world where interdependence is needed more than ever before, but we are also living at a time when the world is, metaphorically speaking, shrinking, the result of modern communication and greater interaction among the peoples. The developments in one country would inevitably affect its neighbours, the region and even the world in general. We can never live in isolation. We can no longer ignore what is happening to us or what is happening to our neighbours. 330

If we are living in a world where we have to depend on one another for our progress, for our development and indeed for our survival, it is a matter of urgency that we should place greater emphasis on promoting better understanding and closer contact among ourselves. While it is true that there are numerous efforts taken in this direction, and this Conference today is a good example, nevertheless much more needs to be done if we are to ensure that the world will remain a safe place for us and for future generations. I believe this Conference would also be deliberating on such matters. I have been requested by the organisers of this Conference to share some of my thoughts with you on the theme of 'Leadership by Example'. We in Malaysia place great importance on this. As a developing country where waste cannot be afforded, effective leadership at every level becomes an important ingredient for our success. We realise that strong, dedicated and responsible leadership is the only way to motivate and guide the people. Of course, leaders being human are not perfect. But they should at least try to be perfect. Then their inadvertent mistakes may be overlooked. However, it is also important to understand that those who follow should not pick on the bad examples as a reason for rejecting the good examples shown by leaders. If this is done then 'Leadership by Example' will be impossible. It is with this recognition tiiat we in Malaysia are making a serious effort to inculcate the value of 'Leadership by Example'. It is hoped that our approach will prompt the birth of a more responsive and responsible leadership, consistent with the emphasis on a clean, effective and trustworthy Government. Whoever we are —whether we are politicians, administrators, entrepreneurs, teachers, etc, we must try to practise the qualities of good leadership. Only if we practise what we want others to practise would we be respected and followed. Leadership is not an inherent trait. It can be cultivated and nurtured over a period of time. Although a few may have these leadership qualities in them, but for most others, they need to be trained and developed as good leaders. 'Leadership by Example' means a process of instilling and nurturing the required leadership qualities through practice by those in positions of authority or those aspiring to such positions. Good behaviour, morality and deeds will have to be shown by the superiors to guide and inspire subordinates and others. Undesirable behaviour and values must be discouraged before they become pervasive and entrenched. Such behaviour and qualities would include idleness, extremism, intolerance and passive thinking which are disruptive and unproductive. To lead by setting good examples is an effective way to ensure that good practices are practised by all. It is pointless for leaders or superiors urging others to do good, if they themselves do not practise what they preach. It is a heavy responsibility to set good examples, but to those who are sincere and energetic, and who wish to see his or her country developing progressively and peacefully, this responsibility or challenge will be shouldered with grit and determination. 331

Each and everyone of us are leaders in our own right, while at the same time, we are also followers. As every Jaycees member would appreciate, each of us have our leaders and at the same time we have subordinates. In the years ahead, some of us will be holding more responsible positions. Hence, besides expecting our 'bosses' to set good examples, we have to do the same. A l l in all, everyone in an institution or organisation has to be conscious of good deeds, high morality and respectability. Even the lowest official has a responsibility to show exemplary behaviour. I have made the call for leadership by example mainly to civil servants and political leaders in this country thus far. But I would like to emphasise here that anything good and exemplary has no limit or boundary, and it is hoped that these good behaviour would be practised by all Malaysians. You as members of Jaycees are often in the fore-front of your communities. You have through your various programmes provided outstanding leadership qualities. Therefore, what I have mentioned earlier is not really new to you because you yourself have been cultivating and practising these values. It is my hope that members of Jaycees desirous in serving the community and society would continually strive to further upgrade the standard and quality of leadership in our respective nations for the common good. Once again I would like to express my gratitude to the Kuala Lumpur and Malaysian Jaycees for giving me this opportunity to address this Conference. I wish all participants a fruitful deliberation, and that when you leave for home, you would bring fond memories of your stay here. With this note, I am happy to declare this Jaycees' Asia-Pacific Regional Conference open.

332

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM PERPISAHAN BAGI BEKAS KETUA SETIAUSAHA NEGARA Y. BHG. TAN SRI HASHIM BIN AMAN KUALA LUMPUR 14HB. JULAI, 1984

K

ita berkumpul pada malam ini bagi merai dan mengucapkan Selamat bersara kepada Yang Berbahagia Tan Sri Hashim Aman, bekas Ketua Setiausaha Negara. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Hashim dan Puan Sri Zawiah kerana sudi bersama-sama kita pada malam ini. Jawatan Ketua Setiausaha Negara merupakan puncak dalam perkhidmatan awam di negara kita. Tan Sri Hashim merupakan salah seorang yang telah diamanahkan memegang jawatan tertinggi ini. Saya bagi pihak Kerajaan mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Hashim kerana telah menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga dalam menjalankan tugas jawatan tertinggi itu dengan cemerlang.

Walaupun Tan Sri Hashim telah berkhidmat selama hampir 27 tahun di berbagai jabatan dan agensi awam, termasuk sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan, dan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, saya mula mengenali Tan Sri Hashim Aman secara dekat semasa beliau berkhidmat sebagai Pengarah Kerajaan Negeri Kelantan apabila Negeri itu diisytiharkan dalam keadaan darurat pada akhir tahun 1977 dahulu. Melalui usaha yang gigih, beliau telah berjaya mendapatkan kerjasama daripada golongan pemimpin politik dan golongan pentadbiran Negeri serta Persekutuan untuk kemajuan dan kesejahteraan negeri Kelantan. Walaupun tempoh beliau memegang jawatan itu singkat, saya yakin perkhidmatan beliau di Kelantan merupakan salah satu kenangan yang manis bagi Tan Sri Hashim. Tan Sri Hashim bolehlah dianggap sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam yang tidak suka menonjolkan diri — beliau adalah seorang yang 'publicity-shy'. Ini merupakan satu nilai peribadi yang boleh dipuji. Saya tahu ramai yang sukakan publisiti dan kalau boleh hendak membuat seberapa banyak kenyataan dan pengumuman supaya mendapat perhatian masyarakat ramai. Tan Sri Hashim sebaliknya membuat kenyataan hanya apabila perlu sahaja. Dengan itu peluang media massa untuk memetik pemikiran dan kenyataan beliau sangat terhad. Kalau ada pun hanyalah pada upacara-upacara seperti pembukaan kursus-kursus dan upacara-upacara seumpamanya. Walau bagaimanapun Kerajaan mengetahui kewibawaan dan keutuhan beliau dalam menjalankan tugas sehariannya, bukan sahaja melalui fail-fail, mesyuarat dan rundingan-rundingan, tetapi juga melalui nasihat-nasihat dan kepimpinan beliau 333

sewaktu meneraju beberapa agensi Kerajaan dan semasa menjadi Ketua Setiausaha Negara. Kerajaan sentiasa menghargai kesungguhan, kecekapan dan keutuhan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Hashim. Perkhidmatan awam di negara kita ini telah menunjukkan kematangannya yang semakin hari semakin meningkat. Walau bagaimanapun kakitangan awam hendaklah sentiasa berusaha bagi meningkatkan lagi kecekapan masing-masing, terutama dengan peluang yang terbuka dengan bertambahnya teknologi moden dan pengetahuan baru. Di dalam kita mencari langkah-langkah yang sesuai bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran awam, elok juga kita sekali-sekala meresapi semangat dan keutuhan tokoh-tokoh pentadbiran awam yang telah menunjukkan kecekapan dan menaburkan jasa bagi kesejahteraan negara dan masyarakat. Saya tidak bertujuan menyeru kakitangan awam mencari 'hero' dari masa ke semasa dalam perkhidmatan awam. Ini hendaklah dielakkan. Apa yang diperlukan ialah dari masa ke semasa mestilah kita cuba menerima dan memupuk nilai-nilai positif yang telah ditunjukkan oleh mereka yang telah diberi kepercayaan memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam perkhidmatan kerajaan seperti jawatan Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Pengarah Jabatan atau agensi awam. Setiap pegawai mungkin mempunyai sedikit-sebanyak nilainilai negatif, tetapi saya yakin apabila mereka memegang jawatan-jawatan tertinggi, nilai negatif itu sangat berkurangan dan janganlah pula kita menjadikan nilai negatif itu sebagai alasan untuk mengenepikan semangat dan nilai positif yang telah ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin perkhidmatan awam. Di sini saya yakin Tan Sri Hashim telah menunjukkan beberapa contoh dan kepimpinan yang bukan sahaja dihargai oleh Kerajaan, tetapi juga oleh pegawai-pegawai dalam pentadbiran kerajaan. Saya juga yakin bahawa Tan Sri Hashim akan terus memberikan perkhidmatan yang terdaya olehnya kepada Kerajaan. Seperti yang kita maklum, Tan Sri Hashim telah dilantik sebagai Pengerusi PERNAS. Saya percaya PERNAS akan mendapat manfaat daripada pengalaman yang diperolehi oleh Tan Sri Hashim. Tan Sri Hashim sekarang sedang bercuti sebelum bersara mulai lhb. September ini. Mungkin terlalu awal bagi saya mengucapkan selamat harijadi yang ke-56 kepada beliau, tetapi saya bagi pihak Kerajaan mengucapkan kepada beliau selamat bersara dari perkhidmatan awam. Saya berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala mencucuri kesihatan kepada beliau untuk meneruskan khidmatnya kepada masyarakat dan negara. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bertugas kepada Yang Berbahagia Tan Sri Sallehuddin bin Mohamed sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru. Akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan selamat sejahtera kepada Tan Sri Hashim dan keluarga. Kerajaan akan sentiasa menghargai sumbangan yang beliau telah berikan kepada negara dan masyarakat.

334

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN WANITA SUKARELA KEBANGSAAN KUALA LUMPUR 27HB. JULAI, 1984

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur kerana memberi peluang kepada saya berucap dan seterusnya merasmikan Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Sukarela Peringkat Kebangsaan ini.

Tema untuk Persidangan ini iaitu Ke arah Pembentukan Program Bersepadu Serta Penggunaan Sumber-Sumber Secara Optimum' adalah sesuai dengan keadaan sekarang. Ini adalah selaras dengan konsep 'cekap' di dalam segala usaha yang dilakukan baikpun dalam bidang pekerjaan dan lain-lain aktiviti berkaitan dengan Pembangunan masyarakat. Usaha untuk menyepadukan program dan menggunakan sumber-sumber Persatuan wanita secara optimum adalah satu usaha yang patut diutamakan. Sumbangan pertubuhan-pertubuhan wanita di dalam Pembangunan negara adalah besar. Pertubuhan-pertubuhan wanita semakin hari semakin bertambah bilangannya dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan itu semakin rancak. Ada pertubuhan wanita yang bercorak pendidikan yang memenuhi keperluan wanita seperti kelas masak-memasak, jahit-menjahit dan pendidikan dari segi rohani. Ada pertubuhan yang bersifat rekreasi, ada pertubuhan yang menumpukan perhatian kepada kegiatan politik dan pertubuhan-pertubuhan yang memberi khidmat kepada pihak tertentu mengikut matlamat yang tercatat dalam perlembangaan masingmasing. Di negara kita terdapat lebih kurang 120 buah Persatuan wanita dan ini termasuklah pertubuhan-pertubuhan yang ditubuhkan di dalam kementerian, jabatan dan agensi-agensi Kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan wanita sukarela. Dari segi bilangan, kita tidak dapat menafikan persatuan wanita di negara ini adalah besar dan kuat. Walau bagaimanapun kekuatan sebenarnya ialah kejayaan dan pencapaian pergerakan wanita keseluruhannya, dan dalam kita menilai kejayaan dan pencapaian pergerakan wanita, saya rasa elok juga jika kita melihat kemajuan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kaum wanita di beberapa buah negara lain seperti negara-negara jiran. Kerajaan sekarang sedang menggubal rancangan Pembangunan lima tahun yang kelima. Di masa-masa lalu rancangan Pembangunan tertumpu kepada Pembangunan fizikal dan infrastruktur. Oleh itu telah timbul masalah perseimbangan di antara rancangan Pembangunan fizikal, infrastruktur dan Pembangunan tenaga manusia. Saya 335

berharap dengan matlamat Kerajaan untuk meningkatkan kependudukan ke angka 70 juta, maka rancangan pembangunan tenaga manusia akan mendapat perhatian yang lebih lagi. Salah satu dasar ke arah tujuan ini ialah memberi keutamaan kepada pembangunan keluarga, oleh kerana keluarga adalah asas sesebuah masyarakat atau bangsa. Di sinilah wanita sebagai ibu dan pendidik di dalam rumahtangga dapat memainkan peranan yang penting. Seperti yang dapat kita lihat hari ini, nilai-nilai hidup wanita juga turut terpengaruh dan sedikit sebanyak bertukar dengan kemajuan pembangunan. Pembangunan boleh kita capai tanpa mengenepikan nilai-nilai kebudayaan, adat resam dan agama. Perubahan sosial yang kita alami dalam tempoh 27 tahun yang lalu telah membawa banyak kebaikan, tetapi ada juga daripada perubahan-perubahan sosial ini yang mengancam kebudayaan, perpaduan, adat resam dan agama. Itulah sebabnya saya menekankan pembangunan keluarga untuk mempastikan hidup berkeluarga yang lebih stabil, zuriat yang lebih sihat, yang cerdik, berbudi bahasa, berdisiplin dan yang akan menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kita berasa bangga dengan ramainya jumlah kaum wanita yang memegang jawatan-jawatan profesional, jawatan-jawatan tertinggi dalam politik, perkhidmatan awam dan swasta. Wanita yang mempunyai kerjaya atau 'career woman', memanglah digalakkan. Di samping itu, pembangunan keluarga hendaklah diutamakan juga. Wanita dahulupun memang telah menjalankan berbagai pekerjaan di samping menjaga dan mendidik anak-anak dan menjaga kebajikan keseluruhan keluarga. Walau bagaimanapun peranan wanita berubah dengan tempo pembangunan yang dialami oleh masyarakat. Dengan ramainya ibu yang bekerja, maka ramai pula yang terpaksa mencari pembantu-pembantu rumah untuk memelihara anak-anak dan menjaga rumahtangga. Pembantu rumah yang bersilih ganti akan menjadikan anakanak kurang mendapat jagaan dan kemesraan yang sepatutnya. Justeru itu, walaupun kita gembira dengan pembangunan negara dari segi fizikal dan infrastruktur, tetapi sistem kekeluargaan kita telah terjejas sedikit. Akibatnya ialah bertambah ramai anakanak yang terjerumus ke lembah kegiatan yang merugi dan merosakkan. Yang bertanggungjawab bukan saja ibu, tetapi juga kaum bapa. Tetapi dalam hal ini tidak dapat dinafikan bahawa kaum ibu yang memainkan peranan yang lebih positif. Di sini saya berharap kaum wanita negara ini, terutama pertubuhan-pertubuhan wanita, akan mencari langkah-langkah yang dapat mengimbangkan kemajuan kekeluargaan dengan kemajuan ekonomi dan sosial yang dialami oleh kaum wanita di negara ini. Langkah-langkah yang berpatutan mestilah difikirkan supaya ibu-ibu dapat menjalankan peranan yang sepatutnya terhadap keluarga masing-masing di samping mencari kemajuan dari segi pekerjaan dan kerjaya. Sebahagian dari masalah ini mungkin dapat diatasi dengan mengatasi psikologi yang sekarang ini mempengaruhi wanita dan masyarakat kita. Misalnya, semakin 336

ramai ibu hari ini menyusui bayi masing-masing, hasil daripada kempen tentang manfaatnya berbuat demikian. Seharusnya juga kempen yang serupa patut diusahakan supaya ibu-ibu menjaga anak masing-masing apabila keadaan membenarkan. Ibu-ibu yang bekerja di peringkat dan sektor tertentu mungkin dapat berhenti dari bekerja apabila bilangan anak meningkat dan pendapatan suami dapat menampung keluarga dengan selesa. Pembangunan fizikal hanya akan berjaya jika disertai dengan penumpukan aspek-aspek rohani, serta keluarga yang sempurna, berperibadi, berakhlak dan beramanah. Kaum lelaki memerlukan bantuan kaum wanita untuk menjayakan pembinaan keluarga yang sihat. Wanita boleh berfungsi sebagai pendorong untuk menentukan arah dan peraliran masyarakat hari ini. Mereka mesti bersama memainkan peranan dan mengeluarkan kritik membina. Mereka adalah hati nurani masyarakat. Di dalam bidang ekonomi pula, sumbangan wanita diperlukan di dalam usaha pembangunan ekonomi negara memandangkan jumlah kaum wanita yang sama banyak dengan kaum lelaki. Selain dari itu, di dalam bidang politik dan dunia awam atau 'public life', penglibatan dan kematangan kaum wanita bolehlah dibanggakan seperti yang dapat kita lihat di dalam arena politik negara kita hari ini. Semakin hari semakin ramai wanita di negara ini yang terlibat secara aktif dalam bidang politik. Seperkara yang menggalakkan ialah ramai daripada mereka yang telah berjaya memegang jawatan penting dalam arena politik. Pihak Kerajaan akan memberi perhatian kepada persoalan-persoalan yang berkaitan dengan masalah wanita dalam Kerajaan. Saya berharap Persidangan ini akan dapat mencadangkan usaha-usaha yang dapat dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memudahkan lebih ramai wanita bergiat dan menceburkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial, ekonomi dan politik di samping memelihara keutuhan dan kebajikan keluarga. Selain daripada itu, kaum wanita harus juga memberi perhatian dan pertimbangan kepada kemajuan teknologi supaya tidak ketinggalan dan menyertai usaha-usaha Kerajaan di dalam bidang pertanian moden, dan juga di dalam bidang perindustrian. Aspek-aspek peranan wanita yang saya sebutkan tadi adalah aspek-aspek yang boleh dikaji dengan lebih mendalam di dalam Persidangan ini. Saya yakin usaha ini bukanlah satu usaha yang sukar dicapai memandangkan telah terdapat pun beberapa pertubuhan wanita di kebelakangan ini yang disertai oleh para intelek wanita, iaitu wanita-wanita dari golongan profesional, akademik dan pegawai tinggi Kerajaan, dan saya percaya ramai daripada puan-puan yang hadir di Persidangan hari ini termasuk dalam golongan yang saya sebutkan tadi. Akhirnya, saya berharap persidangan ini akan menghasilkan satu revolusi yang dapat memanfaatkan kita semua dan pihak Kerajaan akan memberikan perhatian yang sewajarnya. Dengan harapan itu, saya dengan sukacitanya membuka Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Sukarela Kebangsaan ini dengan rasminya 337

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERLANTIKAN DISTRICT GOVERNOR DAN AHLI-AHLI KABINET LIONS CLUB KUALA LUMPUR 27HB. JULAI, 1984

S

aya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kelab Lions Daerah 308B kerana sudi menjemput saya untuk hadir di majlis perlantikan Dr. P.P. Shah sebagai 'District Governor' yang baru.

Dr. P.P. Shah bukanlah orang asing kepada diri saya. Saya mula mengenali beliau semasa saya bertugas sebagai seorang doktor menguruskan klinik saya. Dr. P.P. Shah telah menjadi rakan perkongsian saya di klinik itu. Dengan itu, saya berbangga kerana berkesempatan bagi mengucapkan tahniah kepada beliau dan semua ahli kabinetnya di atas perlantikan masing-masing. Saya yakin mereka akan membawa nafas baru kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Lions di negara ini. Lions Club District 308B is very fortunate to have Dr. P.P. Shah as its Governor. With his dedication I am sure he will go a long way in promoting the cause of Lions not only of this district but also of the region I wish to express here the pride I feel to be amongst people who make service to individuals and society as a priority. In today's world when everything comes with a price tag, any assistance in whatever way you provide them to the needy is invaluable and more meaningful because it comes from the heart. This is what sets you and other voluntary organisations apart from the rest because the assistance you offer is due to your sincere desire to help. The rapid urbanisation that we see today with its attendant detrimental consequences upon society, such as the increasing drug addiction among our youths, unemployment, poverty, etc., needs urgent redress. The government, through its numerous development programmes, has and will continue to strive to provide Malaysians with a better life. The assistance that Lions provide in whatever measure towards achieving this end is very welcome. Lions Club in Malaysia has come a long way since Lions Club of Kuala Lumpur received its charter in 1959. Since then the numerous projects carried out by Lions has helped to give new hope and a better future to its recipients. The Tun Hussein Onn Eye Hospital is one other worthy project supported by Lions. You have also been 338

active in the campaign against drug abuse, the provision of scholarships, and anti-litter campaigns to keep the environment clean. These are all worthy deeds which benefit society directly and I am sure it receives its due measure of appreciation. This is especially true today in an urban society where everybody is almost always preoccupied pursuing their careers and professions. So many hours are spent at work, so much so that there is not much time left for anything else, and the weekends have become sacred in that it is regarded as the only time that you can make up with the family. It is in this light that I regard Lions and other service-oriented organisations very highly. I say this because you are willing to sacrifice time and personal pursuits in order to serve and to serve without any thought for gain or reward. And this is an attribute that is becoming more and more difficult to come by these days. But in truth your reward is surely more satisfying. Finally may I once again express my gratitude to the organisers for inviting me to this gathering tonight. It is my hope that this Club will grow from strength to strength.

339

UCAPAN TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG OLEH PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA MAJLIS MENGADAP DAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG-BINTANG SERTA PINGAT-PINGAT DI ISTANA NEGARA 28HB. OGOS, 1984

B

agi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat serta diri patik sendiri, patik mohon menyembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha M u l i a Tuanku, sempena Majlis Mengadap dan Istiadat Pengurniaaan Darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat pada hari ini.

Sempena hari yang bahagia ini, patik sekalian berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga dilanjutkan usia serta dilimpahkan rahmat dan hidayahNya kepada Kebawah Duli Tuanku serta Raja Permaisuri Agong. Demikian juga, patik sekalian berdoa semoga Tuanku berdua sentiasa di dalam kandungan sihat walafiat, serta kekal memerintah dan memegang teraju tertinggi pemerintahan negara Malaysia, dengan bertambah daulat dan kemuliaan. Pengalaman menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh negara memba-ngun adalah amat besar. Walaupun negara kita Malaysia telah membuktikan kemampuannya, dan kita dianggap sebagai sebuah negara membangun yang 'resilienf dan berjaya, namun kita masih mempunyai tugas yang berat dan besar untuk menjamin kebahagiaan dan kemakmuran yang meningkat dan berterusan bagi negara dan rakyat. Ini merupakan cabaran bukan sahaja kepada Kerajaan bahkan cabaran kepada setiap rakyat Malaysia. Kunci kepada kejayaan ialah usaha dan disiplin —usaha dan disiplin di semua peringkat dan kalangan. Turun-naik dan mundur-majunya sesebuah negara dan masyarakat adalah hasil daripada usaha yang gigih dan disiplin. Itulah sebabnya kita harus memberi keutamaan kepada kedua-dua faktor ini. Keadaan kemelesetan ekonomi dunia, walaupun akhir-akhir ini menunjukkan tanda-tanda akan pulih, telah membawa kesan yang pahit kepada semua, lebih-lebih lagi kepada negara-negara k e c i l yang sedang berusaha untuk membangun. Alhamdullillah, kesan kemelesetan terhadap negara kita tidak begitu teruk. Dengan langkah-langkah tertentu, dan dengan asas-asas ketahanan yang kita bina selama ini, kita telah dapat melalui tempoh genting kemelesetan ekonomi dunia dengan Selamat. Insyaa-Allah, kita akan terus berjaya dengan usaha-usaha kita. 340

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan terus berusaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berjaya dalam semua bidang dan lapangan, supaya masyarakat kita keseluruhannya akan dapat mengecapi nikmat dan faedah daripada azam dan cita-cita ini. Kita juga berharap semua pihak termasuk negaranegara sahabat akan terus memberi kerjasama untuk memupuk suasana kemajuan bagi faedah bersama. Kerajaan Kebawah Duli Tuanku telah membentangkan dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat. Asas-asas perubahan bagi mempergiatkan lagi usaha pembangunan bagi faedah rakyat telah diperkukuhkan. Strategistrategi yang diwujudkan adalah bagi faedah jangka pendek dan jangka panjang dan dibuat dengan tujuan untuk cabaran-cabaran dalam negeri dan peranan kita di peringkat antarabangsa. Kita di Malaysia adalah amat bertuah. Allah Subhanahu Wataala telah melimpahi kita dengan berbagai rahmat dan nikmat. Tetapi rakyat harus berwaspada terhadap ancaman yang mungkin melanda jika kita tamak dan tidak berhati-hati. Insya-Allah segala usaha kita akan diberkati Allah Subhanahu Wataala, dan negara akan terus aman dan makmur. Patik sekalian yakin bahawa dengan cara pemerintahan yang mendukung cita-cita rakyat dan mengutamakan kepentingan negara, semua pihak akan dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan berkesan. Patik, bersama dengan Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri, dan sekalian pegawai dan kakitangan Kerajaan, akan terus menumpukan usaha dan tenaga untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawab patik sekalian dengan semangat dan komitmen bagi menjamin kemakmuran, keselamatan dan kebahagiaan rakyat dan negara Malaysia. Pada hari yang berbahagia ini dan penuh istiadat ini, bagi diri patik, Kerajaan dan seluruh rakyat, patik dengan segala hormat dan takzimnya mohon menyembah ikrar taat-setia yang tiada berbelah-bagi kepada Kebawah Duli Tuanku.

341

PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-27 OLEH Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 30HB. OGOS, 1984

A

lhamdullilah. Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana genap 27 tahun kita telah merdeka dan kemerdekaan tidak membawa bermacam malapetaka, serangan oleh negara lain atau peperangan saudara seperti yang sering berlaku kepada beberapa negara lain. Sebaliknya kita telah berjaya membangunkan negara dengan lebih pesat lagi dan memberi banyak nikmat kepada rakyat berbilang kaum di negara kita, Alhamdullilah.

Bagi mereka yang biasa hidup di bawah penjajah, perasaan syukur mudah sahaja dirasai terhadap kemerdekaan negara sendiri. Tetapi setelah 27 tahun merdeka bilangan mereka yang tahu bersyukur ini sudah berkurangan. Sekarang hampir 60% daripada penduduk Malaysia terdiri daripada mereka yang dilahirkan selepas merdeka dan tidak pernah merasai pahit maung hidup dijajah. Justeru itu ramai daripada golongan muda ini yang tidak lagi bersyukur dan tidak tahu bersyukur. Mereka menganggap kemerdekaan Malaysia sebagai perkara biasa sahaja dan bukan satu nikmat daripada Tuhan Yang Maha Esa. Oleh itu mereka tidak lagi mempunyai semangat kebangsaan yang mana semangat inilah yang berjaya menjadikan mereka rakyat yang merdeka. Mereka sebaliknya mencaci pejuang-pejuang kemerdekaan dan memperkecilkan pencapaian negara sendiri. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dikurniakan dengan lebih banyak nikmat. Demikian janji Tuhan kepada umatNya. Oleh itu marilah kita hidupkan semula sifat-sifat yang mulia, dan tidak menidakkan nikmat yang telah kita terima. Kemerdekaan ialah satu nikmat kerana kita dapat memerintah dan menentukan nasib kita sendiri, Insya-Allah. Di waktu ini pun terdapat banyak bangsa dan negara yang dijajah. Mereka ditindas dengan begitu kejam sehingga kerapkali mereka terpaksa memberontak melawan bangsa yang menindas mereka walaupun bangsa itu menganuti agama yang sama. Kadang-kadang kita dapati masyarakat yang dijajah itu dipisah daripada agama, kebudayaan dan bahasa mereka. Akhirnya satu jenis "genocide" berlaku di mana yang dijajah telah hilang identiti mereka, dan dengan itu hilang dari muka bumi ini buat selama-lamanya. Kita di Malaysia amat bernasib baik. Setelah merdeka kita dapat menghidupkan semula identiti kaum, agama dan bangsa kita. Kita dapat hidup berharmoni dan 342

membangunkan negara kita. Walaupun ada selisih faham dan perpisahan antara kaum, keadaan tidaklah sebegitu buruk sehingga dapat mencetuskan huru-hara. Sesiapa yang tidak bersyukur dengan keadaan di Malaysia tentulah tidak tahu mengenang budi dan insaf. Kita akui bahawa banyak lagi yang perlu dibuat untuk menjadikan kehidupan rakyat lebih selesa. Bermacam-macam kemudahan perlu diadakan. Pendapatan perlu ditinggikan dan peluang perlu ditambah. Kita mahu semua ini dengan serta-merta tetapi kita juga berfikiran waras dan kita tahu ini tidak mungkin tercapai. Kita terpaksa meninggikan taraf hidup kita secara beransur-ansur. Dalam usaha kita meningkatkan taraf hidup kita dan kebahagiaan kita, kita tidak perlu menggugurkan semua sistem semata-mata kerana ianya serupa dengan yang diamalkan oleh penjajah dahulu. Kita perlu pilih yang mana boleh membawa manfaat dan yang mana yang akan membawa mudarat. Demokrasi yang kita amalkan sekarang ialah daripada sistem barat. Kita semua akui bahawa sistem ini baik kerana rakyat berpeluang menentukan siapa yang akan mentadbir negara. Demokrasi jelas lebih baik daripada sistem feudal atau autokratik di mana penderitaan majoriti rakyat mungkin tidak disedari. Namun demikian demokrasi tidak mendatangkan kebaikan semata-mata kerana sistemnya baik. Banyak negara yang mencuba mengamalkan demokrasi telah gagal kerana kelemahan-kelemahan lain. Sebenarnya demokrasi memerlukan satu sikap yang sesuai daripada pengamalnya di semua peringkat. Kebebasan yang diberi dalam demokrasi bukanlah tidak terbatas. Kebebasan demokrasi ialah sekadar ianya akan membela rakyat. Jika kebebasan ini diamal tanpa tanggungjawab terhadap ketenteraman dan keamanan atau kebebasan, jika ia diguna untuk merebut kuasa bagi menghapuskan demokrasi, maka kebaikan demokrasi itu sendiri boleh membawa kecelakaan. Sebab itu kita harus berwaspada dan mengawasi orang-orang yang dengan lantang mengguna demokrasi untuk menegakkan sistem yang akan menamatkan demokrasi. Mereka ini ingin menegakkan pemerintahan oligarki komunis atau sistem pemerintahan mullah yang mereka cuba bayangkan sebagai sistem Islam. Sebenarnya pemerintahan mullah bukan Islam, bahkan bertentangan dengan Islam. Ia dibentuk beberapa kurun selepas wafat Nabi Muhammad s.a.w dan Khalifah Al-Rasyidin di zaman kemerosotan Islam berasaskan rasa fanatik. Sistem ini adalah satu jenis "dictatorship" yang didokong oleh sekumpulan orang-orang yang tertentu yang tamakkan kuasa. Mereka ingin supaya mereka boleh bermaharajalela, untuk menghukum dan menjalankan hukuman tanpa pengadilan yang teratur. Segala sistem dan peraturan yang tidak mendewa-dewa dan mencontohi sistem mullah dianggap sebagai tidak Islam dan sekular. Mereka sudahpun bermula dengan mengkafirkan orang Islam dengan sewenang-wenangnya, memulau dan mencaci-cerca sesiapa yang tidak terima tafsiran mereka. Mereka ingin memaksa semua kaum dan penganut agama supaya tunduk pada mereka. Hari ini mereka menggunakan demokrasi untuk mendapat sokongan. Tetapi apabila sudah mendapat kuasa, maka mereka bukan sahaja akan 343

menghapuskan demokrasi, tetapi mereka akan menindas semua rakyat dengan pemerintahan mullah. Dalam Islam tidak ada orang perantaraan dan tidak ada orang yang maksum antara ummah dengan Tuhan. Demokrasi juga tidak boleh membawa kebahagiaan semata-mata kerana kita boleh memilih Kerajaan yang akan memerintah. Kuasa memilih, seperti juga lainlain kuasa, boleh mendedahkan kita kepada rasuah. Kita mungkin memaksa Kerajaan mengambil tindakan yang tidak bijak semata-mata kerana kepentingan jangka pendek kita. Demikianlah dengan tuntutan-tuntutan yang keterlaluan yang dibuat terhadap Kerajaan. Kita tahu bahawa jika tuntutan-tuntutan itu dilayan, negara dan kita sendiri akan mendapat akibat yang buruk akhirnya. Tetapi kerana kita tahu kita boleh memberi kemenangan atau mengalahkan Kerajaan dalam pilihanraya, kita buat juga tuntutan. Akhirnya akan binasalah negara. Akan hancurlah demokrasi. Akan rugilah kita. Sekali lagi demokrasi boleh membawa keburukan walaupun asasnya baik. Yang ketiga ialah berkenaan dengan pembangunan dalam demokrasi. Dengan sendirinya demokrasi tidak dapat membangunkan negara. Demokrasi cuma memberi lebih kemungkinan supaya kita boleh membangunkan negara. Pembangunan akan tercapai jika kita sanggup mengamalkan nilai-nilai yang baik yang boleh meningkatkan daya pengeluaran kita. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah kerajinan, amanah, disiplin dan lain-lain. Tema perayaan Hari Kebangsaan tahun ini ialah "Amanah Asas Kejayaan". Awalawal lagi patut kita ingat bahawa bukan amanah sahaja yang diperlukan untuk kejayaan. Walaupun demikian amanah tetap merupakan satu daripada nilai hidup yang sangat penting jika kita hidup bermasyarakat. Tidak ada sesuatu kerja yang boleh dibuat dengan sempurna tanpa amanah. Setiap orang daripada kita berkuasa. Mungkin kuasa ini terhad. Mungkin cuma berkenaan dengan perbelanjaan wang, atau tugas, tanggungjawab, pengawasan, pelaksanaan, kawalan, penguatkuasaan aturan atau undang-undang atau arahan, atau lainlain lagi yang diamanahkan kepada kita. Jika kita tidak beramanah sudah tentu segala kerja tidak akan sempurna dan matlamat tidak akan tercapai. Jika kita menjadi satu bangsa yang tidak beramanah, maka mustahil bagi kita membangunkan negara untuk kepentingan jangka panjang kita sendiri. Akibat tidak ada amanah amatlah buruk kepada diri kita dan kepada masyarakat. Kita tidak dapat membuat apa-apa kerana semua kerja memerlukan penglibatan orang lain bersama. Bagaimanakah dapat kita membuat sesuatu jika kita tidak boleh yakin dan percaya kepada orang lain yang terlibat. Mungkin tugas yang diperlukan adalah kecil, tetapi seperti kata pepatah 'sedikit-sedikit menjadi bukit'. Jika masyarakat kita terkenal kerana kurang beramanah, maka bukan sahaja kita tidak akan jadi efisien dan produktif, tetapi kepercayaan orang lain kepada kita juga akan berkurangan. Dengan itu keadaan kita akan lebih sukar dipulih. 344

Sebaliknya jika kita terkenal sebagai orang yang beramanah, bukan sahaja kepercayaan orang kepada kita akan kukuh tetapi segala kerja akan berjalan dengan licin dan berkesan. Sudah tentu kita akan menjadi lebih produktif, yang mana ianya akan membawa kebahagiaan kepada kita. Alangkah leganya hati jika kita boleh yakin sesuatu yang diamanahkan kepada seseorang itu akan terlaksana seperti dirancang. Sekali lagi jika kita terkenal sebagai satu bangsa yang beramanah, agak mudah sahaja kita mendapat peluang dan mencapai kejayaan. Sebenarnya amanah bukanlah satu beban yang berat. Apa yang dikehendaki ialah kejujuran kepada diri kita dan kesedaran bahawa akhirnya kita akan beruntung kerana amanah. Setelah kita menerima bahawa sesuatu yang diamanahkan kepada kita tidak dapat tidak mesti dibuat, maka beban itu akan menjadi ringan. Apatah lagi apabila kita tahu kita akan mendapat nikmat daripada tugas yang dijalankan dengan penuh amanah itu. Jika kita dapat menyemaikan sifat beramanah di kalangan rakyat di negara ini, maka semua tugas dan kerja akan diselesaikan seperti yang dirancangkan. Alangkah baiknya jika ini berlaku setiap kali. Sudah tentulah negara akan berjaya. Sebab itulah kita memberi tekanan utama kepada amanah pada tahun ini dan seterusnya. Ini tidak bermakna lain-lain nilai yang baik tidak penting. Hanya yang kita cuba ialah menyerap satu nilai demi satu nilai kerana kemampuan kita mungkin terhad. Walaupun demikian nilai-nilai yang lain hendaklah kita cuba amalkan bersama. Desakan supaya beramanah tidak ditujukan kepada rakyat semata-mata. Kerajaan sendiri diamanahkan supaya memerintah negara untuk kebaikan semua rakyat. Justeru itu, di hari ini kita bukan sahaja ingin memberi ingatan kepada rakyat, tetapi juga kepada Kerajaan. Apabila kita menyebut Kerajaan di negara ini, kita bermaksud pemimpinpemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah negara. Saya sedar ini termasuklah diri saya sendiri serta rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri dan kementeriankementerian serta wakil-wakil rakyat. Kita tidak lupa akan amanah ini dan kita sering memberi ingatan kepada diri kita sendiri bahawa tempat dan kuasa yang diberi bukanlah untuk diri sendiri atau untuk keluarga atau kawan. Tempat dan kuasa ini adalah untuk rakyat dan negara. Dengan ikhlasnya saya ingin nyatakan bahawa kita telah cuba menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita. Segala dasar dan tindakan yang diambil adalah untuk kebaikan rakyat dan negara. Mungkin kadang-kadang kebaikan ini tidak begitu jelas, terutama dalam jangka pendek. Mungkin kadang-kadang ada golongan-golongan yang berasa mereka diabaikan atau tertindas. Tetapi niat Kerajaan apabila membentuk sesuatu dasar, atau undang-undang, atau mengambil tindakan ialah supaya akhirnya seluruh masyarakat akan dapat kebahagiaan, termasuklah bagi mereka yang berpendapat mereka dianaktirikan atau tertindas. Tidak ada pentadbiran di dunia ini yang boleh memerintah dengan penuh amanah tanpa menimbul perasaan tidak puas hati 345

kepada sekurang-kurangnya beberapa golongan dalam negara. Namun demikian Kerajaan akan cuba berusaha supaya amanah yang diberi kepada Kerajaan tidak membawa masalah kepada sesiapa, sekurang-kurangnya dalam jangka panjang. Tidak ada manusia yang tidak cacat. Yang penting bagi manusia bukan kesempurnaan 100% atau "perfection", tetapi usaha yang ikhlas ke arah kesempurnaan. Cuma Tuhan sahaja yang sempurna. Pada Hari Kebangsaan yang ke-27 ini, marilah kita mendedikasi diri kita kepada kebaikan bangsa dan negara Malaysia. Marilah kita meningkatkan amanah supaya kita akan mendapat nikmat darinya, baik di dunia ataupun di akhirat. Kemajuan negara adalah kemajuan kita dan kemajuan kita adalah kemajuan negara. Tidak ada sesiapa yang akan rugi kerana mengamalkan nilai-nilai yang baik terutamanya amanah. Hingga kini kita telah banyak mendapat nikmat, sama ada kerana usaha kita atau tidak. Marilah kita bersyukur kerananya. Marilah kita insaf semula akan nasib baik kita kerana kita merdeka dan kita bebas daripada malapetaka. Dengan keinsafan dan kesyukuran ini, dengan amanah yang akan menjadi sebahagian daripada peribadi kita, Insya-Allah kita akan terus hidup bahagia, berharmoni antara semua kaum, aman dan damai. Ingatlah, 'Amanah Asas Kejayaan' dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu. Kita tidak akan kecewa dan kita tidak akan rugi, Insya-Allah. Rayakanlah hari yang bahagia ini kerana ia adalah tanda kesyukuran kita, dan keinsafan kita terhadap kemerdekaan serta nikmat daripadanya. Mudah-mudahan kita akan terus merdeka buat selama-lamanya. Akhirnya saya ucapkan kepada semua rakyat negara ini selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-27.

346

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PELANCARAN YAYASAN SENI DI AUDITORIUM DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR 8HB. SEPTEMBER, 1984

S

aya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Amanah Yayasan Seni kerana sudi menjemput saya dan isteri ke majlis ini.

Saya sendiri secara peribadi sangat gembira dengan cita-cita dan usaha hendak menubuhkan sebuah yayasan khusus untuk seni dan kebudayaan. Dalam zaman individu dan masyarakat mengejar kemajuan dan kemakmuran ini, tidak ramai di kalangan kita yang rela mengorbankan masa dan tenaga bagi menjalankan kerja-kerja yang dianggap tidak mendatangkan untung dari segi wang ringgit. Bukan itu sahaja, malah tidak ramai di kalangan kita yang rela memberikan sokongan moral kepada kehidupan seni dan budaya kerana tidak ramai yang betul-betul berminat dalam bidang itu. Pada tahun-tahun enampuluhan, Kuala Lumpur telah menjadi pusat seni dan kebudayaan. Hampir setiap bulan ada sahaja aktiviti kebudayaan seperti drama pentas yang dipertunjukkan kepada ramai, bukan sahaja oleh badan-badan sukarela tetapi juga oleh institusi-institusi Pengajian tinggi. Sambutan orang ramai juga sungguh menggalakkan. Keghairahan kehidupan seni itu menyebabkan timbul desakan supaya kerajaan membina sebuah kompleks kebudayaan atau 'cultural centre' yang serba moden untuk menampung dan menggalakkan perkembangan seni kita. Walaupun kerajaan mempunyai hasrat untuk mengadakan kemudahan seperti itu, kekurangan wang menyebabkan kita harus memikirkan soal keutamaan Pembangunan atau 'development priorities'. Mujur juga kerajaan tidak terus membelanjakan berjuta-juta Ringgit untuk membina kompleks kebudayaan negara. Jika kita melihat kepada kegiatan dan perkembangan seni pada tahap sekarang, kita akan mempunyai 'seekor gajah putih' di Kuala Lumpur. Buat apa dengan dewan yang cantik dan penuh dengan kelengkapan moden kalau tidak ada pertunjukan? Buat apa dengan dewan yang besar kalau pertunjukan kita disaksikan oleh beberapa kerat penonton sahaja? Saya bersetuju bahawa untuk menggalakkan kehidupan seni kita perlu menyediakan kemudahan-kemudahan asas. Tetapi apakah di Kuala Lumpur belum ada kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan itu? Saya rasa jikalau kita hendak mementaskan sebuah drama atau satu pertunjukan kebudayaan setiap bulan, kita sudah mempunyai kemudahan yang cukup. 347

Setiap pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur mempunyai sebuah dewan besar yang moden dan lengkap. Badan berkanun seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran lain juga mempunyai kemudahan yang sama. Apabila kompleks U M N O siap, kita akan mempunyai satu lagi tempat yang besar bagi mengadakan pertunjukan. Selain itu beberapa hotel terkemuka juga mempunyai berbagai kemudahan pementasan. Jika dikira dari segi kemudahan, tentu sudah lebih daripada cukup. Ada orang-orang tertentu berkata mereka tidak boleh menggunakan kemudahan yang sudah ada kerana kadar bayarannya mahal. Saya ingin menegaskan kalaupun kerajaan membina kompleks kebudayaan, setiap badan yang hendak menggunakannya perlu membayar sewa. Jika tidak, bagaimanakah dapat kita membayar kos pembinaan kompleks itu? Soal bayaran tidak patut timbul kerana setiap penganjur pertunjukan seni dan kebudayaan boleh mendapat wang itu melalui penjualan tiket, penajaan dan sebagainya. Soal yang lebih penting yang perlu banyak difikirkan ialah soal mutu dan nilai setiap aktiviti seni. Saya perhatikan bahawa kekuatan dayacipta masih perlu ditingkatkan. Sama ada masyarakat penonton akan memberikan sambutan yang memberangsangkan atau tidak terhadap sesuatu pertunjukan, banyak bergantung kepada kekuatan dayacipta kita. Dayacipta ini bukan sahaja terletak pada soal cerita atau bahan cerita tetapi juga meliputi soal pelakon, penari, pengarah hingga kepada juruhias pentas. Prinsip yang perlu ada dan perlu diamalkan ialah setiap hasil itu perlu mengandungi kesegaran. Kesegaran ciptaan ini boleh didapati melalui pelbagai 'innovations'. Pengarang dan penulis drama terkenal seperti W.S. Rendra banyak menggunakan eksperimen dan 'innovations' untuk memberi nafas baru kepada kehidupan teater negara. Malah pada suatu waktu, beliau berjaya mempopularkan seni berzanji di kalangan masyarakatnya. Seperkara lagi yang ingin saya ingatkan ialah seni tidak diasaskan semata-mata kepada bakat semulajadi. Bagi mereka yang ada bakat sekalipun, latihan yang berulang-ulang mesti dibuat sebelum mencapai tahap yang tinggi dan menarik. Apatah lagi bagi mereka yang tidak begitu berbakat. Sebenarnya seni memerlukan minat bekerja sama seperti kerja-kerja lain. Adalah salah kalau mereka yang berbakat menganggap mereka tidak perlu berlatih atau lebih penting lagi belajar dari orang lain. Sifat yang angkuh ini akan menghalang "the quest for perfection". Saya berharap badan-badan seperti Yayasan Seni akan dapat membantu menggiatkan semula kegiatan seni dan budaya terutama di Kuala Lumpur. Di samping pembangunan fizikal, kita juga perlu memupuk dan menggalakkan pembinaan akal menerusi apresiasi dan penghayatan seni. Kerana setiap kerja seni juga boleh mencerminkan ketinggian tamadun bangsa kita. Oleh itu, di samping kita memperkenal dan menggilap kembali unsur seni yang menjadi warisan, kita juga perlu mencipta untuk masa depan. Kita juga perlu meninggalkan tradisi generasi kita ini untuk generasi akan datang. Segala ciptaan seni kita 348

tidak akan menjadi tradisi jika masyarakat kita tidak menerimanya. Jadi kita perlu mencipta untuk menjadi jurubicara masyarakat bagi sesuatu zaman, bukan bersuara untuk diri sendiri. Dengan cara itu, masyarakat dapat menerima, menghayati dan menyanjungi ciptaan-ciptaan kita. Apabila ada sokongan yang kuat daripada masyarakat, kehidupan seni akan bertambah subur. Pembinaan seni dan kebudayaan ini tidak boleh dibiarkan kepada pencintapencinta seni atau kerajaan semata-mata. Semua golongan perlu memberi sokongan dan kerjasama. Pihak swasta juga perlu mempergiat usaha ke arah ini melalui bantuan kewangan atau kemudahan. Kita perlu bersama-sama mencari bakat-bakat baru, mengasah mereka dan mendedahkan mereka kepada masyarakat. Di sinilah media massa, terutama televisyen, boleh turut membantu. Kerajaan memberikan lesen penyiaran kepada TV3, misalnya, bukan sematamata sebagai satu bentuk perniagaan, tetapi supaya ia juga membantu Kerajaan membina identiti nasional, memupuk keperibadian nasional. TV3 patut memulakan rancangan bagi membantu badan-badan seni seperti Yayasan Seni dengan menyiarkan pertunjukan atau pementasan mereka yang bernilai dan yang mencerminkan keperibadian kebangsaan kepada orang ramai. Dengan cara itu, bukan sahaja kita mengasuh masyarakat kita supaya menerima dan menghayati seni yang sesuai dan tinggi mutunya tetapi ia juga membantu badanbadan seni itu memperbaiki mutu persembahan mereka. "Pervasive exposure" kepada bentuk-bentuk dan corak seni yang bernilai inilah yang boleh membantu kita membina kebudayaan kebangsaan, bukannya semata-mata dengan mengadakan peraturan, dasar atau undang-undang. Saya sangat gembira pada malam ini bukan sahaja kerana sebuah lagi pertubuhan bukan-kerajaan lahir untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam bidang yang bukan menjadi rebutan semua orang, tetapi juga kerana tokoh yang mengusahakannya ialah isteri seorang anggota Kabinet kita. Sementara semua orang tahu bahawa suaminya, Y.B. Encik Daim Zainuddin ialah usahawan yang sangat berjaya, Pengerusi Yayasan Seni, Puan Mahani pula terkenal sebagai pencinta seni dan budaya. Gabungan mereka berdua ini boleh dianggap sebagai gabungan hidup yang ideal. Selalunya seniman terpaksa mencari patron untuk terus mencipta kerana biasanya mereka bukan terdiri dari golongan yang pandai mencari duit. Bagi Puan Mahani tidak payah cari jauh-jauh. Patronnya sentiasa ada di sisinya. Kita berharap dengan hakikat itu dan dengan sokongan semua pihak, Yayasan Seni akan dapat melaksanakan cita-cita dan janjinya kepada masyarakat. Sekarang dengan segala sukacitanya saya melancarkan Yayasan Seni ini dengan rasminya.

349

SPEECH BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE OPENING OF THE 2ND. INTERNATIONAL COMBINED SCIENTIFIC MEETING ORGANISED BY THE COLLEGES OF GENERAL PRACTITIONERS, PHYSICIANS AND SURGEONS OF MALAYSIA KUALA LUMPUR 12TH. SEPTEMBER, 1984

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Persidangan kerana menjemput saya untuk merasmikan Persidangan ini. Saya juga berharap Persidangan ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam bidang perubatan, tetapi juga akhirnya akan memberi sumbangan kepada kesejahteraan penduduk negara ini.

I would like to express my appreciation to the Organising Committee for inviting me to officiate the opening of this 2nd International Combined Scientific Meeting of the Colleges of General Practitioners, Physicians and Surgeons of Malaysia. I take this opportunity to welcome our guests from overseas and I hope you will find your stay in Malaysia both enjoyable and fruitful. This is a scientific meeting of the medical profession and it is a long time since I was involved in the scientific part of medicine. Nevertheless, my wife and I feel we are amongst colleagues today. More than that, I know I am among friends including many very old ones. In my present job I can keep only a passing interest in the progress of medicine. Meetings such as this provide an opportunity for the medical profession in this country to update their knowledge and skills as well as to exchange experiences with other colleagues from abroad. The advances of medical technology have been breathtaking. For the new generations, grown accustomed to beta blockers, psychotropic drugs and steriods, it must seem inconceivable how medicine was practised before penicilin. Even more dramatic advances lie ahead of us. But the question that has to be asked is whether we can afford the cost of modern medical technology? Even in as rich a country as the United States, soaring health costs have become a burden. Nearly two thirds of health insurance costs in the United States are spent in maintaining the last two years of life. That does not seem to me to be an efficient way to spend health funds. Although only a developing country, Malaysia would still want the best of modern medicine. But our resources are limited and, whether we like it or not, we will lag behind in the provision of some of the most sophisticated facilities. Scientific meetings will have no time for these mundane matters, but they are facts that must be 350

faced by the government and the people. As a renegade doctor turned administrator I cannot help but dwell a little on this unscientific aspect of medicine. Malaysia's medical problem is compounded by the inheritance of an accident of colonial rule. The British colonial government, faced with the problem of providing medical care for British expatriate officers, decided to set up Government hospitals where the officers could be given free treatment. To encourage locals to switch to western medicine, these government hospitals also provided free treatment for anyone willing to be attended by doctors. The free hospitals became very popular and evolved into a part of the Government service. If any fee was charged, it was nominal. In the days when mixtures and powders cost a few cents, the Government could well afford the dispensing of free treatment. But today an antibiotic capsule may cost a few dollars each, making medication extremely expensive. Surgery is even more costly. Of course doctors and specialists do not come cheap either. Free medical treatment in Malaysia is now a heavy burden despite the nominal charges. And the trend is for the burden to become heavier. Some will think that this is a problem for the Government alone. Actually it is not. It is a problem for the nation as a whole. The treatment is not really free. The people are paying for it, not directly of course. The question that they should ask themselves is whether their money is being spent on the right people, i.e. the deserving poor. Or could it be possible that some business concerns and even insurance companies and funds are taking a free ride on possibly the only non-contributory medical insurance scheme in the world. I am sorry to focus on what seems to be a local issue at an international conference like this. But while you discuss enthusiastically on the technological advances in medicine and surgery, you should also spare a thought for the rapid escalation in cost. When you become cost-conscious then the technology of cost cutting will receive serious attention. Indeed to a certain extent it already has, although it may not be because you are concerned over the cost. When a famous surgeon moves from theatre to theatre performing only the most sophisticated part of surgery, while assistants start the operation and close up the patient, what you are doing is mass surgery where costs are cut. The concern that will arise from mass surgery is not poor quality of work but a lack of personal involvement on the part of the surgeon. If carried too far the surgeon will recognise only a certain part of the anatomy of the patient and not the patient himself. When that happens hospitals will become repair shops. So no matter how advanced medical technology becomes, there must be a certain degree of personal relationship between the patient and the doctor, if medicine is to remain meaningful. Nevertheless mass or production line surgery does cut cost. There may be other ways if doctors learn to appreciate that cutting cost is important. And, of course, it is important, for high cost of medicine must deprive the poor of adequate medical attention. It is in the context of these that Malaysia has decided to privatise some of the Government's social facilities. We are not about to deprive the poor of free medical treatment. But the present system enables even those who are able to pay to avoid 351

payment altogether. Indeed, firms which should have taken medical insurance for their employees are availing themselves of free treatment at government hospitals. With privatisation, only the needy would be accorded free treatment. Privatisation of hospitals will initially mean making Government hospital facilities available to private doctors at a fee. I do not think we will recover all our costs. There will still be an element of subsidy by the Government. But, at least, there will be a substantial recovery of a part of the cost expanded. I am very happy to see this meeting being organised by the three colleges together. Malaysia is not a very big country and it will be quite sometime before we get our 70 million people. Until then a multiplicity of organisations will only cause confusion. If the colleges cannot merge, at the very least they can work together. After all the disciplines are not only related, but they actually overlap. I am confident this Meeting will be very fruitful to each and every member of this noble profession. It is my pleasure now to officially declare the 2nd International Combined Scientific Meeting of The Colleges of General Practitioners, Physicians and Surgeons of Malaysia open.

352

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KAMPUS UTAMA INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR 22HB. OKTOBER, 1984

S

aya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengarah INTAN kerana telah menjemput saya untuk merasmikan Kampus Utama INTAN di Bukit Kiara

ini.

INTAN memang tidak asing kepada kita semua. Bagi saya, saya telah berdamping rapat dengan INTAN dan telah beberapa kali diberi penghormatan untuk merasmikan seminar-seminar dan juga mengambil bahagian di dalam forum-forum yang dianjurkan oleh I N T A N . Sempena dengan pembukaan rasmi Kampus Utama ini, sukacita saya mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan saya kepada INTAN di atas usahanya menyediakan latihan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam di negara ini. Saya harap INTAN akan terus berusaha untuk menjamin prestasinya, bukan dengan jumlah kursus dan peserta latihan-latihan yang dianjurkanya tetapi dengan mutu atau kualiti cara bekerja, tingkah-laku, sikap dan kemampuan mengurus mereka yang mendapat latihan. Sebagaimana kita maklum, perkhidmatan awam adalah jentera penggerak Pembangunan negara. Sebagai jentera, perkhidmatan awam mestilah berjalan dengan licin dan berkesan. Objektif jentera ini mestilah dicapai dengan cara yang efisien dalam jangka masa yang sependeknya. Kesedaran mengenai perubahan peranan perkhidmatan awam dari satu peranan tradisional "maintence of law and order" kepada peranan penggerak ke arah pencapaian objektif pembanguan negara mestilah menjadi permulaan di dalam semua usaha kita. Saya yakin perkara ini memang disedari, tetapi yang harus ditanya ialah sama ada tindakan untuk membawa kepada perubahan peranan ini benar-benar berjaya. Dari segi INTAN pula, yang perlu ditanya ialah samada melalui latihan kita telah dapat melahirkan para pegawai dan anggota perkhidmatan awam yang dapat menerima amanah peranan baru ini dengan amalan-amalan yang nyata yang dapat dilihat dengan hasil-hasil atau 'result' yang konkrit. Jentera kerajaan, khususnya perkhidmatan awam, sebagaimana sebuah organisasi merupakan satu organisme yang harus berfungsi di dalam satu persekitaran yang bergolak dan dinamis. Ia cuma dapat berperanan jika ia sentiasa memberi perhatian kepada fungsi-fungsi utamanya, iaitu berusaha mencapai matlamat dan objektifnya, kedua, menghasilkan 'output' yang maksimum daripada sumber-sumber input 353

yang ada, ketiga, menjamin perjalanan sistem yang menghasilkan 'output' dengan kemas dan baik dan akhirnya menyesuaikan diri dengan kehendak dan suasana yang berubah sepanjang masa. Mengabaikan salah satu daripada fungsi ini bermakna jentera tersebut tidak akan dapat memainkan peranannya sebagaimana yang diamanahkan kepadanya dan diharapkan daripadanya. Di samping memberi perhatian kepada fungsi-fungsi ini, perkhidmatan awam juga perlu memberi perhatian kepada prestasinya. Dalam soal ini, memandangkan bahawa peranan dan struktur perkhidmatan awam begitu kompleks, menggunakan sesuatu kriteria prestasi sahaja adalah tidak mencukupi. Oleh itu, pada hemat saya, perkhidmatan awam haruslah mengukur prestasinya dengan beberapa ukuran atau kriteria, mengikut keadaan. Di antara kriteria-kriteria ini ialah: - keberkesanan atau "effectiveness", iaitu tahap pencapaian objektif-objektif yang ditentukan; - daya pengeluaran atau "productivity", iaitu kuantiti dan kualiti hasil daripada sesuatu jenis input; - efisiensi, iaitu kemampuan untuk menambahkan hasil dengan penggunaan input minimum atau menjamin hasil yang sama dengan pengurangan input; - keberuntungan atau "profitability", iaitu pulangan wang dari pelaburan; - kecapaian mengikut rangka dasar dan peraturan yang disediakan; dan - kecapaian untuk mewujudkan norma-norma pembaharuan yang dicitacitakan. Sebagai institusi latihan saya percaya aspek-aspek ini tidak merupakan aspekaspek yang asing kepada INTAN. Tetapi yang penting ialah bagaimana kita dapat menjamin para pegawai dan anggota awam dapat mengamalkan cara-cara dan alat-alat ini di dalam tugas-tugas harian mereka. Dalam hal ini INTAN haruslah memberi keutamaan untuk menerapkan nilai-nilai mementingkan kriteria prestasi di kalangan peserta kursus dan di kalangan anggota perkhidmatan awam. Di samping itu sistem-sistem penilaian prestasi hendaklah dibentuk dan dipraktikkan sepanjang masa untuk mengukur kecapaian. Satu perkara lagi yang ingin saya sentuh ialah orientasi latihan berhubung dengan sikap, dan ilmu pengetahuan dan kemahiran di kalangan anggota perkhidmatan awam. Pada pendapat saya I N T A N haruslah memperseimbangkan aspek ilmupengetahuan atau "knowledge" dengan aspek falsafah dan sikap beserta dengan aspek kemahiran atau "skill". Aspek falsafah dan pembentukan sikap mestilah diberi keutamaan bagi menjamin pengetahuan dan kemahiran akan berfungsi dan diamalkan. Tentulah usaha-usaha latihan akan menjadi sia-sia jika pengetahuan dan kemahiran tidak diterima dan seterusnya diamalkan. Besar kemungkinannya ini akan berlaku 354

jika para pegawai dan anggota perkhidmatan awam tidak dilengkapkan dengan falsafah dan sikap yang positif dan membina. Ini merupakan satu cabaran yang besar kepada INTAN, dan INTAN dengan mottonya "atihan Untuk Pembangunan" akan hanya tinggal sebagai hiasan tanpa berfungsi jika ia tidak dapat mengubah pemikiran, gerak-geri dan cara bertindak, serta amali para pegawai dan anggota perkhidmatan awam. Apa yang saya katakan ini juga adalah "applicable" kepada semua institusi latihan dan pelajaran dan saya tidak membuat perhatian ini kerana ingin mengkritik tetapi kerana ia merupakan satu perkara yang akan menentukan jaya tidaknya sesuatu program latihan. Dalam beberapa tahun yang akhir ini Kerajaan telah menganjurkan beberapa pendekatan dan dasar untuk mempertingkatkan lagi proses pembangunan negara dan mutu perkhidmatan awam. Segala perubahan ini dan orientasi baru yang dibuat adalah dengan tujuan untuk menjamin kebahagian masa depan negara kita yang tidak dapat tidak perlu menghadapi cabaran-cabaran baru. Sebagai sebuah negara membangun yang kecil adalah sukar bagi kita untuk mencapai tahap pembangunan negara-negara maju kecuali jika kita insaf dengan kelemahan-kelemahan kita dan bertindak mengatasi masalah-masalah dan cabarancabaran yang kita hadapi dengan tegas dan berani. Kalau tidak kita akan terus menjadi satu negara yang lemah, yang perlu bergantung kepada orang lain. Tetapi kita juga harus insaf bahawa rahmat Tuhan begitu besar kepada kita - negara kita mempunyai berbagai-bagai sumber dan kita mempunyai potensi untuk mengubah nasib kita. Jika negara Jepun yang segala kekurangan dari segi sumber aslinya dapat menjadi kuasa ekonomi yang utama di dunia di dalam tempoh masa satu generasi, tidak ada sebabnya mengapa kita tidak dapat memperbaiki kedudukan kita. Itulah sebabnya kita harus mempelajari dari negara Jepun dan lain-lain negara yang boleh kita pelajari. Itulah sebabnya kita memandang ke Timur dan kita mengutarakan Persyarikatan Malaysia dan kita menganjurkan Kepimpinan Melalui Teladan. Dan itulah sebabnya kita melaksanakan sistem perakam waktu, fail meja dan lain-lain lagi. Berbalik kepada latihan dan perkhidmatan awam, soalnya ialah sama ada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan perkhidmatan awam yang menjalani latihan benar-benar dapat memahami orientasi dan falsafah di sebalik orientasi yang dianjurkan dan sejauh mana pula mereka telah membuat sumbangan mereka di dalam tugas seharian mereka. Apakah kebersihan menjadi amalan seharian, dan adakah pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan yang mengikuti latihan dapat membawa balik fail meja untuk diamalkan? Adakah prosidur-prosidur usang telah dihapuskan ataupun masih disimpan dan dirumitkan lagi? Kita harus sedar bahawa belanja membiayai perkhidmatan awam adalah tinggi, proses-proses bagi berbagai perkhidmatan begitu panjang, kelulusan-kelulusan memakan masa, kutipan-kutipan hasil terbengkalai ataupun lewat dibuat, sedangkan masing-masing bertungkus-lumus menyelesaikan masalah-masalah yang kecil-kecil. Jika semuanya dapat diatasi, katakan sesuku sahajapun, ini bermakna kita telah dapat mempertingkatkan daya pengeluaran kita sebanyak 25% bahkan bermakna kita dapat 355

mengurangkan hutang negara dan mempercepatkan proses pembangunan. Masa adalah sumber yang amat berharga dan kita tidak harus membiarkan tindakan-tindakan dilewat-lewatkan kerana akhirnya kita juga yang rugi. Di dalam Islam bukan sahaja menyalahgunakan kuasa berdosa, bahkan membuangkan masa dan melengahlengahkan tindakan juga berdosa. Jika kita membiarkan prosidur-prosidur yang boleh memberi kesan kepada pencapaian kita, ini juga bermakna kita berdosa. Proses pembangunan negara adalah rumit. Ia tidak dapat berjalan dengan berkesan tanpa keinsafan tentang perlunya proses ini bagi kita semua. Walaupun tugas seseorang itu kecil, kesannya dirasai oleh ramai. Kalau seseorang anggota perkhidmatan awam tidak menjalankan kerjanya dengan tekun dan cekap, ia akan mendatangkan masalah kepada orang lain, mungkin masalah yang amat besar sekali. Di sini harus diingat bahawa pegawai itu sendiri akan menjadi "orang lain" apabila ianya pula berkehendak kepada khidmat Kerajaan. Tentulah jelas bahawa khidmat yang baik menguntungkan kita sendiri. Anggota perkhidmatan awam harus insaf bahawa kelayakan, ilmu pengetahuan dan kemahiran belum dapat menjamin seseorang itu akan menjadi anggota perkhidmatan awam yang baik. Dalam analisa yang akhir yang membezakan seseorang anggota awam yang baik dengan yang tidak baik ialah rasa perikemanusiaan untuk berkhidmat kerana sedar dan insaf akan tanggungjawab yang diberi kepadanya. Masalah yang dihadapi oleh seseorang adalah besar walaupun pada pandangan seseorang anggota perkhidmatan awam masalah itu kecil. Dan masalah ini adalah lebih besar jika seseorang itu daif, berpendapatan rendah dan kurang kemampuan serta pengetahuan. Oleh itu kita boleh rumuskan bahawa apa yang dikatakan perkhidmatan awam ialah kesanggupan dan kemampuan untuk menganalisa perasaan dan kesusahan orang awam dengan tujuan untuk mengatasinya. Satu perkara lagi yang ingin saya sentuh ialah pembangunan negara yang mana asasnya ialah di peringkat "grassroots". Dari segi pentadbiran, ini bermakna pentadbiran pembangunan di peringkat daerah. Peringkat daerahlah yang menentukan mundur majunya negara kita. Masalahnya kompleks dan cabarannya besar. Pada pendapat saya bagi menggerakkan pentadbiran pembangunan daerah latihan yang diberikan mestilah latihan yang dianjurkan di tempat berkenaan yang melibatkan semua pegawai dari semua jabatan dan tujuannya mestilah bagi membolehkan mereka menyediakan rancangan pembangunan daerah yang kemas dan dapat dilaksanakan oleh mereka. Latihan bertindak dan "problem solving" ini mungkin tidak mampu dibuat oleh sesuatu institusi seperti INTAN sahaja. Saya cadangkan supaya usaha ini dibuat dengan memetik tenaga dari M A M P U , SERU, Unit Perancangan Negeri dan Pejabat Pegawai Kemajuan Negeria. Usaha bersepadu seperti ini, jika dilaksanakan sebagai satu program yang menyeluruh untuk menggerakkan pembangunan daerah, saya yakin dapat mempercepatkan proses pembangunan negara. Dalam keadaan seperti ini pihak-pihak yang berlainan latarbelakang - pegawai daerah, jurutera, doktor, khadi, pegawai pelajaran 356

dan lain-lain lagi-akan berkesempatan untuk menganalisa masalah secara bersama dan dapat pula menyediakan rancangan bertindak masing-masing secara bersepadu. Dengan penglibatan agensi-agensi yang saya sebutkan tadi hampir semua masalah boleh diatasi dan saya yakin cara ini akan memberi manfaat yang besar kepada semua, lebih-lebih lagi kepada rakyat. Sebagai permulaannya beberapa daerah di negerinegeri yang kurang maju bolehlah dipilih sebagai projek permulaan. Saya percaya INTAN sedang berusaha untuk memperkemaskan program latihannya. Itulah sebabnya saya telah mengutarakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan supaya rancangan masa depan I N T A N dapat diselaraskan untuk membantu mengatasi masalah dan cabaran semasa. INTAN mempunyai potensi yang besar. Potensi ini tidak terletak kepada bilangan pegawai yang ramai; I N T A N cuma perlukan satu kumpulan pegawai yang berfikiran jauh dan dinamis. Potensinya adalah terletak kepada kemampuannya untuk mengisi program latihan yang benar-benar akan membawa kesan yang nyata kepada cara pemikiran dan tindakan para anggota perkhidmatan awam. Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi INTAN. Satu kampus yang serba moden dan serba lengkap akan dibuka dengan rasminya. Kampus dan lain-lain kemudahan fisikal mudah diadakan tetapi ia ddak menjamin perkhidmatan yang baik. Yang menjaminkan perkhidmatan yang cemerlang ialah ilmu yang diperolehi di Kampus ini dan sifat-sifat yang baik yang telah saya sebutkan tadi. Dengan harapan bahawa pelaburan yang telah dibuat oleh negara akan mendatangkan hasil yang dirancangkan saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan Kampus Utama INTAN di Bukit Kiara ini.

357

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PERAYAAN JUBLI PERAK PERSATUAN DOKTOR-DOKTOR PERUBATAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 27HB. OKTOBER, 1984

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Doktor-doktor Perubatan Malaysia kerana menjemput saya dan isteri saya ke Majlis Perayaan Jubli Perak Persatuan ini. Izinkan saya merakamkan penghargaan saya kepada Persatuan ini kerana sudi mengurniakan Ahli Kehormat ke atas diri saya. Saya memang sudahpun beberapa kali diberi penghormatan seumpama ini oleh beberapa Persatuan lain, tetapi sebagai seorang doktor, saya berasa bertambah besar hati dikurniakan kehormatan seperti ini oleh satu Persatuan yang saya pernah menjadi ahlinya.

Persatuan ini kini menyambut Jubli Peraknya dan sepertimana kita maklum dalam tempoh waktu tersebut Persatuan ini telah memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara sekalian di atas sumbangan membina yang telah diberikan di masamasa yang lalu. Saya percaya saudara-saudara akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi sumbangan yang diberikan ini. Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, usaha-usaha memberi perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat merupakan salah satu keutamaan Kerajaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semenjak merdeka, Kerajaan telah mengadakan berbagai kemudahan kesihatan yang berkesan untuk keseluruhan masyarakat. Daripada segi kewangan, ini merupakan jumlah peruntukan wang yang besar. Malahan bolehlah dikatakan, perkhidmatan kesihatan di negara kita yang membangun ini merupakan satu perkhidmatan yang unik. Ia unik kerana ia adalah satu perkhidmatan yang hampir percuma bagi semua rakyat termasuk mereka yang mampu membiayai kos perubatan sendiri. Banyak negara-negara yang majupun tidak mampu memberi perkhidmatan sepertimana yang kita adakan sekarang ini. Ini jelas menunjukkan bahawa perkhidmatan kita terlalu tinggi menerima subsidi Kerajaan sehingga yang mampu membayar juga mendapat perkhidmatan percuma. Malahan ada di antara yang mampu ini telah menyalahgunakan kemudahan perkhidmatan ini. Memandangkan kepada hai ini dan memandangkan kepada kedudukan kewangan akibat daripada ekonomi antarabangsa yang tidak menggalakkan, Kerajaan terpaksa membuat sesuatu bagi mengadakan perkhidmatan kesihatan yang benar-benar memanfaatkan mereka yang memerlukannya. Oleh itu Kerajaan telah mencadangkan 358

supaya sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan ini diswastakan. Dengan cara ini kita akan dapat menumpukan lebih perhatian dan kemudahan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan yang benar-benar layak menerima perkhidmatan kesihatan Kerajaan. Melalui cara ini juga lebih ramai lagi mereka yang memerlukan akan dapat menikmati kemudahan ini. Sepertimana yang telah saya jelaskan beberapa kali, penswastaan sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan ini tidak akan menyusahkan mereka yang berpendapatan rendah dan daif. Penswastaan baik di bidang kesihatan ataupun di lain-lain bidang yang tertentu, sudah tentu akan membawa peluang-peluang yang baru. Saya percaya penswastaan dalam bidang kesihatan juga akan memberi manfaat dan kesan yang baik. Sayugia diingatkan bahawa tujuan mengadakan penswastaan ini bukanlah untuk memberi peluang dan kesempatan kepada mereka untuk mendapatkan keuntungan yang berlebih-lebihan, tetapi adalah bertujuan untuk meluaskan lagi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat keseluruhannya. Kita sering mendengar doktor-doktor Kerajaan meletakkan jawatan untuk memasuki sektor swasta, sama ada untuk membuka klinik sendiri atau bekerja dengan klinik persendirian yang sedia wujud. Tarikan yang paling kuat ialah pendapatan yang lebih lumayan di sektor swasta, apabila dibandingkan dengan yang didapati dalam perkhidmatan Kerajaan. Walaupun gejala ini tidak begitu menyenangkan hati Kerajaan, ianya ada juga kebaikannya. Sekurang-kurangnya ia menyebabkan sektor perubatan swasta menjadi lebih bersaing atau 'competitive'. Ini, di antara lain, akan mewujudkan kecekapan dalam memberi perkhidmatan perubatan dan kadar bayaran pun seharusnya semakin munasabah. Saya tidak bermaksud supaya doktor-doktor dalam perkhidmatan awam digalakkan berpindah ke sektor swasta. Kerajaan telah berusaha menambahkan beberapa kemudahan, seperti kenaikan pangkat yang lebih cepat untuk menjadikan perkhidmatan dalam Kerajaan lebih selesa dan menarik lagi. Walaupun begitu, saya akui Kerajaan memang tidak berupaya menandingi lumayannya pendapatan di sektor swasta. Semakin maju negara kita, semakin jauhlah perbezaan antara pendapatan di sektor awam dengan sektor swasta. Pendapatan yang lumayan bukanlah faktor mutlak yang boleh menjamin kepuasan bekerja atau 'job satisfaction' dalam apa-apa profesion sekalipun, dan ini termasuklah perkhidmatan perubatan. Pendapatan yang lumayan dapat memberi kepuasan hanya sehingga tahap yang tertentu sahaja dan pendapatan yang melebihi peringkat tertentu itu tidak semestinya memberi kepuasan yang maksimum. Salah satu faktor yang memberi kepuasan bekerja dalam profesion ialah peluang untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat, terutama sekali berkhidmat kepada mereka yang tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk mendapatkan rawatan melalui klinik-klinik swasta. Peluang berkhidmat ini terdapat di klinik-klinik di peringkat mukim, daerah, negeri dan di hospital-hospital besar di seluruh negara. Kepuasan bekerja dengan memberi rawatan kepada mereka yang tidak mungkin ke 359

klinik-klinik swasta adalah satu-satunya yang tidak dapat dinilai dengan wang Ringgit. Ada di antara kita berasa senang dengan menderma wang dan terdapat juga yang berasa puas had dengan menderma tenaga. Bagi para doktor di dalam perkhidmatan awam, masyarakat semakin hari semakin sedar bahawa mereka sedikit sebanyak berkorban untuk kesejahteraan dan kesihatan rakyat. Walaupun para doktor tersebut menerima gaji, pengorbanan mereka termasuklah kesanggupan menerima gaji yang kurang lumayan sekiranya dibandingkan dengan pendapatan yang boleh diperolehi daripada pihak swasta. Saya percaya persatuan ini akan terus memberi sumbangannya kepada masyarakat keseluruhannya. Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan kepada semua ahli persatuan selamat menyambut 'Perayaan Jubli Perak'.

360

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PEMBUKAAN RASMI PEJABAT POS BESAR KUALA LUMPUR 29HB. OKTOBER, 1984

S

aya merasa gembira kerana dapat bersama-sama di majlis perasmian bangunan baru Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur ini yang merupakan fasa kedua projek Dayabumi.

Sistem perkhidmatan pos, iaitu suatu sistem komunikasi yang tertua di dunia, adalah satu bentuk infrastruktur sosial yang penting. Ia mempermudahkan hubungan antara penduduk, sama ada dalam negeri mahupun dengan dunia luar. Peranan perkhidmatan pos dalam dunia moden amatlah penting walaupun berbagai cara hubungan lain telah dicipta. Sistem pos kita mempunyai satu rangkaian yang termasuk pejabat pos, pejabat pos bergerak dan wakil-wakil pos yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan mel dan kiriman wang. Selain daripada itu sistem pos kita juga menyediakan berbagai jenis perkhidmatan agensi bagi pihak jabatan-jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun dengan tujuan memperbaiki perkhidmatan dan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan bagi rakyat. Perkhidmatan pos negara ini telah berkembang dengan pesatnya semenjak merdeka. Pada tahun 1957, jumlah mel yang diposkan oleh setiap orang penduduk ialah 13 benda pos, sedangkan pada tahun 1983, ianya meningkat kepada 51 benda pos bagi setiap orang penduduk. Rangkaian pos dan kemudahan-kemudahan pos yang lain telah diperluaskan secara susulan untuk menampung pertambahan pesat dalam trafik pos. Pada tahun 1957, kita mempunyai 201 buah pejabat pos, 3 buah pejabat pos bergerak dan 238 perwakilan pos, sedangkan pada masa kini kita mempunyai 517 buah pejabat pos, 234 pejabat pos bergerak dan 1,568 wakil pos. Kita sekarang telah tiba ke satu peringkat di mana faktor pertambahan bilangan kakitangan, bilangan pertubuhan pos dan sumber-sumber lain seperti jumlah kenderaan bermotor, tidak lagi menjadi asas mutlak bagi mengatasi masalah pertumbuhan dalam keperluan perkhidmatan pos. Perkembangan secara kualitatif sangatlah perlu untuk menampung perkembangan masa hadapannya iaitu dengan pengendalian secara lebih pantas dan cekap dalam urusan-urusan mel serta urusniaga-urusniaga kaunter selaras dengan perkembangan negara yang giat membangun. Dengan itu, langkah yang perlu dalam pemodenan perkhidmatan pos ialah dengan mengambil kesempatan daripada kemajuan-kemajuan yang terbaru dalam teknologi pos. Corak perkhidmatan pos dahulu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada operasi secara manual dan tidak terdapat skop bagi memajukan teknologi 361

'intermediate' seperti usaha-usaha kemanusiaan dalam bidang-bidang yang lain. Tetapi dengan kedatangan era komputer, perkhidmatan pos sekarang berupaya untuk melangkah ke arah teknologi yang sofistikated dan alat elektronik yang moden boleh didapati sekarang dalam banyak tahap kerja-kerja memproses mel serta juga operasi kaunter. Perkhidmatan Pos kita juga harus mengambil inisiatif dalam memperkenalkan secara progresif mekanisasi yang sofistikated yang akan memperbaiki kepantasan dan kecekapan secara menyeluruh dalam kerja-kerja pengendalian mel dan operasi kaunter. Ia juga akan memperbaiki keadaan bekerja kakitangan berkenaan dan meninggikan lagi imej perkhidmatan pos. Saya difahamkan bahawa komputer telah diperkenalkan di Ibu Pejabat Pos dalam banyak urusan kerja-kerja perakaunan. Sistem pengangkut berantai bagi pergerakan mel telahpun beroperasi dalam bangunan ini. Mesin-mesin pengeluaran resit yang berbentuk komputer kecil bagi sistem bayaran bil setempat dan mesin faksimile untuk perkhidmatan 'intelpost' telahpun diperkenalkan di kebanyakan Pejabat Pos. Dengan meningkatnya bilangan perkhidmatan agensi iaitu sebanyak 54 buah sekarang, dan pertambahan perkhidmatan agensi seperti ini pada masa akan datang, maka mekanisasi bagi perkhidmatan kaunter sudah pasti akan meningkatkan kecekapan serta kepantasan perkhidmatan yang diberikan. Ianya juga akan meningkatkan lagi daya pengeluaran kakitangan dan mengurangkan keperluan ruang di Pejabat-pejabat Pos. Di samping itu, peningkatan yang pesat dalam aktiviti kaunter, yang melibatkan berbagai pengurusan wang tunai, memaksa kita memperkenalkan satu sistem bersepadu untuk menampung semua urusniaga kaunter. Satu cara bagi menyelesaikannya ialah dengan memperkenalkan urusniaga tanpa wang tunai atau 'cashless transaction' di pejabat-pejabat pos menerusi sistem giro. Perkhidmatan giro sudah lama digunakan di negara-negara maju. Dengan bantuan alat komputer skopnya telah diperluaskan. Malahan, pemegang-pemegang akaun giro tidak perlu ke Pejabat Pos. Mereka boleh mengepos bil-bil mereka dengan memberi surat kebenaran kepada pusat giro untuk menguruskan transaksi di pusat itu sendiri. Kajian 'feasibility' mengenai pembangunan perkhidmatan giro melalui Pejabat Pos harus dijalankan secepat mungkin. Walaupun pengenalan kepada perkhidmatan yang moden harus mengambil tempat, kita tidak boleh melupakan bahawa segala alat teknologi yang digunakan adalah semata-mata bantuan kepada kakitangan berkenaan untuk menjalankan tugas-tugas mereka dengan lebih cekap dan sempurna. Akan tetapi, perkhidmatan pos akan dinilai akhirnya berasaskan kepada mutu perkhidmatan yang mampu diberikan kepada masyarakat berdasarkan kepada teknologi semasa yang sedia ada dan ekspektasi rakyat. Kualiti perkhidmatan banyak bergantung kepada sikap kakitangan terhadap tanggungjawab mereka. Betapa sofistikated sekalipun teknologi yang ada, tetapi jika kakitangan yang menjalanan tugas tidak mempunyai sikap yang betul terhadap tanggungjawab mereka, maka tidak syak lagi bahawa segala usaha memperkenalkan teknologi maju akan menjadi sia-sia. Di dalam beberapa perkara, perkhidmatan yang 362

diberikan oleh rangkaian pos adalah merupakan hubungan rakyat yang paling rapat sekali dengan jentera kerajaan. Pandangan rakyat terhadap konsep 'Bersih, Cekap dan Amanah' yang ditekankan oleh Kerajaan adalah dipengaruhi oleh pengalaman mereka semasa berurusan dengan kakitangan Kerajaan, seperti posmen ataupun kerani-kerani kaunter pos. Di dalam perkhidmatan pos, unsur-unsur kemanusiaan akan terus menjadi tumpuan kepada operasinya. Kualiti perkhidmatan pos adalah bergantung kepada kecekapan serta tingkah-laku setiap kakitangannya. Masyarakat amnya mengharapkan keadaan ini. Sebaliknya pula, kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos hendaklah berbangga dengan kualiti dan tugas serta tanggungjawab masing-masing. Berbalik kita kepada majlis pembukaan bangunan Pejabat Pos Besar yang indah ini, ianya merupakan satu penggantian yang cemerlang bagi bangunan Pejabat Pos Besar lama. Sungguhpun projek ini telah dirancang untuk menampung keperluankeperluan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga tahun 2000, tetapi saya telah juga difa hamkan bahawa pertumbuhan mel kita telah meningkat begitu cepat hingga menyebabkan telah melampaui anggaran yang dibuat oleh pakar-pakar perunding. Akan tetapi, dengan menggunakan sistem mekanisasi dalam kerja-kerja memproses mel dan operasi kaunter, keluasan ruang yang ada sekarang akan berupaya menampung keperluan-keperluan kita sehingga tahun 2000. Alat kelengkapan mekanisasi yang telah dipasang itu menjadikan Pejabat Pos ini yang termoden sekali dirantau ini. Kita berharap semoga ianya akan menjadi satu sumber kebanggaan dan inspirasi kepada sekalian kakitangan supaya bekerja bersungguh-sunguh untuk memberi perkhidmatan yang efisien. Dengan harapan ini, saya dengan sukacitanya membuka bangunan Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur ini dengan rasminya.

363

SPEECH BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE FELLOWSHIP DINNER OF THE INSTITUTE OF MANAGEMENT CONSULTANTS, MALAYSIA, SELANGOR DARUL EHSAN 7TH. NOVEMBER, 1984

I

am indeed honoured to be accorded the first Honorary Fellowship by the Institute of Management Consultants Malaysia and I wish to thank the President and the Governing Council of the Institute for this privilege.

My appreciation also goes to Yang Berbahagia Dato' Ali Esa, Chairman of the Organising Committee and his colleagues for organising this memorable occasion. I am similarly thankful to all of you present tonight for your effort in making this fellowship gathering so meaningful. I also wish to express my thanks for the kind words said about me in the citation. As Prime Minister I am concerned with the efficient and effective administration and management of Malaysia's national affairs, both in the public and private sectors. I believe that a clean and efficient public administration is the foundation of good Government and dynamic as well as productive management in the private sector is the source of national wealth. Malaysia needs a good Government to maintain peace, order and stability so as to allow for an efficacious and enterprising commercial and industrial community to create wealth and prosperity which will then be shared by the people. Generally speaking public administration is concerned with the co-ordination of individual and group efforts to carry out public policies; it is mainly occupied with the routine work of Government. Public administration requires a structured system of roles and functional relationships designed to carry out programmes inspired by such policies. The organisation of the Government, therefore, seeks a pattern of skills, responsibilities and authority that will permit co-ordination and unity of purpose through supervision. Governmental organisation under our parliamentary democracy must work to the will and direction of the party in power. This will and direction is, in fact, the platform upon which the party in power is elected and therefore reflects the aspirations and expectations of the majority of the people. To fulfil the people's desire, we obviously need an efficient and effective public administration and this is precisely what the Government is constantly trying to achieve. In broad terms, management is concerned with seeing that a job gets done and done efficiently. Its tasks centres on decisions for planning and guiding the operations that are going on in the enterprise. Science and technology are today coming to their 364

full fruition. Hardly a business can continue its affairs without some reliance on science and technology. But science and technology even in the office, cannot displace management skill. In the final analysis all the data must be evaluated by management and management it is that must decide. Indeed, it is management that must decide on the tools to be employed whether in the office or on the shop floor. If our vital aim is to improve productivity and performance, we have to achieve efficiency and productivity through dynamic and effective management. In fact, the development and quality of life of any society or nation is largely a result of the management skills of the administrators in the Government and the executives in the private sector. The concept of Malaysia Incorporated and Privatisation encourages the existence of an efficient public administration which will work hand in hand with a dynamic and productive private sector towards the common benefit and interest of the people and the nation. Through the process of privatisation many challenges and opportunities will be open to Malaysians. The question is whether Malaysians can rise to the occasion and produce results from ventures under such an integrated approach. The key factor to success, of course, is still efficient and effective administration and management supported by a strong will and determination to succeed. Malaysia is what it is today because of the level of management skill that is to be found here. We are not too backward. But, on the other hand, we are not among the highest developed of the developing countries either. Our wealth today is largely due to our ability to manage mines and plantations and the extraction of our abundant timber. We are also enamoured with property development where the main factor is our privileged position as citizens. The moment we go into industries our lack of management skills show up. At best we are able to service our domestic market if Government affords protection. Even then many industries have folded up. But foreign markets are shunned by the majority of Malaysian industries because we are always high-cost producers even if the raw inputs are domestically available. We are high-cost producers largely because we cannot manage to keep the cost down. As usual when we find that we are not competitive in terms of pricing, we ask for Government help. We are fond of saying the farmers and fishermen have a subsidy mentality. Actually Malaysian manufacturers are worse. They keep on asking from the Government all kinds of subsidies. The latest help devised by the Government is to lower income tax rates so as to be at par with neighbouring countries. But, of course, this edge given to Malaysian industries and investors can be negated by the kind of demands that will neutralise possible savings by the industries. The Government have made a sacrifice at great political cost. If that sacrifice is not appreciated and as a result the expected investments as well as competitiveness of Malaysian goods do not materialise, then the Government will have to consider reimposing the punitive tax rates on higher incomes that prevailed before the new budget. Managers must bear this in mind and must keep their costs down. 365

The duty of management consultants is obviously to help enterprises establish good management structure and efficient management techniques. It is also their duty to interpret not only Government policies but also the rationale behind those policies. There are frequent criticisms that the Government tend to regulate business too much. The truth is that, it is business which keeps on demanding greater Government interference partly because they wish to be protected and partly because some of their members have a tendency to misbehave. If you can behave or better still if you can police yourself, Government will be only too willing to withdraw. But in Malaysia it has been proven time and again that this is not possible. The Government is not altruistic when it helps business. It has no wish to see one small section of the community wax rich. As a democratic Government we are committed to the majority and the majority are relatively poor. If we help the rich, it is because we want to extract from them the riches that they make so that we may redistribute them to the rest. The milking must be done judiciously so that we will not kill them. Indeed, we should stimulate them to produce more so that we can get more. A big portion of a small and shrinking cake is not as good as a fair portion of a growing one. That is this Government's philosophy. I am putting this crudely because brilliant minds in this country are frequently incapable of appreciating simple things. They see deviousness and injustice whenever the Government does anything and like Don Quixote they rise to fight these windmills of their own creation. What a waste of intellectual energy at a time when the country needs teachers to teach good values and good work ethics. Fortunately those who are really involved, as you management consultants are, do not indulge in mental and publicity exercises. Your job is to make yourselves worthwhile to those who seek your services. The measure of your success is the final productivity of your clients. It is not an abstract quantity but a very measurable one indeed. The country will be that much better because of you. Once again I wish to express my gratitude to this Institute for conferring me this Honorary Fellowship. I wish the Governing Council and all members of this Institute of Management Consultants, Malaysia every success in the years ahead.

366

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEWARTAWANAN ANJURAN INSTITUT AKHBAR MALAYSIA SELANGOR DARUL EHSAN 9HB. NOVEMBER, 1984

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Institut Akhbar Malaysia kerana menjemput saya sekali lagi untuk menyampaikan hadiah kepada para wartawan yang memenangi Hadiah Kewartawanan 1983 bagi karya yang terbaik pada tahun lalu. Kepada pemenang "Hadiah Kajai", hadiah terulung, saya mengucapkan tahniah istimewa. Begitu juga saya mengucap tahniah kepada pemenang-pemenang hadiah dalam kategori lain.

Seperkara yang menarik perhatian saya ialah bagi kali pertama "Hadiah Khidmat Baku' Masyarakat" diadakan pada tahun ini. Bahawa akhbar-akhbar di Malaysia, sambil menjual akhbar dan majalah, juga berlumba-lumba untuk berbakti kepada masyarakat adalah satu petanda baik. Namun demikian saya ingin menarik perhatian kepada beberapa perkembangan dalam dunia akhbar. Peranan akhbar dalam masyarakat dewasa ini sudahpun berubah. Akhbar tidak sahaja membuat laporan mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku, tetapi adalah alat yang paling berkesan dalam membentuk fikiran masyarakat. Demikianlah berkesannya peranan akhbar sehingga ada presiden dan kerajaan yang jatuh kerana pendedahan dan rencana dalam akhbar. Dengan perkataan lain, akhbar sudah menjadi satu daripada kuasa terpenting dalam masyarakat, kuasa yang boleh menegak sesuatu pemerintahan atau menjatuhkannya. Sudah tentu lainlain sasaran lebih mudah ditentukan nasibnya oleh akhbar. Dari satu sudut, kuasa ini amat baik dan berguna. Segala keburukan dan kecuaian yang terdapat dalam masyarakat dapat didedah dan pembetulan dibuat. Tetapi kuasa, seperti kata pepatah Inggeris, membawa kepada rasuah, dan kuasa yang tidak terhad membawa rasuah yang juga tidak terhad. Demikian juga dengan kuasa yang ada pada akhbar sekarang ini. Di Eropah pembunuh ditawarkan beribu pound untuk mendapat ceritanya. Di Amerika cerita rekaan disiarkan sebagai "facf untuk menarik minat pembaca. Cerita lucah dan seks dilaporkan tanpa segan-segan. Rahsia negara didedah sehingga musuh dapat mengetahui semua kelemahan. Sesiapa yang berkuasa dijadikan sasaran berita skandal sehingga ianya jatuh. Dan penggantinya juga akan mengalami nasib yang sama. 367

Aliran ini sudah sampai ke Malaysia. Berita yang benar kerap kali tidak dihiraukan. Jika ada mesyuarat atau lawatan atau pameran atau apa-apa jua peristiwa, yang diberi perhatian bukan peristiwa itu tetapi soal-soal lain yang menjadi minat akhbar. Soalan dibuat dalam berbagai bentuk dan bertalu-talu untuk menjadikan sesuatu perkara itu sebagai isu yang hangat. Selepas menyoal seseorang, maka disoal pula orang-orang lain yang diketahui mempunyai pandangan yang bertentangan — untuk memberi pandangan terhadap pendapat sasaran pertama. Maka dengan itu akan terjadilah satu kontroversi — yang dipuja dan dihembus oleh akhbar sehingga panas berapi. Bahawa akibatnya ialah ketegangan dan kegelisahan dalam masyarakat sehingga terjejas ekonomi, kestabilan politik dan perpaduan, tidak sama sekali dipedulikan. Yang penting ialah akhbar yang kononnya ingin melapor yang benar. Satu lagi perkara yang ingin saya sebutkan ialah tentang pemberita kita yang tidak segan-segan menjadi tali barut kepada akhbar-akhbar di luar negeri. Mereka ini apabila menulis dalam akhbar tempatan lain bunyinya. Tetapi untuk akhbar luar negeri, mereka mencerca dan menghina negara sendiri, mencaci pemimpin dan Rajaraja dan sanggup menjatuhkan maruah negara mereka sendiri. Nama mereka sendiri tidak disiarkan tetapi mereka tentulah dipuji oleh wartawan asing. Sebenarnya mereka sudah menjadi alat kepada bangsa-bangsa yang tidak senang melihat kejayaan Malaysia. Saya amat kesal adanya manusia jenis ini di kalangan pemberita kita. Saya memberanikan diri untuk membuat teguran ini walaupun imej saya boleh dirosakkan oleh akhbar. Malaysia belum menjadi negara yang maju dan kuat, yang kebal dan yang tidak boleh dihancurkan. Kita masih lemah. Biarlah amalan masyarakat yang kukuh dan kuat di negara barat tinggal di barat. Kita perlu berhatihati. Jika tidak, mungkin kita akan kekal dengan kelemahan kita tanpa sedikitpun mengecap kejayaan. Dan kita akan terus diperhamba dan dihinakan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana mengadakan pertandingan ini yang antara lain akan dapat meningkatkan lagi mutu profesionalisme serta penulisan di kalangan wartawan. Saya difahamkan bahawa pertandingan ini mendapat sambutan baik daripada para wartawan dan ini sangatlah menggalakkan. Walau bagaimanapun, saya ingin melahirkan sedikit pendapat saya mengenai hadiah-hadiah kewartawanan yang telah diadakan sejak beberapa waktu. Dengan kejayaan Dasar Pelajaran Kebangsaan, bilangan terbesar rakyat Malaysia yang hampir kesemuanya dari golongan generasi muda memahami dan fasih dalam Bahasa Malaysia. Oleh yang demikian, akhbar dalam Bahasa Malaysia adalah akhbar yang dibaca oleh sebilangan besar masyarakat Malaysia. Di samping itu pula, akhbar-akhbar dan majalah-majalah yang diterbitkan dalam bahasa-bahasa lain menyiarkan berita-berita yang menyentuh masyarakat keseluruhannya atau dalam lain-lain perkataan berita-berita nasional atau 'regional' dan tidak semestinya mengenai golongan-golongan atau kumpulan-kumpulan yang tertentu sahaja. Laporan-laporan di dalam akhbar-akhbar kita, selain daripada peristiwa di luar negeri, adalah berita-berita 368

mengenai masyarakat dan negara kita Malaysia dan ianya ditulis, saya harap, dari kacamata rakyat Malaysia sendiri. Maka sudah tentulah skop, semangat dan keikhlasannya adalah mengikut jiwa rakyat Malaysia, walaupun ianya ditulis di dalam berbagai bahasa. Memandangkan kepada hal ini, saya berpendapat ada baiknya jika kita memberi penghargaan kepada tulisan-tulisan yang secocok dengan semangat pembangunan dan perpaduan negara kita, walaupun tulisan ini dibuat dalam bahasa yang lain daripada Bahasa Kebangsaan. Oleh itu, saya syorkan supaya hadiah-hadiah diadakan, selain daripada yang sedia ada, bagi memberi penghargaan kepada isi kandungan yang menarik tetapi membina. Kebebasan akhbar memang terdapat di negara kita. Tetapi kebebasan dalam apa jua bidang memang ada hadnya. Sepertimana kita maklum, akhbar kita bebas membuat teguran-teguran yang kritikal dan ini memang dialu-alukan. Walau bagaimanapun, apa yang mengecewakan kita ialah kadangkala terdapat di mana sesebuah akhbar itu, sama ada secara sedar atau tidak, telah termasuk ke dalam perangkap golongan-golongan tertentu dalam menyuarakan kepentingan golongan tersebut. Kerana terlampau asyik dengan isu-isu yang disuarakan oleh golongan yang tidak mendapat sokongan kuat daripada rakyat itu, akhbar-akhbar atau majalah-majalah tersebut secara tidak langsung telah sedikit sebanyak diperalatkan oleh mereka. Dengan secara tidak langsung juga akhbar atau majalah berkenaan telah hilang kebebasan mereka. Ini adalah satu perkara yang mendukacitakan. Akhbar yang bertanggungjawab seharusnya boleh menghalusi jiwa masyarakat. Memang untuk bersikap bertanggungjawab bukanlah mudah. Tetapi sebaliknya kita tidak boleh lari atau mengelakkan diri daripada kewajipan ini. Semakin besar dan semakin kukuh kita, maka sewajarnyalah semakin besar tanggungjawab yang kita pikul. Dan kita tidak harus mengabaikan perkara ini kerana ia merupakan satu amanah yang besar. Pengabaian kepada tanggungjawab terutamanya oleh akhbarakhbar yang mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk peribadi masyarakat, mungkin akan membawa akibat yang buruk kepada kita semua. Peranan akhbar-akhbar kita di dalam negara yang sedang meningkatkan usahanya ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih sejahtera adalah penting. Akhbar-akhbar tidak seharusnya bersikap "berikan sahaja apa yang digemari oleh pembaca". Sikap mengambil mudah dan cuai seperti ini yang lambat laun akan memberi kemudaratan kepada masyarakat kita, haruslah dibanteras sebelum ianya melarat. Sebenarnya ini adalah satu penyakit yang amat merbahaya jika dibiarkan tanpa kawalan. Sebaliknya, akhbar-akhbar kita haruslah dapat mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang akan mendatangkan atau memberi kesan yang negatif kepada masyarakat. Saya juga tertarik hati dengan penubuhan Organisasi Pengarang-pengarang Akhbar baru-baru ini dan persetujuan yang telah dicapai mengenai kod etika kewartawanan. Saya difahamkan bahawa di antara tujuan-tujuannya ialah untuk 369

meningkatkan mutu kewibawaan dan menerima aduan-aduan terhadap sesebuah akhbar atau wartawan, selain daripada menegakkan kebebasan akhbar. Bahawa kebebasan akhbar terjamin di negara kita telahpun terbukti, antaranya dengan terbitnya sekian banyak akhbar dan majalah dalam pelbagai bahasa. Bahawa Organisasi Pengarang-pengarang Akhbar ini ditubuhkan oleh mereka sendiri, menjadi satu lagi bukti kebebasan akhbar di negara kita.

370

UCAPAN TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA OLEH PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI ISTIADAT PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KELAPAN 15HB. NOVEMBER, 1984

M

engadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dengan kemuliaan dan kebesarannya.

Pada saat yang bersejarah serta gilang-gemilang ini, bersempena dengan hari Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku, patik bagi pihak Ahli-ahli Jemaah Menteri, Pegawai-pegawai Kerajaan, dan seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan dan keturunan kaum, dengan perasaan riang gembira dan dari hati yang jujur, mengangkat sembah takzim serta merafak ucapan setinggitinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, kerana telah dipilih dan dilantik sebagai Raja Memerintah bagi seluruh negara Malaysia, dan sebagai Yang di-Pertuan Agong Yang Kelapan. Patik juga merafak sembah untuk menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah, di atas perlantikan Seri Paduka Baginda menjadi Raja Permaisuru Agong. Negara kita telah merdeka selama lebih 27 tahun dan selama itulah rakyat telah hidup dalam aman, makmur dan bahagia. Dengan izin Allah S.W.T, adalah diharapkan keadaan ini akan berterusan dan berpanjangan. Di samping itu Kerajaan Tuanku sedang berusaha menanam nilai-nilai positif di kalangan rakyat bagi menempa sebuah negara yang makmur dan progresif. Kerajaan Tuanku berharap rakyat negara ini akan semakin cekal, berdisiplin dan tekun berusaha, bukan sahaja bagi manfaat dan kebajikan diri masing-masing tetapi juga bagi kesejahteraan negara. Negara kita telah berjaya mengatasi kesan buruk akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia. Dengan keadaan ekonomi dunia yang beransur pulih, kadar kemajuan negara kita dijangka akan meningkat semula pada tahun-tahun akan datang. Kita berharap keadaan optimistik ini akan memberi galakan kepada para peniaga, pengurus-pengurus, pengusaha-pengusaha dan semua lapisan rakyat untuk terus meningkatkan lagi usaha masing-masing. 371

Keadaan keselamatan dalam negeri adalah terkawal. Patik semua berdoa ke hadrat Allah S.W.T. semoga keselamatan dalam negeri akan terus tenteram. Walaupun begitu, Kerajaan memang sentiasa berwaspada terhadap anasir-anasir yang ingin memecah-belahkan rakyat. Dalam hubungan antarabangsa pula, negara kita akan terus memainkan peranan yang aktif dalam rangka kerjasama dengan negara-negara ASEAN. Adalah diharapkan kerjasama serantau ini akan menjamin kestabilan dan kemakmuran negara kita dan jiran-jiran di kawasan Asia Tenggara. Kerajaan Tuanku akan mempergiatkan lagi usaha bekerjasama dan memberi bantuan teknikal kepada negara-negara membangun yang memerlukannya. Mengambil sempena hari yang bersejarah dan saat yang mulia ini, patik bagi pihak Ahli-ahli Jemaah Menteri, Pegawai-pegawai Kerajaan dan sekalian rakyat, merafakkan sembah ikrar taat setia Kebawah Duli Seri Paduka Tuanku. Akhirul Kalam, patik semua berdoa kehadrat Allah S.W.T, Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Pemurah, mudah-mudahan dilanjutkan usia Kebawah Duli Tuanku dan usia Kebawah Duli Raja Permaisuru Agong. Patik semua juga berdoa semoga Allah S.W.T. menganugerahkan Kebawah Duli Tuanku, di dalam sihat walafiat, aman sentosa dan sejahtera.

372

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MEMBENTANGKAN USUL UCAPAN TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA KEPADA DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, DI DEWAN RAKYAT 16HB. NOVEMBER, 1984 Saya mohon mengemukakan usul seperti berikut:"Bahawa satu ucapan setinggi-tinggi tahniah dan lafaz ikrar taat setia Dewan ini dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda A l Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar atas pemilihan Baginda menyandang jawatan Yang di-Pertuan Agong Malaysia". Semalam, 15hb. November, seluruh rakyat telah merayakan dengan penuh kegembiraan Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong yang Kelapan. Istiadat pertabalan itu ialah satu amalan tradisi yang merupakan kemuncak kepada proses pemilihan seorang Raja Berperlembagaan. Dengan izin Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar telah dipilih oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja untuk menaiki takhta Kerajaan sebagai Raja Memerintah bagi seluruh Malaysia selama tempoh lima tahun. Saya yakin Kerajaan dan rakyat akan mendapat manfaat yang bertambah daripada pemerintahan seorang Raja yang berpengetahuan dan berpengalaman serta yang sentiasa memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Sesungguhnya pertabalan Seri Paduka Baginda merupakan satu peristiwa bersejarah dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan. Seri Paduka Baginda merupakan teras pemerintahan beraja dan mercu dalam sistem Parlimen di negara ini. Seri Paduka Baginda juga menjadi lambang perpaduan dan tumpuan taat setia seluruh rakyat. Kita sedang berusaha bersungguh-sungguh ke arah menjadikan negara kita lebih aman, makmur, bersatupadu dan bermaruah. Oleh yang demikian, kita tidak patut lalai terhadap ancaman daripada golongan-golongan dan anasir-anasir yang sengaja hendak menggugat azam dan tekad serta usaha kita untuk mencapai matlamat ini. Dalam menghadapi cabaran-cabaran sedemikian, negara memerlukan taat setia yang tidak berbelah-bahagi daripada rakyat. Ini menjadi lebih rumit oleh kerana dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan yang mengamalkan sistem demokrasi terdapat golongan-golongan yang sengaja menggunakan isu-isu 373

politik, agama dan perkauman untuk kepentingan sendiri. Oleh yang demikian, adalah mustahak bagi semua pihak mengutamakan kepentingan negara dan mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain. Mengambil sempena peristiwa yang bersejarah ini, bagi pihak Dewan yang mulia ini, saya dengan perasaan sepenuh ikhlas mempersembahkan ucapan setinggitinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar atas pemilihan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang Kelapan. Saya dan Ahli-ahli Yang Berhormat berikrar akan menumpukan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Semoga Allah Subhanahu Wataala akan memakbul dan memberkati doa kita supaya Malaysia akan bertambah aman, makmur dan bersatupadu dalam tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda. Saya juga berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala melimpahkan taufik dan hidayahNya kepada Seri Paduka Baginda dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, selamat sejahtera bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan penuh daulat dan kebesaran.

374

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN PERTANDINGAN SYARAHAN DALAM BAHASA MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN KUALA TERENGGANU, 18HB. NOVEMBER, 1984 Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur kerana telah menjemput saya ke majlis ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa tersebut kerana daya usaha mengadakan pertandingan ini. Saya telah diberitahu bahawa tahun ini Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil juga turut serta dalam peraduan ini. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan adalah sebahagian daripada sistem pelajaran Malaysia. Ia membuktikan penerimaan bahawa negara ini ialah negara berbilang kaum di mana bahasa-bahasa ibunda penduduknya diberi tempat. Namun demikian kedudukan Bahasa Kebangsaan adalah istimewa dan sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa ibunda yang bukan Bahasa Kebangsaan, juga perlu memberi keutamaan kepada Bahasa Kebangsaan. Penerimaan ini bukanlah setakat pengakuan sahaja tetapi hendaklah secara bersungguh-sungguh. Pada malam ini kita akan dapat menyaksikan pencapaian oleh sekolah-sekolah jenis kebangsaan dalam menguasai Bahasa Malaysia. Saya yakin bahawa kesungguhan ini akan terbukti. Namun demikian kesungguhan ini hendaklah juga ditunjuk oleh pihak-pihak lain yang terlibat dengan persekolahan di negara ini. Sebenarnya tidak banyak daripada negara-negara berbilang kaum yang mempunyai dasar yang begitu 'liberal' seperti negara kita Malaysia. Kita patutlah bersyukur bahawa negara kita aman dan makmur. Kerana wujudnya keadaan ini, kita telah dapat membangun dengan pesat dan rakyat telah dapat mengecapi nikmatnya. Dasar-dasar dan rancangan-rancangan Pembangunan Kerajaan adalah bertujuan untuk meninggikan lagi taraf hidup rakyat. Segala usaha ini dapat dijalankan dengan adanya perpaduan, keamanan dan kerjasama. Oleh itu amatlah penting bagi kita menentukan bahawa keadaan ini sentiasa dipelihara. Tanggungjawab menjamin negara aman dan makmur adalah tanggungjawab kita bersama. Kesedaran ini mestilah juga disemaikan di kalangan muda-mudi kita, khususnya mereka yang dilahirkan selepas Merdeka. Anak-anak kita mestilah diberitahu mengenai latar belakang serta pengorbanan yang dilakukan dalam mencapai kemerdekaan. Mereka juga patut diberitahu tentang pengorbanan yang masih perlu dibuat oleh semua kaum, untuk kebaikan kita semua. Di negara yang majmuk ini, tidak akan ada sesuatu kaum yang boleh mendapat semua kehendak hati mereka. 375

Kita bersyukur bahawa negara kita telah dapat memutuskan satu bahasa sebagai Bahasa Kebangsaan - bahasa yang dapat menjalinkan perpaduan rakyat Pemilihan ini yang telah kita sama-sama persetujui adalah sangat wajar. Dengan ini bilangan penduduk negara ini yang fasih dalam Bahasa Malaysia semakin hari semakin meningkat. Bahkan hampir keseluruhan anak-anak muda daripada semua kaum boleh menggunakan Bahasa Malaysia dengan cekap. Penggunaan Bahasa Malaysia telah juga diperluaskan ke bidang-bidang teknikal, undang-undang dan perdagangan. Ini membuktikan kemampuan Bahasa Malaysia berfungsi bukan sahaja sebagai alat perpaduan tetapi juga sebagai bahasa dalam pentadbiran, perdagangan, pendidikan dan lain-lain. Malahan Bahasa Kebangsaan kini merupakan bahasa yang berpengaruh di rantau i n i . Peraduan syarahan bagi murid-murid yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu, bukan sahaja akan membuktikan kebolehan murid-murid ini tetapi juga akan memberi galakan kepada murid-murid lain. Ia juga akan membuktikan bahawa penguasaan Bahasa Kebangsaan adalah mudah jika dipelajari dan digunakan dengan tekun. Bahasa ibunda masing-masing tidak akan terjejas semata-mata kerana mempelajari dengan bersungguh-sungguh Bahasa Kebangsaan. Oleh itu janganlah sesiapa sengaja menghalang pengajaran dan penggunaan Bahasa Kebangsaan. Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam peraduan ini. Kepada mereka yang tidak berjaya memasuki pertandingan akhir ini, berusahalah lagi dengan lebih bersungguh-sungguh. Kepada mereka yang berjaya, berusahalah juga supaya dapat dipertingkatkan lagi mutu Bahasa Malaysia, bahasa kita.

376

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PEMBUKAAN RASMI MARKAS PANGLIMA ARMADA TLDM DI LUMUT, PERAK, 20HB. NOVEMBER, 1984

K

ita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan kurnia dan keizinanNya untuk kita bersama-sama pada hari ini bagi merasmikan pembukaan Markas Panglima Armada dan Sistem Komunikasi Tentera Laut Di-raja Malaysia.

Markas Panglima Armada ini adalah markas operasi T L D M yang terbesar yang bertanggungjawab atas segala operasi kapal-kapal T L D M . Manakala sistem komunikasi T L D M pula adalah sistem komunikasi yang termoden di kawasan ini, mampu berhubung terus dengan unit-unit T L D M di seberang laut sejauh lebih kurang dua ribu hingga lima ribu batu notika dengan menggunakan sistem komputer. Dengan ini, adalah jelas kepada kita bahawa T L D M telah maju ke hadapan dengan kelengkapan yang moden dan sofistikated sejajar dengan perkembangan dan permodenan T L D M keseluruhannya. Permodenan dan pembesaran T L D M adalah perlu memandangkan tanggungjawabnya yang kian bertambah. Perkembangan T L D M juga adalah daripada segi kapal-kapal yang besar dan moden yang boleh dibanggakan. Kerajaan telah banyak membelanjakan wang dalam mengadakan berbagai infrastruktur bagi keselesaan para anggota T L D M yang semakin bertambah. Saya percaya kemudahan-kemudahaan ini akan digunakan dengan sepenuhnya. Kemodenan peralatan sesuatu angkatan tentera tidak semestinya menjaminkan kemenangan. Apa yang diperlukan juga ialah anggota-anggota yang berdisiplin, bermotivasi, dedikasi dan efisien. Ini adalah kerana para anggota tenteralah yang akan menggerakkan peralatan itu, merekalah yang akan menentukan kemudahan-kemudahan ini dapat digunakan dengan sepenuhnya dan mereka jugalah yang akhirnya akan dapat menjaminkan kejayaan dan kemenangan. Justeru itu saya ingin menekankan di sini bahawa disiplin, kemahiran, motivasi dan kecekapan anggota tentera tidak boleh diabaikan dan anggota-anggota tentera pula mestilah sentiasa bersikap positif dan berani dalam menjalankan tugas-tugas seharian mereka. Tentera laut tidak akan dapat melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna tanpa disiplin. Disiplin adalah tulangbelakang angkatan tentera. Maka dengan itu setiap anggota perlu mempunyai taraf disiplin yang tinggi. Angkatan tentera kita memang mempunyai disiplin yang tinggi. Namun demikian usaha-usaha perlu diteruskan pada setiap masa untuk meningkatkan lagi mutu disiplin di kalangan anggota tentera. 377

Kita bersyukur bahawa negara kita aman dan sejahtera. Keadaan ini wujud kerana terdapatnya perpaduan dan keharmonian yang telah membenarkan kita membangun dengan pesat. Namun demikian angkatan tentera kita hendaklah sentiasa berwaspada memandangkan akan pergolakan-pergolakan yang berlaku di rantau ini. Walaupun kita mempunyai rakan untuk memberi pertolongan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, tetapi kita mesti ingat bahawa akhirnya pertahanan dan keselamatan negara kita terletak di tangan kita sendiri. Janganlah kita terlalu berharap kepada pihak yang lain apabila menghadapi sesuatu. Pertolongan yang mereka akan beri, walau jujur sekalipun, sudah tentu terhad. Kitalah yang akan menentukan nasib dan masa depan negara kita. Akhir kata saya berharap semua pegawai dan anggota T L D M akan menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Dengan ini saya dengan sukacitanya membuka dengan rasmi Markas Panglima Armada T L D M ini.

378

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM GAPENA KUALA LUMPUR 23HB. NOVEMBER, 1984

S

aya mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa G A P E N A kerana menjemput saya ke majlis malam ini. Kepada penulis-penulis jemputan dari luar negeri, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat datang ke Malaysia.

Saya mengucapkan tahniah kepada masyarakat penulis Malaysia kerana telah menunjukkan satu semangat kesatuan yang gigih. Dengan semangat kesatuan itu, pertubuhan-pertubuhan penulis telah dapat menjalankan program-program bagi kemajuan penulisan dan bahasa kita. Kegiatan pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan seperti G A P E N A adalah penting bagi menambah usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan sendiri dalam bidang bahasa dan sastera. Inisiatif dan usaha pembinaan mestilah datang juga daripada rakyat sendiri. Kerajaan hanya dapat memberi dorongan dan galakan. Pertubuhan-pertubuhan seperti G A P E N A haruslah dapat menggemblengkan buah fikiran dan tenaga rakyat, dan seterusnya melakukan pelbagai usaha dalam memperkayakan bahasa dan persuratan. Dengan itu, apa jua kerjasama yang erat antara badan-badan bahasa dan sastera dengan institusi-institusi kemajuan bahasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan tentulah akan memperkukuhkan lagi kedudukan bahasa dan sastera kita. Di dalam ucapan saya di persidangan Pertemuan Dunia Melayu di Melaka pada akhir tahun 1982, saya menyebut tentang perlunya membina satu bahasa dan satu kebudayaan bagi Malaysia - iaitu Bahasa dan Kebudayaan Kebangsaan. Impian kita untuk membentuk satu bangsa yang bersatu-padu dengan Kebudayaan Kebangsaan adalah hasrat kita semua.

Dalam pembinaan Kebudayaan Kebangsaan itu, Bahasa Kebangsaan tentulah menjadi bahagian yang utama. Pihak Kerajaan telah melakukan apa sahaja yang patut daripada segi pembinaan dan pengiktirafan bahasa dan sastera kebangsaan. Kerajaan telah melaksanakan dasar bahasa itu dengan tegas melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan dan generasi baru kita telah dididik den versiti. Bahkan bahan-bahan bacaan, istilah-istilah dan ejaan dan penggunaan bahasa telah diterbit dan diselaraskan dalam konteks serantau yang lebih luas.

Dari segi sastera pula, Kerajaan memang selalu memberikan galakan yang kuat. Anugerah Sastera dan Hadiah Sastera adalah merupakan galakan besar yang 379

diberikan oleh Kerajaan. Pusat-pusat pengajian tinggi kita pula telah membentuk jabatan-jabatan pengajian bahasa dan sastera, penulisan kreatif dan komunikasi massa. Semuanya adalah untuk mempertingkatkan lagi daya dan nilai Bahasa Kebangsaan. Saya sedar yang pelaksanaan Bahasa Kebangsaan kita itu bukanlah tanpa masalah, terutama daripada segi penggunaannya dalam penghidupan kita sehari-hari, seperti di kalangan pihak swasta di bandar-bandar. Tetapi kita haruslah lihat perkara ini secara rasional. Kita di sini haruslah berhati-hati agar keazaman kita untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan tidak mengancam keperluan kita kepada bahasabahasa ilmu dan kemajuan dan perkembangan di sekeliling kita. Bahasa ilmu dan nilai-nilai asing yang positif adalah penting bagi memperkuatkan sistem pendidikan kita, bagi memindah teknologi dan ilmu pengetahuan dari luar, malah penguasaan bahasa-bahasa lain akan memperkuatkan Bahasa Kebangsaan kita sendiri. Kita harus ingat bahawa pembangunan Bahasa Kebangsaan ke peringkat yang didapati sekarang dicapai oleh kerana ada di antara kita yang dapat menguasai bahasabahasa asing. Tanpa penguasaan ini peminjaman perkataan asing akan terhad kepada peminjaman bunyi perkataan sahaja tanpa makna. Jika bunyinya sahaja yang dipinjam tetapi maknanya lain, maka adalah lebih baik kita tempah bunyi perkataan kita sendiri. Sebenarnya, meminjam bunyi perkataan tanpa tafsirannya akan mengelirukan kita semua. Banyak perkataan Arab, Inggeris dan lain-lain yang digunakan oleh kita, tetapi tidak mempunyai makna asal perkataan itu. Ini berlaku kerana kurangnya penguasaan bahasa lain. Oleh itu, jika kita ingin memperkayakan bahasa kita, bukan sahaja pakar-pakar bahasa perlu menguasai bahasa asing, tetapi juga setiap daripada kita yang terpelajar dan ahli profesional hendaklah menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa asing. Di zaman moden ini orang yang terpelajar biasanya menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa. Ini tidak bermakna kita menderhaka kepada Bahasa Kebangsaan kita. Sebaliknya ia menolong kita memperkayakan bahasa kita di samping memperluaskan ilmu yang dimiliki oleh kita. Hari ini kita masih boleh menterjemahkan tulisan daripada bahasa asing. Saya khuatir jika perasaan kebangsaan kepada bahasa mengongkong kita, akan terputuslah kita daripada punca-punca ilmu yang diterokai oleh bangsa lain. Dengan yang demikian tugas kita sekarang ialah mencari perimbangan yang sesuai di antara penggunaan Bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa ilmu dunia. Perimbangan ini kalau dihujahkan kepada masyarakat kita secara logik tidaklah harus menimbulkan apa-apa kesangsian atau tentangan. Sehubungan dengan itu kita seharusnya memperkukuhkan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perhubungan sehari-hari dan dalam kehidupan biasa; ini termasuklah juga sebagai bahasa dalam mempamer dan mengiklankan barang-barang dagangan di kedai-kedai dan di pusat membeli-belah. Di samping itu kita harus juga perkukuhkan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa kebudayaan yang tinggi. Adalah tugas golongan terpelajar kita yang menguasai bahasa-bahasa asing untuk memindahkan 380

kekayaan ilmu pengetahuan dunia ke dalam Bahasa Kebangsaan. Dalam usaha untuk meluaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan seperti bahasa kebudayaan tinggi, usaha bersama dan kerjasama antara individu dan institusi-institusi mestilah ditingkatkan. Di samping itu pula haruslah ada sesuatu yang menarik minat para pembacanya. Di sinilah terletaknya peranan masyarakat penulis dan seniman iaitu untuk mengarang atau mencipta karya-karya yang bermutu yang dapat memikat pembaca dan penontonnya. Adalah tugas penerbit-penerbit kita juga, terutama surat khabar Bahasa Kebangsaan, untuk meningkatkan mutu rencana yang disiarkannya, sesuai dengan cita-cita kita untuk memperluaskan lagi penggunaan Bahasa Kebangsaan. Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada GAPENA yang telah berjaya bekerjasama dengan pelbagai pihak swasta dalam projek-projek sastera. Pada malam ini, kita lihat, misalnya, beberapa projek yang diusahakan dengan kerjasama Syarikat Esso Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka ini yang berani menampilkan diri untuk turut bersama membina bahasa dan kesusasteraan kebangsaan Malaysia. Saya ingin menarik perhatian bahawa konsep penswastaan Kerajaan juga harus diperluaskan dalam lapangan pembinaan bahasa dan kebudayaan oleh kerana bahasa dan kebudayaan perlu dibina dengan daya usaha dan inisiatif rakyat sendiri. Peranan Kerajaan hanyalah setakat memberi galakan dan dorongan. Bagaimanapun di sini saya ingin menegaskan betapa perlunya pelbagai pihak di luar Kerajaan ikut serta dalam pembinaan bahasa dan persuratan kebangsaan kita. Misalnya, banyak daripada bahan-bahan yang kita perlukan sekarang dalam Bahasa Kebangsaan, seperti buku-buku ilmu pengetahuan dan kebudayaan yang tinggi, belum lagi boleh diterbitkan secara komersial, oleh kerana jumlah penggunaannya masih terbatas. Oleh itu penerbitan buku-buku seperti ini perlu diberi bantuan kewangan. Saya percaya pihak swasta kita yang mampu sudah tentu akan dapat memberi sumbangan yang bererti supaya buku-buku seperti ini dapat diterbitkan. Dalam hal ini saya amat gembira dengan wujudnya beberapa badan lain seperti Yayasan Karyawan, Zamalah Sastera, serta juga Yayasan Seni yang yang ditubuhkan tidak lama dahulu. Melalui pertubuhan-pertubuhan seperti ini, pihak swasta dan rakyat dapat ikut menyalurkan sumbangan mereka. Saya rasa melalui proses sedemikian, kita lambat-laun akan dapat mewujudkan badan-badan yang khusus yang diusahakan atas inisiatif rakyat bagi menerbitkan satu-satu karya bahasa seperti kamus kebangsaan ataupun untuk menerbitkan ensiklopedia kebangsaan. Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang 'Pertandingan Cerpen ESSO-GAPENA Kelima' dan 'Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA Ketiga'. Kepada mereka yang tidak berjaya saya berharap mereka akan terus mengasah bakat masingmasing dan turut menyertai peraduan-peraduan masa depan. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Syarikat Esso Malaysia yang mengumumkan 'Hadiah Drama' malam ini. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada GAPENA kerana menjemput saya dan isteri saya. Kepada hadirin sekalian, bersama-samalah kita mendaulat dan memperkayakan Bahasa Kebangsaan dan Kebudayaan Kebangsaan kita.

381

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PEMBUKAAN SIMPOSIUM MENGENAI PENJAGAAN KESIHATAN KUALA LUMPUR 6HB. DISEMBER, 1984

S

aya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur Simposium Mengenai Penjagaan Kesihatan yang telah memberi saya peluang untuk berucap. Saya berharap perbincangan kali ini akan memberi sumbangan kepada perancangan dan pengurusan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

Over the past 27 years we have been developing the medical and health services of the country as part of the socio-economic development programme. We have been able to develop infrastructures ranging from the most peripheral midwives clinics to the high-cost high-technology hospitals. We have also implemented various disease specific programmes to reduce problems of major public health importance. The success of the various programmes is reflected in the downward trend of a number of diseases and the changes in disease pattern that we are currently observing. We still have a long way to go in order to reach the status of the more advanced countries. The escalation of health care cost is a major concern of the Government and we have to take steps to explore alternative possibilities for health care financing, cost sharing and cost containment. Although we believe that health is a universal right, the attainment of the right at least at the minimum acceptable level must necessarily be related to the financial capability of a country. We have been building hospitals and have had a lot of experiences in running them. But I believe there are three major areas which require special attention. First is the planning and designing of hospitals and the time taken to complete these steps. Because of the special nature of hospitals, its complex supporting services and peculiar engineering and utility requirement, a hospital is one of the most complex building to plan, design and construct. It requires a host of architects and engineers with specialised skill and knowledge in hospital design and operation. There is a need for us to build up sufficient pool of local expertise in this field to cater for hospital construction and maintenance in the public and private sectors. Second is the construction and commissioning of the hospital itself. I believe we can cut down further the period of building a hospital by adopting different building methods and better coordination of the various steps in its construction. Two hospital projects are now being implemented under the turnkey system. We shall be following closely the progress of these projects. 382

Third is hospital management. We need to infuse greater professionalism into hospital management. The bringing together of medical personnel, however highly trained they may be, in the most modern and well-equiped hospital does not automatically result in an efficient and high quality hospital care. They need to be supported by an effective resource management, an appropriate working arrangement, clear assignment of roles and functions, an efficient logistic and maintenance system, and good information support. We have allowed a number of foreign firms to participate in our development programmes, including the building of hospitals. What we hope is that through association with local firms and demonstration of new techniques, their local counterparts will be able to imbibe new skills and expertise and thereby further improve our own capability. To use a hackneyed phrase there would have been a transfer of technology. Hospital care is the most expensive form of medical care. It requires a high capital investment and an equally high running cost. It is also a complex organisation to run and to maintain. The building of a hospital must not only be fully justified, but also its design, equipping and staffing should be such that construction and operation costs are kept to the minimum compatible with good hospital practise. The design should be simple as well as flexible to meet changing hospital practices. It should also lend itself to easy maintenance. With regard to equipment, with the present range now in the market, one should be able to choose the most suitable in terms of cost and operation. The growth of private sector medical services that we are observing now in the Klang Valley and in some of the major towns of the country is unprecedented. These facilities range from single practices and small maternity homes to hospitals of a few hundred beds. The location of these practices is obviously influenced by the pull of market forces, namely by clients who can pay for the services. Whilst welcoming this development, because it supplements Government effort in providing medical services to the more well-to-do urban population, the Government is acutely aware that it can further worsen the current disparity in medical care between the rural and urban population. Such a development is clearly undesirable. For those who cannot afford, the Government will continue to provide fully or partially subsidised medical services to the extent that the country's economy can afford. Those in the higher income brackets should be able to pay for their treatment and thereby lessen the burden borne by the Government in shouldering the cost of health care in this country. The private sector can further facilitate this cost-sharing by keeping their charges as low as reasonably possible, by cross subsidy and by opening clinics and hospitals in areas which are relatively under-serviced. In this way the services offered by the private sector will be accessible to a greater number of people, including those who would otherwise flock to the already congested Government facilities. Every industry, more so the health industry, has a social responsibility. Private medical services should not be motivated exclusively by profit. After all it is society 383

which has granted more or less monopolistic rights to the medical profession to practise their occupation, and it is public fund which supports medical education. In return it is therefore natural that the public expect reasonable accessibility to medical charges, undue concentration of facilities in high income areas or any other form of barriers erected against them. To meet the needs of the community, a private hospital has to offer a minimum range of services and facilities. Although the use of private hospital services is to a large extent dictated by the ability of patients to pay, in my view it is extremely important for the hospital to be able to provide the services and facilities that are commonly associated with a hospital in order to serve the local community as effectively as possible. For example, the hospital should be able to provide accident and emergency services at all times. No accident victim for example should be denied first aid support simply because he is not a regular patient or cannot produce the required surety. The Ministry of Health is now reviewing the current laws relating to the registration of private hospitals to ensure that the minimum legal standards will facilitate optimum medical care. Once again I would like to thank the organisers for inviting me to officiate at the opening of this Symposium. It is my hope that all of you will have fruitful deliberation during this one day meeting. With this, I have great pleasure to officially declare this Health Care Symposium open.

384

SPEECH BY THE PRIME MINISTER Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE MALAYSIAN INSTITUTE OF MANAGEMENT DINNER 28TH. DECEMBER, 1984

S

aya terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Yayasan Pengurusan Malaysia kerana sudi menganugerahkan kepada saya Fellow Kehormat atau "Honorary Fellowship" ini. Saya juga menghargai 'citation' mengenai diri saya sebentar tadi.

Firstly I would like to express my gratitude to the Malaysian Institute of Management for conferring on me the Honorary Fellowship. I am also grateful for the kind words in the citation just now. In return I would like to express my opinion on a subject of interest to all of us i.e. the government's aspiration to promote 'resilient entrepreneurship' among Malaysians. Ladies and gentlemen, so much has been said about increasing productivity, Malaysia Incorporated, Look East Policy, Privatisation, positive values, outwardlooking industrialisation and eradication of the dole-mentality, all of which are intended to promote an economy that allows for the growth of good entrepreneurship. These new directions, concepts and policies will also promote an economy that is resilient and able to withstand external pressures, and protect the welfare of the nation. Firstly may I take Privatisation. We know that it is a form of encouragement for greater private investment and expertise in the development of the economy. Incidentally it will also reduce the size and extent of the direct participation that is often costly and with due respect to everyone concerned, inefficient. Privatisation is in effect an encouragement for greater competitiveness in economic activities instead of survival through monopoly and high-handed Government action. Such competition calls for entrepreneurship, skilled management and constant innovation. A competitive environment which is believed to prevail in the private sector should be conducive to high productivity and efficiency. Malaysia Incorporated emphasises cooperation between the Government and the private sector for their mutual benefit which ultimately means the benefit of the nation. The private sector will form the commercial arm of the national enterprise so to speak, while the Government provides the major policy framework, direction and the necessary back-up services. By going hand in hand in achieving our common goals we should be able to improve each others' performance in both commercial and administrative procedures. The Malaysia Incorporated concept therefore provides a conducive environment for the development of entrepreneurship. 385

The Government has been inculcating progressive values that we need for modernising and industrialising the nation. Hard work is the key to higher productivity and it should ensure that the resources of the nation are fully utilised. Other important values include the need to be more disciplined, self-reliant, to strive for excellence, thriftiness and to have a more rational and scientific approach in overcoming problems. Striving for excellence among our traders, for example, will include high ethics and attention to standards of quality especially when exporting our products. We should have direct trade relations wherein we should be able to place our products, if need be, on the shelves of foreign retail outlets. No doubt it would be easier to sit at home and wait for the middlemen to come. But that way you will not only lose much of your profit, but you can be made perpetually dependent on others when marketing your products. A weakness of Malaysian entrepreneurs is their inability to work together. This applies not only to multi-racial enterprises but also those involving a single ethnic group. In other words Malaysians just do not know how to work as a team. Tolerance and understanding is not their forte. Management seminars and courses should focus on this until the right attitudes are ingrained in our businessmen. It is only then that our business can grow sufficiently big, can survive the demise of their founders and can really ensure the success of the NEP. Of course the ability to work together as a team is required not only for entrepreneurs but all the members of a business enterprise and at times, between business enterprises. We are gradually eradicating the dole-mentality among Malaysians. Individual self-reliance would lead to less dependence on the Government for support and protection as this contributes to the dignity and self-esteem of an individual or institution. We can easily see the subsidies extended to our farmers and rural folks, but indirect subsidies and protective measures are also prevalent among our enterprises and commercial concerns. It is therefore pertinent for business and commercial leaders to look closely at themselves to ensure that they are more self-reliant and bid-less and less for Government protection in the future. We have achieved to date some progress in increasing Malaysian ownership and control of a number of large Malaysian-based foreign corporations. The intention is not just to replace foreign executives with Malaysia executives but to utilise these corporations for maximising profits for ourselves and for enlarging our operating base. With the kind of contacts and subsidiaries worldwide that these corporations have, we should be able to make a quantum leap in terms of foreign trade and industrial expansion. Malaysians who will be exposed to these new fields should acquire inside knowledge and skills to make good entrepreneurs. At another level the Government has introduced a new curriculum in schools designed to create management and manipulative skills among future entrepreneurs and the work force. Whether we like it or not the world is moving towards a greater degree of organisation in the management of its affairs and greater reliance on things mechanical. A people with poor organisation and management skills and bereft of 386

mechanical knowhow will soon lose its independence and internal resilience. Certainly it cannot have successful enterprises to support a reasonable standard of living. The introduction of the curriculum is evidence of the concern for the future that the Government has. Entrepreneurs will eventually benefit by it. But they should not wait for the fruits of this experiment. They should apply their minds to the early production of the kind of managers, workers and entrepreneurs which they need and will need more and more. In the agricultural sector, the Government is emphasising the commercialisation of agriculture rather than maintaining it at subsistence level. Here, cooperative farming will be the basis for further accelerating the monetization of the rural economy. It should emphasise the commercialisation of resources and wealth of the rural community. This emphasis will gradually reduce the subsistence and traditional livelihood which has been the characteristic of a large portion of our agricultural sector. Unfortunately it is easier for Government to formulate new strategies than to implement them. The commercialization of the rural farms will need entrepreneurs and managers, initially from among Government staff, but eventually and finally from among the farmers or their children. Tens of thousands of farmers' children have gone to the universities. Unfortunately entrepreneurship and management are not the subjects they learn. This will obviously have to change. All in all, these new directions, policies and concepts reflect the determination of the Government to promote an economy that encourages 'resilient entrepreneurship'. Of course the Government cannot be permanent patrons of every individual in order to make him a resilient entrepreneur but providing the necessary climate, policies and encouragement is well within its capacity and this the Government will do. It is up to our business and commercial leaders and training institutions like M I M and INTAN to help realise this vision. It is my belief that the Government has provided the necessary infrastructure and incentives and will continue to improve upon these so as to be able to better serve our entrepreneurial community. I am confident the present climate is the best that can be offered to you since our independence. Ultimately, the initiative lies with you. The Government can go on cajoling but if you wish to remain passive and apathetic nothing much will result. It is to your benefit to take up the challenge. In line with this, M I M has a role to play in promoting a strong group of entrepreneurs, determined to do well in their ventures and indirectly contribute to our economy. In this direction I am pleased to note that M I M has taken upon itself the responsibility of promoting an effective management system for the private sector. Still there is room for improvement especially in the areas that I have mentioned. At the same time it is heartening to observe the confidence placed by our business and industrial leaders in this Institute so far. I hope M I M will develop into a leading Malaysian representative not only at regional and Asian conferences but also at worldwide management gatherings. I take this opportunity to wish all the best in your preparations to hold the World Management Congress late next year. 387

We must prepare for the coming year and make it our resolution to strive for greater utilisation of the opportunities available. We are leaving 1984 in 3 days time and 1985 is all there to receive us. It should be a year of consolidation for our economy. It is not only that the position of our balance of payment has to be improved, but our determination to promote our future well-being has also to be consolidated. Some hardship and sacrifice now will go a long way towards creating a better future. I wish to express once again my gratitude to M I M for conferring upon me this honour. I hope to prove that I deserve it. Finally I wish you a happy and prosperous New Year.

388

PERUTUSAN TAHUN BARU OLEH PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 31HB. DISEMBER, 1984

K

ita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana sekali lagi kita diizinkan menyambut tahun baru, iaitu tahun 1985. Pada hari genapnya tahun 1984 dan bermulanya 1985, sementara kita bergembira, kita juga harus merenung sejenak, merenung tentang negara kita dan diri kita dalam negara ini.

Saya biasa menyebut tentang betapa kita harus bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana negara kita ini bebas dari segala jenis malapetaka seperti ribut taufan, gempa bumi dan gunung berapi, kemarau yang berpanjangan atau musim salji yang menimbus, kebuluran seperti yang melanda Afrika sekarang dan lain-lain lagi malapetaka. Sebaliknya negara kita subur, tidak terlalu panas, penuh dengan sumber alam dan makanan yang cukup. Tidak ada siapa yang mati kebuluran kerana selain dari bantuan yang boleh diperolehi dari Kerajaan, jiran dalam masyarakat kita tidak mungkin begitu kekeringan perasaan kemanusiaan sehingga sanggup melihat jirannya mati kelaparan. Kita juga harus bersyukur kerana sejak merdeka kita tidak mengalami jenis-jenis malapetaka buatan manusia. Selain dari rusuhan kaum pada tahun 1969 kita tidak diserang dengan rusuhan-rusuhan dalam negeri atau serangan perang dari luar negeri. Walaupun ada usaha untuk membakar perasaan perkauman di kalangan kaum-kaum dan fanatisme melalui salah tafsir agama, majoriti rakyat menolak kegiatan ini. Partiparti politik yang cuba membesar dan memburukkan masalah-masalah sosial seperti pembangunan tempat-tempat tertentu dan kecemaran alam sekitar juga tidak berjaya mencetuskan huru-hara yang mereka harapkan. Pada keseluruhannya negara kita aman dan makmur jika kita iktiraf hakikat sebenar dan tidak membutakan mata dan hati kita. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sementara kita bersyukur dengan apa yang ada, kita juga harus ingat bahawa masa berlalu dan kehidupan manusia dan masyarakatnya tetap berubah. Tidak ada masyarakat manusia yang kekal dengan keadaannya pada paras yang sama selamalamanya. Sesuatu masyarakat akan menjadi semakin maju atau semakin mundurdengan pengaliran masa. Negara yang mundur boleh menjadi maju sehingga mengatasi negara-negara maju yang terkenal dan negara yang maju pula, kerana lalai atau amalan-amalan yang tidak sihat, akan menjadi lemah, ketinggalan zaman, bahkan luput sama sekali. Demikianlah dengan beberapa negara dan empayar dalam sejarah. Negara kita Malaysia baharu sahaja muncul dan tahun ini umurnya meningkat kepada 28 tahun. Kita masih muda jika dibandingkan dengan kebanyakan dari negara389

negara yang terkenal dalam sejarah dunia. Sebagai negara yang muda kita berpeluang mempelajari bukan sahaja dari sejarah kita sendiri, tetapi juga dari sejarah negara-negara lain, yang telah maju, yang masih maju, yang telah mundur dan yang masih mundur. Inilah yang dibuat oleh Kerajaan setiap kali kita membentuk sesuatu dasar atau mengambil sesuatu langkah. Niat Kerajaan ialah supaya kita mengelak dari melakukan apa-apa yang boleh membawa mudarat kepada negara dan penduduknya, khususnya warganegara. Kita menyeru kepada perpaduan umpamanya, kerana kita tahu akan kestabilan dan kekuatan yang diasaskan kepada perpaduan. Di Malaysia yang berbilang kaum dan agama kita menyeru supaya orang-orang Melayu bersatu-padu, bumiputera bersatu-padu, dan kaum yang ada di Malaysia semua bersatu-padu sebagai satu bangsa Malaysia. Memang benar kita belum lagi dapat melupakan kaum asal kita, tetapi ini tidak sepatutnya menghalang perpaduan nasional. Janganlah kita bercakap seolah-olah tidak ada sentimen perkauman dan kita menolak hakikat kaum, tetapi di samping itu kita timbulkan bermacam-macam perkara yang menyepitkan lagi perkauman di kalangan kaum-kaum tertentu. Janganlah kita cuba bermain dengan api perkauman kerana ia amat bahaya. Perpaduan tidak akan wujud jika api perkauman ditiup tanpa tanggungjawab. Dalam usaha untuk membangunkan negara, Kerajaan juga menyeru kepada kebersihan, kecekapan, amanah, disiplin, kerajinan dan teladan yang boleh memimpin ke arah kebaikan. Apakah nilai- nilai ini tidak baik dan tidak akan membawa kepada kebaikan. Kebersihan ialah sebahagian daipada iman bagi orang Islam. Tidak ada ibadat yang boleh dilakukan dalam keadaan yang kotor. Begitu juga bagi penganut agama lain dan kaum-kaum yang ada di Malaysia. Kita semua tahu akan kebaikan dan kemuliaan kebersihan. Yang menjadi masalah ialah kadang-kadang kita membiar tabiat yang kotor menguasai kita. Ataupun kita membenar perasaan tidak bertimbangrasa menguasai kita. Kita mengotor, kerana kesannya akan dirasai oleh orang lain. Kempen kebersihan dibuat bukan kerana kepentingan Kerajaan tetapi kerana kepentingan rakyat keseluruhannya. Apakah kita suka di kelilingi dengan sampahsarap dan bangkai yang busuk. Tentulah tidak. Tetapi jika kita membuang sampah di keliling rumah, di jalan-jalan atau di taman-taman, tidak mungkin ada pekerja yang menurut kita sepanjang masa untuk mengutip sampah yang kita buang. Di zaman penduduk yang tidak ramai, sampah tidak begitu banyak dan sempat pihak yang bertanggungjawab membersihkannya. Tetapi di zaman penduduk berjuta-juta, ini tidak mungkin. Jika kita muliakan kebersihan kitalah yang patut menjaga kebersihan di sekeliling kita. Jika kita ingin mengambil angin di taman, jagalah kebersihan taman. Jagalah kebersihan di mana juga kita berada. 390

Apakah rayuan daripada Kerajaan untuk menjaga kebersihan merupakan suatu penindasan, suatu tuntutan yang tidak munasabah, suatu cara untuk melarikan diri daripada tanggungjawab? Bersama-samalah kita berfikir. Alangkah baiknya jika kita di kelilingi dengan alam yang serba bersih. Kita seru kepada amanah kerana amanah, selain daripada menjadi nilai yang mulia, tetap akan membawa kebahagiaan kepada kita. Tidak ada suatu kerja yang boleh dilakukan tanpa amanah. Kita tidak mungkin membuat sendiri semua kerja kita. Sudah tentu dalam Kerajaan atau firma, kita dikehendaki menjalankan arahan orang lain. Jika amanah tidak ada semua kerja akan gagal mencapai maksudnya. Pembangunan tidak boleh dilakukan, perniagaan firma akan terbatas, penguatkuasaan undang-undang dan aturan-aturan tidak boleh dilangsungkan. Bahkan tiada suatu kerja kecil seperti menghantar surat, mengutip cukai, memeriksa bungkusan, menukar cek boleh berjalan dengan licin. Pendek kata, tanpa amanah, tidak mungkin masyarakat hidup tenteram dan bahagia. Sebab itu kita seru kepada amanah. Kita harus ingat bahawa sepertimana kurang amanah di pihak orang lain akan menjejaskan kerja kita, kurang amanah di pihak kita akan menjejaskan kerja orang lain. Masyarakat yang dipenuhi oleh orang-orang yang tidak beramanah tentulah akan menjadi beban kepada kita semua. Jikalau Kerajaan menyebut tentang amanah sehingga membosankan, sebabnya tentulah jelas. Janganlah pula kita bertekun untuk mencari atau mencipta peristiwa kurang amanah di pihak Kerajaan atau orang-orang tertentu semata-mata kerana ingin menggagalkan kempen ke arah amalan yang baik ini. Jika ada perbuatan kurang amanah di sisi Kerajaan kita patut berani mendedahkannya secara terbuka supaya dapat kita memperbaikinya. Janganlah melempar fitnah di belakang Kerajaan dan memburukkan orang-orang tertentu kerana ia merupakan satu jenis rasuah juga. Perbuatan itu boleh menjadi alasan kenapa kita tidak perlu menyambut seruan Kerajaan supaya kita beramanah dan mengelak dari- pada rasuah. Kita semua tahu lain-lain seruan Kerajaan dibuat untuk kebaikan kita bersama. Saya tidak perlu jelaskan satu persatu kenapa kita perlu cekap, berdisiplin, rajin, menunjuk kepimpinan yang baik dan sebagainya. Kita semua tahu. Tetapi akan ada di kalangan kita mereka yang bukan sahaja tidak mahu mengamalkan nilai-nilai yang mulia ini, tetapi sengaja cuba menghalang amalannya. Ada yang berkata disiplin akan menjadikan kita robot. Ini adalah falsafah yang di bawa oleh satu golongan orang Barat. Mereka di antara kita yang terpengaruh dengan pendapat ini sebenarnya sudah menjadi robot orang Barat atau "dummy ventriloquist" Barat. Amatlah nyata bahawa jika kita berjaya kita akan mengancam kehidupan mewah mereka yang dahulu menguasai semua teknologi dan keupayaan. Oleh kerana mereka tidak lagi mempunyai kuasa secara langsung ke atas kita, sekarang mereka cuba menguasai secara tidak langsung fikiran dan nilai hidup kita. Jika kita kaji llatar-belakang mereka di antara kita yang sering mempermainkan dasar Kerajaan, kita akan kenal dalang yang menggerakkan 391

mereka. Janganlah kita terpedaya dengan mereka ini. Nilai baik memang baik dan akan membawa kebaikan kepada kita. Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi negara maju dalam masa yang lebih singkat dari yang diperlukan oleh lain-lain negara yang membangun. Kita mempunyai cukup sumber alam, tanah yang subur, bebas dari berbagai jenis malapetaka dan infrastruktur yang sudahpun tinggi. Yang diperlukan lagi untuk menjadikan Malaysia negara yang maju ialah sifat-sifat yang mulia lagi tinggi yang boleh mempertingkatkan keupayaan dan daya pengeluaran atau produktiviti kita. Jika Kerajaan mendesak tanpa bosan supaya kita mengamalkan beberapa nilai yang mulia, tujuannya bukanlah semata-mata kerana kepentingan negara tetapi juga kerana kepentingan setiap warganegara Malaysia. Bagi mereka yang beragama Islam amalan nilai-nilai ini juga dituntut dan dimuliakan oleh agama. Bagi yang bukan beragama Islam nilai-nilai yang menjadi tumpuan ialah nilai yang universal yang diterima sebagai baik oleh semua. Di kalangan setengah masyarakat permulaan tahun dianggap sebagai tarikh yang sesuai untuk membuat resolusi yang akan dituruti oleh diri sendiri sepanjang tahun. Tidak ada satu sebab kenapa seluruh rakyat Malaysia tidak boleh membuat resolusi bersama untuk tahun 1985 ini dan seterusnya. Oleh itu saya ingin menyeru kepada semua pihak, sama ada dalam Kerajaan atau firma-firma swasta, dan kepada setiap orang warganegara Malaysia supaya membuat resolusi tahun 1985 agar segala slogan-slogan ke arah kebaikan yang dianjurkan oleh Kerajaan diamalkan dengan jujur dan ikhlas. Saya menyeru supaya kita semua mengamalkan sifat-sifat bersih, cekap dan beramanah, supaya kita rajin dan berdisiplin, supaya kita semua menunjuk teladan yang baik, dan supaya kita selalu bertanya apakah khidmat kita kepada agama, bangsa dan negara. Insya-Allah kita akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah negara kita akan menjadi maju dan aman. Sambutlah tahun baru 1985 dengan gembira dan berjanjilah kepada diri sendiri yang kita akan berusaha meninggikan lagi maruah dan kebahagiaan bangsa dan negara kita Malaysia.

392

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN PERAYAAN 25 TAHUN PARLIMEN MALAYSIA DI BANGUNAN PARLIMEN, KUALA LUMPUR 30HB. MAC, 1985

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat dan izinNya, dapat saya hadir bersama di majlis yang bersejarah pada pagi ini. Saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pusat Perayaan yang telah berusaha menyusun beberapa aktiviti bagi menyambut Perayaan 25 Tahun Parlimen Malaysia.

Sesungguhnya Perayaan 25 Tahun Parlimen Malaysia mempunyai erti yang amat besar kepada negara dan rakyat Dalam usia 25 tahun itu, Parlimen Malaysia merupakan lambang yang unggul dan bahagian yang penting dalam proses demokrasi di negara kita. Perayaan ini membuktikan kematangan sistem berpolitik dan sistem pemerintahan negara berasaskan kepada prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan ini telah diterima oleh rakyat Malaysia daripada semua keturunan, setelah diperjuangkan oleh para pejuang kemerdekaan negara dengan semangat patriotisme yang luhur. Sistem ini telah dipupuk perkembangannya dan dipelihara sehingga mewujudkan kestabilan negara. Kestabilan ini telah membolehkan rakyat menikmati keamanan dan kemajuan dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan sebagainya hingga ke hari ini. Walaupun demikian, kebebasan yang kita nikmati tidaklah bersifat mutlak, tetapi tertakluk kepada sekatan-sekatan tertentu yang perlu kita adakan terutamanya dalam masyarakat majmuk kita. Sekatansekatan itu pula tidaklah dikenakan dengan sewenang-wenangnya tetapi dibuat berdasarkan kehendak rakyat melalui Parlimen. Saya gembira mendapati sebilangan besar bekas Ahli-ahli Parlimen turut hadir bersama kita di majlis ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bekas A h l i Parlimen memberi makna yang besar kepada kita oleh kerana mereka merupakan tokoh-tokoh yang telah banyak memberi sumbangan kepada kejayaan sistem Demokrasi Berparlimen di negara ini, sama ada dari parti Kerajaan atau parti-parti pembangkang, dan negara dan rakyat menghargai jasa bakti tuan-tuan dan puanpuan sekalian. Bersempena dengan peristiwa yang bersejarah ini, saya percaya kita akan dapat membaharui tali silatulrahim di antara satu sama lain sambil mengenang kembali akan peristiwa-peristiwa menarik yang telah berlaku dalam Parlimen ini. Sumbangan tokoh-tokoh itu sedikit sebanyak akan dipaparkan melalui Pameran Sejarah dan Perkembangan Parlimen yang akan kita saksikan sebentar lagi. 393

Dalam Sistem Demokrasi Berparlimen, rakyat mempunyai suara mutlak dalam menentukan Kerajaan yang memerintah sesebuah negara. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, sistem pemerintahan negara ditentukan melalui pilihanraya yang bebas yang diadakan dalam tempoh masa selewat-lewatnya lima tahun sekali. Melalui pilihanraya, rakyat memilih wakil-wakil mereka yang diamanahkan untuk melaksanakan harapan dan hasrat rakyat berlandaskan semangat dan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Negara. Walaupun demokrasi mengutamakan kehendak majoriti, tetapi kita tetap berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan terutama kepada kumpulan minoriti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Di majlis yang bersejarah dan amat bermakna ini, wajarlah kita merenung kembali liku-liku yang telah kita lalui dalam mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen. Dalam tempoh lebih satu dekad yang pertama sejak negara mencapai kemerdekaan, Sistem Demokrasi Berparlimen yang kita amalkan telah membolehkan kita meletakkan asas-asas yang kukuh dalam bidang pembangunan sosial dan keselamatan. Dalam tempoh itu, kita telah berjaya menggubal Dasar Pelajaran Kebangsaan, melaksanakan projek-projek pembangunan khususnya di luar bandar dan mengatasi ancaman terhadap keselamatan negara kita dari dalam dan luar negeri. Kejayaan ini adalah hasil daripada tindakan tegas Kerajaan dan sokongan yang padu daripada rakyat. Hakikat sokongan rakyat terbukti melalui dua pilihanraya umum yang diadakan dalam tempoh tersebut. Sungguhpun demikian, keutuhan Sistem Demokrasi Berparlimen telah tercabar selepas pilihanraya umum tahun 1969. Peristiwa 13 Mei merupakan satu peristiwa yang mendukacitakan dalam sejarah Demokrasi Berparlimen di negara ini. Tetapi, dengan sikap bertanggungjawab Kerajaan dan dengan kepercayaan serta mandat yang diberi oleh rakyat, kita telah berjaya memulihkan keadaan dan kembali kepada Sistem Demokrasi Berparlimen. Kita bangga kerana mempunyai pemimpin-pemimpin pada masa itu yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsip demokrasi dan benar-benar mengutamakan hak mutlak rakyat. Kepada mereka kita terhutang budi buat selamalamanya. Pendirian pemimpin-pemimpin kita pada masa itu menguatkan lagi keyakinan rakyat terhadap Sistem Demokrasi Berparlimen. Berpandukan kepada pengalaman kita pada tahun 1969, kita insaf bahawa kebebasan yang tidak terhad tidak mungkin diamalkan dalam masyarakat majmuk di negara kita. Oleh itu, demokrasi di negara ini telah diubahsuai mengikut kehendak dan keperluan masyarakat kita. Kita dapati bahawa perbincangan-perbincangan yang tidak terhad, tuduhan dan provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyalakan api perkauman dan mengakibatkan ketegangan di kalangan masyarakat. Dengan adanya kesedaran itu, kita telah mengeluarkan beberapa perkara yang sensitif daripada diperbincangkan. Semua pihak, terutamanya generasi muda perlu sedar mengenai sekatan-sekatan tersebut, dan sebab-sebabnya mengapa sekatan-sekatan tersebut diadakan, supaya mereka tidak mudah diputarbelitkan oleh golongan-golongan tertentu yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mengukur kebebasan yang kita amalkan mengikut kebebasan yang diamalkan di negara-negara lain. 394

Di sini harus kita ingati bahawa demokrasi dibentuk untuk kepentingan manusia dan bukan manusia yang harus dibentuk untuk kepentingan demokrasi. Tidak ada sistem yang baik semata-mata kerana bentuk sistem itu. Sistem dengan pengamal sistem mestilah bertindak secara rasional dan 'complementary' sebelum sesuatu yang baik boleh wujud daripada sistem tersebut. Dalam demokrasi, seperti juga dalam sistem lain, jika manusia menyalahgunakan sistem sehingga mendatangkan keburukan kepada masyarakat umum, maka demokrasi perlu difikirkan semula. Demokrasi memberi kebebasan kepada kita, tetapi kebebasan itu tidaklah sehingga kita dan demokrasi juga akan musnah. Oleh sebab itu parti komunis tidak dibenarkan. Mereka berhasrat menggunakan demokrasi untuk mendapatkan kuasa supaya dengan menggunakan demokrasi itu mereka dapat menghapuskan demokrasi. Tindakan mengharam parti komunis pada permulaannya adalah tidak demokratik tetapi tujuannya ialah untuk memelihara demokrasi. Begitu juga dengan tindakan tindakan lain yang sepintas lalu merupakan penafian terhadap demokrasi tetapi sebenarnya dalam jangka panjang bertujuan memelihara demokrasi. Tafsiran demokrasi tidaklah sama antara sebuah negara dengan negara yang lain. Ada negara yang menggelar dirinya sebagai negara demokratik tetapi mengamalkan sistem yang autokratik. Ada juga negara yang begitu demokratik daripada segi kebebasan kepada golongan minoriti sehingga hak majoriti terancam. Sebenarnya tidak ada demokrasi yang 'ideal', yang tidak cacat di dunia ini. Semua demokrasi, di Timur atau di Barat, di negara maju atau negara membangun, adalah cacat. Kita di Malaysia tidak perlu berasa terhina dan 'apologetic' kerana sistem demokrasi kita berbeza dengan sistem yang diamalkan oleh negara-negara lain. Sistem kita adalah untuk keadaan di negara kita. Yang penting ialah sistem ini memberi pilihan kepada rakyat memilih Kerajaan dan Kerajaan itu tidak diberi hak memerintah secara diktator. Dan selewat-lewatnya lima tahun sekali Kerajaan mestilah menyerah diri kepada rakyat untuk mereka menentukan sama ada memberi mandat yang baru atau mandat itu diberikan kepada pihak lain pula. Tidak ada sesiapa di dunia ini yang menyatakan bahawa pilihanraya di Malaysia tidak bebas. Ianya bebas dan tidak pernah berlaku parti Kerajaan memenangi 100 peratus daripada kerusi yang dipertandingkan. Parti pembangkang tetap mendapat tempat. Jika bilangan mereka kecil, itu adalah keputusan rakyat. Malaysia ialah sebuah negara demokratik dengan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dan kita berbangga dengan sistem yang kita amalkan ini. Kestabilan dan kemampatan politik di bawah Sistem Demokrasi Berparlimen telah membolehkan Kerajaan merangka, menggubal dan seterusnya melaksanakan strategi-strategi pembangunan negara. Bagi kita, pembangunan yang pesat akan membolehkan semua pihak mengecap nikmat kemakmuran dan kesejahteraan dalam hidup masing-masing. Atas kesedaran inilah Kerajaan telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mencapai perpaduan serta mengekalkan keamanan dan keselamatan negara. Dasar Ekonomi Baru adalah untuk faedah rakyat negara ini. 395

Dalam usaha-usaha pembangunan, Kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan aktiviti-aktiviti ekonomi untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan, menambah kemahiran, menggalakkan penggunaan teknologi moden dan apa yang lebih penting ialah mempertingkatkan daya pengeluaran, pendapatan dan kemakmuran negara. Di samping itu Kerajaan akan terus menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam usaha Kerajaan untuk memesatkan pembangunan negara, meningkatkan kecekapan dan mencapai produktiviti yang lebih tinggi. Atas kesedaran inilah Kerajaan melaksanakan dasar Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia tanpa membelakangkan Dasar Ekonomi Baru. Di samping itu juga Kerajaan telah menitikberatkan pelajaran dan pendidikan. Kemudahan-kemudahan pelajaran yang kita sediakan di negara ini adalah bertujuan untuk memupuk perpaduan negara dan memenuhi keperluan tenaga rakyat terlatih. Sistem pelajaran dan latihan membolehkan rakyat Malaysia melibatkan diri sepenuhnya dalam pembangunan negara. Kemudahan-kemudahan pelajaran yang diberikan oleh Kerajaan, sama ada di dalam atau di luar negeri, adalah dibiayai oleh rakyat dan merupakan pelaburan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan negara pada masa depan. Oleh itu rakyat berhak mendapat pulangan yang positif daripada pelaburan itu. Dalam hubungan ini, perlulah disedari bahawa segala kemudahan yang diberi dan disediakan oleh Kerajaan mestilah digunakan untuk memenuhi hasrat dan harapan rakyat. Saya menyeru para pelajar, khususnya di institusi-institusi pelajaran tinggi, sama ada di dalam mahupun di luar negeri, supaya menumpukan masa dan perhatian kepada tanggungjawab mencari ilmu. Mereka patutlah berwaspada terhadap tindaktanduk mana-mana golongan yang sengaja memburuk-burukkan sistem pemerintahan negara kita yang kita amalkan semenjak merdeka. Mereka haruslah sentiasa sedar bahawa dengan wujudnya sistem pemerintahan secara demokrasi, mereka mendapat kebebasan dan kemudahan untuk mencari ilmu. Di samping itu, di tangan belia dan para pelajarlah terletaknya masa depan negara ini. Justeru itu fikiran para pelajar janganlah dikongkong oleh satu-satu pertimbangan yang sempit sahaja, tetapi sebaliknya memikirkan kepentingan masa depan yang jauh. Sesuatu perkara yang dianggap menguntungkan bagi jangka pendek mungkin mendatangkan mudarat dalam jangka panjang. Bagi mereka yang berfikiran waras kebaikan dalam jangka panjanglah yang lebih menguntungkan. Pendapat ini disokong dengan jelas seperti yang kita lihat dalam masyarakat yang maju. Saya menganggap sebagai satu cabaran kepada para pelajar dan para belia kita bagi meneliti sedalam-dalamnya pengertian dan pertimbangan masing-masing sama ada ianya bermanfaat bagi masa depan atau tidak. Saya, walau bagaimanapun, mempunyai keyakinan bahawa para belia dan para pelajar kita adalah matang dan bertanggungjawab. Sebagaimana termaklum, Parlimen kita telah meluluskan persempadanan baru kawasan-kawasan pilihanraya di seluruh negara, kecuali negeri Sarawak. Tindakan ini adalah selaras dengan hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab seseorang wakil rakyat itu bertambah berat disebabkan oleh pembangunan yang pesat. Mereka juga adalah penghubung antara Kerajaan dengan rakyat dan diharap dapat membantu 396

dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat khususnya dalam bidang pembangunan. Pada kesempatan ini, sukalah saya mengingatkan wakil-wakil rakyat supaya sentiasa sensitif terhadap hasrat dan harapan rakyat. Dalam melaksanakan amanah rakyat, kita hendaklah sentiasa meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, kita perlulah bersikap adil dan saksama dalam melayani keperluan dan aspirasi rakyat. Adalah jelas dan nyata bahawa Sistem Demokrasi Berparlimen yang kita amalkan ini adalah sistem yang sebaik-baiknya dalam suasana masyarakat majmuk di negara ini. Melaluinya, kita telah berjaya mewujudkan kestabilan politik dan keamanan di negara kita. Dengan izin Allah Subhanahu Wataala, kita telah berjaya membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara. Melalui sistem ini juga kita telah dapat meningkatkan lagi syiar Islam. Adalah menjadi satu tanggungjawab yang murni bagi kita untuk berusaha sedaya upaya mempertahankan Sistem Demokrasi Berparlimen di negara ini. Dengan izin Allah Subhanahu Wataala, harapan dan hasrat rakyat supaya Malaysia menjadi sebuah negara yang aman, maju, bersatu padu dan bermaruah akan tercapai di bawah Sistem Demokrasi Berparlimen. Sempena dengan Perayaan 25 Tahun Parlimen Malaysia, Pameran Mengenai Sejarah dan Perkembangan Parlimen Malaysia akan diadakan. Perayaan dan pameran ini diharapkan akan menjelaskan lagi hakikat bahawa Parlimen merupakan institusi yang unggul dalam amalan Demokrasi Berparlimen di negara ini. Di samping menjelaskan hakikat ini, sejarah dapat juga memberi beberapa renungan yang patut kita perhatikan bersama, terutama kepada anak-anak muda. Beberapa episod sejarah yang negatif hendaklah dielakkan sementara episod-episod lain yang memberi pengajaran pula kita perjuangkan dengan semangat yang kukuh serta amalan yang tidak mengenai penat lelah. Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan Perayaan 25 Tahun Parlimen Malaysia serta Pameran Sejarah dan Perkembangan Parlimen Malaysia.

397

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERHIMPUNAN BELIA ANTARABANGSA DI STADIUM NEGARA, KUALA LUMPUR 15HB. MEI, 1985

K

ita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama di upacara yang sangat bermakna bukan sahaja bagi belia negara ini, tetapi juga peserta dari negara-negara luar. Saya mengucapkan terima kasih kepada Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kerana menjemput saya untuk merasmikan Hari Belia Antarabangsa 1985 ini.

Adalah sangat wajar Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memilih tema perayaan Hari dan Minggu Belia tahun ini supaya sama dengan tema Tahun Belia Antarabangsa, iaitu 'Penyertaan, Pembangunan, Perdamaian'. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan tahun 1985 sebagai Tahun Belia Antarabangsa atas dasar memahami betapa pentingnya masyarakat belia diberi pengiktirafan yang sewajarnya dan diberi peluang untuk menyertai secara langsung dalam menyelesaikan isu-isu yang penting yang dihadapi oleh belia di negara masingmasing. Kerajaan Malaysia memang memberi pandangan yang sangat berat terhadap kegiatan-kegiatan belia serta perkembangannya. Dengan adanya penyertaan belia yang gigih dan dedikasi, usaha Kerajaan untuk membangunkan kaum belia serta mengatasi masalah-masalahnya akan menjadi lebih berkesan lagi. Saya difahamkan bahawa di antara projek utama yang akan dilaksanakan oleh Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ialah kempen secara besar-besaran untuk memperbanyakkan bilangan ahli persatuan belia. Ini dianggap penting kerana tanpa penyertaan yang aktif kita tidak akan dapat menghindarkan penglibatan belia dalam berbagai gejala yang tidak sihat. Walau bagaimanapun adalah tidak memadai kita berusaha untuk meramaikan ahli sahaja tanpa dapat mengekalkan keahlian mereka. Adalah diharapkan bahawa persatuan-persatuan belia di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung dapat bergerak dengan daya usaha sendiri tanpa terlalu sangat bergantung kepada bantuan orang ramai atau Kerajaan. Kegiatan belia hendaklah diasaskan kepada kemampuan mereka. Jika rancangan yang dibuat itu munasabah, pembiayaan yang tinggi tidak diperlukan. Sekarang ini terdapat terlalu banyak pungutan derma sehingga untuk menghiburkan diri sendiri pun diharap para dermawan mengeluarkan derma. Badan-badan sukarela kerap mengadakan majlis jamuan di hotel-hotel besar untuk mengutip derma. Oleh kerana jamuan itu diadakan di tempat-tempat yang terkemuka, belanja jamuan sudah tentunya tinggi dan banyak wang terpaksa digunakan untuk membayar kos mengadakan jamuan itu. Sebenarnya duit derma hendaklah digunakan sepenuhnya 398

untuk kerja-kerja amal. Persatuan belia hendaklah mengasingkan diri daripada kegiatan meminta-minta tanpa berusaha sendiri terlebih dahulu. Pembangunan merupakan salah satu tema Tahun Belia Antarabangsa. Tenaga belia adalah salah satu sumber yang penting bagi pembangunan negara. Di negara kita lebih kurang 76% penduduknya adalah di bawah umur 35 tahun. Oleh hal yang demikian, pembinaan belia secara sistematik di negara ini sangatlah penting bagi memperolehi kehasilan yang maksima untuk pembangunan negara. Pembinaan belia juga seharusnya berasaskan prinsip yang kukuh. Di sini saya suka menyentuh sedikit beberapa prinsip yang terpenting bagi menjamin pembinaan belia yang kita ingini. Pemimpin-pemimpin belia semestinya mempunyai sifat-sifat kepemimpinan yang matang serta mampu menggalakkan penyertaan yang aktif daripada ahli persatuan dalam usaha pembangunan negara. Belia-belia hendaklah sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara supaya negara dapat membangun dalam suasana yang harmoni. Mereka hendaklah juga sentiasa berusaha meninggikan taraf keilmuan supaya dengan ilmu pengetahuan yang cukup akan dapat menyumbangkan tenaga yang lebih berkesan kepada pergerakan belia tanahair dan seterusnya antarabangsa. Memandangkan bahawa maju mundurnya sesebuah negara bergantung kepada sistem nilai yang diamalkan, Belia Malaysia hendaklah menentukan bahawa nilai-nilai yang baik seperti kerajinan, disiplin, keikhlasan, kejujuran dan kebersihan menjadi sebahagian daripada nilai-nilai yang menggerakkan mereka. Para belia tidak harus berpuas hati dengan pencapaian setakat ini kerana belia serta negara masih lagi menghadapi bermacam-macam masalah. Di antaranya ialah merebaknya penyalah-gunaan dadah di kalangan belia. Dadah adalah malapetaka yang mesti diperangi oleh kita semua secara habis-habisan. Penagih-penagih menjadi beban bukan sahaja kepada keluarga mereka tetapi juga kepada masyarakat dan negara. Jikalau tidak diberhentikan dengan cepat, penyalah-gunaan dadah akan membawa maut sebelum belia yang terlibat mengenai hidup dewasa. Tindakan yang positif mestilah diambil oleh persatuan-persatuan belia dengan mempelbagaikan kegiatan persatuan supaya minat kepada persatuan serta aktivitinya dapat menghindarkan muda-mudi daripada tercebur dengan penyalah-gunaan dan jenayah dadah. Kita hendaklah lebih menitik-beratkan langkah-langkah pencegahan daripada langkah-langkah pengubatan serta pemulihan dan daripada segi ini, para belia boleh memainkan peranan yang berkesan dengan menjadikan persatuan-persatuan mereka tempat bagi mendorong belia-belia menikmati aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah. Satu lagi cabaran besar yang dihadapi oleh kita semua ialah untuk meningkatkan lagi perpaduan dan persefahaman di kalangan masyarakat majmuk Malaysia ini. Tugas ini memanglah berat, tetapi matlamat ini boleh dicapai sekiranya setiap rakyat memberikan sumbangan yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Dasar-dasar Kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan beberapa dasar pokok yang bertujuan membentuk satu identiti Malaysia. Dalam hal ini adalah wajar bagi belia daripada semua kaum di negara ini mengadakan berbagai aktiviti bersama. Ini perlu kerana persatuan belia sungguhpun syarat keahliannya terbuka kepada semua kaum, adalah mengikut majoriti terdiri dari399

pada satu-satu kaum. Ada beberapa persatuan belia yang keahliannya dikhaskan untuk kaum-kaum yang khusus sahaja. Untuk memupuk semangat persaudaraan dan persefahaman di antara kaum, adalah wajar bahawa usaha-usaha yang lebih dijalankan supaya belia-belia kita dapat bercampur gaul dan beramah mesra dengan lebih meluas lagi. Amalan-amalan yang boleh memisahkan belia kita hendaklah diberhentikan dengan segera. Perkembangan sains dan teknologi, makin merapatkan perhubungan di antara satu negara dengan negara lain. Semangat kerjasama dan bantu-membantu hendaklah sentiasa dipertingkatkan serta diikuti dengan program-program yang konkrit dan positif. Belia-belia kita juga wajarlah terus aktif dalam pergerakan belia antarabangsa supaya pendedahan dan perkongsian pengalaman dapat menyumbang ke arah persefahaman antarabangsa. Dalam usaha kita untuk terus memajukan negara, kita hendaklah sentiasa berfikir dan menganggap diri sebagai 'Malaysian'. Kita mestilah lebih mementingkan negara Malaysia secara keseluruhannya daripada mementingkan perasaan kedaerahan atau kenegerian. Dalam hal ini, rancangan-rancangan belia hendaklah mengaitkan aspek pembinaan identiti Malaysia secara menyeluruh supaya perkembangan yang sihat dan murni tidak akan dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif. Para belia seterusnya hendaklah memperbaiki strategi dan langkah mereka serta meningkatkan penglibatan mereka dalam usaha untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan negara yang lebih kukuh dan makmur. Untuk ini apa yang lebih penting di kalangan belia ialah menekankan nilai-nilai sejagat atau nilai-nilai bersama seperti hormat-menghormati, cintakan tanahair, inginkan persahabatan dan keamanan. Ini memerlukan penglibatan, keazaman dan pengorbanan yang tinggi daripada semua belia di negara ini. Akhirnya saya berharap usaha-usaha baik yang telah dimulakan dalam Tahun Belia Antarabangsa ini akan berterusan dan dengan harapan ini saya dengan sukacitanya merasmikan Perhimpunan Hari Belia Antarabangsa 1985 ini.

400

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI OLEH PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA MALAM HARI RAYA AIDILFITRI 1405 HIJRAH/ 1985 MASIHI 18HB. JUN, 1985

A

lhamdulillah, sekali lagi kita umat Islam dapat merayakan kemenangan kita; kemenangan melawan nafsu sepanjang satu bulan, bulan Ramadan yang mulia. Ibadat puasa, sebagai satu daripada Rukun Islam, adalah juga salah satu cara untuk menimbulkan perasaan keinsafan serta kesyukuran kita kepada Allah Subhanahu Wataala, yang telah mencucurkan kepada kita bermacam-macam nikmat.

Esok kita semua menyambut Hari Raya Puasa. Kita menyambut hari yang mulia ini dengan segala adunan dan juadah, berpakaian baru dan cantik dengan perhiasan yang berwarna-warni. Memanglah kita digalakkan menikmati segala hidangan dan bergembira, tetapi janganlah kita menyambut hari yang mulia ini sehingga khayal dengan keseronokan semata-mata. Sebaliknya kita hendaklah menyambut hari besar ini mengikut lunas-lunas yang digalakkan oleh Islam. Hari Raya tetap hari untuk bergembira, tetapi hari kebesaran ini harus menitikberatkan juga dua unsur — pertamanya dengan membanyakkan amalan-amalan yang membuktikan kesyukuran dan keduanya dengan takwa dan ibadat. Marilah kita bersama-sama mewujudkan satu 'masyarakat yang bersyukur' di kalangan rakyat Malaysia, terutama umat Islam. Kita bersyukur kepada Alah Subhanahu Wataala ke atas kesihatan yang dikurniakan kepada kita untuk menunaikan ibadat puasa selama sebulan; kita bersyukur kerana kita diberi rezeki bagi menampung diri dan keluarga; kita bersyukur kerana negara aman dan damai; kita bersyukur kerana tidak ditimpa mala-petaka yang memusnahkan harta dan nyawa; dan kita bersyukur atas segala-gala yang kita nikmati setiap hari. Allah Subhanahu Wataala berfirman bahawa jika kita mahu menghitung nikmat-nikmat Allah nescaya kita tidak akan terdaya menghitungnya. Malangnya kita bukan sahaja tidak cuba menghitungnya, tetapi kerapkali kita lupakan sama sekali akan nikmatnikmat itu. Perasaan syukur akan menjadikan kita Muslimin dan Muslimat yang insaf, bertakwa dan kuat berpegang kepada lunas-lunas yang diredai oleh Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala menjanjikan nikmatNya yang bertambah kepada orang yang bersyukur. Pada hari yang mulia ini marilah kita bersama-sama bersyukur, bukan sahaja dengan takbir dan tahmid, tetapi juga dengan merenung sejenak akan pemberian Allah yang kita nikmati sepanjang hari, sepanjang bulan, sepanjang 401

tahun bahkan sepanjang masa. Renungan-renungan seperti ini akan membolehkan kita membandingkan diri kita dengan penduduk-penduduk di negara-negara lain, dan akan kelihatan lebih jelas keuntungan atau kelebihan yang ada pada kita, serta di mana pula letaknya kelemahan atau kekurangan kita. Beberapa buah negara telah dilanda mala-petaka seperti banjir, angin-taufan, kemarau panjang, kebuluran, diserang oleh penyakit ganjil dan sebagainya. Akibatnya ialah kehilangan harta dan nyawa dengan keazaban yang tidak terhingga. Terdapat juga masyarakat yang dilanda peperangan, sama ada berperang dengan negara lain atau peperangan saudara atau berbunuh sesama sendiri. Betapa sedihnya mereka yang kehilangan suami, isteri, ibubapa, anak-anak dan saudara-mara tanpa sebarang faedah. Dalam keadaan demikian, bukan sahaja mereka bersedih dengan kehilangan, kerosakan dan kecederaan yang dialami, tetapi juga mereka tidak dapat menunaikan ibadat dengan tenteram dan khusyuk. Tidak ada satu pun manfaat kepada umat Islam daripada peperangan sesama mereka yang sedang berlaku di beberapa buah negara. Amatiah sia-sia pembunuhan yang berlaku di antara orang-orang Islam terutamanya di Asia Barat, pembunuhan yang tidak diasaskan kepada mempertahankan Islam tetapi semata-mata kerana dendam yang tidak terkawal antara orang Islam dengan orang Islam. Sebaliknya kita di Malaysia sangat bertuah kerana tidak mengalami segala malapetaka dan keazaban itu. Di negara ini, keluarga yang miskin sekalipun tidak mengalami kebuluran seperti yang berlaku di beberapa buah negara. Peluang untuk memperbaiki diri daripada segi rohani dan jasmani sentiasa terbuka. Anak petani hari ini, seorang menteri hari esok; seorang pelayan pejabat dua-tiga dekad lalu, seorang jutawan sekarang ini; anak seorang daif hari ini, seorang imam ulung hari esok; dan seorang yang bermaruah dan menebalkan disiplin sepanjang waktu mungkin menjadi pemimpin esok-lusa. Rakyat tidak tertekan atau terkongkong dan hak asasi masingmasing yang tidak bercanggah dengan kepentingan masyarakat adalah terpelihara. Inilah negara kita. Tiada halangan untuk kita beribadat, bahkan tempat-tempat ibadat semakin hari semakin bertambah dan semakin selesa. Rakyat yang berumur di negara ini yang pernah mengalami peperangan dunia, penjajahan oleh bangsa-bangsa lain, serta keganasan komunis sebelum kemerdekaan negara, mungkin lebih menyedari nikmatnya keadaan aman dan tenteram. Malangnya sebahagian kecil rakyat negara kita tidak menginsafi pentingnya keamanan, kestabilan dan ketenteraman. Sebaliknya mereka sengaja memecah-belahkan masyarakat dengan membesar-besarkan perkara-perkara kecil dan suka bertindak dengan melulu, tanpa memperduli tindak-tanduk mereka boleh mendatangkan gejala buruk. Mereka kurang bersyukur ke atas apa yang diperolehi oleh mereka sendiri dan apa yang diusahakan oleh negara. Mereka tidak bersyukur dapat beribadat tanpa gangguan di negara yang mempunyai setengah sahaja penduduknya beragama Islam, tidak bersyukur dengan berbagai kemudahan beribadat yang disediakan, tidak bersyukur dengan kedudukan yang mulia dan utama bagi Islam di negara ini dan yang paling sedihnya tidak bersyukur dengan usaha-usaha menanam nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara. Apabila kurang bersyukur timbullah kebongkakan, dan kebongkakan inilah yang selalu membawa tamadun atau keutuhan sesuatu masyarakat itu kepada kemusnahan. Mereka mengutamakan kepuasan nafsu dalam jangka pendek, 402

walaupun mereka akan mengalami kesan buruk dalam jangka panjang. Tindak-tanduk mereka selalu mencetuskan masalah dan perpecahan. Rasullullah s.a.w. dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam At-Tardmizi menyatakan usaha mendamai di antara dua orang yang bersengketa adalah lebih utama daripada solat, puasa dan sedekah. Rasullullah bersabda sesungguhnya kebinasaan yang ditimbulkan oleh persengketaan itu adalah laksana menghancur-leburkan umat itu sendiri. Begitulah pentingnya perdamaian dan perpaduan. Sebagai golongan terbesar yang suka kepada persaudaraan dan perpaduan, marilah kita menghulurkan tangan persahabatan kepada mereka yang suka kepada sengketa dan menyeru supaya mereka insaf dan bersyukur dan kembali kepada persaudaraan yang dituntut oleh Islam. Insya-Allah, usaha ini akan diberkati Allah Subhanahu Wataala. Kerajaan walau bagaimanapun berasa bersyukur oleh kerana majoriti rakyat dan majoriti ummah di negara ini sedar tentang pentingnya perpaduan sebagai asas untuk mencapai kemajuan di dunia dan di akhirat. Dengan perasaan syukur itulah Kerajaan akan tetap berusaha menjamin kebebasan beribadat bagi rakyat negara ini. Kita bersyukur majoriti para pemimpin - baik pemimpin politik atau pemimpin dakwah masih bertenaga bagi memperjuangkan masa depan agama, negara dan rakyat. Semoga dengan kesyukuran itu kita akan diberkati dengan lebih banyak keredaan Allah Subhanahu Wataala. Begitu juga, marilah kita sama-sama bersyukur kerana dengan adanya perpaduan sebagai penjamin keamanan dan ketenteraman, kita dapat menjalankan segala ibadat yang dituntut oleh Allah Subhanahu Wataala. Pada Hari Raya Puasalah seharusnya kita mendidik perasaan syukur ke atas semua nikmat kurniaan Allah Subhanahu Wataala. Semasa kita menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, sebahagian daripada anggota pasukan keselamatan serta lain-lain khidmat sedang menjalankan tugas mereka di perbatasan. Mereka tidak dapat bersama-sama dengan keluarga mereka untuk menyambut Hari Raya ini. Di samping kita bersyukur kerana dapat merayakan hari yang mulia ini bersama-sama keluarga, marilah kita Rakyat tidak lupa dan memang menghargai pengorbanan anggota-berdoa semoga pejuang-pejuang tanahair yang berada diperbatasan sentiasa selamat. anggota pasukan keselamatan kita. Kepada saudara-saudari kaum Muslimin, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga kita semua mendapat hidayat. Kepada saudara-saudari yang bukan Islam, rayakanlah hari kebesaran ini bersama-sama dengan rakan-rakan Islam anda. Akhir kata, saya serta keluarga saya memohon maaf, zahir dan batin, di atas apa jua kesilapan yang mungkin telah kami lakukan selama ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

403

UCAPAN TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG OLEH PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA MAJLIS MENGADAP DAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG-BINTANG SERTA PINGAT-PINGAT DI ISTANA NEGARA 27HB. JUN, 1985

B

agi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat serta diri patik sendiri, patik mohon menyembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sempena Majlis Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat pada hari ini.

Sempena hari yang bahagia ini, patik sekalian berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga dilanjutkan usia serta dilimpahkan rahmat dan hidayahNya kepada Kebawah Duli Tuanku serta Raja Permaisuri Agong. Demikian juga, patik sekalian berdoa semoga Tuanku berdua sentiasa di dalam kandungan sihat walafiat, serta memerintah dan memegang teraju tertinggi pemerintahan negara Malaysia, dengan bertambah daulat dan kemuliaan. Kerajaan sedang menggubal dan menyusun rancangan pembangunan negara bagi Rancangan Malaysia Kelima. Usaha penggubalan ini dilakukan dengan mengambilkira bahawa ekonomi negara kita masih di dalam proses pemulihan daripada kesankesan kemelesetan ekonomi dunia. Kerajaan Persekutuan akan menentukan semua projek pembangunan akan memberi manfaat kepada rakyat jelata. Rancangan Malaysia Kelima ini juga adalah perancangan lima tahun di bawah Dasar Ekonomi Baru. Kerajaan akan terus berusaha sedaya upaya bagi melaksanakan objektif-objektif yang terkandung dalam Dasar tersebut. Walau bagaimanapun rakyat hendaklah sentiasa memberi sokongan supaya usaha Kerajaan ini berjaya. Hanya dengan tekad yang bulat dari kedua-dua pihak, iaitu Kerajaan dan rakyat, maka barulah objektif-objektif Dasar Ekonomi Baru dapat dipenuhi. Negara kita terpelihara daripada segi keselamatan dan insya-Allah negara kita akan terus terpelihara daripada gejala-gejala buruk. Walau bagaimanapun Kerajaan akan terus berhati-hati bagi mempastikan keselamatan dan ketenteraman negara ini tetap terjamin. Mengenai perpaduan pula, Kerajaan pada keseluruhannya berbangga dengan hubungan antara kaum yang rapat dan mesra. Walaupun ada golongan-golongan tertentu yang membawa unsur-unsur yang boleh membawa kepada perpecahan, negara ini bertuah kerana majoriti rakyat Malaysia sedar 404

tentang pentingnya perpaduan bagi kepentingan mereka sendiri dan pembangunan negara. Patik, bersama-sama dengan Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri, dan sekalian kakitangan Kerajaan, akan terus menumpukan usaha dan tenaga untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawab patik sekalian dengan penuh semangat dan tekad bagi menjamin kemakmuran, keselamatan dan kebahagiaan rakyat dan negara Malaysia. Pada hari yang berbahagia dan penuh istiadat ini, bagi pihak diri patik, Kerajaan dan seluruh rakyat, patik dengan segala hormat dan takzimnya mohon menyembah ikrar taat-setia yang tidak berbelah bagi kepada Kebawah Duli Tuanku.

405

UCAPAN P E R D A N A MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR B I N MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN M A L A M TAHUNAN ANJURAN P E R T U B U H A N ARKITEK MALAYSIA (PAM), PETALING JAYA 7HB. OGOS, 1985

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Arkitek Malaysia atau P A M kerana menjemput saya dan isteri saya ke majlis jamuan makan malam tahunan P A M . Saya juga berterima kasih kepada P A M kerana menganugerahkan kepada saya Keahlian Kehormat Pertubuhan ini. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua ahli P A M di atas penganugerahan ini.

Saya juga difahamkan bahawa tempoh hari P A M telah mengadakan satu persidangan antarabangsa yang telah dihadiri oleh para arkitek dari dalam dan luar negeri. To those of you who have come from abroad I would like to extend our welcome. I do hope you will take time off to visit some of the interesting places in Kuala Lumpur and elsewhere. As architects I am sure you will be looking at our buildings, old and new. I am proud to say that some buildings have been accorded international recognition. The hotel in Tanjung Jara in Terengganu has won the Aga Khan prize. When I was invited by your Association to attend this function, I accepted it with little hesitation as I have not had the opportunity to be with you before. And when I was told that P A M would like to confer me an award, I could not say no as it is an honour that no one can refuse. I am sure that it is not because I am a Prime Minister but rather because I am at least partially responsible for the mess that Kuala Lumpur is in today. However, it was when I was asked to say a few words that I hesitated most. It is not that I am unaccustomed to public speaking but it is simply that when I speak I get sort of carried away and say quite a lot of impolite things. But after you have treated me to a sumptuous meal, I am to some extent, constrained from speaking forthrightly. This speech is as polite and indirect as I can get. P A M as a professional organisation has played an important and significant role in the development of the country. P A M and its members, either individually or collectively, has from time to time contributed to and assisted the Government by way of suggestions, ideas as well as constructive criticisms of the various plans initiated by the Government. The close rapport established by P A M with the various Government departments and agencies has resulted in a good and harmonious relation. I am confident that P A M will continue to contribute and work closely with the Government for our mutual benefit. I would like to commend P A M on its progressive efforts and its contribution to our national development. P A M as a professional institution is perceived as being com406

mitted to taking an active role in advancing Malaysian architecture and this is good for the country. Of course P A M must jealously guard the interest of its members. Selfinterest is still the best interest, modified no doubt by the larger interest of the society and nation. I have also been told that the current emphasis by P A M is in the pursuit of excellence in design with a Malaysian theme. This pursuit is an on-going developmental process that must take into consideration the Malaysian climate, geography, symbols, culture and all existing architectural heritage of the country. This process is, therefore, an essential component of nation-building because architecture is more than just mere building construction. It is an expression of our national personality and character. It wouldn't do to have Kuala Lumpur so like other modern cities that a visitor cannot realise that he is in Kuala Lumpur, Malaysia and not Houston, Texas or Los Angeles, California. We cannot rely on the rain and the humidity to be Kuala Lumpur's signature. We in Malaysia have been experiencing tremendous development in the various fields. Throughout the length and breadth of the country one sees development and construction going on at a frantic phase. No one particular state in the country is left out of this progress. We are not a country with everything concentrated exclusively in the capital. Our development is spread out. Towns especially the major towns, are changing both in size and character. Despite the policy to spread development, Kuala Lumpur as the capital has grown faster than the other urban centres. Still, next to Bandar Sri Begawan, Kuala Lumpur remains the smallest capital in South East Asia. A lot of people feel that this is not good. They would like to retain the quaint and slow-moving town that Kuala Lumpur once was. Life was much more gracious then; no rush, no traffic, no noise, and of course with rickshaws and tricyles as the main transport, and therefore no pollution. It is difficult to think that 15 years ago when the city fathers were against high rise buildings, Kuala Lumpur was just like that — a provincial capital of pseudo-Moorish architecture, quiantly mixed with Chinese shophouses fronted by five-footways. Those who are opposed to the growth of the city are not being realistic. We cannot preserve everything in the interest of nostalgia and the satisfaction and the comfort of a few. It is just too costly. Secondly it is not necessary that growth and development of a city should be hideous and polluting. Thus in the development of Kuala Lumpur, we have tried to preserve the landmarks and the City Hall has tried to beautify the surroundings with trees and flower beds and landscaping. There is much yet to be done but I believe we have just managed to save Kuala Lumpur from being a collection of giant match boxes standing upright which is what most cities are today. Opposed to the conservationists and the environmentalists are the land-owners and developers. These people want to squeeze as many square foot of floor space into their projects as they can. That the city is already congested and ugly is of no interest to them. They want to maximise their earnings. And so buildings rise to ever greater 407

heights rubbing shoulders with each other. There is no space for trees and for landscaping. That the road and streets cannot handle the traffic entering and leaving the buildings deter no one. If an owner of a piece of land between two tall buildings is not allowed to put up his own multi-storey building, that, to him, is an injustice. And so the city becomes the hideous place that environmentalists love to condemn. The problem for the city fathers is to balance the objections of the environmentalists and conservationists with the need to be fair to the property owners and developers. And that problem will not lend itself to easy solutions. City Hall must resign itself to being condemned by both all the time. The Government is not as callous and arbitrary as some people make it out to be. We are concerned. We are concerned with the environment and conservation as much as we are concerned to see that everyone gets the wealth that is due to him. Even though we may be preoccupied with rural development and the eradication of relative poverty there, we are not neglecting urban development. Lately the Government has been looking at the effects of rapid development in the cities in Malaysia. More and more glass towers are being built, designed, I am told, to keep out the heat thus lowering the cost of cooling the interiors. If the heat is kept out, where does it go to? It cannot just disappear. The chances are it is heating up the streets and the open spaces, making walking about or even driving less comfortable. We suspect heat islands are being formed in certain locations. The short answer to this problem is to ban the use of reflecting glass as exteriors of buildings. But perhaps there are other ways. Certainly the planting of more trees and greens will help provide cool shades. There may be other ways. Some research is obviously desirable. The Government is now looking into the right agency to do this kind of research. In the meantime we are going to plant more trees. I would urge all owners of buildings, architects and landscape artists to give their attention and support to the tree-planting and landscaping effort. I am sure it will pay in the end. In any case we will be able to live in a more congenial environment. A foreigner once remarked to me that Kuala Lumpur is different. Our new construction is completely different from our colonial architecture. Then we built rows and rows of shop-houses fronted by five-foot ways. One could walk for miles along the five-foot paths completely protected from the sun or rain. It was no problem to go from shop to shop without being exposed to the elements. And of course the shop houses and the five-foot ways gave character to our town. Today we no longer build shop-houses. We build free-standing buildings composed of a podium and a tower. The podium normally has the shops while the tower is used for office space. Without doubt these free-standing composite buildings are beautifully designed. Indeed they have character as well. But there are no more covered ways for people to walk from building to building. If you want to do that you will have to get on the street and walk or drive. 408

I am not suggesting that we should rebuild the old types of shop-houses. But the problem of getting from building to building without being too exposed to the elements must be tackled. Some foreign cities have tunnels and subways linking the buildings. In the tropics that may not be very comfortable. Perhaps covered walks or shady avenues could serve the purpose. Already we have some of the most colourful and functional bus-stops. Surely some brilliant architects from among you could think up some brilliant idea, or perhaps ideas. We must preserve some of the old shop-houses to remind us of our old character. But there is nothing to prevent us from creating a new character for Malaysian cities. We are already different. Accentuate this difference and it will give us character. Finally let me say something about over-building. Over-supply is a dangerous thing. We all borrow in order to invest in buildings or whatever. Our expectation is to repay the loans through the income derived from our buildings. In an over-supply situation the return may not be enough to repay the loans. Indeed we may have to provide more collaterals or have our loans recalled if the value of our property falls below the borrowed amount. To counter this you may have to lower rents or prices drastically. But others will do the same. You will still be unable to get the money to repay the loan. Then you will be in trouble. The Government does not like to see anyone lose money. It hurts the economy and it hurts the revenues of the Government. It is because of this that we try to limit loans for building construction. It is in your interest and you should support it. It is important that the rate of construction relates to demands. This will mean that architects will have less work. Some have invested a great deal of money in their firms. They have become used to prosperity. Some have left the Government service for the more lucrative private sector. Now they are going to feel the pinch. The nearest scapegoat is the Government of course. They would never think that it is their own avarice that has contributed to their difficulties. Had they stayed with the Government they could have a steady though smaller income. The fact is that in business there must be ups and downs whatever we may do. We cannot be in control of everything. There will always be outside influences which will affect our performance and income. The thing to do is to always provide for a rainy day and to tighten our belts when things are not as they should be. Disregarding recession or expecting it to be over soon is not the way to handle bad times. We are experiencing relatively bad times in Malaysia. It is really not too bad. Others are going through worse. The test of a country's resilience lies in the ability of the private and public sectors to manage bad times. Anyone can manage in good times. 409

Once again I thank P A M for inviting me to this dinner and for enabling me to share some of my thoughts with you. I am confident that P A M will continue to work together with the Government in achieving our common objectives. And last, but no least, I would like to thank you again for the honour you have done me in conferring on me the Keahlian Kehormat P A M .

410

PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-28 Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 30HB. OGOS, 1985

A

lhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat kita bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan Hari Kemerdekaan negara - yang ke-28 esok. Kita bersyukur juga kepada Allah Subhanahu Wataala kerana kita dapat menyambut Hari Kebangsaan ini walaupun tidak begitu meriah seperti biasa, tetapi dalam keadaan aman dan sejahtera.

Esok genaplah 28 tahun negara kita bebas daripada cengkaman penjajah dan 28 tahun sejak jeritan 'merdeka' berkumandang di Stadium Merdeka. Esok juga merupakan hari yang sangat bermakna bagi mereka yang menghargai kebebasan - kebebasan mentadbirkan negara sendiri, dan kebebasan menentukan kemajuan agama, bangsa, dan negara. Dua daripada tiga orang penduduk negara kita adalah terdiri daripada generasi muda. Mengikut anggaran, hampir 68 peratus penduduk negara kita, yang berjumlah kira-kira 15 juta orang, adalah dibawah umur 30 tahun. Ini bermakna 2/3 rakyat negara ini tidak menyaksi perjuangan kemerdekaan. Walaupun Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia enam tahun kemudian, generasi muda yang berumur 25 tahun ke bawah di Negeri-negeri itu juga tidak dapat menyertai perjuangan kemerdekaan negara. Dengan itu penduduk negara kita yang telah mengalami hidup dijajah dahulu, semakin berkurangan jumlahnya dan tahun demi tahun semakin ramai pula mereka yang meninggalkan kita selama-lamanya. Pemergian mereka bukan sahaja menyedihkan kerana mereka tidak lagi bersama-sama kita tetapi kerana kita tidak lagi dapat mengenai dan berkongsi pengalaman mereka yang begitu penting dalam menyedarkan kita akan makna hidup bebas daripada belenggu penjajahan. Kenangkan dan fikirkanlah sambutan yang diberi oleh rakyat negara kita menjelangnya kemerdekaan. Berpuluh ribu menunggu di Melaka untuk menyambut rombongan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj balik dari London bagi mengumumkan tarikh kemerdekaan; berpuluh ribu menyaksikan bendera penjajah diturunkan dan bendera negara dikibarkan di Padang Kelab Selangor, dan berpuluh ribu juga yang menyahut seruan 'merdeka' di Stadium Merdeka. Mereka datang sendiri, tidak ramai yang berkereta, tetapi ramai yang menaiki bas atau berjalan kaki dan sebagainya. Pendek kata, sambutannya secara spontan, tidak disusun, bersendirian. Semua ini oleh kerana mereka telah merasai pahit-maung hidup dijajah, hidup ditekan, dikongkong, bahkan maruah sebagai individu, golongan atau masyarakat dihina. Apabila kebebasan diisytiharkan, inilah detik dan masa yang paling bermakna bagi mereka. Apatah lagi kebebasan dicapai berkat perjuangan mereka dan berkat semangat yang berkobar yang menusuk jiwa mereka — semangat kebangsaan atau 411

'nasionalisme'. Nasionalisme inilah yang melahirkan kemerdekaan negara - nasionalisme yang tidak angkuh. Sebaliknya nasionalisme yang menjunjung tinggi maruah dan kehormatan bangsa. Dengan meningkatnya bilangan mereka yang lahir selepas merdeka, maka semakin berkuranglah penghargaan terhadap kemerdekaan berbanding dengan apa yang dirasai oleh generasi yang telah dijajah. Semakin ramai yang menganggap kemerdekaan sebagai perkara biasa; kalau menyambut Hari Kebangsaan, inipun sebagai cuti biasa. Keadaan seperti ini boleh melalaikan kita dan akan menghalang perjuangan masa depan negara kita. Apakah pentingnya nasionalisme kepada penduduk sebuah negara yang merdeka seperti Malaysia? Apakah pentingnya kita meningkatkan sejarah perjuangan kemerdekaan, terutama kepada generasi muda? Beberapa unsur dapat kita ketengahkan. Pertamanya, kita mestilah menentukan bahawa sejarah hidup dijajah tidak berulang lagi. Harus diingat bahawa penjajahan tidak lagi bermakna penaklukan secara langsung. Dalam dunia yang semakin kecil akibat perhubungan yang lebih mudah, gejala 'neo-colonialism' telah muncul. Dan 'neo-colonialism' ini boleh dilakukan melalui penguasaan ekonomi, ideologi politik atau kongkongan kebudayaan. Kuasa-kuasa baru sudah muncul sebagai 'neo-colonialist' dan mereka tidak perlu bergantung kepada kekuatan negara mereka. Melalui kebudayaan, umpamanya, penjajahan boleh dilakukan tanpa penggunaan tentera atau wang. Penjajahan, baik apa jua jenisnya, tetap akan cuba menyekat kebebasan kita. Sebaliknya kita tidak boleh memulaukan diri dari dunia luar. Kesan 'neo-colonialism' telahpun dirasai oleh kita, walaupun ramai yang masih tidak sedar. Kemerdekaan yang kita perjuangkan dahulu akan menjadi sia-sia sahaja jika penjajahan baru ini dibenar menggantikannya. Pendekatan yang paling berkesan menghadapi penjajahan cara baru ini, ialah melalui penguasaan ilmu pengetahuan dalam semua bidang termasuk agama dan melengkapkan diri dengan segala kemahiran. Justeru itu, kita boleh menghalakan nasionalisme kita kepada pencapaian ilmu pengetahuan dan segala kemahiran yang bermanfaat bagi mengekalkan kebebasan kita, serta maruah dan keutuhan agama, bangsa dan negara. Kita akui kita telah maju dan dapat membangun dengan pesat. Taraf pelajaran, misalnya, telah meningkat dengan tingginya. Tetapi kita masih lagi jauh ke belakang dibandingkan dengan negara-negara maju. Semoga satu hari nanti rakyat kita boleh meneroka dasar laut bagi memperolehi hasil petroleum kita sendiri, semoga rakyat kita dapat mengeluarkan alat-alat perkilangan, serta menyaksikan keindahan pengwujudan Allah Subhanahu Wataala di langit dan dibumi. Semoga kita dapat mentafsir dan memahami ajaran-ajaran agama sehingga tidak ada yang boleh memperdayakan kita. 412

Dengan itu generasi muda bertanggungjawab memelihara dan mengekalkan kemerdekaan negara melalui penguasaan semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Nasionalisme mempunyai unsur-unsur positifnya sendiri. Satu-satunya unsur itu ialah perpaduan. Rakyat bersatu-padu menentang Malayan Union dan cara-cara pemerintahan British, bukan sahaja di Semenanjung, tetapi juga di Sabah dan Sarawak. Mereka bersatu-padu menentang Komunis sehinggalah negara dapat menamatkan darurat pada tahun 1960. Dengan itu memang wajarlah sambutan Hari Kebangsaan kita tahun ini bertemakan "Nasionalisme Teras Perpaduan'. Penerapan tema ini akan menebalkan semangat kita menentang perpecahan, pengeseran dan unsur-unsur negatif. Kita akan cuba mengelakkan sebarang unsur yang membawa kepada perpecahan. Semua ajaran dan fahaman yang wajar dan semua seruan dan amalan yang bermanfaat tentulah tidak membawa kepada perpecahan. Kita haruslah meneliti dua-dga kali apa-apa seruan, propaganda atau emosi yang menuduh umat lain buruk, salah dan daif; kita teliti dua-tiga kali segala tindakan kita yang mungkin membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Banyak liku-liku sejarah yang membuktikan bahawa perpecahan membawa kepada keruntuhan dan kemunduran. Tidak satu pun kemajuan yang dapat dicapai oleh satu-satu masyarakat tanpa perpaduan. Inilah pentingnya pengajian atau penelitian ke atas sejarah. Janganlah diteliti sejarah negara sendiri sahaja. Hendaklah kita kaji sejarah semua tamadun di dunia ini. Apabila terdapat ketamakan, keutamaan kepada kepentingan diri daripada kepentingan ramai dan pandai mencari kesalahan orang lain sahaja dan lain-lain gejala, satu-satu masyarakat itu akan menjadi lemah dan akhirnya hancur, atau ia akan dijajah semula. Sepanjang sejarah manusia, proses ini berlaku. Ianya harus menjadi pelajaran kepada kita. Janganlah kita mendewakan perpecahan, sebaliknya hendaklah kita menerapkan perpaduan semoga apa yang telah kita capai tidak akan hancur, bahkan kemajuan yang lebih tinggi dapat dicapai. Kemuncak sambutan kemerdekaan negara adalah naiknya bendera negara pada malam merdeka di Padang Kelab Selangor dan perisytiharan merdeka di Stadium Merdeka. Selepas itu selama 27 tahun sambutan seluruh negara berpusat di Kuala Lumpur. Kita tidak juga lupa peristiwa pengumuman tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka, yang merupakan satu lagi detik sejarah kebebasan negara. Dengan itu, adalah sangat sesuai kita mengadakan sambutan peringkat nasional Hari Kebangsaan tahun ini di Melaka. Bukan itu sahaja, Melaka juga merupakan pusat empayar yang utama dalam sejarah tanahair. Semoga sambutan di Melaka akan menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan semangat membela maruah bangsa - semangat kebangsaan, semangat nasionalisme. Akhirnya, marilah kita bersama-sama menerapkan semangat tema sambutan Hari Kebangsaan kita iaitu 'Nasionalisme Teras Perpaduan'. Bersyukurlah kita dengan pencapaian kita setakat ini, lebih-lebih lagi kita dapat menyambut hari bahagia ini dengan tenteram dan damai. Saya mengucapkan selamat menyambut H a r i Kebangsaan yang ke-28. 413

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA AWAL MUHARAM MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 15HB. SEPTEMBER, 1985

A

lhamdulillah, syukur kita kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bersama-sama sekali lagi menyambut tahun baru Hijrah 1406 ini.

Bahawa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah menjadi permulaan kalender Islam mempunyai makna yang amat besar. Hijrah berlaku 12 tahun selepas Nabi menerima wahyu untuk menegakkan Islam. Hijrah juga berlaku lebih kurang 11 tahun sebelum agama Islam disempurnakan dan wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Penentuan Hijrah sebagai Awal Muharam tentulah bermakna bahawa Hijrah adalah satu peristiwa yang penting dalam sejarah menegak dan mengembangkan Islam. Pada hari yang mulia ini, bersama-samalah kita merenungkan akan hikmat dan panduan dari peristiwa Hijrah. Apakah yang berlaku dalam peristiwa Hijrah? Yang pertamanya, Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan kota Mekah yang disayanginya untuk menyelamatkan penganut-penganut Islam, para sahabat serta diri Baginda sendiri dengan berpindah ke Madinah. Perjalanan Nabi amat bahaya dan Baginda diburu oleh musuh dari Mekah. Baginda terpaksa bersembunyi dalam gua pada satu ketika dan Allah Subhanahu Wataala telah membuka hati orang-orang Yathrib atau Madinah supaya menyambut baik kedatangan Nabi. Orang-orang Muhajirin dari Mekah dan orangorang Ansar dari Madinah telah menerima masing-masing sebagai saudara dan melupakan apa-apa sengketa antara mereka. Dari tarikh itu, Islam berkembang dengan amat pesat dan segala halangan dari musuh-musuh Islam telah dapat diatasi oleh Rasulullah s.a.w. Hijrah bukan sahaja bermakna 'berpindah' dari satu tempat ke tempat lain, tetapi ianya juga bermakna berpindah atau meninggalkan satu perbuatan atau pekerjaan yang boleh membawa keburukan supaya akhirnya kejayaan dicapai. Berhijrah bererti merancang dengan mengambilkira kelemahan diri sendiri dan tidak berdegil dan mengikut nafsu. Sebelum daripada peristiwa Hijrah orang Islam telah dihantar ke negara Habsyah untuk menyelamatkan diri - sekali lagi menunjukkan betapa Islam sanggup berundur setapak ke belakang supaya dapat melangkah dua tapak ke hadapan. Jelaslah bahawa peristiwa Hijrah membawa banyak pelajaran kepada orang Islam yang boleh menyelamatkan mereka dan membawa kemajuan bagi mereka. 414

Rasulullah s.a.w. tidak berhijrah semata-mata untuk menyelamatkan diri Baginda. Hijrah Junjungan Besar kita ialah supaya Baginda dapat meneruskan kerjakerja mengembangkan syiar Islam yang pada ketika itu belum lengkap lagi dan belum selesai bentuknya. Hasil daripada pengunduran sementara ke Madinah ialah agama Islam seperti yang kita tahu hari ini, lengkap dengan fardhu 'ain dan fardhu kifayah dan panduan-panduan hidup yang menyeluruh. Sebenarnya Allah Subhanahu Wataala boleh melindung suruhanNya daripada apa sahaja malapetaka kerana Allah Maha kuasa. Tetapi peristiwa Hijrah menunjukkan walaupun Pesuruh Allah Subhanahu Wataala diberi segala perlindungan, ini tidak bermakna bahawa semuanya harus diserah kepada Allah Subhanahu Wataala sematamata. Ikhtiar mestilah ada dan penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah ialah satu ikhtiar dan ikhtiar itu telah dibantu dengan pertolongan Allah Subhanahu Wataala sepanjang waktu. Tentulah orang Islam tidak boleh menyerahkan segala-galanya kepada Allah Subhanahu Wataala tanpa berikhtiar dalam apa juga usaha. Doa dan sembahyang dan lain-lain yang diwajibkan perlu kita amalkan, tetapi ikhtiar dan usaha mestilah ada selagi kita hidup, selagi ada orang Islam, masyarakat Islam dan negara Islam. Ikhtiar dan usaha ini pula mestilah dijalankan mengikut rancangan yang mengambilkira kedudukan penganut Islam. Sebelum Junjungan kita berhijarah dari Mekah ke Madinah pada tahun 12 Kerasulan, sudah terdapat perhubungan yang rapat antara orang Islam di Mekah dengan kaum Ansar yang sudah ramai memeluk agama Islam, termasuk beberapa orang kenamaan dan pembesar-pembesar mereka. Di samping itu sebelum Rasulullah s.a.w. dan orang Islam Mekah berhijrah ke Madinah, sudah pun ada perjanjian atau sumpah setia orang Islam Madinah menjaga Rasulullah s.a.w. dan penganut-penganut Islam Mekah apabila berhijrah ke Madinah. Inilah yang dipanggil 'Perjanjian Aqabah'. Ketibaan orang Islam Mekah ke tempat baru adalah dengan penuh kerelaan orang-orang Madinah, walaupun yang beragama Islam di antara mereka tidak begitu ramai. Selepas penganut Islam bertambah ramai di Madinah dan selepas terdapatnya satu perjanjian, Rasulullah s.a.w. dan penganut-penganut Islam tidak terburu-buru merancang untuk balik ke Mekah. Mereka bersabar dan berusaha mendirikan Kerajaan Islam di Madinah. Ekonomi Madinah juga diperkukuhkan dan sudah tentu pertahanannya. Beberapa percubaan yang dibuat oleh kaum Jahiliah untuk menawan Madinah telah ditewaskan oleh pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w. Akhirnya, apabila Madinah sudah cukup kuat, maka barulah usaha-usaha dibuat untuk kembali ke Mekah. Di sini kita mendapat panduan bukan sahaja tentang kesabaran tetapi juga tentang pentingnya menentukan kemampuan sebelum sesuatu rancangan diselenggarakan. Dapat kita rumuskan bahawa Hijrah orang Islam ke Madinah bukan dilakukan dengan terburu-buru tetapi dengan penuh persediaan dan perancangan. Di samping berbagai hikmah dan pengajaran yang boleh kita dapati daripada peristiwa Hijrah, peri stiwa itu menonjolkan juga pengajaran tentang betapa pentingnya perancangan yang teliti. Di Malaysia, Kerajaan mengamalkan perancangan jangka panjang dalam semua program atau rancangan pembangunannya. Begitulah juga halnya dalam usaha 415

Kerajaan untuk meninggikan syiar Islam di negara ini. Kita tidak melaungkan sesuatu yang berkaitan dengan Islam bagi tujuan menarik sokongan rakyat kepada Kerajaan. Perancangan Kerajaan mengenai Islam termaktub dalam sistem pelajaran, perancangan pembangunan kita dan beberapa perancangan lain yang sesuai dengan taraf Islam sebagai agama rasmi negara ini. Apabila kita menyebut tentang penerapan nilainilai Islam, Kerajaan, mengikut perancangannya, berpendapat bahawa adalah lebih baik usaha-usaha ini dimulakan dahulu di dalam pentadbiran Kerajaan. Nilai-nilai Islam yang kita terapkan ini juga merupakan nilai-nilai universal yang mudah difahami oleh semua rakyat. Oleh sebab itulah maka nilai-nilai ini disambut dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat majmuk negara ini. Tujuan kita mengenai dan menerapkan nilai-nilai ini adalah untuk menjamin wujudnya masyarakat Malaysia yang berdisiplin, bermaruah dan bertamadun, insya-Allah. Masyarakat seperti ini tetap akan menyelamatkan orang-orang Islam dan juga orang-orang lain. Kerajaan juga mengadakan perancangan yang teratur mengenai projek-projek yang berlandaskan perinsip-prinsip Islam. Kita mengambil masa bagi memikir dan merancang sebelum melaksanakan Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam dan baru-baru ini Syarikat Takaful pula. Sekiranya perancangan tidak diutamakan, mungkin kita terburu-buru melaksanakan apa-apa sahaja yang menggunakan nama Islam yang mungkin mengakibatkan kegagalan akhirnya. Perancangan yang kita buat mengambilkira bukan sahaja keupayaan kita, tetapi juga kelemahan kita yang harus kita akui. Keangkuhan kuasa dan nafsu tidak boleh dibiarkan mempengaruhi rancangan yang kita buat. Perhitungan yang teliti amat perlu jika sesuatu rancangan hendak mencapai matlamatnya. Jika perhitungan ini silap, terutama jika didorong oleh nafsu, maka keburukan yang akan menimpa kita amatlah berat. Para perancang yang bertanggungjawab mestilah mengambilkira semua faktor, walaupun akhirnya yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perancangan itu ialah Allah Subhanahu Wataala. Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh yang mulia bagi kita dan Hijrah Baginda adalah contoh yang kita harus teladani sebagai umat Islam yang setia. Oleh itu, bersempena tahun baru Hijrah 1406 ini, sewajarnyalah kita mengubah sikap dan memperbaharui azam dengan semangat maju ke hadapan untuk menepati hikmat Hijrah Rasulullah s.a.w.

416

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN PUSAT ISLAM MALAYSIA 16HB. SEPTEMBER, 1985

S

aya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinNya kita dapat bertemu di Majlis yang permai ini bagi meraikan perasmian bangunan Pusat Islam Malaysia. Kita semua bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana memberikan kita semangat dan kesungguhan bagi menjayakan cita-cita umat Islam di negara ini iaitu menjalankan berbagai-bagai usaha untuk mempertinggikan syiar Islam. Hasrat Kerajaan untuk mempertingkatkan syiar Islam di dalam negara ini adalah nyata. Strategi yang paling mustahak dan besar dalam meninggikan syiar Islam ialah memperkukuhkan kedudukan umat Islam di dalam negara ini. Kukuh dari segi ekonomi, dari segi pengetahuan dan pencapaian ilmu, keupayaan membangunkan diri dan ketahanan dari segala ancaman yang berbentuk fizikal, atau yang bukan fizikal, termasuk pengaruh kefahaman-kefahaman yang negatif, arus pemikiran liar dan lain-lain lagi.

Negara-negara yang mempunyai penduduk beragama Islam dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala dengan berbagai sumber alam semulajadi. Ini termasuklah negara kita Malaysia; kesuburan tanah untuk perusahaan pertanian, cuaca yang sederhana dan berbagai bahan galian yang sangat tinggi harganya dan besar manfaatnya. Pendek kata, orang Islam di dunia ini dianugerah oleh Allah Subhanahu Wataala nikmat yang sangat besar. Tetapi, kita selalu tertanya diri kita sendiri mengapakah sumber-sumber alam semulajadi yang besar itu tidak memberi manfaat yang besar kepada umat Islam sendiri. Di kebanyakan tempat, mereka seolah-olah menjadi penonton sahaja kepada kegiatan-kegiatan bagi mendapat manfaat daripada sumber-sumber alam itu dan sebahagian kecil sahaja nikmat itu dikecapi oleh mereka. Setelah negara-negara Islam mencapai kemerdekaan politik, persoalan itu telah cuba dijawab dan berbagai-bagai aktiviti dan perancangan dibuat bagi mengatasi persoalan-persoalan yang timbul di sekitar isu tersebut. Namun begitu, percubaan-percubaan yang dilakukan kurang memberi natijah yang memuaskan. Apabila direnung kepada sejarah tamadun manusia, maka adalah jelas kepada kita bahawa Islam telah memainkan peranan yang penting sebagai penggerak kepada manusia untuk mencapai kemajuan bagi kehidupan manusia dan akhirnya kemajuan yang dicapai itu membentuk satu tamadun yang tinggi. Gesaan dan gerakan yang ditonjolkan oleh Islam begitu kuat sekali hingga ternyata kejayaan dan pencapaian yang besar diperolehi oleh penganut-penganutnya. Sejarah membuktikan bahawa 417

dalam zaman sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., orang-orang Islam dapat menundukkan kekuasaan Roma di sebelah Barat dan kekuasaan Parsi di sebelah Timur. Dengan semangat yang berkobar-kobar, orang-orang Islam telah berjaya memperluaskan pengaruh dan wilayahnya beribu-ribu batu dari Semenanjung Arab. Di dalam kurun yang kedua dan ketiga Hijrah, kegiatan ilmiah yang sangat tinggi mutunya dan besar faedahnya bagi umat manusia dijalankan dengan begitu pesat sekali oleh orang-orang Islam. Kegiatan ilmiah itu bermula dengan kerja-kerja penterjemahan buku-buku falsafah dan buku-buku ilmu pengetahuan daripada Bahasa Greek ke Bahasa Arab. Kemudian orang-orang Islam menjadi mahir di dalam ilmu-ilmu tersebut seperti perubatan, pelayaran, astronomi, kajihayat dan lain-lain. Orang-orang Islam telah menjadi penyambung bagi ilmu-ilmu tamadun manusia. Oleh kerana orangorang Barat pada ketika itu masih menganggap semua ilmu terutama ilmu sains sebagai satu jenis sihir, maka mereka terus berada dalam kegelapan. Sebab itulah semasa zaman kegemilangan Islam, dunia Barat berada dalam zaman kegelapan atau 'Dark Ages' seperti disebutkan oleh ahli-ahli sejarah Barat. Kita pada zaman ini mesti bertanya mengapa umat Islam pada zaman itu boleh mengambil sikap demikian rupa sehingga mereka dapat menempa kemajuan yang begitu besar, terutama berbanding dengan dunia barat di zaman yang sama. Jawapan yang kita perolehi ialah mereka didesak oleh tuntutan-tuntutan dan gesaan-gesaan Islam supaya umatnya berusaha mencari ilmu pengetahuan dan membuat penerokaan-penerokaan yang perlu bagi menunaikan tanggungjawab yang besar kepada manusia dan alam ini, iaitu berusaha membawa kemakmuran kepada alam dan kebahagiaan kepada umat manusia. Mereka sanggup mencari ilmu pengetahuan walaupun sumbernya ialah dari orang-orang bukan Islam. Mereka menjelajah jauh untuk mencari ilmu pengetahuan. Pendek kata, mereka betul-betul menyambut seruan Rasulullah s.a.w. supaya mencari ilmu walaupun di negeri Cina. Di zaman itu, seperti juga di zaman sekarang, golongan yang mempunyai pandangan yang sempit telah muncul dan mengecam ke atas tuntutan ilmu yang tidak khusus berasaskan agama. Puak tersebut akhirnya berjaya dan segala ilmu yang diterokai oleh orang Islam digugurkan. Akibatnya orang Islam menjadi lemah dan dijajah oleh orang-orang Barat yang telah menguasai ilmu yang digugurkan itu. Kecewa dengan kelemahan mereka, ramai orang-orang Islam yang mengambil sikap bahawa berusaha memakmurkan bangsa dan negara tidaklah termasuk di dalam tuntutan Islam. Mereka menjadi keliru tentang usaha mereka sehari-hari dalam kontek hubungan mereka dengan Islam. Alhamdulillah, sekarang ini satu kesedaran baru telah muncul. Di Malaysia walaupun ada pihak-pihak tertentu yang cuba menghalang, kesedaran baru ini telah mendorong ke arah usaha membentuk sistem pendidikan yang mengimbangkan tekanan antara pelajaran agama dan tuntutan lain-lain ilmu yang boleh menguatkan umat Islam bagi menghadapi cabaran-cabaran dunia moden. Sistem pendidikan kita tepat menghayati kehendak agama seperti yang terdapat dalam A l 418

Quran, Surah Al-Qasas, ayat 77 yang menyatakan bahawa kita hendaklah mencari kebahagiaan hari akhirat dan sebaliknya janganlah kita lupakan bahagian atau keperluan kita di dunia. Pendidikan itu memberi kesedaran kepada kita bahawa Islam perlu dijadikan teras kepada perjuangan bagi pengukuhan dan pembangunan ummah. Usaha Kerajaan bagi meninggikan syiar Islam dalam aspek memberi kesedaran terhadap Islam hampir telah mencapai matlamatnya dan kita telah memperolehi banyak manfaat daripadanya. Ramai umat Islam di Malaysia sudah mempunyai sikap yang 'committed' terhadap Islam dan rela menerima Islam sebagai asas hidup matinya. Di samping itu orang-orang bukan Islam di negara ini tidak berasa curiga dengan penerapan nilai-nilai Islam dan mereka lebih faham akan pandangan Islam terhadap soal-soal kemasyarakatan dan lain-lain. Justeru itu mereka tidak menunjuk apaapa bantahan, malah ada di antara mereka yang memberi sokongan secara terbuka. Hal ini mendorong Kerajaan untuk mengambil langkah yang lebih positif bagi melaksanakan usaha yang berkesan ke arah menjayakan syiar Islam di dalam negara kita ini. Maka dengan itu, kita di Malaysia terpelihara daripada berbagai masalah yang sering timbul di negara-negara majmuk di mana orang Islam merupakan sebahagian sahaja daripada penduduknya. Objektif di sebalik Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam ialah supaya nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif mengenai kehidupan dan pekerjaan yang dianjurkan oleh Islam dipraktik dan diamalkan bagi memperbaiki taraf hidup dan mencapai hasil yang maksimum dari segala sumber kemakmuran yang diberi oleh Allah Subhanahu Wataala kepada kita. Kita mahu Islam menjadi penggerak bagi umat Islam di negara ini untuk mengambil segala peluang yang ada bagi memperkukuhkan kedudukan kita. Ajaran-ajaran Islam yang dipegang dan diyakini selama ini perlulah dihayati mengikut suasana dan kontek yang ada di sekeliling kita. Misalnya, sifat membazir adalah dilarang oleh Islam, tetapi tafsiran membazir setakat ini terhad kepada penggunaan wang yang berlebihan. Sepatutnya membazir hendaklah ditafsirkan bagi merangkumi sikap membiarkan potensi-potensi kekayaan dan kemakmuran dengan tidak diusahakan; seperti membiarkan tanah pertanian tanpa ditanam dengan apa-apa yang boleh memberi hasil. Sedangkan tanah ini di negara kita dijadikan Tuhan sangat subur dan boleh mendatangkan hasil yang baik. Nilai-nilai Islam juga perlu dalam semua aspek perkhidmatan dalam negara kita termasuk perkhidmatan secara terus kepada orang ramai dan juga perkhidmatan yang melibatkan pertahanan negara. Nilai Islam dan keimanan yang mantap akan membuat seseorang itu menunaikan tugasnya dengan penuh disiplin dan dedikasi kerana iman adalah pendesak dari dalam bagi seseorang untuk menunaikan tugasnya dengan sempurna. Iman akan membuat seseorang itu sentiasa sedar bahawa Allah mengetahui apa yang ia lakukan. Di dalam dunia moden hari ini, kita dapat lihat banyak bangsa yang kuat dari segi persiapan material tetapi lemah dari segi ketahanan di dalam diri. Maka bangsa yang kuat itu menjadi lemah dan tidak dapat menjaga kestabilan dan keutuhannya. 419

Umat Islam pada hari ini menghadapi kelemahan kedua-dua aspek — aspek persiapan material dan aspek ketahanan di dalam diri. Kita tidak rela hal ini berlanjutan bahkan kita mestilah mengorak langkah bagi memperkukuhkan kedudukan kita. Satu langkah yang penting yang mesti diambil ialah memperkuatkan ketahanan diri. Dalam hal ini tidak ada jalan lain bagi kita selain daripada memperkuatkan pegangan terhadap Islam. Nilai-nilai murni yang diajar oleh Islam mestilah disuburkan di dalam jiwa setiap individu. Janganlah kita terpesong dengan rupabentuk yang dikatakan Islam sehingga kita lupa akan pentingnya persaudaraan dalam Islam. Allah dalam Surah Al-Hujurat Ayat 11 menyeru orang-orang yang beriman supaya jangan mencemuh dan merendahrendahkan puak lain oleh kerana mungkin puak lain itu lebih baik daripada puak yang mencemuh. Satu perkara yang hangat diperbincangkan sekarang ialah Kerajaan Islam. Tafsiran tentang Kerajaan Islam berbeza-beza dan tiada siapa yang boleh berkata bahawa tafsirannya sahaja yang tepat. Pada hemat saya, sehingga kiamat akan terdapat perbezaan tafsiran tentang Kerajaan Islam kerana pentafsir bukan pesuruh Allah, walaupun ia amat arif dalam bidang agama. Memandangkan kepada hal ini, kita tidak boleh berpegang kepada satu-satu tafsiran sehingga kita bermusuh dengan orang Islam yang lain yang tidak menerima tafsiran yang kita pegang. Jika kita berbuat demikian maka akan berlakulah sengketa, bahkan peperangan sesama kita. Hanya jika sesuatu tafsiran itu jelas melanggar Rukun-rukun Islam dan ini disahkan pula selepas kajian yang teliti dan mendalam oleh orang-orang yang ditugaskan, barulah dapat kita menolak tafsiran berkenaan. Oleh itu, janganlah mudah menuduh sesuatu pemerintahan sebagai tidak Islam sematamata kerana kita berpegang kepada tafsiran mengenai Kerajaan Islam yang berlainan dengan tafsiran orang lain. Hasrat Kerajaan mengembangkan syiar Islam dipertanggungjawabkan kepada semua jabatan dan agensi Kerajaan. Tetapi Pusat Islam merupakan agensi utama. Di sini ditempatkan orang-orang yang ahli dalam hal-hal kelslaman. Harapan Kerajaan dan harapan negara ialah mereka yang diberi kepercayaan ini tidak akan menghampakan harapan ini dan sudah tentu tidak akan menggunakan kemudahan yang mereka perolehi untuk tujuan-tujuan lain. Ikrar orang Islam tidak boleh dianggap ringan. Saya menyeru semua pihak agar sama-sama mengembeling tenaga berusaha untuk memperkukuhkan umat kita seperti mana yang dikehendaki oleh Islam. Satu aspek yang penting dalam pengukuhan umat Islam ialah perpaduan di kalangan umat itu sendiri. Maka di sini saya menyeru kepada semua pihak agar memberi sumbangan ke arah penyatuan umat. Di samping itu, kita hendaklah berusaha menjauhkan segala anasir yang boleh memecah-belahkan umat Islam di negara kita. 420

Sebelum saya akhiri ucapan ini izinkan saya mengucapkan sepatah-dua kata berkenaan pembangunan fizikal Pusat Islam yang akan dirasmikan pada hari ini. Semenjak Bahagian Agama ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri atas desakan rakyat melalui U M N O , kegiatan Bahagian ini telah meningkat bukan sahaja dari segi bilangan kakitangan, tetapi juga dari segi bidang-bidang tertentu yang berkaitan dengan urusan agama Islam dalam negara kita. Kita telah membina sebuah bangunan sebelum ini untuk Bahagian Agama tetapi ia tidak dapat menampung keperluan ruang semasa untuk Bahagian ini. Ia juga tidak sejajar dengan taraf Islam sebagai agama rasmi negara. Justeru itu sebuah Pusat Islam yang sesuai bentuknya dan mempunyai ruang yang mencukupi telah dirancangkan. Para arkitek daripada Kumpulan Senireka Sdn. Bhd, terutamanya Datuk Nik Mohamad bin Nik Mahmud, telah dipilih untuk mereka-bentuk bangunan yang diperlukan yang mengandungi unsur-unsur reka-bentuk Islam. Saya amat bangga dengan hasil kajian pihak arkitek yang berjaya memenuhi kehendak kita untuk membina sebuah bangunan yang unik dan indah, yang mencerminkan sekumpulan hasil karya arkitek Islam dalam sejarah di samping memenuhi segala keperluan sebuah Jabatan yang begitu penting dalam pentadbiran agama Islam di negara kita. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak arkitek yang telah juga menyelia pembinaan Pusat ini dengan sempurna. Pusat Islam ini dilengkapi dengan segala kemudahan yang moden termasuk auditorium dan halaman atau 'courtyard' yang luas yang boleh digunakan untuk berbagai perjumpaan. Walaupun Musabaqah Membaca Al-Quran dalam 'courtyard' ini didapati tidak begitu memuaskan, usaha masih boleh dibuat untuk menyesuaikan halaman ini. Satu perhiasan kompleks ini ialah dua keping 'stained glass' yang mempunyai 'design' yang sesuai dengan kehendak Islam yang dipasangkan di pintu besar. Sepertimana kita semua maklum tingkap di Masjid Nabawi di hadapan Makam Nabi telah dipasang dengan 'stained glass'. Demikian juga dengan Masjid Zahir di Alor Setar. Keindahan alam sekitar adalah kurniaan Allah Subhanahu Wataala. Begitu juga ciptaan sesuatu yang indah adalah hasil daya pemikiran yang dikurniakan oleh Allah. Dalam Islam kebersihan dan kecantikan memang dituntut. Oleh itu marilah kita menjaga kebersihan Pusat Islam ini, sama ada sebagai pekerja atau sebagai pelawat, mestilah menjaga kebersihan dan keindahannya. Kebersihan dengan ibadat tidak dapat dipisahkan. 'Alnazafatu Minal-Iman'. Ibadat tidak dapat diamalkan tanpa kebersihan. Oleh itu jagalah kebersihan di manamana juga kita berada. Jagalah kebersihan Pusat Islam ini kerana kebersihan adalah satu daripada nilai-nilai yang mulia dalam Islam. Akhirnya, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya dengan sukacitanya membuka Pusat Islam Malaysia ini dengan rasminya

421

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN MASJID KEMENTAH KUALA LUMPUR 20HB. SEPTEMBER, 1985

T

erlebih dahulu marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurniaNya, maka dapat kita hadir di upacara pada pagi yang mulia ini dan diikuti pula dengan sembahyang berjemaah sebagai pengabdian kita kepada suruhan dan ajaran Tuhan Yang Maha Esa.

Masjid ini akan ditadbirkan oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri bukan sahaja daripada pegawai-pegawai kanan awam tentera, tetapi juga wakil-wakil kariah kawasan Datuk Keramat. Saya yakin bahawa masjid ini akan dapat merapatkan perhubungan kakitangan Kementerian Pertahanan dengan masyarakat sekeliling. Masjid K E M E N T A H ini akan dapat digunakan oleh semua umat Islam yang bertugas dan bermastautin di kawasan ini khasnya. Sebagai satu masyarakat yang menganuti agama yang sama, pemupukan persaudaraan di antara ahli masyarakat adalah menjadi satu kewajipan kita bersama, tidak kira sama ada kita golongan tua, atau muda, awam atau tentera, di bandar atau di desa. Apa yang harus kita ingat ialah bahawa menerusi perpaduan kita akan dapat mewujudkan satu masyarakat yang teguh dan bermaruah. Sebaliknya jika terdapat perpecahan di kalangan kita, maka ini akan merugikan kita sendiri di samping menerima kutukan dari Allah Subhanahu Wataala. Perpaduan dan saling faham memahami di antara ahli atau anggota masyarakat harus dijadikan sebagai satu penekanan dalam syarahan, kuliah atau perjumpaan di kalangan cerdik pandai orang-orang Islam. Kita semua maklum bahawa unsur perpaduan adalah juga ajaran Islam agar masyarakat tidak berbelah bahagi. Perpaduan harus dijadikan satu amalan dan ianya patut dipuji dan diberi sanjungan tinggi. Khidmat yang berasaskan perpaduan membuktikan keinsafan kita untuk menegak dan meninggikan syiar Islam serta kesanggupan kita untuk menghayati ajaran Tuhan Yang Maha Esa agar kita dilimpahkan kebahagiaan serta kesejahteraan hidup. Unsur perpaduan ini perlu disemaikan kepada kanak-kanak di bangku sekolah dan juga kepada mereka yang datang belajar agama di surai dan masjid. Mereka harus dididik dengan nilai-nilai yang baik sepanjang masa sebagai mengingatkan supaya mereka sentiasa faham akan tujuan nilai-nilai itu. Cara ini akan menjadi satu kuasa perkembangan dari peringkat ke peringkat, dari kecil ke dewasa, dari muda ke tua. Kita hendaklah sentiasa berwaspada terhadap syarahan dan kuliah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kita hendaklah dapat 422

membezakan yang benar daripada yang salah supaya mereka itu tidak dapat mempengaruhi pemikiran kita untuk menimbulkan dakyah dan ajaran yang tidak betul serta menyeleweng dari kehendak agama kita yang sebenar. Kita mengetahui bahawa banyak laporan telah dibuat mengenai perkara seperti ini yang telah berlaku, yang masih berlaku dan mungkin akan terus berlaku jika tidak diawasi. Oleh itu, marilah kita bersama-sama sentiasa berjaga-jaga agar pengetahuan yang disampaikan itu adalah daripada mereka yang bertanggungjawab dan bertauliah serta berlandaskan kepada lunas-lunas keagamaan yang suci dan tidak diselubungi dengan putar-belit untuk sesuatu muslihat. Angkatan Tentera kita bukan sahaja berjuang untuk mempertahankan sebuah negara yang diduduki oleh kita. Angkatan Tentera juga berjuang mempertahankan satu sistem Kerajaan yang memberi perlindungan kepada agama Islam. Musuh kita adalah orang-orang yang tidak percaya kepada Islam, bahkan tidak percaya adanya Tuhan. Walau apapun yang dikatakan oleh mereka, hakikatnya ialah mereka antiagama, lebih-lebih lagi agama Islam. Justeru itu, amatlah tepat jika kita katakan bahawa bagi anggota-anggota Angkatan Tentera kita yang beragama Islam. Jika kita gagal, maka kedudukan Islam di negara ini akan mengalami nasib yang sama dengan nasib agama Islam di negara-negara yang ditawan oleh komunis, terutamanya yang berada di Asia Tengah berdekatan dengan Afghanistan. Kalau hari ini mereka cuba memberi gambaran bahawa mereka membenarkan ajaran Islam bebas di negara mereka, ini adalah kerana kepentingan politik mereka sahaja. Oleh itu, kita lihat begitu banyak negara Islam yang telah menerima ideologi sosialisma yang tidak memberi tempat kepada agama Islam. Pokok pangkalnya ialah Angkatan Tentera kita mempertahankan Islam. Jika ada sesiapa yang berkata ini tidak benar, maka mereka sebenarnya menyebelahi musuh Islam dan mengkhianati perjuangan Islam dengan cuba melemahkan semangat anggota Angkatan Tentera kita. Berhati-hatilah apabila mendengar syarahan-syarahan yang kononnya syarahan agama tetapi sebenarnya ialah propaganda musuh. Janganlah ada pegawai dan anggota Kor Agama Angkatan Tentera terperangkap dengan dakyah musuh dan secara tidak langsung mengurangkan ketahanan Angkatan Tentera kita. Kita lihat sekarang ini ada orang-orang Islam yang terperangkap dengan nafsu mereka dan berperang sesama sendiri. Beratus ribu menjadi korban peperangan ini. Dan kuasa-kuasa besar serta Israel mengambil peluang membekalkan senjata, cukup untuk peperangan diteruskan tetapi tidak cukup untuk menentukan kemenangan bagi mana-mana pihak. Dengan itu, maka peperangan sesama orang-orang Islam berterusan dan ramai yang menjadi mangsa serta ramai pula yang akan terkorban. Jika kuasakuasa ini melihat sesuatu pihak itu akan kalah, maka mereka akan membekalkan lebih banyak senjata supaya pembunuhan orang-orang Islam terus berlaku. Tidak guna kita salahkan orang lain. Sebagai musuh Islam, mereka bertindak untuk menjayakan hasrat mereka. Yang salah ialah orang Islam yang semuanya tahu 423

akan keburukan berperang sesama sendiri, tetapi tidak mahu memberhentikan peperangan mereka. Demikianlah kesan nafsu di kalangan orang Islam. Apabila mereka harus hentikan peperangan, mereka teruskan. tetapi apabila mereka harus pertahankan diri mereka dari serangan musuh-musuh Islam, ada di antara orang Islam yang sengaja melemahkan semangat pertahanan kerana taksub dengan pengaruh politik pecahbelah dan perasaan hasad-dengki. Masjid K E M E N T A H , seperti juga lain-lain masjid, boleh memainkan peranan yang penting bagi menyampaikan ajaran Islam yang tidak terpengaruh dengan kepentingan-kepentingan lain. Masjid ini juga memberi peluang untuk menguatkan semangat Angkatan Tentera kita dalam tugas mereka mempertahankan negara dan kedudukan Islam di negara ini. Kita harus ingat bahawa kita dijajah dahulu kerana kita lemah dan kita serahkan pertahanan Negeri-negeri Melayu kepada askar upahan. Sesuatu bangsa yang tidak sanggup mempertahankan negaranya sendiri, tidak akan kekal dengan kemerdekaannya. Mereka akan dijajah dan diperhambakan. Sekarang ini kita akan berpeluang menentukan nasib kita sendiri. Janganlah sesiapa menghalang dan melemahkan semangat pertahanan kita. Janganlah sesiapa menderhaka kepada bangsa, agama dan tanahair. Saya suka menyatakan bahawa salah satu daripada tujuan utama Kerajaan menubuhkan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia, atau K A G A T , ialah untuk meningkatkan lagi kesedaran anggota tentera kita tentang penghayatan nilai-nilai Islam serta menguatkan iman. Saya yakin KAGAT akan dapat memainkan peranannya untuk memberi pendidikan rohani kepada anggota tentera kita, seimbang dengan latihan jasmani ketenteraan yang mereka terima. Dengan adanya keadaan ini, insyaAllah, disiplin, ketabahan dan kecekalan hati serta keimanan tentera kita akan menjadi lebih kuat. Semangat keperwiraan dan ketahanan nasional serta pengabdian kepada agama, bangsa dan negara akan menjadi amalan biasa. Akhirnya dengan lafaz 'Bismillahir rahmanir rahim" saya dengan sukacitanya membuka Masjid K E M E N T A H ini dengan rasminya.

424

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PEMBUKAAN RASMI SEMINAR PENGAJIAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA PERAYAAN JUBLI PERAK JABATAN PENGAJIAN ISLAM, FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR 21HB. SEPTEMBER, 1985

A

lhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana pada hari ini kita dapat bersama hadir diperasmian Seminar Pengajian Islam Peringkat Kebangsaan ini. Seminar ini diadakan sempena perayaan Jubli Perak Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Dengan itu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada seluruh kakitangan Jabatan ini yang merupakan Jabatan yang tertua dalam bidang Pengajian Islam peringkat universiti di negara ini. Sekarang kita mempunyai banyak Jabatan atau Unit Pengajian Islam di setiap institusi pengajian tinggi, malah kita telah dapat menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa. Semuanya secara tidak langsung berkait rapat dengan kejayaan penubuhan Jabatan Pengajian Islam Universiti Malaya pada bulan Mei 1959.

Apa yang dimaksudkan dengan "pengajian Islam" pada umumnya merupakan berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan yang berdasarkan risalah Islamiah kepada umat manusia. Ianya berkait rapat dengan konsep ilmu di dalam Islam itu sendiri yang mengandungi berbagai bidang pelajaran termasuk sejarah Islam, undang-undang, kebudayaan Islam dan lain-lain lagi. Semua ini termasuk dalam pengertian tamadun Islam. Orang-orang Islam harus mengetahui sedikit-sebanyak mengenai tamadun Islam. Tetapi hendaklah ada daripada kalangan mereka, orang yang mempelajari dan mengkaji bidang ini dengan lebih khusus lagi supaya segala nikmat dan panduan yang terdapat dalam tamadun Islam diperolehi oleh orang-orang Islam sendiri. Kita umat Islam dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu Wataala untuk menuntut ilmu pengetahuan yang tinggi. Tugas ini amat berat bagi kita memikulnya dewasa ini sekalipun umat Islam di masa silam telah membuktikan kemampuan mereka. Mereka telah membina tamadun Islam yang menjadi kemegahan di Barat dan di Timur. Ibn Sinna dengan kepakarannya di dalam ilmu perubatan, Abu Bakar a-Razi dengan ilmu fizik, Muhammad al-Khawarizmi dengan teori logarisme, Ibn Rusyd dengan ilmu falsafah dan lain-lain. Mereka menjadi bahan pujian di segenap lapisan masyarakat. Ini tidak lain kerana mereka mempunyai keilmuan yang lebih tinggi daripada umat manusia yang lain. Pentingnya pengajian Islam ialah kerana ia memperkenalkan kesan Islam terhadap tamadun manusia. Sebelum dari kedatangan Islam, sejarah telah 425

memperlihatkan berbagai tamadun seperti tamadun China, Parsi, Greek, Roma dan lain-lain. Tetapi kedatangan Islam telah menguasai fikiran manusia dan melahirkan satu tamadun yang mempunyai kesan yang berkekalan. Namun demikian, orangorang Islam sendiri tidak mendapat nikmat sepenuhnya dari tamadun Islam kerana penda-pat yang sempit telah menjadikan mereka lemah dan tidak berkeupayaan menimba hasil-hasil kajian yang dibuat di zaman kegemilangan Islam. Sebaliknya hasil-hasil penerokaan oleh ahli-ahli sains dan falsafah Islam telah diambilalih oleh orang-orang Barat dan mereka meneruskan pengkajian dalam bidang-bidang tersebut sehingga hasilnya terdapat kepada mereka. Lebih daripada itu mereka telah menidakkan karya ahli-ahli fikir Islam dengan menukar nama-nama mereka sehingga tidak dapat dikenal lagi. Cuma di zaman ini sahaja baharulah kita sedar akan pengasas-pengasas kajian dalam bermacam ilmu yang berasal dari orangorang Islam dan tamadun Islam. Tetapi, walaupun kita sudah ketahui akan asal-usul ilmu zaman moden ini, kita tidak juga memberi penumpuan atau penekanan ke atas mempelajari ilmu-ilmu ini. Jika kita pelajari sekalipun, ianya tidaklah secara mendalam. Tidak banyak kajian asli yang dibuat oleh kita dan sudah tentu kita tidak menggunakan pengetahuan yang kita dapati dengan sepenuhnya. Sebaliknya, kita lebih asyik berbincang dan menghalusi, bahkan mendebat dengan penuh perasaan soal-soal yang kecil berkenaan dengan tafsiran agama. Dengan itu kita jadikan agama Islam sebagai satu beban yang berat dan semua tenaga dan fikiran kita digunakan untuk memikulnya. Jika kita tahu sejarah perjuangan Nabi dan perkembangan Islam di zaman kegemilangan Islam melalui pengajian Islam maka kita akan dapat panduan hidup cara Islam yang boleh membawa balik tamadun Islam yang dahulu. Tetapi, janganlah kita terlalu asyik dengan sejarah kegemilangan kita sehingga kita lupa bahawa di zaman kita ini cahaya Islam dan tamadun Islam sudah menjadi pudar. Ianya menjadi pudar kerana bukan sahaja kita kurang mengkaji, tetapi juga kita tidak mempelajari daripada unsur-unsur sejarah yang kita kaji itu. Islam sebagai 'Ad-deen' akan diterima sebagai cara hidup yang lebih baik bukan dengan kita berkata ianya lebih baik, dan bukan dengan memaksa seseorang jangan membuat sesuatu yang kita anggap tidak Islam. Islam sebagai Ad-deen' akan diterima oleh semua pihak jika kita dapat membuktikan kepada masyarakat bahawa kehidupan cara Islam adalah lebih bahagia, lebih mudah dan lebih melegakan hati nurani manusia. Malangnya kita tidak dapat membuktikan kejayaan dan kebaikan Islam itu oleh kerana dunia Islam lemah, berpecah-belah dan terpaksa mencari pertolongan orang kain, dengan aneka jenis perbalahan sehingga berlaku peperangan dan bunuh-membunuh sesama sendiri. Islam juga dibayangkan sebagai satu beban yang menghalang kejayaan kerana penuh dengan bermacam-macam larangan. Sebenarnya mengamalkan ajaran agama Islam itu mudah. Tetapi tumpuan diberi semata-mata kepada larangan dan masalah yang diperbesar-besarkan. Apabila orang Islam pertama kali menjadi angkasawan, perbincangan ditumpukan tentang 426

bagaimana ia hendak melakukan solat dalam keadaan harinya pendek iaitu siangmalamnya 3 jam sahaja dan kapal angkasa tidak menetap di sesuatu tempat. Sebenarnya tidak ada masalah oleh kerana apa yang berlaku ialah kenderaan sahaja yang bergerak dan Allah Subhanahu Wataala menyuruh kita melaksanakan ibadat mengikut apa yang terdaya. Oleh kerana kita terpikat dengan ibadat yang tidak sepatutnya menjadi masalah tetapi telah kita jadikannya sebagai satu masalah, maka peluang menimba ilmu yang original telah terlepas. Maka beruntunglah orang lain. Demikianlah kita dalam kehidupan harian. Asyik dengan perkara kecil dan keangkuhan kuasa, kita tertinggal dalam semua bidang. Ingatlah, bangsa atau masyarakat yang tidak mampu menguasai ilmu dan kecekapan yang penting bagi kehidupannya di sesuatu zaman akan dijajah oleh orang. Hari ini seluruh umat Islam dijajah dan secara tidak sedar dipaksa berperang dan membunuh sesama sendiri. Itulah hasilnya daripada tumpuan kepada perkara remeh-temeh. Itulah juga hasil keangkuhan mereka yang mempunyai pelajaran yang cetek dan sempit dan tidak nampak dunia yang lebih luas. Saya berharap kesedaran baru ini disuburkan dikalangan cerdik pandai Islam. Adalah menjadi tanggungjawab mereka yang mengkhusus dalam bidang pengajian Islam memberi panduan yang bermakna dan membina kepada masyarakat Islam. Bersikap positiflah supaya Islam benar-benar menjadi agama manusia untuk sepanjang masa dan bukan semata-mata untuk masyarakat Arab di kurun ketujuh. Dengan harapan ini saya dengan sukacitanya membuka Seminar Pengajian Islam Peringkat Kebangsaan ini dengan rasminya.

427

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGLIBATAN IBUBAPA DALAM PENCEGAHAN DADAH KUALA LUMPUR 26HB. OKTOBER, 1985

S

aya mengucapkan terima kasih kepada BAKTI kerana memberi penghargaan kepada saya untuk menyampaikan ucapan di majlis ini dan seterusnya merasmikan Persidangan Kebangsaan Penglibatan Ibubapa Dalam Pencegahan Dadah.

Semenjak akhir tahun 1960an, negara kita telah menghadapi masalah penagihan dadah di kalangan masyarakat terutama golongan remaja. Fenomena ini merupakan satu perubahan yang amat serius berbanding dengan keadaan penagihan dadah sebelumnya. Sebelum ini golongan yang terlibat ialah golongan tua yang menggunakan candu. Yang menyebabkan masalah dadah menjadi lebih serius dan membimbangkan sekarang ini, ialah kerana golongan yang terlibat adalah golongan muda dalam lingkungan umur bawah 30 tahun, yang menjadi harapan bangsa dan negara. Tambahan pula jenis dadah yang digunakan sekarang ialah heroin, dan lain-lain dadah jenis baru yang bukan sahaja menjadikan penagih tidak berguna kepada masyarakat tetapi juga kepada dirinya sendiri. Dadah merosakkan badan dan otak dan membawa maut dengan lebih awal. Dadah biasa diguna oleh penjajah dahulu untuk melemahkan keupayaan dan ketahanan sesuatu bangsa. Ini berlaku kerana penagih dadah tidak dapat mempertahankan diri daripada apa juga penindasan yang dilakukan ke atasnya. Penagih tidak mempunyai maruah, tidak dapat bekerja kuat, tidak mempunyai moral, mudah terlibat dengan jenayah, mudah ditindas dan diarah oleh pengedar untuk membuat apa sahaja. Jika penagih terdiri daripada anggota angkatan tentera atau polis, maka keselamatan negara tidak lagi dapat dijamin. Sebahagian besar daripada pendapatan rakyat dan negara akan lesap kerana pembelian dadah. Keluarga penagih dadah tidak akan hidup sempurna kerana kerap juga penagih jadi gila, mencuri dari keluarga sendiri untuk mendapat dadah. Pendek kata, jika penggunaan dadah berkembang di kalangan rakyat, huru-hara akan berlaku, keluarga dan masyarakat akan menjadi lemah dan akhirnya negara akan hancur atau dikuasai oleh orang lain. Memandang kepada hakikat inilah maka Kerajaan telah mengambil sikap yang tegas terhadap pengedaran dadah. Hukuman mati akan dikenakan kepada sesiapa yang memiliki dadah yang melebihi had tertentu. Siapa juga, sama ada warganegara Malaysia atau warganegara asing akan dikenakan hukuman yang sama. Tidak ada tolak ansur bagi mereka yang sebenarnya membunuh lebih ramai rakyat negara ini 428

secara perlahan-lahan. Pengedar dadah adalah manusia yang tidak berperikemanusiaan, penjenayah yang kejam dan pembunuh. Sesiapa yang berminat menjadi pengedar harus ingat bahawa akhirnya riwayat mereka akan tamat di tali gantung. Harta yang mereka perolehi dari jenayah mereka itu akan dirampas. Tiada maaf bagi mereka. Sementara itu Kerajaan telah menambah kemudahan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang terlibat dengan penagihan dadah. Dari tahun 1983 hingga Ogos 1985, seramai 13,239 orang penagih dadah telah mengikuti program rawatan dan pemulihan berbanding dengan seramai 9,142 orang sahaja dari tahun 1980 hingga 1982. Ini cuma sebahagian yang kecil sahaja dari bilangan penagih. Harus diingat di sini bahawa bukan sahaja wang yang banyak terpaksa dibelanjakan untuk merawat mereka ini tetapi potensi bekerja dan daya pengeluaran mereka juga hilang. Namun demikian usaha masih dibuat untuk menambahkan lagi kemudahan rawatan dan pemulihan serta meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan program tersebut. Jika perbelanjaan rawatan dan pemulihan oleh Kerajaan dan masyarakat dijumlahkan dengan perbelanjaan pembelian dadah oleh penagih, maka jelaslah bahawa ratusan juta Ringgit wang negara hilang tanpa faedah. Pengetahuan, kefahaman dan kesedaran mengenai bahaya dan ancaman dadah kepada masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan lebih ramai lagi anggota masyarakat daripada terlibat dengan penagihan dadah. Oleh itu, Kerajaan telah melancarkan kempen anti-dadah di seluruh negara secara meluas dan kempen ini akan berterusan. Program-program pendidikan dan pencegahan telah dipergiatkan khususnya untuk melindungi golongan remaja kita supaya tidak terlibat dengan dadah dan menanamkan sikap benci dadah di kalangan mereka. Dalam usaha menentang dadah, nilai-nilai budaya kita yang lama patut dihidupkan semula. Kita telah menyaksikan bagaimana dalam masyarakat Barat perkembangan penagihan dadah mempunyai kaitan dengan keruntuhan moral dan penolakan agama. Dengan demikian kita harus menolak aspek kebudayaan barat yang boleh menghakis nilai-nilai budaya kita yang murni itu. Usaha-usaha menerapkan semula nilai-nilai budaya kita seperti adat bersopan-santun, menghormati ibubapa, orang tua dan keluarga oleh generasi muda boleh menolong membendung merebaknya masalah dadah di kalangan masyarakat kita. Kita juga hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama. Sekiranya tidak, kita akan hanyut mengikut arus aliran nilai semasa yang merosakkan. Tanggungjawab untuk memerangi masalah dadah di negara ini bukan hanya menjadi tanggungjawab Kerajaan dan agensi-agensinya semata-mata. Tindakan antidadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Masalah dadah ialah masalah yang menular di dalam masyarakat dan dengan demikian setiap anggota masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam membantu usaha-usaha Kerajaan dalam memerangi wabak ini. Saya sedar bahawa beberapa pertubuhan di negara ini, terutamanya P E M A D A M , terlibat dalam beberapa kegiatan membantu usaha-usaha Kerajaan dalam bidang pencegahan, khususnya. Walaupun begitu, saya percaya bahawa usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini boleh dipertingkatkan 429

lagi, memandangkan banyak pertubuhan dalam masyarakat yang masih belum lagi menyertai dan melibatkan diri dalam usaha-usaha memerangi dadah. Semua golongan masyarakat hendaklah tampil ke hadapan untuk bersama-sama memperhebatkan tindakan menentang musuh negara ini. Jika kita soal diri kita kenapakah dahulu tidak ada masalah dadah di kalangan muda mudi kita tetapi sekarang ada, tidak dapat tidak kita akan akui bahawa sedikit sebanyak masalah ini disebabkan oleh perubahan kebudayaan dan adat resam kita. Dahulu anak muda kita lebih terkawal dan mereka terdedah semata-mata kepada kebudayaan bangsa sendiri dan tunjuk-ajar ibubapa. Sekarang anak muda kita lebih bebas, terdedah kepada bermacam-macam kebudayaan asing dan tidak sebegitu mudah dididik oleh ibubapa. Dalam keadaan ini mereka mudah terperangkap dengan kegiatan-kegiatan luar yang tidak sihat. Mereka lebih mengutamakan pandangan rakan dan kawan daripada ibubapa dan keluarga. Untuk disanjung oleh kawan, rakan, mereka mudah menunjuk kononnya keberanian mereka dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini kerana takut disindir oleh kawan. Tidak lama selepas itu maka mereka sudah menagih dadah dan tidak dapat lagi memberhentikan tabiat buruk itu. Semangat mereka menjadi luntur dan jika mereka diubati sehingga pulih sekalipun, kerap-kali mereka balik kepada tabiat menagih dadah. Pendek kata, sekali mereka menjadi penagih maka amat sukar bagi mereka melepaskan diri. Justeru itu adalah penting mereka dikawal dari awal lagi supaya tidak bermula. Tugas mengawal anak kita tentulah bermula di rumah. Mereka harus dididik daripada kecil lagi bahawa dadah itu najis dan tidak boleh disentuh. Jika ini dapat ditanam dalam hati sanubari anak-anak kita daripada awal-awal lagi maka sebahagian daripada kejayaan mencegah dadah akan tercapai. Ibubapa juga harus mengawal gerak-geri anak-anak mereka supaya peluang mereka bercampur-gaul dengan kumpulan-kumpulan yang tidak terkawal tidak berlaku. Sebaliknya anak-anak harus ada di rumah pada waktu-waktu tertentu. Saya yakin jika ibubapa dapat menyemai nilai-nilai yang baik dan mengawal sedikit kebebasan anak remaja, penagihan dadah di kalangan mereka dapat dikurangkan. Berilah dorongan kepada kegiatan sukan. Tubuh badan kita adalah kurniaan Tuhan dan sebaik-baiknya tanda penghargaan kita kerana kurniaan ini ialah dengan memelihara tubuh badan kita daripada menjadi rosak. Sukan boleh menyegarkan tubuh badan. Sebaliknya dadah akan merosakkan tubuh badan. Oleh itu, masa lapang anak muda hendaklah dipenuhi dengan kegiatan-kegiatan membina seperti sukan. Ibubapa hendaklah memberi perhatian kepada perkara ini. Selain daripada didikan dan pemeliharan anak sendiri, ibubapa sama ada yang terlibat atau tidak, hendaklah mengambil bahagian dalam gerakan anti-dadah. Mereka akan lebih mengetahui masalah ini dan pengetahuan ini berguna dalam usaha kita untuk membasmi atau mengurangkan penagihan dadah dalam masyarakat kita. Kita harus sedar bahawa apa sahaja yang kita lakukan ke arah pencegahan dadah pada hari ini adalah untuk menyelamatkan generasi muda dan mewujudkan 430

satu bangsa yang bermaruah dan dihormati. Saya sedar bahawa usaha-usaha untuk menyelamatkan generasi muda daripada terjerumus dalam perangkap dadah bukanlah satu usaha yang mudah. Memandangkan masalah ini telah melibatkan semua kaum, semua golongan masyarakat dan semua Negeri di Malaysia, maka adalah menjadi tanggungjawab semua kaum untuk bersatu dan bersama-sama berganding bahu menentang ancaman ini secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Saya mengucapkan syabas kepada BAKTI yang telah mengambil inisiatif untuk menghimpunkan semua pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan, badan-badan dan kesatuan-kesatuan yang terdiri daripada berbagai kaum dan agama di seluruh negara untuk mengemblingkan tenaga masyarakat ke arah membantu usaha-usaha Kerajaan dalam mengawal dan membanteras dadah. Ini membuktikan bahawa BAKTI sentiasa sensitif terhadap masalah yang dihadapi oleh negara. Saya percaya daya usaha yang dipelopori oleh BAKTI ini akan dapat menanamkan kesedaran kepada masyarakat dan menentukan peranan yang benar-benar berkesan dapat dilakukan, khususnya oleh ibubapa secara individu dan secara kumpulan dalam membantu usaha-usaha pencegahan dadah di negara kita Dengan ini, saya dengan segala sukacitanya membuka Persidangan Kebangsaan Penglibatan Ibubapa Dalam Pencegahan Dadah dengan rasminya.

431

SPEECH BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE OPENING OF THE 20TH. WORLD MANAGEMENT CONGRESS KUALA LUMPUR 3RD. NOVEMBER, 1985

I

feel honoured to be asked to address this 20th World Management Congress, and to open it officially. To our foreign guests who have come from all corners of the world, I would like to say 'Selamat Datang' to Malaysia and I hope you will find time after this Congress to get to know K L , as the locals call it, and this country better.

The World Council of Management cannot choose a better or more appropriate topic than 'Managing for Excellence' for this Congress in Kuala Lumpur. Managing for excellence seems to be on the lips of every manager, irrespective of region, state or nationality. We are constantly showered with books and periodicals that focus on what needs to be done to create and attain excellence in management Many models, principles and prescriptions for excellence have management methods that have been considered sacred. At least the Government has. Change is always uncomfortable. And this assault on the traditional and the familiar has met more than the usual quota of criticisms and resentment. Thus the idea of a country as a corporation in which the Government, that is the officials and staff of Government departments, helps the private sector to make profits is quite alien to the concept of Government as the regulator and enforcer. Similarly turning over whole Government departments to the private sector is contrary to the age-old trend of the Government expanding its role. Leadership by example means the top men coming to office earlier and wearing name-tags instead of privileged disregard of rules by the executives including the Prime Minister. Work-flow charts, office manuals, desk files, management courses, up-dates, etc. are all part of the process of up-grading management capacity in Government. In the private sector turnkey contracts given to foreign firms have caused an uproar. But it has also forced the locals to adopt and adapt to new methods, to appreciate time, to be conscious of quality, and the role of the Quality Control Circles and a host of other details that generally make for excellence in management. What is clearly evident, from our own experience and those of others, is that the pursuit of excellence requires efforts, energy, time and sacrifices. It takes tremendous investment of energy, time and resources to create and build the foundations for excellence. The leadership and managerial quality that is most highly desired for the tasks 432

in hand is perhaps the will to lead and succeed, the deep abiding commitment to excellence; the persistence and patience needed to steer and persevere in the management of programmes for increasing productivity while remaining dedicated to quality. The will is born out of a genuine commitment and love for the organisation and country, a deep sense of mission and purpose to see the country prosperous and respected by the world. I must however hasten to add that this "will" to succeed and excel may not lead to the final effects if it resides in the minds and actions of the top leadership and managers only. Plans and strategies are only good if they are implemented. No vision or brilliant strategy can succeed if we cannot implement them or if it is implemented without due care, proper attitude and discipline. Indeed we need to do much more. We have to ensure that the commitment and dedication to excellence is espoused and shared by every member of the organisation; that it should finally become the "superordinate value" or the culture of organisation and society. This is by no means easy. We have to constantly face, ride and win over the voices of cynicism, apathy, dissent, resistance and short-term orientation. In short, the commitment to excellence must be a national agenda, national consensus, a collective commitment to a common purpose. There is no short cut on the road to excellence. We have to work for it We need the stamina of a top-class marathon runner rather than the speedy sprinter. We may also take note that no organisation or nation, however successful, can afford to rest on its laurels. It pays to be vigilant and receptive. Today's winning product can be obsolete tomorrow. Without proper care, a peaceful, stable and prosperous state can easily become unstable, hounded by civil strife, conflicts and revolts. History has given us enough insights into the evershifting bases of civilisation and modernisation, the constant ebb and flow of prosperity, wealth and power. We should take cognizance of the natural law of entropy, which states that living things, if left to themselves, will degenerate to a state of disorder, anarchy, and disintegration. Obsolescence and death is the natural order of things. Any project, for instance, has a life-cycle; the transition from birth, development and maturity and finally to the state of death. It takes strong will, profound thinking, sound strategy and good management to negate the entropic process an action-programme which is now conceptually defined as the process of negative-entropy. Effective organisational management is not only desirable, it is in fact a social necessity, a prerequisite for survival, progress and excellence. We certainly require more and greater amounts of energy and "thinking" if we hope to lift the organisation from the state of survival to the level of excellence. That "thinking" is needed more than ever today when the world is going through a period of unprecedented recession. Again and again we have been told that we have bottomed out, that recovery is just around the corner. There is recovery, but it is shallow and transient. The subsequent bout of economic depression hits a new low. There is a danger that the managers among us may despair and resign themselves to what seems to be inevitable, the collapse of the system. Should the managers surrender then catastrophe will follow. 433

It is unthinkable that the market economy that the managers have built up, the market economy that has contributed so much towards human prosperity, could so deteriorate that the managers cannot put it right again. The wealth of the world did not just happen. It was the result of human ingenuity, of man's ability to manage his environment. Needs were created which went beyond just food, clothing and shelter. From these needs came demands and the supply to meet the demands. And so an economy develops and managers manage. Whether one economy is better than another depends very much on the abilities of a country's managers. Thus many countries have land and climate suitable for rubber growing but few manage to be the top producers of rubber. The managers make the difference. The competition is unending. To relax and rest on one's laurels is to invite stagnation and then displacement. And so managers must continue to improve management techniques, to search for excellence. The reward is great. Managers by whatever title are the highest paid people in the world. Even in Malaysia they command very high salaries, at least in the private sector. But the greatest reward is not material wealth. It is the knowledge that a degree of excellence in management skill has been achieved and a disorderly collection of men material and money has been brought together and husbanded so as to become a cohesive force to overcome obstacles and yield returns. Excellence is a reward in itself. I would like to commend you on the theme of your discussion, 'Management for Excellence'. It is a quest for perfection, the elusive goal of civilized man. Today the field is management. Perfect management is unattainable, for only God is perfect. But we must still try, and even if perfection is not achieved, we will at least be less imperfect. And that is worth the labour. With the hope that you will gain much by your discussion and dialogue, I now take great pleasure in declaring open this 20th World Management Congress.

434

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI JAMUAN MAKAN MALAM PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK, KUALA LUMPUR 9HB. NOVEMBER, 1985

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Presiden dan ahli-ahli Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik kerana menjemput saya dan isteri saya ke majlis makan malam tahunan persatuan ini dan juga untuk memberi sedikit pandangan tentang perkhidmatan awam.

Sepertimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum Kerajaan telah menegaskan perlunya usaha meningkatkan produktiviti di kalangan semua sektor di negara kita termasuklah perkhidmatan awam. Menteri Kewangan di dalam ucapan belanjawannya telah mengariskan kedudukan kewangan negara. Antara lain beliau telah menarik perhatian Parlimen dan keseluruhan negara terhadap saiz perkhidmatan awam kita yang amat besar dibandingkan dengan beberapa negara jiran, negara-negara membangun dan negara-negara maju. Malah pada tahun 1983 seorang dari tiap 17 orang penduduk negara adalah pegawai Kerajaan berbanding dengan seorang bagi tiap 29 orang di Brunei, 33 orang di Thailand, 37 orang di Singapura dan 43 orang di Filipina. Di kalangan negara-negara maju pula bilangannya ialah seorang bagi tiap-tiap 25 penduduk di Jepun, dan seorang bagi 84 penduduk di Britain. Perbandingan ini menunjukkan bahawa negara kita mempunyai begitu ramai pegawai untuk mentadbir negara yang bilangan penduduknya begitu k e c i l . Peruntukan bagi emolumen atau gaji kakitangan sektor awam merupakan 25% atau 1/4 daripada jumlah belanjawan negara sebanyak RM30.8 billion. Keadaan ini dengan sendirinya membuktikan produktiviti yang rendah. Kita seharusnya mengambil langkah mengecilkan saiz perkhidmatan awam ini sambil meningkatkan keupayaan mentadbir. Beban kewangan yang dipikul sekarang adalah terlalu besar dan akan menjadi lebih besar apabila kakitangan yang bersara meningkat sementara pengganti mereka mengekalkan paras bilangan yang tinggi. Pengurangan saiz perkhidmatan awam tidak seharusnya menurunkan keupayaan pentadbiran negara. Penggunaan mesin-mesin dan komputer-komputer di pejabat sepatutnya mengurangkan beban pentadbiran. Juga dengan pembentukan sistem kerja yang baru, masa untuk menyelesaikan sesuatu tugas sepatutnya dapat dikurangkan. Di samping itu, dengan pengswastaan beberapa tugas Kerajaan maka bilangan kakitangan Kerajaan dapat dikurangkan lagi. Pekerja tidak akan rugi dengan pengswastaan kerana pendapatan mereka dijamin tidak akan kurang daripada apa yang mereka terima semasa dalam Kerajaan. 435

Walaupun pendapatan Kerajaan akan dipindahkan kepada swasta, 40% daripada pendapatan itu akan dipungut balik oleh Kerajaan sebagai cukai. Di samping itu, pemindahan milik harta jabatan berkenaan akan memberi hasil kepada Kerajaan yang bukannya sedikit. Oleh kerana Kerajaan tidak lagi dikehendaki membayar gaji kakitangan jabatan yang diswastakan, maka perbelanjaan Kerajaan dapat dikurangkan. Wang yang diselamatkan ini boleh diagihkan untuk kakitangan yang masih ada dalam Kerajaan dan untuk pembangunan. Dengan itu rakyat tidak akan kehilangan perkhidmatan, pekerja tidak akan rugi dan Kerajaan juga tidak akan rugi. Salah satu daripada usaha-usaha untuk meningkatkan produktiviti ialah kempen 'Kepimpinan Melalui Teladan' yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1983. Kita semua adalah manusia biasa. Oleh itu, walaupun kita berusaha untuk menunjuk teladan yang baik, kadangkala kita tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak menjadi teladan baik. Janganlah kerana satu amalan yang tidak baik di antara banyak amalan yang baik, maka kita canangkan yang tidak baik ini sebagai alasan kenapa kita tidak harus mengamalkan teladan yang baik. Justeru itu kita semua hendaklah cuba mencontohi dan menunjukkan teladan yang baik tanpa berselindung dengan apa-apa alasan. Jadikanlah cogan kata 'Kepimpinan Melalui Teladan' sebagai panduan gerak-geri dan khidmat kita. Insya-Allah, kita semua akan dapat kebahagiaan daripada amalan ini, sementara negara akan menikmati perkhidmatan yang membina. Kemelesetan ekonomi yang kita semua anggap sebagai satu fenomena jangka pendek masih berterusan dan kita tidak boleh berharap bahawa ekonomi akan pulih dengan sendirinya. Sama ada kita dapat mengatasi kesan kemelesetan ekonomi atau tidak bergantung kepada kita. Tidaklah benar bahawa ekonomi kita begitu terikat dengan ekonomi dunia sehingga kita tidak dapat membuat apa-apa selagi ekonomi dunia tidak pulih. Kita masih mempunyai banyak opsyen dan "courses of action" yang akan membantu kita menghadapi ekonomi yang meleset dan memulihkannya. Yang pertamanya ialah kita harus mengkaji dan menganalisa sikap kita. Kita adalah negara membangun dan pendapatan per kapita kita ialah 1/5 sahaja daripada negara maju. Tetapi taraf dan cara hidup kita mengambil ilham daripada negara maju. Undang-undang kita, methodologi dan pendekatan kita, dan ukuran dan "standard" kita adalah berasaskan negara maju. Sebenarnya, di waktu negara-negara maju mempunyai per kapita seperti kita sekarang, taraf hidup mereka adalah rendah. Tetapi kita tidak langsung mengambil kira kenyataan ini. Contoh kita ialah keadaan negaranegara maju di waktu ini. Oleh kerana kita tidak mempunyai kemampuan seperti negara-negara maju, maka berlakulah bermacam-macam masalah kepada kita. Seperti perpatah Melayu 'Niat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai'. Justeru itu, tugas dan tindakan pertama untuk mengatasi masalah kemerosotan ekonomi negara ialah menukar sikap. Kita hendaklah akui had keupayaan kita dan kita hidup mengikut 436

keupayaan ini - 'live within our means'. Janganlah kita bersikap 'Biar papa, asalkan bergaya'. Setelah mengenai dan sanggup menukar sikap yang tidak menguntungkan ini, maka kita harus berjimat-cermat dalam penggunaan peruntukan kita. Jika kita kaji dengan teliti memang ada perbelanjaan yang boleh dikurangkan. Kementerian Kewangan sedang membuat kajian mengenai hal ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Tetapi tidak kurang pentingnya ialah kesanggupan kita menerima keputusan Kementerian Kewangan. Di samping itu, kita juga harus bertindak sendiri mengurangkan perbelanjaan. Peningkatan produktiviti telah saya sebutkan beberapa kali. Dahulu saya telah mengesyorkan supaya kita semua sekurang-kurangnya menyumbangkan 15 minit lebih daripada waktu kerja yang ditetapkan. Ramai yang ketawa dengan syor ini kerana kononnya tidak berkesan. Tetapi, jika kita dengan ikhlas menjalankan kerja dalam masa 15 minit itu, kita akan menambah sebanyak 3,500,000 "man-days" atau 10,000 "man-years" bagi tiap-tiap tahun. Jika sekarang ini kita bekerja 7 jam sehari, bekerja 15 minit lebih lagi bermakna tambahan 1,400 'kakitangan' Kerajaan. Sedikit sebanyak tentulah ada hasil daripada bekerja lebih ini. Amatlah sukar bagi kita mengukur kerja yang dijalankan oleh seseorang itu. Ini menjadi lebih sukar kerana kita semua amat sensitif terhadap apa-apa percubaan mengukur kerja yang dibuat oleh kita. Tetapi, tentu kita tahu bahawa rakyat negaranegara tertentu mempunyai produktiviti yang lebih tinggi daripada negara-negara lain. Kerana ini, pencapaian dan pembangunan sesebuah negara adalah berbeza dengan sesebuah negara lain. Kita perlu bertanya diri kita apakah produktiviti kita boleh dinilai sebagai yang tertinggi sekali di dunia? Jika betul, maka tidak perlulah kita berbuat apa-apa. Tetapi, jika kita akui bahawa produktiviti kita bukan yang tertinggi sekali, maka tentulah ada ruang bagi memperbaiki lagi prestasi kita. Dalam bidang swasta, kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah walaupun kita adalah sebuah negara membangun, tetapi kos pengeluaran kita biasanya lebih tinggi daripada negara-negara lain. Banyak faktor yang menyebabkan kos kita tinggi. Mungkin cukai terlalu tinggi, mungkin tarif elektrik tinggi, atau bahan mentah mahal. Tetapi mungkin juga kerana pengurusan kita lemah, hasil kerja kita rendah, kita kurang efisien, methodologi dan pendekatan kita tidak baik atau kita kurang dedikasi atau lain-lain. Ini jelas menunjukkan bahawa ada tindakan yang boleh diambil oleh kita yang dapat menurunkan kos. Sebelum kita meminta orang lain menurunkan kos, kita perlu bertindak dahulu untuk menjadikan barangan kita lebih "competitive". Apa yang benar bagi swasta, benar juga bagi perkhidmatan awam. Sebelum kita salahkan orang lain, tidakkah lebih baik jika kita mengambil tindakan dalam bidangbidang di bawah kuasa kita. Saya yakin jika kita teliti segala kuasa yang ada pada kita dan segala bidang yang boleh dipengaruhi oleh kita, kita akan mendapati bermacam tindakan yang boleh kita ambil untuk berjimat-cermat dan meningkatkan lagi produktiviti kita. 437

Dalam usaha kita untuk membangunkan negara dengan lebih pesat, Kerajaan telah menggubal konsep Persyarikatan Malaysia. Dalam konsep ini, seperti tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, negara Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat dan semua pihak, sama ada swasta atau awam, perlu berusaha untuk menjayakan syarikat ini. Sudah tentu jika syarikat ini maju, semua pihak akan mendapat dividen. Konsep dahulu ialah Kerajaan adalah "regulator" masyarakat, iaitu badan yang mengawasi gerak-geri masyarakat dan jika sesiapa melanggar peraturan-peraturan atau undangundang maka Kerajaan akan bertindak terhadapnya. Dengan perkataan lain, pihak awam dan pihak swasta berada dalam "adversary roles" dan permusuhan biasanya tidak membuahkan hasil yang baik. Dengan Persyarikatan Malaysia, kerjasama pihak awam dan pihak swasta akan menggantikan permusuhan, dan produktiviti negara akan lebih mudah meningkat. Konsep Persyarikatan Malaysia diasaskan juga kepada kesedaran bahawa kewangan Kerajaan bcrpunca dari kegiatan pihak swasta. Jika swasta aktif dan berjaya, maka cukai akan meningkat dan hasil daripada cukai inilah yang sebenarnya dibelanjakan untuk membayar gaji dan pembangunan negara. Tidak ada salah jika kita membantu pihak swasta kerana ingin menambah cukai Kerajaan. Yang salah ialah apabila kita menolong pihak swasta untuk mendapatkan sesuatu secara langsung bagi diri kita sendiri. Oleh itu, mengikut konsep Persyarikatan Malaysia, tugas pegawaipegawai Kerajaan ialah untuk menolong menjayakan aktiviti swasta. Walaupun kerana kita berkata 'ya', seseorang peniaga mendapat berjuta Ringgit dan kita tidak mendapat apa-apa, kita sebagai pegawai Kerajaan masih dikehendaki berkata 'ya'. Namun demikian, kita perlu berlaku adil kepada semua, dan tidak berkata 'ya' kepada orangorang tertentu sahaja. Tidak ada tempat untuk iri hati kerana kerja kita menyebabkan orang lain menjadi kaya. Yang perlu kita ingat ialah kekayaan individu menyumbang kepada kekayaan negara. Lebih ramai individu yang kaya, lebih kaya negara; dan lebih kaya negara, tidak dapat tidak kita juga akan menikmati kekayaan itu. Selain daripada kenaikan pendapatan rakyat dalam sesebuah negara yang maju, kita juga tahu bahawa negara yang maju, dapat membekalkan berbagai-bagai kemudahan sosial dan fizikal kepada rakyatnya. Dengan perkataan lain, penerimaan konsep Persyarikatan Malaysia ialah supaya kedua-dua pihak iaitu awam dan swasta dapat menyumbangkan segala potensi yang ada pada mereka untuk meningkatkan taraf hidup rakyat keseluruhannya. Sistem cukai yang kita amalkan akan menentukan tujuan ini dicapai. Begitu juga bagi orang Islam, zakat akan bertambah dan mereka yang berhak akan mendapat habuan mereka. Di antara dasar-dasar utama Kerajaan yang sedang diutarakan ialah Penerapan Nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran. Seperti juga dengan beberapa dasar lain, jurang di antara dasar dan pelaksanaan adalah amat luas oleh kerana interpretasi dasar oleh pegawai-pegawai kadangkala dibuat tanpa rujukan. M i s a l n y a , apabila saya mengutarakan Dasar Pandang Ke Timur, banyak yang mentafsirkan dasar itu ialah supaya kita membeli barangan, memberi kontrak dan sebagainya kepada negaranegara Timur ataupun syarikat-syarikat mereka. Tafsiran itu nyata tidak betul. 438

Demikian juga dengan Penerapan Nilai-nilai Islam. Ramai yang menganggap dasar ini sebagai 'open-cheque' bagi mereka berbuat apa sahaja atas nama penerapan nilainilai Islam. Adalah menjadi kewajipan pegawai-pegawai kanan Kerajaan bersama dengan pemimpin-pemimpin politik untuk menjadikan dasar ini satu realiti. Tugas yang utama, ialah untuk memahami dasar ini dan bagaimana ianya hendak dilaksanakan. Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh dasar ini ialah bahawa nilai-nilai seperti amanah, tanggungjawab, keikhlasan, dedikasi dan lain-lain nilai yang murni dan mulia di sisi Islam dijadikan nilai-nilai utama bagi diamalkan di dalam jentera dan pentadbiran Kerajaan. Ciptaan rupa bentuk Islam yang ditekankan dengan lebih ghairah daripada tekanan kepada nilai-nilai suci yang telah saya sebutkan, tidak akan mewujudkan pentadbiran yang berkesan yang boleh dibanggakan oleh orang Islam dan dihormati oleh orang lain. Ia tidak akan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang menarik. Sebaliknya oleh kerana kegagalan pentadbiran yang dilaungkan sebagai berasaskan kepada nilai Islam, maka iman orang Islam sendiri akan menjadi lemah dan pihak lain akan memandang hina kepada Islam. Sesiapa yang dengan sengaja memesongkan tujuan penerapan nilai-nilai Islam tidak syak lagi mengkhianati agama Islam. Saya telah membangkitkan beberapa perkara yang pernah saya huraikan dahulu. Walaupun demikian saya mengulanginya pada malam ini oleh kerana perkara-perkara ini memerlukan peringatan dan perhatian yang berat oleh kita sepanjang masa. Tidak sesiapapun yang suka dihinakan oleh orang lain. Tidak ada bangsa atau negara yang mahu dipandang rendah dan dibelakangkan oleh dunia. Tetapi sematamata kerana kita tidak suka dihinakan tidak akan menghindar orang lain daripada menghina kita. Yang akan menjamin supaya dunia menghormati kita ialah nilai yang murni dan mulia yang kita amalkan dan kejayaan yang pasti kita capai hasil daripada amalan ini. Oleh itu, amalkanlah nilai-nilai tinggi yang disaran oleh Kerajaan dan berkhidmatlah untuk kejayaan bangsa dan negara. Insya-Allah kita akan dihormati dan disegani. Insya-Allah kita akan memperolehi kebahagiaan. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Presiden dan ahliahli persatuan yang telah menjemput saya dan isteri saya ke majlis ini. Saya juga berharap bahawa tuan-tuan dan puan-puan akan berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan lagi perkhidmatan awam demi kepentingan bangsa dan negara.

439

SPEECH BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE 8TH. MALAYSIAN LAW CONFERENCE KUALA LUMPUR 14TH. NOVEMBER, 1985

A

t the outset let me congratulate you on the holding of this conference. A law conference is a place where the legal profession can focus its attention on the state of the laws and the legal system. Laws are not static and do not exist in a vacuum. They are created to serve and accommodate the wide and differing needs of society. Discussion and deliberation on these laws and their application is essential not only to ensure that the purposes for which these laws were passed would be served but also the functions for which they were created could be carried out. Your law conferences also provide an opportunity for the exchange of ideas which would be useful in formulating new laws to meet the changing needs of our society and the dynamic demands of the nation.

I note that one of the themes of your conference is the structure of the legal system. I am sure this will attract much debate. I am sure too that like me, you will wish that more light than heat would be generated. Justice and the Rule of Law are meaningless unless there exists a legal system which can efficiently and effectively transform philosophy into action, which can take social intent and make it social reality. We are very fortunate that our judiciary is straight and honest. We are fortunate that it is independent of the executive. In most courts in too many countries, a man is considered guilty until he is proven - Influential. We are fortunate in having, on the Bench, men of high professional competence and high moral integrity. On the other hand, we have some obvious though by no means unique flaws. Our 'due process of law" is so slow at times that one might refer to it as the 'overdue process of law'. Justice delayed is justice denied and justice overly delayed is injustice perpetrated. It is no excuse to say that the law's delay is a universal phenomenon. We should seek to do better. The delay cannot be attributed exclusively to the Bench. The blame has to be shared by both sides. Dilatoriness is a crime. Deliberate frustration of the law by whatever means can only lead to injustice in the long run. Every legal system can work effectively and efficiently only if all the players play according to both the written and the unspoken rules of the game. Cooperation, not collusion, of course, amongst all the practitioners of our system of justice, certainly between those in the legal and judicial service and the Bar, is of clear importance. It goes without saying that the principal players in the system must respect one another 440

and understand each other's problems. In law as in other segments of society, there is no place for arrogance. Arrogance is a sign of weakness, not strength. It is the hallmark of insecurity, not of character. Let me add that arrogance is by no means the monopoly of those in positions of authority. Very often an imagined power or influence manifests itself in arrogance. To be engaged in public recrimination, to go into public combat armed to the teeth with intemperate language, is not to show sobriety, or to be fair, or to be mature or to be constructive. In Malaysian society one does not spit in the eye of a man and then expect him to change his mind or to yield to your "superior" wisdom. This is Malaysia. The philosophy and the values are not the same as those of the countries we borrow our systems from. If we observe carefully those countries, we cannot but observe that they are very liberal only when others have to pay. The moment they have to pay the price then suddenly other arguments supercede. Allow me to turn to another theme: professionalism, exploitation and honesty. I notice that one of the topics for this conference is the question of contingency fees. Some may prefer that lawyers talk of service first and fees second. Be that as it may, the startling fact is that there has yet to be a public conference on the quality of legal service provided by this country's lawyers or question related to competence amongst lawyers. Some day you might be interested to hold a discussion on whether lawyers discharge their functions fully as prescribed under the Legal Profession Act 1976. A lawyer is a professional man. The implication of being a 'professional man' is that he is highly skilled, has a strong sense of social responsibility and an exceptional commitment to the interest of his client. Whereas Parliament has deemed it necessary to legislate on a wide range of matters to protect the consumer from the tradesman, professionals are still left to regulate themselves. It is said that it is better that they regulate themselves because lay persons cannot understand fully what professionals make. If ordinary members of society truly cannot fully understand the practices of professionals, then perhaps the professionals themselves should set the standards that will serve and measure up to the public interest. The premise of self-regulation is that professionals can be relied upon to set standards of excellence, to monitor levels of competence, to establish fair prices for professional service, to spread and enforce the appropriate ethical and moral rules and to form an effective disciplinary body. They are expected to set up review programmes to make sure that the public is not exploited. In short, professionals regulate themselves with two objectives: to ensure all is well within the profession and that the profession does advance the public interest. It is up to you to ask yourselves what has happened to professional self-regulation — before others do so. It is up to you to ask whether the objectives have been met — before others do so. I am afraid that in general, Malaysian professionals have not quite succeeded in maintaining the high standards expected of them. The professional bodies have had 441

much greater success with ensuring a close-shop union, a monopoly. As such the members' interests are superior to the interest of the public and indeed the nation. A situation of short-supply is maintained so that demands will always exceed supply. Any monopoly in such a situation is able to dictate terms. So it is not surprising that professional bodies have been able to ensure the highest standards of living for their members. Almost without exception, Malaysia's professionals are the rich of Malaysian society, so much so that every newly arrived practitioner expects to shoot to the top of the income ladder and every Malaysian assumes that this should naturally be so. In many many countries this is not so at all. To be fair, I think we should discount the more creative epithets the members of those angry and probably envious members of the public resort to. Nevertheless there are genuine grievances arising out of shoddy and poor service, unprofessional soliciting, the commercialisation of law, lack of competence. We are all aware that ignorance of the law is no excuse. Some lawyers obviously believe that ignorance of the law should be no excuse for refraining from practicing it. I believe that in any discussion on professionalism mention must be made of the importance of honesty and trustworthiness. At its most innocuous, shortchanging a client, not giving off your best, is a form of dishonesty. It is a moral if not a legal crime. In the practise of law, dishonesty is the more pernicious, the more vicious, because very often lives are involved and futures are at risk. I know that your task is made no easier by the presence of less than honest clients. Many simply want a lawyer to tell him how to do what he wants to do, not someone who can advise on what he can or cannot do. Professionals cannot stand aloof, completely unsullied by the dirt of societal corruption, untouched by the tide of social dishonesty that surrounds them. But they must try. And because of their position and their work in society, I believe that the penalty for less than honest lawyers must be more severe than for their businessman counterpart. Professionals are supposed to be objective and impartial. Both will be lost when a professional becomes emotionally involved. As a doctor, I know that we normally excuse ourselves from treating our children and those most closely related to us. We must assume that our judgement will be affected. The same applies to lawyers. They should not be emotionally involved with their clients. Their own beliefs and feelings must be held in check and must be divorced from those of their clients. Otherwise the clients will only become subjects for the propagation or establishment of their lawyer's own beliefs. When that happens the client's interest becomes secondary and chances are that he will pay the price for the fame or notoriety of his lawyer. I might add that of late we are seeing quite a few of this. A democracy may simply be defined as government of the people, by the people and for the people. But simplicity of definition does not lead to simplicity of implementation. Indeed except for very tiny states, direct government by the people is quite 442

impossible. So not only must there be a system of representation but there must also be specialisation of function and dispersal of power. Even then democracy cannot be expected to work properly. The tendency towards anarchy arising from a multiplicity of democratic forces must be countered by sufficient authority being vested in the organ called Government. Clearly a democracy is anything but simple. Of late new centres of power have erupted. Pressure groups of one kind or another have emerged which not only challenge the existing authorities but arrogate to themselves powers that are not legitimately theirs. If nothing else the disruptive capacities of these pressure groups are quite considerable. The reaction of the legitimate authorities to the disruptive challenges to their authority is either to become progressively repressive or to retreat from their responsibility. The latter will result in anarchy which in turn will attract forces keen on a seizure of power. Once this happens the usurper will discard democracy and resort to repression in order to stay in power. Either way disruptive challenges to authority in a democracy will lead to repression and the death of democracy. We have seen this happen in too many countries to be ignorant of this course of events. It behooves us to think of these dangers. If a democracy is to survive, the limits of the freedoms granted must be observed judiciously. The division and the balance of power between the legislative, the executive and the judiciary must be observed. Free speech and a free press do not mean unlimited licence. Minorities too do not have unlimited rights. Pressure groups must know when to stop. If these are understood and observed then democracy will survive. If irresponsible challenges directed at duly constituted authority leads to continuous and harmful disruptions, then democracy would be endangered. Once democracy is destroyed, its restoration will be very costly indeed for society. Indeed it may never be fully restored. There is just one more area that I feel a need to address. Laws are enacted because a need has to be met. Because legislators and their legal advisors are not perfect, so are the laws they enact. The spirit or the purpose of the law are therefore more important than the letter. But unfortunately it is the letter of the law which is given more importance. And so it is with the provision for injunctions. There is a case for injunctions when an irretrievable injustice is to be prevented. But injunctions are not meant to frustrate the law or to frustrate what is right and legal. Yet we see today innumerable examples of the last minute injunction calculated to frustrate legitimate acts. On a technicality individuals have been able to hold to ransom huge organisations with members numbering hundreds of thousands or even a million. And the ransom has to be paid. Which of course prompts others to try the same. In the final analysis this application of a right results in injustice to a great number of unsuspecting victims. Is this what the law is meant to do? 443

The provision for injunction is right and necessary but like all laws it is not to be abused. To do so would put the law into disrepute and the price to pay for that is horrendous. I wish you success in your deliberations and I have much pleasure now in declaring this Law Conference open.

444

UCAPAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PERTAHANAN Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PENYAMPAIAN DIPLOMA MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA, DI BANGUNAN PARLIMEN 6HB. DISEMBER, 1985

S

aya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Maktab Turus Angkatan Tentera yang telah memberikan penghormatan untuk saya berucap dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah, serta diploma-diploma kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan kursus di Maktab Turus Angkatan Tentera bagi tahun 1985 ini. Kepada graduan-graduan sekalian, saya ucapkan tahniah di atas kejayaan saudara-saudara menyempurnakan latihan di Maktab ini. Adalah diharapkan saudarasaudara akan dapat menyumbang tenaga bakti dalam meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing serta cuba meninggikan lagi taraf profesional saudara-saudara.

Sesungguhnya saya berasa gembira yang maktab turus ini telah dapat melatih pegawai-pegawai daripada negara sahabat, di samping melatih pegawai-pegawai tempatan. Penyertaan pegawai-pegawai luar negeri merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan di atas sistem latihan tentera kita dan dengan secara tidak langsung dapat memperkayakan mutu pengajian serta prestasi Maktab ini ke taraf yang sejajar dengan maktab-maktab turus di negara-negara yang lebih maju. Persefahaman dan pertukaran pendapat di antara pegawai-pegawai tempatan dan pegawai-pegawai luar negeri semasa berkuliah di maktab ini diharapkan akan dapat memupuk semangat kerjasama antarabangsa dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sehubungan dengan ini, saya suka mengingatkan bahawa tugas utama Angkatan Tentera adalah mempertahan dan memelihara keamanan, kemerdekaan dan kedaulatan negara agar penduduknya dapat hidup bebas untuk mengamalkan cara hidup masing-masing bagi mencapai kemakmuran. Kita tidak boleh berpuashati dengan kemakmuran dan keamanan yang wujud sekarang ini. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kita mesti terus menyusun benteng pertahanan dan sedia menghadapi segala ancaman dari dalam atau luar negeri. Saya suka menegaskan bahawa penyusunan sistem pertahanan yang tidak bersungguh-sungguh akan mendatangkan kekecewaan, penderitaan dan kemusnahan belaka. Kita telah saksikan keadaan ini berlaku di Vietnam Selatan dan Kampuchea di mana kegagalan pertahanannya telah mengakibatkan penderitaan, kehilangan kebebasan hidup, perampasan harta benda dan kemusnahan industrinya. Untuk melepaskan diri daripada penderitaan, rakyat Vietnam dan Kampuchea sanggup menyabung nyawa untuk melarikan diri ke negaranegara lain. 445

Kita, rakyat Malaysia nescaya akan mengalami nasib yang sama seperti ribuan pelarian-pelarian Vietnam yang mendarat di merata-rata pantai negara kita, sekiranya kita lalai atau tidak mempunyai sistem pertahanan yang kukuh. Untuk mengelakkan daripada kekalahan dan menyelamatkan rakyat jelata daripada kehancuran, kita mestilah menyusun satu sistem pertahanan dan keselamatan yang berkesan. Sistem ini mestilah berupaya menangkis segala bentuk ancaman dari dalam mahupun luar negeri. Inilah sahaja cara kita menjamin keamanan negara kita. Strategi pertahanan kita mestilah sanggup mendokong satu konsep keselamatan yang menyeluruh yang merangkumi segala aspek kekuatan tentera, keutuhan ekonomi, kestabilan politik, keteguhan jentera pentadbiran, ketahanan psikologi dan perpaduan rakyat. Jika dilihat daripada segi kepentingan negara, strategi ini adalah berdasarkan kepada cita-cita untuk menghindari sebarang peperangan, dan sebaliknya pula untuk menjamin hidup aman, damai, bebas dan berkecuali di samping jiran-jiran yang bersahabat dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Pembangunan sesuatu sistem pertahanan yang serba moden memerlukan pelaburan besar daripada segi pembelian senjata dan peralatan. Kita mudah terperangkap di dalam perlumbaan pasaran senjata yang hanya mementingkan kemajuan teknologi yang semakin mahal. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun kita tidak mampu memiliki senjata dan peralatan 'state of the art' yang serba lengkap bukan sahaja disebabkan oleh harganya, tetapi juga kekerapan ianya diganti dengan sistem yang lebih sofistikated. Sebaliknya kita mestilah berpandu kepada pemilihan senjata dan alat peralatan yang sesuai bagi keperluan kita dan seterusnya memperhebatkan daya tempurnya dengan cara peningkatan pengendalian dan teknik pengarahannya. Sehubungan dengan ini saya suka mengingatkan saudara-saudara sekalian mengenai pengurusan atau 'management' dalam rangka pemerintahan moden. Seperti yang saudara-saudara sedia maklum setiap pemerintah mestilah mempunyai sifat-sifat kepimpinan untuk mendorong orang-orangnya mengikut arahan, tetapi dalam Angkatan Tentera yang serba moden kuasa dan kemampuan memimpin sahaja tidaklah cukup. Untuk menjadi seorang pemerintah yang berkesan saudarasaudara perlu juga mahir dalam bidang pengurusan. Oleh itu adalah mustahak bagi setiap pegawai yang mempunyai cita-cita tersebut untuk meningkatkan kecekapan pengurusan. Saudara-saudara sebagai pegawai staf atau pemerintah pasukan yang terlatih, harus menghayati bahawa keupayaan Angkatan Tentera kita semakin lama semakin meningkat. Susunan-susunan semula yang dianjurkan oleh ketiga-tiga perkhidmatan telah menghasilkan sistem pengurusan dan latihan yang lebih berkesan, sistem penyelenggaraan yang lebih efektif dan mutu kepimpinan yang lebih tinggi di semua peringkat. Peranan yang akan saudara-saudara mainkan pasti akan memberi lebih cabaran dalam menentukan kualiti anggota tentera yang saudara pimpin akan tetap terjamin. Saudara-saudara perlu juga menjamin bahawa moral patriotisme dan kecekapan dalam segala bidang pengkhususannya adalah sentiasa terkawal. Saya dan 446

pegawai-pegawai atasan saudara mempunyai penuh keyakinan bahawa saudarasaudara akan dapat memenuhi hasrat ini dan mencapai kejayaan yang dapat dibanggakan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi sepatah dua kata kepada pegawai-pegawai dari luar negeri yang berada bersama-sama kita di majlis ini. I would like to say a few words to the foreign officers who have attended the course at the Staff College. I would like to congratulate you all for having successfully completed the course. I sincerely hope you had an enjoyable stay in this country. I am made to understand that during the course of your stay, you were given ample opportunity to study and understand our Malaysian way of life. You may have noticed that our system of Government is not far different from any other free nation, although we do have our own peculiarities. We make no apologies for these peculiarities as we are convinced that they are essential in a developing multi-racial country. The pace of development in this country since independence has been unusually fast. We attribute this to political stability and the general desire of Malaysians to improve their standard of living and to take their legitimate place in the community of nations. There are the usual discontented people who are only too ready to vent their personal frustrations by complaining to whoever is prepared to listen to them. No one should be taken in by them. The best way to judge is to look around you and see the obvious achievements which contrast rather glaringly with the claims of the discontented. We are now in the midst of a recession but we are not submitting passively to it. We will overcome our difficulties in time. We hope that your course and your stay here has helped you understand Malaysia better. We also hope you have enjoyed your stay and that you will carry with you good memories of your sojourn here. Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengingatkan kepada saudarasaudara sekalian bahawa kelulusan daripada Maktab Turus Angkatan Tentera bukanlah bererti selesainya pendidikan sebagai pegawai staf atau pemerintah. Asas-asas yang dipelajari di sepanjang kursus ini perlulah diterapkan dalam amalan harian dan disesuaikan untuk keadaan yang dihadapi. Kecekapan saudara-saudara menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab yang akan ditetapkan, akan membantu ke arah keberkesanan dan meningkatkan lagi kecekapan Angkatan Tentera dalam memainkan peranannya.

447

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN EKSPO KEUSAHAWANAN PELAJAR '85 KUALA LUMPUR 7HB. DISEMBER, 1985

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala dan berasa amat besar hati pada hari ini kerana dijemput untuk berucap dan merasmikan Ekspo Keusahawanan Pelajar '85. Inilah kali yang pertama ekspo seperti ini diadakan. Keusahawanan atau 'entrepreneurship' ialah satu perkara yang sangat saya minati kerana saya yakin sepenuhnya bahawa mutu kehidupan kita keseluruhannya bergantung kepada keupayaan kita dalam bidang perdagangan. Malahan Nabi besar kita Muhammad s.a.w. pernah bersabda, yang bermaksud; "sembilan per sepuluh daripada rezeki kita datangnya daripada perniagaan".

Bulan November yang lalu merupakan satu bulan yang penuh dengan kegiatankegiatan yang berhubung rapat dengan usahawan dan keusahawanan. Satu rombongan usahawan telah mengadakan lawatan ke Oman untuk membuka jalan bagi perdagangan dengan negara tersebut. Satu rombongan lagi telah bersama-sama dengan saya semasa saya membuat lawatan rasmi ke negara China. Satu seminar usahawan bumiputera telah diadakan di Kuala Lumpur. Telefon buatan Malaysia telah juga dipamerkan di Pusat Dagangan Dunia Putra. Sebuah syarikat tempatan telah melancarkan komputer pertama buatan Malaysia - Accent 2001. Hadiah Usahawan Malaysia 1985 dengan menamakan 10 Usahawan Negara yang terulung telah juga diadakan. Semuanya itu memberi harapan baik kepada Malaysia. Kita dapat meyakinkan diri sendiri bahawa ada orang-orang kita yang sanggup dan berani menjadi peneroka mencuba berbagai-bagai bidang untuk memajukan diri masing-masing dan negara seterusnya. Pada hari ini pula kita berhadapan dengan satu lagi kegiatan usahawan; cuma pada kali ini kita berhadapan dengan pelajar-pelajar sekolah. Namun begitu usaha-usaha yang telah dijalankan bagi mengadakan ekspo selama tiga hari ini seharusnya mendapat sokongan dan sanjungan daripada kita semua. Saya difahamkan Kementerian Pelajaran telah berusaha sedaya upaya supaya ekspo ini tidak merupakan satu lagi temasya 'food and funfair' yang selalu kita saksikan di sekolah-sekolah, ataupun tidak merupakan satu lagi Pekan Air Hitam di Johor, atau satu lagi Pekan Rabu di Kedah. Semua kegiatan yang terlibat; dari persiapan awal merangka kertas kerja, membawa kepada persiapan gerai dan kegiatan jualan, saya percaya akan memberi satu pengalaman yang amat berkesan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. 448

Saya berharap daripada kumpulan ini, dan daripada kumpulan-kumpulan yang akan mengadakan ekspo di peringkat Negeri di seluruh negara akan lahirlah satu barisan usahawan yang sanggup menghadapi cabaran-cabaran pada masa yang akan datang kelak. Di sini ingin saya jelaskan sedikit makna usahawan, kerana nampaknya ramai yang terkeliru antara usahawan dengan 'entrepreneur' yang boleh ditafsir sebagai peneroka dalam bidang perniagaan atau industri. Usahawan sebenarnya bermakna 'industrialist', seorang yang melibatkan dirinya dengan perusahaan termasuk pembuatan barang. Keusahawanan pula ditafsir sebagai 'entrepreneurship' yang bermakna kebolehan memula atau mencuba sesuatu perniagaan atau perusahaan. Memandang kepada kekeliruan ini maka eloklah jika dalam konteks ekspo ini kita tentukan maksud keusahawanan. Tafsiran yang perlu kita tentukan ialah keusahawanan bermakna'entrepreneurship' atau kegiatan meneroka sesuatu perniagaan, sama ada berbentuk perdagangan atau pembuatan barang. Daripada tafsiran ini maka seseorang yang memulakan perniagaan yang berbentuk penerokaan adalah juga usahawan, walaupun dalam konteks lain usahawan diberi makna 'industrialist' iaitu seorang yang mengambil bahagian dalam industri. Pentingnya unsur penerokaan dalam kegiatan keusahawanan atau 'entrepreneurship' ialah seorang 'entrepreneur' bukan sahaja berniaga tetapi ia meneroka satu jenis atau cara perniagaan yang agak baru. Umpamanya membuka kedai makan adalah perkara biasa. Tetapi mengadakan rantaian kedai makan secara 'franchise' dengan jenis makanan yang tetap adalah satu cara baru di Malaysia. Begitu juga khidmat hantar bungkusan biasanya dibuat oleh pejabat pos. Oleh kerana khidmat ini tidak memuaskan, maka ada 'entrepreneur' yang memasuki bidang ini dengan khidmat yang lebih cepat dan terjamin. Sebuah syarikat di Jepun umpamanya berjanji akan membayar balik bayaran yang dikenakan jika bungkusan sampai satu minit lewat daripada yang dijanjikan. Ada peniaga yang memberi khidmat 24 jam sedangkan biasanya khidmat itu adalah pada waktu siang sahaja. Dahulu hotel diurus oleh tuan punyanya. Tetapi sekarang wujud peniaga yang bercadang untuk mengurus dengan baik hotel kepunyaan orang lain. Dalam bidang pembuatan, ramai entrepreneur yang mengeluarkan barang yang tidak pernah dipasarkan dahulu, atau menggunakan cara baru seperti Ford dengan sistem 'mass production' dan lain-lain lagi. Jelaslah bahawa 'entrepreneur' adalah berbeza sedikit daripada peniaga biasa. Di Malaysia 'entrepreneur' tidak begitu ramai kerana amalan di negara kita ialah jika seorang menjual buku, maka semua akan jual buku; jika seorang jual burger, semua jual burger, jika seorang buka bengkel memperbaiki kereta, semua akan membuka bengkel memperbaiki kereta. Tidak siapa yang memikir untuk menjual buku cara baru, atau menjual burger cara baru, atau mengadakan bengkel jenis baru. Kesan daripada kesesakan dalam satu-satu bidang perniagaan ialah semua peniaga tidak mendapat pelanggan yang cukup. 449

Di kalangan bumiputera di negara kita terdapat cuma beberapa jenis perniagaan sahaja. Sebaliknya kita tahu bahawa ada beribu-ribu jenis perniagaan. Ini berlaku kerana kurang terdapat 'entrepreneur' di Malaysia. Yang ada ialah peniaga biasa sahaja. Perniagaan mempunyai seribu satu liku dan butiran yang semuanya memerlukan pengenalan dan kajian. Seorang 'entrepreneur' bukan sahaja akan mengenali butiran-butiran dengan mendalam tetapi akan dapat mengguna pengetahuan ini untuk memperbaiki lagi pencapaian perniagaannya. Dengan perkataan lain, seorang 'entrepreneur' akan dapat meningkatkan kecekapan perniagaannya, supaya ia dapat bersaing dengan peniaga lain dengan lebih berjaya. Sebab itu syarikat yang lemah boleh berjaya selepas pengurusannya bertukar tangan. Sebaliknya syarikat yang baik dan untung, jika pengurusannya diambilalih oleh seorang yang bukan 'entrepreneur', akan gagal. Seorang 'entrepreneur' akan tahu kesan rancangan jangka panjang dan nilai-nilai yang baik yang diamalkan olehnya. Tidak ada seorang 'entrepreneur' yang lokek, penipu dan tidak beramanah. Peniaga boleh menipu dalam jangka yang pendek tetapi ddak lama selepas itu ia akan dikenali dan nasib yang buruk akan menimpanya. Daripada beberapa perkara yang telah saya sebutkan jelaslah 'entrepreneur' bukanlah peniaga biasa. Ia adalah peniaga istimewa yang mempunyai kebolehan dan sifat-sifat yang baik, yang cekap dan rajin. Seorang peniaga atau pengusaha tidak semestinya menjadi 'entrepreneur'. Hanya dengan mengetahui bagaimana membuat sesuatu barang belum tentu akan menjadikan sesaorang itu pengusaha, jauh sekali menjadi 'entrepreneur'. Barang boleh dibuat dan dijual dan laris pula jualannya. Tetapi belum tentu ada untung. Belum tentu perniagaan akan membesar dan berkembang maju. Lebih mungkin ialah dengan bertambahnya keluaran, bertambah pula hutang, akhirnya mungkin bertambah rugi. Seorang pengusaha perlu tahu bagaimana cara hendak mengurangkan kos ke tahap yang maksimum. Tetapi pengurangan ini mesti ditentukan kepada bidangbidang yang tidak akan menjejaskan mutu dan daya penarik barangan yang dikeluarkan. Jika pengurangan kos dibuat melalui penurunan kualiti bahan, atau jenis bekas, atau iklan akibatnya mungkin penjualan tidak akan laris. Pengusaha tempatan kerap kali mencari jalan ini untuk mengurangkan kos. Sebaliknya barang buatan luar negeri menekankan kualiti bungkusan dan iklan yang amat menarik. Pengurangan kos oleh pengusaha luar negeri ialah melalui peningkatan produktivitinya. Kita tidak dapat berbuat demikian kerana kita suka berniaga bersendirian dengan syarikat kecil yang kurang modal. Berpuluh-puluh syarikat kecil mengeluarkan cili sos di Malaysia sedangkan adalah lebih baik kita ada satu dua sahaja yang besar yang cukup modal dan dapat mengurangkan kos melalui 'economies of scale'. Satu lagi perkara yang perlu dititikberatkan ialah peranan pelajaran berniaga. Ramai yang berpendapat bahawa berniaga tidak perlu dipelajari. Siapapun boleh 450

berniaga. Ramai daripada 'millionaire' di Malaysia tidak belajar berniaga, bahkan tidak ada pelajaran tersebut. Memang benar bahawa ramai juga ahli perniagaan yang tidak belajar berniaga secara formal. Tetapi ini tidak bermakna bahawa semua peniaga tidak perlu belajar berniaga. Dalam keadaan ekonomi masyarakat moden yang begitu kompleks pengurusan tidak lagi mudah. Ia memerlukan kebolehan dalam bidang pengurusan kakitangan, pengurusan projek, pengurusan kewangan, fahaman berkenaan dengan bahan, proses dan kos dan sebagainya. Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pengalaman semata-mata tetapi pembelajaran boleh memendekkan proses pengalaman. Sebab itulah Kerajaan telah menubuh sebuah universiti khusus untuk mengajar pengurusan. Tugas Universiti Utara Malaysia ialah untuk membekalkan negara dengan bakal pengurus yang berkelayakan. Selepas mendapat ijazah mereka masih memerlukan pendedanan kepada kerja pengurusan buat beberapa lama untuk mendapat pengalaman. Harapan kita ialah kita akan mempunyai lebih ramai pengurus yang berkebolehan dalam jangka yang lebih singkat. Dengan ini mungkin kerugian yang kita alami sekarang baik dalam syarikat Kerajaan atau swasta dapat dikurangkan. Universiti Utara Malaysia bukanlah institusi tunggal untuk melatih pengurus. Banyak institusi lain yang terlibat dengan memberi latihan perniagaan yang tidak kurang pentingnya. Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa institusi dan kursus tidak dengan sendirinya menjamin kejayaan. Tidak kurang pentingnya ialah sikap mereka yang mengambil kursus. Mereka mestilah sedar bahawa kursus itu berguna untuk realiti kehidupan dalam masyarakat. Kursus bukan bertujuan untuk mendapat sijil dan ijazah yang cantik yang boleh menghiasi pejabat atau rumah bersama-sama dengan gambar konvo. Sijil juga bukan sebagai kunci untuk membuka pintu pejabat supaya kita dapat peluang bekerja dengan gaji tertentu. Yang penting ialah aplikasi segala ilmu yang telah dipelajari untuk urusan kerja supaya kerja mendatangkan hasil yang diharapkan. Gaji yang besar dan pangkat yang tinggi tidak bermakna jikalau kerja yang dijalankan tidak bermutu dan kerugian dialami sepanjang masa. Bagi bumiputera pula janganlah fikir bahawa semuanya patut dimudahkan oleh Kerajaan supaya kejayaan tetap tercapai setelah mendapat ijazah dan kelulusan. Tanggungjawab Kerajaan ialah untuk memberi 'headstart' melalui bekalan ilmu. Selepas itu menjadi tanggungjawab masing-masing mencari kejayaan. Saya belum pasti apakah maksud dan bentuk Ekspo Keusahawanan Pelajar ini. Sebagai bakal pengusaha tentulah kita merancang untuk mencari keuntungan daripada usaha ini. Kita tidak harus berharap kepada derma, kerana meminta derma bukanlah petanda yang baik bagi bakal pengusaha dan 'entrepreneur'. Kita sebagai 'entrepreneur' mesti bergantung kepada kecekapan kita untuk mendapat untung. Kita juga mesti menjaga maruah kita sepanjang masa. 451

Saya berdoa supaya Ekspo Keusahawanan ini akan menolong meningkatkan lagi kecapaian pelajar dalam bidang tertentu. Dengan harapan ini saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan Ekspo Keusahawanan Pelajar ini.

452

PERUTUSAN TAHUN BARU 1986 OLEH PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BLN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 31HB. DISEMBER, 1985

S

yukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmatNya kita telah sama-sama melalui tahun 1985 dan dalam sekejap masa lagi kita akan memasuki tahun baru 1986.

Tahun 1985 merupakan satu tahun yang penuh dengan cabaran, tetapi alhamduiliiah kita telah berjaya melaluinya dengan sabar dan tabah. Keadaan ekonomi dunia yang meleset turut melibatkan negara kita juga. Harga barangan mentah seperti getah, bijih timah, minyak kelapa sawit dan lain-lain bahan mentah yang mana negara kita banyak bergantung kepadanya untuk mendapatkan pertukaran wang asing telah jatuh ke paras yang paling rendah. Akibat daripada kejatuhan harga barangan mentah ini, ramai pekerja di sektor swasta kehilangan mata pencarian mereka. Kerajaan sangat mengambil berat terhadap perkara ini dan sentiasa memikirkan tentang cara-cara bagaimana masalah ini dapat diatasi. Berbagai langkah telah dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh rakyat. Setiap kementerian, jabatan dan agensi-agensi Kerajaan telah diarah supaya mengambil kira keadaan kedudukan kewangan negara dalam setiap projek yang sedang dan akan dirancangkan. Dalam menghadapi keadaan ini, yang penting ialah penerimaan hakikat bahawa cara kehidupan kita hendaklah selaras dengan pendapatan kita. Apabila pendapatan kita menurun, maka kita hendaklah mengurangkan perbelanjaan kita. Dengan perkataan lain, di waktu susah kita mestilah mengikat perut dan berbelanja setakat yang kita mampu sahaja. Ini bukan sahaja perlu dibuat oleh Kerajaan tetapi juga oleh setiap seseorang daripada kita. Jika kita berhutang untuk mengekalkan taraf hidup yang tinggi, maka apabila keadaan pulih, beban membayar hutang akan melambatkan proses pemulihan kita. Oleh itu, di waktu kemelesetan ini bersabarlah. Insya-Allah kita akan dapat kebahagiaan daripadanya. Sementara itu, untuk mengatasi kesan kemelesetan, kita semua mestilah meningkatkan daya pengeluaran kita. Peningkatan daya pengeluaran bermakna pengeluaran hasil kerja yang lebih banyak berbanding dengan perbelanjaan. Dengan itu barangan yang dikeluarkan akan menjadi lebih murah dan dapat dibeli oleh lebih ramai rakyat dalam negeri, dan dapat pula bersaing dengan lebih berjaya di luar

453

negeri. Angka-angka yang didapati menunjukkan bahawa semua barangan keluaran Malaysia adalah mahal daripada barangan-barangan yang sama daripada negaranegara asing, sama ada yang membangun atau yang maju. Sebabnya ialah kerana daya pengeluaran kita rendah. Dalam arena politik pula, walaupun terdapat pergolakan politik yang mencabar, namun negara kita tetap stabil dan tenteram. Perasaan tanggungjawab yang menjadi sebahagian daripada sifat rakyat Malaysia telah membolehkan masalah parti-parti politik diselesaikan dengan cara yang adil dan demokratik. Beberapa masalah yang sedang berlaku akan dapat diselesaikan melalui proses rundingan. Yang penting ialah di negara kita ini yang menang tidak terlalu tamak dan membolot semua untuknya. Dengan sifat ini maka kerjasama dan persefahaman dapat dijalin semula, walaupun sebelumnya pertentangan yang hebat telah berlaku. Memanglah senang bagi seseorang ahli politik atau sesebuah parti politik dalam negara majmuk mendapat sokongan ramai dengan menggunakan isu-isu perkauman dan agama. Tetapi, perbuatan ini amat merbahaya dan tetap akan membawa keburukan bukan sahaja kepada masyarakat umum tetapi juga kepada mereka yang menggunakan isu-isu tersebut. Dari itu, kita di Malaysia hendaklah berhati-hati dalam apa jua ucapan dan tindakan kita. Kita hendaklah sentiasa mengambilkira sensitiviti masyarakat majmuk kita. Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan toleran dalam segala kegiatan kita. Kita boleh mengkritik, kita boleh menyuarakan pandangan kita secara terbuka, tetapi kita mestilah mengetahui akan batasan-batasannya. Sepertimana kebebasan berucap tidak bermakna kita boleh membuat fitnah dan melempar tuduhan dengan sewenang-wenangnya, begitu juga kita tidak boleh begitu bebas sehingga tercetus rusuhan dalam masyarakat. Setiap anggota masyarakat secara tidak langsung terikat dengan perjanjian kemasyarakatan atau 'social contract'. Perlindungan yang diberi kepadanya oleh masyarakat mestilah dibalas dengan menghormati aturan dan undang-undang masyarakat. Tidak sesiapapun yang boleh mengecapi nikmat hidup bermasyarakat tanpa memikul tanggungjawab kepada masyarakat. Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia, tidak sesiapapun yang boleh mendapat semua kehendak hatinya. Kita telah tentukan hak dan bentuk masyarakat kita dan kita tidak harus mempersoalkan lagi persetujuan yang telah dicapai. Perbuatan membuka semula soal-soal lama akan membawa reaksi yang akan mengancam keamanan dan kestabilan masyarakat kita. Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap sesiapa yang mengancam kestabilan dan keamanan negara ini. Baru-baru ini satu kejadian yang amat menyedihkan telah berlaku di negara kita. Kejadian di Memali merupakan satu perbuatan yang mencemarkan nama baik negara kita. Akibat daripada ajaran bahawa darah orang-orang tertentu dan kakitangan Kerajaan adalah halal bagi pengikut Ibrahim Mahmood serta pemakaian tangkal454

tangkal yang kononnya menjadikan pengikutnya kebal, maka kumpulan Ibrahim telah menyerang polis dengan senapang patah dan lain-lain senjata. Tembakan-tembakan pertama yang dimulakan oleh pengikut-pengikut Ibrahim telah membunuh dan mencederakan beberapa orang polis yang tidak menyangka akan serangan hendap terhadap mereka. Orang-orang yang menembak dan membunuh ini bukanlah penjenayah biasa tetapi telah menjadi pembunuh kerana ajaran dan hasutan oleh Ibrahim. Kemudian daripada itu, beberapa orang pengikut Ibrahim pula terbunuh dan tercedera. Pengikut-pengikut Ibrahim telah menjadi mangsa kerana ajaran Ibrahim. Sia-sia sahajalah kematian pengikut-pengikut Ibrahim kerana mereka tertipu dengan ajaran karut oleh Ibrahim. Demikianlah kesan buruk yang berpunca daripada kafir-mengkafir dan penggunaan agama Islam untuk kepentingan politik dan diri sendiri. Sebagai sebuah negara yang demokratik, kita tidak boleh membenarkan golongan-golongan seperti ini melakukan kehendak hati mereka dan mempengaruhi dan menganiayakan orang ramai dengan dakyah sesat. Kerajaan akan terus bertindak tegas dan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi membenteras sebarang kegiatan jenayah dan sebarang kegiatan yang boleh mengancam ketenteraman dan keselamatan negeri. Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan sesiapapun yang menggunakan kekerasan untuk mencabar undang-undang dan memaksa pendapat atau pandangan mereka diterima oleh orang ramai. Negara tidak akan selamat dan tenteram sekiranya undang-undang negara tidak dihormati dan dipatuhi. Kita semua sebagai warganegara yang cintakan negara ini, iaitu tanah tumpah darah kita, mestilah sentiasa mendokong undang-undang negara. Pendapat bahawa seseorang boleh membuat, mentafsir dan menguatkuasakan undangundangnya sendiri akan mencetuskan huru-hara dalam negara. Tiada sesiapapun akan selamat kerana tiada siapapun yang akan tahu apakah undang-undang dan siapakah yang berkuasa. Apa juga undang-undang yang dikuatkuasakan oleh sesebuah negara mestilah dibentuk, ditafsir dan ditadbirkan dengan teratur. Inilah yang kita lakukan di negara kita Malaysia, baik bagi undang-undang am atau undang-undang Islam. Sempena tahun baru ini, saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia memperbaharui azam dan tekad untuk meningkatkan lagi kerjasama dan persefahaman di antara satu sama lain. Walaupun benar kita masih lagi menghadapi berbagai masalah, tetapi ini tidak seharusnya digunakan sebagai alasan untuk tidak bekerjasama dan tidak bersatupadu. Memang ada golongan-golongan dan pihak-pihak tertentu yang cenderung menggunakan masalah yang kita hadapi ini untuk memecah-belahkan kita. Kita haruslah ingat bahawa tujuan golongan-golongan ini bukanlah untuk menyelesaikan masalah tersebut, tetapi hanya untuk menggunakan masalah ini bagi kepentingan sempit mereka. Kita juga harus ingat bahawa kita telah menghadapi lebih banyak lagi masalah dan cabaran di masa-masa yang lalu. Kita telah berjaya mengatasi cabaran-cabaran tersebut hasil daripada perpaduan yang erat, persefahaman yang kukuh dan kerjasama yang sepadu di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Dengan adanya 455

perpaduan, persefahaman dan kerjasama ini, kita telah mencapai berbagai-bagai kejayaan baik daripada segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kita telah dapat menikmati kemajuan, taraf hidup dan pertumbuhan ekonomi yang menjadi sebutan dan pujian oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa. Janganlah kerana tidak puas hati terhadap sesuatu, kita sanggup melakukan perkara-perkara yang boleh menghancurkan segala apa yang telah kita capai dengan susah-payah semenjak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Saya mempunyai penuh kepercayaan bahawa rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan cintakan negara ini tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun untuk tujuan jahat mereka. Sempena menyambut tahun baru 1986 ini, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam untuk terus meningkatkan lagi perpaduan, persefahaman dan kerjasama dan bersama-sama berganding bahu serta bergerak sebagai satu pasukan menghadapi cabaran tahun 1986 dan tahun-tahun yang akan datang. Insya-Allah kita akan berjaya. Kepada semua rakyat Malaysia, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru.

456

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN MUZAKARAH KESEDARAN ISLAM PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN, KUALA LUMPUR 4HB. FEBRUARI, 1986

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat kita berkumpul dan hadir bersama-sama di majlis Perasmian Muzakarah Kesedaran Islam ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang sudi menjemput saya merasmikan Muzakarah ini. Saya berdoa dan berharap mudahmudahan Muzakarah ini akan membuka jalan kepada kefahaman ajaran Islam yang lebih luas lagi di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan.

Islam bukan sahaja satu kepercayaan atau agama seperti yang dimaksudkan dengan agama-agama yang lain. Islam adalah cara hidup satu agama yang menyeluruh, yang bukan sahaja bermakna kepercayaan kepada Allah Subhanahu Wataala, Malaikat, Rasul dan Hari Kiamat, atau ibadat sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan ibadat haji tetapi setiap gerak-geri penganut Islam tertakluk kepada hukumhukum tertentu. Islam tidak ada kecacatan. Jika semua ajaran. Islam dituruti, maka nescaya kehidupan seseorang dalam sesuatu masyarakat akan menjadi bahagia dan berjaya. Sudah tentu jika semua pegawai dan kakitangan Kerajaan mengikut panduan Islam dalam menjalankan tugas, kita akan memperolehi Kerajaan yang adil dan berkesan. Malangnya, tafsiran dan tekanan terhadap ajaran Islam dibuat oleh manusia biasa. Walau bagaimana alim seseorang pengajar atau pengembang agama Islam, ia adalah seorang manusia biasa dan sebagai manusia biasa ia tidak sunyi daripada kesilapan. Oleh kerana itu, kita dapati umat Islam juga tidak terlepas daripada hidup merana, miskin, tidak berilmu, tidak dapat menyediakan pertahanan sendiri, sering berperang sesama Islam dan sebagainya. Ini semua disebabkan oleh tafsiran, ajaran dan amalan Islam yang salah atau penolakkan ajaran Islam oleh orang Islam sendiri. Kita dapati bahawa Kerajaan-kerajaan Islampun lemah, tidak cekap, diserang oleh berbagai jenayah, bertentangan antara satu sama lain dan sering diperalatkan oleh musuh-musuh umat Islam. Kekayaan yang ada pada orang Islam disalahgunakan, atau dikuasai oleh orang yang bukan Islam, sehingga kadang-kadang diguna untuk membiayai gerakan anti-Islam, termasuk memerangi orang-orang Islam. Semua ini berlaku kerana ajaran Islam yang sebenar tidak dipatuhi, terutama ajaran berkenaan dengan nilai-nilai yang mulia yang diwajibkan oleh agama Islam.

457

Nilai-nilai ini amatlah penting kerana daripada pengamalan nilai-nilai inilah akan datang segala kebaikan kepada umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w. menanam nilai-nilai yang mulia bukan sahaja melalui ajaran tetapi juga melalui teladan. Kita tentu tahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. dikenali dengan gelaran Al-Amin kerana Baginda adalah orang yang beramanah. Apa juga yang ditugaskan kepada Baginda, Baginda melakukannya dengan penuh tanggungjawab. Harta orang dijaga sama seperti harta sendiri olehnya. Hasil daripada ajaran dan amalan inilah maka bukan sahaja agama Islam berkembang tetapi penganut Islam memperolehi kejayaan dan kebahagiaan di zaman Nabi dan Khulafah Rashidin, iaitu sebelum terlalu ramai manusia yang membuat tafsiran tentang ajaran Islam. Apabila Kerajaan mengisytiharkan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan, maksud Kerajaan ialah nilai-nilai yang mulia seperti amanah, kejujuran, kesetiaan, kerajinan, dan lain-lain lagi. Nilai-nilai ini juga dimuliakan oleh orang bukan Islam. Hanya dengan kerana orang bukan Islam juga memuliakan nilai-nilai ini tidak bermakna orang Islam tidak boleh memuliakannya. Apa yang dimuliakan oleh orang Islam akan terus dengan kemuliaannya, walaupun orang lain juga mempunyai pendapat yang sama. Sebaliknya oleh kerana nilai-nilai ini juga diterima oleh orang-orang bukan Islam maka adalah lebih mudah bagi semua kakitangan Kerajaan tanpa mengira kaum dan agama, mengamalkannya. Kesedaran berkenaan dengan pandangan Islam terhadap sesuatu yang kita lakukan amatlah penting. Di sini harus kita ingat bahawa agama Islam bukan agama yang negatif, yang cuma menyenaraikan apa yang kita tidak boleh buat. Sebaliknya lebih banyak yang positif daripada larangan-larangan. Jika ada larangan, tujuannya ialah untuk mencegah kegiatan yang boleh membinasakan orang Islam, dan bukan untuk menyekat kemajuan. Tetapi malangnya umat Islam telah menyalahertikan larangan ini dan terlalu memberi tumpuan kepadanya sehingga kurang membuat apa yang diseru oleh Islam. Akibatnya ialah masyarakat Islam menjadi mundur dan lemah. Dewasa ini, desakan agama Islam supaya menguasai ilmu, supaya menyediakan pertahanan ummah, mencari rezeki di dunia, memerhati dan memahami segala kejadian Allah Subhanahu Wataala dan lain-lain lagi yang positif sudah tidak diberi perhatian lagi. Sebaliknya terdapat usaha untuk mengharamkan berbagai kegiatan yang dituntut oleh agama Islam. Di samping itu, tekanan diberi kepada perkara titik-bengik yang sengaja diada-adakan. Kesedaran terhadap Islam cuma bermakna jika ajaran Islam yang sebenar difaham dan diamalkan. Kesedaran tidak akan mempunyai makna jika diasaskan kepada ajaran yang sempit atau salah. Sebab itu, Kerajaan memberi perhatian bukan sahaja kepada kesedaran tetapi juga kepada ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, kesedaran cuma akan membawa masalah. Dalam Islam bukan semua ajaran atau hukum-hukumnya sama wajib atau sama setaraf. Ada hukum yang tegas atau wajib dipatuhi oleh semua umat Islam. Ada yang 458

sunat dipatuhi dan ada pula yang diletak di antara sunat dan wajib. Sekarang sudah ada aliran untuk menjadikan yang sunat itu wajib. Sebab itu, apabila Kerajaan berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam, ada di antara mereka yang melaksanakannya tidak memberi perhatian secara serius kepada nilai-nilai yang mulia yang begitu penting untuk pembangunan umat Islam. Bersih, cekap, amanah, disiplin, kesetiaan, rajin dan tekun dan lain-lain lagi tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam penyedaran tentang agama Islam. Sepertimana kita sedia maklum, tidak ada paksaan dalam Islam. Jika nilai-nilai yang mulia ini hendak diserapkan, caranya ialah dengan pujukan, teladan dan penerangan. Menekan pendapat seseorang berkenaan dengan amalan ajaran Islam dengan cara tekanan sosial atau pergaulan bukanlah cara yang disuruh oleh agama Islam. Kegemaran kepada cara ini dalam pejabat-pejabat Kerajaan hendaklah dihentikan. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dalam usaha kita menyedarkan anggotaanggota Kerajaan supaya kesedaran itu diasaskan kepada ajaran Islam yang sebenar. Kita tidak mahu melihat satu 'backlash' akibat daripada tindakan kita. Kita tidak mahu sesiapa menjauhkan diri daripada Islam, kerana penggunaan paksaan menyebabkan reaksi yang negatif. Ketua-ketua Jabatan dan mereka yang diberi tugas untuk memandu anggota Kerajaan dalam hal agama Islam, hendaklah berhati-hati supaya niat baik Kerajaan tidak membawa masalah kerana pelaksanan tidak seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. Pegawai dan kakitangan Kerajaan adalah pelaksana dasar dan rancangan Kerajaan. Sama ada dasar dan rancangan-rancangan mencapai maksud dan matlamatnya bergantung kepada kebolehan dan dedikasi pegawai dan kakitangan. Sebagai manusia biasa, semua pegawai dan kakitangan Kerajaan mempunyai berbagai kelemahan. Di samping itu, kita juga tahu bahawa kelemahan ini boleh dikurangkan melalui berbagai cara. Pelajaran, latihan dan pengalaman adalah di antara cara-cara yang berkesan bagi mengatasi kelemahan. Tetapi sifat-sifat yang ada pada pegawai dan kakitangan juga memainkan peranan yang penting. Untuk membentuk sikap yang baik dan berkesan, tidak ada jalan yang lebih baik daripada kesedaran keagamaan dan kefahaman terhadapnya. Sebagai sebuah negara Islam, amatlah tepat kita memilih Islam sebagai panduan kita ke arah yang baik. Sebab itulah penyedaran agama Islam dianggap penting bagi mendirikan Kerajaan yang baik dan berkesan. Saya berharap Muzakarah ini akan berjaya menyedarkan kakitangan Kerajaan tentang Islam dan ajaran-ajarannya. Jika ajaran yang disampaikan adalah ajaran Islam yang sebenar, maka bukan sahaja Kerajaan akan mendapat khidmat yang lebih baik tetapi individu itu sendiri akan mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Tidak syak lagi bahawa negara yang mendapatkan khidmat daripada kakitangan Kerajaan 459

yang amanah, jujur, rajin dan lain-lain lagi nilai yang baik, akan menjadi negara yang kuat dan kukuh dengan penduduk yang bahagia. Demikianlah harapan kita terhadap Muzakarah Kesedaran Islam ini. Saya berdoa semoga tujuan dan cita-cita yang mulia ini akan kita capai. Dengan doa ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Muzakarah Kesedaran Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ini.

460

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN KELAB KEBANGSAAN WARTAWAN-WARTAWAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 10HB. MAC, 1986

S

ebagai seorang Melayu dan 'Malaysian', sebagai seorang yang beradat saya memulakan ucapan saya dengan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan rumah majlis makan malam ini, iaitu Kelab Kebangsaan Wartawan-wartawan Malaysia. Saya sering dijemput ke majlis-majlis seperti ini di mana saya dikehendaki memberi ucapan. Sebagai seorang ahli politik pula saya sepatutnya menghargai peluang berucap kerana ahli politik mana yang tidak hendak kepada forum untuk mempengaruhi rakyat dan mendapat sokongan.

Sebaliknya setelah saya kaji ucapan-ucapan saya yang dibuat dalam majlis-majlis seperti ini, saya dapati bahawa ucapan-ucapan yang dibuat oleh saya tidak menguntungkan saya. Kerapkali ucapan saya merupakan teguran-teguran dan kritikan-kritikan yang tidak begitu menyenangkan hadirin dan mereka yang menjadi sasaran saya, yang hadir atau yang tidak hadir. Ramai yang berkata bahawa saya suka 'lecture' orang. Kerap pula laporan akhbar bermula dengan 'Mahathir raps ' Kawan-kawan saya menasihatkan saya supaya tidak terlalu 'blunt', tidak 'lecture', tidak 'rap' dan lain-lain lagi. Mereka mengingati saya, bahawa saya adalah ahli politik dan bergantung kepada ' popularity'. Saya patut hipokrit sedikit. Saya patut puji banyak-banyak. Di Malaysia orang suka tepuk kalau kita puji mereka. Hanya apabila kita isytiharkan pemberian sesuatu yang tepukan menjadi lebih gemuruh daripada pujian. Bila saya dinasihat, saya mengingati diri saya supaya mengikut nasihat kawankawan. Malangnya apabila saya berucap tabiat saya mendahului kebijaksanaan saya, dan saya sekali lagi mengkritik dan menegur, dan 'rap' orang itu dan orang ini. Yang saya hairan ialah kenapa saya masih diundang ke majlis-majlis untuk membuat ucapan. Dalam majlis anjuran pemberita dan akhbar saya tahu kritikan saya tidak menyenangkan. Saya biasapun menulis rencana yang menggambarkan idea saya yang agak kritikal berkenaan dengan 'journalism'. Tetapi saya masih diundang, selepas dicap sebagai hipokrit yang nampak musuh dalam semua bayang. Dan saya berterima kasih dan bersyukur kerana liberalisme yang terdapat di kalangan akhbar — 'their big-heartedness which enables them to invite their erstwhile critic to address them'. 461

Human society can never be free from fear. It is the natural state of things. We struggle to get rid of one source of fear, only to find that we have created a new source. We will try to live with this new fear until it becomes unbearable. Then slowly we will struggle again to free ourselves. But when this struggle succeeds, yet another source of fear will emerge. Thus the struggle against feudalistic monarchy resulted in The Protector' as Cromwell called himself, and T h e Reich Chancellor' and 'II Duce' as Hitler and Mussolini were officially known. Unofficially they were just dictators who ruled through the same instruments of fear as the monarchs they dethroned. For many nothing had changed. They still have to grapple with this oppressive fear. To cut a long story short we invented democracy so as to free the people once and for all from fear of the Government. By making the Government impermanent it is thought that oppression and fear can be removed. We did. We can now criticise the Government freely. Indeed we can bring it down if we want to. But is there no more fear in society? Perhaps in a democracy fear from bodily harm has been more or less removed. But there are other fears. Assassination need not be by knife or bullets only. A person can be assassinated by defamation. And in a democratic society it is so easy to defame and destroy and get away with it. The target here is limited. It must be someone for whom a bad image can do harm — a public figure for example. And if the public figure depends on popularity, he may just lose it if defamed. For all practical purposes he will have been assassinated. I read in Business Times of Friday, 7th. March the headline 'Press need not fear libel action' from publishing details of B M F RM2.5 billion loan, lawyers say. The press need not fear but the subject must fear for' the mechanics of libel and defamation are such that those bringing the libel action can be put on the stand and be subjected to stringent cross-examination. The plaintiff may have to reveal more damaging or incriminating evidence this itself acts as a strong deterrent for anyone to bring libel action and safeguards the press ' The New Straits Times of Saturday, 8th. March in a report says, 'Defamatory statements made in the interest of the public are privileged.' This would hold good even if the information contained are false ' How wonderfully democratic and fair. If an innocent man is defamed he can seek redress only if he is prepared for the hints and innuendos and worse that can be made in the courts. If he wishes to avoid infamy he must lie low and suffer in silence. He must accept being assassinated. Democracy apparently has not banished fear. For the defamed and for a lot of others fear stalks them. The mechanics are the same. When a person or an institution is powerful we must fear them. We are afraid of those who can cause us discomfort if not bodily harm. We know they are wrong but we don't criticise them because they can hurt us. In democracy the centres of power has shifted and these new centres are no less oppressive than those in a feudalistic society or a dictatorship. 462

Those who have the temerity to speak the truth will feel the full force of the displeasure they cause. I would like not to cause displeasure to the influential and the powerful but I am congenitally incapable of doing that. I am easily provoked and it will be the political death of me yet unless of course people cease inviting me to speak. But I know my hosts tonight are different I have lived in Malaysia all my life, except for the visits abroad which are so interesting to some people. Malaysians are quite unique. We are masochists who enjoy excoriating ourselves. We can see nothing right about our country but the most minute wrong is plainly visible to our naked eye as the Malay saying goes, 'from across the river'. And so we read daily that this or that economic or political crisis is about to destroy us. We moan loudly and frighten off foreigners from visiting or investing in our country. The fact that we are still around and that we have not disintegrated disappoints us because our predictions are wrong. We go on to report another crisis. We do not seem to realise that what we think is a unique occurrence in Malaysia is really a common event in other countries. They do not get unduly excited. Life goes on. Everybody's still around and the event is soon forgotten. Growth and progress takes place as usual. In the history of a nation many things happen. They are all passing events. The passage would be made easier if we learn how to handle these things. This mad scramble for the sensational, this desire to pander to the basest of instincts, is not the way to handle things. Certainly it is not the way to help your own country. Perhaps our country does not deserve our help. I beg to differ. I think it does. None of us will gain by running down our own country and making our dire predictions come true. The truth is that other countries are worse, including the developed countries. I am glad that some newspapers now do publish about poverty in Europe and America. But what has been written is the tip of the iceberg. Actually some of these countries are rotten to the core when it comes to the very things they are so fond of criticising developing countries about. Extensive poverty in the midst of plenty is just one of them. Racial and colour discrimination is blatant. Crime is rampant. The streets and parks are wild jungles. Old ladies get coshed and drunks rolled. The prisons are not only overcrowded but all kinds of crimes are committed there, frequently with the connivance of prison authorities. Filth abound in the cities. The streets are badly paved. The cleaners don't clean. Staff everywhere is rude and unhelpful unless bribed with tips. These and many more are common to the developed countries. But they don't write as often about these shameful things as we do about our failures. Distaste for a person or a group should not make us take it out of our own country. However, we are a free people. If anyone wishes to denigrate his own country, it is his right. I am glad that Malaysian journalists, by and large, are free from these traits. 463

Semenjak beberapa tahun yang lampau Kerajaan telah cuba membawa perubahan dalam pentadbiran negara dan pendekatan yang diguna. Ini dibuat kerana kepercayaan bahawa rakyat ingin kepada perubahan. Kita hendak supaya rakyat lebih maju, lebih bebas dan lebih dihormati. Tidak ada gunanya kita marah kepada orang asing kerana memandang rendah kepada kita, kerana tidak tahu di mana Malaysia, kerana menganggap kita kolot. Tidak ada gunanya kita melarang mereka daripada bersikap demikian. Jika kita mahu dihormati, dikenali dan disanjung tinggi kita perlu mempunyai sifatsifat yang boleh dihormati, yang menarik perhatian dan yang membawa kejayaan. Sebab itulah Kerajaan cuba membentuk pentadbiran yang lebih cekap, lebih bersih, lebih beramanah. Sebab itulah kita mencipta pendirian yang bebas dan sanggup menuntut hak kita di merata-rata dunia. Sebab itulah kita cuba menjadikan negara kita negara industri dan bukan semata-mata sebagai negara pengeluar bahan mentah untuk negara maju. Malangnya apabila perubahan dibuat ada di antara kita yang cuma mencari kesalahan. Bersih, cekap dan amanah kononnya tidak bermakna kerana kepimpinan negara ini tidak bersih, tidak cekap dan tidak beramanah. Tidak ada bukti anggapan ini benar, tetapi tidak mengapa. Bukti boleh dicipta. Proses industrialisasi tidak betul! Kenapa industri berat? Kita tidak mampu, kita tidak ada teknologi. Kenapa cuba menentang kuasa yang lebih kuat daripada kita? Bukankah lebih selamat kalau kita tunduk sahaja? Kenapa tiru Jepun. Kita tidak mahu jadi Jepun. Tiru orang putih tidak mengapa — kerana memang orang putih lebih 'superior' daripada kita. Orang putih celop tidak apa, jangan Jepun celop. Dan kempen pun dijalankan oleh golongan-golongan tertentu ini untuk menggagalkan perubahan. Dengan itu maka matlamat kita terganggu. Maka mungkin menjadi benarlah ramalan pengkritik ini bahawa rancangan Kerajaan tidak boleh berjaya. Kepada mereka, Malaysia adalah ladang desa dan lombong dunia, tidak lebih daripada itu. Dunia bercucuk-tanam di sini untuk bekalan 'Western civilisation'. Bagi orang-orang ini, janganlah Malaysia angan-angan menjadi lebih daripada ladang dan lombong dunia. Sedih sekali. Apabila sesuatu bangsa tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan. Nampaknya inilah yang sedang diusahakan oleh setengah-setengah orang di Malaysia. Usaha Kerajaan untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih mulia dihalang oleh orang-orang yang berpengaruh ini di Malaysia sendiri. Sayang sekali. Tetapi jangan tegur dan jangan syarah mereka. Hanya orang asing sahaja yang boleh syarah kepada kita. Apabila sesuatu bangsa dilanda dengan 'inferiority complex', inilah yang akan terjadi. Dalam hal ini apakah akhbar-akhbar kita berani menentang aliran ini? Akhbar mahu populariti dan tidak sanggup, seperti kata Mat Salleh, 'buck the trend'. Nanti dikata mengampu Kerajaan dan lain-lain lagi. 464

Saya kagum kerana buat kali pertama akhbar berani menganalisa kepimpinan Encik Lim Kit Siang. Saya harap ada lagi yang berani seperti ini. Kerajaan ddak suka diampu. Tetapi yang benar, katalah benar. Yang dianggap hero, mungkin juga salah. Katakan dan sebutkan. 'Don't create a public opinion and then fear this creature of your own creation'. Jika ucapan saya tidak menyenangkan, saya meminta maaf, zahir dan batin. Sekarang saya ingin beralih kepada bahagian yang lebih menyenangkan. Saya mengucapkan tahniah kepada National Press Club — yang tentulah nasional bukan sahaja dari segi liputan geografi tetapi kerana bersifat dan bersikap nasional. Dengan adanya National Press Club yang aktif maka mungkin perhubungan antara 'press' dengan pihak-pihak lain lebih mudah diatur. Kerajaan dan pelawatpelawat ke Malaysia yang ingin berhubung dengan 'press' dan dengan rakyat Malaysia tentulah dapat menggunakan saluran Press Club ini. Begitu juga wartawan-wartawan asing boleh menggunakan kemudahan National Press Club untuk mendapatkan maklumat dan saluran kepada pihak-pihak tertentu. Untuk memudahkan kerja Kelab "ini dan mengadakan tempat untuk ahli-ahli berhimpun dan bertukar-tukar fikiran mengenai 'the latest hot news' yang tidak boleh dicetak, Kerajaan akan membekalkan sebuah bangunan yang diharap sesuai untuk kegunaan NPC. Bangunan yang dimaksudkan terletak di sebelah pejabat lama M M C di Jalan Tangsi, off Jalan Parlimen. Bangunan ini tidaklah begitu indah tetapi bolehlah diubahsuaikan oleh Kelab supaya sesuai dengan keperluan. Akhir sekali ingin saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada National Press Club kerana sudi menjemput saya ke majlis malam ini. Mengikut program, selepas ucapan saya akan menjawab soalan. Untuk menjimatkan masa saya akan terus berdiri di sini dan soalan bolehlah dibuat sekarang.

465

UCAPAN P E R D A N A MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR B I N MOHAMAD SEMASA MENJAWAB PERKARA-PERKARA Y A N G DIBANGKITKAN MENGENAI JABATAN P E R D A N A MENTERI KETIKA PERBAHASAN ATAS U T A H DI-RAJA (1986), DI DEWAN RAKYAT 19HB. MAC, 1986

T

erlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, teguran dan syor-syor yang membina terhadap perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.

Perbahasan Titah Ucapan Di-Raja pada tahun ini nampaknya tidak tertumpu kepada isi kandungan ucapan dasar yang penting itu tetapi lebih tertumpu kepada dua peristiwa yang memikat hati ahli Dewan terutama ahli-ahli dari parti pembangkang. Kerajaan telah mengeluarkan Kertas Putih berkenaan dengan Peristiwa Memali dan Skandal B M F bersama-sama dengan laporan lengkap Jawatankuasa Penyiasat B M F dengan tujuan supaya rakyat dapat maklumat yang sebenar berkenaan dengan kejadian-kejadian ini. Malangnya kebenaran tidak mendapat perhatian. Sebaliknya ahli-ahli parti pembangkang berminat, bahkan asyik dengan mengadakan 'witch-hunt'. Orang yang jelas bersalah tidak dipedulikan. Begitu juga kehilangan duit yang banyak tidak mendapat perhatian. Yang menarik ialah aspek-aspek yang boleh di'politicise'kan untuk tujuan-tujuan tertentu. Cadangan dibuat supaya diadakan Suruhanjaya Di-Raja dan 'Special Prosecution Team'. Ini seolah-olah tidak percaya kepada laporan yang telah dibentang, atau kepada agensi Kerajaan yang bertanggungjawab mendakwa segala jenayah dalam negara kita. Sebenarnya Jawatankuasa Penyiasat telah menyiasat lebih dari bidang tugasnya. Jika Suruhanjaya Di-Raja terlindung dari tindakan undang-undang, Jawatankuasa Penyiasat juga terlindung. Pendapat peguam di Malaysia ialah jika sesiapa berani membuat saman-malu terhadap Jawatankuasa tersebut, ia akan disoal dalam mahkamah sehingga lebih banyak keburukannya akan terdedah. Dia juga boleh dituduh dengan tuduhan palsu kerana kata peguam, 'Defamatory statements made in the interest of the public are privileged' dan This would hold good even if the information contained are false.' Ramai juga yang sanggup mempertahankan Jawatankuasa Penyiasat, jika ia disaman. Tidaklah benar bahawa Jawatankuasa Penyiasat tidak terlindung. Apakah gunanya Suruhanjaya Di-Raja selain dari meneruskan 'witch-hunt' dengan maksud-maksud tertentu. Duit yang telah hilang tidak akan dapat diperolehi 466

semula kerana 'witch-hunt' ini. Tetapi dengan pergolakan dan publisiti berikutnya maka kepercayaan rakyat dan dunia terhadap bank-bank Malaysia dan ekonominya akan terjejas. Pelaburan baik oleh orang tempatan mahupun orang asing akan berkurangan. Seterusnya pemulihan ekonomi negara yang sedang meleset akan menjadi lebih sukar lagi. Kerajaan tidak berniat untuk melepaskan sahaja mereka yang menyamun duit negara. Apa juga tindakan yang perlu diambil telah diambil dan akan diambil. Tetapi walaupun kita ingin mendera orang yang salah, janganlah kita mendakwa siapa sahaja untuk melepaskan geram kita. Setiap tuduhan mesti disiasat dengan rapi supaya tidak sesiapa teraniaya kerana hendak memuaskan selera orang-orang tertentu. Laporan Jawatankuasa Penyiasat bukan 'Investigation Paper' Polis kerana Jawatankuasa Penyiasat bukan polis. Siasatannya tidak lengkap dan tidak teliti. Sebab itu surat yang mengandungi tandatangan palsu diterima bulat-bulat sebagai 'exhibit' yang sah dan tuduhan dilempar. Begitu juga surat dari penjenayah, catitan dalam dairi dan surat peribadi - semua diiktiraf sebagai benar. Nampaknya jika seseorang menyebut nama-nama tertentu, maka bagi Jawatankuasa Penyiasat ini bermakna penama itu salah. Jika demikianlah asas pengadilan maka seseorang hanya perlu menulis nama siapa yang ia benci berkenaan dengan sesuatu jenayah maka sasarannya akan didakwa dan dihukum. Sebenarnya pihak yang bertanggungjawab dalam Kerajaan, iaitu Peguam Negara dan polis, harus menyiasat dengan lebih teliti sebelum mendakwa sesiapa. Hanya jika pihak mereka berpuas hati ada kes barulah dakwaan akan dibuat. Tidak ada sebab kenapa 'Special Prosecution Team' hendak diadakan melainkan kita ingin belakangkan proses biasa dan menggantinya dengan sebuah "Kangaroo Court" seperti yang terdapat di beberapa negara komunis dan "dictatorship". Seperkara yang agak diketepikan ialah jenayah ini berlaku di Hong Kong dan Kerajaan Malaysia tidak mempunyai "jurisdiction" di sana. Hanya yang boleh dibuat ialah memberi kerjasama kepada Kerajaan Hong Kong. Dan ini telah dan sedang dibuat. Namun demikian di mana sahaja kita berhak, kita telah mengambil tindakan. Sebab itu harta mereka yang jelas terlibat telah dibekukan atau diambilalih oleh Bank. Percubaan untuk mengekalkan publisiti terhadap Skandal B M F kerana kononnya begitu marah skandal tersebut tidak akan mendatangkan kebaikan kepada negara. Yang perlu sekarang ialah tindakan yang diambil untuk menghukum orang yang salah dan jika boleh mendapat balik sebahagian dari wang yang telah hilang. Semua ini sedang diurus oleh Bank Bumiputra. Jika pihak pembangkang ada maklumat yang boleh menolong Bank Bumiputra, sila sampaikan kepada pihak yang berkenaan. Jika tuduhan umum dibuat yang menarik publisiti, Kerajaan akan anggap ini sebagai helah politik sahaja dan Kerajaan tidak berhajat melayannya. Bagi pihak Kerajaan, saya mengucap terima kasih kepada Tan Sri Dato' Ahmad Noordin dan Jawatankuasanya. Tidak siapa dapat menafikan bahawa laporan yang 467

disediakan adalah "comprehensive" dan berguna. Pendedahan terhadap kecurangan dan penipuan yang dibuat oleh orang-orang tertentu adalah hasil usaha yang terpuji. Jika tidak kerana beberapa sindiran terhadap orang-orang yang tidak dapat mempertahankan diri dan keghairahan dengan publisiti, laporan ini boleh menjadi satu "classical work" yang tidak ada bandingannya. Oleh kerana ramai Ahli Yang Berhormat terpikat dengan B M F , Kertas Putih berkenaan dengan Memali tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Sebenarnya Peristiwa Memali tidak kurang buruknya daripada Skandal B M F . Jika B M F ialah cerita penipuan yang besar, Memali mendedahkan jenayah yang paling bahaya kepada negara. Dalam Peristiwa Memali, satu kumpulan fanatik telah mencabar kewibawaan Kerajaan. Mereka tidak akui hak polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Mereka mengadakan pasukan kawalan peribadi yang bersenjata yang sanggup membunuh. Mereka melengkapkan diri dengan aneka jenis senjata yang tidak pernah diguna di Malaysia - seperti Molotov Cocktail, anak panah beracun, dan jamong atau "firebrand". Mereka memperalatkan wanita tua dan muda dan kanakkanak sebagai perisai bagi lelaki yang pengecut. Mereka menipu diri dengan kepercayaan mereka kebal. Mereka dilatih untuk melindung dari berbagai alat yang diguna oleh polis. Hari ini peristiwa ini berlaku di Memali. Pihak polis tidak bebas bertindak kerana takut mencederakan orang. Sudah ada kumpulan-kumpulan lain yang berpendapat, jika mereka beramai-ramai menentang polis, maka polis akan menjadi kaku kerana takut mencederakan orang. Oleh itu mencabar polis mungkin dibuat oleh kumpulan-kumpulan lain. Jika polis berasa serba-salah dan takut dikatakan bengis, maka polis sebagai agen keselamatan tidak akan berkesan lagi. Dengan itu masyarakat di tempat-tempat tertentu tidak akan berasa selamat lagi. Dalam keadaan ini samseng mungkin bermaharajalela - seperti di zaman dahulu. Inilah bahayanya Peristiwa Memali. Teladan yang buruk telah ditunjuk. Jika pasukan polis yang sanggup mati untuk menjaga keamanan kita tidak dihargai, maka semangat mereka akan menjadi lemah. Alhamdullillah, ini belum berlaku. Tetapi kita tidak boleh terlalu yakin ini tidak akan berlaku. Ahli Yang Berhormat dari Bandau dan Ahli Yang Berhormat dari Rantau Panjang telah membangkitkan masalah di Sabah. Kerajaan merasa bimbang dengan perkembangan yang sedang berlaku tetapi terpaksa berhati-hati dalam mengambil tindakan kerana bukan sahaja soal keselamatan atau 'security' tetapi ada juga banyak penglibatan politik yang terlibat. Keadaan di Sabah adalah tegang. Perniagaan telah terhenti di beberapa buah bandar utama. Sekolah ditutup kerana ibubapa tidak senang hati untuk menghantar 468

anak mereka ke sekolah. Penduduk di beberapa buah tempat tidak berani meninggalkan rumah, bahkan ada yang bersiap sedia untuk mempertahankan diri atau mengadakan serang balas. Namun demikian Kerajaan Persekutuan tidak bercadang mengisytiharkan darurat jika ini dapat dielakkan. Kita telah cuba mencari penyelesaian politik. Malangnya ada pihak-pihak yang tidak begitu tertarik dengan cara ini. Mereka mempunyai cara penyelesaian yang tersendiri. Kerajaan Persekutuan berharap cara yang disyorkan oleh pihak ini tidak akan berjaya. Sebagai Kerajaan Persekutuan kita tidak akan memihak kepada mana-mana pihak tetapi akan menentukan keamanan wujud dan pilihanraya diadakan. Pihak polis akan menjalankan tugas mereka seperti biasa, tanpa pilih kasih. Sehingga sekarang polis telah menahan hampir 800 orang. Mereka yang ditahan ini yang bukan warganegara telah dikeluarkan dari Sabah. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa juga yang didapati terlibat dengan kegiatan jenayah. Saya ingin menyatakan bahawa walaupun keadaan di Sabah tegang, tetapi keselamatan keseluruhannya adalah terkawal. Pihak polis mampu menjaga keselamatan. Jika perlu pasukan-pasukan tambahan akan dihantar dari Semenanjung. Sementara itu segala usaha akan dibuat untuk mententeramkan keadaan dan memulih semula keamanan supaya pilihanraya baru dapat diadakan. A h l i Yang Berhormat dari Ulu Muda telah membuat satu kenyataan yang memberi implikasi bahawa Peguam Negara, dalam hal tindakan pendakwaan, bertanggungjawab kepada Perdana Menteri dan Kabinet yang pada fahamannya perlu dirujuk dan dirundingi sebelum tindakan dakwaan dibuat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat itu, tanggungjawab Peguam Negara dalam hal-hal pendakwaan adalah mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan itu memberi kuasa kepada Peguam Negara dengan menggunakan budibicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan apa-apa prosiding jenayah. Ini bermakna bahawa dalam hal-hal pendakwaan, Perlembagaan memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk bertindak secara bebas menurut prinsip undang-undang tanpa perlu merujuk atau berunding dengan Perdana Menteri atau Kabinet. Ahli Yang Berhormat dari Tanjung Karang telah menyentuh mengenai usahausaha berjimat-cermat dalam perbelanjaan projek-projek pembangunan Kerajaan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri sentiasa mengkaji semula keutamaan projek-projeknya untuk kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Keempat, terutama projek-projek yang besar yang masih belum dilaksanakan. Dalam hal ini, pelaksanaan projek-projek yang rendah keutamaannya dari segi kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya dan projek-projek yang melibatkan perbelanjaan yang besar terus ditangguhkan untuk disesuaikan dengan keadaan ekonomi negara. Di samping itu, kos dan mutu bagi projek-projek juga akan terus dikawal supaya tidak berlaku pembaziran apabila dilaksanakan. 469

Sebagai langkah penjimatan dan untuk menyelaras bayaran gaji para pekerja awam dengan hasil-hasil pengeluaran mereka, Ahli Yang Berhormat itu jua telah mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya khusus untuk menyemak kadar gaji para pekerja awam. Sebenarnya Kerajaan memang telah mengumpul dari semasa ke semasa kadar gaji pekerja-pekerja awam di negara-negara lain di rantau ini dan juga di negara-negara yang telah maju. Data-data ini digunakan untuk kajian perbandingan. Pada masa ini Kerajaan tidak memikirkan perlu satu Suruhanjaya ditubuhkan. Di samping itu, Kerajaan sedang dan akan terus mengambil beberapa langkah penjimatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam. Langkah-langkah ini ialah pembekuan jawatan-jawatan kosong yang tidak begitu penting dan pengswastaan agensi-agensi dan projek-projek Kerajaan yang sesuai. Di samping itu, kajian sedang dibuat untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam dan meningkatkan produktiviti. Ahli Yang Berhormat dari Lambir telah membangkitkan berkaitan dengan kerja-kerja berat yang ditawarkan oleh PETRONAS. Pada tahun 1984 dan 1985, sebanyak 45.8% daripada jumlah nilai kontrak telah diberikan kepada syarikatsyarikat tempatan. Sungguhpun sebahagian besar daripada kerja-kerja berat seperti fabrikasi telah diberikan kepada syarikat-syarikat asing, PETRONAS telah mengenakan syarat kepada kontraktor-kontraktor berkenaan supaya menggunakan bahan-bahan tempatan melainkan jika bahan-bahan yang diperlukan tidak dikeluarkan di Malaysia. Di samping itu, pembelian bahan-bahan yang diimport hendaklah dibuat melalui syarikat-syarikat tempatan. Tidaklah wajar untuk mensyaratkan supaya semua bahan-bahan yang diperlukan diperolehi didalam negeri kerana sebahagian daripada bahan-bahan tersebut memerlukan spesifikasi teknikal yang tinggi untuk dikeluarkan didalam negeri. Adalah menjadi dasar Kerajaan untuk meningkatkan dari masa ke semasa penglibatan kontraktor-kontraktor tempatan bagi kerja-kerja berat yang ditawarkan oleh PETRONAS. PETRONAS juga sentiasa mengawasi dari masa ke semasa jenis-jenis kerja yang boleh dijalankan oleh pemborong-pemborong dan pembekal-pembekal tempatan. Di samping itu sekiranya keperluan teknikal dapat dipenuhi, P E T R O N A S memang berusaha supaya kontrak-kontrak besar dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil bagi membolehkan kontraktor-kontraktor tempatan mengambil bahagian. Mengenai usahasama di antara syarikat-syarikat asing dan syarikat-syarikat tempatan, P E T R O N A S sentiasa menasihati syarikatsyarikat asing ke jalan ini. Malah dibawah peraturan bagi mendapatkan lesen, dibawah Akta Kemajuan Petroleum 1974, sekurang-kurangnya 70% saham haruslah dimiliki oleh rakyat Malaysia dan sekurang-kurangnya 30% dari jumlah saham dimiliki oleh bumiputera. Masalah ajaran sesat telah disentuh oleh Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Karang. Memang ada ajaran sesat yang disebarkan oleh orang luar. Oleh kerana kemasukan mereka ini bukan sebagai pendakwah adalah sukar untuk mengawal kemasukan mereka. Walaupun begitu, Pihak Berkuasa Agama Islam Kerajaan Negeri 470

mempunyai kuasa yang mencukupi untuk mencegah penyebaran ajaran sesat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang menyebar atau menyebar untuk mengajar agama Islam tanpa kebenaran dan orang yang menyebarkan ajaran salah. Walau bagaimanapun, kumpulan orang yang berzikir dan berhijrah dari masjid ke masjid bukanlah penganut ajaran songsang atau ajaran sesat. Ahli Yang Berhormat dari Kinta mendakwa bahawa pelaksanaan beberapa dasar Kerajaan oleh pegawai-pegawai Kerajaan telah banyak membawa kesan yang buruk dan menyebabkan peningkatan polarisasi kaum. Kenyataan ini terlalu umum. Dasardasar manakah yang dikatakan telah menimbulkan kesan yang buruk dan meningkatkan polarisasi kaum itu? Dasar-dasar utama Kerajaan telah digubal dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mewujudkan perpaduan, bukan sebaliknya. Pelaksanaan dasar-dasar ini dalam masyarakat majmuk kita sudah semestinya memerlukan masa yang agak panjang. Yang penting kita ingatkan ialah rakyat Malaysia dari semua keturunan telah menikmati hasil daripada pelaksanaan dasar-dasar tersebut khususnya Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Oleh itu, tidaklah adil bagi kita terlampau mempersoalkan pelaksanaan dasar-dasar itu seolah-olah dasar-dasar itu membawa keburukan sahaja kepada rakyat negara ini tanpa apa-apa kebaikan. Perkara rasuah selalu sangat diperkatakan oleh orangramai seperti Ahli Yang Berhormat dari Petaling oleh kerana bercakap mengenainya lebih mudah daripada mengambil tindakan untuk menghapuskan. Sebenarnya amalan rasuah negara kita adalah terkawal. Badan Pencegah Rasuah sentiasa melipatgandakan usaha-usaha memerangi rasuah terutamanya dari segi siasatan, perisikan dan juga pencegahan. Sebagaimana yang telah ditegaskan beberapa kali di Dewan yang mulia ini, usahausaha menghapuskan rasuah bukanlah satu kerja yang mudah kerana ianya memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua anggota masyarakat. Kerjasama anggota-anggota masyarakat untuk tampil ke hadapan memberikan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang secukupnya adalah perlu kerana kes-kes rasuah selalunya susah untuk dibuktikan di Mahkamah. Berhubung dengan kegiatan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia yang dibangkitkan oleh A h l i Yang Berhormat dari Ulu Muda, sukalah saya menjelaskan bahawa ISIS telah ditubuhkan pada 8hb. April, 1983, untuk memberi idea-idea dan pandangan kedua mengenai isu-isu semasa yang penting dan berkaitan dengan dasar-dasar Kerajaan. Selaras dengan tujuan tersebut, ISIS telah mengaturkan beberapa kegiatan yang meliputi persidangan kolokium, forum, perbincangan umum dan lain-lain bentuk penyelidikan yang berkaitan dengan kepentingan nasional. Suka saya memaklumkan bahawa hal-hal berkaitan dengan ekonomi sememangnya menjadi satu perkara yang diberi perhatian oleh ISIS. Adalah menjadi amalan ISIS untuk mengemukakan hasil-hasil kajian kepada Kerajaan dari masa ke semasa. Akhirnya saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan teguran, pandangan dan syor-syor yang 471

menyentuh perkara-perkara dibawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Dimana saya tidak dapat menjawab ataupun menyentuhnya dan menyebut Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkannya saya memohon maaf, walau bagaimanapun segala perkara yang ditimbulkan itu telah dicatat dan diberi perhatian.

472

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B , DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PERBARISAN HARI POLIS DI PUSAT LATIHAN POLLS, JALAN GURNEY, KUALA LUMPUR 29HB. MAC, 1986

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmatNya dapat saya bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada pagi ini di upacara perbarisan Perayaan Hari Polis tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ahli Pasukan Polis Di-Raja Malaysia sempena dengan perayaan ulang tahunnya yang ke-179 ini, dan saya juga mengucapkan terima kasih kerana diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat serta memeriksa perbarisan.

Saya berasa amat bangga melihat satu perbarisan yang kemas dan segak yang tuan-tuan dan puan-puan tunjukkan sebentar tadi, dan ini menunjukkan mutu disiplin dan ketertiban yang tinggi. Saya percaya dan yakin bahawa semua ahli Pasukan Polis Di-Raja Malaysia dapat mengekalkan mutu disiplin dan ketertiban yang tinggi ini semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap masyarakat, kerana disiplin dan ketertiban merupakan akar tunjang kepada perkhidmatan Polis Di-Raja Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa tema Hari Polis pada tahun ini ialah 'Profesionalisme Teras Perkhidmatan Polis'. Masyarakat Malaysia hari ini adalah masyarakat yang adil dan progresif, dibentuk dan dicipta berasaskan Rukunegara. Untuk menjaya serta meneruskan pembentukan masyarakat yang adil dan progresif ini, setiap jentera Kerajaan mestilah memainkan peranan masing-masing. Pasukan Polis Di-Raja Malaysia adalah salah sebuah dari jentera tersebut, dan adalah menjadi kewajipan setiap ahli polis menjayakan cita-cita murni ini. Masyarakat yang adil dan progresif memerlukan satu pasukan polis yang bertanggungjawab untuk menguatkuasa dan mengendalikan undang-undang negara dengan adil, teratur dan sempurna. Pandangan masyarakat atau pendapat umum atau 'public opinion' terhadap pasukan polis adalah penting sekali. Dalam konteks ini, untuk mencapai objektifnya, setiap anggota polis perlulah menitikberatkan tema perayaan Hari Polis tahun ini. Perhubungan polis dengan masyarakat mempunyai banyak implikasi kepada kesejahteraan pasukan polis sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab pasukan polis untuk menentukan bahawa perhubungannya dengan masyarakat sentiasa baik. Ini akan membolehkan polis melaksanakan tanggungjawabnya dengan licin dan memuaskan. 473

Masyarakat akan bersimpati dan bekerjasama dengan polis dalam usaha-usaha menentang musuh-musuh negara, mencegah jenayah dan lain-lain lagi. Apabila menemui kerumitan dan sebagainya, masyarakat akan lebih sanggup memberi maklumat-maklumat terhadap kejadian-kejadian yang berkenaan yang berguna kepada polis. Disiplin yang tinggi akan membuat pasukan polis dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat dan akan meyakinkan masyarakat terhadap kerja-kerja yang dibuat oleh Pasukan Polis Di-Raja Malaysia. Saya percaya dan yakin apa yang saya ucapkan ini dapat dilaksanakan agar tugas-tugas tuan-tuan dan puan-puan di dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat mendapat sambutan yang lebih positif daripada masyarakat. Dan yang penting sekali, negara Malaysia dapat menikmati kestabilan, keselamatan dan keamanan. Hanya dalam suasana ini sahajalah negara dapat meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial, yang mana ini akan dinikmati juga oleh keluarga polis. Sambil kita bergembira menyambut hari yang bersejarah ini, kita tidak seharusnya melupakan jasa-jasa mereka yang terkorban dan yang cedera kerana menguatkuasakan undang-undang, melawan penjenayah dan umumnya mempertahankan kedaulatan negara. Rakyat dan negara sentiasa menjunjung tinggi jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka. Marilah kita berdoa semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang salih. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih atas penghormatan yang diberi kepada saya pada pagi ini, dan saya berdoa semoga Tuhan memelihara keselamatan semua anggota Polis Di-Raja Malaysia.

474

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PEMBUKAAN RASMI MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KUALA LUMPUR 24HB. APRIL, 1986

S

aya amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya kita dapat sekali lagi bertemu di majlis yang mulia ini. Kita juga bersyukur kepadaNya kerana dikurniakan kepada kita tenaga dan fikiran yang sihat bagi meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita, bagi menjunjung dan meninggikan syiar Islam dan seterusnya mempraktikkan segala tuntutan A l Quran di dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita hendaklah sedar bahawa negara kita pada masa ini sedang menghadapi masalah iaitu kesan kemelesetan ekonomi dunia dan kejatuhan harga barangan utama. Pendapatan hasil dari eksport kita jauh lebih rendah-jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu. Ini adalah kerana bahan-bahan eksport utama kita telah mengalami kejatuhan harganya dengan teruk di pasaran dunia.

Kerajaan juga sedar bahawa sebahagian daripada rakyat amat tertekan dengan kejatuhan harga komoditi-komoditi utama ini. Ramai yang menganggur atau pendapatan mereka turun dengan banyak. Walau bagaimanapun kita hendaklah menyedari bahawa suasana yang wujud ini adalah juga satu ujian daripada Allah Subhanahu Wataala iaitu untuk menguji sejauh manakah kesabaran dan keimanan kita dalam menghadapi dugaan dan juga untuk melihat sejauh mana kebijaksanaan hambaNya dalam berusaha mengatasi cabaran ini.. Dari itu sambil kita sebagai umat Islam berdoa kepada Allah dan memohon pertolonganNya, kita hendaklah mengemblengkan tenaga dan fikiran bagi mengatasi tekanan yang kita hadapi. Sebagai orang Islam kita tidak boleh kecewa atau putus asa. Ujian Tuhan tetap mempunyai khasiat tertentu walaupun kita tidak nampak apa dianya. Bagi Kerajaan pula, beberapa usaha telah, sedang dan akan diambil bagi menghadapi suasana ekonomi yang lembab ini, seperti usaha bagi membangunkan kampung-kampung dengan mewujudkan industri-industri kecil yang menggunakan bahan-bahan mentah tempatan dan sebagainya. Di samping itu salah satu cara yang penting dan yang sememangnya dituntut oleh Islam bagi menghadapi suasana ini ialah dengan berjimat-cermat dan mengelakkan diri daripada segala pembaziran. Sebab inilah tema Musabaqah kali ini ialah "Berjimat Berkat, Membazir Mudarat". 475

Kita hendaklah menyedari bahawa tabiat berjimat ini amat disuruh oleh Islam. Ini adalah kerana kesannya bukan sahaja menjamin keutuhan dan kekuatan ekonomi kita sendiri, bahkan juga akan dapat menolong memperkukuhkan ketahanan umat dan negara. Dengan berjimat kita akan dapat menyelamatkan diri daripada berbagai tekanan seperti hutang yang tidak dapat dibayar, kehilangan harta kerana terlebih belanja daripada pendapatan dan lain-lain lagi. Sebaliknya dengan berjimat-cermat kita sebagai orang Islam yang tidak boleh mungkir dapat membayar balik segala hutang kita dan mungkin dapat mengumpul wang untuk dilabur atau untuk modal perniagaan. Dengan pelaburan yang bijak kita bukan sahaja mungkin mendapat keuntungan tetapi dapat pula mewujudkan peluang kerja bagi yang menganggur dan meningkatkan kegiatan jual-beli dan dagangan dalam masyarakat, yang mana ini semua akan meringankan kesan kemelesetan ekonomi ke atas anggota masyarakat, termasuk kita orang-orang Islam. Nabi pernah bersabda yang bermaksud: 'Tangan di atas adalah lebih baik dari tangan di bawah", riwayat oleh Al-Bukhari, daripada Hakim Ibn Hazam. Hadis ini menunjukkan bahawa Islam amat menggalakan umatnya supaya menjadi orang yang mempunyai keupayaan memberi dan menolong orang lain. Sebaliknya, Islam tidak menggalakan umatnya sentiasa bergantung dan mengharapkan belas kasihan orang lain kerana amalan bergantung kepada orang lain tanpa apa-apa usaha sendiri, akan menjatuhkan maruah umat Islam. Suruhan berjimat cermat ini bukan sahaja terhad kepada kegiatan ekonomi, atau pada masa ekonomi mendesak. Kita harus berjimat-cermat sepanjang masa dengan semua yang ada pada kita. Kita harus berjimat dengan masa. Kita harus berjimat dengan semua harta milik sementara kita, dengan kesihatan kita, dengan persaudaraan keluarga dan rakan kita dan persaudaraan kelslaman kita, dengan keamanan masyarakat kita - dengan semua kebahagiaan yang sebenarnya adalah anugerah Tuhan kepada kita. Insya-Allah dengan berjimat-cermat ini kita akan perolehi ketenangan dan kebahagiaan baik di masa biasa atau di masa-masa kecemasan. Sudah tentu semua amalan baik ini akan menjadi bekalan kita untuk akhirat. Jika Kerajaan menyeru supaya kita berdisiplin, bekerja bersungguh-sungguh, mempertingkatkan daya pengeluaran kita, sebabnya ialah kerana semua ini adalah sebahagian daripada amalan berjimat-cermat yang dituntut oleh agama Islam. Dengan perkataan lain, seruan ini secucuk dengan penerapan nilai-nilai Islam. Sebaliknya mereka yang mempersendakan seruan Kerajaan atau sengaja tidak menghiraukannya, pada hakikatnya mereka menentang penerapan nilai-nilai Islam, begitu juga jika kita membelakangkan seruan ini dengan menumpukan kepada perkara-perkara kecil yang dicipta untuk membeza-beza dan membahagikan orang Islam. Di samping Islam menyuruh umatnya berjimat-cermat, Islam juga melarang melakukan perbuatan membazir. Al-Quran telah memberi ingatan bahawa orang yang membazir ini adalah saudara kepada syaitan. Allah berfirman di dalam Al-Quran pada surah Al-Isra' Ayat 27, yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang 476

sangat kufur kepada Tuhannya". Dalam ayat 67 Surah Al-Furqan, Allah juga berfirman yang bermaksud: "Dan juga mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiada melampaui batas dan tidak pula bakhil kedekut; (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara itu". Kedua-dua ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa sementara Islam melarang kita berlaku bakhil dan kedekut, Islam tidak menggalakan umatnya membelanjakan wang Ringgit yang melampaui batas ataupun keterlaluan. Hari ini kita dapat menunaikan fardu haji dengan mudah dan murah. Dengan menggunakan kapalterbang kita dapat pergi ke Mekah dan Madinah dalam sekejap masa. Dengan itu ramailah yang dapat mengerjakan fardu haji di mana di masa dahulu cuma pada umumnya sebilangan orang-orang yang kaya sahaja dapat melakukan rukun Islam yang kelima ini oleh kerana tambang yang mahal dan perjalanan yang agak sukar. Penjimatan masa dan belanja ini adalah hasil ilmu sains dan teknologi. Demikian juga kapal laut, keretapi, bas dan sebagainya adalah hasil kajian sains dan keupayaan teknologi. Jelaslah daripada ini sains dan teknologi telah menolong kita menjimatkan masa dan belanja dalam membuat ibadat. Hakikat ini sahajapun mencukupi bagi kita memahami nilai sains dan teknologi dalam Islam. Kita tidak menafikan pentingnya lain-lain ilmu termasuk yang berkaitan dengan aqidah dan ibadah. Tetapi, amatlah bercanggah dengan ajaran Islam kalau kita mengenepikan ilmu sains dan teknologi kerana jika sains dan teknologi diguna secara tidak angkuh dan penuh kesedaran akan kebesaran Tuhan, kita akan dapat berjimat dengan segala apa yang ada pada kita. Justeru itu, sementara kita mengukuhkan lagi iman dan mendalami ajaran agama Islam, kita juga perlu menguasai ilmu-ilmu lain termasuk bidang sains dan teknologi. Janganlah kita ketinggalan dalam bidang ini sehingga terpaksa bergantung sepanjang masa kepada orang lain yang mungkin mempunyai niat dan muslihat lain. Kemiskinan seseorang manusia ialah kerana tidak berjimat-cermat tetapi sebaliknya membazir. Tiap seorang manusia dilahirkan mempunyai kekayaan jika ia sedar apa yang ada padanya. Sebab itu kita dapat lihat orang yang lumpuh anggotapun dapat mengguna akalnya untuk belajar sesuatu ilmu dan tangannya untuk menulis, mengukir dan sebagainya. Sebenarnya orang yang tidak cukup pancainderanya menunjukkan kebolehan yang luar biasa dengan anggotanya yang tidak cacat. Orang yang buta mempunyai pendengaran yang tajam dan jarinya begitu sensitif. Sebaliknya orang yang bisu boleh melihat dengan terang. Tuhan yang maha kaya mengurniakan kebolehan ini sebagai imbangan kepada kekurangan yang semulajadi. Apatah lagi orang yang tidak cacat - mereka kaya dengan kebolehan tiap anggota. Hanya yang diperlukan ialah kita tidak membazirkan kekayaan semulajadi kita ini. Kita tidak seharusnya mengeluh selagi ada kekayaan ini. Sebenarnya jika kita berkata miskin, kita sepatutnya menyoal apakah kita sudah guna sepenuhnya kekayaan yang dikurniakan oleh Tuhan sebagai modal bagi kita. Jika tidak maka kita sudah tidak bersyukur kerana membazir dan tidak berjimat-cermat. Janganlah kita 477

guna mata yang buta sebagai modal untuk meminta sedekah sedangkan tangan kita, telinga kita dan akal kita masih baik dan boleh diguna untuk mencari rezeki secara halal. Rezeki ada di mana-mana sahaja. Hanya yang diperlukan ialah kita tidak membazir dan kita gunakan modal kurniaan Tuhan secara tersusun dan teratur dengan berjimat-cermat. Dengan tidak mudah kecewa, dengan tekun dan disiplin, insya-Allah kita akan menghasilkan kekayaan. Sama ada kekayaan itu lumayan atau tidak, sekali lagi bergantung kepada jimat-cermat kita. Manusia yang terkaya sekali menjadi miskin jika ia belanja lebih daripada pendapatannya. Sebaliknya, manusia yang kurang berada adalah kaya kalau ia berjimat-cermat dan berbelanja kurang daripada pendapatannya. Diri sendirilah yang patut disoal jika kita miskin atau kaya. Kita tidak boleh ragu-ragu kerana Tuhan sudahpun mengurniakan modal yang cukup bagi tiap seorang daripada kita. Soalnya ialah apakah kita sudah menggunakan modal ini dengan sepenuhnya atau kita membazirkannya? Dan jika memperolehi pendapatan dari modal kita, apakah kita bercermat atau membazir? Ayat-ayat Al-Quran yang akan dibacakan sepanjang Musabaqah ini akan menjelaskan pengajaran dan panduan Al-Quran terhadap sikap mulia berjimat-cermat dan buruknya pembaziran. Marilah kita bersama-sama menerap nilai-nilai dan pengajaran Al-Quran ini semoga kita dapat manfaatnya di dunia dan juga di akhirat. Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pusat Musabaqah dan para anggota petugas lain yang telah bekerja keras bagi menjayakan Musabaqah tahun ini. Saya berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga Musabaqah ini akan memberi manfaat yang berterusan. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya membuka Majlis Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ini dengan rasminya.

478

tikin kempen G kan Setia Bersama Rakyat \lis) Perdana Mi i turut mengambil una-

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM PERSATUAN DOKTOR-DOKTOR PERUBATAN MALAYSIA DI KUALA LUMPUR 25HB. APRIL, 1986

P

atik telah dijemput untuk memberi sepatah-dua kata di Majlis Jamuan Makan Malam ini. Dengan itu patik memohon limpah perkenan Duli Tuanku Berdua untuk membuat ucapan kepada para hadirin sekalian. Ampun Tuanku.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Doktor-doktor Perubatan Malaysia kerana sekali lagi menjemput saya suami isteri ke majlis yang mulia ini. Seperti tahun-tahun yang lalu saya diminta berucap kepada para hadirin sekalian. Presiden Persatuan telahpun berucap mengenai beberapa isu yang berkait rapat dengan perubatan. Dengan itu tidaklah perlu saya membuat ucapan yang panjang lebar. Walau bagaimanapun saya ingin menyentuh satu dua perkara dari kaca-mata Kerajaan. Pada umumnya Kerajaan telah berjaya mengadakan kemudahan-kemudahan perubatan untuk rakyat. Segala projek dan program kesihatan merupakan pelaburan Kerajaan bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat. Kita percaya bahawa rakyat yang sihat akan dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Masyarakat dan negara yang maju pula akan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan untuk meningkatkan lagi kesihatan rakyat. Nyata sekali bahawa pelaburan Kerajaan mempunyai kesan yang berlipat-ganda dengan sendirinya. Kesan daripada pelaburan ini sudahpun dapat dilihat. Kadar kematian bayi umpamanya telah berkurangan daripada 19.7 dalam tahun 1980 kepada 17.5 dalam tahun 1984 bagi setiap seribu orang penduduk. Kadar kematian kanak-kanak pula berkurangan daripada 1.8 pada tahun 1980 kepada 1.5 pada tahun 1984. Kadar kematian ibu terus berkurangan, begitu juga dengan kejadian penyakit berjangkit seperti malaria dan batuk kering yang turut menurun. Di samping itu perkhidmatan perubatan dan kesihatan serta kemudahan-kemudahan yang lain telah meningkat. Bilangan para doktorpun bertambah seribu orang dalam masa empat tahun — daripada 3,510 orang tahun 1980 meningkat kepada 4,510 pada tahun 1984. Bilangan doktor pergigian juga bertambah kira-kira 340 orang dalam tempoh yang sama, menjadikan jumlahnya 1,050 orang. Kerajaan akan terus memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan perubatan di negara kita ini. Sejumlah RM698 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan dan 479

perkhidmatan kesihatan di bawah Rancangan Malaysia Kelima. Kebanyakan peruntukan itu akan dibelanjakan untuk pembinaan hospital-hospital baru dan perkhidmatan kesihatan di luar bandar. Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada perkhidmatan kesihatan luar bandar bagi menambahkan kemudahan rawatan kesihatan asas kepada penduduk di kawasan-kawasan tersebut, serta mengurangkan perbezaan dalam pemberian rawatan di antara Negeri-negeri. Saya yakin usaha-usaha Kerajaan melalui program dan projek kesihatan akan terus dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat negara ini. Tatkala membentangkan Rancangan Malaysia Kelima di Parlimen baru-baru ini saya telah menggariskan pentingnya meningkatkan peranan sektor swasta bagi pembangunan negara pada tahun-tahun yang akan datang. Sektor swasta dijangka memainkan peranan yang lebih mencabar dalam usaha negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan memperkukuhkan lagi asas perindustrian. Ini adalah selaras dengan langkah-langkah memperkukuhkan kedudukan kewangan sektor awam. Apatah lagi Kerajaan sekarang menghadapi masalah kewangan yang begitu banyak seperti tahun-tahun sebelumnya. Pertumbuhan perbelanjaan sektor awam akan meningkat dengan kadar yang rendah. Dengan itu sektor swasta akan memainkan peranan yang semakin luas di bawah Rancangan Malaysia Kelima. Selaras dengan pendekatan baru ini, Kerajaan telah juga menggariskan peranan yang lebih penting kepada pihak swasta bagi menyediakan keperluan perubatan kepada penduduk negara ini. Dalam pembangunan perkhidmatan kesihatan, Kerajaan telah merangkakan supaya sektor awam dan swasta memainkan peranan yang saling melengkap atau 'complementary roles' bagi menjayakan dasar perubatan negara. Pengamal perubatan swasta atau 'private practices', sama ada perseorangan atau kumpulan, rumah-rumah rawatan atau rumah-rumah bersalin, telah membuktikan keupayaan untuk berkembang dengan pesat sepanjang tahun-tahun lapan puluhan ini. Di samping itu, sehingga pada tahun 1984, 54 peratus daripada jumlah bilangan doktor di negara ini terdapat di sektor swasta. Justeru itu saya yakin perkhidmatan perubatan swasta keseluruhannya mempunyai kemampuan untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam memenuhi keperluan-keperluan perubatan bagi rakyat negara ini. Walaupun kita bangga dengan perkembangan seperti ini, seperkara yang kurang memuaskan ialah perkembangan perubatan swasta ini tertumpu di kawasankawasan bandar, lebih-lebih lagi di kawasan-kawasan bandar di Negeri-negeri yang berpendapatan tinggi seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Perkembangan kemudahan perubatan swasta di bandar-bandar kecil tidaklah begitu memuaskan, apatah lagi di luar bandar yang mengalami perkembangan perubatan swasta yang sangat perlahan. Dengan itu Kerajaan mungkin terpaksa juga meneliti dan memberi penekanan selanjutnya kepada perubatan kepada penduduk-penduduk luar bandar. Walaupun begitu Kerajaan berharap Persatuan Doktor-doktor Perubatan Malaysia akan membantu Kerajaan mencari langkah bagi menggalakkan lebih ramai 480

lagi pengamal perubatan swasta atau institusi-institusi perubatan swasta yang telah wujud mengembangkan kemudahan-kemudahan perubatan mereka ke bandar-bandar kecil. Dengan usaha bersama ini, saya yakin kita akan berjaya meningkatkan kemudahan-kemudahan perubatan swasta ke bandar-bandar kecil secara berperingkat. Satu lagi dasar Kerajaan yang melibatkan juga perkhidmatan perubatan ialah penswastaan. Kerajaan telahpun mengenalpasti beberapa perkhidmatan yang mungkin diswastakan. Setakat ini terdapat beberapa perkhidmatan bukan perubatan seperti dobi, penyediaan makanan dan penyelenggaraan hospital tertentu yang telah diswastakan. Bahkan Hospital Lady Templer di Kuala Lumpur ini telah dipajakkan kepada sebuah syarikat swasta. Walaupun baru-baru ini hospital ini menimbulkan keraguan, saya berharap masalah itu akan dapat diselesaikan. Untuk beberapa tahun yang akan datang, Kerajaan akan meneliti kemungkinan memajak sebahagian atau keseluruhan hospital awam kepada sektor swasta. Kerajaan juga akan mengkaji kemungkinan membenarkan doktor swasta bekerja di hospital awam mengikut jadual tertentu. Kerajaan akan menggalakkan penubuhan organisasi pengurusan kesihatan atau ''health management organisations' sebagai satu langkah bagi meningkatkan kecekapan pengendalian serta menyusun sektor perubatan swasta supaya ianya berkesan membantu kemudahan-kemudahan kesihatan awam. Apa yang saya katakan tadi jelas menunjukkan cita-cita Kerajaan untuk memberi galakan kepada sektor perubatan swasta untuk memainkan peranan yang lebih kepa'da penduduk negara ini pada masa hadapan. Terpulanglah kepada doktor perubatan swasta untuk membuktikan bahawa mutu perkhidmatan perubatan negara ini bukan sahaja dapat dipertahankan tetapi ditingkatkan. Di samping itu saya berharap para doktor perubatan swasta akan memberi perhatian supaya perkhidmatan-perkhidmatan perubatan dapat dinikmati oleh seberapa ramai penduduk negara ini, termasuklah mereka yang berpendapatan rendah. Kita tidak boleh melupakan perlunya perkhidmatan Kerajaan kepada mereka yang berpendapatan rendah termasuklah mereka yang kurang bernasib baik. Saya mempunyai keyakinan bahawa MMApun sentiasa memikirkan perkara ini. Dengan harapan ini saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Doktor Perubatan Malaysia kerana menjemput saya ke majlis makan malam ini. Ampun Tuanku, sembah patik pohon diampun.

481

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN SEMINAR BIOGRAFI MALAYSIA DI RUMAH UNIVERSITI, UNIVERSITI MALAYA 26HB. APRIL, 1986

T

erlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur majlis ini kerana memberi saya penghormatan untuk merasmikan Seminar Biografi Malaysia ini dan juga seterusnya melancarkan Projek Kamus Biografi Malaysia. Kesempatan ini memberikan saya peluang untuk menyatakan pandangan saya tentang Projek Kamus Biografi ini, di samping berpeluang pula bertemu dengan para ahli akademik dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Saya rasa memang sudah sampailah masanya Malaysia menerbitkan Kamus Biografinya sendiri.Bukan kerana semua negara maju mampunyai Kamusnya sendiri, tetapi oleh kerana kita sangat-sangat memerlukan buku rujukan yang lengkap tentang tokoh-tokoh yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dapat kita banggakan. Saya berharap Kamus Biografi ini nanti akan menjadi bahan rujukan yang berguna bagi mengkaji tentang tokoh-tokoh penting dalam sejarah Malaysia. Untuk mencapai mutu yang tinggi saya berharap Kamus Biografi ini akan merupakan hasil penyelidikan yang mendalam, pertimbangan yang matang dan penilaian yang objektif. Sebagai satu projek yang bercorak kebangsaan, dalam erti kata dikerjakan secara bersama oleh para sarjana dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta badan-badan Kerajaan yang lain seperti Arkib Negara dan Perpustakaan Negara, maka Kamus Biografi Malaysia ini mestilah bebas daripada kepentingan perdagangan, atau kepentingan politik, ataupun kepentingan orang-orang tertentu. Bangsa dan negara yang besar dan berkebudayaan tinggi adalah bangsa dan negara yang tahu menghargai jasa pahlawannya, baik mereka yang berjuang dengan senjata untuk mempertahankan negara, atau mereka yang berjuang dengan kepintaran siasah dan akal fikiran untuk mencapai kemerdekaan dan mengembalikan maruah bangsanya dengan mengorbankan harta-benda, tenaga dan masa, mahupun mereka yang mengabdikan diri kepada ilmu untuk mendidik anak bangsanya. Pengorbanan tokoh-tokoh zaman silam ini hendaklah dikenang. Seperti kita mempelajari aspek-aspek sejarah yang lain, meneliti sumbangan tokoh-tokoh zaman silam akan memberi pengajaran dan panduan kepada kita semua bagi membangun negara ini. Sebaik-baik cara mengenang mereka ialah dengan mengabadikan jasa mereka dalam bentuk buku untuk bacaan umum dan bahan pelajaran kanak-kanak di sekolah. Dengan itu usaha saudara-saudara mengumpul, mengkaji, menulis dan 482

menerbitkan riwayat hidup tokoh-tokoh zaman silam dalam Kamus Biografi Malaysia ini adalah kegiatan yang penting dan merupakan sumbangan besar dalam usaha mendidik dan memupuk kesedaran kebangsaan di kalangan rakyat Negeri ini, terutama generasi muda.

Saya juga berharap maklumat dalam Kamus ini nanti boleh digunakan bukan sahaja oleh golongan sarjana dan penyelidik tetapi juga oleh orang awam, termasuk ahli-ahli politik, pegawai pentadbir, wartawan , penulis dan kanak-kanak sekolah. Dengan itu perhatian khusus hendaklah diberikan kepada cara persembahannya supaya sesuai sebagai bacaan umum. Bagi saya, sejarah adalah lebih daripada hanya sebagai satu sumber untuk mempelajari masa lampau. Bahkan sejarah menunjukkan arah untuk masa depan. Hanya dengan mcngctahui dan meneliti apa yang kita lakukan hari semalam, kita tahu apa yang hendak kita lakukan hari ini. Bagitu juga, kita hanya boleh tahu siapa kita kalau kita tahu asal-usul kita, nenek moyang kita. Melalui sejarah, kita mengenai diri kita, keluarga kita, kaum kerabat kita, jiran tetangga kita, komuniti kita dan bangsa kita. Dan pengertian ini semua memberikan kita kesedaran berkeluarga, berjiran-tetangga.berkomuniti dan bernegara. Demikianlah sejarah menyedarkan bahawa kita adalah satu bangsa, dibentuk atas kebijaksanaan pemimpin kita, dari kaum-kaum yang pada suatu waktu hidup secara bersendiri-sendiri tanpa rasa persamaan dan tanpa terikat oleh sesuatu destini. Haruslah kita ingat bahawa sesiapa yang tidak mempelajari sejarah akan didera dengan mengulangi segala kesalahan berkali-kali. Sekarang ini, sungguhpun kesedaran perkauman masih ada, mungkin masih tebal di setengah-setengah golongan, tetapi kita semua sedar bahawa kita tidak dapat elak daripada meneruskan hidup ini secara bersama. Kita sama-sama berpeluang menentukan sama ada mahu hidup dalam aman dan menghormati antara satu sama lain, atau mahu hidup terus menerus dalam keadaan tidak aman dan tenteram yang tidak mungkin menguntungkan sesiapa. Menoleh ke belakang, menyedarkan kita betapa jauh kita sudah berjalan bersama-sama untuk membentuk suatu bangsa Malaysia. Titik-titik hitam sepanjang perjalanan itu memberikan kita panduan untuk membezakan nilai-nilai yang baik dengan yang buruk, yang hendak dipelihara dan diteruskan dan yang hendak dilenyapkan. Biografi adalah sebahagian daripada pengkajian sejarah. Melalui biografi kita boleh belajar banyak pengalaman bangsa dengan meneliti kehidupan tokoh-tokoh pentingnya. Pada pandangan saya, biografi menarik kerana dua sebab. Pertama, kerana kita selalu digalakkan oleh rasa ingin tahu tentang perwatakan dan kehidupan peribadi manusia yang terkenal, apa lagi kalau tokoh itu memang pujaan kita. Keduanya, hanya melalui biografi kita dapat membaca apa yang sebenarnya berlaku di belakang pentas dan alam fikiran tokoh-tokoh yang terlibat. Sejarah lebih membicarakan hal-hal yang luaran. Bijak pandai mengatakan sejarah hanya boleh masuk 483

atau boleh sampai di balairong seri istana-istana, ruang tamu kediaman rasmi dan kamar kerja Presiden dan Perdana Menteri sahaja. Sedangkan biografi boleh masuk jauh ke dalam, kadang-kadang sampai ke kamar tidur tokoh ynag dibicarakan. Sejauh manakah pengintipan ini boleh dijalankan adalah soal moral yang perlu saudarasaudara putuskan. Saya hanya berharap batasan itu tidak melampaui tata-akhlak yang dapat diterima oleh bangsa kita. Memang selalu ada jurang di antara imej tokoh yang rasmi, sesuai dengan jawatan yang disandangnya, dengan wataknya yang sebenar sebagai manusia. Dalam sejarah, kita membaca tentang sesuatu keputusan yang dibuat dan sebab-sebab yang rasmi mengapa keputusan itu dibuat. Di dalam biografi kita berpeluang menjenguk kepada sebab-sebab yang sebenarnya. Kadang-kadang memang terdapat jurang di antara pendapat peribadi kita dengan pendapat rasmi jawatan yang dipegang. Semua mereka yang memegang jawatan awam yang penting pasti pernah mengalami ini. Ini selalu benar berlaku walaupun kita menjadi kapten yang menentukan nasib anak buah kita. Sungguhpun biografi adalah bahan bacaan ynag menarik, agak aneh juga tidak begitu banyak hasil karya biografi di Malaysia terutama dalam Bahasa Malaysia. Y T M Tunku Abdul Rahman Putra banyak sekali menulis tentang pengalaman beliau di masa silam. Saya percaya tulisan beliau mendapat sambutan yang hangat dari pembaca. Beberapa tokoh politik lain, seperti Encik Abdul Aziz Ishak, Tan Sri Datuk Dr. Mohamad bin Mohd. Said dan Allahyarham Ahmad Boestamam ada menulis riwayat hidup mereka sesudah mereka bersara dari politik. General Tan Sri Ibrahim bin Ismail menuliskan "Have You Met Mariam' dari pengalamannya sebagai anggota tentera. Saya percaya menulis riwayat hidup sendiri merupakan profesion kedua yang memuaskan bagi mereka yang telah lama berkhidmat dalam sektor awam. Maka itu saya ingin menggalakkan saudara-saudari dan tokoh-tokoh dalam semua bidang kehidupan supaya menuliskan kisah-kisah menarik dari kehidupan masing-masing. Saya gembira mendapat tahu yang Seminar Biografi Malaysia ini dibiayai sepenuhnya oleh New Straits Times. Ini satu lagi tanda kejayaan konsep Persyarikatan Malaysia. Saya berharap lebih banyak lagi pihak swasta akan tampil untuk membantu projek yang seperti ini. 'Dictionary of American Biography setebal 20 jilid telah dibiayai oleh sebuah syarikat akhbar di negara itu, manakala 'Dictionary of National Biography' di Great Britain, setebal 22 jilid, adalah atas usaha dan dimiliki oleh seorang dermawan. 1

Saya ingin menyeru kepada hartawan dan dermawan kita untuk tampil ke muka dan mengambil projek ini sebagai anak angkatnya. Saya yakin ini adalah sumbangan yang besar ertinya kepada sejarah, ilmu dan negara. Dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Biografi Malaysia ini dan melancarkan Projek Biografi Malaysia

484

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAHASA PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA DAN PUBLIC BANK DI MENARA TABUNG HAJI 30HB. APRIL, 1986

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinNya dapat saya ikut serta dalam Majlis Penyampaian Hadiah Bahasa anjuran Persatuan Linguistik Malaysia dan Public Bank Bhd. ini. Kepada kedua-dua penganjur, saya mengucapkan terima kasih kerana mengundang saya ke majlis ini.

Soal bahasa, ilmu dan budaya adalah soal yang sama pentingnya dengan bidangbidang lain seperti politik, ekonomi, keselamatan dan perhubungan antarabangsa. Sejarah menunjukkan bahawa sesuatu tamadun hanya muncul dengan adanya gabungan antara bahasa, budaya dan ilmu. Dalam hubungannya dengan pembinaan tamadun kita, syarat yang sama tetap berlaku. Jika kita menoleh ke zaman gemilang rantau ini sebagai pusat kebudayaan, perdagangan dan kuasa politik, kita dapat melihat perkembangan bahasa, budaya dan ilmu sekaligus. Kegemilangan empayar Melayu pada zaman silam bukan terletak pada kekuatan politik dan ekonomi semata-mata, malah diimbangi oleh kekuatan mental pujangan dan pemikir Melayu. Tokoh seperti Tun Seri Lanang, Hamzah Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Shamsuddin Pasai, Abdul Rauf Singkel dan beberapa tokoh yang lain adalah bukti perkembangan bahasa, ilmu dan pemikiran yang turut menjulang tamadun Melayu silam. Pada zaman yang lebih lewat, tradisi ilmu itu dilanjutkan oleh tokoh seperti Abdul Samad Al-Falambani di Palembang, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh di Brunei, Arsyad Al-Banjari di Banjarmasin, dan Mohd. Ismail Daud Pattani di Patani. Kita tahu juga bahawa dari abad ke-19 hingga awal abad ke-20, kegiatan intelektual Melayu berpusat di Pulau Penyengat, Riau. Di antara ahli-ahli ilmu di situ, Raja A l i Haji merupakan yang paling terkenal. Kemudian muncul pula Abdullah Munshi yang dianggap memulakan persuratan Melayu baru itu. Saya menimbulkan lintasan sejarah tentang tradisi ilmu dalam bahasa dan budaya Melayu itu supaya kita semua insaf bahawa kita sudah mempunyai pengkalan dan akar yang kukuh untuk melanjutkan pembinaan tamadun kita. Selain daripada itu dengan wujudnya tokoh-tokoh ilmu dan persuratan Melayu pada zaman silam itu, saya berharap perkembangan yang telah dilalui itu dapat dijadikan contoh dan cabaran kepada ahli-ahli ilmu kita pada zaman ini. Jika pada zaman yang teknologinya masih rendah, beribu-ribu kitab dan tulisan ilmiah dapat dihasilkan, maka tidak ada alasan 485

kenapa pada zaman yang serba maju ini saudara-saudari tidak dapat menghasilkan karya ilmiah yang lebih banyak. Apabila saya membuat seruan supaya rakyat Malaysia mempelajari bahasabahasa antarabangsa untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan teknologi moden, ada golongan yang menyatakan bahawa kita tidak cinta kepada Bahasa Kebangsaan kita. Ada yang menyatakan kita telah mula semula menekankan pembangunan Bahasa Inggeris dan meringan-meringankan pembangunan Bahasa Malaysia. Ramai daripada kita harus maklum bahawa dalam usaha memperolehi ilmu dan teknologi moden, kita perlu menguasai berbagai-bagai bahasa yang menjadi alat perkembangan ilmu dan teknologi itu. Mempelajari bahasa-bahasa lain sama sekali tidak akan mengurangkan rasa cinta kita terhadap bahasa kita sendiri dan tidak akan menjejaskan penguasaan Bahasa Kebangsaan, jika bahasa itu memang diajar dan dipelajari dengan sempurna. Tambahan pula, yang perlu kita tekankan ialah mempelajari bahasa-bahasa yang menolong kita membangunkan rakyat dan negara. Kerajaan bukan sahaja menggalakkan pengajaran Bahasa Inggeris, sebaliknya kita menggalakkan pengajaran semua bahasa yang penting untuk meluaskan ilmu kita. Kita juga menggiatkan pelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa Perancis, Jerman, Arab, Jepun dan Korea. Dengan menguasai berbagai bahasa, kita akan lebih terdedah kepada ilmu yang terdapat melalui bahasa-bahasa yang kita pelajari itu. Ini bukanlah satu perkara yang ganjil oleh kerana banyak negara-negara maju yang mengamalkan perkara ini iaitu menggalakkan pengajaran bahasa-bahasa asing termasuk juga mempelajari bahasa kita, Bahasa Malaysia. Harus diingati dan diinsafi bahawa jika tidak ada sama sekali orang Arab yang faham bahasa Melayu dan orang Melayu yang faham bahasa Arab, tidak mungkin kita memeluk agama Islam. Dan setelah memeluk agama Islam tidak mungkin kita mendalami ajaran Islam jika kita faham semata-mata bahasa Melayu. Demikian juga walau bagaimanapun kita cuba tidak mungkin semua ilmu di dunia ini diterjemahkan ke Bahasa Kebangsaan. Itupula jika kita faham bahasa-bahasa asing serta ilmu yang berkenaan untuk menterjemahkannya. Dengan itu, saya ingin menegaskan bahawa pengajaran bahasa-bahasa asing adalah penting dan tidak akan merendah-rendahkan Bahasa Malaysia. Taraf dan pentingnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu akan terus terjamin. Dalam kita membincangkan soal pendidikan pula, saya ingin mengingatkan para hadirin akan jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Abdul Razak yang menjadi pengasas Dasar Pendidikan Kebangsaan. Allahyarham mempunyai pandangan yang jauh sewaktu menjadi Menteri Pelajaran sehingga dasar yang diasaskannya kira-kira tiga puluh tahun dahulu dapat kita gunakan untuk membina masyarakat kita. Sejak berbelas tahun yang lalu, Bahasa Kebangsaan telah kita gunakan sebagai bahasa pengantar ilmu di peringkat pengajian tinggi, sesuatu yang dianggap tidak mungkin pada satu ketika. Sekarang ini di bahu saudara-saudari sebagai ahli ilmu terletak tanggungjawab memenuhi dasar itu. Bukan saja ilmu mesti disampaikan dalam Bahasa Kebangsaan untuk kuliah dan tutorial, tetapi yang lebih penting ialah ilmu mesti diterokai, ditulis 486

dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Jika hal ini tidak dilakukan, pusat-pusat pengajian tinggi kita akan sarat dengan ilmu yang tidak dapat dikembangkan dan tidak dapat disebarkan. Ilmu akan menjadi beku dalam diri ahli-ahli ilmu semata-mata. Apatah lagi jika ahli-ahli ilmu terus-menerus menumpukan perhatian kepada penulisan ilmiah dalam bahasa asing semata-mata. Kita mungkin dapat menonjolkan ahli ilmiah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana karyanya itu; tetapi kita akan kekurangan bahan bacaan dan rujukan ilmiah dalam Bahasa Kebangsaan - bahasa yang kita tetapkan sebagai pengantar ilmu. Saya menyeru saudara-saudari sekalian supaya, di samping berusaha mempertahankan pengiktirafkan antarabangsa, fikirkanlah juga tanggungjawab saudara-saudari kepada anak-anak bangsa kita yang terdidik dari sekolah rendah hingga ke universiti dalam Bahasa Kebangsaan. Merekalah golongan yang menentukan sumber ilmu yang tertulis dalam Bahasa Kebangsaan, dan jumlah golongan ini amatlah besar. Di samping itu, perlulah juga kita fikirkan aspek pembudayaan masyarakat dengan ilmu. Ilmu yang berpusat di institut pengajian tinggi perlu diserapkan ke dalam masyarakat supaya aspek-aspek praktikal ilmu itu dapat dimanfaatkan. Dalam hal ini, bahasa yang paling sesuai tentulah Bahasa Kebangsaan kerana rakyat terbanyak tidak mungkin menguasai bahasa asing yang dikuasai oleh ahli-ahli ilmu. Dalam hubungan ini, perlu saya tegaskan bahawa Kerajaan tidak mendirikan universiti untuk menciptakan golongan elit intelek. Universiti didirikan untuk menjadi ajen perubahan masyarakat. Oleh sebab itu sewajarnyalah ilmu yang dibina di universiti diserapkan ke dalam masyarakat. Berkaitan dengan itulah ahli-ahli ilmu bertanggungjawab menghasilkan karya dalam Bahasa Kebangsaan. Saudara-saudari mesti mewujudkan suasana bahawa masyarakat memerlukan buku, atau apa-apa saja bentuk tulisan yang dapat membantu memajukan mereka. Sudah sampai masanya para petani, misalnya, mendapat faedah daripada kajian ahli sains untuk memajukan pertaniannya dengan membaca kaedah memajukan pertanian melalui tulisan yang mudah dalam bahasa kebangsaan. Sesuatu bahasa yang diabaikan oleh golongan inteleknya akan layu dan beku sehingga tidak berdaya untuk bertahan. Di tangan saudara-saudarilah terletaknya nasib Bahasa Kebangsaan kita. Usahlah disalahkan Kerajaan tentang soal dasar, kerana dasar telah kita bina. Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar ilmu hanya bererti apabila ada usaha pengisiannya. Jika usaha pengisian itu terhalang oleh sebab-sebab teknik seperti dorongan dan pengiktirafan, maka hal itu dengan mudah dapat diatasi. Pihak pentadbiran universiti pasti perlu menyusun satu rancangan induk untuk menghasilkan buku-buku ilmiah dalam bahasa kebangsaan. Pengiktirafan kepada karya ilmiah dalam Bahasa Kebangsaan mesti diberikan sebagaimana pengiktirafan itu diberikan kepada karya ilmiah dalam Bahasa Inggeris. Jika Public Bank yang tidak bergiat dalam bidang ilmu dapat mengadakan dorongan yang berupa Hadiah Bahasa ini, tidak ada sebab universiti tidak dapat merancang insentif atau kemudahan untuk ahli ilmu menghasilkan buku ilmiah dalam Bahasa Kebangsaan. 487

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang Hadiah Bahasa Persatuan Linguistik Malaysia dan Public Bank Tahun 1985. Syabas kepada Persatuan Linguistik Malaysia dan Public Bank Berhad yang mewujudkan Hadiah Bahasa ini kepada penulis karya ilmiah dalam Bahasa Kebangsaan. Saya berharap Hadiah Bahasa ini akan diteruskan sebagai suatu bentuk dorongan dan sambil itu saya berseru agar pihak-pihak lain mengambil daya usaha mewujudkan dorongan-dorongan yang lain pula.

488

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PENUTUP MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 1986 DI PADANG KAWAD, KEMENTAH, 7HB. MEI, 1986

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat hadir bersama-sama pada malam ini untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya melakukan upacara penutup Musabaqah Membaca Al-Quran Angkatan Tentera bagi tahun ini.

Musabaqah Membaca Al-Quran telah menjadi amalan bagi masyarakat kita pada setiap tahun. Upacara yang mulia ini merupakan salah satu daripada usaha-usaha kita untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan ajaran Islam yang terkandung di dalamnya. Dengan itu kita akan menjadi umat Islam yang lebih beriman dan kukuh dan kita akan dapat menangkis ajaran-ajaran yang karut yang dikaitkan dengan Islam. Pada setiap tahun kita mengadakan musabaqah, kita tidak ketinggalan menyediakan tematemanya yang tersendiri dan yang diambil daripada Al-Quran yang boleh memandu kita dalam menghadapi perkembangan-perkembangan semasa. Malahan kita mengambilkira serta mempastikan supaya tema-tema musabaqah pada tiap-tiap tahun ada berhubungkait antara satu dengan yang lain. Ini adalah satu usaha yang kita lakukan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran individu dan juga masyarakat terhadap perkembangan Islam dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat ketika itu. Tema 'Kesederhanaan Menurut Al-Quran' adalah ungkapan yang kita anggap paling sesuai bagi Musabaqah Membaca Al-Quran peringkat Angkatan Tentera pada tahun ini. Kesesuaian yang kita ambilkira pada tema itu ialah kedudukan kita sebagai umat Islam dan penghidupan di dalam suasana sekeliling kita, di dalam masyarakat yang berbilang kepercayaan dan keturunan. Memang Allah Subhanahu Wataala menggalakkan kita berlaku sederhana dalam semua gerak-geri kita. Allah Subhanahu Wataala tidak suka kepada orang yang suka mencetuskan huru-hara dalam masyarakat. Bagi Angkatan Tentera, kesederhanaan tidaklah bermakna tidak berperang melawan musuh dengan penuh semangat dan kekesanan, tetapi kesederhanaan juga bermakna tidak membuat perkara-perkara yang keji yang tidak ada kaitan dengan pencapaian matlamat perjuangan. Tuan-tuan sebagai anggota tentera tentu lebih maklum, bahawa di dalam peperangan menentang musuh-musuh Allah dan negara, kita perlukan kesungguhan dan kegigihan untuk menewaskan musuh tanpa nafsu dan dendam menguasai fikiran dan tindak-tanduk kita. Kita harus faham mengenai kesederhaaan yang dikehendaki oleh Islam, yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah, ayat 143 yang bermaksud: "Dan demikianlah sebagaimana Kami (Allah) telah memimpin kamu ke jalan yang lurus, Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat perte489

ngahan (sederhana), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada seluruh manusia (mengenai yang benar dan yang salah)" Dari ayat itu jelas konsep sederhana yang menyeluruh bagi apa jua aspek hidup harian. Dalam usaha menyebarkan ajaran Islam, hanya mereka yang bersikap sederhana dan tidak melampau sahaja yang mampu memikul tanggungjawab tersebut. Sikap sederhana adalah penting di dalam hidup bermasyarakat, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama. Kita tidak mahu keamanan, perpaduan dan pembangunan dihancur atau dimusnahkan oleh mereka yang bersikap melampau, bersikap tidak mengambilkira pendapat dan pandangan daripada saudarasaudara kita yang lain. Kerana dengan sikap sederhana dan menerima pandangan dari kawan dan saudara kita, adalah cara yang baik untuk membina dan memupuk perpaduan umat Islam dan perhubungan kita dengan bukan Islam. Selain daripada mengukuhkan perpaduan ummah, falsafah dari ayat itu juga boleh dijadikan panduan dalam usaha-usaha kita menerapkan nilai-nilai mulia ini di dalam kehidupan harian masyarakat Malaysia seluruhnya. Kesederhanaan merupakan pendekatan yang dapat melahirkan sikap positif penganut-penganut semua agama ke arah hasrat kita itu supaya beroleh kejayaan, kerana kita memang maklum bahawa ajaran dan nilai-nilai Islam adalah sejagat, yang dapat diterima oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Walau bagaimanapun ianya memerlukan kesungguhan dan kegigihan daripada setiap anggota masyarakat Islam sebelum kejayaan daripadanya dapat sama-sama kita nikmati. Ketentuan dari Allah itu adalah berkait rapat dengan daya usaha serta tanggungjawab manusia. Dengan itu, kita umat Islam di Malaysia harus bersama-sama memikul tanggungjawab ini. Kor Agama Angkatan Tentera yang akan diadakan nanti, saya yakin akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kesedaran Islam dalam angkatan tentera kita disamping menghindarkan ajaran-ajaran dan fahaman yang sesat atau bertentangan dengan agama Islam yang maha suci.

490

UCAPAN P E R D A N A MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR B I N MOHAMAD DI UPACARA P E N U T U P MUSABAQAH M E M B A C A AL-QURAN POLIS DI-RAJA MALAYSIA DI PUSAT L A T I H A N POLIS (PULAPOL) KUALA LUMPUR 17HB. MEI, 1986

A

lhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan taufik dan hidayahNya dapat kita bersama-sama di Majlis Penutup Musabaqah Membaca Al-Quran Pasukan Polis Di-Raja Malaysia pada malam ini.

Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelenggara dan menjayakan Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran ini. Kepada qari dan qariah yang berjaya, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan kepada yang belum berjaya, saya juga memberi sanjungan yang tinggi di atas sikap dan semangat mereka menyertai Musabaqah ini. Tujuan sebenarnya kita mengadakan musabaqah membaca Al-Quran bukanlah kerana hadiah yang boleh didapati oleh pemenang, tetapi supaya kita dapat merapatkan diri dengan Al-Quran dan meningkatkan lagi kelancaran membacanya. Kita tidak akan mengetahui sama ada peningkatan berlaku atau tidak tanpa pertandingan secara tersusun. Pemenang diberi hadiah kerana peranannya dalam mencapai matlamat peningkatan kebolehan membaca dan merapatkan kita kepada Al-Quran. Tidak siapa boleh menafikan bahawa sejak kita mengadakan pertandingan membaca Al-Quran, kita semua lebih mengetahui isi kandungannya dan cara membaca yang terbaik. Tema Musabaqah Polis Di-Raja Malaysia pada tahun ini adalah sama dengan tema Hari Polis tahun ini iaitu 'Profesionalisme Teras Perkhidmatan Polis'. Salah satu kekuatan pasukan polis di mana-mana negara juapun ialah pandangan umum terhadap tahap profesionalisme yang diamalkan oleh setiap anggota pasukan polis. Antara lain, profesionalisme bermaksud tumpuan kepada tugas tulen dengan mutu yang tinggi yang tidak dipengaruhi oleh kepentingan diri atau yang lain daripada bidang kerja yang berkenaan. Ini memerlukan disiplin dan dedikasi yang tidak berbelah-bahagi serta kesetiaan yang tahan dicabar. Bagi polis, ini bermakna taat setia kepada negara dan perlembagaan dengan semua isi kandungannya. Kecekapan dan prestasi perlu ditingkatkan sepanjang masa supaya bukan sahaja pasukan polis berkesan tetapi dihormati oleh semua pihak. Peranan pasukan polis sesungguhnya amat rumit dan mencabar. Peranan ini adalah bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Al-Quran sendiri. Ini dijelaskan dalam Surah Al-'Imraan, ayat 104, yang bermaksud: 'Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh berbuat segala 491

perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya'. Dalam usaha untuk mencegah jenayah dan menguatkuasakan undang-undang, pasukan polis sentiasa menjadi sasaran penjenayah dan mereka yang tidak endahkan undang-undang. Di antara mereka ini terdapat pelampau agama yang sudah jauh lari daripada ajaran Islam sehingga sanggup membunuh anggota polis yang hanya menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan negara. Mereka telah lupa betapa anggota polis menghadapi cabaran dan bahaya untuk keselesaan hidup mereka. Di samping itu pula, polis terpaksa menangkis dan membendung gerakan komunis di hutan. Dalam operasi-operasi polis menentang pengganas komunis, banyak kejayaan dicapai. Tetapi kerana kepentingan penerusan operasi, kejayaan ini tidak diisytiharkan sehingga orang ramai tidak mengetahui akan kejayaan polis dan betapa keselamatan rakyat terpelihara. Kerana tidak mengetahui peranan yang dimainkan oleh polis, ada golongan masyarakat yang menjadikan pasukan polis sebagai sasaran atau tumpuan kritikan apabila timbul isu-isu semasa yang melibatkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara. Namun demikian, saya berasa bangga dan bersyukur kerana anggota-anggota pasukan polis tidak mudah dipengaruhi dan dilemahkan semangat oleh dakyah-dakyah palsu itu. Anggota-anggota polis telah menunjukkan sifat-sifat ketakwaan, kesabaran dan keberanian dalam menghadapi segala cabaran. Sebenarnya, sebagai sebuah negara yang demokratik dan berperlembagaan yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi, tidaklah ada ruang di mana penindasan atau pemerasan dapat dilakukan oleh pihak pemerintah atau agensiagensinya seperti pasukan polis. Pasukan polis di negara ini adalah pasukan yang bertanggungjawab apabila menjalankan amanah negara dan rakyat. Dalam menguatkuasakan undang-undang, polis tidak membezakan antara kaum dan agama atau fahaman politik. Saya percaya pasukan polis akan dapat memikul tanggungjawab mereka dengan memuaskan jika sifat-sifat ketakwaan, kesabaran dan keberanian itu dikekalkan di samping meningkatkan mutu, disiplin, kecekapan serta akhlak. Islam mahukan umatnya hidup aman dan selamat di dunia dan di akhirat. Keselamatan dan ketenteraman hanya dapat diteruskan apabila kita bersatupadu, bekerjasama, bermuafakat dan menghindarkan permusuhan. Islam amat mementingkan perpaduan di kalangan umatnya. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Ma'idah, ayat 2, yang bermaksud: 'Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan'. Pertikaian yang timbul dari sikap benci membenci, hasad dengki dan salah faham boleh menjejaskan perpaduan dan keselamatan. Menurut riwayat Muslim, ini dijelaskan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. yang bersabda: 'Jangan benci-membenci, jangan berhasaddengki dan jangan bermasam-muka, sebaliknya jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara, dan tidak harus bagi seseorang Islam memulaukan saudaranya melebihi tiga malam'. 492

Yang menyulitkan kita pada hari ini ialah keselamatan dan kedamaian adalah begitu sukar untuk dipelihara. Perbelanjaan untuk keselamatan menjadi terlalu tinggi. Beribu-ribu juta Ringgit dibelanja bagi menambah kekuatan polis dan tentera. Perbelanjaan ini dapat diselamatkan dan diguna untuk lain-lain keperluan rakyat jika rakyat sendiri berdisiplin dan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar iaitu beramanah, lurus dan melaku kebaikan serta menolak perbuatan yang mungkar. Sebab itulah, Kerajaan menganjurkan penerapan nilai-nilai Islam dan menggalakkan pembacaan Al-Quran dengan mengadakan musabaqah. Masyarakat Malaysia bukan sahaja akan menjadi lebih bahagia tetapi akan lebih dihormati kerana keadaan sentiasa aman dan selamat tanpa terlalu banyak kawalan oleh polis dan sebagainya. Di dalam usaha membangunkan negara, setiap orang daripada kita mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing. Setiap satunya hendaklah dilihat sebagai amanah daripada Allah Subhanahu Wataala kepada kita. Kebijaksanaan kita melaksanakan tanggungjawab dan kuasa itu akan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala. Kerja yang kita lakukan untuk kebaikan diri dan masyarakat adalah sebahagian daripada ibadat kita, dan kita akan menerima ganjaran dan pahala daripada Allah Subhanahu Wataala. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Polis Di-Raja Malaysia kerana berjaya menganjurkan Musabaqah ini. Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada kita semua.

493

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI OLEH PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA MALAM HARI RAYA AIDILFITRI 1406 HIJRAH/ 1986 MASIHI 7HB. JUN, 1986

S

yukur alhamdulillah, sekali lagi kita umat Islam dapat merayakan kemenangan kita — kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Bulan Ramadan adalah bulan di waktu mana terdapat berbagai dugaan bagi umat Islam. Tetapi sesungguhnya di sebalik dugaan itu, Allah Subhanahu Wataala Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani telah menyediakan bagi kita berbagai-bagai hikmat dan nikmat. Dan dengan limpah rahmat Allah Subhanahu Wataala, kita telah berpuasa dan insya-Allah telah meneguhkan iman kita.

Untuk selama sebulan kita telah berjaya melawan lapar dan dahaga dan lain-lain tekanan nafsu. Berpuasa bermakna mengawal segala nafsu yang mempengaruhi gerak-geri kita. Kehidupan manusia merupakan satu pertandingan hebat antara nafsu dengan nilai-nilai yang mulia yang dituntut oleh agama. Walaupun di luar bulan puasa kita boleh makan dan minum mengikut selera, nafsu dan kemampuan kita, tetapi kesederhanaan yang dituntut oleh agama kita serta pengalaman kita melarang kita daripada berbuat demikian. Jika kita berjaya melawan nafsu maka kita akan hidup lebih sihat dan bahagia. Demikian juga, jika kita melawan tabiat dan amalan yang tidak baik seperti memfitnah, memungkir janji, membuat jenayah dan lain-lain perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam. Tetapi pada bulan puasa, kawalan terhadap nafsu kita adalah lebih ketat yang mana ini bukan sahaja akan melindung kita daripada mudarat tetapi juga menjadikan kita manusia yang lebih insaf dan bertimbang rasa. Jika kita kenal dan menginsafi pahit maung yang menjadi kelaziman bagi mereka yang tidak berkeupayaan atau kurang kemampuan, kita akan lebih bersimpati kepada mereka dan akan lebih mudah kita lakukan kerja-kerja kebajikan dalam masyarakat. Agama Islam akan lebih dihormati dan lebih dimuliakan jika orang-orang Islam selalu insaf dan sering tolong menolong. Amatlah memalukan orang-orang Islam kerana apabila ramai umat Islam di Afrika mengalami kebuluran, orang-orang bukan Islam yang lebih aktif menghulurkan bantuan. Apakah kita tidak mempelajari sesuatu daripada ibadat puasa kita? Apakah 494

puasa mengajar kita menjadi penerima bantuan dan bukan pemberi bantuan? Apakah kita menganggap puasa sebagai satu ritual untuk mendapat pahala di akhirat sahaja tanpa apa-apa kesan terhadap tingkah laku kita di dunia? Kita harus bertanya kepada diri kita dengan ikhlas dan menjawabnya dengan jujur. Jika tidak, akan sia-sia sahajalah ibadat kita. Keadaan ekonomi negara kita baru sahaja menunjukkan tanda-tanda yang agak menggalakkan. Baru-baru ini permintaan untuk barang-barang keluaran kilang-kilang elektronik kita telah mula bertambah. Peluang-peluang pekerjaan dalam sektor ini nampaknya semakin cerah. Namun demikian, janganlah kita lupa akan pengalaman buruk akibat kemelesetan. Kita yang berpeluang harus ingat bahawa masih ramai yang terus menganggur dan sama ada mereka akan dapat peluang bekerja bergantung kepada prestasi kerja yang ditunjukkan oleh kita. Jikalau prestasi kita tidak baik, pelaburan akan mengalir ke negara lain, di mana mungkin dengan belanja yang lebih rendah, pengeluarannya lebih tinggi. Tidak ada gunanya kita mengeluh kenapa pelabur tidak datang ke negara kita. Lebih baik lagi kita mengenalpasti kelemahan kita dan mengatasinya. Yang ingin mendapat peluang daripada kita bukan sahaja majikan. Ada juga orang yang ingin mendapat peluang daripada adanya para pekerja yang ramai supaya mereka mendapat tempat bagi diri mereka. Sementara yang bekerja harus bertindak menjaga kepentingan mereka, janganlah begitu mudah terpengaruh dengan bayangan pendapatan yang lebih dalam jangka pendek sehingga terjejas nasib jangka panjang. Janganlah kita mengganggu peluang mereka yang masih menganggur dengan terlalu ghairah mementingkan diri kita sahaja. Barangan utama yang penting bagi ekonomi negara kita masih menghadapi pasaran yang lembab. Kerajaan sedang melakukan segala-galanya untuk mengatasi masalah akibat daripada kejatuhan harga ini. Di sini harus kita ingat bahawa yang penting ialah kos pengeluaran hendaklah jauh lebih rendah daripada harga jualan. Jika harga jualan jatuh, kita harus mencari jalan untuk menurunkan kos pengeluaran. Ini memerlukan kecekapan pengurusan dan peningkatan daya pengeluaran oleh para pekerja. Jika kita mengharapkan pihak pembeli untuk menaikkan harga barangan kita, kita tetap akan kecewa. Sebaliknya, jika kos pengeluaran kita rendah, kenaikan harga akan menambahkan lagi keuntungan kita. Sementara menunggu hasil usaha kita, kita hendaklah berjimat cermat dan sanggup menghadapi kehidupan yang kurang selesa daripada dahulu. Sempena menjelangnya Hari Raya Puasa ini, marilah kita renungkan akan cabaran dan dugaan yang kita hadapi sekarang. Manusia yang beriman dan tidak mudah kecewa, tidak akan menyerah kalah kepada tekanan yang dihadapi. Sebaliknya, mereka bukan sahaja akan menyusun langkah bagi mengatasi segala cabaran, tetapi menjadi lebih kuat kerana usahanya. Sebenarnya, apa yang dihadapi 495

oleh kita bukanlah seberat yang dihadapi oleh negara-negara lain. Kita harus insaf dan bersyukur kerana ringan benar tekanan terhadap kita. Kerajaan berusaha menghadapi cabaran-cabaran dengan penuh realiti, dengan penuh tekad. Insya-Allah dengan keinsafan dan kesedaran rakyat akan konsep korban yang diajar oleh agama Islam, kita akan bersama-sama mengatasi masalah kita. Tuhan tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri berusaha mengubahkannya. Inilah pegangan Kerajaan dan ini jugalah pegangan rakyat, terutamanya umat Islam. Dengan ini maka bertambahlah hasil ibadat puasa kita, kerana kita akan menjadi umat yang lebih takwa dan faham akan dugaan Allah. Berjaya atau tidaknya sesuatu masyarakat tertakluk kepada nilai hidup yang diamalkannya. Kita telah memilih nilai-nilai Islam sebagai panduan dan pegangan kita. Janganlah sesiapa mengkhianati pilihan kita ini dengan melemparkan fitnah yang boleh melemahkan penerimaan nilai-nilai Islam kerana kita tahu nilai-nilai ini akan membawa manfaat kepada kita. Jika kita gagal, sebabnya ialah kerana orang yang mengkhianati kita telah berjaya menyekat penerapan nilai-nilai Islam dalam amalan kita. Justeru itu, hendaklah kita perangi penghasut dan penghalang ini demi menentukan kejayaan kita dan mengukuhkan lagi iman kita. Umat Islam pada zaman ini banyak menghadapi cabaran. Cabaran-cabaran yang dihadapi pula sangatlah mendesak. Kelemahan yang terdapat pada umat Islam hari ini dieksploitasikan dengan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang memang merancang untuk memecah-belahkan masyarakat Islam dan menggugat lagi ketahanan umat Islam. Rancangan mereka menjadi bertambah mudah kerana negara-negara Islam seluruhnya banyak bergantung kepada negara-negara yang mempunyai musuh Islam. Negara-negara Islam yang sedang membangun juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran. Dengan cara halus dan tidak langsung, mereka menghasut rakyat di negaranegara ini supaya mengancam kestabilan, yang mana kestabilanlah yang menjamin kemajuan serta ketahanan sesebuah negara. Dengan tidak disedari orang-orang Islam telah diperalatkan, maka berjayalah musuh Islam mencapai hasrat mereka. Oleh itu, sedarilah dan jauhilah sengketa sesama sendiri jika orang-orang Islam ingin mencapai kejayaan. Musuh kita tidak kenal Hari Raya. Pada hari yang mulia inipun mungkin mereka berusaha menyerang kita. Oleh itu, terpaksalah pasukan-pasukan keselamatan kita meneruskan tugas-tugas mereka walaupun pada Hari Raya. Kita tidak boleh lupakan anggota-anggota pasukan keselamatan kita dan pengorbanan yang mereka lakukan. Kita mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan Selamat Berhari Raya di manamana juga mereka berada. Kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala melindungi mereka semasa mereka dengan penuh kecekapan menjalankan tugas-tugas mereka di Hari Raya ini.

496

Kepada saudara-saudari kaum Muslimin, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga kita semua mendapat hidayat. Kepada saudara-saudari yang bukan Islam, rayakanlah hari kebesaran ini bersama-sama dengan rakan-rakan Islam anda. Akhir kata, saya serta keluarga saya memohon maaf, zahir dan batin, di atas apa juga kesilapan yang mungkin kami telah lakukan selama ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

497

UCAPAN TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA KEPADA DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG OLEH PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA MAJLIS MENGADAP DAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG-BINTANG SERTA PINGAT-PINGAT DI ISTANA NEGARA 21HB. JUN, 1986

B

agi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat serta diri patik sendiri, patik mohon menyembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sempena Majlis Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat pada hari ini. Sempena hari yang berbahagia ini, patik sekalian berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga dilanjutkan usia serta dilimpahkan rahmat dan hidayahNya kepada Duli Tuanku serta Raja Permaisuri Agong. Demikian juga, patik sekalian berdoa semoga Tuanku berdua sentiasa di dalam kandungan sihat walafiat, serta memerintah dan memegang teraju tertinggi pemerintahan negara Malaysia, dengan bertambah daulat dan kemuliaan.

Dalam ucapan di upacara yang sama tahun lalu, patik telah memperkatakan tentang penggubalan Rancangan Malaysia Kelima dan cita-cita Kerajaan untuk mempastikan objektif-objektif Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan dengan jayanya. Rancangan Malaysia Kelima telahpun bermula dan ianya mengambilkira semua aspek ekonomi negara dan ekonomi antarabangsa. Kerajaan berasa optimis bahawa sebahagian besar daripada objektif-objektif Dasar Ekonomi Baru akan tercapai. Ekonomi negara yang meleset akibat kemelesetan ekonomi antarabangsa telahpun menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Antara tanda-tanda pemulihan ialah yang terdapat dalam industri elektronik dan industri pembalakan. Harga minyak petroleum semakin stabil, bahkan ada kemungkinan ianya akan pulih sedikit sebanyak dalam masa beberapa bulan lagi. Patik yakin proses pemulihan ekonomi negara ini akan berterusan walaupun secara perlahan-lahan, insya-Allah. Di samping itu, kawalan ke atas import dan kawalan kewangan yang ketat oleh Kerajaan semenjak tahun-tahun berakhir ini telah menampakkan hasil yang menggalakkan. Salah satu contoh kejayaan kawalan itu ialah meningkatnya rezab atau simpanan luar negeri, iaitu 'external reserves' negara kita. Simpanan luar negeri Malaysia pada hujung tahun 1985 ialah bersamaan dengan keupayaan kita membayar import negara selama 4.9 bulan. Ini berbanding dengan keupayaan simpanan luar negeri kita yang bersamaan dengan hanya 3.5 bulan import pada tahun sebelumnya, iaitu pada 498

tahun 1984. Dalam pada itu juga Kerajaan telah melaksanakan hanya projek-projek pembangunan yang penting dan yang patut dilaksanakan dengan segera. Beberapa projek pembangunan lain lagi dapat dilaksanakan melalui usaha-usaha penjimatan oleh Kerajaan dan juga pinjaman dalam negeri. Pinjaman Kerajaan, sama ada daripada dalam negeri atau luar negeri, adalah hanya untuk projek-projek pembangunan yang mempunyai pulangan kewangan atau 'financial returns' kepada ekonomi negara. Semua ini merupakan kejayaan-kejayaan awal ke atas usaha-usaha kawalan import dan kawalan kewangan Kerajaan. Mengenai perpaduan pula, Kerajaan berbangga dengan tahap perpaduan yang telah kita capai setakat ini. Namun demikian Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi perpaduan rakyat supaya terbina satu negara yang teguh lagi makmur. Insya-Allah, bilangan rakyat negara ini yang cintakan perpaduan, yang rasional dan sentiasa berwaspada tentang pentingnya perpaduan adalah lebih ramai. Hanya segelintir sahaja yang kadang-kadang ghairah dengan isu-isu yang boleh meningkatkan perasaan perkauman oleh kerana kepentingan parti atau kepentingan diri sendiri. Pada keseluruhannya, dugaan-dugaan kecil ini akhirnya akan menjadikan kita bertambah kuat dan lebih bersatu. Patik, bersama-sama dengan menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, dan sekalian kakitangan Kerajaan, akan terus menumpukan usaha dan tenaga untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawab patik sekalian dengan penuh semangat dan tekad bagi menjamin kemakmuran, keselamatan dan kebahagiaan rakyat dan negara Malaysia. Pada hari yang berbahagia dan penuh istiadat ini, bagi pihak diri patik, Kerajaan dan seluruh rakyat, patik dengan segala hormat dan takzimnya mohon menyembah ikrar taat-setia yang tidak berbelah bahagi kepada Duli Tuanku.

499

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM PERTUBUHAN JURUKUR MALAYSIA KUALA LUMPUR 28HB. JUN, 1986

T

erlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Pertubuhan Jurukur Malaysia, kerana menjemput saya dan isteri saya ke Majlis Makan Malam ini. Sempena dengan sambutan Jubli Perak Pertubuhan ini, saya mengucapkan tahniah kepada semua ahli semoga Pertubuhan ini akan bertambah kuat dan aktif lagi bukan sahaja untuk menjaga kepentingan ahli-ahlinya tetapi juga untuk memberi sumbangan kepada pembangunan negara kita.

Yang Berbahagia Presiden Pertubuhan dalam ucapannya telah membangkitkan beberapa perkara. Kita akan memberi pertimbangan yang sewajarnya ke atas perkaraperkara yang dibangkitkan itu. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kerana pandangan tersebut. Seperti yang kita semua maklum hampir semua profesion di negara ini mempunyai pertubuhan-pertubuhan atau badan-badan untuk menjaga kepentingan anggotaanggota profesion masing-masing. Selain daripada Pertubuhan Jurukur ini, terdapat juga badan-badan yang mewakili para doktor, jurutera, arkitek, peguam dan sebagainya. Telah dibuktikan bahawa penubuhan badan-badan seperti ini adalah sangat berfaedah pada keseluruhannya. Badan-badan seperti ini dapat menjaga kepentingan profesion, kebajikan ahli-ahli dan meningkatkan taraf profesionalisme di kalangan ahliahli di samping menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan. Walau bagaimanapun, sekali-sekala timbul gejala, kepentingan individu serta ketamakkan seseorang ahli yang menjejaskan nama baik profesion yang mereka wakil. Gejala-gejala ini sudah pasti melanggar etika atau nilai-nilai yang dianjurkan oleh semua profesion. Profesion yang saya menjadi anggota, iaitu perubatan, juga tidak terkecuali daripada gejala ini. Justera itu setiap institusi yang mewakili satu-satu profesion hendaklah sentiasa berwaspada dan bersikap bertanggungjawab melindungi dan membersihkan profesion dan pertubuhan daripada penyakit ini. Saya berharap Pertubuhan Jurukur Malaysia akan meningkatkan usaha supaya gejala-gejala buruk seperti ini tidak berlaku. Janganlah ahli-ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap disiplin membenarkan pengaruh atau kepentingan lain menghalang tindakan yang perlu diambil. Di Malaysia Kerajaan sentiasa menyedari pentingnya institusi yang mewakili para profesional, termasuklah jurukur-jurukur di negara ini. Justeru itu jurukur keseluruhannya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap nilai harta-harta di negara ini 500

terutama harta-harta tidak alih atau "immovable properties". Anggota-anggota Pertubuhan ini boleh mempengaruhi "cost of living" atau sara hidup di negara ini. Sebagai contoh harga rumah dan bangunan-bangunan lain telah melambung dengan tingginya semenjak lima atau enam tahun yang lalu. Pada pendapat saya satu daripada sebab meningkatnya kos ialah sistem "fees" atau bayaran yang diasaskan kepada peratusan kos projek. Sudah tentu jika kos projek tinggi maka bahagian "fees" bagi ahliahli profesional juga meningkat. Adalah lebih baik daripada segi kawalan kos jika "fees" diasaskan kepada "quantity of work" atau "man/hour basis". Kerajaan menganggap penting penurunan semua kos - iaitu sara hidup keseluruhannya - supaya negara kita menjadi lebih bersaing atau "competitive" di pasaran dunia. Sekarang ini semua kos pengeluaran barangan di Malaysia adalah lebih tinggi daripada kos pengeluaran di negara-negara lain yang bertanding dengan kita. Satu daripada sebabnya ialah kos perkhidmatan profesional dan kesan sistem "fees" kepada peratusan kos projek. Jika kita tidak dapat mengurangkan kos kita, "we will be priced out of the market". Satu daripada sebab kenapa perniagaan perkhidmatan profesional merosot sekarang ialah kerana bangunan-bangunan di Kuala Lumpur umpamanya terlalu mahal sehingga tidak dapat memberi pulangan kepada pihak pemaju apabila "glut" atau keadaan berlebihan berlaku. Dengan itu mereka bukan sahaja tidak dapat mengadakan projekprojek yang baru tetapi juga mereka mungkin tidak dapat membayar hutang mereka. Kerajaan dalam usahanya untuk membangunkan negara dan memberi manfaat kepada rakyat negara ini telah menyediakan berbagai insentif dan galakan bagi menarik minat pelabur-pelabur asing supaya cenderong untuk menanam modal di Malaysia. Rancangan-rancangan pembangunan Malaysia yang telah digubal semuanya bertujuan untuk mencapai hasrat murni ini. Walau bagaimanapun segala usaha yang dirancangkan oleh Kerajaan tidak akan begitu berkesan jika kurang mendapat sambutan yang positif daripada kalangan pihak swasta. Apa yang saya maksudkan dengan sambutan positif di sini ialah pihak swasta juga mesti memainkan peranan untuk mewujudkan suasana yang sesuai dan menggalakkan bagi pelabur-pelabur asing. Kerajaan telah berusaha meningkatkan mutu dan kecekapan perkhidmatan Kerajaan. Sebenarnya banyak kejayaan telah dicapai daripada segi khidmat Kerajaan ini. Malangnya orang-orang yang bersikap negatif dan berkepentingan, sengaja tidak mahu mengakui kenaikan prestasi khidmat pegawai dan kakitangan Kerajaan. Mereka ini lebih suka mencari-cari kes-kes kegagalan untuk didedahkan. Tujuan mereka ialah politik tetapi akibat daripada komen mereka yang buruk ini ialah kekecewaan di kalangan kakitangan Kerajaan. Dengan itu semangat kakitangan Kerajaan pun pudar dan hasrat Kerajaan untuk mengadakan khidmat yang bersih, cekap dan amanah pun terganggu. Akibatnya ialah rakyat dan negara juga mengalami kerugian. 'Give credit where credit is due'. Takkanlah kita tidak nampak sedikitpun perubahan ke arah kebaikan dalam khidmat pegawai dan kakitangan Kerajaan sekarang ini. Ahli-ahli profesional seperti tuan-tuan dan puan-puan patutlah memberi penghargaan kepada kaki tangan Kerajaan apabila kena pada tempatnya. Bagi Kerajaan, ia tidak akan kecewa walaupun usahanya tidak dihargai. Saya sangat berbangga dengan peningkatan bilangan para profesional di negara ini. Keahlian kumpulan-kumpulan atau institusi-institusi profesional yang berdaftar 501

seperti institusi untuk arkitek, jurutera, doktor, akauntan dan jurukur telah meningkat melebihi 26,000 orang pada tahun 1984. Ini merupakan pertumbuhan atau peningkatan kira-kira 11% setahun sejak beberapa tahun yang lalu. Kerajaan berharap supaya bilangan para profesional di negara ini terus meningkat "Specialisation" yang berpunca daripada perkhidmatan profesional akan membantu meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat Malaysia. Di sini kita patut ingat bahawa "standard" atau taraf harus disesuaikan dengan keupayaan masyarakat. Jika kita cuba mengenakan atau "impose standard" masyarakat yang sudah maju ke atas masyarakat yang sedang membangun, maka anggota masyarakat itu terpaksalah membayar kos yang amat tinggi. Akhirnya mereka tidak akan dapat apa-apa manfaat. Negara kita mungkin kaya dengan sumber-sumber ekonomi tetapi kekayaan itu tidak membawa manfaat yang banyak kalau tidak diusaha, diolah dan dikilangkan sehingga menjadi barangan yang diperlukan oleh para pengguna. Di sinilah terIetaknya peranan ahli-ahli profesional. Ilmu mereka hendaklah diperalatkan supaya kita dapat memperolehi hasil. Namun demikian para profesional perlu ingat bahawa kelulusan sebagai jurukur, atau jurutera, atau doktor tidak bermakna mereka boleh berjaya sebagai pelabur, pengurus atau peniaga. Oleh itu janganlah anggap bahawa kita cuma boleh jadi boss sahaja. Anggapan inilah yang menyebabkan Malaysia mempunyai banyak perusahaan atau perniagaan yang kecil-kecil yang tidak dapat "benefit from economies of scale". Kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada pengajian yang membolehkan lebih ramai rakyat kita menjadi para profesional dan pekerja-pekerja mahir dalam berbagai lapangan. Kita harap kita akan dapat mempastikan bahawa kekayaan sumber-sumber ekonomi negara kita akan terus diusahakan dengan baik. Bahkan sumbersumber yang tidak ekonomik dewasa ini boleh dijadikan sumber-sumber yang menguntungkan kalau para pengusaha dan para profesional dapat menggemblingkan tenaga dan fikiran untuk mengatasi segala masalah. Dengan itu Kerajaan akan terus mengutamakan bidang pelajaran ke arah profesionalisme dan kemahiran. Sebelum saya menamatkan ucapan saya ini izinkan saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa dan para ahli Pertubuhan Jurukur Malaysia yang sudi mengurniakan 'Fellowship Kehormat kepada saya. Ini bermakna bertambah satu lagi 'fellowship' yang diberikan kepada saya. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Institut Jurukur serta ahli-ahli yang lain atas kesudian menjemput saya dan isteri saya ke majlis ini. Sempena sambutan Jubli Perak Pertubuhan ini, saya mengucapkan tahniah.

502

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN ANJURAN BIRO KEBUDAYAAN UMNO MALAYSIA DI DEWAN TUNKU CANSELOR UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR 14HB. JULAI, 1986 aya bertenma kasih kepada biro Kebudayaan U M N O kerana memberi kesempatan untuk saya berucap dan seterusnya merasmikan Konvensyen Bahasa Kebangsaan ini. Sudah hampir 29 tahun kita merdeka, selama itu jugalah bahasa yang berasaskan kepada Bahasa Melayu tegak berdiri sebagai Bahasa Malaysia, Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Akta yang digubal telahpun dilaksanakan berhubung dengan kedua-dua fungsi Bahasa Malaysia - iaitu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi. Dalam perancangan bahasa bagi negara kita, kita mempunyai model yang tersendiri yang kita tidak timba daripada mana-mana negara. Model ini kita bina dan perkembangkan dari dalam, yakni berdasarkan keadaan etnik dan kebahasaan yang mencirikan alam kita, berdasarkan proses-proses sejarah yang kita lalui dalam usaha mencapai kemerdekaan, dan juga berdasarkan cita-cita kita untuk terus hidup sebagai bangsa yang maju lagi berdaulat. Berdasarkan itu semua, kita merasakan perlu untuk memberi takrif kita sendiri kepada apa yang kita maksudkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kebanyakan negara di dunia, bahkan beberapa negara jiran kita, tidak mengadakan pembezaan fungsi bahasa seperti yang kita lakukan itu, kerana pembezaan yang seperti itu tidak diperlukan oleh mereka. Bagi mereka, apa yang mereka namakan "Bahasa Kebangsaan" itu sudah cukup untuk menjalankan dua fungsi yang disebutkan tadi, bahkan untuk fungsi-fungsi yang lain juga. Di Semenanjung Malaysia, perbezaan dua fungsi itu jelas dan nyata sehingga tahun 1967, apabila bahasa yang berasaskan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi yang tunggal, tidak lagi sebagai salah satu bahasa rasmi di samping Bahasa Inggeris. Semenjak itu dua fungsi sudah bercantum menjadi satu. Percantuman dua fungsi berlaku agak lambat sedikit di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, seluruh Malaysia sekarang ini mempunyai satu bahasa rasmi yang tunggal, yang juga merupakan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. 503

Perhimpunan raksasa untuk memperkatakan isu-isu bahasa jarang kita dengar dalam sepuluh atau lima belas tahun kebelakangan ini. Yang kita dengar hanya persidangan-persidangan ilmiah atau separuh ilmiah yang dikelolakan oleh ahli-ahli bahasa dan para penulis. Hari ini sungguh istimewa, kerana perhimpunan ini digerakkan oleh orangorang politik. Perjuangan memaktubkan bahasa yang diasaskan daripada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam Perlembagaan Malaysia, adalah perjuangan politik. Muktamad tersebut sudah tercapai dengan adanya Akademi Bahasa. Kejayaan itu disambut dengan pelaksanaan Akademik tersebut oleh ahli-ahli masyarakat yang lain — penulis, guru, ahli akademik, pentadbir dan lain-lain lagi. Izinkan saya bercakap sedikit di sini tentang persoalan saya terhadap bahasa di zaman moden ini. Yang pertamanya tidak ada lagi dalam dunia ini bahasa yang terkecuali bersih daripada pengaruh bahasa-bahasa asing. Perkembangan ilmu dan perkembangan pesat dalam bidang komunikasi termasuk perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang menyebabkan saling penerapan berbagai bahasa ke dalam semua bahasa lain sehingga tidak ada satu bahasa yang terkenal yang bersih daripada perkataan-perkataan asing. Dengan ini kita tidak lagi perlu keaslian untuk mentakrifkan sesuatu bahasa sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa yang kita kenali Bahasa Kebangsaan Malaysia bermula dengan Bahasa Melayu. Tetapi semasa Bahasa Melayu ini ditentukan sebagai Bahasa Kebangsaan, ia sudahpun menyerap bahasa-bahasa Arab, Parsi, Sanskrit, Portugis, Inggeris serta juga beberapa bahasa atau dialek yang ditutur di gugusan Pulau-pulau Melayu. Dengan perkataan lain Bahasa Melayu tulen atau asli daripada segi perkamusannya sudah tidak wujud di waktu kita bersetuju mengadakan Bahasa Kebangsaan Malaysia. Di samping itu pula, Bahasa Melayu harian yang digunakan di Negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak berbeza antara satu sama lain. Demikianlah berbezanya bahasa tempatan ini sehingga diceritakan bahawa seorang hakim yang berasal dari Kedah terpaksa menggunakan jurubahasa untuk memahami bahasa pihak yang dituduh yang berasal dari Kelantan. Apabila Bahasa Kebangsaan ditentukan, ia dengan segera menyerap perkataan dan loghat yang baru yang diciptakan oleh pakar-pakar bahasa. Di waktu yang sama, orang awam, akhbar dan penulis juga mencipta dan menggunakan istilah-istilah baru ciptaan mereka. Tidak cukup dengan itu, kita cuba menyelaraskan Bahasa Malaysia dengan Bahasa Indonesia. Kesan daripada semua usaha ini ialah Bahasa Malaysia bukan sahaja terasing daripada bahasa-bahasa lain-lain keturunan di Malaysia, tetapi juga berbeza daripada Bahasa Melayu asal sendiri. Apa yang kita iktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan bukan lagi Bahasa Melayu, tetapi adalah benar-benar Bahasa Malaysia, satu bahasa yang 504

baru dan moden yang boleh menerima cabaran perkembangan pengetahuan semasa. Penguasaan dan penggunaannya dalam kehidupan harian, sama ada rasmi atau tidak rasmi, tidak menjadikan seseorang itu orang Melayu. Ia hanya menentukan seseorang itu adalah 'Malaysian'. Penerimaan Bahasa Kebangsaan oleh kaum-kaum di Malaysia tidak akan menukarkan bangsa kaum itu. Sepertimana Kerajaan tidak melarang kegunaan loghat Kelantan atau Sarawak atau lain-lain, Kerajaan juga tidak melarang penggunaan bahasa ibunda kaum-kaum di Malaysia. Sikap Kerajaan Malaysia amatlah liberal dan Bahasa Kebangsaan tidak harus menjadi kontroversi lagi. Seperkara yang memerlukan perhatian dalam usaha mengembangkan penggunaan Bahasa Malaysia ialah sikap dan tabiat para pengguna Bahasa Malaysia, terutamanya orang-orang Melayu. Apabila kita mendengar orang bukan Melayu menggunakan Bahasa Malaysia, kita kerapkali mengikut dan meniru loghat yang salah yang digunakan. Kadang-kadang, kita seolah-olah tidak yakin orang lain boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia. Justeru itu, kita membalas percakapan mereka dalam Bahasa Inggeris. Inilah di antara sebabnya mengapa di Malaysia orang-orang asing jarang sekali faham Bahasa Malaysia walaupun mereka tinggal bertahun-tahun lamanya di sini; sementara orang-orang asing yang tinggal di Indonesia dengan mudahnya belajar Bahasa Indonesia. Kadang-kadang pula, masih ada di antara orang-orang kita yang gelihati mendengar kesalahan yang dibuat oleh orang-orang bukan Melayu apabila bercakap dalam Bahasa Kebangsaan. Tabiat ini mengurangkan minat orang lain menggunakan Bahasa Kebangsaan. Jika orang Inggeris ketawa mendengar kesilapan orang lain apabila bercakap dalam Bahasa Inggeris, hari ini Bahasa Inggeris tidak mungkin jadi bahasa dunia. Memang benar bahawa ada pihak yang sengaja tidak suka menggunakan Bahasa Kebangsaan. Tetapi hakikatnya ialah Bahasa Kebangsaan sudah berkembang luas di Malaysia dan penggunaannya sebagai bahasa ilmu tidak boleh dipertikaikan lagi. Jika keluasan penggunaannya masih tidak memuaskan, selain daripada sebab-sebab yang telah saya sebutkan tadi, satu lagi faktor ialah orang-orang yang menggunakan Bahasa Kebangsaan masih berkurangan dalam berbagai bidang ilmu yang terdapat sekarang. Sekarang ini yang diperlukan bukan lagi galakan dan kempen. Yang diperlukan ialah kefahaman bagaimana sesuatu bahasa secara semulajadi membangun dan berkembang dan bagaimana proses ini dapat dibantu oleh semua pihak. Penekanan patut ditumpukan kepada pembangunan bahasa yang menggunakan Bahasa Malaysia. Kemajuan bangsa itu dengan sendirinya akan memajukan Bahasa Malaysia. Ketika ini, kita tidak bersusah payah mencari orang-orang di negara asing belajar bahasa kita, seperti halnya mereka belajar Bahasa Inggeris, Perancis atau Arab. Jika kita mempunyai cita-cita untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa antarabangsa, itu adalah cita-cita yang sungguh baik. Tetapi terlebih dahulu, eloklah 505

kita memperbaiki keadaan dalam rumahtangga kita sendiri. Kukuhkanlah dahulu kedudukan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu di negara kita. Perkayakan perpustakaan bahasa kita dengan ilmu-ilmu daripada berbagai bidang kehidupan. Kita tidak seharusnya bergantung kepada hasil terjemahan semata-mata. Walaupun terjemahan itu baik untuk memperdayakan ilmu dalam bahasa kita, cerdikpandai kita sendiri hendaklah membuktikan kemampuan mereka menghasilkan karya-karya mereka sendiri. Dengan cara ini, mereka akan mewujudkan keyakinan orang terhadap kemampuan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha mencapai matlamat mendaulatkan Bahasa Malaysia, kita janganlah menanam sikap yang negatif di kalangan rakyat kita terhadap penguasaan bahasabahasa lain terutama sekali bahasa dunia, seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Arab dan lain-lain. Penguasaan bahasa asing itu akan memperkayakan ilmu yang ada di dada kita dan membuka mata kita kepada alam yang lain daripada alam kita. Selain daripada itu, orang-orang tertentu di kalangan orang Melayu hendaklah juga mempelajari bahasa kaum-kaum lain di Malaysia ini, seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil untuk memahami kebudayaan dan psikologi mereka. Dengan itu, kemungkinan berlakunya perbuatan-perbuatan yang menyinggung perasaan kaum dapat dihindar dan sebaliknya kefahaman ditingkatkan. Selain daripada memperkayakan ilmu, pembelajaran bahasa yang lain daripada bahasa kita itu memberikan pengalaman yang baru kepada kita daripada segi proses pembelajaran atau "learning process'. Ini membantu dalam mempertajamkan daya pemikiran kita yang sangat berguna dan mempertingkatkan kecekapan kita menjalankan tugas harian. Saya harap Konvensyen Bahasa Kebangsaan ini dapat meneliti dan membahaskan dengan hati terbuka segala isu yang berhubung dengan pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan. Saya juga berharap bahawa apa sahaja usul yang akan dikemukakan ianya akan memberi manfaat kepada kita semua. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan "Konvensyen Bahasa Kebangsaan' ini.

506

SPEECH BY THE PRIME MINISTER Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE FIRST ISIS NATIONAL CONFERENCE ON NATIONAL SECURITY AT THE INSTITUTE OF STRATEGIC AND INTERNATIONAL STUDIES KUALA LUMPUR 15TH. JULY, 1986

S

aya berasa sukacita kerana dapat hadir merasmikan Persidangan Kebangsaan Pertama ISIS pada hari ini. Saya juga gembira bahawa Persidangan Kebangsaan Pertama ISIS ini adalah bertemakan Keselamatan Kebangsaan Menyeluruh.

Penekanan terhadap keselamatan menyeluruh amatlah tepat kerana dalam dunia moden masakini khususnya bagi negara-negara kecil, pertahanan tidak seharusnya menjadi tugas tentera sahaja tetapi sepatutnya dipikul oleh kesemua agensi Kerajaan dan tidak kurang pentingnya oleh orang awam. Segala tanggungjawab dan bebanan yang perlu dipikul janganlah hendaknya diserahkan bulat-bulat kepada pasukan keselamatan, Jemaah Menteri atau jentera pentadbiran Kerajaan sahaja. Sebaliknya, seperti yang telah saya sebutkan di masa-masa yang lepas, pertahanan negara adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara. When we talk about national security, the picture that usually comes to mind is that of armed soldiers manning border posts or fighting in the jungle. The more sophisticated and knowledgeable will talk of strategies when confronting the enemy, of arms and equipment and of military strength. But security is not just a matter of military capability. National security is inseparable from political stability, economic success and social harmony. Without these all the guns in the world cannot prevent a country from being overcome by its enemies, whose ambition can be fulfilled sometimes without firing a single shot. All they need really is to subvert the people and set up a puppet regime. In military terms, apart from the communist guerillas, we really do not have enemies at the moment. But we do have forces or nations which, whether consciously or otherwise, are undermining our security. Let us take the economic field for a start. Malaysia has been doing extremely well economically, achieving growth of between 6% to 8% yearly. In practical terms this means more money for more people all the time. It also means a more contented people, less responsive to subversion and agitation. They are not likely to cause security problems through activities which demand the time, money and attention of law enforcement-bodies. They are also 507

unlikely to cooperate with foreign Governments or their agencies to overthrow their own Government and to set up a puppet regime. But now there is a foreign generated or possibly foreign engineered recession. It is difficult not to suspect manipulation by undeclared enemies. How does the price of palm oil fall from RM1,400 a ton a year ago to RM550 now? Palm oil is the cheapest edible oil in the world. If it is low then the price of its main competitor must be reduced by at least the same margin. Yet we know that it is impossible for the production cost of soyabean, for example, to be lowered considering the high labour cost and the appreciation of the American dollar against the Ringgit. Subsidies may be the reason. It must be a massive subsidy if the price is to be so low. The humanitarian and charitable aspect of an aid scheme is appreciated. But if the producers in Malaysia are made to lose because of a rich country's desire to do charity, then in reality it is the producers of palm oil who are paying for the 'charitable act'. It is obviously a case of 'robbing Peter to pay Paul'. One is reminded of the Arabs having to compensate the Jews by giving up Palestine because the Europeans and Americans feel guilty about the crimes of the Germans. But then it is not only palm oil which has gone down in price. Every commodity has suffered a serious fall in price. With this the economy of the producers has suffered. Unemployment is rife. Suppliers and petty traders and all kinds of services suffer. There is less money for everyone and general sense of dissatisfaction prevails. In many cases the people turn against the Government. Strikes and riots take place, aggravating the economic decline. Opportunistic politicians then move in, seeing in the general unhappiness, possibilities for seizing power legally or illegally. Suddenly a law and order situation rises and the security of the nation is threatened. Clearly economic difficulties are a serious threat to national security. Failure to understand this threat may result in a cycle of recession followed by political instability, security threats and even greater recession. The skilful management of the economy and clear thinking are therefore an integral part of the strategy for national security. Political stability is the sine qua non of national security. In a less sophisticated age politics are confined to a small elite at the top. They had their intrigues and their quarrels but because there were only a few of them, political instability did not affect the people much. Of course, every so often a tyrant would emerge whose rule would lead to rebellion and insecurity. The solution was simple although often it was costly. The solution was to force the demise of the tyrant. The modern world is against autocracy. It believe in democracy on the assumption that the majority, even if it is illiterate and not well versed in politics, must always be right. The problem is that opportunists, rogues and foreigners also have access to the minds of the electorate. In the end it is not so much the wishes of the majority that count. It is their preception of things presented to them by frequently unscrupulous 508

and ambitious politicians who may or may not be in league with various foreign ideologies or agencies. In many countries the politicians divide the people into so many parties that none can be big enough to rule. A l l are minority parties, dependent on ad hoc support by other parties in order to rule. In other instances a two party system may emerge. If they are evenly matched, a see-saw effect can result with one party ruling only for one term. Nothing can be planned and carried out Nothing will show results as each new Government tries to prove the previous one wrong. Whatever the situation with the parties political stability is difficult to achieve. Preoccupied with the politics of personal or party survival, security will be neglected. Obvious crimes can be attended to but disruptions of public order is not so easy to control. Who can tell whether a peaceful demonstration will not turn ugly? Who can cope with a multitude of pressure groups bent on promoting dissent and disenchantment even with the best and sincerest of Government schemes? Who can deal with disruptive rumour-mongering started for no apparent reasons? The modern political environment is clearly instability prone. Unless the Government is strong enough to take unpleasant measures to maintain law and order, a security situation will arise. In some cases, the enforcement agencies may even be rendered ineffective. Efforts at maintaining law and order merely create new issues which unscrupulous politicians can exploit to further destabilised politics. An escalation will take place. Outside interest will help aggravate the situation further. In the end the security situation becomes untenable. Social problems too can lend to security threats. If a country is peopled by different ethnic groups or religious adherents, segregation tends to take place. Similarly the rich and the poor do not live side by side. Misunderstandings and confrontations go on all the time. Champions will appear who will only aggravate matters in their attempts to gain popularity. Eventually there will be instability and a threat to security. The response of the Government to a potentially dangerous internal security threat and its ability to ensure national security is no longer simple. Too early a response might elicit criticisms for heavy handedness. Yet it is at the early stages that positive results can be obtained. Usually a democratic Government hesitates until the situation has obviously developed into a security situation. Then when it does move, the amount of force that it will find necessary to restore law and order will expose it to widespread accusations of brutality, etc. Often, of course, the Government acts too late and a really serious security situation will develop. When one says that security is not a matter for Government alone, one is not just repeating a cliche. Security is really a concern of the people. Of course, some would interpret this as meaning that the Government should not act without consulting the people, meaning the anti-Government activities. But the real meaning of security being a concern of everyone is that they should not allow a security threat to arise. This we can do by avoiding disorderly behaviour, by obeying not just the letter but also the spirit of the laws. 509

The law may be an ass but if you flout it simply because you disagree with it then orderliness in life cannot be achieved. Similarly if you flout the law because you think you can get away with it, there will be no orderliness either. The fact is that if everybody flouts the law, that law will be unenforceable. If, for example, all the people in this country decide to undress in public, the equally undressed policemen cannot arrest anyone. Laws, ethics and behaviour are determined by the people. They must therefore obey and follow them. If some erred the rest can act to curb them. Minority rights must be respected but so must the rights of the majority be respected by the minority. Only mutual respect can lead to a harmonious society. And only a harmonious society can be a secure society. Social forces are therefore as relevant to national security as are politics and economic well-being. But there is still the threat from outside. In modern times invasions and conquests are no longer fashionable. If you want to take over a country you instigate internal unrest and rebellion in order to install a Government that is friendly to you. Therefore, military defence against conventional invasion is only rarely needed. Sometimes the military is needed only psychologically to give a sense of security. It is not my intention to dismiss or downgrade the role of the police and the armed forces in ensuring national security. The role of the police has certainly expanded beyond that of dealing with common crimes. Demonstrations and riots and the detection of early evidence of civil disorder now occupy much of the time and mainpower of the police. Riot squads, special forces and bomb detection and disposal have to be updated all the time to keep pace with the sophistication of the politicised criminals and terrorists. Such is the role of the police that it becomes more and more difficult to distinguish them from the military. As for the military role in security, that is determined by the perception of the security situation that the country has, it is not often that a country, especially a small developing country like Malaysia, can afford to have extensive development as well as maintain a powerful defence force. Usually a choice has to be made in terms of emphasis between development and armaments. In Malaysia we think that the contentment of the people is a major factor in determining security. In any case as the cost and sophistication of arms and military equipment escalate beyond our reach, we have no choice but to scale down our budget for the armed forces. Reliance has to be placed on co-operation with friendly countries and neighbours. Foreign relations are conducted with a view to making as few enemies as possible. Alone Malaysia has little chance of defending itself against a more powerful enemy in a conventional war. But the Malaysian security forces are capable of bloodying the nose of anyone who tries to attack this country. After that guerilla warfare would leave the enemy the time the gloat over their gains. 510

I have been able to talk only on a few factors that affect national security, as I perceive it. There are other factors such as food, security, fuel, etc., which also play important roles. I am sure your conference will take up all those matters in a more professional way. As leader of the Government I am avidly interested in the contents and results of your discussion. Academics and professionals will no doubt have much to say about the conduct of our security that will prove useful. I hope it will not become a political forum for attacks on the Government with other objectives in mind. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada ISIS kerana sudi menjemput saya memberi ucapan ini. Saya juga mengucapkan selamat bersidang.

511

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEWARTAWANAN ANJURAN INSTITUT AKHBAR MALAYSIA KUALA LUMPUR 20HB. OGOS, 1986

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Institut Akhbar Malaysia kerana menjemput saya ke majlis ini. Saya juga merasa bangga kerana diberi penghormatan sekali lagi untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang peraduan anjuran Institut ini. Saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang sekalian.

Kita baru sahaja selesai mengadakan pilihanraya umum dan seperti biasa di Malaysia terdapat kerusi-kerusi yang dimenangi oleh parti pembangkang. Dan seperti biasa juga bermacam-macam pendapat daripada berbagai-bagai pihak telah dilahirkan melalui ucapan, kenyataan, manifesto dan lain-lain saluran. Sudah tentu akhbar tidak dapat menyiarkan semua yang diucap dan diisytiharkan. Suka atau tidak suka, akhbar terpaksa memilih bahan-bahan yang hendak disiar dan yang hendak diketepikan. Walaupun di Malaysia terdapat beberapa akhbar yang memilih untuk mengecam Kerajaan, ini tidak diambilkira. Bagi mereka yang tidak senang hati dengan negara ini, mereka lebih suka menarik perhatian kepada berita-berita yang menyokong Kerajaan sahaja — seolah-olah akhbar tidak akan menjadi akhbar jika ianya sentiasa menyokong Kerajaan. Dan mereka mendakwa bahawa Kerajaan menyokong akhbar di Malaysia. Dan penulis dari Malaysia yang hendak bermuka-muka dengan orang ini pun turut serta mengecam Kerajaan negara sendiri. Amatlah memalukan kerana masih ada orang Malaysia yang mempunyai 'inferiority complex' dan percaya orang putih semua betul dan bangsa sendiri perlu mendapat pengiktirafan daripada mereka. Sebenarnya semua media dikongkong oleh pihak-pihak tertentu. Kebanyakan daripada media antarabangsa yang terkenal, umpamanya, dikuasai oleh orang-orang Yahudi yang sekarang menjadi warganegara banyak negara barat. Mereka menjadi pemilik atau memegang jawatan penting termasuk menjadi pengarang dan wartawan. Akibatnya ialah akhbar-akhbar ini tidak bebas tetapi terpaksa tunduk kepada kepentingan Zionis. Jelaslah bahawa akhbar asing ini lebih tertekan oleh kuasa Zionis daripada akhbar Malaysia dikuasai oleh Kerajaan. Begitu juga akhbar-akhbar lain, jika tidak dikuasai oleh pemilik, dikuasai pula oleh para pengarah, atau para pengarang atau oleh para wartawan sendiri. Ada juga yang dikuasai oleh syarikat yang menyiarkan iklan. Dengan itu akhbar sedikit sebanyak terpaksa mencerminkan pendapat orang-orang yang berkuasa ini. Mungkin wartawan atau pengarang berpendapat bahawa kalau mereka menguasai akhbar maka akhbar itu bebas. Tetapi pengarang dan wartawan juga mempunyai 'bias'. Bagi masyarakat yang terpaksa bergantung 512

kepada akhbar untuk laporan dan ulasan, kebebasan mereka membuat penilaian sendiri terganggu. Bagi mereka, akhbar berkenaan adalah dikongkong oleh orang lain dan mereka tidak berhak atau tidak mempunyai kuasa. Kalaupun mereka menulis surat kepada akhbar berkenaan, sama ada surat mereka disiar atau tidak, bukan hak mereka tetapi hak orang yang menguasai akhbar. Akhbar The New York Times' mempunyai slogan 'All the news that's fit to print'. Soal yang timbul ialah apakah yang tidak disiar dalam akhbar itu adalah 'unfit to print'. Siapakah yang menentukan apa yang 'fit' dan apa yang 'unfit'. Benarkah orang ini layak membuat keputusan. Jika ia yang menentukan kelayakan berita yang akan disiar, tidakkan ini bermakna ia 'control' New York Times. Apakah haknya orang yang seperti ini bercakap berkenaan dengan kuasa pihak-pihak lain terhadap mana-mana media sedangkan ia atau mereka mengongkong akhbar berkenaan. Maksud saya ialah akhbar tidak pernah bebas walaupun di Amerika Syarikat, dari mana datangnya ramai wartawan yang mengkritik Kerajaan Malaysia kerana kononnya mengongkong akhbar. Yang penting bukanlah akhbar bebas atau tidak, tetapi apakah alat yang begini berkesan diguna untuk kebaikan. Jika kebaikan akan dicapai dengan menjatuhkan Kerajaan, maka akhbar patutlah menyumbang ke arah matlamat ini. Tetapi sebelum menyertai usaha menjatuhkan Kerajaan yang ada, soal yang perlu dijawab ialah apakah Kerajaan yang akan menggantinya akan menjadi lebih baik? Berapa kalikah dalam sejarah dunia yang kita dapati Kerajaan revolusioner yang mengganti adalah lebih buruk dan kejam daripada Kerajaan yang dijatuhkan? Justeru itu, kita harus berhati-hati. Jika kita belum boleh yakin bahawa Kerajaan yang akan mengganti adalah lebih baik, eloklah kita tidak dengan sengaja memburukkan atau menghalang usaha Kerajaan yang sedia ada. Akhbar dengan pengaruhnya boleh membuat kritik yang membina. Lebih banyak keuntungan akan diperolehi dari usaha ini daripada sengaja bersikap sinis dan membuat kritik kerana suka mengkritik. Di waktu ini, setelah selesai pilihanraya, Kerajaan perlu tumpukan segala tenaga, fikiran dan wang Ringgit yang terhad kepada mengatasi beberapa masalah yang besar. Jika setiap usaha yang dibuat oleh Kerajaan diganggu oleh kritik yang tidak membina, atau sengaja disalah-tafsirkan, maka kita tidak akan mencapai kejayaan. A k h i r n y a rakyat dan negara juga yang akan menerima kesan buruknya. Ini bukanlah rayuan daripada saya. Ini juga bukan ugutan. Ini adalah pendapat peribadi saya, lahir daripada kesedihan melihat beberapa akhbar dalam negara ini yang terbawa-bawa dengan aliran barat tentang 'freedom of the press' sehingga tidak lagi peduli akan kesan buruk terhadap negara sendiri. Masyarakat Malaysia semakin lama semakin berminat dengan akhbar dan lainlain media. Pengedaran hampir semua akhbar telah meningkat dengan pesatnya semenjak merdeka. Ini juga adalah hasil kestabilan dan perkembangan ekonomi. Sudah tentu semakin besar pengedaran dan semakin ramai pembaca, semakin menyeluruhlah pengaruh media ini. Pengaruh merupakan alat yang amat penting 513

dalam demokrasi. Apa yang terjadi kepada sesuatu bangsa atau sesuatu negara boleh ditentukan oleh pengaruh. Memandangkan bahawa akhbar begitu berpengaruh maka amatlah penting akhbar dikuasai oleh orang yang bertanggungjawab. Di sini bertanggungjawab bermaksud bertanggungjawab terhadap negara. Akhbar tidak seharusnya begitu mengutamakan kepentingan perniagaannya sehingga memburukkan keadaan negara. Di sinilah duduknya kebijaksanaan seseorang yang berkuasa ke atas akhbar. Mungkin pendedahan perlu dibuat tentang penyelewengan Kerajaan demi kepentingan negara. Tetapi kebenaran perkara yang hendak didedahkan perlu ditentukan terlebih dahulu terutama jika pendedahan itu boleh memburukkan keadaan dalam negeri. Baru-baru ini sebuah akhbar telah melaporkan tentang kemungkinan seorang yang berpangkat tinggi dalam negara akan bersara. Asas laporan ini ialah berita angin kononnya Perdana Menteri akan bersara pada 28hb. Ogos ini. Berita seperti ini menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat dan mempunyai kesan buruk kepada suasana perniagaan. Perbuatan melapor berita angin seperti ini merupakan sabotaj ekonomi kepada negara yang sedang menghadapi kemelesetan ekonomi. Perbuatan ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Ianya menunjukkan bahawa orang yang berkuasa dalam akhbar ini tidak layak dianugerah kuasa yang begitu kuat. Satu daripada tema yang sering diperkatakan akhir-akhir ini oleh sebahagian daripada masyarakat kita ialah 'deregulation'. Kerajaan digesa supaya tidak mengenakan bermacam-macam peraturan yang mengganggu kebebasan rakyat. Sebenarnya Kerajaan tidak ingin 'regulate' masyarakat kerana lebih banyak 'regulation', lebih berat beban Kerajaan. Malangnya ramai daripada mereka yang sepatutnya lurus dan bertanggungjawab didapati tidak lurus dan tidak bertanggungjawab. Mereka menyalah-gunakan apa juga kuasa yang ada pada mereka. Sebab itu duit bank-bank dan koperasi-koperasi, syer syarikat, permit perniagaan dan lain-lain lagi diselewengkan dengan begitu mudah dan kerap. Kerana mereka ini, orang lain turut menjadi mangsa. Saya percaya kalau kita amalkan 'deregulation' secara meluas di negara ini, huru-hara akan berlaku. Sebab itu kalau ada sedikit sebanyak peraturan-peraturan termasuklah dalam bidang surat khabar, adalah lebih baik jika kita terima dan sesuaikan diri dengannya. Negara kita mempunyai potensi untuk menjadi negara maju, setaraf dengan negara maju lain. Tetapi negara kita juga mempunyai potensi untuk hancur. Sama ada potensi untuk maju atau potensi untuk hancur menguasai negara kita adalah pilihan kita sendiri. Saya yakin tidak ada seorang pun daripada kita yang ingin melihat negara kita ini hancur. Malangnya sementara kita tidak ingin kehancuran, kita tidak memperhitungkan kesan-kesan perbuatan kita. Di sinilah perlu kita fikirkan akan peranan yang dimainkan oleh akhbar. Sebagai alat yang begitu berpengaruh, apakah akhbar akan memilih untuk membina negara 514

ini atau hanya memikirkan tentang cara yang termudah untuk meningkatkan pengedaran? Maju-mundurnya sesuatu bangsa atau negara tidak disebabkan oleh Kerajaan yang memerintah sahaja. Semua pihak memainkan peranan. Dan akhbar di zaman moden ini sudah tentu menjadi pemain yang utama. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan ke Majlis Penyampaian Hadiah Kewartawanan ini. Kepada yang menang, saya ucapkan tahniah. Mudah-mudahan hadiah-hadiah ini akan menolong meningkatkan mutu akhbar dan kewartawanan di Malaysia yang tercinta ini. Insya-Allah.

515

UCAPAN PERDANA MENTERI Y. A. B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KEBANGSAAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KUALA LUMPUR 25HB. OGOS, 1986

S

aya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita hadir di majlis ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur kerana menjemput saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Seminar Kebangsaan Kebajikan Masyarakat yang julung-julung kalinya pernah diadakan di negara kita ini.

Kerja-kerja kebajikan di negara kita hari ini telah berkembang dengan begitu pesat. Pertubuhan-pertubuhan kebajikan memberi perkhidmatan kepada orang tua, kanak-kanak, orang cacat, wanita yang teraniaya, penagih dadah dan sebagainya. Saya amat gembira melihat perkembangan ini oleh kerana ianya menunjukkan kesedaran masyarakat kita terhadap golongan-golongan yang kurang bernasib baik dan juga yang kurang berkeupayaan. Penglibatan sebegini juga akan dapat membantu Kerajaan supaya beban dan tanggungjawab terhadap golongan yang kurang bernasib baik dapat dipikul bersama. Peranan yang dimainkan oleh pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan sukarela ini akan memberikan lebih kekesanan sekiranya mereka dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain dalam mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian hidup untuk golongan yang dimaksudkan itu. Persaingan-persaingan yang positif perlu diwujudkan untuk memberi satu perkhidmatan yang baik dan bermutu tinggi. Penglibatan badanbadan sukarela perlulah dilipat-gandakan di dalam menjayakan sesuatu program kebajikan. Melalui cara ini, banyak masa, kewangan dan sumber dapat dijimatkan. Walaupun Kerajaan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat, tetapi adalah menjadi cita-cita Kerajaan untuk mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang berdikari — satu masyarakat yang tidak sentiasa bergantung kepada Kerajaan atau institusi-institusi tertentu. Sedikit sebanyak masyarakat kita telah dimanjakan dengan subsidi dan berbagai rupa bentuk bantuan. Kerajaan secara beransur-ansur akan mengurangkan pemikiran subsidi atau 'dole-mentality ini demi kebaikan masyarakat sendiri. J

Justeru itu Kerajaan telah menegaskan pendiriannya bahawa segala bantuan yang diberikan hanyalah setakat untuk membantu seseorang itu dapat memulakan usaha yang produktif. Ini telah digambarkan melalui sikap Kerajaan mengenai subsidi yang sebelum ini telah dihulurkan kepada para petani, nelayan dan sebahagian 516

daripada penduduk luar bandar. Sekarang ini bentuk subsidi akan dikaji semula supaya tidak mewujudkan tabiat suka bergantung kepada subsidi di kalangan segolongan rakyat kita. Begitu juga dengan sikap Kerajaan di sektor-sektor lain, di mana bantuan bukan diberi sehingga seseorang atau segolongan rakyat itu menjadi lemah dan bergantung sangat kepada bantuan Kerajaan. Untuk aktiviti-aktiviti dan program kebajikan masyarakat pula, Kerajaan tidak menggalakkan bantuan dihulurkan sehingga menjadikan seseorang itu bergantung kepada bantuan Kerajaan untuk meneruskan hidupnya pada masa depan. Ini tidak bermakna bahawa Kerajaan tidak mempunyai sikap kebajikan untuk membantu seseorang yang benar-benar harus dibantu sepanjang hayatnya. Sebaliknya, untuk kepentingan jangka panjang negara akan menentukan supaya bantuan yang dihulurkan akan membolehkan mereka meneruskan hidup mereka dengan berdikari, ataupun meneruskan hidup mereka dengan bantuan yang paling minimum dari pihak Kerajaan. Mereka yang selalu bergantung kepada bantuan Kerajaan mungkin nampak segar untuk seketika, tetapi semangat mereka akan menjadi lemah dan terus luput dalam jangka panjang. Mereka tidak akan mempunyai inisiatif untuk berdikari, untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang memberi manfaat kepada mereka dan keluarga, untuk berikhtiar menegakkan maruahnya tanpa mengharapkan bantuan orang lain ataupun Kerajaan; tidak bersemangat untuk membantu diri mereka sendiri. Itulah pendirian yang menyeluruh oleh Kerajaan hari ini mengenai pemberian bantuan dalam apa bentuk sekalipun. Saya sedar pemberian bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik mungkin tidak boleh disamakan sepenuhnya seperti pemberian subsidi kepada para petani, peladang dan segolongan penduduk yang miskin. Kerajaan sedar mereka yang kurang bernasib baik ini adalah terdiri daripada mereka yang cacat, buta, kanak-kanak dan wanita yang teraniaya dan sebagainya. Tetapi kelemahan tertentu ini tidak bermakna mereka tidak boleh berusaha sama sekali. Mereka yang bersemangat tetap akan menolong diri mereka sendiri. Di sinilah terletaknya peranan pertubuhan-pertubuhan kebajikan kerana merekalah yang patut menolong melatih orang yang kurang bernasib baik ini supaya berjaya memulih maruah mereka dan tidak menjadi beban kepada sesiapa. Kerajaan akan membantu hanya sewaktu berlatih. Demikian juga pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Apabila orang-orang yang mendapat bantuan ini sudah dapat menolong diri mereka sendiri, maka wang dan tenaga hendaklah disalurkan kepada orang lain pula yang memerlukan pertolongan. Dengan cara ini baharulah keadilan sosial dicapai. Sementara yang cacat ini perlu diberi bantuan, kita harus ingat bahawa sebagai orang Timur, kita masih menghargai sistem berkeluarga besar atau 'extended family'. Keluarga tidak boleh melepas tangan dan berharap Kerajaan atau pertubuhan kebajikan sahaja berusaha memberi pertolongan. Sementara Kerajaan dan pertubuhan kebajikan boleh memberi bantuan, mereka tidak boleh memberi kasih sayang seperti yang didorong oleh kekeluargaan. Justeru itu janganlah kita lupa akan kebudayaan 517

Timur kita dan melepaskan tangan daripada kerja-kerja memelihara dan merawat ahliahli keluarga kita yang tidak bernasib baik. Janganlah kita ketepi dan lupakan mereka apabila sahaja mereka mendapat pertolongan orang lain. Walaupun mungkin terdapat beberapa golongan mereka yang kurang bernasib baik ini dibantu dengan diberikan kemahiran yang diperlukan, Kerajaan juga mengakui bahawa terdapat juga satu-dua golongan yang memerlukan pertolongan yang lebih lama. Kerajaan akan berikhtiar memberi bantuan yang diperlukan sehingga ke peringkat mereka dapat berdiri di atas kaki sendiri - dapat membantu dan mencari rezeki sendiri. Ini adalah panduan kasar sahaja dan terpulanglah kepada tuan-tuan dan puan-puan, serta kakitangan Kerajaan yang lain yang terlibat dengan kerja-kerja kebajikan, untuk menentukan peringkat atau garis pembahagian yang saya sebutkan tadi. Di samping itu Kerajaan akan terus menggalakkan rakyat negara ini, melalui badan-badan sukarela, memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Di sinipun Kerajaan berharap supaya harapan bagi mengelakkan timbulnya masyarakat yang berfikiran subsidi atau bergantung kepada kebajikan, akan diteliti juga oleh badan-badan sukarela. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pekerja-pekerja kebajikan di negara ini kerana telah sudi mengorbankan masa, tenaga dan kepakaran demi kepentingan golongan yang kurang bernasib baik. Walau bagaimanapun, ada di antara pekerja-pekerja kebajikan sukarela yang masih berkurangan di dalam pengetahuan ikhtisas dan cara-cara menjalankan kerja-kerja kebajikan dengan lebih berkesan. Memandangkan bahawa negara semakin hari semakin maju dan masalah sosial pula semakin hari semakin kompleks, maka perlulah pertubuhan kebajikan mengambil tindakan bagi mengadakan kumpulan pekerja-pekerja yang mahir dan profesional dengan memberi mereka kursus atau latihan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih di atas inisiatif pihak penganjur mengadakan seminar ini dan juga berharap bahawa seminar ini akan benar-benar memberi faedah kepada para peserta sekalian. Dengan harapan yang sedemikian, saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Kebangsaan Kebajikan Masyarakat ini.

518

U C A P A N P E R D A N A MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR B I N MOHAMAD DI PERASMIAN P A M E R A N 'BANGSA TEGAS NEGARA T E G U H DI M U Z I U M NEGARA, KUALA L U M P U R 28HB. OGOS, 1986

T

erlebih dahulu saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Pameran ini kerana sudi mengundang saya untuk melakukan upacara perasmian pameran yang bertemakan "Bangsa Tegas Negara Teguh' pada hari ini.

Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana nikmat-nikmatNya yang tidak terhingga banyaknya dicurahkan kepada negara kita ini yang sekarang sudah 29 tahun usianya. Ini adalah sebesar-besar pengurniaan yang harus kita syukuri dan memeliharanya dengan sebaik-baik penjagaan. Dalam masa tiga hari lagi, insya-Allah, kita akan merayakan ulangtahun Hari Kebangsaan negara kita — satu-satunya hari yang sangat besar pengertiannya kepada setiap warganegara Malaysia. Kita merayakan Hari Kebangsaan pada setiap tahun bukanlah kerana kita terpaksa merayakannya, tetapi adalah salah satu cara untuk mengingatkan kita akan penjajahan negara dan bangsa kita selama 400 tahun, dan betapa mencabarnya usaha untuk membebaskan semula negara kita. Ketegasan dan keikhlasan serta keutuhan perpaduan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu merupakan satu hakikat sejarah yang tidak boleh dilupakan. Obor suci perjuangan mereka dahulu seharusnya terus hidup menyala di dalam jiwa generasi sekarang dan menjadi azimat dalam perjuangan mereka untuk mengisi dan mencorakkan kemerdekaan negara ini ke matlamat yang kita hajati. Oleh sebab kita sentiasa berada dalam suasana aman damai, sudah biasa dengan kesenangan dan tidak banyak pergolakan yang mencabar berlaku, sedikit sebanyak akan menjadikan kita terlupa kepada matlamat hidup yang sebenar dan lupa kepada tanah tempat kita berpijak dan langitnya yang kita junjung. Dalam hal ini sukalah saya menegaskan di sini bahawa semangat cintakan nusa dan bangsa hendaklah menjadi titik-tolak dan menjadi matiamat pokok dalam apajua tugas dan perjuangan yang hendak kita tegakkan di negara ini. Tidak ada sesiapapun yang akan memperjuangkan dan mempertahankan negara dan bangsa kita melainkan kita sendiri. Para pemimpin masyarakat, cerdik pandai, pegawai-pegawai Kerajaan dan sesiapa juga yang terlibat dalam usaha untuk membangunkan negara ini mesti tegas dalam perkara ini. Setiap dasar, perancangan dan perlaksanaan projek dan aktiviti-aktiviti mereka hendaklah mempunyai matlamat dan digerakkan ke arah cintakan tanahair dan bangsa. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang tidak ada tolak-ansur demi 519

untuk menjaga kedaulatan, keteguhan dan kemakmuran negara dan bangsa kita. Dalam sejarah umat manusia yang pernah terakam di dunia ini, kebiasaannya, kemunculan keagungan sesuatu tamadun bangsa di sesebuah negara itu terletak kepada kewibawaan dan kebijaksanaan pemerintahannya untuk mentadbirkan negara. Sesebuah Kerajaan yang ideal dapat menegakkan sebuah negara yang kukuh sekiranya didokong oleh lapisan pemimpin bijaksana yang berilmu, tegas dalam pendirian, ikhlas dan mempunyai ciri-ciri keperibadian yang tinggi dan kepimpinan yang unggul dan terpuji. Negara akan menjadi lemah, pentadbiran negara akan menjadi kucar-kacir dan rakyat akan hilang pedoman sekiranya pemimpin-pemimpin yang diamanahkan untuk mentadbirkan negara lari daripada tanggungjawab sebenar mereka. Maka akan berlakulah seperti apa yang pernah berlaku dalam sejarah kehancuran sesuatu tamadun bangsa atau sesuatu rejim pemerintahan dahulu. Kalau kita renungkan kembali akan kelahiran kemerdekaan negara ini dahulu nescaya akan tersualah kita dengan barisan pejuang-pejuang bangsa yang begitu gigih, berani, tegas dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib negara, bangsa dan agama mereka. Barisan pejuang-pejuang kemerdekaan yang bersatu di bawah bendera U M N O dan akhirnya bergabung dalam Perikatan dengan M C A dan MIC dahulu kebanyakannya bukanlah terdiri daripada golongan cendekiawan atau hartawan. Malahan sebilangan besarnya terdiri daripada golongan rakyat biasa yang serba kekurangan, tetapi oleh sebab mereka bersatu, yakin dan tegas dalam perjuangan, serta dipimpin oleh orang-orang yang bertanggungjawab, maka mereka beroleh kejayaan. Tugas mereka dahulu telah selesai dan kita pada hari ini merasa bersyukur dan terhutang budi atas perjuangan mereka yang telah membolehkan kita mengecapi nikmat hidup di dalam sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Tanggungjawab dan perjuangan kita pada hari ini merupakan penerusan daripada apa yang telah diperjuangkan dahulu iaitu memenuhi cita-cita rakyat untuk mencorakkan negara ini mengikut dasar-dasar yang telah ditentukan dan mengekalkan kemerdekaan dan kemakmuran negara ini buat selama-lamanya serta mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi yang ada sekarang. Ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat yang sukar dilaksanakan sekiranya kita tidak cukup persediaan untuk menghadapi ujian dan cabaran yang mesti dihadapi atau tidak sanggup berkorban untuk kepentingan negara ini. Kejayaan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang tidak pernah patah semangat walaupun dalam keadaan serba kekurangan seharusnya menjadi teladan kepada kita khususnya anak-anak muda yang akan mewarisi kepemimpinan negara ini kelak. Kita memilih tema "Bangsa Tegas Negara Teguh' bagi menzahirkan sikap, harapan, tindakan dan pedoman cita-cita kita untuk menjadikan bangsa dan negara kita ini dihormati dan disegani oleh negara-negara lain. Kita tidak mahu negara dan bangsa kita dipandang hina dan menjadi contoh sebagai sebuah negara yang tidak baik. 520

Apa jua dasar yang kita buat dan tindakan-tindakan tegas dalam hal-hal tertentu, seperti menguatkuasakan undang-undang dalam menghadapi ancaman musuh negara dan penjenayah-penjenayah yang boleh merosakkan rakyat dan negara ini dan sebagainya, adalah semata-mata untuk menjaga kesejahteraan dan keamanan negara. Tindakan tegas ini dilakukan supaya sesiapa juga yang tinggal di negara ini akan merasa aman dan selamat. Ketegasan dan keteguhan pendirian kita dalam tindakantindakan seperti ini tidak memberikan pengertian bahawa kita ini adalah satu bangsa yang sombong, angkuh, tidak berbudi bahasa dan tidak boleh bertolak-ansur. Tidak ada siapa yang dapat menafikan yang berbudi bahasa dan bersopan-santun telah lama diamalkan oleh rakyat negara ini dan telah menjadi identiti bangsa kita. Apa yang seharusnya kita ubah sekarang ialah sikap kita supaya lebih berani, tegas serta teguh pendirian kita dalam menghadapi musuh-musuh negara yang sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana ketegangan dan huru-hara di kalangan rakyat dengan menaburkan racun-racun fitnah dalam perkara-perkara yang boleh mencetuskan sentimen dan emosi rakyat. Saya berharap Pameran ini akan dapat memberikan gambaran kepada pengunjung-pengunjung bahawa inilah perjuangan, harapan dan cita-cita rakyat Malaysia dalam menghadapi berbagai pergolakan dan cabaran yang berlaku di negara ini. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Muzium Negara dan Jawatankuasa Perayaan Hari Kebangsaan 1986 kerana telah berjaya mengadakan pameran ini. Dengan ini saya dengan sukacitanya membuka pameran 'Bangsa Tegas Negara Teguh' ini dengan rasminya.

521

PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-29 OLEH PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BLN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 30HB. OGOS, 1986

A

lhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat kita sekali lagi bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan - Hari Kemerdekaan negara - yang ke-29 esok. Kita bersyukur juga kepada Allah Subhanahu Wataala kerana kita dapat menyambut Hari Kebangsaan ini dalam keadaan aman dan tenteram.

Esok genaplah 29 tahun sejak perisytiharan kemerdekaan berkumandang di Stadium Merdeka. Dalam tempoh itu kita telah berjaya mengadakan tujuh kali pilihanraya umum. Secara kasarnya rakyat negara ini telah memilih, pilihanraya demi pilihanraya, sebuah Kerajaan dengan majoriti yang diperlukan untuk mewujudkan satu pemerintahan yang stabil. Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana sekali lagi rakyat negara ini telah memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional di pilihanraya umum awal bulan Ogos ini. Dengan ini saya harap akan hilanglah keraguan di kalangan rakyat yang kononnya Kerajaan tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti. Saya bagi pihak para pemimpin Barisan Nasional, mengucapkan setinggi penghargaan kepada para pengundi yang memilih Barisan Nasional bagi mentadbirkan negara yang tercinta ini. Sebab buah, kekenalan pohonnya - kelakuan, pendirian dan pembawaan diri kita menggambarkan siapa kita kepada orang lain. Begitu juga dengan sesuatu bangsa. Ketegasan dan pendirian kita terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara menggambarkan diri kita - kuat atau lemah, bersemangat atau lesu, bertenaga atau tidak bermaya. Begitu juga dengan pendirian kita - kalau tegas, kalau tetap, kalau jati, seharusnya menggambarkan kekukuhan kita. Justeru itu, tema Hari Kebangsaan tahun ini — 'Bangsa Tegas Negara Teguh' - akan menggambarkan diri kita sekiranya kita mengutamakan ketegasan bagi menempa sebuah negara yang teguh. Tema ini bukan sahaja untuk sehari atau untuk Hari Kebangsaan sahaja, tetapi untuk apa-apa upacara rasmi negara selama setahun - sehingga 30hb. Ogos tahun depan. Ini termasuklah untuk Musabaqah Membaca Al-Quran, Hari Peladang dan Nelayan, Hari Belia, dan sebagainya. Kerajaan berharap satu tema untuk satu tahun akan meningkatkan lagi kekesanan tajuk atau tema yang dipilih. Ketegasan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui berbagai aspek - ketegasan Kerajaan dalam isu-isu antarabangsa, ketegasan Kerajaan dalam membuat keputusan dan 522

perlaksanaan, ketegasan institusi-institusi awam dan swasta dalam urusan masingmasing dan juga ketegasan rakyat sendiri untuk menempa kemajuan dan kesejahteraan. Ketegasan seperti yang digambarkan oleh tema Hari Kebangsaan ini mungkin dapat kita fahami dengan senang sekiranya kita mengambil satu-dua contoh atas pendirian negara kita kepada beberapa isu antarabangsa. Tegas kita dalam menghadapi isu apartheid di Afrika Selatan, pendirian kita terhadap Benua Antartika dan pendirian Malaysia mengenai masalah Palestin adalah di antara isu-isu yang mencerminkan ketegasan pendirian kita. Walau bagaimanapun, 'bangsa tegas' seperti dalam tema Hari Kebangsaan tahun ini akan menjadi lebih bererti jika setiap orang rakyat di negara ini membuktikan ketegasan dalam menghadapi masalah pemulihan dan pembangunan diri dan negara. Salah satu ketegasan yang harus kita suburkan ialah kita harus berani dan tegas menonjolkan identiti kita, melalui identiti kebudayaan kita, melalui program-program pembangunan dan sebagainya. Janganlah kita jadikan nilai-nilai asing sebagai ukuran kejayaan kita. Janganlah kebebasan akhbar, yang kononnya wujud di negara asing, dijadikan ukuran untuk media massa kita; janganlah kebudayaan yang menimbulkan kegelisahan di negara asalnya ditonjol-tonjolkan sebagai unsur kemodenan di negara kita; janganlah kerana warna kulit, penguatkuasaan sesuatu undang-undang dibeza-bezakan. Janganlah kita menganggap bahawa kriteria asing, terutama kriteria barat, semua bagus, dan semuanya boleh dicontohi, sehingga mungkin wujud kompleks rendah diri atau 'inferiority complex' yang merugikan. Ini bermakna kita tidak tegas. Ketegasan Kerajaan mungkin dapat dilihat di dalam sekurang-kurangnya tiga kategori: iaitu ketegasan dalam penggubalan dasar-dasar, ketegasan dalam penyelesaian masalah-masalah, dan ketegasan dalam perlaksanaan dasar-dasar dan program-program pembangunan. Misalnya Kerajaan hari ini telah menggubal dasar Persyarikatan Malaysia, Penswastaan, Dasar Pandang Ke Timur, Perindustrian Berat, Dasar Pertanian Negara dan sebagainya. Berhadapan dengan kritikan yang sinis dan tidak membina, Kerajaan tidak mengubah pendiriannya oleh kerana kita yakin bahawa dasar-dasar ini bermanfaat dan perlu diteruskan. Akhirnya ketegasan ini mendapat sokongan majoriti rakyat. Jika Kerajaan tidak tegas dan terawang-awang sama ada hendak meneruskan sesuatu dasar atau tidak, rakyat akan keliru dan hilang kepercayaan kepada Kerajaan. Kerajaan akan tetap meneruskan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada negara setelah direstui dan dibaharui mandat oleh rakyat melalui pilihanraya umum baru-baru ini. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa satu-satu dasar yang digubal pada sesuatu masa akan diteruskan selama-lamanya tanpa mengambil kira realiti semasa. Kita mestilah berani membuat penyesuaian dan perubahan dalam satusatu dasar sekiranya penyesuaian tersebut perlu dilakukan bagi kepentingan jangka pendek atau jangka panjang negara kita. Kesediaan kita membuat penyesuaian yang 523

perlu itu hendaklah dianggap satu ketegasan dalam mengatasi keadaan yang sudah berubah. Ketegasan tidak bermakna pendirian yang begitu ' r i g i d ' atau berdegil, sehingga tidak sama sekali memperdulikan keadaan yang sudah berubah. Ketegasan ini bukan sahaja perlu diteliti oleh pihak Kerajaan, tetapi hendaklah juga diteliti oleh semua komponen masyarakat negara kita. Ini bermakna ketegasan hendaklah juga diteliti dan diperhatikan oleh semua agensi-agensi awam, swasta dan rakyat keseluruhannya. Agensi-agensi awam yang diberi kuasa dan tugas di bawah berbagai-bagai akta dan peraturan hendaklah menunjukkan ketegasan dalam melaksanakan kuasa-kuasa yang diberikan kepada mereka. Kita haruslah yakin bahawa ketegasan dalam melaksanakan perundangan itu akan memberi manfaat kepada masyarakat negara ini. Seperti biasa, ketegasan penting dalam membentuk dan menjalankan usahausaha yang baik dan berfaedah sahaja. Ketegasan dalam usaha yang tidak baik tidak akan mendatangkan faedah. Justeru itu hendaklah ada kebijaksanaan dalam apa juga usaha supaya ketegasan tidak beralih menjadi kedegilan yang tidak bermanfaat. Ketegasan bagi orang-orang perseorangan di negara yang merdeka ini hendaklah juga ditebalkan. Rakyat biasa adalah bertanggungjawab meneliti dan menyumbangkan tenaga dan usaha supaya segala cita-cita negara tercapai. Misalnya, salah satu cita-cita negara kita ialah mewujudkan satu bangsa, satu bahasa dan satu negara. Ini tidak bermakna bahawa bahasa dan kebudayaan suku-suku kaum tidak boleh diamalkan oleh kaum itu sendiri. Tetapi demi perpaduan negara, setelah kita tentukan rupa bentuk bahasa dan kebudayaan bangsa Malaysia kita, kita hendaklah mempastikan pencapaian hasrat perpaduan ini secara tegas. Kita tidak boleh membenarkan diri kita dipengaruhi oleh orang-orang yang berkepentingan dan chauvinistik sehingga kita membelakangkan perpaduan negara. Kita harus berpendirian tegas supaya kepentingan sesuatu kaum tidak mengatasi kepentingan negara. Kita mencipta slogan kerana slogan boleh memandu kita ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Demikianlah dengan slogan 'Bangsa Tegas Negara Teguh'. Begitu juga dengan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah'. Tetapi mereka yang berkepentingan politik suka melihat kita gagal mencapai matlamat kita. Justeru itu, mereka mencuba untuk menghilangkan kepercayaan kita kepada slogan-slogan dengan mencipta bermacammacam berita angin terhadap niat baik Kerajaan. Khususnya mereka cuba membuktikan bahawa Kerajaan sendiri atau pemimpin tertentu tidak mengamalkan slogan berkenaan. Bahawa ini tidak benar, tidak menghalang mereka. Hasrat mereka ialah supaya rakyat berasa kecewa dan menolak panduan slogan. Dengan itu akan gagallah usaha Kerajaan dan dapatlah mereka yang berkepentingan menangguk di air yang keruh ini. Jika kita ingin mendapat manfaat daripada slogan-slogan itu, kita hendaklah sedar dan kenal perbuatan pihak-pihak tertentu ini dan kita mestilah membelakangkan 524

mereka. Insya-Allah, kita akan menjadi rakyat yang lebih baik dan akan membawa kejayaan kepada negara kita. Sikap kita ini juga akan mencerminkan ketegasan kita. Oleh itu, terimalah dan hayatilah slogan 'Bangsa Tegas' supaya negara kita akan menjadi 'Negara Teguh'.

525

PERUTUSAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1407 4HB. SEPTEMBER, 1986

A

lhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga serta para sahabat dan pengikut-pengikutnya sekalian.

Kita semua harus bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana kita dapat menyambut Ma'al Hijrah ini bersama-sama. Sempena tahun baru ini marilah kita berusaha untuk memperbaiki cita-cita kita serta azam kita untuk meninggikan syiar Islam. Hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah adalah merupakan detik yang paling penting dalam sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w. menegakkan agama Islam yang maha suci. Oleh kerana penting dan besarnya makna penghijrahan, maka tarikh tersebut telah digunakan oleh umat Islam sebagai permulaan tahun Islam. Hasil dari perjuangan Rasulullah s.a.w. para sahabat dan pejuang-pejuang Islam masa silam, Islam telah tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia termasuklah negara kita ini. Bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah ini, semangat hijrah perlulah dikekal dan dipupuk semula di kalangan masyarakat Malaysia agar perpaduan dapat dikukuhkan. Ini sangat sesuai di mana sambutan awal Muharam pada tahun ini dinamakan Ma'al Hijrah yakni 'Bersama Hijrah'. 'Bersama Hijrah' ini bukan hanya membawa erti memulakan tahun baru, tetapi ianya adalah satu masa untuk kita memperbaharui semangat, sikap dan membuat penilaian semula secara kritis dan memberi tenaga baru kepada kehidupan kita. Semangat ingin kembali kepada Islam merupakan perkara yang harus diberi perhatian oleh semua pihak supaya segala urusan kelslaman dapat diuruskan dengan teratur dan mendapat kerjasama. Apakah pengajaran yang umat Islam boleh dapati dari peristiwa Hijrah? Allah Subhanahu Wataala telah berfirman yang bermaksud 'Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri, seperti dalam Surah Al-Ra'd ayat 12. Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ialah sebagai satu usahanya sendiri untuk mengubah nasibnya dalam kerja mengembangkan Islam. Allah Yang Maha Kuasa boleh memberi kejayaan kepada pesuruhnya di mana sahaja, tetapi Allah memberi kejayaan setelah Nabi Muhammad s.a.w. berusaha dengan berhijrah ke Madinah. Di Madinah agama Islam telah berkembang dengan pesatnya sehingga akhirnya kota M e k a h jatuh ke tangan orang Islam dan kedudukan Islam di Semenanjung Arab tidak boleh dicabar lagi. Seterusnya dengan usaha khalifah-khalifah Islam agama suci kita telah berkembang ke seluruh dunia. 526

Demikianlah hasil hijrah Nabi — satu usaha untuk memperbaiki nasib sehingga Islam boleh berkembang dengan pesat. Demikian jugalah orang Islam dikehendaki berusaha sendiri untuk menjayakan diri, menjayakan agama dan menjayakan negara. Tanpa sifat-sifat sanggup 'berhijrah' kejayaan tidak akan dicapai. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri serta menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa usaha. Takdir tidak menghalang kita berusaha. Apa yang kita dapat setelah berusaha adalah juga takdir Tuhan. Banyak lagi pelajaran yang boleh didapati daripada Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. Antara yang boleh kita laksanakan pada bila-bila masa ialah usaha meninggalkan sebarang unsur keburukkan pada diri kita dan menggantikannya dengan atau berhijrah kepada unsur kebaikan seperti dengan meninggalkan sikap malas kepada sikap rajin, sikap suka menangguh-nangguhkan pekerjaan kepada sikap segera melaksanakannya, sikap pasif kepada lebih aktif, dari sikap negatif kepada sikap sentiasa positif dan seterusnya. Dalam aspek lain pula kita hendaklah berusaha berhijrah dari suasana kekurangan ilmu dan kesempitan pengetahuan kepada usaha meluaskan ilmu pengetahuan dan meninggikannya bagi faedah kita umat Islam. Seterusnya kita hendaklah sentiasa berusaha, mengubah dari suasana hidup yang miskin kepada hidup yang lebih selesa supaya kita benar-benar menjadi umat Islam yang kuat atau khalifah di muka bumi ini. Kita juga hendaklah berusaha berhijrah atau berpindah dari suasana kehinaan akibat kelemahan-kelemahan yang ada pada kita umat Islam seperti akibat perpecahan, akibat kejahilan, akibat kelemahan ekonomi, supaya kita menuju ke arah pengwujudan satu umat yang dihormati dan disegani iaitu satu umat yang mempunyai maruah yang tinggi sebagaimana di zaman Rasulullah dan seterusnya di zaman kegemilangan Islam yang lampau. Saya akhiri dengan doa agar Allah Subhanahu Wataala memberi taufik dan hidayahNya kepada kita semua.

527

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN CUEPACS YANG KE-17, KUALA LUMPUR 20HB. OKTOBER, 1986

S

aya mengucapkan terima kasih kepada pihak CUEPACS kerana menjemput saya untuk merasmikan Persidangan Perwakilan CUEPACS yang ke-17 ini.

Saya berasa gembira kerana sekali lagi dapat bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini untuk berkenal-kenalan dan seterusnya dapat memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh tuan-tuan dan puan-puan. CUEPACS, yang mempunyai jumlah ahli kira-kira 150,000 orang kakitangan Kerajaan, boleh memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan corak dan arah perjuangan kesatuan sekerja dalam sektor awam di negara ini. Saya berasa bangga kerana CUEPACS sekarang sudah kembali kepada peranannya sebagai kesatuan sekerja dan tidak lagi menjadi badan politik atau membenarkan dirinya diperalatkan untuk tujuan politik. Di mana juga kesatuan sekerja diperalatkan untuk tujuan politik, kita dapati kepentingan pekerja akan diketepikan. Dan jika parti politik itu berjaya sehingga menjadi Kerajaan, maka kesatuan dan pekerja akan ditindas terus. Kita boleh lihat perkara ini berlaku jika kita mengkaji beberapa buah negara dekat dan jauh di mana parti politik telah memperolehi kuasa 'riding on the backs of trade unions'. Saya percaya sikap kepimpinan baru CUEPACS yang lebih realistik seperti yang ditunjukkan dalam rundingan baru-baru ini dengan pihak Kerajaan, adalah kerana CUEPACS dapat melepaskan diri daripada orang-orang yang mempunyai niat lain. Tidak ada lagi perbuatan bersetuju di dalam dan tidak bersetuju di luar yang telah menyebabkan kepincangan dan konfrontasi dalam perhubungan perusahaan di sektor awam. Mungkin ada setengah-setengah daripada pekerja yang berpendapat bahawa pemimpin kesatuan sekerja tidak menjadi pemimpin jika ia tidak bermusuhan dengan majikan. Saya berpendapat bahawa anggapan ini tidak berasas. Sementara kita harus mempertahankan hak dan tuntutan, kita tidak perlu bermusuhan. Kejayaan bukan sahaja boleh dicapai melalui konfrontasi. Sebenarnya sikap "adversarial" atau bermusuh-musuhan kerap kali menggagalkan perjuangan. Sekaligus kepimpinan baru CUEPACS mungkin nampak tidak bermaya. Tetapi, sebenarnya di zaman kemelesetan ini tidak mungkin ada pemimpin yang boleh membawa kejayaan kepada mana-mana tuntutan kesatuan sekerja dengan sepenuhnya. Hakikat ini perlu diterima oleh semua pihak. 528

Ingin saya menyebut secara berterus-terang di sini tentang kedudukan ekonomi negara dan kedudukan kewangan Kerajaan untuk menjelaskan mengapa tidak akan ada pemimpin CUEPACS yang boleh menjayakan tuntutan gaji pada waktu ini. Kerajaan mendapat hasil yang terbesar daripada cukai korporat dan cukai pendapatan. Asas cukai koporat ialah keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan syarikat. Jika syarikat tidak memperolehi keuntungan, maka tidak akan ada cukai yang boleh dikutip. Keuntungan ialah lebihan harga jualan daripada kos keseluruhannya. Apabila kos melebihi harga jualan, tidak ada untung dan tidak ada cukai yang boleh dikutip. Hari ini kos pengeluaran bijih timah dan kelapa sawit melebihi harga jualan. Ini bermakna tidak ada cukai yang dapat dikutip melainkan daripada beberapa syarikat yang tinggi produktivitinya dan masih boleh mendapat keuntungan. Daripada perusahaan getah dan balak, keuntungan adalah terlalu rendah sehingga cukai yang didapati oleh Kerajaan cuma sedikit sahaja. Minyak petroleum masih menguntungkan, tetapi keuntungan ini sudah berkurangan kerana harganya turun daripada $30 U.S setong kepada $10 U.S. setong. Dengan kurangnya penjualan bahan-bahan mentah yang menjadi punca 50% daripada pendapatan negara, perbelanjaan semua orang yang bergantung kepada perusahaan-perusahaan ini juga turut berkurangan. "Dengan itu perniagaan-perniagaan lain juga terjejas dan cukai pendapatan yang dibayar oleh individu dan syarikat turut berkurangan. Dalam keadaan ini pendapatan Kerajaan daripada semua punca sudah berkurangan. Sebaliknya, perbelanjaan mengurus meningkat tiap-tiap tahun kerana kenaikan tahunan atau "yearly increment" dan pencen yang terpaksa dibayar. Untuk mengurangkan perbelanjaan, kita telah menghentikan pengambilan kakitangan yang baru. Ini bermakna mereka yang tidak berpeluang bekerja, terpaksa mengorbankan peluang mereka untuk membantu Kerajaan membayar gaji kepada yang sudah bekerja. Kita juga telah mengurangkan belanja pembangunan yang mana ini bermakna rakyat terpaksa mengorbankan kepentingan mereka untuk menolong Kerajaan membayar gaji dan elaun kakitangannya. Tetapi pendapatan Kerajaan masih juga menurun dan akan sampai kepada peringkat yang kita mesti berhutang untuk membayar gaji. Inilah yang dimaksudkan dengan defisit dalam akaun semasa atau "deficit in the current account". Siapa juga faham bahawa jika kita berhutang untuk belanja yang hangus, lambat-laun kita akan menjadi papa dan abdi kepada orang yang memberi hutang. Sebagai sebuah negara, kebebasan kita akan terjejas dan kita akan terpaksa mengikut telunjuk bank-bank di dunia dan negara-negara yang kaya mengenai pengurusan ekonomi kita. Dalam usaha mereka mendapat balik wang mereka, tekanan akan ditumpukan kepada pengurusan perbelanjaan kita. Tidaklah mustahil jikalau mereka menyuruh kita mengurangkan 529

belanja mengurus dengan menurun gaji atau memberhentikan sebahagian daripada kakitangan Kerajaan. Ini telah mereka paksakan ke atas beberapa negara di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Jika kita tidak mahu tunduk kepada arahan mereka, maka mereka tidak akan memberi pinjaman lagi kepada kita. Jika kita tidak dapat berhutang, kita terpaksa mengurangkan belanja, termasuk belanja mengurus — mungkin juga dengan menguruskan gaji atau memberhentikan sebahagian daripada kakitangan Kerajaan. Inilah masalah yang kita hadapi selagi kita tidak dapat mengeksport barangan kita dengan harga yang memberi keuntungan kepada kita. Kita tidak dapat lihat dalam jangkamasa yang pendek dan sederhana, atau "short and medium term" bahawa barangan utama kita akan pulih seperti dahulu. Justeru itu, kita perlu berusaha, pertamanya mengurangkan perbelanjaan, dan keduanya meningkatkan daya pengeluaran. Kita perlu berkorban sekarang untuk masa depan yang lebih baik. Sesuatu tindakan oleh mana-mana pihak yang akan mengganggu pemulihan ekonomi negara hanya akan melambatkan pemulihan pendapatan diri kita sendiri. Masalah yang kita hadapi adalah masalah kita bersama. Ia bukan masalah Kerajaan atau masalah majikan atau masalah pihak swasta atau pekerja swasta. Semua kita terlibat dan bertanggungjawab dan kita harus bekerjasama. Sebab itu Kerajaan sanggup mendengar dan menimbang pendapat pekerja. Untuk ini, kita telah menubuhkan Majlis Bersama Kebangsaan dan Majlis Bersama Jabatan. Saya berharap jentera ini digunakan sepenuhnya. Pada masa ini Kerajaan sedang mengambil langkah-langkah untuk mempergiatkan lagi perjalanan Majlis Bersama Jabatan di peringkat Jabatan dan mengadakan masyuarat Majlis Bersama Kebangsaan dengan lebih kerap. Saya menganggap penubuhan Majlis Bersama Jabatan ini sebagai penting dan saya berharap semua Ketua-ketua Jabatan mengambil pandangan yang sama supaya pendapat-pendapat pihak pekerja dapat digemblengkan sepenuhnya dalam usaha kita memperbaiki mutu perkhidmatan awam. Dengan kelima-lima Majlis Bersama Kebangsaan aktif semula dan lebih banyak lagi Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan, kita berharap perhubungan antara Kerajaan dengan pekerja akan lebih rapat. Maka dengan itu masalah-masalah pihak pekerja akan dapat dikenalpasti pada peringkat awal-awalnya supaya tindakan-tindakan sesuai dapat diambil untuk mengatasi masalah-masalah itu. Saya telah difahamkan bahawa pada masa ini terdapat saranan daripada setengah-setengah pihak pekerja untuk menubuhkan satu Majlis Bersama Kebangsaan bagi keseluruhan perkhidmatan awam. Dengan lain-lain perkataan, kelima-lima Majlis Bersama Kebangsaan yang tunggal. Sebenarnya keputusan Kerajaan menubuhkan lima Majlis Bersama Kebangsaan itu adalah dibuat setelah mengkaji dengan mendalam dan mengambilkira pendapat serta kehendak-kehendak daripada keseluruhan pihak pekerja sendiri. Kerajaan berpendapat bahawa kelima-lima Majlis Bersama Kebangsaan ini akan dapat menjadi 530

saluran untuk dijadikan alat perhubungan antara pihak Kerajaan dengan pekerja bagi menentukan bahawa kehendak-kehendak pihak pekerja daripada berbilang sektor dan perkhidmatan awam dapat dipenuhi. Kerajaan menyedari bahawa terdapat banyak perbezaan kehendak di dalam berbagai sektor pekerja. Oleh yang demikian maka sewajarnya ditubuhkan lima Majlis Bersama Kebangsaan bagi memenuhi kehendak-kehendak tersebut. Walau bagaimanapun untuk rundingan kepentingan bersama, kelimalima Majlis ini bolehlah mengambil bahagian, yang mana ini akan bertindak hampir sama dengan Majlis Bersama Kebangsaan. Saya sedar bahawa daripada segi bidang tugas dan fungsi Majlis Bersama Kebangsaan yang ada sekarang hanya bersifat sebagai satu saluran di mana pihak pekerja boleh memberi pendapat-pendapat untuk Kerajaan menimbangkannya. Agaknya, sebab itulah sekarang ini tuan-tuan dan puan-puan ingin mendapatkan hak berunding seperti di sektor swasta. Berhubung dengan perkara ini, sektor awam tidaklah boleh disamakan dengan sektor swasta. Kerajaan bukan satu syarikat untuk mencari keuntungan bagi beberapa orang yang memilikinya. Kerajaan ditubuhkan untuk memelihara kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya. Jika Kerajaan terhalang daripada meneruskan pentadbiran negara, maka yang akan menderita dan mengalami kerugian ialah rakyat dan negara. Dan mereka yang menghalang adalah juga rakyat yang akan rugi apabila negara rugi, sekurang-kurangnya dalam jangka panjang. Jika tawar-menawar dibenarkan di dalam jentera perundingan Kerajaan, maka Kerajaan akan terpaksa berdepan dengan kesatuan-kesatuan sekerja dan ketegangan akan berlaku. Dalam zaman moden ini perhubungan antara majikan dengan pekerja sepatutnya merupakan perhubungan antara dua rakan atau "partners". Kerajaan yang sentiasa diugut atau diserang oleh tindakan-tindakan perusahaan tidak akan dapat menjadi Kerajaan yang berkesan. Tanpa Kerajaan yang berkewibawaan dan berkesan, bermacam-macam perkara yang tidak diingini, termasuk tergugatnya keselamatan rakyat dan negara akan berlaku. Saya mempunyai penuh keyakinan bahawa jentera yang ada sekarang ini boleh kita praktikkan demi kepentingan kita bersama, dengan syarat kita sama-sama jujur di dalam memainkan peranan kita masing-masing. Tuan-tuan dan puan-puan mempunyai peranan yang tersendiri dan Kerajaan juga mempunyai peranannya di dalam usaha kita bersama-sama mencorakkan arah pembangunan negara yang kita cintai ini. Saya meminta maaf kerana terpaka berterus-terang dalam ucapan ini. Keadaan ekonomi negara dan pendapatan Kerajaan tidak mengizinkan saya mencari populariti dengan membayangkan sesuatu yang tidak mungkin. Jika kita ingin memulihkan ekonomi negara ini, kita perlu membulatkan tenaga untuk menjayakan rancangan kita. Jika kita khayal dan asyik dengan sikap dan tindakan seolah-olah keadaan adalah seperti dahulu, maka yang akan menjadi mangsa yang sebenarnya ialah kita semua. Tahun ini CUEPACS akan memilih kepimpinannya yang baru. Saya ingin menyatakan di sini bahawa Kerajaan sanggup dan akan bekerjasama dengan CUEPACS 531

sebagai gabungan kesatuan sekerja. Kerajaan juga berharap satu jalinan perhubungan dapat dipupuk berasaskan kepada perkongsian antara pihak pekerja dengan Kerajaan. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada CUEPACS kerana menjemput saya ke majlis ini. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Perwakilan CUEPACS ke-17 ini.

532

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MULLS PERJUMPAAN DAN MAKAN MALAM POLLS - SEBARAN AM KUALA LUMPUR 23HB. NOVEMBER, 1986

S

aya mengucapkan terima kasih kerana dijemput untuk menghadiri Majlis 'Polis Sebaran Am' buat pertama kalinya sejak majlis seperti ini dianjurkan tiap-tiap tahun mulai tahun 1975 lagi. Saya berbangga melihat kemesraan perhubungan yang terjalin rapat antara kakitangan media massa dengan anggota-anggota Polis Di-Raja Malaysia.

Sesungguhnya, media massa merupakan unsur penting dalam perhubungan antara polis dengan masyarakat umum. Orang ramai biasanya mengetahui mengenai kegiatan-kegiatan polis, hal-hal jenayah, tindakan-tindakan penguatkuasaan dan pencegahan yang diambil menerusi apa yang dibaca dalam surat-surat khabar atau apa yang didengar di radio dan dilihat di televisyen. Pendeknya, media massa boleh membentuk persepsi orang ramai terhadap pasukan polis menerusi penulisan atau persembahan mereka. Usaha-usaha pihak media massa untuk menerbitkan sesuatu berita mengikut selera atau sudut pandangan mereka boleh membantu atau menggagalkan usahausaha polis. Media massa boleh meningkatkan kegelisahan orang ramai terhadap kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara; media massa juga boleh meningkatkan suasana penjenayahan atau 'criminal environment'. Namun demikian, usaha-usaha pihak media massa juga berupaya untuk membongkar kegiatan jenayah dan mengenalpasti penjenayah-penjenayah; melindungi orang ramai daripada mereka yang korap dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam kegiatan pencegahan jenayah dan lain-lain aktiviti untuk menegakkan kedaulatan undang-undang negara. Pihak media massa boleh mendapatkan daripada pihak polis berita-berita yang tepat dan benar untuk disiarkan. Banyak tenaga dan masa dapat dijimatkan kerana pihak media massa tidak perlu lagi menyiasat dengan mendalam untuk mengumpul fakta-fakta dan bukti-bukti. Jelaslah bahawa perhubungan yang erat antara pihak polis dengan pihak media massa adalah penting. Selain daripada kepentingan-kepentingan yang bertujuan untuk kebaikan keduadua pihak, saya rasa yang lebih penting ialah hakikat bahawa perhubungan yang erat antara polis dengan media massa adalah perlu untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang aman, damai dan bertanggungjawab. Pihak polis mewujudkannya menerusi usaha-usaha menegakkan kedaulatan undang-undang negara dan Keluhuran Perlembagaan sementara pihak media massa pula menerusi pemupukan daya intelek yang sihat, harmonis dan dinamik. Pendeknya, perhubungan yang erat antara kedua533

dua pihak dapat memanfaatkan orang ramai amnya. Saya berbangga kerana majlis seperti ini dapat dianjurkan tiap-tiap tahun sejak tahun 1975. Saya yakin media massa kini tentunya dapat memahami dan menghayati keikhlasan dan kejujuran pasukan polis untuk memupuk persahabatan ini. Oleh kerana sebahagian besar daripada tugas-tugas polis menguatkuasakan undang-undang, maka tindakan-tindakan anggotanya adalah terdedah kepada penafsiran dan kritikan daripada pihak media massa. Media massa hendaklah memperlihatkan fakta-fakta yang benar, tepat dan adil serta penganalisaan yang kritikal tetapi konstruktif mengenai isu yang dihadapi. Media massa janganlah menyalahkan pasukan polis keseluruhannya atas perbuatan segelintir anggota-anggota polis yang engkar atau tidak beretika. Mungkin pihak media massa dapat menyalurkan teguran dan pendapat yang membina mengenai cara-cara yang baik dan praktikal untuk mengatasi sesuatu masalah itu. Pasukan polis sentiasa bersedia untuk menerima kritikan atau teguran demi untuk meningkatkan daya dan mutu perkhidmatannya. Perhubungan yang erat adalah juga perlu antara pihak media massa dengan kakitangan Kerajaan yang lain. Dalam sebuah negara yang membangun di mana masyarakatnya pula adalah berbilang kaum, kita memerlukan suasana yang aman dan sejahtera untuk pembangunan negara. Rentak pembangunan negara kita adalah juga bergantung kepada sikap dan kekuatan mental dan fisikal setiap golongan rakyat untuk menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan di masa hadapan. Unsur-unsur negatif yang boleh menghalang perpaduan dan pembangunan hendaklah dikikis dan dijauhi. Media massa yang bertanggungjawab dan cintakan masyarakat dan negara akan berusaha memupuk nilai-nilai yang murni di kalangan pembaca dan pendengar sebagai sumbangan mereka untuk memajukan negara. Perhubungan yang erat antara pihak media massa dengan kakitangan Kerajaan adalah penting supaya program-program pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Mengkritik secara melulu adalah satu kerja yang mudah tetapi mencari jalan penyelesaian memerlukan sifat-sifat yang bertanggungjawab, rajin dan mempunyai daya pemikiran yang tajam dan bernas. Dengan itu, pihak media massa hendaklah menanamkan semangat dan sikap yang positif supaya cita-cita kita untuk membina sebuah negara yang lebih kukuh dapat dicapai. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput saya ke majlis ini. Saya percaya pasukan polis dan media massa akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kerjasama mereka bagi kebaikan bersama.

534

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN NADWAH WANITA ISLAM SEMALAYSIA DI KOMPLEKS TABUNG HAJI, SELANGOR 28HB. NOVEMBER, 1986

S

aya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput saya untuk berucap dan seterusnya merasmikan Nadwah Wanita Islam Se-Malaysia ini. Saya berharap Nadwah ini akan membawa manfaat kepada kita semua, terutama dalam menghadapi tahun-tahun hadapan yang lebih mencabar bagi semua umat Islam.

Wanita Islam di Malaysia seperti juga wanita Islam di lain-lain negara, sedang menghadapi cabaran yang besar. Semenjak tamatnya Perang Dunia Kedua satu 'revolusi' wanita telah berlaku di Barat hasil daripada pendapat bahawa perkara yang utama bagi masyarakat manusia adalah 'equality , atau perimbangan. Pendapat ini menegaskan bahawa semua manusia, sama ada lelaki atau perempuan, putih atau hitam, miskin atau kaya, berpangkat tinggi atau rendah, terpelajar atau tidak adalah sama atau sama berhak. Sekaligus pendapat dan falsafah ini jelas adil dan patut disanjung tinggi. Tetapi apabila sesuatu prinsip, konsep atau falsafah dituruti tanpa sekatan atau hadnya, maka keterlaluan akan berlaku dan tujuan yang baik boleh menjadi buruk. 1

Prinsip 'equality' ini berpunca daripada prinsip demokrasi yang memberi taraf sama rata kepada semua manusia. Memang daripada segi lojik keadilan, tidak patut ada diskriminasi antara manusia dengan manusia. Tetapi setakat manakah persamaan ini hendak dibawa? Di Barat kita dapati konsep persamaan ini telah dibawa ke peringkat yang tidak munasabah lagi. Dalam soal lelaki dan perempuan, mereka mesti sama dalam segalagalanya. Oleh kerana perkataan 'Mr.' umpamanya tidak mendedahkan sama ada lelaki itu sudah beristeri atau tidak, maka wanita juga tidak mahu mendedahkan mereka sudah berkahwin dengan menggunakan perkataan 'Mrs.' Maka diciptakan 'Ms.' yang tidak memberi maklumat tentang bersuami atau tidak. Terlanjur daripada itu, maka wanita Barat beranggapan mereka juga patut bebas daripada segi moral sepertimana mereka percaya ada lelaki yang bebas. Maka wujudlah 'singles bar' di Amerika Syarikat di mana lelaki dan wanita datang tanpa teman untuk berjumpa antara satu sama lain dan seterusnya. Dengan adanya ubat mencegah kehamilan, maka tidak ada takut-takut lagi untuk wanita mengadakan perhubungan dengan sesiapa sahaja, walaupun mereka sudah berkahwin. 535

Tetapi persamaan terus dikejar di Barat. Dalam semua bidang wanita mesti sama dengan lelaki sehingga kita tidak lagi dapat mengenai yang mana yang wanita dan yang mana yang lelaki. Pakaian, potongan rambut, kelakuan dan cara bercakap mereka, semuanya meniru lelaki untuk kononnya menghilangkan perbezaan antara wanita dan lelaki. Lelaki pula, cuba menunjukkan bahawa mereka menyanjung tinggi persamaan dan tidak lagi melayan wanita sebagai kaum yang lemah yang perlu dilindung tetapi sebagai kaum yang sama dengan lelaki dan tidak perlu berbahasa dengan mereka. Namun demikian, amalan menjadikan wanita sebagai objek keghairahan masih diteruskan. Wanita yang begitu sekali ingin disamakan dengan lelaki, tidak segansegan menggunakan kejelitaan mereka untuk memperolehi sesuatu bagi diri mereka. Mereka mendedahkan tubuh badan mereka dengan tidak berperasaan malu, sebagai umpan untuk sesuatu maksud. Institusi perkahwinan hampir hapus di merata-rata tempat di Barat. Sekarang ini bintang-bintang filem dan muzik yang terkenal tidak segan mendapatkan anak di luar nikah. Peminat mereka dan orang awam pula tidak lagi memandang kepada perbuatan ini sebagai tidak bermoral. Orang ramai terus menyanjung tinggi mereka ini. Oleh kerana institusi perkahwinan sudah lemah maka keluarga juga kurang bermakna. Anak dipelihara oleh ibu secara sambilan dan tidak dikenalkan kepada bapanya. Sudah tentu bapa tidak ambil tahu sama sekali tentang nasib anak. Dengan itu, maka hancurlah keluarga sebagai unit masyarakat. Demikianlah lanjutan daripada tuntutan untuk persamaan antara lelaki dan perempuan yang berlaku di negara-negara Barat. Walaupun tidak ketara, falsafah ini meresap juga di kalangan wanita Islam. Sekurang-kurangnya falsafah ini mempengaruhi pemikiran wanita Islam sama ada secara negatif atau positif. Kita dapati ada wanita Islam yang takut akan aliran pemikiran wanita Barat ini sehingga mereka menganggap tidak boleh wujud persamaan sama sekali antara hak wanita dengan hak lelaki. Mereka ini berpendapat bahawa kedudukan wanita begitu rendah sehingga mereka tidak lebih daripada harta suami mereka yang boleh diperlakukan sesuka hati. Mereka berpendapat bahawa pelajaran dan kerja bukanlah untuk mereka. Tugas mereka ialah melahirkan dan memelihara anak serta menjaga rumah. Di samping itu, terdapat juga wanita Islam yang begitu terpikat dengan kebebasan wanita Barat ini sehingga mereka lupa akan tempat mereka dan menuntut supaya taraf dan kedudukan mereka menjadi 100%, sama dengan lelaki. Dan mereka inipun terus melupakan sopan-santun wanita Islam. Dalam keadaan yang 'conflicting' ini, ada di antara wanita Islam yang berada dalam keadaan serba-salah. Satu jenis polarisasi berlaku antara mereka yang ingin 536

bebas dan mereka yang ingin memperhambakan diri kepada lelaki sebagai tanda ke Islaman. Keadaan serba-salah ini sedikit sebanyak telah melemahkan keupayaan wanita Islam dalam memainkan peranan yang berkesan dan baik bagi masyarakat Islam. Seperti biasa sesuatu yang keterlaluan tidak boleh mendatangkan faedah. Aliran pemikiran Barat yang ekstrim tidak boleh ditentang dengan pengunduran wanita Islam keketerlaluan yang satu lagi. Kita perlu mencari jalan yang tengah supaya tenaga kita tidak terjejas. Dan jalan yang tengah atau sederhana adalah yang dituntut oleh agama Islam dalam semua bidang. Islam sebenarnya ialah agama yang membebas dan memberikan taraf yang saksama kepada wanita. Tetapi taraf ini tidak bermakna bahawa perbezaan tidak wujud antara lelaki dengan perempuan. Ada tugas dan peranan yang lebih sesuai dan lebih baik dimainkan oleh kaum wanita. Tuhan menjadikan wanita dengan sifat-sifat tertentu yang memberi kelebihan kepada mereka dalam setengah-setengah bidang. Amatlah tidak sesuai jika peranan ini dimainkan oleh lelaki. Sebaliknya, sifat-sifat yang sama juga menghalang wanita daripada bergiat dalam bidang-bidang lain yang mana kaum lelaki lebih sesuai. Dengan itu, maka pembahagian tugas dapat dibuat dengan mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak dan kepada masyarakat Islam. Di samping itu, ada pula tugas-tugas dan kegiatan yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Tidak ada sebab kenapa wanita tidak patut mengambil bahagian dalam bidang-bidang ini. Dengan penyertaan wanita, maka akan bertambahlah tenaga keluarga dan masyarakat Islam dan keupayaan mereka bersaing dengan lain-lain masyarakat. Jika kita semua faham dan terima hakikat ini, maka tidak akan berlaku lagi pemberontakan yang sia-sia oleh wanita yang kononnya ingin bebas dalam segala-galanya dan ingin menjadi sama seperti lelaki. Demikianlah juga tidak akan terasing dan sia-sia tenaga dan kebolehan wanita dalam bidang-bidang yang mereka boleh memberi sumbangan. Penerimaan hakikat ini juga akan menghilangkan tekanan jiwa yang sering melanda setengah-setengah wanita Barat. Apabila kita menerima sesuatu keadaan sebagai perkara-perkara biasa dan kita tidak perlu memberontak terhadapnya, kita akan menjadi lebih tenang dan lebih berkeupayaan menumpu segala tenaga dan fikiran kepada tugas-tugas yang perlu diselenggarakan. Dalam masyarakat yang wanitanya tenang dan menyumbangkan tenaga mereka bagi memajukan masyarakat, sudah tentulah kejayaan masyarakat itu lebih terjamin. Dalam keadaan kegelisahan dan tidak tentu arah di kalangan kaum wanita, kaum lelaki juga kadang-kadang mengambil peluang. Dengan memperalatkan agama Islam, mereka sering menidakkan hak wanita. Dalam masyarakat Islam wanita kerap tertindas kerana ajaran yang kononnya berasas daripada Islam yang menekan bahawa wanita tidak ada hak apa-apa dalam Islam. Dengan itu wanita dikurung di dalam dan di luar rumah kerana perasaan cemburu lelaki. Setiap kegiatan wanita tertakluk kepada 537

kehendak lelaki, dan mereka sanggup menghina wanita kerana ini kononnya adalah hak lelaki dalam Islam. Ajaran Islam yang disampaikan kepada wanita lebih tertumpu kepada amalan berbagai jenis larangan yang ditokok-tambah kepada amalan agama Islam. Apa yang perlu dibuat oleh wanita untuk mengukuhkan masyarakat Islam tidak diberi perhatian. Sentimen ini juga terdapat di Malaysia di mana wanita sering menjadi sasaran orang-orang yang ingin menguasai mereka. Apabila mereka ini sudah berjaya menguasai fikiran wanita Islam, maka dibawalah ajaran Islam yang kononnya menekan tentang dosa yang dipikul oleh wanita sepanjang masa selagi mereka tidak dikahwinkan dengan orang-orang tertentu. Maka berlakulah kahwin kontrak sementara yang mengutamakan kepentingan lelaki semata-mata dan amalan poligami yang tidak seperti dikehendaki oleh agama Islam. Tidak syak lagi bahawa sebahagian daripada sebabnya masyarakat Islam mundur ialah kerana kekeliruan tentang peranan wanita. Justeru itu, eloklah jika wanita Islam Malaysia memberi perhatian kepada perkara ini. Orang Islam di Malaysia hanya separuh sahaja daripada penduduk negara ini. Orang Islam Malaysia pula mundur dalam bidang pelajaran dan ekonomi. Kita perlu kepada semua tenaga yang ada pada kita untuk mengatasi kemunduran kita dan untuk bersaing dengan orang lain. Kita tidak boleh melemahkan diri kita dengan menyingkirkan wanita Islam iaitu separuh daripada orang Islam di Malaysia dari bidangbidang yang wanita berkemampuan dan sesuai. Jika Nadwah ini dapat menggariskan jalan yang sederhana untuk wanita Islam, maka masyarakat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia juga akan memperolehi manfaat daripada perjumpaan ini. Dengan harapan ini, saya membuka Nadwah Wanita Se-Malaysia ini dengan rasminya.

538

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA DADAH BERBAHAYA (PINDAAN) 1986 (BACAAN KALI YANG KEDUA) DI DEWAN RAKYAT, 4HB. DISEMBER, 1986

S

aya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Dadah Berbahaya, 1952, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya, dibacakan kali yang kedua sekarang.

Sejajar dengan hasrat untuk memerangi dan membasmi ancaman serta masalah dadah, Kerajaan dengan sokongan rakyat telah mengambil berbagai langkah semenjak beberapa tahun kebelakangan ini untuk memperbaiki dan memperkukuhkan usaha-usahanya dalam bidang pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan. Salah satu langkah utama yang telah diambil ialah menyemak dan meminda Akta Dadah Berbahaya, 1952 untuk mewujudkan penalti yang lebih berat bagi kesalahan-kesalahan dadah. Langkah-langkah ini telah membolehkan Kerajaan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan terhadap ancaman dadah yang dihadapi oleh negara, sehingga Malaysia terkenal dan disanjung sebagai salah satu negara yang sanggup memerangi ancaman dadah dengan penuh keazaman dan tenaga yang perlu. Namun demikian, pengedaran dadah di negara ini didapati masih dalam tahap yang merbahaya. Ini dapat dilihat, misalnya, daripada jumlah penagih dadah yang dilapor atau dikesan. Bagi jangkamasa 1970 hingga Oktober 1986 jumlah kumulatif penagih dadah yang dikesan buat pertama kalinya ialah 119,713 dan jumlah penagih baru yang dikesan bagi tahun ini sahaja iaitu hingga bulan Oktober ialah 5,897. Di samping itu, adalah diperhatikan bahawa semenjak Akta Dadah Berbahaya, 1952 dipinda dalam tahun 1983 dan 1984 untuk mewujudkan penalti yang lebih berat bagi kesalahan memiliki 5 gram atau lebih heroin atau morfin, atau 250 gram atau lebih candu mentah dan candu masak, pengedar-pengedar dadah telah mengubah corak pergerakan mereka. Ramai daripada mereka yang ditangkap sekarang didapati memiliki dadah kurang daripada jumlah yang ditetapkan itu untuk mengelak daripada hukuman yang terdapat sekarang. Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan ganja atau kanabis telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Begitu juga dengan masalah pemilikan daun koka dan kokain. Penagihan berasaskan kokain sedang meningkat di 539

dunia barat dan mungkin akan merebak ke rantau ini jika langkah-langkah pencegahan awal tidak diambil. Memandangkan kenyataan dan perkembangan-perkembangan yang saya telah huraikan itu, adalah didapati peruntukan-peruntukan tertentu dalam Akta Dadah Berbahaya, 1952 perlu dipinda untuk mengenakan penalti yang lebih berat lagi bagi kesalahan-kesalahan tertentu sebagai satu usaha pencegahan atau 'deterrent'. Di samping itu pindaan juga perlu untuk mengubahsuaikan peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perkembangan-perkembangan baru dalam pengedaran dadah, dan menyelaraskan penalti-penalti yang ditetapkan bagi kesalahan-kesalahan yang sama serius. Penalti yang lebih berat yang dicadangkan sebagai 'deterrent' yang lebih berkesan dalam Rang Undang-undang berkenaan melibatkan pengwujudan atau penambahan hukuman sebat mandatori, hukuman penjara atau hukuman denda. Walau bagaimanapun, penekanan adalah diberi kepada hukuman sebat sebagai alat 'deterrent' yang nyata lebih berkesan. Penalti penjara dan denda dicadang untuk ditingkatkan cuma bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan jenis dadah-dadah yang tertentu di mana penalti sekarang didapati terlalu ringan dan tidak seragam dengan penalti-penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan-kesalahan lain yang sama serius. Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa hukuman sebat adalah ditujukan kepada pengedar-pengedar yang kesalahan mereka tidak mendedahkan mereka kepada hukuman mati yang mandatori. Hukuman sebat ini bukanlah untuk kesalahan menjadi penagih. Kerajaan berharap dengan adanya tindakan tegas terhadap pengedar-pengedar ini, masalah penagihan juga, insya-Allah, dapat dibendung. Bagi penagih-penagih pula, sudah ada undang-undang untuk menghukum mereka dengan cara menahan mereka di tempat-tempat pemulihan. Di samping itu, semasa mereka berada di pusat-pusat tersebut, mereka dikehendaki menjalani rawatan dan pemulihan. Apabila pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang ini diterima dan diluluskan, maka akan wujudlah satu sistem penalti yang terselaras bagi kesalahan pemilikan dan pengedaran berbagai jenis dadah berasaskan 'toxity'. Sistem penalti ini adalah seperti berikut: i.

Pertama, penjara maksimum 5 tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya bagi pemilik-pemilik dadah dalam amaun yang kecil. Amaun ini berbeza bagi berbagai dadah mengikut 'toxity', seperti berikut: kurang daripada 2 gram heroin, morfin, atau 'monoacetylmorphines'; kurang daripada 5 gram kokain; kurang daripada 20 gram kanabis atau resin kanabis; kurang daripada 100 gram candu mentah atau candu masak; dan kurang daripada 250 gram daun koka. Penalti penjara bagi kesalahan ini sedia wujud dalam akta sekarang dan tidak berubah. Penalti denda juga sedia wujud sama ada denda maksimum RM10,000 atau RM20,000. Tetapi sekarang dicadang untuk diseragamkan menjadi maksimum RM20,000 berasaskan 'toxity'. 540

ii.

Keduanya, penjara di antara 2 hingga 5 tahun dan hukuman sebat 3 hingga 9 kali bagi pemilik-pemilik dadah yang dianggap pengedar kecil-kecilan, yang memiliki antara 2 hingga 5 gram heroin, morfin, atau 'monoacetylmorphines'; 5 hingga 15 gram kokain; 20 hingga 50 gram kanabis atau resin kanabis; 100 hingga 250 gram candu mentah atau candu masak; dan 250 hingga 750 gram daun koka. Mengikut undang-undang yang ada sekarang, penalti bagi pengedar kecil-kecilan ini adalah sama seperti bagi pemilik-pemilik dadah yang disebutkan di kategori satu tadi. Memandangkan pengedar-pengedar kecil-kecilan inilah yang memperalatkan penagih dan lain-lain orang untuk memperkenalkan dadah kepada mangsa yang baru, maka penalti yang lebih berat adalah difikirkan perlu bagi mereka.

iii.

Ketiga, penjara 5 tahun hingga seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada 10 kali bagi pengedaran dadah dalam amaun yang masih tidak terlalu banyak, iaitu 5 hingga 15 gram heroin, morfin, atau 'monoacetylmorphines'; 15 hingga 40 gram kokain; 50 hingga 200 gram kanabis atau resin kanabis; 250 hingga 1000 gram candu mentah atau candu masak; dan 750 hingga 2000 gram daun koka. Undang-undang sekarang memperuntukkan penalti penjara yang sama dan hukuman sebat tidak kurang daripada 6 kali.

iv.

Keempat, hukuman mati bagi mereka yang memiliki dadah dalam amaun yang membawa anggapan pengedaran atau 'trafficking' iaitu 15 gram atau lebih heroin, morfin, atau 'monoacetylmorphines'; 40 gram atau lebih kokain; 200 gram atau lebih kanabis atau resin kanabis; 1000 gram atau lebih candu mentah atau candu masak; dan 2000 gram atau lebih daun koka. Perlulah saya sebutkan di sini bahawa hukuman mati ini sedia wujud bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan dadah jenis heroin, morfin, 'monoacetylmorphines', kanabis, resin kanabis, candu mentah dan candu masak dalam undang-undang sekarang.

Dengan ringkasnya demikianlah sistem penalti yang akan wujud dengan adanya pindaan-pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya, 1952 yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang ini. Selain daripada pindaan kepada sistem penalti yang saya sebutkan tadi, terdapat satu sahaja pindaan kecil, iaitu terhadap takrif 'crude cocaine'. Takrif 'crude cocaine' yang terdapat di Seksyen 2 Akta sekarang akan digugurkan kerana istilah tersebut tidak digunakan dalam mana-mana peruntukan lain dalam Akta itu. Akta Dadah Berbahaya, 1952 merupakan salah satu alat yang penting dalam strategi Kerajaan untuk membasmi ancaman dadah, dan pindaan-pindaan yang dicadangkan kepadanya dalam Rang Undang-undang ini akan menjadikannya lebih berkesan lagi. Dengan itu, saya mohon Rang Undang-undang tersebut disokong dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.

541

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA RAHSIA RASMI (PINDAAN) 1986 DI DEWAN RAKYAT 5HB. DISEMBER, 1986

S

aya mohon mencadangkan iaitu satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 dibaca kali yang kedua sekarang.

Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan untuk meminda Akta Rahsia Rasmi seperti berikut:(a)

untuk memasukkan taklif "bahan" dan "rahsia rasmi" kepada akta;

(b)

untuk memasukkan peruntukan baru yang memberi kuasa kepada Menteri yang bertanggungjawab untuk menambah, memotong atau meminda perkara-perkara yang telah disenaraikan dalam jadual di bawah takrif "rahsia";

(c)

untuk memasukkan peruntukan yang memberi kuasa kepada seseorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi sesuatu Negeri untuk melantik mana-mana pegawai awam bagi mengelaskan atau "classify" suratan-suratan, maklumat-maklumat atau bahan-bahan rasmi sebagai "Rahsia Besar", "Rahsia", "Sulit" atau 'Terhad" untuk menjadikannya "rahsia rasmi" sebagaimana yang ditakrifkan;

(d)

untuk memasukkan satu peruntukan yang memberi kuasa kepada manamana Menteri berkenaan, Menteri Besar, Ketua Menteri dan pegawaipegawai awam yang tertentu untuk mengelaskan semula atau "declassify" "rahsia rasmi" pada bila-bila masa supaya ianya tidak lagi menjadi "rahsia rasmi";

(e)

untuk mengganti perkataan-perkataan seperti "benda, suratan dan maklumat" dengan perkataan "rahsia rasmi" yang terdapat dalam SeksyenSeksyen 7A dan 8 berikutan kemasukan takrif perkataan "rahsia rasmi";

(f)

untuk memasukkan peruntukan baru yang memberi kuasa kepada manamana Menteri berkenaan, Menteri Besar, Ketua Menteri bagi sesuatu Negeri dan pegawai-pegawai awam yang tertentu untuk membuat perakuan bahawa sesuatu suratan rasmi, maklumat atau bahan adalah "rahsia 542

rasmi" dan perakuan ini hendaklah menjadi keterangan yang "conclusive" atau muktamad dan ianya tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa jua alasan; (g)

untuk memasukkan satu peruntukan yang mana akan memberi hak pembelaan kepada pegawai-pegawai awam, sekiranya dituduh, mereka tidak akan didapati bersalah jika apa-apa yang dilakukan itu adalah dalam menjalankan tugas rasmi atau telah mendapat kuasa untuk berbuat demikian;

(h)

untuk membuat peruntukan di mana hukuman "optional" denda yang sedia ada dihapuskan daripada Seksyen-seksyen 4, 7A, 7B, 8, 9(2), 11, 12 dan 13(1);

(i)

untuk menggantikan denda-denda yang sedia ada dalam Seksyen-seksyen yang tersebut di atas dengan suatu hukuman minima penjara bagi tempoh satu tahun;

(j)

untuk menambah tempoh maksima bagi hukuman penjara dalam Seksyen 11 dan 12 daripada 3 kepada 7 tahun. Tempoh maksima bagi penjara dalam Seksyen-seksyen lain, iaitu Seksyen 4, 7A, 7B, 8, 9(2) dan 13(1) adalah dikekalkan;

(k)

untuk memasukkan satu Jadual kepada Akta di mana diletakkan satu persatu jenis suratan dan maklumat yang akan menjadi "rahsia rasmi";

Pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 ini telah menarik perhatian ramai dan ramai juga yang menentang pindaan ini. Kerajaan sengaja membaca pindaan kedua lebih awal kerana Kerajaan ingin memberi peluang seluas-luasnya untuk rakyat mengetahui isi kandungan pindaan ini dan membuat teguran-teguran untuk dikaji oleh Kerajaan. Kita tidak berhajat untuk menyembunyikan apa-apa kerana kita ingin melihat semua pihak tahu akan hukumanhukuman yang akan dikenakan jika sesiapa membocorkan rahsia Kerajaan. Hasil daripada bacaan pertama pindaan kedua pada bulan Oktober tahun ini ialah Rang UndangUndang Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986 yang ketiga yang bacaan kali pertamanya dibuat pada 2hb. Disember, 1986. Bahawa Kerajaan menitikberatkan pandangan ikhlas oleh rakyat terbukti daripada tindakan Kerajaan membenarkan pindaan yang asal termansuh melalui pembubaran Dewan untuk Pilihanraya 1986. Kerajaan Barisan Nasional tidak berniat untuk membelakangkan keluhan rakyat jika keluhan ini benar-benar mempunyai asas. Yang menjadi masalah kepada Kerajaan ialah mengasingkan protes yang berbau politik dengan keluhan yang ikhlas dan jujur. Dalam masalah pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi atau OSA bagi kali yang kedua ini, Kerajaan mendapati bahawa protes yang nyaring yang didengar lebih 543

banyak disebabkan oleh kepentingan politik pihak-pihak tertentu khususnya parti dan pertubuhan pembangkang. Bagi mereka menentang apa sahaja yang dibuat oleh Kerajaan sudah menjadi tabiat walaupun mereka tahu tindakan Kerajaan ini adalah baik untuk rakyat dan negara. Mereka ini menggunakan apa saja institusi untuk kepentingan politik mereka sehingga terjejas imej dan "credibility" institusi-institusi berkenaan. Kerajaan mendapati ramai daripada mereka yang membuat protes, beranggapan seolah-olah tidak ada undang-undang Rahsia Rasmi di Malaysia di waktu ini. Mereka juga cuba memberi gambaran seolah-olah hanya Malaysia sahaja yang mengadakan Akta Rahsia Rasmi. Sebenarnya, Akta Rahsia Rasmi memang sudah ada di Malaysia dan di hampir semua negara di seluruh dunia. Jika tidak, maka berhaklah pengintip atau 'spy' negara asing mendapat semua maklumat. Akta Rahsia Rasmi Malaysia ditiru daripada Akta Rahsia Rasmi British, kerana banyak undang-undang kita dipungut terus dari Britain. Masalah dengan akta rahsia di mana-mana juga ialah mentafsirkan apa ianya yang dianggap sebagai rahsia Kerajaan. Masalah ini menjadi rumit kerana sesuatu yang menjadi rahsia pada satu masa, tidak boleh dikekalkan sebagai rahsia di waktu yang lain. Demikian Kertas-kertas Jemaah Menteri dianggap rahsia sehingga ia dibincang oleh Jemaah Menteri. Selepas itu, ada yang kekal sebagai rahsia, umpamanya strategi mempertahankan negara, dan ada juga yang perlu diisytiharkan kepada umum selepas sahaja Mesyuarat Jemaah Menteri tamat. Di antara dua ekstrim ini ada yang dirahsiakan buat beberapa waktu dan ada yang status rahsianya boleh ditamatkan dalam sebulan, setahun atau beberapa tahun kemudian. Dengan itu, maka sukarlah bagi Kerajaan berkata bahawa Kertas Jemaah Menteri yang ini rahsia dan yang itu tidak. Supaya Kertas Jemaah Menteri terpelihata, semuanya dikelaskan sebagai rahsia. Malangnya ini boleh menyebabkan pegawai atau sesiapa juga dituduh membocorkan rahsia apabila mereka mengguna Kertas Jemaah Menteri untuk apa juga maksud. Syarat dan spesifikasi barangan yang akan dibeli oleh Kerajaan adalah rahsia pada mulanya. Begitu juga pandangan dan syor pegawai-pegawai. Akhirnya syarat dan spesifikasi perlu diumumkan supaya pembekal dapat mengetahuinya. Tawarantawaran yang dibuat oleh pihak berkenaan perlu dikaji dan penilaian dibuat. Jikalau undang-undang lama digunakan, maka berbagai fasa dalam proses menender kontrak atau bekalan menimbulkan kerumitan kerana adakalanya fasa itu rahsia dan pada fasa yang lain pula tidak rahsia. Jelaslah Akta Rahsia Rasmi yang lama terlalu luas dan menimbulkan masalah bagi orang ramai dalam urusan mereka dengan Kerajaan. Untuk mengelak daripada keanehan inilah maka Kerajaan, atas desakan rakyat, telah menggubal pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972. Dengan itu hanya dokumen-dokumen tertentu sahaja akan menjadi rahsia rasmi dan tindakan yang jelas perlu diambil untuk menjadikan sesuatu dokumen rasmi itu tidak rasmi lagi. 544

Masalah yang dihadapi dengan Akta Rahsia Rasmi yang lama dapat dilihat daripada satu kes pembocoran rahsia yang dibicarakan dalam tahun 1978. Dalam kes tersebut seorang Ahli Yang Berhormat telah terlibat dan Mahkamah memutuskan bahawa apa sahaja dokumen atau maklumat yang disimpan atau yang ada dalam tangan Kerajaan adalah "rahsia" selagi Kerajaan tidak mengizinkan bagi ianya dilepaskan atau diberi kepada pengetahuan awam. Soalnya ialah apakah semua ratusan ribu surat Kerajaan dalam satu-satu tahun itu rahsia dan apakah caranya keizinan Kerajaan diberi untuk menjadikan sesuatu surat itu tidak rahsia? Memandangkan betapa anehnya undang-undang rahsia yang begitu luas yang dikuatkuasakan sekarang, Kerajaan tidaklah menggunakannya melainkan jika perkara yang dibocorkan itu serius. Sebab itu semenjak hampir 30 tahun kita merdeka hanya 5 kali sahaja Kerajaan membuat dakwaan di bawah Akta Rahsia Rasmi yang sedia ada. Kerajaan tidak menggunakan Akta ini untuk mendakwa orang awam atau wartawan dengan sewenang wenangnya. Kes-kes yang dibawa ke Mahkamah melibatkan pembocoran rahsia yang serius yang menjejaskan kepentingan awam atau keselamatan negara. Walaupun Kerajaan berhati-hati dalam menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada, seseorang itu tidak mungkin tahu bila ia akan didakwa dan bila ia tidak boleh didakwa. Apabila Kerajaan mengemukakan Rang Undang-Undang Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) kepada sidang terakhir Dewan yang ke-6 pada bulan Mac lalu, beberapa pihak menegur bahawa takrif rahsia tidak jelas. Oleh kerana itu, Kerajaan telah menarik balik Rang Undang-Undang itu dan berjanji akan mengkaji dan, jika boleh, membuat takrif 'Rahsia Rasmi' secara yang lebih jelas. Inilah yang dibuat oleh Kerajaan dalam membentangkan pindaan baru kepada Akta Rahsia Rasmi di persidangan Dewan kali ini. Takrif yang dibuat terbahagi kepada dua. Yang pertama ialah dokumen-dokumen yang disenaraikan dalam jadual adalah rahsia sehingga tindakan diambil oleh Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyatakan dokumen itu tidak lagi rahsia. Terdapat dalam jadual kepada Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986 yang baru, senarai dokumen-dokumen rahsia yang berikut:Jadual "Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan Jemaah Menteri termasuklah juga suratan, rekod keputusan dan pertimbangan jawatankuasa-jawatankuasa Jemaah Menteri; Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuklah juga suratan, rekod keputusan dan pertimbangan jawatankuasajawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Suratan berkenaan dengan keselamatan negara, pertahanan dan perhubungan antarabangsa." 545

Jika dokumen yang tidak terdapat dalam jadual ini hendak dirahsiakan kerana sebab-sebab tertentu, maka dokumen itu hendaklah dicap 'Rahsia Besar' atau 'Rahsia', 'Sulit' atau 'Terhad' dan dinyatakan oleh Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri atau pegawai-pegawai tertentu yang diberi kuasa. Pegawai-pegawai ini adalah pegawaipegawai kanan yang bertanggungjawab. Prosedur untuk menjadikan sesuatu dokumen itu rahsia ditentukan mengikut peraturan-peraturan pengurusan. Umumnya dokumen ini akan ditanda dengan jelas dan akan diurus hanya oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa sahaja. Dokumen-dokumen ini juga akan disimpan secara tertib dan pegawai-pegawai tertentu akan bertanggungjawab terhadap simpanan dan penggunaan dokumen-dokumen ini. Perkara yang kedua dalam pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 ini adalah berkenaan dengan hukuman penjara secara mandatori sekurang-kurangnya satu tahun. Hukuman ini menjadi perlu kerana dokumen-dokumen rahsia Kerajaan tidak ternilai harganya. Sudah menjadi satu amalan dalam dunia moden ini bagi pemberita dan akhbar membeli dokumen yang dicuri oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Dalam persaingan yang hebat antara akhbar-akhbar, pembocoran rahsia Kerajaan boleh menjadikan seseorang pemberita terkenal dan akhbarnya laris dijual. Bahawa pembocoran ini boleh mengancam keselamatan atau kestabilan negara tidak lagi menghalang pemberita daripada menyiarkan rahsia Kerajaan. Apakah gunanya kita menangkap dan menghukum pengintip-pengintip asing atau "foreign spies" jika orang kita boleh membocorkan rahsia negara dengan sewenang-wenangnya. Pembocoran rahsia juga boleh digunakan oleh pegawai untuk tujuan-tujuan tertentu. Di negara-negara barat, pegawai tentera sering membocorkan rahsia untuk menentukan bahawa alat yang dibeli oleh Kerajaan adalah yang diminati oleh mereka. Kadang-kadang mungkin cara ini digunakan kerana tidak mahu dibekalkan dengan alat yang tidak baik. Tetapi boleh jadi juga perbuatan ini dilakukan kerana disogok dengan wang oleh pihak pembekal yang tidak dipilih. Apabila sesuatu kontrak Kerajaan bernilai puluhan atau ratusan juta, bukan sahaja sogokan yang diberi tinggi nilainya, tetapi jika pembocor itu ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah, denda yang dikenakan boleh dibayar oleh pihak yang memberi rasuah. Dalam keadaan seperti ini di mana pihak yang membocorkan rahsia boleh mendapat wang yang banyak, lebih banyak daripada denda yang dikenakan dan denda itu juga boleh dibayar oleh pihak yang mendapat manfaat daripada pembocoran, denda sudah tentu tidak ada makna lagi. Hanya hukuman penjara yang boleh menjadi "deterrent" kepada mereka yang membocorkan rahsia Kerajaan. Di sini, timbul soal mandatori — iaitu jika sesiapa didapati bersalah, Mahkamah dimestikan menjatuh hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun. Soal 546

mandatori ini bukanlah baru. Dalam kes menggunakan senjata api semasa rompakan, atau di bawah undang-undang ISA atau Akta Dadah Berbahaya, hukuman mati adalah mandatori. Apakah ini menghalang budibicara Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman? Sebenarnya dalam apa juga kesalahan, undang-undang biasanya menghadkan hukuman maksima dan adakalanya hukuman minima dan Mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman secara sukahati. Zaman hakim menjatuhkan hukuman seperti Nabi Sulaiman sudah berlepas. Dengan menentukan secara tepat hukuman yang dikenakan apabila didapati bersalah, undang-undang ini adalah lebih adil. Soal budi-bicara yang tidak selalunya sama antara seorang hakim dengan seorang hakim yang lain, tidak akan timbul. Di samping itu, kesan hukuman sebagai 'deterrent' akan tercapai. Selagi ada harapan hukuman boleh diringankan, selama itulah hukuman tidak begitu berkesan sebagai "deterrent". Di sini ingin saya sekali lagi menarik perhatian mengenai Kerajaan yang memerintah. Kita percaya bahawa Kerajaan sekarang dan Kerajaan-kerajaan di masa-masa depan di Malaysia adalah demokratik" dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kuasanya. Bahawa hanya 5 kes pembocoran rahsia sahaja yang didakwa di Mahkamah dalam jangkamasa 29 tahun, jelas menunjukkan bahawa Kerajaan amat berhati-hati dalam menggunakan Undang-Undang Rahsia Rasmi. Memandangkan bahawa hukuman di bawah pindaan baru ini lebih berat, maka Kerajaan akan mengkaji dengan lebih teliti lagi kes-kes yang hendak didakwa ke Mahkamah. Untuk menjamin bahawa seseorang itu tidak dianiayai, maka peruntukan yang sedia ada dikekalkan, iaitu selepas pihak polis menyelesaikan siasatan dan berpendapat ada kes yang perlu didakwa, pihak Pendakwa Raya akan memutuskan sama ada dakwaan akan dibuat. Sudah tentu hanya kes-kes di mana kepentingan awam atau kepentingan negara menghendaki didakwa sahajalah yang akan dibawa ke Mahkamah. Seperti biasa pihak yang dituduh boleh mempertahankan diri mereka dalam Mahkamah. Mungkin juga Mahkamah akan memutuskan bahawa yang dituduh tidak bersalah. Di Malaysia, perkara ini bukan mustahil kerana Kerajaan tidak mempunyai apa-apa pengaruh ke atas Mahkamah. Pegawai-pegawai Kerajaan mungkin khuatir bahawa mereka lebih terdedah kepada tuduhan pembocoran daripada orang lain. Dalam menjalankan tugas mereka, tidak dapat tidak, mereka akan menggunakan dokumen-dokumen yang rahsia. Untuk melindungi pegawai-pegawai ini peruntukan dimasukkan dalam Rang Undang-Undang ini yang berbunyi seperti berikut"Mana-mana orang yang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini tidaklah boleh disabitkan jika dia membuktikan yang dia melakukan mana-mana perkara itu dalam menjalankan tugas rasminya atau dengan kuasa sepatutnya." 547

Kerajaan berfikir panjang sebelum mencadangkan pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi yang saya kemukakan ini. Kerajaan telah memberi pertimbangan yang serius kepada kekhuatiran yang ikhlas pihak yang menegur peruntukan dalam Rang Undang-Undang ini. Memang benar Kerajaan tidak akan menimbang teguran daripada pihak yang berkepentingan politik yang setelah gagal memujuk rakyat supaya tidak memberi majoriti 2/3 kepada Barisan Nasional, sekarang cuba hendak memecah undi Barisan Nasional dengan mencadangkan Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional mengundi secara bebas. Pengundian oleh ahli-ahli Barisan Nasional di Dewan ini adalah bebas dalam menentukan Rang Undang-Undang Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) ini lulus atau tidak. Janganlah berfikir apabila semua ahli Barisan Nasional menyokong Kerajaan, maka "whip" telah digunakan. Kerajaan, saya ulangi, sedia menimbangkan teguran yang ikhlas daripada orang ramai. Sebab itu satu Rang Undang-Undang Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986 yang baru telah dikemukakan kepada Dewan ini pada 2hb. Disember. Pindaan yang baru ini mengandungi pindaan-pindaan terhadap pindaan yang dibuat dalam Rang UndangUndang Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) yang dikemukakan bagi bacaan kali yang pertama pada 27hb. Oktober 1986. Pindaan yang baru ini bertujuan mengurangkan lagi jenis-jenis dokumen yang disenaraikan dalam jadual. Parlimen, Kerajaan dan saya juga tidak keliru atau "confuse" sedikitpun apabila membuat undang-undang. Kita membuat peruntukan yang cukup dan menggunakan perkataan yang tepat apabila menggubal undang-undang. Tetapi pihak-pihak lain masih boleh membuat tafsiran yang lain. Mungkin juga undang-undang yang tertulis dibelakangkan kerana ingin mendaulatkan undang-undang yang tidak tertulis. Amalan di negara lain boleh menjadi contoh tetapi jika kita mempunyai undang-undang tertulis, sepatutnya yang tertulis inilah yang digunakan. Jika tidak, maka sia-sia sahajalah kita membuat undang-undang. Kerajaan tidak berasa "frustrated" asalkan pertimbangan dibuat dengan penuh ilmiah dan mengikut amalan yang sudah menjadi peraturan dan tradisi bagi sesuatu institusi. Yang mendukacitakan ialah apabila pertimbangan dibuat kerana lain-lain sebab. Dalam demokrasi kita membahagi-bahagikan kuasa untuk menjamin keadilan berlaku. Bagi Parlimen yang membuat undang-undang, kita terdedah kepada kehendak rakyat. Lima tahun sekali di negara ini, Ahli-ahli Parlimen ditemuduga semula oleh rakyat. Jika Ahli itu tidak menjalankan tugasnya dengan memuaskan, maka ia tidak akan dipilih semula. Demikian juga jika parti yang menjadi Kerajaan tidak dapat memuaskan kehendak rakyat, maka Parti yang menjadi Kerajaan itu boleh dijatuhkan dalam pilihanraya. Tentulah tidak adil jika Ahli-ahli Parlimen dan Kerajaan boleh menentukan nasibnya sendiri. Tentulah keadilan sukar dicapai jika Parlimen boleh mendakwa 548

sesiapa yang mengecam atau menegur Parlimen atau Kerajaan atau Ahli Parlimen, membicara dan menghukum sendiri pihak yang dituduh. Lebih tidak adil lagi ialah apabila Parlimen dan Ahli-ahlinya yang diberi keistimewaan bercakap dengan bebas dalam Dewan, menggunakan kebebasan itu dan mencela orang lain yang tidak mungkin berpeluang menjawab celaan itu. Parlimen dan Ahli-ahli Parlimen tidak boleh mencabul hak rakyat biasa dengan sewenang-wenangnya kerana perbuatan ini merupakan 'abuse of rights' oleh Parlimen atau Ahli-ahli Parlimen. "Privilege is not meant to be abused", oleh apa-apa institusi sekalipun. Dalam demokrasi amat penting sekali institusi-institusi tidak menyalahgunakan kuasa yang diberi kepadanya. Sebaliknya, institusi-institusi ini harus bertindak tegas dan adil dan tidak mencari populariti jika sesuatu demokrasi itu ingin maju dan kekal dan institusi itu tidak mahu maruah dan kredibilitinya hilang. Apabila undang-undang digubal oleh Parlimen, dan ini adalah hak Parlimen, tujuannya jelas. Seseorang yang mungkin keliru boleh merujuk kepada ucapan anggota yang memperkenalkan undang-undang kepada Parlimen dan perbahasan yang berlaku untuk mengetahui maksud undang-undang berkenaan. Jika ini dibuat, tidak akan timbul kekeliruan di pihak sesiapa dan keadilan akan wujud. Rang Undang-Undang Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) ini telah dikaji dengan teliti oleh Kerajaan dengan mengambilkira pandangan yang ikhlas yang dibuat oleh rakyat Sehingga kini telah dibentangkan tiga deraf undang-undang ini, hasil daripada teguran orang ramai terhadap peruntukan-peruntukan dalam Rang Undang-Undang ini. Kepada mereka yang membuat teguran yang ikhlas Kerajaan mengucapkan terima kasih. Tidak sesiapapun boleh menafikan bahawa Kerajaan terpaksa merahsiakan sebahagian daripada urusannya. Sebenarnya, semua pertubuhan, bahkan orang perseorangan pun perlu merahsiakan sebahagian daripada apa yang dilaku atau dirancangkan. Umpamanya, tidak akan ada perniagaan jika bank dan syarikat tidak dibolehkan merahsiakan sebahagian daripada urusan mereka. Sebab itu dalam 'Banking Act' terdapat peruntukan bahawa segala "transaction" antara bank dengan pelanggan mereka adalah rahsia. Dalam dunia akhbar, rahsia amatlah penting. Akhbar biasanya tidak mahu memberitahu siapa yang menulis sebahagian daripada surat-surat atau rencana-rencana yang disiarkan oleh mereka. Pemberita pula sering mencari punca-punca berita dan kadang-kadang menyiarkan komen oleh apa yang disebut sebagai 'sumber yang boleh dipercayai'. Apabila ditanya siapakah punca sesuatu maklumat atau berita itu, mereka berkata ini adalah rahsia dan mereka tidak boleh memberitahu siapa punca itu untuk memelihara punca tersebut. Kadang-kadang tidak ada punca sebenarnya — hanya maklumat yang dicipta — dan ini juga rahsia. Justeru itu, akhbar dan pemberita lebih faham akan pentingnya rahsia dalam sesuatu urusan. Ahli Yang Berhormat dari Tanjung, sebagai Ketua Pembangkang, telah menulis surat kepada saya untuk menyemak M i n i t Mesyuarat Jemaah Menteri serta 549

perjanjian berkenaan dengan Maminco. Sepertimana termaklum, Minit Mesyuarat dan Kertas berkaitan adalah Rahsia Kerajaan. Ketua Pembangkang tidak berhak menyemaknya. Dengan membuat permohonan ini, Ketua Pembangkang meletakkan saya dalam keadaan serba-salah. Kalau saya tidak membenarkan beliau menyemak, maka saya mungkin dituduh menyembunyikan sesuatu. Sebaliknya, jika saya membenarkan beliau menyemak, maka ini akan menjadi satu "precedence" di mana Ketua Pembangkang dan ahli-ahli lain, kerana berbagai sebab, juga berhak menyemak Minit Mesyuarat Jemaah Menteri dan lain-lain dokumen Kerajaan. Dengan ini, segala rahsia Kerajaan tidak mungkin menjadi rahsia lagi. Saya tidak berhasrat membenarkan sesiapa yang tidak berhak menyemak dokumen rahsia Kerajaan semata-mata kerana ingin mengelak daripada Kerajaan dituduh melakukan sesuatu yang curang. Walau bagaimanapun, dalam perkara Maminco ini Kerajaan sanggup membenarkan bekas Perdana Menteri menyemak minit tersebut tidaklah rahsia kepada beliau. Dengan itu, beliau boleh mengetahui sama ada kenyataan Kerajaan dalam Dewan ini benar atau tidak. Terpulanglah kepada bekas Perdana Menteri untuk membuat kenyataan tentang kebenaran apa yang dimaklumkan kepada Dewan ini oleh Timbalan Menteri Kewangan. Saya ingin menjelaskan juga bahawa Timbalan Menteri Kewangan tidak berhak membaca Minit Mesyuarat Jemaah Menteri. Beliau cuma diberi maklumat tertulis berkenaan dengan kandungan minit itu bagi tujuan menjawab soalan di Dewan ini. Oleh kerana beliau tidak berhak mendapat Minit Mesyuarat Jemaah Menteri yang sepenuhnya, maka tidak dapatlah beliau memberikannya kepada sesiapa. Tujuan saya membuat huraian tentang kepentingan rahsia dalam masyarakat ialah supaya orang ramai akan sedar bahawa rahsia adalah sebahagian daripada keperluan urusan masyarakat. Jika kita tahu apa yang ada dalam hati tiap-tiap orang dalam dunia ini, keamanan tidak akan wujud. Tidak ada siapa yang akan ada kawan seorang pun. Malahan suami dan isteri tidak akan dapat mendirikan rumahtangga yang bahagia. Rahsia perlu bagi masyarakat. Dalam urusan Kerajaan atau perniagaan mungkin ada orang yang akan menyalahgunakan hak merahsiakan urusan ini. Untuk ini ada cara-cara lain bagi mengesan dan bertindak. Tetapi merahsiakan urusan mesti dibuat jika Kerajaan, atau perniagaan atau orang perseorangan, hendak menguruskan kerjakerja mereka. Jika rahsia-rahsia ini dibongkarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab atau yang mempunyai kepentingan yang lain, maka segala urusan dan rancangan masyarakat akan gagal. Dalam keadaan ini tentulah masyarakat akan menjadi kucar-kacir dan tidak akan maju dan mara ke hadapan. Untuk mengelakkan kucar-kacir inilah maka hukuman terpaksa dijatuhkan ke atas sesiapa yang membocorkan rahsia Kerajaan. Dengan itu adalah mustahak bagi Akta Rahsia Rasmi 1972 itu dipinda:(1)

untuk menjelaskan apa dia 'rahsia rasmi' dengan memasukkan takrif kepada perkataan-perkataan itu; 550

(2)

dengan mengadakan takrif lebih tepat perkataan 'rahsia rasmi' bersama dengan kuasa Menteri untuk meminda Jadual seperti yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang. Kuasa juga diberi kepada Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dan pegawai-pegawai awam yang tertentu untuk mengelas semula atau "declassify" rahsia rasmi Kerajaan. Adalah diharapkan dengan pindaan ini orang ramai akan lebih terlindung daripada dituduh membocorkan rahsia Kerajaan dan kepentingan negara akan lebih terpelihara.

(3)

untuk menentukan bahawa sesuatu dokumen atau maklumat rasmi itu adalah benar-benar 'rahsia rasmi' dengan mengadakan perakuan yang mana tidak boleh lagi dipersoalkan di dalam Mahkamah. Sebenarnya peruntukan ini tidak mengubah keadaan yang ada sekarang. Sekarang ini, sebagaimana juga yang telah diputuskan oleh sebuah Mahkamah, semua dokumen atau maklumat yang ada di tangan Kerajaan tidak boleh dilepaskan atau diberikan kepada orang awam melainkan dengan izin Kerajaan. Dalam lain perkataan, semuanya itu adalah 'rahsia' melainkan ianya dilepaskan dengan kebenaran atau izin Kerajaan. Peruntukan baru ini cuma bertujuan untuk menjelaskan lagi bahawa cuma Kerajaan sahaja yang benar-benar mengetahui pada saat dan ketika mana sesuatu dokumen atau maklumat itu sepatutnya dijadikan rahsia. Dengan adanya peruntukan ini cuma Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri bagi sesuatu Negeri dan pegawai-pegawai awam atasan yang tertentu sahaja yang diberi kuasa untuk membuat perakuan itu;

(4)

untuk menjelaskan lagi akan hak pegawai-pegawai awam sekiranya dituduh, peruntukan diadakan supaya mereka tidak lagi mempunyai perasaan takut-takut atau khuatir apabila mereka perlu melepaskan maklumat-maklumat yang ada di tangan mereka dalam menjalankan tugas rasmi mereka.

(5)

untuk mempastikan supaya terdapat satu hukuman minima penjara bagi tempoh satu tahun untuk menunjukkan betapa serius dan beratnya kesalahan-kesalahan itu dan pesalah-pesalah yang didapati salah diberi hukuman yang setimpal;

(6)

penalti-penalti yang terdapat di Seksyen 11 dan 12 sekarang ini menentukan tempoh maksimumnya tidak lebih daripada 3 tahun dipenjara tidak mencukupi dan ini tidak akan dapat mencegah orang-orang daripada melakukan kesalahan-kesalahan itu. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan supaya tempoh maksimum penalti bagi kedua-dua Seksyen itu dinaikkan daripada 3 kepada 7 tahun.

Butir-butir mengenai peruntukan Rang Undang-Undang ini boleh didapati di dalam huraian kepada Rang Undang-Undang. 551

Ingin saya menyatakan bahawa setiap undang-undang itu dibuat setelah pelbagai perkara dan masalah diambil kira semoga madamatnya tercapai dengan tidak mengorbankan soal keadilan. Kerajaan akan mempastikan bahawa Akta Rahsia Rasmi ini akan dikuatkuasakan dengan adil dan saksama. Saya mohon mencadangkan.

552

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN SERENTAK PERSATUAN-PERSATUAN POLLS, DI SUBANG JAYA, SELANGOR 9HB. DISEMBER, 1986

B

ersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya dapat kita berkumpul bersama-sama pada hari ini sempena dengan Persidangan Serentak Ketiga-tiga Persatuan Polis Di-raja Malaysia. Saya telah difahamkan bahawa inilah kali pertamanya di dalam sejarah Pasukan Polis Di-raja Malaysia ketiga-tiga Persatuan Polis, iaitu Persatuan Pegawai Rendah Polis, Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor serta Cawangan Pegawai yang diwartakan, mengadakan persidangan serentak seperti ini. Saya juga telah difahamkan bahawa persatuan tuan-tuan selama ini telah mengadakan persidangan masing-masing mengikut kaedah persatuan tuan-tuan dan telah bergiat secara 'low key" dan 'maintaining a low profile' disebabkan, saya percaya, tuan-tuan adalah anggota-anggota pasukan yang penuh berdisiplin.

Saya menyedari bahawa masalah-masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota polis adalah unik. Meskipun demikian, cara-cara penyelesaiannya di masa-masa yang sudah adalah amat terpuji sekali, iaitu melalui prinsip-prinsip dan lunas-lunas disiplin dan etika yang penuh kesopanan. Malah nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan saya perhatikan sentiasa terpelihara di kalangan persatuan-persatuan polis. Sikap 'low profile' yang dipilih oleh persatuan tuan-tuan telah menyebabkan tuan-tuan tidak mendapat publisiti langsung di dalam media massa. Ini sekali lagi menunjukkan kedewasaan di dalam perjuangan tuan-tuan. Pasukan Polis Di-raja Malaysia adalah suatu perkhidmatan penting yang diwajibkan oleh undang-undang negara supaya bertindak memulihkan keadaan-keadaan yang mencemaskan, jika ianya wujud, yang mengancam ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat. Justeru itu, pasukan polis sentiasa memerlukan jentera pentadbiran dan operasi yang kukuh dan berkesan di mana anggota-anggota pasukan hendaklah mencerminkan kewibawaan dan keutuhan pasukan setiap masa. Saya yakin bahawa Pasukan Polis Di-raja Malaysia tetap berupaya untuk menghadapi sebarang keadaan di negara ini. Hanya saya ingin menyampaikan pesanan kepada ahli-ahli persatuan bahawa pendapat tuan-tuan hendaklah konsisten dengan realiti semasa. Saya merestui perjuangan murni tuan-tuan selagi kewibawaan dan keutuhan pasukan tidak diragui oleh masyarakat umum. Saya bersyukur kerana tuan-tuan selama ini telah mempamerkan sikap dan pendirian yang amat rasional disepanjang perjuangan tuan-tuan. Pasukan Polis Di-raja Malaysia adalah satu-satunya jabatan Kerajaan yang mempunyai anggota di setiap pelosok dan rantau negara. Jika tidak ada Balai Polis, maka 553

ada Pondok Polis di kampung-kampung dan kampung-kampung baharu atau "new villages" di mana orang-orang kampung dapat meminta pertolongan dan bantuan di masa-masa kecemasan. Oleh yang demikian, anggota-anggota Polis Di-raja Malaysia dalam menjalankan tugas-tugas mereka di masa-masa yang lampau, adalah bukti akan keupayaan mereka. Kita mesti menerima dan mengakui hakikat bahawa kejayaan sesuatu organisasi atau jabatan bergantung kepada tenaga anggota-anggotanya sendiri, kepada bakat dan sumbangan-sumbangan individu dan kepada perpaduan di kalangan pekerja. Ini bermakna bahawa setiap kakitangan Kerajaan mesti menunjukkan bakatnya dan menyumbangkannya ke arah kejayaan jabatannya. Tenaga manusia, jika dipergunakan dengan sempurna, akan dapat mencapai tahap prestasi yang menakjubkan. Kecekapan dan keberkesanan bukan hanya bererti membuat sesuatu dengan betul, tetapi membuat sesuatu yang betul. "Efficiency and effectiveness is not merely doing things right; it is doing the right things'. Sepertimana saya sebutkan tadi, persatuan-persatuan polis ini bergerak secara low profile'. Walaupun demikian, pihak Kerajaan telahpun memberi beberapa kemudahan kepada anggota-anggota pasukan polis, seperti misalnya, baru-baru ini pihak Kerajaan telah meluluskan kepada anggota-anggota pangkat rendah polis elaun bahasa sebanyak RM25 sebulan untuk tiap-tiap bahasa yang diketahui tanpa mengenakan had jumlah bahasa. Saya tahu ada beberapa tuntutan pihak persatuan polis yang belum dapat ditunaikan oleh kerana keadaan ekonomi negara pada masa ini. Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa tuntutan-tuntutan tuan-tuan tidak boleh dikemukakan semula setelah ekonomi negara kita pulih semula nanti. Untuk membantu anggota-anggota pasukan keselamatan, Kerajaan juga sedang memikirkan untuk memperluaskan bidang penggunaan wang daripada Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara bagi faedah anggota-anggota polis dan tentera. Beberapa kes telah didapati di mana anggota-anggota polis telah tercedera atau meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya semasa menjalankan tugas sekatan jalanraya, rondaan, kejar-mengejar penjenayah dan lain-lain lagi. Ada juga anggota-anggota polis yang tercedera atau meninggal dunia akibat daripada kemalangan-kemalangan semasa dalam latihan. Dalam hal ini, satu kajian akan dibuat mengenai kemungkinan pampasan yang setimpal dapat diberikan kepada mereka yang berkenaan. Saya juga difahamkan pihak persatuan-persatuan polis menganggap isu penubuhan semula Majlis Polis sebagai suatu isu utama. Saya sedar bahawa buat masa ini anggota-anggota Pasukan Polis Di-raja Malaysia tidak mempunyai badan perunding sebagaimana yang dipunyai oleh beberapa perkhidmatan yang lain dalam Kerajaan. Saya ingin menyatakan bahawa Kementerian Dalam N e g e r i dan Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengkaji perkara ini dan dalam hal ini, kepentingan pihak polis akan diambilkira. Mengenai sajak yang telah dideklamasikan oleh Pengerusi Persatuan Pegawai Rendah Polis tadi, saya menikmati dan memuji keindahannya dan saya akan 554

mengambilkira 'jeritan batin sang kundang kerdil, anak buah temenggung' setiap kali saya mengenang jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh anggota-anggota Polis Diraja Malaysia untuk tanahair kita. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada persatuan-persatuan polis yang telah menjemput saya ke majlis ini. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Serentak Ketiga-tiga Persatuan Polis Di-raja Malaysia.

555

PERUTUSAN TAHUN BARU 1987 OLEH PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 31HB. DISEMBER, 1986

S

yukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmatNya kita telah bersama-sama melalui tahun 1986 dengan sejahteranya. Kita juga bersyukur bahawa berbagai cabaran yang kita hadapi sepanjang tahun 1986 telah dapat kita atasi dengan jayanya.

Tahun 1986 memperlihatkan tekanan ekonomi yang paling teruk. Hampir semua barangan eksport kita telah mengalami kejatuhan harga dan permintaan yang berkurangan. Dengan itu pengeksport-pengeksport barangan ini, termasuk komponen elektronik, telah mengalami kerugian atau jika sekiranya untung, keuntungan mereka amat kecil. Kilang-kilang dan lombong-lombong terpaksa ditutup dan pekerja-pekerja diberhentikan. Oleh kerana pendapatan daripada eksport jatuh dengan teruknya, pelaburan dalam negara juga turun ke paras yang amat rendah. Ini menyebabkan ramai lagi pekerja terus menganggur dan perniagaan kecil dan besar cemas kerana kehilangan pelanggan. Kerajaan sudah tentu tidak dapat mengutip hasil dan cukai dengan mencukupi untuk perbelanjaan pengurusan. Di masa kemelesetan ekonomi ini berlaku, ada pihak-pihak yang sengaja menciptakan masalah ekonomi dan politik. Semenjak awal 1986, berita-berita angin sengaja disebarkan bahawa para anggota Kerajaan berbelah-bahagi dan lemah. Majoriti rakyat kononnya sudah hilang kepercayaan kepada Kerajaan. Perkara-perkara yang berlaku kerana kemelesetan ekonomi atau kecuaian orangorang di luar Kerajaan sengaja dikaitkan dengan Kerajaan. Fitnah dilempar kononnya anggota Kerajaan terlibat dengan beberapa skandal. Semua ini memburukkan lagi iklim ekonomi dan menghindar pelabur-pelabur asing dan dalam negeri daripada melabur dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Dengan itu rakyat lebih menderita. Untuk meyakinkan rakyat dan negara bahawa Kerajaan Barisan Nasional masih mendapat sokongan daripada majoriti rakyat negara ini, pilihanraya umum telah diadakan dalam bulan Ogos yang lalu, iaitu kira-kira setahun lebih awal daripada yang disyaratkan oleh undang-undang. Keputusan pilihanraya ini membuktikan dengan jelas bahawa Kerajaan Barisan Nasional masih mendapat sokongan yang besar daripada rakyat. Barisan Nasional memenangi empat per lima daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. 556

Sepatutnya keputusan yang jelas ini menghentikan tuduhan bahawa Kerajaan tidak lagi dipercayai oleh rakyat. Malangnya, kumpulan-kumpulan tertentu dan partiparti politik yang kalah masih berusaha untuk menghalang pemulihan ekonomi negara ini. Mereka dan lain-lain kumpulan menyebarkan berita bahawa bermacammacam peristiwa yang tidak baik akan berlaku dalam Kerajaan. Mereka menolak hak majoriti membuat dasar dan tindakan, bahkan mereka menolak hak majoriti untuk memerintah negara. Sekali lagi mereka mendakwa bahawa terdapat krisis kepercayaan terhadap Kerajaan. Tindakan-tindakan dan berita-berita angin oleh mereka berjaya mengurangkan keyakinan pelabur-pelabur asing dan tempatan daripada melabur di negara ini. Banyak wang Malaysia yang dibekalkan oleh Bank Negara untuk menampung kekurangan wang dalam pasaran wang telah mengalir ke luar negara. Tindakan Kerajaan meminda Akta Penyelarasan Perindustrian atau 'Industrial Coordination Act' dan melonggarkan syarat-syarat Dasar Ekonomi Baru diperkecilkan oleh golongan tertentu untuk menghalang pemulihan ekonomi. Tentulah jelas bahawa usaha pemulihan ekonomi oleh Kerajaan terjejas kerana kepentingan politik kumpulan-kumpulan tertentu. Namun demikian Kerajaan telah berjaya membendung sebahagian daripada kesan buruk tindakan kumpulan-kumpulan tersebut dan telah dapat mempertahankan ekonomi negara. Sebahagian besar daripada kejayaan menghadapi tekanan ekonomi yang meleset disebabkan oleh sokongan yang kuat daripada majoriti rakyat. Kita telah melalui tahun 1986 yang penuh cabaran dengan tabah hati dan kita telah menentukan asas-asas yang baik bagi memulihkan semula ekonomi kita. Di sini ingin saya menegaskan bahawa pemulihan ekonomi tidak boleh dijayakan semata-mata dengan pindaan atau penguatkuasaan undang-undang atau dasar-dasar ekonomi. Dalam analisa yang terakhir, pemulihan ekonomi bergantung kepada sikap dan sifat-sifat yang ada pada kita. Sebenarnya, apa yang akan memulihkan ekonomi negara kita ialah kemampuan kita bersaing dengan negaranegara lain dalam mengeluar dan memasarkan barangan dagangan kita. Kita cuma boleh bersaing dengan jayanya jika kos pengeluaran kita rendah tanpa menjejaskan kualiti dan tempoh penghantaran atau 'delivery' kita. Untuk tujuan ini, walaupun tindakan menurunkan gaji boleh membantu, tetapi yang lebih penting ialah kos pengeluaran sesuatu unit barangan itu hendaklah lebih rendah. Jika para pengurus dan para pekerja dapat mengeluarkan apa juga barangan dagangan dengan lebih banyak tanpa meningkatkan kos, dan kita dapat membekalkan dengan jadual yang tepat, maka kita boleh bersaing dengan sesiapa sahaja dengan jayanya. Segala tindakan yang meningkatkan kos akan menjadikan kita kurang mampu bersaing atau tidak 'competitive' dan ini akan menjejaskan pemulihan negara kita. Kerajaan berharap kita semua sedar dan menerima hakikat ini. Walaupun tindakan orang asing boleh menjejaskan ekonomi kita, keburukan yang berlaku boleh dihindar dengan kita menghadapi cabaran dengan hati yang tabah dan sikap yang positif. Jika kita terus mengamalkan cara-cara yang tidak sesuai dengan keadaan 557

ekonomi yang meleset, kita akan mengambil masa yang lebih panjang untuk memulihkan ekonomi kita. Mungkin juga kita tidak akan dapat mengembalikan prestasi ekonomi kita sama sekali. Penghujung tahun 1986 dan permulaan tahun 1987 adalah ketika yang sesuai untuk kita membuat resolusi mengubah sikap kita supaya ekonomi negara kita akan pulih semula. Yang pertamanya, semua rakyat harus membuat resolusi untuk menolak segala berita angin yang disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan diri. Kita tahu berita-berita mereka tidak berasas kerana segala dakwaan mereka sehingga kini telah didapati palsu. Tidak ada satu sebab mengapa kita harus mempercayai berita-berita angin ini. Yang keduanya, kita harus membuat resolusi untuk menunaikan segala tanggungjawab kita dengan penuh minat dan dedikasi. Dengan ini prestasi dan daya pengeluaran kita akan meningkat dan kita akan menjadi lebih 'competitive' di pasaran dunia. Ini tidak bermaksud hanya mereka yang terlibat secara langsung dengan pengeluaran bahan dagangan sahaja yang perlu menjadi lebih produktif. Setiap orang daripada kita, walau apa juga tugasnya, yang meningkatkan daya pengeluarannya akan menolong mengurangkan kos pengeluaran kita keseluruhannya. Sudah tentu pekerja dalam Kerajaan yang meningkatkan kecekapan atau 'efficiency". Kerajaan akan membantu mengurangkan kos pengeluaran barangan kita. Dengan sifat bertanggungjawab dan dedikasi semua rakyat, bukan sahaja kita akan dapat bersaing dengan negaranegara lain tetapi juga kita akan dapat mengukuhkan lagi ekonomi negara. Jika kita semua dapat membuat dan mengamalkan dua resolusi ini untuk tahun 1987, insya-Allah ekonomi negara kita akan pulih semula dan kita akan hidup sejahtera. Dalam tahun 1986 kita telah diuji dengan berbagai cabaran. Alhamdulillah, kita telah berjaya menyelamatkan negara kita melalui ketegasan kita. Rakyat Malaysia boleh berbangga dengan kejayaan ini. Ketegasan dan ketabahan hati yang kita tunjukkan dalam tahun 1986 harus diteruskan dalam tahun 1987. Pada tahun 1987 ini, marilah kita musnahkan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam masyarakat kita. Sebaliknya, kita semua bersama-sama berganding bahu menghadapi segala cabaran dan rintangan. Insya-Allah, kita akan berjaya. Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru dan saya berdoa semoga tahun 1987 akan membawa kebahagiaan kepada kita semua.

558

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN SEMINAR "KE ARAH PENINGKATAN KEUPAYAAN PENGURUSAN DI NEGARA INI" KUALA LUMPUR 3HB. JANUARI, 1987

S

aya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput saya berucap serta merasmikan seminar sehari ini. Saya difahamkan bahawa seminar ini akan menjadi satu program tahunan. Perjumpaan seperti ini, diharapkan dapat meningkatkan sumbangan daripada semua perkhidmatan awam kepada pentadbiran dan pembangunan negara. Perkhidmatan awam adalah meliputi berbagai-bagai perkhidmatan dan dengan itu perjumpaan tahunan ini akan memberi kesempatan kepada ketua-ketua jabatan daripada berbagai perkhidmatan memahami tentang peranan masing-masing serta menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi secara bersama.

Tema yang d i p i l i h pada perjumpaan yang pertama i n i , iaitu ' K e A r a h Peningkatan Keupayaan Pengurusan di Negara Ini' adalah sesuai sekali memandangkan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar sektor awam dan juga sektor swasta. Peristiwa-peristiwa ini memberi cabaran kepada pihak pengurusan untuk membuktikan keupayaannya dalam memberikan perubahan-perubahan serta membantu menggerakkan semula ekonomi negara. Pengurusan tidak diperlukan jika seseorang itu hidup seorang diri berasingan. Orang yang bertapa seorang diri di tempat terpencil di mana tidak ada manusia lain tidak perlu kepada pengurusan - iaitu ia tidak perlu mengurus atau mengadakan urusan dengan sesiapa. Jika dua orang manusia mengadakan perhubungan maka pengurusan perlu diadakan. Kedua-dua mesti mengaturkan secara sedar atau tidak sedar perhubungan antara mereka supaya tidak berlaku banyak konflik antara mereka dan jika mereka bersetuju, supaya wujud satu peringkat kerjasama antara mereka. They have to manage their relationship so as to extract something from their contact'. Semakin besar sesuatu masyarakat, semakin kompleks pengurusan yang diperlukan. Di peringkat keluarga pengurusan lebih mudah daripada peringkat kampung, peringkat kampung daripada peringkat bandar, dan peringkat bandar daripada peringkat Negeri. Semakin besar sesebuah Negeri, iaitu semakin ramai penduduk atau semakin luas wilayahnya, semakin sulitiah pengurusan yang diperlukan. Oleh sebab ini masyarakat yang primitif tidak besar. Di zaman batu, masyarakat yang dapat diadakan terhad kepada satu keluarga sahaja. Jika anak lelaki membesar 559

dan dewasa lalu mencabar ketua keluarga, akibatnya ialah ia mengambilalih sebagai ketua jika ia berjaya menewaskan ayahnya, atau jika ia gagal ia terpaksa berpindah untuk mengadakan keluarganya sendiri. Di beberapa tempat di dunia sekarang ini pun, sistem ini masih ada. Jika sesuatu kumpulan manusia berjaya mengurus masyarakat yang lebih besar yang termasuk 'extended family' dan kemudian famili-famili yang lain, maka satu tamadun akan wujud di mana kecekapan mengurus sama ada disedari atau tidak tetap meningkat. Tamadun-tamadun yang terkenal seperti di Egypt, China, Greece, Roma, Farsi, Arab dan lain-lain adalah hasil kecekapan pengurusan, iaitu pentadbiran, yang terdapat dalam masyarakat-masyarakat tersebut. Demikianlah sejarah. Di zaman yang moden ini kecekapan mengurus adalah lebih penting lagi kerana manusia terpaksa mengadakan perhubungan antara satu sama lain, antara satu masyarakat dengan satu masyarakat lain, antara satu bangsa dengan satu bangsa lain, bahkan masyarakat manusia telah cuba menguruskan seluruh dunia. Berjaya atau tidaknya sesuatu masyarakat atau bangsa itu bergantung kepada tahap kecekapan pengurusan yang terdapat dalam masyarakat atau bangsa itu. Kesedaran inilah yang menyebabkan kita di Malaysia memberi tekanan kepada latihan pengurusan sehingga kita menubuhkan sebuah universiti khusus untuk pelajaran ini. Dalam seminar ini, saya yakin tuan-tuan dan puan-puan akan mendengar berbagai pendapat tentang cara-cara meningkatkan kecekapan pengurusan. Tekanan tentulah akan diberikan kepada berbagai-bagai sistem pengurusan yang telah dicipta secara sedar atau tidak sedar. Ada bangsa-bangsa yang mewarisi kecekapan pengurusan yang telah dibangunkan oleh generasi demi generasi bangsa mereka. Ada pula bangsa-bangsa moden telah menggubal sistem pengurusan secara ilmiah dengan membuat 'case studies' dan lain-lain analisa. Bila kita sarankan slogan 'Pandang Ke Timur', selain daripada etika kerja, kita juga menyebut tentang sistem pengurusan Jepun. Sistem ini juga memerlukan rundingan 'dari bawah ke atas', 'lifetime employment', dan lain-lain mungkin dianggap 'clumsy' dan memakan masa, tetapi yang tidak dapat dinafikan ialah syarikat-syarikat dan perusahaan Jepun lebih kerap berjaya daripada gagal, berbanding dengan syarikat-syarikat negara-negara lain. Mungkin ada sesuatu dalam sistem Jepun ini yang menentukan kejayaan mereka. Sebelum daripada pengenalan sistem 'public limited company' di Malaysia, syarikat-syarikat dimiliki oleh individu atau keluarga. Pengurusan syarikat keluarga dikendalikan oleh anggota keluarga yang biasanya bukan profesional dalam bidang pengurusan. Kecekapan pengurusan berasaskan kepada kepintaran semulajadi pengasas atau kepada pendedahan semasa kecil lagi akan kegiatan perniagaan. Oleh kerana tradisi pengurusan di Malaysia diasaskan kepada pengurusan syarikat kepunyaan sendiri atau keluarga, amalan-amalan ini dibawa ke dalam pengurusan syarikat-syarikat 'public limited' juga. Sebab itu, kita lihat pengurus dan 560

pengarah berlagak seolah-olah wang syarikat adalah milik mereka dan mereka boleh berbuat apa sahaja dengan wang ini. Ketertiban pengurusan, sistem dan cara bekerja dalam syarikat kepunyaan awam tidak diendahkan. Maka berlakukan perkara-perkara yang tidak diingini yang sedang kita lihat sekarang. Walaupun Kerajaan bukanlah sebenarnya sebuah syarikat, tetapi pentadbiran negara melalui apa juga jenis Kerajaan masih merupakan satu jenis pengurusan. Di zaman feudal dahulu pentadbirannya adalah sama dengan pengurusan syarikat keluarga atau 'family company', dan zaman sekarang adalah zaman Kerajaan sebagai 'public limited company' yang memerlukan cara pengurusan syarikat jenis ini. Perbezaan ypng ketara dalam pengurusan Kerajaan ialah tidak adanya 'profit motive', yang merupakan insentif utama dalam syarikat perniagaan. Ini menyebabkan sikap atau 'attitude' yang kadang-kadang tidak sihat. Bagaimana soal ini boleh diatasi mungkin akan dibincangkan oleh tuan-tuan dan puan-puan nanti. Saya sebaliknya ingin menyebut sedikit tentang sifat-sifat peribadi yang pada anggapan saya perlu diberi perhatian, kerana sifat-sifat ini sebenarnya lebih penting dan berkesan daripada apa juga sistem pengurusan yang diamalkan. Kita tidak boleh melupakan bahawa akhirnya semua sistem mesti dikendalikan oleh manusia "and the system is only good as the people who man it". Sistem yang terbaik sekalipun tidak akan mendatangkan hasil sekiranya orang yang menjalankannya tidak berkebolehan dan buruk sifatnya. Sifat yang terpenting sekali ialah amanah. Dalam urusan peribadi amanah masih diperlukan. Tetapi amanah menjadi perkara utama dalam menguruskan tugas dan harta yang bukan menjadi milik diri sendiri. Dalam pengurusan Kerajaan, seperti juga dalam pengurusan syarikat awam, amanah diperlukan kerana kita menjadi pemegang amanah atau 'trustee' kepada urusan dan harta milik orang lain. Sementara untung atau rugi pengurusan harta sendiri akan dipikul oleh diri sendiri, untung atau rugi pengurusan harta awam akhirnya akan dipikul oleh orang awam. Oleh itu komitmen kita kerap berbeza antara dua tugas ini kerana kita sering lupa bahawa kita juga adalah anggota masyarakat awam dan apa yang menimpa masyarakat akan menimpa kita juga. Orang yang kuat beramanah akan menganggap bahawa pengurusan harta awam hendaklah dibuat dengan penuh tanggungjawab, sama atau lebih lagi daripada tanggungjawab apabila mengurus harta sendiri. Jika ini menjadi perasaan orang yang mengurus harta awam, maka pengurusan tentu akan dibuat dengan baik. Tidak ada penyelewengan, kecuaian, pembaziran, rasuah dan sebagainya. Dalam Kerajaan hasilnya tentulah pentadbiran yang licin dan berkesan yang akan membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara, yang mana kita sendiri akan menikmatinya. Kebersihan fikiran dan kebersihan fizikal mempunyai peranan sebagai sifat yang boleh mendorong pentadbiran. Sangkaan buruk terhadap dasar atau arahan memesongkan usaha menjayakan dasar dan arahan berkenaan. Orang yang berfikiran bersih akan menumpukan kepada kebaikan sesuatu tugas yang dipertanggung561

jawabkan kepadanya. Tanpa sangkaan buruk fikirannya tidak akan terganggu. Dengan minat yang penuh sesuatu tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Kebersihan fizikal secara langsung akan membantu kerja. Diri sendiri dan persekitaran perlu bersih untuk mengurangkan segala gangguan. Untuk memahami peranan kebersihan fizikal, kita boleh menggunakan llojik "reductio ad absurdum" iaitu jika tubuh badan kita kotor dan kita berada dalam tempat yang penuh dengan najis dan busuk, kita tidak dapat berfikir dengan sempurna atau bekerja dengan mendatangkan hasil yang penuh. Kesihatan kita akan terganggu dan kita tidak dapat memberi 100% tenaga kepada tugas kita. Jika kita terlibat dengan pengurusan dalam suasana atau 'enviroment' yang begitu buruk sekali, mustahil pengurusan itu menghasilkan kejayaannya yang cemerlang. Sebaliknya, jika sekitar kita bersih dan indah, bukan sahaja tidak akan ada gangguan tetapi satu semangat akan mempengaruhi kita untuk bekerja dengan lebih minat. Jelas daripada perbandingan antara yang ekstrim ini bahawa pencapaian antara yang terkotor dan yang terbersih amatlah ketara. Oleh itu semakin bersih sekitar kita, semakin selesa dan tinggi pencapaian tugas kita. Oleh kerana itu, kebersihan mental dan fizikal adalah sifat yang menyumbangkan kepada prestasi pengurusan. Negara yang tidak teratur dan kotor dan penuh dengan tohmah dan fitnah tidak pernah menjadi negara yang maju dan bertamadun tinggi. Bagi yang pernah pergi ke beberapa negara asing dan memerhati keadaan sekitar, perbandingan boleh dibuat yang akan membuktikan peranan kebersihan fizikal dan mental dalam menjayakan sesuatu negara. Dan sudah tentu kejayaan itu adalah hasil daripada pengurusan yang baik. Kecekapan mengurus mungkin berasal daripada sifat-sifat semulajadi. Tetapi kecekapan lebih bergantung kepada pengalaman atau pendedahan kepada amalan yang terdapat di sekeliling dan latihan yang boleh didapati. Walaupun amanah dan kejujuran lebih penting dalam pengurusan, kecekapan boleh membantu untuk mencapai kejayaan dalam pengurusan. Di kalangan bangsa yang tidak mempunyai tradisi pengurusan, latihan dalam bidang ini menjadi lebih penting, Dan di zaman moden ini cara-cara pengurusan tidak lagi menjadi rahsia seperti di zaman dahulu. Jika kita sanggup belajar dan kita sanggup mengamalkan apa yang telah kita pelajari, dan ini amatlah penting, kita boleh menjadi cekap. Satu sifat semulajadi manusia ialah jika sesuatu itu dibuat berulang kali, maka kecekapan akan meningkat. Oleh itu, tidak ada sebab kenapa seseorang itu tidak dapat meningkatkan tahap kecekapan pengurusannya ke paras yang maksimum baginya. Pelajaran pengurusan, seperti juga lain-lain pelajaran, tidak mencukupi sehingga kita mendapat pengalaman. Jangan sangka bahawa setelah kita mendapat ijazah 'management' atau 'business administration', maka kita lebih tahu daripada orang yang tidak berijazah tetapi mempunyai pengalaman yang luas. Proses pendedahan kepada pengurusan beberapa tahun adalah perlu sebelum kecekapan diperolehi. Lebih luas pengalaman biasanya lebih tinggi kecekapan dan lebih berhasillah pengurusan. 562

Amanah, kebersihan dan kecekapan adalah sifat-sifat yang terpenting dalam menentukan berjaya atau tidaknya pengurusan. Namun demikian ada lagi lain-lain sifat yang juga diperlukan bagi menjayakan pengurusan. Kerajinan, kesetiaan.disiplin, kepintaran berkomunikasi dan lain-lain membantu keberkesanan sesuatu pengurusan. Jika kita ingin meningkatkan kecekapan pengurusan, semua sifat-sifat ini perlu ditekankan. Dalam usaha kita untuk memperbaiki sesuatu keadaan, kita terlalu taksub dengan pembentukan sistem. Kadang-kadang kita begitu asyik dengan sistem sehingga kita lupa kepada manusia yang akan menjalankan sistem itu. Apabila kita dapati sesuatu pengurusan itu gagal, kita menyalahkan sistem dan kita cari atau gantikan sistem yang lain yang kononnya akan memperbaiki sistem yang lama. Malangnya, kita akan mendapad bahawa sistem yang baru ini juga kurang berhasil setelah orang yang sama menggunakannya. Dalam sebuah buku yang bertajuk "Made in Japan", Akio Morita, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO Sony Corporation, menceritakan tentang sistem pengurusan Jepun sekarang. Sebenarnya sistem ini dipaksa oleh pihak Amerika Syarikat selepas mereka menewaskan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Sebelum perang, syarikat Jepun semunya dikuasai oleh syarikat gergasi atau zaibatsu yang mengurus dengan kuasa yang authoritarian. Mereka boleh memilih dan membuang pekerja sesuka hati mereka. Pekerja bekerja kerana takut di samping itu mereka berpendapat mereka juga bekerja kerana kepentingan negara. Dengan itu zaibatsu Jepun berjaya dalam bidang pembuatan, terutama dalam membekalkan jentera perang mereka. Untuk menghancurkan kuasa syarikat gergasi ini, pentadbiran tentera Amerika Syarikat mengharamkan syarikat besar bercorak 'holding company" dan tidak membenarkan pekerja dibuang kerja. Inilah asalnya "lifetime employment". Tetapi pengurusan syarikat menjadikan "lifetime employment" ini sebagai satu aset. Mereka memupuk sikap kekeluargaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi, berbeza daripada patriotisme pekerja Jepun dalam zaibatsu. Perbezaan antara eksekutif dan pekerja, antara 'white' dan 'blue collar', tidak begitu ditekankan. Dalam Kerajaan di Malaysia kita juga mempunyai 'lifetime employment' tetapi ini nampaknya menghalang disiplin dan iklim kekeluargaan tidak menjelma. Yang jelas daripada pengalaman Akio Morita ialah sistem tidak menentukan kejayaan pengurusan. Yang penting ialah sikap dan sifat-sifat yang ada pada pekerja Jepun. Apa juga sistem yang digunakan, kesetiaan pekerja dan kefahaman pengurusan dalam bidang saikologi manusia dan saikologi perhubungan antara manusia dengan manusia boleh membawa kejayaan yang cemerlang. Demikian Sony Corporation yang bermula 40 tahun dahulu dalam sebuah bangunan 'department store' yang telah dibom dan terbakar, sekarang menjadi sebuah syarikat gergasi yang tidak kurang besarnya daripada zaibatsu dahulu. Jika kita menerima bahawa yang penting bukan sistem pengurusan tetapi sikap orang yang menjalankan pengurusan, maka apabila sesuatu sistem menunjukkan 563

tanda-tanda kegagalan, janganlah kita terlalu mudah menyalahkan sistem. Ada baiknya jika kita kaji kelemahan yang mungkin ada pada diri kita sendiri. Janganlah kita terlalu ghairah menyalahkan orang lain atau sistem yang diamalkan. Kita lebih berkuasa ke atas diri kita daripada ke atas orang lain. Justeru itu, kita lebih berkeupayaan membetulkan diri kita sendiri daripada diri orang lain. Matlamat kita ialah peningkatan pengurusan. Sebelum kita cipta banyak lagi sistem dan "method" untuk memperbaiki pengurusan pentadbiran kita, kita harus menoleh ke belakang untuk mengkaji beberapa pendekatan yang telah kita cuba yang sepatutnya meningkatkan prestasi pengurusan kita. Sebagai contoh, kita boleh memeriksa manual kerja dan fail meja. Saya percaya jika kita rujuk kepada manual kerja dan fail meja bagi setiap pekerjaan yang kita buat, dengan "check-list" dan carta aliran kerja atau "work-flow chart" yang disediakan, segala urusan boleh diselesaikan dengan licin dan cepat. Soal yang patut kita tanya ialah apakah manual dan carta ini kurang baik atau kita tidak begitu menggunakannya? Jika kita telah menggunakannya dengan sistem dan "method" yang baru. Jika tidak, eloklah kita mencuba lagi. Saya sebutkan ini sebagai satu contoh bagaimana kita ghairah dengan mencipta sistem tetapi tidak menggunakannya dengan sepenuhnya. Saya telah cuba memberi pendapat saya yang mungkin 'relevant' dengan tajuk seminar. Saya berharap seminar ini dapat menolong menjayakan peningkatan pengurusan yang dicita-citakan. Kita juga mengadakan banyak seminar tetapi hasilnya tidak begitu nyata. Mungkin seminar ini boleh mencadangkan satu cara bagi menilai dengan tepat kesan seminar ini dalam meningkatkan pengurusan di negara kita ini. "A seminar should not be just an academic exercise. It should yield practical and tangible results". Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Tahunan Pegawai-pegawai Tinggi Dalam Sektor Awam ini.

564

SPEECH BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER OF MALAYSIA DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE OFFICIAL OPENING OF THE 8TH. MEETING OF THE ISLAMIC FOUNDATION FOR SCIENCE, TECHNOLOGY AND DEVELOPMENT (IFSTAD) SCIENTIFIC COUNCIL SARAWAK, 23RD. FEBRUARY, 1987

O

n behalf of the Malaysian Government may I extend our warmest welcome to you to Malaysia. I consider it an honour to be invited to open this Eight Meeting of the Islamic Foundation for Science, Technology and Development and to be given this opportunity to share my views and thoughts with such a distinguished gathering of IFSTAD Scientific Council members from Islamic countries on this auspicious occasion.

Islam has never enjoined upon its followers to be ignorant and to fear knowledge. Indeed, the Quran asks us to study the stars and the environment and the animals created by Allah. Such a study cannot but be scientific in character even if it is also related to faith. Surely when Allah enjoines upon us to do something it must be for our own good. In the case of science and technology, we know that our failure to follow the injunctions of our religion has resulted in our present weakness and our being at the mercy of our enemies and those who do not wish us well. It is time that we realise this. It is time that we use the Quran as a guide and not just as a part of the performance of rituals. It is time that we emphasise the "do's" as much as the "don'ts". There are too many things that the Quran tells us to do which we ignore or deemphasise. Islam is not at fault. It is not the cause of our backwardness or weakness. It is we and our incorrect interpretations and unbalanced teachings which are wrong. We must atone for our wrongs by correcting them. Insya-Allah, we will gain success as indeed the early followers of Islam succeeded in the first 100 years of the Hijrah. It is therefore the duty of IFSTAD not only to spread and promote scientific and technical knowledge but also to preach the correct teachings of Islam with regard to the search for knowledge and the need for science and technology. It is said by some Muslims that we should not seek knowledge for the sake of knowledge. They deplore this approach because they feel it as western and secular. But have we not noticed that knowledge initially acquired without any specific benefit in mind, eventually proves to be useful and of benefit? Usually knowledge discovered by scientists is of no use to the scientists themselves. But to some others, that knowledge could be translated into something worthwhile. If the knowledge is applied for a bad purpose, it is not because the knowledge is bad. It is because evil people use it for their own ends. The knowledge should not be blamed or shunned. 565

The discoveries that western scientists have made, have rendered their countries rich and powerful. Today we are forced to pay high prices for the products derived from these discoveries, particularly in the field of defence. And because we have to do this we have become totally dependent on so-called western technology. We are helpless against them. Such is the advance that they have made that every aspect of our life is governed or at least influenced by their know-how. The food that we eat is produced using fertilizers devised by them, milled and transported and even cooked with something they invented or produced. The power and light we use owe everything to the inventions from their fertile minds. We move from place to place in vehicles using a variety of internal combustion engines designed by them. And the worst part of it all is that we are not even capable in many instances to repair and maintain these products ourselves. We need them and the more we need them, the less is our independence. We may blame and condemn them for their misuse of their power they gain through science and technology but we cannot say we are totally blameless. We have come to this state of dependence because we are still arguing about acquiring knowledge of science and technology, we are still talking about what is secular and what is not in our interminable discussions in air-conditioned, electrically-lighted and soundequipped conference halls of unsurpassed architectural beauty. In the name of Islam, stop this fruitless polemics and get on with education with the quest for knowledge and with research. If we don't like the results, as for example Darwin's theory of the origin of the species, discard or disregard them and go on to others which are not against our belief. Do not condemn all knowledge simply because some areas of knowledge are bad or irreligious. The present prolonged world-wide economic recession and unsettling political trends coupled with the problems of drug abuse, unemployment, depressed commodity prices, fall in the oil price, increase in portectionism, and debt problem, has affected us in one way or another. Cooperation among Muslim countries in the acquisition of scientific and technological know-how therefore seems to be more urgent than ever. We must promote greater efforts to strengthen our cooperation in science and technology so as to minimise cost and share the benefits. Malaysia is fully committed and will continue to contribute to the development of Muslim countries in all spheres of common interest, including the field of science and technolgy. I wish to reaffirm Malaysia's support to IFSTAD's objectives, functions and activities in the field of science and technology. We strongly support such activities which is essential for the purpose of achieving rapid, coordinated and wide-ranging socio-economic development of the Muslim Ummah. It is my hope that in this meeting, the Council will be fully conscious of its responsibility and will be able to examine throughly the issues before it in a frank, sincere and pragmatic manner and with full conviction that our endeavours would be fruitful. In other words, the Council will have to find ways and means of implementing 566

successfully the resolutions adopted by the Fifth Islamic Summit Conference in Kuwait, especially on scientific and technological cooperation. We are also conscious of the rich historical experiences of the Muslim world in the fields of science and technology, and of the need to foster the distinctive Islamic culture which combines the universal, spiritual and moral values of Islam with the world view of science. I believe that the intensification and strengthening of cooperation and collaboration in science and technology would contribute immensely towards solving many of the problems faced by the Ummah and the Islamic world as a whole. In our efforts to promote and encourage research and development activities in the field of science and technology within an Islamic framework, I think it is appropriate for the Council at this Meeting to reassess and re-examine our capabilities and also to identify weaknesses. Certainly, lack of knowledge in the application of science and technnology is one of them. Very often our attitude towards science is wrong. We think of it as alien and dangerous and we are therefore wary of using it. We regard research in science as anti-religion. Consequently we are not known for applying science to our daily life. A l l these misconceptions must be got rid off if we are to benefit from science. What is significant is not that we use science, but the purpose for which we use it. We need to encourage and help each other in the fields of science and technology by first ensuring that all member states of IFSTAD, both individually and collectively, make it as a national policy to promote science and technology in the formulation and implementation of their socio-economic plans. This gathering shows the close cooperation among IFSTAD members. It is my hope that this meeting will be able to determine the financial resources needed so that the various scientific activities planned in the member countries can be carried out. Ways have to be found for raising funds for without them nothing can be implemented. We, therefore, need to support the existing research institutions in the member states and assist those research activities already undertaken by Muslim scientists. On the other hand, specific areas of research should be identified and given priority to enable the creation of distinctive technologies indigenous to the Islamic world. The Malaysian Government will continue to give strong and firm moral and political support to the OIC and its agencies. We are very much honoured to be chosen as the host for this council meeting. We look forward to working closely with fellow members from other Islamic countries under the ambit of the OIC in all fields. I wish you all every success in your deliberations. I have now much pleasure in declaring the Eighth Meeting of the Islamic Foundation for Science, Technology and Development Scientific Council officially open.

567

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN SEMINAR PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN GEMAPUTRA DI PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR 24HB. MAC, 1987

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Gabungan Agensi-agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan-perusahaan Awam, atau Gemaputra, yang telah menjemput saya untuk merasmikan Seminar Peringkat Kebangsaan ini. Saya berharap seminar ini akan memberi perspektif yang lebih luas lagi kepada agensi-agensi amanah dan perusahaan-perusahaan awam dalam menghadapi cabaran-cabaran korporat pada masa depan terutama pada tahun-tahun 1990an.

Adalah menjadi dasar Kerajaan pada masa ini untuk memberi peranan yang lebih besar kepada sektor swasta dalam membangunkan negara. Ini dapat dilakukan kerana kita telah dapat mewujudkan penyertaan yang lebih aktif lagi dalam dunia perniagaan dan perindustrian, termasuklah melalui usaha-usaha agensi-agensi amanah dan perusahaan-perusahaan awam. Dengan itu apabila Kerajaan memberi peranan yang lebih penting kepada sektor swasta untuk membangunkan negara ini, bumiputera tidak seharusnya ketinggalan seperti zaman sebelum merdeka dahalu. Walau bagaimanapun proses meningkatkan peranan swasta dalam membangunkan negara mestilah dilakukan secara berperingkat-peringkat dan dalam hal i n i , Kerajaan akan mempastikan bumiputera mempunyai peluang yang secukupnya untuk menyertai aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha perniagaan dan perusahaan swasta ini. Justeru itu Kerajaan telah juga membuat pendirian berkenaan dengan peranan agensi amanah dan perusahaan-perusahaan awam pada tahun-tahun yang akan datang, dan pendirian itu adalah selaras dengan dasar meningkatkan peranan sektor swasta dalam pembangunan negara. Kerajaan akan mementingkan daya usaha individu bagi mewujudkan satu masyarakat perniagaan dan perusahaan di kalangan bumiputera. Ini bermakna Kerajaan tidak akan menggalakkan pemberian bantuan terus kepada mereka. Agensi-agensi amanah dan perusahaan-perusahaan awam Kerajaan yang menjadi saluran utama bagi mewujudkan masyarakat seperti itu hendaklah menyesuaikan diri supaya dapat menyediakan projek yang lebih mementingkan daya usaha individu daripada memberi bantuan terus kepada mereka. Salah satu langkah bagi mewujudkan daya usaha individu yang saya maksudkan tadi ialah menswastakan perbadanan-perbadanan dan perkhidmatan-perkhidmatan 568

tertentu yang mempunyai potensi untuk disertai atau diambilalih oleh para pengusaha bumiputera. Saya berharap Kementerian Perusahaan Awam, serta agensi-agensi amanah dan perusahaan-perusahaan awam yang menganggotai Gemaputra akan memberi perhatian yang serius terhadap penekanan Kerajaan ini. Ini tidak bermakna kita mestilah tergesa-gesa melaksanakan penswastaan tanpa mengambilkira kesediaan bumiputera untuk mengambilalih perusahaan dan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu. Sebaliknya kita harus menilai bukan sahaja kesanggupan individu bumiputera tetapi juga kemungkinan berjaya dalam bidang yang berkenaan. Kerajaan menyedari bahawa agensi-agensi amanah dan perusahan awam telah memberi sumbangan dalam mewujudkan satu masyarakat perniagaan dan perusahaan di kalangan bumiputera. Namun demikian kita harus ingat bahawa biasanya agensi dan perusahaan awam mendapat perlindungaan istimewa dari Kerajaan. Justeru itu pengalaman bumiputera dalam badan-badan awam sahaja tidak mencukupi untuk mereka bersaing apabila mereka mengambilalih badan awam yang diswastakan. Untuk menentukan kemampuan pengurusan bumiputera setelah diswastakan, badanbadan awam hendaklah mengurangkan pergantungan mereka kepada Kerajaan untuk perlindungan, kontrak dan sebagainya. Kerajaan yakin bahawa bumiputera di dalam sektor swasta akan dapat memajuka satu-satu perusahaan atau perkhidmatan. Unsur yang penting di sini ialah penanggungan risiko daripada penanaman modal sendiri yang diperlukan. Sudah menjadi kelaziman bahawa seseorang individu itu akan lebih berusaha, lebih teliti dan lebih kreatif apabila menanggung tanggungjawab yang berat sendiri. Ini dapat dibuktikan apabila seseorang eksekutif daripada perusahaan-perusahaan awam atau perkhidmatan awam berpindah ke sektor swasta. Mereka yang berpindah ke sektor swasta ini biasanya tidak bekerja hanya antara jam lapan pagi hingga empat petang sahaja. Sebaliknya tenaga dan masa sepenuhnya digunakan untuk menjayakan perniagaannya. Berbalik semula kepada peranan agensi-agensi amanah dan perusahaanperusahaan awam ini, kita berbangga kerana melalui agensi-agensi dan institusiinstitusi ini, kita telah dapat meningkatkan hakmilik dan penguasaan bumiputera dalam sektor korporat. Peningkatan hakmilik ini mungkin tidaklah seperti yang kita harapkan, tetapi ianya adalah lebih baik dari keadaan tanpa badan-badan awam dahulu. Saya berharap kejayaan ini akan menggalakkan kita untuk terus berusaha bagi meningkatkan lagi hakmilik dan penguasaan bumiputera dalam sektor korporat. Hakmilik dan penguasaan bumiputera adalah jelas terdapat dalam sektor kewangan dan bank, sektor perladangan dan sektor perlombongan. Tetapi pada masa yang sama kaum-kaum bukan bumiputera juga bergerak dan penyertaan mereka telah meningkat kepada kira-kira 56.7% pada awal Rancangan Malaysia Kelima. Hanya perniagaan orang bukan warganegara sahaja yang berkurangan.

569

Mengenai Seminar Peringkat Kebangsaan ini, saya tertarik hati dengan tajuknya iaitu 'Peranan Agensi-agensi Amanah Bumiputera dalam Kontek Menjayakan Matlamat D E B Selepas 1990'. Perubahan zaman dan desakan ekonomi antarabangsa akan memerlukan peniaga dan pengusaha bumiputera, sama ada sebagai usahawan individu, sebagai syarikat, mahupun agensi yang ditubuhkan untuk membantu bumiputera, tidak lagi bersikap mengharapkan bantuan Kerajaan. Sekiranya terdapat sebilangan pengusaha bumiputera yang tidak sanggup berdikari, maka agak sukarlah bagi pihak Kerajaan membantu mereka ini. Namun demikian Kerajaan sedar bahawa kita sedang menghadapi masalah ekonomi yang meleset yang begitu menekan peniaga dan pengusaha bumiputera. Pada masa ini Kerajaan akan memberi pertolongan yang mampu diberi. Adalah diharapkan pemulihan ekonomi sudah pun ada, bantuan dan pertolongan Kerajaan tidak akan diperlukan lagi, peniaga dan pengusaha bumiputera akan mampu berdikari dan bersaing dengan semua pihak. Pada satu ketika kita sering mendengar desakan supaya peniaga dan pengusaha bumiputera bercita-cita besar atau "think big". Tetapi ini tidak bermakna kita tidak perlu bermula secara kecil-kecilan sebelum kita membesar. Pengalaman semasa berniaga secara kecil-kecilan akan menolong kita mengelak dari melakukan kesalahan-kesalahan yang akan merugikan kita. Di masa perniagaan masih kecil, kerugian, jika berlaku, tidak banyak dan kita masih boleh mengatasinya. Tetapi, jika pengalaman pedih berlaku dalam perniagaan besar, kita mungkin tidak mampu untuk mengatasinya. Perniagaan yang kecil biasanya berkembang dan membesar. Jika dipupuk ia boleh jadi perniagaan gergasi. Oleh itu bersabar dan belajarlah. Dengan itu, masa dan pengalaman semasa mengendalikan perniagaan kecil sebenarnya tidaklah sia-sia jika kita menjadi pintar dan cekap dalam perniagaan. Bagi agensi-agensi amanah dan perusahaan-perusahaan awam, sekiranya mereka gagal menguruskan harta dengan cekap dan baik, dan lebih penting lagi, gagal meningkatkan nilai harta yang ada pada mereka untuk faedah masyarakat dan bangsa, maka Kerajaan akan memutuskan sama ada sesuatu agensi atau perusahaan itu patut terus hidup atau patut ditutup sahaja, ataupun diserahkan kepada pihak swasta. Pengurus-pengurus badan-badan awam ini harus ingat bahawa semasa mereka mengurus badan-badan ini mereka mendapat pengalaman yang tidak terhingga nilainya tanpa risiko yang dipikul oleh peniaga-peniaga persendirian. Di samping itu jangan pula agensi-agensi amanah dan perusahaan awam mencari bidang persaingan yang boleh merosakkan peluang peniaga-peniaga dan usahawan tempatan, khususnya usahawan kecil bumiputera. Agensi-agensi tersebut boleh dianggap berjaya hanya sekiranya mereka boleh bersaing di pasaran dunia, atau benarbenar dapat membantu menyelesaikan masalah negara, seperti di dalam mendapatkan teknologi baru, memperkenalkan barangan baru, mengadakan peluang kerja yang banyak, dan mendapat peluang pemasaran yang lebih besar di luar negeri. Sektor korporat awam khasnya perlu berjuang untuk menghapuskan 'dualisme' di dalam struktur ekonomi negara. Masih terdapat perbezaan antara sistem ekonomi 570

kota dan sektor industri dengan sistem ekonomi desa. Perbezaan ini terlalu ketara bagi perpaduan negara, serta bagi pertumbuhan satu sistem ekonomi yang berpadu. Kita tidak mahu melihat desa-desa dan kampung tradisional terus terbiar, tanah ladang tidak diusahakan, nilai harta terus lembab dan beku. Sebaliknya, desa dan perkampungan perlu dijadikan pusat pertumbuhaan ekonomi. Di sini saya berharap perusahaan-perusahaan awam akan dapat, bersama-sama dengan agensi-agensi lain, memajukan lagi sektor luar bandar. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur Gemaputra yang telah menjemput saya ke Seminar ini. Adalah diharapkan Seminar ini akan dapat memberi pandangan baru kepada para eksekutif agensi-agensi amanah dan perusahaan-perusahaan awam mengenai perancangan dan strategi yang lebih bermakna pada masa depan. Dengan harapan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Peringkat Kebangsaan anjuran Gemaputera ini.

571

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM GAPENA - ESSO KUALA LUMPUR 3HB. APRIL, 1987

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur majlis malam ini kerana sudi menjemput saya ke majlis ini. Saya merasa gembira kerana dapat hadir bersama-sama dengan para penulis dan sasterawan tanahair yang telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan sastera dan budaya negara. Saya juga difahamkan bahawa G A P E N A akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan perwakilannya esok. Kepada saudara-saudari sekalian, saya mengucapkan selamat bersidang dan berharap semoga mesyuarat saudara-saudari akan membenihkan idea-idea yang boleh memperkayakan lagi bahasa, kesusasteraan dan budaya negara kita. Saya berbangga kerana dapat bersama-sama di majlis penyampaian hadiah sastera ESSO-GAPENA malam ini. Tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua pihak penganjur, iaitu GAPENA dan ESSO, yang diharapkan dapat meneruskan usaha yang sangat bermakna ini.

Selaras dengan usaha-usaha memperbanyakkan karya sastera dengan kerjasama rapat firma-firma swasta, saya yakin banyak lagi firma-firma swasta yang dapat memberi sumbangan ke arah memperkayakan bahan-bahan bacaan dan buku-buku dalam Bahasa Malaysia. Pada hari ini kita telah mendapati beberapa firma swasta yang bergabung dengan badan-badan bahasa atau badan-badan penulis seperti GAPENA untuk menganjurkan pertandingaan sastera seperti novel, cerita pendek dan puisi. Saya mengucapkan tahniah kepada firma-firma dan pertubuhan-pertubuhan ini yang telah berusaha mewujudkan karya-karya sastera yang bermutu. Walau bagaimanapun, kita masih kekurangan bahan bacaan atau buku-buku Bahasa Malaysia dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti sains dan teknologi, perubatan, ekonomi, kajibumi dan sebagainya. Walaupun bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan semakin hari semakin bertambah, tetapi masih banyak lagi yang boleh kita usahakan supaya kita dapat menimba kesemua sumber pengetahuan dan pelajaran dalam bidang-bidang itu melalui Bahasa Malaysia. Rangka kerjasama firma-firma dan pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan mungkin dapat diperluaskan kepada bidang buku-buku ilmu pengetahuan. Di sini firma-firma yang terlibat dalam pengeluaran dan pemasaran sesuatu barangan mungkin dapat menaja penulisan dan penterjemahan buku-buku ilmu pengetahuan 572

dalam Bahasa Malaysia yang sedikit sebanyak ada berkaitan dengan barangan keluaran mereka. Misalnya, firma yang mengeluarkan barangan makanan mungkin dapat menaja penulisan yang mendalam yang berkaitan dengan bidang pemakanan atau 'nutrition'. Kajian dan penulisan yang dimaksudkan ialah mengenai perkaraperkara yang terbaru bagi sesuatu bidang itu. Seperti yang kita maklum pasaran untuk buku-buku ilmu pengetahuan, pada amnya, adalah terhad dan sekiranya tiada galakan atau penajaan, perkembangan bukubuku ilmu pengetahuan ini mungkin tidak memuaskan dan tidak mendapat sambutan. Penajaan kewangan dari firma-firma akan dapat membantu para penulis untuk menghasilkan kary-karya mereka. Dalam hal ini, adalah diharapkan bahawa firma-firma besar di negara ini akan menimbangkan kemungkinan bekerjasama dalam usahausaha memperbanyakkan bahan-bahan dan buku-buku berbagai bidang ilmu pengetahuan ini. Usaha-usaha begini sudah tentu akan mendaulatkan lagi Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, perpaduan dan ilmiah di negara kita dan juga di rantau Asia Tenggara ini. Pada hemat saya usaha-usaha yang sebegini akan membolehkan sektor swasta memainkan peranan yang lebih besar lagi dalam bidang-bidang kebudayaan, termasuklah bidang bahasa ini. Ini akan merupakan sebahagian daripada sumbangan pihak swasta kepada perkembangan dan kemajuan masyarakat sekelilingnya. Justeru itu kegiatan sedemikian akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam mempertingkatkan perkembangan ilmiah. Sepertimana kita sedia maklum, semakin hari semakin terbukti bahawa Bahasa Malaysia berjaya menjadi bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara kita. Walaupun terdapat pertimbangan-pertimbangan yang sewajarnya bagi bahasa-bahasa lain di negara kita, Kerajaan berbangga dengan terdapatnya kesedaran di kalangan rakyat negara ini tentang pentingnya mendaulatkan satu bahasa kebangsaan. Walaupun Bahasa Kebangsaan telah mampu menjadi bahasa ilmiah, namun demikian kita masih lagi mendengar suara-suara daripada pihak-pihak tertentu yang masih lagi menyoal tentang kemampuan Bahasa Kebangsaan. Mereka ini merupakan kumpulan kecil yang tidak mahu menerima realiti. Saya ingin menegaskan di sini bahawa Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Malaysia akan tetap didaulatkan. Saya juga ingin memberikan sedikit pendapat saya mengenai sastera keseluruhannya. Pada pendapat saya, para sasterawan haruslah juga berusaha dengan lebih lagi bagi menyemaikan nilai-nilai yang murni, dinamis dan positif oleh kerana nilainilai ini keseluruhannya akan membentuk watak yang kita cita-citakan. Dengan membenihi dan membajai nilai-nilai murni, dinamis dan positif ini, maka watak yang positiflah yang akan lahir. Salah satu kumpulan yang berpengaruh dalam hal ini ialah saudara-saudari sekalian. Saya percaya para sasterawan tidak akan menghampakan harapan kita bersama. Walaupun terdapat perkembangan yang menggalakkan dalam usaha-usaha ini, masih banyak lagi kelemahan yang harus kita atasi. Para sasterawan boleh membantu 573

mewujudkan satu masyarakat yang mampu menghadapi persaingan ekonomi dan sosial serta persaingan politik, terutama di peringkat antarabangsa. Kita perlukan sebuah masyarakat di peringkat antarabangsa. Kita perlukan sebuah masyarakat yang mempunyai kesanggupan menghadapi hidup yang kian mencabar. Selain daripada itu, saya yakin kita semua inginkan kepada masyarakat yang sanggup mengenali dan mengatasi kelemahan-kelemahan diri sendiri. Dengan wujudnya masyarakat yang sedemikian, saya percaya berbagai cabaran yang dihadapi dapat diatasi, insya-Allah. Malaysia memerlukan rakyat yang mempunyai kesedaran nasional dan semangat patriotisme yang tinggi. Kita memerlukan warganegara yang cintakan negara dan yang tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara. Kita memerlukan warganegara yang berdisiplin, berdedikasi dan beramanah tinggi. Lebih-lebih lagi, kita memerlukan warganegera yang sentiasa bangga bahawa dia adalah rakyat Malaysia. Saya sedar bahawa hasrat ini bukan mudah dicapai dan akan memakan masa yang panjang. Namun demikian, kita mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh oleh kerana hasrat ini adalah mulia dan murni. Saya yakin para sasterawan juga mempunyai cita-cita yang tinggi. Dari itu marilah kita bersama - para sasterawan, para penulis, ahli-ahli politik, pemimpin masyarakat dan semua golongan - berusaha ke arah membina sebuah masyarakat Malaysia yang berdisiplin, dinamis dan yang dihormati. Insya-Allah kita akan berjaya akhirnya walaupun melampaui umur sebahagian daripada kita. Pada 31hb. Ogos ini kita akan menyambut Ulangtahun ke-30 Kemerdekaan negara. Saya berbangga oleh kerana G A P E N A menggunakan kesempatan di upacara ini untuk memulakan perayaan Ulangtahun ke-30 Kemerdekaan negara kita. Jika kita merenung kembali, dalam jangkamasa 30 tahun ini, Malaysia telah mencapai kemajuan yang pesat dalam berbagai bidang. Kemajuan yang dicapai setakat ini adalah hasil daripada usaha gigih kita sendiri memupuk ekonomi negara. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menentukan kemerdekaan kita ini terus kekal dan bermakna. Sumbangan para penulis dan sasterawan kepada perjuangan mencapai kemerdekaan tercatat dengan tinta emas. Masyarakat keseluruhannya merakamkan setinggi penghargaan terhadap perjuangan dan pengorbanan mereka di dalam membela nasib bangsa dan negara. Saya merasa gembira kerana pada majlis malam ini, terdapat sebilangan daripada para pejuang kemerdekaan yang masih terus memberi sumbangan mereka terhadap pembangunan tanahair. Dalam hal ini, saya percaya bahawa saudara-saudari para pejuang kemerdekaan akan terus menyumbangkan khidmat bakti demi meningkatkan lagi maruah bangsa dan negara. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput saya ke majlis permai ini. Saya mengucapkan tahniah kepada pemenangpemenang hadiah sastera ESSO-GAPENA dan juga kepada semua para penulis dan sasterawan yang telah mengambil bahagian menjayakan majlis ini. Dengan adanya 574

semangat ingin meningkatkan lagi mutu karya dan sastera ini, saya yakini akan mendorong kepada peningkatan pencapaian kita dalam bidang sastera dan kebudayaan. Saya juga berterima kasih kerana diberi penghormatan untuk melancarkan buku 'Pertemuan Dunia Melayu '82', terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka yang merupakan kumpulan kertas kerja 'Pertemuan Dunia Melayu' yang diadakan di Melaka pada tahun 1982. Dengan ini saya dengan bangganya melancarkan buku 'Pertemuan Dunia Melayu '82' ini.

575

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PELANCARAN HARI KESEDARAN SIVIK DI ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR 4HB. APRIL, 1987

B

ersyukur kita ke hadrat Allah Subhanu Wataala, kerana dengan limpah dan izinNya dapat kita hadir bersama-sama di Majlis Pelancaran Rasmi Hari Kesedaran Sivik pada pagi ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada saudara-saudari sekalian di atas sambutan dan sokongan yang telah diberikan bagi menjayakan majlis kita ini.

Tema yang dipilih bagi Hari Kesedaran Sivik ini 'Kesedaran Sivik Bermula Di Rumah', adalah amat sesuai dan tepat sekali. Kita sedia maklum bahawa kesedaran sivik seharusnyalah bermula di rumah, kerana kesedaran sivik seharusnya ditanam kepada setiap anggota masyarakat semenjak dari kecil lagi, dengan sifat-sifat positif dan nilai-nilai murni keluarga, masyakarat, bangsa dan negara. Sivik adalah satu perkataan asing yang dipinjam oleh kita tetapi konsep kesedaran sivik adalah konsep lama yang baru diberi nilai yang tinggi. Kesedaran sivik bermakna perasaan tanggungjawab bukan sahaja terhadap harta sendiri, tetapi juga terhadap harta orang ramai. Konsep ini menjadi penting kerana dalam masyarakat moden harta orang ramai meningkat dan perlu dihargai oleh rakyat demi kepentingan rakyat sendiri. Sebenarnya dalam memelihara harta orang ramai, kita memelihara kepentingan kita sendiri. Walaupun harta itu tidak berguna kepada kita secara langsung, tetapi kerosakannya akan menambah beban kita. Ini adalah kerana Kerajaan atau pihak kuasa tempatan terpaksa memperbaiki atau menggantikan harta itu dengan menggunakan wang rakyat yang secara langsung atau tidak langsung dikutip daripada kita. Walaupun tidak semua daripada kita yang membayar cukai tetapi perbelanjaan yang diperuntukkan oleh Kerajaan bermakna pengurangan perbelanjaan bagi lain-lain kemudahan untuk kita semua. Mungkin kita berpendapat bahawa wang ini sedikit sahaja. Tetapi, jika dijumlahkan kerosakan seluruh negara kerana kurangnya perasaan sivik, nilai harta yang rosak ini boleh meningkat kepada puluhan juta Ringgit setahun. Selain daripada itu, kerosakan itu mengganggu masyarakat. Jika sebuah lif dirosakkan, bukan sahaja belanja memperbaikinya perlu dibuat, tetapi juga pengguna576

pengguna lif terpaksa turun -naik menggunakan tangga. Bagi mereka yang tua dan yang sakit, banyak masalah akan timbul. Di samping itu, keselesaan dan keindahan juga akan terjejas dan semua penduduk negara ini akan menerima imej yang tidak baik. Sebaliknya, jika kita mempunyai kesedaran sivik dan cermat dengan harta awam, kita akan membawa manfaat kepada masyarakat, termasuk diri kita sendiri, bangsa dan negara. Masyarakat yang mempunyai kesedaran sivik akan hidup mulia dan bahagia. Segala urusan kehidupan kita akan menjadi licin dan mudah. Segala kerja akan berjalan dengan baik dan cepat. Dan kita tidak perlu membazirkan masa atau wang. Dalam ruang-ruang akhbar, kita sering membaca tentang sungutan-sungutan orang ramai kerana tidak terdapat layanan yang baik di pejabat Kerajaan atau di kedai atau di mana sahaja khidmat diberi. Sementara ada di antara sungutan-sungutan ini yang berasas, kita harus ingat bahawa mereka yang cuai adalah manusia biasa yang tidak berbeza dengan mereka yang membuat sungutan. Sebenarnya yang membuat sungutan itu juga mungkin bersikap tidak bertanggungjawab jika dia yang memberi khidmat Perkara ini menjadi nyata kepada segolongan kita yang memandu kereta. Walaupun seseorang itu tertib dan berbudi-bahasa, tetapi apabila ia memandu kereta, ia kehilangan kesabaran dan amat marah jika kereta di hadapannya terlambat sedikit. Sebabnya ialah kita tidak memupuk kesedaran sivik. Di negara di mana kesedaran sivik kuat, seseorang pemandu kereta bukan sahaja bersabar tetapi sanggup memberi jalan kepada kereta lain. Ini adalah kerana pada kali yang lain pula, ia akan diberi jalan. Dengan itu, memandu kereta tidak menjadi beban, perjalanan menjadi lebih selesa dan kemalangan kurang berlaku. Hasilnya ialah mereka sendiri terpelihara. Jika kita sedar bahawa soal kesedaran sivik ini bukanlan soal orang lain membetulkan diri mereka tetapi soalnya ialah kita semua sanggup mengakui kesalahan kita dan membetulkan diri kita, maka usaha ke arah meningkatkan kesedaran sivik akan lebih berjaya. Kesedaran sivik merupakan satu usaha menukar nilai hidup kita atau usaha membentuk sifat yang lebih baik bagi kita. Langkah pertama ialah pengakuan oleh setiap orang daripada kita bahawa kita bersalah dan perlu kita betulkan diri kita. Jika kita suka menunjukkan jari kepada orang lain dan mendesak mereka membetulkan diri mereka, maka usaha ini akan gagal. Sebabnya ialah mereka yang kita tunjuk itu menunjuk pula kepada orang lain atau kepada diri kita sendiri sebagai pihak yang salah yang mesti membetulkan dirinya dahulu. Disebabkan semua pihak menunjuk kepada orang lain dan tidak seorang pun yang mengaku dirinya salah, maka tiada siapa pun akan membetulkan dirinya. Maka sudah tentulah usaha untuk membentuk kesedaran sivik ini akan gagal. 577

Pendapat umum ialah usaha membentuk kesedaran sivik ini perlu dimulakan di masa kecil. Kita sedar bahawa jika sesuatu tabiat yang baik telah dipupuk semasa kecil, ia bukan sahaja lebih mudah diamalkan tetapi adalah juga lebih kekal. Bagi tujuan ini, kita perlukan penglibatan ibu bapa dan guru-guru secara besar-besaran. Kesedaran sivik tidak boleh diajar dalam bilik darjah sahaja. Ia mesti diajar sepanjang masa. Ini bermakna ibubapa dan guru-guru terpaksa mengawasi gerakgeri kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepanjang masa. Terdapat banyak harta dan kemudahan awam di sekolah-sekolah yang mesti dijaga dengan baik dan guruguru mestilah menentukan kemudahan-kemudahan tersebut terpelihara. Sekolahsekolah yang tidak mengalami kerosakan mencerminkan setakat mana kesedaran sivik telah dipupuk di sekolah-sekolah berkenaan. Sungguhpun kesedaran sivik boleh menjamin keselesaan hidup kita, fakta-fakta lain perlu juga diambilkira. Pada kebiasaannya, sama ada orang ramai menyambut desakan untuk menjaga harta awam atau tidak bergantung kepada pemeliharaan yang telah dibuat oleh mereka yang ditugaskan untuk memelihara harta awam itu. Jika sesuatu harta awam itu berada dalam keadaan yang terbiar kerana tidak dijaga dengan baik, maka orang ramai tidak akan menjaganya, walaupun mereka mempunyai kesedaran sivik. Ini dapat dilihat daripada tabiat dan sikap kita mengenai keadaan yang bersih. Kita boleh mengadakan undang-undang supaya orang ramai tidak membuang sampah di sana-sini. Undang-undang ini gagal pada mulanya. Tetapi, apabila bandar Kuala Lumpur dibersihkan dan di tanam dengan pokok-pokok bunga yang dijaga rapi, didapati orang ramai tidak lagi membuang sampah di sana-sini. Ini menunjukkan bahawa jika kita ingin kesedaran sivik berkesan, persiapan yang teliti dan baik mesti disediakan terlebih dahulu. Mereka yang ditugaskan untuk membuat persiapan ini hendaklah menjalankan kerja mereka dengan sebaik-baiknya. Manusia adalah makhluk yang berakal. Manusia dapat membendung nafsunya jika ia dapat memahami akan sebab sesuatu itu. Jika kita hendak memupuk kesedaran sivik, maka kita harus menerang dan menjelaskan sebabnya kesedaran sivik ini baik bagi diri kita. Oleh itu adalah penting bagi kita memperkenalkan makna dan maksud kesedaran sivik dan sebab-sebabnya mengapa kesedaran ini penting bagi mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan bahagia. Hari Kesedaran Sivik ini bolehlah dianggap sebagai salah satu daripada langkah bagi meningkatkan kesedaran ini. Langkah-langkah yang lain hendaklah menyusulinya supaya sedikit demi sedikit kesedaran sivik menjadi sebahagian daripada peribadi rakyat Malaysia. Akhir kata saya berharap semua pihak akan memberi perhatian dan sokongan dan bersama-sama berusaha menyumbang serta mempraktikkan kesedaran sivik di kalangan masyarakat demi keutuhan dan kesejahteraan bangsa dan negara. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan pelancaran Hari Kesedaran Sivik Peringkat Kebangsaan ini.

578

UCAPAN PERDANA MENTERI Y. A. B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PEMBUKAAN MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN, DI PUSAT ISLAM 13HB. APRIL, 1987

A

lhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinNya dapat kita sekali lagi berada di majlis yang mulia ini, iaitu Majlis Perasmian Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1407 Hijrah, bersamaan 1987 Masihi.

Musabaqah yang kita adakan pada tahun ini, seperti juga pada tahun-tahun yang lalu bertujuan untuk meninggikan lagi syiar Islam. Marilah kita berdoa semoga usaha kita ini diredhai oleh Allah Subhanahu Wataala. Kita juga berharap Musabaqah ini akan meningkatkan lagi kesedaran kita mengenai ketinggian dan kesucian ajaran Islam yang disampaikan oleh Allah melalui kitab suciNya Al-Quran. Melalui kitab suci, Allah Subhanu Wataala mengajar kita umat manusia, khususnya umat Islam, bagaimana caranya untuk kita beribadat dalam erti kata yang khusus, termasuklah sembahyang, puasa haji dan sebagainya. Ia juga mengandungi pengajaran bagaimana kita seharusnya melakukan ibadat dalam erti yang umum yang meliputi peraturan hidup di dunia dalam urusan keluarga, ekonomi, politik dan negara. Sesungguhnya Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. menjadi satu suluhan kepada kita umat Islam untuk mengikuti jalan-jalan yang lurus, jalan-jalan yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wataala bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Ajaran Al-Quran yang banyak itu sewajarnyalah kita mempraktikkannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Tema Musabaqah pada tahun ini ialah "Umat Tegas, Islam Teguh". Tema ini dipilih atas kesedaran Kerajaan akan betapa pentingnya pembentukan peribadi umat yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan kehendak Islam. Nilai-nilai negatif dalam perlakuan manusia hari ini, termasuklah di kalangan orang-orang Islam di negara kita juga, perlu diberi perhatian yang serius supaya dapat segera dibendung, supaya kekuatan negara, kemuliaan umat Islam dan ketinggian agama terus terjamin. Kerajaan menyedari bahawa pembentukan peribadi umat adalah salah satu tanggungjawabnya. Maka kerana itulah Kerajaan dengan penuh kesedaran dan berani telah mengambil langkah-langkah yang wajar dengan melaksanakan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Matiamat yang hendak dicapai melalui dasar ini dan beberapa dasar yang lain seumpamanya adalah untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia, yang bersifat tegas dalam tindaklakunya. Menyentuh mengenai sifat 579

tegas ini, Allah berfirman di dalam surah Hud ayat 112 yang bermaksud, "Hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadaMu". Melalui ayat Al-Quran ini Allah memberikan suatu arahan supaya kita umat Islam mempunyai sikap tegas dalam tindaklaku kita. Ketegasan adalah penting dalam segala urusan kerana tanpa ketegasan matlamat kerja atau usaha tidak akan dapat tercapai dengan sebaik-baiknya. Sejarah Rasulullah s.a.w. dan juga sejarah hidup para Khulafa' Ar-Rasidin dan juga pejuang-pejuang serta para ulamak Islam telan memperlihatkan sifat-sifat tegas mereka dalam perjuangan untuk meninggikan syiar Islam. Natijah dari sikap tegas ini muncullah sebuah masyarakat Islam yang teguh dan kuat. Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w. telah terus berusaha mengembangkan syiar Islam walaupun Baginda dipujuk-rayu, diugut dan cuba disogok dengan bermacam-macam kemewahan oleh kaum Quraish yang mahukan Baginda berhenti daripada menyampaikan risalah Islam itu. Selain daripada ketegasan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi pujuk rayu kaum Musyrikin, Baginda juga telah memperlihatkan ketegasannya dalam menegakkan keadilan pemerintahannya, tanpa pilih kasih atau tunduk kepada mana-mana tekanan. Baginda menjelaskan bahawa di antara sebab keruntuhan umat yang terdahulu ialah kerana mereka pilih kasih dalam menjalankan hukum. Hukum dijalankan ke atas orang-orang yang lemah dan rakyat biasa sahaja, dan sebaliknya diketepikan hukum itu sekiranya dilakukan oleh keluarga bangsawan, kenamaan atau dari kalangan pembesar. Contoh daripada ketegasan Rasulullah s.a.w. kemudiannya telah menjadi panduan, yang berjaya membentuk peribadi para sahabatnya dalam menjalankan tanggungjawab mereka, baik sebagai Khalifah mahupun sebagai pemimpin-pemimpin. Saidina Abu Bakar Al-Siddiq telah memperlihatkan satu contoh tegas beliau yang sukar ditandingi, iaitu pada masa permulaan beliau memegang jawatan Khalifah, di mana beliau terpaksa berhadapan dengan golongan orang-orang Islam yang tidak mahu membayar zakat dan juga golongan yang menyeleweng seperti yang dipimpin oleh Musailamah Al-Khazzab. Dalam menghadapi ancaman gerakan ini Saidina Abu Bakar Al-Siddiq telah mengambil keputusan untuk memerangi mereka dan atas ketegasan itu beliau dan tentera-tentera Islam telah berjaya menghapuskan golongan penderhaka dan penyeleweng tersebut Dengan itu, maka terselamadah ajaran Islam yang sebenar dan hapuslah ajaran karut Musailamah yang mungkin melibatkan generasi-generasi yang berikut. Demikianlah sepintas lalu gambaran dari sejarah silam umat Islam yang memperlihatkan bahawa ketegasan dalam bertindak telah menjadi nadi yang menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Kita yakin bahawa kalaulah tidak kerana ketegasan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan risalah Islam, maka tidak mungkin Islam akan berkembang dan sampai kepada kita. Demikianlah juga tanpa ketegasan Saidina Abu Bakar dalam menghadapi ancaman penderhaka dan pembelot, maka bibit Islam yang mulai menumbuh di Mekah dan Madinah itu sudah 580

pasti menghadapi kesukaran untuk terus subur dan membesar. Alhamdulillah, dari ketegasan mereka yang diberi hidayah oleh Allah itu kita hari ini dapat menikmati keindahan Islam. Ketegasan adalah penting bagi umat Islam di negara ini. Kita harus berusaha mencari jalan ke arah membentuk ummah yang tegas, kerana dari ketegasan ummah, agama Islam akan terus mulia dan dihormati serta diterima oleh seluruh golongan masyarakat. Kita perlukan pemimpin dan pentadbir yang tegas, kerana matlamat sesebuah masyarakat dan negara ialah menjamin keharmonian, keadilan dan juga kesejahteraan. Sekiranya para pemimpin dan pentadbir negara terdiri dari kalangan orangorang yang tidak mempunyai sifat tegas dan yakin kepada kebenaran, kepada tanggungjawab dan tugas yang dipikulnya, maka akan lemahlah masyarakat keseluruhannya. Perbuatan rasuah, pilih kasih dan ketagih arak dan dadah terutamanya adalah ciri-ciri yang mencerminkan peribadi yang tidak tegas dan tidak tahan menghadapi cabaran dalam menjalankan tugas dan amanah. Sesebuah masyarakat dan sesebuah negara yang dipimpin dan ditadbirkan oleh peribadi-peribadi yang lemah akan ditimpa bencana, dan akan hilanglah maruah bangsa, agama dan negara. Jadi dalam hal ini wajarlah seluruh pemimpin dan pentadbir di negara ini kembali menghayati sifat-sifat tegas yang dituntut oleh Islam. Sekalipun dalam melaksanakan ketegasan ini kita terpaksa berhadapan dengan berbagai rintangan, halangan dan cemuhan kita harus terus berusaha dengan penuh semangat serta menyerahkan diri dan bertawakal kepada Allah dengan kepercayaan penuh bahawa Allah sentiasa melindungi dan memberi keamanan kepada pihak yang benar, sesuai dengan firman Allah di dalam surah A l Imraan, ayat 159 yang bermaksud, "Apabila engkau telah berazam, maka bertawakal kepada Allah". Selain daripada ketegasan di kalangan pemimpin dan pentadbir, ketegasan di kalangan pendidik dan ibubapa adalah juga penting, kerana keteguhan dan ketinggian akhlak generasi muda banyak bergantung kepada mereka. Melalui asuhan serta contoh-contoh yang ditunjukkan oleh para guru dan ibubapa akan tersemat sifat yang mulia di kalangan murid-murid dan anak-anak. Oleh itu guru-guru dan ibubapa hendaklah sama-sama berusaha membantu ke arah melahirkan umat yang tegas bagi menjamin keteguhan Islam di masa akan datang. Peribahasa Melayu ada menyebutkan "melentur buluh biarlah dari rebung". Dalam usaha memupuk supaya sifat-sifat mulia dihayati, maka Kerajaan telah mengadakan berbagai program pendidikan Islam. Kursus-kursus, ceramah-ceramah, kelas-kelas pengajian termasuklah program "Takmir Masjid" yang baru dilancarkan, adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan yang tegas bagi menjamin pembentukan peribadi muslim yang berakhlak mulia dan baik. Kejayaan yang diharapkan daripada program ini tentu sukar diperolehi tanpa penglibatan kita semua. Oleh itu saya berseru kepada seluruh kaum muslimin supaya menerima program-program ini dan 581

melibatkan diri dengan menghadiri majlis-majlis ceramah, kuliah-kuliah dan kelaskelas pengajian tersebut, kerana dengan berbuat demikian akan bertambah pengetahuan kita dan insya-Allah akan bertambah pula iman dan takwa kita. Sekali lagi saya bersyukur ke hadrat Allah Subhhanu Wataala kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama menghadiri upacara ini. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani, saya merasmikan Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan ini.

582

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI OLEH Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA MALAM HARI RAYA AIDILFITRI 1407 HIJRAH/ 1987 MASIHI 27HB. MEI, 1987

S

yukur alhamdulillah, sekali lagi kita umat Islam dapat merayakan kemenangan kita melawan nafsu sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Berbagai dugaan telah kita lalui sepanjang bulan Ramadan, tetapi di sebalik dugaan itu, Allah Subhanahu Wataala telah menyediakan berbagai-bagai hikmat dan nikmat Dan dengan limpah Allah Subhanahu Wataala, kita telah berpuasa dan insya-Allah telah meneguhkan lagi iman kita. Umat Islam pada zaman ini banyak menghadapi cabaran. Kelemahan yang terdapat pada umat Islam hari ini dieksploitasikan dengan sepenuhnya oleh pihakpihak yang memang merancang untuk memecah-belahkan masyarakat Islam dan menggugat lagi ketahanan umat Islam. Rancangan mereka menjadi bertambah mudah kerana negara-negara Islam seluruhnya banyak bergantung kepada negaranegara yang bersimpati dengan musuh-musuh Islam. Negara-negara Islam yang sedang membangun juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran mereka. Di negara kita dengan cara halus dan tidak langsung, mereka menghasut golongangolongan tertentu supaya bertindak mengancam kestabilan, kerana kestabilan menjamin kemajuan serta ketahanan sesebuah negara. Kita harus sedar hakikat ini, dan jauhilah sengketa sendiri jika orang-orang Islam mencapai kemajuan. Ini juga bermakna kita mestilah menjaga perpaduan oleh kerana dengan perpaduan sahajalah kita dapat melaksanakan apa sahaja yang kita rancangkan dan apa yang kita cita-citakan. Sebaliknya, perpecahan akan membawa kepada kemunduran dan mungkin juga menandakan permulaan terhapusnya sesebuah masyarakat itu. Masyarakat Islam di Sepanyol dahulu, masyarakat Islam di bawah Kesultanan Melaka, masyarakat Islam di Afghanistan dan masyarakat Islam di Palestin, semuanya mengalami kemunduran, antara lainnya, kerana mereka berpecah dan tidak bersatu-padu. Dengan itu kita umat Islam di Malaysia hendaklah berpandu kepada pengalaman-pengalaman seperti ini dengan mengelakkan daripada berlaku segala bibit yang boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam. Di bulan yang mulia ini, marilah kita merenung ajaran-ajaran Al-Quran dan mengamalkannya untuk mengelakkan bibit-bibit yang membawa perpecahan. 583

Salah satu bibit yang membawa gejala perpecahan ialah sikap suka mempercayai berita-berita sebelum diselidiki. Yang selalu terjadi ialah selepas beberapa bulan atau tahun kemudian baharulah kita tahu bahawa sesuatu berita itu adalah palsu dan fitnah sahaja. Seseorang yang beriman seharusnya menyelidiki dahulu apa-apa berita. Allah Subhanahu Wataala berfirman di dalam Al-Quran, Surah AlHujurat ayat 6, yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". Ini patut kita amalkan supaya sesuatu padah buruk tidak akan menimpa sesuatu kaum atau orang perseorangan. Tidak semua berita yang kita terima semestinya tidak benar, tetapi ada kemungkinan juga sebahagian daripada berita-berita itu direka untuk sesuatu tujuan. Justeru itu kita mestilah berwaspada dan taksub denga seruan Al-Quran iaitu menyelidik terlebih dahulu semua berita yang didengar supaya kita tidak berpecah-belah kerana fitnah. Amatlah bersalah dan berdosa besar jika kita dengan mudahnya menolong menyebar berita-berita yang kesahihannya tidak ketahui. Di samping itu kita haruslah hormat-menghormati dan bersopan-santun sesama kita. Ayat-ayat di dalam Al-Quran selalu dimulai dengan kata-kata "Wahai orang yang beriman" apabila menyeru umat Islam supaya berbudi, bersopan dan hormatmenghormati. Ini menunjukkan bahawa kita umat Islam tidak dapat memisahkan antara iman dengan sopan santun dalam hidup kita. Inilah nilai-nilai yang patut kita pegang untuk meneruskan perpaduan yang telah kita pupuk selama ini, dan di Hari Raya yang mulia ini haruslah kita abadikan semula nilai-nilai murni itu untuk menggantikan sikap yang mungkin membawa perpecahan. Al-Quran juga mengingatkan kita supaya jangan mencemuh dan merendahrendahkan sesuatu puak atau kumpulan oleh kerana puak atau kumpulan yang dicemuh itu mungkin lebih baik daripada kita. Seterusnya Al-Quran dalam ayat II, Surah Al-Hujurat, juga melarang sebahagian daripada kita menyatakan perkaraperkara yang menjadi keapian atau yang memalukan orang lain. Bahkan kita umat Islam yang beriman juga dilarang panggil-memanggil seseorang dengan gelaran yang buruk, terutama sesama orang Islam. Al-Quran mengingatkan kita bahawa amatlah buruknya sebutan nama fasik kepada seseorang bagi seseorang yang beriman. Perbuatan itu dianggap sebagai perbuatan zalim sekiranya kita tidak bertaubat. Di samping itu, di hari mulia inilah kita harus menjauhkan diri daripada mempunyai sangkaan-sangkaan buruk. Apabila kita mempunyai sangkaan atau anggapan buruk terhadap seseorang atau sesuatu kumpulaan itu, selalunya kita akan mengumpat dan menghamburkan kata-kata yang kesat dan menghasut. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam ayat 12, Surah Al-Hujurat, yang bermaksud: "Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari 584

sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keapian orang; janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?" Sebaliknya di bulan yang mulia inilah kita harus memupuk nilai-nilai yang boleh memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan. Apatah lagi nilai-nilai ini akan menebalkan lagi keimanan kita kepada Allah Subhanahu Wataala. Dengan perpaduan kita akan terus maju bagi kepentingan agama, masyarakat dan negara. Marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Hahi atas pengurniaan perpaduan, kesejahteraan dan keamanan yang kita nikmati di negara ini. Dengan perasaan kesyukuran kita juga memohon ke hadrat Ilahi supaya ini akan berkekalan, supaya kita semua dapat meningkatkan kemajuan dalam bidang agama, masyarakat dan negara. Hanya mereka yang bersyukur sahaja, hanya mereka yang dapat menghargai pemberian Ilahi yang berbagai-bagai bentuk itu akan dikurniakan nikmat-nikmat yang berlebihan lagi. Inilah janji Allah Subhanahu Wataala. Seharusnya kita bersyukur dengan pencapaian di dalam usaha kita meluaskan syiar Islam. Di samping kita bersyukur, kita harus juga berusaha dan berikhtiar untuk menjaga kepentingan umat Islam dan negara pada masa hadapan. Semoga Allah Subhanahu Wataala akan sentiasa memberi petunjukNya kepada kita semua. Pasukan-pasukan keselamatan kita meneruskan tugas-tugas mereka walaupun pada Hari Raya. Kita tidak boleh melupakaan anggota-anggota pasukan keselamatan kita dan pengorbanan yang mereka lakukan. Kita mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan Selamat Berhari Raya kepada mereka di mana juga mereka berada. Kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala melindungi mereka semasa menjalankan tugas-tugas mereka. Kepada saudara-saudari kaum Muslimin, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga kita semua mendapat hidayat Allah Subhanahu Wataala. Kepada saudara-saudari yang bukan Islam, rayakanlah hari yang bahagia ini bersama-sama dengan rakan-rakan Islam anda. Akhir kata, saya serta keluarga saya memohon maaf, zahir dan batin, di atas apa juga kesilapan yang mungkin telah kami lakukan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

585

UCAPAN TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA KEPADA D.Y.M.M. S.P.B. YANG DI-PERTUAN AGONG OLEH PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BLN MOHAMAD SEMPENA MAJLIS MENGADAP DAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG-BINTANG SERTA PINGAT-PINGAT DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR 11HB. JUN, 1987

B

agi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat serta diri patik sendiri, patik mohon menyembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sempena Majlis Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat-pingat pada hari ini.

Sempena hari yang berbahagia ini, patik sekalian berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga dilanjutkan usia serta dilimpahkan rahmat dan hidayahNya kepada Duli Tuanku serta Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Demikian juga, patik sekalian berdoa semoga Tuanku berdua sentiasa di dalam kandungan sihat walafiat, serta memerintah dan memegang teraju tertinggi pemerintahan negara Malaysia, dengan bertambah daulat dan kemuliaan. Ekonomi negara yang menunjukkan tanda-tanda pemulihan akhir tahun lalu terus berkembang tahun ini. Permintaan ke atas barangan eksport negara telah bertambah dan harga beberapa barang komoditi telah meningkat ke paras yang menggalakkan. Harga minyak petroleum semakin stabil, harga minyak sawit telah meningkat dan begitu juga dengan harga bijih timah. Patik yakin proses pemulihan ekonomi negara ini akan berterusan walaupun secara perlahan-lahan, insyaAllah. Di samping itu, kawalan ke atas import dan kawalan kewangan yang ketat oleh Kerajaan semenjak beberapa tahun yang lalu telah menampakkan hasil yang menggalakkan. Salah satu contoh kejayaan kawalan itu ialah berkurangnya jumlah import, sementara defisit akaun tak ketara atau 'invisible account' bertambah baik. Kejayaan langkah-langkah ini dibayangkan juga melalui meningkatnya rizab antarabangsa atau 'external reserves' negara kita. Pada keseluruhannya Kerajaan yakin ekonomi negara akan terus berkembang tahun ini. Kerajaan memerlukan inisiatif yang lebih lagi daripada sektor swasta bagi meningkatkan pelaburan dan pengeluaran barangan eksport. Dengan wujudnya beberapa insentif oleh Kerajaan bagi para pelabur dan pengilang sejak dua tahun lalu, penyertaan swasta boleh ditingkatkan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. 586

Mengenai perpaduan pula, alhamdullillah, kita bersyukur dengan tahap perpaduan yang telah kita capai setakat ini. Namun demikian Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi perpaduan rakyat supaya terbina satu negara teguh lagi makmur. Insya-Allah, cita-cita Kerajaan akan dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wataala. Patik, bersama-sama dengan menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan sekalian kakitangan Kerajaan akan terus menumpukan usaha dan tenaga untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawab patik sekalian dengan penuh semangat dan tekad bagi menjamin kemakmuran, keselamatan dan kebahagiaan rakyat dan negara Malaysia. Pada hari yang berbahagia dan penuh istiadat ini, bagi pihak diri patik, Kerajaan dan seluruh rakyat, patik dengan segala hormat dan takzimnya mohon menyembah ikrar taat-setia yang tidak berbelah bahagi kepada Duli Tuanku.

587

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN PAMERAN 'DUNIAKU' DI MUZIUM NEGARA, KUALA LUMPUR 9HB. JULAI, 1987

S

aya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara serta Muzium Negara kerana berjaya menganjurkan Pameran ini. Saya berpendapat memang kena dan tepat masanya perhatian diberikan terhadap pembangunan kanak-kanak di negara kita ini.

Pameran ini adalah lebih bermakna bersempena dengan pengesahan 'Hari Ke-5 Billion' Bangsa-Bangsa Bersatu pada llhb. Julai ini. Walaupun 'Day of Five Billion' ini adalah satu hari yang bermakna dari perspektif pertumbuhan kependudukan, tetapi ianya juga mempunyai erti yang besar bagi kita, kerana lebih kurang setengah daripada jumlah 5 billion itu adalah terdiri daripada kanak-kanak yang berumur bawah daripada 15 tahun. Oleh itu wajarlah kita semua memikir semula nasib masa depan kanak-kanak, bekerjasama dan menggembleng tenaga kita untuk membangun satu negara yang sihat dan kukuh melalui pembangunan manusia, khususnya kanak-kanak pada hari ini. Saya difahamkan Pameran ini akan memberi tumpuan terhadap penyebaran penerangan mengenai potensi membangunkan atau 'develop' kanak-kanak, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan akhlak, sikap dan tahap intelek kanak-kanak dan sebagainya. Faktor-faktor ini meliputi peranan ibubapa, pendidik, para profesional dan seluruh masyarakat. Masih ramai belum mengetahui mengenai dunia kanak-kanak. Kita belum lagi mengetahui dengan sepenuhnya apakah kaedah yang sesuai bagi kita mendapat hasil yang optimum di dalam membentuk kanak-kanak. Kita juga kurang arif tentang akibat persekitaran terhadap pembentukan akhlak dan emosi seseorang kanak-kanak itu. Pengetahuan kita terhadap bagaimana seseorang kanak-kanak itu berkembang adalah mustahak di dalam menghindarkan tingkah laku yang tidak baik, dan kita patut memperkenalkan kaedah-kaedah yang efektif. Oleh itu, kita perlu menumpu dan meneruskan lagi usaha di dalam memperkukuh dan memperkembangkan ilmu pengetahuan kita dalam bidang kanak-kanak. Kebudayaan dunia kini sudah banyak berubah. Anak-anak terdedah kepada berbagai-bagai pengaruh, sama ada media massa, TV, wayang gambar dan berbagai lagi di persekitarannya. Dari kecil lagi kanak-kanak kini telah dapat menikmati permainan melalui komputer. Dari televisyen pula berbagai-bagai perkara seperti cerita588

cerita dan kejadian-kejadian yang buruk seperti keganasan, jenayah, nilai-nilai hidup yang asing dan kadangkala buruk akan dilihat dan sudah tentu sedikit sebanyak akan mencorakkan akhlaknya. Kanak-kanak sekarang terdedah kepada bermacam-macam pengaruh. Ibubapa pula ada kalanya tersinggung dan kurang yakin akan peranan mereka sebagai pendidik anak. Sebaliknya ibubapa mempunyai potensi pengaruh yang besar ke atas anak mereka. Jika potensi ini diguna dengan baik, terutama di masa anak mereka kecil lagi, nilai-nilai baik akan meresap menjadi sebahagian daripada peribadi anak, yang tidak mudah diubah dengan pendedahan kepada pengaruh lain di masa membesar. Kegagalan ibubapa menggunakan peluang didikan awal ini akan memudahkan penerapan nilai-nilai yang tidak diingini yang terdapat dalam masyarakat dunia moden ini. Berbagai-bagai cara memberi galakan kepada kanak-kanak telah disarankan dan ibubapa memerlukan panduan-panduan tentang cara-cara ini dengan mudah dan praktikal. Ibubapa tidak lagi boleh percaya bahawa setiap orang dari mereka sudahpun dikurniakan kebolehan untuk mendidik anak dengan jayanya. Sudah tiba masanya bagi kita mempelajari sedikit sebanyak akan isi kandungan dan cara mendidik anak di rumah. Tahap kesihatan kanak-kanak kita sudah lebih baik daripada dahulu. Jika dahulu ramai kanak-kanak yang mati akibat penyakit-penyakit berjangkit, tetapi kini kesihatan kanak-kanak tidak begitu terancam. Oleh itu ibubapa berpeluang menumpukan lebih banyak masa kepada pembentukan peribadi yang mulia. Kanak-kanak yang cacat juga memerlukan bantuan-bantuan untuk memaksimumkan potensinya. Di sini masyarakat dan ahli-ahli profesional tertentu boleh memainkan peranan yang besar bagi mengeratkan dan memperbaiki hubungan semulajadi di antara ibubapa dan kanak-kanak, serta menggalakkan keluarga supayamengambil tanggungjawab yang lebih di atas penjagaan anak mereka. Anak-anak merupakan aset negara. Ibubapalah yang menjadi model yang ulung kepada anak mereka. Ibubapalah juga yang boleh mengawasi supaya pengalamanpengalaman yang dialami oleh anak-anak mereka merupakan pengalaman yang membina akhlak dan meneguhkan imannya. Ahli-ahli psikologi kanak-kanak bersetuju bahawa seseorang kanak-kanak itu melalui peringkat perkembangan yang tertentu dan melalui berbagai krisis yang datang daripada kehendak-kehendak ibubapa dan masyarakat. Kegagalannya dalam melalui peringkat-peringkat ini akan menjejaskan dan seterusnya mendatangkan kegagalan ataupun kebingungan kepada seseorang kanak-kanak itu di dalam masyarakat. Oleh itu, penjagaan yang bermutu dan perlindungan semasa di peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah sangat mustahak. Kita sedar bahawa usaha ke arah membangunkan kanak-kanak ini adalah satu usaha bersepadu. Maka adalah amat mustahak usaha 'multi-sectoral' atau pendekatan 589

berbagai sektor dan berbagai disiplin ini diwujud atau diperkukuhkan bagi menentukan kebajikan kanak-kanak. Kita perlu menumpukan usaha terhadap memupuk dan membangun kanak-kanak dengan nilai-nilai yang positif. Sementara ibubapa memainkan peranan utama dalam pembentukan peribadi generasi akan datang, pihak lain ddak pula boleh melepaskan tanggungjawab mereka. Di antara yang dekat dengan kanak-kanak ialah guru-guru. Setelah kanak-kanak ke sekolah, pengaruh guru ditokok kepada pengaruh ibu bapa. Bahawa guru bukan sahaja menyemai ilmu tetapi menjadi contoh dan teladan kepada kanak-kanak yang menjadi murid mereka adalah satu kenyataan. Ramai kanak-kanak mendewa-dewakan guru-guru tertentu. Ini memberi peluang kepada guru berkenaan menolong membina segala nilai yang mulia dalam hati kanakkanak. Masyarakat akan kecewa jika guru bersikap tidak bertanggungjawab selain daripada menyemai ilmu. Latihan rohani dalam bilik darjah dan di padang permainan tidak kurang pentingnya berbanding dengan penyampaian berbagai ilmu pengetahuan . Akhirnya masyarakat keseluruhannya mempunyai tanggungjawab dalam mendidik anak-anak dan menentukan nilai hidup mereka. Masyarakat yang kasar, tidak berakhlak, malas dan sebagainya tidak mungkin melahirkan generasi muda yang bersopan, mulia dan rajin. Justeru itu, jika sesuatu masyarakat itu ingin melihat anakanak mereka dibesarkan dan menjadi insan yang mulia, unsur-unsur negatif seperti ini hendaklah terlebih dahulu dihindar dan diketepikan. Hanya dengan menyeru supaya ibubapa dan guru membentuk peribadi yang baik di kalangan anak-anak tidak akan membawa kesan yang kita harapkan. Kalau pada hari ini kita perhatikan terdapat masyarakat yang mudah berjaya dan sebaliknya terdapat juga masyarakat yang selalu gagal, kejayaan dan kegagalan tersebut adalah bergantung kepada nilai hidup yang diamalkan oleh masyarakat berkenaan. Oleh itu amatlah penting masyarakat yang ingin melihat anak-anak dan generasi baru yang baik mengamalkan sendiri segala amalan yang baik yang boleh membawa kejayaan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara serta Muzium Negara kerana menjemput saya ke majlis pembukaan ini. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Pameran 'Duniaku' ini.

590

UCAPAN P E R D A N A MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR B I N MOHAMAD DI UPACARA P E N U T U P PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN, PERSATUAN B U L A N SABIT M E R A H MALAYSIA, KUALA L U M P U R 15HB. OGOS, 1987

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia kerana memberi kesempatan kepada saya merasmikan upacara penutup Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat Kebangsaan Persatuan ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bulan Sabit Merah kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan ini buat kali yang kesepuluhnya.

Selama dua hari berturut-turut ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dari seluruh negara berada di Kuala Lumpur untuk bertanding, menunjukkan kecekapan dan keistimewaan masing-masing di dalam bidang pertolongan cemas. Sudah menjadi kebiasaan dalam setiap pertandingan iaitu akan ada yang menang dan yang kalah. Kepada yang berjaya saya ucapkan tahniah dan berharap mereka akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi mereka. Kepada yang lain pula saya berharap mereka akan lebih berusaha di masa-masa akan datang. Sebagai sebuah pertubuhan sukarela yang dinamis, sumbangan Persatuan Bulan Sabit Merah kepada masyarakat tidak dapat disangkal lagi. Kegiatan-kegiatan persatuan ini seperti pertolongan kepada mangsa-mangsa banjir, kebakaran dan tanah runtuh, pertolongan cemas perubatan, kegiatan menderma darah, dan perkhidmatan ambulans kecemasan 24 jam, sememangnya telah diketahui umum. Usaha-usaha seumpama ini telah menjadikan Persatuan Bulan Sabit Merah salah sebuah pertubuhan sukarela yang cergas dan disanjungi. Sepertimana yang kita sedia maklum belia-belia kita juga memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Oleh itu adalah wajar mereka diperlengkapkan dengan berbagai-bagai latihan dan kemahiran yang bermanfaat bagi membolehkan mereka berbakti kepada masyarakat dan negara. Saya percaya penglibatan belia dalam Persatuan Bulan Sabit Merah ini adalah kena pada tempatnya dalam menguatkan disiplin diri di samping memperlengkapkan diri dengan segala kemahiran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu. Kini, satu lagi masalah sosial iaitu penyalahgunaan dadah kian mengancam kehidupan seharian kita, bahkan ianya juga merupakan masalah yang dihadapi di merata dunia. Bahaya ancaman dadah bukan sahaja menjadi masalah kepada Malaysia tetapi juga kepada seluruh dunia. Kalau dahulu langkah kita mengambil tindakan keras dan tegas terhadap pengedar-pengedar dadah menerima kritikan, tetapi hari ini, 591

alhamdulillah, kita telah dapat menyedarkan masyarakat antarabangsa akan betapa perlunya tindakan sedemikian. Mereka juga semakin bersependapat dengan kita bahawa tindakan dan hukuman yang kita kenakan kepada pengedar-pengedar dadah bukanlah suatu tindakan yang kejam tetapi sebaliknya adalah wajar dan ianya adalah semata-mata untuk memastikan supaya masyarakat diselamatkan daripada bahaya dadah. Semenjak Kerajaan melancarkan kempen anti-dadah pada tahun 1983, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah tampil ke hadapan untuk bersama-sama dalam program membanteras penyalahgunaan dadah. Penglibatan persatuan ini dengan menubuhkan pasukan petugas khususnya untuk membantu Kerajaan dan P E M A D A M adalah dihargai. Saya berharap semua pihak, sama ada pertubuhan-pertubuhan sukarela, ibubapa, guru-guru, jabatan Kerajaan dan swasta, akan meningkatkan sumbangan dan usaha masing-masing untuk membanteras masalah penyalahgunaan dadah ini. Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bulan Sabit Merah kerana khidmat mereka kepada masyarakat. Saya berharap khidmat bakti persatuan ini dapat ditingkatkan lagi demi kebaikan kita bersama. Dengan ini, saya dengan sukacitanya menutup Acara Pertandingan Pertolongan Cemas Peringkat Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dengan rasminya.

592

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD KEPADA MURID-MURID/PELAJAR-PELAJAR SEMPENA MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 17HB. OGOS, 1987

H

ari ini kita akan memperingati kembali pengorbanan dan jasa-jasa para pejuang negara yang terdiri daripada anggota-anggota keselamatan negara dan orang-orang awam dalam mempertahan keutuhan, kedaulatan serta maruah bangsa dan negara.

Hari ini adalah hari bagi kita mensyukuri dan mengenang jasa-jasa suci mereka di dalam mempertahankan tanahair tercinta daripada dikuasai oleh berbagai musuh; hari bagi kita untuk mengingat kembali sejarah perjuangan mereka, dan serentak dengan itu mengambil iktibar dan teladan daripada contoh-contoh perjuangan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka dalam membantu Kerajaan membina sebuah negara yang kita warisi, iaitu negara yang bermaruah dan merdeka. Semoga dengan sambutan hari yang bersejarah ini, ianya dapat memupuk dan menanamkan semangat dan maruah bangsa dan negara yang perlu kita tebalkan setiap hari. Semangat patriotisme ini adalah merupakan syarat utama bagi mengekalkan kemerdekaan dan meningkatkan kejayaan sebuah bangsa dan negara. Tidak akan ada orang lain yang akan mempertahankan hak dan kebebasan kita melainkan kita sendiri. Kita sering memikir bahawa segala-gala yang terdapat dalam negara kita akan diwarisi oleh generasi muda pada satu hari kelak. Segala kekayaan, segala tempat dan jawatan, kepimpinan dan lain lagi akan diserah kepada generasi muda akhirnya. Tetapi tanggungjawab yang akan dipikul perlu kepada persiapan dan persediaan jika segalagala yang telah ditebus, dipupuk dan dibina hendak dikekalkan dan dibangunkan. Sejarah memperlihatkan bagaimana negara-negara yang telah dibangunkan dengan jayanya telah hancur dan luput setelah diwarisi oleh generasi yang tidak bersedia dan bertanggungjawab. Sebaliknya ada negara yang lemah yang telah dibangunkan semula oleh generasi yang beramanah dan setia. Perjuangan bukanlah semata-mata bermakna kita bertempur di medan perang, tetapi ianya merangkumi berbagai aspek yang lebih luas. Ianya tidak sahaja terletak kepada tanggungjawab para anggota pasukan keselamatan, tetapi ianya menuntut penglibatan seluruh rakyat. Oleh itu kita harus sematkan semangat berjuang di kalangan kita supaya apa yang akan diwarisi bukan sahaja akan dipertahankan, tetapi akan dibangun ke tahap yang lebih tinggi dan mulia. Semua pihak adalah terlibat, tanpa mengira kaum atau agama dalam memainkan peranan ini. Oleh itu amatlah penting persefahaman dan perpaduan dicapai di masa muda lagi. Tanpa persefahaman dan perpaduan, ketahanan nasional akan terancam dengan polarisasi kaum. Di sinilah kita perlukan semangat perpaduan nasional, yang meru593

pakan salah satu faktor terpenting di dalam menjamin keselamatan negara. Di peringkat sekolah beginilah kita mengharapkan agar perasaan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan semangat cintakan negara dapat dipupuk. Dalam hal ini, pendidik-pendidik juga perlulah menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab bagi mempastikan ciri-ciri sentimen perkauman tidak berlarutan di sekolah-sekolah. Kita harus ingat, bahawa anasir-anasir jahat tidak akan bosan dan putus asa dalam meracuni pemikiran anak-anak dengan perkara-perkara yang boleh menggugat keutuhan perpaduan negara. Pelajar-pelajar harus belajar dengan bersungguh-sungguh, supaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam bidang pelajaran, berjaya meneguhkan keimanan, mengelakkan diri daripada terperangkap dan terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan najis dadah, menjauhkan diri daripada terpengaruh dengan budaya-budaya liar, dan menanamkan perasaan ingin maju dan mahu mencapai kecemerlangan dalam semua usaha kita. Ini sudah tentu akan membantu menjayakan sistem pertahanan menyeluruh, kerana dengan berbuat demikian, pelajar-pelajar sekalian akan menjadi generasi yang kukuh, padu dan bersemangat waja. Generasi beginilah yang akan menjadi benteng pertahanan yang sukar untuk ditembusi. Musuh negara menjelma dengan bermacam bentuk. Pengganas komunis adalah hanya satu sahaja daripada musuh ini. Kita telah berjaya membanteras komunis. Tetapi musuh-musuh lain menyerang masyarakat kita di masa yang sama. Di peringkat ini, dadah misalnya telah merupakan senjata yang paling penting, berkesan dan merbahaya yang digunakan oleh golongan-golongan jahat, bertujuan untuk melemahkan ketahanan negara. Ribuan rakyat, khususnya generasi muda, seperti pelajar-pelajar sekalian, telah terperangkap dengan kegiatan penyalahgunaan najis dadah. Setelah dilanda oleh penagihan dadah anak-anak muda bukan sahaja menjadi lemah dan tidak bermaya, tetapi mereka menjadi beban kepada diri mereka, kepada keluarga mereka, kepada masyarakat dan negara. Mereka sanggup melakukan jenayah untuk mendapat wang bagi membeli najis dadah. Mereka boleh diperalatkan oleh penjenayah dan musuh-musuh negara. Penangkapan dan pemulihan mereka menghabiskan wang Kerajaan yang lebih berhasil jika digunakan untuk pembangunan negara dan rakyat. Sekali menjadi penagih, pemulihan bukan sahaja memakan belanja yang besar, tetapi kerapkali tidak kekal. Oleh itu anak muda hendaklah jangan cuba dan jangan mula. Untuk menjadi sebuah negara dan bangsa yang kuat, kita juga perlu memperkukuhkan daya saing atau "competitiveness" di semua bidang, sama ada di bidang politik, sosial, apatah lagi bidang ekonomi. Penjajahan di zaman moden ini tidak sahaja melibatkan penaklukan kawasan, tetapi juga ianya boleh bersifat penjajahan mental, kebudayaan mahupun ekonomi. Penjajahan yang digelar "Neo colonialism" ini tidak kurang bahayanya. Ia juga menjatuhkan maruah bangsa dan menghinakan kita. Justeru itu kita harus lebih produktif di mana juga kita bekerja, walaupun dalam 594

perusahaan milik asing. Dengan ini mereka akan menghargai dan bergantung kepada khidmat kita, dan tidak dapat mengancam kita tanpa mereka mengalami kerugian. Malaysia adalah negara kita. Di Malaysia kita bebas, kita merdeka, kita tidak diperintah dan dijajah oleh bangsa asing. Kita tidak seperti orang Kampuchea, orang Afghanistan, orang kulit hitam di Afrika Selatan dan lain-lain bangsa lagi yang diperintah oleh orang asing yang menghinakan mereka. Oleh itu hendaklah kita hargai kemerdekaan kita dan kita patut rela berkorban apa sahaja untuk mempertahankan negara yang tercinta ini. Kita harus hitungkan nikmat yang kita nikmati dan jangan menidakkan segala kejayaan yang telah kita capai. Hari Pahlawan adalah hari kita memperingati diri kita berkenaan dengan jasa pahlawan-pahlawan sejak dahulu sehingga sekarang. Perjuangan untuk kemerdekaan kita bermula di Pasir Salak dengan pembunuhan Birch oleh Datuk Maharajalela, diikuti dengan Dato Bahaman, Tok Janggut, Mat Salleh, Rosli Dobi, Mat Kilau dan lain-lain. Kemudian ia diteruskan dengan korban Askar Melayu di Singapura dan seterusnya dengan wira-wira dari Pasukan Keselamatan yang sehingga sekarang masih berjuang dan berkorban. Ingatkanlah mereka. Ingatkanlah akan pengorbanan mereka. Jangan kita siasiakan khidmat dan pengorbanan mereka dengan tidak menghargai kebebasan yang kita warisi. Dan tanamlah semangat yang sejajar dengan pengorbanan mereka supaya kita kekal sebagai bangsa yang mulia, bermaruah dan merdeka.

595

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1408 DI PUSAT ISLAM, KUALA LUMPUR 26HB. OGOS, 1987

A

lhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan rahmatnya dapatlah kita bersama-sama menyambut Maal Hijrah bagi tahun 1408 Hijrah ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput saya ke Majlis Sambutan Maal Hijrah ini.

Hijrah atau perpindahan Rasulullah s. a. w. dari Mekah ke Madinah merupakan satu titik sejarah yang amat besar ertinya ke atas perkembangan Islam dan juga kekuatan umatnya. Pentingnya Hijrah itu tidak dapat kita nafikan kerana ia adalah satu Sunah Nabi yang memberi pedoman terhadap sikap dan gerak-geri kita. Antaranya, dengan hijrahlah kedudukan umat Islam telah berubah. Kalaulah sebelum Hijrah mereka telah dihina, diseksa dan dihalang daripada melakukan tuntutan agama, maka setelah berhijrah Rasulullah s. a. w. dan umat Islam tidak lagi menerima penghinaan dan penyeksaan. Sokongan kaum Muslimin di Madinah, serta terlepasnya daripada cengkaman golongan Musyrikin Mekah, telah berjaya membebaskan umat Islam daripada belenggu penindasan dan penghinaan. Selain daripada itu Hijrah juga telah mengubah keadaan kesempitan hidup yang dialami oleh umat Islam dalam bidang ekonomi. Di Madinah khususnya, orang-orang Islam berpeluang dan berjaya membangunkan ekonomi mereka. Hijrah juga menjadikan kumpulan Muslimin yang kecil bilangannya di Mekah dahulu bertambah besar dan kuat sehingga terbentuknya sebuah negara Islam di Madinah. Negara Islam yang baru muncul itu kemudian telah berkembang maju dan kuat sehingga dapat menandingi pemerintahan-pemerintahan lain di sekitarnya. Kepimpinan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s. a. w. sebagai ketua negara Islam Madinah yang kemudianya diteruskan oleh sahabat-sahabatnya yang jujur dan ikhlas telah berjaya memperluaskan negara Islam sehingga ke Eropah dan A s i a . Hijrah Rasulullah s. a. w. dari Mekah ke Madinah juga memberi pengajaran yang penting kepada umat Islam. Untuk memastikan perkembangan agama Islam, Baginda sanggup berundur dahulu dan merintis jalan yang lain yang lebih selamat. Demikian juga dengan kita umat Islam di zaman kemelesetan ini. Jika kita lemah kita harus mencari jalan untuk menguatkan diri sebelum kita menghadapi sesuatu cabaran. Berundur sementara waktu tidak bermakna kegagalan. Ianya satu strategi sahaja. Kita tidak

596

harus angkuh dengan taraf kita sehingga kita tidak sanggup membuat sesuatu yang dianggap rendah atau menghinakan, walhal perbuatan itu boleh menolong kita apabila keadaan berubah. Sebenarnya, apabila kita mengakui dan menerima hakikat itu dan kita menyesuaikan langkah-langkah kita dengan hakikat tersebut demi kejayaan jangka panjang, kita melakukan hijrah yang semangatnya tidak berbeza dengan Hijrah junjungan kita, Nabi Muhammad s. a. w. Sesuai dengan perjuangan Rasulullah s. a. w. yang membetul dan memperkuatkan akidah, memperbaiki dan meningkatkan ekonomi, memaju dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta membentuk dan memelihara Kerajaan Islam, maka Kerajaan Malaysia sekarang ini juga berusaha ke arah itu. Jika Kerajaan menyeru dan mengamalkan amalan berjimat-cermat, sebabnya ialah kerana Kerajaan menerima hakikat kemelesetan dan perlunya kita mengubah strategi untuk kejayaan di masa depan. Kita mengundur setapak ke belakang untuk melangkah dua tapak ke hadapan. Kita berhijrah. Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa Hijrah ini ertinya berpindah, maka kita umat Islam hendaklah berpindah atau mengubah sikap yang kurang baik dan tidak menguntungkan kepada sifat yang lebih berfaedah, walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai cabaran. Nasib umat Islam tidak akan berubah jika kita sendiri tidak mahu mengubahkannya. Sikap manja, kurang berusaha, mengharap belas kasihan orang adalah sifat-sifat hina yang tidak disukai oleh Islam dan bertentangan dengan semangat Hijrah ini. Hijrah boleh juga kita ertikan sebagai 'keluar' daripada sesuatu atau keadaan yang buruk atau tertekan kepada keadaan yang lebih selesa dan terjamin. Umat Islam mestilah mengutamakan unsur ikhtiar dalam hidup kita setiap hari oleh kerana penghijrahan Rasulullah s. a. w. dari Mekah ke Madinah adalah merupakan satu ikhtiar. Umat Islam dilarang menyerah segala-galanya ke hadrat Ilahi, sebaliknya kita mesti berikhtiar bagi menjayakan apa juga projek atau aktiviti. Kita tidak seharusnya menyalahkan takdir jika kita gagal, kerana jika kita berikhtiar dan mencapai kejayaan, itu juga takdir. Hari ini kedudukan pengangguran memang lebih tinggi peratusnya daripada satu dekad yang lalu. Di samping itu keluasan tanah yang terbiar juga meningkat dari masa-masa yang lalu. Di sini ikhtiar kita ialah mengambil langkah bagi mengurangkan kedua-dua gejala pengangguran dan tanah-tanah terbiar ini. Selaras dengan semangat Hijrah ini, anak-anak muda yang menganggur haruslah bersedia mengerjakan tanahtanah terbiar ini dengan aktiviti-aktiviti pertanian dan juga industri kecil. Kita hendaklah juga berikhtiar menggunakan ilmu pengetahuan untuk memperkenalkan apa-apa pembaharuan, walaupun secara kecil-kecilan, bagi memudahkan kita menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian atau industri kecil di luar bandar. Peristiwa Hijrah juga mengajar kita supaya bersedia menghadapi sebarang cabaran atau kemungkinan, dan dengan itu berusaha supaya kemungkinan sesuatu peristiwa buruk tidak berlaku. Sebelum Hijrah, Rasulullah s. a. w. telah merapatkan perhubungan dengan pembesar-pembesar Madinah dan sudah terdapat perjanjian dan 597

sumpah setia orang Madinah kepada Baginda. Apabila di Madinah, penganut Islam telah menghadapi kemungkinan-kemungkinan buruk dan tentangan-tentangan seperti itu. Apa yang telah saya sebutkan adalah sebahagian sahaja daripada pelajaran yang boleh diperolehi daripada satu perisdwa yang amat penting dalam sejarah perkembangan Islam. Jika bahagian yang kecil ini sahaja memberi panduan kepada kehidupan umat Islam, ini sudah boleh menjamin kebahagiaan yang besar bagi kita. Dalam sambutan Maal Hijrah yang akan diadakan pada tiap-tiap tahun, kita mungkin dapat memperolehi lain-lain pelajaran daripada peristiwa hijrah. Tidak syak lagi bahawa sedikit demi sedikit sambutan Maal Hijrah akan menjadi satu daripada cara bagi mengembangkan ajaran dan nilai hidup umat Islam yang boleh menambahkan kebahagiaan kita. Oleh itu, kita rayakanlah Maal Hijrah dengan penuh kesedaran dan kefahaman akan pentingnya peristiwa yang berkat ini. Sempena sambutan peristiwa Hijrah yang bersejarah ini, marilah kita bersamasama memperkuatkan perpaduan dan mengemblengkan tenaga menjalankan kewajipan. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat A l l a h Subhanahu Wataala semoga perjuangan kita akan sentiasa diberkati dan dilindungiNya.

598

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM DAN PELANCARAN BUKU DAFIAR HARI MERDEKA 1986, KUALA LUMPUR 29HB. OGOS, 1987

S

aya mengucapkan terima kasih kerana telah diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata pada Malam Pelancaran Buku Daftar Hari Merdeka 1986

ini.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawantankuasa Pusat Perayaan Hari Kebangsaan dan Jawatankuasa Buku Daftar Hari Merdeka yang telah berjaya menerbitkan buku ini buat kali keduanya. Saya yakin buku ini penting dari segi nilai sejarah. Ia dapat dijadikan bahan rujukan yang amat berguna kepada generasi muda untuk memahami aspek sejarah, ekonomi, sosial dan kebudayaan penduduk negara ini. Bagi para pelancong pula, ia dapat memberi gambaran sepintas lalu tentang suasana dan cara kehidupan di negara ini. Saya berharap buku ini, yang merakamkan peristiwa-peristiwa sejak negara ini mula mencapai kemerdekaan dan rakaman-rakaman sambutan Perayaan Hari Kebangsaan pada tahun-tahun lepas, akan menarik minat kita semua, terutama anak-anak muda supaya semangat kemerdekaan negara sentiasa subur. Buku ini merekodkan nama-nama beberapa buah syarikat yang telah berjaya di dalam beberapa aspek pertandingan. Ini adalah merupakan pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada sektor swasta di atas sumbangan mereka di dalam perkembangan dan kemajuan negara. Penyertaan sektor swasta ini adalah selaras dengan konsep Persyarikatan Malaysia iaitu bertujuan mewujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan pembangunan negara yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Ianya juga menggambarkan semangat tinggi di kalangan semua peringkat rakyat negara ini dalam menegakkan maruah bangsa dan negara kita yang bertuah ini. Di upacara sambutan tahun lalu, saya perhatikan bahawa sambutan yang diberikan oleh pihak swasta dalam pertandingan yang telah diadakan amatlah menggalakkan meskipun ketika itu keadaan ekonomi negara kurang memuaskan. Pada masa sekarang keadaan ekonomi negara telah beransur pulih dan adalah diharapkan pertandingan seperti ini pada masa-masa akan datang lebih menggalakkan lagi. Saya mengucapkan tahniah kepada syarikat-syarikat yang telah berjaya di dalam pertandingan yang telah dijalankan. Setiap 31 Ogos kita menyambut Hari Kebangsaan. Kita merayakan Hari Kebangsaan pada setiap tahun bukanlah kerana kita terpaksa merayakannya, tetapi 599

ianya adalah satu cara untuk mengingatkan kita akan penjajahan negara dan bangsa kita selama kira-kira 400 tahun. Semangat dan keberanian para pejuang tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Semangat perjuangan mereka seharusnya terus hidup menyala dalam jiwa kita dan dalam jiwa generasi yang akan datang. Kepada kita, semangat itu menjadi azimat dalam usaha kita mengisi dan mencorakkan kemerdekaan ke arah yang kita cita-citakan. Justeru itu marilah kita memupuk semangat memperjuangkan maruah bangsa, negara dan agama. Salah satu cara untuk kita menebalkan semangat perjuangan ini ialah memperingati jasa-jasa para pemimpin yang telah berjuang dan berusaha gigih bagi memperjuangkan kemerdekaan negara daripada tangan penjajahan. Para pejuang kita itu bukan sahaja mereka yang menentang penjajahan berpuluh-puluh tahun sebelumnya, seperti Dato' Bahaman , Datuk Naning, Datuk Janggut, Rosli Dobi dan Mat Salleh. Tugas mereka dahulu telah selesai dan pada hari ini kita merasa bersyukur dan terhutang budi atas perjuangan mereka yang telah membolehkan kita mengecapi nikmat hidup di dalam sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Tanggungjawab dan perjuangan kita pada hari ini merupakan penerusan apa yang telah diperjuangkan dahulu iaitu memenuhi cita-cita rakyat untuk mencorakkan negara ini mengikut dasardasar yang telah ditentukan, dan mengekalkan kemerdekaan dan kemakmuran negara ini buat selama-lamanya serta mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi yang ada sekarang. Ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat yang sukar dilaksanakan sekiranya kita tidak cukup persediaan untuk menghadapi ujian dan cabaran yang mesti dihadapi atau tidak sanggup berkorban untuk kepentingan negara ini. Kejayaan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang tidak pernah patah semangat walaupun dalam keadaan serba kekurangan seharusnya menjadi teladan kepada kita khususnya anak-anak muda yang akan mewarisi kepimpinan negara kita kelak. Marilah kita menyambut Hari Kebangsaan 1987 ini dengan penuh kesedaran dan bersemangat wira untuk kemajuan negara. Dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan pelancaran 'Buku Daftar Hari Merdeka 1986' ini.

600

PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-30 OLEH PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 30HB. OGOS, 1987

A

lhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat kita sekali lagi bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan — Hari Kemerdekaan negara yang ke-30. Kita juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah dapat menyambut Hari Kebangsaan, tahun demi tahun, dalam keadaan aman dan sejahtera.

Pada tahun ini genaplah 30 tahun negara kita bebas daripada belenggu penjajah. Ianya sangat bermakna bagi mereka yang menghargai kebebasan — kebebasan daripada kehinaan oleh orang asing, kebebasan mentadbirkan negara sendiri, dan kebebasan menentukan hala kemajuan negara dan bangsa sendiri. Dalam tempoh tersebut kita telah dapat memajukan negara kita dalam semua bidang, termasuk ekonomi, pelajaran, kesihatan, pengangkutan, kemudahan-kemudahan awam, serta pertahanan dan ketenteraman awam. Dengan itu, tidaklah menjadi keangkuhan jika kita berbangga dengan kejayaan kita. Namun demikian marilah kita bersama-sama memastikan supaya kebanggaan itu tidak melalaikan kita, sebaliknya akan menebalkan semangat kita semua untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada masa hadapan. Di samping itu, kita harus bersyukur kerana kita semua dicucuri rahmat dan kebahagiaan yang berterusan. Perangkaan menunjukkan bahawa dua daripada tiga orang penduduk negara kita terdiri daripada generasi muda. Mengikut anggaran, kira-kira 68 peratus penduduk negara kita adalah di bawah umur 30 tahun. Mereka tidak mengenai pahitmaung penjajahan dan tidak menyaksikan perjuangan kemerdekaan. Walaupun Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia enam tahun kemudian, generasi belia di Negeri-negeri tersebut terlalu muda umur mereka pada masa itu untuk mengalami dan memahami akan kehinaan hidup dijajah. Dengan peredaran masa, penduduk negara kita yang telah mengalami hidup dijajah dahulu semakin berkurangan jumlahnya. Justeru itu semakin kurang mereka yang boleh membuat perbandingan dan menghargai hidup bebas daripada penjajahan bangsa asing. Masalahnya ialah jika kita tidak menghargai perjuangan dan pencapaian kemerdekaan, kita mungkin tidak menghargai dan mempertahankannya dan tidak pula akan berusaha untuk mengisi kemerdekaan dengan pembangunan yang memberi makna kepadanya. Kita akan menganggap kemerdekaan sebagai perkara biasa yang akan kita miliki untuk selama-lamanya. Malangnya kemerdekaan bukan suatu keadaan semulajadi dan penjajahan bukan sudah lesap sama sekali. Hakikatnya ialah 601

penjajahan jenis baru telah dicipta dan penjajahan ini telah berjaya menakluk semula negara dan bangsa yang telah mencapai kemerdekaan. Penjajahan yang dimaksudkan ialah penjajahan ekonomi, penjajahan ideologi dan penjajahan kebudayaan. Penjajahan ekonomi mudah sahaja dilakukan oleh kuasa-kuasa ekonomi dunia. Dengan cara manipulasi mereka boleh menjatuhkan harga barangan kita sehingga tidak ada keuntungan daripada hasil usaha kita. Di masa yang sama, mereka menentukan kos pengeluaran kita tidak dapat diturunkan dengan melakukan hasutan supaya daya pengeluaran kita tidak mungkin ditingkatkan. Demikianlah halusnya hasutan orang-orang asing ini sehingga ada di antara kita yang sanggup meminta supaya mereka menghalang pemulihan ekonomi negara kita. Apabila orang asing sudah boleh menentukan maju mundurnya ekonomi kita, maka terjajahlah negara kita - ataupun hilanglah kemerdekaan kita. Demikian juga dengan kebudayaan. Sementara kebudayaan sesuatu bangsa tidak dapat lagi mengelak daripada pengaruh kebudayaan dunia, ada yang menyerah kalah dengan mudah dan menerima kebudayaan asing. Di negara kita ini ada yang membelakangkan nilai hidup kita sendiri dan meniru dengan bulat-bulat kelakuan dan tingkahlaku bangsa lain. Dengan itu identiti bangsa kita tercemar dan jikalau perkara ini berleluasa mungkin identiti kita akan digantikan dengan identiti bangsa penjajah. Sekiranya luput nilai hidup kita, maka kita tidak berkuasa lagi ke atas diri kita sendiri. Dengan itu kita dijajah. Sebaliknya, kita tidak begitu mudah meniru aspek-aspek kebudayaan asing yang boleh menguntungkan kita. Dengan tercemarnya kebudayaan kita dengan aspek kebudayaan asing yang buruk dan penolakan nilai asing yang baik, maka kita bukan sahaja dijajah tetapi menjadi bangsa yang lemah yang tidak mungkin mempertahankan diri daripada apa juga pengaruh penjajah dalam bidang lain. Salah satu daripada nilai-nilai yang boleh mempertahankan kebebasan dan maruah kita ialah kesetiaan. Sebab itu tema perayaan Hari Kebangsaan tahun ini ialah "Setia Bersatu, Berusaha Maju'. Kesetiaan di sini bukan sahaja bermakna kesetiaan kepada negara, walaupun ini adalah puncak kepada kesetiaan kita. Kesetiaan juga bermakna kesetiaan kepada diri sendiri, kepada keluarga, kepada agama, bangsa dan kepada masyarakat. Apabila kita setia, kita bukan sahaja tidak akan mengkhianati objek kesetiaan kita, tetapi kita akan berusaha secara positif melindungi objek kesetiaan kita tadi. Umpamanya kesetiaan kepada diri sendiri bermakna kita bukan sahaja tidak akan mengkhianati diri dengan menceburkan diri dalam penagihan dadah, tetapi kita melengkapkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran yang boleh membawa manfaat kepada kita. Dengan itu kita akan hidup lebih bahagia dan mulia. Keluarga, masyarakat dan negara yang dipenuhi oleh individu yang bahagia dan mulia ini tidak dapat tidak akan menjadi bahagia dan mulia juga. Jika kesetiaan kita dipanjangkan kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara, tidak dapat tidak kita akan memperolehi kehidupan yang bahagia yang 602

terlindung daripada segala jenayah dan maksiat. Mungkin ini adalah harapan yang terlalu idealistik. Mungkin ini tidak dapat dicapai. Tetapi manusia yang bertamadun, yang berakal fikiran harus cuba untuk mencapai keadaan yang bersih daripada sebarang kecacatan walaupun kita tidak mungkin mencapainya kerana hanya Allah Subhanahu Wataala sahaja yang tidak cacat. Tidak berusaha ke arah ini bermakna kita tidak menghargai segala nikmat yang diberi oleh Tuhan. Dengan perkataan lain kita tidak setia. Sudah tentu kita tidak akan maju dan tidak akan mencapai kejayaan. Gejala yang dihadapi oleh negara berbilang kaum ialah perselisihan faham antara kaum. Kita dapat lihat bagaimana negara-negara diserang dengan rusuhan sehingga bukan sahaja keadaan politik menjadi tidak stabil tetapi ekonomi merosot dengan teruknya. Memandang kepada kemungkinan inilah yang Kerajaan begitu menekankan soal perpaduan. Kita mengakui bahawa perpaduan amatlah sukar dicapai. Tetapi, jika kita mempunyai satu puncak tumpuan kesetiaan, satu puncak yang terkecuali, yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dan kita rujukan kesetiaan kita kepadanya maka perselisihan antara kita akan kurang ketara. Dengan adanya sistem Raja Berperlembagaan kemungkinan ini wujud. Dalam semua ini kita perlu akan kesedaran dan usaha. Tidak ada sesuatu yang boleh dijayakan tanpa usaha. Lebih gigih usaha kita lebih tinggi kemajuan kita. Kita semua sedar dan Kerajaan juga sedar bahawa tema tahun ini "Setia Bersatu, Berusaha Maju' dengan sendirinya tidak akan menghasilkan apa-apa. Yang penting ialah amalan kita dan penghayatan kita akan panduan yang diberi oleh tema tersebut. Tiap-tiap slogan yang dicipta mempunyai niat yang baik dan dipercayai boleh menolong kita mencapai kehidupan yang lebih bahagia. Oleh itu terimalah slogan ini dan gunakannya sebagai panduan. Insya-Allah, kita akan berbahagia kerananya.

603

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMASA MERASMIKAN KONVENSYEN KEMISKINAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO KUALA LUMPUR 12HB. SEPTEMBER, 1987

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda U M N O Malaysia kerana menjemput saya ke Konvensyen Kemiskinan ini dan juga melancarkan Buku Panduan Bertindak Pergerakan ini. Adalah menjadi harapan saya semoga Konvensyen ini akan memberi manfaat kepada masyarakat serta membantu pihak Kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan iaitu kemiskinan mutlak, kemiskinan yang relatif yang tidak mungkin dihapuskan di negara ini.

Semasa saya membuat lawatan ke luar negeri beberapa tahun yang lalu, seorang juruhebah televisyen yang menemuramah saya telah bertanya apakah yang diusahakan oleh Malaysia bagi membasmi kemiskinan atau 'poverty' di kalangan rakyat Malaysia. Juruhebah tersebut mempunyai anggapan rakyat yang dikategorikan sebagai miskin di negara ini adalah papa-kedana, kebuluran dan tiada bertempat tinggal seperti gambaran kemiskinan yang digemari dan disebar luas oleh media massa Barat. Apabila mereka bertanya tentang kemiskinan di Malaysia maka terbayang dalam pandangan mereka orang yang tersadai di bawah jambatan atau di tepi jalan, kotor dan tidak berpakaian yang sempurna, meminta-minta sambil mendukung anak yang buncit perut. Sebenarnya, kemiskinan di Malaysia tidaklah di tahap itu. Tidak ada sesiapa yang merana kerana kebuluran di Malaysia. Ini kerana perasaan kejiranan yang kuat dan yang tidak sanggup melihat jirannya mati kebuluran. Namun demikian, kemiskinan memang wujud di Malaysia - iaitu kemiskinan secara relatif. Apa yang dibuat ialah kita menentukan tafsir dan takrif kemiskinan mengikut pandangan para perancang ekonomi iaitu sesiapa yang pendapatannya kurang daripada sekian banyak dianggap sebagai miskin. Benar, termasuk dalam golongan miskin orang yang tidak ada pendapatan langsung dan terpaksa meminta sedekah, tetapi bilangan mereka amatlah kecil. Yang lainnya adalah miskin secara relatif iaitu miskin jika dibandingkan dengan yang kaya. Sebenarnya, ramai daripada mereka yang ditakrifkan sebagai miskin di Malaysia, tidak akan termasuk dalam golongan orang yang miskin mengikut takrif kemiskinan di kebanyakan negaranegara yang terkenal dengan kemiskinannya. Apabila kita mengatakan bahawa masih terdapat rakyat negara ini yang di dalam lingkungan kemiskinan, ianya bermakna bahawa pendapatan 18% penduduk-penduduk kita ini adalah di bawah garis pendapatan yang dianggap oleh kita sebagai dalam 604

lingkungan kemiskinan. Golongan 18% ini tidaklah lapar sehingga membawa kepada maut atau tidak mendapat sebarang kemudahan asas seperti persekolahan, perubatan dan pengangkutan. Yang miskin di negara ini masih lagi boleh mengecap sedikit sebanyak kemudahan hidup yang asas, dan juga dapat mengecap sedikit sebanyak kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan. Bermula dari Rancangan Malaysia Kedua antara tahun 1971-1975 sehinggalah sekarang, konsep kemiskinan dan strategi-strategi untuk mengatasinya, telah sering dihalusi, diubahsuai dan diperbaiki dengan tujuan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat. Sepertimana yang kita maklum, kadar kemiskinan pada keseluruhannya telah menurun dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 18% dalam tahun 1984. Strategi-strategi membasmi kemiskinan telah lebih ditujukan ke kawasan luar bandar, yang mana kadar kemiskinan adalah lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Kerajaan telah mengabaikan sektor bandar. Kemiskinan di bandar juga diberi perhatian oleh Kerajaan. Semenjak kita melancarkan Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan sentiasa mengkaji kekesanan program-program pembasmian kemiskinan ini. Hasil daripada kajiankajian ini, pengubahsuaian corak dan strategi pembangunan telah dibuat dari masa ke masa. Walau bagaimanapun, ciri-ciri asas seperti peningkatan daya pengeluaran dan pendapatan, penceburan dalam sektor moden dan aktiviti-aktiviti yang lebih produktif dan menguntungkan, pewujudan peluang-peluang pekerjaan, serta penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan sosial untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat terus dikekalkan, walau apapun perubahan strategi yang berlaku. Jikalau dibandingkan peruntukan dan tindakan Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kadar kemiskinan di luar dan di dalam bandar, dengan peruntukan di negara-negara yang dikenali sebagai LDC's atau 'Least Developed Countries', jelas terbukti bahawa peruntukan dan tindakan Kerajaan kita amatlah tinggi dan tegas. Sebenarnya, jikalau negara yang miskin membelanjakan wang dan tenaga sebanyak yang kita belanjakan, kebanyakan daripada kemiskinan dapat dihapuskan. Di Malaysia, walaupun ada kejayaan tetapi masih ramai yang kekal dengan kemiskinan mereka. Apakah sebabnya yang tindakan dan usaha Kerajaan tidak begitu berhasil? Apakah kita hanya memerlukan tambahan peruntukan dan usaha untuk mencapai cita-cita kita? Atau apakah ada sesuatu yang tersalah dalam strategi kita? Untuk menjawab soalan-soalan ini kita harus menganalisa sebab-sebab kenapa ada kemiskinan dan kekayaan, kenapa ada bangsa yang miskin dan bangsa kaya, kenapa ada negara yang miskin dan kenapa ada negara yang kaya? Kita tahu ada negara yang kaya dengan sumber alam tetapi miskin, dan ada negara yang tidak ada sumber-sumber asli atau 'natural resources' tetapi kaya. Tanpa mengetahui sebabsebab kemiskinan berlaku, segala usaha untuk membasmi kemiskinan mutlak akan gagal. Kefahaman ini penting kerana tanpanya mungkin kita akan membuat syor-syor yang tidak berkesan dalam usaha kita membasmi kemiskinan 605

Kita semua telah mendengar cerita mengenai seorang peminta sedekah yang tidak diberi makan untuk menghilangkan kelaparannya tetapi sebaliknya diberikan kail untuk mengail ikan. Mungkin ada di negara kita yang memikirkan perbuatan ini tidak berperikemanusiaan. Tetapi kita tahu bahawa kail itu boleh menolong menghilangkan kelaparan si miskin lebih lama lagi daripada pemberian sedikit makanan untuk hari itu sahaja. Demikian juga jika pemberian bantuan sahaja difikirkan mencukupi untuk mengatasi masalah kemiskinan, maka kita tidak mungkin berjaya membasmi kemiskinan. Yang sepatutnya diusahakan ialah kita hapuskan sebab-sebab yang sebenarnya kemiskinan berlaku. Memberi wang dan bekalan secara langsung bukanlah caranya untuk menghapuskan kemiskinan. Tindakan ini adalah untuk pemulihan sementara sahaja. Kemiskinan akan berulang dan akan terus berlaku. Contoh yang terbaik mengenai cara membasmi kemiskinan ialah pemberian biasiswa. Kita tahu betapa ramai anak kepada keluarga miskin sekarang sudah berpindah dari bawah garis kemiskinan ke atas garis kemiskinan. Jika wang sebanyak nilai biasiswa itu diberi terus kepada keluarga miskin, mereka akan keluar daripada lingkungan kemiskinan bagi satu atau dua tahun sahaja, kemudian mereka akan kembali menjadi miskin setelah habis wang yang diberi. Dengan biasiswa, penerima yang mendapat pelajaran akan dapat meningkatkan pendapatannya secara berkekalan. Biasanya penerima biasiswa akan membantu keluarga masing-masing. Ini tidak bermakna bantuan secara langsung tidak diperlukan. Bekalan jalan, klinik, sekolah, air dan elektrik dan lain-lain lagi - semuanya akan menolong dan mengurangkan belanja keluarga yang miskin. Jika infrastruktur yang dibekalkan ditaksir nilainya daripada segi pengurangan belanja keluarga-keluarga miskin, maka garis kemiskinan dapat diturunkan lagi dan bilangan yang ditafsir sebagai miskin akan menjadi lebih rendah lagi. Berasaskan kepada pemberian kail dan bukannya makanan segera, Kerajaan telah cuba memperkenalkan cara pertanian moden, mencuba perladangan berkelompok, mendirikan industri kecil, menubuhkan koperasi yang memasarkan baja dan lain-lain keperluan pertanian serta lain-lain lagi. Kerajaan juga telah cuba menyusun semula kampung-kampung dan memperkenalkan cara-cara lain untuk menambahkan pendapatan. Walaupun langkah-langkah Kerajaan telah berjaya mengurangkan lagi tahap kemiskinan, tetapi berbanding dengan usaha dan peruntukan yang telah dibuat, hasilnya tidaklah seperti yang diharap-harapkan. Apakah masalah yang menghalang kejayaan pendekatan Kerajaan? Jika diambil contoh pemberian kail sekali lagi, hasil yang baik hanya terdapat jika penerima kail sanggup menggunakannya untuk memancing. Salah satu daripada masalah yang menyekat kejayaan sepenuhnya usaha-usaha membasmi kemiskinan ialah penerima bantuan tidak mahu atau tidak dapat menggunakan bantuan dengan berkesan. Biasanya ini disebabkan kurangnya kecekapan atau kepintaran atau kurang minat. 606

Kurang minat atau kepintaran boleh diatasi dengan asuhan atau pengalaman. Setelah sesuatu dibuat berkali-kali, tidak dapat tidak, kita akan menjadi cekap. Tetapi, jikalau minat tidak ada, maka segala usaha, sistem, bantuan dan apa sahaja pertolongan, semuanya tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat. Dalam usaha kita untuk membasmi kemiskinan, analisis yang mendalam perlu dibuat berkenaan dengan sebab-sebabnya kejayaan tidak dicapai atau tidak tercapai sepenuhnya. Menambahkan lagi bantuan sedangkan sebabnya bukanlah kerana kurang bantuan tidak akan mendatangkan hasil yang bertambah. Kerajaan memang mempunyai tanggungjawab untuk membasmi kemiskinan. Tetapi jika usaha-usaha ini diserahkan semata-mata kepada Kerajaan atau pihak lain, mungkin kejayaan tidak akan dicapai. Si miskin juga mempunyai tanggungjawab untuk memperbaiki nasibnya. Sepertimana yang telah saya sebutkan pada permulaan ucapan saya, ada negaranegara yang tidak mempunyai sumber kekayaan tetapi kaya dan ada yang mempunyai sumber alam tetapi miskin. Apakah sebabnya fenomena ini berlaku? Sebabnya ialah falsafah dan sikap penduduk. Negara dan masyarakat yang bersemangat, rajin dan sanggup mencuba dan menghadapi cabaran tetap akan berjaya dan maju. Masyarakat yang hanya berharap kepada pertolongan daripada pihak lain tetap mundur walaupun buminya penuh dengan emas dan perak dan subur. Minat Pemuda U M N O untuk memahami masalah kemiskinan dan memainkan peranan dalam mengurangkannya amatlah waras dan mencerminkan tanggungjawab di kalangan pemuda. Kerajaan mengalu-alukan sikap ini dan Kerajaan sedia meneliti pendapat dan rumusan yang akan dibuat oleh Konvensyen ini. Saya berharap perbincangan dibuat dalam suasana tenang tanpa emosi. Kesedihan terhadap kemiskinan patutlah menggerakkan kita untuk berusaha ke arah pengurangannya tetapi kesedihan tidak boleh menentukan cara-cara kita bertindak. Demikian juga perasaan kemarahan terhadap orang lain kerana tidak membuat itu atau memberi ini. Yang perlu diutamakan ialah realiti terhadap kemampuan dan sikap semua pihak untuk mengambil tindakan-tindakan yang wajar. Saya berharap perbincangan saudara-saudari pada hari ini akan menghasilkan penemuan-penemuan yang bermanfaat dan membantu usaha-usaha Kerajaan membasmi kemiskinan dalam negara. Dengan harapan ini, saya dengan sukacitanya membuka Konvensyen Kemiskinan ini dengan rasminya.

607

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEWARTAWANAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 19HB. SEPTEMBER, 1987

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Institut Akhbar Malaysia kerana menjemput saya ke majlis ini. Saya berasa gembira kerana dapat sekali lagi hadir bersama tuan-tuan dan puan-puan di Majlis Penyampaian Hadiah Kewartawanan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang yang telah berjaya di dalam kategori masing-masing. Kepada yang masih belum lagi berjaya, teruslah berusaha. Pertandingan-pertandingan yang diadakan ini, saya percaya, akan menyumbang ke arah meninggikan lagi tahap kemahiran para wartawan kita dan ini akan secara langsung berperanan dalam meningkatkan lagi profesion kewartawanan di negara ini. Tuan-tuan dan puan-puan juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan meluaskan pengetahuan umum kepada para pembaca. Laporan-laporan dalam akhbar-akhbar yang dibaca pada setiap hari oleh begitu ramai daripada ahli masyarakat kita sudah tentu, sedikit sebanyak, mempunyai kesan ke atas pemikiran dan pendapat mereka. Pihak media massa dan Kerajaan telah berjaya mewujudkan kerjasama yang boleh kita sama-sama banggakan. Kerjasama ini harus kita pupuk dan pelihara supaya ianya terus erat. Kita sedar bahawa ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan kerjasama kita ini dan akan cuba melemahkan hubungan rapat kita. Kita hendaklah berhati-hati. Adanya kerjasama ini tidak bermakna bahawa pihak media massa tidak harus dan tidak boleh membuat kritikan atau teguran terhadap Kerajaan Kerajaan sebenarnya menggalakkan kritikan-kritikan dan ini kerap dibuat seperti yang dapat kita baca dalam akhbar-akhbar dan penerbitan-penerbitan. Tetapi kritikan-kritikan yang dibuat biarlah yang berasas, membina, jujur dan dengan niat baik untuk meningkatkan lagi persefahaman dan perpaduan. Media massa juga bertanggungjawab memelihara ketenteraman dan harmoni yang terdapat di negara kita. Peranan ini adalah berat dan media massa di negara ini telah memikul dan melaksanakan tanggungjawab ini dengan berkesan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi perpaduan dan kestabilan supaya pembangunan sosio-ekonomi negara ini terus berkembang. Segala usaha yang boleh 608

diberikan oleh pihak media massa dan juga lain-lain pihak bagi mencapai objektif ini bukan sahaja dialu-alukan tetapi juga merupakan tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Media massa mestilah bersama-sama bertindak ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih sejahtera. Dalam hal ini adalah penting bagi pihak media massa menentukan agar laporan-laporan yang dibuat tidak mendatangkan kesan negatif. Jika persefahaman dan perpaduan tergugat, maka ketenteraman dan keselamatan negara akan terancam. Mengawal dan memulihkan keadaan memerlukan banyak masa dan tenaga selain daripada kesulitan-kesulitan yang timbul. Tidaklah benar bahawa untuk membuktikan kredibiliti, pihak media massa harus bersikap konfrontasi. Hubungan yang rapat dan mesra antara Kerajaan dengan media massa tidak semestinya akan menghilangkan kredibiliti media massa. Seperti mana kita sedia maklum kefahaman yang wujud di antara Kerajaan dengan media massa di negara kita ini merupakan satu kerjasama positif yang telah memberi manfaat kepada pembangunan dan kemajuan negara kita. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan Kerajaan kepada pihak media massa di atas sumbangannya kepada usaha-usaha Kerajaan dalam membawa kesejahteraan kepada negara dan rakyat. Walaupun terdapat sebilangan kecil di kalangan media massa yang mempunyai sikap yang berlainan, tetapi pada keseluruhannya media massa di negara ini telah membuktikan keikhlasan dan kewibawaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada yang menang hadiah-hadiah kewartawanan pada kali ini. Saya juga mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Institut Akhbar Malaysia kerana menjemput saya ke majlis yang mesra ini.

609

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PELANCARAN BUKU SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR 24HB. SEPTEMBER, 1987

S

aya berbangga kerana diberi penghormatan untuk melancarkan dua buah buku karya Sasterawan Negara, saudara Usman Awang pada pagi ini. Saya percaya kedua-dua buah buku ini akan menjadi khazanah yang sangat berharga di dalam kesusasteraan kita.

Saudara Usman Awang adalah di antara sebilangan kecil penulis Melayu yang dibaca dengan meluas oleh pelbagai kaum di negara ini. Beliau juga adalah di antara penulis tempatan yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan karya-karya nya telah banyak diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. Ini membuktikan bahawa saudara Usman Awang telah berjaya melampaui batas bangsa dan negara. Izinkan saya pada mulanya untuk menyentuh sedikit mengenai sastera dan sasterawan secara umum. Memang kesusasterawan milik masyarakat dunia. Pengucapan sastera tidak mengenai ras atau warna kulit. Kerana itulah sastera dapat dihayati oleh setiap orang. Karya penulis-penulis Barat misalnya dibaca oleh kita, sasterawan India dikenali oleh peminat sastera di negara ini, seperti juga novelisnovelis Afrika dan Amerika Latin dengan mudah dapat diterima oleh pembaca di sini. Kita boleh bertanya dan soalan ini telah diulang beribu kali dan telah menimbulkan pelbagai tanggapan dan reaksi. Apakah agaknya matlamat sastera? Memberikan kepuasan? Berkongsi pengalaman? Menyedarkan masyarakat? Memberikan keinsafan? Atau hanya sebagai bahan untuk mengisi masa lapang? Soalan ini sampai bilapun tidak akan terjawab sepenuhnya. Setiap sasterawan mempunyai sebab mengapa dia menulis. Tetapi satu perkara adalah jelas, bahawa sastera tidak akan bermakna sekiranya sasterawannya tidak mempunyai sesuatu komitmen kepada diri atau pembacanya. Sastera tidak boleh terhasil dari satu ruang kosong. Sastera tidak akan mendapat perhatian masyarakat sekiranya ia tidak bertolak dari suara atau aspirasi masyarakat itu. Sastera yang boleh diterima umum terhasil daripada tindakbalas yang langsung di antara masyarakat dengan penciptanya. Karya yang paling eksperimental sekalipun sebenarnya merupakan reaksi, baik keresahan dan kekecewaan, seseorang sasterawan terhadap masyarakatnya. Inilah yang kita harapkan daripada para sasterawan kita, iaitu karya-karya dihasilkan daripada suara dan aspirasi rakyat. 610

Di samping itu sasterawan juga harus menyedari realiti politik dan sosial kita. Sastera lahir sebagai percikan daripada tuntutan atau keperluan setempat dan diwarnakan pula dengan ciri atau sifat yang khusus bagi tempat di mana hasil karya itu lahir. Walaupun nasionalis kita menggunakan sastera untuk memperjuangkan kemerdekaan pada satu ketika dahulu, seperti juga pejuang kebangsaan menggunakan sastera di negara-negara lain untuk mencapai tujuan yang sama, namun terdapat perbezaan yang tersendiri daripada segi keperluan dan pendekatan sesuatu daerah atau wilayah itu. Biar apapun cita-cita sasterawan, dia tidak boleh semata-mata menolak masyarakatnya. Saudara Usman Awang dikatakan telah mengubah cara kita melihat hasil sastera lama. Sajak-sajaknya berbau tradisi tetapi menampakkan suara ketegasan dan keberaniannya yang cukup istimewa. Kalau saudara Usman Awang dikatakan seorang penyair romantis, mungkin pada cara berbahasa atau kelembutan gubahannya, tetapi di sebalik kelembutan itu terdapat suara keresahan dan kritikan yang tajam. Kita harus sedar yang lama itu tidak semestinya kuno atau tidak penting. Sebaliknya banyak yang boleh kita pelajari dari tradisi kebudayaan, kesusasteraan dan kesenian yang silam. Jikalau kita menyingkap kekuatan dan dayacipta orang-orang yang terdahulu daripada kita dan menyesuaikannya dengan keperluan atau kehendak semasa, kita akan mendapat nilai-nilai yang ideal di dalam membina tradisi masyarakat semasa. Tidak semua yang lama itu pula baik dan boleh diikuti. Ada nilai-nilai yang perlu dikikis atau dilupakan. Maka dalam usaha membina satu masyarakat Malaysia yang bermaruah dan dihormati, dan dapat diuji ketahanannya, kita harus bersedia untuk menimba yang baik dari yang silam dan mengenepikan pula nilai-nilai yang akan merugikan masyarakat. Kita harus berani menyatakan sesuatu nilai yang lama itu salah atau tidak secocok dengan keperluan sekarang. Kita juga harus berani menerima hakikat bahawa dalam membentuk satu masyarakat yang baru dan progresif, kita perlu menolak manamana nilai yang kita rasa merugikan atau boleh menghalang cita-cita masyarakat semasa. Kita juga harus berani memberi tafsiran baru terhadap nilai-nilai lama itu seperti yang telah dilakukan dengan jayanya oleh saudara Usman Awang di dalam beberapa buah karyanya. Sasterawan tidak harus menggunakan kertas dan pena untuk menyuarakan sikap atau pemikirannya sahaja, tetapi seharusnya sentiasa peka kepada perubahan dan kecenderungan semasa dan secara aktif terlibat di dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Semenjak sekian lama, saudara Usman Awang tidak hanya bergiat sebagai sasterawan tetapi turun ke gelanggang memperjuangkan nasib rakyat sebagai wartawan, budayawan dan sebagai pembela sosial. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh sedikit mengenai amalan membaca di negara ini. Mungkin ianya agak terpesong sedikit daripada 611

sastera dan sasterawan, tetapi saya rasa ini adalah satu perkara yang kita sama-sama harus fikirkan. Negara-negara maju mempunyai peratusan yang tinggi di kalangan rakyat mereka yang membaca akhbar, majalah, buku pengetahuan , buku cerita dan sebagainya. Di Malaysia hasil daripada usaha-usaha Kerajaan untuk menggalakkan minat suka membaca, kegemaran membaca semakin lama semakin meningkat dan dengan itu ilmu pengetahuan juga turut meningkat. Walau bagaimanapun ramai akan mengakui bahawa kita belum lagi berpuas hati dengan perkembangan minat suka membaca ini. Mungkin di bandar-bandar kita telah mencapai sedikit-sebanyak kemajuan tetapi di bandar-bandarpun banyak lagi yang harus kita lakukan untuk menyemai minat ini. Jikalau kita tidak begitu berpuas hati dengan kemajuan di bandar-bandar, apatah lagi perasaan kita dengan keadaan di luar bandar. Tabiat suka membaca ini kurang berkembang di desa, mungkin kerana faktor ekonomi dan mungkin kerana kurangnya masa lapang. Walaupun terdapat berbagai faktor yang menghalang meningkatnya kegemaran membaca di luar bandar, kita harus berusaha bersungguh-sungguh mencari jalan supaya kedudukan sekarang ini akan menjadi bertambah baik . Minat suka membaca ini mestilah ditanamkan daripada kecil lagi. Saya difahamkan dua buah buku yang dilancarkan hari ini mengandungi karyakarya saudara Usman Awang yang terbaik dan setengah-setengahnya telah menjadi lagenda sepanjang penglibatannya dalam bidang kesusasteraan. Kepada saudara Usman Awang, kumpulan karya yang dilancarkan hari ini tidak seharusnya bermakna bahawa beliau tidak boleh berkarya lagi, atau telah mencapai kemuncak dayaciptanya. Sebaliknya, kita masih berharap akan karya-karya daripada beliau. Dengan ini saya dengan sukacitanya melancarkan kedua-dua buku karya Sasterawan Negara, saudara Usman Awang.

612

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN SEMINAR ANTARABANGSA MENGENAI PERPADUAN UMMAH DI PUSAT ISLAM, KUALA LUMPUR 28HB. SEPTEMBER, 1987

B

ersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita berkumpul di seminar yang bermakna ini untuk mencari jalan ke arah perpaduan ummah. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang ke Malaysia kepada semua peserta luar negeri yang menghadiri seminar ini.

Soal perpaduan ummah merupakan soal pokok yang amat penting sekali bagi masa hadapan dan 'survival' masyarakat Islam. Ianya juga merupakan ikatan dan nadi kekuatan ummah. Ada segolongan orang yang berfikir dan menganggap bahawa soal perpaduan ini tidak begitu penting. Pada tanggapan mereka, soal perpecahan ummah adalah lumrah alam. Ada setengahnya pula yang sengaja menimbulkan isu-isu tertentu, walaupun mereka tahu ia akan membawa kepada perpecahan umat. Yang diutamakan oleh mereka ini ialah populariti dan sanjungan oleh satu-satu golongan. Tindakan mereka itu amat jelas terkeluar dan lari daripada prinsip-prinsip pokok dan ajaran Islam yang menyuruh kita bersatupadu dan melarang berpecah-belah. Al-Quran sentiasa menyeru orang-orang yang beriman supaya bersatupadu dan bersaudara serta melarang dari bermusuh-musuhan dan berpecah-belah. Gesaan A l Quran ini adalah kerana kesan dan akibat dari perpecahan itu akan menjadikan kita umat yang lemah dan mudah digugat serta diperhinakan oleh orang lain. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa kecemerlangan yang telah dicapai oleh umat Islam di zaman Baginda Rasulullah s.a.w. dahulu adalah disebabkan mereka bersatu dan tidak berpecah-belah. Perpaduan umat Islam ketika itu jelas kelihatan melalui sambutan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh golongan Ansar di Madinah kepada orang-orang Muhajirin yang berhijrah ke kota itu. Perpaduan yang berteraskan pengorbanan, takwa dan iman inilah yang melahirkan suatu umat yang kuat dan teguh, yang dapat membangun dan memperluaskan agama dan negara Islam ketika itu, serta dapat memberi sumbangan yang besar kepada tamadun manusia. Ada juga setengah-setengah orang yang ingin membuat sesuatu perubahan. Pada pendapat mereka, sesuatu yang baik itu hendaklah dikejar, walaupun dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang keterlaluan yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apabila pandangan mereka itu tidak diendahkan, lantas mereka menuduh bahawa pihak yang berkenaan lemah dan banyak bertolak-ansur. 613

Kita golongan orang-orang yang berfikir hendaklah sedar bahawa jika kita mahu orang menerima sesuatu perkara yang baik yang kita utarakan, maka kita hendaklah memikirkan bagaimanakah strategi, cara dan pendekatan yang harus kita lakukan supaya perkara itu dapat diterima dengan baik. Jika sekiranya kita tidak menggunakan pendekatan yang baik, maka sudah pasti apa yang kita hendak perkenalkan kepada orang akan ditolak atau ditentang. Laungan yang penuh bersemangat yang membelakangkan tatasusila dan prinsipprinsip akhlak Islamiyah tidak akan membuahkan sesuatu yang baik. Sebaliknya usaha ini biasanya meningkatkan lagi semangat sehingga ke peringkat keterlaluan. Kerana keterlaluan ini, mesej yang asal akan dilupakan dan permusuhan antara pihak yang terlibat akan berlaku. Dengan perkataan lain, perpecahan akan mengganti perpaduan yang wujud dahulu. Jelaslah bahawa membelakangkan tatasusila dan prinsip-prinsip akhlak Islamiyah dalam usaha mengembangkan ajaran Islam tidak boleh menghasilkan matlamat yang ditujui, tetapi sebaliknya menghalang perpaduan ummah. Dengan hal yang demikian Islam amat menentang segala bentuk ekstremisme, sama ada ia berbentuk percakapan, tindakan, pendekatan dan sebagainya. Ini adalah kerana ianya bukan sahaja mengancam keharmonian, keamanan dan kedamaian sesebuah masyarakat, bahkan juga akan mengancam keselamatan negara. Penentangan Islam terhadap sikap ini bukan sahaja tertakluk kepada satu bangsa ataupun agama, bahkan juga kepada semua bangsa dan agama. Dengan sebab itu Islam menganjurkan kepada kita supaya mengamalkan prinsip kesederhanaan dan bertindak dengan cara hikmah, sama ada dari segi pendekatan, strategi, cara dan sebagainya. Ini dapat dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 143 yang bermaksud: "Kami jadikan kamu wahai umat Muhammad satu umat pilihan lagi adil, iaitu suatu umat pertengahan (yang sederhana) supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia". Maksud ayat tadi amat jelas kepada kita bahawa kesederhanaan adalah merupakan suatu prinsip yang dituntut di dalam Islam. Ini adalah kerana dari sikap dan tindakan yang sederhanalah akan lahir keadilan. Dari keadilan inilah akan lahir sebuah masyarakat yang harmoni dan aman damai. Bentuk dan sikap kesederhanaan inilah menjadi kayu pengukur, sama ada kita layak ataupun tidak, untuk menjadi orang yang boleh memberi keterangan dan keadilan kepada orang lain. Prinsip yang telah dianjurkan ini meletakkan Islam sebagai satu agama yang sesuai di setiap tempat, masa dan zaman: Islam menentang ekstremisme dan pelampau dan Islam menganjurkan kepada umatnya supaya mengamalkan sifat kesederhanaan dan mengambilkira suasana, keadaan masyarakat, serta 'uruf masyarakat setempat, dalam apa saja tindakan yang akan kita laksanakan atau satu-satu mesej yang hendak kita perkenalkan. Setengah orang menganggap bahawa suasana dan 'uruf masyarakat itu bukan merupakan kriteria yang penting untuk diambilkira di dalam melaksanakan suatu prinsip atau menggubal sesuatu dasar hukum. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Saidina Umar telah mengambil 'uruf masyarakat sebagai panduan dalam menentukan sesuatu dasar negara di zaman pemerintahannya. 614

Prinsip 'uruf masyarakat, prinsip menjaga kemuslihatan umum dan lain-lain lagi prinsip yang seumpamanya adalah merupakan sumber hukum yang diiktiraf oleh Islam. Prinsip-prinsip tersebut telah disusun dengan begitu teliti oleh ulamak-ulamak yang muktabar untuk dijadikan panduan kepada kita dalam mengatur strategi tindakan dan pelaksanaan sesuatu rancangan, supaya tindakan-tindakan yang kita akan buat itu tidak lari dari landasan yang dituntut oleh Islam. Sebenarnya asas semua ilmu di dunia moden in diterokai oleh ulamak-ulamak Islam. Sebelum datangnya Islam, orang Barat menggunakan sistem angka Roman yang sukar digunakan dalam ilmu hisab. Tetapi orang Islam mencipta sifir (cypher) kiraan 'nought' atau kosong sampai ke kiraan sembilan yang boleh disusun sehingga ke angka yang infinit iaitu yang tidak ada penghujung. Dari sistem angka ini telah terbit ilmu seperti 'algebra, logarithm' (Al-logarizmi dari nama penciptanya yang lahir di Khawarizmi) yang mana sistem ini membolehkan ahli hisab dan sains moden membuat perkiraan untuk perjalanan ke angkasa lepas. Di antara ulamak yang terkenal dalam bidang hisab ialah al-Khawarizmi, Ulugh Beg, dan Al-Bukhari (penyusun kitab Sunnah Nabi). Ulamak dahulu arif bukan sahaja dalam bidang ibadah dan hukum tetapi juga dalam bidang sains dan hisab.Dengan itu maka umat Islam di zaman mereka kuat dan terkenal. Di zaman mereka juga, Islam berjaya berkembang ke Asia Tengah, termasuk bahagian-bahagian Selatan Rusia, Asia Minor (Turki) dan Eropah Timur. Tetapi apabila ulamak Islam kemudiannya menghadkan tuntutan ilmu hanya kepada 'ritual' dan hukum, maka bermulalah kemunduran tamadun Islam. Sedikit demi sedikit, ilmu-ilmu yang diterokai oleh orang Islam mengalir ke Barat di mana penyelidikan dilanjutkan. Sementara itu dalam dunia Islam rebutan kuasa berlaku yang menyebabkan negara-negara Islam berpecah menjadi negara-negara yang kecil dan lemah. Namun demikian rebutan kuasa dan ajaran yang kolot tidak dihentikan. Negeri-negeri Islam yang kecil ini jatuh ke tangan musuh Islam, satu demi satu. Tokoh-tokoh di kalangan orang Islam yang bercita-cita untuk merebut pemerintahan negeri-negeri Islam yang kecil ini, sanggup bekerjasama dengan musuh-musuh Islam untuk menggulingkan pemerintahan-pemerintahan Islam. Dengan itu semakin lemahlah umat Islam. Akhirnya, ramai orang Islam kecewa dengan pencapaian Islam hingga mereka sanggup menolak agama Islam. Inilah yang kita lihat di Selatan Rusia dan di beberapa buah negara Arab. Satu perkara yang muncul sekarang ialah tuduhan percubaan orang-orang Kristian mengkristiankan orang Islam di Malaysia. Dalam negara berbilang kaum dan berbilang agama ini, selisih faham antara penganut-penganut agama yang berlainan amatlah merbahaya. Kita lihat bagaimana Lubnan hancur kerana permusuhan antara Kristian dan Islam, di Ireland Utara kerana permusuhan di antara Katholik dan Protestant, di Punjab, India antara orang Sikh dan Hindu, di India antara orang Hindu dan Islam, di Iran dan Iraq antara Syiah dan Sunni dan lain-lain lagi. Oleh kerana bahayanya perselisihan antara penganut agama yang berlainan, kita harus berhati-hati apabila membuat kenyataan berkenaan dengan perkara yang mungkin membawa kepada rusuhan antara penganut-penganut berbagai agama di Malaysia. 615

Berhubung dengan orang Kristian mengkristiankan orang Melayu, bukti yang jelas tidak ada, selain daripada orang Kristian yang memeluk agama Islam kerana berkahwin, atau lain-lain sebab, yang kemudiannya balik ke agama Kristian kerana kecewa dengan sesuatu. Sudah tentu tidak ada langsung bukti yang 66,000 orang Melayu menjadi Kristian atau penganut agama lain atau 'atheist'. Kita juga tidak ada bukti yang 2000 orang Islam menjadi Kristian. Saya berharap dakwaan yang tidak bertanggungjawab ini tidak dibuat lagi. Kita tidak mahu rusuhan di negara ini antara penganut agama-agama, sedangkan perpaduan antara umat Islam sendiri tidak begitu teguh. Kita sudah berpisah sesama kita dengan iman berasingan, masjid dan kubur berasingan, mengerjakan haji berasingan dan sekarang percubaan mendirikan kampung untuk memisahkan antara Islam dengan Islam. Jika perselisihan dengan agama lain pula berlaku, maka negara kita tidak akan aman lagi. Sekarang ini timbul pula soal murtad bagi menggantikan soal kafir-mengkafir. Untuk membantu hujah bahawa ramai orang Islam murtad dan murtad berlaku di mana-mana sahaja, sepotong ayat Al-Quran diasingkan dan ditafsirkan tanpa mengambilkira ajaran Al-Quran seluruhnya. Yang selalu diketepikan ialah pentingnya hikmah dalam menurut perintah Allah Subhanahu Wataala. Dalam hal ini terdapat sebuah buku yang menggariskan sepuluh kategori yang boleh menjadikan seseorang itu murtad, tetapi buku tersebut tidak mengambilkira kedudukan dan keadaan alam sekelilingnya. Orang Islam minoriti dalam sebuah negara bukan Islam dihukum murtad kerana terpaksa memilih orang bukan Islam sebagai pemimpin. Sudah ada yang menyoal sama ada orang Islam boleh tinggal sebilik dengan bukan Islam, atau duduk dan makan bersama dengan bukan Islam. Jika sepuluh kategori ini dianggap murtad, maka benarlah ramai orang Islam murtad, terutama di negara berbilang kaum seperti Malaysia. Dengan keraguan mengenai kelslaman sebegitu ramai orang Islam, maka semakin sukarlah perpaduan di kalangan umat Islam. Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga memberi taufik dan hidayah kepada kita, dalam usaha untuk memupuk perpaduan ummah supaya kita dapat merancang dan melaksanakan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita, demi untuk mencapai sebuah masyarakat yang adil dan harmoni yang diredhai oleh Allah. Dengan kata-kata itu dan dengan lafaz 'Bismillahir rahmanir rahim', saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Antarabangsa Mengenai Perpaduan Ummah ini.

616

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN MUZIUM ORANG ASLI, DI GOMBAK, SELANGOR 29HB. SEPTEMBER, 1987

S

aya berterima kasih kepada Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli kerana menjemput saya merasmikan Muzium Orang Asli ini. Dalam masyarakat berbilang kaum adalah penting kita mengetahui adat resam dan kebudayaan masing-masing. Saya berharap muzium ini akan membantu orang ramai mempelajari dan memahami cara hidup masyarakat Orang Asli di negara ini.

Dengan adanya muzium ini maka akan lebih terpeliharalah warisan budaya masyarakat Orang Asli. Sebelum ini warisan Orang Asli dipelihara dalam berbagai cara, termasuklah di muzium-muzium lain di negara ini, di kampus-kampus dan di Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli sendiri. Tetapi dengan terbinanya muzium ini warisan Orang Asli akan terpelihara dengan lebih sempurna lagi. Di samping itu muzium ini akan membolehkan masyarakat umum melawat dan memahami dengan lebih mendalam lagi cara hidup dan adat resam Orang Asli. Walaupun kesempatan untuk tinggal bersama Orang Asli akan lebih bermakna lagi bagi memahami cara hidup Orang Asli, tetapi kesempatan melihat artifek-artifek, pakaian dan peralatan-peralatan lain di muzium ini akan memberi peluang kepada orang ramai memahami cara hidup mereka. Saya gembira cadangan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli yang ingin menjadikan muzium ini sebagai sebuah pusat pelancongan. Saya yakin muzium ini akan menjadi pusat pelancongan bukan sahaja bagi masyarakat tempatan tetapi juga kepada pelancong-pelancong luar negeri. Saya berharap Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli akan mempastikan supaya beberapa kemudahan untuk para pelancong akan disediakan. Kerajaan melalui Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli dan beberapa agensi lain telah memperjuangkan nasib dan masa depan Orang Asli. Kerajaan terus menyediakan banyak kemudahan dan perkhidmatan kepada Orang Asli untuk meningkatkan lagi penglibatan mereka dalam pembangunan negara. Sepanjang Rancangan Malaysia Keempat atau ' R M E ' dari tahun 1981 hingga 1985, kira-kira 5, 580 hektar tanah telahpun diperuntukkan kepada Orang Asli untuk ditanam dan dipulihkan dengan tanaman getah, kelapa sawit, buah-buahan, kelapa, teh dan lada hitam. Seluas 1, 000 hektar lagi telahpun dimajukan dengan tanaman jangka pendek seperti pisang, nenas dan betik di bawah projek Bumi Hijau. Kerajaan juga menggalakkan Orang-orang Asli memelihara ikan dan ternakan lain untuk memberi pendapatan sampingan kepada mereka. 617

Masyarakat Orang Asli juga telah digalakkan untuk menyertai kegiatan-kegiatan perniagaan dan industri kecil, dan dengan itu beberapa buah kedai koperasi dan pusat pemerosesan rotan telah ditubuhkan dalam tempoh R M E . Di samping itu satu program menyeluruh yang melibatkan lima buah projek pengumpulan semula masyarakat Orang Asli telah dilaksanakan di bawah R M E bagi kira-kira 23, 000 orang di sepanjang Banjaran Titiwangsa atau 'Main Range'. Seluas 13, 600 hektar tanah telah dibahagikan kepada mereka yang dikumpulkan itu. Di bawan RME, Orang Asli juga telah mendapat faedah daripada perkhidmatanperkhidmatan asas yang disediakan. Misalnya, sebanyak 330 buah rumah, tiga buah blok rumah pangsa yang mengandungi 57 unit kediaman, sebuah sekolah, empat buah dewan makan, lima buah asrama sekolah dan lima buah klinik telah didirikan. Kirakira 600 buah rumah telah dibekalkan dengan air bersih, sementara 640 buah rumah yang dibekalkan dengan elektrik. Semua projek dan program yang dilaksanakan itu adalah bagi menggalakan penyertaan masyarakat Orang Asli dalam proses pembangunan, memperbaiki keadaan sosio-ekonomi mereka dan menggalakkan mereka mengamalkan cara-cara pertanian moden dan sistematik. Bagi tahun-tahun yang akan datang, Kerajaan akan terus berusaha supaya masyarakat Orang Asli maju setapak demi setapak seiring dengan proses pembangunan negara. Bagi menjayakan program-program sosio-ekonomi Orang Asli, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi pembangunan Orang Asli sepanjang Rancangan Malaysia Kelima (RML) ini. Berbagai kemudahan asas dalam skim-skim yang sedia ada akan diperluaskan dan pertingkatkan lagi. Enam skim penempatan semula yang baru untuk kira-kira 1, 000 keluarga Orang Asli akan dilaksanakan dalam tempoh RML. Kemajuan Orang Asli melalui pendidikan akan terus diberi perhatian. Dua buah asrama sedang dibina, sebuah di Raub, Pahang, dan sebuah lagi di Bukit Lanjan, Selangor, dengan setiap sebuah berharga RM1. 2 juta. Murid-murid yang ditempatkan di asrama-asrama tersebut akan menghadiri sekolah-sekolah yang berdekatan. Di samping itu Kerajaan juga memberi kepentingan kepada kesihatan dan perubatan bagi Orang Asli. Misalnya, Hospital Orang Asli di Gombak ini sedang diperbaiki dan akan dibekalkan dengan peralatan-peralatan baru. Kerajaan akan membelanjakan RM3.3 juta untuk tujuan ini. Kerajaan akan terus meningkatkan kemudahan perubatan dan kesihatan kepada Orang Asli pada masa depan. Di samping itu, masyarakat Orang Asli akan digalakkan menyertai rancanganrancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau F E L D A , terutamanya di kawasan di mana bilangan Orang Asli adalah terlalu kecil untuk membolehkan pembukaan skim penempatan semula. Kerajaan berharap Orang Asli akan mengalami pembangunan sosio-ekonomi yang pesat, secara teratur dan diterima dengan baik oleh masyarakat Orang Asli seluruhnya. 618

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan Kerajaan kepada masyarakat Orang Asli yang telah membantu pasukan keselamatan kita dalam usaha membanteras kegiatan-kegiatan komunis pada masa-masa yang lalu. Dewasa ini ancaman komunis telah semakin berkurangan berbanding dengan ancaman pada tahun-tahun 50an dan 60an. Masyarakat Orang Asli, terutama mereka yang tinggal di kawasan pendalaman, telah memberi maklumat mengenai pergerakan musuh-musuh negara ini kepada pasukan keselamatan kita. Apa sahaja maklumat daripada masyarakat Orang Asli sudah tentu akan dapat membantu pasukan keselamatan menghapuskan gerombolan komunis di kawasan-kawasan pendalaman. Walaupun ancaman komunis itu tidaklah seperti dahulu, kita mengakui bahawa ancaman itu masih ada dan kita semua mestilah berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada. Justeru itu Kerajaan berharap masyarakat Orang Asli yang tinggal di pendalaman dapat terus membantu pasukan keselamatan kita menghapuskan saki-baki musuh negara ini. Kepada kakitangan-kakitangan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli, saya berharap tuan-tuan dan puan-puan akan terus berusaha memajukan kehidupan masyarakat Orang Asli di negara ini. Kerajaan menghargai segala tugas yang dijalankan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli yang telah menjemput saya ke majlis ini. Adalah diharapkan muzium ini akan menjadi tumpuan para pelawat dan pelancong, baik dari dalam dan juga luar negeri. Dengan sukacitanya saya membuka Muzium Orang Asli ini dengan rasminya.

619

KENYATAAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI DEWAN RAKYAT 28HB. OKTOBER, 1987

S

aya bangun untuk melaporkan kepada Dewan yang mulia ini mengenai beberapa tindakan yang telah diambil oleh pihak Polis dalam sehari dua ini.

Sepertimana yang kita semua maklum, negara kita mempunyai penduduk berbilang kaum yang juga menganuti agama-agama yang berlainan. Justeru itu bukan sahaja perpaduan sukar dicapai, tetapi keretakan, pecah-belah dan ketegangan mudah berlaku di antara kaum kerana sensitiviti isu kaum, isu agama dan isu kebudayaan. Semenjak 1981 Kerajaan telah cuba mengelak daripada mengawal terlalu ketat kegiatan dan gerak-geri rakyat yang mungkin boleh menyebabkan berlakunya ketegangan antara kaum dan antara agama. Pihak Kerajaan telah membebaskan kebanyakan daripada mereka yang berada dalam tahanan sebelum tahun 1981. Kerajaan telah meluluskan lebih banyak permohonan mencetak akhbar dan majalah. Kerajaan telah membenarkan laporan dan rencana, yang dahulu ditakrif sebagai hasutan, disiarkan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Kegiatan kebudayaan yang dahulu ditegah atau dihadkan, telah diberi kelonggaran. Perhimpunan, seminar, dailog dan juga 'rally' yang dahulu dianggap sebagai menghasut, tidak diambil tindakan oleh Kerajaan. Badan-badan politik, sosial dan profesional bebas membuat bermacam-macam tohmahan dan tuduhan melulu yang bercorak perkauman terhadap Kerajaan Kerajaan percaya bahawa rakyat Malaysia, terutama pemimpin-pemimpinnya, sudah dewasa dan tahu membendung diri sendiri tanpa kawalan oleh Kerajaan. Kerajaan percaya mereka ini sedar bahawa ketenteraman dan kestabilan negara kita perlu dipelihara dengan rapi. Kerajaan percaya bahawa mereka sedar bahawa pembangunan Malaysia dan kesejahteraan rakyatnya bergantung kepada ketenteraman dan kestabilan. Kerajaan juga berpendapat bahawa rakyat tidak akan dipengaruhi oleh kegiatan dan tohmahan orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini. Kita semua masih ingat peristiwa 13 Mei 1969. Tentulah tidak ada di antara kita yang suka mencetuskan rusuhan berdarah seperti itu sekali lagi. Oleh itu, sikap tidak bertanggungjawab dan kegiatan menjolok isu-isu yang sensitif sepatutnya tidak berlaku. 620

Walau bagaimanapun, pihak Polis yang sepanjang masa memerhati dan meneliti perkembangan politik dan lain-lain gerak-geri rakyat, mendapati bahawa ada pihakpihak tertentu yang tidak menghargai sikap Kerajaan. Mereka sebaliknya menggunakan peluang daripada pendirian Kerajaan ini untuk memperalatkan isu-isu sensitif untuk kepentingan mereka dan dalang-dalang mereka. Mereka tidak memperdulikan kesan buruk akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab itu. Pihak Polis mendapati bahawa beberapa tokoh dan pemimpin parti pembangkang dan kumpulan-kumpulan yang sebulu dengan mereka telah dengan sengaja membesar-besarkan isu yang ada kaitan dengan kaum. Pihak DAP khususnya, terlalu memainkan isu-isu perkauman Cina dan India secara terbuka. Mereka memberi gambaran bahawa Kerajaan menindas kaum-kaum ini. Mereka mengadakan rapat-rapat umum, mesyuarat awam, 'rally', demonstrasi dan lain-lain kegiatan untuk membakar hati orang-orang Cina dan India terhadap Kerajaan dan terhadap orang-orang Melayu. Pihak Polis mendapati bahawa pemimpin-pemimpin parti DAP amat gemar menggunakan isu-isu yang berbau perkauman untuk mendapat sokongan bagi parti mereka. Mereka bukan sahaja berlagak sebagai juara kaum Cina dan India, tetapi juga sengaja mencabar parti-parti kaum Cina dan India dalam Kerajaan kerana kononnya tidak memperjuangkan kepentingan kaum-kaum mereka. Dengan ini maka parti kaum Cina dan India dalam Kerajaan pun melenting dan cuba pula untuk melebihi parti DAP dalam ketebalan perkauman mereka. Usaha menjadi jaguh ini meningkat apabila DAP dapat mengalahkan beberapa calon parti Cina dalam Barisan Nasional dalam Pilihanraya 1986. DAP sengaja mengejek parti Cina dalam Barisan Nasional sebagai 'running dogs' parti U M N O . Dengan ini maka semakin bertambahlah usaha parti Cina dan India dalam Barisan Nasional untuk membuktikan bahawa mereka juga kuat dari segi perkauman, bahkan lebih kuat lagi daripada DAP dan pemimpin-pemimpinnya. Berbagai isu dijadikan asas ujian tentang siapa lebih kuat perkaumannya. Beberapa daripada isu-isu ini amat sensitif termasuk soal tarian singa, soal koperasi, soal papantanda dan iklan, soal Bahasa Cina, soal Bukit Cina, soal pakaian, soal ikrar murid sekolah, soal mata pelajaran elektif di Universiti Malaya, K B S R , soal pribumi/bumiputera dan akhir-akhir ini soal guru sekolah Cina. Satu perbuatan yang amat bahaya ialah penggunaan kuil untuk mesyuarat perkauman . Dalam ucapan-ucapan yang dibuat sewaktu membincang isu-isu ini, banyak katakata kesat yang boleh ditakrif sebagai hasutan, disuarakan dengan lantang. Reaksi daripada orang Melayu juga meningkat kerana sebab-sebab yang tersebut sehingga ke peringkat yang melampaui batas. Semua ini dilaporkan oleh akhbar-akhbar dan majalah-majalah dan media massa ini juga semakin berani melapor dan membuat rencana-rencana yang membakar hati 621

kaum-kaum yang terlibat. Beberapa akhbar dan majalah sengaja menokok-tambah hasutan-hasutan ini untuk memperluaskannya kepada seluruh rakyat. Di masa yang sama pihak yang pro-komunis tidak berdiam diri. Mereka memang menangguk di air yang keruh ini. Mereka menghasut melalui badan-badan sah dan tidak sah. Ada bukti yang menunjukkan bahawa mereka mendapat ilham dan sokongan moral dan material dari pihak-pihak luar negeri yang tidak ingin melihat negara kita tenteram dan maju. Selain daripada perkauman, perkara yang merenggangkan jarak perhubungan antara kaum adalah agama yang berlainan. Sepatutnya soal berlainan agama boleh diatasi. Malangnya kerana kepentingan politik dan fanatik agama, jarak perpisahan antara penganut agama-agama yang berbeza telah menjadi lebih jauh disebabkan oleh kegiatan pihak-pihak tertentu. Beberapa pemimpin parti PAS telah cuba bukan sahaja memecahbelahkan orang Islam sesama Islam, tetapi juga menghasut orang Islam supaya benci dan marah kepada orang Kristian dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas. Soal orang Islam diKristiankan telah sengaja di besar-besarkan oleh beberapa orang untuk mengambil kesempatan daripada suasana syak-wasangka di kalangan orang-orang Islam terhadap kegiatan orang-orang Kristian. Sudah ada tanda-tanda bahawa hasutan daripada orang-orang tertentu ini telah menolong meningkatkan lagi ketegangan antara penduduk di Malaysia. Semenjak zaman British memerintah lagi, segala kegiatan pendakwah Kristian mengembangkan agama Kristian di kalangan orang-orang Islam adalah dilarang. Pihak British menghormati perjanjian dengan Raja-raja Melayu berkenaan dengan sekatan terhadap pendakwah Kristian ini. Dalam Perlembagaan Malaysia yang merdeka, terdapat peruntukan undangundang yang menegah perkembangan agama-agama lain di kalangan orang-orang Islam. Kita percaya bahawa gereja-gereja Kristian dan pendakwah mereka sedar akan larangan ini dan tidak akan membuat sesuatu yang mereka tahu akan menyebabkan ketenteraman negara tergugat. Umumnya pihak gereja-gereja Kristian berhati-hati dalam perkara ini dan tidak cuba berdakwah di kalangan orang Islam. Malangnya, ada sebuah gereja yang telah cuba berbuat demikian. Mereka tidak begitu berjaya. Hanya beberapa orang sahaja yang dilahir sebagai orang Islam yang terpengaruh dengan mereka. Beberapa orang daripada mereka ini mempunyai masalah peribadi atau mencari kesempatan. Siasatan menunjukkan bahawa jumlah mereka tidakpun sampai 50 orang dan mereka inipun belum menerima sepenuhnya agama Kristian. Namun demikian kegiatan gereja ini diketahui oleh beberapa orang Islam yang kemudian menghebohkan cerita kononnya beribu-ribu orang Islam telah 622

diKristiankan. Akibat daripada cerita-cerita yang sengaja dibesar-besarkan ini, iklim perhubungan kaum menjadi lebih tegang. Akibat daripada semua pergolakan ini keadaan di negara kita telah menjadi amat tegang sekarang. Pihak Polis yang bertanggungjawab terhadap ketenteraman dan kestabilan negara berpendapat bahawa kita sudah sampai kepada tahap yang merbahaya bagi negara. Polis berpendapat, dan saya bersetuju dengan pendapat mereka, bahawa Kerajaan tidak boleh menunggu sehingga rusuhan tercetus sebelum bertindak. Langkah-langkah mencegah kejadian rusuhan perlu diambil sekarang juga untuk menyelamatkan negara daripada bahaya dan bencana yang mungkin dihadapinya. Kita telah merdeka lebih daripada 30 tahun. Di waktu kita mula bekerjasama di antara kaum untuk mencapai kemerdekaan, kita telah bersetuju dengan beberapa perkara yang menjadi asas kemerdekaan dan Perlembagaan negara kita. Kita semua telah mengiktiraf keistimewaan kedudukan bumiputera dan hak kerakyatan bagi bukan Melayu, termasuk kaum Cina dan India, yang layak dan memilih untuk menjadi warganegara Malaysia. Kita telah mengakui bahawa agama Islam adalah agama rasmi Malaysia tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Kita telah bersetuju bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu tetapi kaum-kaum yang lain berhak menggunakan bahasa-bahasa mereka. Persetujuan ini mestilah dihormati oleh semua pihak. Perkara-perkara ini tidak boleh disoal oleh sesiapa. Jika ada mana-mana pihak menyoal hak sesuatu kaum, maka kaum itu akan menyoal balik hak kaum yang mencabarnya. Maka akan meningkatlah soal-menyoal, caci-mencaci dan cabar-mencabar. Dengan itu, keadaan menjadi keruh dan tegang dan kestabilan negara akan tergugat. Negara tidak mampu mengalami rusuhan kaum. Negara kita mengalami kemelesetan ekonomi dan ramai daripada tenaga kerja kita menganggur. Jika kemelesetan ekonomi ditokok dengan keadaan politik yang tidak stabil dan rusuhan kaum pula berlaku, negara ini akan menjadi huru-hara. Rakyat akan hidup dalam ketakutan dan terus menderita. Pembangunan dan kemajuan negara dan rakyat akan terjejas. Peristiwa-peristiwa yang kita lihat di Asia Barat, Asia Selatan dan Ireland Utara akan menimpa kita. Kerajaan bertanggungjawab terhadap keamanan dan kestabilan negara dan oleh itu bersetuju di atas tindakan yang diambil oleh pihak Polis. Memandangkan bahawa keadaan dalam negeri adalah tegang dan untuk menjayakan tindakan Polis, saya sebagai Menteri Dalam Negeri telah mengambil 623

keputusan untuk melarang sebarang perhimpunan atau 'rally' di seluruh Malaysia. Larangan ini juga bermakna perhimpunan raksaksa U M N O pada lhb. November ini dibatalkan. Semua perhimpunan awam atau 'rally'', sama ada di dalam bangunan-bangunan atau di luar, adalah dibatalkan, termasuk yang telah mendapat kebenaran terlebih awal dahulu. Akhir kata, saya menyeru kepada rakyat sekalian serta semua pihak untuk memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan dalam usaha-usahanya untuk menjamin perpaduan dan persefahaman. Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang cuba menimbulkan huru-hara atau menghalang Kerajaan dalam menjalankan kewajipannya untuk menjaminkan kestabilan dan ketenteraman negara demi kesejahteraan semua rakyat

624

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN SEMINAR KEBANGSAAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KUALA LUMPUR 6HB. NOVEMBER, 1987

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur kerana menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Seminar Kebangsaan Kebajikan Masyarakat pada pagi ini.

Saya difahamkan bahawa salah satu perkara yang akan dibincangkan di dalam seminar ini ialah mengenai kanak-kanak, orang tua dan orang cacat. Kebajikan bagi ketiga-tiga golongan yang tertentu ini amatlah perlu diberi perhatian yang khusus, bukan sahaja oleh pihak Kerajaan, bahkan juga oleh masyarakat keseluruhannya. Ketiga-tiga golongan ini adalah terdiri dari mereka yang memerlukan bimbingan, sokongan dan bantuan dari Kerajaan dan masyarakat untuk membantu mereka hidup dalam kesejahteraan. Tanpa bantuan dan perhatian oleh masyarakat, ada kemungkinan masyarakat akan menghadapi masalah sosial yang berat kemudiannya. Kita sangat bertuah kerana negara kita telah membangun dengan begitu pesatnya dan membawa kemajuan kepada semua lapisan masyarakat, sehingga ada yang dapat hidup selesa dan mewah. Malangnya terdapat juga masalah sampingan di kalangan masyarakat ataupun individu yang kurang berkemampuan untuk mengikuti arus perubahan ini. Norma dan nilai masyarakat telah turut berubah, di mana pada masa ini ramai yang terlalu mengutamakan kekayaan kebendaan. Akibatnya ialah segala nilai-nilai yang mulia diketepikan dalam perbuatan mengejar kekayaan sehingga merosotlah tahap dan piawaian akhlak masyarakat. Keluarga yang dahulu menjadi asas dan benteng masyarakat, sekarang ini sudah retak. Ibubapa tidak lagi dekat dengan anak mereka dan tidak lagi dapat mendidik dan menguasai gerakgeri anak mereka secara berkesan. Sudah tentu abang dan kakak tidak dapat mengawal adik-adik mereka seperti dahulu. Dengan lemahnya institusi kekeluargaan, maka akan terjejaslah prestasi masyarakat dan kemajuan negara. Kerajaan memerlukan rakyat yang cergas dan berdisiplin untuk menjamin kebahagiaan dan pembangunan negara. Justeru itu pelbagai kemudahan dan perkhidmatan telah disediakan oleh Kerajaan ke arah meningkat pencapaian rakyat. Tetapi Kerajaan dengan sendirinya tidak akan dapat mencapai matlamat yang mulia tanpa penyertaan secara langsung dan penuh minat oleh keluarga dan anggota masyarakat. 625

Di zaman serba mencabar ini ibubapa dan masyarakat hendaklah selalu berwaspada terhadap kelakuan dan tingkahlaku anak-anak mereka. Seseorang kanak-kanak memerlukan perhatian, kasih-sayang serta bimbingan dan pengawasan yang rapi dari ibubapa atau penjaga mereka untuk membolehkah mereka membesar sebagai seorang yang berjaya. Ibubapa perlulah juga memberi penekanan terhadap pendidikan rohaniah kepada anak-anak mereka, kerana dengan adanya asas keagamaan yang kuat akan dapat membantu seseorang itu menangkis pengaruh-pengaruh yang kurang sihat. Masyarakat perlu memainkan peranan mereka untuk membantu, mengawal dan mengambil berat terhadap perilaku kanak-kanak dan memberi teguran yang membina. Masyarakat masa dahulu di mana tiap-tiap orang individu saling bantu-membantu di antara satu sama lain di dalam semua soal kemasyarakatan, perlu dihidupkan semula dan dikembangkan ke semua kawasan perumahan, terutama sekali di bandar-bandar. Sifat individualisme atau mementingkan diri sendiri tanpa mcnghiraukan jiran tetangga, perlulah dikikis kerana kestabilan sesuatu masyarakat itu bergantung kepada keutuhan ahli-ahlinya. Melalui usaha badan atau pertubuhan sukarela, saya menyeru supaya usaha-usaha kemasyarakatan dan perpaduan hendaklah dipupuk di kalangan semua ahli masyarakat di negara ini. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin diharapkan dapatlah berganding bahu di antara satu sama lain tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama, bagi mencurahkan tenaga bakti dan memberi perkhidmatan kepada ahli masyarakat yang memerlukan. Melalui kerja-kerja kebajikan dan bantuan yang dihulurkan sama ada berupa wang ringgit, tenaga atau kepakaran akan mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim dan juga semangat perpaduan di negara ini. Sebagai rakyat Malaysia kita perlulah hormatmenghormati di antara satu sama lain kerana kesejahteraan dan kestabilan negara ini adalah bergantung di atas keharmonian dan keteguhan rakyat keseluruhannya. Sumbangan dan penyertaan masyarakat serta individu dalam aktiviti-aktiviti kebajikan amatlah diperlukan oleh Kerajaan untuk mengatasi dan membendung sesuatu masalah yang timbul di kalangan masyarakat kita. Melalui seminar yang akan berjalan selama tiga hari ini, saya berharap semoga para peserta sekalian akan dapat membincangkan dengan terperinci mengenai masalah-masalah semasa dan cara bagaimana untuk membendung dan mencari pendekatan yang sesuai di segi penyelesaiannya, terutama sekali di dalam bidang penglibatan masyarakat di dalam kerja-kerja pencegahan. Tiap-tiap individu atau seseorang itu dilahirkan ke dunia ini dengan sesuatu keistmewaannya. Walaupun seseorang itu mengalami sesuatu kekurangan, seperti kecacatan dan sebagainya, manusia masih mempunyai sesuatu keupayaan yang boleh digunakan jika diberi peluang dan pengasuhan yang sempurna. Justeru itu, tiap-tiap tenaga yang ada di dalam masyarakat kita perlukah digembleng untuk memberi sumbangan dan khidmat terhadap pembangunan negara. Seseorang itu sama ada ia seorang kanak-kanak, orang tua, atau orang cacat, mempunyai sesuatu kebolehan yang boleh digunakan dan digembleng untuk kepentingan dirinya dan secara langsung atau 626

tidak langsung kepada masyarakat. Sehubungan dengan ini, sangatlah penting bagi mereka ini, terutama mereka yang tua dan yang cacat, diberi segala kemudahan dan sokongan untuk membolehkan mereka hidup dengan lebih bermakna dan tidak tersisih dari masyakarat. Rakyat di negara ini sudah terkenal kerana kebaikan atau kemurahan hati mereka, di mana ramai daripada kita tidak teragak-agak untuk tampil ke hadapan atau memberi sumbangan, sama ada tenaga atau wang Ringgit, untuk membantu mereka yang ditimpa kemalangan atau bencana. Sifat murah hati dan suka membantu atau menolong seseorang di dalam kesusahan adalah satu ciri yang baik yang ada di kalangan masyarakat kita, dan tabiat ini sudah seharusnya dikembangkan dan digembleng untuk kepentingan masyarakat yang kurang bernasib baik melalui kerja-kerja amal ataupun kebajikan. Saya berharap semoga kegiatan dan penubuhan persatuan dan badan sukarela di negara ini dapat diperkembangkan dan pihak Kerajaan sentiasa akan memberi galakan dan dorongan, ataupun bantuan yang munasabah ke arah pencapaian matlamat itu. Melalui seminar ini bolehlah dibincangkan cara yang lebih berkesan untuk mempertingkatkan dan mengembleng tenaga sukarela untuk kerja-kerja kebajikan di negara ini. Saya berkeyakinan penuh bahawa seminar ini akan dapat memberi manfaat seperti yang diharapkan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat di atas usahanya mengadakan seminar ini. Seterusnya, saya dengan sukacitanya merasmikaan Seminar Kebangsaan Kebajikan Masyarakat ini.

627

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN PERSIDANGAN - SEMINAR ANTARABANGSA PENGAJIAN TAMIL DI PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR 15HB. NOVEMBER ,1987

S

aya mengucapkan selamat datang kepada para peserta sekalian ke PersidanganSeminar Antarabangsa Mengenai Pengajian Tamil ini. Saya percaya berbagai perkara akan dapat dibincangkan di Persidangan ini dan saya berharap Persidangan ini akan dapat menyumbangkan ke arah peningkatan ilmiah dan juga persefahaman. Saya juga berharap tuan-tuan dan puan-puan akan cuba melapangkan masa untuk melihat bukan sahaja Kuala Lumpur, tetapi jikalau boleh kawasan-kawasan sekitarnya. Dengan berbuat demikian saudara-saudari akan dapat mengalami dan memahami sedikit mengenai negara Malaysia ini.

Persidangan pertama mengenai Pengajian Tamil ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1966, iaitu 21 tahun yang lalu. Sekarang sekali lagi Kuala Lumpur telah dipilih menjadi tuan rumah kepada Persidangan ini. Dengan adanya Persidangan ini di Kuala Lumpur, ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia membenarkan penggunaan dan pengajian lain-lain bahasa, selain daripada Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa rasmi di negara ini. The Tamil language with its long history has been also acknowledge by scholars as one of the most melodious languages of the world. There can be no doubt that such a quality has been attained by the Tamil language through the long period of its development and cultivation by many generations of scholars, poets, teachers and students since ancient times. Indeed, the idea of holding regular meetings of scholars for the purpose of attaining higher standards in the use of language and in the building up of a good literary heritage is not new to the Tamil tradition, for such an idea has been the basis of the academic activities of the Sangam, or the Academy, of learned Tamil poets. At present the Tamil language is being used not only in the state of Tamil Nadu in India, but also by Tamil minorities in several other parts of the world such as East and South Africa, Burma, Fiji, Indonesia, Sri Lanka, Trinidad and Malaysia. I understand that the oldest surviving instruments of the Tamil language belong probably to the third century B. C. though such literary works were no doubt preceded by several centuries of literary development. Indeed, Tamil literature shares antiquity with the other ancient and classical literatures of the world and at the same time it continues to flourish as a vigorous medium of speech and writing in our own times. This is something that cannnot be said of some of the ancient languages. 628

The earliest known evidence of the existence of Tamils as a people with a distinct culture comes from the remains of the prehistoric sites in the Indian subcontinent. A significant feature of Tamil culture is that several of these elements would seem to have attracted the attention of people in other parts of the world in the course of early and regular maritime contacts which the Tamils have had with them. The Tamils as merchants, craftsmen, priests and scholars have played an important role in the development of great civilizations in India as well as in other parts of the world including Southeast Asia. The field of Tamil studies is indeed a large one involving various disciplines such as linguistics, literature, history, archaeology, anthropology, sociology and science. This Conference, I am told, will present and discuss a wide range of subjects and topics. This includes a section on science and techology where several papers on the use of Tamil language in computers and word processors will be discussed. This is clearly indicative of the expansion of Tamilology to include new horizons in keeping with modern needs. Tamilologists ought not to be merely satisfied with pointing out the relics of the past. There is no doubt that the archaeologists or the historians of society, language, literature, religion, and arts are the discoverers and investigators of the past. But they need not be mere recorders of the past; indeed they ought also to be the interpreters of its relevance to the present and the assessors of the achievements through the ages. Their scholarly interpretations should represent the voices of human progress and human vision, which afford an important corrective to the superficial instant judgements which is the fashion now. Such interpretations of permanent age-old values of human mores, ethics and philosophy would serve not only as a guide for the future, but also as a bulwark against the dangers of depersonalization of humanity. Finally, I would like to express my hope that all the participants and guests of the Conference would have a comfortable and enjoyable stay in Malaysia and that the participants would have a successful deliberation. I now have much pleasure to declare the Sixth International Conference Seminar of Tamil Studies officially open.

629

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI JAMUAN MAKAN MALAM TAHUNAN PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK KUALA LUMPUR 21HB. NOVEMBER, 1987

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik kerana menjemput saya dan isteri saya ke majlis makan malam tahunan persatuan ini. Saya juga berharap majlis pada malam ini akan menjalinkan hubungan yang lebih erat di antara ahli-ahli PPTD supaya ahli-ahli akan dapat meningkatkan lagi kerjasama bagi mewujudkan perkhidmatan yang lebih cekap. Semenjak tahun 1981, saya telah mengambil kesempatan di majlis-majlis makan malam PPTD untuk mengutarakan beberapa pandangan ikhlas saya mengenai fungsi pentadbiran dan pengurusan bagi negara kita. Pada malam ini juga ingin saya bercakap mengenai aspek bentuk dan aliran pemikiran golongan pemimpin dan pengurus dan implikasinya kepada pembangunan dan pentadbiran negara. Aspek ini penting oleh kerana seorang pemimpin atau pengurus berfungsi bukan hanya sebagai pelaksana atau penyelesai masalah semasa, tetapi juga sebagai pemikir utama untuk organisasinya. Dalam tempoh pembangunan yang ada sekarang, aspek pemikiran ini amat penting ditekankan. Bentuk atau hasil pemikiran seorang pemimpin atau pengurus itu menentukan arah perjuangan, matlamat dan strategi organisasinya. Pemikirannya juga mempengaruhi tindakan dan sikap orang lain. Baik-buruk mutu pemikirannya memberi kesan yang besar kepada organisasi dan seterusnya kepada masyarakat dan negara.

Kita mengharapkan para pemimpin dan pengurus organisasi di dalam negara kita dapat memikul tanggungjawab mereka dengan baik, bijaksana dan sempurna; dengan bersih, cekap dan amanah. Kita mahukan pengurus yang sentiasa memberi perhatian yang berat terhadap matlamat atau 'mission' organisasinya dan tidak membuat sesuatu yang boleh dikatakan menyeleweng, terpesong atau lari daripada asas dan matlamat organisasi itu. Kita berharap pemimpin-pemimpin dan pengurus-pengurus dalam Kerajaan dapat mendalami dan memahami masalahmasalah dan matlamat negara; dapat memahami latarbelakang masalah-masalah tersebut, serta berhati-hati apabila mengkaji dan menghalusi faedah-faedah dan risiko-risiko yang akan dan mungkin dihadapi sebelum sesuatu keputusan muktamad dibuat. Kejayaan organisasi bergantung rapat kepada mutu pemikiran pengurus, yang diharapkan bersifat kreatif, membina, 'innovative' dan strategik. Mereka harus sedar akan perkembangan-perkembangan yang baru dalam bidang pengurusan untuk membolehkan organisasinya maju ke hadapan. Mereka harus mempunyai ketegasan disiplin dan 'resilience' bagi menguruskan konflik, cabaran-cabaran 630

dan persaingan-persaingan yang tetap dihadapi sepanjang perjalanan pengurusan mereka. Pemimpin-pemimpin dan pengurus-pengurus organisasi yang berwibawa harus mempunyai sifat pemikiran yang agak menyeluruh dan jelas atau 'clarity of mind' tentang haluan perjalanan organisasinya. Untuk mencapai tahap ini, kita tidak boleh bersandarkan semata-mata kepada pendekatan logik atau 'reason' sahaja, atau membuat keputusan berasaskan pengutipan data-data dan penglihatan fenomena-fenomena semasa sahaja. Pendirian dan tindakan kita harus juga berpandu kepada pembelajaran, pengalaman serta fakta-fakta sejarah. Tanpa demikian, kita akan terus mengulangi kesilapan-kesilapan dahulu dan mengambil tindakan yang terburu-buru. Kita tidak boleh juga mengenepikan fakulti imaginasi dan 'foresight'. Pemimpin-pemimpin dan pengurus-pengurus yang baik akan dapat meramal dan menjangka cabaran-cabaran dan keperluan-keperluan masa hadapan dan sentiasa bersedia menghadapi masalahmasalah yang dijangka timbul. Melalui fakulti imaginasi, kita dapat menghasilkan ideaidea baru, dapat bertindak secara produktif dan dapat menerokai peluang-peluang baru yang mungkin dapat dimajukan. Pendekatan ini akan membantu untuk menghasilkan keputusan-keputusan dan tindakan yang berkesan serta adil dan bijaksana. Di samping itu kita perlu mengambilkira unsur-unsur logik dan emosi. Jika kita hanya menggunakan logik atau 'reason' tanpa mengambilkira emosi dan perasaan, kita mungkin membuat sesuatu yang tidak secucuk dengan psikologi manusia dan sifat-sifat kemasyarakatan yang terdapat di sekeliling kita. Sebaliknya jika kita hanya berpandukan kepada emosi dan perasaan orang lain, dan seterusnya akan mengakibatkan tindakan-tindakan yang akhirnya sukar dikawal. Oleh itu perlulah ada perseimbangan di antara penggunaan unsur-unsur logik dan emosi. Kita tidak menganggap 'vision' kecemerlangan ini sebagai satu impian sahaja. Sebenarnya kita telah berusaha dengan gigih untuk membentuk dan melahirkan golongan pemikir dan pelaksana yang mahir, sihat dan cekap. Nilai-nilai dan teras kecemerlangan telahpun dihuraikan. Gerakan kesedaran telah dilancarkan. Program-program pendidikan dan latihan telah dilipatgandakan. Mereka yang didapati menyeleweng telah dihukum. Banyak kejayaan telah dapat dihasilkan di semua bidang kehidupan masyarakat, khususnya apabila kita menilai kembali dan mengambilkira kemajuankemajuan pesat yang telahpun kita capai dalam masa 30 tahun kebelakangan ini. Dalam kesungguhan usaha kita untuk membina dan membangunkan negara, banyak lagi kemajuan dan pembaharuan yang harus ditadbir dan dilaksanakan. Untuk ini kita tidak mahu lagi melihat, walaupun segelintir, kelompok-kelompok dan golongan-golongan pemimpin dan pengurus, sama ada di sektor awam atau swasta, yang masih kurang cekap dan kurang sempurna, yang boleh menjadi penghalang kepada usaha-usaha kita untuk maju ke hadapan, khususnya untuk membina satu masyarakat yang maju, aman dan bersepadu. Dari semasa ke semasa negara juga berhadapan dengan individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang cuba memesong aliran pemikiran kita daripada usaha-usaha 631

pembangunan negara. Mereka ini menaja pemikiran yang kurang sihat atau negatif yang boleh menghalang usaha-usaha yang baik yang telah dilakukan oleh Kerajaan. Pemikiran yang negatif ini boleh dilihat dalam beberapa bentuk. Bentuk yang pertama ialah sikap dan pendirian yang 'rigid' dan negatif terhadap idea-idea baru, serta pantas menolak apa-apa cadangan atau rancangan-rancangan yang baru. Kedua ialah pemikiran yang sempit dan 'parochial', mempunyai penglihatan yang berjangka pendek, dan mementingkan hasil yang diperolehi dengan cepat. Satu lagi bentuk pemikiran negatif ini adalah pemikiran yang menitikberatkan kepentingan persendirian atau kumpulan, tanpa mengira kesan-kesan yang buruk kepada organisasi, masyarakat dan negara pada keseluruhannya. Ada pula pemikiran yang sentiasa mencari peluang dan kesempatan untuk menindas dan menghalang usaha-usaha orang lain, serta hanya dapat melihat keburukan dan kelemahan orang lain. Akhirnya golongan yang berfikiran negatif ini adalah mereka yang sedia menerima tahap prestasi yang rendah dan yang senang dicapai tanpa banyak usaha. Kita hendaklah menolak dan menyingkir segala bentuk pemikiran yang negatif ini. Gerakan pemulihan perlu diadakan demi kepentingan, kesejahteraan, pembangunan dan keselamatan masyarakat dan negara kita yang tercinta ini. Sebaliknya kita hendaklah meningkatkan pengetahuan kita tentang butir-butir tugas kita, menyelia dengan baik kerja-kerja yang dibuat oleh mereka yang bekerja di bawah kita, dan menentukan segala matlamat dicapai dalam jangka masa dan kos yang telah ditetapkan. Negara kita telah mengecap kemerdekaan selama 30 tahun. Dalam jangka masa ini banyak perubahan telah berlaku di dalam semua bidang, baik dari segi ekonomi, sosial ataupun politik. Proses pembangunan boleh dilihat dan dirasai di bandar dan di luar bandar di seluruh pelusuk tanahair kita. Semua perubahan ini telah dibuat dengan penuh kesedaran tentang keperluan dan kesesuaiannya setelah mengambilkira kesan dan akibatnya kepada negara dan rakyat keseluruhannya. Untuk maju ke hadapan, sesuatu organisasi atau negara perlu bergerak dan menerima perubahan. Jika kita berdiam diri dan menjadi statik, negara kita akan ketinggalan. Hasil-hasil pengeluaran kita akan menjadi 'obsolete'. Justeru itu, kita terpaksa menyesuaikan diri dan merebut peluang dari segala perubahan yang berlaku. Kita memerlukan pendekatan dan strategi-strategi pembangunan yang baru bagi menghadapi corak pertandingan dan persaingan ekonomi antarabangsa yang mencabar dan berubah-ubah. Oleh itu kita tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada punca-punca pendapatan tradisional seperti getah, kelapa sawit, balak, timah dan petroleum. Kita perlu mencari punca-punca pendapatan baru untuk menampung keperluan-keperluan negara kita pada masa hadapan, iaitu kegiatan-kegiatan ekonomi yang berasaskan perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan. Kita harus bertindak sebagai 'global marketers'. Untuk itu, kita perlu mempunyai pemikiran yang positif, yang strategik dan tidak gentar menghadapi apa jua cabaran. Saya yakin pemimpin-pemimpin dan 632

pengurus-pengurus dalam perkhidmatan awam mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian. Yang penting ialah semangat dan kesungguhan untuk mencari dan mencuba idea-idea baru yang mempunyai potensi. Dalam pada itu, perubahan tidak semestinya berlaku secara 'revolutionary' dan mendadak. Perkara-perkara yang baik dan berguna harus dikekal dan dipelihara. Ada nilai-nilai asas yang perlu kita pelihara dan pertahankan, iaitu nilai-nilai yang selama ini telah menyatu dan mengukuhkan kita sebagai sebuah negara yang merdeka. Apa yang perlu diubah ialah cara dan pendekatan yang diambil untuk mencapai matlamat. Matlamat kita ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam segenap bidang, yang aman makmur, di mana masyarakat berbilang kaum dapat hidup secara aman dan harmoni. Justeru itu kita menolak perubahan-perubahan yang kita anggap menjejaskan atau akan menggugat ketenteraman dan pembangunan negara atau yang bertentangan dengan pendirian dan nilai-nilai asasi yang menjadi pegangan hidup kita di Malaysia. Malahan kita perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mempertahan dan memajukan lagi nilai-nilai yang telahpun menjadi asas dan teras kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara kita selama ini. Saya sedar bahawa malam ini adalah juga malam untuk kita berkenalan mesra. Oleh itu, saya akhiri ucapan ini dengan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Presiden dan Ahli-ahli Persatuan PTD yang telah menjemput saya dan isteri saya ke majlis ini.

633

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN CERAMAH MENGENAI PENGURUSAN KUALITI KUALA LUMPUR 26HB. NOVEMBER, 1987

S

aya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput saya ke Majlis ini. Saya berharap ceramah oleh Dr. Thomas Barry akan memberi faedah kepada kita, terutama semasa kita bersungguh-sungguh cuba meningkatkan kualiti hasil perindustrian di negara kita.

Pengurusan yang cekap merupakan satu faktor penting di dalam pentadbiran bagi membangunkan negara. Keupayaan mengurus bukanlah satu sifat semulajadi, tetapi adalah hasil daripada pengalaman dan pembelajaran yang diperolehi sepanjang masa. Sesiapa juga boleh mengurus dengan baik dalam bidangnya jika ia sanggup mempelajari dan meneliti selok-belok pengurusan yang terdedah sepanjang masa kepadanya, serta di zaman moden ini mengkaji buku-buku pengurusan yang ditulis oleh pakar-pakar pengurusan. Seorang pengurus perlu menyedari bahawa negara kita kini sedang memasuki era persaingan hebat di peringkat antarabangsa. Kejayaan atau kegagalan kita dalam persaingan ini bergantung kepada komitmen secara peribadi terhadap kualiti di kalangan pengurus-pengurus di semua peringkat, terutamanya peringkat nasional. Kita menyedari bahawa komitmen kepada kualiti ini tidak akan berjaya, seandainya ia tidak bermula daripada golongan atau peringkat yang paling tertinggi dalam susun-lapis pengurusan negara. Berdasarkan kesedaran dan komitmen tersebut, maka program ini diperkenalkan kepada pengurus-pengurus tertinggi supaya mereka dapat menyebar dan melaksanakan konsep kualiti yang sebenarnya. Dengan bermulanya amalan menentukan kualiti daripada peringkat yang tertinggi, kemungkinan komitmen kepada kualiti terdapat juga di peringkat bawahan adalah lebih besar. Persaingan di pasaran antarabangsa akan menjadi begitu hebat sekali dengan adanya kemasukan negara-negara perindustrian baru. Saya berpendapat negaranegara yang dapat mengeluarkan barang-barang yang mempunyai kualiti yang tinggi akan dapat menembusi pasaran antarabangsa dan negara-negara yang gagal berbuat demikian tidak akan dapat mengekalkan kedudukannya dalam pasaran antarabangsa. Memandangkan bahawa Malaysia sedang berusaha untuk menggalakkan eksport barang-barang buatannya, kita harus memberi perhatian yang serius untuk mewujudkan satu keupayaan perindustrian yang berasaskan kepada kualiti. Saya berharap budaya kerja yang berasaskan kepada keyakinan dan kepercayaan kepada kualiti ini akan menjadi asas yang akan mempertingkatkan lagi pertumbuhan perindustrian kita. 634

Keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang menimbulkan pelbagai cabaran kepada pihak pengurusan atasan. Dalam keadaan ini, kita mestilah bersikap terbuka terhadap segala perubahan dan pendekatan yang baru. Kita mestilah bersedia menilai semula prinsip-prinsip, kaedah dan corak pengurusan yang telah kita amalkan selama ini. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurus atasan memberi arah pimpinan untuk meneroka corak pengurusan yang lebih sesuai dengan keadaan semasa. Penswastaan syarikat-syarikat kerajaan terutamanya memerlukan corak pimpinan pengurusan yang lebih dinamis, yang sedia mementingkan kemahuan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan atau barangan. Penswastaan dengan sendirinya tidak akan memberi sebarang manfaat. Hanya dengan penggunaan cara-cara pengurusan komersial yang bermutu sahaja barulah faedah boleh didapati oleh masyarakat dan juga oleh Kerajaan. Sebenarnya pengurusan yang berkualiti akan memanfaatkan pegawaipegawai dan kakitangan agensi yang diswastakan. Perubahan sikap yang saya maksudkan dalam konteks kawalan kualiti ini ialah sikap yang mengambil berat dan berbangga dengan mutu hasil kerja yang dibuat sendiri atau oleh organisasi kita. Ianya mempunyai hubungan dengan soal apakah kita merasai bahawa tugas-tugas atau kerja-kerja yang kita lakukan itu dikaitkan dengan nama baik kita. Jika kita merasai demikian, kita tidak dapat tidak akan berusaha menjamin k u a l i t i h a s i l kerja k i t a dalam "White C o l l a r Improvement" yang menjadi topik utama pagi ini. Melalui perasaan bangga atau "pride" ini kita akan dapat mempertingkatkan lagi produktiviti dan sekaligus akan menentukan negara kita dihormati dan disanjung tinggi. Sesiapa yang mengadakan hubungan dengan negara kita tidak lagi akan was-was atau khuatir akan layanan dan khidmat yang kita berikan. Jelaslah bahawa hasil penekanan terhadap kualiti dalam khidmat dan barangan amatlah luas dan mampu menjayakan kita dalam sebarang persaingan. Penggubalan dan penyemaian budaya kerja yang berkualiti bukanlah sesuatu yang boleh ditamatkan apabila sampai kepada matlamatnya. Ia adalah satu usaha yang berterusan, iaitu ia perlu ditingkatkan sepanjang masa. Kita berhasrat mencapai tahap "zero defect" atau "perfection" atau keadaan tanpa cacat sama sekali. Hanya Tuhan sahaja yang "perfect". Manusia tidak mungkin. Tetapi manusia tidak dilarang mencuba. Oleh kerana kita tidak mungkin mencapai tahap 'perfection', maka percubaan kita adalah percubaan yang berkekalan. Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan merupakan majikan yang terbesar sekali bagi pekerja-pekerja 'kolar putih.' Kebudayaan kualiti perlulah diwujudkan di semua peringkat kakitangan Kerajaan. Dengan adanya kebudayaan kualiti ini, kakitangan Kerajaan akan mempunyai sikap untuk mencapai "excellence" dan kualiti dalam setiap kerja yang dihasilkan. Bagi sektor swasta pula, adalah dianggarkan bahawa bilangan pekerja-pekerja kolar putih akan berkembang dengan lebih pesat lagi dalam beberapa tahun akan datang. Perkembangan teknologi moden di negara ini akan lebih memerlukan pekerja-pekerja mahir dalam bidang kolar putih. Antaranya ialah sektor industri perkhidmatan: seperti komputer, 635

prosesan data dan perisian, industri insurans, pelancongan, bank serta kewangan. Industri-industri yang akan berkembang pesat ini akan memerlukan pekerja kolar putih yang berbudaya kualiti untuk menentukan kejayaan yang diharapkan . Program hari ini, pada hemat saya, akan memberikan sebahagian daripada pengetahuan asas yang diperlukan oleh kita sebagai pemimpin-pemimpin institusi, firma dan negara untuk meneruskan azam yang telah kita rangkakan bersama. Marilah kita melangkah setapak demi setapak untuk menyemai dan mengamal budaya kualiti di kalangan anggota pengurusan dan pekerja, sama ada di sektor awam atau di sektor swasta. Akhirnya sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah memberi peluang kepada saya menyertai majlis ceramah ini. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Ceramah Mengenai Pengurusan Kualiti ini.

636

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU AKTA UNTUK MEMINDA AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984, DI DEWAN RAKYAT 3HB. DISEMBER, 1987

S

aya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dibaca bagi kali yang kedua.

Rang Undang-undang yang dibentangkan untuk pertimbangan Dewan yang mulia ini bertujuan meminda dan mengemaskinikan beberapa peruntukan di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, 1984 supaya menjadi lebih berkesan untuk mencapai matlamat Akta tersebut iaitu bagi mengawal-selia penggunaan mesin cetak dan penerbitan demi menjaga ketenteraman awam dan kepentingan negara. Bagi maksud mengadakan kawalan dan seliaan ke atas mesin cetak dan penerbitan, Akta tersebut menerapkan tindakan-tindakan yang menjadi kesalahan dan memberi kuasa kepada Menteri untuk melulus, membatal atau menggantung sesuatu lesen atau permit atas alasan-alasan dan sebab-sebab tertentu. Akta itu juga membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tertentu bagi mengawal pencetakan, pengimportan, penjualan, pengedaran dan pemilikan hasil penerbitan yang tidak diingini. Peruntukan-peruntukan dalam Akta itu adalah bertujuan mencegah pemilik mesin cetak dan penerbit akhbar dan majalah daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejas ketenteraman awam dan kepentingan dan keselamatan negara. Pada amnya peruntukan dalam Akta itu telah dapat mencapai tujuannya. Walau bagaimanapun dari pengalaman pihak yang melaksanakan Akta ini dan perkembangan semasa maka Kerajaan berpendapat adalah perlu supaya beberapa seksyen dalam Akta itu dipinda seperti yang terkandung di dalam Rang Undang-undang di hadapan kita. Izinkan saya menyentuh fasal-fasal dalam Rang Undang-undang ini satu persatu.

Fasal 2 Fasal 2 dalam Rang Undang-undang ini bertujuan meminda Seksyen 3 dengan menggugurkan perkataan "atau diperbaharui" dalam sub-seksyen (5) Seksyen itu. Tujuan pindaan ini adalah untuk mengatasi kekeliruan yang timbul sekarang dengan penggunaan rangkaikata "atau diperbaharui". Pindaan ini menghapuskan konsep pembaharuan lesen dan dengan pindaan ini maka ianya menjelaskan bahawa tempoh sah laku 637

sesuatu permit ialah tempoh yang dinyatakan dalam permit itu. Seseorang pemegang permit hendaklah memohon permit baharu apabila tamat tempoh sah laku permitnya.

Fasa3 Fasal 3 menggantikan sub-seksyen (1) kepada Seksyen 7, dengan satu sub-seksyen baru. Tujuan pindaan ini adalah untuk menambah satu lagi sebab yang boleh digunakan oleh Menteri untuk melarang pencetakan, penjualan, pengimportan, pengedaran atau pemilikan sesebuah penerbitan. Di bawah peruntukan sekarang Menteri boleh berbuat demikian jika beliau berpuashati bahawa kandungan sesuatu penerbitan memudaratkan ketenteraman awam, moral, keselamatan, kepentingan awam atau negara atau yang berlawanan dengan undang-undang. Dengan pindaan baru ini Menteri boleh melarang sesuatu penerbitan jika penerbitan itu mengandungi perkara-perkara yang mungkin mcnggcmparkan fikiran orang ramai. Sub-seksyen (1) yang baru ini juga memberi kuasa kepada Menteri untuk melarang hasil-hasil penerbitan masa hadapan penerbit yang berkenaan.

Fasal 4 Fasal 4 mewujudkan tiga seksyen baru iaitu Seksyen 8A, 8B dan 8C. Seksyen 8A menjadikan perbuatan menyiarkan berita yang tidak benar dengan niat jahat sebagai satu kesalahan di bawah Akta ini. Di bawah peruntukan baru ini seseorang pencetak, penerbit dan pengarang penerbitan yang berkenaan serta penulis laporan atau makalah berkenaan boleh didakwa dan jika disabit boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Di masa-masa ke belakangan ini terdapat banyak laporan-laporan yang tidak benar tersiar dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah baik yang diterbitkan dalam negeri mahupun dari luar negeri. Nampaknya pihak akhbar dan majalah yang terlibat tidak menghiraukan kesan siaran berita yang tidak benar ke atas pihak atau golongan yang menjadi mangsa tindakan mereka atau kesan buruk ke atas keselamatan dan ekonomi negara. Peruntukan baharu ini adalah bertujuan menggalakkan pihak akhbar bersikap lebih bertanggungjawab. Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa pendakwaan bagi kesalahan di bawah Seksyen 8A ini hanya boleh dibuat dengan kelulusan pendakwaraya. Dua peruntukan baru iaitu 8B dan 8C yang diwujudkan memberi kuasa kepada mahkamah untuk menahan dan menggantung mana-mana penerbitan dalam keadaankeadaan tertentu. Di bawah Seksyen 8B, mahkamah atas permohonan pendakwaraya boleh memerintahkan pengharaman sesuatu penerbitan selama tempoh tidak 638

melebihi enam bulan jika orang-orang yang terlibat dengan penerbitan itu telah disabitkan atas apa-apa kesalahan berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan dalam penerbitan itu. Seksyen 8C pula memberi kuasa kepada mahkamah atas permohonan pendakwaraya menggantung sesuatu penerbitan sementara menanti keputusan muktamad sesuatu rayuan terhadap kes kesalahan berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan dalam penerbitan yang berkenaan.

Fasa5 Fasal 5 menggantikan sub-seksyen (1) kepada Seksyen 9 dengan satu subseksyen yang baru. Di bawah sub-seksyen baru (1) ini kuasa menolak pengimportan atau menahan penghantar-serahan atau mengembalikan kepada pengirim mana-mana penerbitan yang tidak diingini atas sebab-sebab yang ternyata dalam subseksyen tersebut adalah diberi kepada Menteri. Di bawah peruntukan lama kuasa itu diberi kepada pegawai kanan berkuasa. Tujuan pindaan ini adalah untuk meletakkan kuasa untuk menahan kemasukan sesuatu penerbitan di tangan Menteri. Walau bagaimanapun bagi membolehkan penerbitan-penerbitan yang tidak diingini ditahan untuk dikaji dan dikemukakan bagi keputusan Menteri, satu Seksyen baru 9A telah diwujudkan mengikut Fasal 6. Seksyen baru 9A ini memberi kuasa kepada seseorang pegawai kanan berkuasa untuk menahan penghantar serahan sesuatu hasil penerbitan yang tidak diingini sementara menunggu keputusan Menteri.

Fasal9 Fasal 9 mewujudkan dua seksyen baru iaitu Seksyen 13A dan 13B mengenai keputusan Menteri. Seksyen 13A memperuntukkan bahawa keputusan Menteri menolak permohonan, membatal atau menggantung sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh disoal dalam mana-mana mahkamah. Seksyen 13B menjelaskan bahawa peluang untuk didengar tidak akan diberi kepada sesiapapun berkenaan dengan permohonannya mendapatkan lesen atau permit atau berhubung dengan pembatalan atau penggantungan lesen atau permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini. Dengan wujudnya Seksyen 13B ini maka peruntukan memberi peluang untuk didengar di dalam Seksyen 13 perlu digugurkan. Pindaan sewajarnya dibuat kepada Seksyen 13 melalui Fasal 8. Kuasa muktamad ini diberi kepada Menteri kerana kerapkali maklumat yang diberi kepadanya jika didedahkan kepada orang ramai akan menyebabkan kesan buruk kepada keselamatan dan kepentingan negara. Jika kes-kes seperti ini dibicarakan secara terbuka tidak dapat tidak mahkamah akan menjadi gelanggang politik. Jika Menteri menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepadanya, rakyat akan menentukan tindakan terhadapnya melalui saluran demokrasi yang diamalkan dalam negara kita ini. 639

Pindaan-pindaan yang dibuat ini adalah kerana pentingnya kuasa-kuasa Kerajaan dijelaskan dalam undang-undang bertulis. Pindaan ini menjadi lebih perlu kerana kecenderungan setengah-setengah pihak menggunakan undang-undang yang tidak bertulis oleh kerana Kerajaan tidak mungkin tahu apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan dan apa yang tidak boleh. Dalam keadaan kabur atau tidak jelas ini pemerintahan menjadi kelam-kabut. Sesiapa sahaja boleh mencabar Kerajaan dan menghalang tindakan yang dianggap sah oleh Kerajaan. Hormat-menghormati antara pihak-pihak dalam masyarakat adalah asas kestabilan negara kita. Jika kita tidak menghormati orang lain, sudah tentu orang lain tidak akan menghormati kita. Tidak ada sesiapa dalam masyarakat kita yang lebih utama daripada yang lain. Ahli-ahli politik dan Kerajaan tidak lebih utama daripada orang awam. Jika mereka tidak menghormati pihak lain mereka juga tidak akan dihormati. Demikian juga dengan pihak-pihak lain dalam masyarakat. Kerajaan memerintah dan mengambil tindakan melalui peruntukan undangundang yang bertulis. Ini menjamin Kerajaan tidak bertindak sesuka hati dan di luar batasan. Undang-undang bertulis jelas menyatakan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat. Dengan perkataan lain Kerajaan, seperti juga rakyat, tertakluk kepada undang-undang. Mungkin undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen tidak begitu tepat. Tetapi ini tidak mudah berlaku dalam sistem demokrasi seperti di Malaysia kerana kelulusan sesuatu undang-undang perlu melalui suatu proses yang telah ditentukan mengikut undang-undang tertinggi kita, iaitu Perlembagaan negara. Sesuatu draf undang-undang disemak dengan teliti oleh penggubal-penggubal undang-undang di Jabatan Peguam Negara. Mereka ini mengambil kira bukan sahaja prinsip-prinsip yang diterima umum untuk undang-undang tetapi berpandukan juga kepada tradisi dan undang-undang lama kita. Undang-undang yang digubal tertakluk kepada undang-undang asas kita - iaitu Perlembagaan. Deraf yang dibuat dikaji juga oleh kementerian atau agensi-agensi Kerajaan yang lain yang terlibat dan akan tertakluk kepada undang-undang itu. Selepas itu draf undang-undang dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Jemaah Menteri dianggotai juga oleh beberapa orang yang mempunyai latarbelakang undang-undang dan orang-orang yang berpengalaman dalam pentadbiran. Mereka juga telah dipilih oleh rakyat dan dapat melihat sesuatu dari sudut rakyat. Kerapkali berlaku hukuman yang berat diringankan kerana mengambilkira perasaan dan pandangan rakyat. Melainkan undang-undang yang tidak kontroversial, biasanya draf undangundang dipinda oleh kabinet dan dihantar balik kepada Jabatan Peguam Negara untuk dipinda supaya lebih sesuai dengan keperluan rakyat dan negara. 640

Selepas diluluskan oleh Jemaah Menteri rang undang-undang itu dikemukakan dalam Dewan Rakyat untuk disemak dan dibahas. Di Dewan Rakyat pihak parti-parti pembangkang berpeluang membuat kritikan dan memberi pandangan-pandangan mereka bersama dengan penyokong-penyokong Kerajaan. Bukanlah satu perkara yang mustahil bagi pihak Kerajaan menerima pandangan-pandangan ahli-ahli Dewan Rakyat, sama ada dari parti pembangkang atau parti Kerajaan dan membuat pindaan mengikut pandangan-pandangan itu. Bahkan ada kalanya yang pihak Kerajaan menarik balik rang undang-undang yang dicadangkan. Sesudah Dewan Rakyat meluluskan undang-undang atau pindaan yang dikemukakan oleh Kerajaan, ia dibentang pula dalam Dewan Negara. Dewan Negara boleh memberi pandangan menyokong atau mengkritik, menghantar balik ke Dewan Rakyat, atau melewat-lewatkan rang undang-undang yang dipertimbangkan olehnya. Biasa berlaku di mana Dewan Negara membuat kritikan yang tajam terhadap undangundang yang disyorkan oleh Kerajaan. Apabila akhirnya diluluskan oleh Dewan Negara, Rang Undang-undang tersebut dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk tandatangan Baginda. Di sini sekali lagi Duli Yang Maha M u l i a boleh menolak dan tidak menandatangani Rang Undang-undang berkenaan dan menghantarkannya balik ke Dewan Rakyat di mana Dewan Rakyat perlu menimbang semula Rang Undang-undang itu dengan mengambilkira sebabmusabab Duli Yang Maha Mulia enggan menandatangani undang-undang berkenaan. Jika Dewan Rakyat berpegang terus kepada Rang Undang-undang asal atau membuat pindaan, dan sesudah diluluskan oleh Dewan Negara, ia perlu dipersembahkan semula kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk ditandatangani. Jika tandatangan Duli Yang Maha Mulia diberi barulah Rang Undang-undang berkenaan menjadi undang-undang. Jika Duli Yang Maha Mulia enggan menandatangani Rang Undang-undang yang telah disemak semula itu, jangkamasa 30 hari mestilah genap sebelum ia boleh menjadi undang-undang tanpa tandatangan Duli Yang Maha Mulia Setia Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Demikianlah proses membuat undang-undang di negara kita yang demokratik ini. Prosesnya tidak mudah. Undang-undang tidak boleh dibuat dengan sewenangwenangnya, dengan sesuka hati satu atau dua orang, atau dengan sesuka hati wakilwakil rakyat yang dipilih. Tidak mudah bagi Kerajaan membuat undang-undang. Tapisan demi tapisan, kajian demi kajian terpaksa dilakukan sebelum sesuatu Rang Undang-undang diterima sebagai undang-undang negara yang sah. Kerap kali Rang Undang-undang atau pindaan mengambil beberapa bulan atau tahun sebelum diluluskan. Jika undang-undang yang digubal dan disahkan dengan begitu payah diketepikan dengan begitu sahaja, apakah gunanya kita membuat undang-undang? Apa gunanya kita bersusah-payah memilih 'legislators' iaitu pembuat undang641

undang? Apa gunanya kita mengadakan Dewan Rakyat dan Dewan Negara? Apa gunanya kita bermesyuarat, berbincang, bertukar fikiran seperti yang ditegaskan dalam dewan-dewan ini? Tetapi ada pihak yang berkata bahawa tujuan sesuatu undang-undang dibuat oleh Dewan Rakyat tidak ada kena-mengena dengan penguatkuasaan undangundang. Pihak yang mentafsir undang-undang tidak perlu sama sekali menimbangkan sebab-sebabnya undang-undang digubal. Kata pakar undang-undang ini, yang perlu ialah pentafsir undang-undang mentafsirkan perkataan yang terdapat dalam undang-undang. Perkataan itu adalah lebih penting daripada niat, walaupun jelas ada tujuan-tujuan tertentu yang mendorongkan pembentukan undang-undang itu. Malangnya apabila perkataan yang digunakan begitu jelas sehingga tidak mungkin disalah-tafsir, pentafsir menggantikan undang-undang ini dengan undangundang tidak bertulis yang begitu umum sehingga boleh ditafsirkan mengikut sesuka hati pentafsir dalam kes-kes tertentu. Kadang-kadang tafsiran yang bertentangan digunakan dalam satu kes, berbanding dengan satu kes yang lain. Maka dengan itu pihak Kerajaan tidak akan mengetahui sama ada Kerajaan bertindak mengikut undangundang atau tidak. Apa sahaja keputusan Kerajaan boleh dicabar oleh sesiapa sahaja dan ditolak dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang tidak bertulis yang dimaksudkan ialah 'English Common Law, natural justice, judicial review" dan sebagainya. Apakah dianya 'English Common Law'? Mengikut Profesor R.H. Hickling, seorang pensyarah undang-undang yang mahir dengan undang-undang di Malaysia, 'English Common Law' berasal dari adat-resam dan falsafah orang British. Ia tidak sama dengan asas undang-undang di negara-negara Eropah yang lain di mana 'Civil Law ' digunakan. Sudah tentu ia tidak secocok dengan hukum-hukum adat orangorang Melayu atau lain-lain kaum di Malaysia. Dalam konsep British, yang berasaskan kepada pertandingan sukan yang digemari oleh mereka, dalam setiap masalah ada dua pihak; iaitu pihak yang mendakwa dan pihak yang didakwa. Untuk menyelesaikan pertikaian antara mereka ini diperlukan seorang pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak boleh disoal atau dicabar. Sekali dipandang cara ini amat sesuai untuk menyelesaikan sebarang pertikaian. Tetapi apa akan terjadi jika pengadil tersalah atau jelas ia berat sebelah? Dalam sukan, rayuan boleh dibuat kepada badan lain seperti 'board' yang dianggotai bukan sematamata oleh pengadil-pengadil tetapi juga oleh beberapa pihak lain. Kemungkinan berat sebelah berlaku dikurangkan dengan cara ini. Yang menjadi masalah ialah dalam undang-undang yang tidak bertulis orang yang didakwa tidak mungkin tahu apa yang ada dalam pemikiran pengadil. Jika pengadil membuat rujukan kepada kes-kes terdahulu di Britain atau lain-lain negara, 642

yang didakwa tidak mungkin tahu yang mana satu kes yang akan menjadi punca rujukan. Asas-asas kes-kes yang terdahulu tidak selalunya sama. Dengan demikian maka pihak yang perlu bertindak, terutama Kerajaan dalam menjalankan tugas-tugasnya, tidak mungkin tahu apakah asas yang akan mempengaruhi pihak pengadil. Mungkin Kerajaan British tahu tetapi Kerajaan seperti di Malaysia tidak tahu akan selok-belok Undang-undang Adat British atau 'English Common Law* ini. Amat sukar bagi sesuatu Kerajaan menjalankan tugasnya jika ia tidak tahu di bawah undangundang apa yang ia bertindak - tidak tahu ia bersalah atau tidak. Semuanya bergantung kepada pengadil berkenaan - lain pengadil mungkin lain pula tafsiran yang dibuat bagi undang-undang yang tidak bertulis ini. Profesor Hickling dalam bukunya "Malaysian Law" telah berkata bahawa mendewa-dewakan 'English Common Law ' ini akan menjadikan kita gila. Seperti kata beliau, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, " but whatever system is to be adopted should grow out of and be in harmony with the nature of the people it is designed to serve, for otherwise it will work to injustice. For too long the virtues of the common law have been praised, especially by those English and American lawyers who see in 'Our Lady the Common Law' a figure of romance so powerful, as to convert the common law itself almost into a religion. That way, madness lies". Demikian juga dengan undang-undang lain yang tidak bertulis. 'Natural justice' atau 'keadilan asasi' boleh ditafsir dengan bermacam-macam tafsiran mengikut budibicara pengadil yang terlibat. Di zaman dahulu di Britain seorang yang mencuri kambing boleh dihukum gantung. Sekarang pembunuhpun tidak boleh dihukum mati. Jika hendak difikir secara logik yang natural, yang betul-betul 'natural justice' ialah 'an eye for an eye, a tooth for a tooth'. Kita tahu pada satu masa dahulu hubungan seks sejenis dianggap salah di Britain. Tetapi sekarang 'sodomy' tidak salah jika kedua-dua pihak bersetuju. Mungkin ini dianggap 'natural' sekarang. Mungkin juga dengan 'Common Law Wife' yang telah menghasilkan kesedudukan di Britain sebagai perkara natural yang diterima oleh masyarakat. Tetapi pemikiran yang sebegini tidak dianggap natural di Malaysia. Dengan itu kita sepatutnya tidak menggunakan konsep 'natural justice' British ini. Ianya tidak natural bagi kita. Lebih baik kita pegang kepada undang-undang bertulis kita. 'Judicial review* pula memberi kuasa yang tidak terhad kepada pentafsir undangundang sehingga mereka boleh menidakkan pelaksanaan atau penguatkuasaan apa sahaja undang-undang. Tiada sesiapa yang boleh meneka apakah hasil 'review* oleh seorang pengadil kerana ia bergantung kepada budibicara orang berkenaan. Dengan diputuskan bahawa siapa sahaja boleh mendakwa Kerajaan, maka Kerajaan tidak lagi boleh memutuskan apa-apa dengan tepat. Setiap keputusan boleh dicabar dan mungkin ditolak. Dengan ini Kerajaan tidak lagi menjadi 'executive'. Pihak lain sudah mengambilalih tugas ini. 643

Undang-undang ini dipinda kerana Kerajaan yang mewakili rakyat berpendapat amatlah bahaya jika pentadbiran negara ditafsirkan mengikut budibicara dua tiga orang sahaja. Walau bagaimana bijak sekalipun orang-orang ini, sebagai manusia biasa mereka mempunyai perasaan yang boleh mempengaruhi fikiran dan pendirian mereka. Bukanlah satu perkara yang mustahil bahawa tafsiran dibuat bukan secara terkecuali tetapi kerana nilai dan kepercayaan tertentu yang ada pada dan mempengaruhi pihak pentafsir tersebut. Di dalam bukunya T h e Politics of the Judiciary' seorang penulis British yang bernama J.A.G. Griffith dari London School of Economics and Political Science telah berkata, dengan izin, "Every practising barrister knows before which judges he would prefer not to appear in a political case because he believes that certain judges are much more likely than others to be biased against certain groups ". Ini jelas membuktikan bahawa bukan pertimbangan yang wajar yang menentukan keputusan pengadil tertentu tetapi sifat yang ada pada mereka. Jika undang-undang digubal dan ditafsir oleh pentafsir undang-undang, kemungkinan pertimbangan yang mirip kepada pendirian pentafsir berkenaan akan bertambah. Apabila undang-undang yang tidak bertulis digunakan maka sebenarnya pengadil membentuk undang-undangnya sendiri dan ia tentulah akan 'bias' kepada undang-undangnya. Dalam demokrasi, kita membahagikan tugas kepada tiga pihak, iaitu pihak pengubal undang-undang atau 'legislators', pihak pelaksana undang-undang dan dasar atau 'executive', dan pihak pengadil atau 'judiciary'. Sepatutnya pihak-pihak ini melakukan 'checks and balance' supaya tiada sesiapapun dapat melampaui batasannya. Jika penggubal undang-undang juga menjadi pelaksana dan pengadil maka 'checks and balance' dalam demokrasi tidak akan dapat diamalkan. Perkara ini sudahpun berlaku di Malaysia. Oleh itu Kerajaan berhajat untuk 'codify', iaitu menentukan melalui undang-undang khusus berkenaan dengan kuasa dan tugas masing-masing bagi ketiga-tiga pihak ini supaya dapat mereka melakukan tugas 'checks and balance' dengan sempurna. Sementara itu Kerajaan berhajat untuk membuat undang-undang yang tidak boleh disalah-tafsir oleh sesiapa. Inilah pindaan yang dibuat sekarang terhadap A k t a M e s i n Cetak dan Penerbitan 1984. Dengan pindaan ini pengeluar dan pengimport bahan cetak akan tahu dengan jelas apa yang baik bagi negara kita dan mereka dapat mengawal diri mereka. Kebebasan akhbar bukanlah 'absolute'. Di mana-mana juga akhbar di'control' bukan sahaja oleh Kerajaan tetapi juga oleh pengarang dan kakitangan lain dalam akhbar berkenaan, oleh pengiklan dan juga oleh pemilik akhbar. Setiap pihak mempunyai pendirian dan kepentingan tertentu. Kebebasan akhbar adalah kebebasan bagi golongan ini sahaja. Jika ada di antara golongan ini yang tidak bertanggungjawab atau ingin mengembangkan sesuatu pandangan yang tidak sihat masyarakat akan menjadi mangsa. Kerajaan bertanggungjawab mengawasi supaya perkara-perkara yang tidak sihat tidak dikembangkan terutama dalam negara majmuk kita ini. Undang-undang seperti 644

ini bukan hanya terdapat di Malaysia sahaja tetapi juga di negara-negara lain. Ia juga terdapat di negara di mana beberapa majalah antarabangsa diterbitkan. Hakikat yang perlu kita beri perhatian yang serius ialah kestabilan dan pembangunan negara kita yang berbilang kaum ini. Jika untuk kepentingan ini kita perlu mengawal sedikit kebebasan satu golongan yang mengancam kestabilan kita, kita perlulah melakukan pengawalan ini. Inilah sahaja yang mendorong Kerajaan membuat beberapa pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang telah saya jelaskan. Saya mohon mencadangkan.

645

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU AKTA UNTUK MEMINDA AKTA POLIS 1967 DI DEWAN RAKYAT 4HB. DISEMBER, 1987

S

aya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Polis 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Kerajaan menyedari beberapa Seksyen dalam Akta Polis 1967 perlu dipinda dengan tujuan untuk mengemaskinikan undang-undang tersebut supaya dapat pihak polis mengambil tindakan yang lebih berkesan ke atas pihak-pihak yang tidak mematuhi undang-undang dalam menganjurkan perhimpunan, perjumpaan dan perarakan. Dalam masyarakat kita, perhimpunan, perjumpaan dan perarakan boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam jika ia bermaksud mencabar dan mengancam pihak-pihak yang tertentu. Dalam masyarakat kita yang majmuk tindakan melahirkan perasaan tidak puashati melalui perhimpunan berkemungkinan mencetuskan perbalahan antara kaum. Bagi maksud mengawal perhimpunan, perjumpaan dan perarakan, Akta Polis memperuntukkan di bawah Seksyen 27, peraturan yang perlu dipatuhi oleh penganjur dan orang-orang yang mengambil bahagian. Seksyen ini juga menetapkan peraturan dan syarat mengenai kelulusan lesen mengadakan perhimpunan, perjumpaan dan perarakan dan kuasa polis untuk menyuraikan perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang tidak sah. Seksyen berkenaan juga memperuntukkan kesalahan yang boleh dijatuhkan ke atas mereka yang didapati bersalah. Dari pengalaman pihak polis terdapat beberapa kelemahan dalam peruntukan itu yang menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat bertindak dengan berkesan ke atas mereka yang melanggar undang-undang. Di antara peruntukan yang dikenalpasti mempunyai kelemahan itu termasuklah:Pertama, mengikut undang-undang yang sedia ada sekarang ini orangorang yang bertanggungjawab mengadakan perhimpunan awam tidak dapat didakwa dan hanya pemegang lesen sahaja yang selalunya didakwa. Pemegang lesen tidak semestinya merupakan orang-orang yang penting dalam organisasi yang menganjurkan perhimpunan haram berkenaan. Kedua, hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang yang disabit kesalahan adalah terlalu ringan dan ini boleh menggalakkan wujudnya satu budaya yang 646

menggunakan demonstrasi sebagai alat untuk menonjolkan kepentingan mereka. Ini bukanlah satu trend yang sihat. Ketiga, kelemahan dalam undang-undang yang ada sekarang ini telah diperalatkan oleh pihak yang dilarang mengadakan perhimpunan di tempat awam untuk menganjurkan perhimpunan itu di tempat persendirian dan dengan menggunakan pembesar suara, perbincangan dan ucapan yang diadakan telah dapat didengar oleh orang-orang yang berada di luar tempat persendirian tersebut. Dengan cara ini perhimpunan yang diadakan di tempat persendirian itu menjadi satu perhimpunan awam. Menyedari kelemahan-kelemahan itu, Kerajaan yakin bahawa perkara ini perlulah diatasi dengan segera supaya keselamatan dan ketenteraman awam dapat terus dipelihara. Kajian yang teliti telah dibuat ke atas masalah ini dan Kerajaan dengan ini memperakukan supaya pindaan dibuat kepada Seksyen 27 Akta Polis berkenaan. Secara ringkasnya pindaan itu adalah seperti berikutFasal 3(a) Fasal 3(a) ini bertujuan meminda Seksyen 27(1) untuk memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis untuk mengarahkan perjalanan perhimpunan, perjumpaan dan perarakan di tempat awam. Pada masa sekarang kuasa ini terletak kepada pegawai-pegawai kanan polis berpangkat (Inspektor ke atas). Pindaan ini adalah perlu supaya polis dapat bertindak dengan segera dan berkesan. Fasal 3(b) Mewujudkan sub-seksyen baru (2A), (2B), (2C) dan (2D) yang memperuntukan syarat-syarat bagi memohon lesen untuk mengadakan perhimpunan, perjumpaan dan perarakan di tempat awam. Mengikut peruntukan yang dipinda ini sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan hendak dibuat oleh suatu pertubuhan atau bersesama oleh tiga orang individu. Tujuan pindaan ini ialah untuk menentukan supaya mana-mana perhimpunan adalah dianjurkan oleh sesebuah organisasi atau sekurang-kurangnya oleh tiga orang. Fasal 3(c) dan 3(d) Fasal 3(c) bertujuan untuk mengkanunkan semula sub-seksyen 4(a) yang sedia ada dan fasal 3(d) bertujuan untuk memperkenalkan sub-seksyen baru 4(A) bagi menggantikan sub-seksyen 4(b) yang sedia ada. 647

Fasal 3(e) dan 3(f) Fasal 3(e) meminda sub-seksyen 27 yang memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan ke atas sesiapa yang hadir dalam mana-mana perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang tidak dikeluarkan lesen. Fasal 3 (f) pula bertujuan meminda sub-seksyen yang sama untuk memperuntukkan bahawa orang-orang yang ada sangkut-paut memanggil, mengumpul ataupun mengarah satu-satu perhimpunan, perjumpaan dan perarakan tanpa lesen adalah melakukan kesalahan. Pindaan ini dibuat dengan tujuan untuk memastikan supaya orang-orang yang terlibat tidak terlepas daripada tindakan undang-undang. Fasal 3(g) Fasal 3(g) mewujudkan tiga sub-seksyen baru iaitu sub-seksyen (5A), (5B), (5C). Sub-seksyen (5A) memperuntukkan bahawa seseorang yang dituduh tidak boleh membela dirinya dengan alasan bahawa ia tidak mengetahui yang perhimpunan, perjumpaan dan perarakan itu adalah satu perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang haram. Walau bagaimanapun seseorang yang berada di tempat perhimpunan, perjumpaan dan perarakan itu secara kebetulan dan tidak berniat untuk mengambil bahagian boleh menggunakan alasan itu untuk membela dirinya. Ini diperuntukan dalam sub-seksyen (5B). Sub-seksyen (5C) pula memperuntukan bahawa kesemua ahli-ahli pengelola mana-mana pertubuhan yang terlibat dalam sesuatu perhimpunan haram adalah melakukan satu kesalahan kecuali jika mereka dapat membuktikan bahawa mereka tidak tahu-menahu mengenai perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang diadakan itu atau telahpun mengambil tindakan untuk menghalang atau telah mengumumkan pendirian yang mereka tidak bersetuju dengan keputusan mengadakan perhimpunan, perjumpaan dan perarakan itu. Fasal 3(h) Fasal 3(h) menggantikan sub-seksyen 8 Seksyen 27 yang menetapkan denda minimum RM2,000 dan maksimum RM10,000 dan penjara tidak lebih dari satu tahun. Hukuman sekarang ialah denda tidak melebihi PJVI500 atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali. Fasal 4 Mewujudkan seksyen baru 27A, 27B, dan 27C untuk mengawal perhimpunan di tempat-tempat bukan tempat awam. Di bawah peruntukan ini polis boleh memberhentikan mana-mana aktiviti yang dijalankan di tempat persendirian jika didapati perhimpunan, perjumpaan dan perarakan itu memudaratkan keselamatan atau ketenteraman awam. Polis juga boleh menyuraikan orang-orang yang berkumpul di luar premis persendirian itu jika bilangan orangorang yang berkumpul itu melebihi 20 orang. Pihak polis juga diberi kuasa 648

untuk menyuraikan perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang diadakan di dalam atau di luar premis persendirian itu; dan jika mereka yang terlibat tidak mematuhi arahan polis untuk bersurai, pihak polis diberi kuasa untuk menggunakan kekerasan yang munasabah. Kesalahan dan hukuman di bawah seksyen baru ini adalah denda minimum RM2,000 dan maksimum RM10,000 dan penjara tidak lebih dari satu tahun. Selain daripada pindaan kepada Seksyen 27 Akta Polis itu, Kerajaan juga mencadangkan pindaan kepada dua seksyen yang lain iaitu Seksyen 26 dan Seksyen 30. Seksyen 26 A k t a Polis yang ada sekarang menetapkan kuasa untuk mengadakan sekatan jalanraya kepada pegawai kanan polis berpangkat Inspektor ke atas. Oleh kerana bukan di semua tempat ada pegawai kanan polis, maka peruntukan ini telah menghadkan tindakan yang boleh diambil oleh pihak polis. Peruntukan ini telah menghalang pihak polis bertindak dengan segera. Untuk mengatasi masalah ini adalah perlu pindaan dibuat supaya kuasa ini diberikan kepada mana-mana pegawaipegawai polis supaya tindakan segera dapat diambil untuk mengadakan sekatan jalanraya. Seksyen 30 dalam Akta Polis pula memperuntukkan kuasa kepada Pesuruhjaya Polis atau Ketua Polis Negeri dengan persetujuan Menteri bagi melarang penggunaan bendera, sepanduk dan pembesar suara. Bagi membolehkan pihak polis bertindak dengan segera, maka peruntukan ini dipinda supaya kuasa ini dapat dijalankan oleh Pesuruhjaya Polis atau Ketua Polis Negeri sahaja tanpa mendapat persetujuan Menteri terlebih dahulu. Ini adalah kali yang kedua saya membentangkan rang undang-undang (pindaan) yang Kerajaan tidak dapat berbangga dengannya. Sepatutnya bukan sahaja Kerajaan tetapi juga rakyat keseluruhannya tidak boleh berbangga dengan pindaan undangundang ini. Sebabnya saya berkata demikian ialah kerana ia membuktikan bahawa terdapat dalam masyarakat kita individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang belum dewasa politik mereka, yang tidak tahu mengawal diri sendiri, yang tidak menghargai sikap liberal Kerajaan. Orang yang sudah dewasa akan tahu mengawal diri tanpa dikawal oleh undang-undang yang ketat. Mereka tidak akan membuat sesuatu yang mereka tahu boleh membawa keburukan kepada masyarakat. Mereka bertanggungjawab dan tidak akan membuat apa-apa yang boleh menjejas kestabilan dan pembangunan negara. Malangnya, golongan ini sentiasa mencari loopholes' dalam undang-undang supaya mereka boleh melakukan sesuatu yang tidak baik tanpa Kerajaan dapat membuat apa-apa kepada mereka melalui undang-undang. 649

Oleh kerana denda yang dikenakan adalah rendah umpamanya, mereka sanggup melanggar undang-undang dan membayar denda dengan tidak berasa malu sedikitpun. Bahawa tindakan mereka memburukkan keadaan politik dan ekonomi negara tidak sedikitpun menghalang mereka. Yang penting bagi mereka ialah parti mereka dan politik parti mereka. Jika negara Malaysia mendapat gambaran sebagai sebuah negara yang tidak tenang dan tidak menarik kepada para pelabur, ini sangat disukai oleh mereka ini. Biarlah rakyat menderita kerana tidak ada peluang kerja asalkan mereka boleh mendakwa bahawa Malaysia tidak demokratik, tidak stabil dan tidak dapat menarik para pelabur. Mereka berharap dengan cara ini mereka dapat memburukkan imej Kerajaan untuk kepentingan politik parti mereka. Mereka inilah yang sering bercerita kepada orang-orang asing kononnya keadaan di Malaysia sangat buruk. Mereka berbohong mengenai keadaan di Malaysia untuk mendapat simpati kepada perjuangan parti mereka. Bahawa ini menjejaskan pembangunan negara dan rakyat Malaysia tidak menjadi masalah kepada mereka. Jika dikatakan mereka tidak setia, mereka amat marah. Tetapi apa lagi yang hendak dipanggil mereka ini? Mereka tahu jika mereka dapat memaksa Kerajaan bertindak keras ke atas mereka, tindakan Kerajaan ini juga boleh dijadikan isu politik. Oleh itu mereka sengaja mempermainkan undang-undang yang ada untuk memaksa Kerajaan mengadakan undang-undang yang lebih keras. Kemudian mereka mengecam Kerajaan dan menyoal mengapa membuat undang-undang yang begitu keras. Mereka akan berkata Kerajaan tidak demokratik, walhal merekalah yang sengaja menjolok Kerajaan. Kerajaan menghadapi dilema dalam perkara ini. Jika undang-undang tidak diperkukuhkan, mereka ini akan membuat bermacam-macam untuk mencetuskan huru-hara dan ketegangan dalam negara kita. Jika Kerajaan mengukuhkan undangundang, Kerajaan akan dikecam dengan berbagai tohmahan dan tuduhan. Kerajaan akan dituduh tidak liberal. Tetapi Kerajaan ini tidak akan lari daripada tanggungjawabnya. Biar apa juga tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, Kerajaan akan terus menjalankan tugasnya dan bersikap bertanggungjawab. Kepada individu-individu yang tidak menghargai sikap liberal Kerajaan, kita tidak perlu liberal. Bersikap liberal kepada individu-individu ini samalah seperti memberi bunga kepada kera. Kecantikan bunga tidak menawan hati kera dan ia biasanya mengoyak-ngoyakkan bunga itu. Tidak dapat tidak pihak DAP akan berkata bahawa dengan adanya pindaan kepada Akta Polis ini maka negara akan menjadi tidak demokratik. Mereka akan berkata 'loceng maut' berbunyi lagi kerana kematian demokrasi. Mereka akan menambah bahawa pelabur-pelabur tidak akan datang ke negara ini. Jika benar seperti kata DAP bahawa dengan berbagai undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan ini dahulu loceng maut' sudah berbunyi terhadap demokrasi di Malaysia, bagaimanakah demokrasi boleh mati berkali-kali? 650

Dengan DAP berkata bahawa 'loceng mauf telah berbunyi sekali lagi bermaknalah undang-undang yang diluluskan dahulu tidak membunuh demokrasi. DAP sebenarnya mengakui bahawa demokrasi masih hidup di Malaysia, dan akan terus hidup melainkan parti DAP memerintah. Sebenarnya pelabur-pelabur asing tidak mengambilkira sama ada wujud atau tidak demokrasi dalam negara-negara yang mereka ingin melabur. Perkara utama bagi mereka ialah kestabilan politik dan Kerajaan yang kuat dan boleh menguatkuasakan undang-undang. Jika kita mengkaji dengan ikhlas kita akan mendapati bahawa pelaburan asing yang terbesar di rantau Timur ini ialah dalam negara-negara yang kurang atau tidak begitu demokratik, tetapi mempunyai Kerajaan yang kuat yang dapat menentukan kestabilan politik dalam negara. Tidak sesiapapun yang mahu melabur dalam sesebuah negara yang begitu demokratik sehingga setiap hari tunjuk perasaan berlaku dan Kerajaan jatuh dua bulan sekali. Para pelabur tidak melabur kerana ingin menegakkan demokrasi di negaranegara di dunia ini. Para pelabur datang kerana keuntungan yang boleh diperolehi. Keadaan kacau-bilau yang disebabkan oleh penyalahgunaan hak-hak demokrasi tidak akan menarik mereka. Sebab itulah Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan kesejahteraan rakyat negara ini perlu menentukan kestabilan walaupun ini bermakna sedikit sebanyak kebebasan yang boleh disalahgunakan oleh sebilangan kecil daripada ahli-ahli politik yang 'frustrated' terpaksa dibendung. Inilah sebabnya pindaan undang-undang ini dibuat kepada Akta Polis. Ia bertujuan menentukan tindakan polis lebih cepat dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan negara. Dengan pindaan ini suatu kawalan yang lebih berkesan dapat diwujudkan untuk mengawasi perhimpunan, perjumpaan dan perarakan. Dengan kawalan ini adalah diharapkan perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang diadakan pada masa hadapan akan berjalan dengan lebih bertanggungjawab dan mengikut batasan-batasan yang wajar demi memelihara keselamatan dan ketenteraman awam. Saya mohon mencadangkan.

651

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MEMPERINGATI JASA TOKOH-TOKOH TABUNG HAJI DI BANGUNAN TABUNG HAJI, KUALA LUMPUR 7HB. DISEMBER, 1987

B

ersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana kita dapat bersama-sama hadir dalam majlis malam ini. Majlis ini menunjukkan bahawa Tabung Haji tidak melupai jasa mereka yang telah memberi sumbangan, bukan sahaja daripada segi "material", tetapi juga daripada segi usaha dan kerjasama dalam membantu Tabung Haji mencapai tahap kejayaan seperti yang kita dapati sekarang ini.

Saya percaya, semenjak 25 tahun wujudnya Tabung Haji, telah banyak perkaraperkara dan masalah-masalah yang dapat diselesaikan tentang pengendalian jemaah haji dan di dalam bidang perusahaan dan pelaburan. Maka masanya telah tiba, pada pendapat saya, untuk Tabung Haji melihat pengendalian jemaah haji daripada satu perspektif yang lebih luas lagi. Pemergian rakyat Malaysia yang beragama Islam semenjak turun-temurun mengerjakan haji di Tanah Suci telah sedikit sebanyak memberi kesan serta perubahan, bukan sahaja kepada jemaah-jemaah berkenaan, tetapi juga kepada masyarakat Islam di Malaysia daripada segi sikap, cara berfikir dan keadaan sosio-ekonomi mereka. Tabung Haji dan pihak-pihak yang berkenaan mungkin dapat mengkaji implikasi jemaah-jemaah kita yang menunaikan rukun Islam kelima lebih daripada sekali. Kajian ini bukan sahaja perlu menumpu kepada soal hukum tetapi juga daripada perspektif kesan kepada mereka ini, kepada masyarakat, kesan kepada ekonomi negara dan kesan terhadap kawalan keamanan di Arab Saudi. Seperti yang kita maklum, Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pun mengerjakan haji sekali sahaja seumur hidup Baginda. Kita ke Mekah buat kali kedua sekiranya mampu dan difikirkan pemergian yang pertama tidak begitu sempurna. Mungkin kita dapat memberi panduan kepada mereka yang menunaikan rukun haji lebih daripada sekali bahawa berbagai amalan seperti membantu fakir-miskin, membiayai projek-projek agama dan lain-lain usaha adalah juga dituntut oleh Ilahi. Saya berharap supaya kajian ini menyeluruh dan mendalam bagi mengelakkan salah-sangka. Apabila timbul salah-sangka akan timbul pula tohmahan dan ini akhirnya akan membawa kepada pandangan yang negatif. Cadangan ini hendaklah difikirkan secara terbuka. Sekiranya menunaikan haji berulang kali ini banyak terjadi, kita harus menekankan kepada pemberian panduan mengenai berbagai amalan yang dituntut oleh Allah sekiranya berlebihan rezeki. Saya berharap juga supaya cadangan ini tidak ditakrifkan sebagai galakan membelanja rezeki yang lebih itu kepada hal-hal duniawi, sebaliknya untuk usaha-usaha yang dituntut oleh Islam. Di samping itu, 652

sekiranya kajian sebegini hendak dijalankan, pandangan institusi-institusi agama Islam yang lain haruslah diperolehi supaya terdapat perpaduan dalam sebarang panduan yang akan kita kemukakan kemudian kelak. Lima tahun yang lepas, di dalam upacara Meletak Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji yang tersergam ini, saya telah menekankan tentang peranan Tabung Haji ini di dalam memulihkan ekonomi umat Islam yang saya anggapkan sebagai satu peranan yang penting. Peranan ini hendaklah diteruskan oleh Tabung Haji dengan lebih gigih lagi. Walaupun terdapat lebih kurang 7 juta umat Islam di negara ini, hanya 1.2 juta sahaja yang menyimpan dengan Tabung Haji. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan kita semua supaya Tabung Haji akan terus memberi penerangan yang sebaik-baiknya supaya lebih banyak lagi umat Islam di negara ini tampil ke hadapan dan membuka akaun simpanan masing-masing. Begitu juga jumlah simpanan tiap-tiap penyimpan hendaklah bertambah. Pada hari ini, purata simpanan ialah di antara RM400 hingga RM500 seorang dan ini adalah merupakan satu jumlah simpanan yang agak rendah. Semua pihak hendaklah mengambil tindakan yang sepatutnya, supaya jumlah simpanan purata bagi tiap-tiap seorang penyimpan dipertingkatkan lagi sekurang-kurangnya kepada RM1,000 seorang. Tugas memulihkan ekonomi umat Islam ini berkait rapat dengan usaha memulihkan maruah umat Islam yang pada ketika ini adalah pada tahap yang amat mendukacitakan. Kebangkitan kesedaran Islam yang wujud pada hari ini tidak akan memberi apa-apa makna, jika sekiranya kita hanya dapat mengagungkan pemerintahan Islam di zaman para sahabat Nabi sahaja. Kebangkitan Islam di zaman ini hendaklah juga merangkumi bidang-bidang ekonomi, pendidikan dan politik. Hanya umat Islam yang kukuh dan tegap dalam bidang-bidang ini yang akan dihormati dan bermaruah tinggi. Saya merasa gembira memerhatikan bahawa sebahagian daripada undangan pada malam ini terdiri daripada yang bukan Islam. Ini adalah wajar kerana di dalam usaha mencapai matlamatnya, Tabung Haji juga menggunakan perkhidmatan pihak yang bukan Islam. Ini juga merupakan satu contoh yang baik kerana di akhir-akhir ini ada juga pihak-pihak yang menyarankan bahawa bekerjasama dan bergurukan kepada orang yang bukan Islam itu menyalahi kehendak Islam. Saranan-saranan serupa itu bukan sahaja tidak berlandaskan kepada ajaran Islam yang sebenar, tetapi akan membawa kepada kelemahan dan keruntuhan umat Islam sendiri. Umat Islam tidak akan sampai ke mana-mana, jika kita hanya bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi hanya di antara kita sahaja. Umat Islam seharusnya tidak menghadkan usahanya hanya kepada satu-satu sumber sahaja, tetapi hendaklah bersikap liberal di dalam perkara seperti ini, supaya dapat menggunakan segala sumber yang ada demi kebaikan ummah. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa saya akan mengikuti perkembangan Tabung Haji dari masa ke semasa. Adalah menjadi harapan saya bahawa Tabung Haji akan terus berusaha dan berkembang di dalam peranan 653

pelaburannya, di samping tugasnya yang utama iaitu memberi perkhidmatan yang baik dan cekap kepada jemaah haji. Kepada pihak pengurusan dan kakitangan Tabung Haji, saya berharap tuan-tuan dan puan-puan akan dapat meneruskan prestasi baik yang telah dicapai oleh organisasi ini. Bagaimanapun kita mestilah sentiasa mencari jalan dan meningkatkan lagi usaha bagi memajukan lagi prestasi Tabung Haji pada masa hadapan. Kepada tokoh-tokoh lama yang telah menjayakan pembangunan dan pengurusan Tabung Haji sehingga ia menjadi contoh dalam dunia Islam dan bukan Islam, saya mengucapkan berbanyak terima kasih. Negara akan sentiasa terhutang budi dan mengenang jasa tuan-tuan dan puan-puan. Moga-moga tuan-tuan dan puan-puan akan diberkati Allah Subhanahu Wataala dan diberi ganjaran yang setimpal.

654

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PELANCARAN KHEMAHKERJA KEJIRANAN DI HUTAN LIPUR KANCHING, TAMAN TEMPLER 8HB. DISEMBER, 1987

S

yukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana di atas limpah kurniaNya, dapat kita berhimpun pada pagi ini. Terlebih dahulu ingin saya merakamkan penghargaan kepada Jabatan Perpaduan Negara, kerana menjemput saya pada pagi ini dan seterusnya untuk merasmikan upacara Pelancaran Khemahkerja Kejiranan. Saya difahamkan bahawa Khemahkerja Kejiranan ini mempunyai cirinya tersendiri. Ia dijalankan bukan semata-mata untuk memenuhi masa lapang cuti sekolah bahkan bertujuan untuk membolehkan generasi muda menghayati akan unsur-unsur perpaduan, melalui aktiviti yang disusun khusus bagi melahirkan peluang berinteraksi, berkomunikasi dan bekerjasama di tahap yang maksimum, antara peserta berbagai kaum.

Selain daripada itu, di dalam pengelolaan khemahkerja ini terdapat penyertaan sektor swasta secara langsung, bukan setakat menyumbangkan peralatan khemahkerja, bahkan juga dalam menyampaikan ceramah kepada peserta-peserta sekalian. Saya merasa amat gembira di atas dayausaha ini, iaitu menggemblengkan pihak swasta dengan agensi-agensi Kerajaan dalam satu usahasama seperti khemahkerja ini. Kepada pihak swasta yang belum lagi menyumbangkan ke arah ini, saya berharap mereka akan bermurah hati berbuat demikian, bukan sahaja untuk khemahkerja, tetapi juga bagi lain-lain aktiviti penggalakkan perpaduan rakyat. Ini juga dapat memenuhi konsep bahawa usaha untuk memupuk perpaduan nasional adalah tanggungjawab bersama. Sekiranya banyak lagi firma yang tampil ke hadapan untuk membantu Kerajaan dalam aspek perpaduan negara, maka banyaklah lagi program penggalakan, seperti khemahkerja ini dapat dilaksanakan baik di peringkat Negeri mahupun daerah. Perpaduan antara kaum yang menjadi warganegara negara ini amatlah penting kerana kita tidak boleh mengelak daripada realiti kehidupan kita di negara kita Malaysia yang kita cintai ini. Realiti yang dimaksudkan ialah penduduk dan rakyat negara ini terdiri daripada berbagai kaum. Jika kaum-kaum di negara ini tidak bersefahaman dan berhubung rapat, maka masa kita akan dihabiskan dengan bersengketa sesama sendiri, semasa dunia luar berkembang maju dan mara jauh ke hadapan kita. Sebaliknya, jika kita menerima hakikat bahawa penduduk di negara ini terdiri daripada berbagai kaum dan kita menyusun langkah untuk menyatukan segala kekuatan yang terdapat pada setiap kaum, dan kita gabungkan kekuatan ini, tidak dapat tidak kejayaan kita boleh meningkat dengan begitu pesat.

655

Untuk ini, langkah yang pertama ialah kita mengenali kaum-kaum yang ada dalam negara kita. Ini bukan sahaja bermakna berdamping rapat dan berkawan, tetapi mengetahui adat resam dan pantang-larang masing-masing. Setelah kita mengenali perkara-perkara ini dan mengetahui sensitiviti masing-masing hendaklah kita secara sedar mengelak daripada membuat atau memperkatakan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan rakan kita yang berlainan keturunan dan agama. Kita tahu bahawa sesuatu kaum itu bukan sahaja mempunyai kekuatan tetapi juga kelemahannya. Semua kaum perlu menolong kaum lain mengatasi kelemahannya. Ada kaum yang tidak begitu menitikberatkan adat resam dan mereka perlu dibimbing oleh mereka yang menitikberatkan adat resam. Sebaliknya ada kaum yang lemah dalam bidang perniagaan dan perusahaan dan mereka juga perlu dibimbing oleh kaum yang lebih berjaya dalam bidang ini. Segala-gala yang dilakukan hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan jujur. Melepas batuk di tangga bukanlah caranya. Perkongsian hendaklah dibuat dengan semua pihak bersama-sama menanggung beban kerja. Perbuatan 'window dressing' atau menjadikan usaha ke arah perimbangan kaum sebagai hiasan sahaja hendaklah dihapuskan sama sekali. Perbuatan seperti mengadakan perniagaan Ali-Baba yang mana A l i tidur, Baba bekerja, tidak akan menolong mengeratkan perhubungan kaum. Di sini kita harus persalahkan bukan Baba tetapi rakannya A l i . Selagi ada amalan ini A l i tidak akan dapat meningkatkan kecekapannya dan ia akan bergantung selama-lamanya kepada Baba. Perseimbangan tidak akan tercapai antara kaum dan dengan itu akan kekallah perasaan curiga antara satu kaum dengan kaum yang lain. Sudah tentu perpaduan tidak mungkin wujud. Sebaliknya jika A l i terpaksa menanggung beban bersama dengan Baba, maka lama-kelamaan A l i akan menjadi sama cekap dengan Baba dan perasaan syak wasangka akan hapus. Oleh itu kedua-dua pihak hendaklah mengadakan kerjasama yang ikhlas untuk mempercepatkan persefahaman antara kaum. Bila kita memperkatakan mengenai perpaduan nasional, kita dapati bahawa ramai rakyat yang belum memahami akan unsur-unsurnya. Ini menimbulkan berbagai-bagai persepsi terhadap konsepnya, yang dibuat oleh golongan rakyat yang berbeza-beza, melalui perspektif masing-masing. Perkara ini perlu diperbetulkan dan saya berbangga bahawa Jabatan Perpaduan Negara sedang berusaha menguruskan perkara ini. Arus pembangunan bangsa berkembang dan bergerak di atas landasan-landasan tertentu. Dalam hal ini, bagi kita, landasan pertama ialah penghayatan akan latarbelakang sejarah negara ini semenjak zaman dahulu kala. Sebelum kedatangan penjajah, negara ini telahpun mempunyai ketamadunan dan peradabannya sendiri, melalui satu bentuk pentadbiran yang tersusun. Apabila orang-orang dari negara luar datang bermastautin di negara ini, mereka mendapati perlu untuk menyesuaikan diri serta cara hidup mereka kepada suasana dan masyarakat yang telahpun wujud di negara ini.

656

Landasan kedua ialah pengiktirafan pihak penjajah ke atas ketamadunan dan peradaban itu. Oleh kerana pengiktirafan ini, maka mereka telah menghormati akan adat resam, pantang larang, agama, institusi beraja dan rakyat negara ini, sehinggalah faktor-faktor tersebut dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang telah digubalkan dengan bantuan nasihat pihak penjajah juga. Landasan ketiga ialah apa yang saya anggap sebagai amat penting sekali, iaitu muafakat antara kaum menjelangnya kemerdekaan negara ini. Di dalam muafakat itu beberapa perkara yang menyentuh faktor-faktor seperti yang disebut sebagai landasan yang kedua tadi, telah dibincang dan dipersetujui melalui semangat tolak-ansur, hormat-menghormati antara pemimpin-pemimpin negara dari semua kaum pada masa itu. Landasan keempat ialah penguasaan dan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini tanpa menyekat penggunaan bahasabahasa lain. Berdasarkan kepada empat landasan itulah maka kita telah 'committed' kepada pencapaian matlamat utama, iaitu pembangunan bangsa yang merdeka, di negara yang aman, makmur dan stabil, melalui perpaduan nasional. Dari itu adalah menjadi kewajipan kita semua untuk menonjolkan nilai-nilai asas perpaduan melalui proses pemasyarakatan dan pembudayaan. Penghayatan nilai-nilai asas atau 'core values' akan membawa pula kepada penerapan nilai-nilai bersama atau 'shared values'. Seterusnya perpaduan mencakupi pelbagai aspek integrasi, termasuk integrasi kawasan, wilayah, sosial, budaya, bahasa dan ekonomi. 1

Dengan itu, melalui khemahkerja seperti ini, saya berharap perkara-perkara yang telah saya nyatakan sebentar tadi, dapat dimaklumkan kepada peserta-peserta sekalian yang terdiri daripada generasi baru. Ini ialah supaya ianya betul-betul dapat dihayati oleh mereka, yang kemudiannya akan menyebarkan kepada kawan-kawan mereka yang lain. Apabila generasi muda ini kelak meningkat dewasa, perlulah pula mereka menerangkan hal-hal yang demikian kepada anak-anak mereka nanti. Pernah dinyatakan bahawa kanak-kanak dilahirkan tanpa prejudis. Oleh itu saya berharap kanak-kanak akan terus dipupuk dengan aspek-aspek positif yang boleh mengukuhkan perpaduan, supaya mereka terus hidup tanpa prejudis dari kecil sehingga dewasa. Aspek ini hendaklah dijadikan kesinambungan warisan, dari satu generasi ke generasi yang lain, kalau kita mahu negara ini terus aman, makmur dan sejahtera. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Dengan berdoa ke hadrat Ilahi, saya dengan sukacitanya merasmikan Pelancaran Khemahkerja Kejiranan ini.

657

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PELANCARAN "GERAKAN CINTAILAH BAHASA KITA" KUALA LUMPUR 11HB. DISEMBER, 1987

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pusat Gerakan Cintailah Bahasa Kita kerana menjemput saya melancarkan upacara pagi ini. Saya berharap Gerakan ini akan mengukuhkan lagi status Bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan kebangsaan dan juga alat komunikasi yang berkesan.

Lebih tiga puluh tahun dahulu, rakyat dan para cendiakawan berpadu tenaga, bersatu tekad dan membulatkan kesetiaan untuk memperjuangkan kedudukan dan taraf Bahasa Melayu di tanahair tercinta ini. Di dalam usaha untuk membangkitkan kesedaran rakyat berbilang kaum terhadap pentingnya diwujudkan satu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui bersama menjadi Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang baru merdeka. Maka secara rasminya bahasa rasmi ini dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Kita juga telah menyaksikan peristiwa perkembangan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di dalam sistem pendidikan kebangsaan yang bertujuan menyatupadukan rakyat dan membina masyarakat yang berjiwa Malaysia. Pelbagai usaha dan rancangan telah dijalankan di dalam proses mengisi kehendak dan semangat Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan untuk membina, mengembang dan mendaulatkan bahasa itu, sesuai dengan taraf dan peranan yang diberikan kepadanya. Pembinaan dan pengembangan Bahasa Malaysia untuk memenuhi fungsinya sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pendidikan berlaku dengan program yang terperancang, bukan sahaja pada peringkat nasional malah pada peringkat wilayah di Asia Tenggara. Badan-badan pembinaan dan pengembangan bahasa dan institusi-institusi pengajian tinggi memainkan peranan yang penting bagi peningkatan mutu bahasa dan pengembangan penggunaannya di dalam pelbagai bidang. Penyelidikan korpus atau aspek-aspek bahasa, penyeragaman ejaan rumi, pembentukan istilah sains dan teknologi dan penerbitan telah dijalankan bagi memantapkan aspek-aspek Bahasa Malaysia. Proses memaju dan mengembangkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pendidikan itu dilakukan tanpa menafikan 658

kedudukan dan fungsi bahasa-bahasa lain sebagai bahasa bukan rasmi dan bahasa ibunda kaum-kaum tertentu serta kedudukan dan peranan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara ini. Kini, selepas tiga puluh tahun merdeka, kita tidak seharusnya lagi mempersoalkan kedudukan dan taraf Bahasa Malaysia di sisi undang-undang. Sehubungan dengan ini, kita juga tidak seharusnya mempersoalkan kedudukan dan taraf bahasabahasa kaum yang lain, seperti bahasa-bahasa kaum Cina dan bahasa Tamil, di sisi undang-undang. Bukan sahaja kerana sudah diperuntukkan dalam undang-undang, malahan dalam amalan pun tidak pernah kita melarang orang menggunakan, mempelajari atau mengajar bahasa-bahasa yang lain daripada Bahasa Malaysia. Di antara negara-negara yang membangun, amalan ini adalah unik. Di negara-negara yang maju dan sikap liberal ini jarangkali diamalkan. Segala-galanya sudah begitu jelas dan tidak harus sama sekali dijadikan isu oleh mana-mana pihakpun. Di dalam konteks ini, bahasa tidak akan dibenarkan lagi menjadi isu politik, apatah lagi menjadi isu perkauman yang boleh menjejaskan kestabilan dan perpaduan negara, kerana kedudukan dan taraf setiap bahasa yang wujud di negara ini telah disepakati bersama. Pertemuan hari ini menyaksikan suatu lagi peristiwa bersejarah di dalam usaha kita bersama hendak menegakkan kedaulatan Bahasa Malaysia yang sudah diterima umum sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Pertemuan hari ini juga menekankan pentingnya kita mencintai Bahasa Kebangsaan kita. Cinta atau kecintaan sebagai sesuatu yang abstrak dan yang bersifat peribadi tidak dapat dipaksakan ke atas seseorang individu, tetapi saya percaya bahawa setiap orang mempunyai perasaan cinta yang bersemi terhadap sesuatu dan perasaan cinta itu dapat dimekar atau dikembangkan apabila ada kesempatan atau persekitaran untuk berbuat demikian. Dalam hal ini, kecintaan terhadap bahasa kita pun dapat bersemi, menjadi mekar dan bercambah apabila kita berusaha dari dalam diri sendiri atau dengan pengaruh dari luar. Bukti yang jelas di depan mata kita menunjukkan bahawa Bahasa Malaysia tidak digunakan seratus peratus sebagai Bahasa Kebangsaan, iaitu sebagai alat komunikasi yang menyeluruh di kalangan semua rakyat di dalam semua keadaan dan urusan kerja sehari-hari. Tidak habis-habis kita mendengar rungutan, malah kecaman tentang Bahasa Malaysia tidak diberikan keutamaan atau diabaikan langsung di dalam bidangbidang tertentu di sektor swasta, perindustrian dan bidang profesional. Umpamanya masih ada papan tanda perniagaan dan pengiklanan yang tidak mendaulatkan Bahasa Kebangsaan dan menggunakan bahasa yang tidak tepat. Tidak ada larangan terhadap penggunaan bahasa lain, tetapi keistimewaan hendaklah diberikan kepada Bahasa Kebangsaan di dalam tulisan rumi yang menjadi huruf yang diterima rasmi. Kita tidak menafikan tentang penting dan perlunya Bahasa Inggeris di dalam kebanyakan urusan pentadbiran dan perniagaan di sektor swasta, terutama di syarikat659

syarikat besar yang berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan dunia antarabangsa. Tentulah tidak adil dan tidak munasabah apabila kita memaksa atau mengharapkan syarikat-syarikat besar menggunakan Bahasa Malaysia apabila berurusan dengan syarikat-syarikat di Amerika, negara-negara Arab, Jepun, India atau Republik Rakyat China. Tetapi apa yang kita persoalkan ialah kecenderungan ke arah penggunaan Bahasa Inggeris secara besar-besaran, bukan dengan membelakangkan Bahasa Kebangsaan sama sekali. Perbuatan ini menunjukkan bahawa kita tidak berbangga dan tidak mencintai Bahasa Kebangsaan kita. Amalan ini amat ketara di pusat-pusat membeli-belah dan di setengah-setengah tempat awam. Saya syak bahawa amalan ini timbul akibat daripada kurang keyakinan akan kedudukan dan keupayaan Bahasa Kebangsaan. Sikap ini perlulah dikikis. Tidak ada kekurangan di dalam Bahasa Kebangsaan kita untuk apa juga jurusan komunikasi. Saya percaya bahawa gerakan yang akan dilancarkan ini mempunyai hikmatnya yang tersendiri, iaitu bertujuan supaya menimbulkan kesedaran untuk memupuk dan mengembangkan perasaan "cinta yang sejati" atau "cinta yang suci" atau "cinta yang tulus ikhlas" di dalam hati sanubari setiap rakyat Malaysia terhadap Bahasa Kebangsaan kita, yang mana ia akan meningkatkan prestij dan maruah bangsa dan negara Malaysia. Generasi baru yang akan mewarisi kita sudah dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan baik. Dengan ini penggunaan Bahasa Kebangsaan menjadi lebih penting. Ini tidak akan menjejaskan komunikasi antara satu pihak dengan pihak yang lain kerana semua pihak sudahpun menguasai Bahasa Kebangsaan. Sebaliknya, ia akan mengurangkan keperluan menguasai dan menggunakan berbagai bahasa untuk berhubung dengan penduduk berbagai kaum di Malaysia. Dengan satu bahasa sahaja, iaitu Bahasa Kebangsaan, kita sudah boleh berhubung dengan semua rakyat dan penduduk Malaysia. Sikap kita harus segera berubah daripada sekadar melihat dan menggunakan Bahasa Malaysia untuk urusan yang mudah-mudah sahaja, atau untuk berkomunikasi dengan Kerajaan semata-mata, kepada penerimaannya sebagai lambang prestij bangsa dan negara serta menjadikannya bahasa perhubungan yang berkesan di antara pelbagai kaum di negara ini. Kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan sebagai asas kecintaan terhadap negara perlu dipupuk dan dikembangkan dengan amalan. Amalanlah yang menjadi bukti perasaan cinta. Amalanlah yang akan memberikan keyakinan kepada kita untuk terus mencintai bahasa kita. Tanpa mengamalkannya, sukar kita hendak meyakinkan diri kita sendiri dan orang lain bahawa kita mencintai Bahasa Kebangsaan. Inilah faktor di dalam diri yang harus dibina tanpa paksaan oleh manamana pihak. Untuk tujuan tersebut, saya suka menggesa semua pihak di sektor swasta khususnya supaya lebih banyak menggunakan Bahasa Malaysia dalam urusan mereka dengan masyarakat Malaysia, sama ada di dalam tulisan ataupun dengan lisan dan 660

bukan sekadar dalam urusan rasmi dengan Kerajaan sahaja. Walau bagaimanapun, faktor luaran yang berupa kesempatan dan persekitaran perlu dipertimbangkan dalam membina semula atau memupuk kecintaan rakyat terhadap Bahasa Kebangsaan kita. Unsur yang paling utama adalah berupa perhatian, galakan, dorongan dan kawalan daripada pihak perancang dan pengembang bahasa, di samping daripada Kerajaan sendiri. Badan-badan perancangan bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan yang lebih besar dan lebih berkesan serta meningkatkan usaha untuk memperluas dan mengawal penggunaan Bahasa Kebangsaan. Pertubuhan sukarela dan pertubuhan bahasa dan sastera mempunyai peranan yang penting, bukan sahaja untuk membantu membina dan mengembangkan bahasa tetapi juga mengawal penggunaannya. Pada pihak Kerajaan, penggunaan Bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan tidak menjadi isu dan masalah lagi kerana segala-galanya berjalan dengan baik menurut perancangan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Di samping itu, Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi di sektor awam sudah mencapai tahap penggunaan yang hampir menyeluruh. Sungguhpun demikian, mutu bahasa rasmi Kerajaan dikatakan belum mencapai tahap paling tinggi yang dapat dibanggakan dan boleh menjadi teladan bagi sektor penggunaan yang lain. Perkara ini perlulah mendapat perhatian segera kerana pedoman ejaan, peristilahan dan tatabahasa sudah dimantapkan dan tidak menjadi masalah yang besar lagi bagi pegawai-pegawai Kerajaan menggunakannya. Untuk tujuan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam urusan rasmi dan melaksanakan dasar Bahasa Kebangsaan sepenuhnya, kita perlu mengkaji semula peruntukan undang-undang dan peraturan yang ada hubungannya dengan penggunaan bahasa, tanpa menyentuh persefahaman antara kaum yang dicapai semasa perjuangan kemerdekaan. Kita harus juga mengkaji beberapa langkah yang patut dilaksanakan untuk meluaskan lagi penggunaan Bahasa Malaysia. Kaji selidik perlu diadakan untuk mengetahui kemajuan dan pencapaian serta mengenalpasti masalah yang utama dalam pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi di sektor awam, iaitu di kalangan semua jabatan Kerajaan, Kerajaan Negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Kajian juga perlu dilakukan secara menyeluruh untuk mengetahui pencapaian dan masalah utama yang dihadapi dalam penggunaan bahasa di sektor swasta dan dalam bidang profesional seperti perundangan, kehakiman, kejuruteraan, perubatan, perindustrian dan perdagangan. Rancangan tindakan untuk mengatasi masalah perlu juga diadakan. Dalam usaha mengembangkan Bahasa Kebangsaan, rakyat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu mempunyai peranan yang istimewa. Adalah menjadi tabiat kita mengikut telor atau loghat orang yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu. Dengan perbuatan ini, maka Bahasa Kebangsaan yang standard tidak dapat 661

berkembang. Sebaliknya, wujud Bahasa Kebangsaan loghat Tamil, loghat Cina dan lain-lain. Pencemaran ini hanya boleh diatasi jika orang-orang Melayu tidak sengaja mengikut loghat rakan percakapan mereka. Mereka mestilah menggunakan Bahasa Kebangsaan yang baik walau siapapun yang mereka temui. Seperkara lagi ialah pementasan lawak jenaka yang berunsur etnik. Adalah menjadi perkara yang mudah diketawakan apabila loghat-loghat kaum lain dijadikan perkara ejekan dalam pementasan. Tetapi ini membuktikan ketandusan idea seseorang pelawak. Seseorang pelawak yang betul-betul cekap tidak perlu menggunakan kelemahan orang lain dalam menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai daya penarik. Sebenarnya percakapan yang pelat dan telor ini tidak lagi menjadi amalan orangorang bukan Melayu. Ramai daripada mereka sekarang amat fasih berbahasa Bahasa Kebangsaan. Demikianlah kefasihan mereka sehingga jika kita hanya dengar mereka bercakap tanpa melihat mereka, kita tidak akan mengetahui sama ada yang bercakap itu orang keturunan Cina atau keturunan India atau orang Melayu. Ramai juga daripada mereka yang telah dipilih sebagai juruhebah Bahasa Kebangsaan di radio dan televisyen. Soal loghat tidak begitu ketara lagi. Saya percaya dalam satu generasi lagi, penguasaan Bahasa Kebangsaan oleh bukan Melayu akan meningkat ke tahap yang penuh. Walaupun proses perkembangan Bahasa Kebangsaan akan berterusan ia tidak bermakna kita tidak perlu memupuk perkembangannya. Jika kita alpa dan kita biarkan sahaja, ada kemungkinan ia akan berhenti dan terus merosot. Inilah sebabnya saya menyokong kempen Gerakan Cintailah Bahasa Kita, dan saya dengan gembiranya melancarkan Gerakan ini. Mudah-mudahan ianya diberi taufik dan hidayah oleh Tuhan yang Maha Esa.

662

U C A P A N P E R D A N A MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR B I N MOHAMAD DI PERASMIAN PERAYAAN JUBLI P E R A K KESATUAN GURU-GURU LEPASAN MAKTAB SEMENANJUNG MALAYSIA KUALA L U M P U R 19HB. DISEMBER, 1987

B

ersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama di Majlis ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membuka dengan rasminya Perayaan Jubli Perak dan Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-25 Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia ini. Sempena perayaan dan persidangan ini, saya berharap kesatuan ini akan bertambah kukuh pada masa depan untuk memperjuangkan kepentingan ahli-ahlinya sesuai dengan amalan demokrasi negara kita. Kesatuan ini tentulah mengambilkira kepentingan generasi akan datang dan kepentingan kesejahteraan negara dalam menyusun program-program dan aktivitinya. Para guru telah memberi sumbangan yang sangat bermakna semenjak sebelum merdeka lagi untuk memperjuangkan keutuhan dan kedaulatan bangsa dan negara ini. Ramai daripada mereka yang memperjuangkan kemerdekaan, sama ada melalui penyertaan dalam bidang politik secara langsung atau melalui penulisan, adalah terdiri daripada para guru. Merekalah yang telah memberi semangat untuk anak bangsa memperolehi pengetahuan dan pelajaran tinggi untuk akhirnya memperjuangkan nasib bangsa dan negara. Selepas kemerdekaan, para guru terus memberi sumbangan kepada kesejahteraan negara. Pada hari ini, para guru masih merupakan pemimpin yang berpengaruh, terutamanya di kalangan penduduk luar bandar. Kita percaya para guru, di samping menjalankan tugas mendidik para pelajar, akan terus memberi khidmat kepimpinan mereka kepada masyarakat. Kita harus ingat bahawa di zaman dahulu pelajaran dan ilmu adalah terhad kepada beberapa orang yang bernasib baik sahaja. Bahawa di zaman ini pelajaran boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja tidak bermakna bahawa pelajaran tidak bernilai lagi. Sebenarnya dengan tersebar luasnya pelajaran, maka masyarakat berkeupayaan menghadapi cabaran zaman dengan lebih baik lagi. Oleh itu, para guru dalam zaman kemajuan ini perlu mengikuti arus perkembangan dalam masyarakat. Tegasnya, adalah menjadi tanggungjawab para guru juga 663

untuk memainkan peranan yang cergas dan gigih dalam membangunkan masyarakat dan negara. Peranan guru dalam masyarakat yang membangun dan mengalami perubahan yang pesat adalah lebih luas, berat dan mencabar lagi. Pendidikan juga merupakan alat yang utama terhadap pencapaian perpaduan kebangsaan dan dalam menanamkan semangat cintakan tanahair. Sistem pelajaran kita hari ini merupakan tapak semaian yang kuat dalam membentuk sikap yang sihat, serta sikap positif di kalangan masyarakat pelajar. Persekolahan bersama pelajar-pelajar berbagai kaum yang diberi penerangan tentang adat-resam dan pantang-larang sesuatu kaum boleh menolong membangunkan satu masyarakat yang lebih bersatupadu di Malaysia kita ini. Sudah tentu para guru perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan murid-murid di sekolah-sekolah untuk menghadapi realiti kehidupan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Terdapat ramai keluaran dari sekolah-sekolah yang terhad kepada hanya satu kaum sahaja yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat majmuk di sekeliling mereka. Mereka selalunya berasa terpisah dan teraniaya dalam usaha mereka mencari rezeki semasa dewasa. Dengan itu juga perpaduan kaum sukar dicapai. Sebagai pendidik dalam masyarakat zaman moden, para guru perlu melengkapkan diri dengan berbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan secukupnya supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan berkesan. Sama ada disukai atau tidak, guru menjadi contoh kepada murid. Para pelajar bukan sahaja memberi tumpuan kepada pelajaran secara formal yang disampaikan dalam bilik darjah, tetapi mereka juga memerhad gerak-geri dan tingkah-laku guruguru di dalam dan di luar bilik darjah. Nilai-nilai hidup dan sifat-sifat yang menjadi sebahagian daripada peribadi mereka adalah hasil daripada contoh yang mereka sanjungi iaitu guru mereka. Jelaslah bahawa personalid guru mempengaruhi para pelajar yang bakal menjadi anggota masyarakat. Baik para pendidik, maka baiklah masyarakat dan negara. Janganlah pula ada yang berkata jika benar seperti kata saya, maka sepatutnyalah Kerajaan memberi nilaian yang lebih tinggi kepada guru. Jika guru mempunyai pendirian seperti ini, maka generasi yang akan datang juga akan terdiri daripada orang-orang yang tidak mengutamakan pengorbanan dan tanggungjawab. Kita semua maklum bahawa masyarakat yang bahagia dan berjaya akan wujud hanya jika anggotanya sanggup berkorban dan bertanggungjawab. Negara kita masih lagi menghadapi wabak penagihan dadah. Wabak ini masih menggugat kesejahteraan hidup rakyat dan merupakan musuh negara yang utama, dan jika tidak dibendung ia akan menjejaskan pembangunan negara. Justeru itu, Kerajaan telah mengambil beberapa tindakan keras dan tegas terhadap pengedarpengedar dadah. Dahulu kita telah dikritik oleh masyarakat antarabangsa kerana tindakan tegas ini. Kita bersyukur bahawa dengan penerangan yang semakin luas, kita telah dapat menyedarkan masyarakat antarabangsa akan betapa perlunya tindakan 664

sedemikian. Mereka mula menyedari yang tindakan keras itu adalah untuk menyelamatkan masyarakat dan negara kita daripada ditenggelami oleh bahaya penagihan dadah ini. Kita memerlukan semua pihak, sama ada di sektor awam atau swasta, supaya meningkatkan sumbangan dan usaha masing-masing untuk membanteras masalah ini. Dengan ini, saya menyeru para pendidik dari semua lapisan agar bergiat cergas mempastikan para pelajar tidak terjerumus ke lembah bahaya ini. Salah satu caranya ialah untuk para guru bergiat cergas dalam Program Pendidikan dan Khidmat Nasihat. Saya yakin bahawa dengan penglibatan para guru dalam kegiatan program ini, perkembangannya akan berjalan dengan licin dan teratur lagi. Di samping itu, para pelajar kita mestilah ditunjuk cara untuk mengelakkan pembaziran masa dan tenaga dengan menyalurkan mereka kepada kerja-kerja yang berfaedah serta menggunakan masa dengan bijak. Para pelajar perlu dilibatkan dengan kegiatan-kegiatan yang mendatangkan manfaat kepada diri mereka sendiri. Saya percaya bahawa perancangan yang teratur merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggunakan masa secara produktif. Sepertimana dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan yang disertai oleh guru-guru, di zaman ini juga kita percaya para guru akan terus berjuang untuk mengisikan kemerdekaan. Untuk menjayakan pembangunan negara, kita bukan sahaja memerlukan ilmu sains dan teknologi, tetapi juga kecekapan pengurusan. Kekayaan tidak akan dicapai dan dikekalkan jika kecekapan mengurus tidak wujud. Dalam hal ini berjimat-cermat adalah penting. Didikan yang perlu diberikan oleh para guru kepada murid-murid bukanlah sahaja mengenai duit yang mereka miliki tetapi juga mengenai harta sendiri dan harta Kerajaan. Bangsa yang tahu berjimat-cermat akan menikmati segala kebahagiaan dan pemberian Tuhan dengan lebih sempurna. Sudah tentu bangsa itu juga akan lebih maju. Di zaman moden ini ilmu tersebar dan diterokai dengan luas di seluruh dunia. Untuk mendapat ilmu ini pengetahuan bahasa-bahasa dunia adalah penting. Soal yang kita hadapi ialah apakah kepentingan bangsa kita lebih terjamin dengan kita mengutamakan bahasa kita sehingga penguasaan ilmu terjejas, atau kita mengutamakan ilmu walaupun ini bermakna kita perlu menguasai bahasa-bahasa lain juga? Semangat kebangsaan yang menjadikan bangsa sendiri mundur dan ketinggalan zaman bukanlah sebenarnya semangat kebangsaan. Di zaman sains dan teknologi ini, sesiapa yang menguasai hanya satu bahasa sahaja tidak akan mencapai kejayaan. Hakikat ini perlu kita renungkan bersama. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia kerana menjemput saya merasmikan upacara ini. Saya mengucapkan tahniah kepada kesatuan ini sempena Perayaan Jubli Peraknya serta Persidangan Perwakilan Tahunan Kali Ke-25. Adalah diharapkan kesatuan ini akan menyusun program-program, yang bukan sahaja dapat membantu para ahlinya, bahkan juga yang dapat membantu masyarakat umum. 665

Dengan harapan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Perayaan Jubli Perak dan Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-25 Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia ini.

666

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PELANCARAN MINGGU PENYIARAN DAN PENERANGAN DI ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR 27HB. DISEMBER, 1987

K

ita bersyukur kerana dapat bersama-sama merayakan Minggu Penyiaran dan Penerangan pada pagi ini. Saya difahamkan ini adalah pertama kali perayaan seperti ini diadakan mengambil sempena ulangtahun ke-25 TV dilancarkan, 10 tahun TV warna dipancarkan ke udara, 42 tahun siaran Radio dimulakan dan juga 42 tahun Jabatan Penerangan memberi khidmatnya kepada masyarakat. Semua sambutan itu disatukan supaya semua pihak dapat meraikan hari ulangtahun masing-masing dengan penuh makna dan faedah. Perayaan ini, yang dibuka kepada orang ramai, akan merapatkan lagi hubungan antara orang ramai dengan semua agensi di bawah Kementerian Penerangan dan seterusnya dengan Kerajaan. Hubungan rapat itu amatlah penting kerana dalam sesebuah negara demokrasi, perhubungan antara Kerajaan dengan rakyat bukanlah perhubungan satu hala sahaja. Ia mestilah merupakan perhubungan dua hala. Kerajaan akan menyampai dan menerangkan berbagai-bagai maklumat mengenai dasar-dasar dan tindakan-tindakan yang diambil untuk kepentingan rakyat dan rakyat pula seharusnya memberikan maklumbalas kepada Kerajaan. Pendapat-pendapat daripada rakyat adalah merupakan 'input' yang sangat penting dalam segala aspek perancangan Kerajaan dan dalam segala usaha untuk melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan. Ini adalah supaya perancangan dan pelaksanaan dasar dapat memenuhi aspirasi rakyat sendiri. Sesungguhnya dalam konteks pemerintahan berdemokrasi, Kerajaan ialah rakyat kerana rakyatlah yang memilih wakil-wakil mereka di dalam Kerajaan. Sebaliknya pula, rakyat ialah Kerajaan kerana kehendak merekalah yang menentukan bentuk dasar dan rancangan-rancangan yang dijalankan. Oleh kerana itulah, perhubungan timbal-balik antara Kerajaan dan rakyat merupakan keperluan asas bagi menjamin kejayaan sistem pemerintahan demokrasi itu sendiri. Sepertimana yang kita sedia maklum, Radio dan TV memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Ia bukan sahaja menjadi alat penghibur tetapi juga menjadi sumber berita dan pengetahuan am yang sangat mudah untuk digunakan. Mungkin sekarang ini kalau Radio dan TV kita rosak dalam sehari duapun, kita akan berasa sunyi. Memang banyak surat-surat khabar, majalah dan buku yang boleh dibaca untuk dijadikan ganti, tetapi nampaknya semua itu tidak sama dengan Radio dan TV. 667

Ingin saya tegaskan bahawa pihak Radio dan TV mempunyai tanggungjawab yang besar kepada negara dan masyarakat. Radio dan TV bukan sahaja perlu memberi hiburan yang sihat dan membina kepada masyarakat, tetapi juga memberi maklumat dan penerangan yang bermanfaat. Ia haruslah dapat membawa berita dan maklumat serta ilmu pengetahuan yang terbaharu kepada pendengar-pendengar dan penontonpenonton. Radio dan TV haruslah mengelakkan diri daripada menyiarkan sesuatu yang bertentangan dengan matlamat dasar dan pembangunan negara atau yang boleh merosakkan akhlak serta maruah bangsa dan negara. Ia juga mestilah menyebarkan semangat taat setia serta cintakan tanahair. Radio dan TV perlu membanteras dan menentang sebarang percubaan untuk merosakkan kebudayaan dan nilai-nilai bangsa kita dengan kemasukan unsur-unsur kebudayaan asing yang tidak sihat. Kemasukan dan pengaruh kebudayaan serta nilainilai asing yang negatif ini boleh berlaku dengan cara yang halus sekali melalui muzik, lagu-lagu, filem-fllem dan lain-lain bahan maklumat. Pencerobohan fizikal dapat kita tangkis dengan tindakan-tindakan tegas oleh pasukan keselamatan kita. Tetapi unsurunsur penjajahan mental dan kebudayaan ini, lebih sukar untuk dibanteras. Ianya perlu dibanteras dengan memperkuat, menyebar dan mempopularkan seni budaya kita sendiri dan dalam hal ini peranan Radio dan TV serta filem-filem sangatlah penting bagi menanamkan rasa cinta dan bangga dengan seni budaya kebangsaan kita sendiri. Nilai seni budaya kita perlu dipertingkatkan melalui Radio dan TV di samping nilai maklumat dan penerangan yang diberikan. Siaran-siaran Radio dan TV harus dapat merumus, menggembleng dan menggambarkan seluruh kekuatan tenaga senibudaya kita, lama dan baru, supaya dapat membina ketahanan budaya yang tidak mudah diganggu-gugat oleh pengaruh kebudayaan asing. Keteguhan budaya dan sosial yang dapat melambangkan cara hidup masyarakat Malaysia akan juga memupukkan lagi perpaduan rakyat di negara ini. Perpaduan amatlah penting dan perlu diutamakan dalam semua rancangan Radio dan TV, baik dalam bentuk dokumentari, hiburan atau rancangan-rancangan lain. Ini adalah tugas yang besar dan berat dan ia terletak di atas bahu para artis, seniman dan budayawan kita di seluruh tanahair. Ia juga terletak di bahu orang ramai, khususnya anak-anak muda kita, sebagai pendokong seni dan kebudayaan kebangsaan. Jika mereka sendiri tidak kenal dan cinta kepada seni budaya sendiri maka senang sekalilah unsur-unsur kebudayaan asing bertapak di hati sanubari mereka. Di samping memberikan maklumat, penerangan dan hiburan kepada orang ramai, R T M sebagai sebuah agensi Kerajaan yang memerlukan belanja yang banyak haruslah juga berusaha untuk menampung perbelanjaannya sendiri. R T M harus meningkatkan lagi hasil komersialnya bagi mendapatkan peruntukan untuk menukar atau menambah alat dan peralatan yang diperlukan. Langkah-langkah perlulah juga diambil untuk menjimatkan belanja dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada dengan lebih efisien. Produktiviti perlu 668

ditingkatkan dalam segala bidang dan ini boleh dilakukan dengan perancangan kerja dan pelaksanaan tugas yang lebih cekap. Kerajaan telahpun melancarkan kempen produktiviti di seluruh negara. Saya berharap ia akan benar-benar memberi kesan kerana semua agensi Kerajaan dan syarikat-syarikat swasta dikehendaki berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan lagi produktiviti negara. Ini amatlah penting untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi pada masa ini. Jabatan Penerangan adalah penyambung suara Kerajaan di kawasan-kawasan bandar dan di luar bandar. Ia menyampaikan maklumat secara bersemuka dengan orang ramai dan oleh itu boleh mendapat maklumbalas daripada mereka secara spontan. Ini bererti banyak pertukaran pendapat dapat dijalankan dan sudah tentu pendapat-pendapat rakyat itu sangat berguna kepada Kerajaan. Oleh yang demikian, Jabatan Penerangan, di samping menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada orang ramai, juga harus mendapat maklumbalas yang tepat daripada masyarakat Filem Negara juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Maklumat tidak akan begitu menarik jika disampaikan secara lisan sahaja. Ia akan lebih berkesan apabila disampaikan dalam bentuk fdem cereka yang menarik atau filem-filem dokumentari. Filem-filem ini akan pula dijadikan bahan-bahan perpustakaan dan rujukan kepada generasi akan datang. Memandangkan tentang betapa beratnya tanggungjawab dan betapa luasnya peranan media-media ini, amatlah penting bagi mereka yang bertugas dengan mediamedia tersebut untuk sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan mereka di samping mempelajari kaedah-kaedah terbaru supaya dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan lebih baik dan berkesan. Dalam konteks masyarakat kita sekarang ini, matlamat utama ialah memupuk rasa cinta dan setia rakyat kepada negara dan semangat bersatupadu di kalangan rakyat sekalian. Saya yakin dengan adanya kerjasama yang ikhlas dan erat di antara semua kakitangan, di antara kakitangan Kerajaan dengan rakyat dan di antara rakyat dengan rakyat, negara kita akan menjadi negara yang lebih aman, makmur dan dihormati. Dengan ini, saya dengan sukacitanya melancarkan Minggu Penyiaran dan Penerangan dengan rasminya.

669

PERUTUSAN TAHUN BARU 1988 OLEH PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 31HB. DISEMBER, 1987

B

ersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmatNya, dapat kita bersama-sama melangkah ke tahun baru 1988. Kita juga bersyukur kerana berbagai kejayaan telah kita capai, manakala cabaran-cabaran yang kita hadapi telah dapat kita atasi dengan jayanya, sepanjang tahun 1987.

Namun demikian sebelum kita memandang ke hadapan, marilah kita menoleh ke belakang untuk mendapat pengajaran dan panduan daripada peristiwa-peristiwa 1987. Tahun 1987 memperlihatkan berbagai peristiwa yang menekan dan mencabar. Setengah daripada peristiwa-peristiwa ini disebabkan oleh kita sendiri tetapi sebahagian besarnya disebabkan oleh tindak-tanduk dan sikap orang asing yang berada di luar daripada pengaruh kita. Ekonomi negara dilanda kemelesetan kerana kejatuhan harga secara serentak semua bahan mentah yang kita eksport. Dengan itu pendapatan kita menurun dan pembangunan negara kita terjejas. Sementara kurangnya permintaan terhadap bijih timah, umpamanya, menyebabkan lombong timah ditutup dan pekerja menganggur, pengurangan projek-projek kerana kelemahan kedudukan kewangan Kerajaan bukan sahaja menyebabkan pengangguran tetapi juga kurangnya permintaan terhadap bahanbahan binaan dan bahan-bahan bekalan yang lain. Kontraktor dan peniaga serta pengusaha kecil dan besar mengalami kerugian. Pekerja juga, sama ada yang berjawatan tinggi atau buruh kasar, hilang punca pendapatan. Pekedai dan peniaga gerai makanan kehilangan pelanggan. Kenaikan gaji tidak boleh dilaksanakan. Pinjaman wang dan pembelian rumah dan kereta juga berkurangan. Hotel dan restoran kurang mendapat pelanggan. Pendek kata, kemelesetan ekonomi yang berlaku membawa kesan buruk kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia. Dalam keadaan kemelesetan ini, terdapat orang-orang tertentu yang ingin menjadi kaya dengan serta-merta. Mereka mengalihkan kegiatan mereka kepada pasaran saham. Harga-harga saham naik dengan mendadak, dengan tidak mengambilkira prestasi syarikat-syarikat yang sahamnya dijual di pasaran saham. Kejatuhan harga saham kerana peristiwa Pan-El dilupakan. Pasaran saham sebagai tempat mendapat modal juga dilupakan sama sekali.

670

Kemudian pasaran saham dunia telah runtuh. Di New York, London, Paris, Hong Kong dan di tempat-tempat lain harga saham turun dengan mendadak dan beribu juta PJnggit atau dolar dengan tiba-tiba hilang ghaib. Ada di antara pemainpemain pasaran saham ini yang membunuh diri dan ada juga yang membunuh broker saham mereka. Malaysia juga tidak terkecuali daripada bencana buatan manusia ini. Harga saham jatuh dengan teruk walaupun syarikat-syarikat berkenaan masih mencatat keuntungan yang baik. Ramai pemain saham sekali lagi dilanda kerugian yang amat teruk. Hutang bank tidak dapat dibayar. Harta terpaksa dijual. Masing-masing berlarilari ke sana sini untuk mencari perlindungan. Pada bulan Oktober, tanda-tanda ketegangan antara kaum yang meningkat telah dikesan. Apabila seorang askar mengamuk tanpa sebab, ini dianggap sebagai permulaan rusuhan kaum. Kuala Lumpur menjadi sunyi sepi apabila ramai daripada penduduknya berasa takut dan tidak berani keluar dari rumah masing-masing. Barang makanan dibeli dengan banyak kerana takut berlakunya kekurangan. Perniagaan yang lain terhenti dan kerugian dialami. Akhirnya, Kerajaan terpaksa bertindak membatalkan segala perhimpunan dan menahan orang-orang yang menjadi punca ketegangan ini. Dengan itu ketenangan kembali semula dan kegiatan ekonomi pulih seperti sediakala. Rakyat berasa lega dan masyarakat tidak lagi menghadapi perhubungan yang tegang. Di luar negeri, imej Malaysia sengaja diburuk-burukkan. Bahawa tindakan Kerajaan disambut baik oleh majoriti rakyat dan ketenangan kembali pulih, tidak dilaporkan. Menyedari bahawa Malaysia ingin mendapat pelaburan asing untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi mereka yang menganggur, akhbar-akhbar di luar negeri dan kumpulan-kumpulan serta individu-individu tertentu sengaja memberi gambaran yang buruk dan tidak benar mengenai keadaan di Malaysia. Kononnya rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan. Kononnya orang-orang Kristian sering ditangkap. Kononnya demokrasi sudah tidak ada lagi di Malaysia. Tetapi, usaha-usaha golongan 'bully' ini tidak berjaya sepenuhnya. Malaysia masih mampu memulihkan dirinya. Demikianlah tahun 1987 yang begitu mencabar. Potensi negara bertuah ini tidak dapat memulihkan ekonomi negara dengan cepat kerana sikap tidak bertanggungjawab dan sifat tamak golongan-golongan tertentu dalam masyarakat kita. Jika kita ingin tahun 1988 menjadi tahun yang lebih baik dan lebih bahagia, kita mestilah sekurang-kurangnya menentukan bahawa kita tidak melakukan atau kita mengurangkan perbuatan yang akhirnya akan merugikan kita. Bagi tujuan ini kita harus membuat resolusi tahun baru untuk tidak sengaja menyakitkan hati kaum-kaum yang ada di negara kita ini. Perkara-perkara yang kecil tidak harus diperbesar-besarkan, ditiup sehingga menyala. Perkara-perkara yang dianggap besar harus diselesaikan secara rundingan tertutup. Media massa bukanlah tempatnya untuk kita berhujah bagi menyelesaikan masalah. 671

Rakyat Malaysia tidak sepatutnya memburukkan imej negara sendiri di kalangan orang asing. Penuntut-penuntut yang berada di luar negeri, sama ada yang Islam atau tidak, tidak harus memperkatakan yang tidak benar dan memburukkan nama negara. Mereka harus ingat bahawa perbuatan mereka akan mengurangkan pelaburan asing di negara mereka sendiri. Dengan ini, peluang-peluang pekerjaan akan berkurangan dan mereka juga yang akan menjadi mangsa. Penganggur pula harus membuat resolusi untuk sanggup bekerja dan tidak terlalu memilih. Sebenarnya, masih banyak peluang-peluang pekerjaan yang terdapat di negara kita. Jika tidak, kenapakah orang asing sanggup bersusah payah datang ke sini? Jika tidak, kenapakah laut kita dicerobohi? Bagi yang sedang bekerja, utamakanlah produktiviti. Di antara negara-negara yang sedang membangun di Asia Tenggara, Malaysia mempunyai prestasi produktiviti yang terendah sekali. Kita bergantung hidup kepada hasil keluaran kita. Di zaman moden ini, persaingan tidak boleh dielakkan. Jika barangan kita mahal dan rendah mutunya, kita tidak akan berjaya menjual barangan kita. Dengan itu, perusahaan kita akan merosot dan bukan sahaja gaji tidak akan meningkat tetapi kita mungkin menganggur jika kilang dan estet kita tidak memperolehi keuntungan. Sekali lagi, pelaburpelabur tidak akan melabur dan peluang-peluang pekerjaan bagi yang menganggur tidak akan wujud jika para pelabur mengetahui produktiviti pekerja-pekerja kita rendah. Gaji mestilah ada kaitan dengan produktiviti kita. Gaji yang rendah tidak bermakna produktiviti meningkat jika hasil keluaran juga rendah. Demikian juga jika gaji tinggi. Produktiviti tidak menurun jika hasil kerja meningkat setanding dengan gaji. Akhirnya, yang akan menentukan tinggi atau rendahnya gaji bukanlah tuntutan atau ugutan. Yang menentukannya ialah keupayaan pihak yang membayar gaji. Dan keupayaan ini bergantung kepada larisnya penjualan kerana produktiviti yang tinggi bersama dengan mutu yang baik. Oleh itu, pekerja yang insaf mestilah berazam untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran pada tahun 1988. Para pengurus juga perlu meningkatkan kecekapan mereka. Jika pengurus tidak cekap mengurus wang, alat dan tenaga manusia dalam perniagaannya, segala bantuan tidak akan menghasilkan produktiviti yang tinggi. Ada tanda-tanda yang menunjukkan prestasi pengurusan di Malaysia rendah. Oleh itu, para pengurus hendaklah berusaha meningkatkan kecekapan mereka. Spekulasi yang keterlaluan hendaklah dikurangkan, jika tidak dihentikan. Kita dapati bahawa masalah kewangan yang dihadapi oleh ramai daripada peniaga-peniaga kita adalah kerana mereka terlalu banyak membuat spekulasi terutamanya dalam pasaran saham. Apabila harga saham jatuh, maka mereka menghadapi masalah yang besar. Pasaran saham bertujuan memberi tempat untuk mengumpulkan modal daripada orang awam bagi memula atau membesarkan perniagaan. Turun-naiknya harga saham sepatutnya ada kaitan dengan prestasi syarikat dan asset yang dimilikinya. 672

Perbuatan menaik dan menurunkan harga saham tanpa mengambilkira prestasi syarikat, lambat-laun akan membawa bencana. Oleh yang demikian, eloklah jika mereka yang suka membuat spekulasi di pasaran saham mengurangkan kegiatan mereka, dan membuat resolusi menggunakan tenaga, masa dan fikiran mereka bagi menguruskan perniagaan yang sebenar. Kerajaan juga sudah menentukan resolusinya. Kerajaan akan terus mengawasi perbelanjaan supaya pembaziran tidak berlaku agar perkembangan ekonomi dapat dipertingkatkan lagi. Kerajaan akan terus berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan pengangguran. Kerajaan akan lebih tegas dalam menentukan keamanan wujud dalam negara kita. Pada tahun baru 1988 ini, kita berharap sebahagian besar daripada masalah kita dapat diatasi. Sementara kita berserah kepada Tuhan kita tidak harus lupa bahawa serahan ini tidak bermakna kita boleh melepaskan tangan. Kita semua mestilah berusaha demi kepentingan negara yang kita cintai ini.

673

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELANCARKAN TAHUN PEMBACA 1988 MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN 21HB. JANUARI, 1988

S

aya berasa sukacita dapat melancarkan Tahun Pembaca 1988 ini. Tema Tahun Pembaca ini ialah "Membaca Jambatan Ilmu'.

Tema ini amat tepat sekali. Walaupun ilmu pengetahuan boleh didapati melalui pengalaman seseorang dan asuhan secara lisan oleh ahli pemikir yang terkenal, seperti di zaman purba, tetapi kemudahan mencetak telah memudahkan pengumpulan ilmu dalam buku-buku yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat. Dari buku segala ilmu boleh dipelajari tanpa persekolahan atau asuhan secara formal. Di zaman moden ini buku mengenai apa juga ilmu serta buku-buku cerita boleh didapati di mana-mana sahaja. Harga buku amatlah murah berbanding dengan ilmu yang terkandung di dalamnya. Kedai-kedai buku membekal ribuan buku dengan berbagai tajuk, sehingga dengan perbelanjaan sedikit sahaja kita dapat mendalami seribu satu bidang ilmu yang boleh memperkayakan akal fikiran kita. Hanya yang diperlukan ialah minat membaca oleh kita. Tetapi kita tidak harus lupa bahawa di zaman dahulu buku tidak begitu mudah didapati. Ia dianggap sebagai alat pengetahuan yang ajaib dan terhad kepada orangorang tertentu sahaja. Kulit-kulit buku dahulu disalut dengan logam dan mempunyai kunci supaya hanya orang-orang yang tertentu sahaja boleh membuka buku dan membaca isi kandungannya. Ini adalah kerana isi kandungan buku memberi pengetahuan yang ditegah bagi orang biasa. Sebabnya ialah kerana pengetahuan yang mungkin didapati dipercayai boleh memberi kuasa istimewa kepada pemiliknya. Hari ini tidak ada lagi larangan bagi sesiapa pun untuk membaca dan menerap apa juga ilmu dalam mana-mana buku. Yang dahulu dilarang, sekarang sudah didedah dan dibukakan kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahuinya. Bagi manusia yang bersyukur, peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan. Secara kebetulan, membaca dan menerap ilmu dengan mudah ini adalah satu nikmat yang perlu kita hargai dan kita gunakan dengan sepenuhnya. Masyarakat yang jahil tidak akan mengecapi kebahagiaan. Mereka akan hidup untuk makan, minum, tidur dan memenuhi nafsu sahaja. Masyarakat yang hidup kerana memenuhi nafsu semata-mata akan ditindas dan diperalatkan oleh orang yang berpengetahuan. Mereka akan diperhambakan. Mereka akan menjadi masyarakat yang tidak bermaruah. 674

Di zaman di mana segala ilmu dibukukan dan banyak terdapat kemudahan membaca, tidak ada alasan bagi mana-mana masyarakat menjadi jahil. Sudah tentu di Malaysia, di mana pelajaran asas boleh didapati secara percuma, kegagalan menimba ilmu daripada buku-buku tidak boleh dipertahankan. Sudah tentu tidak ada sesiapa pun yang boleh mendalami semua ilmu yang dapat diperolehi sekarang. Tetapi, rakyat di negara yang ingin maju mestilah faham dengan lebih luas akan perkembangan-perkembangan yang mempunyai kesan terhadap kehidupan mereka. Ini bermakna kefahaman serba sedikit berkenaan alam sekeliling, sejarah, sains dan teknologi dan agama. Rakyat yang lebih berpengetahuan akan menjadi lebih waras dan lebih cekap dalam mempertimbangkan reaksinya terhadap segala kejadian dan tindakan yang mempunyai kesan kepada diri mereka dan kepada masyarakat. Sudah tentu masyarakat yang dianggotai oleh rakyat yang waras dan bertanggungjawab akan menjadi lebih maju dan bahagia. Penerapan ilmu daripada buku-buku tidak bermakna membaca buku-buku yang khusus untuk ilmu-ilmu tertentu. Buku-buku novel juga dapat membekalkan berbagai ilmu kepada pembacanya. Di samping itu, kita dapat mengenali pemikiran penulis dan falsafahnya. Banyak daripada cerita-cerita yang dihasilkan oleh penulis-penulis terkenal seperti Tolstoy, Dickens, Pramoedya, Shahnon dan lain-lain mempunyai analisa sosial yang mempengaruhi aliran pemikiran dan pembangunan masyarakat di zamanzaman tertentu. Untuk memperolehi ilmu, kita tidak boleh memiliki nasionalisme yang terlalu sempit. Sepertimana juga kita sanggup menjelajah ke negara jauh dan menguasai bahasa-bahasa asing untuk mendapat ilmu, begitu juga kita harus menguasai bahasabahasa lain untuk membaca buku-buku dalam bahasa asing. Walau bagaimana kita berusaha sekalipun, tidak mungkin kita boleh mengalih-bahasakan semua buku di dunia ini. Oleh itu, untuk mendapat faedah daripada pembacaan buku, penguasaan bahasa-bahasa asing amatlah penting. Jika kita ingin menterjemahkan buku bahasa asing sekalipun, kefasihan dalam bahasabahasa asing adalah perlu. Di zaman moden ini, orang yang berilmu mesti menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa — iaitu bahasa ibunda atau bahasa kebangsaannya dan satu lagi bahasa asing. Orang biasa juga perlu mengetahui sedikit-sebanyak bahasa asing. Dengan itu, maka akan terbukalah sumber ilmu yang lebih luas kepadanya — terutama melalui pembacaan buku-buku dalam bahasa asing. Semangat kebangsaan seseorang itu tidak akan terjejas kerana ia faham dua atau tiga bahasa. Yang penting ialah ia tidak membelakangkan bahasanya sendiri. Yang penting ialah ia menjadi warganegara yang berilmu. Warganegara yang jahil tidak dengan sendirinya menjadi warganegara yang setia. Demikian juga warganegara yang boleh bertutur lebih daripada satu bahasa tidak semestinya tidak setia. Jika kerana mengejar ilmu kita perlu menguasai bahasabahasa lain, kita tidak harus teragak-agak menguasai bahasa-bahasa ini. Dengan keupayaan membaca buku-buku dalam bahasa lain, kita akan memperolehi ganjaran yang tidak ternilai harganya. Jika ilmu yang kita perolehi dalam bahasa lain 675

diedarkan pula dalam bahasa kita sendiri, maka akan bertambah kukuh dan berkesanlah bahasa kita. Maklumat yang kita perolehi menunjukkan bahawa ramai daripada penuntut kita membaca hanya buku-buku teks mereka sahaja. Sebahagian besar daripada mereka yang tamat pelajaran, di semua peringkat, tidak membaca buku lagi, walaupun akhbar biasanya menarik minat mereka. Keadaan ini menyedihkan. Demikianlah keadaannya sehingga Kerajaan terpaksa mensyaratkan bahawa hanya calon yang membaca sekurang-kurangnya 3 buah buku, yang bukan buku teks, akan dipilih untuk menjadi guru. Alangkah sedihnya kerana kita terpaksa mengupah untuk menentukan kita membaca. Sepatutnya di Malaysia yang mewah dengan bahan-bahan bacaan, kita mensyaratkan hanya mereka yang banyak membaca buku sahaja yang akan dipilih untuk sesuatu jawatan. Minat membaca ini perlu dipupuk dari bangku sekolah lagi. Sepatutnya murid atau penuntut tamat membaca sekali lalu semua buku teks mereka pada bulan pertama buku-buku itu didapati. Sepatutnya semua murid meminjam buku perpustakaan untuk dibaca di rumah. Sepatutnya waktu rehat atau 'recess' digunakan juga untuk membaca di perpustakaan. Dalam usaha menyemai minat membaca ini, para guru harus memainkan peranan utama. Pelajar-pelajar yang membaca buku-buku selain daripada buku teks mestilah diberi kepujian. Jika ia menggunakan buku-buku ini sebagai sumber dalam rencana atau apa juga kegiatan pelajaran, ini patut diiktirafkan. Guru sendiri haruslah lebih membaca, termasuk buku-buku perpustakaan yang mungkin dibaca oleh murid. Sudah tentu buku-buku lain yang boleh meningkatkan keupayaan guru mengajar perlu dibaca. Dengan ini, murid akan kagum terhadap pengetahuan guru dan mereka akan lebih menghormati guru. Ini akan memudahkan proses pemindahan ilmu dari guru kepada murid. Oleh kerana tahun ini ialah Tahun Pembaca maka fokus kita hendaklah ditumpukan kepada pembaca. Pembaca buku bukan sahaja perlu digalakkan supaya lebih membaca buku, tetapi juga perlu dibantu untuk mengatasi beberapa masalah yang selalu dihadapi oleh pembaca buku di Malaysia. Saya percaya ramai orang suka membaca tetapi menghadapi masalah tidak tahu apakah buku-buku terutamanya buku-buku baru yang diterbitkan di negara ini. Ini ialah kerana maklumat atau publisiti mengenai buku-buku itu tidak mencukupi. Para pembaca terpaksa mencari-mencari buku di kedai-kedai buku, dan malangnya tidak semua kedai ada menyimpan atau menjual buku-buku itu. Lagipun, kedai-kedai buku lebih banyak terdapat di kawasan-kawasan bandar, dan jarang atau tidak terdapat di kawasan-kawasan luar bandar. Jadi sukarlah pembeli hendak mendapatkan buku-buku yang mungkin mereka ingin beli atau baca. Untuk mengatasi masalah ini, saya syorkan supaya Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (MKBK) atau Persatuan Penerbit Buku mengeluarkan katalog buku baru 676

tiap-tiap tahun untuk diedarkan percuma atau dijual dengan harga yang berpatutan kepada orang ramai bagi panduan mereka. Saya difahamkan bahawa pihak M K B K sedang menyusun satu katalog buku kebangsaan dan juga akan menerbitkan sebuah Berita Buku tidak lama lagi. Langkah-langkah ini akan menolong pembaca. Di samping itu, peranan akhbar yang sekarang membuat ulasan mengenai buku-buku baru haruslah dipertingkatkan. Satu halaman patutiah dikhaskan kepada ringkasan bukubuku yang dianggap bermutu tinggi, jika tidak oleh akhbar harian sekurangkurangnya oleh akhbar mingguan. Kita tidak patut lupa bahawa akhbar juga merupakan bahan bacaan. Jika teknik akhbar diguna untuk mempopularkan bacaan rencana yang berilmiah, tidak dapat tidak negara akan mendapat banyak manfaat dan minat membaca akan dipertingkatkan. Mungkin ada baiknya juga buku umum untuk bacaan orang ramai diterbitkan dalam bentuk yang murah, misalnya dalam edisi 'paperback'. Ini akan membolehkan lebih ramai lagi orang membeli buku. Di samping itu, lebih banyak buku-buku terjemahan daripada bahasa-bahasa asing hendaklah diterbitkan, terutamanya karyakarya oleh penulis-penulis terkemuka dari seluruh dunia. Kerajaan sedia menimbang untuk membantu usaha ini. Saya berharap saudara-saudari dapat menjadikan buku sebagai teman hidup sehari-hari, kerana buku adalah jambatan ilmu yang dapat menghubungkan kita dengan alam persekitaran kita, dengan masyarakat kita, dengan negara kita dan dengan dunia luar. Melalui buku dan pembacaan, kita akan dapat membentuk suatu budaya dan tradisi nilai dan pemikiran bangsa yang akan menjadi asas kekuatan bangsa dan negara. Dengan ini saya dengan sukacitanya melancarkan Tahun Pembaca 1988.

677

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PELANCARAN YAYASAN NADWAH AKADEMI ISLAM (NADI) BERHAD, DI PUSAT ISLAM, KUALA LUMPUR 6HB. FEBRUARI, 1988

B

ersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmatNya dapat kita hadir di Majlis Pelancaran Yayasan Nadwah Akademi Islam Berhad ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Lembaga Amanah Yayasan yang menjemput saya untuk melancarkan Yayasan ini.

Penubuhan Yayasan ini kena pada masanya, iaitu ketika kita memerlukan kegiatan-kegiatan yang memberi kefahaman yang lebih luas dan tepat mengenai Islam. Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majmuk negara kita di mana penerangan mengenai Islam perlu dijalankan secara menyeluruh bagi menjamin keharmonian dan persefahaman dalam masyarakat Malaysia. Saya difahamkan Yayasan ini akan berusaha dalam dua aspek. Pertamanya Yayasan ini akan menjalankan kegiatan-kegiatan yang memberi kefahaman Islam, dan keduanya, menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi untuk mencari sumber kewangan. Ini bererti Yayasan ini akan berusaha untuk berdikari bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keilmuan dan kelslaman tanpa bergantung kepada bantuan pihak-pihak lain. Pendirian dan dasar yang dipegang oleh Yayasan ini adalah sangat menggalakkan kerana terdapat banyak organisasi yang mengharapkan bantuan daripada pihak Kerajaan bagi menjalankan kegiatannya. Kerajaan mengalu-alukan sikap Yayasan ini untuk membantu Kerajaan dalam menyebarkan syiar Islam di samping menyatupadukan lagi umat Islam melalui kefahaman ilmu yang mantap. Tetapi sayugia diingatkan bahawa mencari kejayaan daripada peniagaan bukanlah mudah kerana ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh. Sebenarnya sikap yang diambil oleh Yayasan ini dalam dua aspek yang tersebut tadi adalah sesuai dengan amalan ajaran Islam. Kita tidak harus memperkatakan sahaja bahawa Islam adalah sesuai dengan semua zaman, semua tempat dan keadaan, tanpa membuktikan dengan jelas akan kebaikan hasil daripada amalan ajaran Islam. Sama ada kita suka atau tidak, kebanyakan orang-orang Islam dan yang bukan Islam, tidak dapat menerima semua kenyataan agama sebagai dogma, iaitu sebagai perkara yang mesti diterima tanpa disoal, sebagai satu kepercayaan semata-mata melainkan perkara-perkara berkaitan akidah. Manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Tuhan perlu dan akan menyoal sesuatu kenyataan. Justeru itu, amat penting sekali bagi pengamal ajaran Islam membuktikan apa yang didakwa oleh Islam adalah benar dan nyata. 678

Pada masa ini, apa yang berlaku dalam bidang politik, ekonomi dan sosial ialah tindakan orang-orang Islam kerapkali tidak secucuk dengan ajaran Islam dan tidak mencerminkan kenyataan-kenyataan yang dibuat berkenaan dengan baiknya hasil ajaran Islam. Hanya yang boleh ditonjolkan ialah kejayaan Islam di zaman yang 1ampau apabila Islam berkembang ke seluruh dunia dan kejayaan tokoh-tokoh lama Islam dalam berbagai bidang. Di zaman ini sukar bagi kita menunjukkan kejayaan umat Islam yang dikatakan mengamal ajaran Islam. Yang selalu ditunjukkan ialah peperangan antara Islam dengan Islam, sengketa politik mereka, kemunduran mereka dalam bidang ekonomi, sosial dan lain-lain. Memandangkan hakikat-hakikat yang tidak boleh dinafikan ini, masyarakat Islam di negara kita memerlukan bimbingan bukan sahaja melalui kata-kata, tetapi juga dengan amalan yang boleh membuktikan kebenaran ajaran Islam. Cerdik-pandai Islam di negara ini perlu membuktikan kata sepakat, kerjasama dan persaudaraan yang mencerminkan falsafah Islam. Mereka dan orang-orang Islam perlu menjalankan kegiatan politik, ekonomi dan sosial yang bukan sahaja boleh berjaya tetapi nyata berjaya. Memang benar kejayaan hanya boleh dicapai dengan izin Allah Subhanahu Wataala, tetapi janganlah kerana menunggu Allah mengizinkan, kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Allah cuma menolong mereka yang menolong diri mereka sendiri. Jikalau kita berusaha separuh jalan dan kemudian kita berkata Allah tidak mengizinkan, ini sebenarnya mencerminkan kekecewaan kita. Dan umat Islam tidak boleh mudah kecewa, tidak boleh putus-asa. Insya-Allah, jika kita bertekun, jujur dan tidak mudah kecewa, umat Islam akan mencapai kejayaan. Dalam bidang perniagaan, umat Islam tidak boleh dan lebih-lebih lagi sekarang tidak mahu terlibat dengan jenis perniagaan yang diharamkan oleh Islam. Kita tidak mahu terlibat dengan perniagaan arak, atau judi, atau yang melibatkan faedah. Malangnya, ada di antara kita apabila berniaga tidak pula mengutamakan amanah dan kejujuran. Ada yang meminjam wang dengan niat tidak mahu membayar. Ada yang menggunakan duit pinjaman untuk kegiatan lain, dan ada pula yang melesapkan wang yang diamanahkan kepada mereka. Ada yang berjanji untuk membekalkan barangbarang tertentu, tetapi menggantikan barang-barang itu dengan barang-barang lain atau dengan barang-barang yang bermutu rendah. Perbuatan-perbuatan ini tidak kurang buruknya daripada perniagaan yang diharamkan. Tetapi, ada di antara kita tidak memandang berat perbuatan ini. Sebenarnya perbuatan ini menghilangkan kepercayaan masyarakat kepada orang-orang Islam dan menyukarkan perniagaan orang-orang Islam lain. Penerapan nilai-nilai Islam dalam bidang muamallah tidak diberi pandangan yang serius seperti yang diberikan kepada rupa Islam. Nampaknya ikrar oleh setengah-setengah orang Islam sudah tidak bermakna lagi. Dalam hal ini Yayasan yang kita tubuhkan ini hendaklah menunjukkan contoh yang baik dan prestasi yang tinggi dalam bidang perniagaan supaya dakwah yang dilakukannya tidak terhad kepada kata-kata sahaja. Jika Yayasan ini gagal, maka bukan sahaja kita semua akan rugi, tetapi sedikit-sebanyak kredibiliti Islam akan tercemar.

679

Umat Islam sekarang ini perlu menerima kebenaran atau realiti yang terdapat. Di zaman moden ini, tidak mungkin umat Islam dapat mengasingkan dirinya daripada orang-orang bukan Islam. Demikian juga tidak mungkin kita menakluk wilayah mereka dan menjadikan mereka penganut agama Islam. Di Malaysia, hakikat yang perlu kita terima ialah kita hidup dalam masyarakat majmuk, masyarakat berbilang agama. Mahu tak mahu kita terpaksa bergaul dengan orang-orang yang bukan Islam. Jika masyarakat Islam ingin maju tanpa menjejaskan agamanya sendiri, kita mesti pandai bergerak dalam masyarakat majmuk ini. Mengasingkan diri daripada orang-orang bukan Islam bukanlah caranya. Malangnya, ada orang-orang Islam yang terpelajar yang tidak bercampur langsung dengan orang-orang yang bukan Islam. Ini membentuk sikap yang tidak sesuai dengan keadaan sebenar dalam masyarakat Malaysia. Segala rancangan dan pendekatan yang dibuat tidak akan berhasil kerana tidak mengambilkira keadaan sebenar. Bagaimana orang-orang Islam berinteraksi dengan orang-orang beragama lain patutlah diberi perhatian, terutamanya oleh ulamak-ulamak Islam di Malaysia. Dalam hal ini, para ulamak sendiri perlu mengadakan interaksi dengan orang lain supaya nasihat mereka berasaskan juga kepada pengalaman. Hanya membuat laranganlarangan dari jauh sahaja akan mengelirukan orang-orang Islam, sedangkan mereka tidak dapat mengelakkan diri daripada mengadakan perhubungan dengan penganutpenganut agama lain. Perhubungan yang baik dan mesra perlu dikekalkan di antara orang-orang Islam dengan orang-orang bukan Islam untuk menjamin keamanan di negara ini sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Dakwah secara kasarnya bolehlah dibahagikan kepada dua kumpulan sasaran iaitu berdakwah bagi menguatkan akidah serta keimanan orang-orang Islam, dan keduanya, menyampaikan mesej Islam kepada rakan-rakan yang bukan beragama Islam. Saya akui bahawa ramai alim ulamak di negara kita ini yang telah menyumbangkan tenaga dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menguatkan akidah serta keimanan di kalangan umat Islam. Tetapi tidak begitu ramai yang mendekatkan diri mereka dengan orang-orang bukan Islam, sekurang-kurangnya untuk memastikan supaya Islam tidak disalahertikan. Niat kita supaya Islam tidak disalahertikan dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada mereka yang belum menganutinya, sudah tentu termasuk dalam ruangan perkara-perkara yang dituntut oleh Allah ke atas setiap umat Islam. Kita harus ingat bahawa apabila Nabi Muhammad s.a.w. mula menerima wahyu, tidak ada seorangpun orang Islam di kota Mekah. Jika Junjungan kita tidak bercampur dengan orang-orang bukan Islam, mustahil agama Islam dapat berkembang. Di Madinah Nabi Muhammad s.a.w. tidak memisahkan orang-orang Islam daripada orang-orang bukan Islam seperti Nasrani dan Yahudi. Dengan usaha dan panduan daripada Junjungan kita, umat Islam di kota Madinah telah mendampingkan diri dengan mereka yang belum menganuti Islam. Akhirnya, terdapat juga beberapa orang daripada mereka yang bukan Islam menganuti Islam, dan sebahagiannya pula, sekurang-kurangnya, dapat memahami dan mengerti nilai-nilai pentadbiran yang jujur, cekap dan bersemangat toleransi yang diamalkan oleh Rasullullah s.a.w. dan sahabat680

sahabatnya. Inilah sunnah Nabi s.a.w. yang patut kita abadikan dalam usaha kita berdakwah. Seperkara lagi yang harus kita ingat ialah kalau orang-orang Islam yang mulamula datang menjelajah ke negara kita ini beberapa abad dahulu tidak bercampur-gaul dan mendekatkan diri mereka dengan rakyat tempatan yang belum beragama Islam, mungkin kita tidak akan menganuti Islam hari ini. Kita harus bersyukur dengan nikmat yang telah kita perolehi ini. Setelah kita mendapat nikmat kerana kesanggupan orang-orang Islam yang datang ke sini berdamping dengan nenek moyang kita, apakah wajar kita bolot nikmat beragama Islam ini untuk diri kita sahaja? Apakah wajar kita membenarkan gambaran yang tidak tepat dilihat oleh bukan Islam kerana kita tidak sanggup berdekatan dengan mereka? Dewasa ini terdapat perasaan syak wasangka yang tidak harus wujud jikalau orang orang Islam dan rakan-rakan bukan Islam saling faham-memahami tentang adat istiadat dan cara hidup masing-masing. Saya sedar bukanlah mudah untuk kita menjalinkan perasaan saling faham-memahami tetapi dengan usaha yang diredhai Ilahi dan niat yang ikhlas, insya-Allah kita akan dapat menjalinkan perasaan itu. Seperkara lagi ialah sekiranya iman kita kukuh, maka kita tidak harus risau yang iktikad kita akan tergugat. Saya berharap Yayasan ini akan memikirkan perkara-perkara ini demi kebaikan dan kemajuan umat Islam. Dengan kata-kata ini dan dengan doa agar Yayasan ini mencapai cita-citanya, dan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, maka saya dengan ini melancarkan Yayasan Nadwah Akademi Islam Berhad ini dengan rasminya.

681

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1988 DI DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR 17HB. MAC 1988

S

aya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibacakan k a l i yang kedua sekarang.

Semenjak beberapa waktu yang lalu, Kerajaan telah mendapati bahawa beberapa Perkara di dalam Perlembagaan menghalang perjalanan licin jentera pentadbiran. Selain daripada itu, adalah didapati juga bahawa beberapa pindaan perlu dibuat untuk mengemaskini dan menyelaraskan pentadbiran bagi meningkatkan lagi efisiensi pentadbiran. Oleh yang demikian, Kerajaan bercadang untuk meminda beberapa Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: Perkara 5 Fasal (4) Perkara 5 memberi perlindungan kepada orang-orang yang kena tangkap, dengan mensyaratkan bahawa mereka hendaklah dibawa ke hadapan majistret dalam tempoh 24 jam dan tidak boleh ditahan selanjutnya tanpa kebenaran majistret. Menurut proviso kepada Fasal itu, perlindungan ini tidak diberi kepada orang-orang yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang mengenai kediaman terhad (restricted residence). Dari pengalaman dalam menguruskan kes-kes orang-orang yang memasuki negara ini secara haram, Kerajaan mendapati bahawa adalah sukar hendak membawa mereka di hadapan majistret dalam tempoh 24 jam sebagaimana disyaratkan oleh Fasal (4) itu. Oleh kerana mereka ini adalah rakyat negara asing, banyak perkara yang perlu diuruskan dalam memproses kes mereka ke hadapan majistret. Identiti dan latarbelakang mereka perlu disiasat dan dipastikan dahulu, dan juga sebab-sebab dan tujuan mereka masuk ke negara ini. Kerapkali mereka datang beramai-ramai pada satu ketika. Ini semua menyebabkan pengendalian kes mereka terpaksa mengambil masa. Kerajaan berpendapat bahawa orang-orang ini tidak dapat diberi perlindungan yang begitu istimewa seperti yang diberi oleh Fasal (4) sekarang ini. Mereka datang dengan tiba-tiba. Pegawai-pegawai kita tidak dapat maklumat dan butiran yang cukup untuk membolehkan mereka dibawa ke hadapan majistret dalam tempoh 24 jam. 682

Fasal 2 Rang Undang-undang ini mencadangkan supaya dimasukkan dua lagi proviso tambahan kepada Fasal (4) Perkara 5. Atas sebab-sebab yang saya nyatakan tadi, proviso tambahan pertama bertujuan mengubahsuai syarat Fasal (4) itu supaya, dalam hal orang-orang yang bukan warganegara yang ditangkap di bawah undangundang mengenai imigeresen, tempoh untuk membawa mereka ke hadapan majistret ialah empat belas hari dan bukan 24 jam. Oleh kerana Fasal (4) mensyaratkan orang-orang yang kena tangkap dibawa ke hadapan majistret, maka orang-orang yang ditangkap kerana kesalahan-kesalahan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah kenalah juga dibawa ke hadapan majistret. Keperluan ini adalah tidak sesuai bagi kes-kes yang bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah, dan akan menjejaskan kelicinan pengurusan kes-kes seperti itu. Oleh sebab itu, adalah perlu diadakan proviso tambahan kedua di bawah Fasal 2 Rang Undang-undang ini, yang bermaksud bahawa, untuk mematuhi Fasal (4) dalam hal orang-orang yang ditangkap kerana kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah, mereka boleh juga dibawa ke hadapan hakim Mahkamah Syariah dan penahanan mereka selanjutnya bolehlah juga dibenarkan oleh hakim Mahkamah Syariah. Ingin saya menjelaskan bahawa ini tidaklah bermakna orang-orang itu tidak boleh dibawa ke hadapan majistret. Sekiranya didapati sukar membawa orang-orang yang ditangkap ke hadapan hakim Mahkamah Syariah, misalnya orang-orang itu masih boleh dibawa ke hadapan majistret. Perkara 83 Perkara 83 memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk meminta Kerajaan Negeri memberikan kepadanya apa-apa tanah dalam Negeri yang berkenaan yang dikehendaki untuk maksud-maksud Persekutuan, dan mewajibkan Negeri untuk memberikan tanah yang diminta itu. Hak Kerajaan Persekutuan dan kewajipan Kerajaan Negeri di bawah Perkara 83 berbangkit hanya apabila tanah diperlukan bagi 'maksud-maksud Persekutuan'. Ada kemungkinan akan timbul keadaan-keadaan di mana akan menguntungkan kedua-dua Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sekiranya Kerajaan Negeri boleh memberikan tanah kepada Kerajaan Persekutuan, atas syarat-syarat yang dipersetujui di antara mereka, tanpa tertakluk kepada formaliti membuat permintaan di bawah Perkara 83 walaupun tanah itu tidak diperlukan pada masa itu untuk maksudmaksud Persekutuan. Perkiraan seperti ini tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Perkara 83 itu. Fasal 3 Rang Undang-undang ini mencadangkan supaya Perkara 83 itu dipinda dengan memasukkan Fasal baru (8) yang menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri boleh memberi tanah kepada Kerajaan Persekutuan, atas syarat-syarat yang dipersetujui bersama, tanpa Kerajaan Persekutuan membuat permintaan formal atas kuasanya di bawah Perkara itu. 683

Perkara 84 Perkara ini memperkatakan tentang keadaannya apabila tanah yang terletak hak pada Persekutuan atau pihak berkuasa awam tidak lagi dikehendaki untuk maksud-maksud Persekutuan. Dalam keadaan begini, tanah itu mestilah berbalik kepada Negeri, dengan syarat Kerajaan Negeri bersetuju membayar kepada Persekutuan amaun-amaun yang ditetapkan di dalam Fasal (1) Perkara itu. Jika Kerajaan Negeri tidak bersetuju membuat bayaran, maka tanah itu tidak akan berbalik kepada Negeri, dan Kerajaan Perseketuan atau pihak berkuasa awam akan bebas menjual tanah itu. Pelaksanaan Dasar Penswastaan Kerajaan Persekutuan mungkin melibatkan tanah-tanah yang dipegang untuk maksud-maksud Persekutuan oleh Kerajaan Persekutuan atau pihak berkuasa awam diuruskan dengan cara yang mungkin menimbulkan anggapan bahawa tanah-tanah itu telah terhenti diperlukan untuk maksudmaksud Persekutuan. Syarat Perkara 84 bahawa tanah yang tidak diperlukan untuk maksud-maksud Persekutuan mestilah berbalik kepada Negeri akan menyekat atau menyulitkan pelaksanaan Dasar Penswastaan Kerajaan Persekutuan. Fasal 4 Rang Undang-undang ini mencadangkan supaya Perkara 84 itu dimansuhkan untuk menghapuskan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menawarkan balik kepada Kerajaan Negeri tanah-tanah yang tidak lagi diperlukan untuk maksud-maksud Persekutuan, supaya Kerajaan Persekutuan atau pihak berkuasa awam yang berkenaan akan kekal memiliki tanah itu, walaupun ia tidak lagi diperlukan untuk maksud-maksud Persekutuan. Perkara 85 Perkara 85 mengawal tanah-tanah yang dirizabkan untuk maksud-maksud Persekutuan. Jika tanah-tanah itu tidak lagi diperlukan untuk maksud-maksud Persekutuan, Kerajaan Persekutuan diwajibkan melepaskannya balik kepada Negeri jika Negeri membayar kepada Persekutuan pampasan yang ditetapkan dalam Fasal (1) Perkara itu. Jika Kerajaan Negeri tidak bersetuju menerima tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan itu, Kerajaan Negeri diwajib, jika diminta, memberikan tanah itu kepada Kerajaan Persekutuan secara kekal tanpa had tentang kegunaannya, dengan syarat Kerajaan Persekutuan membayar premium dan sebagainya, dan selepas itu Kerajaan Persekutuan bebas melupuskan tanah itu. Tanah-tanah rizab mungkin terlibat juga dalam pelaksanaan dasar penswastaan Kerajaan Persekutuan. Dalam melaksanakan dasar itu, tanah-tanah rizab mungkin akan diuruskan dengan cara yang akan dianggap bahawa tanah-tanah itu tidak lagi diperlukan untuk maksud-maksud Persekutuan. Syarat yang dikenakan oleh Perkara 85 bahawa tanah itu hendaklah ditawarkan balik kepada Kerajaan Negeri akan menyekat atau menyulitkan pelaksanaan Dasar Penswastaan. 684

Fasal 5 Rang Undang-undang ini mencadangkan supaya Perkara 85 itu digantikan dengan Perkara 85 yang baru. Di bawah peruntukan baru itu, Kerajaan Persekutuan berhak meminta Kerajaan Negeri supaya memberi milik tanah-tanah rizab Persekutuan kepada Kerajaan Persekutuan, dengan syarat Kerajaan Persekutuan membayar nilai pasaran bagi tanah-tanah itu, setelah ditolak nilai pasaran bagi apa-apa bayaran yang telah dibuat semasa tanah-tanah itu digunakan untuk maksud-maksud Persekutuan, dan juga apa-apa bayaran yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan pada mulanya untuk membolehkan Kerajaan Negeri mengambil balik tanah-tanah itu untuk dirizabkan. Di bawah Perkara 85 yang baru itu Kerajaan Persekutuan tidak lagi berkewajipan melepaskan kepada Negeri tanah-tanah rizab yang tidak lagi diperlukan untuk maksud-maksud Persekutuan, tetapi ia boleh berbuat demikian di bawah Fasal (3), asalkan Kerajaan Negeri membayar balik nilai pasaran bagi pemajuan-pemajuan dan kos pengambilan balik tanah sebagaimana yang tersebut tadi. Tentang tanah-tanah yang terus dirizabkan untuk maksud-maksud Persekutuan, Fasal (4) dalam Perkara 85 yang baru itu memberi kuasa yang luas kepada Kerajaan Persekutuan terhadap penggunaannya. Kerajaan Persekutuan boleh memberikan kepada mana-mana orang, hak untuk menggunakan tanah itu bagi maksud-maksud Persekutuan atau bagi maksud-maksud sampingan, dan jika Kerajaan Persekutuan tidak menggunakan tanah itu buat sementara waktu untuk maksud Persekutuan, Kerajaan Persekutuan boleh memberi kepada mana-mana orang, hak untuk menggunakannya bagi apa-apa maksud selain daripada maksud Persekutuan, bagi tempoh dan dengan syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Perkara 86 Perkara 86 mengawal pelupusan tanah-tanah yang terletakhak pada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan tidak boleh melupuskan tanah-tanah itu kecuali untuk maksud-maksud Persekutuan. Selain daripada itu, jika hendak dilupuskan kepada orang lain selain daripada pihak berkuasa awam, pelupusan itu hendaklah di bawah undang-undang Persekutuan atau atas perintah Yang di-Pertuan Agong yang diluluskan oleh Parlimen. Sesuatu pihak berkuasa awam atau mana-mana orang yang memegang tanah daripada Kerajaan Persekutuan untuk maksud-maksud Persekutuan tidak boleh melupuskan tanah itu seterusnya kepada pihak lain kecuali kepada Kerajaan Persekutuan. Kawalan yang dikenakan oleh Perkara 86 itu akan menyulitkan pelaksanaan rancangan-rancangan pembangunan dan ekonomi Kerajaan Persekutuan, khususnya rancangan kepada pihak-pihak lain selain daripada pihak berkuasa awam, yang mungkin pula akan mengakibatkan tanah-tanah itu digunakan bagi maksud-maksud yang bukan maksud-maksud Persekutuan, sedangkan tanah-tanah itu tidak dirancang akan berbalik kepada Kerajaan Persekutuan. Fasal 6 Rang Undang-undang ini mencadangkan supaya Perkara 86 yang ada sekarang digantikan dengan Perkara 86 yang baru. Peruntukan baru itu memberi 685

kebebasan kepada Kerajaan Persekutuan melupuskan apa-apa tanah yang terletakhak padanya kepada mana-mana orang sebagaimana yang ia fikirkan patut. Perkara 118A Perkara 118A menyatakan bahawa sesuatu aduan tentang tidak adanya dibuat pemilihan ke Dewan Rakyat hendaklah dianggap sebagai petisyen pilihanraya, dan Mahkamah Tinggi boleh membuat perintah untuk memaksa supaya pemilihan dibuat. Perkara itu juga menyatakan bahawa kegagalan membuat pemilihan dalam tempoh yang di-nyatakan oleh Perkara 54 dan 55 tidak boleh dijadikan alasan untuk mengisytiharkan bahawa seseorang ahli itu telah tidak dipilih sewajarnya. Fasal 7 Rang Undangundang ini mencadangkan supaya Perkara 118A itu dipinda supaya ianya terpakai juga bagi pemilihan ke Dewan Undangan Negeri. Perkara 121 Perkara 121 meletakhak kuasa kehakiman Persekutuan pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-mahkamah Rendah. Ia juga meletakhak bidangkuasa tertentu pada Mahkamah Agung. Fasal 8 Rang Undang-undang ini mencadangkan supaya Perkara 121 dipinda dengan menghapuskan peruntukan tentang meletakhak kuasa-kuasa kehakiman pada mahkamah-mahkamah dan dengan memasukkan ke dalam Fasal (1) Perkara itu peruntukan yang menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-mahkamah Rendah hendaklah mempunyai bidangkuasa dan kuasa-kuasa sebagaimana yang diberi oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan. Dengan ini, Perkara itu tidak lagi akan memberi penekanan pada meletakhak kuasa kehakiman Persekutuan pada mahkamah-mahkamah tetapi akan hanya memperkatakan tentang jenis-jenis mahkamah dan bidangkuasa serta kuasa-kuasanya. Pindaan ini adalah perlu untuk menjelaskan lagi kedudukan mahkamahmahkamah. Pada masa ini, dengan adanya peruntukan tentang meletakhak kuasa kehakiman Persekutuan itu, batasan antara bidang kehakiman dan bidang eksekutif, perundangan dan kehakiman dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing tanpa mengganggu atau diganggu oleh pihak yang lain. Kebelakangan ini telah terdapat tanda-tanda bahawa perkara-perkara yang disangka adalah kuasa eksekutif sematamata telah dianggap sebagai boleh disentuh oleh pihak kehakiman. Jika bidang tugas satu pihak boleh diganggu oleh pihak lain, pentadbiran negara akan terancam dan akan menjadi lemah, dan pentadbiran yang lemah tidak akan dapat menjamin kestabilan dan kesejahteraan dalam sesuatu negara. Pindaan ini diperlukan kerana rakyat dan penduduk negara ini dan juga Kerajaan perlu mengetahui dengan jelas apakah yang salah dan apakah yang tidak salah dari segi undang-undang negara. Untuk ini, adalah perlu kuasa eksekutif, kuasa perundangan dan kuasa kehakiman ditentukan dengan jelas. 686

Amatlah sukar bagi sesiapa juga membuat sesuatu jika ia tidak tahu sama ada perbuatannya itu salah atau tidak salah kerana undang-undang yang bertulis boleh diketepikan. Mungkin ia bertindak kerana ia berfikir apa yang dibuat olehnya tidak melanggar apa-apa undang-undang. Alangkah malang baginya jika tiba-tiba ia didakwa dan mahkamah memutuskan kesnya mengikut budi bicara mahkamah tanpa mengambilkira undang-undang yang sedia ada. Mahkamah boleh membuat keputusan ini dengan membuat bandingan dengan kes di negara-negara lain yang tidak diketahui umum, bahkan kadang-kadang tidakpun diketahui oleh peguam-peguam yang mungkin memberi nasihat kepada pihak yang didakwa. Sebab itu, biasa terjadi di mana mahkamah membuat keputusan yang berlainan terhadap dua kes yang sama latarbelakangnya. Sebab itu juga kes yang dahulu tidak pernah disoal oleh mahkamah kerana mematuhi peruntukan undang-undang, tiba-tiba disoal dan didapati salah berasaskan 'natural justice' atau 'judicial review' yang tidak bertulis. Penggunaan 'British Common Law' secara tidak terhad tanpa mengambilkira kebudayaan dan peradaban hak mahkamah yang tidak bertulis seperti 'judicial review, natural justice' dan lain-lain menjadikan undang-undang yang bertulis tidak berguna lagi dan orang awam serta Kerajaan tidak lagi boleh berpandukan kepada undangundang apabila bertindak. Di Britain, Tuan Yang Di-Pertua Parlimen mempunyai kuasa yang tertinggi sekali. Perlembagaan Britain tidak bertulis dan tidak berkuasa lebih dari Parlimen. Dengan itu, Parlimen dapat membuat keputusan yang muktamad mengenai sesuatu. Pihak lain perlulah menerima keputusan Parlimen dan tidak membuat interpretasi yang berlainan daripada Parlimen. Di Malaysia, kita bersetuju menjadikan Perlembagaan yang bertulis sebagai sumber undang-undang dan kuasa tertinggi sekali. Tetapi interpretasi semua undangundang dan Perlembagaan kita diserahkan kepada mahkamah tanpa had. Ini bermakna bahawa budibicara kehakiman yang kadang-kadang bertukar-tukar dan berbeza antara satu hakim dengan satu hakim yang lain. Ini telah berlaku dalam kes bidangkuasa Kerajaan dan hak menteri berkenaan mengenai soal keselamatan. Dengan kuasa membuat interpretasi ini, mahkamah boleh dan telahpun membuat interpretasi yang lari jauh daripada maksud dan semangat sesuatu undang-undang itu telah digubal. Mahkamah telah membuat keputusan bahawa dalam menguatkuasakan undang-undang, mereka tidak terikat dengan tujuan dan maksud undang-undang itu digubal oleh Parlimen. Mereka membuat dasar sendiri bahawa mereka hanya terikat dengan interprestasi mereka terhadap ayat-ayat yang didapati dalam undang-undang. Dengan itu, segala keterangan, penjelasan dan perbahasan semasa undang-undang digubal dalam perbahasan kita di Dewan yang mulia ini tidak mencapai apa-apa faedah. Walaupun Mahkamah berkata mereka hanya terikat kepada susunan ayat dalam undang-undang, tetapi dalam kes-kes tertentu, mereka membelakangkan undang687

undang bertulis sama sekali. Biasa terjadi di mana undang-undang yang begitu jelas sehingga tidak ada sesiapapun yang boleh keliru atau masih juga membuat tafsiran yang berlainan atau mengenepikan sama sekali undang-undang berkenaan. Ada mahkamah yang membelakangkan undang-undang yang bertulis kerana lebih mengutamakan keputusan kes-kes di Britain dan di lain-lain negara. Sekali lagi saya ingin menarik perhatian bahawa Malaysia bukan Britain. Kebudayaan dan tamadun British dan lain-lain negara barat berbeza dengan ketaranya daripada kebudayaan dan tamadun masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di Malaysia. Sebagai contoh, orang-orang Eropah dan Amerika sekarang menerima kesedudukan dan perkahwinan secara de facto antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Mereka juga mengiktiraf berkesedudukan sebagai perkahwinan sehingga jika mereka berpisah ini dianggap sebagai 'bercerai', dan mahkamah boleh menetapkan 'alimony' atau saraan kepada isteri atau suami pura-pura dalam perkahwinan ini. Apakah ada persamaan antara kebudayaan ganjil ini dengan kebudayaan di Malaysia? Apakah nilai-nilai seperti ini secucuk dengan agama yang kita anuti? Apakah perlunya kita mengikut nilai hidup mereka atau tafsiran dan konsep mereka berkenaan dengan kebebasan individu membuat sesuka hati mereka? Apakah hanya tafsiran dan logik mereka sahaja yang betul sehingga kita patut membelakangkan undangundang yang kita buat dengan proses yang panjang dan perbahasan yang mendalam? Apakah 'natural justice' mereka lebih utama daripada undang-undang kita? Apakah dianya 'natural justice' ini? Apakah yang 'natural' sangat berkenaan dengan keadilan yang dilaksanakan oleh mahkamah Barat. Pada satu ketika dahulu mereka mengenakan hukuman gantung kepada seseorang yang mencuri kambing. Sekarang, orang yang membunuh berpuluh orang, pengganas atau 'terrorist' yang ganas yang membunuh dengan sesuka hatipun tidak dikenakan hukuman mati. Maka dengan itu, ramai yang dahulu takut membunuh, sekarang berani membunuh dengan sewenang-wenangnya. Jika terdapat sepucuk senapang, ada mereka dengan gembira menembak mati orang yang berjalan di jalan atau melintas di hadapan mereka. Apa yang hendak ditakutkan? Hukuman yang terberat sekali ialah hukuman penjara seumur hidup. Itupun jika baik kelakuan, mereka boleh dibebaskan selepas di penjara beberapa tahun sahaja. Selepas dibebaskan, ada yang membunuh lagi. Apakah ini satu jenis 'natural justice'? Apakah yang begitu natural dengan simpati yang ditunjukkan kepada pembunuh tetapi tidak ditunjukkan kepada yang dibunuh? Apakah ini yang menjadikan 'natural justice' lebih baik daripada undang-undang kita sehingga kita mesti mengikutnya? Apakah kebebasan yang terlampau yang diberikan kepada orang barat mesti diberikan juga kepada kita? Apakah nyawa orang yang dibunuh tidak bernilai tetapi nyawa pembunuh begitu 'sacred' sehingga ia tidak boleh dikenakan hukuman mati? Malaysia bukan Eropah, bukan Amerika. Kita mempunyai kebudayaan kita sendiri, nilai-nilai kita sendiri. Kita boleh meminjam apa yang dianggap baik dan secocok dengan kita, tetapi kita tidak terikat dengan semua yang dibuat atau dipercayai 688

oleh mereka. Kita terima demokrasi tetapi kita tidak perlu terima semua yang mereka anggap demokratik. Hak memiliki senjata api, umpamanya, bukanlah asas demokrasi sehingga jika tidak dibenarkan, maka kita tidak demokratik. Dalam demokrasi kita, rakyat berkuasa. Rakyat melantik wakil mereka yang ditugaskan untuk membentuk Kerajaan dan membuat undang-undang. Jika rakyat mahu Kerajaan disekat sehingga tidak boleh menggubal undang-undang tertentu, rakyat akan menjatuhkan Kerajaan itu dan membahagi-bahagikan perwakilan mereka antara parti-parti politik sehingga tidak akan terbentuk sebuah Kerajaan yang boleh melanggar kehendak rakyat. Jika rakyat memilih untuk memberi kuasa kepada sebuah parti itu boleh meminda perlembagaan, rakyat boleh memilih bilangan ahli yang mencukupi daripada parti itu untuk berbuat demikian. Seorang individu, walau apapun jawatannya, tidak berhak mengenepikan kehendak rakyat. Satu golongan elit tidak berhak menghalang kehendak rakyat kerana golongan elit memikirkan mereka lebih anf daripada rakyat. Jika pihak lain mengenepikan hak rakyat dengan melanggar konsep demokrasi kita, maka perbuatan itu adalah tidak demokratik. Sebab itu, undang-undang yang dibentuk oleh wakil rakyat mesti dihormati. Sesiapa yang membelakangkan undangundang yang dibuat oleh Kerajaan pilihan rakyat, ianya mencabul demokrasi. Justeru itu, kita wakil rakyat dan rakyat amnya tidak boleh menerimanya. Namun demikian, sistem demokrasi kita memberi peluang kepada pihak kehakiman dan pihak perkhidmatan awam yang kekal, atau 'permanent civil service', untuk menegur wakil rakyat — iaitu Kerajaan - dalam urusan harian melalui saluran-saluran tertentu. Kuasa menegur dan mengawal Kerajaan tidak bermakna anugerahan kuasa menidakkan hak rakyat dan wakil-wakil mereka. Juga jika wakil rakyat dan Kerajaan menyeleweng atau melakukan jenayah, mereka boleh dihukum sama seperti orang lain. Sejarah menunjukkan bahawa Kerajaan mematuhi keputusan mahkamah berkenaaan dengan menteri-menteri kabinet. Ada yang disingkir daripada Kabinet kerana menyalahi undang-undang. Tetapi mahkamah juga perlu patuh kepada undang-undang. Untuk menentukan bahawa suatu imbangan tercapai, kita memerlukan kehakiman dan perkhidmatan awam yang tidak terlibat dengan parti politik. Malangnya, pada masa yang lampau, kita mendapati beberapa anggota kehakiman sudah terlibat dengan politik. Mempunyai sikap yang ditakrifkan sebagai 'fiercely independent' di kalangan beberapa anggota kehakiman bermakna secara tidak langsung mereka terlibat dengan politik pembangkang. Sudah tentu untuk memperlihatkan kebebasan mereka itu bersungguh-sungguh atau 'fierce', mereka akan 'bend over backwards' untuk memberi keputusan yang memihak kepada pencabar Kerajaan. Kehakiman sepatutnya menumpukan perhatian kepada keadilan dan tidak memihak kepada sesiapapun. Apabila hakim berasa perlu ia membuktikan kebebasannya terlebih dahulu, maka keadilan akan mendapat tempat yang kedua. Dengan perkataan lain, keadilan tidak tercapai apabila hakim lebih mengutamakan sikap bebasnya dari Kerajaan. Oleh sebab inilah, maka ada hakim-hakim yang semasa menjatuhkan huku689

man membuat kenyataan yang tidak berasas, seolah-olah melepaskan geram . Kenyataan-kenyataan ini dibuat kerana kepercayaan bahawa apa yang dikatakan oleh hakim tidak boleh ditegur. Jika dikritik, maka hakim boleh mendakwa di bawah 'menghina mahkamah' atau 'contempt of court'. Jika ada rayuan, maka kes itu menjadi 'sub-judice' dan sekali lagi segala komen terhadap kes berkenaan dianggap salah. Dengan perkatakan lain, hakim boleh mencemuh seseorang kerana orang itu tidak berhak mempertahankan diri. Ini dapat dilihat apabila seorang hakim mendakwa menteri mempunyai niat buruk atau 'mala fide' kerana tidak menyiasat sama ada maklumat yang disampaikan oleh pegawainya tepat atau tidak. Setiap orang menteri mempunyai berpuluh pegawai yang ditugaskan dengan tugas-tugas tertentu. Setiap hari menteri menerima berbagai-bagai laporan daripada pegawai-pegawai ini. Jika kerja-kerja menteri hendak dijalankan, maka menteri terpaksa mempercayai maklumat yang disampaikan oleh pegawainya, sebelum ia membuat apa-apa keputusan. Jika menteri terpaksa menyelidik sendiri untuk menentukan benar atau tidak sesuatu butir maklumat, maka pegawai tidaklah diperlukan lagi. Dalam keadaan yang menteri mempunyai masa yang terhad, kebenaran tiap-tiap maklumat tidak mungkin dibuat. Hanya apabila menteri mengesyaki maklumat yang disampaikan kepadanya tidak tepat, baharulah ia akan mengarahkan supaya penyelidikan dibuat oleh pegawai yang lebih tinggi. Jika laporan yang disampaikan kepadanya adalah dari pegawai yang biasa melaporkan kepadanya di masa lepas dan biasanya laporan itu tepat, tidak ada sebab kenapa menteri patut mengesyakki apa-apa. Menteri harus menerima laporan yang disampaikan kepadanya. Memang ada kemungkinan bahawa di antara beratus butir laporan yang diterima oleh menteri, terdapat satu yang tidak tepat. Hanya dengan kerana menteri tidak mengesyaki satu butir maklumat dan tidak menyelidik, tidak bermakna ia berniat buruk. Jika kerana satu butir maklumat tidak tepat, maka ini bermakna menteri berniat buruk dan dengan itu lima butir maklumat yang benar diketepikan, maka keadilan tidak akan tercapai. Jika seorang dituduh membunuh enam orang dan terdapat tuduhan terhadap satu kes tidak benar, apakah yang lima lagi yang mempunyai bukti yang jelas menjadi tidak benar? Jika inilah asas pertimbangan kehakiman, maka di mana letaknya keadilan? Berasaskan kepada logik ini, mungkin tidak ada siapapun yang akan didapati bersalah. Hakim bukanlah seorang yang tidak boleh membuat salah atau tidak boleh berniat buruk. Dalam kes Cardan di Hong Kong, seorang hakim, Justice Barker, telah membuat keputusan yang ganjil dalam pandangan seluruh dunia. Keputusan ini dikesan oleh akhbar dan juga Majlis Peguam atau 'Bar Council' Hong Kong. Apabila Hakim Besar Hong Kong disoal dalam termuramah di televisyen, beliau enggan menjawab. Nampaknya, beliau juga tidak percaya hakim berkenaan membuat keputusan yang adil. 690

Perkara yang menarik ialah orang awam dan Majlis Peguam di Hong Kong berani membuat teguran terhadap keputusan hakim. Kata seorang ' Q C yang terkenal, keputusan Justice Barker adalah 'irrational and bizarre' atau 'tidak siuman dan pelek'. Apakah tidak mungkin di Malaysia juga terdapat keputusan hakim yang 'irrational, bizarre dan mala fide? Setiap kuasa yang diberi mesti digunakan dengan penuh tanggungjawab. Janganlah kerana 'immunity' yang diberi, maka kita melemparkan tohmahan dengan sewenang-wenangnya dan kita membuat sesuatu sesuka hati kita. Mengikut laporan akhbar semalam, Justice Barker telah meletakkan jawatannya. Saya membuat kenyataan ini kerana adalah amat penting rakyat mempunyai kepercayaan kepada sistem kehakiman negara. Jika saya tidak menjelaskan tentang lemahnya asas hukuman yang dibuat oleh seseorang hakim, maka rakyat akan tertanya-tanya akan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan. Mungkin kenyataan ini akan 'prejudice' kes rayuan Kerajaan. Ini adalah risiko yang kita tidak dapat elakkan. Hakikatnya ialah amalan 'sub-justice' dan 'contempt of court' kadang-kadang menghalang hak pihak yang dicemuh mempertahankan diri. Seperti juga apa-apa sistem, baik-buruknya bergantung kepada orang yang menjalankannya. Jika orang ini menyalahgunakan sistem ini, dengan kepercayaan bahawa tiada sesiapa boleh membuat apa-apa kepadanya, maka sistem ini akan membawa keburukan. Membuat tuduhan bahawa menteri bertindak dengan sewenang-wenangnya atau 'cavalier' dan mempunyai niat buruk (mala fide) adalah perkara yang serius yang mencemarkan nama menteri. Sudah tentu akhbar luar negeri akan gembira dengan tuduhan ini, dan sudah tentu imej negara terjejas. Sudah tentu parti pembangkang akan gembira. Soalnya, benarkah tuduhan ini? Oleh kerana 'contempt of court', mulut pihak yang dicemuh ditutup. Bahkan akhbar tempatanpun tidak dapat membuat apaapa komen. Apakah ini keadilan? Sebab itu, Tuan Yang Di-Pertua,kita perlu berpegang kepada undangundang yang jelas. Kehakiman dipenuhi dengan manusia biasa yang mempunyai perasaan tidak berbeza dengan manusia lain. Jika mereka begitu bebas dan kebebasan ini membawa kepada ketidakadilan, maka hasrat kehakiman tidak akan tercapai. Oleh itu, adalah lebih adil kita berpegang kepada undang-undang yang bertulis yang dibuat mengikut kehendak rakyat dalam sistem Demokrasi Berparlimen ini. Hakim perlulah menjelaskan di bawah undang-undang mana yang ia membuat hukuman. Budi-bicara hakim hendaklah tertakluk kepada undang-undang negara melainkan tidak ada undang-undang negara berkaitan dengan kes berkenaan. Pada masa ini, terdapat lebih 300,000 kes yang belum dibicarakan. Bagi mereka yang menunggu keadilan dalam kes-kes ini, tidak adanya perbicaraan bermakna keadilan tidak ada bagi mereka. Mungkin ada di antara mereka yang akan meninggal dunia sebelum kes mereka didengar. Jika didengar sekalipun, mungkin butir-butir 691

berkenaan dengan kes mereka sudahpun dilupai oleh saksi-saksi dan pegawai-pegawai yang berkenaan. Mungkin pihak yang mendakwa dan yang didakwa sendiripun sudah lupa. Ramai pula yang ditahan dalam penjara reman atau' remand prison' sementara menanti perbicaraan. Baru-baru ini seorang pengedar dadah telah berada dalam tahanan selama 8 tahun. Jika ia bersalah, ini tidak mengapa. Tetapi jika akhirnya ia didapati tidak bersalah, maka teraniayalah dia. Walau apapun dibuat, tempoh beberapa tahun ia merengkok dalam penjara tidak dapat diganti. Justeru itu, amatlah penting bagi kes-kes mereka didengar dengan segera. Dan ini boleh dibuat jika pelaksanaan undang-undang bertulis diutamakan dalam kes-kes yang dibicarakan. Satu perkara yang sering menjadi sungutan dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Islam di negara ini ialah keadaan di mana mahkamah-mahkamah sivil dapat mengubah atau membatalkan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Syariah. Misalnya, pernah berlaku keadaan di mana seseorang yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Syariah tentang penjagaan kanak-kanak telah membawa guaman itu ke Mahkamah Tinggi pula dan berjaya mendapat keputusan yang berlainan. Kerajaan berpendapat bahawa keadaan seperti itu menjejaskan kewibawaan Mahkamah Syariah dan pelaksanaan dan pentadbiran Hukum Syara' di kalangan umat Islam di negara ini. Adalah sangat penting menjamin kewibawaan mahkamah kuasa penuh untuk menentu dan memutuskan perkara-perkara yang termasuk dalam bidangkuasanya, apatah lagi kerana perkara-perkara itu melibatkan Hukum Syara'. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan juga supaya ditambah satu fasal baru kepada Perkara 121 itu, iaitu Fasal (1A), yang menjelaskan bahawa mahkamah-mahkamah yang tersebut dalam Perkara itu tidak mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk mengadakan Mahkamah Tinggi supaya rujukan boleh dibuat oleh pihak yang tidak berpuas hati. Perkara 142 Fasal (2A) dalam Perkara 142 menetapkan bahawa pengerusi sesuatu Suruhanjaya Perkhidmatan tidak layak memegang jawatan jika dia bergiat dalam urusan perniagaan dan sebagainya. Fasal 9 Rang Undang-undang ini bertujuan meminda Fasal (2A) itu supaya timbalan pengerusi sesuatu Suruhanjaya Perkhidmatan akan juga tertakluk kepada fasal itu. Perkara 145 Fasal (3) Perkara 145 memberi budibicara kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding bagi sesuatu kesalahan. Dalam membuat sesuatu keputusan semasa 692

menjalankan budibicaranya, Peguam Negara sewajarnyalah berpandukan kepada kenyataan-kenyataan yang dikemukakan kepadanya oleh pihak penyiasat. Mungkin dari kenyataan-kenyataan yang diterima, dan atas sebab-sebab tertentu, mungkin dari segi keselamatan, kerumitan kes dan lain-lain lagi, sesuatu kes itu tidak sesuai dibicarakan di Mahkamah Rendah di sesuatu tempat tertentu. Untuk kepentingan keadilan, untuk menjamin agar kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama untuk mengemukakan kes mereka sewajarnya, mungkin perlu memindahkan kes yang berkenaaan dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi tanpa mengadakan penyiasatan awal atau 'preliminary enquiry'. Memandangkan keperluan tersebut, Parlimen telah mengkanunkan Akta Kanun Prosedur Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1976 yang menambahkan kepada Kanun Prosedur Jenayah satu seksyen baru, iaitu seksyen 418A. Sekyen itu memberi kuasa kepada Pendakwa Raya untuk meminta Mahkamah Rendah memindahkan kes yang menunggu penyelesaian di hadapannya ke Mahkamah Tinggi di tempat yang ditetapkan oleh Pendakwa Raya, dan Mahkamah Rendah berkewajipan menghantar kes itu ke Mahkamah Tinggi yang ditetapkan itu tanpa mengadakan apa-apa penyiasatan awal. Beberapa kes telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di bawah seksyen itu. Dalam tahun 1976 seksyen itu telah dicabar dan Mahkamah Tinggi memutuskan seksyen itu tidak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan, tetapi Mahkamah Persekutuan, setelah mendengar rayuan terhadap keputusan itu, telah memutuskan seksyen itu adalah sah. Dalam tahun 1987 seksyen itu dicabar lagi atas alasan-alasan lain pula, dan kali ini Makhamah Agung memutuskan bahawa seksyen itu tidak sah. Semua ini jelas menunjukkan terdapatnya ketidak-pastian tentang sahnya seksyen itu. Oleh itu, demi untuk membolehkan Peguam Negara menjalankan tugas-tugasnya sebagai Pendakwa Raya dengan tegas, adalah difikirkan perlu mengadakan peruntukan khusus dalam Perlembagaan yang akan membolehkan peruntukan seperti seksyen 418A itu dibuat dalam undang-undang. Untuk maksud itu, fasal 10 Rang Undang-undang ini mencadangkan supaya dimasukkan ke dalam Perkara 145 Fasal baru (3A) yang membolehkan undangundang Persekutuan memberi kuasa kepada Peguam Negara menentukan mahkamah-mahkamah di mana prosiding-prosiding yang Peguam Negara berkuasa memulakan akan diadakan atau kepada mana prosiding itu akan dipindahkan. Perkara 158 Perkara ini membolehkan perkiraan-perkiraan dibuat berkenaan dengan Kerajaan Brunei tentang hal-hal pentadbiran, perkhidmatan dan kuasa eksekutif. Oleh kerana perkiraan-perkiraan itu tidak diperlukan lagi sekarang, setelah Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan, adalah dicadangkan melalui fasal 11 Rang Undang-undang ini supaya Perkara 158 itu dimansuhkan. 693

Jadual Kesembilan Fasal 12 Rang Undang-undang ini bertujuan membuat beberapa pindaan kepada senarai-senarai undangan dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan. Pindaan-pindaan itu menyentuh perkara-perkara perumahan, peninggalan purba dan sebagainya dan kebudayaan dan sukan. Perumahan Tentang perumahan, butiran 24 jam dalam Senarai I (Senarai Persekutuan) menetapkan 'perumahan persekutuan dan amanah kemajuan' ('federal housing and improvement trusts') sebagai perkara Persekutuan. Butiran 4(c) Senarai II (Senarai Negeri) menetapkan sebagai perkara Negeri 'perumahan dan peruntukan-peruntukan bagi kemudahan perumahan: amanah kemajuan' (housing and provisions for housing accommodation: improvement trusts'). Kerajaan Persekutuan merancangkan untuk memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan Dasar Perumahan Negara. Hasrat untuk menyediakan perumahan bagi rakyat negara ini yang memerlukan tempat tinggal tentu akan dapat dicapai ke tahap yang lebih tinggi sekiranya usaha-usaha Kerajaan-kerajaan Negeri ditampung dengan penglibatan yang gigih di pihak Kerajaan Persekutuan. Untuk memainkan peranannya dalam usaha ini dengan berkesan, Kerajaan Persekutuan mungkin perlu mewujudkan undang-undang tertentu. Tetapi dengan keadaan butiran-butiran dalam Senarai I dan II sebagaimana dinyatakan tadi, adalah sukar hendak menentukan apakah batasan bidangkuasa Persekutuan dalam perkara perumahan. Bahawasanya butiran 24 dalam Senarai I menggunakan perkataan 'federal' tidak dapat membantu dalam soal ini oleh kerana tentu sekali apa yang diusahakan oleh Kerajaan Persekutuan itu adalah perumahan persekutuan. Adalah dicadangkan supaya butiran 24 Senarai I dimansuhkan dan butiran 4(c) dalam Senarai II dipindahkan kepada Senarai III (Senarai Bersama) dengan menjadi butiran 9C. Dengan itu, perkara perumahan dan sebagainya akan menjadi perkara bersama yang tidak ada batasannya bagi Kerajaan Persekutuan daripada segi Perlembagaan. Peninggalan Purba Dan Sebagainya Tentang peninggalan purba dan sebagainya, di bawah butiran 13(b) Senarai I perkara 'perpustakaan, muzium, monumen dan rekod purbakala dan sejarah serta tapak dan peninggalan zaman purba' adalah perkara Persekutuan. Perkara itu adalah juga perkara Negeri bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak sahaja, sebagaimana diperuntukkan oleh butiran 17 Senarai IIA, kecuali jika mana-mana perkara itu diisytiharkan sebagai hak Persekutuan oleh undang-undang Persekutuan. Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, seperti Negeri Melaka misalnya, yang berhasrat menjalankan usaha-usaha untuk mengekalkan dan memperbaiki pening694

galan-peninggalan atau warisan-warisan sejarahnya, tidak dapat berbuat demikian dengan berkesan oleh kerana mereka tidak ada kuasa membuat undang-undang mengenai perkara itu. Adalah dicadangkan supaya butiran 17 dalam Senarai IIA itu dipindahkan kepada Senarai II supaya perkara ini, tertakluk kepada butiran 13(b) Senarai I, akan menjadi perkara Negeri bagi semua Negeri di Malaysia. Kebudayaan Dan Sukan Mengenai kebudayaan dan sukan, pada masa ini perkara kebudayaan dan sukan tidak disebut dalam Jadual Kesembilan. Oleh yang demikian, menurut Perkata 77, hal kebudayaan dan sukan menjadi hal yang di bawah kuasa perundangan Negeri-negeri, sedangkan Kerajaan Persekutuan banyak menjalankan usahausaha bagi kepentingan kebudayaan dan sukan seluruh negara dan usaha usaha itu adakalanya memerlukan undang-undang untuk menjadi lebih berkesan. Adalah dicadangkan supaya perkara kebudayaan dan sukan dimasukkan ke dalam Senarai III sebagai Butiran 9B, dengan itu menjadi perkara bersama. Pindaan-pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan itu tadi adalah difikirkan penting bagi menyelaraskan Perlembagaan dengan keperluan semasa. Ianya juga adalah untuk melicinkan lagi pentadbiran negara. Tentangan terhadapnya daripada pihak-pihak tertentu adalah dijangkakan. Mereka ini, seperti biasa, meminta orang asing campurtangan dalam urusan rumahtangga kita. Sementara mereka bercakap tentang kebebasan kehakiman atau 'independence of the judiciary', mereka nampaknya belum sedar akan kemerdekaan negara sendiri. Undang-undang ini tidak menjejaskan kebebasan kehakiman. Mereka tidak dikehendaki memihak kepada Kerajaan. Mereka hanya dikehendaki berpegang kepada undang-undang negara. Undang-undang negara disahkan atau dibuat oleh Parlimen. Jika Parlimen di Britain adalah agung atau 'supreme', apakah salahnya jika dalam penggubalan undang-undang di Malaysia, Parlimen diberi hak yang sama? Membenarkan mahkamah-mahkamah membuat undang-undang sendiri dan k e m u d i a n melaksanakan undang-undang itu, bermakna mahkamah memainkan peranan sebagai badan perundangan dan kehakiman. Ini adalah bertentangan dengan Doktrin Perasingan Kuasa atau 'Doctrine of Separation of Powers'. Mengikut doktrin ini, badan perundangan hendaklah membuat undang-undang dan pihak kehakiman menghukum mengikut undang-undang itu. Pindaan Perlembagaan ini menentukan perasingan kuasa ini diamalkan dan timbaltindih kuasa tidak lagi berlaku antara pihak kehakiman dengan perundangan. Saya mohon mencadangkan

695

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG UNTUK MEMINDA AKTA PERTUBUHAN 1966 DI DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR 18HB. MAC, 1988 aya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang bernama suatu Akta 'untuk meminda Akta Pertubuhan 1966 dibaca bagi kali yang kedua. Sesuatu undang-undang itu digubal oleh kerana masalah yang dihadapi oleh masyarakat memerlukan penyelesaian atau perlindungan. Penggubal undang-undang dan Kerajaan, dalam membekalkan undang-undang, mungkin tidak dapat memilih dan mengambilkira akan semua perubahan situasi yang boleh berlaku dalam masyarakat. Justeru itu kerap juga terjadi yang mana satu undang-undang yang sesuai bagi sesuatu masa didapati tidak sesuai di masa yang lain. Sebab itu, kita terpaksa membuat pindaan, kadang-kadang berkali-kali, terhadap undang-undang negara. Demikianlah dengan undang-undang pertubuhan yang berkuatkuasa ke atas bermacam-macam jenis pertubuhan dari persatuan belia hingga kepada pertubuhan politik, dari badan amal hingga ke badan profesional. Badan-badan ini bukan sahaja berbeza daripada segi tujuan dan undang-undang tubuhnya tetapi juga daripada segi bilangan ahli dan skop kegiatannya. Justeru itu apa yang sesuai bagi satu pertubuhan mungkin tidak praktikal bagi pertubuhan yang lain. Dengan itu juga apa yang sesuai bagi satu masa mungkin tidak sesuai pada masa yang lain. Di antara peruntukan undang-undang pertubuhan yang sukar diamalkan oleh pertubuhan yang besar ialah keperluan mengawasi kegiatan semua ahli dan semua cawangan supaya semua pihak mematuhi undang-undang. Peruntukan dalam Seksyen 12 Akta Pertubuhan bermaksud jika mana-mana cawangan sesuatu pertubuhan menyalahi undang-undang sehingga ia dihukum tidak sah atau haram, maka pertubuhan induk juga akan menjadi tidak sah dan dengan itu semua cawangan yang sah menjadi tidak sah. Bagi pertubuhan yang mempunyai hanya beberapa cawangan, pengawasan mungkin boleh dibuat oleh pihak badan induk. Tetapi, adalah mustahil dan tidak praktikal bagi mana-mana ibu pejabat pertubuhan yang mempunyai beribu-ribu cawangan dan berjuta ahli mengawasi semua kegiatan cawangan dan ahli sepanjang masa. Tanpa pengawasan yang rapi, maka kemungkinan amalan yang salah dibuat di peringkat cawangan amatlah besar dan cawangan-cawangan ini mungkin diharamkan. Dengan ini mengikut peruntukan dalam Akta Pertubuhan sekarang, seluruh pertubuhan diharamkan. 696

Pengharaman pertubuhan yang besar yang terlibat secara langsung dengan politik negara dan Kerajaan seperti yang berlaku baru-baru ini membawa implikasi yang amat luas yang tidak boleh diselesaikan dalam masa berpuluh tahun. Penyelesaian menjadi lebih sukar lagi apabila berlaku perselisihan faham antara ahli-ahli pertubuhan. Apa sahaja yang dibuat untuk mengatasi masalah yang timbul boleh dicabar di mahkamah. Hak majoriti ahli akan terjejas oleh kerana seorang daripada sejuta ahli tidak mahu menerima penyelesaian. Keadaan di mana seorang ahli boleh mengugut atau dengan izin, 'hold to ransom' sejuta ahli lain amatlah tidak adil. Bagi parti politik yang mempunyai ratusan ribu, bahkan lebih sejuta ahli, yang mempunyai cawangan-cawangan di hampir setiap kampung dan bandar, yang memiliki berbagai jenis harta termasuk bangunan kecil dan besar, saham dalam berpuluh syarikat dan anak syarikat, simpanan dalam bank, hutang kepada berbagai bank dan cawangan-cawangan bank, pekerja-pekerja yang bergaji, sewaan bangunan, pengarah dan pengurus yang mewakili pertubuhan dalam berbagai syarikat, alat-alat pejabat dan lain-lain, pentadbiran oleh Pendaftar Pertubuhan dan Pegawai Pemegang Harta amatlah sukar, melainkan jabatan-jabatan ini menambahkan bilangan kakitangan mereka dengan beribu-ribu orang. Dalam keadaan sekarang jabatan-jabatan ini tidak mungkin mengurus dan melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut yang diperlukan oleh undang-undang pertubuhan. Mengenai dan menentukan siapa yang ahli dan siapa yang tidak, siapa yang berhak dan siapa yang tidak pun menjadi amat sukar. Sudah tentu jika ada harta pertubuhan yang hendak dibahagikan, maka ramai yang akan mengaku menjadi ahli. Pegawai Pemegang Harta yang ditugas untuk mentadbir harta sesebuah pertubuhan yang telah diharamkan terpaksa mengambil masa yang amat panjang, mungkin berpuluh tahun, untuk menyelesaikan segala tuntutan. Dalam masa itu, harta di bawah jagaannya dan hutang-piutang yang perlu diuruskan, akan menjadi beban yang lebih berat kepadanya. Sebenarnya, Jabatan Pemegang Harta tidak berkeupayaan daripada segi tenaga manusia mentadbir harta dan hutang yang berjumlah ratusan juta yang berkecamuk di segenap pelosok negara. Sebenarnya apa yang dicadangkan di sini bukanlah satu perkara yang luar biasa. Pertubuhan Kebajikan Orang-orang India Semenyih Selangor dan Kelab Sukan Sepakat Setia Perunding telah dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan. Pertubuhan baru yang sama namanya telah didaftarkan dan harta kedua-dua pertubuhan tersebut dipindahkan kepada pertubuhan-pertubuhan baru ini. Apa yang dilakukan melalui pindaan undang-undang pertubuhan yang dicadangkan sekarang ialah untuk menjelaskan lagi cara yang harus dilakukan untuk mentadbir dan menguruskan harta-harta dan hutang-piutang sesebuah pertubuhan apabila pendaftarannya dibatalkan. Dengan ini pindaan ini adalah diasaskan kepada cara yang telah dilakukan berkenaan dengan pembatalan pendaftaran beberapa kes yang sama sebelum ini. Di samping itu pindaan ini menjadi penting kerana, seperti yang saya katakan tadi, Jabatan Pemegang Harta tidak mampu untuk mentadbir harta dan hutang-piutang sesebuah pertubuhan yang besar. 697

Hakikat ini terpaksa diakui dan untuk mengatasi masalah-masalah ini beberapa pindaan terpaksa dibuat dengan segera terhadap Akta Pertubuhan 1966. Berikut adalah pindaan-pindaan yang dicadangkan dan asas-asasnya: Pindaan kepada Seksyen 12 Menurut peruntukan Seksyen 12(3) Akta sekarang, keseluruhan pertubuhan menjadi pertubuhan yang menyalahi undang-undang jika satu sahaja daripada cawangannya ditubuhkan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan. Pindaan ini bertujuan untuk menjadikan hanya cawangan yang menyalahi undang-undang sahaja dan bukannya keseluruhan pertubuhan itu yang menjadi tidak sah. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, peruntukan yang sama terdapat dalam A k t a Pertubuhan di Singapura dan Ordinan Pertubuhan di Hong Kong. Pindaan kepada Seksyen 17 Pindaan-pindaan kepada Seksyen 17 Akta, ialah mewujudkan sub-seksyen subseksyen baru (3), (4), (5), (6) dan (7) di bawah Seksyen itu. Sub-seksyen (3) adalah bertujuan memberi kuasa kepada Pendaftar dan Pegawai Pemegang Harta membuat urusan dengan badan pengelola, pemegang-pemegang jawatan dan pekerja suatu pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya. Pindaan ini juga memperuntukkan bahawa orang-orang tersebut, dalam memberi apa-apa bantuan berhubung dengan urusan tersebut, tidak akan didakwa atas suatu kesalahan di bawah berbagai peruntukan Akta ini. Sub-seksyen baru (4) adalah memperuntukkan hukuman kepada mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak Sub-seksyen (3) tersebut. Penalti bagi sesiapa yang tidak mematuhi sub-seksyen tersebut ialah hukuman penjara tidak lebih daripada 5 tahun atau denda tidak lebih daripada RM10,000 atau kedua-duanya. Sub-seksyen baru (6) di bawah Seksyen 17 pula adalah bertujuan menjelaskan bahawasanya jika harta suatu pertubuhan adalah terletakhak pada Pegawai Pemegang Harta, maka harta-harta tiap-tiap cawangan pertubuhan itu, sama ada cawangan itu cawangan yang sah menurut undang-undang atau yang menyalahi undang-undang, akan juga terletakhak pada Pegawai Pemegang Harta. Dalam keadaan sedemikian, kuasa Pegawai Pemegang Harta dan Pendaftar di bawah Seksyen 17 mengenai penyelesaian harta adalah terpakai bagi tiap-tiap cawangan itu dan hartanya. Peruntukan ini adalah perlu memandangkan terdapatnya cawangan-cawangan setengah pertubuhan memiliki harta dan membuat kontrak mengikut keperluan mereka sendiri. Seksyen baru 17A Seksyen baru 17A bertujuan mempastikan bahawa Seksyen 17, yang berkaitan dengan penggulungan suatu pertubuhan menyalahi undang-undang oleh Pegawai Pemegang Harta itu terpakai bagi suatu cawangan yang menyalahi undang-undang. 698

Seksyen baru 17B Seksyen baru 17B bertujuan memberi kuasa kepada Pegawai Pemegang Harta untuk memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah meletakhakkan segala aset, hutang dan liabiliti sesuatu pertubuhan, yang pendaftarannya telah dibatalkan oleh Pendaftar di bawah Seksyen 13 dalam sesuatu pertubuhan baru, jika Perlembagaan dan kaedah-kaedah pertubuhan baru adalah pada matanya serupa dengan Perlembagaan dan kaedah-kaedah pertubuhan lama, dan jika sebilangan besar orang yang menjadi ahli pertubuhan lama adalah ahli pertubuhan baru. Kuasa Pegawai Pemegang Harta dalam hubungan ini hanya boleh dijalankan jika ia menerima permintaan bertulis dan mendapat keizinan bertulis daripada badan pengelola pertubuhan baru bagi perletakhakan tersebut, serta juga suatu akujanji yang menyatakan bahawa pertubuhan baru akan mengambilalih tanggungjawab bagi segala hutang dan liabiliti pertubuhan lama yang ada ketika itu. Perintah perletakhakan Mahkamah ke atas permohonan Pegawai Pemegang Harta akan meletakhakkan pada pertubuhan baru segala harta yang terkandung dalam perintah itu, tanpa apa-apa pindahhak, serahhak atau pindahmilik selanjutnya. Seksyen baru 48 Mengenai Seksyen baru 48 pula, ianya memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang bertindak bagi pihak, atau membantu, dengan cara apa juapun, mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan juga pemegang-pemegang jawatan pertubuhan berkenaan. Peruntukan ini juga terpakai kepada mana-mana badan pengelola pertubuhan yang menyalahi undangundang dan pemegang jawatannya. Walau bagaimanapun, peruntukan seksyen ini tidak terpakai bagi sesuatu rayuan oleh pertubuhan yang menyalahi undangundang atau berhubung dengan apa-apa prosiding dalam mahkamah yang melibatkan pertubuhan itu. Penalti bagi kesalahan-kesalahan di bawah seksyen ini ialah hukuman penjara tidak lebih daripada 5 tahun, atau denda tidak lebih daripada RM10,000, atau kedua-duanya. Pindaan kepada Seksyen 49 Pindaan kepada Seksyen 49 adalah bertujuan mengecualikan pemegangpemegang jawatan dalam parti-parti politik daripada tertakluk kepada peruntukan Seksyen 49 sekarang. Seksyen 49 Akta sekarang memperuntukkan bahawa adalah menjadi suatu kesalahan bagi seseorang pemegang jawatan pertubuhan yang telah terbatal pendaftarannya daripada terus memegang jawatan mana-mana pertubuhan lain, tanpa izin Pendaftar. Dengan ini, pemegangpemegang jawatan dalam parti-parti politik adalah dikecualikan daripada peruntukan ini. Pindaan kepada seksyen ini juga memperuntukkan tempoh masa 30 hari bagi pemegang jawatan pertubuhan yang terbatal pendaftarannya untuk meminta 699

kebenaran Pendaftar bagi terus memegang jawatan dalam pertubuhan-pertubuhan lain. Pindaan-pindaan lain yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Akta Pertubuhan (Pindaan) 1988 adalah untuk mengatasi berbagai masalah pentadbiran sahaja. Seksyen baru 3A Seksyen baru 3A adalah bertujuan memberi kuasa bakian, atau dengan izin, kuasa 'residual' kepada Pendaftar yang tidak disebutkan dengan nyatanya dalam Akta untuk membolehkan Pendaftar menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini dengan berkesan. Seksyen baru 6A Seksyen baru 6A pula akan memberi kuasa kepada Pendaftar untuk meminta maklumat lanjut, membuat apa-apa pertanyaan berhubung dengan berbagai permohonan di bawah Akta, termasuk permohonan untuk mendaftar pertubuhanpertubuhan, kebenaran penubuhan cawangan-cawangan, kebenaran meminda kaedah, atau kebenaran untuk terus memegang jawatan dalam pertubuhan yang lain, atau menjadi pemegang jawatan di suatu pertubuhan lain. Kegagalan pihak pertubuhan memenuhi kehendak Pendaftar itu boleh menyebabkan permohonannya ditolak. Pindaan Kepada Seksyen 10 Pindaan kepada Seksyen 10 menghendaki sesiapa yang memohon untuk membuat pemeriksaan atau mendapatkan salinan dokumen-dokumen yang telah difailkan dengan Pendaftar menyatakan maksud permintaan itu. Pendaftar akan membenarkan permohonan itu jika ia berpuashati bahawa maksud permohonan itu adalah menurut undang-undang, dan ia tidak diminta oleh atau bagi pihak sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Pindaan ini bertujuan menghalang permintaan remeh-temeh dan juga permintaan bagi maksud yang tidak sah di sisi undang-undang. Pindaan-pindaan ini bertujuan untuk memperbaiki beberapa kelemahan dan ketidakpastian yang terdapat di dalam Akta Pertubuhan sekarang, serta melicinkan lagi pentadbiran Akta tersebut. Saya mohon mencadangkan.

700

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN PUSAT BELIA ANTARABANGSA BANDAR TUN RAZAK, KUALA LUMPUR 16HB. APRIL, 1988

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Amanah Pusat B e l i a Antarabangsa kerana menjemput saya untuk merasmikan pembukaan bangunan yang indah dan serba lengkap ini. Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Datang ke Malaysia kepada semua tetamu kita di luar negeri.

Pusat Belia ini telah berjaya dibina dengan usaha bukan sahaja oleh Kerajaan Malaysia, tetapi juga dengan bantuan pihak-pihak tertentu, terutama sumbangan kewangan daripada seorang dermawan dari negara Jepun, Encik Kampo Harada. Beliau telah menderma sebanyak satu billion Yen bagi pembinaan Pusat ini. Saya mengucapkan setinggi-dnggi penghargaan atas kemurahan hati beliau. Perhubungan antara sesebuah negara dengan negara-negara lain semakin hari semakin menjadi mudah dengan adanya sistem pengangkutan dan perhubungan yang bertambah baik. Kemudahan perhubungan ini telah merapatkan lagi hubungan antara berbagai bangsa, termasuklah hubungan antara para belia. Oleh yang demikian, para belia Malaysia haruslah terus aktif dalam pergerakan belia antarabangsa. Penglibatan dalam pergerakan belia antarabangsa akan mendedahkan belia kita kepada berbagai pengalaman serta aspek hubungan antarabangsa, di samping meningkatkan sumbangan yang dapat mereka berikan kepada kesejahteraan antarabangsa. Kerajaan berharap Pusat Belia Antarabangsa ini akan meningkatkan lagi peluang belia-belia Malaysia untuk bercampur-gaul, bertukar-tukar pendapat serta menambah pengalaman dengan belia negara-negara asing, terutama dari rantau ASEAN dan Asia. Upacara pagi ini turut disertai oleh para jemputan dari luar negeri. Dengan itu izinkan saya berucap juga dalam Bahasa Inggeris. I would like firstly to take this opportunity to bid Welcome to Malaysia or Selamat Datang to all foreign dignitaries and youths attending this opening ceremony. This is really an auspicious occasion for our youths, for from today they have for their use a complex which is as beautiful as it is well-equipped. The establishment of this International Youth Centre is an added page in the history of youth development, not only for Malaysia but also of this region.This Centre will not only bring pride to the youth of this country but also to the Government which 701

is very committed to the development of youth. I trust that it is also a pride to those countries which share the same objectives. While we feel proud that Malaysia has been chosen for the siting of the International Youth Centre, we also realise the responsibilities that go with it. We believe that with the expertise and experience that we have acquired in this field, and also with the support given by friendly countries and international organisations, we will be able to provide the leadership and guidance in youth development programmes to all these using the facilities made available at this Centre. I would like to urge the youths of this country and the youths from other developing contries to intensify their efforts in organising various youth activities for the development and progress of their nations and peoples, in line with the objectives of their respective countries. While such activities will involve young people, they must always be cautions of the negative elements in their societies, lest they fall prey to these elements who are on the lookout for every opportunity to influence the young generation to serve their selfish interest. Youths should always be able to identify those who wish to make use of them for their own selfish motives. They must be willing to work hard and inculcate in themselves nobles ideals and values in life so that they would be real assets to their society and their nation. Youth by nature are compassionate and feel strongly about things. In this they serve as the conscience of society. But they must remember that the adults of today are the youths of yesterday, youths who have the same strong compassion and feeling. The changes are that the youths of today will lose their strong feelings as they age, for the realities of life will affect the ideals that they have now. And so as they strive to better society, they must not resort to ways that are destructive of the society that they wish to better. The Malaysian Government is grateful for the invaluable contribution made by the well-known calligrapher from Japan, M r . Kampo Harada, who has generously donated one billion Yen towards the cost of this beautiful building. On behalf of the Malaysian Government, I thank M r . Harada and the Japan Calligraphy Education Foundation for this generous contribution. We hope that more people like Mr. Harada will come forward to contribute in whatever way they can to help developing nations organise youth development activities which contribute towards nation building, international understanding and world peace. I hope this International Youth Centre will become a focal point for cooperation among youths in A S E A N , the Asia-Pacific and the Commonwealth countries. Cooperation and mutual understanding among the youths of these regions can be achieved by holding such activities as meetings, forums, courses, seminars and youth exchange programmes. These activities will help to strengthen unity and international cooperation which will lead to mutual respect and understanding of the different cultures, systems, values and beliefs of different peoples. Kita sekarang ini hidup dalam dunia yang serba mencabar. Banyak negara mengalami gejala kebuluran, buta huruf dan penggangguran yang teruk. 702

Keadaan bertambah buruk lagi kerana negara-negara yang kuat kerap pula campur tangan dalam urusan politik dan ekonomi negara-negara yang kecil dan lemah. Mereka campur tangan tanpa mengambilkira kepentingan negara-negara kecil dan lemah dan juga tidak menghiraukan pentingnya keamanan dan keharmonian hidup negara-negara tersebut. Justeru itu, negara-negara yang menyedari hakikat ini harus terus berusaha menyebarkan pemikiran saling faham-memahami dan kerjasama antara berbagai bangsa dan negara di dunia ini. Berbagai langkah mungkin boleh kita pertimbangkan, dan salah satu daripadanya ialah meningkatkan kesedaran dan sikap toleransi di kalangan belia kita. Selaras dengan semangat ini Malaysia akan terus menjalinkan hubungan rapat dengan negara-negara lain yang sama-sama mementingkan hubungan sedemikian. Persahabatan ini adalah berlandaskan kepada prinsip saling hormat-menghormati dan saling tidak campur tangan dalam hal negara masing-masing. Sekali lagi saya berharap Pusat Belia Antarabangsa ini akan dapat meningkatkan kebolehan, daya usaha dan pengalaman para belia negara kita dan negara-negara sahabat. Kepada mereka yang terlibat dengan perancangan dan pelaksanaan projek ini, serta para dermawan, marilah kita bersama-sama berbangga dengan terbinanya Pusat ini. Kebanggaan kita akan bertambah sekiranya kemudahan-kemudahan yang terdapat di Pusat ini dapat digunakan sepenuhnya dan objektif-objektif pembinaannya tercapai. Dengan ini, saya dengan sukacitanya membuka Pusat Belia Antarabangsa ini dengan rasminya.

703

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI OLEH PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA MALAM HARI RAYA AIDILFITRI 1408 HIJRAH/ 1988 MASIHI 16HB. MEI, 1988

S

yukur alhamdulillah sekali lagi kita umat Islam telah dilanjutkan usia dan telah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan. Bulan Ramadan baru kita lalui dan kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Hari Raya adalah hari kemenangan — kemenangan melawan nafsu dan dugaan. Hari Raya juga adalah hari untuk kita bergembira. Walau bagaimanapun, hari kebesaran ini harus kita sambut dengan kesyukuran, takwa dan ibadat, iaitu berlandaskan lunas-lunas Islam.

Kita patut bersyukur kerana kita dapat merayakan Aidilfitri dalam keadaan di mana ekonomi negara sudah pulih sedikit. Di samping itu, harga bahan-bahan mentah kita telah bertambah baik. Buat kali pertama dalam satu dekad atau lebih, pekebun getah dapat menikmati hasil jualan yang lebih tinggi. Sebenarnya, harga getah amat tinggi dan ramai yang dapat bergantung dan menumpang rezeki kerana industri yang berasas kepada getah telah berkembang dengan pesat dan memberi peluang-peluang pekerjaan kepada ramai pekerja kita selain daripada keuntungan kepada para pelabur dan para pengusaha. Di samping itu, harga barangan lain keluaran Malaysia juga berada di paras yang tinggi dan baik. Dengan bertambahnya pendapatan pekebun dan pekerja, jualan barangan di pasar dan pusat membeli-belah juga meningkat yang mana bukan sahaja memberi keuntungan kepada peniaga dan pekedai tetapi sekali lagi menambah peluang pekerjaan. Umat Islam pada tahun ini akan lebih meriah merayakan Hari Raya Puasa. Alhamdulillah. Pelaburan yang besar dalam perusahaan-perusahaan baru dan juga pembesaran perusahaan yang sedia ada, telah mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan bagi ramai yang dahulunya menganggur. Latihan dan bantuan daripada Kerajaan telah menolong ramai dalam bidang perniagaan kecil. Sebagai contoh, pasaran untuk hasil kerja tangan meningkat dan sekarang ini masalahnya bukanlah lagi pasaran tetapi pengeluaran barangan dengan cukup dan bermutu. Ramai yang mendapat nikmat daripada perkembangan ekonomi yang bermula dari penghujung tahun 1987 sehingga sekarang. Nikmat yang kita rasai ini hendaklah menyedarkan kita akan hasil kesabaran dan penjimatan yang telah kita lakukan semasa kemelesetan ekonomi menimpa kita. Jika kita hanya berputus asa dan menyalahkan pihak lain, mustahil kita akan dapat memulihkan keadaan. Memang 704

benar, pemulihan ekonomi kita bergantung banyak kepada permintaan untuk barangan yang kita keluarkan. Tetapi bukan semua negara di dunia telah berjaya memulihkan ekonomi mereka. Banyak yang masih mengalami kerumitan ekonomi. Kita telah dapat memulihkan ekonomi negara kita oleh kerana negara kita stabil. Kestabilan ini tidak berlaku dengan sendirinya. Dalam keadaan di mana negara didiami oleh berbagai kaum, ketidakstabilan lebih mudah wujud daripada kestabilan itu sendiri. Di merata negara di dunia, di mana penduduk-penduduknya terdiri daripada berbagai kaum atau penganut berbagai agama, rusuhan kerap berlaku. Sepertimana yang telah saya sebutkan tadi Hari Raya bukanlah semata-mata untuk bersuka ria. Hari Raya juga adalah untuk merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan dan persahabatan. Masyarakat tidak akan menjadi bahagia jika perhubungan keluarga dan sahabat ini tidak wujud. Amalan inilah yang membina semangat, perasaan mesra dan kasih sayang yang menjadikan kita anggota yang bertanggungjawab terhadap masyarakat. Tanpa perhubungan yang kuat, tanpa kemesraan dan tanpa tanggungjawab, masyarakat akan retak dan pecah dan huru-hara akan wujud. Tidak ada Hari Raya yang meriah bagi negara yang berada dalam keadaan huru-hara. Di Malaysia, kita boleh berbangga dengan satu lagi amalan yang baik yang kita amalkan, iaitu amalan mengadakan rumah terbuka. Dengan penduduk negara ini terdiri daripada berbagai kaum, rumah terbuka membolehkan kita menjalinkan perhubungan yang rapat sesama kita. Penganut-penganut agama lain dapat melawat rakan-rakan Islam mereka semasa rumah terbuka. Dengan ini, mereka tidak lagi menjadi asing kepada kita orang-orang Islam, dan kita juga tidak akan menjadi asing kepada mereka. Amalan rumah terbuka ini sudah berkembang kepada kaum-kaum lain dan dengan mereka juga mengadakan rumah terbuka, maka akan lebih baiklah perhubungan antara kaum di negara kita. Pada penghujung tahun 1987, terdapat keadaan ketegangan antara kaum yang serius yang mungkin boleh mencetuskan peristiwa seperti yang berlaku pada tahun 1969. Sebagai manusia kita memang mudah lupa dan mungkin ramai daripada kita sudah lupa akan keadaan ketegangan kaum pada bulan Oktober 1987. Pada waktu itu ramai ibubapa takut hendak menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Apabila seorang askar melepaskan tembakan di Kuala Lumpur, seluruh Kuala Lumpur menjadi lengang dengan serta merta kerana takut rusuhan kaum sudah bermula. Ramai yang membeli makanan-makanan dalam tin dengan banyaknya kerana takut jika rusuhan berlaku mungkin tidak ada makanan. Ramai pula yang meninggalkan Kuala Lumpur untuk 'menyelamatkan' diri. Oleh kerana ketakutan tersebut, Kerajaan telah mengambil tindakan tegas untuk mengelakkan daripada tercetusnya rusuhan. Rapat raksaksa anjuran U M N O telah dibatalkan dan beberapa orang telah ditangkap kerana mengeksploitasikan isu isu sensitif yang menyebabkan ketegangan antara kaum yang serius itu. Yang ditangkap bukan sahaja terdiri daripada anggota-anggota parti pembangkang tetapi juga daripada parti-parti Kerajaan. Beberapa buah akhbar yang menghasut, diharamkan penerbitannya. 705

Dengan tindakan tegas ini, keadaan menjadi tenang dengan serta-merta. Ketenangan ini telah berterusan sehingga negara kita menjadi stabil semula dan pelabur-pelabur asing berkeyakinan akan kebijaksanaan melabur di Malaysia. Ekonomi negara pula mula pulih dan rakyat dapat menyambut Hari Raya dengan meriah dan selamat. Kita harus bersyukur kerana kita mampu mengambil tindakan untuk menyelamatkan negara kita ini. Kita tidak harus lupa akan betapa nyarisnya kita dilanda rusuhan kaum yang sudah tentu akan menjejaskan pemulihan ekonomi negara kita. Janganlah kita mengecam dengan sewenang-wenangnya tindakan yang telah menyelamatkan kita. Iklim ketakutan atau 'climate of fear' jika terdapat pun di negara ini, adalah pada masa ketegangan kaum pada bulan Oktober tahun lalu. Iklim ketakutan sudah tidak ada lagi sekarang ini, melainkan bagi mereka yang ingin menghasut ke arah perkauman yang ekstrim. Adalah lebih baik mereka berasa takut sedikit supaya mereka tidak berani menghasut rakyat ke arah pertelingkahan kaum yang akan mengancam keselamatan negara. Dengan pemulihan kestabilan negara, pelaburan asing telah meningkat sekali ganda berbanding dengan tahun 1987. Peluang pekerjaan juga telah bertambah termasuk untuk mereka yang berpelajaran tinggi. Untuk melanjutkan iklim pelaburan yang baik ini, dua perkara adalah penting. Yang pertama, pekerja kita hendaklah tidak terlalu memilih kerja. Walaupun kita dilatih dalam bidang yang lain daripada bidang yang terbuka kepada kita, kita harus sanggup menerima peluang yang terbuka itu. Kita harus sanggup berlatih semula dalam jurusan yang baru itu dan bertekun sehingga kebolehan kita meningkat. Sebenarnya, kita bukan dilahirkan untuk membuat satu jenis kerja sahaja. Jika kita sanggup berusaha, kerja-kerja lain juga boleh kita buat dengan cekap. Yang keduanya ialah para pekerja harus mengelakkan diri daripada memberi gambaran bahawa sebagai pekerja kita mudah memberi masalah kepada majikan. Kita harus mengelakkan diri daripada merenungkan terlalu sangat tentang nasib kita. Lebih-lebih lagi, kita janganlah terpengaruh dengan pendapat bahawa kita teraniaya sehingga kita lupa bahawa tidak berapa lama dahulu kita menganggur dan tidak mempunyai punca pendapatan sama sekali. Jika kita terlalu merenungkan nasib kita sahaja, kita tidak mungkin berasa puas hati dengan apa juga nasib kita. Dengan itu, kerja kita tidak akan sempurna. Sebenarnya, kita bernasib baik kerana kita mempunyai pekerjaan, berbanding dengan mereka yang masih menganggur. Terlalu mementingkan nasib kita sahaja akan memberi gambaran yang buruk tentang sikap pekerja Malaysia. Pelabur-pelabur akan enggan melabur. Ingatlah, di waktu kita menganggur dahulu kita berdoa supaya kita dapat bekerja walaupun dengan gaji yang kecil. Janganlah setelah kita bekerja, kita lupa akan masa kita menganggur dahulu dan tidak mengambil peduli sama ada perbuatan kita sekarang akan menghapuskan peluang-peluang kerja bagi mereka yang masih menganggur. 706

Sementara kita meriah dan gembira pada Hari Raya ini, eloklah juga kita renungkan akan kedudukan kita. Tiga puluh satu tahun dahulu negara kita telah mencapai kemerdekaan, telah berjaya membebaskan rakyat negara ini daripada belenggu penjajahan. Semua rakyat Malaysia berasa bertuah kerana kemerdekaan. Perasaan bertuah ini lebih dirasai oleh kita umat Islam, khususnya orang-orang Melayu, kerana kitalah yang lebih dihina dan dikebelakangkan di zaman penjajah dahulu. Dengan kemerdekaan, kita berasa kita akan dapat memelihara dan menentukan nasib kita sendiri. Sudah tentu kita tidak akan sengaja memburukkan nasib kita sendiri. Sudah tentu kita tidak akan sengaja melemahkan diri kita sehingga kemerdekaan yang memberi kuasa kepada kita menjadi sia-sia sahaja. Tetapi hanya tiga puluh satu tahun selepas kita membebaskan diri kita, nampaknya kita sudah lupa akan nikmat yang telah dikurniakan oleh Tuhan hasil kesedaran kita. Kini terdapat unsur-unsur perpecahan dan perbalahan di kalangan umat Islam di negara ini. Terdapat perbezaan perbezaan yang jika berlarutan, boleh menggugat perpaduan Ummah. Justeru itu, di hari yang mulia ini, kita umat Islam hendaklah berikrar untuk menghapuskan unsur-unsur yang memecahbelahkan ini dan berusaha gigih bagi mengukuhkan lagi perpaduan Ummah. Kestabilan negara kita bergantung tidak sedikit kepada kesanggupan dan kesetiaan pasukan tentera dan polis. Kerana mereka sanggup menghadapi musuh dan menjadi keamanan, kita dapat merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan selamat. Kita semua terhutang budi kepada mereka, terutama mereka yang terpaksa berada di dalam hutan, di lautan dan di perbatasan, di Hari Raya ini. Kita juga terhutang budi kepada anggota-anggota perkhidmatan yang lain yang terpaksa bertugas pada Hari Raya. Kaum wanita kita pula telah membuktikan penghargaan kita semua kepada pasukan keselamatan kita dengan menyiapkan kuih hari raya bagi mereka yang bertugas pada Hari Raya. Tahun ini lebih ramai wanita daripada semua kaum telah bekerja keras membuat kuih-kuih untuk pasukan polis dan tentera. Penyertaan wanita daripada parti-parti politik, badan-badan sukarela, pertubuhan-pertubuhan dan isteri-isteri pegawai-pegawai dalam usaha ini amatlah dihargai oleh Kerajaan dan sudah tentu akan memberangsangkan lagi anggota-anggota pasukan keselamatan kita. Bagi pihak Kerajaan, saya mengucapkan terima kasih kepada wanita-wanita ini dan juga kepada pasukan keselamatan kita di mana juga mereka bertugas. Kepada saudara-saudara kaum Muslimin sekalian, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kepada saudara-saudari yang bukan beragama Islam, rayakanlah hari kebesaran ini bersama-sama dengan rakan-rakan Islam anda. Akhir kata, saya serta keluarga saya memohon maaf, zahir dan batin, di atas apa juga kesilapan yang mungkin telah kami lakukan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

707

UCAPAN TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA O L E H P E R D A N A MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR B I N MOHAMAD DI MAJLIS MENGADAP DAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG-BINTANG SERTA PINGAT-PINGAT S E M P E N A ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI D.Y.M.M S.P.B YANG DI-PERTUAN A G O N G DI ISTANA NEGARA, KUALA L U M P U R 1HB. J U N , 1988

D

engan hormat dan penuh takzimnya patik, bagi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat serta diri patik sendiri, mohon menyembah setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, di majlis yang mulia pada pagi ini sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Tuanku.

Sempena hari yang berbahagia ini, patik sekalian berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga Duli Tuanku serta Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dilanjutkan usia serta dilimpahkan rahmat dan hidayahNya. Demikian juga, patik sekalian berdoa semoga Duli Tuanku berdua sentiasa berada dalam kandungan sihat walafiat, dengan penuh daulat dan kesejahteraan. Patik bagi pihak Kerajaan dengan sepenuh ikhlas menyanjung tinggi serta merakamkan setinggi penghargaan Ke Bawah Duli Tuanku di atas pimpinan serta panduan Duli Tuanku kepada patik dan anggota Pentadbiran negara ini. Sungguhpun negara ini telah mengalami beberapa cabaran dan dugaan dari semasa ke semasa, dengan nasihat dan berkat pemerintahan serta kearifan Duli Tuanku, cabaran-cabaran ini akhirnya dapat diatasi. Dalam cabaran-cabaran ini, perpaduan rakyat sekali-sekala diduga oleh golongan-golongan tertentu yang selalu dikongkong oleh emosi yang melulu, perasaan sangsi dan cemburu, tanpa menyedari bahawa tindak-tanduk mereka itu telah membawa mudarat kepada kesejahteraan rakyat dan negara. Tetapi kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung keadaan supaya tidak mencetuskan apa-apa akibat yang tidak diingini. Alhamdulillah perpaduan rakyat kukuh kembali. Patik bagi pihak anggota pentadbiran dan Kerajaan juga menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku kerana sentiasa mengambil berat atas pentadbiran negara serta memberi perhatian kepada kebajikan rakyat jelata. Hubungan rapat dan saling persefahaman yang baik selama ini antara Tuanku dan anggota Kerajaan sangatlah dihargai dan ini menjadi suatu inspirasi bagi pemimpin-pemimpin semua. Kesempatan patik menyampaikan ucapan ikrar taat setia ini adalah bukti kemesraan yang dihulurkan oleh Tuanku kepada patik semua. Kesempatan ini telah lama menjadi tradisi pemerintahan negara. Ianya perlulah dikekalkan sebagai suatu majlis yang mulia di mana 708

diwujudkan jalinan kemesraan antara Raja memerintah dengan pemimpin-pemimpin Kerajaan. Ini adalah satu-satunya amalan penting untuk menjaga kemuliaan majlis mengadap dan ikrar taat setia ini. Kerajaan berasa bersyukur dengan tahap perpaduan di kalangan rakyat negara dewasa ini. Walaupun terdapat satu-dua dugaan yang menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat negara ini, Kerajaan di bawah naungan Duli Tuanku telah berjaya mengatasi masalah-masalah ini. Namun demikian Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi perpaduan rakyat supaya terbina satu negara yang lebih teguh lagi makmur. Usaha-usaha ke arah perpaduan ini termasuklah menanamkan lagi nilai-nilai kesetiaan rakyat kepada negara, agama, raja memerintah, pemimpin-pemimpin negara, undang-undang dan norma-norma serta amalan hidup yang positif. Untuk tujuan ini, Kerajaan mengadakan perhimpunan-perhimpunan SEMARAK. Patik sekalian bergembira sekali yang Duli Tuanku amat memahami tujuan sebenar perhimpunan-perhimpunan seperti ini. Kesetiaan adalah satusatunya teras untuk menjamin perpaduan di negara ini dan mempertahankan kedaulatannya. Sukacita juga patik menyembahkan bahawa ekonomi negara kita telah mula pulih setelah mengalami kelembapan akibat kemelesetan ekonomi dunia. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar atau K D N K sebanyak 4.7% tahun lalu adalah satu pencapaian yang membanggakan. Kerajaan yakin negara kita akan mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih membanggakan pada tahun-tahun yang akan datang. Satu ciri dalam pertumbuhan ekonomi negara ialah pertumbuhan yang besar telah berpunca daripada sektor swasta. Sebaliknya penglibatan Kerajaan atau pihak awam dalam aktiviti ekonomi telah menunjukkan penurunan. Kerajaan sekarang memang mengharapkan supaya sektor swasta memainkan peranan yang lebih giat lagi dalam perkembangan ekonomi negara. Di peringkat antarabangsa, negara kita semakin hari semakin aktif memainkan peranan yang lebih bermakna dalam pertubuhan-pertubuhan seperti ASEAN, OIC, Komonwel, Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali dan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kita menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara kecil Dunia Ketiga dan mengambil daya usaha untuk membantu menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan. Negara kita juga akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Ketua-ketua Negara Komonwel pada tahun hadapan. Patik, bersama-sama dengan anggota pentadbiran serta kakitangan Kerajaan, akan terus menumpukan usaha dan tenaga untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawab patik sekalian dengan penuh semangat dan tekad bagi menjamin kemakmuran, keselamatan dan kebahagiaan rakyat dan negara Malaysia. 709

Pada hari yang berbahagia dan penuh istiadat ini, bagi pihak diri patik, Kerajaan dan seluruh rakyat, patik dengan segala hormat dan takzimnya mohon menyembah ikrar taat-setia yang tidak berbelah bahagi kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku demi kedaulatan Tuanku sebagai Raja yang memerintah serta kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

710

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERHIMPUNAN HARI DAN MINGGU BELIA DI DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA KUALA LUMPUR, 4HB. JUN, 1988

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola Perhimpunan Hari dan Minggu Belia Negara kerana menjemput saya untuk berucap di majlis ini dan seterusnya merasmikan perhimpunan Hari dan Minggu Belia Negara 1988.

Syukur alhamdulillah, dengan taufik dan keredhaan Allah Subhanahu Wataala dapat kita berhimpun di dewan ini untuk merayakan dan menyambut hari yang begitu bermakna bagi para belia di negara kita ini. Semoga perayaan Hari dan Minggu Belia yang bertemakan 'Belia Berilmu Negara Maju' bukan sahaja menjadi slogan tetapi juga dipraktikkan. Dunia kehidupan belia hari ini semakin kompleks. Masalah yang ditimbulkan oleh orang-orang muda di negara Eropah dan Amerika telah membimbangkan Kerajaan mereka. Masalah-masalah penagihan najis dadah, masalah 'generation gap' dan kurang hormat kepada orang tua, masalah jenayah yang dilakukan tanpa sebab dan lain-lain lagi telah memaksa perhatian masyarakat terhadap keruntuhan akhlak yang amat bahaya di Barat. Penyakit ini sudah merebak hinggakan ke Timur. Melalui kemajuan sistem komunikasi, Timur diserang bertalu-talu dengan nilai-nilai Barat dan ada bukti yang tembok pertahanan Timur sudah runtuh di sana sini. Dadah, jenayah, keganasan belia, demonstrasi tanpa sebab, vandalisma dan lain-lain gejala sudah menjadi perkara biasa di beberapa negara Timur yang sedang membangun dan yang sedang mengambil langkah ke arah demokrasi. Naluri belia ialah mereka mudah terpikat dengan idealisma. Sementara idealisma amat diperlukan oleh masyarakat, pemilik idealisma yang muda mudah membelakangkan kenyataan dan mudah juga dipengaruhi. Dengan itu amatlah mudah bagi belia yang mengejar idealisma diperalatkan oleh orang-orang tertentu yang berkepentingan. Seterusnya tenaga yang harus diguna untuk membangunkan negara tidak dapat membangun dan bersaing dengan negara-negara yang sudah maju. Maka terpeliharalah negara yang maju ini daripada persaingan oleh negara yang berpotensi di antara yang membangun. Kita tidak mahu balik ke zaman dahulu di mana belia mesti menerima tanpa soal semua yang disarankan oleh orang dewasa. Amalan ini akan menjadikan sesuatu masyarakat atau negara itu statik, tidak bergerak maju. Amalan ini akan mengekalkan 711

pendapat dan perbuatan yang salah dan merugikan. Di zaman moden masyarakat yang terlalu dikongkong oleh tradisi tidak mampu bersaing dengan masyarakat yang dinamik. Tetapi tradisi tidak harus dihapuskan semata-mata kerana ia adalah tradisi. Hanya tradisi yang jelas menghalang kemajuan sahaja yang perlu dikaji dan diganti dengan amalan yang baru yang jelas boleh memberi manfaat. Satu perkara yang amat merbahaya ialah menerima bulat-bulat pendapat pihak lain, terutama pihak negara yang sudah maju. Kita sering lupa bahawa pendapat mereka telah melalui satu evolusi yang berkait rapat dengan evolusi masyarakat mereka. Amalan demokrasi mereka bermula dengan kebebasan yang sedikit sahaja, kebebasan yang sesuai dengan keadaan masyarakat mereka ketika itu. Di Britain umpamanya wanita hanya boleh mengundi selepas Perang Dunia Pertama, iaitu hampir seratus tahun selepas demokrasi diterima di negara itu. Di Switzerland, wanita mula mengundi 20 tahun dahulu sahaja, lebih lewat daripada kita. Demikian juga dengan kebebasan akhbar. Pada mulanya banyak berita tidak boleh disiarkan. Pihak akhbar di Britain mempunyai badan sukarela untuk menapis berita yang boleh disiar. Hanya 10 tahun selepas Perang Dunia Kedua barulah 'self-censorship' ini dihapuskan. Hari ini pun mereka masih mengamalkan penapisan berita. Hanya berita yang disukai oleh media mereka sahaja yang disiarkan. Yang tidak disukai oleh mereka, khususnya yang menunjukkan pihak lain adalah baik dan berjaya, di'censor' oleh media Barat. Laporan media Barat selalunya berat sebelah. Namun mereka mendakwa media mereka bebas dan ramai daripada kita di sini menerima bulat-bulat dakwaan kebaikan dan keadilan mereka. Demikianlah terpengaruhnya kita sehingga kita menafikan tentang adanya kebebasan akhbar di negara sendiri di mana kecaman, fitnah dan tohmah terhadap Kerajaan disiarkan tiap-tiap hari oleh akhbar dan majalah tempatan dan asing. Belia negara kita janganlah terlalu mudah menerima dakwaan dan nilai-nilai yang dibuat oleh negara yang sudah maju di Barat. Ingatlah di waktu mereka berada di tahap pembangunan yang kita alami sekarang, nilai-nilai mereka tidak sebegitu liberal seperti sekarang. Hanya setelah mereka sudah maju dan kukuh barulah mereka sanggup membenarkan kegiatan dan falsafah yang boleh mengangggu pembangunan mereka. Walaupun mereka sudah membangun dan kukuh, mereka tahu bahawa nilainilai mereka masih boleh menghalang kemajuan mereka. Kita syak bahawa untuk menentukan kita tidak dapat mengejar mereka, mereka cuba mengembangkan segala nilai negatif di kalangan kita supaya pembangunan kita terganggu sebelum pun kita mencapai tahap pembangunan yang kukuh. Justeru itu, jentera tidak rasmi mereka sering mengancam kita kerana tidak demokratik, tidak bebas, tidak adil dan lain-lain lagi. Yang lemah di antara kita akan berasa malu kerana dituduh tidak demokratik dan sebagainya dan kumpulan ini akan turut mengecam negara sendiri, bahkan menimbulkan masalah dalam negara. Dengan itu pembangunan negara kita akan terjejas dan kita tidak dapat mengejar dan bersaing dengan negara-negara maju.

712

Apa yang diperlukan sekarang bukanlah penolakan semua nilai-nilai kebaratan tetapi kajian yang diasaskan kepada keperluan kita dan situasi negara kita dengan tujuan untuk membuang yang keroh dan mengambil yang jernih. Satu daripada nilai-nilai yang telah menolong negara maju dahulu tetapi sudah dianggap usang sekarang ialah patriotisme. Di waktu negara-negara barat sedang membangun dengan pesat dahulu, mereka memuja patriotisme. Anak-anak muda mereka dipupuk dengan semangat patriotisme sehingga mereka rela mengorbankan harta dan nyawa untuk negara mereka. Mereka bekerja kuat dan mereka sanggup dihantar ke tanah jajahan yang jauh dari tanahair mereka untuk mempertahankan bendera negara. Ramai daripada mereka ini terbunuh dalam peperangan atau kerana penyakit. Kubur mereka terdapat di mana sahaja. Kubur mereka menjadi bukti kegigihan semangat patriotisme mereka. Zaman beredar dan sekarang ini mereka kecewa kerana kehilangan empayar mereka. Patriotisme sudah tidak diperlukan lagi dan mereka memburuk-buruk dan mempermainkan semangat ini dan ramailah pula daripada kita turut menerima nilai mereka ini. Kita harus memikir sendiri mengenai patriotisme ini. Negara kita sedang membangun. Kita tidak berhajat mendirikan empayar tetapi kita mahu pencapaian yang tinggi dalam bidang-bidang tertentu. Untuk ini kita tidak boleh didorong semata-mata oleh materialisme. Satu semangat kekitaan yang kuat mesti ada pada kita. Satu semangat kebangsaan yang kukuh mesti mempengaruhi kita. Kita harus didorong oleh patriotisme, oleh kebanggaan dengan bangsa kita. Tiap sesuatu yang kita buat hendaklah jangan semata-mata kerana diri sendiri tetapi juga kerana bangsa dan negara. Bagi yang betul-betul patriotik jika kepentingan diri bertentangan dengan kepentingan bangsa dan negara, kepentingan diri mengambil tempat kedua. Yang utama ialah bangsa dan negara. Kita tidak mahu patriotisme secara buta-tuli. Kita tidak menerima maxim, "My country, may it always be right, but my country right or wrong." Patriotisme yang kita mahu ialah patriotisme yang boleh dipertahankan. Patriotisme kita bukan untuk menceroboh orang lain tetapi untuk kebaikan kita. Di sini kita menghadapi masalah kerana jika seseorang individu cuba menilai patriotisme sendiri, ia mungkin salah. Justeru itu adalah lebih baik jika kita menerima penilaian yang diakui ramai. Dengan itu semangat patriotik kita tidak akan menyebabkan kita berpuak-puak yang bermusuh antara kita sesama kita tetap akan menghancurkan semangat patriotisme. Inilah yang berlaku apabila komunis membuat tafsiran mereka sendiri dan menganggap orang lain tidak cintakan negara dan mereka melancarkan peperangan terhadap puak yang tidak menyertai mereka. Para belia harus memupuk semangat setia dan sayang kepada bangsa dan negara dan patriotisme ini hendaklah menjamin kita tidak membuat apa-apa yang merugikan bangsa dan negara. Sebaliknya sebarang tindakan yang kita ambil mestilah membawa manfaat kepada bangsa dan negara.

713

Satu perkara yang menekan sekarang ialah pengangguran di kalangan belia. Untuk mengatasi masalah ini kita perlu meningkatkan proses industrialisasi kerana hanya kilang-kilang pembuatan sahaja yang boleh menyediakan peluang-peluang kerja dengan banyak. Kilang pembuatan memerlukan pelaburan yang banyak dan teknologi yang moden. Tidak ramai daripada para pelabur dalam negeri yang memiliki modal dan teknologi untuk mengadakan kilang-kilang besar dan moden. Oleh itu, pelaburan asing amatlah penting untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan. Untuk menarik pelaburan asing Kerajaan telah menyediakan banyak insentif. Tetapi insentif yang terbesar sekali ialah kestabilan negara dan kesanggupan rakyat Malaysia untuk bekerja kuat dan menjayakan perusahaan berkenaan. Sebarang kegiatan yang memberi gambaran bahawa Malaysia tidak stabil merupakan penghalang kepada usaha mengatasi masalah pengangguran. Saya berharap para belia sendiri dan lain-lain pihak tidak membuat apa-apa yang boleh memburukkan imej negara sebagai tempat yang paling sesuai untuk pelaburan. Perbuatan demikian akan menganiayakan belia yang masih menganggur walau apapun kelulusan mereka. Semuanya yang berlaku adalah takdir Tuhan. Tetapi nasib kita tidak akan berubah melainkan kita sendiri mengubahkannya. Jika kita belajar dan menguasai ilmu, nasib kita tidak akan sama dengan nasib kita jika kita tidak belajar dan tidak memiliki ilmu. Demikian juga jika kita tidak berusaha, kita malas, kita tidak jujur nasib kita tidak akan sama dengan nasib kita jika kita berusaha, kita rajin dan kita jujur. Walaupun akhirnya Tuhan yang menentukan segala-galanya, ini tidak bermakna bahawa kita sendiri tidak boleh mempengaruhi apa yang berlaku kepada kita. Apa yang akan jadi kepada kita apabila kita tua banyak bergantung kepada apa yang kita buat semasa kita muda. Zaman muda tidaklah lama jangka masanya. Kemudian kita akan beralih ke zaman tua. Oleh yang demikian rebutlah lima kesempatan sebelum kesempitan, iaitu: sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Saya yakin belia berilmu akan menjayakan negara. Marilah kita semua berusaha sedaya upaya memperjuang dan mempertahankan masa depan bangsa, agama dan negara kita. Dengan kata-kata tersebut saya dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim merasmikan perhimpunan Hari dan Minggu Belia Negara 1988.

714

SPEECH BY THE HONOURABLE PRIME MINISTER DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD AT THE OPENING OF THE 3RD. INTERNATIONAL COMBINED SCIENTIFIC MEETING ORGANISED BY THE COLLEGES OF GENERAL PRACTITIONERS, PHYSICIANS AND SURGEONS OF MALAYSIA KUALA LUMPUR 28TH. JULY, 1988

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Mesyuarat Antarabangsa Saintifik Bersama Yang Ketiga ini kerana menjemput saya untuk merasmikan Mesyuarat ini. Saya berharap Mesyuarat ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam bidang perubatan, tetapi juga akhirnya akan memberi sumbangan kepada kesejahteraan penduduk negara ini.

Negara kita masih mengalami kekurangan pakar-pakar perubatan. Kerajaan akan terus memberi perhatian supaya bilangan pakar di dalam berbagai bidang perubatan di negara ini meningkat dari masa ke masa. Latihan perubatan di peringkat ijazah lanjutan atau 'post-graduate', di insdtusi-institusi tempatan telah dipergiat dan diperluaskan supaya kita dapat menambah bilangan pakar perubatan di negara ini. Di samping itu, Kerajaan menghargai apa-apa usaha oleh pertubuhan-pertubuhan perubatan, seperti ketiga-tiga kolej ini dan institusi-institusi swasta, bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para doktor kita. Kerajaan menyedari pentingnya para doktor dan kakitangan perubatan lain mengikuti perkembangan-perkembangan terbaru dalam berbagai bidang perubatan. Perkembangan dan kemajuan dalam semua bidang perubatan ini sangatlah dinamik. Kalaulah tidak setiap hari, setiap minggu seharusnya kita dapat mendengar penemuan dan penyelidikan baru. Dengan itu semua doktor dan kakitangan perubatan hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing, bukan sahaja supaya tidak ketinggalan bahkan supaya dapat meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan di negara ini. Penceramah-penceramah jemputan ramai terdiri daripada pakar pakar luar negeri yang akan mencurahkan sedikit-sebanyak pengetahuan dan kemahiran mereka di perjumpaan yang bermakna ini. Dengan itu, seterusnya saya ingin berucap dalam Bahasa Inggeris. I would like to express my appreciation to the organising committee for inviting me to officiate the opening of this 3rd. International Combined Scientific Meeting of the Colleges of General Practitioners, Physicians and Surgeons of Malaysia. I take this opportunity to welcome our guests from overseas and I hope you will find your stay in Malaysia both enjoyable and fruitful. I am glad to be associated with both the second and present third meeting of the Malaysian medical profession. 715

It is a long time since I was involved in the practice of medicine. And now because of the nature of my job, I am permitted only a passing interest in the progress of medicine. Nevertheless, today both my wife and I feel we are amongst colleagues and friends including many very old ones. Malaysia is fortunate to have a comprehensive network of hospitals, polyclinics and health centres through which healthcare can be extended to all levels of our society, free in most cases and at a subsidised rate for others. Efforts in the past three decades have resulted in a more equitable distribution of facilities and services and general improvement of the health status of the people as reflected by positive changes in health indicators. The pattern of diseases in Malaysia has been changing to reflect the degree of affluence which now approaches those of developed countries. As infectious diseases are controlled, heart diseases, malignancy and accidents are assuming greater importance as causes of ill-health and mortality. Similarly conditions related to an increasingly aging population, urbanisation and issues related to personal behaviour can be expected to pose increasing problems in the future. To meet these and new emerging needs as well as the residue of traditional problems, our approach must necessarily be innovative, multi-disciplined and multi-sectoral. There have been rapid advances made in the field of medicine. Over the last 20 years great strides have been made in medical technology. Advances in biomedical engineering have resulted in the development of highly sophisticated equipments. These developments have increased our diagnostic and therapeutic capabilities to deal with a wide spectrum of diseases and invariably these advances have caught the imagination of the medical profession as well as the public. This has resulted in increasing the expectations and demands from the public for the introduction of new capabilities. Cost of medical care in general, in most countries including Malaysia, has escalated over the years. This has been brought about to a large extent by the high cost of high-tech medical equipments used in diagnosis and treatment and the increasingly sophisticated management of patients. This trend of rising costs in medical care is of concern to all of us and especially to the Government of Malaysia which maintains a non-contributory comprehensive medical service. There is a need for a degree of centralisation of the means of diagnosing in particular so that expensive equipments can be more fully utilised and thus decreasing the financial burden on the patient. As doctors have no time for management, medical facilities should have professional managers skillful in increasing productivity i.e. in reducing costs. Malaysia inherited a colonial health service designed originally to provide free healthcare for expatriate officers. When medicine costs 10 cents a bottle, the extension of this free service to all Government employees and then to the general public was not considered much of a burden on the Government. But today when one capsule may cost RM3 and an operation thousands of dollars, the burden has become quite unbearable. Without denying the needy access to good healthcare, it is 716

necessary that some contributorry health insurance scheme should be instituted for those who can afford it. As the Employees Provident Fund has shown, vast sums of money can be accumulated by an insurance scheme to maintain facilities and provide healthcare for vast numbers of contributors. Such funds can easily keep up with the sophistication and costs of modern medicine. Indeed, such funds can contribute towards the total national savings, a factor of great importance in economic development and the creation of a better quality of life for all. Doctors, especially the newer ones, are keen to have the very latest equipments regardless of the cost. A non-contributory medical service even by the richest governments cannot meet the demands of these doctors indefinitely. We are aware that they are only thinking of their patients but governments have other priorities as well. The time has come for the nation to think seriously of a general health insurance scheme to supplement and eventually partially replace the government medical services. The Government has always placed great emphasis in continuing medical education. Government hospitals have been encouraged to organise educational programs for their staff. Doctors have been sponsored to attend conferences, seminars and specialised courses conducted both locally and abroad. This is to enable them to improve their knowledge and skills which they can utilise more effectively in carrying out their clinical responsibilities. In their profession, doctors have an obligation to continue their education which is life-long, and all doctors must take personal responsibility to ensure their own continuing medical education. In these days of specialisation continuing medical education poses a challenge to doctors, and medical gatherings such as this combined meeting can contribute towards this. Professional medical societies should work closer together with the Ministry of Health, hospitals and the universities, with the common objective of promoting continuing medical education for the benefit of patients and the public. Adalah diharapkan mesyuarat ketiga-tiga kolej perubatan ini akan berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para doktor di negara ini. Rakyat negara ini turut berasa bangga dengan berita-berita mengenai kejayaan-kejayaan oleh pakar-pakar perubatan kita dalam mengendalikan pembedahan yang dahulu dilakukan hanya di luar negeri. Kita juga turut berbangga dengan beberapa kejayaan dalam penyelidikan perubatan yang dijalankan oleh pakar-pakar tempatan. Saya yakin kita akan menempa banyak lagi kejayaan masa depan berkat usaha-usaha yang berterusan dari semua pihak. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Jawatankuasa Penganjur mesyuarat antarabangsa ini kerana menjemput saya berucap di upacara ini. Dengan ini saya dengan sukacitanya membuka Mesyuarat Antarabangsa Saintifik Bersama Yang Ketiga ini dengan rasminya.

717

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PELANCARAN RANCANGAN PEMASYARAKATAN KUALA LUMPUR 1HB. OGOS, 1988

B

ersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana di atas limpah kurniaNya dapat kita berjumpa di majlis ini yang mempunyai makna yang besar kepada kita semua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan Negara kerana menjemDut saya hadir sama di perhimpunan ini dan seterusnya untuk merasmikan Pelancaran Rancangan Pemasyarakatan Perpaduan. Saya juga mengucapkan selamat datang kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang datang dari jauh dan dekat dan dari berbagai golongan dan lapisan masyarakat, untuk menyertai majlis ini.

Seterusnya saya mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik sebagai ahliahli Panel Penasihat Perpaduan Negara. Semoga berkat sumbangan dan usaha saudara saudari sekalian, kita dapat membantu mengukuhkan lagi perpaduan dan membentuk sebuah bangsa yang kuat dan teguh. Saya sedar bahawa tugas memimpin rakyat untuk menjadi satu bangsa Malaysia yang padu dan kuat bukanlah satu usaha yang senang. Inilah satu-satunya tanggungjawab yang amat berat, yang penuh masalah dan sentiasa menghadapi berbagai-bagai cabaran. Usaha kita ini akan menghadapi berbagai-bagai rintangan. Walau bagaimanapun, kita akan tetap menjalankan tugas ini. Kita akan pikul tanggungjawab yang berat ini, bukan hanya sebagai tugas, bahkan juga sebagai suatu perjuangan demi kesejahteraan anak-anak kita dan negara di masa depan. Atas kesedaran bahawa negara Malaysia terdiri daripada pelbagai keturunan, Kerajaan telah menentukan perpaduan sebagai matlamat utama dalam usaha membangunkan bangsa dengan identitinya tersendiri. Sehubungan dengan ini, Kerajaan sentiasa berwaspada dan memikirkan strategi dan perancangan tertentu, untuk menghadapi masalah dan isu yang berkaitan dengan perpaduan nasional. Ini termasuklah bukan sahaja strategi ke arah pencegahan untuk mengelakkan daripada berlakunya rusuhan kaum, bahkan juga seiring dengannya, pendekatan baru yang berbentuk pemulihan, supaya negara dapat mencapai tahap kemajuan yang lebih tinggi, tanpa diganggu oleh masalah-masalah perkauman yang tebal. Justeru itu, apabila isu-isu yang menyentuh aspek perkauman digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu, Kerajaan terpaksa bertindak dengan cepat dan tegas untuk membendung sebarang kemungkinan rusuhan kaum. Ini bukanlah bermakna bahawa Kerajaan tidak toleran terhadap pandangan atau pendapat yang berbeza daripada pendirian Kerajaan. Kritikan terhadap Kerajaan adalah satu perkara yang Kerajaan sanggup terima. Sekarang inipun kritikan terhadap Kerajaan dilemparkan 718

dengan bebas tanpa apa-apa sekatan oleh Kerajaan. Tetapi kritikan yang diasaskan kepada perkauman yang boleh mengancam harmoni antara kaum adalah perkara yang lain. Kita tidak sanggup membiarkan kegiatan ini meningkat ke tahap yang merbahaya seperti yang berlaku pada tahun 1969. Nyawa mereka yang terkorban pada 13 Mei 1969 tidak boleh disia-siakan. Ia harus menjadi pengajaran kepada kita sepanjang masa. Kita perhatikan bahawa pergolakan dan pergaduhan yang telah dan sedang berlaku di sebilangan negara lain disebabkan bukan sahaja kerana pertelingkahan antara kaum, bahkan juga kerana pertelingkahan antara rakyat daripada kaum yang sama. Oleh itu, walaupun faktor kaum boleh menjadi asas pergaduhan, faktor-faktor lain juga tentulah memainkan peranan. Di antaranya ialah kurang ketegasan Kerajaan untuk membendung potensi pertelingkahan di peringkat yang awal. Kerajaan tidak boleh takut dikecam kerana kurang toleran sehingga membiarkan sesuatu masalah membakar hati sehingga tidak dapat dibendung lagi. Jika berlaku rusuhan dan keganasan, Kerajaan akan dikecam juga. Adalah lebih baik dikecam tanpa rusuhan daripada dikecam kerana tidak bertindak mencegah rusuhan. Kerajaan mempunyai falsafah yang jelas dari segi corak dan arahaluan pentadbirannya, iaitu membangunkan sebuah bangsa yang mempunyai maruah dan identitinya sendiri, malah berkeupayaan serta berkebolehan dalam segala segi kemahiran yang diperlukan secara menyeluruh — fizikal, mental, material dan kerohanian. Ini bermakna bahawa seluruh masyarakat di negara ini, baik daripada keturunan Melayu, Kadazan, Iban, Cina, Murut dan India mahupun daripada kaum-kaum minoriti seperti Kelabit, Melanau, Serani, Portugis, Orang Asli, semuanya mempunyai peranan untuk menyumbang kepada proses pembangunan bangsa. Sebagai peninggalan sejarah daripada penjajah, masyarakat kita telah dibahagibahagikan berasaskan kepada pekerjaan dan tempat tinggal. Ini menyebabkan ada sebahagian besar daripada golongan masyarakat kita yang telah tertinggal jauh di belakang dari segi ekonomi dan pendidikan, dan amat terikat dengan budaya aktiviti ekonomi bercorak tradisional di kawasan luar bandar. Di samping itu, ada pula sebahagian lain daripada masyarakat kita begitu teguh dalam bidang-bidang ini dengan kedudukan ekonomi dan kebolehan dalam penggunaan teknologi moden. Sebahagian besar daripada golongan kedua ini bermastautin di dalam kawasan-kawasan bandar. Di sinilah terletaknya mengapa perpaduan sukar dicapai dan satu bangsa Malaysia sukar dibentuk. Kaum-kaum di Malaysia bukan sahaja dipisahkan antara satu dengan yang lain kerana kaum yang berlainan, tetapi juga dipisahkan pula kerana pencapaian ekonomi dan tempat tinggal. Walaupun perkembangan penggunaan Bahasa Malaysia telah dapat mengurangkan sedikit jarak antara kaum tetapi faktor ekonomi dan persekitaran masih mengganggu perhubungan. Oleh itu, salah satu matlamat utama Kerajaan dalam bidang pembangunan ialah supaya kekayaan negara dinikmati secara saksama oleh semua golongan. Untuk ini terpaksalah pertolongan yang lebih diberi kepada kaum-kaum yang ketinggalan. Namun demikian pembasmian kemiskinan tidak boleh dihadkan kepada kaum yang 719

terkebelakang sahaja. Semua kaum perlu ditolong untuk mengatasi kemiskinan. Dengan tindakan ini, pengenalan kaum dengan jenis kerja dan kawasan diharap akan dapat dihapuskan. Bukanlah menjadi tujuan Kerajaan untuk mengambil daripada kaum yang kaya dan memberikannya kepada kaum yang miskin. Yang akan dibuat ialah pembesaran kek ekonomi dan daripada bahagian yang membesar ini, pembahagian akan dibuat supaya perbezaan ekonomi antara kaum tidak akan begitu ketara. Penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan kerana kemahiran yang khusus dalam semua bidang perlu dimiliki oleh semua golongan masyarakat dan bukan oleh golongan-golongan yang tertentu sahaja. Sekiranya semua proses penyusunan semula ini dapat dijayakan, kaum-kaum di negara ini tidak akan begitu terpisah sama ada di kediaman atau di tempat kerja. Dengan ini mereka akan lebih mudah berkenal-kenalan dan mempunyai kepentingan yang sama. Inilah Dasar Ekonomi Baru yang sebenarnya. Di zaman penjajah hanya satu golongan yang kecil sahaja daripada kaum-kaum yang berada di Malaysia yang dapat menjalinkan perhubungan. Mereka ini ialah yang berpeluang belajar bersama-sama di sekolah-sekolah Inggeris. Oleh kerana latar belakang ekonomi mereka tidak terlalu berbeza, adalah mudah bagi mereka mengenepikan perasaan perkauman. Pelajaran yang dikuasai oleh mereka menjadikan mereka orang yang terkemuka dalam masyarakat. Mereka inilah yang menjadi pemimpin semasa menentang rancangan British untuk menjadikan negara kita jajahan takluk Britain. Semasa perjuangan untuk kemerdekaan juga, mereka menjadi pemimpin. Tidak hairanlah mereka dapat mencapai kerjasama antara kaum bagi menuntut kemerdekaan dan meneruskan kerjasama ini setelah merdeka. Kita semua amat terhutang budi kepada generasi ini yang sedikit sebanyak, menyebabkan sikap toleransi yang memberi keamanan kepada kita. Malangnya generasi yang ada sekarang tidak tertekan oleh penjajah dan ada juga yang tidak bersekolah bersama. Jika persefahaman dahulu hendak disubur dan dikembangkan, usaha khusus hendaklah dibuat. Usaha pertama telahpun dilaksanakan. Tidak siapa dapat menafikan bahawa sebarang perhubungan antara kaum adalah lebih mudah kerana ramai yang sudah fasih berbahasa kebangsaan. Di kalangan belia ramai yang fasih dengan bahasa kebangsaan sehingga ia menjadi betul-betul bahasa perantaraan di antara semua kaum belia di Malaysia. Kita yakin selepas satu generasi lagi, Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa perantaraan yang benar-benar berkesan dan ulung di negara kita. Tetapi kita belum dapat mengatasi perasaan perkauman generasi tua daripada mempengaruhi sikap generasi muda. Generasi yang tua ini takut akan kehilangan identiti kaum mereka. Oleh itu mereka sering menekankan soal-soal perbezaan kaum, secara langsung atau tidak langsung, di kalangan generasi muda. Dari masa ke semasa mereka menjadikan kaum sebagai isu politik yang tidak dapat tidak mempengaruhi fikiran murid-murid dan anak-anak muda. Kita tidak menafikan bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada berbagai kaum. Pihak yang berkuasa tidak ada niat untuk menghapuskan mana-mana kaum. 720

Semua kaum bebas mengekalkan identiti mereka — iaitu bahasa, agama dan kebudayaan mereka. Tetapi di waktu kita mencapai kemerdekaan kita telah membuat satu perjanjian untuk menerima nama rasmi negara ini sebagai Malaysia, bangsa kita sebagai bangsa Malaysia dan bahasa kita Bahasa Malaysia. Semua nama-nama ini diasaskan kepada nama penduduk asal yang terbesar di negara ini iaitu bangsa Melayu. Mengakui dan menerima Malaysia, bangsa Malaysia dan Bahasa Malaysia tidak menjadikan kita semua orang Melayu. Daripada segi ethnik, kita kekal sebagai Cina atau India atau Iban atau Kadazan atau Murut dan lain-lain. Kita menjadi bangsa Malaysia hanya sebagai 'political identity' yang mempunyai negara yang tertentu. Oleh itu tidak ada sebab mengapa kita harus khuatir tentang kehilangan identiti ethnik kita. Kita tidak pun hilang bahasa atau kebudayaan ethnik kita. Walau bagaimanapun hanya dengan menerima 'political identity' kita sahaja, tidak akan wujud satu bangsa Malaysia yang bermakna. Kita mesti mempunyai bahasa dan kebudayaan yang menentukan kita adalah sebenarnya bangsa Malaysia dan kita mempunyai kesetiaan kepada negara yang sama, iaitu negara Malaysia. Jika kaumkaum yang berlainan tidak bertegur sapa, tidak ada makna kita mengaku kita adalah daripada satu bangsa. Tanpa menghapuskan identiti kaum asal kita, kita masih boleh menjadi bangsa Malaysia yang bermakna. Malaysia bukanlah hanya satu negara sahaja di dunia ini yang mempunyai warganegara yang terdiri daripada berbagai kaum yang mengakui identiti kebangsaan yang sama. Kian lama kian banyak negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Amerika Syarikat, Australia, India dan lain-lain juga mempunyai penduduk berbilang kaum. Tetapi kita kenal orang Amerika, orang Australia dan orang India kerana ciri-ciri tertentu yang ada pada mereka. Walaupun kita lebih liberal daripada mereka, kita masih boleh membentuk ciri-ciri yang boleh dikenali sebagai khusus untuk bangsa Malaysia. Saya harap dengan penjelasan ini golongan tua tidak lagi akan khuatir identiti kaum mereka akan hilang. Dengan itu mereka tidak sepatutnya meragui usaha Kerajaan untuk mengembangkan Bahasa Malaysia dan merapatkan hubungan antara kaum. Jika kita dapat mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bercampur-gaul dengan lebih mesra dan boleh berhubung melalui satu bahasa, tidak dapat tidak, kita akan secara automatis membentuk satu kebudayaan yang khusus bagi bangsa Malaysia. Masyarakat yang mempunyai satu negara, satu bahasa yang sama atau 'common language' dan satu kebudayaan tidak dapat tidak akan mempunyai identiti yang sama yang akan diiktiraf sebagai satu bangsa. Di mana juga kita pergi, pengiktirafan ini akan menjadi nyata. Kita tidak lagi akan dikelirukan dengan bangsa-bangsa lain khususnya bangsa daripada negara asal kita. Jika kita pula berbangga dengan pengiktirafan ini, maka pada ketika itu wujudlah bangsa Malaysia yang sebenar. Di tanahair kita pergaulan di antara kita perlu dipertingkatkan. Pemasyarakatan perpaduan yang kita maksudkan ialah menunjukkan perpaduan ini dalam kegiatan721

kegiatan masyarakat. Sekarang ini terlalu banyak kegiatan masyarakat yang terhad kepada kaum masing-masing. Demikianlah tabiat yang diamalkan oleh kita sehingga apabila Menteri terdiri daripada orang keturunan Cina, maka majlis yang dihadirinya juga akan terdiri daripada orang-orang Cina. Jikalau Menteri Melayu, maka hadirinnya juga Melayu. Dan seterusnya. Sebenarnya ini adalah kerana dahulu kita tidak mempunyai satu bahasa yang difahami oleh semua kaum. Sekarang ini dengan penggunaan Bahasa Kebangsaan semua yang hadir memahami apa yang diucapkan. Oleh itu, kegiatan kemasyarakatan yang terhad kepada satu kaum sahaja patutlah dikurang dan digantikan dengan kegiatan yang melibatkan bersama semua kaum. Demikian juga dengan lain-lain kegiatan masyarakat. Dalam bidang sukan, majlis-majlis awam, rombongan-rombongan dan lain-lain, penyertaan semua kaum perlu digalakkan. Ini dengan sendirinya akan mengurangkan celaan dan sindiran terhadap kaum lain apabila sesuatu kaum berkumpul berasingan. Sebenarnya di zaman Kesultanan Melaka, kaum-kaum memang bercampur-gaul. Perkahwinan antara kaum adalah perkara biasa. Sebab itu wujud masyarakat Cina Baba, Portugis Melaka dan Ceti. Sambil mengekalkan identiti kaum, penduduk Melaka berjaya mencipta identiti yang khusus bagi orang Melaka. Di Pulau Pinang juga, proses ini berlaku di zaman British. Perkahwinan antara kaum kerap berlaku di kalangan orangorang beragama Islam dan kadang-kadang antara Islam dengan bukan Islam. Dengan ini terbentuk masyarakat Arab Peranakan, Melayu Peranakan, Melayu Siam dan Sam Sam, keturunan Aceh, Mandailing, Rawa, Bugis, Jawa, Banjar dan lain-lain suku kaum dari Indonesia yang menerima bahasa dan adat resam Melayu dan dengan itu diiktiraf sebagai Melayu. Percampuran ini tidak menghilangkan identiti Melayu. Demikian juga masyarakat Baba, Portugis dan Ceti tidak hilang identiti mereka. Malangnya semenjak merdeka ada usaha dibuat untuk menebalkan perkauman sehingga kebudayaan yang mempunyai unsur-unsur negara ini di kalangan kaum bukan Melayu telah hilang. Aliran ini amatlah dikesali kerana kebudayaan zaman kesultanan Melaka adalah contoh yang baik untuk integrasi kaum di Malaysia. Dalam usaha pemasyarakatan perpaduan, unsur-unsur kebudayaan yang berasaskan kepada ciri-ciri Kesultanan Melaka sepatutnya dihidupkan. Ia boleh menolong merapatkan lagi hubungan antara kaum sehingga perbezaan di antara kaum tidak menjadi begitu ketara. Matlamat kita ialah satu bangsa Malaysia yang mudah dikenali sebagai unik bagi warganegara Malaysia tanpa menghapuskan unsur-unsur dan budaya kaum-kaum yang berlainan keturunan yang menjadikan Malaysia tanahair mereka. Jika generasi tua tidak mempengaruhi generasi muda dengan kebimbangan mereka yang tidak berasas tentang kemungkinan hilangnya identiti kaum masing-masing, insya-Allah, dalam dua generasi lagi matlamat kita dapat dicapai. Sebaliknya jika generasi tua menyedari dan menyambut baik usaha ke arah perpaduan antara kaum, dan secara aktif berusaha menjayakan pemasyarakatan perpaduan, matlamat kita akan dicapai dengan lebih cepat lagi. 722

Kempen pemasyarakatan perpaduan ini adalah untuk mempercepatkan proses pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu-padu. Saya berharap semua pihak akan berusaha memahami matlamat yang murni ini dan akan mengamalkan cara-cara yang telah digariskan. Mudah-mudahan akan lahirlah satu bangsa Malaysia yang lebih bersatupadu, stabil dan berjaya serta dihormati oleh seluruh dunia. Dengan kata-kata ini, saya dengan penuh ikhlas dan harapan merasmikan Pelancaran Rancangan Pemasyarakatan Perpaduan ini.

723

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN MAJLIS PERHIMPUNAN GURU-GURU TAKMIR MASJID SELURUH MALAYSIA DI PUSAT ISLAM, KUALA LUMPUR 2HB. OGOS, 1988

B

ersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat dan hidayahNya maka pada hari ini kita telah diketemu dan dihimpunkan dalam dewan yang mulia ini.

Saya penuh yakin perhimpunan dan pertemuan seumpama ini amat penting dan amat bermakna bagi kita dalam menyatu-padukan tenaga dan fikiran serta dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan yang telah diamanahkan kepada kita semua. Di samping itu kita juga berpeluang untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat mengenai berbagai-bagai perkara dan perkembangan semasa yang perlu diberi perhatian dan tindakan bersama. Agama Islam berkembang ke seluruh pelosok dunia melalui proses penyebaran. Tugas menyebarkan Islam kepada manusia telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui berbagai cara dan pendekatan yang sesuai dengan suasana serta keadaan masyarakatnya. Dengan itu Islam dapat diterima dengan baik oleh mereka. Salah satu aspek penting yang ditonjolkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan Islam ialah memastikan bahawa Islam adalah agama yang mencintai keamanan dan keharmonian. Perkataan Islam itu sendiri memberi makna keamanan. Kerana itulah Baginda telah berjaya menyebarkan Islam dalam bentuk yang harmoni serta amat cermat dan teliti. Ini termasuklah daripada segi tutur kata atau tindakan yang dilakukannya. Baginda juga menyebarkan Islam secara berperingkatperingkat dengan mengutamakan perkara-perkara pokok dan penting, serta mengambilkira keadaan dan suasana masyarakat, khususnya daripada segi sosial, budaya, taraf pemikiran, iklim, keagamaan dan sebagainya. Hakikat ini haruslah dijadikan pengajaran kepada kita bahawa sebarang usaha bagi melaksanakan syarikat atau peraturan Islam hendaklah diasaskan kepada bimbingan dan panduan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Janganlah kita angkuh dan sombong dengan agama kita sehingga menyakitkan hati orang lain dan menjauhkan mereka daripada agama kita. Kebijaksanaan atau hikmah dalam menyebarkan ilmu, kebijaksanaan dalam tutur kata, kebijaksanaan dalam sesuatu tindakan, serta kebijaksanaan dalam menerajui pimpinan merupakan di antara pendekatan yang berkesan dan penting bagi menjamin keharmonian kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Dalam hubungan inilah pentingnya seseorang yang berilmu itu menggunakan kebijaksanaannya supaya segala tindakannya akan berasaskan kepada keperluan dan perkembangan semasa. 724

Dalam hal ini, keilmuan dan kebijaksanaan merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Namun demikian masih terdapat di kalangan masyarakat Islam di negara ini segolongan atau kumpulan-kumpulan tertentu yang arif serta mempunyai kepakaran dalam suatu bidang ilmu pengetahuan, tetapi kurang menggunakan kebijaksanaan dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka. Keadaan sedemikian telah menimbulkan berbagai kesan negatif dalam kehidupan masyarakat. Sebenarnya kegagalan kita dalam menjalankan sesuatu tugas dengan cara yang bijaksana, cermat dan teliti menyebabkan pelaksanaan beberapa program dan rancangan untuk kemajuan agama dan negara terbantut dan tidak mencapai objektif sepertimana yang dirancangkan. Di samping itu terdapat pihak-pihak tertentu yang mengambil peluang dan kesempatan daripada keadaan yang berlaku untuk membuat berbagai tafsiran serta telahan secara membuta-tuli yang mengelirukan umat Islam sehingga mereka gagal menghadapi cabaran hidup. Tindakan golongan ini sebenarnya memperlihatkan bahawa mereka telah gagal menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Orang yang bijaksana ialah orang yang benar-benar mengenalpasti punca sesuatu masalah itu, serta bersedia membantu mengatasi dan mengurangkan masalahmasalah tersebut; dan bukan pula berbuat sebaliknya. Justeru itu hadirin sekalian mungkin dapat mengkaji dan memikirkan kemurnian, kebijaksanaan atau hikmah sepertimana yang dituntut oleh Islam. Allah menjadikan manusia dengan berbagai kelebihan dan keistimewaan, di samping tidak sunyi daripada berbagai kelemahan dan kesilapan. Namun demikian setiap orang daripada kita mempunyai potensi atau kemampuan untuk menjadi umat yang memiliki kebolehan, keupayaan serta kekuatan kerana kita telah dibekalkan oleh Allah Subhanahu Wataala panduan yang lengkap dan sempurna, iaitu Al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w. Di zaman moden ini, ilmu amat mudah diperolehi. Ilmu juga boleh memberi tempat dan kedudukan yang tinggi kepada pemiliknya. Amatlah malang jika ilmu diperolehi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Dalam sejarah Islam perpecahan berlaku kerana ada pihak-pihak yang memiliki ilmu tetapi menggunakannya untuk kepentingan diri atau kumpulannya sahaja. Dengan itu, maka tafsiran-tafsiran agama dibuat berbeza-beza sehingga umat Islam yang disatukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. berpecah kepada berbagai mazhab, tarikat dan kepercayaan. Kadang-kadang permusuhan yang ketat, bahkan peperangan berlaku antara pengikut-pengikut mazhab dan kepercayaan yang berlainan ini. Kumpulan Qadiani dan beberapa tarikat yang salah muncul kerana orang yang berilmu tidak bertanggungjawab. Kadang-kadang terdapat pula orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menguasai ilmu agama Islam dengan niat untuk mengkritik dan memburukkannya. Mereka ini berjaya mengeluarkan buku-buku dan risalah-risalah yang sering mengeliru dan memecahbelahkan umat Islam. 725

Oleh sebab ini, amatlah penting kita berhati-hati tentang penerimaan orang yang berpengetahuan Islam sebagai ulama. Seseorang itu tidak menjadi ulama hanya kerana ia memiliki pengetahuan tentang agama Islam. Kajian perlu dibuat tentang ajaran yang disampaikan olehnya, tentang kepentingannya dan amalan hidupnya sebelum seseorang itu diterima dan diiktiraf sebagai ulama. Jika tidak, ajaran-ajaran sesat dan berkepentingan, yang sudah pun terdapat di negara kita, akan berkembang dengan lebih pesat lagi dan akhirnya umat Islam di Malaysia akan berpecah dan bermusuhan sesama sendiri. Bahaya dan kemungkinan perpecahan berlaku di kalangan umat Islam di Malaysia tidak boleh dipandang ringan. Bahaya ini tidak begitu ketara dahulu. Tetapi sekarang ini, bahaya ini meningkat kerana umat Islam, khususnya anak-anak muda Islam, lebih berminat dengan agama dan pembangunan rohaniah di samping pembangunan material. Di samping itu, aliran kebangkitan Islam seluruh dunia mempengaruhi umat Islam di Malaysia untuk mendalami lagi pengetahuan mereka mengenai Islam. Dengan ini umat Islam di Malaysia amat mudah dipengaruhi oleh sesiapa sahaja yang menyamar sebagai ulama. Jika dahulu orang Islam di Malaysia mempunyai hanya satu mazhab sahaja dan tidak ada perselisihan pendapat berkenaan cara-cara beribadat, hari ini sudah ada berbagai kumpulan dengan amalan-amalan dan kepercayaan-kepercayaan yang berbeza-beza kerana terpengaruh dengan tafsiran daripada ramai yang mendakwa diri mereka ulama. Di antara mereka ada yang terus sesat kerana percayakan kepada sesuatu sebagai tafsiran Islam, yang sebenarnya bercanggah dengan Islam. Ada juga seorang dua yang 'kecewa' dengan Islam dan sanggup meninggalkannya untuk agama lain atau menjadi 'agnostic' iaitu orang yang tidak beragama. Ada juga yang melancarkan perang 'sabil' dengan pedang dan terbunuh kerananya. Kerana kepercayaan yang berbeza-beza yang kadang-kadang dikaitkan dengan kepentingan lain, permusuhan antara orang Islam bukan sahaja berlaku tetapi berlaku dengan ketatnya. Cara-cara mengembangkan fahaman agama tidak lagi berpandu kepada kebijaksanaan, tetapi diasaskan kepada paksaan. Permulaan antara kumpulan yang berkenaan kerap berlaku yang bukan sahaja memisahkan antara yang terlibat, tetapi memberi imej yang buruk kepada Islam di kalangan mereka yang bukan Islam. Nampaknya kita sudah terlanjur dan kita perlu balik ke pangkal jalan. Di sinilah peranan ulama yang sebenarnya. Mereka harus membelakangkan semua kepentingan lain dalam usaha mereka mengembalikan masyarakat Islam di Malaysia kepada ajaran Islam yang sebenar. Ajaran Islam yang sebenar ialah Islam seperti yang diterangkan dalam Al-Quran dan sunah Nabi. Perbezaan yang terdapat sekarang ialah disebabkan oleh tafsiran yang berbeza-beza oleh tokoh-tokoh Islam yang tertentu. Ulama yang tidak ada kepentingan lain daripada Islam haruslah menentukan kesahihan dan kebenaran ajaran yang datang daripada berbagai punca. Inilah sebenarnya tugas ulama. Dengan penjelasan agama Islam yang sebenar, masyarakat akan hilang sebarang kekeliruan. Nilai-nilai Islam yang suci dan mulia itu akan memandu kita. Tidak dapat 726

tidak, masyarakat Islam akan menjadi masyarakat yang kukuh dan kuat yang mampu melindungi umat Islam daripada bermacam tekanan dan pengaruh yang boleh melemahkan umat Islam dan negara mereka. Alhamdulillah, kesedaran sudah pun bermula dengan persetujuan dua buah negara Islam menghentikan peperangan yang membazir di Asia Barat. Mudah-mudahan kesedaran ini akan berkembang ke seluruh dunia Islam. Sebagai golongan yang mempunyai kewibawaan dalam bidang Islam, adalah diharapkan tuan-tuan menggunakan pendekatan Islam dengan bijaksana untuk menyedar, menyatupadu dan membangunkan umat Islam di Malaysia supaya mampu memelihara agama dan diri mereka. Tuan-tuan harus menjaga kekuatan kepimpinan Islam supaya Islam tidak terancam dengan kelemahan material atau rohaniah. Umat Islam mestilah menguasai ilmu dunia dan akhirat supaya dapat bersaing dengan pihak-pihak lain dengan jayanya. Dengan penuh kesyukuran terhadap kurniaan Allah Subhanahu Wataala dan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Perhimpunan Guruguru Takmir Masjid Seluruh Malaysia ini.

727

PERUTUSAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA HARI KEBANGSAAN YANG KE-31 MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 30HB. OGOS, 1988

B

ersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinNya dapat kita sekali lagi menyambut Hari Kebangsaan, Hari Kemerdekaan negara yang ke31. Kita juga bersyukur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Semenjak 31 tahun yang lalu, negara kita telah mencapai banyak kemajuan di dalam berbagai-bagai bidang. Pembangunan dan kemajuan yang kita nikmati telah membawa manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Pembangunan dan kemajuan ini dapat dicapai kerana wujudnya keamanan dan kestabilan di negara kita. Kecuali peristiwa Mei, 1969, pada keseluruhannya kita telah dapat merapatkan kaum-kaum dan mencapai persefahaman di kalangan masyarakat majmuk negara ini. Dengan adanya perpaduan dan persefahaman, Malaysia telah melangkah maju ke hadapan. Kerana masyarakat Malaysia bersatu-padu, kita dapat menghadapi dan mengatasi berbagai-bagai cabaran, dari dalam dan dari luar, semenjak kita mencapai kemerdekaan. Jelas terbukti bahawa perpaduan amatlah penting sekali dan kerana itulah Kerajaan sentiasa mengutamakan perpaduan. Bagi kita di Malaysia, perpaduan bukan sahaja amat penting kepada kita tetapi juga adalah faktor yang menentukan maju mundurnya negara kita ini. Memandangkan betapa pentingnya perpaduan ini, maka dasar-dasar dan rancangan-rancangan Kerajaan mengambilkira faktor perpaduan. Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat. Dasar Ekonomi Baru juga bertujuan mewujudkan perpaduan yang lebih tulen. Begitu juga dasar-dasar Kerajaan yang lain. Di samping itu, Kerajaan menggalakkan kegiatan-kegiatan dan aktiviti-aktiviti yang boleh mengukuhkan lagi persefahaman dan perpaduan. Tahun ini 'Bersatu' telah dipilih sebagai tema perayaan Hari Kebangsaan. Ini membuktikan tentang betapa pentingnya perpaduan kepada kita. Malahan pada tahun-tahun yang lalu juga tema kita mempunyai unsur-unsur perpaduan dan kesetiaan kepada negara. Perpaduan mestilah sentiasa dijadikan panduan dan asas tindakan dan kegiatan kita. Kita dapat melihat bagaimana berlakunya perpecahan dan pergaduhan sesama sendiri di antara penduduk-penduduk di setengah-setengah negara. Kerana perpaduan tidak wujud, maka sering berlaku perselisihan, pergaduhan dan juga peperangan saudara. Akibatnya amatlah sedih sekali. Beribu-ribu nyawa 728

terkorban, kebanyakannya mereka yang tidak bersalah, termasuklah kanak-kanak kecil. Hidup dipenuhi dengan penderitaan dan kesengsaraan, harta benda musnah dan rakyat menghadapi kesulitan sepanjang masa. Keadaan sedemikian sudah semestinya menjadi contoh kepada kita, apatah lagi memandangkan corak masyarakat negara kita. Justeru itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan lagi perpaduan. Sekiranya kita mengabaikan perpaduan, padah akibatnya kepada rakyat dan negara. Dalam usaha Kerajaan untuk meningkatkan lagi perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat, terdapat golongan-golongan yang memperkecil-kecilkan usahausaha ini dan ada pula yang menghalangnya. Mereka ini sebenarnya bukan sahaja menjadi pengacau tetapi juga adalah anti-masyarakat. Mereka adalah penentang perpaduan masyarakat. Golongan-golongan seumpama ini tidak ingin melihat persefahaman dan kerjasama di kalangan masyarakat Malaysia. Mereka lebih suka melihat masyarakat Malaysia tidak bersatu-padu. Justeru itu, kita mestilah berwaspada dan mengawasi kegiatan-kegiatan golongan anti-masyarakat ini. Kita tidak boleh membenarkan mereka merebak dan berkembang. Jelas terbukti bahawa kemajuan negara kita bergantung besar kepada kestabilan dan perpaduan. Jelas juga bahawa kita mesti berusaha dengan lebih kuat dan gigih lagi untuk mengukuhkan perpaduan nasional. Peranan meningkatkan lagi perpaduan adalah tanggungjawab semua termasuk rakyat, Kerajaan dan agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan serta badan-badan sosial. Setiap daripada kita, apa jua kedudukan kita dalam masyarakat, mempunyai peranan masing-masing bagi mencapai matlamat ini. Masyarakat Malaysia memang sudah mempunyai tata tertib dan sopan santun yang boleh membantu ke arah mewujudkan perpaduan yang lebih kukuh. Memang benar sudah terdapat perpaduan di negara ini, tetapi apa yang kita ingin ialah meningkat dan mengekalkan perpaduan ini. Sepertimana saya sebutkan tadi, kita telah memilih tema Bersatu' sebagai tema perayaan Hari Kebangsaan tahun ini. Walau bagaimanapun, mempunyai tema sahaja tidaklah memadai. Kita perlu menghayatinya dalam kehidupan harian kita. Ini amat penting sekali dan adalah diharapkan amalan dan tindakan kita benar-benar mencerminkan masyarakat yang bersatu. Saya percaya masyarakat Malaysia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar perpaduan nasional dapat ditingkat dan dikukuhkan lagi. Saya juga yakin bahawa rakyat Malaysia yang mempunyai semangat kesetiaan dan sanggup untuk berkorban akan mengutamakan perpaduan nasional dan persefahaman agar negara Malaysia benar-benar bersatu. Insya-Allah, negara kita akan sentiasa terpelihara dan sentiasa bersatu.

729

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PEMBUKAAN SEMINAR KE ARAH PENINGKATAN PROGRAM PENCEGAHAN RASUAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM DI INTAN, BUKLT KIARA, KUALA LUMPUR 17HB. OKTOBER, 1988

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana menjemput saya untuk merasmikan seminar 'Ke Arah Peningkatan Program Pencegahan Rasuah Di Dalam Perkhidmatan Awam' ini. Seminar ini merupakan yang julung kali diadakan sempena genapnya 21 tahun penubuhan BPR. Seminar ini amatlah penting bukan sahaja kerana para pesertanya terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan peringkat Kementerian, Jabatan Persekutuan dan juga Negeri, malahan juga kerana ianya penting dalam usaha membasmi masalah rasuah di negara kita.

Rasuah adalah satu penyakit sosial yang terdapat di mana-mana sahaja di dunia. Hanya yang membezakan antara satu negara dengan satu negara yang lain, atau satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain ialah menyeluruh atau tidak menyeluruhnya amalan rasuah itu. Justeru itu harapan untuk membasmi terus semua rasuah adalah tipis. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna bahawa kita harus membiarkan atau 'tolerate' rasuah dan tidak pula berusaha untuk menghadapi masalah ini. Sekurang-kurangnya apa yang patut kita lakukan ialah mengurangkan rasuah. Banyak perkara yang menyebabkan rasuah berlaku. Tetapi yang terpenting sekali ialah nilai hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat. Jika masyarakat memandang ringan terhadap amalan rasuah dan tidak memandang hina kepada pelaku rasuah, maka rasuah akan menjadi perkara biasa yang akan diamalkan secara terbuka. Tetapi jikalau masyarakat benci kepada pelaku rasuah dan mengutuk amalannya, maka rasuah tidak akan berkembang. Jika ada pun, amalan rasuah ini disembunyikan. Sikap tamak adalah juga sebabnya rasuah berlaku. Ada yang berpendapat bahawa rasuah disebabkan oleh pendapatan yang tidak mencukupi. Jika pendapat ini benar, tentulah mereka yang berpendapatan tinggi tidak akan terlibat dengan rasuah. Tetapi, kita semua maklum bahawa ada yang berpendapatan tinggi meminta rasuah yang lebih banyak. Hakikat ini menjadi lebih jelas lagi apabila sebuah negara yang terkenal kerana rasuah yang berleluasa, cuba mencegah rasuah dengan menaikkan gaji kakitangannya tiga kali ganda tetapi hasilnya ialah, bayaran rasuah yang dituntut juga dinaikkan tiga kali ganda. Jelaslah di sini bahawa rasuah tidak terikat dengan pendapatan atau pangkat. Ia adalah disebabkan oleh perasaan tamak dan haloba. 730

Perasaan tamak manusia boleh dibendung jika masyarakat mengamalkan nilai yang mulia dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Sebenarnya jika seseorang itu menerima rasuah, amatlah sukar untuk mengesan perbuatannya jika amalan itu disembunyikan. Sebab itulah cara mengurangkan amalan rasuah ialah dengan masyarakat memandang keji perbuatan rasuah dan memupuk nilai-nilai yang mulia di kalangan anggota masyarakat sehingga masing-masing membendung nafsu tamak yang mempengaruhi manusia. Mungkin ramai yang akan berkata bahawa amatlah sukar mengembangkan nilainilai yang mulia dan membendung perasaan semulajadi seperti tamak ini. Tetapi pada hakikatnya, ada masyarakat yang berjaya berbuat demikian. Kita tidak dapat menafikan bahawa ada masyarakat yang terkenal dengan rasuah dan ada pula yang terkenal kerana kelurusan rakyatnya sehingga tidak sesiapa pun berani menghulurkan rasuah. Justeru itu, bukanlah mustahil untuk memupuk nilai-nilai yang mulia. Tugas mencegah rasuah dan memupuk nilai-nilai yang mulia sudah tentu menjadi sebahagian daripada tugas pemimpin-pemimpin masyarakat. Mereka bukan sahaja harus menyeru kepada amalan yang mulia tetapi mereka juga harus menjadi contoh dan mengamalkan nilai-nilai yang mulia ini. Di sini ada kalanya mereka yang terlibat dengan rasuah atau mempunyai kepentingan tertentu cuba menghalang seruan ke arah nilai-nilai anti-rasuah dengan menuduh bahawa yang menyeru juga terlibat dengan rasuah. Dengan itu seruan ke arah kebaikan akan gagal kerana kredibiliti penyeru diragukan. Mereka yang melakukan rasuah pula akan berkata jikalau yang menyeru pun terlibat, kenapakah mereka mesti membendungkan diri? Perbuatan menggagalkan seruan ke arah kebaikan amatlah tidak bertanggungjawab dan amatlah keji. Orang-orang yang menggagalkan usaha ke arah kebaikan kerana iri hati haruslah dipandang hina oleh masyarakat. Kunci pencegahan rasuah ialah membendung perasaan tamak dan mengelakkan daripada amalan berbelanja lebih daripada pendapatan. Dengan perkataan lain, rasuah boleh dielakkan jika kita tahu berjimat-cermat dengan pendapatan kita. Jika kita berjimat, kita tidak akan terperangkap dalam situasi yang mana kita tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyara hidup kita. Apabila kita kekurangan perbelanjaan kerana inginkan gaya atau 'style' yang kita tidak mampu, maka lemahlah pendirian kita terhadap sogokan wang. Sekali diterima sogokan, maka kita akan terus menerima rasuah sehinggalah kita dikesan dan didakwa kerana rasuah. Kaedahnya tidak berbeza dengan penagihan najis dadah. Salah satu daripada sebab kenapa pendapatan tidak mencukupi ialah kerana berjudi. Penjudi tetap akan kekurangan wang dan selalu terdesak kerana tidak dapat membayar hutang akibat berjudi. Apabila ini berlaku maka amat mudahlah seseorang itu menerima rasuah. Oleh kerana tabiat berjudi sukar dibendung dan mempunyai asas tamak yang sama, maka penjudi akan tenggelam dalam gelora rasuah. Seperti yang disebutkan di atas, masyarakat yang memandang rasuah sebagai jenayah yang keji akan dapat membendung rasuah. Bukti sikap masyarakat ialah 731

kesanggupannya untuk bertindak terhadap pelaku rasuah. Jika mereka yang diberi tanggungjawab untuk bertindak terhadap pelaku rasuah tidak sanggup mengambil tindakan, maka rasuah akan berleluasa. Ini dapat dilihat apabila ketua jabatan atau Lembaga Tatatertib jabatan atau kementerian, umpamanya, enggan melapor atau mengambil tindakan terhadap kakitangan di bawah jagaan mereka kerana belas kasihan atau untuk tidak memburukkan imej jabatan atau kementerian. Dengan terlepasnya daripada tindakan, bukan sahaja pelaku rasuah menjadi lebih berani tetapi anggota yang lain juga akan membenarkan diri mereka menerima rasuah. Dengan itu, amalan rasuah akan berkembang. Kita di Malaysia masih boleh berbangga kerana rasuah tidaklah seburuk sehingga ia dilakukan secara terbuka. Namun demikian, kita perlu bertindak untuk mengurangkan rasuah yang dirahsiakan yang sedang berlaku. Kesedaran terhadap keperluan inilah yang menyebabkan Kerajaan menubuhkan BPR pada tahun 1967. Tugas BPR ialah mengesan dan mengambil tindakan terhadap anggota Kerajaan dan masyarakat yang terlibat dengan rasuah. Tidak ada sesiapa yang dikecualikan. Ahli-ahli politik yang memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan pun telah didakwa dan dihukum. Demikian juga pegawai-pegawai tinggi dan rendah. Walaupun kita tidak boleh membuat ramalan tentang berapa banyakkah rasuah akan berlaku jika tidak ada BPR, tetapi kita percaya dengan adanya BPR ianya telah berjaya mengurangkan rasuah di negara kita. Jika tidak rasuah akan berleluasa dan akan menjadi amalan terbuka — iaitu apabila sesuatu urusan perlu dibuat oleh anggota-anggota Kerajaan, maka bayaran tertentu mesti dibuat. Pencegahan rasuah tidak terhad kepada Kerajaan sahaja. Pegawai dan kakitangan pihak swasta juga diawasi kerana mereka juga boleh mempercepat atau melambatkan sesuatu urusan sehingga orang ramai terpaksa memberi rasuah. Di sini, anggota-anggota Kerajaan dan swasta yang tidak terlibat dengan rasuah tidak harus berasa tersinggung apabila disebut tentang rasuah di kalangan mereka. Tujuan kita mencegah rasuah adalah juga dengan niat memelihara imej mereka yang bersih daripada rasuah. Tentulah mengecewakan jika sesuatu pejabat itu dicap sebagai curang hanya kerana perbuatan oleh satu atau dua orang sahaja. Oleh itu, anggotaanggota yang bersih dan jujur hendaklah membantu usaha-usaha BPR mencegah rasuah yang terdapat di kalangan rakan sekerja mereka. Satu masalah yang dihadapi oleh BPR ialah kelewatan perbicaraan kes-kes rasuah kerana beberapa sebab. Jika kes-kes ini dibawa kepada Lembaga Tatatertib, hukuman yang boleh dikenakan adalah terlalu ringan. Sebaliknya, jika ditunggu untuk dibicarakan, ia akan mengambil masa yang panjang, kadangkala bertahun-tahun lamanya dan mungkin pula saksi-saksi dan pegawai-pegawai akan lupa tentang butirbutir yang diperlukan. Di samping itu, pegawai yang dituduh terpaksa digantung kerja. Jika akhirnya ia didapati tidak bersalah, maka Kerajaan telah kehilangan 732

khidmatnya semasa ia digantung kerja. Sebaliknya jika ia didapati bersalah, maka separuh gaji yang dibayar kepadanya semasa digantung kerja adalah sia-sia sahaja. Malaysia beransur-ansur melangkah ke arah menjadi sebuah negara perindustrian. Dalam hal ini wang pelaburan kian meningkat di Malaysia melalui para pelabur asing dan para pelabur tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa projek-projek yang menelan belanja yang begitu besar akan menambahkan kemungkinan serta peluangpeluang untuk berlakunya rasuah di kalangan pihak-pihak tertentu. Oleh itu perlulah tuan-tuan dan puan-puan sebagai pegawai-pegawai Kerajaan menyedari tentang perkara ini kerana ia boleh menjejaskan pelaburan asing di negara kita jika usahausaha pencegahan rasuah tidak dipertingkatkan. Sehubungan dengan ini, maka adalah wajar dan sesuai bagi BPR menganjurkan seminar seperti ini untuk mencungkil idea-idea baru supaya kita bersama-sama dapat membantu Kerajaan membanteras rasuah. Langkah pencegahan rasuah hendaklah berterusan supaya negara kita berimej bersih, cekap dan amanah, dan dengan itu dihormati dan menjadi lebih maju. Tugas-tugas B P R untuk membanteras rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam negara ini janganlah dianggap mudah dan senang dilaksanakan. Tugas-tugas mereka tidak akan menghasilkan kesan yang positif tanpa sokongan, minat dan kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak dalam perkhidmatan awam. Dengan itu, adalah menjadi harapan saya agar tuan-tuan dan puan-puan sekalian memainkan peranan yang lebih utama supaya dapat mempengaruhi pegawaipegawai di bawah jagaan masing-masing memberi kerjasama yang erat kepada BPR dalam usahanya mencegah rasuah. Rasuah adalah satu perbuatan atau amalan yang keji dan dikutuk oleh agama kita. Saya berdoa semoga Seminar ini akan mendatangkan manfaat dan kesan yang besar dalam merangka program-program pencegahan rasuah di negara ini, khususnya dalam perkhidmatan awam. Akhir kata, saya sekali lagi berterima kasih kepada Badan Pencegah Rasuah kerana memberi peluang untuk berucap di seminar ini. Kerajaan berharap seminar ini akan merupakan satu lagi langkah ke arah membendung gejala rasuah di negara kita. Dengan harapan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan seminar ini.

733

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PEMBUKAAN STESEN SATELIT BUMI KUANTAN 2-A, PAHANG DARUL MAKMUR 13HB. NOVEMBER, 1988

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad kerana menjemput saya untuk merasmikan pembukaan Stesen Satelit Bumi Kuantan 2-A ini. Peristiwa hari ini menandakan selangkah lagi ke arah kemajuan teknologi terbaru yang dapat dimiliki dan dinikmati oleh rakyat negara kita.

Stesen Satelit Kuantan 2-A ini amat besar faedahnya dalam bidang komunikasi antara Malaysia dan seluruh dunia. Melalui stesen ini dan juga stesen-stesen lain yang ada di merata tempat di Malaysia, kita dapat mengadakan perhubungan telekomunikasi dengan hampir seluruh negara lain di dunia, dan begitu juga sebaliknya. Stesen ini adalah yang terbaru dan sangat sofistikated. Oleh itu kemudahan telekomunikasi yang kita nikmati daripadanya tentulah sangat pantas dan bermutu tinggi. Bagi pihak Kerajaan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad atau S T M kerana berjaya membina dan memasang Stesen Satelit Bumi Kuantan 2-A ini. Kejayaan S T M membina stesen ini sangatlah besar ertinya kepada seluruh rakyat dan negara. Kejayaan ini lebih-lebih lagi membanggakan kita semua kerana pembinaan satelit ini dilakukan setelah Kerajaan menswastakan perkhidmatan telekomunikasi. Dengan lain-lain perkataan, projek raksasa seperti Stesen Satelit Bumi ini dapat dikendalikan oleh Syarikat Telekom Malaysia Berhad. Kerajaan berharap kejayaan S T M ini akan meyakinkan rakyat bahawa dasar penswastaan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan sekarang adalah suatu dasar yang sihat dan akan membawa kebaikan kepada semua pihak. Dengan terlaksananya penswastaan sebuah agensi penting seperti Jabatan Telekom, bukanlah niat Kerajaan untuk membenarkan pihak swasta mengaut sebanyak-banyak keuntungan daripada para pengguna. Kebimbangan seperti itu tidak patut timbul. Sebagaimana yang kita tahu, syarikat swastapun tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengenakan kadar perkhidmatan yang tidak berpatutan kerana ini akan membawa akibat yang buruk kepada sesuatu perniagaan itu sendiri. Harga perkhidmatan telekomunikasi yang tinggi akan menghalang para pelabur asing daripada membuka pusat operasi mereka di negara kita. Kadar harga yang tinggi juga tidak menggalakkan pertambahan jumlah pelanggan. Kedua-dua faktor ini akan merugikan perkembangan ekonomi dan sosial negara sendiri. Saya berasa amat 734

sukacita kerana walaupun dengan penswastaan Jabatan Telekom kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad, kita terus dapat menikmad perkhidmatan telekomunikasi yang termurah di dunia. Demikian juga, mutu dan jenis-jenis perkhidmatan telekomunikasi yang kita nikmati sekarang adalah hampir sama moden dan sofistikated dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di negara-negara yang maju. Antara kemudahan termaju yang dinikmati oleh orang ramai ialah perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail atau ATD yang membolehkan pengguna menghubungi 115 buah negara di seluruh dunia. Sehingga sekarang terdapat 105,203 pengguna telefon ATD dan jumlah itu terus meningkat. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa bermula dari hari ini, STM telah menambah 50 buah negara lagi yang dapat dihubungi melalui perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail, dan dengan itu jumlah negara-negara yang boleh dihubungi terus kini menjadi 165 buah. Ini adalah satu lagi bukti kecekapan pihak swasta dan baik kepada semua pihak. Kejayaan dasar penswastaan dalam industri telekomunikasi akan meningkatkan lagi keyakinan Kerajaan untuk melaksanakan penswastaan dalam perkhidmatanperkhidmatan lain yang kini masih ditadbirkan oleh agensi-agensi Kerajaan. Selama ini, campurtangan Kerajaan di dalam sektor ekonomi Malaysia adalah difikirkan terlalu besar dan meluas. Sewaktu negara baru merdeka dan mula merancang pembangunan, campurtangan seperti itu memang dianggap wajar. Walau bagaimanapun, setelah 31 tahun negara merdeka dan sedang kita mengalami tahap-tahap perkembangan ekonomi yang memuaskan, Kerajaan berpendapat, sudah sampai masanya sektor swasta diberi peranan yang lebih besar dalam kegiatan ekonomi negara. Ini tidak bermakna dasar penswastaan akan dilaksanakan tanpa perancangan yang terperinci. Sebaliknya, ia akan terus diawasi dengan teliti bagi menjamin kejayaannya. Di kalangan negara-negara yang mengamalkan ekonomi bebas, Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai paling banyak campurtangan Kerajaan di sektor ekonomi. Oleh itu tidaklah hairan jika nisbah beban pentadbiran yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia adalah jauh lebih besar jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Negara-negara lain yang selama ini telah mengamalkan ciri-ciri pengurusan seperti kita sudah lama dan lebih awal dari kita menyemak semula dasar-dasar mereka. Negara-negara itu mendapati bahawa penswastaan perkhidmatan-perkhidmatan dan industri-industri tertentu yang selama ini dimiliki dan diurus oleh Kerajaan akan dapat menyelesaikan masalah kerugian yang besar dan seterusnya dapat membawa keuntungan kepada industri itu. Kita di Malaysia akan memerhatikan kejayaan-kejayaan serta kegagalan kega galan dasar-dasar dan kaedah-kaedah penswastaan yang dijalankan di negara-negara lain supaya pengalaman negara-negara itu dapat dipelajari dan dicontohi untuk mem bolehkan Malaysia melaksanakan dasar penswastaan kita dengan baik dan berhasil. Penswastaan Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1987 telah menunjukkan kejayaan yang dijangkakan. Walaupun banyak lagi yang dapat diperbaiki oleh STM, 735

kejayaan setahun dua yang lepas harus dijadikan unsur galakan untuk kejayaan yang memuaskan pada tahun-tahun yang akan datang. Kerajaan berharap S T M akan terus berusaha meningkatkan perkhidmatan dan industri telekomunikasi di Malaysia. Kemajuan di sektor ini adalah penting dalam menentukan kejayaan kita membangunkan industri-industri lain dan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi sangat bergantung kepada minat para pelabur dalam negeri dan luar negeri melabur di Malaysia dan salah satu faktor yang menentukan minat mereka ialah kecekapan dan mutu perkhidmatan telekomunikasi yang terdapat di negara ini. Langkah Kerajaan menswastakan industri telekomunikasi adalah untuk menggalakkan pertumbuhan pesat industri ini dan sekaligus menambah daya tarikan kepada para pelabur asing untuk datang ke Malaysia. Dalam konteks ini langkah S T M membina Stesen Satelit Kuantan ini adalah sangat bersesuaian dengan hasrat Kerajaan. Kerajaan beranggapan industri telekomunikasi ialah sektor harapan atau 'forerunner' bagi program industrialisasi negara. Berdasarkan anggapan itu maka wajarlah Kerajaan memilih industri ini sebagai sektor yang pertama diswastakan, dengan harapan kemajuan yang terhasil melalui penglibatan sektor ini akan dapat mempercepatkan kemajuan dan pembangunan dalam sektor-sektor lain. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada S T M kerana menjemput saya ke upacara perasmian hari ini. Saya berharap kakitangan S T M akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang tinggi di masa-masa hadapan.

736

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MALAM WARTAWAN MALAYSIA 1988 ANJURAN INSTITUT AKHBAR MALAYSIA KUALA LUMPUR 19HB. NOVEMBER, 1988

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Institut Akhbar Malaysia kerana menjemput saya ke Majlis Malam Wartawan Malaysia 1988 ini. Saya merasa bangga kerana diberi penghormatan juga untuk menyampaikan hadiah-hadiah kewartawanan. Saya percaya majlis ini akan berjaya menjalinkan lagi hubungan rapat antara para wartawan.

Sebagai wartawan saya yakin tuan-tuan dan puan-puan menghargai kebebasan media massa yang menjadi satu daripada rukun demokrasi. Kebebasan media merupakan salah satu aspek yang penting untuk mempertahankan demokrasi. Tanpa kritikan dan teguran daripada media yang bebas, tanpa maklumbalas berkenaan dengan pemikiran dan reaksi masyarakat, besar kemungkinan Kerajaan dan anggotanya akan tersilap jalan, akan menyeleweng dan akan melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik. Sebaliknya tanpa maklumat yang disampaikan oleh media yang bebas rakyat pula akan berada dalam kegelapan, tidak mengetahui dan tidak memahami apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Dengan perkataan lain tanpa media massa yang bebas, masyarakat dan Kerajaan akan berada dalam keadaan tidak sedar akan hasil dasar-dasarnya dan tidak dapat menilai kekesanan sesuatu tindakan atau peristiwa. Kita akan meraba-raba dalam kegelapan tanpa mengetahui ke arah mana kita menuju atau ke arah mana kita dibawa. Ada negara-negara di mana media massa diletakkan terus di bawah kuasa Kerajaan. Dengan itu media tidak dapat menilaikan dengan baik dan dengan adil tindakan-tindakan dan dasar-dasar Kerajaan. Semua yang dibuat oleh Kerajaan dikatakan baik dan dipuji. Oleh yang demikian apabila Kerajaan tersilap jalan maka Kerajaan akan sesat tanpa disedari. Negara komunis sesat 70 tahun sebelum mereka mengetahui bahawa mereka sesat. Sepanjang masa, media yang dikongkong oleh Kerajaan memuji dasar-dasar dan strategi-strategi komunis sehingga rakyat mereka hilang keupayaan membezakan di antara yang baik dengan yang buruk. Goebbels, Menteri Propaganda Nazi Jerman, biasa berkata sesuatu yang tidak benar, jika berulangkali dikatakan benar, akhirnya akan diterima sebagai benar oleh masyarakat. Demikianlah dengan negara komunis. Oleh kerana kegagalan sistem ekonomi komunis dikatakan juga satu kejayaan, akhirnya semua pihak percaya bahawa sistem komunis berjaya. Apabila sudah sampai ke tahap ini kebenaran sukar hendak diperkata dan diutarakan kerana ia akan dianggap tidak benar dan akan 737

ditentang keras. Hanya pemimpin yang gagah dan berani sahaja yang akan sanggup memperkatakan yang benar, iaitu sistem ekonomi komunis gagal dan perlu digantikan dengan sistem yang dahulu dikatakan oleh pihak komunis tidak baik. Demikian 'glasnost' dan 'perestroika' anjuran Gorbachev. Inilah satu daripada kesan kongkongan media massa oleh Kerajaan. Tetapi apakah kebebasan penuh untuk media massa akan menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara? Di beberapa negara di mana media bebas sepenuhnya, akhbar-akhbar dan media elektronik tidak segan-segan menyalahgunakan kebebasan mereka. Media yang bebas tidak memberi kebebasan kepada pihak lain. Sasaran mereka dikejar sehingga ke lubang cacing. Segala-galanya didedahkan sehingga keaiban yang dirasai oleh subjek adalah lebih daripada semua hukuman yang boleh dikenakan. Gambar-gambar lucah didedah dan cerita-cerita lucah disiarkan sehingga kepada kanak-kanak. Bahasa yang kotor tidak lagi disembunyikan. Keganasan dipamer sehingga mempengaruhi budaya masyarakat. Penjenayah dibayar wang yang banyak untuk cerita jenayah mereka yang menggambarkan mereka sebagai hero. Rahsia Kerajaan didedah sehingga keselamatan negara terancam. Pemimpinpemimpin dilaga-lagakan dan cerita-cerita yang tidak benar dicipta dan disiarkan. Akibat daripada semua ini ialah masyarakat keliru dan ada yang tidak dapat menilai antara yang baik dengan yang buruk. Ada di antara mereka menjadi bingung kerana percaya kepada yang tidak benar. Nafsu dan seks menjadi tumpuan bagi setengahsetengah pihak sehingga mereka dikuasai hanya oleh keperluan memuaskan nafsu. Akhlak hancur dan institusi sosial seperti perkahwinan dan keluarga hilang kedudukan dalam masyarakat. Pendek kata, kebebasan akhbar yang ekstrim membawa kesan yang tidak banyak berbeza daripada kongkongan oleh Kerajaan. Apa yang digambarkan di sini ialah kes-kes yang ekstrim, kongkongan media yang menyeluruh dan kebebasan yang tidak terhad. Jika diakui bahawa kedua-dua contoh ekstrim ini adalah tidak baik dan mempunyai kesan yang buruk kepada masyarakat dan negara, soal yang timbul ialah apakah had sekatan kebebasan dan kongkongan ke atas media massa yang baik untuk masyarakat? Soal ini perlu dijawab melainkan kita mempunyai falsafah kebebasan semata-mata untuk kebebasan dan bukannya kebebasan untuk kebaikan. Malaysia adalah sebuah negara membangun yang demokratik. Lebih daripada itu Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama yang sukar diintegrasikan. Jika Malaysia ingin maju maka peranan semua pihak mestilah disesuaikan dengan dasar-dasar dan usaha-usaha membangunkan negara. Tidak sesiapapun boleh menafikan peranan penting yang boleh dimainkan oleh media massa dalam pembangunan Malaysia. Jika diakui bahawa kebebasan akhbar menjadi sebahagian daripada demokrasi, tetapi kebebasan secara 'absolute' membawa keburukan. Kita perlu menentukan apakah yang patut mempengaruhi Kerajaan, wartawan dan masyarakat mengenai peranan media massa dalam negara kita ini.

738

Saya percaya tidak ada sesiapapun dalam negara ini yang dengan sengaja mahu menghalang pembangunan dan kemajuan. Masalahnya ialah kadang-kadang terdapat konflik antara kepentingan negara dan kepentingan kumpulan serta kepentingan individu. Oleh kerana ini, kita kadang-kadang tidak jelas tentang pendirian yang perlu diambil oleh masing-masing, walaupun kita percaya kita mengetahui tindakan yang mesti diambil oleh pihak lain. Sebagai contoh ramai anggota masyarakat yang mengecam akhbar yang sengaja membesar-besarkan masalah yang kecil, umpamanya tentang perkembangan politik. Tetapi di masa yang sama masyarakat lebih suka akhbar-akhbar yang 'sensational' ini dan menyebabkan penjualannya lebih laris. Di masa yang sama juga pembaca memuji sikap sederhana dan berita yang tepat yang dibuat oleh akhbar-akhbar yang bertanggungjawab tetapi mereka tidak begitu berminat membacanya. Ramai juga daripada anggota masyarakat yang menyoal mengapa Kerajaan tidak bertindak. Kerajaan sekarang ini tidak bebas seperti dahulu di waktu mana rakyat tidak begitu sofistikated. Sekarang rakyat tahu mengguna undang-undang dan Kerajaan dengan mudah boleh disekat kerana kesilapan prosedur atau sebab-sebab lain. Lagi pula Kerajaan tidak mahu dituduh tidak demokratik dan menyekat kebebasan akhbar. Dilema kita ialah jika kita membenarkan kebebasan yang ekstrim dalam media, kesejahteraan masyarakat akan terancam dan kemajuan negara akan terganggu. Sebaliknya, jika kita mengambil tindakan untuk menyekat, kita akan dituduh sebagai tidak demokratik. Berhadapan dengan dilema ini kita hanya boleh berharap kepada perasaan tanggungjawab wartawan dan patriotisme mereka. Kawalan diri atau 'self-discipline' diperlukan walaupun ini akan menjejaskan sedikit kelarisan penjualan akhbar masing-masing. Bagi negara kita, perkara yang utama ialah kestabilan politik atau lebih tepat lagi persepsi rakyat serta orang asing terhadap kestabilan ini. Sebenarnya semenjak negara kita merdeka, selain daripada peristiwa 13 Mei, 1969, keadaan politik negara adalah stabil. Sudah tentu ia lebih stabil daripada kebanyakan negara-negara membangun. Adanya usaha merebut jawatan dan kempen-kempen adalah perkara biasa dalam sesebuah demokrasi. Tetapi kegiatan-kegiatan ini boleh mencemar gambaran stabiliti kerana tekanan laporan dan bahasa yang digunakan. Seseorang yang membuat kritikan biasa boleh menimbulkan kemarahan yang lebih oleh pihak sasaran jika pengkritik dilaporkan sebagai telah membuat 'tamparan hebat' terhadap seseorang. Kadangkala keadaan tenang boleh menjadi ribut hanya dengan bertanya kepada satu pihak dan kemudian menyampaikan jawapannya kepada pihak yang menentang untuk mendapatkan reaksi. Pihak akhbar mencipta berbagai jenis hak di bawah kebebasan media dalam demokrasi. Sekarang ini ada yang bercakap berkenaan dengan hak mengetahui atau "the right to know'. Dalam pengurusan sesuatu organisasi, rahsia diperlukan. 739

Umpamanya semasa rundingan, semua pihak perlu menyembunyikan apakah yang boleh diperserujui oleh mereka, supaya dapat konsesi yang lebih menguntungkan. Sama ada perundingan ini adalah antara syarikat atau pertubuhan atau negara, masingmasing akan cuba mendapatkan sesuatu keputusan yang lebih menguntungkan. M e d i a massa pula ingin mendedahkan kesemuanya secepat mungkin sebelumpun rundingan diadakan. Dengan terdedahnya pendirian terakhir mana-mana pihak, maka 'flexibility' dalam rundingan akan hilang. Mungkin juga jika pihak yang satu lagi tidak bersetuju dengan pendirian sebenar pihak pertama, maka rundingan tidak akan diadakan sama sekali. Dengan itu sesuatu usaha akan gagal sebelumpun ia bermula. Sebaliknya jika tidak berlaku pendedahan dan rundingan diadakan, mungkin juga pihak-pihak yang terlibat akan bertolak-ansur setelah mendengar hujah-hujah masing-masing dan rundingan akan berhasil. Tetapi media massa kerapkali tidak mempedulikan sesuatu usaha yang baik. Kepentingan 'scoop' lebih diutamakan, kononnya kerana kebebasan dan hak mengetahui. Di negara Malaysia kita perlu berusaha ke arah pembangunan yang pesat. Jika kita membuat kajian mengenai sebab-sebab setengah negara mudah maju dan setengah lagi tidak dapat mencapai kejayaan walaupun ada keinginan untuk berjaya, kita akan mendapati bahawa pencapaian sesuatu negara bergantung kepada peribadi dan sikap penduduk negara itu. Jika sesuatu bangsa itu rajin, beramanah, tekun berusaha, maka lambat laun bangsa itu akan berjaya. Sebaliknya jika sesuatu bangsa itu malas, tidak beramanah dan tidak tekun dalam menjalankan kerja, maka bangsa itu akan gagal dan mundur selama-lamanya. Menyedari akan hakikat ini maka kita haruslah menggunakan segala cara untuk membentuk peribadi yang sesuai dengan kemajuan ini. Oleh kerana media massa adalah satu alat yang penting untuk membentuk fikiran rakyat maka media massa haruslah memberi sumbangan kepada usaha-usaha menyemaikan nilai-nilai yang disebutkan tadi di kalangan penduduk-penduduk negara ini. Kita berasa dukacita kerana kadang-kadang terdapat akhbar-akhbar yang bukan sahaja tidak memberi perhatian kepada pembinaan sifat-sifat ini tetapi menunjukkan sikap sinis terhadap usaha-usaha Kerajaan. Menukar peribadi sesuatu bangsa bukanlah perkara yang mudah, terutama jika ianya adalah ke arah kebaikan. Tetapi usaha mesti dibuat juga kerana selagi kita tidak dapat memiliki nilai-nilai yang sesuai untuk kemajuan, kita tidak akan maju. Musuh kita yang besar sekali ialah diri kita sendiri. Terdapat sikap yang negatif di kalangan kita yang menyebabkan kita selalu memandang rendah terhadap kebolehan kita dan membesar-besarkan kebolehan orang lain. Jika ada sahaja sesuatu usaha kita terus meramalkan ianya tetap tidak akan berjaya. Jika akhirnya berjaya juga usaha itu, kita akan memperkecilkan kejayaan usaha itu atau 740

mencari kesalahan titik-bengek. Dengan ini maka sukar bagi rakyat Malaysia mempunyai keyakinan terhadap apa juga yang diusahakan. Mengikut aliran baru apa yang dipanggil sebagai 'investigative reporting', sesuatu yang dicipta di Barat, segala usaha dijalankan bagi mencari yang salah untuk didedahkan. Memang benar ada kalanya kita perlu mendedahkan sesuatu supaya pembetulan boleh dibuat. Tetapi yang baik dan betulpun didedahkan supaya kita tidak mempunyai 'inferiority complex'. Dalam usaha membangunkan sesebuah negara, Kerajaan yang kuat amat diperlukan. Bagi negara yang maju sekalipun, jika Kerajaannya lemah maka kemajuan sukar dicapai. Ini adalah kerana Kerajaan bukan sahaja dikehendaki mentadbir tetapi juga dikehendaki menolong pihak swasta dalam kegiatan ekonomi. Dalam hal ini jika pihak swasta dikehendaki meningkatkan perniagaan dan perusahaan, melabur dan mengeksport, Kerajaan mesti memberi kerjasama dan bantuan. Sebagai contoh sekarang ini kita ingin menarik lebih ramai pelancong ke negara kita. Industri pelancongan bukan sahaja membawa aliran matawang asing ke dalam negeri tetapi juga dengan pertumbuhan industri perhotelan dan industri-industri sampingan, peluang-peluang pekerjaan akan bertambah. Rakyat yang ramai menganggur akan mendapat peluang-peluang pekerjaan. Kerajaan dikehendaki membelanjakan wang untuk mengadakan pegawaipegawai dan aktiviti-aktiviti promosi dan lain-lain. Jika Kerajaan lemah dan tidak tentu sama ada akan mendapat sokongan yang cukup atau tidak, usaha menolong pihak swasta akan mendapat prioriti yang rendah. Dengan itu pihak swasta dan ekonomi negara akan terjejas. Kita lihat perkara ini berlaku dalam sebuah negara maju di mana ketua Kerajaan terdiri daripada satu parti dan dewan-dewan undangannya dikuasai oleh parti lawan. Kesannya ialah pemerintahan yang tidak berkesan dan ekonomi meleset. Rakyat pula tidak bersemangat untuk menjayakan apa-apa usaha. Keadaan di Malaysia tidaklah seperti ini. Tetapi tumpuan yang terlalu sangat kepada politik boleh membawa kesan seperti ini. Sebagai negara membangun kesan Kerajaan yang lemah lebih buruk lagi. Untuk memperbaiki keadaan ekonomi, sosial dan politik, mana-mana Kerajaan mestilah berani mengambil tindakan yang tidak popular. Kerajaan yang lemah akan hanya menghabiskan masa dan tenaga untuk mencari populariti. Semua pihak di dalam dan di luar negara sekarang mengiktiraf kejayaan Malaysia memulihkan ekonominya. Kejayaan ini dicapai kerana Kerajaan mampu mengambil tindakan-tindakan yang berkesan walaupun tidak popular seperti mengurangkan perbelanjaan Kerajaan, mengurangkan import, membantu eksport, membuka peluang perniagaan dengan mengurangkan syarat-syarat yang terlalu ketat dan lainlain lagi. Tetapi usaha-usaha Kerajaan ini menjadi lebih sulit kerana ada pihak yang tidak faham dan pandangan mereka kadang-kadang mendapat publisiti yang luas. 741

Sementara kita tidak patut disaji dengan masalah politik semasa-mata dalam akhbar, pengetahuan mengenai politik perlu dipertingkatkan, terutama berkenaan dengan sistem demokrasi yang kita amalkan. Ramai yang berpendapat bahawa demokrasi akan membawa kebahagiaan kepada negara jika ia diamalkan sepenuhnya. Apa yang kurang difahami ialah demokrasi juga boleh meruntuhkan negara jika tidak diamalkan dengan bijak dan bertanggungjawab. Di Malaysia kita bernasib baik kerana terdapat sebuah parti politik nasional yang mampu bertanding di seluruh negara. Dengan itu kemungkinan sebuah parti mendapat majoriti yang cukup untuk membentuk Kerajaan memang nyata. Oleh kerana demokrasi memberi hak kepada sesiapa sahaja menubuhkan parti dan bertanding, bahkan individu juga boleh bertanding, di beberapa negara berpuluh-puluh parti politik ditubuhkan dan beribu-ribu calon bertanding. Akibatnya tidak ada satu partipun yang memperolehi majoriti. Dalam keadaan ini Kerajaan campuran terpaksa dibentuk yang tidak mempunyai dasar atau ideologi yang sama. Jika mana-mana parti menarik diri, maka akan jatuhlah Kerajaan. Demikian juga jika sistem dua parti diadakan. Apabila kedua-dua parti memenangi hampir sama bilangan kerusi, Kerajaan yang ditubuhkan oleh parti yang mendapat kemenangan yang lebih sedikit, tidak mampu memerintah dengan tegas kerana takut jatuh. Di setengah-setengah negara pula sistem 'proportionate representation' digunakan, iaitu bilangan wakil rakyat dari sesuatu parti diasaskan kepada peratusan undi yang diperolehi. Akibatnya banyak parti bertanding dan ada kalanya tidak ada parti yang mempunyai majoriti yang cukup. Kerajaan yang didirikan terpaksa berbentuk Kerajaan campuran, yang seperti biasa amat lemah. Kepercayaan kepada sistem demokrasi memang baik tetapi tanpa pengetahuan tentang kegunaannya, demokrasi tidak dapat menjamin kesejahteraan negara. Pihak akhbar harus memainkan peranan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai demokrasi, kekuatan dan kelemahannya. Dengan ini maka kita akan lebih selamat. Tujuan saya membangkitkan perkara-perkara tersebut di majlis ini bukanlah kerana saya bercita-cita untuk menghapuskan kebebasan media massa atau menghapuskan demokrasi. Ada pihak yang mudah membuat tuduhan seperti ini apabila sahaja saya menyebut mengenai sesuatu. Demokrasi berjaya diamalkan di negara ini. Kebebasan akhbar wujud di negara kita. Tetapi kita harus sedar tentang berbagai kemungkinan. Dengan adanya kesedaran ini, saya percaya kita akan lebih bertanggungjawab untuk menegakkan demokrasi di Malaysia. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Institut Akhbar Malaysia kerana menjemput saya ke majlis ini. Kepada para pemenang hadiah-hadiah kewartawanan, saya mengucapkan tahniah. Saya berharap majlis ini akan dapat menebalkan tekad kita untuk berkhidmat kepada negara. 742

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN PAMERAN "PATRIOT DAN NEGARAWAN TUN SIR HENRY H.S. LEE" DI MUZIUM NEGARA, KUALA LUMPUR 19HB. NOVEMBER, 1988

S

aya berasa sukacita kerana dapat turut bersama di majlis ini yang bertujuan untuk mengenang kembali perjuangan seorang negarawan yang telah berjasa kepada negara ini iaitu mendiang Tun Sir Henry H.S. Lee. Saya percaya pemergian Tun H.S. Lee masih dirasakan oleh setiap ahli keluarganya dan kenangan-kenangan hidup beliau masih segar diperkatakan oleh sahabat handai beliau. Demikianlah peredaran hidup di dunia ini, setiap yang hidup akan menemui ajalnya. Namun nama yang baik akan terus menjadi kenangan dan teladan kepada kita semua.

Rakaman sejarah negara ini memperakui dan tidak dapat menyangkal betapa mendiang Tun H.S. Lee mempunyai rekod kegemilangannya yang tersendiri semenjak beliau mula bertapak di negara ini pada tahun 1924 dahulu. Negara ini tidak akan melupakan jasa-jasa beliau yang turut berjuang dalam usaha-usaha menuntut kemerdekaan tanahair ini. Nama beliau akan terus dikenang sebagai salah seorang tokoh terpenting yang menubuhkan parti M C A , salah seorang perancang utama ke arah penubuhan Perikatan U M N O - M C A , seorang tokoh penentang komunisme, Menteri Kewangan yang pertama dan seorang usahawan yang telah banyak mencurahkan tenaga dan fikiran untuk turut membangunkan negara ini. Walaupun semenjak meninggalkan gelanggang politik beliau tidak lagi terlibat secara langsung dengan Kerajaan, namun beliau tidak pernah jemu untuk terus berbakti kepada masyarakat melalui badan-badan sosial. Para pemimpin merupakan sumber inspirasi rakyat dan penggerak utama dalam melaksanakan apa jua dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Para pemimpin negara seharusnya mempunyai cita-cita atau 'vision' yang jauh ke hadapan. Berdasarkan kepada fakta sejarah, mendiang Tun H.S. Lee telah membuktikan yang beliau merupakan salah seorang pemimpin negara yang serba boleh sehingga beliau dihormati oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. Kebijaksanaan dan kebolehan beliau memimpin dan menyesuaikan diri dengan suasana politik dan sosio-budaya tempatan bukanlah boleh diperolehi dengan sekelip mata, bahkan adalah hasil dari pengalaman-pengalaman luas dan liku-liku hidup beliau yang beraneka corak dan serba mencabar. Di samping itu beliau sentiasa berpegang teguh dengan prinsip-prinsip hidup beliau yang serba dinamik. Walaupun beliau sudah tidak lagi memainkan peranan utama dalam parti M C A , beliau tidak mudah 743

kecewa atau melatah mengecam pemimpin-pemimpin lain, apatah lagi Kerajaan. Malahan beliau terus bergerak cergas dalam kegiatan-kegiatan sosial dan kebajikan dan juga memajukan lagi dunia perniagaan beliau. Sesungguhnya kita berbangga dengan sikap, kewibawaan dan jasa-jasa yang telah beliau curahkan kepada negara ini dan sewajarnyalah negara mengiktiraf beliau sebagai seorang patriot dan negarawan. Kita berharap generasi sekarang dapat menjadikan beliau sebagai salah seorang negarawan contoh yang telah mengharumkan negara ini. Berdasarkan kepada hakikat inilah Kerajaan merestui untuk mengenang dan mengabadikan nama beliau melalui berbagai cara seperti mengadakan pameran seperti ini, dan yang paling bererti lagi ialah mengabadikan nama beliau pada sebarang jalan di Bandaraya Kuala Lumpur ini. Kerajaan telah mengenalpasti bahawa jalan yang paling sesuai ialah Jalan Bandar. Sempena pameran ini sukacita saya mengumumkan bahawa mulai hari ini, Jalan Bandar akan dikenali sebagai Jalan Tun H.S. Lee. Saya berharap semua pihak merestui perubahan ini. Inilah cara yang terbaik dan berkesan bagi mengingati beliau. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Pameran dan setiap individu yang telah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan pameran ini. Dengan ini juga, saya dengan sukacitanya merasmikan pameran 'Patriot dan Negarawan - Tun Sir Henry H.S.Lee' ini.

744

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN IJTIMAK ULAMA KE-5 DI KOMPLEKS JEMAAH HAJI KELANA JAYA, SUBANG, SELANGOR DARUL EHSAN 25HB. NOVEMBER, 1988

B

ersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinNya kita semua dapat menghadiri majlis yang mulia ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang telah berjaya menganjurkan Ijtimak Ulama Se Malaysia bagi kali yang kelima ini. Saya rasa perhimpunan seperti ini amatlah penting sebagai satu forum kepada para ulama untuk berbincang dan mencari jalan menyelesaikan masalah keagamaan dalam masyarakat yang timbul dari semasa ke semasa.

Tidak dapat dinafikan para ulama mempunyai peranan penting dalam membimbing anggota masyarakat dalam berbagai peringkat, bukan sahaja dalam hal-hal ibadat tetapi juga dalam menentukan cara hidup dan tindakan yang secocok dengan ajaran Islam dalam masyarakat berbilang kaum dan agama yang terdapat di negara kita ini. Di negara ini peranan ulama semenjak sebelum merdeka adalah nyata sekali. Alim ulama dengan gigih telah membuka sekolah-sekolah persendirian yang dikenali sebagai sekolah pondok di merata-rata tempat di seluruh negara. Mereka mengajar dan menanamkan semangat dan pengetahuan keagamaan yang kukuh yang dapat menangkis pengaruh agama-agama lain yang dikembangkan di negara kita yang sedang dijajah ketika itu. Tidak seperti di setengah-setengah negara lain yang dijajah, di negara kita tidak seorang pun daripada orang Melayu yang terpisah daripada agama Islam selama penjajah memerintah. Hasilnya ialah apabila kemerdekaan dicapai maka orang-orang Islam masih mampu bergiat lagi menyebarkan ajaran Islam di kalangan mereka dan di kalangan orang-orang lain. Pengetahuan mengenai Islam menjadi lebih luas dan mendalam, sehingga Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam yang aktif dan maju dalam dunia. Tradisi keilmuan yang diwarisi daripada para ulama dan tuan-tuan guru sebelum merdeka ialah mereka menyebarkan ajaran Islam bukan atas desakan semangat kelompok atau kumpulan dan bukan pula dengan tujuan untuk mencari pengaruh, populariti atau kepentingan diri. Mereka mengutamakan keikhlasan dalam menjalankan tugas dan sentiasa mengelakkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. Dengan itu kita mendapati para ulama dahulu tidak menonjolkan soal serban, jubah, purdah, Imam Mahadi atau poligami sebagai tanda kelslaman. Masyarakat dengan mudah menerima apa yang disampaikan oleh ulama ketika itu kerana mereka menyampaikan ajaran mengikut satu 745

mazhab dan satu tafsiran yang tidak mengelirukan dan tidak menyebabkan berlakunya konflik. Satu lagi peranan alim ulama di zaman sebelum merdeka ialah menggembleng semangat cintakan tanahair dan ingin bebas daripada cengkaman penjajah. Ulama yang pulang selepas belajar di Timur Tengah, selain daripada membawa ilmu, juga membawa semangat 'pembebasan' yang diasuh dan ditanam oleh ulama-ulama di negara Asia Barat seperti Syed Rashid Ridha melalui kitab tafsirnya Al-Manar. Semangat ini disemai pula di sekolah-sekolah rakyat. Pendekatan pengajaran agama dihubung-kaitkan dengan kewajipan membela tanahair daripada cengkaman penjajahan. Sebabnya ialah kerana negara yang terjajah bukan sahaja menghinakan, tetapi juga mengancam perkembangan Islam selanjutnya. Nasyid-nasyid cintakan tanahair menjadi nyanyian anak-anak muda; malah terdapat juga ayat-ayat Al-Quran yang dijadikan sepanduk dalam majlis-majlis ihtifal di sekolah. Pendapat bahawa kasih kepada watan atau tanahair adalah sebahagian daripada iman disebarkan dengan luas dan dengan bangganya. Tidak ada sesiapa pun yang bercakap berkenaan dengan assabiah pada masa itu. Pihak penjajah menyedari bahawa agama menjadi satu teras ke arah semangat kebangsaan dan pembebasan. Maka mereka mencari satu isu supaya wujud pertentangan antara ulama yang pulang dari luar negeri dengan ulama tempatan. Akhirnya tercetuslah istilah-istilah 'kaum tua' bagi ulama tempatan dan 'kaum muda' bagi ulama yang pulang dari luar negeri. Penjajah bertindak keras menyekat fahaman agama yang progresif yang dibawa oleh 'kaum muda' itu. Ulama-ulama 'kaum muda' yang berani bercakap tentang agama dan kemerdekaan dipenjarakan oleh penjajah. Lebih menyedihkan lagi ialah mereka dipulaukan oleh golongan majoriti yang dikumpulkan sebagai 'kaum tua'. Akan tetapi pertentangan antara golongan 'kaum tua' dan 'kaum muda' ini tidak lama kerana akhirnya masing-masing menyedari bahawa kemerdekaan tanahair lebih penting. Dan mereka terus menyalakan semangat anti penjajahan melalui institusi pengajian pondok, madrasah, masjid dan mana-mana perhimpunan keagamaan. Dengan itu maka alim ulama pun berganding bahu dengan aktivis-aktivis Melayu lain dalam perjuangan menentang penjajah dan dalam usaha mencapai cita-cita kemerdekaan. Perjuangan politik anti-kolonial disekalikan dengan perjuangan menegakkan Islam sebagai agama bagi bangsa Melayu. Inilah satu sumbangan ulama yang sangat bererti yang tercatat dalam sejarah kemerdekaan negara kita. Hari ini selepas lebih tiga puluh tahun kita merdeka, alim ulama terus memberikan khidmat mereka dengan lebih gigih lagi. Ini adalah oleh kerana suasana dan keadaan yang mencabar, dan wujudnya berbagai pengaruh yang bukan sahaja menggugat akidah Islamiah, tetapi juga memecah-belahkan perpaduan dan persaudaraan orang Islam dan orang Melayu di negara ini. 746

Sungguh malang sekali bahawa dalam keadaan yang demikian, ada pula sebahagian daripada mereka yang walau hanya baru mengenali beberapa aspek agama sudah pandai-pandai membentuk dan memperalatkan pengaruh agama untuk maksud-maksud tertentu. Oleh kerana topeng agama menyelamatkan mereka daripada teguran, sekarang ini mereka menjadi begitu angkuh sehingga mendakwa mereka lebih layak mentadbir hal-hal agama di negara ini. Kumpulan ini mentafsir Islam mengikut kehendak mereka sehingga akidah ahli kumpulan mereka sudah terseleweng. Taksub dengan kejayaan mereka dalam mempengaruhi golongan tertentu, terutamanya kaum wanita, mereka bukan sahaja mengganggu pelajar-pelajar yang sedang menuntut ilmu yang penting bagi ketahanan umat Islam, tetapi juga mereka menyesatkan kefahaman agama para penuntut supaya menerima segala kehendak mereka. Perbuatan melarikan anak orang tanpa pengetahuan dan tanpa kebenaran ibubapa sekarang semakin kedengaran. Dalam suasana pemimpin-pemimpin berusaha mengekalkan perpaduan umat, kumpulan ini menonjolkan pula isu usang yang pernah mengelirukan masyarakat semenjak berabad lalu seperti tarikat-tarikat yang kabur, tarikh kiamat, dan di mana Imam Mahadi berada, siapa dianya dan bila ia akan muncul. Hal-hal tersebut bukanlah persoalan yang boleh ditentukan oleh sesiapa dan sejarah telah membuktikan bahawa kesilapan memahami akan hal itu telah menyebabkan rosak akidah di samping perpecahan di kalangan masyarakat. Telah beberapa kali orang-orang Islam di negaranegara tertentu binasa kerana dakwaan kononnya orang itu dan orang ini mempunyai maklumat yang tidak mungkin diketahui oleh sesiapa. Ulama dikatakan pewaris para Nabi. Soalnya ialah apakah setiap orang yang mendakwa dirinya sebagai ulama perlu diterima oleh kita sebagai pewaris Nabi? Apakah kita boleh sewenang-wenangnya menerima pemimpin Kadiani dan beberapa tarikat yang kabur sebagai ulama dan kita menerima sahaja ajaran mereka? Apakah kita boleh menerima setiap orang yang belajar agama atau boleh berbahasa Arab sebagai pewaris Nabi? Kesesatan yang berlaku di kalangan umat Islam ialah kerana kita sudah menerima seseorang sebagai ulama. Sementara kita mengakui dan menerima bahawa para ulama mempunyai kedudukan yang mulia, kita tidak boleh dengan mudah menerima sesiapa sahaja sebagai ulama yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi atau sahabatnya atau boleh bertemu dengan Nabi di alam ghaib. Masyarakat Islam harus berhati-hati berkenaan dengan dakwaan seseorang bahawa ia adalah ulama. Selain daripada itu ulama juga hendaklah sentiasa memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa pegangan akidah Islamiah yang kukuh adalah asas keimanan yang sebenar. Tiap-tiap umat Islam mestilah memahami ciri-ciri ajaran Islam supaya tidak mudah dipengaruhi dengan ajaran-ajaran sesat dan karut. Islam tidak boleh diambil dalam bentuk serpihan dengan mengutamakan hanya beberapa ciri yang dikira sesuai dengan kehendak nafsu semata-mata. Islam mestilah dihayati dengan sepenuhnya seperti yang ditegaskan oleh Al-Quran dalam Surah Al Baqarah, ayat 208 yang bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam agama Islam secara menyeluruh'. 747

Semangat kelompok tidak digalakkan di dalam Islam dan dengan itu setiap orang Islam adalah bersaudara. Ini dijelaskan oleh Al-Quran dalam Surah Al Hujarat ayat 10. Rasulullah s.a.w. sendiri menghapuskan semangat itu dengan mempersaudarakan antara Auz dan Khazraj, dan antara Muhajirin dan Ansar ketika Baginda berhijrah ke Madinah Al Munawwarah. Inilah hakikat penting yang perlu difahami oleh umat Islam. Kesilapan kita memahami agama Islam mungkin boleh menimbulkan berbagai masalah yang menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini, seperti yang berlaku di beberapa negara di mana mereka berperang dan bergaduh sesama mereka. Akhir kata, saya sekali lagi menyeru supaya alim ulama menyediakan lebih banyak golongan pelapis di kalangan mereka bagi menghadapi keadaan dan suasana yang melanda masyarakat dari semasa ke semasa. Selain daripada menyampaikan dakwah melalui syarahan dan pengajian, saya berpendapat sudah sampai masanya ulama kita menghasilkan buku-buku rujukan yang muktabar dalam Bahasa Kebangsaan, sama ada terjemahan atau karangan sendiri bagi mengelakkan umat Islam di negara ini daripada terpengaruh dengan kitab-kitab yang dikarang atau diterjemahkan oleh ulama yang berkepentingan. Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kerana menganjurkan Ijtimak ini, dan dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya merasmikan Ijtimak Ulama Kali Kelima ini.

748

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN" KUALA LUMPUR POETRY READING '88'' DI AUDITORIUM DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR 25HB. NOVEMBER, 1988

S

aya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur "Kuala Lumpur Poetry Reading '88" kerana menjemput saya untuk merasmikan acara ini. Saya percaya majlis pengucapan puisi ini akan merapatkan lagi hubungan antara para penyair dan para sasterawan.

Kepada para penyair luar negeri sekalian, saya mengucapkan 'selamat datang' dan selamat mengenali masyarakat dan kebudayaan Malaysia yang unik ini. Di Malaysia, peranan pengarang amatlah besar pengaruhnya dalam masyarakat. Semenjak zaman dahulu, para pengarang merupakan orang yang mempunyai kemahiran seni bercerita di samping menasihati para pendengar atau pembaca karyakaryanya. Mereka ini berada di setiap peringkat kehidupan masyarakat dari istana sehinggalah di tengah-tengah masyarakat petani. Dari sastera Melayu tradisional sudah terdapat lebih seribu judul manuskrip tentang sastera, perubatan, pentadbiran dan sebagainya. Sebilangan manuskrip lama ini belum dikaji secara terperinci sehingga sekarang. Jumlah tersebut menggambarkan bahawa sastera Melayu mempunyai tradisi yang sama atau lebih kuat daripada tradisi sastera beberapa negara Timur dan Barat. Pada awal kurun ini, apabila naskah-naskah bercetak menjadi lebih popular dan tersebar luas, penulis-penulis Malaysia terus memainkan peranan penting untuk memajukan ekonomi, pendidikan dan pencapaian kemerdekaan politik daripada penjajah Inggeris. Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 turut diperjuangkan oleh penulis-penulis Malaysia. Menyedari tentang sumbangan mereka, di samping kesedaran bahawa bahasa dan sastera Melayu harus dipertingkatkan penggunaan dan mutunya, Kerajaan Malaysia telah mendirikan sebuah institusi khas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan ini, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka. Semenjak penubuhannya pada tahun 1956 Dewan Bahasa dan Pustaka telah dan sedang memainkan peranan yang besar untuk memajukan bahasa dan sastera kebangsaan. Saya turut gembira bahawa pada kali ini Dewah Bahasa dan Pustaka menganjurkan "Kuala Lumpur Poetry Reading '88" ini dengan kerjasama berbagaibagai pihak. Ini membuktikan kemantapan bahasa dan sastera kebangsaan dan mengajak masyarakat antarabangsa turut memahami dan menelitinya. 749

Saya difahamkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka sedang memperhebatkan usaha menterjemahkan karya sastera Melayu ke bahasa-bahasa asing. Ini adalah langkah yang positif, yang boleh memperkenalkan pengucapan sasterawan Malaysia kepada khalayak sastera di peringkat antarabangsa. Terdahulu daripada ini saya telah menyebutkan bahawa pengarang-pengarang Melayu melalui kemahiran seninya sering komited terhadap masyarakatnya. Hal ini terjadi semenjak zaman tradisi sehinggalah ke zaman moden ini. Pokok-pokok perjuangan para pengarang yang komited ini antara lain ialah bagi membina masyarakat yang sihat, adil dan aman sejahtera. Tuan-tuan dan puan-puan sebagai para penyair yang berpengalaman luas tentulah menyedari bahawa pokokpokok perjuangan itu telah digerakkan juga oleh para penyair dunia semenjak beberapa kurun yang lalu. Sensitiviti kami terhadap pokok-pokok perjuangan itu telah mendorong Kerajaan mengambil langkah-langkah yang positif demi kesihatan, keadilan dan keamanan masyarakat Malaysia dan antarabangsa. Kerajaan sering bersuara lantang terhadap penyalahgunaan dadah, sama ada di forum nasional mahupun antarabangsa. ukuman terhadap mereka yang berurusniaga dan menyalahgunakan dadah juga amat keras. Sungguhpun ada beberapa penentangan di peringkat antarabangsa, ini tidak melemahkan Kerajaan kerana keyakinan bahawa penerusan perjuangan sesebuah masyarakat dan peradaban dunia hanya boleh disandarkan kepada anggota masyarakat yang sihat dan bertanggungjawab. Kerajaan juga sering menyuarakan betapa pentingnya perlucutan semua senjata, terutamanya perlucutan senjata nuklear dalam forum-forum peringkat Komanwel dan negara-negara berkecuali. Bukanlah impian para penyair sahaja untuk melihat sebuah dunia yang aman tenteram di mana para penduduk dunia mempunyai rumah, makanan dan pakaian yang mencukupi serta pendidikan yang tinggi. Baru-baru ini, Malaysia telah berjaya menduduki kerusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kesempatan ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh Malaysia untuk menyedarkan pemimpin negara-negara besar, puak-puak yang bertelingkah dan masyarakat dunia amnya tentang perlunya keamanan dunia ini dipelihara. Dalam hubungan ini, saya ingin mengutip serangkap puisi oleh saudara Usman Awang, penyair Malaysia yang terkenal: "Anakku dan anak-anak semua jangan dilukai hati mereka dengan senjata biar di wajah dan hatinya cinta berbunga dunia yang damai, hidup yang sejahtera". Oleh yang demikian, sama ada anda datang dari Moscow atau Ibadan, dari Tokyo atau Kuala Lumpur, dari Sydney atau Belgrade, marilah kita bersama-sama memperjuangkan cita-cita kemanusiaan yang tinggi dan murni demi kelangsungan peradaban dunia dan keselamatan penduduk dunia seluruhnya. 750

Saya gembira bahawa pada malam ini saya berada di tengah-tengah penyair dunia yang ternama, yang mempunyai cita-cita kemanusiaan yang unggul. Sementara Malaysia berjuang melalui saluran rasmi dan forum Bangsa-Bangsa Bersatu, saya menyeru para penyair sekalian meneruskan perjuangan murni masing-masing melalui penulisan. Mudah-mudahan abad ini dan abad-abad yang akan datang akan menyaksikan hasil yang manis daripada percantuman perjuangan kita. Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan "Kuala Lumpur Poetry Reading '88" ini.

751

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN DWLTAHUNAN KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT (KGMMB) KOPERASI KGMMB BHD. 1988 DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG 3HB. DISEMBER, 1988

K

ita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat bersama-sama di majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat dan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi K G M M B Bhd. 1988 ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa kesatuan ini kerana menjemput saya untuk merasmikan persidangan dan mesyuarat agung hari ini.

Saya berharap kesatuan dan koperasi ini akan bertambah kukuh dari tahun ke tahun untuk menjaga kepentingan ahli-ahlinya serta juga memberi sumbangan kepada kebajikan masyarakat sekeliling. Adalah diharapkan juga kesatuan ini akan dapat memainkan peranannya untuk membantu masyarakat pelajar dan masyarakat umum di negara ini. Saya mengucapkan tahniah kepada para guru di tanahair baik di Semenanjung Malaysia ataupun di Sabah dan Sarawak kerana telah memberi sumbangan berterusan kepada negara. Para guru telah memberi khidmat masing-masing yang sangat bermakna semenjak sebelum negara kita mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan tanahair telah diperjuangkan oleh semua lapisan rakyat tetapi salah satu kumpulan yang telah memainkan peranan yang gigih dan istimewa serta berkesan ke arah ini ialah para guru Melayu. Ramai daripada mereka yang memperjuangkan kemerdekaan, sama ada melalui penyertaan dalam bidang politik secara langsung ataupun melalui penulisan. Guru juga merupakan salah satu kumpulan yang paling aktif memupuk dan memberi semangat cintakan tanahair. Semangat inilah yang menjayakan perjuangan melawan Malayan Union dan kemudian kemerdekaan. Sumbangan para guru M e l a y u tidak berakhir hanya untuk mencapai kemerdekaan. Selepas kemerdekaan mereka telah memberi sumbangan dalam berbagai bentuk terhadap kesejahteraan keseluruhan rakyat. Sekarang ini kepimpinan para guru Melayu masih lagi diperlukan terutama di bandar-bandar kecil dan kawasan-kawasan luar bandar. Jelaslah harapan masyarakat terhadap guru amatlah tinggi dan ianya tidak terhad kepada penyampaian ilmu kepada murid-murid di sekolah-sekolah sahaja. Ibubapa di Malaysia yakin gurulah yang akan menjadi penyambung terhadap proses pendidikan untuk membentuk peribadi yang mulia bagi anak-anak mereka. Demikianlah juga negara memberi kepercayaan ini kepada para guru. 752

Saya ingin menyebut sedikit tentang U M N O dan para guru Melayu. U M N O ingin menyampaikan penghargaan atas segala sumbangan oleh semua guru Melayu, sama ada hadir di persidangan ini ataupun tidak, atas apa jua sumbangan terhadap keutuhan dan kekukuhan U M N O selama ini. Tiada siapa yang dapat mempertikaikan bahawa para guru Melayu di Semenanjung adalah salah satu kumpulan yang menjadi tiang utama dalam menentukan turun-naiknya U M N O semenjak dari sebelum kemerdekaan tanahair lagi. Sungguhpun lain-lain kumpulan dalam masyarakat Melayu sekarang ini muncul dan bersaing dengan guru-guru untuk merebut tempat dalam kepimpinan U M N O , peranan guru masih diperlukan dan masih penting dalam menentukan kestabilan dan kelicinan perjalanan U M N O . Dalam dunia ini terdapat banyak bangsa dan negara. Ada bangsa yang maju, ada yang mundur. Demikian juga ada negara yang maju, dan ada yang mundur. Kaitan antara kemajuan bangsa dan kemajuan negara amatlah rapat. Jika dianalisakan kita akan mendapati banyak faktor-faktor yang menentukan maju-mundurnya sesuatu bangsa atau negara. Tetapi akhirnya kita akan mendapati bahawa nilai hiduplah yang membentuk peribadi sesuatu bangsa yang akan betulbetul menentukan jaya atau mundurnya sesuatu bangsa itu. Bangsa yang malas, tidak beramanah, tidak tekun dan berdedikasi, suka bersengketa, tamak, suka menipu, mungkir-janji dan lain-lain lagi nilai yang tidak baik, tidak mungkin berjaya seperti bangsa yang rajin, beramanah, tekun dan berdedikasi, jarang bersengketa, murah hati, bertanggungjawab dan tidak mungkir-janji. Adalah mustahil sesuatu bangsa mempunyai dan mengamalkan semua nilai-nilai yang mulia. Namun ini tidak bermakna kita tidak harus cuba memupuk nilai-nilai ini demi keperluan kemajuan bangsa dan negara. Masa yang berkesan sekali untuk menyemai nilai-nilai hidup ialah semasa kita kecil. Selain daripada ibubapa, guru-gurulah yang berpeluang untuk memupuk nilainilai ini. Oleh itu di sekolah-sekolah, murid-murid bukan sahaja perlu diajar segala ilmu pengetahuan, tetapi juga dipupuk dengan nilai-nilai murni melalui tunjuk-ajar dan teladan oleh guru-guru. Kita sudahpun mempunyai mata pelajaran sivik di sekolah tetapi mata pelajaran ini tidaklah dianggap begitu penting. Ini adalah satu kesilapan. Tekanan yang serius hendaklah diberi kepada matapelajaran ini. Tetapi selain daripada mempelajari sivik secara formal, didikan secara informal hendaklah dibuat sepanjang masa di dalam dan di luar bilik darjah. Di sinilah kita perlukan pimpinan melalui teladan. Guru-guru hendaklah menunjukkan teladan yang boleh dicontohi oleh murid-murid sepanjang masa. Seperti kata pepatah Melayu "Guru kencihg berdiri, murid kencing berlari". Demikianlah dengan teladan yang tidak baik. Demikian juga sebaliknya dengan teladan yang baik. Guru-guru yang semuanya cinta kepada bangsa dan negara tentulah tidak akan mengabaikan tanggungjawab mereka yang begitu penting ini. 753

Satu perkara yang utama yang menjadi masalah di sekolah ialah disiplin. Disiplin bukanlah perkara semulajadi di kalangan anak-anak muda. Ia lebih merupakan tabiat yang diserap daripada contoh dan teladan di sekeliling mereka. Jika ada beberapa orang murid yang tidak berdisiplin, dalam sebuah darjah, lambat laun murid-murid lain akan menjadi kurang disiplin juga. Ia mungkin merebak ke seluruh sekolah. Tidak ada satu cara yang tetap berkesan dalam pembentukan disiplin. Tetapi jika pada awal-awal lagi disiplin dikenakan bagi semua murid dalam darjah, masalah tidak berdisiplin mungkin dapat dikurangkan. Dengan itu semua yang dilakukan dalam darjah dan di luar darjah hendaklah tertib dan mengikut peraturan. Perkara kedua yang patut diberi perhatian istimewa ialah amalan berjimat cermat. Negara yang penduduknya tidak tahu berjimat cermat akan menghadapi masalah sepanjang masa. Sebenarnya tidak ada sesiapa yang mempunyai pendapatan yang cukup jika ianya berbelanja lebih daripada kemampuannya. Seseorang yang menyimpan, walaupun sedikit daripada apa yang diperolehinya, adalah kaya. Seseorang jutawan yang berbelanja lebih, walaupun hanya seRinggit, adalah miskin. Hakikat ini mestilah diterangkan kepada murid-murid supaya mereka akan berjimat cermat dalam menguruskan wang mereka. Jika para pelajar yang lulus dari sekolah-sekolah tahu mengurus wang mereka dengan tertib, mereka tetap menjadi orang kaya dan masyarakat serta negara akan dapat menumpang kekayaan mereka. Sebaliknya, jika mereka adalah warganegara yang boros, mereka akan menjadi beban kepada semua dan akan memburukkan ekonomi negara. Saya menyebutkan dua perkara ini sebagai penting dalam pembentukan peribadi yang baik di kalangan bakal warganegara dewasa, bukan kerana kedua-dua ini sahaja yang diperlukan untuk menjamin kebahagiaan mereka dan negara, tetapi kerana kedua-dua ini adalah perkara yang amat diperlukan dalam negara kita yang sedang membangun ini. Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa guru-guru mempunyai peluang yang baik bagi mewujudkan warganegara yang mulia dan berjaya ini. Saya ingin menyentuh sedikit tentang tabiat membaca di kalangan pelajar-pelajar dan murid-murid di luar bandar. Saya sedar bahawa perkembangan tabiat membaca ini telah tumbuh dengan begitu menggalakkan di bandar-bandar, terutama dengan adanya buku-buku yang berharga sederhana di pasaran tempatan. Oleh kerana kebanyakan guru-guru Melayu mengajar atau bermastautin di bandar-bandar kecil atau di luar bandar, saya berharap guru-guru Melayu dapat memainkan peranan masing-masing bagi menggalakkan tabiat membaca di kalangan murid-murid di luar bandar. Adalah difikirkan murid-murid sekolah rendah di luar bandar merupakan golongan yang kurang sekali mendapat kemudahan membaca oleh kerana sekolah-sekolah rendah di luar bandar jarang mempunyai perpustakaan atau perpustakaan yang lengkap. Saya yakin para guru bersama-sama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru atau PIBG, tentu akan dapat mencari idea yang difikirkan sesuai untuk menubuhkan perpustakaan-perpustakaan di semua sekolah rendah di luar bandar di negara kita. Saya 754

sedar terdapat beberapa buah sekolah rendah di luar bandar yang sudahpun mempunyai perpustakaannya sendiri. Walau bagaimanapun banyak lagi yang belum mempunyai perpustakaan. Usaha penubuhan dengan anjuran para guru dan ibubapa akan dapat mewujudkan sikap dan semangat berdikari di kalangan para pelajar, muridmurid dan ibubapa. Di samping itu, sekarang ini calon-calon bagi jawatan guru akan ditanyakan tentang pembacaan buku. Ini menunjukkan penekanan yang diberikan oleh Kerajaan tentang pembacaan buku ini. Kita berharap dengan adanya galakan daripada Kerajaan, para pelajar dan lain-lain anggota masyarakat akan mengambil berat tentang tabiat membaca ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyentuh tentang bahasa kedua bagi anak-anak kita. Sistem pelajaran kita memperuntukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Di samping itu, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Arab, Mandarin, Jepun dan Perancis diajar juga di sekolah-sekolah tertentu dan di institusi-institusi pelajaran tinggi. Penguasaan dua bahasa adalah satu keperluan penting di zaman moden ini. Orang yang terpelajar mestilah fasih dalam sekurang-kurangnya dua bahasa. Terjemahan tidak dapat dibuat jika tidak ada yang fasih dalam dua bahasa. Dengan itu kita tidak akan dapat mempelajari ilmu yang diterokai dalam bahasa lain. Demikian juga perhubungan dengan negara asing. Amatlah sukar mengadakan perhubungan jika kita tidak memahami bahasa-bahasa yang mereka gunakan sehingga jurubahasa mereka terpaksa menterjemah ke bahasa kita. Sama ada alih bahasa itu tepat atau tidak, kita tidak mungkin tahu. Perjanjian atau 'treaty' tidak dapat dibuat kerana mereka tidak mungkin memahami bahasa kita dan kita pula tidak memahami bahasa mereka. Hari ini kita masih mempunyai beberapa orang yang fasih dalam bahasa asing dan masalah ini belum ketara. Tetapi tanda-tanda yang ini akan berlaku sudah pun ada. Di samping kita perlu menguasai bahasa asing dengan fasih, bahasa kita tidak boleh diabaikan. Orang yang fasih dalam bahasa asing, tetapi tidak dalam bahasa kebangsaan, tidak akan dapat menolong pertumbuhan bahasa kita, terutama untuk memperkayakannya dengan perkataan-perkataan yang dipinjam oleh kerana perkataanperkataan dalam bahasa asing itu mempunyai makna yang tidak terdapat dalam bahasa kita. Kita telah memilih Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bukan kerana sentimen atau pengaruh penjajah. Hakikat yang tidak dapat kita tolak ialah Bahasa Inggeris adalah bahasa yang difaham dan digunakan dengan luas sekali di dunia. Ia menjadi bahasa kebangsaan bukan sahaja di negara orang-orang yang berketurunan Inggeris, tetapi juga di beberapa buah negara yang banyak bahasa tempatan sehingga tidak boleh menentukan yang mana boleh dijadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Inggeris juga menjadi 'de facto' bahasa kedua bagi banyak negara di dunia. Dengan ini penguasaan Bahasa Inggeris memudahkan perhubungan kita dengan kebanyakan negara. Maka wajarlah kita mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Bahasa-bahasa lain boleh dipelajari sebagai bahasa ketiga, keempat dan seterusnya. Bahasa-bahasa asing yang kita pelajari adalah sebahagian daripada usaha kita menam bah ilmu. Sepertimana penguasaan ilmu-ilmu lain tidak bermakna kita kurang sayang 755

bahasa kita sendiri, demikian juga penguasaan bahasa asing tidak mengurangkan cinta kita terhadap bahasa sendiri. Sekarang ini penguasaan Bahasa Kebangsaan di kalangan anak muda berbagai kaum di negara kita adalah tinggi dan kita boleh berbangga dengannya. Bahasa Kebangsaan sudah menjadi 'lingua franca' yang berkesan. Apa yang kita harapkan ialah penggunaan kedua-dua bahasa, iaitu Bahasa Kebangsaan dan bahasa kedua, meningkat bersama-sama dan bukannya peningkatan penguasaan dalam sesuatu bahasa akan membawa kepada penurunan penguasaan bahasa yang satu lagi. Saya ingin mengingatkan bahawa menguasai bahasa kedua, ketiga dan seterusnya tidak akan mengurangkan semangat kebangsaan kita, semangat memperjuangkan kedaulatan Bahasa Kebangsaan, semangat menguasai satu bahasa sebagai tali perhubungan untuk semua kaum. Kita tidak akan melupakan semangat dan tanggungjawab kita ini. Kita daripada semua kaum telah bersama-sama berjuang mendaulatkan Bahasa Kebangsaan dan kejayaannya tidak boleh kita nafikan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat kerana menjemput saya melakukan upacara perasmian Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kesatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi K G M M B Bhd. ini. Dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat dan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi K G M M B Bhd. ini.

756

UCAPAN PERDANA MENTERI Y A B . DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MAKAN MALAM PERSATUAN PERKHIDMATAN DAN DIPLOMATIK (PPTD) PETALING JAYA, SELANGOR 18HB. DISEMBER, 1988

A

lhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya kita dapat bersama-sama di majlis tahunan ini sekali lagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa PPTD kerana sudi menjemput saya dan isteri ke jamuan ini. Pada malam ini, di samping kita menikmati jamuan yang akan dihidangkan, kita perlu bersyukur bahawa kemelesetan ekonomi yang telah melanda negara kita telah dapat kita atasi. Kejayaan kita disebabkan kesanggupan rakyat menerima penjimatan belanja pembangunan dan juga kakitangan Kerajaan yang telah mengorbankan kenaikan gaji serta membelakangkan kepentingan diri demi mengelakkan daripada hutang negara yang banyak. Tanpa pengorbanan ini kita akan menjadi seperti negaranegara lain yang masih tidak dapat memulihkan keadaan negara. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Kerajaan terutama Pegawai-Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Tindakan yang positif ini serta keadaan pasaran komoditi yang menggalakkan telah membolehkan Kerajaan menunaikan janjinya untuk menyemak semula gaji kakitangan Kerajaan. Kerajaan sedar bahawa masih terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan kenaikan itu. Walaupun demikian, Kerajaan mestilah meneruskan sikap bertanggungjawab dan tidak boros. Kenaikan yang diberi adalah berpatutan dan berasaskan kepada keupayaan Kerajaan dalam keadaan yang terdapat sekarang. Pentadbiran kewangan negara hendaklah berteraskan sikap berhati-hati dan tidak boros. Kita tidak boleh menjamin bahawa kemelesetan tidak akan berlaku lagi. Kalau gaji dinaikkan dengan tinggi di masa mewah, kita akan menghadapi masalah di masa meleset. Gaji bukan boleh dikurangkan dengan mudah. Tindakan kita tidak mengambil kakitangan yang baru menyebabkan begitu banyak pengangguran di kalangan para siswazah dan lulusan dari sekolah. Mereka dipaksa berkorban supaya kita mampu membayar gaji di waktu kemelesetan. Dalam pada itu, kita harus berwaspada kerana kadar inflasi yang telah dapat dibendung pada masa kemelesetan telah mula bangun semula. Inflasi mempunyai kaitan yang rapat dengan pendapatan rakyat yang meningkat. Kalau kita tidak cermat dan berwaspada, inflasi akan mensia-siakan pendapatan lebih yang kita terima. Apa gunanya gaji yang lebih jika kita tidak dapat meningkatkan kualiti kehidupan kita. Walaupun gaji kita naik 100%, tetapi apabila harga barang keperluan kita juga naik 757

100 , gaji yang lebih tidak dapat menaikkan taraf hidup kita. Sebaliknya kenaikan gaji dalam Kerajaan akan berjangkit kepada swasta dan menjadikan kos barangan kita tinggi dan tidak dapat bersaing dengan barang yang sama yang dieksport oleh negara lain. Dengan itu, pendapatan negara akan merosot dan hasil mahsul Kerajaan juga akan merosot. Hitung panjang ini adalah penting. Jumlah pendapatan tidak penting. Yang penting ialah daya pembelian atau 'purchasing power' kita. Sebagai pegawai dan kakitangan Kerajaan, tugas tuan-tuan dan puan-puan ialah melaksanakan dasar dan rancangan yang dibuat oleh Kerajaan pilihan rakyat. Sebagai rakyat pula tuan-tuan dan puan-puan berhak mengambil bahagian dalam pemilihan Kerajaan. Mengikut amalan biasa penglibatan tuan-tuan dan puan-puan secara mendalam dalam parti-parti politik atau 'partisan politics' tidak digalakkan. Tetapi oleh kerana pergolakan politik di negara sekarang ini, anggota pentadbiran sebagai sebahagian daripada para intelek tidak dapat memejam mata atau mengasingkan diri daripada apa yang sedang berlaku. Maklumat-maklumat telah sengaja disebarkan melalui risalah atau khabarkhabar angin kepada anggota pentadbiran dengan tujuan untuk mengalih kesetiaan anggota pentadbiran daripada Kerajaan yang dilantik oleh rakyat. Harapan pihak tertentu ialah untuk menjejas kekesanan Kerajaan. Sebaliknya pihak Kerajaan tidak dapat menerang dan menjelaskan kedudukan yang sebenar tohmahan-tohmahan dan fitnah yang dilempar, kerana ini bertentangan dengan dasar tidak melibatkan anggota pentadbiran dalam politik parti. Ada tanda-tanda bahawa pihak tertentu yang saya maksudkan itu sudah berjaya sehingga dalam satu pilihanraya ada anggota pentadbiran dan kakitangan Kerajaan yang secara terbuka mengambil bahagian sebagai penyokong aktif penentang Kerajaan. Mereka menggunakan kenderaan dan kemudahan Kerajaan, untuk kegiatan ini. Ada juga di sebuah Negeri di mana pegawai dan kakitangan Kerajaan tidak mahu mengikut arahan Kerajaan. Ada orang yang dilantik oleh Kerajaan untuk menjalankan tugas yang terhad berani mencabar dan menghalang keputusan Kerajaan secara terbuka. Penglibatan anggota pentadbiran dalam kegiatan menentang Kerajaan amat tidak sihat. Ia akan menyebabkan pemerintahan negara menjadi kucar-kacir dan mungkin membawa kepada keadaan anarki. Keadaan di mana siapa yang memerintah dan siapa yang berkuasa tidak dapat ditentukan, akan menyebabkan huru-hara berlaku dan tindakan-tindakan yang keras mungkin terpaksa diambil oleh pihak yang berkuasa. Dengan itu juga demokrasi akan hapus. Kita telah melihat perkara ini berlaku di beberapa buah negara dan kesannya terhadap rakyat amatlah buruk. Kerajaan bertanggungjawab untuk membela sistem dan amalan yang sudah memberi banyak faedah kepada kita semua. Oleh itu eloklah kita 758

semua balik kepada sistem dan amalan ini demi kebaikan kita semua dan juga negara kita. Semenjak merdeka, berbagai-bagai program telah kita rancang dan laksanakan. Setiap perancangan dan pelaksanaan daripada Rancangan Malaya Yang Pertama sehinggalah kepada Rancangan Malaysia Yang Kelima telah menghasilkan perubahan kepada masyarakat. Namun demikian terdapat perasaan tidak puas hati di kalangan setengah-setengah pihak. Hasil daripada ketidakpuasan pada tahap pencapaian di bawah Rancangan Malaysia Pertama, kita telah membentuk falsafah, strategi dan matlamat rancangan Malaysia yang selepasnya. Rancangan ini bertujuan membangunkan Malaysia secara lebih adil dan menolong mengelakkan kejadian seperti rusuhan kaum pada tahun 1969. Inilah yang dinamakan Dasar Ekonomi Baru. Kerajaan telah menerima banyak kritikan apabila Dasar tersebut dimaklumkan. Kebanyakan daripada kritikan ini adalah disebabkan kurangnya fahaman akan matlamat D E B dan tumpuan hanya kepada aspek pemilikan saham dalam syarikat besar dan kontrak besar sahaja. Sebenarnya D E B bertujuan mencari imbangan antara kaum di semua peringkat. Perluasan peluang pelajaran, pekerjaan, perniagaan, pembekalan kemudahan-kemudahan bagi yang miskin, subsidi, pinjaman murah, rumah kos rendah dan lain-lain lagi adalah dengan tujuan mengurangkan kemiskinan dikalangan semua kaum dan mengimbangkan kedudukan kaum. Jika bumiputera mendapat perhatian yang lebih, sebabnya ialah kerana lebih ramai bumiputera yang miskin dan ketinggalan. Jika ada beberapa orang bumiputera yang menjadi kaya kerana peluang dari D E B , sebabnya ialah kita tidak mahu melihat yang kaya cuma bukan bumiputera sahaja. Ini akan menyebabkan perasaan irihati antara kaum dan ini sudah tentu tidak sihat. Ada pihak yang berjaya menimbulkan irihati dan kebencian bumiputera sendiri terhadap bumiputera yang berjaya sehingga mereka turut mengecam D E B sebagai menguntungkan hanya segelintir bumiputera sahaja. Yang sedihnya ialah bumiputera yang mengecam D E B ini adalah antara bumiputera yang mendapat nikmat dari D E B , walaupun tidak dalam bentuk kekayaan yang berlebihan. Mereka ini mendapat peluang belajar sehingga berjaya mendapat jawatan-jawatan yang tertinggi dengan gaji yang baik kerana D E B . Tetapi mereka lupa dan bersama-sama dengan pihak lain mengecam D E B sebagai tidak adil dan hanya menguntungkan beberapa orang bumiputera sahaja. Sekarang mereka dan pihak lain dan juga orang-orang yang menyokong D E B akan berpeluang membentuk Dasar Ekonomi Negara yang akan menyusuli D E B selepas 1990. Kerajaan telah bersetuju membentuk sebuah majlis perundingan untuk menolong membentuk dasar ekonomi selepas tahun 1990, dan ianya dikenali sebagai Majlis Perundingan Ekonomi Negara Selepas 1990. Supaya tidak ada tuduhan Kerajaan berat sebelah, Majlis ini akan dianggotai 50% oleh bumiputera dan 50% oleh bukan bumiputera. Kedua-dua pihak ini akan diwakili oleh tokoh-tokoh daripada parti-parti politik dalam Kerajaan dan parti-parti pem759

bangkang. Kumpulan-kumpulan pendesak bebas yang selalu tidak pernah berpuas hati dengan D E B juga akan diberi peluang menyertai Majlis ini. Kerajaan akan membantu dengan menyediakan sebuah urusetia dan maklumatmaklumat yang diperlukan. Susunan kerja, termasuk perlantikan seorang pengerusi dan lain-lain bolehlah ditentukan oleh Majlis sendiri. Majlis hendaklah mengkaji pencapaian D E B dan kegagalannya dan membentuk dasar dan program yang dipersetujui oleh Majlis sebagai dasar yang mereka mahu bagi ekonomi negara selepas 1990. Sama ada Majlis akan berpegang kepada keputusan majoriti atau sebulat suara, bolehlah ditentukan oleh Majlis sendiri. Kerajaan berjanji akan melaksanakan dasar yang dipersetujui oleh Majlis Perundingan tersebut sebagai asas Dasar Ekonomi Negara selepas tahun 1990. Pembangunan negara tidak bergantung kepada sesuatu perkara atau pihak sahaja. Semua pihak adalah terlibat dengan masing-masing memainkan peranan mereka dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan cekap dan berkesan. Jika hanya pentadbir sahaja cekap dan cergas, tetapi pihak swasta umpamanya tidak cekap dan berkesan, kemajuan tidak mungkin dicapai. Demikian juga jika pentadbir dan swasta cekap dan cergas, tetapi pekerja tidak bekerja dengan baik, maka kemajuan juga tidak boleh dicapai. Jelaslah bahawa untuk kemajuan, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dengan cekap, dan dalam masa yang sama, semua kegiatan oleh semua pihak diselaraskan. Namun demikian kita tidak harus menunggu sehingga pihak lain sempurna sebelum kita berusaha. Kita perlu berusaha awal-awal lagi kerana ini akan memberi teladan yang baik kepada pihak lain Sebenarnya anggota pentadbiran adalah 'pace-setter' dan teladan kepada pihakpihak lain. Walaupun kita boleh berbangga dengan jentera pentadbiran negara kita, walaupun tahap pengetahuan dan latihan anggota pentadbiran meningkat dengan pesatnya semenjak kita merdeka, tetapi kemajuan dunia dan cabaran masa depan Malaysia berkehendakkan kita memperkukuh dan meningkatkan lagi kecekapan dan dedikasi pentadbiran negara kita. Dengan ini pentadbiran negara dapat mengekalkan dirinya sebagai contoh dan teladan kepada pihak-pihak lain. Dengan ini juga maka negara Malaysia dapat mara ke hadapan ke arah masa depan yang lebih cemerlang dan berdayamaju, mampu mengatasi masalah dan mampu merebut semua peluang untuk membangunkan negara serta rakyatnya. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh perkhidmatan awam. Kerjasama dan kefahaman tuan-tuan dan puanpuan dalam mentadbir dan membangunkan negara semenjak kita merdeka amatlah dihargai oleh negara dan rakyat amnya. Khususnya kepada anggota PTD yang mengepalai jentera pentadbiran, negara amat terhutang budi. Kepimpinan yang ditunjukkan oleh PTD telah berjaya bukan 760

sahaja mengekalkan prestasi jentera pentadbiran yang kita warisi dari British, tetapi juga mengemaskinikannya supaya sesuai dengan peranan yang lebih luas yang terpaksa dimainkan oleh Kerajaan dalam kehidupan kita semenjak merdeka. Perluasan peranan PTD tidak menjejaskan prestasinya. Demikian juga keperluan sistem dan alatan baru dalam melaksanakan tugas dapat dikuasai dengan baik oleh PTD. Saya juga turut mengucapkan terima kasih kepada PPTD kerana telah mengambil daya usaha mengutip derma Tabung Bencana Alam melalui majlis Makan Malam Tahunan PPTD. Usaha murni persatuan ini patutlah diteruskan. Di samping itu PPTD juga harus mengadakan lebih banyak acara-acara yang boleh meningkatkan 'esprit de corps' dan kebanggaan atau 'pride' di kalangan anggota-anggota PTD tentang perkhidmatan mereka. Juga PPTD harus berusaha supaya isteri-isteri dan lain-lain anggota keluarga PTD saling berkenal-kenalan dan membantu pengwujudan 'esprit de corps' dan khidmat bakti yang akan meningkatkan lagi imej dan pencapaian perkhidmatan ini. Akhir kata, sekali lagi saya dan isteri mengucapkan setinggi terima kasih di atas jemputan ini, dan berdoa semoga kita sentiasa mencapai kejayaan dalam setiap usaha kita.

761

PERUTUSAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA TAHUN BARU 1989 MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA 31HB. DISEMBER, 1988

B

ersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah rahmatNya, dapat kita rakyat Malaysia bersama-sama melangkah ke tahun baru 1989. Bersyukur juga kita kerana sepanjang tahun 1988 berbagai kejayaan telah kita capai, manakala cabarancabaran yang kita hadapi telah dapat kita atasi.

Tahun 1988 telah memperlihatkan pemulihan dalam hampir semua bidang — sosial, ekonomi, politik dan keselamatan. Memang benar perkara-perkara yang tidak diingini berlaku tetapi tidaklah sehingga membawa kepada kucar-kacir. Politik negara beransur stabil dan dengan itu keselamatan juga lebih terjamin. Ekonomi negara kita telah berkembang dengan pesatnya. Semua ini telah menolong meningkatkan ketenangan dan kesejahteraan kehidupan masyarakat. Ketegangan yang dilihat pada penghujung tahun 1987 tidak didapati dalam tahun 1988. Rakyat berbagai kaum hidup rukun damai dan bermesra antara satu sama lain. Masalah dalam parti-parti politik di negara kita kian reda. Pemulihan Parti U M N O telah menyakinkan bukan sahaja penduduk-penduduk tempatan tetapi juga pelabur-pelabur asing mengenai kestabilan negara Malaysia. Memang benar pemulihan belum tercapai sepenuhnya, tetapi rakyat yang bertanggungjawab dan cintakan keamanan serta cinta kepada negara akan menentukan segala masalah dapat diatasi. Kerajaan berbangga juga bahawa politik perkauman tidak begitu tebal sepanjang tahun 1988 dibandingkan dengan setahun-dua yang lalu. Memanglah senang bagi sesebuah parti politik atau seseorang ahli politik membangkitkan sentimen perkauman. Berbagai isu boleh diungkit untuk tujuan sedemikian. Bagaimanapun perkara ini tidaklah keterlaluan sehingga tidak terkawal. Marilah kita semua bersyukur kerana gejala politik yang rbahaya ini sudah berkurangan. Setiap golongan rakyat harus sedar mengenai bahaya berpolitik seperti ini. Kerajaan sanggup bersikap lebih liberal tetapi jika ada tanda-tanda sikap ini disalah-ertikan, Kerajaan tidak akan teragak-agak menjalankan tanggungjawabnya. Seperti termaklum, tahun 1988 boleh dikenang sebagai satu tahun kejayaan dalam bid konomi negara. Kadar pertumbuhan ekonomi adalah lebih baik daripada tahun kiranya ki berbangga dengan pertumbuhan 1987, kita haruslah lebih bersyukur dengan pen aian yang lebih menggalakkan sepanjang tahun 1988 ini. Kalau dalam tahun 1987 dahulu penduduk-penduduk luar bandar dan mereka melbatkan diri dalam sektor pertanian telah menikmati kenaikan harga getah, kelapa 762

sawit dan keluaran pertanian yang lain, mereka terus menikmati harga yang baik itu sepanjang tahun 1988. bahkan pada tahun 1988 ini, pengusaha-pengusaha dalam sektor lain juga telah turut merasai nikmat daripada pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik. Beberapa projek dan perancangan yang diusahakan oleh Kerajaan telah menunjukkan kejayaan yang menggalakkan. Pada keseluruhannya, kita telah dapat menambahkan bilangan taman-taman dan rancangan-rancangan pengindahan yang lain sehingga bolehlah dikatakan bahawa bandar-bandar besar, bandar-bandar kecil, pusatpusat pelancongan, serta setengah-setengah kampung mempunyai 'pemandangan' yang menarik. Kempen-kempen kebersihan telah menunjukkan kejayaan dan ianya akan diteruskan. Usaha penswastaan telah menghasilkan kecekapan dan peningkatan mutu dalam perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan yang telah diswastakan. Usaha ini sedang giat diteruskan. Projek-projek industri berat seperti Kereta Nasional telah mula menunjukkan pulangan yang memberi harapan yang baik. Tahun 1988 menunjukkan bahawa setiap dasar mengambil masa untuk membuktikan kebaikannya. Rakyat, terutamanya cerdik-pandai, hendaklah menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap rancangan-rancangan atau dasar-dasar ini. Kelewatan melaksanakan sesuatu projek kerana gangguan, hanya akan meningkatkan kos dan merugikan rakyat. Tumpuan hendaklah diberikan kepada usaha untuk mengatasi masalah, dan bukan menghalang sesuatu usaha. Kejayaan berbagai projek dan dasar Kerajaan dalam tahun 1988 adalah bukti bahawa Kerajaan tidaklah begitu salah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Kini kita di ambang tahun 1989. Marilah kita bertekad untuk menghadapi tahun tersebut dengan sikap positif, dengan penuh keyakinan dan ketabahan supaya kita dapat meningkatkan lagi kejayaan kita dalam tahun 1989. Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA dan Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun 1989 ini. Inilah peluang kita untuk meningkatkan lagi maruah negara kita di mata dunia. Saya yakin dengan kerjasama semua pihak kita akan dapat menjadi tuanrumah yang beradab dan beradat di sampi g berusaha menjadikan negara kita terkenal kepada sebahagian besar negara-negara di dunia. Di masa kemelesetan, kita telah menetapkan bahawa peningkatan produktiviti dan mutu barang-barang yang kita keluarkan adalah salah satu asas bagi membolehkan kita melepaskan diri daripada belenggu kemelesetan. Sekarang semasa ekonomi negara kian pulih, produktiviti janganlah pula diabaikan. Kenaikan gaji tanpa kenaikan produktiviti akan menjadikan kita kurang berupaya untuk bersaing dengan barang-barang negara-negara lain, sama ada dalam pasaran tempatan atau antarabangsa. Jika ini berlaku pendapatan perusahaan akan merosot. Tidak dapat tidak ini akan menjejaskan pendapatan para pekerja dan menyebabkan bertambahnya pengangguran. Perolehan negara juga akan merosot, yang mana ini akan 763

mempunyai kesan buruk terhadap pembangunan. Oleh itu produktiviti hendaklah ditingkatkan oleh semua pihak. Sempena Tahun Baru ini, saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memperbaharui azam dan tekad untuk meningkatkan lagi kerjasama dan persefahaman di antara satu sama lain. Walaupun benar kita masih lagi menghadapi beberapa masalah, tetapi ini tidak seharusnya digunakan sebagai alasan untuk tidak bekerjasama dan tidak bersatu-padu. Memang ada golongan-golongan dan pihak tertentu yang cenderung menggunakan masalah yang kita hadapi ini untuk mengeruhkan keadaan. Kita haruslah ingat bahawa tujuan golongan-golongan ini bukanlah untuk menyelesaikan masalah tersebut, tetapi sebaliknya untuk memburukkan keadaan dengan menggunakan masalah ini bagi kepentingan sempit mereka. Kita juga harus ingat bahawa kita telah berjaya menghadapi cabaran-cabaran yang lalu hasil daripada perpaduan, persefahaman dan kerjasama di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Dengan mengekalkan perpaduan, persefahaman dan kerjasama di kalangan kita, berbagai kejayaan baik daripada segi politik, ekonomi, sosial dan keselamatan akan terus dapat kita capai dan nikmati bersama. Sungguhpun begitu kita perlu memantapkan lagi ketahanan bagi menghadapi cabaran-cabaran baru terhadap keselamatan negara. Cabaran-cabaran tersebut boleh muncul daripada sebab-sebab atau punca-punca yang sama dalam bentuk atau manifestasi yang berlainan. Perlembagaan negara menjaminkan kehidupan masyarakat berasaskan nilai-nilai kesederhanaan, toleransi dan saling bersefahaman di kalangan rakyat berbilang kaum, budaya, agama dan bahasa. Oleh itu bagi menentukan negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan tenteram, maka saya mengajak semua pihak agar lebih peka dan waspada kepada sensitiviti-sensitiviti yang berkaitan. Dengan izin Tuhan dan berkat usaha kita, kita akan mencapai kemajuan yang akan menjadikan kehidupan rakyat Malaysia lebih bahagia. Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada mereka yang mudah terpengaruh dengan keinginan untuk menjadi kaya dengan segera supaya memikir dengan mendalam mengenai balasan bagi mereka yang melanggar undangundang negara, terutama yang melibatkan diri dengan pengedaran dadah. Janganlah fikir mereka boleh mengelakkan diri daripada diberkas. Agak terlalu lewat bagi mereka menyesal apabila hukuman gantung dijatuhkan. Saya juga ingin merayu kepada semua pemandu-pemandu supaya memandu dengan cermat. Kemalangan yang menyebabkan cedera parah dan kematian adalah terlalu tinggi di Malaysia, dan kebanyakannya disebabkan oleh kegopohan pemandupemandu. Oleh itu marilah kita semua membuat resolusi untuk memandu dengan cermat bermula dari tahun 1989 ini. Dengan izin Tuhan kita dan keluarga kita serta lainlain pengguna jalanraya akan terpelihara. Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia dan berdoa semoga tahun 1989 akan membawa kebahagiaan yang bertambah kepada kita rakyat Malaysia khasnya dan umat manusia amnya. 764

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS PERPISAHAN RASMI OLEH KERAJAAN BAGI KE BAWAH DULI-DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG KUALA LUMPUR 5HB. APRIL, 1989

P

atik bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, ingin menyembah junjung kasih kepada Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, di atas limpah perkenan Tuanku berdua berangkat mencemar Duli ke Majlis Perpisahan Rasmi oleh Kerajaan kepada Ke Bawah Duli Tuanku berdua.

Patik dan sekalian anggota Kerajaan ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ke Bawah Duli Tuanku kerana semenjak lima tahun yang lalu telah memberi panduan dan galakan semasa patik dan anggota-anggota Kerajaan menjalankan tugas mentadbirkan negara. Patik yakin Ke Bawah Duli Tuanku akan terus memberi sumbangan bagi kesejahteraan negara pada masa hadapan. Patik mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kekaguman patik sekalian ke atas keyakinan diri yang telah ditunjukkan oleh Ke Bawah Duli Tuanku, baik dalam lapangan sukan mahupun bidang-bidang lain. Ramai daripada rakyat dan patik sekalian berbangga dengan kebolehan Tuanku memandu helikopter dan kapalterbang. Ramai juga yang kagum dengan keupayaan Tuanku dalam sukan papan layar. Di samping itu Tuanku berkeupayaan mengendalikan kenderaan-kenderaan laju seperti motosikal dan sebagainya. Patik semua sangat berbangga dengan kebolehan Tuanku bermain golf. Patik mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah di atas kemenangan Ke Bawah Duli Tuanku di Pertandingan Golf Jemputan yang diadakan di Seremban bulan Mac lalu. Keyakinan diri Tuanku juga dapat disaksikan dengan keupayaan Tuanku memberi khutbah Jumaat. Pendek kata keyakinan diri yang ditunjukkan oleh Tuanku telah sedikit-sebanyak memberi panduan kepada patik semua untuk samasama menanamkan keyakinan diri, bukan sahaja untuk menjaga kesejahteraan diri, bahkan juga dalam memperjuangkan kepentingan dan masa hadapan masyarakat. Patik dan anggota-anggota Kerajaan juga ingin merakamkan penghargaan terhadap sumbangan kewangan oleh Ke Bawah Duli Tuanku kepada tabung-tabung amal. Patik yakin sumbangan Ke Bawah Duli Tuanku dari semasa ke semasa akan menggalakkan lagi golongan-golongan yang berada di negara ini melibatkan diri 765

dalam kerja-kerja kebajikan dan turut sama menderma. Patik menyedari bahawa sifat murni memang terdapat di negara kita, tetapi teladan yang ditunjukkan oleh Tuanku akan menjadi unsur penggalak yang akan meningkatkan lagi bilangan para dermawan di kalangan rakyat Malaysia. Negara kita telah mengalami kemajuan pesat dalam berbagai-bagai lapangan seperti ekonomi, sosial dan pendidikan semasa di bawah naungan Ke Bawah Duli Tuanku. Walaupun negara di awal penggal pemerintahan Ke Bawah Duli Tuanku telah mengalami kesan kemelesetan ekonomi dunia, Kerajaan di bawah naungan Tuanku telah berjaya memulihkan ekonomi negara, bahkan negara telah berjaya maju ke hadapan dengan kadar yang sangat membanggakan. Negara ini semasa di bawah naungan Ke Bawah Duli Tuanku juga telah meningkatkan peranannya di arena antarabangsa. Di samping Malaysia mempertingkatkan usaha membanteras penyalah-gunaan dadah di peringkat antarabangsa, Malaysia juga telah dipilih menduduki kerusi di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di bawah naungan Tuanku, Malaysia juga telah buat julung-julung kalinya dipilih menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel pada penghujung tahun ini. Di masa yang sama Malaysia telah dipilih mempengerusikan Kumpulan 77 UNCTAD. Kerajaan merakamkan penghargaan kepada Ke Bawah Duli Tuanku kerana telah berjaya membuat beberapa lawatan rasmi ke beberapa buah negara sahabat, terutamanya di rantau kita ini. Kerajaan yakin lawatan-lawatan Tuanku telah berjaya merapatkan lagi hubungan Malaysia dengan negara-negara tersebut. Sepanjang lima tahun yang lalu, Tuanku pernah menyeru kepada rakyat supaya mengenepikan kepentingan diri dan sebaliknya bekerjasama untuk menumpukan tenaga dan usaha bagi membangunkan negara dan memajukan rakyatnya. Kerajaan dan rakyat menyanjung tinggi seruan tersebut. Insya-Allah patik sekalian akan terus menghayati seruan Tuanku itu. Patik bagi pihak Kerajaan dan rakyat, berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala mencucuri rahmat ke atas Ke Bawah Duli Tuanku. Patik berdoa semoga Ke Bawah Duli Tuanku akan terus aktif di dalam bidang yang diminati oleh Tuanku. Menjelang keberangkatan Ke Bawah Duli Tuanku ke Negeri Johor Darul Takzim, patik berdoa semoga negeri Johor Darul Takzim dan rakyatnya akan terus aman dan makmur. Patik bagi pihak Kerajaan dan rakyat juga ingin merakamkan penghargaan dan junjungan kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang sentiasa disanjungi oleh rakyat. Di samping selalu berada di sisi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Ke Bawah Duli Tuanku Raja Permaisuri Agong berkenan menghadiri upacara-upacara perasmian di Ibu Negara dan di tempat-tempat lain. Patik dan rakyat sekalian berdoa semoga Ke Bawah Duli Tuanku Raja Permaisuri Agong akan dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu Wataala. 766

Sekali lagi patik bagi pihak Kerajaan dan rakyat menjunjung kasih k pada K Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung kerana berkenan berangkat ke Majlis Perpisahan Rasmi ini.

Akhir kata. patik semua berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Pemurah, mudah-mudahan dilanjutkan usia Ke Bawah Duli Tuanku dan usia Ke Bawah Duli Tuanku Raja Permaisuri Agung. Patik semua juga berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala menganugerahkan kesihatan dan kesejahteraan ke atas Ke Baw ah Duli Tuank

767

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI OLEH Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA MALAM HARI RAYA AIDILFITRI 1409 HIJRAH/ 1989 MASIHI 6HB. MEI, 1989

S

yukur alhamdulillah, bulan Ramadan sudah pun berlalu dan kita telah dapat menunaikan ibadat puasa dalam keadaan yang tenang dan sempurna. Kita berharap kita bukan sahaja mendapat pahala untuk diri sendiri, tetapi juga kita menjadi insan yang lebih insaf akan tekanan-tekanan hidup dan lebih mampu menghadapi desakan nafsu yang selalu menyerang kita.

Ibadat puasa adalah satu hikmat untuk membentuk peribadi mulia mengikut ajaran Islam. Dalam keghairahan kita dengan kemewahan hidup, dengan tubuh badan yang sihat, dengan umur yang muda, kita yang berpuasa akan diingati oleh amalan puasa itu bahawa kemewahan, kesihatan dan umur yang muda bukanlah buat selamalamanya. Jika kita lupa akan kemungkinan menjadi miskin dan lapar, kurang sihat dan umur yang semakin meningkat, kita tidak akan insaf dan bersyukur. Lebih buruk lagi kita tidak akan berhati-had untuk memelihara kebahagiaan hidup kita, kesihatan kita dan masa depan kita apabila umur meningkat. Di samping itu kita tidak akan bertimbang rasa terhadap penderitaan orang lain yang tidak bernasib baik. Masyarakat yang tidak tahu bersyukur, insaf dan bertimbang rasa akan menjadi masyarakat yang tidak tenang, tidak maju dan tidak bahagia. Dengan berpuasa kita dapat memelihara diri dan masyarakat daripada ditimpa keburukan akibat daripada sifat-sifat yang tidak diingini. Hari Raya menandakan tamatnya sebulan kita berpuasa, iaitu satu bulan kita menguji ketabahan diri kita daripada tekanan-tekanan nafsu. Pada Hari Raya kita merayakan kemenangan kita mengatasi ujian ini. Kita berhak bergembira dengan sopan dan sempurna tetapi kita juga hendaklah menyifatkan Hari Raya sebagai satu lagi hikmat dan nikmat yang mempunyai pengajaran yang tertentu bagi kita. Hari Raya Aidilfitri dikurniakan kepada kita sebagai satu ganjaran. Juga Hari Raya ialah hari kedamaian, hari kita bersalam-salaman, memohon maaf kepada kawan dan lawan. Dengan amalan ini, menyusuli amalan puasa, umat Islam dan umat manusia di mana juga mereka berada tetap akan mendapat kebahagiaan, insya-Allah. Pada hari yang mulia ini marilah kita banyak-banyak melafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana limpah berbagai kurniaan yang kita di Malaysia dapat menikmati. Beberapa perkembangan dalam negara sangat menggalakkan. Kita haruslah 768

bersyukur kepada Ilahi atas kurniaan ini. Marilah kita berdoa semoga dengan kesyukuran kita ini kesyukuran seluruh rakyat Malaysia - kita semua akan dicucuri lebih banyak lagi nikmat-nikmat di masa depan. Kita bernasib baik kerana terdapat kestabilan politik di negara kita. Persefahaman dan keharmonian kaum juga terpelihara. Kestabilan politik dan perpaduan amatlah penting dan kita semua bertanggungjawab untuk memeliharanya supaya negara kita terus aman dan damai dan terus membangun. Kita harus ingat bahawa di mana terdapat keadaan politik yang tidak stabil dan kaum-kaum bertelagah, pembangunan dan kemajuan dalam apa juga bidang amat sukar dicapai. Rusuhan juga mungkin berlaku. Ekonomi negara kita juga semakin baik. Pertumbuhan ekonomi negara kita sebanyak 8.1% pada tahun 1988 merupakan yang tertinggi sepanjang tahun-tahun 80an. Imbangan pembayaran negara kita terus kukuh. Eksport dagangan kita tahun lalu terus mencatatkan pertumbuhan dua angka, atau "double digit growth", bagi tahun kedua berturut-turut, iaitu selepas pertumbuhan yang sangat baik pada tahun 1987. Kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan juga bertambah teguh. Kerajaan yakin bahawa pertumbuhan ekonomi pada masa ini akan terus menggalakkan. Salah satu faktor bagi meneruskan pertumbuhan ekonomi ialah memastikan pelaburan swasta, sama ada dari dalam atau dari luar negeri terus meningkat. Kita harus sedar bahawa pelaburan adalah salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara. Kemajuan yang kita capai setakat ini sangat membanggakan dan kita semua harus bersyukur ke hadrat Ilahi. Sekarang ini kita juga memberi perhatian kepada industri pelancongan. Tahun depan telahpun diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia' dengan tujuan meningkatkan lagi bilangan para pelancong ke Malaysia. Kejayaan kempen ini bergantung bukan sahaja kepada Kerajaan, tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia. Para pelancong mestilah berasa kedatangan mereka dialu-alukan oleh rakyat Malaysia dari sekarang lagi. Kejayaan kempen ini juga bermakna peluangpeluang pekerjaan dan perniagaan akan bertambah dan ekonomi negara akan meningkat lagi. Semua yang berlaku kepada negara kita, ada kaitan rapat dengan kehidupan diri kita sendiri. Jika keadaan politik tidak stabil, kita akan merasai kesannya seperti yang dialami oleh penduduk-penduduk beberapa buah negara di mana rusuhan berlaku disebabkan oleh politik yang tidak stabil. Kita sendiri tidak harus lupa peristiwa 13 M e i 1969 yang berlaku di negara kita. Demikianlah juga dengan ekonomi negara. Apabila ekonomi merosot, ramai yang menganggur dan pendapatan mereka yang bekerja dan yang berniaga menurun sehingga ramai pula yang menjadi muflis. Sebaliknya, pemulihan ekonomi sekarang tetap membawa nikmat kepada kita semua. Peluang-peluang pekerjaan bertambah, pendapatan meningkat dan yang miskin sekali pun lebih mudah mendapat bantuan. Dengan perkataan lain, pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai kesan baik kepada setiap individu. 769

Justeru itu kita hendaklah insaf bahawa usaha mengawal keamanan, menstabilkan politik dan membangunkan ekonomi adalah untuk kepentingan dan kebaikan setiap rakyat negara ini. Bukanlah niat kita mendabik dada kepada dunia mengenai pencapaian negara dengan menyebut-nyebutkan angka-angka ekonomi tadi. Kita sebutkan tentang pencapaian kita ini kerana ia ada kaitan yang rapat dengan baik buruknya nasib penduduk-penduduk negara ini. Di samping kita merayakan kemenangan kita melawan nafsu sepanjang bulan Ramadan, kita juga boleh merayakan kejayaan kita melawan kemelesetan ekonomi yang kita alami beberapa tahun yang lepas. Insya-Allah, jika kita tidak membuat sebarang angkara, jika kita bersabar, kita akan dapat merayakan Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang dengan lebih meriah lagi. Pada Hari Raya ada juga anggota-anggota pasukan keselamatan dan pekerjapekerja di jabatan-jabatan tertentu yang terpaksa menjalankan tugas-tugas mereka seperti biasa. Kita tidak lupa akan pengorbanan mereka. Ada juga anggota-anggota tentera kita yang menyambut Hari Raya di Namibia, Iran dan Iraq. Mereka adalah sebahagian daripada pasukan tentera dari beberapa buah negara yang bertugas di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menjaga keamanan di negara-negara tersebut. Tugas mereka adalah tugas yang mulia. Kita mengucapkan tahniah, terima kasih dan Selamat Berhari Raya kepada mereka di mana juga mereka bertugas. Kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala sentiasa melindungi mereka. Kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga kita semua mendapat taufik dan hidayat daripada Allah Subhanahu Wataala. Kepada saudara-saudari yang bukan beragama Islam, rayakanlah hari kebesaran ini bersama-sama dengan rakan-rakan Islam. Mudah-mudahan jurang perbezaan antara kita dapat dikurangkan lagi. Akhir kata, saya serta keluarga saya memohon maaf, zahir dan batin, di atas apa juga kesilapan yang mungkin telah kami lakukan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

770

UCAPAN TAHNIAH DAN IKRAR TAAT SETIA OLEH Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI MAJLIS MENGADAP DAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR 7HB. JUN, 1989

D

engan hormat dan penuh takzimnya, patik bagi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat serta diri patik sendiri, mohon menyembah setinggi-tinggi tahnian Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas pemilihan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bainun sebagai Raja Permaisuri Agong.

Seterusnya patik bagi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat juga mohon menyembah setinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku hari ini. Patik sekalian berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga Ke Bawah Duli Tuanku serta Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bainun dilanjutkan usia serta dilimpahkan rahmat dan hidayahNya, mudahmudahan Duli Tuanku berdua sentiasa berada dalam kandungan sihat dengan penuh kesejahteraan dan kedaulatan. Syukur alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia Allah Subhanahu Wataala, negara kita Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan damai. Keadaan ini dapat diwujudkan kerana kita telah memilih cara mentadbir negara yang sesuai. Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Sistem ini membolehkan Kerajaan dan rakyat yang berbilang kaum di negara ini hidup dengan penuh perpaduan dan persefahaman. Berpandukan kepada Perlembagaan dan Rukunegara pemimpin dan rakyat bertanggungjawab untuk menanamkan perasaan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Di samping memegang kepada nilainilai ini rakyat telah membuktikan kesediaan untuk berkorban demi kepentingan negara. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum merupakan suatu masyarakat yang unik dikacamata dunia kerana dapat hidup dengan penuh keharmonian walaupun masingmasing mempunyai agama, adat-resam dan budaya hidup yang berlainan. Kerajaan akan terus mengekalkan sistem ini dan menentang apa-apa percubaan untuk merosakkannya. Sungguhpun masih ada kumpulan-kumpulan dari luar dan dalam negeri yang kononnya memperjuangkan hak asasi kemanusiaan yang cuba campurtangan dalam urusan pentadbiran negara, Kerajaan akan tetap teguh dengan pendirian untuk mengekalkan apa yang kita perjuangkan. Ada segelintir rakyat yang cuba menggunakan institusi-institusi Raja, mahkamah dan sistem kehakiman serta 771

sistem pilihanraya untuk mencapai cita-cita dan memenuhi kepentingan diri sendiri. Tetapi patik percaya Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja memang tidak berkenan dengan tindak-tanduk ini dan tidak mudah diperalatkan. Kerajaan mementingkan rakyat yang memerlukan kemajuan dan bukan mereka yang mementingkan diri sendiri. Patik percaya dengan kebijaksanaan Ke bawah Duli Tuanku memerintah negara dan dengan Tuanku sebagai simbol kedaulatan dan perpaduan, rakyat akan terus menikmati hidup dengan penuh kebahagiaan dan kesejahteraan, insya-Allah. Negara kita mengamalkan Kerajaan berparti dengan Barisan Nasional menerajui Kerajaan. Kegelisahan politik telah wujud untuk sementara apabila U M N O diharamkan. Tetapi syukur alhamdulillah U M N O telah diwujudkan semula, dan kegelisahan itu telah mula hilang. Kekuatan U M N O menambahkan kekuatan Barisan Nasional. Kekuatan Barisan Nasional pula meneguhkan pentadbiran sistem Kerajaan. Sebagai Pengerusi Barisan Nasional, patik akan berusaha supaya perpaduan antara parti-parti komponen akan terus kekal untuk menjaminkan Barisan Nasional sentiasa dapat memperjuangkan perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan untuk rakyat. Kerajaan sedang menyemak semula pencapaian Dasar Ekonomi Baru dan dasar ekonomi negara yang perlu diamalkan selepas 1990. Kerajaan telah membuka peluang kepada para cendikiawan, pemimpin-pemimpin politik dan pertubuhan, para profesional dan mereka yang sentiasa mengkritik D E B untuk tampil mengemukakan cadangan melalui Majlis Perundingan Ekonomi Negara. Kerajaan akan menimbangkan cadangancadangan yang dimajukan oleh Majlis ini dalam menggubal dasar ekonomi selepas tahun 1990. Mengenai ekonomi negara dewasa ini, Kerajaan bersyukur kerana ekonomi negara terus bertambah pulih dan teguh pada awal tahun ini selepas mencatatkan pertumbuhan yang sungguh menggalakkan semenjak dua tahun yang lalu. Pertumbuhan yang menggalakkan ini digambarkan melalui kadar pertumbuhan K D N K atau GDP tahun 1988 yang lalu yang mengatasi pencapaian pada tahun-tahun yang lepas semenjak 1979. Pertumbuhan ekonomi yang kukuh ini digambarkan juga melalui imbangan bayaran negara yang sangat memuaskan. Pelaburan swasta yang penting bagi pembangunan ekonomi negara telah meningkat semenjak dua tahun lalu dan kita yakin pelaburan swasta akan terus meningkat dengan adanya insentif-insentif yang sangat menarik. Kerajaan juga yakin bahawa pertumbuhan yang kita capai semenjak tahun yang lalu akan berterusan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang, insyaAllah. Keyakinan Kerajaan juga adalah berasaskan kepada kejayaan program-program yang disusun bagi menjadikan struktur ekonomi negara lebih berupaya menghadapi cabaran-cabaran di pasaran antarabangsa pada masa hadapan. Salah satu perubahan struktur ekonomi yang dirancang oleh Kerajaan ialah menjadikan ekonomi negara kita kurang bersandar kepada eksport barangan utama atau komoditi sebaliknya menggalakkan pembangunan industri pembuatan yang hasilnya boleh dieksport. Untuk ini kita mestilah sanggup membelakangkan sedikit kepentingaan diri supaya barangan buatan kita boleh bersaing dengan jayanya di pasaran dunia. Insya-Allah akhirnya kita akan mendapat nikmat yang lebih banyak dan lebih kekal. 772

Malaysia, walaupun sebuah negara kecil di peta dunia, telah diiktiraf sebagai sebuah negara yang dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada kebajikan antarabangsa. Usaha-usaha kita membanteras penyalahgunaan dadah telah mendapat pengiktirafan apabila Malaysia telah dipilih sebagai Pengerusi Persidangan Antarabangsa Mengenai Penyalahgunaan Dadah dua tahun yang lalu. Walaupun negara kita telah menerima banyak desakan daripada kumpulan-kumpulan tertentu untuk menghapuskan hukuman mati ke atas pengedar-pengedar dadah, tetapi ramai pemimpin dunia secara peribadi bersetuju dengan tindakan tegas Malaysia. Sebenarnya masalah dadah sudah merebak di beberapa negara yang tidak tegas sehingga tidak dapat dikawal. Justeru itu Kerajaan akan meneruskan undang-undang yang sedia ada. Malaysia juga telah dipilih menduduki kerusi Majlis Keselamatan BangsaBangsa Bersatu. Dengan itu Malaysia telah dan akan dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan dalam arena antarabangsa. Malaysia telah diberi penghormatan menghantar pemerhati dan pengaman ke tiga buah negara yang diseliakan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Iran, Iraq dan Namibia. Malaysia juga telah dipilih mempengerusikan Kumpulan 77 negara-negara membangun. Dalam bulan Oktober tahun ini negara kita akan diberi penghormatan menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel atau C H O G M . InsyaAllah, kita akan menunaikan kewajipan kita dengan penuh keyakinan dan dedikasi. Dua bulan sebelum itu, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA yang ke-15. Rakyat negara ini berasa bertuah kerana Ke Bawah Duli Tuanku mempunyai minat yang tinggi dalam bidang sukan dan patik percaya kecergasan Tuanku itu akan menjadi dorongan serta galakan kemajuan sukan di negara ini. Patik, bersama-sama dengan anggota pentadbiran serta kakitangan Kerajaan, akan terus menumpukan usaha dan tenaga untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawab patik sekalian dengan penuh semangat dan tekad bagi menjamin kemakmuran, keselamatan dan kebahagiaan rakyat dan negara Malaysia, insyaAllah. Pada hari yang berbahagia dan penuh istiadat ini, bagi diri patik, Kerajaan dan seluruh rakyat, patik dengan segala hormat dan takzimnya mohon menyembah ikrar taat-setia yang tidak berbelah bahagi kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Raja Yang Memerintah.

773

UCAPAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD KETIKA MEMBENTANGKAN PINDAAN KEPADA AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 (BACAAN KALI KEDUA), DI DEWAN RAKYAT 23HB. JUN, 1989

S

aya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang terbuka, bersikap liberal dan di mana wujudnya kebebasan, maka sudah tentulah rakyat Malaysia bebas melahirkan pendapat, pandangan dan fikiran mereka. Ini adalah bukti bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi. Demokrasi memberi berbagai-bagai kebebasan kepada individu-individu dan golongan-golongan di negara ini dalam menjalankan kegiatan-kegiatan dan tugas-tugas mereka. Adakalanya, kebebasan ini kerapkali disalah-gunakan oleh individu-individu dan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan sendiri. Mereka ini menggunakan kebebasan demokrasi untuk mengancam demokrasi itu sendiri. Dalam hal ini, kita rakyat Malaysia yang mendokong demokrasi hendaklah sendiri berjaga-jaga supaya demokrasi tidak diperalatkan untuk mengancam demokrasi itu sendiri dan kebaikan yang diharapkan daripadanya. Memanglah sukar bagi kita menjamin bahawa keadaan negara sentiasa aman kerana terdapat berbagai bentuk ancaman secara berterusan. Atas dasar itu, maka Kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada kewajipan mengawasi dan memelihara keselamatan dan ketenteraman awam. Justeru itu Akta Keselamatan Dalam Negeri digubal dan dirangka dengan demikian rupa untuk meliputi bukan sahaja ancaman-ancaman subversif komunis, tetapi juga apa-apa bentuk ancaman yang telah mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menimbulkan mudarat kepada keselamatan negara. Kerajaan tidaklah dapat berkompromi dengan mana-mana pihak sekalipun dalam soal melaksanakan kewajipan keselamatan negara kerana inilah yang akan menjadi asas sama ada negara terus maju dan membangun atau sebaliknya. Kini kita mendapati tuduhan-tuduhan kononnya Kerajaan menyalahgunakan kuasanya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Begitu juga sering kedengaran bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak wajar wujud lagi dan sepatutnya dimansuhkan. Tuduhan-tuduhan dan kecaman-kecaman ini memang mudah dibuat oleh mana-mana pihak yang tidak melaksanakan beban dan tanggungjawab untuk memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara yang menjadi kewajipan utama 774

mana-mana Kerajaan. Tuntutan kewajipan ini lebih-lebih lagi dirasai di negara kita yang mempunyai latarbelakang masyarakat berbilang kaum, agama, kebudayaan dan adat resam dan kita tidak dapat menyangkal bahawa bentuk masyarakat majmuk sedemikian sentiasa terdedah kepada berbagai bentuk ancaman terhadap kestabilan dan keselamatannya, sama ada dari dalam atau dari luar. Kita dapat melihat sekarang ini beberapa negara berbilang kaum yang terjerumus dalam rusuhan kaum yang tidak dapat diselesaikan. Untuk membolehkan Kerajaan terus menjalankan tanggungjawab utamanya mengawal dan memelihara keselamatan dalam negeri bagi menjamin keamanan dan kestabilan negara dengan lebih berkesan, Kerajaan mendapati adalah perlu untuk membuat beberapa pindaan kepada Akta ini. Tujuan utama pindaan-pindaan ini dicadangkan adalah untuk menentukan bahawa perintah tahanan yang dibuat oleh Menteri yang memutuskan bahawa seseorang itu mengancam keselamatan negara tidak dipersoalkan di mahkamah. Ini adalah kerana kebelakangan ini keputusan Menteri mengeluarkan Perintah Tahanan telah kerapkali dicabar dan dipersoalkan di mahkamah. Sekiranya mahkamah dibiar menggantikan keputusan pihak Kerajaan dengan keputusan mahkamah, ini bermakna seolah-olah tanggungjawab bagi keselamatan negara tidak lagi terletak kepada Kerajaan tetapi sebaliknya telah dipertanggungjawabkan kepada mahkamah, yang sebenarnya bukanlah ahli dan pakar dalam bidang keselamatan. Keputusan-keputusan dan aliran mahkamah di negara-negara asing yang memainkan peranan campurtangan atau, dengan izin, 'interventionist' menggantikan keputusan-keputusan eksekutif dengan keputusan-keputusan mahkamah adalah tidak sesuai diikuti kerana ia bertentangan dengan konsep perasingan kuasa atau dengan izin 'separation of powers' antara eksekutif dan kehakiman yang menjadi pegangan kita di negara ini. Jika mahkamah boleh menukar atau dengan izin 'reverse' keputusan eksekutif, maka pihak eksekutif tidak akan dapat membuat apa-apa keputusan kerana khuatir mahkamah akan menukarkan keputusan itu. Dengan itu pihak pemerintah tidak dapat bergerak kerana menunggu keputusan-keputusan mahkamah serta rayuan-rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi. Selain daripada itu, sekiranya keputusan Menteri dipersoalkan oleh hakim atau mahkamah, adalah sukar untuk pihak Kerajaan mempertahankan perintah tersebut kerana ada perkara-perkara yang rahsia yang bersangkutan dengan keselamatan negara yang tidak dapat didedahkan dalam mahkamah atas sebab-sebab kepentingan keselamatan negara dan juga perhubungan dengan negara-negara lain. Selama ini pihak Kerajaanlah yang bertanggungjawab terhadap perkara keselamatan negara dan ketenteraman awam. Penggunaan prinsip dengan izin 'subjective test' telah membolehkan Kerajaan bertindak dengan berkesan terhadap mereka yang mengancam keselamatan dan kestabilan negara. Adalah amat perlu kedudukan ini terus dijamin melalui undang-undang kerana pihak Kerajaanlah yang merupakan pihak berkuasa yang paling sesuai dan wajar untuk menimbang dan meneliti maklumat-maklumat tertentu yang diperolehinya dan membuat keputusan tentang 775

tindakan pencegahan demi keselamatan dan kestabilan negara. Jika pengurusan Kerajaan mengenai keselamatan tidak memberi kebaikan kepada negara dan masyarakat, atau merupakan penindasan kepada rakyat, maka Kerajaan itu dapat digantikan melalui proses-proses demokrasi. Berdasarkan kedudukan yang telah saya huraikan tadi, cadangan pindaan ini dibuat semata-mata untuk menentukan dengan jelas akan peranan dan bidang kuasa Menteri Dalam Negeri, dan peranan dan bidangkuasa seorang Hakim Mahkamah. Dengan ini, perintah-perintah tahanan yang dibuat oleh Menteri tidak lagi boleh dipersoal atau dipertikaikan di mahkamah, melainkan perkara-perkara yang menyentuh soal prosedur sekiranya peruntukan undang-undang tidak dipatuhi. Dengan pindaan-pindaan yang dicadangkan ini, adalah dipercayai peruntukanperuntukan berkenaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri akan menjadi lebih jelas lagi serta tidak menimbulkan sebarang keraguan dalam penafsirannya. Dengan yang demikian, melalui pindaan yang dicadangkan ini, Kerajaan akan dapat melaksanakan kewajipan utamanya memelihara dan mengawal keselamatan dalam negeri untuk terus menjamin bahawa keamanan dan kestabilan negara berkekalan. Saya mohon mencadangkan.

776

UCAPAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD KETIKA MEMBENTANGKAN PINDAAN ORDINAN DARURAT (KETENTERAMAN AWAM DAN MENCEGAH JENAYAH) 1969 BACAAN KALI KEDUA, DI DEWAN RAKYAT 26HB. JUN, 1989

S

aya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dibacakan kali kedua sekarang.

Kejadian jenayah yang berlaku di negara ini telah menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun. Kejadian jenayah yang berlaku pada tahun 1980 ialah 70,823 berbanding dengan 78,479 dalam tahun 1988 iaitu peningkatan sebanyak 11%. Jika dianalisa tahun demi tahun, indeks kejadian jenayah ini terus meningkat dari tahun 1980 hingga ke tahun 1986. Walau bagaimanapun indeks jenayah ini telah turun 10% dalam tahun 1987 berbanding dengan tahun 1986 dan telah turun 7.9% dalam tahun 1988 berbanding dengan tahun 1987. Sungguhpun keadaan indeks jenayah semenjak dua tahun ke belakangan ini telah turun tetapi kita belum boleh berpuashati. Apa yang menjadi kebimbangan kita ialah kejadian jenayah kekerasan, pada keseluruhannya, telah menunjukkan satu trend yang meningkat. Indeks jenayah kekerasan pada tahun 1980 adalah sebanyak 7,481 berbanding dengan 11,721 dalam tahun 1987 iaitu pertambahan sebanyak 39%. Peningkatan ini adalah satu aliran yang membimbangkan. Jenayah kekerasan yang dimaksudkan ialah bunuh, cuba bunuh, semua jenis samun termasuk bersenjatapi, rogol dan mencederakan manusia. Kira-kira 80% daripada kejadian jenayah kekerasan di seluruh negara berlaku di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Perak. Negeri-negeri ini merupakan Negeri-negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan di Negeri-negeri inilah juga terdapat kegiatan-kegiatan ekonomi yang pesat. Kementerian Dalam Negeri amat memandang berat kejadian-kejadian jenayah kekerasan di tempat-tempat ini dan langkah-langkah sewajarnya perlulah diambil untuk membanterasnya. Jika tidak, ketenteraman awam akan tergugat dan sedikit-sebanyak boleh mengganggu kedatangan pelabur-pelabur dan pelancong-pelancong asing ke negara ini. Salah satu undang-undang yang digunakan semenjak tahun 1969 untuk membanteras kejadian jenayah kekerasan dan aktiviti kongsi gelap ialah Ordinan Darurat 777

(Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969. Undang-undang ini digubal sebaik sahaja berlakunya Peristiwa 13 Mei bertujuan untuk menstabilkan keselamatan dan ketenteraman awam dengan mengenakan perintah-perintah tahanan dan sekatan ke atas penjenayah-penjenayah. Keengganan saksi-saksi memberi keterangan di mahkamah adalah punca-punca utama yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat didakwa. Selain daripada itu terdapat sindiket-sindiket penyeludupan senjatapi, perompak, perancang jenayah colek yang sukar dihadapkan di mahkamah kerana mereka berselindung. Adalah agak mudah sekiranya seseorang itu ditangkap ketika memegang senjatapi di tangannya tetapi ini tidak mungkin berlaku dengan orang yang merancang penyeludupan senjatapi. Bagi penjenayah seumpama ini tidak ada pilihan bagi Kerajaan melainkan mengenakan tindakan undang-undang pencegahan terhadap mereka. Pada masa ini sesuatu perintah tahanan yang dibuat oleh Menteri boleh dipersoalkan di mahkamah dengan berbagai-bagai cara. Cara yang paling kerap digunakan ialah dengan cara 'writ of habeas corpus'. Cara ini digunakan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk membebaskan orang yang masih ditahan. Setelah orang yang ditahan itu dibebaskan, ia pula boleh memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan penahanannya dahulu tidak sah di sisi undang-undang dan meminta mahkamah memberi pampasan kepadanya. Permohonan-permohonan ke mahkamah itu biasanya dibuat di atas beberapa alasan misalnya dengan izin 'mala fide' atau 'bad faith' iaitu perintah tahanan dibuat atas alasan-alasan yang terkeluar daripada tujuan undang-undang berkenaan dan juga kerana syarat-syarat penahanan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang tidak dipatuhi dengan sepenuhnya. Semenjak akhir-akhir ini diperhatikan juga telah wujud kecenderungan mahkamah-mahkamah di beberapa negara asing untuk memainkan peranan 'interventionist' dan menggantikan keputusan pihak eksekutif mereka dengan keputusan mahkamah. Pindaan-pindaan yang dicadangkan dengan menambah seksyen-seksyen baru 7C, 7D dan 7E kepada Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 ini bertujuan untuk menghalang perintah tahanan yang dibuat oleh Menteri itu dipersoalkan iaitu selain daripada atas alasan bahawa kehendak-kehendak acara penahanan yang ditetapkan oleh undang-undang tidak dipatuhi. Dengan pindaan ini kewibawaan dan keikhlasan Menteri dalam membuat keputusan tidak boleh dipertikaikan lagi. Jika mahkamah dibiar menggantikan keputusan pihak Kerajaan dengan keputusan mahkamah dalam perkara keselamatan negara dan ketenteraman awam, ini bermakna tanggungjawab bagi keselamatan negara terletak dengan mahkamah kerana mahkamah yang menentukan keputusan muktamad mengenai perkara-perkara keselamatan. Sebenarnya dalam berbagai perkara, yang diakui sebagai pakar oleh mahkamah ialah orang-orang yang terlatih dan bertanggungjawab dalam bidang berkenaan. Yang pakar dalam bidang keselamatan ialah pegawai-pegawai dalam 778

agensi Kerajaan yang bertanggungjawab mengenai keselamatan. Menteri bertindak atas nasihat pakar-pakar ini. Pihak lain tidak boleh menganggap dirinya sebagai pakar dan harus menerima keputusan yang diasaskan kepada kepakaran. Sehingga baru-baru ini, pihak Kerajaanlah yang bertanggungjawab terhadap perkara keselamatan negara dan ketenteraman awam. Penggunaan prinsip dengan izin 'subjective test' telah membolehkan Kerajaan bertindak dengan berkesan ke atas mereka yang mengancam keselamatan dan kestabilan negara. Adalah perlu kedudukan ini dijamin melalui undang-undang kerana pihak Kerajaanlah merupakan pihak berkuasa yang paling layak untuk menimbang dan meneliti matlamat tertentu, khususnya perkara-perkara yang sulit, dan membuat keputusan tentang tindakan pencegahan demi keselamatan negara, dan bukannya mahkamah yang tidak diberi tugas khusus untuk menjaga dan bertanggungjawab terhadap keselamatan negara tetapi bertanggungjawab secara umum berkenaan dengan keadilan sahaja. Dengan pindaan yang dicadangkan ini, Kerajaan berharap bahawa hanya soalsoal prosedur sahaja yang boleh dipertikaikan di mahkamah. Budi bicara Menteri untuk menentukan seseorang itu mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam tidak boleh dipersoalkan lagi di mahkamah. Ini bertujuan untuk memastikan dengan jelas akan peranan dan kuasa eksekutif khususnya Menteri Dalam Negeri dan peranan yang dimainkan oleh seseorang hakim di mahkamah. Saya mohon mencadangkan.

779

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PERASMIAN KONGRES CENDEKIAWAN MELAYU II DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI 1HB. JULAI, 1989

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Penganjur Kongres ini kerana menjemput saya untuk merasmikan Kongres Cendekiawan Melayu Kedua ini. Saya percaya Kongres ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Struktur sesuatu masyarakat itu berubah dari masa ke masa. Masyarakat mundur akan maju sekurun kemudian dan yang maju mungkin lalai dan mundur semula. Sejarah dunia membuktikan beberapa peradaban atau 'civilisation' yang agung wujud dan kemudian hancur pula. Sejarah turun-naik dan maju-mundur sesuatu masyarakat tetap berulang. Masyarakat Melayu yang mencapai kegemilangannya di zaman Kesultanan Melaka kemudiannya mundur. Selepas itu masyarakat Melayu dan Empayar Melaka berpecah sehingga terbentuk Negeri-negeri Melayu yang kecil dan tidak berwibawa. Penjajah pun senang memecah dan menakluki Negeri dan masyarakat Melayu, mengeksploitasi ekonominya dan mengubah corak dan komposisi penduduk Tanah Melayu. Selepas lebih 400 tahun tanahair kita dijajah, akhirnya, kita merdeka dan bebas menyusun sendiri langkah-langkah untuk memajukan masyarakat Melayu. Selepas lebih 30 tahun kita merdeka, banyak kemajuan yang telah kita capai dalam berbagai-bagai bidang terutamanya pelajaran. Dengan itu bilangan cerdik pandai Melayu pun bertambah dengan pesat. Sekarang di mana-mana sahaja kita boleh berjumpa dengan profesor, doktor, jurutera, arkitek, ahli kimia, akauntan, pengurus, pentadbir, guru dan lain-lain orang Melayu yang termasuk dalam golongan cerdikpandai. Kalau tiga puluh tahun dahulu susah bagi kita mengadakan Kongres serupa ini, hari ini kita dapat mengadakan Kongres Cendekiawan dengan kehadiran yang ramai. Adanya golongan terpelajar di kalangan kita membuktikan kesediaan kita menerap ilmu tanpa mengambilkira puncanya. Jika kita bersikap bahawa kita hanya bersedia mempelajari ilmu daripada punca-punca di kalangan masyarakat kita sahaja, mustahil pencapaian kita dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi akan berada di tahap sekarang. Kita mungkin dapat meneroka dan membangunkan semua bidang ilmu dengan sendiri, tetapi tentulah ia akan mengambil masa yang terlalu panjang dan kita tetap akan ketinggalan. Dalam usaha memperkayakan ilmu di kalangan bangsa kita, kita mestilah sanggup pergi ke mana-mana sahaja tanpa mengira iklim atau bangsa. Saya 780

percaya untuk menguasai ilmu yang bermanfaat kepada kita, kita hendaklah sanggup belajar walaupun daripada musuh kita. Kesanggupan untuk belajar tanpa mengira punca amatlah penting. Tidak kurang pentingnya ialah kesanggupan mempelajari bahasa-bahasa lain supaya ilmu-ilmu yang berguna dapat dipelajari melalui bahasa-bahasa ini. Sentimen yang menghalang kita mempelajari bahasa-bahasa asing tidak secocok dengan kewujudan cendekiawan Melayu. Menuntut ilmu tidak berakhir di peringkat universiti dengan memperolehi ijazah-ijazah. Kita semua mengakui bahawa penerapan ilmu adalah proses yang bermula daripada buaian dan berakhir di liang lahad. Di segi penggunaan ilmu, ia bermula apabila kita tamat pelajaran teori dan memasuki bidang penggunaan secara praktikal. Apakah kita sedia meneruskan proses mempelajari ilmu ini, ilmu yang tidak lagi bercorak akademik atau teori, tetapi masih juga merupakan ilmu? Bangsa yang benar-benar berjaya dalam sejarah manusia ialah bangsa yang cekap menggunakan ilmu untuk memperbaiki kehidupan mereka. Kita mungkin mempertikaikan sama ada sesuatu itu baik atau sama ada sesuatu itu tidak baik. Apakah penggunaan teori relativiti untuk mencipta bom atom merupakan satu kebaikan? Apakah mendaratkan manusia di atas bulan satu kebaikan? Ahli falsafah di kalangan cendekiawan boleh membahas perkara ini sehingga akhir zaman. Ini adalah satu soal lain. Tetapi, yang tidak dapat kita nafikan ialah kita berada di Kongres ini kerana ada manusia yang boleh menggunakan ilmu secara praktikal untuk membina dewan ini, mencipta pembesar suara ini, mendinginkan udara dan lain-lain lagi. Siapakah yang membolehkan semua ini? Mereka ini ialah orang yang berjaya memperalat atau menggunakan ilmu secara praktikal. Jika kita belajar setakat menyerap ilmu yang kemudiannya kita tidak menggunakannya selain daripada menyambung penyampaian ilmu itu kepada pihak lain, maka hasil penerapan ilmu adalah terhad. Setelah memperolehi ilmu, kita harus belajar pula bagaimana menggunakan ilmu itu. Di peringkat ini kita tidak ada ijazah dalam bentuk 'scroll' dan gelaran. Ijazah di peringkat ini ialah hasil daripada penggunaan ilmu tadi atau 'practical application' kita dalam bentuk barangan atau wang keuntungan atau kejayaan kerja kita. Kita perlu menghargai 'ijazah' praktikal ini sama seperti ijazah dari universiti, atau mungkin juga lebih daripada itu. Di kalangan orang Melayu, 'ijazah' praktikal ini masih berkurangan. Justeru itu, kita boleh berkata bahawa kita masih kekurangan cerdik-pandai daripada sudut ini walaupun di bidang-bidang yang lain kita sudah ramai. Sesuatu bangsa kerap menyebut tentang kegemilangan di zaman silam untuk meningkatkan semangat. Sebenarnya bangsa yang bergantung kepada kejayaan di zaman silam adalah bangsa yang sudah mundur di zaman ini. Kejayaan dahulu hanya 781

berguna untuk meyakinkan diri akan kebolehan diri sendiri dan bukan untuk menyedapkan hati. Pada hemat saya, bagi bangsa Melayu, falsafah dan tindakan ala Hang Tuah dan Hang Jebat tidak sesuai lagi. Kita, terutamanya cerdik-pandai, harus mengetahui apakah yang kita hendak untuk kaum dan bangsa kita, dan lebih penting lagi, apakah yang harus kita lakukan untuk menjayakan hasrat kita ini. Khayalan dan bermegah-megah dengan zaman dahulu tidak boleh dibiarkan melenyapkan kenyataan masa kini. Hari ini kita menghadapi berbagai cabaran dan usaha untuk menghalang pencapaian kita. Kita akan gagal jika kita membenarkan cabaran dan usaha ini membawa kepada perpecahan di kalangan kita. Dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) umpamanya, pihak lain sudah berjaya menyemaikan kepercayaan di kalangan beberapa orang cerdik-pandai Melayu bahawa D E B memberi faedah hanya kepada segelintir daripada kita. Mereka menunjuk kepada beberapa kerat orang Melayu yang sudah menjadi kaya, dan mengapi-apikan perasaan iri hati yang memang ada pada kita. Akibatnya ada cerdik-pandai kita yang mengecam pelaksanaan D E B . Apakah salahnya kalau ada beberapa orang daripada kita menjadi kaya? Apakah yang kaya sepatutnya cuma orang lain sahaja? Harus kita ingat bahawa kalau yang kaya antara kita bukanlah daripada mereka yang ditunjuk-tunjukkan hari ini, tetapi sebaliknya terdiri daripada orang lain pula, apakah tuduhan yang sama tidak akan dilemparkan? Sebenarnya, mereka yang menuduh ini tidak senang hati melihat ada antara kita yang dapat merebut peluang-peluang daripada DEB ini serta memperolehi kejayaan. Tetapi ada juga antara kita yang terbawa-bawa dengan dakwaan bahawa D E B memberi kekayaan kepada segelintir manusia tertentu dan oleh itu sedia menyertai mereka yang lain ini mengecam satu dasar yang telah membawa nikmat kepada kita. Ghairah dengan emosi yang dibangkitkan, kita lupa bahawa jika pada hari ini terdapat ramai cendekiawan Melayu, sebabnya ialah adanya D E B . Benarkah semua yang mendapat peluang menuntut ilmu di peringkat yang tinggi terdiri daripada golongan tertentu sahaja? Jika benar, maka semua cendekiawan Melayu adalah daripada keluarga yang terpilih atau 'privileged' ini. Benarkah? Kehadiran saudarasaudari sekalian membuktikan hakikat sebenarnya. Tidakkah ramai orang Melayu yang berpelajaran berasal daripada keluarga-keluarga nelayan dan petani, daripada keluarga miskin dan sederhana, walaupun ada juga daripada golongan atasan? Apakah kerana seseorang itu daripada golongan atasan, ia tidak berhak merebut peluang-peluang DEB? Apakah DEB tidak menguntungkan para nelayan dan petani yang miskin dan anakanak mereka? Apakah segala pembangunan di luar bandar tidak disebabkan oleh DEB? Bagi mereka yang sanggup menerima kenyataan bahawa D E B menguntungkan semua bumiputera dan Melayu, mereka harus terus menyokong D E B . Amatlah malang jika cendekiawan yang meraih peluang daripada D E B berpaling tadah kerana kononnya ada segelintir orang Melayu yang kaya dan mengecam D E B bersama-sama dengan pihak lain yang inginkan supaya orang Melayu kekal dengan kemunduran 782

mereka. Hasil daripada sikap ini maka berjayalah pihak yang benar-benar mengetahui bahawa hanya orang Melayu sahaja yang boleh menggagalkan usaha-usaha orang Melayu. Sekarang tanda-tanda menunjukkan bahawa Malaysia sudah sampai ke titik peralihan atau 'take off point'. Dari sekarang tahap pembangunan kita akan meningkat Kita tidak harus membuang masa bertikam lidah dan berpolemik kerana jika kita gemar berbuat demikian dan tidak merebut peluang-peluang DEB ini, kita mungkin 'miss the boat' dan tertinggal buat selama-lamanya. Saudara-saudari sekalian adalah kalangan yang boleh membantu bangsa Melayu maju ke hadapan bersama dengan kaum-kaum lain. Kita tidak berniat merebut hak orang lain, tetapi kita berhak kepada hak kita. Segala prasarana intelek sudah ada pada kita. Hanya yang diperlukan ialah penggunaan atau 'application' dengan cara yang boleh mendatangkan hasil. Saya benar-benar berharap Kongres ini akan berorientasikan realiti dan pencapaian yang nyata. Bangsa kita memerlukan sikap ini. Dan kita semua terhutang budi kepada bangsa kita yang memberi peluang kepada kita menganggotai kumpulan yang istimewa ini dengan harapan sesuatu yang baik akan berhasil daripadanya. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Kongres Cendekiawan Melayu Kedua ini dan berharap ianya mencapai kejayaan.

783

U C A P A N P E R D A N A MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR B I N MOHAMAD DI MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN CUEPACS KUALA L U M P U R 8HB. JULAI, 1989

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Kongres Kesatuan Pekerjapekerja di dalam Perkhidmatan Awam atau CUEPACS kerana menjemput saya ke majlis perasmian Konvensyen CUEPACS ini. Saya percaya banyak perkara akan dibincangkan dan saya berharap Konvensyen ini akan dapat melahirkan rumusan-rumusan yang bermanfaat bukan sahaja kepada CUEPACS tetapi juga kepada perkhidmatan awam.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bersara kepada Encik Ragunathan yang akan menamatkan perkhidmatan awam beliau dalam beberapa hari lagi. Beliau telah berjaya memimpin C U E P A C S ke arah yang dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan Kerajaan. Hubungan seperti ini telah membawa manfaat kepada C U E P A C S dan juga kepada Kerajaan. Saya berharap Encik Ragunathan akan dapat meneruskan sumbangan beliau kepada masyarakat walaupun selepas bersara daripada perkhidmatan Kerajaan. Idea kesatuan sekerja dan cara-cara kesatuan bergerak untuk melindungi pekerja daripada dieksploitasikan oleh majikan dan menambah pendapatan pekerja sudah berusia lebih seratus tahun. Di masa dahulu penganiayaan pekerja oleh majikan amatlah ketara sehingga pekerja menjadi seperti hamba. Pekerja tidak dapat mempertahankan 'job security' mereka. Jika mereka membuat kesalahan walaupun sedikit, mereka akan dibuang kerja. Di masa dahulu tidak ada skim simpanan wang pekerja atau pencen. Jika pekerja jatuh sakit, ia tidak mendapat cuti atau rawatan. Kerana terdapatnya tekanan-tekanan seperti ini, maka tidak ada jalan lain bagi pekerja-pekerja melainkan berkonfrontasi dengan majikan. Di masa yang sama ahli-ahli fikir Barat berpendapat bahawa masalah pekerja disebabkan oleh sistem kapitalis. Dengan itu mereka merancang sistem-sistem lain dengan tujuan menghapuskan kapitalisme dan kapitalis. Maka wujudlah sistem komunisme dengan kepercayaan kepada 'dictatorship of the proletariat' dan sistem sosialis yang mana Kerajaan mengambilalih punca kekayaan supaya kekayaan negara dapat diagihkan kepada semua pihak secara saksama. Melihatkan akan perkembangan ini pihak kapitalis telah memperbaiki hubungan mereka dengan pihak buruh dan membenarkan pekerja-pekerja mengadakan kesatuan-kesatuan sekerja. Pekerja-pekerja pula mencipta berbagai senjata 'industrial action' untuk menentukan majikan melayan tuntutan-tuntutan mereka. 784

Kita tidak dapat menafikan bahawa kebolehan pekerja berkonfrontasi dengan majikan telah membawa manfaat yang banyak kepada pekerja. Malangnya, konfrontasi mengakibatkan kos yang tinggi kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Dan kos ini terpaksa dipikul bukan sahaja oleh majikan tetapi juga oleh pekerja dan masyarakat. Para pekerja tentulah lebih ramai daripada majikan. Hakikat ini telah menarik oportunis-oportunis politik dalam negara-negara demokratik di mana suara ramai bererti kuasa. Parti-parti buruh pun tumbuh seperti cendawan, dipimpin bukan oleh buruh sendiri, tetapi oleh golongan terpelajar dan lain-lain pihak yang berkepentingan. Sedikit demi sedikit kepentingan pekerja diketepikan dan kepentingan politik orangorang tertentu itu menguasai kesatuan-kesatuan. Akibatnya ialah kesatuan sekerja Jianya menjadi alat politik. Kepercayaan sosialis ialah pekerja akan mendapat nikmat apabila pihak sosialis berkuasa dan memiliknegarakan segala punca kekayaan. Tetapi apa yang kita lihat ialah apabila kemudahankemudahan awam dan syarikat-syarikat gergasi diambilalih, mereka bukan sahaja rugi setiap tahun, tetapi para pekerja masih terpaksa melakukan mogok dan mengambil tindakan perusahaan untuk mendapat layanan. Dan ini mengakibatkan beban kos yang tidak kurang daripada zaman kapitalis. Yang lebih jelas lagi ialah negara-negara sosialis semakin merosot ekonominya dan pekerja-pekerja mereka kurang mewah berbanding dengan pekerja-pekerja negara-negara kapitalis. Di negara-negara komunis yang mengamalkan sistem ekonomi yang dirancang dan diuruskan tanpa tolak-ansur, nasib pekerja-pekerja menjadi lebih buruk. Mereka sebenarnya sebagai hamba kepada Kerajaan, tidak bebas berkesatuan, dibayar gaji yang rendah, dan jarang merasai kehidupan yang selesa. Sementara pekerja-pekerja di negara-negara kapitalis memiliki rumah sendiri, kereta dan lain-lain kemudahan, pekerja-pekerja di negara-negara komunis terpaksa tinggal dalam berek, berjalan kaki atau berbasikal dan terpaksa beratur untuk membeli barang-barang keperluan yang tidak pernah mencukupi. Hari ini ideologi sosialis dan komunis sudah tidak memikat hari orang-orang sosialis dan komunis sendiri. Selepas 30 tahun, komunis Cina menolak sistem ekonomi komunis dan menerima sistem pasar terbuka kapitalis walaupun masih menolak demokrasi. Selepas 70 tahun Soviet-Russia juga tidak lagi percaya bahawa sistem ekonomi komunis boleh membawa kebahagiaan kepada negara dan rakyat Russia. Di kebanyakan negara-negara demokratik, yang dahulu memilih Kerajaan sosialis, para pengundi berpaling tadah dan melantik Kerajaan yang percaya kepada sistem' free trade' dan sistem kapitalisme. Harta dan punca kekayaan yang dahulu dimiliknegarakan oleh Kerajaan-kerajaan sosialis telah dikembalikan semula kepada swasta. Bahkan khidmat-khidmat yang dahulu diselenggarakan oleh kerajaan telah diswastakan.

785

Semua ini berlaku kerana setelah lebih seratus tahun didapati bahawa ideologi dan teori komunisme dan sosialisme tidak membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada rakyat dan kaum buruh. Sesebuah negara tidak dapat dibangunkan melalui sosialisme dan komunisme. Sebaliknya ekonomi dan nasib para pekerja menjadi semakin buruk. Dalam masa yang sama, negara-negara yang bukan sosialis atau bukan komunis mencapai kemajuan yang pesat dalam semua bidang dan pekerja-pekerja semakin lama semakin mewah, jauh lebih mewah dan bahagia daripada pekerja-pekerja dalam negara-negara sosialis dan komunis. Sebenarnya sistem sosialisme dan komunisme hanya menguntungkan pemimpin-pemimpin sahaja. Pekerja-pekerja tidak mendapat apa-apa. Negara tidak mencapai kemajuan. Kehidupan rakyat terdesak kerana bekalan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas tidak pernah mencukupi. Taraf hidup jauh lebih rendah daripada taraf hidup yang terdapat di negara-negara kapitalis. Sekarang, pemimpin-pemimpin komunis dan sosialis sudah sedar bahawa sistem mereka tidak mungkin dapat bersaing dengan sistem negara-negara perdagangan bebas. Pemimpin-pemimpin ini terpaksa membelakangkan ideologi mereka, mengakui kelemahan sistem mereka dan menerima sistem yang bergantung kepada 'private enterprise'. Ideologi yang menjadi agama kepada mereka, terpaksa digugurkan kerana mereka tidak dapat menafikan kenyataan bahawa amalan ideologi mereka merugikan negara dan rakyat mereka dan tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Sebaliknya, lihatlah pencapaian negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura. Negara-negara ini mengamalkan sistem 'free enterprise' dan dalam tempoh masa tiga dekad sudah menjadi negara yang kaya. Jepun menjadi kuasa ekonomi yang terbesar di dunia dan yang empat negara lain itu menjadi NICs. Kekayaan negara-negara ini dinikmati oleh semua pihak termasuk pekerja. Dahulu gaji dan pendapatan pekerja-pekerja di semua negara ini amatiah rendah berbanding dengan negara Eropah dan Amerika Syarikat. Di empat negara NIC itu, gaji para pekerja di semua peringkat adalah rendah daripada pekerja-pekerja Malaysia. Tetapi hari ini gaji mereka tiga kali ganda lebih tinggi daripada pekerja-pekerja di Malaysia, iaitu di paras RM1,000 sebulan. Di samping itu tidak ada pengangguran — semua rakyat yang sanggup bekerja boleh bekerja dan mendapat pendapatan berpatutan. Yang anehnya kenaikan pendapatan pekerja yang pesat ini bukan disebabkan oleh desakan para pekerja atau kesatuan-kesatuan mereka. Sebenarnya di negaranegara ini hampir tidak ada kesatuan sekerja yang efektif dan sehingga baru-baru ini tidak ada mogok dan lain-lain tindakan perusahaan. Mungkin ada yang akan berkata pekerja-pekerja di negara-negara ini tidak bebas — 'not free'. Tetapi hakikatnya ialah pekerja-pekerja mendapat pendapatan yang lebih baik dan hidup lebih bahagia daripada pekerja-pekerja yang dikatakan bebas. Apakah maknanya kebebasan jika tidak ada hasil yang baik daripadanya? Di Malaysia pekerja-pekerja bebas tetapi kemajuan pekerja-pekerja kita tidak seperti kemajuan pekerja-pekerja di negara-negara NIC. 786

Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja di Barat selalu menekankan mengenai kebebasan para pekerja. Mereka amat suka jika kebebasan ini membawa kepada tindakan-tindakan perusahaan. Apakah ini kerana mereka ingin mempertahankan pekerja-pekerja di negara-negara membangun? Sebenarnya mereka tahu dan kita juga tahu bahawa mereka ingin melihat ketenteraman perusahaan di negara-negara membangun diganggu supaya keluaran kita tidak dapat bertanding dengan barang-barang keluaran mereka. Sebab itu, mereka bercakap mengenai kebebasan, mereka merapatkan diri dengan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja di negara-negara membangun dan mereka memberi bantuan kewangan kepada kesatuan-kesatuan sekerja di negara-negara membangun. Jika benar mereka bersimpati dengan pekerja-pekerja kita, mereka harus menolong menjayakan pemasaran barang-barang kita di negara mereka yang kaya. Tetapi merekalah yang mendesak supaya dikenakan sekatan terhadap barang-barang kita, ditarik balik GSP dan lain-lain lagi. Kesatuan sekerja di negara-negara maju mahukan kesatuan kita bebas bertindak melulu, mogok dan mengambil lain-lain tindakan supaya perusahaan kita tidak kompetitif dengan mereka. Simpati yang mereka tunjukkan kepada kita adalah sebenarnya untuk kepentingan mereka. Sebab itulah di Amerika Syarikat mereka menyokong penarikan balik GSP daripada eksport negara kita. Kita percaya kepada kebebasan pekerja-pekerja tetapi bukannya kebebasan untuk membinasakan diri sendiri atau kebebasan untuk menolong negara yang sudah mewah. Kebebasan mestilah membawa kebaikan kepada kita. Kebebasan hanya kerana berbangga dengan kebebasan tidak berguna dan tidak bermakna. Saranan saya ialah kebebasan berkesatuan dan mengambil tindakan perusahaan tidak semestinya membawa kebaikan kepada pekerja-pekerja. Pendirian bahawa majikan-majikan adalah musuh pekerja-pekerja dan mereka mesti berkonfrontasi dengan majikan-majikan tidak semestinya membawa keuntungan kepada pekerja-pekerja. Sebenarnya jika kita mengambil empat negara NIC tadi sebagai contoh yang akan memberi pendapatan yang lebih kepada pekerja-pekerja ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat. Pertumbuhan ekonomi akan menambah peluang-peluang pekerjaan sehingga permintaan tenaga kerja melebihi bekalan — iaitu bilangan kekosongan melebihi bilangan pekerja. Di waktu itu majikan terpaksa bersaing menaikkan gaji untuk mendapatkan pekerja-pekerja. Majikan yang sudah ada pekerjapun terpaksa menaikkan gaji supaya pekerja-pekerja tidak lari ke syarikat-syarikat lain. Jika daya pengeluaran pula ditingkatkan kerana kerajinan bekerja, kos pengeluaran tidak akan meningkat walaupun gaji naik. Dengan ini barang-barang yang dikeluarkan masih kompetitif dan laris dijual. Ekonomi akan berkembang lagi dan permintaan tenaga kerja akan bertambah dan gaji juga akan terus naik. 787

Inilah yang berlaku di negara-negara NIC. Kenaikan pendapatan secara ini lebih cepat daripada kenaikan melalui tuntutan dan ancaman tindakan perusahaan. Sebab itu dalam jangkamasa yang sama, kenaikan pendapatan pekerja-pekerja di negaranegara NIC lebih cepat daripada negara-negara lain di mana majikan dan pekerja berkonfrontasi dan mogok diadakan. Masanya sudah tiba untuk kita memikirkan semula tentang peranan dan caracara bertindak kesatuan sekerja. Seperti mana ideologi komunis dan sosialis sudah didapati tidak dapat membawa kebaikan, sepertimana konfrontasi di antara Barat dengan Timur sudah tidak lagi berkesan dalam memperluaskan pengaruh masing-masing, mungkin sudah tiba masanya untuk kita memikirkan semula mengenai kesatuan-kesatuan sekerja dan peranannya sebagai pelindung dan alat kebajikan para pekerja. Apakah nasib pekerja hanya boleh diperbaiki dengan cara berkonfrontasi dan mendesak sesuatu daripada majikan, dan jika tidak, tindakan perusahaan akan diambil? Atau apakah kesatuan-kesatuan sekerja harus menumpukan perhatian kepada peningkatan daya pengeluaran oleh para pekerja agar perusahaan lebih berjaya, dan dengan itu, pekerja akan mendapat layanan yang lebih baik? Bagi Kerajaan Malaysia, kita berpendapat nasib para pekerja dan penganggur hanya boleh diperbaiki dengan adanya pertumbuhan ekonomi yang pesat. Kita yakin bahawa jikalau ekonomi kita maju, maka tidak dapat tidak, pekerja-pekerja akan mendapat nikmat yang lebih. Ke arah ini kita akan memberi galakan kepada pelaburpelabur supaya mereka berjaya dan dengan ini menarik lebih ramai pelabur, sama ada dari dalam atau dari luar negeri. Jika para pekerja dan kesatuan mereka memberi kerjasama, bekerja keras dan meningkatkan lagi daya pengeluaran, ini akan menolong usaha negara meningkatkan ekonomi dengan lebih pesat lagi. Akhirnya, para pekerja akan menikmati pendapatan seperti yang dinikmati oleh negara-negara NIC dan Jepun. Sudah lebih seratus tahun konsep dan peranan kesatuan sekerja dianggap sebagai kumpulan pendesak dengan senjata-senjata tertentu. Tetapi zaman sudah berubah. Majikan bukan lagi satu kumpulan yang terlalu tamak yang memperhambakan pekerja-pekerja mereka. Majikan memainkan peranan yang penting mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Mereka memberi cuti yang berpatutan, membiayai pencen dan mengadakan kemudahan rawatan dan riadah bagi pekerja-pekerja. Jika mereka tidak berlaku adil, ada undang-undang yang boleh digunakan terhadap mereka. Sepanjang masa, Kerajaan yang dipilih oleh rakyat, yang termasuk pekerja akan mengawasi layanan majikan terhadap pekerja. Oleh kerana dalam demokrasi pekerja lebih ramai daripada majikan, Kerajaan tidak boleh membelakangkan pekerja. Jika Kerajaan melayan pelabur-pelabur dan majikan, sebabnya ialah kita mengutamakan kepentingan pekerja dan pengujudan peluang-peluang bagi pekerja-pekerja. 788

Saya berharap kesatuan-kesatuan sekerja dan para pekerja tidak memikirkan hanya tentang keuntungan jangka pendek. Memang benar tindakan perusahaan boleh membawa keuntungan segera, tetapi ia menjejaskan pertumbuhan ekonomi yang menghadkan keuntungan jangka panjang pekerja. Kajikanlah pencapaian pekerjapekerja melalui tindakan perusahaan dan bandingkannya dengan pencapaian pekerjapekerja di negara-negara yang mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat. Perhatikanlah bagaimana negara yang kaya raya pun mengalami kemerosotan ekonomi akibat tindakan perusahaan, dan pekerja-pekerja mengalami kemerosotan pendapatan. Kita tidak berhak hendak menghapuskan kesatuan-kesatuan sekerja atau membelakangkan para pekerja. Tetapi, seperti kata pepatah Inggeris "There are many ways to skin a cat". Apakah di zaman ini nasib pekerja-pekerja hanya boleh diperbaiki dengan tindakan perusahaan? Atau apakah jalan-jalan lain seperti menolong meningkatkan pertumbuhan ekonomi tidak lebih berkesan dalam usaha memperbaiki nasib pekerja-pekerja? Sama-samalah kita memikirkannya. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada CUEPACS kerana menjemput saya ke Majlis ini. Saya percaya Konvensyen ini akan mendatangkan manfaat kepada CUEPACS khususnya, kepada kaum pekerja dan kepada negara amnya. Dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan Konvensyen CUEPACS ini.

789

UCAPAN PERDANA MENTERI Y. A, B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN KESATUAN PERKHIDMATAN TEKNIK SEMENANJUNG MALAYSIA (MTSU) KUALA LUMPUR 15HB. JULAI, 1989

S

aya mengucapkan terima kasih kepada Kesatuan Perkhidmatan T e k n i k Semenanjung Malaysia atau M T S U kerana menjemput saya ke Persidangan Perwakilan M T S U ini. Ini adalah kali ketiga saya merasmikan Persidangan M T S U dan saya berharap persidangan ini akan menghasilkan idea-idea yang akan memberi manfaat kepada semua ahli kesatuan sekerja ini.

Ini adalah minggu kedua berturut-turut saya berucap kepada kesatuan sekerja. Hari ini saya berhadapan dengan ahli-ahli M T S U . Pada minggu lepas saya telah menghadiri Konvensyen CUEPACS. Seperti mana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, sebelum itu saya telah mengadakan perjumpaan dengan M T U C . Nampaknya bulan ini adalah bulan kesatuan sekerja bagi saya. Tetapi apa yang penting kepada saya ialah, ia menunjukkan kemesraan di antara kesatuan-kesatuan sekerja dengan pihak Kerajaan. Saya berharap hubungan mesra ini bukan sahaja dipelihara, tetapi juga ditingkatkan demi kepentingan kita bersama. Kerajaan mempunyai hubungan baik dan mesra dengan kesatuan-kesatuan sekerja sama ada dalam perkhidmatan awam atau swasta. Dalam hal ini M T S U merupakan salah satu kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam yang telah memberi kerjasama serta menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan. Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, Kerajaan mengutamakan kerjasama dengan pihak kesatuan-kesatuan sekerja termasuklah kesatuan-kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam di mana Kerajaan merupakan majikannya. Kesatuan-kesatuan sekerja awam telah memberikan kerjasama yang diperlukan bagi menyelesaikan berbagai-bagai perkara yang dihadapi oleh kakitangan Kerajaan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun kadangkala terdapat juga perbezaan di antara pihak Kerajaan dengan kesatuan-kesatuan sekerja awam, tetapi pada hemat saya, ini adalah perkara biasa dalam negara yang mengamalkan demokrasi. Pengalaman kita serta sejarah hubungan antara Kerajaan dengan kesatuankesatuan sekerja awam jelas menunjukkan bahawa lebih banyak faedah dan manfaat dapat diperolehi daripada kerjasama antara dua pihak. Sebaliknya jarang dapat kita menyelesaikan sesuatu masalah itu apabila terdapat konfrontasi atau pergeseran dalam hubungan antara Kerajaan dan kesatuan-kesatuan sekerja awam. Pendek kata, 790

kerjasama menghasilkan lebih banyak manfaat daripada sikap pertentangan. Kerajaan berharap bahawa kesatuan-kesatuan sekerja awam akan mengutamakan sikap kerjasama dan bertolak-ansur dalam sebarang perundingan dengan pihak majikan. Sepertimana kita sedia maklum, sektor perkhidmatan awam merupakan perkhidmatan terbesar di negara kita. Kira-kira 840 ribu orang kakitangan berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Pengwujudan perjawatan dalam perkhidmatan awam meningkat dengan banyak pada tahun-tahun tujuh puluhan dan awal lapan puluhan. Selepas itu, dengan perlancaran dasar penswastaan dan dengan terlaksananya langkah-langkah mengawal kewangan Kerajaan berikutan kemelesetan ekonomi, pengwujudan jawatan-jawatan awam yang baru telah terhad kepada jawatan-jawatan yang sangat penting sahaja. Langkah ini adalah sangat perlu setelah kita mengkaji kedudukan kewangan negara. Di segi mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan ini, sektor swasta hendaklah memainkan peranan yang penting, terutama apabila Kerajaan telah menetapkan bahawa pihak swasta akan menjadi jentera utama dalam pembangunan ekonomi negara pada masa hadapan. Dalam hal ini Kerajaan telah melonggarkan beberapa peraturan pelaburan bagi menarik lebih banyak pelaburan. Strategi ini disamping memesatkan lagi pembangunan ekonomi keseluruhannya, adalah juga untuk mewujudkan lebih banyak lagi peluang-peluang pekerjaan di negara ini. Kerajaan akan terus memastikan sektor swasta diberi galakan untuk mewujudkan seberapa banyak pekerjaan. Syarat-syarat yang lama yang lebih menekankan penyertaan penduduk tempatan dan bumiputera dalam modal atau 'equity dikurang atau digugurkan sama sekali, kerana semasa kemelesetan bahagian D E B yang diutamakan ialah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Pengwujudan peluang-peluang pekerjaan memenuhi kehendak pembasmian kemiskinan. Walaupun ini mungkin difikirkan tidak ada kena mengena dengan peluang pekerjaan dan pendapatan pekerja dalam sektor awam, sebenarnya secara tidak langsung ia mempunyai kaitan yang rapat. Jika tidak ada pertumbuhan ekonomi Kerajaan akan menghadapi kesukaran membiayai jentera Kerajaan yang begitu besar. 5

Perubahan ekonomi ke arah perindustrian yang lebih pesat memerlukan tambahan tenaga kerja dalam beberapa bidang tertentu, terutama kejuruteraan, teknikal, pengurusan dan bidang kemahiran tertinggi. Kerajaan telah menyelaraskan sistem pendidikan dan latihan daripada peringkat sekolah menengah lagi untuk memenuhi keperluan baru ini. Setakat ini para lepasan sistem pendidikan dan latihan Kerajaan telah dapat memenuhi keperluan itu. Kerajaan akan terus mempertingkatkan keberkesanan dalam menghasilkan tenaga kerja yang mahir, berpengalaman dan mudah menyesuaikan diri dengan keperluan pihak swasta. Saya ingin menyentuh sedikit mengenai perkembangan yang sedang berlaku di negara kita. Semenjak galakan diberikan oleh Kerajaan kepada para pelabur dalam berbagai jenis industri peluang-peluang pekerjaan telah diwujudkan. Tiap-tiap hari 791

iklan berkenaan dengan peluang pekerjaan di pelbagai peringkat disiarkan dalam akhbar. Dalam keadaan ini sepatutnya bilangan penganggur berkurangan. Tetapi pengangguran masih menjadi masalah kerana ramai yang terlalu memilih kerja atau memilih tempat untuk bekerja. Ramai yang mungkin tidak sanggup meninggalkan kampung halaman untuk mengejar kerja. Ramai yang percaya bahawa kerjakerja tertentu tidak sesuai bagi mereka. Pembangunan negara memerlukan pertumbuhan berbagai bidang ekonomi. Pertumbuhan ekonomi juga akan meningkatkan pendapatan pekerja. Jika rakyat Malaysia tidak sanggup bekerja, ekonomi negara tidak akan tumbuh, akhirnya pekerja juga yang akan menjadi mangsa. Justeru itu amatlah penting kaum pekerja diorientasikan supaya dapat menyesuaikan diri dengan iklim perubahan yang dilalui oleh negara di waktu ini. Saya percaya ini adalah kali terakhir saudara Ragunathan menyertai M T S U . Saya mengenali saudara Ragu buat pertama kali apabila beliau mengetuai satu 'picket line' di Kementerian Pelajaran semasa saya menjadi Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri yang baru dilantik saya tidak senang hati dengan kegiatan 'militant' saudara Ragu. Masa yang panjang berlalu sebelum saya mengenali dengan rapat saudara Ragu. Saya dapati beliau adalah 'unionist par excellence' — seorang yang amat 'dedicated' kepada the cause of the workers'. Walaupun beliau kenal dengan saya, beliau tidak pernah lupa bahawa beliau mewakili kepentingan pekerja. Tuntutan yang dibuat oleh beliau terutama sekali berkenaan dengan Pembantu Teknik tidak pernah dihentikan walau apapun cadangan tolak-ansur daripada Kerajaan. Persaraan beliau bermakna satu kehilangan besar bagi M T S U , dan juga gerakan buruh di negara ini. Saya ingin mengucapkan selamat bersara kepada saudara Ragu sebagai Setiausaha MTSU. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada M T S U kerana menjemput saya ke persidangan ini. Saya percaya persidangan ini akan menghasilkan sesuatu yang membina bukan sahaja kepada M T S U tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya. Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Perwakilan M T S U ini.

792

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEMPENA MERASMIKAN PELANCARAN MINGGU SAINS DAN TEKNOLOGI KEBANGSAAN 1989 KUALA LUMPUR 14HB. OGOS, 1989

S

aya mengucapkan terima kasih kerana dijemput untuk merasmikan pelancaran Minggu Sains dan Teknologi Kebangsaan 1989 ini. Saya berharap Minggu Sains dan Teknologi ini akan berjaya menarik minat masyarakat untuk memahami peranan sains dan teknologi dalam pembangunan negara.

Kerajaan bertekad untuk menjadikan sains dan teknologi sebagai salah satu teras untuk membina sebuah negara yang berdaya saing atau kompetitif, makmur dan maju. Sebelum ini, hampir dua dekad negara kita telah memberikan penumpuan hampir sepenuhnya kepada pembangunan sektor pertanian. Walaupun sektor pertanian masih memerlukan perhatian daripada segi hasil keluaran, usaha-usaha mempelbagaikan atau 'diversification' serta penggunaan teknologi, namun kita tidak boleh bergantung hanya kepada sektor ini sahaja. Oleh itu, semenjak hampir dua dekad lalu, Kerajaan telah memilih satu strategi baru bagi mempertingkatkan ekonomi negara iaitu dengan memberikan tumpuan kepada pembangunan sektor perindustrian. Kejayaan program perindustrian negara adalah berasaskan kepada beberapa unsur dan salah satunya ialah penggunaan sains dan teknologi. Kemakmuran yang dicapai melalui pembangunan sektor perindustrian akan dapat mempertingkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat. Dengan itu, kita mesti bersedia dan memperlengkapkan diri daripada segi infrastruktur, tenaga manusia dan kesedaran rakyat bagi menerima dan turut menyertai perubahan yang berlandaskan pembangunan sains dan teknologi. Perlumbaan dan persaingan penguasaan ekonomi bukan sekadar kemampuan menguasai bahan mentah tetapi juga untuk memberi nilai tambahan kepada bahan-bahan tersebut di dalam barang-barang lengkap. Perkembangan sains dan teknologi adalah untuk memastikan bahawa kecekapan menambah nilai kepada bahan-bahan mentah yang banyak, yang dimiliki oleh negara kita, digunakan dengan sepenuhnya supaya negara pada masa hadapan tidak hanya menjadi pengeksport bahan-bahan mentah ataupun bahan-bahan separuh mentah. Bahan mentah dari seluruh dunia dijual dengan harga yang sama yang ditentukan oleh pasaran. Kita tidak dapat menguasai harga ini. Sebaliknya harga barangan yang dibuat daripada bahan mentah boleh ditentukan oleh pembuat mengikut kualiti dan bentuk serta kegunaannya. Pembuat bukan sahaja boleh menambah nilai kepada nilai 793

bahan mentah, tetapi juga dapat meraih keuntungan yang lebih, mengikut tahap dan jenis barangan yang dihasilkan. Sebenarnya kekayaan negara-negara yang maju adalah hasil daripada kemampuan mereka menambah nilai kepada bahan mentah yang mereka import. Dan kebolehan ini diasaskan kepada pengetahuan sains yang lebih tinggi dan kecekapan dalam teknologi pembuatan terutamanya. Amatlah menyedihkan jika kita terpaksa membeli balik bahan mentah kita dalam bentuk barang-barang buatan yang berharga begitu tinggi. Kita sedar bahawa barang-barang buatan tertentu memerlukan kuantiti atau 'volume' yang tinggi untuk mengurangkan kosnya, tetapi pasaran negara kita agak terlalu kecil untuk keluaran barang-barang dengan kuantiti yang tinggi. Tetapi ada barang-barang yang mungkin tidak memerlukan kuantiti yang tinggi atau mungkin juga kita mengeksport untuk meningkatkan kuantiti. Tetapi sekali lagi jika kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi, kita tidak mungkin mengeluarkan barang-barang yang sesuai dan dengan harga yang menarik. Kini sektor perindustrian telah berupaya memberikan sumbangan yang lebih besar kepada K D N K atau Keluaran Dalam Negeri Kasar dan kepada pendapatan eksport jika dibandingkan dengan sektor pertanian. Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermakna negara memiliki pengetahuan sains dan teknologi bagi mencapai sepenuhnya tahap perindustrian yang diidamkan. Jika diperhatikan secara teliti, sumbangan kepada sektor ini sebahagian besarnya adalah dibuat oleh pelabur-pelabur asing. Tahap sumbangan industri negara sebenarnya yang dimiliki oleh rakyat negara ini adalah terlalu kecil. Oleh itu, di saat kita menyambut baik sumbangan sektor perindustrian kepada ekonomi negara yang berasaskan kepada perkembangan teknologi, kita perlu memahami bahawa teknologi sebenarnya masih belum berada di tangan kita. Menyedari hakikat ini, Kerajaan telah merintis dan berusaha ke arah peningkatan penggunaan teknologi-teknologi baru. Ini termasuklah melalui projek-projek H I C O M untuk terlibat secara serius dengan perusahaan industri berat, begitu juga dengan pengwujudan agensi-agensi penyelidikan Kerajaan seperti SIRIM, Unit Tenaga Nuklear dan M I M O S dan bagi menyediakan asas untuk negara terlibat secara lebih berkesan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi, khususnya di sektor perindustrian. Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada usahausaha R&D dalam bidang ini dengan memberi keutamaan dalam pemberian peruntukan kewangan dan tambahan kakitangan. Di samping itu, sistem pendidikan negara telah dikemaskinikan supaya anakanak kita dapat menghayati kepentingan sains dan teknologi. Tekanan sekarang ialah ke arah pengeluaran lebih ramai saintis dan juruteknik yang sesuai dengan keperluan berbagai jenis industri. Sekolah-sekolah biasa akan memberi tumpuan kepada mata pelajaran yang ada kaitan dengan teknologi dan sains gunaan, sementara peranan sekolah vokasional dan teknikal akan ditingkatkan lagi. 794

Kerajaan telah berusaha untuk mensyaratkan kepada pelabur-pelabur asing supaya pemindahan teknologi dapat dilakukan kepada tenaga kerja dan pengurusan tempatan. Tetapi, program-program pemindahan teknologi tidak dapat dilakukan seandainya masyarakat dan rakyat Malaysia keseluruhannya tidak bersedia dan tidak memahami asas-asas sains dan teknologi yang diperlukan untuk menjayakan pemindahan teknologi kepada kita. Teknologi bukan boleh dipindahkan kepada sesiapa sahaja, tetapi kepada orang-orang yang mempunyai minat dan keupayaan. Terdapat tiga faktor penting untuk memastikan kejayaan negara dalam memajukan sains dan teknologi. Pertama ialah kesediaan daripada segi sikap dan pengetahuan golongan ahli-ahli sains dan teknologi untuk memberikan sumbangan, terutamanya dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan atau R&D. Keduanya ialah kesediaan Kerajaan untuk menyediakan infrastruktur, dasar dan program untuk mendukung cita-cita tersebut. Akhir sekali ialah kesediaan golongan usahawan untuk memperalatkan hasil kajian sains dan teknologi bagi menerokai bidang perusahaan baru, serta bersedia untuk mengambil risiko dalam bidangbidang ini. Ketiga-tiga faktor ini perlu diselaraskan supaya ia menjadi satu tenaga yang boleh memajukan negara. Sains dan teknologi tidak akan dapat dibangunkan melalui kerja-kerja penyelidikan sahaja, tetapi selain daripada sokongan Kerajaan, ia memerlukan penglibatan para usahawan yang akan menggunakan hasil-hasil penyelidikan melalui pengeluaran barang-barang baru untuk dipasarkan. Atas alasan inilah Kerajaan telah meminta syarikat-syarikat swasta turut terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi. Kerajaan mengharapkan supaya sekurang-kurangnya 25% daripada program R&D negara pada masa hadapan dapat diusahakan dan dibiayai oleh syarikat-syarikat swasta. Kerja-kerja penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat swasta sendiri atau melalui program-program penyelidikan bersama dengan institusi-institusi penyelidikan Kerajaan dan kampus-kampus, atau melalui kontrak penyelidikan atau 'research contract' di antara syarikat-syarikat swasta dengan para penyelidik daripada institusi-institusi berkenaan. Dalam hal ini, para penyelidik dalam bidang sains dan teknologi haruslah menghalakan seluruh bentuk penyelidikan mereka untuk keperluan industri dan pembangunan perindustrian. Tidak guna kita membelanjakan jutaan Ringgit dalam kerjakerja penyelidikan seandainya hasil yang didapati tidak dapat digunakan oleh rakyat dan negara bagi mempertingkatkan kesejahteraan hidup mereka. Kerajaan menyokong sepenuhnya usaha-usaha untuk mempertingkatkan penggunaan sains dan teknologi demi memajukan negara. Oleh itu, semua agensi Kerajaan terutama agensiagensi yang terlibat dengan tugas-tugas pembangunan sains dan teknologi akan memberikan sokongan kepada pembangunan sektor perindustrian. Bagi memastikan ekonomi negara kita terus berkembang, kita tidak boleh lagi mengambil sikap untuk mengikut arus masa dalam memperkembangkan 795

ekonomi. Tugas sains dan teknologi adalah supaya ia bersedia untuk bertindak bagi memberi sumbangan ke arah kesejahteraan negara pada masa hadapan. Mekanisme bagi melaksanakan program-program sains dan teknologi mestilah bersifat pro-aktif dengan memerhatikan perkembangan ekonomi dunia secara keseluruhannya. Dengan itu, ahli-ahli sains dan teknologi tidak hanya perlu untuk menumpukan aktiviti-aktiviti mereka dalam bidang barang-barang tradisional, tetapi mestilah juga turut memajukan barang-barang baru. Mungkin ramai daripada rakyat Malaysia yang percaya bahawa kita terlalu ketinggalan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan atau R&D untuk mencari sendiri cara-cara penggunaan sains dan teknologi yang belum pernah diterokai dan dicipta oleh pihak yang lebih maju. Pendapat ini tidak berasas. Sebenarnya mereka yang hari ini begitu kehadapan atau 'advanced' juga kolot dahulu. Tetapi kerana usaha penyelidikan dan pembangunan diteruskan tahun demi tahun, bahkan dekad demi dekad, maka akhirnya mereka dapat mencapai kejayaan. Jika dalam bidang pertanian kita boleh berbangga dengan hasil penyelidikan kita sekarang, jika kita tekun dan usaha, lama-kelamaan kita juga akan berjaya dalam bidang mencipta dan merekabentuk barang-barang yang menggunakan sains dan teknologi baru. Untuk memudahkan proses pemindahan teknologi, satu cara yang amat berkesan ialah apa yang dikatakan "reverse engineering" iaitu meniru barang buatan orang lain. Kita tidak harus malu dengan pendekatan ini kerana inilah pendekatan yang diguna oleh banyak negara yang sekarang telah berjaya. Institusi-institusi penyelidikan hendaklah mempunyai bahagian-bahagian yang khusus untuk membuat 'reverse engineering' dengan segala barang-barang yang mungkin dikeluarkan oleh negara kita. Jika kita sudah tahu akan cara-cara barang-barang ini dibuat, kita mungkin dapat mengeluarkannya dalam bentuk baru dengan mengambil kesempatan daripada kos tenaga kerja yang rendah yang terdapat di negara ini. Kita mungkin gagal pada mulanya, tetapi jika kita bertekun, insya-Allah kita akan memperolehi hasil daripada proses 'reverse engineering' ini. Kita telah melihat dalam berbagai bidang yang kita ceburi bahawa kelok pembelajaran atau "learning curve" kita meningkat dengan cepat. Justeru itu kita boleh yakin untuk mewujudkan suasana baru dalam perkembangan perindustrian. Orientasi penggunaan sains dan teknologi mestilah bertujuan untuk mempertingkatkan produktiviti negara. Hanya dalam bidang sains dan teknologi gunaan sahaja kita akan memperolehi pencapaian yang baik. Oleh itu marilah kita semua menumpukan tenaga dan fikiran yang sewajarnya kepada bidang sains dan teknologi untuk negara. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar kerana menjemput saya ke majlis perasmian ini. Saya berharap Minggu Sains dan Teknologi ini akan berjaya meningkatkan penguasaan 796

ilmu sains dan teknologi di kalangan rakyat Malaysia untuk pembangunan negara keseluruhannya. Dengan kata-kata ini, saya dengan rasminya melancarkan Minggu Sains dan Teknologi Kebangsaan 1989 ini.

797

UCAPAN PERDANA MENTERI Y.A.B. DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD DI UPACARA PERASMIAN PERSIDANGAN TAMADUN MELAYU KE-11 KUALA LUMPUR 15HB. OGOS, 1989

B

ersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berjumpa di Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu ke-11 ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan kerana menjemput saya merasmikan persidangan ini. Saya juga mengucapkan selamat datang kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian terutama sarjana-sarjana dari luar negeri. Saya diminta berucap di Persidangan Tamadun Melayu Ke-11 ini atas tajuk 'Kegemilangan Tamadun Melayu, Warisan dan Cabaran Abad Ke-21'. Dalam tajuk ini, ada tiga perkara yang harus dibincangkan: pertama, kegemilangan tamadun Melayu, kedua, warisan, ketiga, cabaran. Di zaman moden ini tuntutan ilmu tidak lagi terhad kepada kumpulan ilmuan atau cerdik pandai tetapi sudah menjadi hak dan minat seluruh masyarakat. Untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang-bidang ilmu, kajian perlu dibuat melalui penyelidikan, perbincangan dan lain-lain cara. Di masa-masa yang lampau terdapat minat yang tebal di kalangan kumpulan etnik Melayu untuk mengetahui dengan lebih mendalam akan zaman kegemilangan dahulu serta untuk mengenali tamadun yang menjadi asas dan warisan mereka.

Apabila kita menyebut tentang kegemilangan zaman dahulu, secara tidak langsung kita membuat perbandingan dengan keadaan zaman ini yang dirasai tidak begitu gemilang. Perbandingan cara ini adalah baik jika tujuannya ialah untuk mencari inspirasi dan keyakinan bahawa kegemilangan dahulu boleh dikejar dan dicapai di zaman ini. Tetapi perbandingan adalah buruk jika kita hanya ingin berkhayal dengan zaman dahulu, bagi menyedapkan hati dan mencari perlindungan daripada pandangan dunia terhadap kita sekarang. Setiap bangsa atau kumpulan etnik mempunyai tamadunnya sendiri, jika ini diertikan dengan keseluruhan atau 'total sum' kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik yang digubal dan tergubal dalam masyarakat berkenaan. Walau bagaimanapun terdapat antara tamadun itu yang dianggap tinggi kerana tingkat pencapaiannya yang baik dalam keilmuan, falsafah, susunan dan keteguhan masyarakat berkenaan. Dilihat daripada sudut-sudut tersebut, tidak dapat tidak, kumpulan etnik Melayu yang bertempat di Semenanjung dan kepulauan Asia Tenggara, pulau-pulau Lautan 798

Hindi dan Lautan Pasifik mempunyai tamadun yang tinggi. Walaupun tidak semua kumpulan etnik Melayu mempunyai tahap tamadun yang sama tingginya, tetapi nyata sekali ada kumpulan-kumpulan yang tamadunnya boleh menandingi tamadun Asia Tengah dan Lautan Mediterranean. Pengenalan tamadun Melayu secara dekat amat penting sekali kerana kita harus tahu apa yang diwarisi oleh kita. Di sini kita perlu kepada kejujuran intelektual atau 'intellectual honesty'. Kita tidak boleh menidakkan bahawa di zaman yang gemilang juga terdapat ciri-ciri yang buruk, yang sebenarnya menjadi sebab mengapa yang gemilang menjadi pudar dan akhirnya hilang terus cahayanya. Mengenali unsur yang tidak baik yang terdapat di zaman dahulu, sama ada gemilang atau tidak, merupakan usaha yang tidak boleh diabaikan, seperti kata George Santayana: "Mereka yang tidak mempelajari daripada sejarah akan didera dengan mengulangi segala kesalahan dahulu". Sudah tentu mengulangi kesalahan akan membawa kesan buruk yang sama seperti yang berlaku dahulu. Sementara kita ghairah memperkatakan tentang zaman kegemilangan Melaka dalam tamadun Melayu umpamanya, kita tidak harus lupa bahawa zaman itu juga melahirkan orang-orang seperti Kitol dan Raja Mendaliar, pengkhianat kepada bangsa Melayu. Walau bagaimana tinggi sekalipun tamadun Melayu dahulu, hakikatnya ialah ia tidak mampu mempertahankan dirinya daripada serangan dan pengaruh tamadun Barat. Bukan sahaja secara fizikal Barat dapat merampas wilayah-wilayah Melayu, tetapi ciri-ciri tamadun Melayu sendiri telah diserang dan dimusnahkan sehingga orang Melayu tidak lagi kenal akan aspek-aspek tertentu tamadun mereka dan menganggap semua yang ada pada mereka adalah tidak baik. Soalnya ialah apakah serangan tamadun Barat ini ke atas tamadun Melayu baik ataupun tidak? Hakikat yang perlu kita terima ialah sesuatu tamadun itu tidak terbentuk dalam sekelip mata, tetapi mengambil masa yang lama, mungkin beratus tahun lamanya untuk memperolehi cara, nilai dan amalan yang unggul atau 'distinctive'. Sepanjang masa, cara, nilai dan amalan yang secara keseluruhan menjadi 'sum total' sesuatu tamadun bertukar kerana pemikiran baru atau tekanan alam sekeliling. Hanya dengan adanya pertukaran-pertukaran ini tidak bermakna sesuatu tamadun itu telah hancur. Setiap tamadun yang berdayamaju mempunyai sifat-sifat dinamis dan ianya berubah apabila perubahan diperlukan. Tamadun yang tidak berubah, yang beku dan tidak dapat membentuk cara, nilai dan amalan yang baru, demi penyesuaian dan keperluan masa dan tempat, akan mati dan luput. Demikian dengan tamadun Egypt lama, Assyria, Phoenicia, Greece, Mongol dan lain-lain. Demikian juga di Dunia Baru atau New World iaitu apa yang dipanggil sebagai The Americas, tamadun Incas dan lain-lain, tiada lagi merupakan tamadun yang tinggi. Walaupun dikalahkan oleh tamadun Barat, dan ada aspek-aspek tertentu daripada tamadun Barat yang mengambil tempat sebagai sebahagian daripada tamadun Melayu, kita harus bersyukur kerana tamadun Melayu masih tidak hilang kesemua ciri-cirinya. Tamadun Melayu tidak luput dan tidak mati. Ia masih hidup walaupun 799

kadang-kadang sukar untuk mencari persamaan antara tamadun Melayu sekarang dengan tamadun Melayu yang dikatakan asli di zaman gemilang dahulu. Perbezaan antara tamadun lama dan baru ini bererti tamadun Melayu adalah dinamik dan berdaya hidup. Kita masih boleh mengenali tamadun Melayu yang mempunyai ciri-ciri lama sehingga ianya dapat diasingkan daripada tamadun-tamadun lain di zaman ini. Tetapi pengekalan ciri-ciri ini tidaklah sampai menjadikan tamadun Melayu tidak sesuai dengan zaman ini. Minat untuk menghidupkan semula segala ciri tamadun Melayu yang lama biasanya didor