廿
3H
心 Barat
Buku Leks Sckolah Mcncngah Persendirian Cina Malaysia
Jawatankuasa Kurikulum Bersama Jawatankuasa Keija Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia
厥施
Sesuai Untuk Peringkat Menengah Tinggi
Bahasa Malaysia Menengah Tinggi Dua
Penyelaras Editor: Wong Poh Giok Editor Seni: Leong Chooi Fong Reka Bentuk Kulit: Chau Wei Hwa Reka Bentiik Seni: Chau Wei Hwa Penjusunan Teks: Lam You Kum, Goh Li Ping
© Dong Zong Hak cipta terpclihani. Mana-mana bahan atau bahagian dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan sumula, disimpan dalam cam yang belch dipergunakan lagi. atau ditukar kepada apa-apa bmtuk atau apa-apa cara. baik dengan clcktnmik, mckaiiikal, Rjtokopi, rakaman, pmgalihan bahasa dan sebagainya tanpa mendapat kebenaran sccara menulix daripada pihak penerbit (eriebih dahulu.
© Dong Zong All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, translated in any other languages, or transmitted, in any (brm or by any means, elrctronic, mechanical, photocopying, rexording or otherwise, without the prior written permits沁n of the publisher.
Disusun oleh: 量教总华文独中T•委会统一课程委员会 Jawatankuasa Kurikulum Bersama, Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia Diterbitkan & diedarkan oleh: 马来西亚华校董事联合会总会(董总) Persekutuan Persatuan Lembaga Pengiirus Sekolah Cina Malaysia Blok A, Lot 5, Seksyen 10, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor Daral Ehsan, Malaysia. Tel :603-87362337 Fax:603-87362779 Laman Web: www.dongzong.my E-mel:
[email protected] Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd.
Edisi: Terbitan pertama September 2017 Cetakan: Cetakan keempat Oktober 2019
Sidang Pengarang Buku Teks Menengah Tinggi Dua: Penasihat: Dr. Chong Fah Hing Dr. Lim Swee Tin Penulis: Chong Yok Fong Tin Lee Hong Wong Nai Kung
Ahli Jawatankuasa: Agustinus Chong Chee Keong Chong Yok Fong Mohd. Azlan Bin Nasamdin Mohd. Rosli Bin Nordin Mohd. Shahril Bin Abdul Rahman Ng Hiang Meng Nor Jaffty Shah Bin Hashim Sek Choon Chiang Tin Lee Hong Wong Kwong Hui Yen Sui Len Editor: Lee Bee Kean
(nama disusun mengikut unitan huruf)
ih Penghasilan buku ini telah melibatkan pelbagai pihak. Dengan ini, kami ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama memberikan sumbangan sehingga buku ini sempuma diterbitkan.
Buku Teks bahasa Malaysia peringkat Menengah Tinggi ditulis mengikut Sukatan
Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia Tahun
2002, semakan isi kandungan pelajaran Tahun 2011. Buku teks ini juga merupakan satu kesinambungan pembelajaran bagi buku teks bahasa Malaysia peringkat Junior Sekolah
Menengah Persendirian Cina Malaysia. Buku teks peringkat Menengah Tinggi ini dibahagikan kepada tiga jilid, iaitu satu jilid bagi setiap satu sesi persekolahan selama tiga tahun. Setiap jilid buku teks mengandungi
sepuluh unit. Rancangan bahan dan aktiviti pembelajaran bagi setiap jilid adalah berpandu
kepada seminggu enam waktu dan setiap waktu pengajaran dan pembelajaran adalah selama 40 minit.
Sebagai satu pakej, siri buku ini dilengkapi dengan bahan-bahan pengajaran lain yang dirakam dalam cakera padat Hal ini bertujuan untuk membolehkan guru mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan berkesan.
Matlamat kandungan buku teks Menengah Tinggi ini bertujuan untuk mempertingkat
penguasaan dan pemahaman bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina yang merupakan pembelajaran bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua.
Kandungan bagi setiap pelajaran dirancang ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai asas kemahiran berbahasa. Oleh hal yang demikian, keempat-empat kemahiran utama, iaitu
Kemahiran Mendengar, Kemahiran Membaca, Kemahiran Bertutur, dan Kemahiran Menulis
diberikan penekanan dalam setiap unit supaya penguasaan yang menyeluruh dapat tercapai.
Di samping itu, penulisan buku teks peringkat Menengah Tinggi ini juga meliputi pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia mutakhir dan diterap melalui
pendekatan yang berunsurkan tema-tema tertentu. Selain itu, nilai-nilai pendidikan moral dan kebudayaan Asia juga diterapkan melalui tema-tema tersebut. Semoga siri teks ini akan
meningkatkan pencapaian bahasa pelajar di Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina
Malaysia.
Kami berharap agar penerimaan sebarang maklum balas tentang ketiga-tiga bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan ini amat dialu-alukan supaya kami dapat
meningkatkan kualitinya. Tenma kasih.
KANDUNGAN
Muka Surat
UNIT 1: BUMI HIJAU KITA Hutan dan Kepen+ingannya Membaca dan Memahami Mendengardan Bertutur 2.1 Kenai Pasti NamaTumbuhan ________ 2.2 Terjemahkan Lirik Lagu Bahasa Cina 2.3 Menyampaikan Mesej daripada Lagu Bertemakan Alam Sekitar Menulis 3.1 Rumusan 3.1.1 Perenggan Penutup Rumusan 3.1.2 Cara Menulis Perenggan Penutup Rumusan Tatabahasa Morfologi 4.1.1 Kata Hubung Gabungan Sintaksis 4.2.1 Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan Peribahasa
2
7 7
8 9
12 15 18
Sastera
UNIT 2: BERTOLAK ANSUR Niloi Bertoleransi
厚龚
Membaca dan Memahami Mendengardan Bertutur _____
2.2 Menyatakan Kepentingan Sikap Bertoleransi
24
________
____
Menulis 3.1 Karangan Jenis Pendapat ___________ 3,1,1 Clrbciri Karangan Jenis Pendapat________________________ ___________ 3.1.2 Teknik Menulis Karangan Jenis Pendapat__________________ ___________ 3.1.3 Contoh Karangan Jenis Pendapat________________________
31
32
33 33
Tatabahasa Morfologi 4.1.1 Kata Hubung Pancangan
36
Sintaksis 4.2.1 Ayat Majmuk Pancangan _____ 4.2.2 Ayat Majmuk Campuran ______________________________
39 42
Sastera Prosa Klasik-Khoja Maimun
45
Penterjemahan
48
KANDUNGAN
Muka Surat
UNIT 3: HARI BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa Membaca dan Memahami 50 Mendengar dan Bertutur 2.1 Menyampaikan Maklumat tentang Bahasa Ibunda 55 2.2 Membicarakan Perkembangan Pendidikan Bahasa Ibunda di Negara Kita 55|
Menulis 3.1 Rumusan ___________ 3,1,1 Penqqunaan Kata Hubung dalam Rumusan________________
56
3.1.2 Contoh Penggunaan Kata Hubung dalam Rumusan 56 Tatabahasa Morfologi 4.1.1 Kata Bantu 59 4.1.1.1 Gabungan Kata Bantu Aspek 61 _______________ 4.1.1.2 Gabungan Kata Bantu Rag am _______________ 4.1.1.3 Gabungan Kata Bantu Aspek dengan Kata Bantu Ragam 62 4.1.1.4 Gabungan Kata Bantu Ragam dengan Kata Bantu Aspek 4.1.2 Kata Penegas 4.1.3 Kata Nafi 4.1.4 Kata Pemeri Sintaksis 4.2.1 Analisis Ayat Peribahasa Sastera ________ Gurindam-Gurindam 12 Fasal yang Keenam_______________________
_____ Penterjemahan
62 63
64 65 67 68 69
1
UNIT 4: HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH Raj in Berusaha Tangga Kejayaan Membaca dan Memahami _____________________________________ Mendengar dan Bertutur ______ 2.1 Menyampaikan Maklumat tentang Tokoh-tokoh yang Berjaya____ ________ 2.2 Merancang Jadual Pembelajaran Diri ________________________
Menulis 3.1 Karangan Jenis Peribahasa __________ 3.1.1 Karangan Jenis Peribahasa (Bentuk Cerita) ____ ___________ 3.1.2 Karangan Jenis Peribahasa (Bentuk Perbincangan)__________ Tatabahasa Morfologi 4.1.1 Kata Sendi Nama Sintaksis 4.2.1 Kesalahan Umum Penggunaan Kata Sendi Nama
74
81 81
82 85
88 90
Sastera
_____ eiij^^j®i曦 Penterjemahan
96
KANDUNGAN
Muka Surat
UNIT 5: SAYANGI DIRI Sayangilah biri Sendiri Membaca dan Memahami Mendengar dan Bertutur
98
2.1 Aktiviti Main Peranan 2.2 Aktiviti Menjanakan Minda 2.3 Aktiviti Menonton Video Menulis 3.1 Karangan Jenis Syarahan 3.1.1 Format Karangan Jenis Syarahan 3.2 Bentuk Perenggan Pengenalan dan Perenggan Penutup Karangan Jenis Syarahan 3.2.1 Bentuk Karangan Jenis Pertandingan Syarahan 3.2.1.1 Perenggan Pengenalan 3.2.1.2 Perenggan Penutup 3.2.2 Bentuk Karangan Jenis Syarahan Umum ____ 3.2.2.1 Pengenalan Perenggan 3.2.2.2 Perenggan Penutup ________ 3.3 Contoh Karangan Jenis Syarahan______________________
102 102 102
103 104 104 104 104
104 104
械;
Tatabahasa Morfologi __________ 4.1.1 Kata Hampir Sama Bunyi Tapi Berlainan Makna____________ 109 4.1.2 Homograf 112 Sintaksis 4.2.1 Menggabungkan Ayat_________________________________ 113
Sastera Sajak-Harga Remaja Penterjemahan
116 118
UNIT 6: KEMISKINAN DAN MASALAH SOSIAL Kemiskinan dan Masalah Sosial Membaca dan Memahami Mendengar dan Bertutur 2.1 Aktiviti Sumbang Saran 2.2 Aktiviti Mencari Maklumat 2.3 Aktiviti Menjanakan Minda 2.4 Aktiviti Menonton Video Menulis 3.1 Karangan Jenis Keperihalan 3.1.1 Kaedah Menulis Karangan Jenis Keperihalan 3.2 Contoh Karangan Jenis Keperihalan 33 Rumusan Tatabahasa Morfologi 4.1.1 Kata Bilangan 4.1.2 Kesalahan Umum Dalam Ayat 4.13 Penjodoh Bilangan Sintaksis 4.2.1 Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan dalam Ayat Sastera Drama-Tiang Cengal Dinding Sayung Penterjemahan
120 124 124
125 126 128
129 130 131 133 135 138
KANDUNGAN
Muka Surat
UNIT 7: WAYANG KULIT DAN PENGLIPUR LARA Wayang Kulit Membacadan Memahami Mendengar dan Bertutur 2.1 Aktiviti Mereka Cipta ___________________________________ 2.2 Aktiviti Menjanakan Minda
140 144 145
Menulis 3.1 Karangan Jenis Pengalaman 145 3.2 Kaedah Menulis Karangan Jenis Pengalaman (Pandangan Orang Pertama) 146 3.3 Contoh Karangan Jenis Pengalaman__________________________ 146 Tatabahasa Morfologi 4.1 .1 Kata Berimbuhan 149 Sintaksis 421 Memisahkan Ayat 150 Peribahasa 151 Sastera Cerpen-ldola 153 Penterjemahan 156
UNIT 8: KEBEBASAN BERSUARA DI PARLIMEN Hak Bersuara di Parlimen Membaca dan Memahami Mendengar dan Bertutur 2.1 Aktiviti Menonton Video 2.2 Aktiviti Sumbang Saran Menulis 3.1 Karangan Jenis Perbahasan 3.2 Pengenalan Karangan Jenis Perbahasan 3.3 Format Karangan Jenis Perbahasan 3.4 Contoh Karangan Pembahas Pertama 3.5 Contoh Karangan Pembahas Kedua Tatabahasa Morfologi 4.1.1 Penanda Wacana 4.1.1.1 Peranan Penanda Wacana Sintaksis 4.2.1 Jenis-jenis Ayat Majmuk 4.2.1.1 Ayat Majmuk Gabungan 4.2.1.2 Ayat Majmuk Pancangan 4.2.1.2.1 Ayat Relatif 4.2.1.2.2 Ayat Komplemen 4.2.1.2.3 Ayat Keterangan 4.2.1.3 Ayat Majmuk Campuran Sastera Sajak-Bangkitlah Penterjemahan
158 162 162 163 163 164 164 169
171
173 174 174 174 175 176 178 180
KANDUNGAN
Muka Surat
UNIT 9: SASTERAWAN NEGARA Sasterawan Negara Membaca dan Memahami Mendengar dan Bertutur 2.1 Mendeklamasi Sajak 2.2 Aktiviti Kumpulan Menulis 3.1 Karangan Jenis Fakta 3.1.1 Ciri-ciri Karangan Jenis Fakta 3.1.2 Teknik Menulis Karangan Jenis Fakta 3.2 Contoh Karangan Jenis Fakta 3.3 Rumusan Tatabahasa Morfologi 4.1.1 KataGanda Sintaksis 4.2.1 Ayat Aktif dan Ayat Pasif 4.3 Peribahasa Sastera Seloka-Seloka Si Luncai
182 186 186
187 188 188 191
193 194 196 197
UNIT 10: INTERAKSI KARYA SASTERA TIONGHOA DENGAN SASTERA MELAYU Interaksi Karya Sastera Tionghoa dengan Sastera Melayu Membaca dan Memahami 200 Mendengar dan Bertutur 2.1 Aktiviti IndMdu 204 2.2 Aktiviti Kumpulan 204 Menulis 3.1 Karangan Jenis Ucapan 3.1.1 Pengenalan Karangan Jenis Ucapan_______________________=05 ___
3.1.2 Format Karangan Jenis Ucapan
________________ [205
3.1.3 Contoh Karangan Jenis Ucapan (Majlis Formal)______________ 3.1.4 Contoh Karangan Jenis Ucapan (Majlis Tidak Formal) Tatabahasa Morfologi 4.1.1 Kata Terbitan Sintaksis 4.2.1 Cakap Ajuk Cakap Pindah 4.2.2 Rujukan Kata-kata Yang Perlu Diberikan Perhatian dalam ____ Penukaran Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah _______ Sastera Sajak-Dirgahayu Bahasaku
___
206 208
210
212 213 215
BUMI HIJAU KITA Nilai yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran ini; a. penyayang
b. bekerjasama c. kesyukuran
d. keprihatinan e. penghargaan
Hutan dan Kepentingannya Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat;
a. mengetahui maksud ekosistem hutan
b. mengetahui peranan ekosistem hutan kepada manusia dan bumi c. mengetahui peranan kerajaan untuk memelihara dan memulihara ekosistem hutan
d. mengetahui mesej yang disampaikan melalui lagu
e. menyampaikan mesej secara lisan f.
menteij emahkan lagu bahasa Cina kepada bahasa Malaysia
而Q
1. membaca dan memah
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Hutan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya
kerana hutan menyimpan khazanah sejak zaman prasejarah lagi. Kira-
kira 77.2 peratus daripada keluasan negara kita dilitupi pelbagai jenis hutan. Hutan di negara kita bersifat malar hijau kerana kelihatan berwarna
hijau sepanjang tahun. Hutan semula jadi di negara kita terdiri daripada hutan hujan tropika,
hutan paya air tawar, hutan paya air masin, hutan pantai, dan hutan gunung. Hutan hiijan tropika merupakan hutan yang paling luas di Malaysia. Hutan ini terdapat di kawasan tanah pamah dan kaki bukit di tengah-tengah
Semenanjung Malaysia serta kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang ketinggian kurang daripada 1000 meter dari paras laut. Hutan paya air
tawar terdapat di kawasan pedalaman yang salirannya buruk dan bertanih
gambut. Seterusnya, hutan paya air masin terdapat di pinggir laut dan muara sungai yang berlumpur serta dipengaruhi pasang surut laut seperti
2
di muara Sungai Perak, muara Sungai Rajang, dan kawasan pantai Johor. Hutan pantai pula terdapat di kawasan pantai berpasir seperti di sepanjang
pantai timur Semenanjung Malaysia dan sepanjang pantai barat Sabah. Hutan gunung pula terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1000
meter dari paras laut, iaitu di Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker, Banjaran Tahan, dan Banjaran Iran.
Hutan merupakan sebahagian daripada ekosistem global yang
menampung dan memperkaya kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks yang melibatkan komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik ialah semua makhluk hidup
yang berada di dalam hutan manakala komponen abiotik ialah udara,
tanah, air, cahaya, dan galian. Dalam ekosistem, komponen biotik saling bergantungan antara satu sama lain dan bertindak balas dengan komponen
abiotik. Oleh hal yang demikian, keseimbangan ekosistem hutan amat penting kerana banyak memberikan manfaat kepada alam sekitar dan
manusia. Hutan ^ membantu mengimbangkan gas oksigen dan gas karbon
dioksida untuk mengurangkan pencemaran udara dalam atmosfera.
Tumbuh-tumbuhan semula jadi menyerap gas karbon dioksida untuk
Tumbuhan Hijau
Tikus
Rantaian Makanan Dalam Ekosistem
proses fbtosintesis dan mengeluarkan gas oksigen untuk keperluan
haiwan dan manusia. Pada masa yang sama, rantaian makanan dan siratan
makanan juga tidak teqejas kerana tumbuh-tumbuhan membekalkan makanan kepada pengguna primer. Pengguna primer turut menjadi makanan untuk pengguna-pengguna yang lain. Dengan adanya tumbuhan hijau, keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan.
ekosistem hutan dikekalkan. Hal ini berlaku kerana pelbagai jenis hidupan liar, burung, dan spesies tumbuhan yang berharga di hutan tidak akan pupus ditelan zaman sekiranya ekosistem hutan dipelihara. Contohnya,
hutan hujan tropika Malaysia menjadi habitat kepada 600 spesies burung, 800 spesies tumbuhan, 200 spesies binatang liar, 210 spesies mamalia,
150 spesies katak, 140 spesies ular, 80 spesies cicak, dan sejumlah besar
spesies serangga. Hutan Simpan Belum, Perak, misalnya merupakan salah satu hutan simpan yang mempunyai /
spesies flora yang unik seperti bunga
pakma atau nama saintifik Rafflesia.
Biodiversiti tersebut banyak ditemui di
negara kita dan merupakan khazanah negara yang sangat bernilai untuk
夕 A
tujuan penyelidikan dalam industri perubatan herba seperti Tongkat
Ali dan Kacip Fatimah. Di samping itu, hutan tidak kurang
pentingnya untuk membekalkan nutrien, dan memerangkap sedimen, serta bahan-bahan
toksik. Bahan-bahan organik yang kompleks sama ada dalam bentuk daun atau kayu menjadi sumber makanan bagi serangga dan haiwan-haiwan yang hidup di hutan. Contohnya, pokok berembang,
iaitu sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor menjadi sumber makanan kepada kelip-kelip di samping bertindak sebagai penapis kotoran dan racun serta mengalirkan air bersih untuk hidupan yang
terdapat di sungai tersebut. Bahan-bahan toksik seperti racun perosak, sisa
4
buangan domestik, dan sisa buangan dari kilang yang terlekat pada sedimen
yang mendap turut terperangkap. Dengan terperangkapnya bahan-bahan toksik di kawasan hutan bakau, kualiti air di persekitaran pantai dapat
ditingkatkan dan habitat seperti kawasan terumbu karang dapat dilindungi.
Bukan itu sahaja, hutan berperanan sebagai kawasan tadahan hujan dan diibaratkan span yang menyerap air ke dalam tanah. Sumber
air tersebut akan disimpan dan dikeluarkan semula dalam bentuk punca sungai, iaitu di kawasan air teijun dan mata air. Pada masa yang sama,
hutan dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh dan banjir yang meragut nyawa insan. Hal ini dikatakan demikian kerana akar tumbuh-tumbuhan berfungsi untuk mencengkam tanih daripada hakisan air hujan. Tumbuh-
tumbuhan yang berdaun dan beranting tebal bertindak sebagai penutup bumi yang semula jadi. Keupayaan ini dapat mengelakkan tanih daripada
terlerai dan dihakis oleh air. Disebabkan ekosistem hutan amat penting, Majlis Perhutanan
Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus, memelihara, dan memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini mengawal kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di setiap negeri pada setiap tahun. Selepas itu, kaedah penghutanan semula
diwajibkan dengan menanam anak-anak pokok yang bermutu, matang, dan tahan serangan penyakit di kawasan hutan yang ditebang. Banyak
hutan di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak turut diwartakan
sebagai taman negara dan hutan simpan. Misalnya, Hutan Simpan Paya Laut Matang, Hutan Simpan Belum, Hutan Simpan Sungai Lalang, Taman
Negara Endau-Rompin, Taman Negara Niah, dan Taman Negara Kinabalu.
Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) turut bertanggungjawab untuk melindungi hidupan liar di negara kita. Kini, terdapat 55 buah kawasan perlindungan hidupan liar
di seluruh negara. Malah, beberapa spesies hidupan liar seperti badak sumbu, seladang, harimau, gajah, orang utan, dan beberapa spesies burung
yang mengalami kepupusan telah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Sehubungan dengan itu, sesiapa yang memburu hidupan liar tersebut akan dihukum berdasarkan Akta Perhutanan Negara
1984 (Pindaan 1993). Oleh itu, peranan PERHIL1TAN dalam penguatkuasaan
undang-undang yang berkaitan amat penting untuk melindungi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Malaysia.
Kesimpulannya, pengekalan ekosistem hutan amat penting kepada semua
makhluk di bumi ini. Hutan yang dikatakan sebagai paru-paru bumi telah
dianugerahkan oleh Tuhan kepada semua insan. Oleh hal yang demikian, semua pihak harus bekeijasama bagai aur dengan tebing untuk memelihara dan memulihara
hutan semula jadi supaya mengurangkan bencana yang bakal menimpa kita. Seiring dengan keprihatinan pihak berkenaan, pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011
yang diadakan pada awal tahun 2011 merupakan salah satu usaha untuk memupuk
kesedaran tentang kepentingan pelestarian ekosistem hutan dalam kalangan masyarakat. Maka, tahap sensitiviti masyarakat terhadap ekosistem hutan dapat
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
'%4< ^tt^ 1. khazanah - harta benda 2. biodiversiti - kewujudan pelbagai spesies dalam persekitaran semula jadi
3. memerangkap - menyimpan
4. sedimen - enapan 5. mencengkam - memegang kuat-kuat 6. terlerai - terpisah
7. diwartakan - diisytiharkan
8. pelestarian - perlindungan daripada kemusnahan
卜..................................
Soalan Kefahaman 卜..................................
-o -o
1. Terangkan maksud perkataan di bawah ini berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
a) anugerah b) zaman prasejarah 2. Senaraikan jenis-jenis hutan semula jadi yang terdapat di Malaysia.
3. Jelaskan fiingsi akar tumbuhan dan daun tumbuhan. 4. Apakah tujuan penubuhan Majlis Perhutanan Negara?
5. Sebagai rakyat yang mencintai alam semula jadi, nyatakan dua tindakan yang dapat anda lakukan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
2.1
Kenai Pasti Nama Tumbuhan
Ambil gambar tumbuhan yang terdapat di sekitar sekolah anda dan cari
nama tumbuhan tersebut. Nyatakan fiingsi tumbuhan tersebut terhadap pelajar dan sekolah.
2.2 Terjemahkan Lirik Lagu Bahasa Cina Dengar lagu dalam bahasa Cina yang dimainkan, kemudian teijemahkan lirik
lagu tersebut kepada bahasa Malaysia dan bentangkannya.
2,3 Menyampaikan Mesej daripada Lagu Bertemakan Alam Sekitar
Catat mesej yang terkandung dalam lagu yang diperdengarkan, kemudian sampaikan mesej tersebut yang tercatat di depan kelas secara berkumpulan.
ObjektifPengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini9 pelajar dapat; a. mengetahui cara menulis perenggan penutup rumusan
b. mengenal pasti isi tersurat dalam petikan rumusan c. menyenaraikan isi tersirat yang sesuai berdasarkan arahan soalan d. menulis rumusan yang lengkap
3.1 Rumusan 3.1.1 Perenggan Penutup Rumusan
merangkumi pendapat, pandangan
、^
atau cadangan yang diperkatakan dalam petikan
/
Perenggan Penutup Rumusan
8
disokong dengan kata-kata
ditulis dalam satu
,agar\ 'supaya9, 'untuk9
ayat sahaja
3.1.2 Cara Menulis Perenggan Penutup Rumusan
9
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan teknologi hijau dan halangan pelaksanaannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada era globalisasi ini, pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan negara kita. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira kelestarian alam sekitar ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah
semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat
direalisasikan. Akibatnya, generasi masa depan akan mewarisi masalah yang wujud pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah kualiti alam sekitar yang
semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan untuk menangani isu dan masalah tersebut.
Pelbagai usaha untuk menangani isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh
kerajaan, pihak swasta, ataupun masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan
bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Sikap mementingkan diri sendiri untuk mengaut keuntungan itu telah memusnahkan keindahan alam semula jadi bumi kita. Kemusnahan alam semula jadi telah membawa pelbagai musibah kepada bumi ini. Sehubungan dengan itu, kerajaan kita telah melancarkan
Dasar Teknologi Hijau pada tahun 2010. Oleh sebab itu, nama Kementerian Tenaga,
Air, dan Komunikasi dirombak menjadi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, dan
Air. Sebenarnya, teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif akibat daripada aktiviti manusia. Teknologi
ini termasuklah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan
teknologi sedia ada. Teknologi hijau menggunakan sumber alam seperti angin, air, dan solar dapat menjanakan tenaga yang mesra alam. Dengan cara ini, negara kita
tidak akan terlalu bergantung pada sumber bahan api seperti petroleum, arang batu, dan gas yang tidak boleh diperbaharu. Dalam hal ini, teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana boleh menjanakan tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos yang murah.
Selain itu, penggunaan teknologi hijau dapat memulihara dan meminimumkan kesan pencemaran alam sekitar di negara kita. Hal ini berlaku kerana pencemaran alam sekitar yang semakin kronik itu telah menjejaskan kualiti hidup rakyat.
Jika kita menggunakan teknologi hijau, kesan buruk terhadap alam sekitar dapat
diminimumkan. Aplikasi teknologi hijau turut dapat meningkatkan dan melindungi ekosistem. Selanjutnya, pembuangan bahan tercemar boleh dikurangkan di samping
meningkatkan kualiti udara dan air jika teknologi hijau diaplikasikan sepenuhnya. Di samping itu, dari aspek ekonomi, teknologi hijau juga mempunyai
potensi dalam memacukan pembangunan negara. Industri yang menggunakan produk atau membangunkan produk yang berkaitan dengan teknologi hijau turut
dapat menyediakan peluang pekeijaan untuk masyarakat tempatan. Seterusnya, penggunaan teknologi yang mesra alam bukan sahaja mengurangkan kos operasi
bahkan juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah dihasilkan ke luar negara. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenal pasti sebagai sumber pendapatan ekonomi baharu di negara kita.
Untuk memajukan teknologi hijau, pihak kerajaan telah memperuntukkan dana
sebanyak RM20 juta pada tahun 2009 untuk memperhebat aktiviti kesedaran rakyat
tentang keperluan menghijaukan persekitaran dan mengamalkan budaya hidup yang mesra alam. Langkah sebegini selaras dengan strategi pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau, iaitu mempertingkatkan promosi dan kesedaran awam tentang teknologi hijau dan kepenggunaannya. Pihak kerajaan turut mewujudkan dana beijumlah RM 1.5 bilion dalam Bajet 2010 untuk memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Melalui dana ini, syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau
dapat membuat pinjaman untuk membiayai projek yang menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau.
Kesimpulannya, aplikasi teknologi hijau harus dipertimbangkan sepenuhnya untuk melaksanakan aktiviti harian kita. Amalan mesra alam bukannya perkara baharu tetapi telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kita perlu mengubah minda kita untuk memanfaatkan teknologi hijau agar dapat menikmati kehidupan yang harmoni dalam jangka masa panjang. Anjakan paradigma generasi kini dalam
teknologi hijau akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak dan cucu-cicit kita pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, bersama-samalah kita mengamalkan sikap positifyang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
11
4. TATABAHASA
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat;
a. mengenal pasti maksud Kata Hubung Gabungan
b. menyatakan contoh-contoh Kata Hubung Gabungan c. mengetahui penggunaan Kata Hubung Gabungan d. mengenal pasti kesalahan penggunaan Kata Hubung Gabungan
e. mengetahui pembentukan Ayat Majmuk Gabungan f. mengetahui cara menggabungkan ayat dengan menggunakan Kata Hubung Gabungan
g. mengetahui maksud peribahasa yang disenaraikan dan penggunaannya
4.1
Morfologi
4.1.1 Kata Hubung Gabungan c Kata Hubung Gabungan ialah kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.
Contoh:
12
.ata Hubung
Penggunaan
Contoh Ayat
menggabungkan subj ek dengan subjek, objek dengan objek, ayat dengan ayat yang setara
Elaine beratur untuk membeli nasi lemak dan air sirap di kantin sekolah.
menunjukkan pilihan
"Kamu mahu air kopi atau air teh?" Tanya Sally kepada Nie Ching.
tetapi
menunjukkan sesuatu yang bertentangan
Gaun itu cantik sangat tetapi mahal.
serta
menggabungkan subj ek dengan subjek, objek dengan objek, ayat dengan ayat yang setara
Irfan dan keluarganya serta Mak Cik Nazliah akan bercuti ke Pulau Perhentian pada minggu depan.
lalu
menunjukkan dua perbuatan yang dilakukan berturutturut
Saljit teijun ke dalam sungai lalu berenang ke arah budak yang kelemasan itu.
sambil
menunjukkan perkara yang dilakukan pada waktu yang sama
Encik Ngoi memandu kereta sambil mendengar siaran radio.
menunjukkan sesuatu yang bertentangan
Hafiz tidak pergi ke sekolah sebaliknya merayau-rayau di pusat beli-belah.
menyatakan maksud setelah itu atau lalu
Langit mendung maka kakak pun mengutip kain dari ampaian.
menunjukkan pengecualian
Semua buku teks telah dibalut kecuali buku teks itu.
menunjukkan keadaan yang sebenar
Lee Kee masih tidak pergi ke pejabat padahal dia sudah sembuh daripada demam.
menyatakan maksud serta
Pemuda itu tampan lagi berbudi bahasa.
menyatakan maksud selepas itu
Linda mengupas kulit bawang merah kemudian membasuhnya sehingga bersih.
menunjukkan pertentangan dengan maksud ayat utama
Suara datuk yang lantang itu bukan sahaja tidak menakutkan Saad malahan membuatkannya ketawa.
dan
atau
sebaliknya
maka
melainkan / kecuali
padahal
lagi
kemudian
malahan
13
A. Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menamhahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
12.
malahan
B. Betulkan kesalahan penggunaan Kata Hubung Gabungan dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian tulis ayat-ayat itu semula dengan jawahan yang betul.
1. Najwa raj in mengulang kaji pelajaran sambil dia masih tidak dapat mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
2. Zain menangis teresak-esak kecuali meminta ibu menyapukan ubat pada Iuka di kakinya.
3. Cikgu Ngui akan mengajar pelajar-pelajar Senior 2B mata pelajaran Pendidikan Moral esok malahan lusa.
4. Langit semakin mendung lagi petani pun pulang ke ramahnya.
5. Telefbn pintar yang dibelinya di kedai telekomunikasi itu mahal sebaliknya ada
yang lebih murah.
6. Nenek Sarah terpijak kulit pisang di atas lantai lagi teijatuh. 7. Semua penduduk Kampung Budiman sudah berpindah ke balai raya serta Pak Talib.
8. Puan Sofea Latif membeli kuih lompang, kuih seri muka, lepat pisang, atau pulut inti di gerai Mak Cik Laila.
9. Pemuda yang cacat penglihatan itu pandai menyanyi lagi bermain alat muzik. 10. Suara lantang Pak Musa telah menakutkan cucunya kemudian memecahkan kesunyian di rumahnya.
4,2 Sintaksis
4.2.1 Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan u Binaan ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu ayat
dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan menggunakan Kata Hubung Gabungan.
[embentukan Ayat Majmuk Gabungan
Ayat Tunggal
Ayat Majmuk Gabungan Kereta ayah buruk tetapi harganya mahal.
1.
Penggabungan ayat dengan ayat
a. Kereta ayah buruk. b. Harga kereta ayah mahal.
2.
Penggabungan predikat dengan predikat
a. Kar Sheng mungkin Kar Sheng mungkin jurutera. jurutera atau mungkin b. Kar Sheng arkitek. mungkin arkitek.
3.
Penggabungan subjek dengan subjek
a. Muhammad Daniel melompat-lompat di padang. b. Nurul Yasmin melompat-lompat di padang.
Mohammad Daniel dan Nurul Yasmin melompat-lompat di padang.
15
擀蜉脸需黑白"a
16
Ayat Maj Gabung
4.
Penggabungan keterangan dengan keterangan
a. Jin Liang akan pulang ke kampung esok. b. Jin Liang akan pulang ke kampung lusa.
Jin Liang akan pulang ke kampung esok atau lusa.
5.
Penggabungan pelengkap dengan pelengkap
a. Yu Er pandai bermain bola jaring. b. Yu Er pandai bermain bola keranjang.
Yu Er pandai bermain bola jaring dan bola keranjang.
6.
Penggabungan subjek dengan predikat
a. Muhammad Daniel melompat-lompat. b. Nurul Yasmin melompat-lompat. c. Mereka menjerit dengan kuat.
Muhammad Daniel dan Nurul Yasmin melompat-lompat sambil menjerit dengan kuat.
7.
Penggabungan objek dengan objek
a. Puan Lim membeli buah betik di pasar tani. b. Puan Lim membeli buah tembikai di pasar tani.
Puan Lim membeli buah betik dan buah tembikai di pasar tani.
A. Gabungkan ayat-ayat tunggal di hawah supaya menjadi satu Ayat Majmuk Gabungan dengan menggunakan Kata Hubung Gabungan yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
1. a) Cikgu Priya kelihatan garang. b) Cikgu Priya baik hati.
2. a) Tingkah laku gadis itu ramah. b) Tingkah laku gadis itu amat bersopan santun.
3. a) Pegawai Pendidikan Daerah itu tiba. b) Pegawai Pendidikan Daerah itu naik ke pentas. 4. a) Alicia tinggal di Taman Permata Perkasa? b) Tania tinggal di Taman Permata Perkasa?
5. a) Aijun mengambil buku cerita itu. b) Aqun membaca buku cerita itu di bilik bacaan. 6. a) Saya suka belajar memasak masakan kampung. b) Abang sulung saya suka belajar memasak masakan barat. 7. a) Semua pelajar akan menyertai kem motivasi di sekolah. b) Chung Ling tidak akan menyertai kem motivasi di sekolah. 8. a) Puan Jeyanti memeluk anak perempuannya. b) Puan Jeyanti memeluk anak saudaranya. c) Puan Jeyanti membelai rambut mereka.
9. a) b) c) d)
Ibu merebus telur ayam di dalam periuk. Ibu merebus telur puyuh di dalam periuk. Ibu menghidangkan telur ayam kepada ahli keluarga. Ibu menghidangkan telur puyuh kepada ahli keluarga.
10. a) b) c) d)
Tok Adlin mencari akar kayu di dalam hutan. Tok Adlin mencari rotan di dalam hutan. Tok Adlin mencari pucuk paku di dalam hutan. Tok Adlin mencari damar di dalam hutan.
4.3 Peribahasa Baca peribahasa di bawah dan fahami maksudnya.
^^
Peribahasa
^^^
Maksud yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
keuntungan atau kemewahan datang daripada pelbagai punca
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
sabar dan tekun mengeijakan sesuatu, akhirnya beijaya juga
bagai cendawan tumbuh selepas hujan
terlalu banyak pada sesuatu masa
yang dikejar tiada dikendong berciciran mencari jalan
dapat,
yang
keuntungan yang diharapkan tidak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula berikhtiar untuk mencapai tujuan
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
1. Kedai komputer banyak didapati di mana-mana sahaja sejak tahun 1990-an di negara kita. 2. Pelabur skim cepat kaya itu bukan sahaja tidak mendapat keuntungan berlipat ganda seperti yang dijanjikan bahkan juga kehilangan semua wang yang dilaburkan itu setelah ejenny a menghilangkan diri bak kata pepatah,
3. Kehidupan Kenny Yap umpama walaupun selepas berhijrah ke negara lain kerana apa-apa sahaja keqa yang dilakukan dia tetap mendapat rezeki.
4. Encik Yusry Herman sedang untuk meningkatkan hasil ternakan ikan air tawar di Kuala Selangor dan di Kuala Langat. 5. Adik Rosakila menyimpan wang saku ke dalam tabung setiap hari untuk membeli sebuah basikal dan yakin bahawa impiannya akan tercapai kerana.
5. SASTERA
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat;
a. mengetahui jalan cerita cerpen
b. mengetahui aspek-aspek sastera dalam cerpen
Cerpen-Hutan Rimba Baca cerpen dengan telitif kemudian jawah soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri. Sila ru/uk kepada buku Antologi Dirgahayu Bahasaku, muka surat 166 - 176.
Tema
kemusnahan hutan untuk tujuan pembangunan
Persoalan
1. Kerakusan manusia merosakkan alam semula jadi untuk memperoleh kekayaan. 2. Sikap ketua keluarga yang mementingkan pendidikan anakanak. 3. Kegiatan merosakkan alam semula jadi membawa akibat kepada kehidupan manusia sejagat. 4. Usaha-usaha untuk melestarikan alam semula jadi. 5. Kesepakatan ahli keluarga untuk mengurus perniagaan yang berasaskan industri pelancongan.
Watak dan perwatakan Pak Tua
1. suami kepada Mak Tua 2. mempunyai empat orang anak, iaituAjam, Bakar, Budi, dan Melati 3. mengutamakan pendidikan anak-anak 4. pernah bekeqa sebagai pemandu traktor sehingga merosakkan alam semula jadi untuk memperoleh sumber pendapatan 5. menyesali perbuatannya selama ini yang telah merosakkan alam semula jadi 6. datuk yang penyayang terhadap cucu-cucunya 7. taat pada perintah agama
1. berketurunan Sungai 2. isteri kepada Pak Tua 3. pandai memujuk dan menenteramkan perasaan Pak Tua Watak dan yang dihantui oleh kekesalan sebagai akibat perbuatannya perwatakan merosakkan alam sekitar Mak I\ia 4. mahir memasak lauk kampung 5. raj in merambat ikan di sepanjang anak-anak sungai 6. menyokong usaha suaminya untuk memulihara hutan
NUai
Pengajaran
1. 2. 3. 4. 5.
keinsafan kebijaksanaan bertanggungjawab kerajinan bersepakat
1. Kita hendaklah menyedari dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan. 2. Ibu bapa mestilah bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak. 3. Kita haruslah memelihara dan memulihara alam semula jadi. 4. Kita haruslah bekegasama untuk melaksanakan sesuatu rancangan.
Soalan Kefahaman i-....................................... -o
1. Berikan maksud perkataan di bawah ini berdasarkan penggunaannya dalam
petikan. a) merambat (muka surat 168, Antologi Dirgahayu Bahasaku) b) suntikan dana (muka surat 168, Antologi Dirgahayu Bahasaku)
2. Berdasarkan petikan muka surat 168, Antologi Dirgahayu Bahasaku, nyatakan nasihat Mak Tua kepada Pak Tua yang menyesal kerana telah memusnahkan alam sekitar.
3. Apakah perkara yang menyebabkan Pak Tua berasa bersalah? (muka surat 170-
muka surat 171, Antologi Dirgahayu Bahasaku) 4. Mengapakah keluarga Mak Tua menentang perkahwinan antara Pak Tua dengan
Mak Tua? (muka surat 172, Antologi Dirgahayu Bahasaku) 5. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga hutan daripada
kemusnahan?
6. PENTERJEMAHAM
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat; a. mengetahui teknik penteijemahan b. menteijemahkan ayat dalam bahasa Cina kepada ayat bahasa Malaysia
Terjemahkan ayat dalam bahasa Cina kepada ayat bahasa Malaysia.
1 .森林是原住民的天然避护所。
2
.伐木业是增加国家收入的原生产之一。
3
.当森林因伐木而遭到破坏,各种动物将失去栖息所。
4
.政府已实施有系统性和科学性的造林与控制管理计划。
5
.混合动力车是最受欢迎的环保车。
6
.如果天然资源的开采没有妥善规划,会导致生态失衡,及大自然受到严重的破 坏。
BERTOLAK ANSUR Nilai yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran ini; a. bertoleransi b. bekerjasama
c. kesabaran d. rasional
e. berdisiplin
Nilai Bertoleransi Objektif Pengajaran dan Pemhelajaran Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat;
a. mengetahui maksud toleransi
b. mengetahui kepentingan toleransi dan kesan buruk akibat ketiadaan toleransi c. mengumpulkan maklumat tentang masyarakat yang mengamalkan sikap toleransi
d. menyampaikan hasil maklumat yang diperoleh secara lisan
T. MEMBACA DAN MEMAh^^ Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Dalam meniti arus globalisasi, nilai toleransi merupakan salah satu nilai murni yang tidak harus dipandang ringan oleh setiap insan di bumi ini. Nilai toleransi bermaksud kesanggupan bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Sebenarnya, nilai toleransi merupakan asas penting dalam menjanakan perpaduan
bukan sahaja di negara kita malahan di negara lain. Oleh itu, keluarga atau
masyarakat yang mengamalkan nilai toleransi akan mewujudkan keharmonian keluarga, masyarakat, dan negara selain menjamin hubungan yang baik antara kaum. Jika nilai ini tidak diamalkan dalam kehidupan harian, pelbagai masalah seperti rusuhan kaum akan berlaku, negara menjadi kacau-bilau, dan pembangunan
negara tumt teqejas. Situasi yang berikut merupakan beberapa contoh yang pernah
berlaku.
Helmi
Situasi 1 hari
tidak bersekolah pada Sabtu. Dia suka menonton
rancangan kartun kegemarannya. Abangnya, Imran pula suka menonton rancangan hiburan. Helmi
tidak membenarkan abangnya menukar saluran televisyen lalu menyembunyikan alat kawalan jauh televisyen. Tindakan itu
menyebabkan mereka bergaduh. Pertengkaran mereka tidak dapat
dileraikan oleh kakak mereka, Sarimah. Kebetulan pada masa itu, ibu
bapa mereka berniaga di pekan. Helmi membaling alat kawalan jauh televisyen ke arah Imran dan terkena pada dahinya. Dengan perasaan marah,
Imran yang hilang pertimbangan telah menumbuk muka adiknya sehingga mukanya lebam dan gusinya berdarah. Tanpa membuang masa, Sarimah
menelefbn ibu bapa mereka untuk memberitahu kejadian yang telah
berlaku itu. Ibu mereka, Puan Susilawati bergegas pulang ke rumah lalu menghantar Helmi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Puan Susilawati memarahi Imran dan Helmi kerana tidak
25
Situasi 2 Semasa
perayaan Baru
Cina,
Tahun
penduduk /
Kampung Chok yang berbangsa Cina
Sikap bertolak
membakar mercun selama sejam sahaja
ansur
pada waktu malam. Mereka berbuat demikian
antara penduduk berbangsa
kerana mereka tidak mahu mengganggu ketenteraman jiran tetangga yang berbangsa
Cina dengan penduduk berbangsa
lain. Pada masa yang sama, jiran bangsa
lain diamalkan dengan menghormati
kebudayaan
masing-masing.
lain juga bersabar dan mengawal diri
Persefahaman sesama mereka dapat
kerana menerima budaya jiran
memelihara keharmonian masyarakat
majmuk dan kesejahteraan hidup /
berbangsa Cina.
penduduk setempat.
Sebaik
loceng berbunyi, Hui Meng dan rakansahaja
Situasi 3
rakannya segera berlari ke arah lif sekolah.
Ketika pintu lif terbuka, mereka berebut-rebut untuk
masuk ke dalam lif tanpa menunggu seorang pelajar perempuan yang capik, Lisa Lim keluar dari lif itu. Perbuatan
mereka telah menyebabkan pelajar itu teqatuh di pintu lif. Pelajar
lain terpijak kaki Lisa Lim. Dia pun mengerang kesakitan. Seorang pengawas ternampak kejadian itu lalu memapah Lisa Lim ke bilik
daijah sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada guru disiplin,
Encik Lai. Setelah kejadian itu, Lisa Lim dibawa oleh Encik Lai ke klinik yang berdekatan. Hui Meng dan rakan-rakannya telah
didenda oleh Encik Lai kerana tidak beratur ketika memasuki
lif dan tidak menunggu pelajar lain keluar dari lif terlebih dahulu. Perbuatan mereka yang tidak bertolak ansur ketika menaiki lif itu telah menyebabkan
kaki Lisa Lim tercedera.
26
Situasi 4
Jika
masyarakat
tidak
bertoleransi dalam kehidupan seharian,
mereka
akan
mengundang
masalah
seperti
pergaduhan yang boleh mengeruhkan hubungan silaturahim.
Contohnya, di kawasan perumahan Taman Bukit Layang-layang, seorang penduduk bernama Encik Hoh tidak bertimbang rasa dan telah
meletakkan keretanya di hadapan pintu pagar Encik Lai. Tindakannya
telah menghalang kereta Encik Lai yang ingin keluar dari halaman rumahnya.
Encik Hoh yang tidak dapat mengawal emosinya itu telah memarahi Encik Lai ketika Encik Lai menyuruhnya mengalihkan kereta itu padahal Encik Hohlah
yang bersalah. Pertelingkahan antara mereka telah /^y2^^^^^^^ menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua pihak. Kejadian tersebut bukan sahaja menjejaskan hubungan kejiranan tetapi juga jiran
mengganggu tetangga
ketenteraman di
kawasan
perumahan.
27
Kes pecah
Situasi 5
dan
rumah
kecurian kenderaan sering berlaku di
Apartmen
Kejadian
ini
Mewah,
Taman
menghantui
telah
Megah.
sesetengah
penghuni setiap kali mereka berada di pejabat atau di
luar daerah. Lantaran itu, Pengerusi Persatuan Penduduk
Apartmen Mewah, Encik Lee mengadakan mesyuarat dan bercadang untuk memagar kawasan apartmen dengan
dawai berduri dan mengupah pengawal keselamatan.
Namun begitu, cadangan untuk mengatasi masalah
tersebut tidak mendapat kata sepakat daripada
』
segelintir penghuni. Mereka mahu
tidak
berganding
mengeluarkan
mengupah
bahu
perbelanjaan
pengawal
untuk untuk
keselamatan
dan
memagar kawasan apartmen yang sebanyak RM200 pada bulan pertama dan RM30 pada bulan
seterusnya itu.
Kegagalan bertoleransi antara
penghuni tidak dapat mengatasi masalah tersebut. Akhirnya, masalah jenayah tersebut telah
berlaku berterusan
dan mengganggu
ketenteraman serta keselamatan para penghuni.
28
Situasi 6 demam
denggi
semakin meningkat di Taman
Pelangi.
Persatuan
Penduduk
Taman Pelangi mengadakan mesyuarat untuk menjalankan aktiviti berderau bagi
membersihkan kawasan perumahan mereka pada setiap hari minggu. Namun, beberapa
orang penghuni tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
再—
Mereka berpendapat
bahawa
kawasan
pembersihan
perumahan sepatutnya dilakukan oleh pihak
berkuasa tempatan. Dalam mesyuarat tersebut,
berlakulah tikam
antara kedua-dua pihak.
lidah
Pihak yang tidak mahu berganding bahu itu bertindak
meninggalkan tempat mesyuarat dengan perasaan marah. Penghuni yang tidak mahu bertolak ansur dalam hal
kemasyarakatan itu tidak dapat menjayakan aktiviti
berderau untuk mengurangkan kes demam denggi. Pada masa yang sama, hubungan sesama penghuni semakin
renggang
persefahaman
kerana
untuk
ketiadaan
menangani
29
Kesimpulannya, sikap toleransi amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Dengan adanya sikap toleransi itu, insan sanggup bertanggungj awab untuk
melakukan aktiviti bersama-sama kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Oleh itu, ahli masyarakat dapat menikmati keharmonian di tempat kediaman
masing-masing. Jika sikap toleransi gagal disemaikan dalam kalangan masyarakat,
konflik akan berlaku. Ada kalanya konflik yang berlaku itu akan merenggangkan
hubungan persahabatan dan seterusnya berlaku perang saudara seperti yang berlaku di negara-negara lain.
1. rusuhan - kejadian yang mengganggu ketenteraman
2. dileraikan - diselesaikan 3. lebam - biru kehitam-hitaman
4. capik - tempang
5. mengeruhkan - merenggangkan 6. mengalihkan - memindahkan 7. konflik - pertentangan antara dua pihak
卜-------------------------------- -O
Soalan Kefahaman 卜................................ 9
1. Berikan maksud perkataan di bawah ini berdasarkan penggunaannya dalam
petikan; a) mengamalkan
b)renggang 2. Mengapakah pergaduhan antara Helmi dengan Imran boleh berlaku? 3. Nyatakan sikap Hui Meng dan rakan-rakannya yang tidak bermoral ketika
menaiki lif di sekolah.
4. Apakah cadangan Persatuan Penduduk Apartmen Mewah untuk mengatasi masalah pecah rumah dan kecurian kenderaan?
5. Seandainya anda sedang berada di kantin, anda ternampak dua orang pelajar sedang berebut tempat duduk. Apakah tindakan yang anda lakukan ketika
melihat kejadian tersebut?
2. MENDENGAR DAN BERTUTUR
2.1
Menonton Drama Tonton drama yang ditayangkan dengan teliti. Catatkan beberapa perkara
penting yang anda dapati kemudian bentangkan. Anda boleh merujuk kepada panduan yang diberikan.
a. keadaan masyarakat
b. sebab berlakunya keadaan tersebut c. cara mengatasi masalah
2.2 Menyatakan Kepentingan Sikap Bertoleransi Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa memerlukan sikap toleransi untuk mengekalkan keharmonian. Bincangkan pernyataan tersebut dan bentangkan dalam kumpulan.
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat;
a. mengetahui teknik menulis karangan jenis pendapat
b. menulis karangan jenis pendapat yang lengkap
3.1 Karangan Jenis Pendapat O Karangan ini memerlukanpelajarmemberikan pendapat dengan matang, rasional,
dan bernas sama ada memberikan hujah, sokongan, ulasan, setuju atau tidak
setuju dengan sesuatu isu serta pandangan mengikut pemikiran pelajar sendiri. 3.1.1
Ciri-ciri Karangan Jenis Pendapat
juga dikenali sebagai karangan jenis fakta
tidak mempunyai format yang khusus
pelajar mesti berpengetahuan luas tentang isu yang dikemukakan
biasanya ungkapan yang diutarakan ialah 'berikan pendapaf, 'berikan pandangan', 'berikan cadangan,, dan sebagainya
memerlukan tiga komponen utama, iaitu pendahuluan, isi, dan penutup
isi yang ditulis mesti logik atau rasional
memurnikan huraian, digalakkan menyertakan pendapat tokoh tertentu, peribahasa, hadis, mutiara kata, dan puisi
pelajar mesti menyatakan pendirian dengan jelas dari awal hingga akhir karangan
3.1.2 Teknik Menulis Karangan Jenis Pendapat
。Analisis soalan karangan, kenal pasti tema, dan kata kunci O Senaraikan rangka isi yang sesuai sebelum menulis karangan
3.1.3 Contoh Karangan Jenis Pendapat Semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia amat penting. Berikan pendapat anda tentang faedah semangat perpaduan dan langkah-langkah memupuk semangat perpaduan.
Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Hingga hari ini, negara kita berdiri teguh sebagai negara membangun atas sumbangan rakyat berbilang kaum yang
bekeijasama seperti kata pepatah, 'bagai aur dengan tebing' dan bersatu padu demi
pembangunan negara. Persoalannya, apakah kepentingan semangat perpaduan dan
langkah-langkah memupuknya? Antara faedah memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
berbilang kaum termasuklah mengekalkan kesejahteraan negara. Hal ini dikatakan
demikian kerana rakyat yang bersatu padu akan bertoleransi sesama mereka dalam
semua aspek. Rakyat akan mengamalkan konsep bekeijasama dalam aktiviti kemasyarakatan atau semasa menghadapi masalah. Contohnya, semasa berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh atau banjir, masyarakat setempat akan tolong-
menolong untuk membantu mangsa bencana alam tanpa mengira kaum atau agama.
Dengan adanya nilai positif tersebut, semangat perpaduan dapat dikukuhkan lagi
kerana bersatu teguh, bercerai roboh. Pendek kata, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk merupakan kunci utama untuk mengekalkan kesejahteraan negara.
Selain itu, semangat perpaduan dalam kalangan rakyat turut meningkatkan industri pelancongan negara kita. Hal ini teijadi kerana ramai pelancong
luar
negara berkunjung ke Malaysia bukan sahaja tertarik oleh budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia bahkan juga amalan bersatu padu
yang dipraktikkan oleh rakyat kita. Pada masa yang sama, keunikan cara hidup bermasyarakat pelbagai kaum dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian makanan, pakaian, rumah ibadat, kesenian, dan sebagainya kepada pelancong asing. Keunikan
inilah yang menyebabkan pelancong dari Eropah, Timur Tengah, dan Asia Timur datang ke Malaysia. Misalnya, pada tahun 2011, sebanyak 25 juta orang pelancong asing datang ke negara kita hasil daripada usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh
mempromosikan keunikan yang terdapat di Malaysia khususnya kebudayaan
pelbagai kaum yang terdapat di sini. Oleh itu, perpaduan kaum yang kukuh di negara kita mampu menarik pelancong asing datang ke sini. Seterusnya, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara di persada dunia. Hal ini terhasil daripada keijasama antara semua kaum dalam aktiviti kemasyarakatan atau sambutan perayaan pelbagai kaum. Contohnya, pada musim
perayaan, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas, Thaipusam,
Hari Gawai, Hari Kaamatan dan sebagainya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunj ung-mengunj ungi, bermaaf-maafan, dan bersalaman antara
satu sama lain. Jiran tetangga atau sahabat handai daripada pelbagai kaum akan beramah mesra di samping memahami adat resam kaum yang lain. Bertitik tolak daripada amalan rumah terbuka yang diadakan itu, kewujudan semangat peipaduan
dalam kalangan masyarakat majmuk menjadi model kepada negara-negara lain di seluruh dunia. Jelaslah bahawa amalan perpaduan yang disemaikan oleh rakyat
berbilang kaum dapat meningkatkan maruah negara di seluruh dunia.
Memandangkan semangat perpaduan amat penting disemai dalam kalangan rakyat berbilang kaum, beberapa langkah telah diambil untuk mengukuhkan
semangat ini. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menyemaikan semangat perpaduan. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan orang yang
terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa
mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti bekeijasama,
bertoleransi, dan saling membantu. Pada masa yang sama, ibu bapa hendaklah
menunjukkan teladan kepada anak-anak mereka agar berkawan dengan kaum yang lain supaya dicontohi oleh anak-anak mereka. Dengan cara ini, anak-anak akan
mengikut jejak langkah ibu bapanya untuk menjalinkan persahabatan dengan kaum lain kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Di samping itu, pihak pendidik berperanan untuk membina dan membentuk
bangsa Malaysia seperti yang telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa 'Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
34
arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungj awab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara/ Dasar ini dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang
bersatu padu seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara. Tegasnya, pendidikan
dapat menjanakan masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1 Malaysia.
Kesimpulannya, perpaduan harus diberikan penekanan dan keutamaan dalam setiap agenda utama negara. Semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan perpaduan terus terpelihara dari masa ke masa. Malah, negara Malaysia bakal
menjadi kucar-kacirj ika masyarakat memandang enteng isu perpaduan ini. Lantaran itu, segenap lapisan masyarakat perlu menggembleng tenaga untuk mengekalkan
perpaduan agar negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara membangun yang lain.
Semangat kefiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat pada masa ini. Berikan pandangan anda tentang langkah-langkah untuk menerapkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan.
35
4. 'mWBAHASA
ObjektifPengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat;
a. mengenal pasti Kata Hubung Pancangan
b. menggabungkan ayat-ayat dengan Kata Hubung Pancangan c. mengenal pasti jenis-jenis Ayat Majmuk d. menggabungkan ayat-ayat untuk membentukkan Ayat Majmuk Campuran
e. membina ayat yang gramatis
4.1
Morfologi
4.1.1 Kata Hubung Pancangan O Kata Hubung Pancangan merupakan Kata Hubung yang menyambung klausa tak
setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.
。Terdapat tiga jenis Kata Hubung Pancangan; Kata Hubung Pancangan Relatif
perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain
^^^Kata Hubung ^^^Kata Hubung Pancangan Komplemen Pancangan Keterangan
perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama
perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama
;
Kata Hubung
Pancangan Relatif
F Kata Hubung Pancangan Komplemen
卜
Kata Hubung
Pancangan Keterangan
yang
bahawa, untuk
kerana, sekiranya, kalau, hingga, sementara, ketika, walaupun, agar, supaya, semoga, jika (jikalau), andai kata, setelah, tatkala, sungguhpun, meskipun, kendatipun, semasa, untuk, apabila ...
1. Noor Zeela membeli baju yang berwarna hijau.
1. Cikgu Ling menyatakan bahawa pelajar-pelajarnya raj in belajar.
1. Encik Heng sering dipuji oleh majikan kerana raj in bekeija.
2. Buku cerita yang dibeli oleh Jastin itu sangat menarik.
2. Penjenayah itu amat sukar untuk melepaskan diri.
2. Perlawanan bola sepak akan ditangguhkan jika hujan lebat.
A, Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan hahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menamhahkan imbuhan, menukarkan imhuhan serta menggunakan perkataan itu sehagai peribahasa atau kata nama khas.
1.
uniuK
2.
bahawa
3.
kendatipun
4.
agar
5.
ketika
6.
yang
7.
setelah
8.
sementara
9.
manakala
10. sehingga
B. Gabungkan ayat-ayat berikut dengan Kata Hubung Pancangan yang sesuai.
1. a. Vinod segera bangun daripada tidur.
b. Vinod terdengar suara ibunya. 2. a. Malek pergi ke ladang getah.
b. Malek menoreh pokok getah. 3. a. Puan Erin selalu berdoa.
b. Anak sulung Puan Erin hidup bahagia di perantauan. 4. a. Qin Ling melakar peta Pekan Sangkar.
b. Qin Ling mewarnai peta Pekan Sangkar. 5. a. Kerajaan Malaysia mengisytiharkan penguatkuasaan cukai barangan.
b. Cukai barangan akan dikuatkuasakan pada tahun depan. 6. a. Encik Yoges sekeluarga bersarapan pada awal pagi.
b. Encik Yoges sekeluarga bertolak ke bandar Iskandar. 7. a. Rakyat boleh membeli rumah kos rendah.
b. Pendapatan rakyat tidak melebihi RM2,000 sebulan. 8. a. Pihak Jabatan Alam Sekitar selalu memantau kualiti air sungai.
b. Pencemaran sungai semakin meruncing. 9. a. Pusat peranginan Bukit Tinggi selalu dikunjungi pelancong.
b. Pusat peranginan itu terletak di negeri Pahang.
10. a. Encik Tein Tek memegang jawatan pengurus Syarikat Telekomunikasi Net. b. Encik Tein Tek tidak bersikap angkuh.
4.2 Sintaksis
4.2.1 Ayat Majmuk Pancangan
O Ayat Majmuk Pancangan ialah ayat yang terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu
O Terdapat tiga jenis Ayat Majmuk Pancangan;
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Majmuk
Ayat Majmuk
Ayat Majmuk
Pancangan
Pancangan
Pancangan
Relatif
Komplemen
Keterangan
menggunakan
menggunakan
menggunakan
Kata Hubung
Kata Hubung
Kata Hubung
Pancangan
Pancangan
Pancangan
Relatif
Komplemen
Keterangan
39
A. Kenai pasti sama ada ayat-ayat di hawah ialah Ayat Majmuk Pancangan Relatif, Ayat Majmuk Pancangan Komplemen atau Ayat Majmuk Pancangan Keterangan.
1. Rakyat Malaysia harus begimat cermat supaya tidak akan hidup miskin.
2. Sebelum Puan Nancy memberitahu semua orang tentang perkara yang sebenar,
Laila mesti bersabar. 3. Yasmin Hani yang tidak mengemaskan kamar telah dimarahi oleh ibunya.
4. Mohan Dinesh melelapkan mata sementara menunggu kedatangan kawannya. 5. Bakri tidak mempercayai kata-kata Sabri lagi setelah berkali-kali ditipu olehnya. 6. Cikgu Azlan memuji Kai Lun kerana memenangi pertandingan syarahan
peringkat daerah. 7. Encik Yap menerangkan bahawa Peperiksaan Cambridge akan berlangsung minggu depan.
8. Keadaan di Kampung Patam yang gelap-gelita itu menyebabkan berlakunya
beberapa kes kecurian. 9. Kedatangan pendatang asing di negara kita perlu dikawal untuk memastikan
keharmonian negara sentiasa teijamin. 10. Syeikh Azhar langsung tidak mahu menerima hakikat itu meskipun telah diterangkan hal yang sebenarnya.
Betulkan kesalahan dalam ayat-ayat di bawah dan tulis ayat-ayat itu semula dengan jawaban yang betul.
Kita harus menjaga harta awam untuk harta awam sangat penting.
Wen Xiang membatalkan j anj i temu dengan pelanggannya sebab tidak sihat.
Para peminat bersorak terlalu kuat di stadium tatkala suara mereka menjadi serak.
Sementara membanting padi, petani-petani duduk berehat di bawah pokok mangga.
Kebanyakan lampu jalan agar menerangi jalan-jalan utama di taman itu sudah rosak.
Menteri Pendidikan menyarankan yang bahasa baku digunakan secara sah
mulai tahun ini.
Abang sulung Jun Ming pandai berpantun jika adiknya pula pandai mendeklamasikan sajak.
Sekawan gajah sedang menyeberangi sungai andaikata kami tiba di Lembah Danum.
4.2.2 Ayat Majmuk Campuran Q Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis
ayat, yakni daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk. Contoh: a) Natasha sedang membaca buku komik. b) Kawan-kawan sebilik Natasha sudah letih lesu.
c) Kawan-kawan sebilik Natasha telah lama tidur.
Natasha sedang membaca buku komik tetapi kawan-kawan sebilik yang sudah letih lesu itu telah lama tidur. Kata Hubung Gabungan
Kata Hubung Pancangan Relatif
42
Gabungkan ayat-ayat berikut dengan Kata Hubungyang sesuai supaya menjadi satu ayat sahaja.
1. a. Rakyat harus mengamalkan cara pemakanan yang seimbang.
b. Rakyat harus kerap bersenam. c. Rakyat mahu menjamin kesihatan diri.
句
2. a. Negara kita akan semakin m u.
b. Negara kita akan semakin makmur. c. Rakyat selalu tekun berusaha. d. Rakyat menyumbangkan tenaga mahir kepada pembangunan negara. 3. a. Kwong Han pemuda kampung.
b. Kwong Han bercita-cita tinggi. c. Kwong Han ingin menjadi pensyarah. d. Kwong Han cacat penglihatan.
4. a. Victoria berasal dari England. b. Victoria suka makan buah-buahan tempatan. c. Victoria tidak suka makan buah durian. d. Buah durian berbau kuat.
5. a. Kehidupan Jayanthi berubah.
b. Ibu bapa Jayanthi terkorban dalam bencana taufan Haiyan. c. Ibu bapa Jayanthi melancong ke Filipina.
d. Jayanthi tetap tabah menghadapi kenyataan.
43
6. a. Adik Francis Lopez sangat lapar.
b. Adik Francis Lopez makan kekacang. c. Adik Francis Lopez menonton rancangan televisyen di ruang tamu. d. Adik Francis Lopez menunggu ibunya memasak di dapur.
7. a. Adi Rosian tetap ke Afrika Selatan.
b. Adi Rosian menjalankan perniagaan di Afrika Selatan. c. Tunang Adi Rosian enggan ke Afrika Selatan. d. Tunang Adi Rosian telah membuat keputusan mengikutnya sebelum itu. 8. a. David sedar.
b. Mohan sedar. c. Kit Jin sedar. d. Cadangan mereka tidak begitu bernas.
e. Cadangan mereka perlu dibincangkan secara mendalam.
9. a. Kami amat yakin.
b. Projek perumahan awam telah dirancang oleh pihak kerajaan. c. Projek pemmahan awam beijalan dengan lancar. d. Projek perumahan awam diuruskan dengan baik oleh pihak pemaju.
e. Projek perumahan awam dikendalikan dengan baik oleh pihak pemaju.
10. a. Melvin tidak berselera.
b. Melvin tidak makan malam. c. Melvin masih tidak dapat membuat keputusan. d. Melvin hendak melanjutkan pelajaran ke Jepun.
e. Melvin hendak melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.
SASTERA
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Pada akhir pelajaran 加i, pelajar dapat;
a. mengetahui jalan cerita prosa klasik b. mengetahui aspek-aspek sastera dalam prosa klasik
Prosa Klasik-Khoja Maimun Baca prosa klasik dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Sila rujuk kepada buku Antologi Harga Remaja
muka surat 69 - 94.
Tema
kepentingan wanita menjaga maruah diri dan tingkah laku
Persoalan
1. kecurangan seorang isteri 2. kesetiaan akan menjamin kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga 3. kesetiaan kepada tuan 4. keburukan nafsu marah 5. saling mempercayai antara suami isteri 6. menjaga maruah diri 7. kepentingan ajaran agama 8. kebijaksanaan dapat mengatasi kemungkaran 9. suami yang cemburu menyusahkan isteri 10. sikap bekeqasama dan bertimbang rasa dapat membantu orang dalam kesusahan
Watak dan perwatakan Khoja Maimun
1. 2. 3. 4. 5. 6.
suami Bibi Zainab saudagar yang sangat kaya keluarbelayaruntuk berniaga dalamjangka masa lama penyayang bertanggungjawab tegas
4工
7. suka mendengar cerita 8. gigih bekega 9. bijak
Watak dan perwatakan Bibi Zainab
Watak dan perwatakan Burung Bayan
Nilai
Pengajaran
46
1. 2. 3. 4. 5. 6.
isteri Khoj a Maimun berwajah cantik dan gemar bersolek kejam dan panas baran suka mendengar cerita mudah terperdaya penyayang
1. berharga seribu dinar dan dibeli oleh Khoja Maimun 2. pandai berkata-kata dan bercerita 3. bijak memindahkan perhatian Bibi Zainab terhadap anak raja dengan menceritakan kisah-kisah teladan 4. melengah-lengahkan Bibi Zainab untuk bertemu dengan anak raja 5. pandai menj aga hati 6. pandai berpura-pura 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8・
kebijaksanaan ketaatan kasih sayang betas kasihan hormat-menghormati keberanian bertanggungjawab menj aga maruah diri
1. Suami isteri hendaklah saling mempercayai supaya hidup rukun damai. 2. Kita hendaklah patuh kepada ajaran agama. 3. Kita hendaklah berfikir dengan matang sebelum membuat sesuatu tindakan. 4. Kita hendaklah berani menegakkan kebenaran walaupun terpaksa menghadapi musibah. 5. Kita hendaklah membalas jasa maj ikan. 6. Kita haruslah menjaga maruah diri dan keluarga. 7. Kita haruslah bijak bertindak untuk mengelakkan perbuatan yang jahat. 8. Kita hendaklah sabar dan tabah menghadapi dugaan. 9. Kita hendaklah insaf dan bertaubat jika melakukan kesalahan. 10. Kita seharusnya menjalankan tugas yang diberikan dengan amanah dan jujur.
I---------------------------------- 9
Soalan Kefahaman
卜-.......................... --o
1. Berikan maksud rangkai kata betapakah perinya engkau kembali berdasarkan penggunaannya dalam petikan. (muka surat 82, Antologi Harga Remaja)
2. Apakah pendapat Khoja Maimun tentang burung bayan? (muka surat 69, Antologi Harga Remaja)
3. Mengapakah Taif meminta perempuan itu kembali ke istana? (muka surat 82, Antologi Harga Remaja)
4. Apakah implikasi daripada nasihat yang diberikan oleh isteri saudagar kepada raja? (muka surat 92, Antologi Harga Remaja)
5. Andaikan anda ialah Bibi Zainab, bagaimanakah anda mengisi masa lapang anda dengan bermanfaat?
47
6. PENTERJEMAHAN
Objektif Pengajaran dan Pemhelajaran Pada akhir pelajaran iniy pelajar dapat;
a. menteijemahkan ayat-ayat Bahasa Cina kepada ayat-ayat bahasa
Malaysia
Terjemahkan ayat-ayat bahasa Cina kepada ayat-ayat bahasa Malaysia.
1 .道德教育可培养学生们的美德。
2 .学生们受鼓励多参与生活营,以适应团体活动。 3 .马来西亚公民应该互相宽容,以避免产生误会与冲突。 4 .政府希望不同种族的人民能互相礼让,以培养团结的精神。
5 .水灾灾民们互相帮助,以减轻彼此的负担。
6 .村民同心协力完成打扫居住环境的活动。 7 .村民同心协力以减少破门行窃案。 8 .经过一番的努力,大学生们终于完成机械发明工程。
48
UNIT 3
HARI BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA • •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Nilai yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran ini; a. cinta b. menghargai jasa
• bertanggungjawab K【II】H《H gL“Lb" _ aa^
『病能^塞缢舒需浦萨 、■虱■鹦藤需瑞S德’ k/^5 密J■相■需踹 ■> ^^ —■■*•■工■■嬲期湍 XT/ ' 咤吟々办 仃 6 ■SI [
me
i~mW6: 4K dk
wQOfpenO^ pAnuAvrANPACl ■ f^iCk^X Kunammwey工^噫M…
d^SK.N □力沙 LE:g^g
------------- 1
Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat;
a. mengetahui kepentingan bahasa ibunda
b. mengetahui peranan badan bukan kerajaan dan badan kerajaan dalam pembelajaran bahasa ibunda
c. mengetahui sejarah perkembangan bahasa ibunda di negara kita d. mengetahui peranan masyarakat dalam pengekalan penggunaan bahasa ibunda
T. MEMBACA DAN MEMAHAMf ) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Insan di setiap penjuru dunia tidakkira dari Barat atau dari Timur berkomunikasi
menggunakan pelbagai bahasa setiap hari. Bahasa yang digunakan tidak semestinya
bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan sebaliknya bahasa ibundalah yang digunakan
oleh setiap individu sejak kecil lagi. Sebagaimana yang kita ketahui, bahasa ibunda merupakan bahasa leluhur sesuatu kelompok
etnik
sejak kecil
apakah
Persoalannya,
lagi.
kepentingan
bahasa ibunda bagi setiap etnik di seantero dunia?
Pada realitinya, bahasa ibunda ialah bahasa yang mustahak dalam kehidupan
sesuatu
kelompok,
bangsa atau etnik. Bahasa ibunda
yang digunakan membolehkan etnik yang berkenaan menyebarkan serta mewariskan
50
budayanya
kepada
generasi muda. Selain itu, penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan juga dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Misalnya, negara Korea dan negara Jepun menggunakan bahasa ibunda masingmasing dalam proses pengajaran dan pembelajaran peringkat sekolah rendah dan
peringkat sekolah menengah bertujuan untuk memudahkan pelajar memahami ilmu yang dipelajari di samping meningkatkan penguasaan bahasa dan memartabatkan
bahasa tersebut. Isu tentang bahasa ibunda tidak harus dipandang remeh kerana bahasa ibunda berperanan untuk mengembangkan minda dan menjanakan kemajuan
sesuatu bangsa atau negara seperti kata mutiara, 'maju bangsa, majulah bahasa'. Di samping itu, bahasa ibunda dapat mengeratkan silaturahim antara kaum
keluarga serta menjadi wahana kepada generasi muda untuk mengenali dan
menghayati asal usul masing-masing. Bahasa ibunda dapat dikatakan bahasa yang mesra bagi setiap individu kerana bahasa ini ialah bahasa yang lazim dituturkan
dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, panggilan khas yang merujuk kepada pangkat dalam susur galur keluarga masyarakat Asia adalah unik, misalnya
panggilan 'Pak Long' dalam bahasa Melayu dan 'Ah Pek' dalam loghat Hokkien.
Jadi, bahasa ibunda yang digunakan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dan
dalam sesuatu bangsa dan etnik. Memandangkan betapa pentingnya bahasa ibunda untuk sesuatu bangsa,
Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengisytiharkan tanggal 21 Februari sebagai Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa pada 17 November 1999. Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
berasal daripada pengiktirafan antarabangsa kepada Hari Pergerakan Bahasa
UNITED NATIONS Educational, Scientific, Cultural Organization
yang berlaku pada tahun 1952, iaitu apabila sebilangan mahasiswa dari Universiti Bangladesh telah terkorban ketika menuntut hak-hak bahasa ibunda mereka, bahasa Bengali. Jelaslah bahawa hari yang amat bermakna ini adalah untuk memperingati
pengorbanan mereka di samping memantapkan kedudukan bahasa ibunda pada peringkat antarabangsa. Malaysia turut memberikan sokongan yang sepenuhnya dalam sambutan
perayaan tersebut dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyedarkan
rakyat Malaysia peri pentingnya bahasa ibunda dalam semua lapisan masyarakat. Mahasiswa dan mahasiswi di menara gading akan mengadakan pelbagai acara untuk
menyebarkan dan mewariskan budaya melalui bahasa ibunda masing-masing seperti dendangan lagu, deklamasi sajak, dan persembahan drama serta tarian kebudayaan. Cara sambutan seperti ini dapat menyeru masyarakat yang berbilang bangs a untuk mengutamakan bahasa
ibunda masing-masing
serta mewariskan budaya yang mantap kepada
generasi muda. Sebenarnya,
terdapat
pelbagai
aliran
pendidikan sekolah bahasa ibunda di Malaysia.
Pendidikan aliran bahasa Cina telah mencatat
sejarah hampir 200 tahun di tanah air kita. Persekutuan
Persatuan-persatuan
Lembaga
Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan hak bahasa ibunda
dalam pendidikan sekolah. Mereka berpendapat bahawa kerajaaan haruslah melaksanakan dasar pendidikan pelbagai aliran bahasa dengan adil dan saksama.
Yayasan Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil Malaysia
mempeijuangkan penggunaan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Kaum India menimbulkan kontroversi tentang penggunaan
bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan mata pelajaran Matematik. Lagipun, sebilangan besar kaum India bersekolah di sekolah jenis kebangasaan
Tamil yang rata-ratanya tinggal di luar bandar dan pinggir bandar. Yayasan
Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Tamil bersepakat dengan Dong Zong, dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) membantah penggunaan
52
bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran
Sains dan mata pelajaran Matematik. Mereka
telah mengumpulkan tandatangan ahli dan orang ramai dalam usaha membantah isu tersebut kepada pihak kerajaan. Malah, pendidikan bahasa Tamil
kini lebih menyedihkan jika dibandingkan dengan pendidikan bahasa Cina. Perkara ini disebabkan tiada sebuah sekolah menengah Tamil pun
汰
didir an. Akibatnya, kebanyakan pelajar
India
di sekolah menengah tidak mempelajari mata
pelajaran Bahasa Tamil dan tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Tamil dalam peperiksaan Sijil
GAPENA
Pelajaran Malaysia (SPM). Berdasarkan sumber Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia pada tahun 2007, sebanyak 15,126 orang murid
berbangsa India mengambil mata pelajaran Bahasa Tamil dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) manakala hanya sebanyak 7,483 orang pelajar India yang mengambil mata pelajaran Bahasa Tamil dalam peperiksaan SPM. Oleh hal yang
demikian, pihak badan bukan kerajaan seperti Kelab Bell Belia Tamil Malaysia dan Malaysia Hindu Sangam telah menyarankan agar mata pelajaran Bahasa Tamil
harus dijadikan mata pelajaran wajib kepada pelajar-pelajar bangsa India.
Intihanya, bahasa ibunda berfungsi untuk menunjukkan asal usul dan identiti sesebuah bangsa dan etnik. Oleh itu, bahasa ibunda haruslah sentiasa dipelihara dan dipupuk agar tidak akan lapuk ditelan zaman. Setiap insan wajarlah
menitikberatkan dan mencintai bahasa ibunda sendiri supaya bahasa ibunda sendiri tidak akan lenyap pada masa hadapan bak kata mutiara, 'hilang bahasa, lenyaplah bangsa'.
53
%